Bincangkan Krisis Politik Di Selatan Thailand Dari Tahun 1900 Sehingga 1990

Embed Size (px)

DESCRIPTION

krisis politik selatan Thai

Citation preview

Bincangkan krisis politik di Selatan Thailand dari tahun 1900 sehingga 1990-an.1. PengenalanThailand atau lebih dikenali sebagai Negara gajah putih mengalamai krisis politik sejak abad ke-18 lagi.Thailand merupakan sebuah negara yang mempunyai perubahan politik yang menarik kerana berlakunya perubahan dari sistem monarki mutlak kepada sistem monarki berpelembagaan. Perubahan politik di Thailand ini dipelopori oleh ahli politik, ahli perniagaan dan golongan tentera dan juga kerana rakyat yang hilang kepercayaan terhadap kerajaan. Dalam politik moden Thailand, golongan tentera juga memainkan peranan penting dalam melakukan perubahan politik. Krisis politik di Selatan Thailand telah berlaku sejak sekian lama lagi iaitu di wilayah Yala, Narathiwat, Songkhla dan Pattani.Majoriti penduduk tempatan adalah daripada masyarakat Melayu Islam. Namun ia semakin memuncak dari hari ke hari. Kemuncak krisis politik di sekatan Thailand dapat diklasifikasikan mengikut pembahagian tahun.Selatan Thailand merupakan wilayah yang sering dikaitkan dengan krisis atau pergolakan yang paling banyak. Krisis politik di Selatan Thailand semakin bertambah teruk pada tahun 1960-an sehingga 1990-an. Beberapa faktor dan peristiwa yang dapat membuktikan berlakunya krisis politik sepanjang tahun 1960-an sehingga tahun 1990-an di Selatan Thailand.Krisis politik mula timbul di selatan Thailand menerusi pembantahan terhadap pembaharuan polisi dan politik di selatan Thailand pada tahun 1980-1996 yang menyebabkan kedudukan Thailand telah banyak berubah dengan menjurus kepada demokrasi.[footnoteRef:2]Walau bagaimanapun, respon daripada pelaksanaan polisi dan politik tersebut ialah timbulnya demonstrasi membantah polisi dan politik yang dilaksanakan kerajaan terhadap masyarakat di selatan Thailand.Salah satu punca ialah masyarakat Islam di selatan Thailand sedar bahawa masalah mereka dalam wilayah tidak dapat diatasi jika tidak dapat berkuasa di Parlimen kerana pegawai tinggi kerajaan dalam wilayah terdiri daripada orang Buddha dan mereka masih mengamalkan diskriminasi etnik.[footnoteRef:3] Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui demonstrasi penting yang terjadi pada kawasan empat wilayah yang sensitif di selatan Thailand. [2: Ahmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thailand dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Kuala Lumpur : Pustaka Darussalam Sdn. Bhd. Hlm. 255] [3: Chamil Wariya .(1989). Dasar Luar Era Mahathir. Malaysia: Fajar Bakti. Hlm. 43]

2. Krisis politik di selatan Thailand

2.1 Tahun 1900-19202.1.1 Dasar Satu ThailandPatani, Narathiwat, Yala dan Satun merupakan sebahagian daripada 17 wilayah atau Changwat yang terdapat di selatan Thailand. Populasi kepadatan penduduknya ialah 12 peratus daripada rakyat Thailand dengan jumlah penduduk seramai 1.3 juta yang terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama islam, manakala 360,000 orang adalah berbangsa Siam dan Cina yang beragama Buddha. Berdasarkan statistik ini, jelas dilihat bahawa bangsa Melayu-Islam merupakan penduduk majoriti di Selatan Thailand, namun hakikatnya, jumlah mereka yang ramai ini tidak mampu untuk menghalang mereka daripada terus ditindas dan diselubungi dengan konflik dan perbalahan dek kerana kekejaman kerajaan Thailand.Walaupun terkenal sebagai wilayah Islam yang melahirkan ramai ulamak melalui sistem pondoknya, wilayah di selatan Thailand telah dinodai kesuciannya oleh penguasa Thailand.Boleh dipertikaikan bahawa kebanyakan konflik yang tercetus di Selatan Thailand berpunca daripada perkauman dan agama. Menyingkap kembali lembaran sejarah, krisis umat Islam khususnya di Patani bermula pada tahun 1786 lagi apabila wilayah kesultanan Melayu Patani telah dikuasai oleh kerajaan Siam atau lebih dikenali sebagai Thailand.Sebelum menyentuh kepada dasar satu Thailand yang menimbulkan konflik, kita harus memahami sistem pentadbiran yang dijalankan di Thailand.Negara Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem kesatuan atau unitary dalam pemerintahannya.Selaras dengan sistem ini maka dasar yang dijalankan oleh kerajaan biasanya bercorak central atau berpusat.Oleh yang demikian, semua dasar dan keputusan kerajaan di buat di Bangkok diimplementasikan oleh sistem birokrasi yang juga dilantik oleh pusat. Proses inilah yang sering menimbulkan masalah kepada orang Melayu kerana rata-rata pegawainya datang dari luar kawasan selatan yang kurang memahami budaya dan cara hidup orang Melayu tempatan. Apa yang dapat dikatakan pegawai yang dilantik adalah orang Buddha dan tiada pun orang Islam yang dilantik untuk membuat dasar-dasar kerajaan. Oleh kerana tidak cuba memahami dan kesempitan fikiran serta pertentangan agama maka para pegawai kerajaan ini menyebabkan mereka sering melihat budaya dan cara hidup orang Melayu ini sebagai satu masalah dalam penyatuan bangsa Thailand yang harus dibuang dan dihapuskan.[footnoteRef:4] [4: Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed. (2008) Muslim Selatan Thai, konflik dan perjuangan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn.Bhd. hlm. 265.]

Dasar satu Thailand (one Thai) ialah menjadikan seluruh rakyat dalam negara Thailand dibentuk dengan identiti yang berteraskan kepada bahasa Thailand, agama Buddha serta cara hidup Thailand. Penggunaan bahasa dan budaya Melayu-Muslim cuba untuk dihapuskan oleh kerajaan Thailand. Penggunaan bahasa Thailand wajib digunakan di pejabat kerajaan, sekolah dan media. Media cetak serta televisyen harus menggunakan bahasa Thailand dan media elektronik khususnya radio tempatan yang terletak di selatan Thailand diperbolehkan menggunakan bahasa Melayu tidak lebih dari 20% keseluruhan programnya. Konflik yang paling menekan apabila larangan penggunaan nama berunsur Islam seperti Yusuf, Ahmad sebaliknya pengguna nama berasaskan siamisasi dan itu menjadi syarat sekiranya mahu memohon jawatan di pejabat-pejabat kerajaan. Suasana pemaksaan sebegini telah dirasai oleh umat Islam sejak penjajahan Siam ke atas Patani pada tahun 1902 lagi. Kerisauan dalam kalangan penduduk Melayu-Muslim di sini ialah identiti mereka akan luput.[footnoteRef:5] [5: Fadhlullah. (2009). Suara Anak Muda: Sejarah Perjuangan Umat Islam di Pattani (Vol. 2). Diperoleh pada September 30, 2010 daripada http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/06/perjuangan-umat-islam-selatan-thailand.html.]

Perasaan syak wasangka antara pegawai kerajaan dan orang Melayu-Muslim berpanjangan dan setiap kali berlaku pergolakan di selatan Thailand, kerajaan sering menghadapi masalah mendapat kerjasama dari kalangan masyarakat Melayu.Kesan daripada konflik ini sangat jelas pada keselamatan dan politik kerana perasaan kebencian penduduk selatan kepada kerajaan kian bertambah menyebabkan badan-badan kerajaan tidak efektif dan berjalan dengan sepenuhnya kerana para pegawai kerajaan tidak berani masuk ke kampung-kampung untuk bertemu penduduk mahu pun pergi ke pejabat-pejabat yang terletak di kampung-kampung khususnya di selatan Thailand menyebabkan pembangunan di selatan telah terbantut.[footnoteRef:6] [6: Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed (2008).Muslim Selatan Thai,konflik dan perjuangan. hlm. 266.]

