Upload
yunppgpjk
View
360
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Bina Insan Guru
Citation preview
KERTAS KERJA
BINA INSAN GURU (BIG )
FASA V1
LAWATAN BENCHMARKING
INTERAKSI DENGAN GURU
CEMERLANG
2014
1
KERTAS KERJA
LAWATAN BENCHMARKING INTERAKSI
PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG
2014
ANJURAN :
PELAJAR PPG PJK KUMPULAN 1
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
IPG KAMPUS GAYA
TARIKH:
10 MAC 2014
HARI : ISNIN
MASA : 8.00 PAGI-11 PAGI
2
TEMPAT:
SMK KOLOMBONG INANAM KOTA KINABALU.
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru atau BIG adalah komponen pembelajaran yang
wajib dilaksanakan oleh semua guru pelatih bagi memenuhi keperluan sebelum
menjadi seorang guru. Program ini adalah program yang dirancang untuk
memenuhi keperluan Latihan Perguruan Dalam Perkhidmatan dibawah
komponen Dinamika Guru. Program ini menekankan kepada unsur-unsur hidup
bermoral sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru yang
berpaksikan kepada prinsip rukun negara. Pembinaan insan guru adalah asas
kepada pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan
negara bangsa. Selain itu, rasional yang dipegang oleh program ini adalah untuk
membina jati diri yang kukuh dan kuat dalam diri peserta program agar peserta
sentiasa memberi sumbangan tanpa meminta sebarang ganjaran atau bayaran.
Melalui aktiviti Bina Insan Guru ini peserta dapat mengenal jati diri dan mampu
mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi ke arah
membangunkan diri sebagai warga pendidik yang bersemangat dan berilmu
pengetahuan secara berterusan di samping mempunyai kemantapan sahsiah
yang tinggi dan profesionalisme yang unggul dalam menghadapi cabaran
pendidikan.
2.0 NAMA PROGRAM
Lawatan Benchmarking Interaksi Dengan Guru Cemerlang.
3.0 TUJUAN
3
Tujuan “Lawatan Benchmarking Interaksi Propesional
dengan “ Guru Cemerlang ” ini adalah untuk:
3.1 Mendedahkan kepada guru mengenai inovasi pedagogi
Guru Cemerlang.
3.2 Mendedahkan amalan pengajaran Guru Cemerlang
kepada pelajar.
3.3 Memupuk dan menanamkan ciri-ciri profesionalisma dan
komitmen Guru Cemerlang dalam diri pelajar.
3.4 Mengalakkan kerjasama di kalangan pelajar.
3.5 Memupuk para guru supaya lebih berfikiran positif dan
bermotivasi dalam bidang keguruan sepanjang hayat.
.
4.0OBJEKTIF
Objektif program “Lawatan Benchmarking Interaksi Dengan Guru Cemerlang
“ ini adalah untuk :
4.1 Melaksanakan Bina Insan Guru (BIG).
4.2 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama, dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan secara
berkumpulan di kalangan pelajar.
4.3 Membina hubungan baik dengan pihak lain seperti
sekolah.
4.4 Memupuk kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.
4.5 Memupuk kemahiran membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
4.6 Mengenali dan menilai potensi diri insan guru.
4.7 Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup
berbakti.
4.8 Memahami realiti dan tanggungjawab sebagai seorang
guru.
5.0KUMPULAN SASARAN
4
5.1 Guru (1)
5.2 Pelajar PPG PJK Kumpulan 1(17)
6.0 ANJURAN
Pelajar PPG PJK Kumpulan 1
7.0 TARIKH
10 mac 2013
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Sila rujuk Lampiran A
9.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk Lampiran B
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk Lampiran C
11.0 PENUTUP
Sebagai penutup program ini diharapkan dapat mencapai objektif yang telah di
pelajar juga dapat membina keyakinan diri serta dapat menggunakan
pengalaman sepanjang menyertai program ini semasa berada disekolah kelak.
Apa yang penting ,para pelajar dapat lebih mendisplinkan diri serta menjadi
lebih bermotivasi dalam meneruskan pengajian untuk menjadi seorang guru.
5
Disediakan oleh:
………………………………
( Harun bin Suntrak )
PPG PJK Jan 2011
Di Sokong Oleh:
...................................................
( En Ladius )
Penyelaras Program BIG
IPG Kampus Gaya.
Diluluskan Oleh,
.................................................
( Pn Salmah Bt Abdullah )
Pengarah IPG Kampus Gaya,Kota kinabalu.
6
Lampiran A
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
Dg Zahara Bt Mohd Fauzie
Naib Pengerusi
Rabiah Emiliah Sion
Setiausaha
Dg Fatimah A Rahman
Bendahari
Mohd Khairudin B. Johari
Ahli Jawatankuasa
AJK Peralatan dan Teknologi
En Ford Katim (k)
En Jailani
En Harun
En Abd Rahman
AJK Jamuan
Maslinda Bt. Salleh (k)
7
Rahayu seruji
Hamisah Wata
Aktiviti Program
Hairuzani (k)
Protokol & Cenderahati
Pn Pesliah (k)
Perhubungan Luar dan Jemputan
Japson (k)
Aidi
Kebajikan dan keselamatan
Rony ( k)
Dokumentasi & Penerbitan
Armin (k)
Tugasan:
1. Mengenalpasti pihak terlibat dan serah surat.
2. Mengumpul peralatan lain yang diperlukan.
3. Menyediakan jamuan ringan.
4. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam program lawatan Benchmarking
Guru cemerlang.
