28
SINOPSIS BINA INSAN GURU PERINGKAT III Bina Insan Guru Peringkat III bertujuan memberi peluang kepada pelatih PPG melaksanakan satu aktiviti yang diakhirnya dapat mencungkil pengalaman pelajar sekolah mereka dalam menanam nilai-nilai positif seperti kebertangungjawaban,amanah, menyayangi dan sebagainya. Pelatih PPG akan merancang, melaksana dan menguruskan satu aktiviti yang berlandaskan kepada sikap kepunyaan ( belonging) dalam kalangan pelajar sekolah. Pelajar diberikan satu kawasan angkat’ di mana mereka akan merancang dan melaksanakan aktiviti yang akhirnya menonjolkan kawasan angkat mereka dan menjadi satu tarikan atau mercu tanda di sekolah. Sikap kepunyaan terhadap kawasan angkat tersebut akan terserlah di fasa pengurusan dan penjagaan kawasan tersebut pada sepanjang masa. Pada masa yang sama Pelatih PPG akan dapat meningkatkan entiti profesionalisme keguruan mereka secara sistematik melalui proses pendokumentasian dan refleksi mereka terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan ini. Diharapkan Pelatih PPG akan membuat penilaian kendiri dalam mempastikan kejayaan mereka sebagai seorang guru disamping membangunkan potensi anak didik mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran hidup di masa akan datang.

Bidang Tugas & Sinopsis Bina Insan Guru Peringkat III

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bidang Tugas & Sinopsis Bina Insan Guru Peringkat III

Citation preview

SINOPSIS BINA INSAN GURU PERINGKAT IIIBina Insan Guru Peringkat III bertujuan memberi peluang kepada pelatih PPG melaksanakan satu aktiviti yang diakhirnya dapat mencungkil pengalaman pelajar sekolah mereka dalam menanam nilai-nilai positif seperti kebertangungjawaban,amanah, menyayangi dan sebagainya.

Pelatih PPG akan merancang, melaksana dan menguruskan satu aktiviti yang berlandaskan kepada sikap kepunyaan (belonging) dalam kalangan pelajar sekolah. Pelajar diberikan satu kawasan angkat di mana mereka akan merancang dan melaksanakan aktiviti yang akhirnya menonjolkan kawasan angkat mereka dan menjadi satu tarikan atau mercu tanda di sekolah. Sikap kepunyaan terhadap kawasan angkat tersebut akan terserlah di fasa pengurusan dan penjagaan kawasan tersebut pada sepanjang masa.

Pada masa yang sama Pelatih PPG akan dapat meningkatkan entiti profesionalisme keguruan mereka secara sistematik melalui proses pendokumentasian dan refleksi mereka terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan ini. Diharapkan Pelatih PPG akan membuat penilaian kendiri dalam mempastikan kejayaan mereka sebagai seorang guru disamping membangunkan potensi anak didik mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran hidup di masa akan datang.

3 CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS

Struktur Jawatankuasa Program Bina Insan Guru PPG ( MENGIKUT KEPERLUAN AKTIVITI )

Pengerusi

:Guru Besar

Timbalan Pengerusi

:Penolong Kanan KK

Setiausaha

:Pelajar PPG ( Program Pensiswazahan Guru )

Bendahari

:( Lantikan sekolah )

Ahli Jawatankuasa :

i.Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral

ii.Pengerusi Jawatankuasa Peralatan

iii.Pengerusi Jawatankuasa Makanan

iv.Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti

v.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan

SENARAI TUGAS PELAJAR PPG UNTUK

PERLAKSANAAN PERINGKAT III

BilJawatanBidang Tugas

1.

Pelajar PPG Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG PPG

Mengadakan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan aktiviti.

Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi luar yang terlibat

Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG PPG

Menyediakan laporan penilaian BIG PPG

Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program

Menyediakan anggaran perbelanjaan BIG PPG.

Menyediakan laporan kewangan pelaksanaan BIG PPG

Mengendalikan aktiviti kerohanian / moral

Mengenalpasti fasilitator aktiviti kerohanian / moral Menyediakan dan memastikan semua peralatan program / aktiviti boleh digunakan.

Menyediakan peralatan memasak

Menyediakan peralatan siaraya

Menyediakan bahan alat tulis

Menyediakan peralatan komunikasi

Menyediakan peralatan kembara dan orienteering

Mengawasi kuantiti bekalan makanan

Menyediakan menu makanan

Mengawasi kebersihan penyediaan makanan dan mengawal mutu penyediaan makanan

Memberi taklimat kepada semua jurulatih dan jawatankuasa.

Menyelaraskan semua aktiviti sepanjang program / aktiviti.