2.1.2 Kebangkitan Orang Melayu Islam Patani (OMIP) Di Selatan ThailandOrang Melayu Islam Patani (OMIP) merupakan sebuah bangsa yang berdaulat dan mempunyai negeri sendiri yang dikenali sebagai Patani. Negeri ini diperintah oleh kerajaan Kesultanan Melayu Patani seperti yang terdapat di Tanah Melayu seperti kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Melayu Johor, dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, negeri Patani mengalami zaman keruntuhan apabila dijajah oleh kerajaan Siam pada tahun 1786 dan kemudiannya dipecah-pecahkan menjadi wilayah-wilayah kecil. Perkembangan tamadun Melayu Patani berkait rapat dengan sejarah perkembangan penduduk di Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini kerana dari sudut persempadanan geografi, Patani juga merupakan sebahagian Semenanjung Tanah Melayu yang berada di bahagian utara.[footnoteRef:7] Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan perjuangan OMIP ini bangkit menentang kerajaan Thailand contohnya mereka bermatlamat untuk memiliki pentadbiran sendiri dan kerajaan sendiri.Oleh itu, mereka dikenali sebagai Gerakan Pemisah di Thailand.[footnoteRef:8] [7: Syukri Ibrahim (2002).SejarahKerajaanMelayuPatani. Bangi: UniversitiKebangsaan Malaysia. hlm. 81.] [8: Farid Mat Zain etl.Minoriti Muslim Di Thailand.Bangi:Lminda. 2002. hlm. 10.]

Kebangkitan memuncak Orang Melayu Islam Patani (OMIP) menentang kerajaan Thai bermula pada tahun 1902 apabila kerajaan Siam memansuhkan jawatan Sultan Patani. Namun, sebelum itu Patani telah banyak melalui siri peperangan dengan kerajaan Siam. Nik Anuar Nik Mahmud dalam bukunya menyatakan Tahun masehi 1902 adalah tahun yang malang sekali di dalam sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Patani. Dengan kejatuhan itu, maka terhapus hak pertuanan orang-orang Melayu atas negeri Patani, tergadai semua hak kebebasan dan kemerdekaan mereka kepada Raja Siam. Segala hak ketuanan orang Melayu ke atas negeri Patani dihapuskan semua sekali.Manakala negeri Patani milik orang Melayu telah dipecahkan kepada tujuh wilayah. Pecahan kepada tujuh wilayah ini terkandung dalam Undang-undang Pentadbiran Tahun 116 yang mana negeri Fathoni dipecahkan kepada dua kawasan iaitu, kawasan pertama dikenali sebagai Bahagian Sungai Teluban yang terdiri daripada wilayah Saiburi, Legeh dan Kelaba. Manakala kawasan kedua dikenali sebagai Bahagian Patani yang terdiri daripada wilayah Patani, Nongchik, Reman dan Yala. Seterusnya wilayah ini dirangkum semula menjadi lima wilayah iaitu Patani, Yala, Narathiwat, Satun dan sebahagian daripada Senggora atau Songkhla. Hakikatnya, rakyat Patani mengetahui bahawa dasar yang dilaksanakan bertujuan untuk melemahkan politik orang Melayu di Patani. Akibatnya, timbul pergolakan menentang dasar tersebut sehingga menimbulkan hasrat untuk memerdekakan negeri Patani.[footnoteRef:9] [9: Che Mohd Aziz Bin Yaacob (2009).Konflik pemisah Di Selatan Thailand: Isu, faktor dan penyelesaian. Pulau Pinang: UniversitiSains Malaysia. hlm. 9-10.]

Pada 10 Mac 1909, telah termenterai perjanjian antara British dengan Siam atau dikenali sebagai Anglo Siamese-Treaty bagi pengesahan wilayah taklukan. Antara kandungannya, negeri-negeri Melayu Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, diserahkan kepada pentadbiran Inggeris, manakala wilayah Patani berada di bawah kekuasaan kerajaan Siam. Perjanjian ini telah menguatkan lagi cengkaman kerajaan Siam terhadap Patani. Oleh itu, kerajaan Siam mengubal dasar dalam segenap aspek untuk melemahkan OMIP agar tidak memberontak. Usaha kerajaan untuk melemahkan orang Melayu tidak berjaya apabila masih berlaku siri pemberontakan menentang kerajaan hingga ke hari ini. Kemerdekaan merupakan matlamat utama orang Melayu dalam perjuangan mereka kerana sejarah telah menunjukkan orang-orang Melayu mempunyai negeri berdaulat tetapi telah dijajah oleh kerajaan Siam. Tuntutan terhadap kemerdekaan berlaku sekiranya wujud elemen-elemen yang mencabar dan mengancam kedudukan bangsa Melayu. Persoalannya, isu kemerdekaan telah lama diperjuangkan oleh orang-orang Melayu Patani.Namun mereka masih lagi mengalami kekalahan dan kegagalan dalam menuntut hak ke atas tanah air sendiri. Ramai pejuang telah terkorban dan ramai juga nyawa dipihak kerajaan Thailand yang terkorban.Konflik Patani juga sebenarnya merupakan rentetan pertembungan dua budaya dan identiti manusia yang berbeza yang melibatkan Orang Melayu Islam Patani (OMIP) dan Orang Thai Buddha. Pertembungan yang masih belum berkesudahan ini bermula apabila OMIP bangkit secara kekerasan (setelah cara lembut tidak berjaya) untuk mempertahankan dan budaya mereka daripada polisi-polisi kerajaan Thailand yang dilihat cuba mengasimilasikan OMIP ke dalam identiti dan budaya Thai-Buddha. OMIP merasakan polisi asimilasi ini menafikan hak golongan minoriti dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mereka.Manakala di pihak kerajaan Thailand, polisi-polisi yang dilaksanakan dilihat sesuatu yang positif bagi negara Thailand kerana ia dapat membentuk penyatuan rakyat melalui kesamaan identiti dan seterusnya bekerjasama untuk membangunkan negara. Namun begitu, polisi ini dilihat menyentuh nilai-nilai OMIP seperti identiti dan budaya Melayu yang sememangnya tidak boleh dikompromi. OMIP pastinya tidak akan meninggalkan agama Islam yang dianuti semata-mata untuk kepentingan negara. Begitu juga dengan bahasa, bangsa dan budaya Melayu yang dimiliki pastinya tidak akan ditinggalkan sama sekali. Walaupun begitu, desakan daripada kerajaan Thailand menyebabkan OMIP bangkit menentang dalam pelbagai cara yang dirasakan sesuai sehinggalah kepada mengangkat senjata pada hari ini. Tindakan kekerasan ini akhirnya mengundang keburukan ke atas OMIP.[footnoteRef:10] [10: Che Mohd Aziz Yaacob (2012). Asimilasi Bangsa Melayu Di Patani: Keberkesanan dasar dan survival budaya minoriti. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. hlm. 97.]

2.1.3 Sistem pentadbiranMenyingkap sejarah Thailand, sebuah negara yang dikatakan tidak pernah dijajah namun tidak lari dari pergolakan dan krisis yang berpanjangan terutamanya aspek politik. Pergolakan politik yang berlaku di Selatan Thailand sangat menarik untuk dibincangkan. Selatan Thailand terdiri daripada 17 wilayah di antaranya adalah Patani, Narathiwat, Yala dan Satun dan majoriti masyarakat di Selatan Thailand terdiri daripada masyarakat Melayu- Islam. Konflik paling ketara dapat di lihat di wilayah Patani pada sekitar tahun 1900-1920an dalam semangat separatism dari pentadbiran Thailand.Sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan Thailand telah mengugat keistimewaan Raja- raja Melayu Selatan Thai bahkan juga menjejaskan adat resam serta agama Islam yang dianuti oleh masyarakat terbabit. Pelaksanaan dasar Thesaphiban oleh Raja Siam telah menghapuskan kuasa autonomi, kedaulatan raja raja Melayu-Islam dan keistimewaan wilayah Patani sehingga menyebabkan konflik dan pemberontakan golongan raja pada tahun 1902. Dasar pemerintahan Raja Siam pada ketika itu kurang memahami keadaan masyarakat Selatan Thailand yang dipengaruhi oleh adat Melayu dan menganuti agama Islam kerana pertentangan budaya masyarakat Thailand yang menganuti agama Buddha.Tengku Abdul Kadir telah menghantar surat kepada pihak berkuasa British di Singapura dan menghubungi Frank Swettenham pada Mei 1901 agar membetulkan keadaan dan konflik yang berlaku. Usaha tersebut mengalami jalan buntu kerana tiada sebarang tindakan yang diambil. Malahan, Peraturan Mentadbir 7 wilayah bagi tahun 120 yang dilaksanakan pada 16 Disember 1901 telah membahagikan kepada 3 kekuasaan iaitu kekuasaan Seremonial ( Phya Muang) dipegang oleh raja raja Patani, kekuasaan eksekutif (Palat Muang) di pegang oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh pegawai undang- undang, (Yokrabat).[footnoteRef:11] Peraturan ini mendapat penolakan dari raja-raja Patani khususnya Tengku Abdul Kadir. [11: Saifullah Mohd Sawi, Samsu Abadi Mamat(2009). Sejarah danTamadun Islam di Asia Tenggara. Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd. hlm 34]