8
Lampiran B
TENTATIP PROGRAM LAWATAN BENCHMARKING GURU
CEMERLANG.
Masa Acara
7.30 Pelajar PPG PJK berkumpul di depan dewan
Maktab perguruan gaya.
7.45 Bertolak dari IPG Kampus Gaya ke SMK Kolombong.
8.10 Tiba di sekolah SMK Kolombong
8.30 Ucapan alu-aluan oleh Pengetua Smk kolombong
9.00 Ceramah oleh guru Cemerlang.
1) Inovasi Pedagogi guru Cemerlang.
2) Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Guru
Cemerlang
3) Ciri-ciri Profesionalisme dan kometmen Guru
Cemerlang
10.00 Lawatan bahan pengajaran dan pembelajaran
Guru Cemerlang.
10.30 Majlis penutupan
1) Penyampaian Cenderahati oleh wakil
Pelajar PPG PJK Kumpulan 1.
11.00 Pelajar PPG PJK bersurai.
9
Lampiran C
ANGGARAN PERBELANJAAAN PROGRAM BENCHMARKING GURU
CEMERLANG.
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
1 Cenderahati 1 RM 50
2 Pencetakan surat-menyurat 1 biji dakwat komputer RM 27
3 Pengurusan makanan 25 orang Rm 5.00 RM 125.00
Jumlah keseluruhan RM 202
10
KERTAS KERJA
BINA INSAN GURU (BIG ) FASA V1
BENGKEL GURU INOVATIF
2014
11
KERTAS KERJA
BENGKEL GURU INOVATIF 2014
ANJURAN :
PELAJAR PPG PJK KUMPULAN 1
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
IPG KAMPUS GAYA
TARIKH:
15 MAC 2014
HARI : SABTU
MASA : 2.00-5.00 PETANG
12
TEMPAT:
SMK KOLOMBONG INANAM KOTA KINABALU.
BILIK CERNA MINDA.
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru atau BIG adalah komponen pembelajaran yang
wajib dilaksanakan oleh semua guru pelatih bagi memenuhi keperluan sebelum
menjadi seorang guru. Program ini adalah program yang dirancang untuk
memenuhi keperluan Latihan Perguruan Dalam Perkhidmatan dibawah
komponen Dinamika Guru. Program ini mengajar guru-guru proses dan kaedah
yang diperlukan untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Ahli jawatankuasa program
dilantik di kalangan pelajar PPG PJK dan merekalah yang menguruskan semua
perkara yang berkaitan dengan program ini. Program ini selaras dengan
keperluan Bina Insan Guru di mana pelajar PPG PJK semester 6 dikehendaki
melaksanakan bengkel bertema yang dipilih. Pihak Institiut Pendidikan guru
Kampus Gaya melalui pensyarah-pensyarah yang terlibat sentiasa memastikan
Para pelajar diberikan pendedahan, panduan, bimbingan, motivasi dan
sebagainya agar berada dalam standard acuan yang ditetapkan. Pelajar PPG
PJK perlu menghayati dan memahami ciri-ciri guru inovatif dan bengkel ini amat
sesuai untuk tujuan tersebut.
2.0 NAMA PROGRAM
13
Bengkel Guru Inovatf
3.0 OBJEKTIF
Objektif bengkel Guru Inovatif : Ciri Guru Inovatif ini ialah :
3.1 Dapat mengamalakan kerja berpasukan dan bertanggungjawab.
3.2 Dapat membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.
3.3 Dapat membina kemahiran membuat keputusan dan
Menyelesaikan masalah.
3.4 Dapat memupuk kerjasama yang dalam dikalangan guru
Melaksanakan sesuatu aktiviti dengan lebih efektif dan
Berjaya.
3.5 Dapat mengenali dan menilai potensi diri insan guru.
3.6 Dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap
Kerjaya guru.
3.7 Dapat menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan
hidup berbakti
3.8 Dapat lebih memahami realiti seorang guru
3.7.1 Tarikh, Hari, Masa, Tempat, Penceramah
Tarikh : 15.3.2014
Hari : Sabtu
Masa : 2.00-5.00 Petang
Tempat : Bilik Cerna Minda
Penceramah : Puan Hamisah Ludin.
5.0 Kumpulan Sasaran
5.1 Guru-guru SMK Kolombong (40)
14
5.2 Pelajar PPG PJK Kumpulan 1 (17)
6.0 ANJURAN
Pelajar PPG PJK Kumpulan 1
7.0 AHLI JAWATANKUASA
Sila rujuk Lampiran A
8.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk Lampiran B
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk Lampiran C
10.0 PENUTUP
Sebagai penutup program ini diharapkan dapat mencapai objektif yang
telah di pelajar juga dapat membina keyakinan diri serta dapat menggunakan
pengalaman sepanjang menyertai program ini semasa berada disekolah kelak.
