Upload
phungtruc
View
272
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Berita UkurBIL:38 2005 ISSN 0128-0414
Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
120 Tahun JUPEMPenubuhan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia
bersambung di ms 3
J abatan Ukur dan Pemetaan Malaysia yang
dikenali sebagai JUPEM telah melakar detik
sejarah dengan menyambut ulang tahunnya
yang ke-120 dan sekali gus menjadikannya antara
jabatan kerajaan yang tertua di Malaysia.
Majlis sambutan ulang tahun tersebut telah
dimulakan dengan persembahan pantomim yang
menggambarkan pengorbanan dan keperitan
kakitangan JUPEM dalam menjalankan kerja-kerja
pengukuran serta evolusi yang berlaku dalam bidang
ukur dan pemetaan pada era silam, era pertengahan
dan era moden.
Detik Sejarah JUPEM
Anak watan pertama (Allahyarham Yang Bhg. Tan Sri Hj Mohd Yatim bin Yahya) dilantik
sebagai Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan pada 4 Februari 1963
Sidang PengarangSidang Pengarang
Penaung
Dato’ Hamid Ali,
DIMP, KMN, PMC, PJC
Penasihat
Dr. Abdul Kadir Taib SDK, KMN
Pengerusi
Ahamad bin Zakaria
Ketua Pengarang
Amran bin Abu Rashid
Pengarang
Abdul Hamid bin Che Amat
Mohamad Rosli bin Mursidi
K. Sivaganam
Ketua Reka Bentuk/Pencetak
Muhammat Puzi bin Ahmat, KSD
Makluman
Semua pendapat dan buah fikiran dalam
Berita Ukur ini tidak semestinya pendapat
rasmi pentadbiran jabatan. Sidang
Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan
sumbangan dari pembaca.
Segala bahan-bahan hendaklah
dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan
dialamatkan kepada:
Pengerusi
Penerbitan Berita Ukur
Tingkat 4,
Bangunan Ukur
Jalan Semarak
50578 Kuala Lumpur
Tel: 03-26170800
Fax: 603-26170990
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-
orang yang beriman, dan mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran
serta kesabaran” - Ayat al-Quran (Surah al-’Asr)
Renungan
2
Imej adalah penting kepada individu dan organisasi. Bagi individu ia adalah
personaliti dan harga diri seseorang yang boleh menarik perhatian orang
lain terhadapnya. Kita lihat bagaimana individu yang popular dikelilingi
ramai peminat kerana keterampilan imejnya. Begitu juga bagi individu yang
menonjolkan imej yang negatif, dia bukan saja tidak disukai tetapi kadang-
kadang dicemuh kerana sikap tersebut. Penerimaan masyarakat terhadap
seseorang bergantung kepada imej yang ditonjolkan.
Bagi jabatan, imej yang ditonjolkan adalah selling point kepada produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan. Jika imej sesebuah organisasi itu baik maka
tinggilah sambutan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang
disediakan. Di sinilah letaknya kelebihan saingan atau competitive advan-
tage pada organisasi tersebut.
Untuk mengekalkan imej yang baik kita harus membina sebuah organisasi
yang mantap dan cemerlang sepanjang masa. JUPEM telah wujud lebih 120
tahun. Selama memberi bakti dan mencurahkan khidmat kepada masyarakat
kita telah menempah banyak kejayaan. Ini dapat dibuktikan dari berbagai
pengiktirafan dan anugerah yang telah diterima di peringkat antarabangsa
dan dalam negara seperti Anugerah Perdana Perkhidmatan Awam (Field to
Finish) tahun 2004, Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Bagi Pemetaan
Elektronik atau e-map dalam tahun 2001, Anugerah Inovasi Perkhidmatan
Awam Melalui Projek Peta Ortofoto tahun 2002, Anugerah Geospatial
Achievement Award tahun 2003 dan Anugerah Best Achievement Award in
GIS tahun 2000. Anugerah-anugerah ini melambangkan imej jabatan yang
cemerlang.
Namun begitu, warga JUPEM tidak harus berpuashati dengan anugerah yang
diterima. Perlu kita sedari bahawa kecemerlangan itu tidak semestinya kekal
kerana jangkaan atau expectation pelanggan sentiasa berubah. Usaha yang
berterusan diperlukan untuk memastikan organisasi JUPEM terus cemerlang.
Usaha inilah yang akan menawan persepsi pelanggan sebagai organisasi
cemerlang dalam apa yang dilakukan serta dihasilkan dan memenuhi objektif
yang terkandung dalam Piagam Pelanggan jabatan.
Setiap warga JUPEM perlu memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas
dan tanggungjawab masing-masing supaya jabatan terus mantap dan
cemerlang. Kita perlu menampilkan imej yang baik supaya natijahnya imej
JUPEM sentiasa terserlah serta dapat meningkatkan keyakinan pelanggan
terhadap produk dan perkhidmatan yang diberikan. Kakitangan yang berkualiti
boleh mewujudkan organisasi yang cemerlang. Kecemerlangan warga JUPEM
boleh diukur dari segi kemahiran dan komitmen dalam menjalankan tugas.
Kedua-dua elemen ini dipengaruhi oleh sikap, motivasi dan set minda
kakitangan itu sendiri. Justeru, setiap warga JUPEM harus terus memupuk
ciri-ciri kecemerlangan pada diri dan jabatan untuk menghadapi persekitaran
yang sentiasa berubah.
Rencana Pengarang
‘ P e m a c u
K e s e j a h t e r a a n
Rakyat dan
P e m b a n g u n a n
Negara’ menjadi
tema bagi sambutan
ulang tahun ke-120
JUPEM, yang telah
diadakan pada
29 Jun 2005 hingga
1 Julai 2005 di Ibu
Pejabat JUPEM,
Kuala Lumpur. Majlis
perasmian bagi
sambutan ulang
sambungan dari ms 1
3
tahun tersebut telah dilangsungkan di Dewan
Perdana FELDA pada 30 Jun 2005 dan
disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Sri Hj. Adenan bin
Hj. Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
(NRE).
Melihat kepada kejayaan JUPEM dalam aktiviti
kerja-kerja ukur dan pemetaan, Y.B. Dato’ Sri Hj.
Adenan Hj. Satem berharap dan mendoakan agar
JUPEM akan terus menyumbangkan khidmat yang
lebih cemerlang, gemilang dan terbilang seperti
yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia
bagi mengekalkan kejayaan yang telah dimiliki.
Selain dapat memperingati detik pengorbanan dan
jasa warga JUPEM, sambutan ulang tahun ini juga
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat umum dan khasnya kepada kakitangan
JUPEM sendiri terhadap peranan yang dimainkan
oleh jabatan ini sebagai salah sebuah agensi
kerajaan yang mempelopori dan memacu
pembangunan negara dalam menyediakan
infrastruktur asas pengurusan pembangunan tanah
di samping menyediakan maklumat spatial bagi
tujuan pertahanan, penyelidikan saintifik,
pembelajaran dan sebagainya. Secara tidak
langsung sambutan ulang tahun ini juga telah dapat
mengeratkan lagi jalinan antara JUPEM dengan
orang awam dan khasnya dengan individu, badan
atau organisasi tertentu yang terlibat secara
langsung dalam bidang ukur dan pemetaan.
Di dalam ucapan aluan sambutan ulang tahun ke-
120 JUPEM, Y.Bhg. Dato’ Hamid bin Ali, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah
menyentuh tentang perkembangan teknologi ICT
yang digunakan untuk mempercepatkan kerja-kerja
ukur dan pemetaan yang dijalankan oleh JUPEM.
Beliau juga dengan perasaan yang begitu terharu
telah mengimbas kembali detik-detik cemas
kakitangan jabatan ini di era 70-an yang terpaksa
menghadapi ancaman pihak pengganas komunis
dan jerangkap samar yang dipasang oleh musuh
negara, serta ancaman binatang buas yang
mengancam keselamatan mereka semasa menjalani
tugas harian di lapangan, terutamanya di
persempadanan antarabangsa Malaysia - Thailand
dan Malaysia - Indonesia. Lebih mengharukan
apabila beliau mengenangkan kembali peristiwa
hitam yang telah menimpa pasukan kerja luar
JUPEM yang mana seramai 37 orang telah terkorban
ketika menjalankan kerja-kerja pengukuran di
sempadan antarabangsa negara.
4
Dalam majlis tersebut pihak JUPEM juga telah
menyampaikan cenderahati kepada beberapa orang
bekas Ketua Pengarah Ukur JUPEM sebagai
mengenang jasa mereka yang telah banyak
menyumbang tenaga semasa berkhidmat di jabatan
ini. Bekas Ketua Pengarah Ukur tersebut ialah Y.Bhg.
Dato’ Paul Foo, Encik Yee Shin Cheong, Encik Leong
Yip Sun dan Y.Bhg. Dato’ Abdul Majid Mohamed.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-
120 tersebut, JUPEM juga turut mengadakan hari
terbuka, pameran dan gerai jualan. Selain dapat
melihat pelbagai aktiviti ukur dan pemetaan di ruang
pameran, lawatan ke seksyen-seksyen di Ibu Pejabat
JUPEM dan majlis taklimat di Dewan Ukur, para
pengunjung juga turut diberi cenderahati.
Lazimnya apabila tiba tahun baru kita menilai
pencapaian yang lepas serta merancang
strategi dan program untuk tahun baru.
Selalunya juga kedatangan tahun baru disambut
dengan semangat baru yang berkobar-kobar dan
azam yang berjela. Tetapi ingatan kepada azam ini
tidak lama dan banyak azam yang disenaraikan di
awal tahun masih belum tertunai. Dengan itu cabaran
pertama tahun 2005 ialah menunaikan azam yang
belum kesampaian. Di samping itu kita juga harus
peka dengan perkembangan semasa dan cabaran-
cabaran yang semakin nyata.
Sehubungan itu, Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia (JUPEM) telah mengadakan Majlis Amanat
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
secara rasmi pada 24 Januari 2005 bertempat di
Dewan Ukur, Ibu Pejabat, JUPEM, Kuala Lumpur.
Y.Bhg. Dato’ Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan Malaysia telah menyampaikan
ucapan dasar dan amanat. Dalam ucapannya beliau
menyeru kepada semua warga JUPEM supaya
meningkatkan lagi prestasi kerja di jabatan dan peka
terhadap perkembangan teknologi ICT untuk
digunakan dalam kerja-kerja seharian agar lebih
cepat, cekap dan berkesan dengan meningkatkan
lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada
semua pihak, sesuai dengan keperluan semasa
tahun baru, tahun 2005 dan alaf baru ini.
JUPEM telah mendapat tempat kedua daripada 22
buah jabatan/agensi kerajaan, dalam pertandingan
Anugerah Teknologi Maklumat 2004 yang dianjurkan
Majlis Amanat 2005Penubuhan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia
oleh MAMPU, dengan kertas kerja bertajuk Field-
to-Finish.
Manakala penglibatan di peringkat antarabangsa
pula JUPEM telah berjaya mendapat kelulusan dari
kerajaan bagi menganjurkan bengkel antarabangsa
‘Administering The Marine Environment - The Spatial
Dimensions’ bersama Working Group 3, Permanent
Committee on GIS Infrastructure for Asia and the
Pacific (PCGIAP).
Penambahan kakitangan JUPEM dibekalkan dengan
peralatan-peralatan ukur yang terkini lagi canggih
meliputi sistem ukur total station (tambahan
sebanyak 70 unit), Personel Digital Assistant (PDA),
TeleGPS dan note book bagi melaksanakan kerja-
kerja ukuran di lapangan bagi menggantikan
peralatan yang telah uzur di samping digunakan bagi
menampung penambahan bilangan pasukan kerja
luar yang merupakan tunjang kepada peningkatan
prestasi di JUPEM.
Sistem-sistem F2F di JUPEM dengan kos RM127
juta semenjak tahun 1995 akan dipantau bagi
memastikan keberkesanannya dalam menjana kerja
yang lebih produktif dan berkualiti serta dapat
beroperasi dengan sempurna. Sistem-sistem ini juga
dapat mengurangkan redundancy di pelbagai
peringkat kerja.
Menyentuh perkara berkaitan, adalah dijangkakan
beban kerja bagi ukuran hak milik tanah akan
bertambah banyak diterima daripada Pejabat Tanah
5
dan Galian Negeri serta Pejabat-pejabat Tanah
Daerah. Adalah dijangka sebanyak 500,000 lot akan
diterima untuk diukur dalam masa tiga tahun akan
datang. Ianya merupakan cabaran besar yang
menuntut jabatan ini melakukan satu perancangan
strategik bagi menghadapi cabaran ini. Sehubungan
itu, Sasaran Kerja Tahunan bagi ukuran hak milik
JUPEM Negeri telah ditingkatkan daripada 55,000
lot setahun kepada 65,000 setahun dalam tahun
2004 dan seterusnya kepada 80,000 lot setahun bagi
tahun 2005. Bagi menyokong tindakan ini, satu
pekeliling KPUP Bil. 5/2004 telah dikeluarkan untuk
menetapkan norma kerja baru bagi digunapakai
sebagai petunjuk prestasi yang baru dengan harapan
akan dapat membantu meningkatkan prestasi
jabatan. Baki daripada beban kerja ukuran hak milik
tersebut akan dikontrakkan ukurannya kepada firma
Juruukur Tanah Berlesen di mana kelulusan daripada
pihak Jabatan Perkhidmatan Awam telah pun
diperolehi. Aktiviti kerjaluar sewajarnya diberikan
fokus oleh JUPEM Negeri bagi memastikan usaha
meningkatkan produktiviti ukuran hak milik tanah
dapat dijayakan. Pengarah Ukur hendaklah
memantau prestasi pengendalian kerjaluar secara
berterusan untuk memastikan penghasilan kerja
pegawai kerja luar terus meningkat pada masa
depan. JUPEM, melalui Seksyen Kawalselia JUBL
akan berterusan memantau mobilisasi kerja-kerja
sebegini supaya mencapai hasrat jabatan di dalam
mengurangkan tunggakan kerja berkaitan di
JUPEM Negeri yang berkenaan, serta memastikan
penggunaan tenaga kerja secara optimum ke arah
memenuhi matlamat jabatan.
Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang semakin
canggih hari ini, jabatan telah pun melengkapkan
pangkalan data ukur kadaster bagi seluruh
Semenanjung termasuk Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Labuan pada penghujung tahun
2003. Berikutan itu, usaha sedang diambil bagi
menjadikan PDUK sebagai aset yang terpenting
JUPEM yang boleh menjana pelan bagi
pengeluaran hakmilik dengan serta merta selain
digunakan sebagai maklumat asas oleh agensi
kerajaan dan pihak swasta dalam pangkalan data
mereka. Usaha-usaha sedang diambil bagi
meningkatkan integriti dan kesahihan data yang
tersimpan dalam PDUK di samping menjadikan ia
GIS-ready.