Usaha Tengku Abdul Kadir menolak peraturan mentadbir 7 pada 21 Februari 1902 mengakibatkan baginda di penjarakan di Songkhla.Berdasarkan kenyataan Mohd. Zamberi A. Malek (1993:161), tindakan ganas para pegawai tinggi Siam yang dibantu oleh pasukan keselamatannya memberkas Raja-raja Melayu Pattani, Teluban, Leman dan Lengah kerana mereka sering membantah tindakan Siam telah menimbulkan kemarahan umat Islam Patani.. Konflik menjadi semakin rumit apabila kerajaan Siam memperkenalkan Akta Pelajaran 1921 yang memaksa anak-anak Melayu Patani menggunakan bahasa Siam sebagai bahasa pengantar di sekolah.2.1.4 Dasar pecah dan perintahWilayah-wilayah selatan Thailand yang merangkumi kawasan bekas Kesultanan Patani tidak asing kepada kemelut politik dan konflik bersenjata. Pada hakikatnya, krisis politik dan keselamatan yang melanda wilayah-wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat sejak kebelakangan ini mempunyai precedent sejarah, wahlal insiden terbaharu ini seakan-akan sorotan kembali sejarah 100 tahun yag lalu.[footnoteRef:12] Pergolakan di Selatan Thailand berlaku dari dahulu lagi di mana berlakunya pemberontakan dalam kalangan orang melayu untuk memerdekakan Patani.Konflik ini bermula apabila kerajaan Siam berjaya menakluki kerajaan kesultanan melayu Patani melalui siri peperangan.Bermula dari ini, kerajaan Siam menggunakan dasar "pecah dan perintah" yang bertujuan untuk melemahkan kuasa pemimpin-pemimpin melayu supaya tidak bangkit memberontak.Selain itu, negeri Patani telah dipecahkan kepada 7 wilayah dan setiap satunya dilantik raja-raja boneka melayu. Pada tahun 1902, kerajaan Siam telah melucutkan jawatan Tengku Abdul Kadir selaku raja patani dan pada masa yang sama menghapuskan jawatan tersebut, manakala segala urusan pemerintahan bergantung kepada Pesuruhjaya Siam. Dengan ini, berakhirlah sistem pemerintahan raja-raja melayu. [12: HanizahHjIdris (2006).Asia Tenggara kontemporari.Kuala Lumpur: Universiti Malaysia.hlm.53.]

Pemberontakan di Selatan Thailand telah diketuai oleh golongan agama. Pemberontakan ini adalah reaksi kepada dasar kerajaan Thailand yang cuba mencabuli kesucian agama islam yang diamalkan oleh orang melayu. Reaksi mereka ini bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama islam apabila kerajaan Thailand cuba menghapuskan hukum syariat yang digantikan dengan hukum sivil. Golongan ini masih lagi teguh hingga ke hari ini apabila disambung oleh generasi yang baru.Kebiasaanya, kejadian-kejadian seperti pengeboman dan tembak bermotosikal dikaitkan dengan militan Islam yang radikal.Selain itu, kerajaan mendakwa bahawa sekolah-sekolah pondok dalam wilayah Narathiwat, Patani dan Yala berfungsi menghasilkan pelapis-pelapis baru untuk meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan.Dengan ini, banyak sekolah pondok hari ini dikawal oleh pihak berkuasa Thailand.2.1.5 Golongan cerdik pandaiIa dipelopori oleh Tengku Abdul Kadir. Hal ini demikian kerana sikap pemencilan yang diamalkan terhadap masyarakat Melayu-Islam telah menyebabkan berlakunya krisis sekitar 1900-1920 di wilayah Patani. Sejak penghapusan pemerintahan raja Melayu pada 1902, masyarakat Melayu-Islam di Patani telah menghadapi tekanan. Menurut W.A.R Wood, orang-orang Melayu dikatakan menjadi mangsa pemerintahan misgoverend.[footnoteRef:13] Hal ini telah menyebabkan berlakunya kekacauan di wilayah Selatan Thailand antara 1910 hingga 1923. [13: Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm45.]