Para pelajar juga dapat lebih mendisplinkan diri dan bermotivasi meneruskan
pengajian.
Disediakan oleh:
………………………………
(Harun Bin Suntrak)
PPG PJK Jan 2011
Di Sokong Oleh,
15
...................................................
(En Ladius Emor)
Penyelaras Program BIG
IPG Kampus Gaya.
Diluluskan Oleh,
.................................................
(Pn Salmah Bt Abdullah)
Pengarah IPG Kampus Gaya,Kota kinaba
Lampiran A
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
Dg Zahara Bt Mohd Fauzie
Naib Pengerusi
Rabiah Emiliah Sion
Setiausaha
Dg Fatimah A Rahman
Bendahari
Mohd Khairudin B. Johari
Ahli Jawatankuasa
AJK Peralatan dan Tempahan Dewan
En Ford Katim (k)
16
En Jailani
En Harun
En Abd Rahman
AJK Jamuan
Maslinda Bt. Salleh (k)
Rahayu seruji
Aktiviti Program & perhubungan/jemputan
Hairuzani (k)
Hamisa wata
Protokol & Cenderahati
Pn Pesliah (k)
Perhubungan Luar dan Jemputan
Japson (k)
Aidi
Kebajikan dan keselamatan
Rony(k)
Dokumentasi & Penerbitan
Armin (k)
17
Tugasan:
4 Mengenalpasti pihak terlibat dan serah surat.
5 Mengumpul peralatan lain yang diperlukan.
6 Menyediakan jamuan ringan.
7 Bertanggungjawab sepenuhnya dalam program lawatan Benchmarking Guru
cemerlang.
+
Lampiran B
Tentatip Program “ Guru Inovatif “ : Ciri-Ciri Guru Inovatif”
1.30 petang- 2.00 petang : Ketibaan peserta program dan penceramah
2.00 petang-3.30 petang : Sesi ceramah / bengkel bermula
3.00 petang-4.30 petang : Aktiviti bengkel “guru Inovatif”
4.30 petang-5.00 petang : Penyerahan cenderahati dan
penutup.
18
Lampiran C
ANGGARAN PERBELANJAAAN PROGRAM BENCHMARKING GURU
CEMERLANG.
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
1 Cenderahati 1 RM 50
2 Pencetakan surat-menyurat 1 biji dakwat komputer RM 27
3 Pengurusan makanan 74 orang Rm 3.00 RM 222.00
19
Jumlah keseluruhan RM 299
LAPORAN REFLEKSI
BINA INSAN GURU (BIG) FASA V1
LAWATAN BENCHMARKING INTERAKSI
PROPESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG
ANJURAN
PELAJAR
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
20
PJK KUMPULAN 1
IPG KAMPUS GAYA
TARIKH:
10 MAC 2014
TEMPAT:
SMK KOLOMBONG INANAM.
21
GAMBAR SEMASA LAWATAN BENCHMARKING
INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU
CEMERLANG DI SMK KOLOMBONG ,INANAM
KOTA KINABALU.
Pendahuluan
Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan program yang wajib diikuti
oleh semua pelajar PPG PJK yang mengikuti kursus di setiap institiut perguruan
Malaysia. Dalam program ini, pelajar –pelajar akan didedahkan dengan
perkembangan kemahiran latihan benchmarking. Selain itu, program ini akan
memupuk keyakinan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
Program ini juga mengajar pelajar PPG PJK proses dan kaedah yang diperlukan
untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Ahli jawatankuasa program dilantik di
kalangan pelajar sendiri dan merekalah yang akan menguruskan semua perkara
yang berkaitan dengan program ini.
Pada semester ini iaitu semester enam dalam tempoh pengajian
merupakan semester terakhir program Bina Insan Guru kumpulan kami . pada
semester ini terdapat dua program yang wajib di jalankan iaitu program Lawatan
22
Benchmarking Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang dan Bengkel
Ceramah Guru Inovasi.
Dalam program lawatan penanda aras pada kali ini , kami akan
didedahkan mengenai inovasi pedagogi Guru Cemerlang, amalan pengajaran
dan pembelajaran Guru Cemerlang, ciri-ciri Profesionalisme dan kometmen
Guru Cemerlang dan juga laporan dan penilaian refleksi seorang Guru
Cemerlang bagi lawatan penanda aras interaksi professional dengan guru
cemerlang ini telah diadakan di SMK Kolombong, Inanam. Sekolah ini
mempunyai seorang guru cemerlang iaitu Puan Hamisah Ludin pada tahun
2009. Kebetulan salah seorang pelajar PPG PJK merupakan seorang guru
yang bertugas di SMK Kolombong.
Bagi bengkel ceramah guru inovasi pula telah diadakan di SMK
Kolombong inanam, Sabah. Bengkel ini telah disampaikan oleh Ustazah Azizah
Bt Husin. Melalui bengkel ini guru telah didedahkan dengan bimbingan, motivasi
dan juga panduan untuk menjadi seorang guru yang berinovasi.Melalui bengkel
ini juga pelajar PPG PJK dapat mengenali dan menilai potensi diri, personaliti
dan juga citra diri insan guru seterusnya dapat memahami realiti tanggungjawab
guru.
