66
BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN

STRATEGIK UKM

Page 2: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Hakcipta terpelihara 2017. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara eletronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik hakcipta. Diterbitkan di Malaysia oleh PUSAT STRATEGI Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan Malaysia Dicetak di Malaysia oleh UKM CETAK Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan Malaysia

Bidang Keberhasilan Strategik UKM

Page 3: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Sidang Pengarang Pengarang

Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham

Prof. Dr. Mohammad B. Kassim Prof. Madya Ir. Dr. Masturah Markom

Ahli Jawatankuasa

Haji Zanudin Mohd Daud Encik Mohd Azli Bin Mohd Kasirun

Haji Musa Zainal Abidin Othman Encik Muhamad Walid Osman

Cik Najwa Ahmad Zawawi En Saidi Ismail

Puan Fatimah Binti Othman Puan Zaimi Makhtar

Puan Nor Saribon Ramli Encik Muhamad Nuramin Zainal

Reka Bentuk

Encik Barudin Baharin

Urus Setia Encik Ahmad Hazreen Wagiman

Puan Nur Hazimah Abd. Kadir

Page 4: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

KANDUNGAN

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 1

KRA 1 Siswazah Beraspirasi Kebangsaan, Kompeten, Berdaya Saing dan Inovatif

10 - 18

KRA 2 Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi

19 - 26

KRA 3 Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik

27 - 34

KRA 4 Sumber Manusia dan Institusi Cemerlang

35 - 42

KRA 5 Penjanaan Kekayaan Secara Optimum dan Strategik

43 - 51

KRA 6 Prasarana dan Persekitaran Ilmu Yang Kondusif

52 - 58

PENGENALAN Prakata Naib Canselor, Falsafah, Wawasan & Misi UKM dan Pengenalan

2 - 9

RUJUKAN 60 - 61

Page 5: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Prakata Naib Canselor

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Wawasan UKM yang bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia, memerlukan komitmen yang gigih daripada warganya. Pengembelingan tenaga staf, kepakaran dan program yang berkualiti menjadi perkara asas dalam mencapai wawasan ini. Dalam menggerakkan usaha ini agar lebih jelas dari aspek hala tuju, pendekatan, format dan petunjuk prestasi yang ingin dicapai oleh UKM, maka perancangan dan pelan strategik perlu dirangka agar semua warga UKM dapat menghayatinya serta bergerak sederap dengan halatuju yang sama. Mulai tahun 2014, UKM telah meneliti semula Pelan Strategik 2006-2010 yang terhasil daripada proses penyemakan semula Pelan Strategik UKM 2000-2020 dan mengemukakan Pelan Strategik UKM yang berasaskan Petunjuk Prestasi (KPI). UKM menyusun 6 Bidang Keberhasilan Strategik (KRA) menjadi halatuju utama UKM. Perubahan dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global.

Selari dengan itu juga pada tahun 2015 pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dengan mengemukakan 10 Lonjakan sebagai fokus dan hala tuju Pendidikan Tinggi Negara. 6 KRA yang disusun UKM dalam Pelan Strategiknya ternyata selari dengan 10 Lonjakan yang digariskan oleh KPT dan untuk tujuan penyelarasan, UKM telah membuat pemetaan bagi memastikan keselarian halatuju UKM dan Pendidikan Tinggi Negara. Begitu juga dalam konteks negara yang kini ke arah Tranformasi Negara 2050(TN50), UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara telah Mengilhamkan Harapan dan Mencipta Masa Depan dengan turut serta memikul amanah sejak penubuhannya 1970 selari dengan pelbagai transformasi negara. UKM sebagai gedung ilmu yang bersifat dinamik telah melakukan pelbagai perubahan agar selari dengan perubahan dalam masyarakat dan keperluan negara melalui Pelan Strategik UKM yang juga bersifat dinamik tetapi matlamat dan fungsi asas sebagai pendukung ilmu dan kesarjanaan tidak berubah. Dalam usaha untuk merealisasikan perancangan dan pelan strategik yang telah dirangka sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan tertentu. Namun, hasil daripada kerjasama dan komitmen pengurusan tertinggi UKM dan juga seluruh warganya, setiap inisiatif dan pelan tindakan yang telah ditetapkan diusahakan secara berperingkat dan cermat. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pusat Strategik UKM dalam inisiatifnya untuk menggarap buku ini.Semoga dengan terhasilnya Buku Bidang Keberhasilan Strategik UKM, dapat memberi pemahaman dan mengukuhkan lagi hala tuju UKM yang ingin dicapai secara sederap dan bersepadu oleh seluruh warga UKM. InsyaAllah, Allah memberkati usaha kita semua untuk mencemerlangkan UKM dalam pelbagai aspek. Sekian.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

2

Page 6: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Falsafah Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti. Visi UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamik, berilmu dan berakhlak mulia. Misi Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 3

Page 7: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Sejak UKM ditubuhkan pada tahun 1970, perubahan lanskap pendidikan dalam negara dan global telah banyak mencorak perkembangan UKM. Perubahan sosial ekonomi, globalisasi dan kehendak pihak berkepentingan serta perkembangan pesat teknologi ICT sejak kebelakangan ini menuntut UKM melihat kembali hala tuju serta mengolah strategi yang sesuai untuk terus menjadi universiti yang relevan dan terkehadapan. Sesuai dengan peredaran masa, UKM bukan sahaja perlu peka dan sentiasa mengikuti dengan perubahan dan perkembangan semasa, malah perlu menjangkakan perubahan yang akan berlaku pada masa akan datang dan bertindak awal untuk menjadikan UKM sebagai pilihan masyarakat di Malaysia dan antarabangsa. Inilah yang dituntut dalam visi penubuhan UKM yang bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya dengan menjadikan inovasi sebagai satu budaya dalam kalangan warga UKM. Bagi mencapai hasrat tersebut dan menuju kecemerlangan, warga UKM perlu melangkah ke hadapan bersama-sama dengan laluan yang sederap, seia, sekata, sejelekit dan dinamik.

Pengenalan

Warga UKM perlu melangkah ke

hadapan bersama- sama dengan

laluan yang sederap, seia,

sekata, sejelekit dan dinamik.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 4

Page 8: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Justeru, UKM perlu mengimbau kembali kepada sejarah penubuhan universiti ini agar langkah yang seterusnya tidak tersasar daripada landasan asal. UKM ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti “kebangsaan” diwujudkan di negara ini. Oleh itu, warga UKM pada hari ini perlu memastikan semangat kebangsaan serta aspirasi rakyat ini terus dipahatkan dan diperjuangkan. UKM perlu menjadikan isu negara sebagai permasalahan yang perlu ditangani oleh UKM. Itulah sebenarnya peranan warga UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara yang Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan. Hasrat UKM menjadi Pendaulat Amanah Negara perlu diterjemahkan kepada tindakan yang dapat menghasilkan impak. Sesuai dengan ini, UKM menyusun 6 Bidang Keberhasilan Strategik menjadi hala tuju utama UKM.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 5

Page 9: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Pelan Strategik UKM 2000-2020 telah digubal dengan mengambilkira sekitaran setempat dan global dengan pelbagai tuntutan dan realiti alaf baru. Semakan pertama Pelan Strategik UKM tersebut telah dilakukan pada tahun 2006 dengan memberi tumpuan terhadap petunjuk prestasi bagi mencapai hasrat membawa UKM ke arah Universiti Penyelidikan seperti yang telah dimaktubkan dalam Pelan Strategik Perspektif 2006-2010. Pada tahun 2009 Pelan Transformasi UKM dilancarkan apabila UKM diiktiraf menjadi salah sebuah Universiti Penyelidikan di Malaysia. Selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 yang mengambil pendekatan berasaskan keberhasilan utama (outcome), UKM telah mengolah dan melihat kembali strategi yang telah digubal sebelum ini dalam konteks bidang keberhasilan yang utama bagi UKM. Pada hari sambutan penubuhan UKM tahun 2014, enam(6) bidang keberhasilan strategik

(KRA) UKM telah diumumkan secara rasmi. Tiga (3) bidang keberhasilan yang pertama adalah merupakan keberhasilan yang memberikan impak dan manfaat kepada pihak berkepentingan seperti pelajar, sarjana, masyarakat, industri serta kerajaan. Bidang keberhasilan seterusnya adalah berkaitan dengan keefisienan pengoperasian, penjanaan serta infrastruktur yang akan menjadi pemangkin atau pemacu yang menyokong pencapaian sasaran tiga (3) bidang keberhasilan yang pertama. Pada bulan April 2015, untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi negara, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM

(PT) 2015-2025 telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan ini merupakan hasil kajian semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2020 serta kesinambungan dengan penyelarasan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM 2013-2025 bagi peringkat Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah. PPPM (PT) merangkumi sepuluh (10) lonjakan yang memberikan penekanan kepada keberhasilan utama. Empat (4) Lonjakan yang pertama adalah keberhasilan yang berkaitan dengan kualiti graduan, kecemerlangan akademik, memperkasakan TVET dan meningkatkan pembelajaran sepanjang hayat. Enam (6) Lonjakan seterusnya memberi fokus kepada pemboleh atau pemangkin ekosistem pendidikan tinggi yang melibatkan pembiayaan, tadbir urus, inovasi, pembelajaran dalam talian, pengantarabangsaan dan penyampaian. Semua 10 lonjakan dalam PPPM (PT) boleh dipetakan secara langsung kepada 6 bidang keberhasilan strategik UKM. Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan, UKM telah merangka beberapa inisiatif KRA dan pelan tindakan untuk dilaksanakan oleh pusat tanggungjawab (PTJ) yang bersesuaian dengan PPPM (PT).

Pada hari sambutan penubuhan UKM tahun 2014, enam (6) bidang keberhasilan strategik (KRA) UKM telah diumumkan secara rasmi.