Tengku Abdul Kadir merupakan Raja Patani selepas kemangkatan Tengku Sulaiman Syarifuddin. Walaupun beliau secara rasminya dilantik dan disahkan sebagai Raja Patani, ia tidak menghalang Pesuruhjaya Siam daripada campurtangan dalam urusan pentadbiran Patani. Hal ini dilihat menimbulkan masalah dalam pentadbiran Patani dan menjejaskan kedaulatan beliau sebagai Raja Patani. Disebabkan gangguan Pesuruhjaya siam dalam pentadbiran Patani, Tengku Abdul Kadir terpaksa meminta bantuan daripada pihak berkuasa British di Singapura dengan menghantar rayuan. Pada Mei 1901, Raja Patani iaitu Tengku Abdul Kadir menemui jalan buntu untuk membetulkan kedaulatan Raja-raja melayu Siam menyebabkan beliau terpaksa meminta bantu Frank Swettenham iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura. Walaupun bersimpati terhadap nasib mereka, namun untuk menjaga hubungan baik dengan kerajaan Siam, Frank Swettenham tidak dapat membantu.Selain itu, Tengku Abdul Kadir juga merancang ingin mengadakan pemberontakan namun atas nasihat Swettenham dan R.W Duff, beliau membatalkan hasratnya. Pada Mac 1902, Tengku abdul Kadir dengan rasminya dilucutkan jawatan sebagai Raja Patani kerana ingkar dengan arahan kerajaan Siam setelah beliau enggan menurunkan tanda tangan pada peraturan pentadbiran Tujuh Wilayah. Hal ini telah menyebabkan jatuhnya atani di tangan Siam dan rakyatnya ditindas oleh Kerajaan Siam.Setelah Tengku Abdul Kadir dibebaskan dan kembali ke Selatan Thailand pada April 1904, beliau tidak lagi ingin melibatkan diri dalam urusan politik Selatan Thailand, malahan beliau dan keluarganya berpindah ke Kelantan.Walaupun beliau tidak lagi memerintah kerajaan patani namun beliau tetap berusaha mengilhamkan pemberontakkan bagi menjatuhkan kekuasaan Siam.Perjuangan demi perjuangan dilakukan oleh baginda hingga saat kematiannya pada tahun 1933.Dalam tahun 1921, kerajaan Siam telah meluluskan Akta Pelajaran yang mewajibkan kanak-kanak belajar di sekolah kebangsaan Siam dan menggunakan bahasa Siam sebagai bahasa pengantar.Hal ini sekaligus menukar pesat pengajian utama seperti pondok dan masjid mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Siam.Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan membimbangkan masyarakat Melayu-Islam. Namun pada 1923, pemberontakan besar berlaku di Kampung Belukar Semak di daerah Rakak berpunca daripada tindakan siam yang ingin mengintegrasikan masyarakat Melayu-Islam di Selatan Thailand yang dianggap minoriti ke dalam masyarakat siam melalui proses pendidikan.2.2 Tahun 1930-1950Tahun 1930-an sehingga 1950-an telah menyaksikan krisis politik yang dilalui di Selatan Thailand, di mana kuasa Raja mulai lemah dan diambil alih oleh pembesar yang saling bertelagah sesama mereka. Pada hakikatnya, krisis politik di Selatan Thailand telah lama bermula namun mulai ketara pada tahun 1932 apabila Luang Predist Manudharm atau Pridi Banomyong telah membentuk satu perlembagaan dan akhirnya berjaya menguasai Bangkok tanpa sebarang revolusi tumpah darah. Raja telah kehilangan kuasa pemerintahan kecuali kuasa mengampun dan keturunan raja tidak dibenarkan memegang jawatan menteri dan tentera.Parti Rakyat telah mengambil alih pentadbiran kerajaan dan melantik Dewan Senat dan Majlis Kerja bagi membantu urusan pentadbiran. Jelas sekali bahawa pemerintahan Pridi dan sekutunya yang majoritinya terdiri daripada golongan tentera telah menjalankan pemerintahan sebenar yang bersifat diktatorPada tahun 1933, Parti Rakyat dibubarkan dan dijadikan sebagai satu kelab sosial sahaja.Sepanjang pemerintahan, raja telah mengambil sikap berkecuali ketika berlaku perebutan kuasa antara kerajaan dan pembangkang yang terdiri daripada Pya Monopakorn dan Pridi.Namun akhirnya, kerajaan yang diketuai oleh Luang Pibun Songgram menawan semula Dom Muang manakala ketua-ketua pemberontak melarikan diri ke Saigon.Pibun Songgram telah menjadi terkenal apabila dia berjaya mengembalikan ketenteraman semasa pemberontakan tentera dengan Pridi.Keadaan ini semakin meruncing apabila politik Thai mengalami perubahan besar pada tahun 1932.Politik Thai berubah daripada monarki mutlak kepada monarki berperlembagaan.Perkembangan Politik Thai ini membawa kepada pilihan raya pada tahun 1933.Dalam pilihan raya pertama ini. Masyarakat Islam di Selatan kecuali Satun, tidak menyertai dengan serius. Mereka masih merasa asing dengan politik Thai.Tindakan masyarakat Islam ini menyebabkan calon- calon Buddha memenangi pilihanraya di wilayah-wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat.Pada masa yang sama sistem kerajaan monarki telah bertukar menjadi pemerintahan beraja berperlembagaaan. Keadaan ini memberi harapan kepada Melayu muslim di selatan Thai kerana wujudnya perlembagaan akan memberi ruang kepada mereka mendapat konsesi daripada kerajaan pusat bagi mengekalkan autonomi berhubung dengan agama, budaya dan bahasa mereka. Malangnya revolusi ini menjadikan orang Siam lebih bersemangat kebangsaan ,mereka telah menyusun dasar bagi pembentukan negara Siam sejati berasaskan kepada satu agama, bahasa,bangsa dan kebudayaan siam.Salah satu wilayah di selatan iaitu Satum, ia merupakan kawasan tunggal di Selatan yang dimenangi oleh calon muslim, Tui bin Abdullah (Phraya Samantarat Burin). Beliau adalah wakil tunggal rakyat muslim di parlimen. Walaupun begitu, Tui bin Abdullah memperjuangkan kedudukan dan kepentingan masyarakat Islam berdasarkan perlembagaan negara. Dengan kegigihan perjuangan beliau, undang-undang Islam yang pertama, Kodmai Islam Wado Krobkua Lae Morodok (Undang-undang Islam mengenai Keluarga dan Pusaka) diluluskan. Sehubungan dangan itu jawatan kadi yang dinamakan Dato Yuttham dibentuk.Ekoran daripada perjalanan pemerintahan ini, krisis politik di Selatan Thailand dilihat menjadi semakin mengancam para penduduk muslim akibat daripada sistem pemerintahan yang berat sebelah. Keadaan ini jelas dilihat menerusi pelaksanaan dasar yang dibuat oleh Phibun Songkhram setelah beliau diangkat menjadi Perdana Menteri dengan dorongan pengikutnya yang begitu kuat. Atas tiket kemenangan yang diberikan dalam pilihan raya beliau telah memperkenalkan sistem politik baru yang dipanggil Rattaniyom bertujuan untuk melatih rakyat supaya menghayati negara tanpa mengira bangsa. Program ini juga bertujuan untuk menjadikan kesiaman sebagai satu pegangan hidup baharu kepada orang-orang Siam dimana program ini merupakan satu fahaman kebangsaan Siam-Thai yang mula merebak pada 1939.[footnoteRef:14] Oleh itu, seluruh program dijadikan satu dekri. Beliau percaya bahawa kesedaran kebangsaan hanya akan dapat dicapai melalui rancangan sosio-budaya yang berasaskan konsep nasionalisme, kebudayaan Siam dan agama Buddha. [14: Ibrahim Syukri. (2002). Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 106.]

Melalui kesedaran kebangsaan ini, rakyat Siam tanpa mengira bangsa atau etnik akan bekerjasama menuju keunggulan negara yang maju sama ada dari segi politik, sosiobudaya dan ekonomi. Pada masa pelancaran program ini juga, istilah Siam ditukar menjadi Thailand (Negara Thai). Namun, bagi masyarakat Patani, program Rathaniyom merupakan satu malapetaka besar yang memaksa mereka bukan sahaja mengubah kebudayaan Melayu tetapi juga menjejaskan agama Islam sebagai agama yang dianuti sebahagian mereka yang berada di Selatan Thailand. Dalam sistem tersebut sebanyak 12 peraturan yang perlu diberi penekanan oleh setiap rakyat tetapi dalam kesemua peraturan itu hanya tiga peraturan sahaja yang disentuh untuk rakyat Thailand yang beragama islam terutamanya di empat wilayah utama iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun.Rentetan daripada sistem politik yang dilihat sebagai berat sebelah ini ditambah pula dengan peraturan yang sama sekali bertentangan dengan syariat islam ,kebanyakan rakyat islam di selatan Thailand tetap dengan pendirian mereka untuk terus berpegang dengan syariat islam. Ketegangan yang berlaku dapat dilihat melalui gesaan yang dibuat oleh gabenor wilayah Patani dengan mengarahkan para pegawai supaya lebih peka dan tidak lagi berkompromi dengan mana-mana individu yang masih mengikut tradisi lama dengan memakai kain sarung ketika datang ke pejabat urusan.[footnoteRef:15] Tindakan yang dilakukan ini dilihat semakin melampau kerana penduduk Islam Selatan Thailand sememangnya sudah biasa dengan cara tersebut kerana tiada perkara yang dilihat sebagai satu kesalahan. Kedaan ini membawa Orang Melayu Islam Patani (OMIP) ke lembah kesengsaraan. Pada tahun 1943, masyarakat Islam semakin menghadapi kesukaran apabila kerajaan Phibun Songkhram bertindak membatalkan Undang-undang Islam dalam hal berkaitan pusaka dan keluarga.[footnoteRef:16] pada masa sama rakyat Islam dipaksa untuk menerima undang-undang kerajaan yang sama sekali bercanggah dengan syariat Islam. [15: Ahmad Omar Chapakia.(2000). Politik Thai dan masyarakat Islam di Selatan Thailand. Alor Setar : Pustaka Darussalam Sdn Bhd. Hlm. 93.] [16: Fathy, A. (1994). Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar: Pustaka Darussalam. Hlm. 80.]

Program Rathaniyom diubah Pibul kepada Dasar Siam Rathaniyom atau dasar adat resam. Di bawah dasar ini, semua penduduk Thailand tanpa mengira agama, bangsa dan kaum diwajibkan mengamalkan cara hidup yang bercirikan negara maju seperti memakai pakaian yang mengikut potongan orang Eropah, bertopi, makan menggunakan sudu dan meja digunakan sebagai tempat makan. Secara tidak langsung, masyarakat Melayu Patani tidak lagi dibenarkan menggunakan nama Melayu, berpakaian Melayu, bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu dan mempelajari agama Islam. Pelaksanaan program ini berbeza sama sekali dengan zaman pemerintahan Chulalongkorn melalui reformasi pentadbiran yang dilaksanakan olehnya membolehkan urusan kekeluargaan berhubung nikah-kahwin dan harta pusaka dikecualikan daripada undang-undang Siam untuk diserahkan kepada Majlis Agama Islam tempatan untuk proses pengurusan. Walau bagaimanapun, semasa pemerintahan Pibul Soggaram pengecualian berkaitan agama Islam dihapuskan.Misalnya, jawatan kadi dihapuskan pada tahun 1944. Kesemua masalah yang berkait dengan soal nikah-cerai dan harta-pusaka telah diuruskan berasaskan undang-undang sivil.[footnoteRef:17] [17: Mahmud, N.A. (2000).Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785 1954. (VersiJawi). Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Hlm. 28.]