PROGRAM LAWATAN BENCHMARKING INTERAKSI PROFESIONAL
DENGAN GURU CEMERLANG
Pengenalan
Pada 10 mac 2014 Lawatan Benchmarking Interaksi Propesional Dengan
Guru Cemerlang yang bertempat di sekolah SMK Kolombong Inanam Kota
Kinabalu .Lawatan ini disertai oleh kumpulan pelajar PPG PJK Kumpulan 1
ambilan 2011. Pemilihan sekolah ini sebagai sekolah yang sesuai kerana ia
23
mempunyai seorang guru cemerlang iaitu Puan Hamisah Ludin seorang guru
cemerlang dalam bidang sains. Beliau merupakan guru cemerlang pada tahun
2008 dan mula mengajar di sekolah ini pada tahun 2002. Melalui lawatan
penanda aras ini telah memberi sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan
mengenai Guru Cemerlang ini. Melalui ceramah yang disampaikan oleh Puan
Hamisah Ludin tugas seorang Guru Cemerlang adalah bukan satu tugas yang
mudah seperti yang disangka. Seorang Guru Cemerlang harus mempunyai
kometmen yang tinggi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Supaya
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan seronok di dalam
kelas, Oleh itu program ini antara saluran yang penting agar pelajar program ini
akan menghasilkan pelajar yang lebih berkualiti, komited dan mengikut hala tuju
perguruan yang betul.Kesedaran dalam diri di kalangan pelajar PPG PJK adalah
sangat tinggi agar dapat menanamkan semangat juang yang tinggi,bersemangat
jati diri,bermotivasi dan sanggup berkorban demi Negara dan bangsa. Melalui
program ini pelajar kumpulan ini diharap lebih bersemangat dan bermotivasi
untuk menjadi guru cemerlang agar guru-guru yang ada di Negara ini dapat
menjadi gabungan yang mantap bagi melahirkan modal insan yang berkualiti
tinggi.
Objektif Program
Objektif program “Lawatan Benchmarking Interaksi Dengan Guru
Cemerlang “ ini adalah untuk :
1. Melaksanakan Bina Insan Guru (BIG).
2. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama, dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan secara
berkumpulan di kalangan pelajar.
3. Membina hubungan baik dengan pihak lain seperti sekolah.
4. Memupuk kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.
24
5. Memupuk kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan
Masalah.
6. Mengenali dan menilai potensi diri insan guru.
7. Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti.
8. Memahami realiti dan tanggungjawab sebagai seorang guru.
TENTATIP PROGRAM LAWATAN BENCHMARKING GURU
CEMERLANG.
Masa Acara
7.30 Pelajar PPG PJK berkumpul di depan dewan
Maktab perguruan gaya.
7.45 Bertolak dari IPG Kampus Gaya ke SMK Kolombong
8.10 Tiba di sekolah SMK Kolombong
8.30 Ucapan alu-aluan oleh Pengetua Smk Kolombong
9.00 Ceramah oleh guru Cemerlang.
1) Inovasi Pedagogi guru Cemerlang.
2) Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Guru
Cemerlang.
3) Ciri-ciri Profesionalisme dan kometmen Guru
Cemerlang.
10.00 Lawatan bahan pengajaran dan pembelajaran guru
Cemerlang.
10.30 Majlis penutupan
25
1) Penyampaian Cenderahati oleh wakil pelajar PPG.
11.00 Pelajar PPG PJK bersurai.
REFLEKSI
Semasa saya menjalani program ini, banyak pengalaman dan pengetahuan
yang telah saya dapat dan timba daripada penceramah memarangkap guru
Cemerlang yang telah saya dan rakan-rakan saya lawat di sekolah ini. Saya
juga dapat merasakan pemantapan kendiri saya menuju kea rah yang lebih
positif lagi, saya juga berasa sangat bersemangat dan bersedia untuk menjadi
seorang guru yang lebih cemerlang .
Melalui program ini saya didedahkan dengan maksud sebenar guru
cemerlang.Pada mulanya saya merasakan untuk menjadi guru cemerlang amat
mudah.Namun setelah saya melihat kriteria-kriteria yang diperlukan , sebenarnya
menjadi guru cemerlang ini mempunyai komitmen yang amat tinggi. Antara
krieteria yang yang diperlukan untuk menjadi guru cemerlang ialah mempunyai
semangat inovasi diri.
Melalui program ini saya melihat pengalaman yang dikongsikan oleh Puan
Hamisah Ludin sebagai garis panduan saya dalam menempuh profesion
26
keguruan. Puan Hamisah Ludin juga ada berkongsi kepada kami mengenai cara
beliau menarik perhatian murid-murid dalam bilik darjah supaya murid berminat
untuk belajar. Saya akan cuba untuk aplikasikan nanti apabila mengajar di
dalam kelas. Beliau juga ada berkongsi cara-cara untuk menjadi guru
cemerlang.