Mengadakan mesyuarat O Group setiap malam

Memastikan semua aktiviti sepanjang program / aktiviti berjalan mengikut jadual.

Sentiasa berada di tapak program / aktiviti.

Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan jurulatih dan peserta

Menjadi pegawai perhubungan dengan pihak luar sepanjang program / aktiviti

Menjadi pegawai pengiring LO kepada VIP semasa perasmian penutup

Merancang dan mengendali aktiviti

Memilih dan menentukan jurulatih / fasilitator mengikut kepakaran.

Menjadi tempat rujuk bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti.

Memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan

Menyediakan peralatan kecemasan dan ubat-ubatan

Menguruskan pengangkutan peserta ke tapak program / aktiviti

Menguruskan insuran peserta

Menyediakan kawasan selamat bagi setiap program BIG PPG

Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

*** YANG MANA BERKAITAN

CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURUPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) PERINGKAT III

Hari/

Masa8.00

9.00 9.00

10.0010.00

10.3010.30

12.3012.30

2.002.00

4.004.00 4.304.30

6.30

HariPendaftaran dan Taklimat Program / aktivitiSayangi Kawasan Sekolah AndaRehatSayangi Kawasan Sekolah AndaMakan tengahari/

Solat

RehatLDK /

Refleksi

Rehat/ SolatMajlis Penutupan

Cadangan Aktiviti : Sayangi Kawasan Sekolah Anda i. Aktiviti ini hendaklah bersesuaian dengan program yang telah di rancang oleh pihak sekolah sepanjang tahun 2014 ii. Tarikh akhir menghantar laporan / tugasan adalah pada 30 SEPTEMBER 2014 dan tertaktluk kepada keperluan IPGK masing masing.iii. Rujuk Lampiran 36. PANDUAN DAN PROSEDUR PELAKSANAAN

6.1. PERANCANGAN AWAL DAN PERSEDIAAN PROGRAM

Program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan dibuat dengan teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, pelajar PPG perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan.

Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:

a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja

b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan

c. Memilih dan menentukan lokasi program

d. Merancang pengisian aktiviti.

e. Merancang perbelanjaan

f. Memberi taklimat dan merancang latihan asas kepada murid-murid / peserta taklimat kepada jurulatih / fasilitator dan urusetia

g. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan

h. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan

1.1. TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN

SEBELUM AKTIVITI PERINGKAT III

BilPerkaraIsi KandunganTindakan

1.Taklimat Pertama Program BIG PPG Kepada Pelajara. Rasional BIG PPG

b. Objektif BIG PPG

c. Model Konseptual BIG PPG ( Rujuk pro Forma Fasa 1 hingga 6 BIG PPG)

d. Struktur Organisasi

e. Penulisan Refleksi / Folio

f. Persiapan awal

g. Etika Peserta BIG PPG

h. Keadaan Fizikal

i. Peralatan

j. Status Kesihatan

k. Aktiviti dan keselamatan di air

l. Kuatermaster makanan

m. Kuatermaster peralatan

n. Kebajikan dan Keselamatan

o. Jadual Pelaksanaan

*** MANA-MANA YANG BERKENAAN Diadakan di IPG

Dikendalikan oleh Penyelaras Program BIG PPG IPG

Bahan-bahan taklimat

VCD dan LCD

Bahan bercetak

2.Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan BIG PPG Perancangan Pelaksanaan Program

a. Lokasi Program

b. Tarikh Program

c. Lawatan Tapak

d. Perhubungan luar

e. Peralatan

f. Pembahagian tugas Kem Komander /Jurulatih / Fasilitator

g. Kos

h. Kebajikan / makanan

*** MANA-MANA YANG BERKENAANPelajar PPG dengan Jawatankuasa Pelaksana BIG PPG peringkat sekolah.

SEMASA AKTIVITI PERINGKAT III

BilPerkaraIsi KandunganTindakan

1.Taklimat kepada peserta programa. Memperkenalkan Jurulatih / Fasilitator Siri BIG PPG kepada peserta.

b. Pembahagian Tugas kepada peserta

c. Keadaan Fizikal

d. Peralatan

e. Status Kesihatan

f. Kuatermaster makanan

g. Kuatermaster peralatan

h. Kebajikan dan Keselamatan

i. Jadual Pelaksanaan

j. Pergerakan Aktiviti

k. Disiplin Peserta

l. Peraturan Program / aktiviti

m. Jadual Aktiviti

n. Pembahagian Nombor Peserta (Numbering).