Latar Belakang

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 6

Page 10: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Pembentukan Strategi UKM berdasarkan 6 Key Result Areas (KRA) Enam bidang keberhasilan strategik (KRA) UKM buat pertama kalinya dibentang semasa sambutan ulangtahun UKM ke-44 pada tahun 2014 yang dihadiri oleh warga UKM, alumni dan rakan strategik. Enam bidang keberhasilan strategik ini adalah kesinambungan pendekatan berasaskan keberhasilan utama (outcome) dalam rancangan pembangunan UKM di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang menggunakan konsep 6 outcome KRA.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 7

Page 11: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Enam Bidang keberhasilan Strategik telah diolah selari dengan pelaksanaan RMK-10 dan diperhalusi melalui Bengkel Pembentukan KRA UKM yang dihadiri oleh semua pengurusan UKM. Hasil daripada bengkel ini, strategi dan KPI setiap KRA telah ditetapkan. Sesuai dengan hasrat UKM supaya semua perancangan dan pengoperasian yang perlu disandarkan kepada 6 KRA tersebut, Pusat Strategi UKM (Strategi-UKM) telah ditubuhkan pada 1 Mei 2014 di bawah Pejabat Naib Canselor untuk memudah cara dan memantau pelaksanaan 6 KRA yang telah ditetapkan di semua peringkat.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

Prasarana dan Persekitaran

Ilmu yang Kondusif

8

Page 12: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Pusat Strategi UKM ditubuhkan adalah untuk: 1. Memudahcara dan memantau pelaksanaan strategi UKM

untuk mencapai 6 KRA yang telah ditetapkan: 2. Membantu (facilitate) pelaksanaan pelan tindakan 3. Memantau pengoperasian pelan strategik 4. Memantau pencapaian hasil strategik 5. Menyelaras maklumat strategik dan memantau prestasi

universiti sesuai dengan matlamat serta strategi universiti Dari semasa ke semasa Pusat Strategi UKM telah mengadakan soal selidik dan perbincangan dalam kalangan warga UKM untuk mendapat maklum balas mengenai pemahaman tentang KRA dan pencapaian beberapa hasil yang disasarkan. Beberapa program kesedaran KRA telah diadakan untuk staf Pengurusan & Profesional dan Pelaksana melalui Program Bicara KRA (Mini Townhall) siri 1 pada Disember 2014. Program Bicara KRA siri 2 telah diadakan khusus bagi staf akademik pada bulan April 2015 bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan inisiatif bagi mencapai hasil 6 KRA. Seterusnya, Program Bicara Perdana Naib Canselor yang telah diadakan pada Mac 2016 telah menyuntik semangat untuk memantapkan dan meningkatkan pelaksanaan inisiatif pada semua peringkat. Program ini telah menampilkan beberapa aktiviti utama yang dijalankan untuk mencapai 6 KRA seperti penetapan tujahan penyelidikan Cabaran Perdana, Bicara Persada yang mengetengahkan tokoh UKM, UKM4State, School@UKM, amalan budaya peningkatan secara berterusan (Kaizen) terhadap penyelenggaraan, rekabentuk dan susun atur majlis, peningkatan endowmen, penambahbaikan kemudahan kolej kediaman, Moot Court, Kemudahan Perpustakaan, Surau, Dewan Kuliah dan Bilik Mesyuarat.

Dari semasa ke semasa soal selidik dan perbincangan dalam kalangan warga UKM telah diadakan untuk mendapat maklum balas mengenai pemahaman tentang KRA dan pencapaian beberapa hasil yang disasarkan.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 9

Page 13: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Siswazah Beraspirasi Kebangsaan, Kompeten, Berdaya Saing dan Inovatif

KRA 1

Page 14: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Siswazah Beraspirasi Kebangsaan, Kompeten, Berdaya Saing dan Inovatif

PENGENALAN Siswazah kini berhadapan dengan daya saing yang tinggi dalam memenuhi tuntutan dunia pekerjaan. Kompetensi pelajar bukan hanya diukur kepada pencapaian dari aspek kecemerlangan PNGK semata-mata, tetapi perlu melahirkan graduan yang lebih holistik, berciri keusahawanan dan seimbang seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PPPM PT). Siswazah dituntut untuk lebih berinovatif dalam mencipta pekerjaan bukan hanya mencari pekerjaan. Dalam mencapai hasrat ini, UKM telah menetapkan bidang keberhasilan strategik (KRA 1) iaitu, siswazah beraspirasi kebangsaan, kompeten, berdaya saing dan inovatif.

Kompetensi pelajar bukan hanya diukur kepada pencapaian dari aspek kecemerlangan PNGK semata-mata, tetapi perlu melahirkan graduan yang lebih holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.

Siswazah Berkualiti UKM yang merupakan sebuah universiti awam yang telah kukuh, menjadikan agenda melahirkan siswazah berkualiti sebagai matlamat utama. Siswazah berkualiti dalam konteks ini ialah siswazah yang beraspirasi kebangsaan, kompeten, berdaya saing dan inovatif. Ia membawa maksud siswazah UKM menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, berilmu pengetahuan, kompeten, berdaya inovasi dan berdaya saing yang memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat. Di samping itu, nilai-nilai keusahawanan turut diperkukuhkan untuk lebih inovatif dan kreatif (Booklet KRA UKM,2014).

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 1 11

Page 15: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

KRA #1: Siswazah Beraspirasi Kebangsaan, Kompeten, Berdaya Saing dan Inovatif

Definisi Pernyataan Hasil Utama #1 Siswazah UKM menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, berilmu pengetahuan, kompeten, berdaya inovasi dan berdaya saing yang memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat.

KPI KRA #1

1. Peratus siswazah yang bekerja (berdasarkan kelayakan) dan menyambung pengajian selepas enam bulan dan satu tahun selepas menamatkan pengajian;

2. Peratus siswazah UKM (mengikut kohort) menjadi pemimpin/peneraju masyarakat dan organisasi awam/swasta.

Sub KRA #1.1 Siswazah beraspirasi kebangsaan

Pernyataan Hasil #1.1 Siswazah UKM memahami dan menghayati aspirasi kebangsaan serta memiliki nilai, etika, profesionalisme yang mendasari pembangunan negara bangsa mengikut acuan budaya kebangsaan.

KPI #1.1 1. Peratus siswazah yang

memahami aspirasi kebangsaan, apresiasi budaya dan nilai.

Strategi #1.1 1. Menerapkan aspirasi kebangsaan dalam

program yang ditawarkan; 2. Meningkatkan kompetensi dan penglibatan

pensyarah dalam pembangunan negara bangsa dan perkongsian dengan pelajar;

3. Membudaya dan memperkasakan aktiviti pelajar yang memupuk dan menghayati aspirasi kebangsaan.

Sub KRA #1.2 Siswazah yang kompeten

Pernyataan Hasil #1.2 Siswazah UKM menguasai ilmu terkini, kemahiran praktikal dan kemahiran insaniah tinggi serta sentiasa meningkatkan kompetensi, bersesuaian dengan keperluan negara dan masyarakat sejagat.

KPI #1.2 1. Peratus majikan yang

mengakui siswazah mempunyai ilmu yang terkini;

2. Peratus majikan yang mengakui siswazah mempunyai kemahiran praktikal dan insaniah yang tinggi.

3. Peratus siswazah

meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau mengikuti kursus/program pembelajaran sepanjang hayat.

Strategi #1.2 1. Meningkatkan penglibatan pemegang taruh

dalam penyediaan kurikulum serta penyampaian program pengajian;

2. Meningkatkan keyakinan siswazah untuk bersaing dalam masyarakat sejagat;

3. Mewujudkan program yang khusus untuk meningkatkan kebolehkerjaan dan kebolehpasaran siswazah;

4. Menghasilkan siswazah yang mempunyai nilai yang tinggi dan ciri-ciri yang terserlah.

Sub KRA #1.3 Siswazah Berdaya Saing & Inovatif

Pernyataan Hasil #1.3 Siswazah UKM mempunyai daya inovasi, ciri dan pemikiran keusahawanan, mahir komunikasi dalam Bahasa Melayu dan bahasa antarabangsa serta sifat kepimpinan yang menjadi pilihan utama majikan dan pihak berkepentingan.

KPI #1.3 1. Persepsi majikan terhadap

ciri siswazah dalam: a. daya inovasi dan

pemikiran keusahawan; b. keluasan ilmu; dan c. kompetensi generik/

kemahiran insaniah 2. Bilangan siswazah yang

menjadi usahawan; 3. Peratus majikan yang

bersedia menjadikan siswazah UKM sebagai pilihan utama mengisi kekosongan jawatan.

Strategi #1.3 1. Memperluaskan penggunaan kaedah

pembelajaran dan pengajaran berpusatkan pelajar dan pengajaran yang aktif dalam meningkatkan daya inovasi dan keusahawanan siswazah;

2. Mewujudkan kaedah yang inovatif untuk meningkatkan kompetensi dan keluasan ilmu;

3. Memperkembangkan penyampaian kursus citra kompetensi secara inovatif dan kreatif.

Penetapan KPI dan Strategi dibuat selepas perbincangan dengan Fakulti/Pusat/Institut adalah seperti berikut:

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 1 12

Page 16: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Inisiatif Inisiatif utama telah ditetapkan selepas perbincangan dengan pihak Fakulti/Institut. Fakulti/Institut telah membentangkan inisiatif dan sasaran pada setiap tahun. Seterusnya, sasaran dan inisiatif utama telah dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Universiti. Antara inisiatif yang telah ditetapkan ialah:

Teaching Factory Sijil Profesional Untuk Nilai Tambah Penasihat Akademik Dari Mula Pendaftaran - Mendapat Pekerjaan CV & Portfolio Pelajar Mock Interview / Latihan Temuduga 3 laluan pelajar berdasarkan minat kerjaya. Keusahawanan, penyelidikan dan kerjaya teras

bidang Latihan Industri Berstruktur Insiatif UKM adalah untuk meningkatkan kualiti pelajar dalam aspek, KARAKTER, DAYA SAING dan MINDA.

Karakter Pelajar mempunyai keyakinan diri untuk memberi pandangan dan bersuara. Di samping itu,mempunyai nilai etika yang menimbulkan kesedaran mengenai apa yang betul dan salah.Karakter pelajar yang mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui aktiviti yang disediakan oleh pihak UKM seperti debat, pitching dan latihan praktikal mahkamah moot.

Daya saing Membuka ruang kepada pelajar untuk berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Contohnya, budaya Jepun melaksanakan morning call-shouting untuk membina keberanian dan daya saing pelajar. Selain itu, memberi galakan kepada pelajar menyertai pasukan beruniform yang boleh meningkatkan semangat patriotism dan perpaduan seterusnya mampu bersaing dengan dunia luar secara sihat.

Minda Menggalakkan pelajar mempraktikkan budaya berfikir secara positif, kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, budaya dalam mesyuarat perlu diubah format, bukan hanya untuk mengesahkan sesuatu perkara sahaja, tetapi perbincangan yang ikhlas bersungguh dan menilai serta menyusun strategi.Tanggungjawab mahasiswa bukan sekadar menimba dan menggali ilmu, tetapi mereka harus mampu memberi reaksi kepada ilmu berkenaan(Fariza & Zuliza,2000).Apabila minda bertindak balas terhadap ilmu, pelajar berjaya membawa transformasi intelektual dan perubahan dalam masyarakat dan negara.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 1

Page 17: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Siswazah Kompeten - i-CGPA Dalam mempercepatkan pencapaian bidang keberhasilan strategik UKM yang pertama, UKM telah memperkenalkan konsep pembelajaran iCGPA yang mengukur outcomes pelajar. Dengan konsep ini, inovasi dalam kaedah pembelajaran diperkenalkan. Kepelbagaian kaedah pengajaran ini diperluaskan lagi dengan mempelopori Kaedah Penilaian Gred Pelajar Melalui Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi atau iCGPA yang merupakan penambahbaikan kepada Pelan Pengukuran yang sedia ada. Sistem ini dapat melahirkan graduan yang lebih holistik, mempunyai ciri keusahawanan dan seimbang bagi membolehkan majikan melihat potensi sebenar graduan. Sistem ini se laras dengan keper luan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) bagi melahirkan graduan yang holistik, mempunyai ciri keusahawanan dan seimbang.