Kerjaya
Program lawatan benchmarking interaksi profesional dengan guru
cemerlang ini sebenarnya turut memberi impak yang sangat besar kepada
kerjaya saya sebagai seorang guru. Melalui program ini saya dapat melihat
dengan jelas akan hala tuju seorang guru. Saya juga mengetahui dengan lebih
jelas mengenai laluan kerjaya dalam bidang keguruan .
Saya juga merasa bermotivasi dengan pengalaman Puan Hamisah Ludin
sebagai seorang guru cemerlang. Ini menjadikan saya ingin mencabar diri saya
untuk lebih mengenali potensi diri saya dan citra diri seorang guru yang ada
dalam diri saya. Saya juga berazam menjadi guru yang lebih baik dari Puan
Hamisah Ludin pada masa akan datang.
Dalam program ini Puan Hamisah juga menyatakan alat bantu mengajar
yang pelbagai merupakan satu asset yang penting untuk menarik minat dan
menambahkan lagi semangat belajar murid-murid.ini secara tidak langsung
27
menjana idea saya untuk mempelbagaikan alat bantu mengajar dan keadah-
keadah dalam pengajaran saya.
Saya juga belajar untuk menjadi lebih penyabar. Ini kerana melalui program
ini perkongsian ilmu dan pengalaman daripada penceramah Puan Hamisah
Ludin, saya mendapati cabaran dan halangan seorang guru sangat tinggi dan
sukar. Ini kerana seorang guru memerlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk
mendidik dan mengasuh anak bangsa yang memang mempunyai pelbagai
perangai dan sikap dan juga perwatakan.Guru juga terpaksa berhadapan
dengan cabaran daripada ibu bapa. Oleh itu saya merasakan pengalaman
perkongsian ilmu dengan Puan Hamisah Ludin ini sangat bermakna untuk saya
demi memajukan diri, bangsa dan negara.
Organisasi
Melalui program benchmarking ini, saya belajar kemahiran
mengorganisasi lawatan bersama kumpulan pelajar PPG PJK kumpulan 1. Saya
telah dilantik sebagai setiausaha dalam program ini oleh itu saya telah berjumpa
dengan orang ramai untuk merujuk tentang lawatan ini supaya berjalan dengan
lancar. Ini dapat meningkatkan lagi keyakinan diri saya. Melalui program ini saya
dapat melihat pelbagai rentak dan ragam pengurusan yang telah saya lihat.
Pengurusan yang baik saya akan jadikan pengajaran dan yang kurang baik akan
saya perbaiki pada masa saya apa bila saya mengorganisasi sesuatu program.
Melalui program ini saya juga dapat memupuk semangat berpasukan ini kerana
program ini melibatkan kumpulan pelajar PPG PJK kumpulan 1 ambilan 2011.
Semangat berpasukan adalah amat penting bagi memastikan semuanya berjalan
dengan lancar. Dalam sebuah organisasi ,perbezaan pendapat dan cara kerja
memang akan wujud. Maka pentingnya saya bertolak ansur dalam membuat
keputusan dalam kumpulan.
28
KOMUNITI
Sepanjang program ini banyak perkongsian pengalaman dari Puan
Hamisah Ludin dapat saya kongsikan apabila saya menjalankan khidmat
sebagai seorang guru. Berhadapan dengan komuniti adalah satu kewajipan bagi
tugas seorang guru. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat
sepanjang bersama guru cemerlang ini akan saya kongsikan bersama
masyarakat apabila menjalankan tugas sebagai guru. Saya juga percaya
komuniti diluar sana sangat memerlukan guru yang mantap dari segi
pengetahuan, sahsiah dan jati diri. Program yang saya ikuti ini merupakan bonus
yang akan saya gunakan sepenuhnya ketika saya berkhidmat sebagai seorang
guru.
Yang benar
Harun bin Suntrak
Pelajar PPG PJK Kum 1 2011
29
PENCAPAIAN AKTIVITI
Walau pun hanya sebilangan kecil guru-guru serta pelajar yang terlibat dalam
aktiviti ini, namun dapat dilihat akan kesungguhan mereka bagi memastikan
program ini berjalan dengan lancar.
Berbekalkan kepada kerjasama semua pihak, aktiviti ini telah dapat dijalankan
pada masa yang telah ditetapkan”.Program lawatan benchmarking Interaksi
Dengan Guru Cemerlang” telah diadakan di SMK Kolombong,inanam.Walaupun
program ini memenatkan namun semua pihak amat berpuas hati kerana akhirnya
kumpulan pelajar PPG PJK telah dapat menyempurnakan program ini pada 10
mac 2014 .Bukan setakat menyempurnakan tugasan BIG malah aktiviti ini dapat
mengeratkan hubungan sesama guru dan warga SMK Kolombong.
Kekuatan
30
Secara keseluruhan, program Lawatan Benchmarking Interaksi dengan guru
cemerlang ini berjalan dengan baik. Antara faktor penyumbang kepada
keberkesanan program ini adalah seperti berikut:
1. Pengagihan tugasan diberikan secara sistematik dan teratur
serta
wujud keadaan saling berteloransi dan bekerjasama antara satu
sama lain;
2. Kerjasama daripada guru-guru serta pelajar yang terlibat amat
memberangsangkan; dan
3. Sikap positif semua pihak yang terlibat untuk meluangkan masa
dan tenaga dalam program ini terutamanya dengan sokongan
moral oleh pihak pentadbir.