Adalah diharapkan agar kejayaan JUPEM
melaksanakan konsep field-to-finish ini dan ditambah
pula dengan projek komunikasi data di antara SPDK
dan SPTB yang telah berjaya dilaksanakan di PTG
Selangor serta PTD Daerah Petaling akan dapat
meningkatkan sistem penyampaian tanah di negara
ini serta mengeratkan hubungan di antara JUPEM
dengan Pejabat-pejabat Tanah di negara ini. Di
samping itu, projek komunikasi ini kelak akan dapat
membantu dalam urusan membangunkan projek e-
Tanah oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan
Galian.
Penyelidikan ke atas pelaksanaan CCS di
Semenanjung Malaysia telah pun berakhir pada
penghujung tahun 2003 dan laporan terakhirnya
telah diterima oleh Bahagian Kadaster dari Universiti
Teknologi Malaysia pada 13 Januari 2004.
Umumnya, hasil penyelidikan menunjukkan bahawa
sistem berkenaan adalah feasible, baik dari segi
teknikal mahu pun sosio ekonomi, untuk
dilaksanakan. Jabatan dengan bantuan kewangan
daripada Lembaga Juruukur Tanah Semenanjung
Malaysia sedang melaksanakan projek perintis di
Melaka di mana ianya dijangka dapat disiapkan
dalam bulan Jun tahun 2005.
Setelah itu, satu seminar kesedaran mengenai
Cadastral Coordinated System (CCS) akan diadakan
bagi penggunaannya dalam bidang kadaster yang
akan melibatkan semua profesion ukur tanah
daripada agensi kerajaan, universiti dan swasta.
Projek ini kemudian akan dipanjangkan ke seluruh
Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan
6
Kuala Lumpur dan Labuan dalam Rancangan
Malaysia ke-9 bersamaan dengan Projek eKadaster
yang akan menggunakan teknologi GPS secara
meluas dalam aktiviti ukuran hak milik tanah.
Dalam RMK9, JUPEM merancang untuk
melaksanakan eKadaster yang merangkumi tiga
projek utama iaitu Sistem Ukur Maya (SUM), Sistem
Keutuhan Data Kadaster (SKDK) dan Sistem
Kadaster Berkoordinat (CCS). Komponen SUM akan
memperkenalkan cara ukuran kadaster yang baru
menggunakan peralatan GPS dengan kaedah Real
Time Kinematic (RTK) melalui Virtual Survey
Network (VSN). Kaedah RTK ini akan memberi satu
anjakan paradigma yang besar kepada JUPEM
sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam
bidang ukuran kadaster. Dengan adanya satu sistem
yang lebih lengkap akan membolehkan JUPEM
beralih ke era pengurusan moden, cekap dan
berorientasikan pelanggan di samping memiliki
kriteria state-of-the art technology. Kebanyakkan
negara-negara maju telah pun menggunakan
kaedah RTK dalam pengukuran hak milik dan
terbukti berjaya meningkatkan sistem penyampaian
dan seterusnya memberi kepuasan kepada
pelanggan.
Projek SKDK akan melibatkan penggantian
perkakasan SPDK, menggantikan rangkaian LAN ke
jalur lebar, penambahan perisian aplikasi,
memulihara PDUK, meningkatkan keupayaan SPEK
serta membina pangkalan data tiga dimensi strata,
stratum dan marine. Data ukuran kerja luar dapat
dihantar terus daripada padang ke pejabat JUPEM
negeri dengan menggunakan sistem verifikasi data
yang near real time.
Projek CCS pula akan melibatkan pewujudan
Pangkalan Data Jaringan Kawalan Ukur Kadaster
di mana pelarasan semula semua jaringan koordinat
kadaster dalam PDUK ke Geocentric Datum of
Malaysia (GDM2000) akan dilakukan. Seterusnya
satu Pangkalan Data Ukur Kadaster Kebangsaan
yang seamless akan diwujudkan menjadi asas
kepada pembentukan aplikasi dan kaedah baru
ukuran kadaster.
Bersesuaian dengan perkembangan semasa di
bawah pimpinan baru Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Hj.
Ahmad Badawi, Perdana Menteri yang menekankan
bahawa perkhidmatan awam perlu mengambil
tindakan untuk mengurangkan karenah birokrasi,
memantapkan perkhidmatan awam dan
membanteras rasuah dalam usaha ke arah
meneruskan perkhidmatan yang berkualiti dan
berkesan kepada rakyat.
Oleh yang demikian, JUPEM berusaha
meningkatkan lagi kecekapan, keberkesanan,
integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam
perkhidmatan di samping dapat mengelak sikap tidak
bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, gejala
rasuah dan salah guna kuasa. Dengan terbentuk
disiplin dan dedikasi yang tinggi di kalangan pegawai
dan kakitangan, pengurusan jabatan ini akan
menjadi lebih mudah dalam usaha untuk memberi
perkhidmatan dengan lebih cekap, efektif dan
pantas.
Sehubungan itu juga, JUPEM telah bersedia untuk
menggunapakai satu Piagam Pelanggan yang baru,
jauh lebih mesra dan baik daripada yang digunakan
sekarang. Dalam hal ini, penyediaan pelan akui akan
dipendekkan dari masa dua tahun sekarang ke 10
bulan. Bagi strata peringkat 1, masa semakan pelan
cadangan strata akan dipendekkan dari 55 hari ke
30 hari manakala bagi strata peringkat 2, masa
penyediaan suratan hak milik strata akan
dikurangkan dari 80 hari ke 50 hari. Pengeluaran
nombor lot kepada Juruukur Tanah Berlesen pula
dipendekkan dari dua minggu ke satu minggu
manakala penyemakan dokumen ukuran hakmilik
tanah Juruukur Tanah Berlesen dapat disiapkan
dalam masa enam bulan berbanding dengan satu
tahun sebelum ini. Segala usaha yang murni ini
diharapkan dapat dilaksanakan dengan amanah
7
serta beretika sesuai pada ketika ini di mana
kepuasan pelanggan diberikan keutamaan
bersesuaian dengan visi baru JUPEM “Menjadikan
JUPEM Terbilang Dalam Perkhidmatan Ukur Dan
Pemetaan Serta Pengurusan Data Geospatial
Bagi Memenuhi Wawasan Negara”.
Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kerja,
jabatan akan memastikan bahawa semua pegawai
dan kakitangan diberi peluang yang secukupnya
dalam bidang latihan dan kursus yang ada kaitan
dengan bidang tugas masing-masing bagi tujuan
menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran.
Berbagai bentuk kursus, bengkel dan latihan
diadakan baik secara in-house, oleh agensi luar,
dianjur oleh pihak swasta dalam dan luar negara.
Ini semua bertujuan bagi melengkapkan lagi setiap
anggota dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
kerja yang terkini supaya dengan itu pegawai dan
kakitangan yang terlatih dapat dan mampu
melaksanakan setiap kerja dengan cekap, mahir dan
berkesan.
Manakala program aktiviti pemetaan di JUPEM yang
dicapai pada tahun 2004 berkaitan dengan ukuran
sempadan antarabangsa/negeri (darat/maritim),
RTK, Projek Peningkatan Sistem Pemetaan Bantuan
Komputer (CAMS), mempelbagaikan format data
digital pemetaan, CATMAPS, penyediaan Dokumen
Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2000,
pewujudan Seksyen Pemetaan Utiliti (SPU),
Program Global Mapping, Garis Panduan Penentuan
Nama Geografi, usaha mempercepatkan urusan
kelulusan tapisan keselamatan bagi permohonan
bahan-bahan terhad pemetaan, pindaan Perintah Fi,
Royalti dan Hakcipta, penandaarasan, peta Geoid,
taklimat/ taklimat aktiviti pemetaan dan ukur geodetik
di Sabah dan Sarawak, pelaksanaan GDM 2000 dan
penyediaan profil pulau-pulau.
Negara kita telah digemparkan dengan gempa bumi
dan akibat ombak tsunami yang berlaku pada 26
Disember 2004, di perairan Sumatra berhampiran
dengan Aceh telah mengakibatkan kematian ratusan
ribu orang di sepuluh negara di Asia. Dengan
kekuatan 9.0 pada skala Richter, iaitu yang keempat
terkuat sejak 1900, telah menyebabkan gegarannya
dirasai sejauh ratusan kilometer. Bagi Malaysia, ini
adalah yang pertama dalam sejarah di mana
kesannya telah turut meragut nyawa rakyat negara
ini.
Dengan kaedah geodetik, kesan dan trend yang
terhasil dari proses gempa bumi di perairan
Sumatera telah pun dimodelkan. Bagi tujuan analisis
permulaan kesan tersebut ke atas stesen-stesen
GPS MASS dan RTK NET, data-data daripada
stesen berkenaan telah digunakan. Analisis ini telah
dijalankan dengan menggunakan data-data GPS
bagi tempoh 19 - 30 Disember 2004, dengan
pemprosesan dan analisis dilakukan di dalam dua
peringkat. Peringkat pertama adalah analisis stesen
RTK NET relatif kepada stesen MASS.
Hasil daripada analisis awalan yang dilakukan bagi
mengesan pergerakan ke atas stesen MASS dan
RTK menunjukkan bahawa terdapat anjakan
maksimum sekitar 18 sm ke arah barat daya di
bahagian utara Semenanjung dan anjakan semakin
mengecil di bahagian selatan dan pantai timur iaitu
lebih kurang dua sm. Bagi Sabah dan Sarawak,
stesen-stesen merekodkan anjakan yang kecil iaitu
sekitar dua sm. Penggunaan data daripada
19 Disember 2004 (12 hari) adalah tidak mencukupi,
lebih-lebih lagi dengan gegaran susulan masih
berlaku selepas tarikh 30 Disember 2004. Dengan
itu, pemprosesan dan pemantauan berterusan
perlulah dilakukan. Walaupun masa yang lebih lama
dan data-data tambahan diperlukan untuk meneliti
kesan anjakan yang lebih menyeluruh, hasil analisis
awal menunjukkan pergerakan yang berlaku, iaitu
sekitar 18 sm di sebelah barat laut Semenanjung
Malaysia adalah besar. Anjakan ini dan kesan
tsunami itu sendiri memberikan implikasi ke atas
Penentuan Titik Pangkal Negara, Koordinat GDM
2000 dan Rangkaian Aras Jitu.
Cabaran-cabaran JUPEM di era perkembangan
teknologi dalam bidang GIS serta tekanan agar
keputusan perancangan dapat dibuat dengan cepat
dan tepat, keperluan terhadap maklumat spatial
berskala besar semakin mendesak, maka cabaran
yang dihadapi dan perlu ditempuhi oleh jabatan
antaranya adalah seperti berikut:
i. Maklumat pemetaan berskala besar adalah
sangat diperlukan bagi pelbagai pengguna.
Setakat ini data-data berdigit berskala 1: 5,000
yang dibekalkan oleh JUPEM kepada
pengguna hanya tertumpu kepada kawasan
Bandaraya Kuala Lumpur dan sekitarnya iaitu
melalui siri L808/DNMM 6101 serta
dikawasan-kawasan bandar lain iaitu melalui
L905/DNMM 8101 dan T931/DNMM 8201.
Dalam hubungan ini, JUPEM sebagai
pembekal utama maklumat asas pemetaan,
perlu menggembleng usaha bagi
menyediakan data-data pemetaan berskala
besar 1:5 000 meliputi lain-lain kawasan di
negara ini. Walau bagaimanapun bagi
kawasan-kawasan tertentu yang melibatkan
urusan pemetaan utiliti bawah tanah, maklumat
pemetaan pada skala 1:1 000 atau lebih besar
perlu disediakan.
8
ii. Peluasan skop program pemetaan iaitu
penyediaan peta topografi berdigit seluruh
negara berskala 1: 5 000 dan 1: 1 000 peta
utiliti sememangnya satu tugas yang amat
mencabar. Justeru, kajian juga perlu dijalankan
mengenai penglibatan sektor swasta dalam
aktiviti pemetaan di Malaysia dengan
mengenalpasti firma-firma perunding yang
berkeupayaan menjalankan tanggungjawab
tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Peranan sektor swasta dalam aktiviti
pemetaan di Malaysia perlu diambil kira di
mana terdapat aktiviti-aktiviti yang boleh
dikontrakkan kepada pihak swasta termasuk
pengambilan gambar udara dan seterusnya
penyediaan maklumat pemetaan oleh mereka.
Walau bagaimanapun, ‘quality assurance’
masih perlu dijalankan oleh JUPEM.
iii. Kepuasan pelanggan akan dianggap tercapai
apabila produk dan perkhidmatan dapat
memenuhi kehendak pelanggan. Bagi maksud
ini, jabatan dan agensi pemetaan perlu peka
kepada kehendak pelanggan sama ada
pelanggan dalaman atau luaran mengenai
produk dan perkhidmatan yang diperlukan
seperti data-data berdigit yang GIS-ready,
kemaskini dan mudah diperolehi. Setiap
seksyen perlu meneruskan usaha
menghasilkan idea yang inovatif untuk produk
dan proses-proses yang baru bagi
meningkatkan mutu perkhidmatan kepada
pelanggan dan stakeholder. Di samping itu,
jabatan juga perlu mendapatkan maklumbalas
secara berterusan daripada pelanggan,
menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan di
antara jabatan-jabatan dan agensi-agensi
yang terlibat dalam pemetaan serta
menjalankan penilaian berterusan terhadap
tahap kepuasan pelanggan ke atas
perkhidmatan dan produknya.
iv. Penyebaran dan perkongsian data perlu
diperluaskan pada masa kini dan dengan
menyedari hakikat tersebut, JUPEM telah
mengorak langkah yang sesuai dalam
menyediakan infrastruktur pemetaan dan data
spatial. Perolehan Sistem Pusat Penyebaran
Maklumat Geospatial (SPPMG) di bawah
RMK8 telah dimulakan dalam tahun 2004.
Projek ini apabila siap nanti akan menjadi
aplikasi flagship bagi JUPEM di mana seluruh
data JUPEM yang dihasilkan oleh negeri-
negeri (data kadaster), data pemetaan dan
kartografi serta data geodetik akan diuruskan
secara sepusat iaitu dengan pewujudan
Geomatik Data Warehouse di Ibu Pejabat
JUPEM. Melalui Pusat Data Geomatik ini
penyebaran maklumat geospatial JUPEM
akan dipermudahkan capaiannya secara on-
line oleh semua pihak. Ianya juga akan
melancarkan segala urusan pemindahan dan
perkongsian data dalam jabatan, antara
jabatan dan dengan agensi-agensi berkaitan.
Di akhir Majlis Amanat Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia pada tahun 2005 ini,
mengharapkan semua warga JUPEM dapat
memberi komitmen kepada tugasan dan
tanggungjawab untuk membawa JUPEM ke tahap
yang lebih cemerlang lagi di alaf baru ini. Menurut
beliau jika kakitangan JUPEM bersatu dan bekerja
dalam satu pasukan kita boleh menyempurnakan
visi, misi, objektif dan fungsi. Sentiasa ingat slogan
jabatan iaitu ‘menjadikan JUPEM sebagai sebuah
organisasi yang berwibawa dalam menyediakan,
membekal dan menyebar data geospatial yang
berkualiti bagi memenuhi keperluan negara dan
antarabangsa’ dan misi jabatan ‘beriltizam
mengadakan sistem perkhidmatan ukur tanah dan
pemetaan serta maklumat geospatial yang efisien
dan berkualiti sebagai pemangkin kepada kemajuan
negara dan kesejahteraan rakyat’.