Pelaksanaan program Rathaniyom berada di bawah penguasaan Pibul sendiri turut dibantu oleh Luang Vichit Vadhakarn iaitu Ketua Pengarah Jabatan Seni halus dan Menteri Tanpa Jabatan. Pibul menyedari lebih awal bahawa, program ini sememangnya akan mendapat tentangan penduduk tempatan Patani khususnya yang beragama islam. Terlebih dahulu Pibul bertindak menghapuskan penentangan-penentangan yang dianggap musuh-musuh politik yang dijalankan seawal Januari 1940 iaitu bertujuan membersihkan anasir-anasir yang terlibat untuk menggulingkan pemerintahannya.Menyedari bahawa program Rathaniyom bukan sahaja melenyapkan identiti dan budaya Melayu Patani tetapi juga kebudayaan islam, sebahagian besar penduduk patani bangkit menentang pelaksanan program ini. Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah peraturan di bawah program Rathaniyom bersesuaian untuk memupuk perasaan taat setia kepada negara tetapi kebanyakan peraturan tersebut bukan sahaja tidak bersesuaian dengan kehidupan orang Melayu Patani tetapi ia juga tidak praktikal untuk orang Siam sendiri. Rentetan daripada tindakan tersebut, ia menunjukkan bahawa penindasan kerajaan Thailand telah mencetuskan penentangan masyarakat Islam di selatan Thailand dan membawa kesan pada politik di Thailand.[footnoteRef:18] Oleh itu, Haji Sulung bin Abdul Kadir menubuhkan lembaga Heet al-Napadh al-Lahkanal Shariat iaitu satu pertubuhan untuk mempertahankan hukum syariat di Patani.[footnoteRef:19] [18: A. Malek, M,Z. (1993) Umat Islam Patani: sejarah dan Politik. Shah Alam : Hizbi. Hlm. 318.] [19: Haryati Hasan. (2014). Islam di Asia Tenggara. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hlm 33]

Haji Sulung merupakan seorang guru dan ahli politik terkemuka patani yang menguruskan urusan pendidikan dan politik. Segala kebangkitan penduduk tempatan telah dicetuskan daripada kewibawaan beliau terhadap tugas yang diamanahkan serta berjihad demi menegakkan hak wilayah mereka.[footnoteRef:20] Beliau kembali ke Patani pada 1930 setelah menamatkan pelajarannya di Mekah.Dalam bidang pendidikan, beliau mengajar dalam pelbagai institusi pendidikan manakala dalam bidang politik beliau menubuhkan organisasi Gerakan Rakyat Patani (GRP).Haji Sulung telah menyampaikan resolusi 7 fasal dalam mempertahankan Patani.Pertama, dilantik seorang Gabenor tinggi untuk memerintah Patani Raya yang berasal dari putera daerah dan dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya yang bebas dengan hak autonomi yang luas. [20: Joseph Chinyong Liow.(2009). Islam, education and reform in Southern Thailand : Tradition & transformation. Singapore : Institute of Southern Asian Studies. Hlm.81.]

Kedua, 80% pejabat kerajaan di Patani hendaklah Melayu Muslim sehingga mencerminkan nisbah penduduk.Ketiga, bahasa Melayu dan bahsa Siam merupakan bahasa rasmi berkembar.Keempat, Bahasa Melayu boleh diajarkan di sekolah rendah.Kelima, hukum syariat dilaksanakan di Patani dengan pengadilan yang terpisah dan bebas dari sistem keadilan kerajaan.Keenam, semua hasil cukai di daerah Patani digunakan untuk kesejahteraan daerah ini. Ketujuh, Majlis Ulama Islam wilayah akan diberi kuasa penuh dalam menjalankan hukum syariat dan kebudayaan. Melalui fasal yang diperkenalkan oleh Haji Sulung, memperlihatkan usahanya bukan sahaja mempertahankan Patani tetapi juga masyarakat daripada dicabuli hak-hak kehidupan oleh dasar yang dijalankan oleh Pibul.Namun, memorandum yang diusulkan oleh Haji Sulung ditolak oleh kerajaan Thailand. Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan pusat ini sedikit sebanyak telah membawa kepada penentangan masyarakat Muslim Thailand sehingga membawa kepada keganasan yang melampau.[footnoteRef:21] [21: Robert W. Hefner. (2009). Making modern muslim : The politics of Islamic education in Southeast Asia. America : University of HawaiI press. Hlm. 166-167.]

Walau bagaimanapun, kedudukan politik di Selatan berubah apabila kerajaan Thai di kuasai oleh golongan sivil pada tahun 1945.Kerajaan Kuang Apaiwong dengan kerjasama tokoh-tokoh demokrasi Thai seperti Pridi Phanomyong dan Seni Pramoj mengambil langkah-langkah baru dalam memberi kebebasan kepada masyarakat Islam.Di antaranya ialah meluluskan Undang-undang Pentadbiran Hal-Ehwal Islam yang dinamakan Phrarach Banyat Sasanupatham Fai Islam. Berdasarkan undang-undang ini dbentuk Jabatan Chularachamonteri (Syaikhul Islam), Kammakan Islam Haeng Prater Thai (jawatankuasa Islam Pusat) dan Kammakam Islam Pracham Changwad (Jawatankuasa Islam Wilayah). Tindakan mengadakan undang-undang dan badan-badan Islam itu pada umumnya disambut positif oleh masyarakat Islam.Pemimpin masyarakat Islam turut mengambil peranan aktif dalam memilih ahli jawatankuasa bagi badan-badan Islam yang dbentuk itu.Kecelaan politik di Selatan kembali tegang semula apabila kerajaan tidak memenuhi tuntutan masyarakat Islam yang dibuat melalui Ahli Jawatankuasa Islam Wilayah. Di antara tuntutan yang menonjol dan popular ialah Tuntutan Tujuh Perkara yang dikemukakan oleh Haji Sulong bin Abdul Kadir, ketua Jawatankuasa Islam Wilayah Pattani.[footnoteRef:22] Tetapi tuntutan itu ditolak oleh kerajaan Thai. Sebagai usaha menghindar ketegangan, satu pertemuan dan rundingan telah diadakan antara masyarakat Islam dengan pihak kerajaan. Sehubungan itu, di cadangkan Tengku Mahmud Mahyuddin sebagai wakl masyarakat Islam Patani. [22: Michael K. Jerryson. (2011). Buddhist Fury : Religion and Violence in Southern Thailand. New York : Oxford University Press. Hlm. 42.]