Kelemahan
Walaupun program “Lawatan Benchmarking Interaksi Dengan Guru Cemerlang”
ini berjaya dilaksanakan, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diambil
perhatian. Kelemahan-kelemahan tersebut adalah seperti berikut:
i. Hanya melibatkan sebilangan guru-guru dan pelajar;
ii. Kekangan masa dan waktu oleh pihak yang terlibat untuk
meluangkan lebih banyak masa dalam program ini.
Cadangan Penambahbaikan
31
Daripada kekuatan dan kelemahan daripada program “Lawatan Benchmarking
Interaksi Dengan Guru Cemerlang” yang telah dijalankan, terdapat beberapa
cadangan penambaikan bagi memastikan program sebegini yang akan
dijalankan pada masa depan memberi impak yang besar dan menyeluruh:
i. Peralatan dan sumber kewangan yang mencukupi,
ii. Kerjasama yang lebih erat antara pelajar PPG PJK dan
warga sekolah untuk mewujudkan sikap kerjasama yang
positif dalam kalangn warga sekolah, dan
iii. Dapatkan kerjasama daripada pihak lain dari segi masa
mengadakan perjumpaan lebih awal agar pihak sekosekolah
dapat merancang masa yang lebih teratur.Kerana sekolah
biasanya terikat dengan jadual yang telah dirancang lebih
awal.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dengan lancar. Semua
yang hadir telah memberikan komitmen yang baik. Semua ahli jawatankuasa
pelaksana telah melaksanakan tanggungajawab mereka dengan baik dan pihak
sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat
menjayakan program ini dan berharap program ini akan dapat dirancang dengan
lebih baik.
Daripada program “Lawatan Benchmarking Interaksi Dengan Guru Cemerlang
“yang dilaksanakan ini diharapkan semua pihak yang terlibat terutamanya dari
kalangan pelajar PPG PJK kumpulan 1 supaya dapat mengambil inisiatif untuk
berazam menjadi guru yang cemerlang. Dengan keberkesanan program ini
diharapkan akan ada program-program lain sebegini dapat dilaksanakan supaya
setiap guru dan pelajar PPG PJK dapat memahami betapa mengekalkan
32
pentingnya kita melahirkan guru-guru yang cemerlang demi anak didik kita dan
kerjaya kita sebagai guru.
Laporan Disediakan Oleh:
( Harun bin Suntrak )
Program” Lawatan Benchmarking Interaksi Dengan Guru Cemerlang”
SMK Kolombong, Inanam.
LAPORAN REFLEKSI
BINA INSAN GURU (BIG) FASA V1
PROGRAM BENGKEL INOVASI
ANJURAN
33
PELAJAR PJK KUMPULAN 1
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
IPG KAMPUS GAYA
TARIKH:
15 MAC 2014
TEMPAT:
BILIK CERNA MINDA,SMK KOLOMBONG,INANAM
34
Pendahuluan
Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan program yang wajib diikuti oleh
semua pelajar PPG PJK yang mengikuti kursus di setiap institiut perguruan
Malaysia. Dalam program ini , pelajar –pelajar akan didedahkan dengan
perkembangan kemahiran latihan benchmarking. Selain itu, program ini akan
memupuk keyakinan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
Program ini juga mengajar pelajar PPG PJK proses dan kaedah yang diperlukan
untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Ahli jawatankuasa program dilantik
dikalangan pelajar sendiri dan merekalah yang akan menguruskan semua
perkara yang berkaitan dengan program ini.
Pada semester ini iaitu semester enam dalam tempoh pengajian PPG PJK
merupakan semester terakhir program Bina Insan Guru kumpulan kami. Pada
semester ini terdapat dua program yang wajib di jalankan iaitu program Lawatan
Benchmarking Interaksi Propesional Dengan Guru Cemerlang dan Bengkel
Ceramah Guru Inovasi.
35
Dalam program lawatan penanda aras pada kali ini , kami akan didedahkan
mengenai inovasi pedagogi Guru Cemrlang . Bagi bengkel ceramah guru inovasi
Pula kami telah mengadakan bengkel di smk kolombong inanam Bengkel ini
telah disampaikan oleh Ustazah Azizah Bt Husin . Melalui bengkel ini guru telah
didedahkan dengan bimbingan,motivasi dan juga panduan untuk menjadi
seorang guru yang berinovasi. Melalui bengkel ini juga pelajar PPG PJK dapat
mengenali dan menilai potensi diri, personaliti dan juga citra diri insan guru
seterusnya dapat memahami realiti tanggungjawab guru.
PROGRAM BENGKEL INOVASI
36
Pengenalan
Selain daripada program benchmarking yang telah diadakan pada 10
mac 2014, bersamaan pada hari isnin di smk kolombong, Inanam. Terdapat lagi
satu program yang wajib kumpulan kami laksanakan bersama kumpulan kami
laksanakan iaitu bengkel Guru Inovasi bagi menepati sukatan Bina Insan Guru
pada semester ini.