9
Mesyuarat Pengurusan Bil.1/2005
Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 1/2005
berlangsung pada 24 hingga 25 Januari
2005 bertempat di Bilik Persidangan,
Bangunan CAMS, Ibu Pejabat JUPEM, Kuala
Lumpur. Y.Bhg. Dato’ Hamid bin Ali, Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan Malaysia mempengerusikan
mesyuarat dengan ucapan kata-kata aluan dan
salam serta terima kasih kepada semua pegawai-
pegawai kanan JUPEM yang hadir. Beliau menyeru
kepada Pengarah Ukur Negeri supaya memainkan
peranan masing-masing bagi meningkatkan
kompetensi calon-calon JUPEM dalam menghadapi
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dengan memberi
kerjasama dan bantuan yang sewajarnya agar
mereka berjaya.
Selain itu beliau juga menyentuh berkenaan RMK 8
dan RMK 9, berkaitan dengan pembangunan dan
perbelanjaan di JUPEM pada tahun 2005 sehingga
2010 melibatkan lima dan 17 projek pembangunan
dengan anggaran perbelanjaan RM13.6 juta dan
RM696.4 juta termasuk pembinaan kuarters
kakitangan rendah serta bangunan pejabat baru di
beberapa buah negeri.
Saranan beliau, untuk mendekatkan JUPEM dengan
masyarakat program outreach perlu lebih aktif dalam
menghebahkan kepada masyarakat umum tentang
kemajuan dan pencapaian jabatan terutamanya
penghasilan produk-produk baru. Bagi tahun 2005
ini, program outreach JUPEM, antaranya JUPEM
akan melaksanakan aktiviti sambutan ulang tahun
ke-120 di mana atur cara program yang akan
dijalankan sempena sambutan ini ialah Hari Terbuka,
seminar, pameran dan gerai jualan serta hebahan
dan promosi akan dibuat melalui media massa dan
media elektronik kepada masyarakat umum supaya
mereka menyertainya.
Sebelum mengakhiri kata aluan, Y.Bhg. Dato’Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada
kakitangan JUPEM yang telah menyumbang masa
dan tenaga dalam melakukan kerja-kerja sukarela
atas perbelanjaan dan inisiatif sendiri untuk
membantu mangsa-mangsa tsunami khususnya di
Daerah Kota Kuala Muda, Kedah. Setelah Y.Bhg.
Dato’ Pengerusi menyampaikan kata-kata aluan,
mesyuarat diteruskan dengan taklimat Bahagian
Pemetaan dan Bahagian Kadaster.
Taklimat Pencapaian Prestasi 2004 dan
Perancangan Strategik ke Arah Pencapaian
Matlamat 2005, Bahagian Pemetaan dibentangkan
oleh En. Ahmad Fauzi bin Nordin, Pengarah Ukur
Bahagian (Pemetaan) bagi melaporkan pencapaian
sasaran kerja tahunan (SKT) seksyen-seksyen di
bawah Bahagian Pemetaan sepanjang tahun 2004.
Dalam taklimat pemetaan yang disampaikan beliau,
10
merangkumi perkara-
perkara latar belakang,
SKT bagi tahun 2004 dan
perancangan strategik ke
arah pencapaian
matlamat 2005, bagi
semua seksyen,
kewangan, perjawatan,
pengisytiharan harta dan
kes tatatertib. Kemudian
perancangan strategik ke
arah pencapaian
matlamat 2005 yang telah
disasarkan di bahagian
ini, turut diperincikan
supaya matlamatnya akan
tercapai dalampelaksanaanya pada tahun 2005.
Tahun 2005 merupakan tahun yang kritikal bagi
Bahagian Pemetaan selaras dengan penetapan
sasaran kerja utama (SKU) Jabatan yang antara
lainnya adalah untuk menyiapkan pemetaan
topografi skala 1:50 000 bagi seluruh Semenanjung,
Sabah dan Sarawak yang berjumlah 455 lembar
menjelang tahun 2006. Ke arah itu usaha yang gigih
perlu dijalankan oleh semua pihak kerana beban
kerja yang besar perlu diselesaikan untuk
menjayakan pencapaian sasaran tersebut.
Pencapaian setiap seksyen di bawah Bahagian
Pemetaan untuk tahun 2004 pada keseluruhannya
adalah menggalakkan.
Manakala, Laporan Prestasi Tahun 2004 dan
Perancangan Strategik ke arah pencapaian
matlamat tahun 2005, Bahagian Kadaster
dibentangkan oleh Tn. Hj. Muhamed Kamil bin Mat
Daud, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster),
merangkumi topik-topik kemajuan keseluruhan
JUPEM Negeri bagi tahun 2004, pencapaian bagi
tahun 2004 dan matlamat tahun 2005, prestasi
perbelanjaan JUPEM Negeri, Perjawatan Bahagian
Kadaster dan JUPEM Negeri, Pencapaian SKT bagi
Pengarah-Pengarah Ukur Negeri, aktiviti-aktiviti
bahagian kadaster dan perancangan strategik ke
arah penyampaian matlamat tahun 2005. Tujuan
pembentangan kertas ini adalah untuk melaporkan
prestasi aktiviti-aktiviti utama di JUPEM Negeri dan
pencapaian sasaran kerja tahunan (SKT) Pengarah-
Pengarah Ukur Negeri sepanjang tahun 2004 yang
lepas.
Pada akhir taklimat Bahagian Kadaster, beliau
mengingatkan Pengarah-Pengarah Negeri dan
Seksyen di bawah Bahagian Kadaster, JUPEM
supaya memberi tumpuan utama dalam kerja-kerja
kadaster seperti disarankan oleh Y.Bhg. Dato’ Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Pada
keseluruhannya pencapaian prestasi sepanjang
2004 bagi aktiviti-aktiviti utama kadaster adalah
sangat baik berbanding dengan prestasi tahun-tahun
sebelumnya. Bagi penyediaan
pelan suratan hak milik tanah,
semua beban dalam tangan
telah dapat diuruskan
sepenuhnya pada tahun
2004.
Tindakan ini adalah selaras
dengan arahan kerajaan
supaya meningkatkan
keberkesanan sistem
penyampaian perkhidmatan
kerajaan dan selaras dengan
perkembangan semasa
tumpuan kerajaan kepada
penyelesaian beban kerja
ukuran hak milik tanah.
11
Perbincangan dan penetapan SKT Tahun 2005 oleh
Pengarah-Pengarah Ukur JUPEM, menyusuli sebaik
saja selesai agenda taklimat pemetaan dan kadaster
bagi mempertingkatkan produk serta kualiti JUPEM.
Seterusnya Y.Bhg. Dato’ Pengerusi juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
warga JUPEM samada dari Ibu Pejabat atau pun
dari negeri di atas kerjasama dan komitmen yang
telah diberikan dan berharap ianya dapat
dipertingkatkan lagi pada masa akan datang demi
mencapai matlamat jabatan agar hanya mempunyai
beban kerja semasa sahaja.
12
Perlaksanaan Sistem Pemetaan UtilitiMesyuarat JUPEM Bersama JPA
S istem dan pemetaan utiliti yang meliputi saluran
paip gas, pembentungan, kabel elektrik, kabel
telefon dan paip air pada ketika ini adalah
dikendalikan secara berasingan oleh agensi
kemudahan awam seperti Petronas, Indah Water
Konsortium, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan
Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom
Malaysia Berhad (TM), PUAS, Puncak Niaga
Sendirian Berhad dan lain-lain lagi. Akibatnya,
banyak struktur kemudahan awam khususnya utiliti
di bawah tanah mengalami kerosakan kerana kerja-
kerja penggalian dan pemasangan struktur utiliti yang
lain. Ini akan mengakibatkan gangguan seperti
perkhidmatan bekalan air dan sebagainya, termasuk
kesesakan jalan raya yang mungkin mengakibatkan
kemalangan dan kehilangan nyawa atau kerugian
yang tinggi.
Bagi menyahut hasrat kerajaan untuk mewujudkan
maklumat utiliti secara bersepadu termasuk dari segi
penyelarasan aktiviti pemetaan utiliti, Jabatan Ukur
dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah memohon
pertimbangan dan kelulusan daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menubuhkan
Seksyen Pemetaan Utiliti di Bahagian Pemetaan
JUPEM memandangkan peranan JUPEM dalam
pemetaan pada ketika ini tidak meliputi pemetaan
utiliti khususnya utiliti bawah tanah. Taklimat
pewujudan Seksyen Pemetaan Utiliti di Bahagian
Pemetaan JUPEM telah diadakan pada 14 Februari
2005 bertempat di Bilik Persidangan, Bangunan
CAMS, JUPEM. Y.Bhg. Dr. Abdul Kadir bin Taib,
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Ma-
laysia, telah mempengerusikan mesyuarat bersama
JPA yang diwakili oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Abdul Wahab
bin Mulajat, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam (Pembangunan), JPA.
JUPEM menawarkan untuk mewujudkan Seksyen
Pemetaan Utiliti adalah sebagai susulan dari
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Ogos 1994
melalui Jawatankuasa Teknikal Pemetaan Automasi
dan Pengurusan Fasiliti yang terdiri daripada 24 ahli
tetap termasuk JUPEM dan tujuh ahli bersekutu dari
agensi-agensi kerajaan dan swasta, yang
mencadangan supaya JUPEM diberi peranan dalam
pemetaan utiliti.
Taklimat cadangan pewujudan Seksyen Pemetaan
Utiliti (SPU) disampaikan oleh Encik Ahmad Fauzi
bin Nordin, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan
JUPEM. Antara kandungan taklimat yang beliau
sampaikan adalah meliputi tujuan, latarbelakang,
tindakan-tindakan yang diambil, isu-isu berbangkit,
cadangan mewujudkan SPU, justifikasi permohonan,
implikasi kewangan, kesimpulan dan syor dalam
mewujudkan pemetaan utiliti.
Selepas selesai taklimat tersebut rombongan
daripada JPA bersama-sama pegawai-pegawai
pengurusan tertinggi JUPEM turut mengadakan
lawatan di lapangan bagi tujuan demontrasi
peralatan yang akan digunakan dalam kerja-kerja
pemetaan utiliti.
Peranan JUPEM dalam pemetaan utiliti yang
dicadangkan ini adalah bertujuan untuk menyimpan
dan menyelaras maklumat-maklumat utiliti
khususnya utiliti bawah tanah dari semua agensi utiliti
secara bersepadu di dalam satu pangkalan data,
seterusnya mengurangkan kerugian yang
diakibatkan oleh kerosakan utiliti.
JUPEM tidak dapat melaksanakan mandat Jemaah
Menteri tersebut memandangkan sumber manusia
sedia ada sekadar mencukupi untuk menjalankan
kerja-kerja pemetaan topografi, tematik serta ukuran
hak milik. Untuk tujuan melaksanakan pemetaan
utiliti, sememangnya JUPEM memerlukan tambahan
kakitangan, peralatan yang khusus dan pelbagai
kemudahan lain yang berkaitan. Dengan ini, satu
seksyen khusus perlu diwujudkan bagi
mengendalikan urusan pemetaan utiliti.
13
Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan BersamaPenandaan dan Pengukuran Antarabangsa Malaysia-Indonesia
ke-29 (JMI-29)
Hubungan Malaysia - Indonesia, dua negara
serumpun telah lama terjalin dari segi
ekonomi, pertahanan dan politik dengan
semangat warga ASEAN. JUPEM juga memainkan
peranan dalam hubungan dua hala antara Malaysia
dengan Indonesia dalam penentuan kedaulatan
negara masing-masing melalui kerjasama
penandaan dan pengukuran sempadan
antarabangsa antara kedua-dua negara yang
berjiran.
Tradisi kerjasama dalam kerja-kerja penandaan dan
pengukuran sempadan antara kedua-dua negara ini
diteruskan sehingga kini di mana pada 3 hingga 5
Februari 2005 bertempat di Johor Bahru, Johor
berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penandaan
Bersama dan Pengukuran Antarabangsa antara
Malaysia (Sabah - Sarawak) - Indonesia (Kalimantan
Timur & Kalimantan Barat) kali ke 29 atau dikenali
sebagai Mesyuarat JMI-29 bagi membincangkan
kemajuan bersama kerja-kerja penandaan dan
pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia -
Indonesia dan menandatangani memorandum
persefahaman antara kedua-dua negara.
Delegasi Malaysia seramai 23 orang diketuai oleh
Y.Bhg. Datuk Dr. Isahak bin Yeop Mohamad Shar,
Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar, beliau mempengerusi Mesyuarat JMI-
29 pada kali ini. Turut hadir Y.Bhg. Dato’ Hamid bin
Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Manakala delegasi Indonesia seramai 16 orang
diketuai oleh Y.Bhg. Dr. Ardi Partadinata, Director
General for Public Administrator, Department of
Home Affairs.
Mesyuarat JMI adalah mesyuarat berjadual di mana
mesyuarat ini dilakukan setahun sekali dengan
persetujuan di antara kedua-dua belah pihak. Pada
mesyuarat JMI-29 perbincangan berkaitan dengan
The Terms of Reference for the Joint Working Group
on the outstading boundary on the Joint Demarcation
and Survey of the international boundary between
Malaysia (Sabah) and Indonesia (Kalimantan Timur),
The Proposal for a Common Border Datum
Reference Frame (CBDRF), the terms of reference
for the joint border mapping along the international
boundary between Malaysia and Indonesia dan
program pengukuran bagi tahun 2005.
14
Mesyuarat Pengarah Projek Bersama Ke 25Persempadanan Malaysia - Thailand
M esyuarat Pengarah Projek Bersama
Pengukuran Sempadan Antarabangsa
Malaysia - Thailand diadakan dari masa
ke semasa untuk menilai kemajuan kerja-kerja
pengukuran dan juga perbincangan bersama
berhubung dengan masalah semasa.Perbincangan
Pengarah Projek Bersama yang ke-25 (CPD 25)
pada kali ini telah berlangsung di Bandaraya Melaka
pada 31 Mei hingga 2 Jun 2005.
Delegasi Malaysia seramai lapan orang yang
diketuai oleh Encik Sohaime bin Rasidi, Pengarah
Ukur Topografi, Semenanjung Malaysia dan delegasi
Thailand terdiri daripada tujuh orang yang diketuai
oleh Kol. Thawatchai Khayhansamruad. Mesyuarat
ini telah dipengerusikan oleh Encik Sohaime bin
Rasidi.