Pada masa yang sama satu jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Majlis Agama Islam di setiap wilayah yang masing-masing diketuai oleh pemimpin Islam Selatan Thailand pada masa tersebut. Walau bagaimanapun pemimpin yang paling berpengaruh ialah Haji Sulong bin Abdul Kadir iaitu ketua jawatankuasa di Pattani. Beliau telah menjalankan pelbagai usaha dalam memastikan hak masyarakat Islam diangkat dalam kerajaan Thailand seperti menjalankan rundingan damai bersama pihak kerajaan Thailand pada ketika itu iaitu golongan Sivil yang diketuai oleh Khana Rasadon.Usaha ini pada mulanya diberi perhatian oleh kerajaan kerana mereka melihat pengaruh yang dimilki oleh Haji Sulong ini terlalu kuat. Walau bagaimanapun semasa proses pungutan tandatangan dijalankan pada Januari 1948 beliau telah ditangkap dan proses perundingan damai secara automatiknya terhenti. Hal ini disebabkan oleh Haji Sulong dianggap sebagai pemberontak ekoran daripada salah anggap Surin Pitsuwan yang mendakwa Haji Sulong ingin membebaskan 4 wilayah tersebut daripada kerajaan Thailand.Rentetan daripada penahanan Haji Sulong ini, ia mengundang kemarahan masyarakat Islam pada ketika itu kerana selama ini pemimpin agama mereka itu begitu berjasa terhadap perjuangan nasib masyarakat Islam terutamanya di Pattani. Oleh itu penduduk telah mengadakan demonstrasi untuk menuntut pihak kerajaan supaya menjelaskan atas alasan apakah pejuang mereka ditahan. Keadaan ini mengundang kebimbangan kerajaan dengan memindahkan kes ini kepada Mahkamah Wilayah Nakorn Sri Tammarat kerana melihat ketinggian masyarakat Islam dalam membela nasib Haji Sulong supaya dibebaskan. Keadaan ini menggambarkan kepada kita bahawa tindakan kerajaan Thailand telah mengundang kepada penentangan masyarakat Islam di Selatan Thiland sekaligus memberi kesan kepada keadaan politik di Selatan pada masa seterusnya. Keadaan politik di Selatan bertambah tegang apabila Phibun Songkhram kembali berkuasa pada April 1948, belum genap sebulan pemerintahannya, timbul reaksi masyarakat Islam secara terbuka dan berlaku pertentangan bersenjata. Kejadian itu dikenali sebaga Perang Dusun Nyior.Sebagai usaha mengelak timbulnya tentangan secara meluas, kerajaan Phibun Songkhram mengambil tindakan segera mengubahkan polisi pemerintahannya terhadap masyarakat Islam di Selatan.Penambahan banyak di lakukan di bidang pelajaran dan diurus langsung oleh Che Abdullah Langputih, Menteri khas di Kementerian Pelajaran.Tetap keadaan politik di tiga wilayah (Pattani, Yala dan Narathiwat) terus dalam ketegangan.Kedudukan masyarakat Islam diawasi dengan ketat.Ramai daripada pemimpin mereka ditangkap dan dibunuh.Haji Sulong yang keluar dari penjara pada tahun 1952 turut di kawal dengan ketat dan akhimya dibunuh sacara misteri pada tahun 1954.Keadaan ini menjadi semakin buruk apabila kerajaan Sarit Thanarat melaksanakan polis assimilasi dan integrasi secara paksa terhadap masyarakat Islam di Selatan.Pondok selaku benteng agama dan budaya mereka turut dkuasai oleh kerajaan Thai. Selain itu, polisi untuk membawa penduduk Budha datang bermustautin di kawasan empat wilayah Selatan (Pattani ,Yala, Narathiwat dan Satun) melalui projek Nikom Sang Ton Aeng (membina perkampungan sendiri) dan Chon Prathan (penggalian tali air) turut dilakukan. Dua projek utama ini menyebabkan jumlah penduduk Budha bertambah dengan cepat.Keadaan ini jelas menggambarkan bahawa polisi ini telah dilaksanakan secara berkesan oleh kerajaan Thanom Kitikachon.2.3 Tahun 1960-19902.3.1 Pembantahan terhadap pembaharuan polisi dan politik di selatan ThailandKrisis politik mula timbul di selatan Thailand menerusi pembantahan terhadap pembaharuan polisi dan politik di selatan Thailand pada tahun 1980-1996 yang menyebabkan kedudukan Thailand telah banyak berubah dengan menjurus kepada demokrasi.Walau bagaimanapun, respon daripada pelaksanaan polisi dan politik tersebut ialah timbulnya demonstrasi membantah polisi dan politik yang dilaksanakan kerajaan terhadap masyarakat di selatan Thailand.Salah satu punca ialah masyarakat Islam di selatan Thailand sedar bahawa masalah mereka dalam wilayah tidak dapat diatasi jika tidak dapat berkuasa di Parlimen kerana pegawai tinggi kerajaan dalam wilayah terdiri daripada orang Buddha dan mereka masih mengamalkan diskriminasi etnik.Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui demonstrasi penting yang terjadi pada kawasan empat wilayah yang sensitif di selatan Thailand.Dalam tempoh ini, terdapat pelbagai krisis politik di selatan Thailand yang diperdigiatkan lagi oleh beberapa demonstrasi.Antaranya, demonstrasi menentang penempatan patung berhala di sekolah kebangsaaan.Berdasarkan polisi tersebut, Kementerian Pelajaran menempatkan patung berhala disemua sekolah kebangsaan dan tanpa pengecualian terhadap masyarakat Islam yang majoriti di selatan.[footnoteRef:23] Arahan yang disertai dengan tekanan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Islam, khusunya di wilayah Patani. Memandangkan isu ini sensitif, beberapa langkah diambil seperti menghantar surat kepada Ahli Jawatankuasa Pendidikan Sekolah Rendah Kebangsaan meminta supaya polisi itu tidak dilaksanakan pada sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya beragama Islam. Pada peringkat awal, tuntutan tersebut tidak mendapat perhatian daripada pihak berkenaan kerana sikap dingin dan negative pihak kerajaan.Oleh itu, demonstrasi berkembang dengan cepat. Masyarakat Islam di Yala, Patani dan Narathiwat turut sama dalam demonstrasi ini dan hal ini membimbangkan kerajaan. Oleh itu, langkah drastik diambil oleh kerajaan dengan menghantar perwakilan khas untuk berbincang dengan pihak pemimpin demonstrasi. Akhirnya, polisi kerajaan yang sensitif itu berjaya dihalang dan ia memberi kesan kepada arus politik yang berada di bawah sistem demokrasi. [23: Sivamurugan Pandian. (2005 ). Legasi Mahathir.Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 242]

2.3.2 Pemerintahan secara ketenteraanSelain itu, krisis politik di Selatan Thailand juga disebabkan oleh pemerintahan secara ketenteraan.[footnoteRef:24] Kerajaan dibawah pimpinan Sarit Thanarat dan Thanom Kitikachon merupakan sebuah kerajaan yang diperintah secara ketenteraan. Kerajaan ini telah menjadikan masyarakat muslim di Selatan Thailand sebagai sasaran utama mereka. Mereka telah mengawal pusat pengajian pondok di selatan Thailand kerana menyedari tentang pentingnya pendidikan pondok kepada masyarakat muslim di Thailand.[footnoteRef:25] Hal Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat muslim kerana mereka merasakan kedudukan pondok sebagai pusat penyebaran agama Islam serta budaya masyarakat terjejas. Mereka mula menyedari bahawa kehidupan mereka tidak lagi selesa dan dicengkam oleh kerajaan.Jadi, pada tahun 1960, Barisan Revolusi Nasional Melayu Bersatu Patani (BRN) telah ditubuhkan oleh Haji Karim bin Hassan untuk menuntut kemerdekaan daripada kerajaan. [24: Bruce E. Barnes.(2007). Culture, Conflict, and Mediation in the Asian Pacific. United Kingdom: University Press of America. Hlm. 130] [25: Che Ma Che Omar Chapakia. (1998). Politik Thai dan Reaksi Masyarakat Islam Selatan Thai 1993-1994, Thesis Ijazah Doktor Falsafah : Universiti Malaya. Hlm.179]

Semasa pemerintahan Thanom ini juga banyak berlaku demonstrasi yang membawa kepada pertumpahan darah. Akibatnya kerajaan di bawah pimpinannya jatuh dan digantikan dengan kerajaan demokrasi tetapi tidak bertahan lama. Hal ini kerana kudeta telah dijalankan pada 6 Oktober 1976 dan kuasa politik Thailand kembali kepada tentera sepenuhnya.Situasi di Selatan Thailand semakin membimbangkan.[footnoteRef:26] Penguasaan pihak tentera ini telah menyebabkan golongan seperti ahli politik, para intelek dan pemimpin mahasiswa yang memainkan peranan dalam memperjuangkan demokrasi ditahan dan dibunuh. [26: Peter Chalk. (2008). The Malay-Muslim Insurgency in Southern Thailand--Understanding the Conflict Evolving Dynamics. Pittsburgh: RAND Corporation. Hlm. 19]