Program kedua yang telah kami jalankan ialah Bengkel Guru Inovasi
yang telah kumpulan kami laksanakan pada 15 mac 2014 di bilik cerna minda
SMK Kolombong. Penceramah bengkel ini ialah Puan Azizah Husin pensyarah
IPG Tawau.
Banyak yang telah dikongsikan oleh penceramah pada bengkel ini
antaranya ialah pengalaman penceramah, definisi guru inovatif, ciri-ciri guru
inovatif dan cara pertumbuhan idea untuk membuat inovasi. Pengalaman ini
sangat berguna buat saya.
Dengan adanya bengkel ini ,banyak tips dan langkah-langkah untuk
kearah menjadi seorang guru yang lebih berinovatif. Ini adalah selaras dengan
kehendak kerajaan untuk melahirkan guru yang sentiasa berinovatif, kreatif serta
berani mencuba sesuatu yang baru supaya bidang pendidikan ini akan terus
maju kehadapan.
OBEJKTIF
37
Objektif bengkel “Guru Inovatif : Ciri Guru Inovatif ialah“ ini ialah
1 Dapat mengamalakan kerja berpasukan dan bertanggungjawab.
2 Dapat membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.
3 Dapat membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah
4 Dapat memupuk kerjasama yang dalam dikalangan guru dalam
melaksanakan sesuatu aktiviti dengan lebih efektif dan Berjaya.
5 Dapat mengenali dan menilai potensi diri insan guru.
6 Dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya
Guru.
7 Dapat menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup
berbakti.
8 Dapat lebih memahami realiti seorang guru.
Lampiran B
38
Tentatip Program “ Guru Inovatif : Ciri-Ciri Guru Inovatif”
1.30 petang- 2.00 petang : Ketibaan peserta program dan penceramah
2.00 petang-3.30 petang : Sesi ceramah / bengkel bermula
3.00 petang-4.30 petang : Aktiviti bengkel “guru Inovatif”
4.30petang-5.00 petang : Penyerahan cenderahati dan penutup.
LAPORAN REFLEKSI BENGKEL GURU INOVASI
39
KENDIRI
Inovasi adalah penamuan atau penciptaan alat atau proses baru dalam
konteks teknik ataupun dari segi cara kita berfikir. Setiap professional perlu
bersedia untuk melakukan dan belajar serta menjalankan inovasi.
Sepanjang bengkel inovasi ini berlangsung. Banyak perkara yang
dikongsikan oleh penceramah kepada saya yang mana telah memberikan input
yang positif dalam diri saya sebagai seorang insan dan guru.
Antaranya ialah motivasi saya semakin meningkat untuk menjadi seorang
guru yang inovasi dan kreatif. Ini kerana saya telah didedahkan dengan ciri-ciri
guru yang inovatif dan langkah-langkah bagaimanakah untuk menjadi guru
inovatif. Sebagai seorang guru menjadi cabaran kepada saya untuk menerokai
sesuatu yang baru dan menghasilkan serta memperbaiki sesuatu kelamahan
dalam pembelajaran. Saya juga harus melahirkan idea yang baru yang mempu
menyaingi guru yang lebih lama berkhidmat adari saya.
KERJAYA
Ceramah yang telah diberikan oleh Puan Rupina dan aktiviti dalam
kumpulan ”guru inovatif” yang dijalankan oleh Puan marlina telah memberikan
saya sedikit sebanyak pengalaman mengenai inovasi dalam bidang pendidikan.
Ini akan menjadi bekalan saya sebagai seorang guru kerana peluang ini
merupakan peluang yang paling berharga untuk masa akan datang. Sebagai
seorang guru saya akan cuba untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan
pembelajaran dari masa kesemasa. Ini bererti saya juga akan bersaing dengan
guru yang lebih berpengalaman untuk menghasilkan idea yang kreatif dalam
bidang pendidikan. Inovasi dalam pendidikan mampu mengubah cara belajar
seorang murid di mana perlunya mengaplikasi media digandingkan dalam
pembelajaran agar hasil pembelajaran akan lebih memberangsangkan.
40
KOMUNITI
Dari aspek komuniti pula,ceramah guru inovasi ini dapat memberi satu
pengetahuan kepada guru bagaimana berinteraksi dengan masyarakat.
Diharapkan guru dapat membina kemahiran mengurus perubahan diri,
organisasi dan persekitaran pendidikan apabila berdepan dengan masyarakat
kelak. Peribadi seorang guru akan menjadi role model, oleh itu seorang guru
perlu menunjukkan tauladan yang baik kepada murid dan masyarakat setempat.
Sebagai seorang guru perlu berakauntabiliti dan amanah dalam menjalankan
tugasnaya supaya tidak dipandang serong oleh pelajar dan masyarakat.Ini
kerana keguruan adalah satu pekerjaan yang dipandang mulia. Saya berharap
ilmu inovasi ini akan dapat saya aplikasikan dalam diri saya dan saya pupuk
secara perlahan-lahan dalam diri saya kerana ia merupakan antara item penting
dalam melahirkan guru yang mantap.