Citra UKM Bagi melahirkan pelajar UKM yang mempunyai pemikiran yang kreatif, kritikal, keterbukaan dan kemahiran insaniah, maka UKM telah memperkenalkan kursus citra. UKM telah menubuhkan Pusat Citra UKM bagi menggerakkan usaha ini. Pusat Citra UKM berperanan membentuk minda dan membina karakter pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, Pusat Citra UKM telah menawarkan Kursus Wajib Universiti dan Kursus Citra Universiti yang berbentuk profesional dan bukan profesional. Struktur Kursus Citra Universiti terdiri daripada tiga (3) komponen iaitu (Buku Panduan Pra Siswazah Pusat Citra UKM, 2015): a. Kursus Wajib universiti (Keusahawanan, Hubungan Etnik dan Kemahiran Insaniah) b. Kursus Citra Luar Fakulti (C1-C6) c. Kursus Citra yang disetarakan (kursus yang ditawarkan oleh fakulti)

Inisiatif UKM bagi mencapai KRA 1 adalah dengan melaksanakan kursus Citra yang bersifat rentas disiplin. Kursus Citra merangkumi domain Etika, Kewarganegaraan & Ketamadunan, Kuantitatif & Kualitatif, Sains, Teknologi & Kelestarian, Bahasa, Komunikasi & Literasi, Kepimpinan, Keusahawanan & Inovasi dan Kekeluargaan, Kesihatan & Gaya Hidup. Sehingga kini, lebih kurang 700 kursus Citra ditawarkan yang melibatkan pelbagai fakulti dan PTJ.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 1 14

Bagi mencapai inisiatif tersebut, beberapa program telah dilaksanakan oleh PTJ berkaitan.

Page 18: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Dalam dunia yang penuh dengan persaingan, graduan perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan nilai tambah yang boleh menjadi daya penarik kepada organisasi.

Pembangunan Kerjaya Mahasiswa UKM Kebolehpasaran graduan UKM antara perkara yang menjadi perhatian pihak UKM. Dalam dunia yang penuh dengan persaingan, graduan perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan nilai tambah yang boleh menjadi daya penarik kepada organisasi. Bagi membangunkan kemahiran yang diperlukan mahasiswa UKM dalam dunia kerjaya, UKM telah menubuhkan Pusat Karier UKM. Berdasarkan keputusan MPU pada 30 September 2014. Penubuhan pusat ini adalah sejajar dengan 6 bidang keberhasilan strategik UKM terutamanya KRA 1 iaitu Siswazah Beraspirasi Kebangsaan, Kompeten, Berdaya Saing dan Inovatif.

Objektif penubuhan Pusat ini adalah : Mengkaji, menganalisis dan menyedia

maklumat terkini mengenai status kebolehpasaran bakal graduan mengikut bidang pengkhususan masing-masing.

Membangunkan sistem maklumat kerjaya graduan secara atas talian dan bersifat interaktif.

Menyedia dan menyelaraskan program latihan berkaitan pembangunan kerjaya graduan.

Mewujud dan memperkukuh jaringan dengan pihak majikan di Industri.

Antara program yang dilaksanakan oleh Pusat Karier UKM ialah program kebolehpasaran graduan. Melalui program ini, pusat mengenal pasti pihak syarikat yang dapat memberi latihan Kebolehpasaran Graduan (GE) bersifat ‘soft skill’ dan modul-modul bersifat pensijilan profesional kepada pelajar tahun akhir daripada pelbagai bidang seterusnya menawarkan peluang pekerjaan yang sesuai kepada pelajar UKM menggunakan konsep train and place. Pusat akan memantau dan menyelia program latihan GE yang dijalankan oleh syarikat selama beberapa tempoh tertentu. Seterusnya, syarikat yang menjalankan program ini akan menyediakan laporan lengkap serta mengawasi pelajar-pelajar yang telah menyertai program mereka sehingga 1 tahun bekerja. Antara aktiviti Pusat Karier yang utama ialah Hari Kerjaya, Ceramah Kerjaya, Program Profesional Muda, Mock Interview, Penyediaan Resume melalui Video, Program Kebolehpasaran Graduan dan Kajian Pengesanan Pengajian. UKM memberi peluang kepada syarikat/industri yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan UKM bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan UKM. Dalam melaksanakan inisiatif ini Pusat turut bekerjasama dengan fakulti/Institut/Kolej Kediaman.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 1 15

Page 19: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Bersedia terjun ke dalam dunia pekerjaan yang lebih mencabar dan penuh daya saing serta kreatif mencipta pekerjaan.

Nilai Keusahawanan Pelajar Dalam usaha UKM menyiapkan diri pelajar untuk lebih bersedia terjun ke dalam dunia pekerjaan yang lebih mencabar dan penuh daya saing serta kreatif mencipta pekerjaan,maka inisiatif telah dilakukan melalui program keusahawanan yang telah diperkenalkan untuk semua pelajar mulai tahun 2012. Bagi melaksanakan program keusahawanan dalam kalangan pelajar di UKM, maka Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (CESMED UKM) telah ditubuhkan pada 2010. Pada peringkat awal modul-modul keusahawanan yang dibangunkan oleh CESMED UKM telah bekerjasama dengan pakar dari Stevens’ Institute of Technology, Amerika Syarikat. Modul-modul keusahawanan telah diubah suai dan tenaga akademik dari pelbagai fakulti telah dilibatkan dalam proses pengajaran kursus keusahawanan. Mereka telah menerima latihan (TOT) dari Stevens’ Institute of Technology, Amerika Syarikat. Program keusahawanan adalah bertujuan untuk memupuk semangat dan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar yang dilakukan melalui kursus keusahawanan, iaitu Usahaniaga Asas I (CMIE 2013) yang diwajibkan untuk semua tahun satu, kursus Usahaniaga Asas II(CMIE 2023), Usahaniaga Lanjutan (CMIE 3016),Rundingcara EKS (CMIE 2036), Kajian Kes Keusahawanan (CMIE 3033), Keusahawanan Sosial (CMIE 6013), Inovasi Produk dan Keusahawanan(CMIE 6213), Kajian Kes Keusahawanan (CMIE 6023) dan Pengurusan Strategik Enterpris Kecil dan Sederhana (CMIE 6223). UKM-CESMED beroperasi dalam satu ekosistem yang terdiri daripada kolej kediaman, persatuan pelajar dan fakulti (Laman Web CESMED UKM,2017).

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 1 16

Page 20: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Inovasi dalam Pembelajaran & Pengajaran Dalam dunia digital dan media baru, perkembangan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran begitu pantas. Pensyarah perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaian dan teknik pengajaran. Salah satu kaedah yang terkini ialah menawarkan kursus melalui kaedah Massive Open Online Courses (MOOC) dan aplikasi iTUNES U yang boleh diakses oleh pelajar melalui online. Bagi menggerakkan usaha inovasi dalam P&P, UKM telah menubuhkan Pusat Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran (Pengajaran UKM). Antara objektif dan fungsi portfolio Teknologi Pembelajaran merangkumi: Merancang strategi menangani ‘Disruptive Innovation’,program latihan dan bimbingan berkaitan media dan teknologi pembelajaran inovatif dan terkini kepada tenaga akademik dan pelajar UKM, membudayakan OER (Open Educational Resources) dan MOOC.

Pembangunan Sahsiah dan Kemahiran Insaniah Pelajar Membina intelektual bukan semata-mata soal memperoleh ijazah dan menuntut ilmu, tetapi bagaimana keupayaan universiti melahirkan pelajar yang mampu memberikan reaksi terhadap ilmu. Atas kesedaran inilah, UKM telah mengorak langkah melaksanakan program yang boleh membina sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar. Bagi menjayakan hasrat ini, UKM telah menubuhkan Pusat Perhubungan Mahasiswa & Perhubungan Alumni (PPMPA). Pusat ini berperanan menyelaras semua program ko-kurikulum pelajar dan memberi latihan kepimpinan pelajar. Melalui penyertaan aktiviti ini, pembinaan sahsiah dan kemahiran insaniah dapat diterap bagi melahirkan mahasiswa yang seimbang dan lebih holistik serta mampu menangani cabaran hidup.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 1 17

Page 21: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

KAEDAH PEMANTAUAN

Inisiatif atau tindakan yang dijalankan di Fakulti/Institut/Pusat/Kolej dipantau melalui Sistem Maklumat Strategik (Pemantauan Inisiatif) dan penilaian pelajar melalui Sistem SPPP. Manakala penunjuk prestasi, proses pemantauan dilakukan melalui survei maklum balas graduan semasa konvokesyen dan juga maklum balas majikan bagi aspek berikut:

Peratus graduan yang memahami aspirasi kebangsaan

Peratus graduan yang berupaya menunjukkan apresiasi budaya dan nilai

Peratus majikan yang mengakui graduan mempunyai ilmu yang terkini

Peratus majikan yang mengakui graduan mempunyai kemahiran praktikal dan insaniah yang tinggi.

Peratus graduan yang mempunyai semangat patrotisme dan perpaduan

Peratus graduan meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau mengikuti kursus/program

pembelajaran sepanjang hayat.

Persepsi majikan terhadap ciri graduan dalam daya inovasi, pemikiran keusahawanan,keluasan ilmu dan kompetensi generik.

Bilangan graduan yang menjadi usahawan mengikut kohot selama 5 tahun

Peratus majikan yang bersedia menjadikan graduan UKM sebagai pilihan utama mengisi kekosongan

jawatan.