*** MANA-MANA YANG BERKENAAN Urusan pelajar PPG

2.Pelaksanaan Aktivitia. Arahan tetap yang merangkumi prosedur sebelum aktiviti.

b. Melaksanakan semua komponen dalam jadual

c. Penilaian dan penulisan refleksi Urusan pelajar PPG

3.Penutup Aktiviti Protokol acara penutup siri BIG PPG Perbarisan Ucapan VVIP *** MANA-MANA YANG BERKENAANUrusan pelajar PPG

4.Tindakan sebelum perjalanan pulang1. Membersihkan peralatan dan kawasan program / aktiviti.

2. Memastikan peralatan adalah dalam keadaan yang baik.

3. Pemulangan peralatan dengan amaun yang sama.

4. Menyusun peralatan.

*** MANA-MANA YANG BERKENAANUrusan pelajar PPG

1. 2. 3.

5. 6. 7. 8.

SELEPAS AKTIVITI PERINGKAT III

BilPerkaraIsi KandunganTindakan

1.Tindakan Selepas Aktiviti1. Membuat refleksi / laporan perlaksanaan BIG PPG

2. Menyediakan dokumentasi audio/video untuk tujuan pelaporan dan penilaian

( Rujuk Pentaksiran BIG PPG )

3. Menyiapkan portfolio.

4. Surat Penghargaan kepada agensi yang membantu program BIG PPG (cth: Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin, Penghulu) jika perlu.*** MANA-MANA YANG BERKENAANPenyelaras Program BIG PPG IPG

2. PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG PPG

Peraturan dan arahan tetap program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.

Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:

1. Pelajar PPG memastikan semua peserta mematuhi arahan, jadual aktiviti dan penglibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG PPG.

2. Pelajar PPG memastikan semua peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain.

3. Pelajar PPG memastikan semua peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang program / aktiviti .

4. Pelajar PPG memastikan semua peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak program / aktiviti apabila masuk waktu solat.

5. Pelajar PPG memastikan semua peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan.

6. Pelajar PPG memastikan semua peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)

7. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang merokok sepanjang masa program / aktiviti.

8. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.

9. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar.

10. Pelajar PPG memastikan semua peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan program / aktiviti perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.

11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang program / aktiviti adalah ditegah.

12. Pelajar PPG memastikan semua peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi program / aktiviti.

13. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti program / aktiviti.

14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

15. Pelajar PPG memastikan semua peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 11.00 malam.

16. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.

17. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti program / aktiviti.

18. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang keluar dari kawasan program / aktiviti kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.

19. Pelajar PPG memastikan semua peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.

20. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang membakar dalam kawasan program / aktiviti tanpa kebenaran.

21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator.

22. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

23. Pelajar PPG memastikan semua peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

24. Pelajar PPG memastikan semua peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.PERINGATAN

Pelatih PPG dikehendaki berada bersama pelajar dari mula sehingga tamat program / aktiviti dan pada setiap aktiviti yang dijalankan.

Kenderaan kecemasan perlu disediakan dan berada sepanjang masa di kawasan program / aktiviti.

3. SPESIFIKASI TAJUK BINA INSAN GURU PPG PERINGKAT IIITAJUK / AKTIVITIKANDUNGANJAM INTERAKSI

1. Progam /Aktiviti BIG PPG

Aktiviti:

Menguruskan aktiviti / program Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas

Penyediaan tapak aktiviti dan penyajian makanan

Berjiwa merdeka dan perkasa

Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.

Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Membina kemahiran mengurus perubahan diri, organisasi, dan persekitaran.

Kerohanian dan akhlak keguruan

Mengenali dan menilai potensi diri insan guru

Potensi kendiri

Personaliti kerjaya

Citra diri insan guru

Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.

Pembangunan insan guru yang seimbang.

Berilmu, beramal dan berbakti

Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.

Menghayati konsep kerja sebagai ibadah dan hidup berbakti.

Berakauntabiliti dan amanah

Berakauntabiliti kepada profesion keguruan

Berdaya tahan yang tinggi

Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani,

35 jam.