ORGANISASI
Dari segi organisasi pula, dalam bengkel ini saya belajar banyak perkara
untuk berkerjasama sesama rakan dalam organisasi. Kerjasama merupakan satu
perkara dan sikap yang kadangkala sukar untuk di capai. Namun dalam bengkel
ini sikap ini cuba untuk ditanam dalam diri masing-masing.
Sebagai contoh, dalam latihan dalam kumpulan kami dan rakan yang lain
membentuk satu kumpulan. Dalam kumpulan ini saya dan rakan bekerjasama
menerima dan memberi pendapat dalam kumpulan yang secara tidak langsung
nilai kerjasama telah dipupuk dalam aktiviti ini. Banyak nilai positif yang telah
saya dapat dalam aktiviti seperti ini.
41
Saya juga belajar berfikir secara kreatif dangan menyumbangkan idea yang
baru di dalam kumpulan dan menerima idea yang datang dari ahli kumpulan.
Saya juga bekajar menghormati orang dalam prganisasi saya. Saya belajar
untuk jadi penyumbang perkara –perkara yang positif dalam organisasi saya.
Disediakan oleh:
Harun bin Suntrak
Pelajar PPG PJK Kumpulan 1
PENCAPAIAN AKTIVITI
42
Aktiviti ini melibatkan pelajar PPG PJK kumpulan 1 dalam menjayakan
program BIG di SMK Kolombong, dapat dilihat akan kesungguhan mereka bagi
memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Berbekalkan kepada kerjasama semua pihak, aktiviti ini telah dapat
dijalankan pada masa yang telah ditetapkan. Program lawatan Guru Inovasi
telah diadakan di SMK Kolombong, Inanam. Walaupun program ini memenatkan
namun semua pihak amat berpuas hati kerana akhirnya kumpulan pelajar PPG
PJK telah dapat menyempurnakan program ini pada 17 mac 2014 . Bukan
setakat menyempurnakan tugasan BIG malah aktiviti ini dapat mengeratkan
hubungan sesama guru dan warga SMK kolombong.
Kekuatan
Secara keseluruhan, program Guru Inovasi ini berjalan dengan baik. Antara
faktor penyumbang kepada keberkesanan program ini adalah seperti berikut:
i. Pengagihan tugasan diberikan secara sistematik dan teratur
serta wujud keadaan saling berteloransi dan bekerjasama
antara satu sama lain;
ii. Kerjasama daripada guru-guru serta pelajar yang terlibat
amat memberangsangkan; dan
iii. Sikap positif semua pihak yang terlibat untuk meluangkan
masa dan tenaga dalam program ini terutamanya dengan
sokongan moral oleh pihak pentadbir.
43
Kelemahan
Walaupun program Guru Inovasi ini berjaya dilaksanakan, terdapat
beberapa kelemahan yang perlu diambil perhatian. Kelemahan-kelemahan
tersebut adalah seperti berikut:
i. Hanya melibatkan sebilangan guru-guru dan pelajar;
ii. Kekangan masa dan waktu oleh pihak yang terlibat
untuk
meluangkan lebih banyak masa dalam program ini.
Cadangan Penambahbaikan
Daripada kekuatan dan kelemahan daripada program Guru Inovasi yang
telah dijalankan, terdapat beberapa cadangan penambaikan bagi memastikan
program sebegini yang akan dijalankan pada masa depan memberi impak yang
besar dan menyeluruh:
i. Peralatan dan sumber kewangan yang mencukupi;
ii. Kerjasama yang lebih erat antara pelajar PPG PJK
dan
warga sekolah untuk mewujudkan sikap kerjasama
yang positif dalam kalangn warga sekolah; dan
Iii Dapatkan kerjasama daripada pihak lain dari segi masa
mengadakan perjumpaan lebih awal agar pihak sekolah
dapat merancang masa yang lebih teratur. Kerana
sekolah biasanya terikat dengan jadual yang telah
dirancang lebih awal.
44
PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dengan lancar.
Semua yang hadir telah memberikan komitmen yang baik. Semua ahli
jawatankuasa pelaksana telah melaksanakan tanggungajawab mereka dengan
baik dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
telah terlibat menjayakan program ini dan berharap program ini akan dapat
dirancang dengan lebih baik.
Daripada program Guru Inovasi yang dilaksanakan ini diharapkan semua
pihak yang terlibat terutamanya dari kalangan pelajar PPG PJK kumpulan 1
supaya dapat mengambil inisiatif untuk berazam menjadi guru yang cemerlang ..
Dengan keberkesanan program ini diharapkan akan ada program-program lain
sebegini dapat dilaksanakan supaya setiap guru dan pelajar PPG PJK dapat
memahami betapa mengekalkan pentingnya kita melahirkan guru-guru yang
Inovasi demi anak didik kita dan kerjaya kita sebagai guru.
Laporan Disediakan Oleh:
( Harun bin Suntrak )
Program Guru Inovasi
SMK Kolombong, Inanam.
45