KESIMPULAN Globalisasi ilmu yang wujud hasil daripada kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan teknologi maklumat memberikan cabaran kepada UKM untuk meningkatkan keintelektualan dan sahsiah pelajar yang seimbang dan holistik. Namun, dengan inisiatif yang dirangka dan disusun, UKM mempunyai keyakinan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan ilmu dan ketrampilan yang menyerlah dengan dihiasi akal budi dan akhlak tinggi yang mampu bersaing.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 1 18

Page 22: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi

KRA 2

Page 23: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 2

PENGENALAN Sebagai sebuah universiti penyelidikan, UKM memainkan peranan untuk menyelesaikan permasalahan utama negara (grand challenge) melalui penyebaran ilmu pengetahuan dan penyelidikan terkini serta pemindahan teknologi (technology transfer). Setiap sarjana di UKM perlu berusaha dengan lebih gigih untuk menjalankan penyelidikan berimpak tinggi yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan pembangunan negara di samping menghasilkan terbitan ilmiah di dalam pelbagai bidang. Bagi meningkatkan impak setiap penyelidikan yang dijalankan, UKM menerusi Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (HEPI), Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) sentiasa menekankan supaya penyelidik mempunyai kesedaran bahawa hasil aktiviti penyelidikan yang dijalankan harus berupaya memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat dan negara. Para penyelidik dan sarjana UKM disarankan supaya bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam kalangan industri dan masyarakat untuk merangka penyelidikan yang akan dijalankan supaya hasil penyelidikan tersebut berimpak dan diterima pihak berkepentingan. Langkah ini juga boleh meningkatkan peranan UKM untuk memastikan masyarakat dan industri terutamanya Industri Kecil Sederhana (SME) berkembang sederap dengan UKM sejajar dengan visi ‘mendahului zamannya’.

20

Page 24: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 2

Oleh yang demikian, elemen penyelidikan dan inovasi telah digarapkan dalam bidang keberhasilan

strategik yang kedua iaitu Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi. Kepakaran dan hasil

penyelidikan UKM diharapkan dapat menyumbang secara tekal kepada pembangunan ekonomi dan sosial

melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu. Penarafan

UKM sebagai Universiti Penyelidikan telah banyak memberi impak positif kepada aktiviti penyelidikan UKM

untuk mengatur strategi agar ianya selari dengan KRA 2. Indeks pencapaian utama (KPI) bagi bidang

keberhasilan strategik kedua ini memberi fokus kepada bilangan ahli akademik UKM (peratusan) yang

menjadi pakar rujuk pihak berkepentingan serta bilangan ahli akademik UKM (peratusan) yang mendapat

pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Melalui penetapan KPI ini, beberapa strategi

telah dirangka iaitu meningkatkan bilangan kesarjanaan yang diiktiraf, penghasilan sumbangan

penyelidikan dan pembangunan modal insan.

21

Page 25: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 2

Kerangka Penyelidikan UKM Beberapa tindakan strategik yang dirancang untuk meningkatkan kualiti dan impak penyelidikan dengan strategi 'Menjuarai Cabaran Perdana Malaysia/Global' (Championing the Grand Challenges for Malaysia/Global) adalah dengan penyusunan semula struktur penyelidikan mengikut Cabaran Perdana.

Di antara tindakan yang dikenal pasti adalah:

Mewujudkan sekretariat Nic Penyelidikan yang diketuai oleh seorang Penyelaras.

Mengenalpasti dan menggerakkan

penyelidikan untuk membantu menyelesaikan tujuh (7) bidang tujahan penyelidikan cabaran perdana (grand challenges)

Memberi keutamaan kepada permohonan geran penyelidikan yang membantu penyelesaian cabaran perdana.

Akal Budi Melayu

Islam Kontemporari

Integrasi ASEAN

Pengukuhan STEM

Pemerkasaan B40

Malaysia Lestari

Malaysia Sihat

Sejahtera

Tujuh (7) bidang tujahan penyelidikan cabaran perdana (grand challenges)

12 NIC PENYELIDIKAN Berasaskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan yang telah dijalankan selama lebih empat dekad, UKM telah dipilih sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan di Malaysia pada 2006. Proses pemantapan bidang penyelidikan dengan pengwujudan kumpulan penyelidikan yang tertumpu di bawah dua belas (12) nic.

Negara Bangsa, Peradaban dan Pembangunan

1. Cabaran Membina Negara Bangsa

2. Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan

3. Pendidikan dan Peradaban 4. Politik dan Keselamatan 5. Transformasi Luar Bandar

Kelestarian & Teknologi Hijau

6. Pembangunan Lestari Wilayah

7. Tenaga Keterbaharuan 8. Perubahan Iklim

Negara Bangsa, Peradaban dan Pembangunan

9.Teknologi Kesihatan & Perubatan 10.Nanoteknologi dan Bahan Termaju 11.ICT: Informatik Isian 12.Kepelbagaian Biologi Dalam Pembangunan Bioteknologi

22

Page 26: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 2

KRA #2: Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi

Definisi Pernyataan Hasil Utama #1 Kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara tekal kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu. KPI KRA #2 1. Peratus ahli akademik UKM menjadi pakar rujuk pihak berkepentingan (stakeholder) pada peringkat

kebangsaan dan antarabangsa; 2. Peratus ahli akademik UKM mendapat pengiktirafan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam

kalangan akademik dan pihak berkepentingan.

Sub KRA #2.1: Kesarjanaan yang diiktiraf

Pernyataan Hasil #2.1 UKM memupuk, menghasil, menarik dan mengekalkan individu dan pasukan sarjana yang tersohor, memacu penyelidikan dan menawarkan penyelesaian berimpak tinggi untuk negara, industri dan masyarakat.

KPI #2.1 1. Bilangan penyelidik yang

dibimbing sebagai pelapis sarjana yang diiktiraf;

2. Bilangan penyelidik yang menerajui projek penyelidikan yang terkehadapan.

Strategi #2.1 1. Mengadakan program promosi dan publisiti

kepada sarjana yang mendapat pengiktirafan tinggi untuk menyerlahkan lagi sarjana UKM dalam kalangan masyarakat;

2. Memperkukuhkan kesarjanaan yang diiktiraf dalam kalangan ahli Fakulti/Institut/Pusat;

3. Membudayakan pementoran dan jaringan dengan penyelidik dalam dan luar yang terkemuka untuk meningkatkan kualiti penyelidikan dan inovasi;

4. Mewujudkan perancangan dan program tersusun untuk pengambilan staf;

5. Menyediakan sistem pembangunan dan sokongan serta mengekalkan sarjana yang diiktiraf.

Sub KRA #2.2 Penghasilan dan sumbangan penyelidikan

Pernyataan Hasil #2.2 Siswazah UKM menguasai ilmu terkini, kemahiran praktikal dan kemahiran insaniah tinggi serta sentiasa meningkatkan kompetensi, bersesuaian dengan keperluan negara dan masyarakat sejagat.

KPI #2.2 1. Bilangan projek

penyelidikan UKM yang memberi penyelesaian kepada isu dan permasalahan utama negara, industri dan antarabangsa.

Strategi #2.2 1. Mewujud dan memantapkan pusat/makmal

penyelidikan yang menjadi rujukan; 2. Membina keupayaan penyelidikan dan

kepakaran yang sesuai dengan keperluan terkini pihak berkepentingan dan mengambil kira perkembangan penyelidikan masa hadapan;

3. Mewujudkan program penyelidikan yang menumpukan kepada penyelesaian masalah dan menjana ilmu yang terkehadapan.

Sub KRA #2.3 Pembangunan modal insan

Pernyataan Hasil #2.3 UKM menghasilkan penyelidik yang mempunyai kepakaran dan beretika yang menyumbang kepada proses pengembangan, penggunaan ilmu dan inovasi bernilai tinggi.

KPI #2.3 1. Peratus siswazah, calon

siswazah sarjana dan Ph.D yang tamat pengajian dengan cemerlang.

2. Bilangan pengiktirafan berkaitan dengan etika penyelidikan;

3. Peratus siswazah pascasiswazah UKM yang menjadi pemimpin dalam bidang kepakaran dalam agensi awam dan swasta.

Strategi #2.3 1. Menarik pelajar cemerlang untuk mengikuti

program siswazah; 2. Meningkatkan kemahiran penyeliaan yang

berkesan; 3. Meningkatkan kesedaran dan

penghayatan terhadap etika penyelidikan; 4. Meningkatkan kemahiran kepimpinan

penyelidikan dan kemahiran perundingan pelajar siswazah.

Penetapan KPI dan Strategi dibuat selepas perbincangan dengan Fakulti/Pusat/Institut adalah seperti berikut:

23

Page 27: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 2

INISIATIF Inisiatif Utama ditetapkan selepas perbincangan dengan pihak Fakulti/Institut. Sesi rundingan bersama Pengerusi Jawatankuasa Task Force KRA dengan Fakulti/Institut telah menetapkan sasaran utama. Seterusnya, sasaran dan inisiatif utama telah dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Universiti. Susulan daripada perbincangan tersebut maka inisiatif utama KRA 2 adalah seperti berikut:

Bengkel Pengukuhan Penerbitan

Kongres Penyelidikan

Dana galakan penyelidik muda

Menambah bilangan jurnal UKM yang diindeks

Tesis PhD kepada buku

Meningkatkan keberkesanan aktiviti pementoran

Meletakkan prestasi minima dalam sistem penilaian tahunan staf (SPPU)

Persidangan UKM besar, bersepadu dan berimpak

Program rampai penyelidikan (mixer programme) unutk menggalakkan kerjasama multidisiplin

24

Page 28: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 2 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 2

KAEDAH PEMANTAUAN

Inisiatif atau tindakan yang dijalankan di Fakulti/Institut/Pusat/Kolej dipantau melalui Sistem Maklumat Strategik (Pemantauan Inisiatif). Manakala penunjuk KPI hasil seperti penerbitan, jumlah dan jenis geran penyelidikan, kolaborasi, data penyelidik termasuk pelajar siswazah, kemudahan penyelidikan dan anugerah serta pengiktirafan yang diterima oleh sarjana UKM dipantau melalui Sistem MyRA. Di samping itu, prestasi penerbitan dan penyelidikan juga dilaporkan secara berkala di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Penyelidikan dan Inovasi (JPPI). Pemantauan juga dilakukan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa KRA 2 yang diwakili Pengerusi KRA 2 bagi setiap Fakulti/Pusat/Institut. Pencapian penerbitan juga turut dilaporkan di dalam mesyuarat Pengerusi KRA 2 bersama ketua editor jurnal yang berpengkalan di UKM.

Prestasi penerbitan dan penyelidikan juga dilaporkan secara berkala di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Penyelidikan dan Inovasi .