Mesyuarat antara kedua-dua belah pihak Malaysia
- Thailand membincangkan berkenaan pertimbangan
dan kelulusan bagi siasatan dan ukuran terperinci
bersama bagi pelan-pelan di Seksyen E (BP20A -
BP23) Kawasan Keutamaan III (BP 16 - BP 27),
dalam kerja-kerja pengukuran dan penandaan
bersama persempadanan Malaysia - Thailand.
Perbincangan berhubung dengan senarai koordinat
bagi Boundary Reference Pillars dan Auxiliary
Reference Marks, Thalweg dan Alternate Boundary
Position di Kawasan Keutamaan VIIIC bagi
Demarkasi dan Ukuran Bersama Sempadan
Antarabangsa Tetap dan Kekal di antara Malaysia -
Thailand sepanjang Sungai Golok (Kolok River) dan
senarai koordinat bagi Boundary Reference Pillars
dan Auxiliary Reference Marks, Thalweg dan
Alternate Boundary Position di Kg. Bukit Bunga,
Malaysia dan Ban Bu Ke Ta, Thailand di Kawasan
Keutamaan VIIIA bagi Demarkasi dan Ukuran
Bersama Sempadan Antarabangsa Tetap dan Kekal
di antara Malaysia - Thailand sepanjang Sungai
Golok.
Perbincangan seterusnya berhubung Daftar Batu
Sempadan bagi Seksyen E (BP 20A - BP 23)
Kawasan Keutamaan III (BP 16 - BP 27) dan senarai
koordinat Batu Sempadan bagi Seksyen E (BP 20A
- BP 23) Kawasan Keutamaan III (BP 16 - BP 27).
Pada akhir mesyuarat ini upacara ringkas
menandatangani ‘Pas Sempadan’ disempurnakan
oleh kedua-dua belah pihak bagi memudahkan
urusan kakitangan-kakitangan JUPEM dan pihak
Thailand melakukan kerja-kerja pengukuran dan
penandaan bersama bagi persempadanan Malaysia
- Thailand.
15
Seminar F2F - Now or Never
JUPEM optimis dengan perkembangan teknologi
semasa dalam bidang IT bagi menjalankan
kerja-kerja ukur dan pemetaan di seluruh
negara. Selaras dengan itu usaha berterusan
penggunaan komputer di pejabat dan lapangan,
dipertingkatkan bagi menambahkan produktiviti dan
kualiti dalam penghasilan output.
Penganjuran seminar Field to Finish (F2F) oleh
JUPEM adalah kesinambungan kepada usaha
berterusan JUPEM meningkatkan sokongan
penggunaan sistem komputer dalam kerja-kerja ukur
di lapangan dan pejabat secara digital sepenuhnya.
Bagi penganjuran seminar ini kumpulan sasaran
adalah kakitangan awam dan para profesional yang
terlibat secara langsung dalam kerja-kerja ukur
kadaster dan amalan kerja ukur bagi pembangunan
negara. Mereka disaran agar menukar cara kerja di
lapangan dan pejabat dengan menggunakan aplikasi
komputer secara keseluruhannya sehingga produk
dihasilkan. Kini terdapat lebih 300 Juruukur Tanah
Berlesen di seluruh negara.
Sejajar dengan itu, pada 28 Mac 2005, bertempat
Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab, Kuala
Lumpur berlangsungnya Seminar Field to Finish
(F2F). Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan
Ukur dan Pemetaan Malaysia dengan Lembaga
Juruukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT). Tema
yang dipilih bagi pengajuran seminar ini ialah Now
or Never bertujuan untuk menggalakkan atau
memberi semangat kepada peserta-peserta seminar
agar memiliki kaedah kerja ukur yang menggunakan
aplikasi IT agar dapat menyelesaikan masalah kerja
dan menambah produktiviti yang lebih tinggi
berbanding kerja secara manual.
Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Isahak
bin Yeop Mohamad Shar, Ketua Setiausaha,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
Turut hadir Y.Bhg. Dato’ Hamid bin Ali, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dalam
ucapan aluan Y.Bhg. Dato’ Hamid bin Ali, beliau telah
menyentuh pelbagai isu penyelesaian cara kerja dari
kaedah manual ke era digital di JUPEM. Kesan dari
pelaburan mendapatkan teknologi baru terbukti
16
berhasil, melalui penggunaan sistem-sistem
pekakasan dan perisian yang terkini dalam kerja-
kerja ukur dan pemetaan bagi menjana
pembangunan negara.
Seminar sehari ini sungguh bermakna kepada
peserta-peserta yang hadir kerana dapat memberi
motivasi dan pendedahan serta kesedaran akan
kepentingan menggunakan komputer dan perisian
moden dalam mencari penyelesaian masalah kerja-
kerja ukur hak milik di lapangan dan pejabat dengan
jitu dan cepat. Empat kertas kerja telah dibentangkan
oleh pegawai-pegawai JUPEM, kertas kerja bertajuk
‘F2F-Overview’ oleh Tn. Hj. Muhamed Kamil bin Mat
Daud, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster), ‘F2F -
Ukuran di Lapangan’ oleh En. Padzillah bin Che Ros,
Pengarah Ukur dan Pemetaan Melaka, F2F-Sistem
Pemprosesan di Pejabat, oleh En. Looi Kam Seng,
Ketua Penolong Pengarah Ukur Seksyen
Penyelarasan dan Dasar Kadaster dan Masa Depan
Ukur Kadaster, oleh Dr. Teng Chee Hua, Pengarah
Ukur Seksyen Penyelarasan dan Dasar Kadaster.
Sesi soal jawab diadakan bagi memberi peluang
kepada peserta-peserta yang terdiri daripada
kakitangan JUPEM, agensi-agensi kerajaan yang
lain dan Juruukur Tanah Berlesen di Malaysia untuk
memberi idea dan menjawab persoalan-persoalan
penyelesaian, penukaran cara kerja lama kepada
yang baru antara peserta dan ahli panel seminar F2F.
17
PelancaranMyRTKnet & MyGEOID
M y RTKNet atau ‘Real Time Kinematic
Network diwujudkan di JUPEM untuk
menyediakan pusat pemprosesan bagi
menerbit dan menghantar data pembetulan kepada
pengguna bergerak yang mempunyai ketepatan
sentimeter bagi dense network secara kinematik
masa hakiki (real time kinematic) dan ketepatan
decimeter bagi sparse network. Dengan itu,
pengguna hanya perlu menggunakan satu set alat
GPS sementara stesen rujukan (reference station)
dan pembetulan adalah dari stesen yang dibekalkan
oleh JUPEM iaitu dari RTKNet.
Penerbitan Peta Geoid Malaysia/MyGEOID adalah,
bertujuan untuk memudahkan pengguna GPS
mendapatkan nilai ketinggian orthometrik. Peta
berkenaan telah dihasilkan dalam tahun 2004 di
bawah projek airborne gravimetry and geoid
determination.
Hasil daripada kejayaan ini, JUPEM telah
mengadakan Majlis Pelancaran dan Seminar
MyRTKNet dan MyGEOID di Hotel Renaissance,
Kuala Lumpur, majlis telah disempurnakan oleh
Y.Bhg. Dato’ Dr. Isahak bin Yeop Mohamad Shar,
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar (NRE) pada 12 Mei 2005 bersamaan
3 Rabiulakhir 1426H. Dalam ucapan perasmian
beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
JUPEM kerana berjaya menubuhkan infrastruktur
jaringan GPS kinematik masa hakiki, MyRTKNet
serta menghasilkan peta ketinggian geoid bagi
Malaysia, MyGEOID. Sumbangan ini menurut beliau
merupakan gambaran tentang komitmen tinggi
warga JUPEM dalam memastikan sumbangan yang
dinamik dan berterusan JUPEM khasnya dan
kementerian NRE amnya untuk memajukan bidang
ukur dan pemetaan negara sejajar dengan Wawasan
2020.
Turut hadir, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Hamid bin Ali, dalam ucapan
aluan, beliau memanjatkan rasa syukur kepada Allah
S.W.T. yang mencipta alam semesta kerana dengan
limpah kurniaNya jua, majlis ini dapat
disempurnakan. Beliau berkeyakinan dengan
pelancaran MyRTKNet dan MyGEOID ini, mampu
merealisasikan penentuan setiap posisi di
permukaan bumi dalam 3-dimensi melalui satu
cerapan secara masa hakiki. Melalui kemudahan ini,
produktiviti kerja ukur dan pemetaan JUPEM
khasnya akan meningkat, sementara pengguna
sama ada dari sektor awam mahupun swasta juga
18
akan mendapat manfaat langsung hasil gabungan
produk dan infrastruktur baru ini.
Sempena dengan majlis pelancaran ini seminar
berkaitan juga diadakan pada sebelah pagi, di mana
enam kertas kerja telah dibentangkan oleh
penceramah-penceramah jemputan daripada
negara Denmark, Jerman, Amerika Syarikat, JUPEM
dan Universiti Teknologi Malaysia. Sesi pertama
seminar dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dr. Abdul Kadir
bin Taib, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia, manakala sesi kedua
dipengerusikan oleh Y.Bhg. Encik Ahmad Fauzi bin
Nordin, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan).
Sesi Perbincangan Panel dipengerusikan oleh
Y.Bhg. Dato’ Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan Malaysia. Penyertaan peserta-
peserta dalam seminar ini akan meningkatkan lagi
pengetahuan hasil dari pembentangan kertas-kertas
kerja oleh pakar-pakar dari dalam dan luar negara
dalam disiplin ini.
Pelancaran MyRTKnet ini akan membawa kepada
satu era baru dalam teknologi bidang ukur yang amat
berguna untuk aktiviti navigasi di darat, laut dan
udara, ukur hidrografi, kerja-kerja ‘monitoring’ dan
lain-lain lagi.
19
Penglibatan JUPEMSeminar Tsunami Anjuran Bersama ISM dan UTM
S eminar Serantau Geodinamik, kesedaran
mengenai tsunami akibat gempa bumi
(Geodynamic ‘Mega-Thrust Earthquake In-
duced Tsunami Awareness’) anjuran bersama
Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dan SEAMERGES
dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia (JUPEM), Lembaga Juruukur Tanah
Semenanjung Malaysia (LJT) dan ASEAN-EU
Universiti Network Programme (AUNP) secara
langsung, telah diadakan pada 16 Februari 2005
bertempat di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur,
Malaysia.
Y.Bhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Mohd. Zulkifli bin Tan Sri
Mohd. Ghazali, Naib Canselor UTM telah diberi
penghormatan untuk menyampaikan ucap utama
pada seminar tersebut. Antara tetamu kehormat yang
turut hadir dan memberi ucapan aluan ialah Encik
Theirry Rommel, Ketua Delegasi Pesuruhjaya
Eropah di Malaysia dan Dr. Abdul Kadir bin Taib,
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Ma-
laysia.
Seminar sehari ini berjaya menarik ramai peserta
dan cendekiawan dari pelbagai agensi untuk
membentangkan kertas kerja mereka. Dalam sesi
pembentangan kertas kerja, pegawai JUPEM turut
serta membentangkan kertas kerja kepada peserta
berkaitan kepakaran jabatan ini dalam aktiviti-aktiviti
geodesi di JUPEM.
Seminar ini dianjurkan untuk memberi kesedaran
tentang kesan tsunami akibat gempa bumi di rantau
Asia Tenggara; menggalakkan kerjasama serantau
dalam pemantauan aktiviti geodinamik di Asia
Tenggara dan untuk mengemukakan status
pergerakan kerak bumi serantau sebelum, semasa
dan selepas kejadian gempa bumi terbaru di
Sumatera.
Melalui seminar ini diharapkan dapat mengukuhkan
kerjasama serantau dalam pemantauan fenomena
geodinamik di Asia Tenggara dengan sokongan
pihak kerajaan dan dibiayai oleh negara-negara yang
terlibat. Dengan itu perlaksanaan projek
‘pemantauan geodinamik Asia Tenggara’ akan
menjadi kenyataan dengan hubungan baik
antarabangsa.
Kajian pergerakan bumi di negara kita telah
dilakukan. Secara rasmi, ukuran pemetaan dunia
untuk melihat sama ada berlaku pergerakan atau
tidak akibat gempa bumi, dilakukan dengan teknik
geodetik atau satelit sistem penentududukan sejagat
(GPS) yang memilih satu pusat utama untuk melihat
pergerakan itu.
Akibat kejadian gempa bumi di rantau ini berlaku
pergerakan kira-kira 18 sentimeter atau 4 inci di
semenanjung Malaysia. Dengan adanya kerjasama
serantau, sebarang pergerakan kerak bumi dapat
difahami lebih menyeluruh.
Tetamu kehormat dan penceramah serta para
peserta berpeluang melihat ruang pameran JUPEM
yang menyediakan poster-poster dan peralatan
aktiviti-aktiviti geodesi yang digunakan oleh
kakitangan JUPEM semasa menjalankan tugas
mereka dalam kerja pengumpulan data bacaan air
pasang surut di Malaysia dengan menggunakan
tolok air pasang surut yang terdapat di seluruh
negara serta aktiviti-aktiviti ukur dan pemetaan yang
lain.
20
Taklimat Keselamatan Perlindungan
D okumen, maklumat, bahan, peralatan,
barang berharga, wang tunai dan sistem
pengoperasian merupakan sebahagian
daripada aset jabatan/agensi kerajaan. Aset yang
paling berharga kepada kerajaan adalah maklumat
yang dilindungi. Apabila nilai kepada maklumat yang
dilindungi meningkat, ancaman terhadapnya pasti
meningkat.
Pengurusan Tertinggi JUPEM dengan kerjasama
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
Malaysia, Jabatan Perdana Menteri telah
mengadakan sesi taklimat kepada pegawai-pegawai
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia berkaitan
dengan rahsia rasmi kerajaan dan Akta Rahsia
Rasmi 1972 pada 7 Februari 2005 bertempat di
Dewan Ukur JUPEM, Kuala Lumpur.
Taklimat ini bertujuan memantapkan lagi kesedaran
pegawai-pegawai JUPEM berkaitan melindungi
keselamatan dokumen-dokumen rasmi kerajaan,
memastikan individu-individu yang tidak dibenarkan
mempunyai akses kepada dokumen-dokumen rasmi
atau rahsia kerajaan di jabatan; dengan mencegah
dan menghalang individu-individu yang mempunyai
akses daripada mengkomprominya dan pegawai-
pegawai kerajaan dapat membantu jika diperlukan
siasatan dalam kegiatan espionaj, kebocoran dan
pelanggaran keselamatan. Pihak yang inginkan
dokumen kerajaan terdiri daripada pengintip,
pembangkang, kakitangan awam yang tidak amanah
dan orang awam yang mempunyai kepentingan.
Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai JUPEM
perlu memahami peringkat/pengelasan dokumen
dan maklumat rahsia rasmi kerajaan iaitu rahsia
besar, rahsia, sulit dan terhad agar tindakan
perlindungan aset kerajaan dapat dilaksanakan
dengan berkesan mengikut akta yang telah
diterangkan oleh penceramah dalam taklimat itu.
