Upload
cik-puteri-zulaika
View
800
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
BIDANG PEMBELAJARAN 3NILAI BERKAITAN DENGAN
ALAM SEKITAR
NILAI
1.1 Menyayangi dan menghargai alam sekitar
1.2 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
1.3 Kemapanan alam sekitar
1.4 Peka terhadap isu-isu alam sekitar
1.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM
SEKITAR
Objektif:Melaksanakan tanggungjawab
bersama dalam memelihara dan memulihara alam sekitar
Definisi:Kesedaran tentang pentingnya memelihara
dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar boleh dijayakan bersama:
a) Usaha penghutanan semula
b) Usaha mengekalkan keseimbangan ekosistem
•Manusia
•Flora dan fauna
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Mengadakan projek kitar semula.
b) Lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM) atau tempat yang berkaitan dengan penghutanan semula.
1.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA
DENGAN ALAM SEKITAR
Objektif:
Melibatkan diri dalam penjimatan penggunaan sumber dan menguruskan sisa secara bijaksana.
Definisi:
Keadaan saling memerlukan hubungan
yang harmonis antara manusia dengan
alam sekeliling supaya kualiti
kehidupan manusia dan alam sekeliling
terpelihara.
Pelupusan sisa secara terancang dan
berteknologi menjamin persekitaran berkualiti:
a) Usaha mengurangkan penggunaan bahan sumber yang terhad
b) Usaha mengguna semula
c) Usaha mengitar semula
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah tempat pengurusan sisa buangan. Contoh: Logi kumbahan, Pusat Kitaran Semula
b) Membuat perancangan mengenai Minggu Kitar Semula di bilik darjah atau sekolah.
LOJI KUMBAHAN
KITAR SEMULA
1.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR
Objektif:
Pelajar dapat menjaga dan menguruskan alam sekitar degan sebaik-baiknya.
Definisi:
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk
kesejahteraan hidup.
• Pengurusan tanah secara berhikmah dapat menjamin keseimbangan alam dan kehidupan berkualiti.
• Pelbagai aktiviti yang bertanggungjawab dapat dilakukan melalui pengurusan tanah iaitu :
a) Perindustrian
b) Pertanian
c) Perlombongan
d) Petempatan
AKTIVITI PEMBELAJARANAktiviti pembelajaran boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.
a) Mengenalpasti satu kawasan tanah di sekolah untuk projek pertanian.
b) Melakarkan pelan pengurusan tanah tersebut.
c) Membentangkan kertas kerja tentang pengurusan tanah tersebut.
PERLOMBONGAN
PENEMPATAN
PERINDUSTRIAN
3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR
Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat mengenalpasti dan
melibatkan diri dengan agensi-agensi yang terlibat dalam menjaga kualiti alam sekitar.
Definisi:
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha untuk
menyelesaikannya.
• Pengekalan keseimbangan alam seitar adalah tanggungjawab bersama.
• Peranan pelbagai pihak dalam menjaga kualiti alam sekitar :
a) Individu
b) Agensi kerajaan
c) Badan bukan kerajaan (NGO) tempatan
d) Badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa – World Wide Fund for
Nature Malaysia dan Green Peace.
AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Mengumpul maklumat tentang peranan pelbagai agensi dalam menjaga kualiti alam sekitar dan membincangkannya.
b) Merancang dan menjalankan aktiviti penjagaan alam sekitar di sekolah.
Disediakan oleh: Nor Zul@ika Md Zuki