25

Page 29: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

KESIMPULAN

Penyelidikan yang menjadi fokus UKM adalah untuk mengembangkan bidang ilmu dan kepakaran, membantu hasrat negara dalam membangun masyarakat dan menyerlahkan sumbangan UKM di peringkat antarabangsa. Itulah sebabnya, bidang tujahan dan fokus penyelidikan UKM bersifat dinamik sesuai dengan perubahan semasa serta keperluan peringkat negara dan antarabangsa. Namun, bidang teras UKM yang mendokong aspirasi negara dan hasrat rakyat masih dikekalkan

Bidang tujahan dan fokus penyelidikan UKM bersifat dinamik sesuai dengan perubahan semasa serta keperluan peringkat negara dan antarabangsa. Namun, bidang teras UKM yang mendokong aspirasi negara dan hasrat rakyat masih dikekalkan.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 2 26

Page 30: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik

KRA 3

Page 31: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 3

PENGENALAN Sebagai sebuah universiti yang ditubuhkan atas hasrat rakyat maka UKM tidak seharusnya terpisah daripada masyarakat dan seharusnya melibatkan masyarakat dalam menjalankan aktiviti sama ada dalam bentuk akademik, sosial atau kemasyarakatan. Justeru itu, UKM telah menubuhkan Pusat Transformasi Komuniti Universiti atau UCTC yang diilhamkan melalui National Blue Ocean Strategy (NBOS) Summit Meeting yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

28

Page 32: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Budaya Keterlibatan Warga UKM Melalui UCTC, UKM telah menganjurkan pelbagai aktiviti kesukarelawanan yang memberi manfaat terus kepada komuniti. Komuniti persekitaran kampus turut menjadi jangkauan strategik utama UKM dengan mewujudkan inisiatif Institute for Collaboration (IFC) melalui aktiviti bersama industri dan komuniti. Buat masa ini, UKM menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai fokus utama. Inisiatif ini sebagai platform meningkatkan jaringan UKM dengan pihak industri dan institusi yang ada di Bangi seterusnya ke seluruh negara. Contohnya, UKM giat meningkatkan aktiviti bersama penduduk di Bandar Baru Bangi melalui program UKM4Bangi dan Jalinan UKM-Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Buah, Dengkil. Projek 360 Kampung Angkat UKM di Pulau Manis, Pahang merupakan salah satu program jaringan yang lebih terfokus bagi meningkatkan impak aktiviti keterlibatan UKM di komuniti sasaran terpilih.

Keprihatinan UKM terhadap usaha bagi memartabatkan masyarakat dalam pendidikan, UKM telah melengkapkan semula Pusat Sumber, Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi di Gua Musang, Kelantan yang terjejas akibat banjir besar pada penghujung tahun 2014. Selain itu, sumbangan buku dan komputer bagi tujuan yang sama juga turut diagihkan kepada Sekolah Kebangsaan Tumpat, Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai, Gua Musang dan Sekolah Kebangsaan Pulau Manis, Pahang.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 3 29

Page 33: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

UKM4state telah digerakkan untuk memastikan aktiviti keterlibatan semua pihak di UKM dan negeri di Malaysia menjadi lebih selaras dan mampu meningkatkan impak bagi program yang dijalankan. Program ini telah mula memperlihatkan hasil yang strategik di Terengganu, Perak, Pahang, Johor dan Sarawak.

UKM juga telah mempelopori beberapa aktiviti keterlibatan di peringkat ASEAN seperti ASEAN Youth Volunteers’ Programme (AYVP) dan CIMB ASEAN Young Leaders (CYAL) yang telah dapat menarik penglibatan industri dan agensi seperti Air Asia, CIMB, U.S. Agency for International Development (USAID), the Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) dan Wismaputra sebagai rakan strategik yang menaja aktiviti tersebut. Program tersebut yang memberi tumpuan kepada pelajar sebagai pemimpin pada masa hadapan telah menarik penglibatan pelajar dari negara ASEAN seperti Singapura, Thailand, Kemboja , Filipina, Vietnam dan Indonesia.

Di peringkat antarabangsa UKM telah berjaya untuk meningkatkan keterserlahannya di beberapa buah negara seperti negara Latin Amerika (Mexico dan Cuba). Setiap tahun ratusan pelajar dari Mexico datang ke UKM untuk menyertai program Mobiliti UKM-Mexico. Di samping itu, UKM juga telah menjalin perkongsian pintar dengan beberapa buah universiti utama dunia seperti Oxford University,UK dan Kyoto Universitiy Jepun dengan penubuhan Centre For Islamic Civilization (HADHARI) oleh Institut Islam Hadhari,UKM.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 3 30

Page 34: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 3

KRA #3: Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik

Definisi Pernyataan Hasil Utama #3 Perkongsian pintar yang berimpak tinggi antara UKM dengan pihak berkepentingan yang saling memanfaatkan dan mengukuhkan tawaran nilai UKM (pendidikan, penyelidikan dan khidmat universiti) pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. KPI KRA #3 1. Keberkesanan pakatan strategik – penilaian oleh rakan strategik (industri/komuniti/ institusi) di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa; 2. Persepsi pihak berkepentingan (industri/komuniti/ institusi) ke atas sumbangan UKM

Sub KRA #3.1: Budaya keterlibatan Warga UKM yang tinggi

Pernyataan Hasil #3.1 Warga UKM menghayati kepentingan keterlibatan, mempunyai pengetahuan dan keupayaan untuk melaksanakan aktiviti keterlibatan masyarakat dan industri secara berkesan

KPI #3.1 1. Peratus warga UKM yang terlibat

dalam aktiviti keterlibatan; 2. Peratus warga UKM yang

memimpin aktiviti keterlibatan; 3. Peratus perakuan positif pihak

berkepentingan ke atas keberkesanan program keterlibatan UKM.

Strategi #3.1 1. Meningkatkan budaya

keterlibatan dalam kalangan Warga UKM;

2. Meningkatkan keterserlahan program keterlibatan UKM;

3. Mempelbagaikan program keterlibatan yang inovatif dan merentas bidang.

Sub KRA #3.2: Perkongsian kepakaran dan sumber yang optimum

Pernyataan Hasil #3.2 Pemindahan ilmu dan perkongsian kepakaran dan sumber yang memberi impak yang tinggi kepada pihak yang terlibat dalam menyelesaikan permasalahan dan merealisasikan misi institusi

KPI #3.2 1. Bilangan perkongsian pintar yang

optimum; 2. Peratus projek keterlibatan yang

berteraskan kepakaran berimpak; 3. Peratus perakuan positif pihak

berkepentingan ke atas keberkesanan program keterlibatan UKM.

Strategi #3.2 1. Meluaskan jaringan dan

kolaborasi dengan pihak berkepentingan;

2. Menyerlahkan kepakaran kepada pihak berkepentingan yang terkemuka;

3. Menggembleng kepakaran dan sumber rentas disiplin yang menjurus kepada penyelesaian masalah industri dan masyarakat.

Sub KRA #3.3: Penciptaan nilai yang tinggi dan lestari

Pernyataan Hasil #3.3 Penciptaan nilai yang tinggi dan lestari yang meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan daya saing industri yang menyokong pembangunan dan kemajuan negara.

KPI #3.3 1. Bilangan pengiktirafan

sumbangan keterlibatan UKM daripada pihak berkepentingan.

2. Peratus perakuan positif pihak berkepentingan ke atas nilai dan kelestarian program keterlibatan UKM.

Strategi #3.3 1. Membangunkan program

bernilai tinggi yang berpotensi mendapat dana daripada pihak berkepentingan.

2. Memastikan kesinambungan program keterlibatan yang berimpak.

Penetapan KPI dan Strategi dibuat selepas perbincangan dengan Fakulti/Pusat/Institut adalah seperti berikut:

31

Page 35: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 3

INISIATIF Inisiatif Utama ditetapkan selepas perbincangan dengan pihak Fakulti/Institut selepas semua Fakulti/Institut melakukan pembentangkan masing-masing. Sesi rundingan bersama Pengerusi Jawatankuasa Task Force KRA dengan Fakulti/Institut juga telah dibuat untuk menetapkan sasaran utama. Seterusnya,sasaran dan inisiatif utama telah dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Universiti.

Mengadakan dan mengukuhkan kolaborasi dengan industri & pihak berkepentingan

Menjalankan program flagship yang berimpak tinggi

Pengurusan fakulti mengadakan pertemuan dengan industri

Perkongsian maklumat kejayaan UKM dengan rakan strategik

ASEAN@UKM

UKM4STATE

SEKOLAH@UKM

JENDELA@UKM

32

Page 36: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Beberapa tindakan turut dilakukan untuk meningkatkan bilangan rakan strategik yang tersohor bagi setiap fakulti dan institut melalui inisiatif berikut: Setiap fakulti/institut diminta untuk menamakan/mensasarkan

sekurang-kurangya 5 rakan strategik tersohor yang boleh mengesahkan kualiti fakulti/institut tersebut.

Setiap Dekan/Pengarah perlu berjumpa sekurang-kurangnya 2 orang CEO/Ketua Organisasi luar setiap bulan.

Pihak pengurusan menjalankan soal-selidik maklum balas keberkesanan jaringan daripada rakan kolaborasi.

Menjalankan aktiviti jaringan dengan CEO Fakulti UKM, Michaela Dinboeck yang merupakan Presiden Novartis Corporation (M) Sdn. Bhd., CEO atau Pegawai Pengurusan Tertinggi organisasi lain yang telah dikenalpasti oleh pihak Pengurusan UKM.

MoU Alumni

Setiap fakulti/institut diminta untuk menamakan/mensasarkan sekurang-kurangya 5 rakan strategik tersohor yang boleh mengesahkan kualiti fakulti/institut tersebut.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 3

KAEDAH PEMANTAUAN

Aktiviti KRA 3 dibincang dan dilaporkan di dalam mesyuarat Ketua HEJIM Fakulti/Institut. Inisiatif atau tindakan yang dijalankan di Fakulti/Institut/Pusat/Kolej dipantau melalui Sistem Maklumat Strategik (Pemantauan Inisiatif). Antara inisiatif utama dan tindakan operasi yang dipantau bagi memastikan PTj bergerak sederap untuk mencapai hasil KRA 3 adalah: bilangan rakan strategik tersohor bilangan MoU/MoA baharu dan yang aktif serta pada tahun semasa bilangan program flagship yang dijalankan dengan penjaan dari pihak luar

33

Page 37: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

KESIMPULAN

Konsep pendidikan tinggi yang terbuka dan tidak bersifat eksklusif memerlukan jaringan strategik dengan pihak berkepentingan, industri dan komuniti. Perkongsian pintar dengan memanfaatkan kepakaran, ilmu dan kemudahan dapat mempercepatkan proses perkembangan pendidikan, pembangunan negara dan masyarakat. Jaringan strategik dan perkongsian pintar ini mengwujudkan satu ekosistem kerjasama yang lestari antara universiti, pembuat dasar/polisi, pelaksana dan industri. UKM telah merangka pelan strategik dan melaksanakan inisiatif ke arah pencapaian KRA 3.

Konsep pendidikan tinggi yang terbuka dan tidak bersifat eksklusif memerlukan jaringan strategik dengan pihak berkepentingan, industri dan komuniti.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 3 34

Page 38: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Sumber Manusia dan Institusi Cemerlang

KRA 4

Page 39: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Sumber Manusia dan Institusi Cemerlang

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 4

PENGENALAN Dalam usaha ke arah pembangunan universiti yang mampan, UKM amat komited dalam menerapkan dan melatih setiap warganya untuk lebih proaktif, efisien dan mempunyai ciri keusahawanan untuk mencapai institusi cemerlang, berinovasi dan produktif. Keunggulan UKM sebagai pendaulat amanah negara disokong oleh warga yang sentiasa bersama-sama dalam usaha menjadikan UKM sebagai sebuah institusi yang cemerlang. Keunggulan individu ditampilkan dalam konsep 3R iaitu Referred (dirujuk), Respected (dihormati) dan Relevant (relevan). Setiap staf wajar mencetuskan idea untuk meningkatkan kecemerlangan UKM di samping mengetengahkan individu yang berbakat, kreatif dan inovatif. Sebagai pendokong kepada wawasan UKM, setiap warga perlu lebih proaktif, efisien dan mempunyai ciri keusahawanan untuk mencapai institusi cemerlang yang kondusif dan lestari.