Pegawai-pegawai JUPEM yang hadir juga
berpeluang mendapat penerangan yang jelas
dengan contoh-contoh terkini seperti kes-kes yang
telah diambil oleh mahkamah terhadap personaliti
yang disabitkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972,
sebagai pengajaran atau sempadan supaya tidak
terjebak dengan salahlaku di bawah akta tersebut.
Bagi pihak pengurusan dan agensi kerajaan yang
lain berharap program seumpama ini dapat memberi
kesedaran kepada kakitangan awam agar mereka
tidak cuai dalam menjalani tugas seharian agar
segala aset kerajaan terpelihara daripada terlepas
kepada mereka yang tidak layak menerima atau
mendapat maklumat yang boleh menjejaskan
institusi awam di negara kita.
Antara langkah yang perlu diambil adalah perlu
kawalan keselamatan segala dokumen rahsia rasmi
dan dokumen rasmi daripada pendedahan tanpa
kebenaran, manakala dalam pemasangan komputer,
dokumen termasuk pita magnet dan lain-lain bentuk
di mana maklumat boleh diproses, disimpan dan di
hantar juga perlukan kawalan keselamatan.
Kesimpulannya pengurusan rahsia rasmi dan
prosedur pengelasan semula perlu dilaksanakan
dengan lebih sistematik serta berkesan bagi
keselamatan perlindungan meliputi arahan
keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan
keselamatan peribadi yang diterjemahkan di dalam
Arahan Keselamatan aset kerajaan ini dapat
dipelihara dengan selamat.
21
Pertukaran Pegawai Kanan JUPEMTn. Hj. Norzam dan Brig. Jeneral Hj. Jamel
Sempena dengan pertukaran mereka, pihak
pengurusan JUPEM telah mengadakan Majlis
Makan Malam bagi meraikan kedua-dua pegawai
kanan ini sebagai penghargaan dan terima kasih,
sepanjang perkhidmatan mereka di JUPEM. Ucapan
tahniah atas perlantikan mereka ke jawatan yang
lebih tinggi. Majlis telah diadakan di Hotel The
Legend, Kuala Lumpur pada 16 Februari 2005.
Mengimbas kembali sumbangan Tuan Hj. Norzam
bin Mohd. Nor sepanjang berkhidmat di JUPEM
bermula 1 Jun 2002 hingga 9 Februari 2005, beliau
terlibat dalam kerja-kerja pentadbiran seperti sumber
manusia yang sesuai dengan jawatan beliau, bidang
berkaitan dengan pegawai tadbir dan diplomatik
(PTD). Brig. Jeneral Hj. Jamel bin Hj. Ahmad pula
seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia(ATM)
bertukar dari Cawangan Pemetaan Pertahanan, ke
Bahagian Inspektorat Tentera Darat (BITD) sebagai
Inspektor Jeneral, Kementerian Pertahanan
Malaysia. Semasa bertugas di JUPEM beliau
berperanan sebagai penyelaras kepada kerja-kerja
pemetaan yang berkaitan dengan pertahanan dan
keselamatan negara.
B UDI YANG BAIK DIKENANG JUA”.
Ungkapan mengiringi pemergian atas sebab
pertukaran tempat bertugas buat Tuan Hj.
Norzam bin Mohd. Nor, Pengarah Seksyen
Perkhidmatan dan Pentadbiran JUPEM dan Brig.
Jeneral Hj. Jamel bin Hj. Ahmad, Pengarah
Cawangan Pemetaan Pertahanan.
22
“
Lawatan Delegasi Indonesia ke JUPEMBadan Pertanahan Nasional, Surabaya, Indonesia
milik tanah. Kunjungan delegasi Indonesia itu telah
diadakan pada 18 Mei 2005 di Bangunan CAMS,
Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur. Delegasi Indo-
nesia diketuai oleh Y.Bhg. Ir. Suparoji M. Uno selaku
Kepala Kantor Wilayah Badan Pertanahan Nasional
Propinsi Jawa Timur, Surabaya, Indonesia. Turut
hadir dalam sesi taklimat selain daripada pegawai
kanan JUPEM ialah Dato’ Ismail bin Dollah Harun,
Ketua Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah
dan Galian (JKPTG). Beliau menyampaikan taklimat
mengenai peranan jabatan JKPTG dalam
pentadbiran tanah dan galian di negara ini.
Selepas tamat sesi taklimat yang
merangkumi aktiviti pemetaan, ukur
kadaster dan undang-undang tanah dan
galian serta Kanun Tanah Negara, para
delegasi diberi peluang dalam sesi soal
jawab bersama pegawai-pegawai
JUPEM dan JKPTG. Soalan-soalan
yang sering ditanya oleh delegasi Indo-
nesia ialah berkenaan Sistem Torrens
dan masalah-masalah penyelesaian hak
milik antara kerajaan dan pemilik tanah
serta permohonan dan pengambilan
tanah dari individu atau sesebuah
organisasi yang diamalkan di Malaysia.
Sesi lawatan kerja delegasi Indonesia
ini tertumpu di JUPEM Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya .
Delegasi tersebut didedahkan
mengenai sistem-sistem yang terdapat
di sini seperti ‘e-Commerce’, Sistem
Pengurusan Data Kadaster (SPDK) dan
konsep ‘Field to Finish’ (F2F) yang
digunakan dalam kerja-kerja ukur
kadaster dan penyediaan peta kadaster.
Lawatan kerja ini amat bermakna bagi
delegasi Indonesia untuk menjadikan
Malaysia sebagai role model kepada
negara mereka. Mereka akan cuba
mencadangkan apa yang terbaik untuk
dilaksanakan di Indonesia melalui
saluran-saluran yang dibenarkan
supaya matlamat untuk memajukan
sistem ukur di sana dapat direalisasikan.
J UPEM adalah sebuah agensi kerajaan di
Malaysia yang tidak asing lagi di kalangan
negara-negara Asean malah di dunia sebagai
salah satu jabatan yang terbaik dalam menghasilkan
produk ukur dan pemetaan melalui penggunaan
teknologi ICT.
Pencapaian seperti ini telah menarik perhatian
kerajaan Indonesia untuk menghantar 40 orang
pegawai daripada Badan Pertanahan Nasional,
Surabaya, Indonesia bagi meninjau lebih dekat lagi
aktiviti-aktiviti ukur dan pemetaan yang diamalkan
di Malaysia, terutamanya dalam pengeluaran hak
23
Lawatan Kerja Pegawai UUM
Seramai 40 orang pegawai Jabatan Penerbitan
dan Teknologi Media, Universiti Utara
Malaysia (UUM) telah mengadakan lawatan
kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia (JUPEM), Kuala Lumpur pada 27 April
2005.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih
dekat mengenai aktiviti percetakan di JUPEM selain
daripada pengeluaran produk pemetaan. Taklimat
diadakan di bilik mesyuarat Seksyen Kartografi,
JUPEM, berkaitan dengan teknologi penerbitan peta
tematik di JUPEM. Selain daripada pengeluaran
peta-peta tematik JUPEM mengeluarkan produk
standard peta-peta topografi, ortofoto, terrain model
tiga dimensi bagi bentuk muka bumi kawasan
bencana dan pada masa akan datang JUPEM
berkemungkinan besar akan mengeluarkan peta-
peta utiliti kerana keperluan negara yang terdesak
bagi mewujudkan maklumat-maklumat ini bagi
mengatasi pelbagai masalah dan mempercepatkan
kerja-kerja di lapangan projek pembinaan jalan atau
penanaman saluran paip gas, air, kabel elektrik,
telefon dan lain-lain di sepanjang jalan raya atau
kawasan perumahan.
Mereka juga dibawa melawat Unit DTP, Seksyen
Percetakan JUPEM. Pegawai UUM diberi
pendedahan mengenai kerja-kerja penerbitan yang
meliputi reka bentuk dan suntingan teks serta
gambar untuk dimuatkan dalam Berita Ukur, Buletin
GIS, Buku Laporan Tahunan JUPEM, buku
cenderahati, majalah, risalah aktiviti-aktiviti JUPEM,
watikah perlantikan pegawai tentera dan penerbitan
yang lain mengikut keperluaran jabatan dan
permintaan agensi-agensi di bawah Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Manakala
percetakan peta-peta topografi berskala 1:50 000,
1:25 000 dan 1:5 000 adalah antara pengeluaran
produk utama di JUPEM.
Pegawai-pegawai UUM ini telah mendapat
pengalaman yang luas mengenai suasana dan
pendedahan aktiviti-aktivti penerbitan yang
dilaksanakan di JUPEM, yang menggunakan
peralatan berteknologi terkini serta penerimaan
bahan-bahan maklumat secara online dengan
seksyen-seksyen di JUPEM.
24
Jemaah Kebajikan IslamMelawat Kampus Darul Quran
Jemaah Kebajikan Islam Jabatan Kerajaan Jalan
Semarak Kuala Lumpur mengadakan lawatan
secara rasmi ke institut pendidikan tinggi tertua
di Malaysia, Kampus Darul Quran, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang terletak di
Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 14 Jun 2005.
Seramai 38 warga JUPEM dan tiga warga
Kementerian Sumber Asli dan Sekitar (NRE) hadir
dalam program ini. Kampus Darul Quran terletak di
atas tapak keluasan sekitar 87 hektar.
Lawatan ini juga dapat mengeratkan hubungan
jabatan dengan Darul Quran di samping memberi
pendedahan kepada warga JUPEM mengenali lebih
dekat lagi kampus ini dan peluang yang dapat
dimanfaatkan untuk anak-anak mereka atau kenalan
rapat apabila mereka pulang nanti. Ketibaan
rombongan JUPEM di sambut oleh Ustaz Zamri,
pensyarah kampus Darul Quran. Sesi taklimat di
sampaikan oleh beliau dan tayangan video
berkenaan pusat pengajian Darul Quran, diadakan
di perpustakaan. Taklimat beliau antaranya
menyentuh berkenaan objektif dan peluang serta
kelayakan untuk mengikuti pengajian di Darul Quran.
Semasa sesi taklimat beliau juga berkongsi
pengalaman dengan warga JUPEM yang hadir, di
mana beliau pernah berkerjasama dengan JUPEM
bagi menentukan arah kiblat ketika menjalankan
projek pembinaan Masjid Sungai Pinang di Klang,
Selangor dan kerja-kerja penentuan anak bulan
Syawal pada suatu ketika dahulu. Dalam
menegakkan keadilan pula beliau pernah
mendapatkan khidmat JUPEM bagi menentukan
sempadan tanah milik beliau di kampong, hasil
daripada pengukuran pihak JUPEM beliau dapati
sebelum itu beliau secara tidak sengaja
menggunakan sebahagian tanah jiran beliau
mengikut tafsiran persempadanan beliau sendiri.
Bagi beliau sumbangan JUPEM amat besar kepada
masyarakat melalui perkhidmatan dalam bidang ukur
dan pemetaan di negara kita.
Darul Quran menawarkan program Diploma Tahfiz
al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam dan universiti dalam dan luar negara,
khususnya di Timur Tengah. Graduan daripada Darul
Quran berpeluang mengikuti program Ijazah
Pertama di pusat-pusat pengajian tinggi antaranya,
Maahad Qiraat,Universiti al-Azhar, Universiti Malaya,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Kolej Universiti Islam
Malaysia. Prospek pemegang Diploma Tahfiz al-
Quran layak memasuki perkhidmatan kerajaan dan
swasta sebagai Pentadbir Hal Ehwal Islam
pendidikan, pendakwah dan imam yang mempunyai
tahap profesionalisma yang tinggi lagi berwibawa.
Pengambilan penuntut-penuntut di kampus baru ini,
sejak tahun 1997 sehingga kini berjumlah 150 orang
setahun. Pada tahun hadapan pihak pengurusan
Darul Quran merancang untuk menambah jumlah
pengambilan menjadi 250 orang setahun. Suasana
persekitaran kampus amat menarik dengan
kemudahan kompleks sukan merupakan antara yang
terbaik disediakan kerajaan.
Lawatan seumpama ini banyak memberi manfaat
kepada ahli Jemaah khasnya dan warga JUPEM
pada amnya, secara tidak langsung dapat
menambah hafalan serta menaikkan semangat
dalam hafalan al-Quran di dalam amalan seharian.
25
Pengenalan Kepada Sistem Kadaster Berkoordinat
1. Pendahuluan
S istem kadaster di Malaysia telah berusia lebih
daripada 120 tahun dan telah melalui banyak
perubahan. Perubahan yang keberlangsungan
telah berlaku secara berperingkat mengikuti
perubahan teknologi dari masa ke masa. Pada masa
sekarang, perubahan dalam sistem kadaster atau
reformasi kadaster yang sedang berlangsung di
seluruh dunia adalah kerana perubahan yang pesat
dalam masyarakat terhadap penggunaan hartanah.
Di Malaysia permintaan atau tekanan kepada tanah
adalah akibat dari pembangunan yang pesat dalam
penggunaan tanah. Oleh yang demikian, sistem
ukuran kadaster di Malaysia perlu melalui perubahan
supaya bersesuaian dengan teknologi kini.
Pada masa kini sistem ukur kadaster di Malaysia
adalah berdasarkan kepada pengukuran dimensi
setiap bidang tanah dan diselaraskan lokasinya
dengan lot yang bersebelahan. Justeru itu, konsep
sistem ini amat mementingkan garisan sempadan
(bearing dan jarak) setiap lot kadaster ditentukan
melalui proses pengukuran yang dipiawaikan.
Selaras dengan era perkembangan teknologi ukur
terkini seperti GPS dan total station, teknologi
maklumat (IT) seperti GIS, maka telah sampai
masanya sistem kadaster negara masa kini dibuat
pembaharuan bagi menyokong dan memanfaatkan
sepenuhnya perkembangan tersebut. Pengurusan
kadaster yang berkesan dan efisien dalam era
moden ini menuntut sesuatu sistem digital yang
mesra pengguna dengan penggunaan perkakasan
berteknologi tinggi. Menyedari kelebihan yang ada
pada teknologi GIS dan GPS ini, maka negara seperti
Australia, New Zealand dan Singapura telah
mengorak langkah menukarkan sistem dimensi
(penggunaan bearing dan jarak) kepada sistem ukur
kadaster berdasarkan koordinat.
JUPEM sebagai jabatan kerajaan yang tertua dan
peneraju utama bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti
ukur tanah dan pemetaan, serta pengurusan
maklumat berkaitannya sedang mengalami suatu
reformasi kadaster. Semuanya ini dibuat semata-
mata untuk meningkatkan kemampuan (JUPEM)
memberi perkhidmatan ukur tanah yang efisien,
berkualiti dan dapat menyebarkan maklumat
geografikal yang sesuai keseluruhan Semenanjung
Oleh:
Tuan Haji Muhamed Kamil Bin Mat Daud
Dr. Teng Chee Hua
Bahagian Kadaster
Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia
Malaysia. Seterusnya dengan kemunculan sistem
kadaster berkoordinat adalah tepat pada masanya.
