5
Bil 08/2010 Edisi OGOS Kuasai Ilmu dan Kemahiran Untuk Berjaya Tarikh Keramat 6 Ogos – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Bagi Menghargai Sumbangan Warga Peladang, Penternak dan Nelayan Kepada Pembangunan Negara Penyaluran Bantuan dan Insentif kepada Pesawah-Pesawah Projek Usahawan Peladang PPK Merapoh Kuasai Ilmu dan Kemahiran Untuk Berjaya Tarikh Keramat 6 Ogos – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Bagi Menghargai Sumbangan Warga Peladang, Penternak dan Nelayan Kepada Pembangunan Negara Penyaluran Bantuan dan Insentif kepada Pesawah-Pesawah Projek Usahawan Peladang PPK Merapoh

Bil 08/2010 Edisi OGOS Tahniah - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/UwHEuDPTh2xtq3eJgrlI5j3An1aSPVIZ.pdf · Edisi Internet Haninah bt Abd. Rahman Safari bin Abd Hamid Grafik

  • Upload
    ngothu

  • View
    226

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bil 08/2010 Edisi OGOS Tahniah - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/UwHEuDPTh2xtq3eJgrlI5j3An1aSPVIZ.pdf · Edisi Internet Haninah bt Abd. Rahman Safari bin Abd Hamid Grafik

Edisi InternetHaninah bt Abd. Rahman

Safari bin Abd Hamid

GrafikKamaruzzan bin Hanif

JurufotoIshak bin Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara,50990 Kuala Lumpur

PenaungHj. Arpan Shah bin Hj. Satu

PenasihatHj. Ramli bin Salikan

Ketua PengarangRosly bin Abdul Rahman

PenyuntingAzizan bin Hj. Othman

Shahzunizam bin Zulkafli

Edaran Majalah TransformasiNik Mazri bin Mat Yusof

Mohd Haniff bin Asim @ HashimNaharuddin bin Abd RahmanShafrin Azhar bin Abd Ghani

Adnan bin Ismail

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari

http://www.lpp.gov.my

Dicetak Oleh:OMR Press Sdn. Bhd.Tel: 03-8024 6396

Lahir Peladang Progresif

Tahniah

Kepada

Tuan Haji Mohd Salim bin Haji Taha

Diatas PelantikanTimbalan Ketua Pengarah Pembangunan

Lermbaga Pertubuhan Peladang

Berkuatkuasa 1 September 2010

daripadaWarga Kerja Lembaga Pertubuhan Peladang

Bil 08/2010 Edisi OGOS

Kuasai Ilmu dan Kemahiran Untuk Berjaya

Tarikh Keramat 6 Ogos – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Bagi Menghargai Sumbangan Warga Peladang, Penternak dan Nelayan Kepada Pembangunan Negara

Penyaluran Bantuan dan Insentif kepada Pesawah-Pesawah

Projek Usahawan Peladang PPK Merapoh

Kuasai Ilmu dan Kemahiran Untuk Berjaya

Tarikh Keramat 6 Ogos – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Bagi Menghargai Sumbangan Warga Peladang, Penternak dan Nelayan Kepada Pembangunan Negara

Penyaluran Bantuan dan Insentif kepada Pesawah-Pesawah

Projek Usahawan Peladang PPK Merapoh

Page 2: Bil 08/2010 Edisi OGOS Tahniah - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/UwHEuDPTh2xtq3eJgrlI5j3An1aSPVIZ.pdf · Edisi Internet Haninah bt Abd. Rahman Safari bin Abd Hamid Grafik

2

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 3

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Oleh: Rosly Abdul [email protected]

Sumber manusia atau modal insan merupakan aset terpenting dan paling berharga dalam pembangunan sesuatu organisasi atau sesebuah kumpulan. Baik

penjawat awam mahu pun ahli masyarakat, ilmu dan kemahiran hendaklah sentiasa dikuasai bagi membolehkan individu itu sendiri atau kumpulan yang dinaunginya terus mengecapi kejayaan sebagaimana diharapkan. Demikian saranan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Arpan Shah bin Satu, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia kepada penjawat LPP dan masyarakat peladang seluruh negara.

Tuan Haji Arpan Shah memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah LPP yang ke-10 setelah dilantik ke jawatan tersebut mulai 4 Julai 2010. Menerima pelantikan ini dengan hati yang terbuka, beliau melahirkan rasa kesyukuran dan seterusnya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia,

khususnya kepada Yang Berhormat Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kerana memberikan kepercayaan kepada beliau menjawat jawatan tertinggi dalam LPP.