Justeru, UKM telah mengambil beberapa inisiatif untuk memupuk budaya inovasi melalui penglibatan staf dalam pelbagai program dan sokongan daripada pengurusan tertinggi UKM antaranya: Mengadakan program Naib Canselor

bersama semua staf untuk menggalakkan inovasi

Membudayakan aktiviti inovasi antaranya melaksanakan program Cabaran Idea UKM, Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK), Projek GerakNovasi dan Hari Inovasi pada setiap bulan

Menyemak semula kriteria inovasi dalam Penilaian Prestasi tahunan

Mengadakan lawatan turun padang oleh pengurusan tertinggi ke PTJ

Menggalakkan program sangkutan bagi staf UKM

Keunggulan individu ditampilkan dalam konsep 3R iaitu Referred (dirujuk), Respected (dihormati) dan Relevant (relevan).

36

Page 40: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Staf Kompeten dan Inovatif Staf yang kompeten dan inovatif mempunyai pengetahuan, kemahiran terkini dan daya inovasi yang tinggi untuk memberi perkhidmatan yang berkesan dan menjadi rujukan kepada semua pihak berkepentingan. (Booklet KRA UKM, 2014) Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Prinsip asas kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang anggota perkhidmatan awam akan meningkat jika ia mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan tugas atau tanggungjawab jawatan yang disandangnya (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2015). Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warganya mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif. Projek Inovasi digalakkan di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui penghasilan idea baharu atau penambahbaikan dalam proses kerja. Hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif yang merangkumi perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 4 37

Page 41: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Staf yang Beretika dan Bermuafakat Staf UKM yang mempunyai nilai dan etika profesional yang tinggi dan sentiasa bermuafakat dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang. Staf harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangan. Budaya beretika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Etika adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan seharian. Budaya kerja merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan. Aspek yang sangat rapat dengan cara hidup dalam masyarakat Malaysia adalah kerjasama dan bermuafakat.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 4

Budaya beretika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah

masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, serta

ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

38

Page 42: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Institusi yang Proaktif dan Dinamik UKM adalah institusi yang bersifat proaktif dan dinamik untuk menerajui perubahan dalam meningkatkan perkhidmatan dan institusi serta menyumbang kepada persekitaran kerja yang mesra perubahan (Booklet KRA, 2014). Di UKM, pengurusan sistem penyampaian perkhidmatan dikawal selia oleh Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan piawai MS ISO 9001:2008. UKM menerusi dua (2) Jawatankuasa Task Force iaitu Jawatankuasa Task Force Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) dan Jawatankuasa Task Force Sistem Pengurusan Program Prasiswazah dan Siswazah (SPKPPPS) melaksanakan proses peralihan penggunaan Standard MS ISO 9001: 2008 kepada Standard MS ISO 9001:2015. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan UKM akan meningkatkan keberkesanan kos dan masa tanpa mengurangkan tahap kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan. Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti PTJ berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat organisasi secara keseluruhan dan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Persekitaran tempat kerja yang kondusif memberi kesan kepada semangat staf, produktiviti dan penglibatan. Persekitaran kerja yang kondusif membolehkan pekerja menjalankan tugas dengan selesa, selamat dan sihat. Survei kepuasan pelanggan dapat melihat hubungan di antara kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh PTJ dan kepuasan pelanggan.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 4 39

Page 43: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 4

KRA #4: Sumber Manusia dan Institusi Cemerlang

Definisi Pernyataan Hasil Utama #4 Staf Akademik, Pengurusan dan Profesional dan Pelaksana mempunyai ilmu, kemahiran, etika, kemuafakatan dan proaktif kepada perubahan yang berupaya menambah nilai perkhidmatan dan membangunkan institusi yang cemerlang, berinovasi dan produktif. KPI KRA #4 1. Peratus warga UKM yang terlibat dalam inisiatif inovasi peningkatan kualiti (e.g. Kumpulan Inovatif Kreatif

(KIK), T-Novasi dll.) 2. Kepuasan pihak berkepentingan yang berurusan dengan UKM

Sub KRA #4.1: Staf yang kompeten dan inovatif

Pernyataan Hasil #4.1 Staf UKM mempunyai pengetahuan, kemahiran terkini dan daya inovasi yang tinggi untuk memberi perkhidmatan berkesan dan menjadi rujukan kepada semua pihak berkepentingan.

KPI #4.1 1. Peratus staf UKM yang

menghadiri kursus/latihan dalam kemahiran terkini.

2. Bilangan projek inovasi yang berdaftar.

Strategi #4.1 1. Meningkatkan kompetensi staf sesuai

dengan keperluan terkini dan akan datang. 2. Membudayakan inovasi dalam proses

kerja. 3. Membudayakan perkongsian amalan

terbaik di dalam dan luar UKM. sarjana yang diiktiraf.

Sub KRA #4.2 Staf yang beretika dan bermuafakat

Pernyataan Hasil #4.2 Staf UKM yang mempunyai nilai dan etika kerja profesional yang tinggi dan sentiasa bermuafakat dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang.

KPI #4.2 1. Bilangan penyertaan

dalam aktiviti berkumpulan.

Strategi #4.2 1. Memupuk nilai kerohanian, etika kerja dan

jati diri. 2. Mengukuhkan dan membudayakan kerja

berpasukan.

Sub KRA #4.3 Institusi yang proaktif dan dinamik

Pernyataan Hasil #4.3 UKM adalah institusi yang bersifat proaktif dan dinamik untuk menerajui perubahan dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dan institusi serta menyumbang kepada persekitaran kerja yang mesra perubahan.

Strategi #4.3 1. Memupuk persekitaran kerja yang mesra

perubahan. 2. Menambah baik sistem pengurusan

mengikut keperluan semasa dan akan datang.

Penetapan KPI dan Strategi dibuat selepas perbincangan dengan Fakulti/Pusat/Institut adalah seperti berikut:

40

Page 44: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

INISIATIF Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) dan Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran (Pengajaran UKM) merancang dan menganjurkan program latihan untuk staf. Perancangan dan pelaksanaan program tersebut dilaksanakan berasaskan tahap kompetensi dan gred perkhidmatan yang memfokuskan kepada pembangunan kepimpinan dan keterampilan, pelan pewarisan UKM dan pengukuhan laluan kerjaya serta kecemerlangan fungsian. Inisiatif ini dapat membantu menyelesaikan masalah dengan kerja seterusnya membuat penambahbaikan dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 4

Bagi menggerakkan projek inovasi dalam kalangan staf, maka Kumpulan Projek GerakNovasi telah diilhamkan oleh Naib Canselor. Sebagai perintis kepada projek yang berkonsepkan top down ini, Universiti telah mengenalpasti permasalahan utama yang perlu diselesaikan secara inovatif yang keahliannya terdiri daripada staf pentadbiran merentasi skim perkhidmatan. Hasil GerakNovasi adalah penghasilan output berkualiti yang dapat dinikmati dengan ketara dan secara meluas serta berimpak tinggi serta meningkatkan reputasi UKM di mata masyarakat.

Inisiatif ini dapat membantu menyelesaikan masalah dengan kerja seterusnya membuat penambahbaikan dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan.

41

Untuk memperkukuhkan budaya kerja muafakat dalam kalangan warga UKM, inisiatif yang diambil ialah melalui projek gotong-royong, perhimpunan staf, sukan universiti, pengurusan majlis rasmi dan pengurusan audit. Kerja bermuafakat adalah penting untuk menyatupadukan semua staf dalam pelbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran untuk penyelesaian masalah.

Page 45: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

KAEDAH PEMANTAUAN Pemantauan pencapaian sasaran dilaksanakan oleh Pusat Strategi dan dibantu oleh Jawatankuasa Bertindak KRA 4. KPI KRA dan Sub KRA dipantau setiap suku tahun dan dilaporkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti. Manakala KPI Inisiatif dan KPI utama diukur pada akhir tahun dan inisiatif tersebut dipantau melalui Sistem Maklumat Strategik (Pemantauan Inisiatif). Data yang berkenaan dicapai melalui Sistem e-Inovasi dan maklum balas pelanggan melalui Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP).

KESIMPULAN Sesebuah institusi yang cemerlang memerlukan staf yang cemerlang dan berupaya menerima perubahan. Dalam konteks ini, UKM sentiasa merangka strategi untuk memberi ruang dan peluang kepada staf menyerlahkan bakat, meningkatkan kemahiran melalui latihan dan penyediaan laluan kerjaya. Persekitaran kerja yang kondusif dengan konsep muafakat dan etika kerja diperkukuhkan bagi melahirkan modal insan seimbang yang mampu berdaya saing secara sihat dan mempunyai kompetensi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 4 42

Page 46: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Penjanaan Kekayaan Secara Optimum dan Strategik

KRA 5

Page 47: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Penjanaan Kekayaan Secara Optimum dan Strategik

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 5

Idea, perancangan dan aktiviti penjanaan kewangan dalam bentuk baru perlu diberi penekanan bagi mencapai hasrat tersebut.

PENGENALAN Penjanaan bukan perkara baharu, namun seluruh lapisan warga UKM mula sedar bahawa ianya merupakan suatu perkara yang penting memandangkan geran kerajaan yang semakin berkurangan setiap tahun. Justeru itu, UKM telah mengambil inisiatif untuk menjadikan aktiviti penjanaan sebagai salah satu agenda utama Universiti bagi menjamin kelestarian kewangan. Idea, perancangan dan aktiviti penjanaan kewangan dalam bentuk baru perlu diberi penekanan bagi mencapai hasrat tersebut. Budaya penjanaan perlu diterapkan dalam kalangan staf UKM di semua peringkat. Bagi memperkukuhkan budaya penjanaan, setiap PTJ diminta untuk mengenalpasti sumber pendapatan masing-masing dan seterusnya merangka tindakan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam belanjawan tahunan.