2. Tafsiran Sistem Kadaster Berkoordinat
Secara umumnya sistem kadaster berkoordinat atau
Coordinated Cadastral System (CCS) boleh
ditafsirkan berdasarkan beberapa peringkat kejituan
pangkalan data yang diwujudkan [Williamson and
Hunter, 1996]. Namun untuk meringkaskan tafsiran
kertas kerja ini telah mengemukakan tiga tafsiran
tanpa menjejaskan hasrat utama CCS. Tafsiran
pertama adalah peta kadaster yang ditawan dengan
pendigitan peta-peta sedia ada ke dalam pangkalan
data. Koordinat yang ditunjukkan untuk setiap
penjuru lot adalah dianggarkan mempunyai kejituan
+100 sehingga +2 meter daripada koordinat sebenar.
Kejituan koordinat berubah dalam julat yang besar
dan bergantung kepada keperluan pengguna.
Namun, kriteria yang penting di sini adalah peta
kadaster berdigit ini menunjukan lot-lot tersebut
dalam perhubungan topologi yang betul dan sentiasa
kemaskini. Tasfiran ini adalah hanya sesuai untuk
tujuan penilaian dan perancangan. Ianya adalah
tidak sesuai untuk ukuran kadaster yang mana ianya
memerlukan kejituan relatif yang tinggi.
Tafsiran kedua adalah pewujudan satu pangkalan
data berdigit atau DCDB yang berdasarkan kepada
koordinat yang diperolehi melalui ukuran di lapangan
dan mempunyai ketepatan koordinat mutlak yang
tinggi. Namun, pelaksanaannya perlu disokong
dengan taburan kawalan yang padat supaya
pelarasaan DCDB akan menghasilkan koordinat
yang seragam atau homogeneous. Pangakalan data
yang seragam ini dapat digunakan untuk tujuan
penentuan sempadan dan pengukuran semula.
Ianya adalah sesuai untuk semua applikasi yang
memerlukan kejituan mutlak yang tinggi. Tafsiran ini
merupakan kefahaman yang mengambil kira
pelbagai aspek keperluan dan ianya paling sesuai
diterima oleh masyarakat juruukur mengenai tafsiran
sistem kadaster berkoordinat. Selanjutnya koordinat
dalam DCDB boleh diberikan taraf sah di sisi
perundangan bagi tanda sempadan tersebut ketika
proses penentuan sempadan. Konsep ini akan
memberi penekanan pada pengunaan koordinat
mutakhir terlaras dan nilai bearing dan jarak akan
dikira daripada koordinat tersebut.
26
Terdapat juga tafsiran yang memberi penekanan
kepada penyelarasan proses-proses yang berkaitan
dengan urusan hartanah. Urusan yang dimaksudkan
dalam kes ini adalah proses pindah milik tanah,
pecah bahagian dan lain-lain urusniaga yang perlu
diselaraskan. Ianya merupakan tafsiran yang sesuai
untuk penyelarasan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perancang,
Penilaian, Perhutanan dan sebagainya yang
mempunyai kepentingan dalam tanah dibawah
jagaan.
3. Keperluan CCS kepada Sistem Kadaster
Semenanjung Malaysia
Sistem kadaster negara masa kini lebih menekankan
mekanisme pengukuran dan perekodan maklumat
luas, lokasi dan garis sempadan sesuatu lot tanah.
Kini sistem tersebut tidak begitu sesuai dan agak
ketinggalan berbanding dengan kemampuan dan
aplikasi teknologi masa kini dan antara kelemahan-
kelemahan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
i. Rangkaian geodetik utama yang digunapakai
pada masa sekarang tidak mempunyai kejituan
dan keseragaman untuk mengizinkan
penggunaan teknologi GPS dan GIS pada tahap
sentimeter. Kejituan yang tinggi diperlukan untuk
menjamin ketepatan dalam ukuran kadaster,
pemetaan utiliti dan ukuran kejuruteraan
diperingkat nasional.
ii. Teknik pengukuran dan pengagihan ralat tidak
mengikut kaedah from whole to the part
sebenarnya tetapi yang berlaku adalah rambatan
ralat dibawa dari satu pengukuran lot ke
pengukuran lot lain. Manakala teknik pelarasan
Bowditch yang diamalkan tidak mampu
mengatasi masalah ini dan tidak berupaya
mengurus cerapan data berlebihan.
iii. Integrasi data-data kadaster di antara negeri-
negeri tidak dapat dibuat kerana wujud
perbezaan dalam rujukan origin sistem koordinat
Cassini. Senario sekarang adalah setiap negeri
mempunyai titik rujukan origin tersendiri. Namun
pengintegrasian boleh dapat dibuat melalui
unjuran semula kepada RSO ianya akan
menambahkan seliseh kerana proses
transformasi polinomial yang dilaksanakan.
iv. Sistem yang menggunakan kaedah bearing dan
jarak serta sistem unjuran Cassini, tidak mampu
menyokong sepenuhnya keperluan teknologi
GIS dan GPS yang berasaskan koordinat.
Sistem berkoodinat pula mesti seragam sebelum
teknologi terkini dapat digunakan dengan efisien.
v. Perbezaan sistem koordinat dalam ukur kadaster
(Cassini) dan pemetaan (RSO) telah
menimbulkan masalah ketidaksesuaian apabila
melibatkan pangkalan data digital kadaster dan
pemetaan.
Rajah 1:Model Pelaksanaan CCS Semenanjung Malaysia [Abd. Majid et.al,2002]
27
The Characteristic
(Entity)
The Aspect
(Attribute)
Complete
Cadastral
Maps
Layered
Appropriate
Data
Modeling
Unique
Parcel
Identifier
Legal
(Contributory)
Evidence of
Boundaries Unique
Survey
Accurate
Coordinates
Least Square
Adjusment
“Whole-to-part”
Survey Concept
GDM 2000Geocentric
Cassini/RSO
Projection
System
Based on
Highest
Geodetic
Order
Adequate
Density
Digital
Cadastral
Database
(DCDB)
Coordinates
Common
National
Coordinate
System
Cadastral
Survey
Practice
Cadastral
Control
InfrastructureCCS
JUPEM melalui program reformasi kadaster telah
membuat kajian potensi-potensi penggunaan CCS
kepada sistem ukuran kadaster untuk Semenanjung
Malaysia. Sistem ini dijangkakan boleh membantu
mewujudkan DCDB nasional dan memudahkan
perekodan, pengurusan, pengolahan, pemprosesan
dan pengemaskinian data-data kadaster nasional
secara seragam. Seterusnya sistem ini akan mampu
menyokong sepenuhnya penubuhan sistem
maklumat tanah dan meningkatkan keberkesanan
pengurusan tanah di Semenanjung Malaysia melalui
pewujudan satu sistem perihal persempadanan lot
yang konsisten [Azmi, 2004]
4. Model Asas Pelaksanaan CCS
Semenanjung Malaysia
Pelaksanaan konsep CCS untuk Semenanjung
Malaysia dicadang menggunakan model seperti di
rajah 1. Konsep ini adalah yang dicadangkan untuk
pelaksanaan dengan mewujudkan lima entiti utama
yang merupakan asas kepada semua aspek atau
atribut.
i. Pembangunan Sistem Koordinat Kebangsaan
Malayan Revised Triangulation (MRT) merupakan
rangkaian geodetik utama yang digunapakai di
Semenanjung Malaysia berasaskan elipsoid
Modified Everest dengan originnya di Kertau,
Pahang. Ianya telah direalisasikan melalui 70 stesen
trigonometri yang telah dihubungkaitkan melalui 340
cerapan sudut dan dua penentuan jarak geoidal.
Rangkaian geodetik utama ini yang digunapakai
selama ini sebenarnya mempunyai seliseh
kedudukan sebanyak 3.40 meter dan juga tidak
mempunyai skala yang seragam kerana kelemahan
dalam cerapan garisan dasar pada MRT
[Shahabuddin, 1980]. Walaupun, seliseh ini tidak
ketara bagi ukuran yang dilaksanakan di kawasan
yang kecil seperti dalam ukuran kadaster dan untuk
tujuan pemetaan berskala kecil, ianya tidak serasi
dengan kejituan yang diperlukan bagi penggunaan
teknologi GPS dan GIS pada tahap sentimeter.
Tambahan pula kebanyakan stesen trigonometri ini
telah rosak dan tidak dijaga dengan baik.
JUPEM telah menerokai penggunaan GPS untuk
membangunkan rangkaian geodetik berasaskan
datum geosentrik mulai 1992. Jaringan Geodetik
Primer Semenanjung Malaysia atau Peninsular
Malaysia Primary Geodetic Network (PMPGN)
direalisasikan melalui 238 stesen GPS yang telah
diselaraskan dengan stesen Malaysian Active GPS
Station (MASS). Manakala stesen MASS pula telah
dikaitkan kepada International Terrestrial Reference
Frame (ITRF) dan koordinatnya telah ditetapkan
secara mutlak pada ITRF2000 epok 00.0 dengan
kejituan 1 hingga 3 sm yang dinamakan GDM2000.
GDM2000 adalah datum yang dianggap sebagai
tetap pada satu epok dan ianya diterima kerana
Malaysia dianggap berada pada plat tektonik yang
stabil. Pelaksanaan datum geosentrik akan
mengizinkan proses pengkoordinasikan semula
pangkalan data secara seragam pada tahap
sentimeter. Oleh kerana keperluan untuk
mengekalkan kejituan yang tinggi maka formulasi
unjuran telah dibentukkan supaya hasil cerapan
kawalan GPS dapat diunjurkan terus kepada Cassini
atau RSO dan sebaliknya tanpa penurunan tahap
kejituan.
Pelaksanaan entiti utama dalam kajian perintis
koloboratif JUPEM/UTM/LJT telah dipenuhi dengan
adanya rangkaian MASS dan PMPGN yang
merupakan realisasi datum geosentrik untuk
Malaysia. Rangkaian yang sama juga telah
ditubuhkan di Sabah dan Sarawak. Unjuran
geosentrik Cassini dan RSO telah dikekalkan supaya
pindaan prosedur sedia ada samada di padang atau
di pejabat dapat diminimakan. Namun, formulasi
telah dibentuk supaya proses penukaran antara
unjuran Cassini dan RSO dapat dilaksanakan
dengan mudah. Oleh kerana unjuran-unjuran ini
hanya merupakan salah satu kaedah visualisasi dan
DCDB nasional pada era CCS akan mempunyai
koordinat geodetik yang bersesuaian untuk
visualisasi menggunakan komputer.
ii. Pewujudan Infrastruktur Kawalan Kadaster
Pewujudan infrastrutuk kawalan kadaster diperlukan
di dua peringkat pelaksanaan CCS iaitu semasa
proses penyelarasan semula pangkalan data dan
semasa pengukuran baru dijalankan pada era CCS.
Dua aspek yang perlu diberi perhatian semasa
menyediakan kawalan kadaster adalah untuk
memastikan bahawa ianya diikatkan ke kawalan
yang paling tinggi tahap kejituannya dan mempunyai
kepadatan yang mencukupi.Aspek penyediaan
kawalan berperingkat merupakan konsep asas
dalam semua pengukuran. Rangkaian utama yang
telah diwujudkan untuk merealisasikan GDM2000
telah diselaraskan pada dua peringkat iaitu dari
stesen IGS ke MASS dan dari MASS ke PMPGN.
Pewujudan kawalan yang berperingkat akan
meningkatkan perambatan ralat maka adalah
penting proses pewujudan kawalan dilaksanakan
dengan ikatan ke rangkaian yang paling tinggi
tahapnya.
Kepadatan kawalan yang diperlukan perlu dikaji
dengan teliti supaya objetif mengawal ralat supaya
28
ianya didalam julat 3 sm, mengikut tafsiran CCS yang
telah diterangkan di atas. Hasil daripada kajian yang
telah dibuat dalam projek kearah pelaksanaan CCS
untuk Malaysia didapati grid kawalan yang dapat
memenuhi kejituan dalam tafsiran CCS adalah 2.5
X 2.5 km untuk luar bandar dan 500 X 500 meter
untuk kawasan bandar [Abd. Majid et.al, 2002].
Namun ianya didapati lebih sesuai jika cerapan
ikatan menggunakan GPS dibuat melalui grid 10 X
10 km sebelum diikat kepada kawalan GPS yang
akan disambung kepada batu sempadan yang
terdekat yang berada dalam keadaan baik.
Monumen untuk stesen kawalan kadaster (TKK)
hendaklah pada lokasi sesuai dan stabil dan
mengizinkan cerapan GPS dibuat dengan baik.
Pada prinsipnya semua batu sempadan lot dalam
DCDB akan diberikan koordinat geosentrik Cassini
dan RSO. Koordinat untuk batu sempadan diperolehi
dari hasil pelarasan DCDB dengan memasukkan
nilai-nilai bering dan jarak dalam persamaan cerapan
dan koordinat monumem GPS ditetapkan. Sebelum
proses pelarasan, pengukuran bagi garisan
sambungan antara batu sempadan dan monumem
perlu dibuat. Monumen kawalan ini perlu di
selenggara dari masa ke masa dan sebarang
monumen yang rosak atau hilang perlu diganti serta
diikuti dengan cerapan semula untuk mendapatkan
koordinat yang baru. Namun, keperluan ini akan
dikaji semula memandangkan bahawa rangkaian
RTK kebangsaan akan dapat membekalkan kawalan
yang lebih seragam untuk kawasan yang luas.
iii. Pangkalan
Pewujudan pangkalan data nasional merupakan
asas utama CCS berfungsi. Perkembangan
komputer telah mengizinkan pangkalan data negeri
dan negara disimpan dengan sistematik serta tanpa
batas. Namun, adalah penting pewujudan pangkalan
ini memberi perhatian kepada kesempurnaan peta
asas yang meliputi keseluruhan negara serta
berkejituan tinggi. Pewujudan pangkalan data ini
tentu akan mengambil masa yang agak panjang dan
perlu dikemaskini dari masa ke masa. Proses
pewujudan adalah melalui key-in maklumat bearing
dan jarak ke dalam DCDB. Sebarang unjuran dan
pelarasan perlu buat untuk menghasilkan koordinat
dalam sistem baru iaitu GDM2000. Seterusnya
setiap batu sempadan perlu mempunyai informasi
mengenai koordinat serta kejituannya melaui koding
yang sesuai.
Sehubungan dengan perkara di atas, adalah jelas
bahawa hak milik sementara (QT) perlu juga
dimasukkan dalam DCDB sebagai lapisan
berasingan supaya pangkalan data yang diwujudkan
boleh dianggap sebagai lengkap.