Pemerintahan tentera ini juga banyak melakukan penindasan dan kezaliman terhadap penduduk muslim di selatan Thai.[footnoteRef:27] Ini kerana mereka mendedami sikap masyarakat Islam yang menentang golongan tentera.Pihak tentera telah melakukan tindak balas yang keras, khususnya terhadap golongan pernah aktif dan terlibat dalam demonstrasi Pattani pada tahun 1975. Antara kekerasan tersebut ialah pembunuhan melalui cara tembakan misteri. Peristiwa tembakan misteri ini menjadi kes yang paling hangat dibicarakan oleh masyarakat dan menjadi isu yang menakutkan.Mereka percaya bahawa tembakan ini dilakukan oleh pihak tentera dan polis tetapi tidak berani untuk melaporkannya. [27: Muhammad Abu Bakar. (1973).Mahasiswa Menggugat; Suatu Analisa dan Peninjauan dari dalam Terhadap Kegiatan Mahasiswa-mahasiswa Negeri ini. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Hlm. 147]

Tentera bermaharajalela di tiga wilayah selatan iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat melalui penubuhan beberapa buah kem tentera yang dikenali sebagai tempat pembunuhan dan penguburan mayat.Ramai daripada kalangan ahli jawatankuasa Sun Phitak Prachachon (Pusat pembela rakyat) dan guru-guru agama dipanggil dan dijemput ke kem tentera dan akhirnya mereka hilang di dalam kem tersebut.Akibat tindakan kekerasan ini, ramai daripada kalangan mereka yang pernah aktif dalam masyarakat melarikan diri ke Makkah dan Malaysia dan terdapat juga mereka yang melarikan diri ke dalam hutan untuk menyertai angkatan bersenjata yang dipelopori oleh badan-badan perjuang kemerdekaan.Kekerasan politik yang berlaku telah menyebabkan golongan yang memperjuangkan kemerdekaan menggunakan kesempatan ini untuk menjalankan propaganda menentang kerajaan serta melakukan tindakan agresif.Pengaruh golongan ini juga bertambah kuat dalam kalangan masyarakat di Selatan.Ini kerana perjuangan secara demokrasi atau parlimen sudah menemui jalan buntu dan masyarakat memilih untuk berjuang melalui kekuatan senjata.Isu ketenteraan tidak berhenti di situ sahaja, malahan tentera merupakan institusi terpenting dan berpengaruh dalam menentukan kestabilan kerajaan yang memerintah.[footnoteRef:28] Bagi setiap kerajaan yang ingin berkuasa lama perlu tunduk dengan mereka.Di selatan Thailand, tentera dianggap sebagai institusi utama yang mendatangkan kezaliman dan kekejaman kerana pembunuhan kejam lazimnya dilakukan oleh mereka walaupun dalam kerajaan demokrasi.Hanya dalam pentadbiran demokrasi sahaja masyarakat di Selatan Thailand berani membantah tindakan kekejaman tentera. Demonstrasi telah dimulakan pada 3 Mei 1990 yang dihadiri oleh masyarakat Islam Patani dan Narathiwat yang berjumlah tidak kurang 5000 orang. Mereka menuntut supaya kerajaan menangkap pembunuh dan dihadapkan ke mahkamah secpat mungkin, mereka juga meminta tentera Tahan Peran (Tentera Hutan) dariapada Krom 43 keluar daripada wilayah Yala dan pihak kerajaan mesti membayar ganti rugi kepada keluarga yang terbunuh megikut jumlah yang ditetapkan mereka. Berdasarkan pada kejadian itu, pihak pemimpin umum tentera mengeluarkan arahan kepada semua anggota tentera yang berada di kawasan selatan Thailand supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan kemarahan masyarakat Islam. [28: Graham Hassall dan Cheryl Saunders.(2006).Asia-Pacific Constitutional Systems. Cambridge : Cambridge University Press. Hlm. 47]

2.3.3 Pelanggaran hak asasi manusiaKrisis politik lain disebabkan oleh pelanggaran hak asasi manusia di kalangan penduduk Melayu Islam Selatan Thailand berpunca daripada polisi integrasi yang membawa kepada terjadinya konflik. Negara Thailand adalah sebuah negara yang diperintah oleh bangsa Siam dan agama Buddha.Buddha sebagai agama rasmi negara dan perlembagaan negara menyatakan pemerintah tertinggi Thailand mestilah di kalangan penganut Buddha.Negara Thailand juga dikenali dengan negara demokrasi yang memberi hak kebebasan kepada warganegara dalam pelbagai aspek hidup termasuk juga hak kebebasan beragama.Selatan Thailand merupakan kawasan yang dimonopoli oleh masyarakat yang beragama Islam. Keadaan ini telah memberi kesan kepada mereka apabila golongan pemerintah adalah beragama Buddha dan mempunyai sikap curiga antara satu sama lain. Hak asasi manusia di empat wilayah Selatan Thailand didapati masyarakat Melayu Islam mempunyai ideologi dan bentuk interaksi yang berbeza dengan pihak kerajaan berbanding dengan masyarakat Buddha konflik kalangan masyarakat Melayu Islam di Selatan Thailand adalah berpunca daripada keadaan politik Thailand itu sendiri.Namun begitu, penduduk Melayu Patani pernah ditawarkan jawatan kerajaan oleh pihak menteri pada 1977, tetapi sukar untuk menerima kerana masyarakat awam Melayu Islam berpandang negatif terhadap pekerja kerajaan dan tidak menaruh keyakinan sepenuhnya.Oleh kerana pada prinsipnya adalah bertentangan, iaitu pekerja kerajaan berpenganut Islam berkhidmat dibawah perundangan dan peraturan yang dipimpin oleh penganut Buddha. Antara lain, beliau menegaskan lagi bahawa kepelbagaian tawaran diberi khas ke atas penduduk Melayu Patani seperti pada 1988 tawaran kuota pengajian tinggi tanpa menduduki peperiksaan kelayakan merupakan dan sebagainya. Pelajar yang dapat tawaran tersebut akan dijawatkan sebagai pegawai kerajaan setelah tamat pengajiannya nanti dan tugasnya ialah Agents of Change untuk menarik perhatian supaya dapat memberi kesetiaan umat Islam terhadap negara Thailand.2.3.4 Pengenalan dasar-dasar politikKrisis politik di Selatan Thailand boleh dilihat melalui pengenalan dasar-dasar politik menjelang abad ke-20, satu dasar pemusatan kuasa telah diperkenalkan iaitu tujuh wilayah dipecahkan sebelum ini telah dicantumkan menjadi sebuah wilayah yang dinamakan Boriwen. Malah, kuasa-kuasa raja juga telah dimansuhkan dan diganti dengan seorang Pesuruhjaya Siam. Pesuruhjaya Siam ini akan bertanggungjawab mentadbir seluruh wilayah selatan yang dipantau oleh Raja Siam di Senggora (Songkhla).[footnoteRef:29] Dasar ini juga dikenali sebagai Undang-undang Tahun 116.Dasar ini telah diperkukuhkan dengan dasar baru iaitu Peraturan Mentadbir Tujuh Wilayah Bagi Tahun 120 dan dikemaskinikan dengan pembentukan dasar Thesaphiban. [29: Syukri, I. (2002). Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 96]

Thesaphiban merupakan dasar pentadbiran wilayah Selatan Thailand. Setiap wilayah akan disusun dalam satu unit yang dikenali sebagai Monthon. Setiap Monthon akan ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi atau dikenali sebagai Khaluang Thesaphiban. Pesuruhjaya Tinggi ini bertanggungjawab kepada Menteri Dalam Negeri. Dalam peraturan ini juga, semua kakitangan kerajaan dari peringkat atas sehingga bawah akan dibayar gaji mengikut skim kebangsaan.[footnoteRef:30] [30: Che Mohd Aziz Yaacob. (2011). Jebat : Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 21.]