44

Page 48: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

KRA5 memfokus kepada usaha bagaimana universiti mampu untuk menjana kewangan secara optimum dan strategik. Semua pihak di UKM memikir dan mencari jalan bagaimana usaha penjanaan dapat dipergiatkan secara lestari dalam tempoh jangka masa yang panjang. Usaha ini amat penting untuk memastikan aktiviti utama universiti tidak terjejas dan mengurangkan kebergantungan universiti dengan geran kerajaan. Sehingga kini UKM berada dalam keadaan yang agak baik kerana masih menerima bantuan kerajaan untuk menjalankan operasi dan menjalankan pelbagai akitviti pembangunan dan penyelidikan. Namun kemajuan sesebuah universiti tidak boleh bergantung semata-mata dengan mengharapkan dana daripada kerajaan atau pembayar cukai semata-mata. Oleh itu, pelan strategik dan inisiatif perlu digerakkan untuk melonjakkan penjanaan kewangan universiti.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 5 45

Page 49: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Kedudukan kewangan yang kukuh dan mantap perlu disokong aktiviti penjanaan kekayaan secara optimum dan strategik berdasarkan kepakaran, harta intelek dan aset hakiki.

Penjanaan Kekayaan Secara Optimum dan Strategik Kedudukan kewangan yang kukuh dan mantap perlu disokong oleh aktiviti penjanaan kekayaan secara optimum dan strategik berdasarkan kepakaran, harta intelek dan aset hakiki (Booklet KRA, 2014). UKM telah mempunyai asas aktiviti penjanaan di samping geran kerajaan dan menjana sekitar 25% hasilnya sendiri yang digunakan untuk menampung keperluan operasi. Perbelanjaan operasi UKM yang utama adalah perbelanjaan emolumen staf, kos utiliti dan perbelanjaan perkhidmatan penyelenggaraan bangunan serta kemudahan infrastruktur yang sedia ada. Dalam usaha meningkatkan penjanaan, UKM telah memperkenalkan konsep 3P iaitu Pakar, Program dan Prasarana untuk penjanaan dan pendanaan. Melalui konsep ini, setiap warga dan PTJ perlu mengambil inisiatif untuk menjana kewangan bagi menanggung 25% perbelanjaan universiti.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 5

Kepakaran Bernilai Tinggi Kepakaran Bernilai Tinggi ialah kepakaran dan harta intelek UKM mendapat pengiktirafan tinggi daripada pasaran serta pelanggan berwibawa yang menyumbang secara tekal kepada pendapatan universiti. Oleh itu UKM memperkenalkan konsep 3P iaitu Pakar, Program dan Prasarana untuk penjanaan dan pendanaan. Program akademik yang bernilai tinggi ialah program yang diiktiraf dan mempunyai permintaan tinggi seperti program eksekutif di Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) dan program khas antarabangsa di Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) dan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM). Di samping itu, kepakaran yang ada pada ahli akademik dan staf profesional boleh dijadikan aset dalam menjana kewangan melalui khidmat perundingan, perkhidmatan kepakaran dan pengkomersilan produk.

46

Page 50: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Pengewangan Aset Hakiki Pengewangan Aset Hakiki ialah perkhidmatan dan aset hakiki UKM diurus dan dikembangkan secara profesional dan digemblengkan secara optimum bagi memastikan pendapatan yang tinggi serta memuaskan pelanggan. UKM mempunyai asas yang kukuh kerana mempunyai kekuatan sendiri termasuk memiliki jumlah aset hakiki yang besar. Justeru itu, UKM berasa yakin perubahan perlu dibuat dan semua lapisan warga UKM perlu mencari mekanisme memperbaiki kualiti perkhidmatan dan aktiviti yang ditawarkan.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 5

Pengukuhan Endowmen dan Tajaan Melalui konsep 3P iaitu Pakar, Program dan Prasarana dibiayai oleh dana endowmen dan tajaan yang bernilai tinggi daripada entiti yang berwibawa dan pelbagai. UKM meletakkan harapan untuk menjana kewangan sebanyak 25% daripada perbelanjaan dalaman (OE) UKM. Setiap warga UKM perlu lebih proaktif, efisien dan mempunyai ciri keusahawanan untuk mencapai institusi cemerlang yang kondusif dan lestari.

47

Page 51: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

KRA #5 Penjanaan Kekayaan Secara Optimum & Strategik

Definisi Pernyataan Hasil Utama #5 Kedudukan kewangan yang kukuh dan mantap disokong oleh aktiviti penjanaan kekayaan secara optimum & strategik berdasarkan kepakaran, harta intelektual dan aset hakiki KPI KRA #5 Peratus perbelanjaan pengurusan (OE) yang dijana secara dalaman.

Sub KRA #5.1: Kepakaran bernilai tinggi

Pernyataan Hasil #5.1 Kepakaran dan harta intelek UKM mendapat pengiktirafan tinggi daripada pasaran serta pelanggan berwibawa yang menyumbang secara tekal kepada pendapatan universiti.

KPI #5.1 1. Jumlah penjanaan hasil

daripada kepakaran dan pengkomersilan harta intelektual;

Strategi #5.1 1. Meningkatkan penglibatan staf secara

meluas dalam khidmat perundingan; 2. Mempelbagaikan sumber pendapatan

berasaskan kepakaran dan aset intelektual;

3. Memperhebat promosi kepakaran dan menjalinkan usaha sama strategik dengan agensi dan industri berkaitan.

Sub KRA #5.2: Pengewangan Aset Hakiki

Pernyataan Hasil #5.2 Perkhidmatan dan aset hakiki UKM diurus dan dikembangkan secara profesional dan digemblengkan secara optimum bagi menghasilkan pendapatan yang tinggi serta memuaskan pelanggan.

KPI #5.2 1. Bilangan aset yang

menghasilkan penjanaan; 2. Jumlah penjanaan

daripada hasil pengewangan aset hakiki;

3. Maklum balas daripada pelanggan yang diperoleh melalui soal selidik.

Strategi #5.2 1. Menawarkan aset dan perkhidmatan

berkualiti yang bernilai tinggi di pasaran; 2. Memperluas dan memperhebat promosi

aset dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh universiti;

3. Membangunkan aset baru yang mempunyai potensi besar.

Sub KRA #5.3: Pengukuhan Endowmen & Tajaan

Pernyataan Hasil #5.3 Pakar, program dan prasarana UKM dibiayai oleh dana endowmen dan tajaan yang bernilai tinggi daripada entiti yang berwibawa dan pelbagai.

KPI #5.3 1. Nilai endowmen dan

tajaan;

Strategi #5.3 1. Menawarkan pakej endowmen; 2. Menawarkan pakej tajaan yang berupaya

menarik penyumbang dana; 3. Mempromosi 3P (pakar, program dan

prasarana) kepada penyumbang berpotensi.

Penetapan KPI dan Strategi dibuat selepas perbincangan dengan Fakulti/Pusat/Institut adalah seperti berikut:

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 5 48

Page 52: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

INISIATIF Menyedari keperluan penjanaan sumber dalaman sangat penting, pelbagai inisiatif telah dikenalpasti dan digerakkan untuk mencapai sasaran KPI. Sesuai dengan peningkatan kos dan keperluan pembelajaran yang berubah, UKM telah mengambil langkah utama dengan meningkatkan kadar yuran program siswazah. Semakan kadar yuran program prasiswazah UKM telah dibuat sesuai dengan tuntutan dan keperluan semasa. Lanjutan itu, pengambilan pelajar siswazah ditingkatkan melalui promosi yang berkesan. Pembabitan Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) dalam pengambilan pelajar eksekutif merupakan langkah penting yang banyak membantu UKM dalam menjana kewangan. UKM mengambil langkah kreatif dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan di seluruh PTJ. Selain itu, UKM juga telah mengambil langkah bijak dengan pengurusan dana pelaburan yang lebih menguntungkan. Aset hakiki yang ada dipasarkan dengan berkesan supaya digunakan secara optimum dan tiada aset yang dibiarkan tanpa dijana. Kolej-kolej ditransformasi menjadi satu pusat penginapan yang menawarkan harga yang lebih menguntungkan sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 5

Kelestarian Penjanaan 1. Pengukuhan Penubuhan

SBU di PTJ 2. Mengoptimum Penggunaan

Ruang dengan Sistem STATUS

3. Pelaksanaan UKM Masterplan

Pemulihan Hasil (unlocking potential)

1. Meningkatkan Bilangan

Pelajar Sepenuh masa Membayar Yuran Penuh

2. Program Pengajian Antarabangsa

3. Program Eksekutif (Jangka Pendek) dan Perkhidmatan

Pemerkasaan Endowmen dan Penajaan

1. 1.Give2UKM dari Alumni 2. 2.Promosi Dana Wakaf Ilmu

(DWI-UKM) 3. 3.Program 3P (Pakar, Program,

Prasarana)

Aset hakiki yang ada dipasarkan dengan berkesan supaya digunakan secara optimum dan tiada aset yang

dibiarkan tanpa dijana.

49

Page 53: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Sektor program akademik yang ditawarkan secara eksekutif program merupakan sektor yang perlu dikuasai dengan strategi pemasaran yang berkesan dan pengurusan yang sistematik. PKP dengan kerjasama fakulti perlu bekerja keras menggandakan penjanaan mereka. Jumlah yang perlu dijana amat tinggi kerana kos operasi dan perbelanjaan universiti yang semakin meningkat termasuk kos emolumen dan utiliti yang tinggi di samping kos penyelenggaran bangunan dan infrastruktur yang semakin meningkat. Penjimatan merupakan aspek penting untuk mengimbangi kenaikan kos. Keupayaan anak syarikat UKM iaitu UKM Holdings Sdn Bhd dan UKM Technology Sdn Bhd perlu diberi perhatian sebaiknya kerana telah berjaya dan mempunyai asas perniagaan yang sejajar dengan aktiviti utama UKM.

KAEDAH PEMANTAUAN Inisiatif atau tindakan yang dijalankan di PTJ dipantau melalui Sistem Maklumat Strategik (Pemantauan Inisiatif. Universiti mensasarkan sebanyak 25% perbelanjaan mengurus yang dijana secara dalaman melalui penjanaan kewangan yang bersandarkan kepakaran dan program yang bernilai tinggi, pengewangan aset hakiki serta pengukuhan endowmen dan tajaan. Pemantauan dilakukan secara berkala dan pelaporan pencapaian dilaporkan di dalam mesyuarat peringkat universiti pencapaian KRA.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 5 50

Page 54: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

KESIMPULAN

Cabaran institusi pendidikan tinggi masa kini adalah penjanaan kewangan sendiri tanpa bergantung sepenuhnya daripada pihak kementerian. UKM telah merangka pelan strategik dan mengambil inisiatif dalam menjayakan konsep ini. Antaranya ialah kelestarian penjanaan, pemulihan hasil dan pemerkasaan endowmen serta penajaan. Setiap PTJ dibudayakan untuk mendapatkan penjanaan sendiri dan perbelanjaan secara berhemat.