Dalam DCDB, setiap lot perlu diberi nombor yang
unik secara nasional. Berkaitan dengan perkara ini,
didapati sistem hirakikal yang telah wujud dalam
JUPEM adalah sesuai untuk penggunaan. DCDB ini
akan mengandungi lapisan-lapisan FT dan QT dan
setiap lot dikenali dengan nombor yang unik untuk
keseluruhan Semenanjung Malaysia. Maka adalah
penting data model yang dicadangkan perlu
mengambil kira keperluan data-data spatial negara
melaui infrastruktur data spatial negara.Selepas
pewujudan DCDB, langkah-langkah perlu diambil
untuk memberi pangkalan ini taraf sah dari sisi
perundangan. DCDB sedemikian boleh dianggap
sebagai CP bersambungan yang besar dan akan
diikuti dengan perhentian penggunaan PC serta
penerimaan DCDB sebagai sah di sisi undang-
undang. Namun, keutamaan perlu diberi kepada isu-
isu kejituan, relibiliti, serta kemaskinian DCDB.
iv. Koordinat
Konsep CCS yang dicadangkan untuk Malaysia akan
memberi koordinat yang ditawan dalam DCDB taraf
sah di sisi perundangan. Koordinat akan digunapakai
untuk penentuan sempadan dan nilai mutlak selepas
pelarasan akan menjadi penyumbang utama bukti
kedudukan sebidang tanah. Punca utama yang
selalu menimbulkan kebimbangan di kalangan
pengukur adalah pemberian koordinat taraf sah di
sisi perundangan. Pelaksanaan CCS tidak dapat
menggelakkan dari mencari penyelesaian kepada
isu-isu teknikal, namun isu-isu perundangn tidak
boleh diabaikan kerana sebahagian besar
penyelesaian teknikal akan melibatkan
perundangan.
Walaupun demikian, perundangan dan arahan rasmi
ini bukan merupakan penghalang utama dalam
pelaksanaan CCS kerana ianya adalah dinamik dan
dijangka berubah mengikut permintaan semasa.
Pendirian ini adalah paling sesuai memandangkan
bahawa perubahan dasar akan diikuti dengan
perubahan dalam perundangan. Maka adalah
penting pelaksanaan CCS untuk Malaysia memberi
penekanan kepada keperluan untuk
memperkenalkan CCS dan mencari penyelesaian
kepada isu-isu teknikal sebelum meninjau
kemungkinan pindaan perundangan untuk
menyokong objektif CCS.
Pada asasnya, CCS akan menjadikan koordinat
sebagai bukti sah dari sisi undang-undang dan
nilainya merupakan satu pasang nilai koordinat
29
muktamat yang unik selepas pelarasan. Selain
daripada keunikan koordinat ianya juga disokong
dengan maklumat mengenai kejituan koordinat
tersebut. Oleh kerana koordinat dan kejituan
bergantung kepada perubahan dalam datum dan
unjuran yang dicadangkan maka adalah penting
unsur koordinat ini diterangkan berdasarkan
perubahan yang berlaku pada koordinat yang lama.
Perubahan atau anjakan ini adalah di dalam julat
200m ke arah timur laut jika perbandingan dibuat
antara koordinat MRT dan GDM2000. Namun,
perubahan dan koodinat kerana unjuran adalah
hampir sama dengan yang disebabkan oleh
perubahan datum. Selain daripada memberi
koordinat taraf sah dari sisi undang-undang, terdapat
juga sama ada batu sempadan perlu ditanam untuk
menunjukkan kedudukan sempadan kepada tuan
punya tanah. Daripada kajian yang dilaksanakan di
Kanada didapati bahawa 86% menjawab bahawa
ia perlu ditanam. Oleh itu pelaksanaan CCS di
Malaysia akan mengambil pendekatan bahawa batu
perlu ditanam walaupun koordinat diberi kedudukan
sah dari segi perundangan.
v. Amalan Ukuran Kadaster
Amalan ukuran kadaster pada era CCS perlu
mengutamakan pengukuran di padang supaya
sebidang tanah ditentukan dengan tetap atas tanah
dan ditandakan dengan batu sempadan. Peraturan
sedia ada memerlukan ukuran kadaster diikat ke
stesen trigonometri tetapi pada era CCS ianya perlu
diikat ke kawalan kadaster yang telah ditubuhkan di
atas. Peraturan ukur yang sedia ada akan dipinda
untuk memberi keutamaan kepada kawalan kadaster
yang baru kerana mempunyai kejituan yang tinggi.
Oleh kerana koordinat diberi keutamaan maka
dijangkakan bahawa teknik dan prosedur yang baru
akan dibangunkan bagi mempercepatkan sistem
penyampaian. Adalah dijangkakan GPS akan
digunakan dengan meluas serta dibantu dengan alat
total station. Prosedur ukuran kadaster sedia ada
adalah agak rigid dan pembangunan sistem boleh
menyekat cara pengukuran dan seterusnya
melambatkan pengukuran di padang. Kaedah era
CCS akan mengizinkan cara cerapan dilaksanakan
dengan fleksibel sebagai contoh adalah kaedah
radiasi. Memadangkan kos pengukuran di padang
adalah paling mahal maka adalah penting fleksibiliti
diberi kepada pengukur untuk mempercepatkan
proses tawanan data. Antara perubahan yang ketara
adalah proses pelarasan yang menggunakan
kaedah kuasa dua terkecil (LSA). Kaedah pelarasan
LSA digunakan untuk penentuan semula koordinat
dalam DCDB dan juga semasa pengukuran kadaster
untuk penentuan sempadan. Secara umum, kajian
oleh pakar menunjukkan pelarasan LSA adalah lebih
jitu dibandingkan dengan cara Bowditch yang
digunapakai sekarang, dan ianya hanya akan
mempunyai kejituan yang sama bila kejituan unsur
cerapan dianggap sebagai sama. Dengan
perkembangan teknologi komputer maka kaedah
pelarasan LSA telah memberi fleksibiliti dan
kehebatan yang lebih ketara.
5. Faedah daripada CCS
Melalui kajian perintis koloboratif JUPEM/UTM/LJT,
jangkaan faedah-faedah yang dikenal pasti dari
pelaksanaan CCS kepada sistem ukuran kadaster.
i. Peningkatan ketepatan jaringan kadaster dan
meminimumkan perambatan ralat ukur melalui
teknik pelarasan kuasa dua terkecil (KDT) yang
berlandaskan konsep pelarasan whole to part.
ii. Selaras dengan perkembangan sistem GIS dan
teknologi GPS berdasarkan konsep koordinat
sebagai unit asas.
iii. Menggunapakai hanya satu datum rujukan
homogen bagi aktiviti ukur kadaster, ukur
kejuruteraan dan pemetaan Semenanjung
Malaysia.
iv. Mampu menyokong mewujudkan DCDB
bersedia untuk GIS Semenanjung Malaysia
melalui kemampuan berintegrasi di antara
pangkalan data topografi (CAMS) dengan data-
data kadaster.
v. Membantu pembangunan data-data digital
kadaster dan memudahkan proses perekodan,
pengurusan, pengelolahan, pemprosesan,
pengemaskinian dan perajahan
pengkomputeran.
vi. Membantu meningkatkan keberkesanan
pengurusan GIS Semenanjung Malaysia dengan
sistem koordinat yang memperihal
persempadanan yang konsisten.
vii. Membantu menambah kecekapan teknik ukur
melalui aplikasi teknik-teknik ukur berteknologi
tinggi seperti total station dan GPS.
viii. Membantu meminimumkan pertindihan
persempadanan apabila sistem perihal tanda
sempadan yang mempunyai nilai pasangan
koordinat yang unik.
30
6. Kesimpulan
Pengenalan CCS kepada sistem kadaster negara
sememangnya tepat pada masanya kerana sistem
sedia ada kurang manfaatkan sepenuhnya untuk
menerima pakai teknologi ukur termaju seperti sistem
total station, GPS dan GIS. Bagi merealisasikan
pelaksanaan CCS yang mantap dan efisien, maka
perlu disediakan suatu model asas CCS yang sesuai
dengan persekitaran dan mengikut keperluan sistem
kadaster negara (Semenanjung Malaysia) dan ini
boleh dilaksanakan selepas penilaian ke atas projek
perintis yang menunjukkan ianya berfaedah untuk
31
mewujudkan pangkalan data ukur kadaster yang
berkejituan tinggi (koordinat terlaras) dan berbentuk
nasional (datum rujukan koordinat yang homogen).
REFERENCES
Shahabuddin, Ibrahim, (1980). “A Study of the Malayan Primary Triangulation”.
M.Sc.(Geodesy), U. of Oxford.
Azmi, Abu Bakar, (2004). “Konsep Sistem Kadaster Berkoordinat.” Berita Ukur, Bil 36
Malaysia. 29-34
Williamson, I.P. & Hunter, G.J., (1996). “The Establishment of a Coordinated Cadastre for
Victoria”. A Report for the Office of Surveyor General and the Office of Geographic Data
Coordination, Department of Treasury and Finance, The University of Melbourne, Australia.
Abd. Majid A. Kadir, Ghazali Desa, Shahrum Ses, & Kamaluddin Omar, (2002): “Studies
Toward the Development of Implementation Plan of Coordinated Cadastral System for
Malaysia”. Report submitted to the Licensed Land Surveyors Board of Peninsular Malaysia.
Kempen Derma Darah
K empen Derma Darah anjuran bersama
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah
dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan Pertubuhan
Juruukur Malaysia (ISM) dengan kerjasama Pusat
Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Ma-
laysia telah diadakan bertempat di Dewan Ukur, Ibu
Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur pada Sabtu, 9 April
2005. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh
kakitangan Tabung Darah Negara pada hari tersebut.
Seramai 12 petugas kakitangan PDN yang diketuai
oleh Dr. Ida Leswati bt. Nor Mohamad telah memberi
khidmat kepada penderma-penderma darah yang
hadir. Kempen derma darah yang diadakan di
JUPEM telah mendapat sambutan yang sangat
menggalakkan daripada para pegawai dan
kakitangan JUPEM dan di semua jabatan di bawah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
32
Hari Pekerja 2005Ceramah Khas Hari Pekerja
P ekerja Cemerlang Negara Terbilang” tajuk
ceramah khas tahun ini bagi menghargai jasa
dan pengorbanan warga JUPEM. Ceramah
ini diadakan sempena dengan sambutan hari pekerja
yang diadakan baru-baru ini dan juga merupakan
ceramah bulanan dalam kalendar sesi ceramah
JUPEM.
Tuan Sheikh Ismail Hashim daripada Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dijemput
bagi menyampaikan ceramah anjuran JUPEM
dengan kerjasama Jemaah Kebajikan Islam Jabatan
33
Kerajaan, Jalan
Semarak Kuala Lumpur,
bertempat di Dewan
Ukur JUPEM, Kuala
Lumpur. Majlis ini juga
diserikan lagi dengan
persembahan nasyid
dari Jemaah Kebajikan
Islam Jabatan Kerajaan
Jalan Semarak, Kuala
Lumpur.
Perhimpunan Hari Pekerja
34
Detik Sejarah JUPEM
Penubuhan JUPEM bermula pada tahun 1885 dengan Penubuhan Jabatan Ukur Negeri Johor dan kemudiannya diikuti dengan
Jabatan Ukur Trigonometri Negeri Perak. Pada tahun 1909 semua Jabatan Ukur yang terletak di bawah Persekutuan Tanah
Melayu disatukan. Pada tahun 1920, semua Jabatan Ukur di bawah Persekutuan Tanah Melayu dan pada tahun 1946, semua
Jabatan Ukur di Negeri-negeri Selat telah disatukan di bawah Persekutuan Tanah Melayu dan pada tahun 1946, semua Jabatan
Ukur di semenanjung telah disatukan di bawah pentadbiran Juruukur Negara.
Organisasi dan operasi Jabatan Ukur telah diperluaskan lagi dengan penubuhan JUPEM Topografi Sabah pada tahun 1983,
penubuhan JUPEM Topografi Sarawak pada tahun 1989, penubuhan JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan pada 1991 dan
yang terakhir sekali ialah penubuhan JUPEM Perlis pada tahun 1997. Selain itu, JUPEM juga telah menubuhkan 40 buah pejabat
ukur di peringkat wilayah dan daerah untuk menjalankan operasi denga lebih berkesan.
W arga JUPEM merupakan aset jabatan,
pihak pengurusan amat menghargai akan
sokongan dan kerjasama padu yang
diberikan oleh pihak kakitangan dan juga pihak
pengurusan JUPEM, persefahaman, kerjasama dan
hubungan baik yang terjalin antara pihak pengurusan
JUPEM dengan Kesatuan Pekerja melalui hubungan
tripartite telah menghasilkan hubungan
perkhidmatan yang harmoni yang amat
membanggakan.
Bagi mengenang jasa warga JUPEM
keseluruhannya JUPEM secara rasmi tersenarai,
menyertai Majlis Perhimpunan Hari Pekerja 2005
bersama Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad
Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 7 Mei 2005
bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Amanat Khas Hari Pekerja oleh Y.A.B Perdana
Menteri Malaysia, menyeru kepada setiap pekerja
di negara ini agar berpegang teguh kepada prinsip
kecemerlangan iaitu memiliki kemahiran, kebolehan,
kecenderungan untuk berdaya saing serta
keperibadian yang luhur. Ini adalah selaras dengan
tema Hari Pekerja tahun ini, iaitu “Pekerja Cemerlang
Negara Terbilang”.
Menurut Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, tema pada
tahun ini amat bersesuaian dengan hasrat kerajaan
untuk melahirkan tenaga kerja yang cemerlang dari
segi kebolehan, kemahiran dan sikap untuk
menghadapi dunia tanpa sempadan yang semakin
mencabar. Setiap kakitangan perlu mempunyai
pelbagai kemahiran atau multiple skills dan sedia
menjalankan pelbagai tugas atau multiple task untuk
berfungsi dalam persekitaran baru ini. Dengan
mempunyai pelbagai kemahiran, semua kakitangan
dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis tugas
yang diamanahkan serta melakukannya dengan
lebih cekap dan berkesan.
Kontinjen JUPEM terdiri daripada 50 orang
kakitangan JUPEM yang dipilih mewakili lebih 4000
warga JUPEM keseluruhannya, menyertai 383
kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Lafaz ikrar Hari Pekerja turut diadakan oleh semua
kontinjen bersama-sama Y.A.B Perdana Menteri
Malaysia, bagi meningkatkan lagi komitmen mereka
sebagai pekerja Malaysia.
Maulidur Rasul 1426H/2005M
Maulidur Rasul yang jatuh pada pada 12
Rabiulawal merupakan hari
keputeraan Nabi Muhammad S.A.W .
Baginda adalah pesuruh Allah dan nabi terakhir yang
diutus oleh Allah S.W.T. Baginda adalah pembawa
rahmat untuk seluruh alam dan merupakan rasulullah
bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi
Muhammad S.A.W. merupakan satu rahmat kepada
manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja
berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai
pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai.
Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Mekah dan
kembali ke rahmatullah di Madinah. Majlis Sambutan
Maulidur Rasul diadakan adalah untuk mengingati
hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W dan mengajak umat Islam di negara ini
mengenang serta menghayati sumbangan rasullulah
dalam semua aspek kehidupan walaupun telah tiada
bersama umatnya hari ini, namun sunnah rasullulah
kekal hingga ke hari ini. Sempena sambutan
Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1426 Hijrah/
2005 Masihi yang disambut pada hari ini, umat Islam
diajak mengimbau kembali perjuangan rasulullah
membina tamadun Islam yang sangat dikagumi.