Di bawah dasar ini, jawatan raja-raja Melayu bukan lagi berbentuk semi-hereditary atau warisan di mana Raja Siam berhak melantik sesiapa yang dirasakan layak untuk memegang jawatan tersebut.Manakala raja-raja Melayu yang telah memerintah tidak dibenarkan terlibat dalam perniagaan mahupun pemajakan cukai sebagai pendapatan sampingan.Pendapatan mereka hanya diperoleh melalui bayaran gaji yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat dan hanya dianggap sebagai pegawai kerajaan yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan.Dari segi kuasa, raja-raja Melayu tidak mempunyai kuasa ke atas pegawai bawahan malah bergantung kepada Pesuruhjaya Tinggi Siam yang bertanggungjawab di bawah Kementerian Dalam Negeri.Oleh itu, sebarang tindakan Raja-raja Melayu perlulah mendapat persetujuan daripaad Pesuruhjaya Tinggi Siam terlebih dahulu yang perlu dihantar 7 hari sebelum tindakan diambil. Tindakan ini kerana Raja Chulalongkhorn selaku penggubal polisi bimbang akan tanggapan negatif kolonial Eropah iaitu British yang menjajah Tanah Melayu bagi membolehkan paksaan ke atas raja-raja Melayu tanpa campurtangan lain. Dasar yang berbentuk pendominasian dan decentralization ini berjaya dicapai apabila institusi beraja Melayu di Pattani dihapuskan.Dengan ini, pendekatan kerajaan lebih menumpukan kepada rakyat awam yang memelihara keamanan di selatan Thailand.Pendekatan yang digunakan ini adalah berkonsepkan intergrasi dan asimilasi melalui sistem pendidikan.Selain mengubah Akta Pelajaran, kerajaan Thailand juga merubah peraturan-peraturan dalam urusan birokrasi dan pentadbiran di wilayah selatan.Antaranya, ramai pegawai yang berbangsa Siam berkhidmat dalam pentadbiran awam di wilayah selatan.Pelaksanaan dasar mengekalkan penjawat awam dalam kalangan Siam Buddha adalah bertujuan mengekalkan kuasa Siam ke atas bumi Pattani serta mengawal penentangan orang Melayu terhadap kerajaan.Pegawai-pegawai ini adalah dibawa daripada seluruh negara seperti wilayah Timur, Barat dan Utara.Orang Melayu Islam Petani (OMIP) yang ingin berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan haruslah menggunakan bahasa Siam kerana kebanyakan pegawai tersebut tidak boleh berbahasa Melayu.bagi yang tidak boleh berbahasa Siam, tidak akan dilayan. Ditambah pula dengan kualiti perkhidmatan dalam kalangan pegawai kerajaan yang tidak memuaskan apabila melibatkan dengan urusan rasuah dan penindasan.Hal ini cenderung untuk memulaukan OMIP yang merupakan masyarakat majoriti di negara tersebut.Penentangan terhadap dasar-dasar politik wilayah Thailand telah memberi kesan negatif kepada budaya dan identiti OMIP.Pemberontakan OMIP untuk mendapatkan hak politik di Pattani dianggap mengancam pendominasian kuasa sebelum ini. Pendekatan penyelesaian yang berbentuk pendamaian negatif yang mana usaha untuk mengatasi pemberontakan OMIP adalah melalui proses memecahkan penyatuan orang Melayu melalui sistem Pecah dan Perintah.[footnoteRef:31] Oleh itu, sampai ke hari ini masih lagi berlaku pemberontakan politik di selatan Thailand. [31: Abd. Malek, M. Z. (1993). Umat Islam Patani ; Sejarah dan Politik. Selangor : Terbitan Hizbi. Hlm. 105.]

3. KesimpulanSelain itu, wujud perjuangan untuk mendapatkan autonomi dan membebaskan diri daripada pemerintahan Thailand seperti perjuangan Haji Buyung dan pengikutnya.Kebanyakan perjuangan tersebut mengalami kegagalan disebabkan kurangkan persiapan dan perancangan di samping tekanan dan kekuatan pihak pemimpin Thailand sendiri yang berada di bawah teraju PibulSonggram.Walau bagaimanapun, pada akhir 1950 pelbagai pertubuhan ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib umat Islam di Patani. Antaranya seperti Barisan Islam Pembebasan Patani (BIPP) oleh Tengku Abdul Jalil bin Tengku Abdul Mutalib pada 1959, Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN-Kongres) oleh Nusa Jalil Abdul Rahman pada 1970, Patani United Liberation Organisation (PULO) oleh Tengku Bira Kota Nila atau Kabir Abdul Rahman pada 1968 dan Gerakan Mujahidin Patani (GMP) pada 1989 oleh Wahyudin Muhammad, bekas timbalan pengerusi BIPP.Kesimpulannya, pemerintahan pihak kerajaan Thailand yang berat sebelah dan lebih mementingkan diri menyebabkan ramai nyawa rakyat di wilayah Selatan Thailand terkorban. Krisis politik tahun 1960-an sehingga 1990-an di Thailand telah menyebabkan rakyat Selatan Thailand mengalami penderitaan. Krisis politik ini tidak terus tamat di sini malah semakin bergolak pada tahun-tahun seterusnya.Thailand adalah sebuah negara yang paling kerap bertukar kuasa antara orang awam dan tentera. Dari 1932 hingga 2006, berlaku sebanyak 17 kali rampasan kuasa,10 kali berjaya dan 7 kali gagal. Bibliografi

A.Malek, M,Z. (1993) Umat Islam Patani : sejarah dan Politik. Shah Alam : Hizbi. Abd. Malek, M. Z. (1993). Umat Islam Patani ; Sejarah dan Politik. Selangor : Terbitan Hizbi. Ahmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thailand dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Kuala Lumpur : Pustaka Darussalam Sdn. Bhd. Ahmad Omar Chapakia.(2000). Politik Thai dan masyarakat Islam di Selatan Thailand. Alor Setar : Pustaka Darussalam Sdn Bhd. Bruce E. Barnes.(2007). Culture, Conflict, and Mediation in the Asian Pacific. United Kingdom: University Press of America.

Chamil Wariya .(1989). Dasar Luar Era Mahathir. Malaysia : Fajar Bakti.Che Ma Che Omar Chapakia. (1998). Politik Thai dan Reaksi Masyarakat Islam Selatan Thai 1993-1994, Thesis Ijazah Doktor Falsafah : Universiti Malaya.Che Mohd Aziz Bin Yaacob (2009).Konflik pemisah Di Selatan Thailand: Isu, faktor dan penyelesaian. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Che Mohd Aziz Yaacob (2012). Asimilasi Bangsa Melayu Di Patani : Keberkesanan dasar dan survival budaya minoriti. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Che Mohd Aziz Yaacob. (2011). Jebat : Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Fadhlullah. (2009). Suara Anak Muda: Sejarah Perjuangan Umat Islam di Pattani (Vol. 2). Diperoleh pada September 30, 2010 daripada http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/06/perjuangan-umat-islam-selatan-thailand.html.

Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed. (2008). Muslim Selatan Thai, konflik dan perjuangan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn.Bhd. Farid Mat Zain et.al (2002). Minoriti Muslim Di Thailand. Bangi : Lminda. Fathy, A. (1994). Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar: Pustaka Darussalam.

Graham Hassall dan Cheryl Saunders.(2006). Asia-Pacific Constitutional Systems. Cambridge : Cambridge University Press. HanizahHjIdris (2006).Asia Tenggara kontemporari. Kuala Lumpur : Universiti Malaysia.Haryati Hasan. (2014). Islam di Asia Tenggara. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Joseph Chinyong Liow.(2009). Islam, education and reform in Southern Thailand : Tradition & transformation. Singapore : Institute of Southern Asian Studies.

Mahmud, N.A. (2000). Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785 1954. (VersiJawi). Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Michael K. Jerryson. (2011). Buddhist Fury : Religion and Violence in Southern Thailand. New York : Oxford University Press. Muhammad Abu Bakar. (1973).Mahasiswa Menggugat; Suatu Analisa dan Peninjauan dari dalam Terhadap Kegiatan Mahasiswa-mahasiswa Negeri ini. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Peter Chalk. (2008). The Malay-Muslim Insurgency in Southern Thailand--Understanding the Conflict Evolving Dynamics. Pittsburgh: RAND Corporation.

Robert W. Hefner. (2009). Making modern muslim : The politics of Islamic education in Southeast Asia. America : University of HawaiI press.

Saifullah Mohd Sawi, Samsu Abadi Mamat (2009). Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara. Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd.

Sivamurugan Pandian. (2005 ). Legasi Mahathir.Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Syukri Ibrahim (2002). SejarahKerajaanMelayuPatani. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

25