9
Bab 3 :Aktiviti / Program Pemulihan 1.0 PENGENALAN : Bagi melaksanakan kajian yang diminta dalam tugasan projek untuk subjek PKP 3110 kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Bahagia yang juga merupakan tempat kami berpraktikum sebagai medium untuk melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Setelah berbincang, kami bersepakat untuk memilih murid pemulihan dari kelas 3 Arif kerana mereka tidak mempunyai masalah dalam numerasi dan ini memudahkan kami untuk menguji tahap pemahaman mereka berkaitan dengan soalan penyelesaian masalah. Responden yang telah kami pilih ialah Mohammad Hafit Haqimi dan Fatinah Nabihah dan kedua-dua mereka dari kelas yang sama iaitu kelas 3 Arif. Masa yang kami ambil ialah pengajaran selama 60 minit kerana ini akan dapat memudahkan murid mengikut sesi pengajaran secara berperingkat.

BIODATA RESPONDEN (CCP)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh biodata

Citation preview

Page 1: BIODATA RESPONDEN (CCP)

Bab 3 :Aktiviti / Program Pemulihan

1.0 PENGENALAN :

Bagi melaksanakan kajian yang diminta dalam tugasan projek untuk subjek PKP

3110 kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Bahagia yang juga merupakan tempat

kami berpraktikum sebagai medium untuk melaksanakan tugasan yang telah

diberikan.

Setelah berbincang, kami bersepakat untuk memilih murid pemulihan dari

kelas 3 Arif kerana mereka tidak mempunyai masalah dalam numerasi dan ini

memudahkan kami untuk menguji tahap pemahaman mereka berkaitan dengan

soalan penyelesaian masalah.

Responden yang telah kami pilih ialah Mohammad Hafit Haqimi dan Fatinah

Nabihah dan kedua-dua mereka dari kelas yang sama iaitu kelas 3 Arif. Masa yang

kami ambil ialah pengajaran selama 60 minit kerana ini akan dapat memudahkan

murid mengikut sesi pengajaran secara berperingkat.

Gambar

Responden ( Murid Tahun 3 Arif)

Page 2: BIODATA RESPONDEN (CCP)

BIODATA RESPONDEN A :

NAMA : MOHAMMAD HAFIT HAQIMI

UMUR : 9 TAHUN

KELAS : 3 ARIF

CITA-CITA : POLIS

HOBI : BERMAIN GAME

Page 3: BIODATA RESPONDEN (CCP)

BIODATA RESPONDEN B :

NAMA : FATINAH NABIHAH

UMUR : 9 TAHUN

KELAS : 3 ARIF

CITA-CITA : JURURAWAT

HOBI : MEWARNA DAN MENYANYI.

Page 4: BIODATA RESPONDEN (CCP)

2.0 ANALISIS KAJIAN :

Untuk melaksanakan Newman’s Error Analysis, kami telah memilih murid-murid

pemulihan tahun 3 Arif. Responden kami seramai dua orang sahaja iaitu responden

pertama ialah Mohammad Hafit Haqimi dan responden kedua ialah Fatinah Nabihah.

Maka dengan itu untuk melaksanakan analisis ini kami telah melaksanakan 3

peringkat pemerhatian iaitu yang pertama ialah pelaksanaan ujian pra diikuti dengan

pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan ujian pos yang dilaksanakan

sekali dengan pelaksanaan RPH.

Untuk pelaksanaan kajian ini, kami telah memilih operasi tambah untuk diuji

ke atas responden melalui cadangan dari guru pemulihan itu sendiri. Ini kerana

menurut beliau pada asasnya kedua-dua responden bebas dalam LINUS Numerasi

namun begitu untuk menjawab soalan penyelesaian masalah mereka menghadapi

sedikit masalah dari segi bacaan, pemahamanan serta cara pelaksanaan

penyelesaian masalah berkaitan dengan soalan penyelesaian masalah yang telah

diberikan oleh guru.

Kami telah menggunakan Newman’s Error Analysis bagi menilai sejauh mana

kefahaman murid terhadap soalan yang telah kami sediakan. Ini kerana Newman’s

Error Analysis ini mempunyai peringkat dan ini memudahkan pelaksanan kajian yang

ingin kami tengok pada murid dan melalui peringkat-peringkat ini kami dapat

mengesan punca kenapa murid tidak dapat menguasai penyelesaian masalah dalam

matematik.

Setelah peringkat pertama selesai iaitu dengan menjalankan ujian fasa

pertama kami telah mengenalpasti punca pemasalahan yang dihadapi oleh murid

iaitu dengan itu kami merangka RPH yang membantu murid untuk memahami soalan

terutama sekali berkaitan dengan soalan penyelesaian masalah. Kami turut

membantu murid dalam bacaan mereka kerana kedua-dua responden lemah dalam

membaca.

Contoh soalan yang diuji:

Page 5: BIODATA RESPONDEN (CCP)

1. Alia ada 26 biji gula-gula. Kemudian, bapanya membeli 34 biji gula-gula dan

memberi pada Alia. Berapakah kesemua biji gula-gula Alia?

Di samping itu, apa yang dapat diperhatikan adalah, mereka tidak dapat

menjawab soalan berpunca daripada tidak memahami soalan dan malas untuk

membaca soalan kerana ayat yang digunakan panjang dan mereka tidak dapat

mengeja perkataan yang mempunyai imbuhan. Namun begitu mujurlah pelaksanaan

RPH dapat berjalan dengan lancar dan objektif yang disenaraikan dapat dicapai

dengan baik. Maka dengan itu kami tidak melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran buat kali kedua.

Dalam melaksanakan Rancangan pengajaran ini, kami telah merujuk kepada

lima langkah yang terdapat dalam Newman Error Analysis iaitu melihat kepada

kebolehan murid membaca semula soalan. Jika mereka tidak memahami apa yang

dibaca, mereka boleh bertanya kepada guru apa yang tidak difahami. Sekiranya

mereka mampu untuk faham akan kehendak soalan cikgu akan bertanya berkaitan

soalan untuk melihat keyakinan murid dalam menjawab soalan. Kami telah

merekodkan pencapaian murid dalam jadual.

3.0 Data Mentah Responden Dalam Ujian Bertulis yang pertama :

BIL. NAMA MARKAH UJIAN BERTULIS

1. MOHAMMAD HAFIT HAQIMI 4 / 5

2. FATINAH NABIHAH 3 / 5

Page 6: BIODATA RESPONDEN (CCP)

4.0 Dokumentasi sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan:

Gambar 1 Fatinah sedang membuat kerja

Page 7: BIODATA RESPONDEN (CCP)

Gambar 2 : Guru melihat Haqimi menkonstruk sendiri kaedah pengiraan

berdasarkan soalan.

Gambar 3 : Haqimi tekun

menjawab soalan.

Gambar 5 : Guru menerangkan

pengajaran kepada murid.

Gambar 4 Lembaran kerja murid

Page 8: BIODATA RESPONDEN (CCP)

Gambar 6: Murid tekun menjawab lembaran kerja.