Majlis ini juga diperdengarkan dalam bacaan ayat-
ayat suci al-Quran beserta ucapan aluan oleh Y.B
Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin selaku Pengerusi
Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur
Rasul 1426H seterusnya Titah Ucapan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed
Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail serta
perasmian dan diikuti dengan persembahan khas
serta selawat beramai-ramai.
Sesungguhnya, rasulullah menjadi model terbaik
kepada generasi hari ini yang ingin mencapai
kejayan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Hal ini
kerana baginda sentiasa memikirkan hanya yang
terbaik untuk umatnya dan masyarakat umum.
Sambutan ini di akhiri dengan penyampaian
anugerah Maulidur Rasul 1426H kepada mereka
yang telah menyumbangkan bakti bagi
mengharumkan negara dan kesejahteraan
masyarakat dan sebelum bersurai para hadirin
menjamu selera dengan jamuan ringan.
Satu majlis ceramah yang bertajuk “Muhammad
S.A.W. Hadirmu Membawa Rahmat” disampaikan
oleh Tuan Asmawi bin Tuan Umar dari Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dianjurkan
oleh Jemaah Kebajikan Islam Jabatan Kerajaan,
Jalan Semarak Kuala Lumpur pada 28 April 2005
(khamis) bertempat di Dewan Ukur JUPEM, Kuala
Lumpur bermula jam 9:30 pagi hingga 10:30 pagi.
Sesi ceramah ini adalah salah satu program
kerohanian bulanan di JUPEM bagi menerapkan
nilai-nilai murni di kalangan warga JUPEM dan
masyarakat luar pada amnya. Bagi pihak
pengurusan JUPEM aktiviti-aktivti kebajikan
seumpama ini sering mendapat kerjasama dan
sokongan kerana kebajikan kakitangan adalah
sebahagian daripada tanggungjawab jabatan, oleh
kerana beban kerja yang meningkat di JUPEM,
aktiviti kebajikan dapat dijalankan melalui Jemaah
Kebajikan Islam Jabatan Kerajaan, Jalan Semarak,
Kuala Lumpur dengan sokongan jabatan ini.
“Muhammad S.A.W. Hadirmu Membawa Rahmat”
bertepatan sekali pada ceramah kali ini kerana ia
dapat memberi renungan seterusnya kepada hadirin
erti kemerdekaan kerana di dalam Islam tidak hanya
merujuk kepada keluarnya kuasa asing daripada
tanah air. Wujudnya suatu bangsa lain tidak
semestinya dianggap sebagai suatu penjajahan.
35
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul
1426H/2005M, satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Kebangsaan bertemakan “Islam Hadhari
Menjana Kemajuan Ummah” telah diadakan pada
21 April 2005 bersamaan 12 Rabiulawal 1426 Hijrah.
Perhimpunan dan perarakan telah diadakan bermula
di padang letak kereta Stadium Hoki, Bukit Jalil,
Kuala Lumpur dan berakhir di Stadium Putra yang
melibatkan 100 kontinjen terdiri dari agensi-agensi
kerajaan juga swasta serta pertubuhan-pertubuhan
sukarela dan sebagainya. Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang telah
menghantar pasukan seramai 41 orang terdiri
daripada kakitangan pelbagai peringkat.
Para hadirin diajak mengimbas kembali sejarah
kebangkitan Islam yang silam bagi menghayati
rahmat yang dibawa oleh Nabi S.A.W. melalui agama
Islam, sultan ketujuh kerajaan Othmaniyyah di Turki,
iaitu Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya telah
menawan Kota Costantinople pada tahun 1453 dan
menukar nama bandar itu kepada Istanbul. Kaum
Kristian yang ditindas di bawah pemerintahan gereja
Costantinople, menganggap kedatangan Sultan
Muhammad al-Fatih dan Islam itu sebagai
kemerdekaan. Mereka dibebaskan dari cukai yang
tinggi dan pemerintahan yang zalim. Kedatangan
Islam memberi jaminan kepada kebebasan
beragama dan kesejahteraan orang-orang bukan
36
Islam. Istanbul lebih makmur berbanding
Constantinople, iaitu bandar yang sama tetapi
kemudiannya dimerdekakan oleh Islam.
Semoga dengan adanya program-program kebajikan
dan motivasi untuk kakitangan JUPEM khasnya
seumpama ini dapat memberi peluang kepada warga
JUPEM meningkatkan semangat dalam menghadapi
cabaran hidup
d e n g a n
m a s y a r a k a t ,
k e l u a r g a
d i s a m p i n g
menjalani tugas
seharian di
jabatan. Majlis
ceramah bulanan
JUPEM anjuran
Jemaah kebajikan
Islam Jabatan
Kerajaan Jalan Semarak, Kuala Lumpur juga
diserikan dengan persembahan nasyid Kumpulan
Nasyid Marhaban al-Jemaah, JUPEM daripada
Jemaah Kebajikan Islam Jalan Semarak Kuala
Lumpur.
Aktiviti Pameran JUPEMFalak Syarie dan Cerapan Astronomi JUPEM 2005
B idang astronomi merupakan salah satu
cabang ilmu berkaitan dengan kajian tentang
kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta
tafsiran yang berkaitan dengan fenomena bintang
di segenap cakerawala yang berlaku sepanjang
tahun. Justeru itu ia dapat memupuk kesedaran akan
kepentingan ilmu falak (astronomi) di dalam
masyarakat, aktiviti-aktiviti astronomi seperti
pencerapan matahari dan bintang serta aktiviti lain
yang berkaitan telah diadakan bagi menarik orang
ramai untuk menyertainya.
Sejajar dengan itu, JUPEM telah menyertai pelbagai
aktiviti berkaitan dengan astronomi antaranya adalah
Konvensyen Astronomi Peringkat Kebangsaan 2005
pada 14-16 Januari bertempat di Dewan
Peperiksaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia
(USM) melalui Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan
Sains Atmosfera dengan kerjasama Muzium dan
Galeri Seni USM dan Jabatan Mufti, Negeri Pulau
Pinang.
JUPEM telah turut serta dalam konvensyen ini
dengan mengadakan ruang pameran, penyediaan
pasukan cerapan astronomi beserta peralatan dan
ceramah umum yang bertajuk “Ilmu Falak Syarie dan
Anda” yang disampaikan oleh Dr. Azhari bin
Mohamed, Seksyen Geodesi, JUPEM. Antara aktiviti
yang diadakan di konvensyen tersebut adalah
Cerapan Bintang Perdana yang turut disertai oleh
pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta
pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan
bidang ini yang bertujuan untuk mencatat nama di
dalam Malaysia Book of Records sebagai Star Party
yang pertama dan terbesar di Malaysia. Star Party
merupakan pesta bintang yang melibatkan
pengumpulan ahli-ahli astronomi amatur dan profes-
sional di satu tempat dan akan menjalankan aktiviti-
aktiviti ceramah, bengkel, pameran dan perjumpaan.
JUPEM juga telah menyertai Sambutan Hari Falak
Syarie/Astronomi peringkat Negeri Melaka pada 14
Mei 2005 bertempat di Balai Cerap al-Khawarizmi,
Tanjung Bidara yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti
Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Falak
Syarie Negeri Melaka. Y.B. Datuk Hj. Yaakub b. Md.
Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan
Pengajian Tinggi Negeri Melaka, menyempurnakan
perasmian majlis sambutan pada kali ini yang turut
dihadiri pegawai-pegawai dari JUPEM.
Dalam bidang falak syarie di negara kita, JUPEM
terlibat secara langsung bagi penyediaan dan
pengiraan data-data astronomi dengan Jabatan Mufti
dan Jabatan Agama di Malaysia. Sehubungan
dengan itu pegawai kanan JUPEM turut dijemput
bagi menjayakan majlis sambutan tersebut.
Ceramah falak/astronomi bertajuk “Aplikasi GPS
Dalam Falak” oleh Dr. Azhari b. Mohamed kepada
peserta-peserta program seminar Falak Syarie.
Semoga sambutan Falak Syarie ini dapat
menyokong dan menjana usaha-usaha ke arah
menggalakkan perkembangan ilmu falak di negeri
Melaka dan negara pada amnya.
Pameran JUPEM berkaitan astronomi diadakan bagi
memberi peluang kepada pengunjung-pengunjung
mencuba menggunakan alat teleskop mencerap
bintang, bulan dan matahari sepanjang majlis ini
berlangsung.
37
Juruukur JUPEM - Dr. AzhariAntara Calon Angkasawan Pertama Malaysia
Ruang angkasa yang cukup luas sebenarnya
mempunyai 1001 misteri. Oleh itu, tidak
hairanlah banyak negara berlumba-lumba
membuat penerokaan bagi merungkai misteri
tersebut. Pada 13 Oktober tahun lalu, Kementerian
Pertahanan telah membuka peluang kepada seluruh
rakyat negara ini untuk memohon menjadi calon
angkasawan Malaysia pertama yang dijadualkan
berada di orbit selama enam hari pada hujung tahun
2005. Menurut Menteri Pertahanan, Y.A.B Datuk Seri
Najib Tun Razak, Jawatankuasa Program
Angkasawan Malaysia yang dipengerusikannya
akan memilih dua orang calon terbaik untuk dihantar
menjalani kursus intensif selama satu setengah
tahun di International Space Station (ISS), Rusia.
Projek yang dijangka menelan belanja RM95 juta
itu adalah timbal balas dengan pembelian jet Sukhoi
SU-30 MKN dari Rusia berharga AS$900 juta
(RM3.42 bilion) yang dipersetujui kedua-dua negara
baru-baru ini.
Sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2004,
permohonan yang dibuat di laman web
www.angkasawan.gov.my. mencatatkan seramai
11,267 calon. Walau bagaimanapun, hanya 3,521
sahaja yang betul-betul layak kerana mengisi dan
memberi maklum balas dengan lengkap. Selepas
menjalani beberapa saringan, jumlah itu kelak akan
dikurangkan kepada 30 orang di mana calon terlibat
akan dikehendaki mengikuti ujian-ujian tertentu
seperti psikologi, tahap kecerdasan minda dan
kesihatan. Selepas itu, seramai 10 calon dihantar
menjalani ujian perubatan angkasa di Rusia sebelum
jumlah itu dikurangkan kepada empat calon sahaja.
Daripada empat calon itu, dua calon akan menjalani
latihan secara sepenuhnya di Pusat Latihan
Angkasawan Yuri Gagarin selama 18 bulan
manakala dua lagi akan kekal di sini sebagai
simpanan.
Angkasawan juga perlu menjalani latihan ikhtiar
untuk hidup seperti mencari air, di padang pasir dan
di hutan serta lulus ujian kecergasan, menyesuaikan
diri dengan keadaan di ISS yang mempunyai
kawasan terhad serta mempelajari astronomi dan
sains untuk menjalankan penyelidikan ketika di
angkasa.
Selain itu, mereka perlu melepasi ujian fizikal dan
mental yang ketat seperti ditetapkan dan dalam hal
ini mengikut standard Agensi Angkasa Russia. Ini
termasuk pemeriksaan perubatan, pemeriksaan
perubatan penerbangan, profil psikologi dan ujian
perubatan penerbangan Russia. Calon angkasawan
dianggap sempurna jika tidak mengalami
kekurangan disebabkan masalah genetik dan paling
penting mampu mengawal emosi mengikut keadaan.
Ujian-ujian saringan yang dilakukan adalah bagi
memastikan angkasawan negara yang dipilih nanti
akan benar-benar dapat melaksanakan misi di
Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak
402.34 kilometer dari permukaan bumi pada Oktober
2007 kelak. Hanya pada bulan April tahun depan
dapat diketahui dua orang rakyat Malaysia yang akan
dihantar ke Rusia bagi menjalani latihan sebagai
angkasawan.
Sesungguhnya JUPEM amat berbangga apabila
seorang pegawai kanannya, Dr. Azhari bin Mohamed
telah turut terpilih untuk menjalani ujian saringan bagi
pemilihan calon angkasawan pertama Malaysia.
SELAMAT MAJU JAYA.
38
JUPEM Sertai Karnival Pembangunan Bachok
B agi memeriahkan lagi program Karnival
Pembangunan Bachok, Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM) dijemput
mengadakan program pameran sempena dengan
sambutan karnival itu, pada 1 Mei 2005 bertempat
di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Perdana, Tangok, Bachok, Kelantan. Perasmian
karnival disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Dr. Awang
Adek bin Hj. Hussin, Timbalan Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah.
Ruang pameran JUPEM turut dikunjungi orang
kenamaan Y.B. Dr. Awang Adek serta Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, Y.B. Dato’ Dr.
Llian Hussin dan orang ramai. Beliau berminat
melihat perkembangan dalam kerja ukur kadaster
melalui poster-poster dan peralatan lama dan baru
yang dipamerkan dengan bantuan penerangan dari
pegawai-pegawai JUPEM yang bertugas.
Karnival ini bertujuan untuk memberi pendedahan
maklumat dan kesedaran kepada aspek
pembangunan di kawasan Bachok kepada
pengunjung-pengunjung dan masyarakat pada
keseluruhannya. Selain JUPEM pameran ini juga
turut disertai oleh pelbagai agensi lain seperti
MARDI, Unit Anti Dadah, JKR Bachok, Kementerian
Belia dan Sukan, Pos Malaysia, Jabatan Kesihatan
dan lain-lain.
39
Penglibatan JUPEM diSurveyors’ Congress 2005
Surveyors’ Congress 2005 (Kongres Juruukur
2005) adalah perhimpunan tahunan anjuran
Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM).
Manakala Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM) adalah antara ahli gabungan pertubuhan
ISM memainkan peranan bagi menjayakan acara
tahunan itu, mengikut perancangan Jawatankuasa
Pengelola yang dibentuk sebelum program dapat
dilaksanakan.
Pada tahun ini Y.Bhg. Dr. Abdul Kadir bin Taib,
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Penganjur Kongres Juruukur 2005
kali ke-7 anjuran ISM, yang diadakan pada 21 hingga
22 Jun 2005 bertempat di Sheraton Subang Hotel &
Towers, Subang Jaya, Selangor. Majlis perasmian
disempurnakan oleh Y.B. Datuk Robert Lau Hoi
Chew, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, di tempat yang sama pada 21 Jun 2005.
Tema Kongres Juruukur 2005 pada tahun ini ialah
“Innovative Surveying in a Changing World ”.
Di samping menghantar peserta-peserta dari JUPEM
menyertai program ini, pegawai kanan JUPEM turut
sama-sama menjayakan kongres ini dengan
pembentangan kertas kerja, antara kertas kerja yang
dibentangkan bertajuk “Coordinated Cadastral
System for Peninsular Malaysia” oleh Dr. Teng Chee
Hua dari Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur.
JUPEM juga turut serta bersama-sama 16 agensi
kerajaan dan swasta yang lain dalam program
pameran sempena berlangsungnya Kongres
Juruukur tahun 2005 ini.