1. Malaysia cergas dan patriotik.

Nyanyian patriotik

Menaikkan bendera

Kawad kaki

Senamrobik / aktiviti kalistenik

2. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Ice Breaking

Personaliti Guru dan Konflik Personaliti

Realiti persekitaran

Realiti diri dan motivasi keguruan

Perubahan sikap

3. Pembinaan self-esteem

4. Kembara dan Orienteering

Berjalan merentas rimba

5. Berjalan lasak 6. Tazkirah / aktiviti moral

7. Persembahan kumpulan

8. Refleksi

Refleksi aktiviti

Refleksi umum

4. PROSEDUR KESELAMATAN BIG PPG PERINGKAT III4.1. SEBELUM AKTIVITI

Pelatih PPG

a. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga.

b. Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB.

c. Taklimat pelaksanaan BIG PPG Jurulatih, dan semua AJK.d. Taklimat pelaksanaan BIG PPG peserta / pelajar

e. Memilih dan memastikan tapak program / aktiviti

f. Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan

g. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis,Bomba dan Penyelamat dan hospital terdekat

h. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas

i. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut

j. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama

k. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG PPG

l. Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik

m. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan

*** YANG MANA BERKAITAN

4.2. SEMASA AKTIVITI

KEM KOMANDAN

a. Tiba lebih awal di tapak program / aktiviti

b. Memastikan tapak program / aktiviti selamat dan ada kemudahan air dan eletrik

c. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak program / aktiviti sebelum memulakan aktiviti

d. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar

e. Taklimat kepada peserta/ pelajar tentang spesifikasi tapak program / aktiviti

f. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan

g. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini / waktu kecemasan

4.3. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN

a. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti

b. Head Count untuk memastikan semuanya selamat

c. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan

d. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan

e. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandan

f. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat

g. Memberi penerangan tentang keselamatan diri

h. Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti

i. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti

*** YANG MANA BERKAITAN

4.4. SELEPAS AKTIVITI

KEM KOMANDAN

a. Menerima Laporan ketua jurulatih

b. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan

c. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan

d. Menerima Laporan Kuarter Master Makanan

e. Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari

f. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1 hari selepas program / aktiviti

g. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik

h. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG PPG ( Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Hutan )

i. Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian.

j. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan program / aktiviti dihantar kepada mentor kuliah berkenaan di IPG masing-masing ( Mesti dihantar pada interaksi bersemuka berikutnya )

*** YANG MANA BERKAITAN

PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIAN

BUKU PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG

OKTOBER 2013

Bil.NamaJabatan / Institut

1En.Baharuddin bin Ab.LatifPenyelarasPusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM

2Tn Haji Sudin bin Sarmin AhliIPG Kampus Perlis, Kangar, Perlis

3Tn Haji Ruslan bin SaadAhliIPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai petani Kedah Darul Aman

4En. Mohamad Hafedz b. SallehAhliIPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah Darul Aman

5En.Mustafa bin OthmanAhliIPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu Johor Darul Takdzim

6Tn Haji Mohd Noor bin AwangAhliIPG Kampus Kota Bharu, Kelantan Darul Naim,

7En.Mohd Zaid bin YusofAhliIPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

8En. Hishamuddin bin Hassan Ahli IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bharu, Johor Darul Takdzim

LAMPIRAN 1

STRUKTUR PELAKSANAAN BIG PPG

BilProforma BIG PISMPSem.1Sem.2Sem.3Sem.4Sem.5Sem.6Jumlah Jam

1PeringkatPkt 1Pkt 2Pkt 3Pkt 4

2Tahun Pelaksanaan2012201320142015

3PPG451010351010120

LAMPIRAN 2

CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN BIG PPG

PeringkatSemester

Pelaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah

JamCatatan

34WAJ3114 ( Khidmat Kemasyarakatan / Kem Motivasi dan Bimbingan )

Pro Forma BIG 4

A. Aktiviti di IPG ( IPG Based )

Taklimat Umum BIG

Taklimat Program

Taklimat Aktiviti - Sayangi Kawasan Sekolah Anda

Taklimat LDK / Refleksi

1

1

1

2

5 Taklimat dilaksanakan di IPG oleh Pensyarah kepada Pelatih PPG

( 1 pensyarah :30 pelajar )

B. Sayangi Kawasan Sekolah Anda ( School Based )

Pendaftaran

Malaysia Cergas

LDK / Refleksi Sayangi Kawasan Sekolah Anda

10jam

Pelaporan

Refleksi

Persediaan

20 jam1

2

2

5

5

5

10

30Dilaksanakan di sekolah

( school based )

***Semua aktiviti ini hendaklah diuruskan / dijalankan oleh Pelatih PPG semasa aktiviti

LAMPIRAN 3

PANDUAN ARAHAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG

PERINGKAT 3

Arahan Perlaksanaan Program / aktiviti

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, kepada semua pelajar PPG KPM,

" Anda dikehendaki mengendali, mengurus dan melaksanakan program aktiviti kemasyarakatan dengan kerjasama pihak sekolah kepada pelajar sekolah anda dengan mengambil kira semua domain pelaksanaan BIG. Bagi melaksanakan program berkenaan anda dikehendaki melaksanakan beberapa tindakan sebelum, semasa dan selepas sebagaimana terdapat di dalam Buku Panduan Pelaksanaan BIG PPG.Sekiranya di sekolah anda terdapat ramai pelajar PPG, anda bolehlah melaksanakan program ini secara berkumpulan dengan agihan kerja dan tugas seperti yang dimaklumkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan ini.