UKM telah merangka pelan strategik dan mengambil inisiatif dalam menjayakan konsep ini.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 5 51

Page 55: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Prasarana dan Persekitaran Ilmu yang Kondusif

KRA 6

Page 56: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

PENGENALAN Keberhasilan strategik ini memberi fokus kepada prasarana dan persekitaran ilmu kondusif yang merupakan elemen penting dalam menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, keterlibatan, pembangunan staf dan penjanaan kewangan. Prasarana merupakan insfrastruktur dan kemudahan dari segi fizikal dan teknologi. Persekitaran ilmu pula termasuk kawasan, lanskap dan sekitaran yang meliputi aktiviti berkenaan.

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 6

Prasarana dan persekitaran ilmu kondusif yang merupakan elemen penting dalam menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, keterlibatan, pembangunan staf dan penjanaan kewangan.

Prasarana dan Persekitaran Ilmu yang Kondusif

53

Page 57: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 6

Prasarana Berkualiti dan Persekitaran Lestari UKM berhasrat untuk menyediakan prasarana berkualiti, persekitaran lestari dan perkhidmatan berkesan (Booklet KRA UKM ,2014). Dalam prasarana berkualiti, aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan UKM disokong oleh prasarana yang lengkap dan moden yang memenuhi keperluan dan kepuasan semua pihak berkepentingan. Persekitaran lestari pula merujuk kepada kampus UKM mempunyai persekitaran dan prasarana yang selamat, berisiko rendah, selesa dan ceria serta mesra pengguna dan alam sekitar. Dengan itu, perkhidmatan berkesan amat penting di mana UKM menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh, cekap dan moden, merangkumi kesemua aspek utama yang menyokong kualiti dan keberkesanan penyampaian universiti. Secara tradisinya, prasarana dan penyelenggaraan diurus oleh Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP). Namun, budaya keempunyaan dan penyelengaraan oleh individu dan PTJ perlu diterapkan. Selain itu, PTJ perlu memainkan peranan bagi memastikan kos dapat dioptimumkan. Oleh itu, tanggungjawab penyelenggaraan boleh diperturunkan kepada PTJ. Tajaan prasarana juga menjadi agenda penting dan promosi perlu diperkukuhkan. Justeru itu, budaya memelihara prasarana dan penyelenggaraan menjadi amalan penting bagi memastikan keberhasilan prasarana dan persekitaran ilmu yang kondusif. Ini seterusnya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan universiti.

Persekitaran lestari pula merujuk kepada kampus UKM mempunyai persekitaran dan prasarana yang selamat, berisiko rendah, selesa dan ceria serta mesra pengguna dan alam sekitar.

54

Page 58: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Pusat Tanggungjawab (PTJ) Beberapa PTJ terlibat secara langsung dengan pelaksanaan keberhasilan strategik ini. Di peringkat universiti ia diterajui oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) yang mempengerusikan Jawatankuasa task force KRA 6. PTJ yang terlibat adalah:

Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaran (JPP) Fakulti/Institut/Pusat Kolej Kediaman Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) Pusat Teknologi Maklumat

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 6

Meningkatkan bilangan prasarana yang mendapat tajaan dan sumbangan oleh syarikat serta individu.

INISIATIF Inisiatif yang dirancang perlu dilaksanakan di semua peringkat PTJ dan universiti dan akan disemak setiap tahun bagi melihat kerelevanannya bagi mencapai sesuatu indikator prestasi (KPI). Bagi menjamin kelestarian prasarana dan persekitaran kondusif, beberapa inisiatif utama telah dilaksanakan, antaranya:

Meningkatkan bilangan prasarana yang mendapat tajaan dan sumbangan oleh syarikat serta individu.

Meningkatkan sumbangan melalui kempen Giving Back to UKM oleh alumni.

Meningkatkan bilangan program yang memberi sumbangan kepada alma mater.

Menggalakkan lawatan pihak luar ke kampus bagi tujuan penajaan prasarana.

Menaik taraf dewan kuliah, penginapan pelajar, prasarana sukan dan ‘Wall of Fame’ alumni.

Melaksana Program Kesedaran Kelestarian Alam Sekitar -Hari Zon Tanpa Kenderaan.

55

Page 59: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 6 56

Infra Tarikan Infra tarikan merupakan prasarana yang menjadi ikonik dan menjadi tarikan pengguna atau pengunjung. Antara prasarana ikonik di UKM adalah Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR), Masjid UKM dan Perpusatakaan Tun Sri Lanang. Manakala persekitaran menarik sekitar kampus seperti Taman Paku Pakis, Alur Ilmu dan Tasik Kejuruteraan. Dalam usaha menjadikan prasarana dan persekitaran yang kondusif serta menjadi tarikan, PTJ berusaha mendukung hasrat ini dengan mendapatkan tajaan daripada warga, alumni dan syarikat/agensi dengan kerjasama Khazanah UKM dan JPP. Beberapa prasarana telah dibangunkan dan naiktaraf seperti Dewan Kuliah dibeberapa Fakulti, Pusat Karier, Pusat Sehenti Pelajar dan Kolej Kediaman.

Page 60: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Penetapan KPI dan Strategi dibuat berdasarkan perbincangan pengurusan universiti dengan Fakulti/Pusat/Institut adalah seperti berikut:

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 6

KRA #6 Prasarana dan Persekitaran Ilmu yang Kondusif

Definisi Pernyataan Hasil Utama #6 UKM mempunyai prasarana, persekitaran dan sistem perkhidmatan yang berkesan sebagai pemangkin kepada aktiviti pendidikan, penyelidikan dan khidmat yang cemerlang. KPI KRA #6: Tahap kepuasan warga UKM (Pelajar / Kakitangan akademik / Kakitangan pelaksana) dan Pelanggan luar.

Sub KRA #6.1: Prasarana berkualiti

Pernyataan Hasil #6.1 Aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan UKM disokong oleh prasarana yang lengkap dan moden yang memenuhi keperluan dan kepuasan semua pihak berkepentingan.

Strategi #6.1 1. Menyediakan prasarana yang memenuhi

keperluan yang merangsang kecemerlangan;

2. Meningkatkan budaya penyelenggaraan prasarana dalam kalangan warga kampus;

3. Menyediakan perancangan pembangunan prasarana jangka panjang.

Sub KRA #6.2: Persekitaran lestari

Pernyataan Hasil #6.2 Kampus UKM mempunyai persekitaran dan prasarana yang selamat, berisiko rendah, selesa dan ceria serta mesra pengguna dan alam sekitar.

KPI #6.2 1. Peratus pengguna berpuas

hati dengan persekitaran yang selesa, ceria dan mesra pengguna.

Strategi #6.2 1. Memupuk budaya kesedaran keselamatan

dan kesihatan; 2. Menyedia dan mengekal infrastruktur fizikal

sesuai dengan keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

3. Melaksanakan amalan terbaik kelestarian.

Sub KRA #6.3: Perkhidmatan berkesan

Pernyataan Hasil #6.3 UKM menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh, cekap dan moden, merangkumi kesemua aspek utama yang menyokong kualiti dan keberkesanan penyampaian universiti.

KPI #6.3 1. Peratus pengguna berpuas

hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Strategi #6.3 1. Menyelenggara kemudahan dan utiliti

secara berkala; 2. Mewujud dan menguatkuasa piawaian

perkhidmatan yang disediakan; 3. Menambah perkhidmatan baru sesuai

dengan keperluan semasa.

57

Page 61: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 6

KAEDAH PEMANTAUAN Inisiatif atau tindakan yang dijalankan di PTJ dipantau melalui Sistem Maklumat Strategik (Pemantauan Inisiatif) Antara kaedah pemantauan ini adalah melalui soal selidik dan pol kepada staf, pelajar dan pihak luar bagi menilai persepsi dan kepuasan pelanggan. Pemantauan prestasi universiti dan PTJ diukur melalui indikator petunjuk prestasi utama (KPI). Sasaran 2016-2020 bagi setiap KPI dipersetujui oleh pengurusan tertinggi universiti.

Peratus pengguna yang berpuas hati dengan prasarana yang disediakan Peratus pengguna berpuas hati dengan persekitaran yang selesa, ceria dan mesra pengguna Bilangan infra tarikan

UKM juga berhasrat untuk membangunkan kampus Cheras yang mana terletaknya Pusat Perubatan UKM sebagai Teknopolis Kesihatan. Teknopolis ini menggabungkan beberapa kemudahan perubatan dan sains kesihatan dengan kerjasama industry/agensi dan dibangunkan sebagai ekosistem pendidikan, penyelidikan dan khidmat UKM kepada masyarakat seterusnya menjadi ikonik UKM dalam bidang kesihatan.

58

Page 62: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 6 59

KESIMPULAN

UKM telah menjangkau usia lebih 40 tahun dengan lanskap yang dibangunkan mengikut situasi pada waktu itu. Kini, ia menjadi satu cabaran untuk mewujudkan prasarana dan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif dengan pertambahan jumlah pelajar, staf serta keperluan pendidikan dan penyelidikan yang berkembang. Bagi mengatasi cabaran ini, UKM melaksanakan inisiatif melalui konsep keempunyaan prasarana (ownership) dalam penyelenggaraan, menaiktaraf infrastruktur yang lama dan melaksana pendekatan berciri keusahawanan bagi mendapat sumbangan, tajaan dan endowmen daripada rakan strategik. Dalam usaha meneruskan penyediaan prasarana berkualiti, persekitaran lestari dan perkhidmatan berkesan, gandingan mantap dengan semua Pusat Tanggungjawab adalah formula utama yang menjadi nadi kelangsungan pelaksanaan KRA6.

#SayaSayangUKM

Page 63: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Sumber Rujukan

Page 64: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Rujukan

Booklet Bidang Keberhasilan Utama (KRA) UKM.2014.Bangi: Pusat Strategi UKM.

Booklet Pencapaian 2016 & Sasaran 2017.2017.Bangi: Pusat Strategi UKM.

Buku Panduan Pra Siswazah Pusat Citra UKM, 2015.Bangi: Pusat Citra UKM.

Fariza Md Sham & Zuliza Mohd Kusrin.2000.Cabaran dan Peluang Bidang Pengajian

Islam UKM di Alaf Baru. Dlm. Prosiding Persidangan Ulang tahun ke 30

UKM.Bangi:UKM Press.

Laman Web Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia

Laman Web CESMED UKM.2017.

Laman Web Pusat Pengajaran UKM.2017.

Laman Web PPMPA UKM.2017

Laman Web Pusat Karier UKM.2017

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025(Pendidikan Tinggi).Putrajaya:KPT.

Pelan Strategi UKM 2000-2020.2010.Bangi:Pernerbit UKM

Pelan Strategik UKM:Perspektif 2006-2010.Bangi: Penerbit UKM

Rujukan

61

Page 65: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Bidang Keberhasilan Strategik UKM

BarudinStrategi2017

Page 66: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK UKM · 2018. 2. 14. · dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global. ... Lonjakan yang digariskan

Bidang Keberhasilan Strategik UKM