Tugas yang diamanahkan kepadanya merupakan satu tanggungjawab yang amat besar yang perlu dipikul untuk memartabatkan masyarakat peladang. Beliau berjanji untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya bersama komitmen yang tinggi selaras dengan hasrat Kerajaan terhadap penubuhan LPP. Atas pengalaman selama 32 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan LPP di pelbagai tempat dan jawatan, akan membantu beliau menerajui LPP ke tahap yang membanggakan.

Tugas sebagai Ketua Pengarah menuntut pengorbanan yang besar untuk menerajui sebuah organisasi yang mempunyai kekuatan anggota melebihi 4,000 orang bagi merencanakan hala tuju pergerakan Pertubuhan Peladang (PP). Beliau yakin mendapat sokongan daripada penjawat LPP disemua peringkat bagi merealisasi wawasan untuk

Kuasai Ilmu dan Kemahiran

Untuk Berjaya

2

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Page 3: Bil 08/2010 Edisi OGOS Tahniah - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/UwHEuDPTh2xtq3eJgrlI5j3An1aSPVIZ.pdf · Edisi Internet Haninah bt Abd. Rahman Safari bin Abd Hamid Grafik

2

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 3

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

menjadi peneraju pembangunan PP yang unggul dan cemerlang. Semua PP dibangunkan sebagai pemberi perkhidmatan yang berkesan ke arah mewujudkan ahli peladang komersil yang berdaya saing dan dapat memberi sumbangan kepada sektor pertanian selaras dengan matlamat transformasi pertanian melalui pergerakan PP. Untuk itu, LPP melaksanakan tiga fungsi utama iaitu sebagai Agensi Pengurusan, Agensi Pembangunan dan fungsi Pendaftar Pertubuhan Peladang.

Dengan pelantikan sebagai Ketua Pengarah LPP, Tuan Haji Arpan Shah turut memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pendaftar PP. Atas kapasiti sebagai Ketua Pendaftar, beliau menjalankan tugas meliputi tiga bidang kuasa utama iaitu Mendaftar, Mengawal dan Menyelia PP serta mengadakan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengannya.

Sebagai Ketua Pengarah, Tuan Haji Arpan Shah turut bertanggungjawab kepada Ahli Lembaga LPP yang dilantik oleh Menteri. Lembaga LPP diberikan kuasa untuk meluluskan dasar dan peraturan bagi membolehkan tugas LPP dapat dilaksanakan dengan lancar dan menyeluruh selaras dengan dasar semasa Kerajaan. Sementara itu, Ketua Pengarah LPP juga terlibat secara langsung dalam Majlis Penasihat Peladang yang mempunyai keahlian terdiri dari wakil beberapa Kementerian, Jabatan Perdana Menteri, Perbendaharaan dan wakil setiap negeri dalam Malaysia. Tugas utama Majlis Penasihat Peladang adalah untuk menasihati Menteri atas perkara yang berkaitan dengan kemajuan PP atau apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Menteri.

Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada LPP menuntut kesungguhan yang tinggi daripada semua pihak. Oleh yang demikian, hanya dengan kekuatan modal insan yang dimiliki oleh LPP dan PP akan dapat melestarikan pembangunan sosio dan ekonomi masyarakat peladang khususnya di luar-luar bandar bagi mengharungi masa hadapan yang semakin mencabar. Beliau mengharapkan modal insan yang ada di LPP dan PP dapat menguasai ilmu pengetahuan dan memantapkan kemahiran bagi menghasilkan kejayaan yang lebih membanggakan. Dengan mengambil contoh negara seperti Korea dan Jepun yang memiliki modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi sehinggakan negara tersebut tidak banyak bergantung kepada kepakaran luar untuk berjaya dalam pembangunan sektor agro-makanan mereka. Dengan penguasaan ilmu akan memberikan kelebihan kepada seseorang dalam merencanakan sesuatu perancangan dengan mengambil kira kekuatan dan kelebihan yang dimiliki berbanding kelemahan serta berani mengambil sepenuhnya peluang yang ada.

Dalam memantapkan pergerakan PP, Tuan Haji Arpan Shah mengajak golongan muda di kalangan anak-anak ahli PP agar terlibat secara langsung dengan menjadi ahli PP. Golongan ini terdedah kepada pelbagai kemajuan teknologi maklumat terkini dan mempunyai ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang, diharap dapat menyumbang sesuatu yang bermakna dalam pergerakan PP. Ini akan menjadi generasi pelapis bakal menerajui kepimpinan PP suatu masa nanti. Mereka ini juga merupakan golongan yang kreatif, berkebolehan berfikir dan membuat keputusan bijak untuk membangunkan PP mengikut perkembangan semasa yang penuh dengan persaingan.