Instrumen pentaksiran BIG PPG ini adalah seperti berikut:

a. Portfolio program

b. Laporan dalam bentuk audio dan video.

c. Laporan penilaian sahsiah oleh Guru Besar.

d. Semua audio dan video hendaklah di masukkan dalam cekera padat untuk dihantar kepada pensyarah sebagai bukti dan bahan penilaian.

e. Semua laporan, portfolio dan rakaman ( audio/video ) hendaklah diserahkan kepada pensyarah anda pada atau sebelum 30 SEPTEMBER 2014. Kegagalan menghantar laporan ini pada tarikh yang ditetapkan boleh menjejaskan keputusan peperiksaan.

Sekian dimaklumkan, semoga anda semua berjaya melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.

Terima kasih.

CADANGAN SENARAI PORTFOLIO BIG PPG AKTIVITI KEMASYARAKATAN

1. Maklumat diri pelajar PPG

2. Isi Kandungan

3. Kertas kerja program

4. Surat panggilan

5. Minit mesyuarat

6. Agihan tugas dan jawatankuasa

7. Jadual program

8. Senarai nama pelajar / peserta

9. Surat kebenaran waris (jika ada)

10. Surat kepada pihak berkuasa tempatan ( Polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan sebagainya ) (jika ada)

11. Laporan Kewangan

12. Laporan aktiviti//program

13. Refleksi

14. Maklum balas (Penilaian kendiri)

FORMAT PENYEDIAAN RAKAMAN AUDIO-VIDEO

1. Pelajar boleh menggunakan sebarang perisian pengauditan video ( video editing ) seperti Corel Video Studio, Movie Maker, Cyberlink Power Director dan sebagainya.

2. Dimuatnaik dalam cekera padat CD / DVD.

3. Rakaman yang gagal ditonton/dibuka akan dikira tidak menepati kehendak penerbitan rakaman.

4. Rakaman boleh menggunakan format FLV ,Mpeg-4, AVI, WMV dan sebarang format yang menyokong perisian Windows atau Apple.

5. Pelajar tidak perlu menghantar papan cerita ( story board ) bersama dengan laporan ini.

6. Tempoh rakaman adalah tidak melebih 30 minit setiap satu program.

7. Sekiranya ada unsur plagiat, rakaman tersebut tidak akan dikira untuk penilaian.

LAPORAN AKTIVITI1. Penulisan laporan pelaksanaan dengan melampirkan bahan-bahan bukti seperti:

(a) buku program / brosur

(b) gambar-gambar

(c) dan bahan-bahan lain yang berkaitan

a. Gambar bersama peserta gotong royong

b. Gambar bersama pengurusan sekolah.

c. Gambar banner aktiviti

REFLEKSI

1. Laporan dilaksanakan secara individu

2. Pelatih PPG membuat ulasan menggunakan analisis SWOT ( kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman ) untuk

a. Apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program

b. Memberikan cadangan penambahbaikan program untuk masa hadapan

c. Menyatakan manfaat yang diperolehi oleh pelatih PPG hasil daripada program BIG PPG yang telah dilaksanakan dan memberi cadangan penambahbaikan.

d. Pelatih PPG berjaya mencungkil pendapat atau komen dari peserta ( murid sekolah ) sepanjang aktiviti dijalankan

KANDUNGAN

1. Bidang tugas dan sinopsis BINA INSAN GURU peringkat 111.

2. Kertas Kerja BIG Sudut Bestari Jauhar

3. Lampiran A dan B BKKP Peringkat 111 semester 4 5 dan 6

4. Sura kebenaran kepada Guru Besar dan Surat Mohon Keizinan Guru Besar 5. Surat Panggilan Mesyuarat 1

6. Surat Pemberitahuan Ibu Bapa Program Sayangi Sekolah Yang Sebenar

7. LAM C Laporan Sahsiah Dari Guru Besar BIG Peringkat 111 dan Semester 4 5 dan 68. Minit Mesyuarat Program Sayangi Sekolah Kali 1 2014-09-02

9. Surat Kepada Pensyarah

10. Surat Pelantikan AJK BIG

11. Bidang Tugas dan Sinopsis BIG Peringkat 111

12. Refleksi13. Lampiran

Lantikan sekolah dilantik mengikut keperluan aktiviti atas nasihat Guru Besar

Pelajar Sekolah

Pelatih PPG