Kuasai Ilmu dan Kemahiran

Untuk Berjaya

3

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Page 4: Bil 08/2010 Edisi OGOS Tahniah - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/UwHEuDPTh2xtq3eJgrlI5j3An1aSPVIZ.pdf · Edisi Internet Haninah bt Abd. Rahman Safari bin Abd Hamid Grafik

4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 5

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Ketua Pengarah seterusnya berharap golongan muda ini dapat melibatkan diri dalam pergerakan PP sebagai peladang usahawan. Ini kerana LPP sedang giat membangunkan peladang usahawan disemua peringkat PP. Peladang usahawan merupakan merupakan kumpulan peladang yang melibatkan diri dengan mengusahakan bidang pertanian serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMKe-9), LPP mensasarkan untuk mewujudkan seramai 10,000 orang peladang usahawan. Mereka ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan aktiviti PP, pengaktifan Unit-Unit Peladang dan pembimbing kepada ahli peladang aktif yang lain.

Program Pembangunan Usahawan Peladang mula diperkenalkan oleh LPP sejak tahun 1991 iaitu dalam RMKe-6. Setelah menampakkan kejayaan dan meyakinkan agensi pusat, maka program ini diteruskan dalam RMKe-7, RMKe-8, RMKe-9 dan termasuk dalam perancangan RMKe-10 nanti. Program ini selaras dengan matlamat Kerajaan bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dengan sasaran kepada peladang yang berpotensi serta mampu menguruskan bidang pertanian secara moden, cekap dan beroriantasikan pasaran. Program yang diperkenalkan ini akan menjadikan sektor pertanian sebagai nadi menyokong pertumbuhan ekonomi Negara di mana Kerajaan telah mengiktiraf sektor pertanian sebagai enjin ketiga pertumbuhan ekonomi Negara.

Tuan Haji Arpan Shah mengingatkan peladang usahawan supaya bijak merebut peluang dalam bidang-bidang pertanian yang menjadi tumpuan kerajaan ekoran pertumbuhan ekonomi Negara yang memberangsangkan ketika ini. Pertumbuhan ekonomi sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua tahun 2010 membuktikan pengurusan ekonomi Negara pada masa ini berada pada landasan yang betul. Tambahan pula, Kerajaan bertekad supaya nikmat hasil daripada pembangunan ekonomi Negara dapat dirasai oleh semua rakyat, terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar. Kerajaan turut menetapkan sasaran untuk mencatatkan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya enam peratus selama 10 tahun sehingga tahun 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah Negara maju pada tahun 2020 tercapai. Oleh yang demikian, peladang usahawan perlu memantapkan ilmu dan kemahiran bagi merebut peluang dari limpahan kemajuan ekonomi Malaysia.

Walaupun peladang usahawan mempunyai latar belakang yang berbeza dan menceburi pelbagai bidang, namun mereka mempunyai kesamaan dari segi semangat juang yang kental untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang usaha masing-masing. Peladang usahawan merupakan agen utama proses inovasi. Mereka dituntut supaya lebih kreatif dan inovatif dalam segala aspek bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang bernilai tambah dan berkualiti dengan kos yang minima. Dengan ini peladang usahawan disaran agar bersama masyarakat lain menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.

4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Page 5: Bil 08/2010 Edisi OGOS Tahniah - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/UwHEuDPTh2xtq3eJgrlI5j3An1aSPVIZ.pdf · Edisi Internet Haninah bt Abd. Rahman Safari bin Abd Hamid Grafik

4

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 5

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Peladang usahawan yang berjaya seharusnya mempunyai wawasan, kekuatan mental, berani, berkeyakinan, berilmu dan berkemahiran bagi mengecapi kejayaan yang mapan dalam menguruskan perniagaan yang semakin kompleks dan mencabar. Keadaan ekonomi sekarang menuntut peladang usahawan lebih bersedia dengan perubahan persekitaran perniagaan dan persaingan sengit serta berusaha mencari kelainan dalam menyediakan perkhidmatan. Peladang usahawan perlu berani berfikir di luar kotak yang lazim bagi menterjemahkan hasil keluaran dan perkhidmatan supaya dapat kekal bersaing.

Akhirnya Ketua Pengarah LPP meminta agar pemimpin-pemimpin peladang dapat memainkan peranan yang besar bagi memantapkan pergerakan PP. Pemimpin peladang disaran menggunakan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah PP sebagai medium melaksanakan program transformasi pertanian. Dalam suasana persekitaran masa kini, mereka dituntut menawarkan lebih banyak kreativiti dan memberi sumbangan bermakna bagi memartabatkan pergerakan PP.

5

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif