81
BISKUT ALMOND LONDON BAHANNYA : 1 buku butter 250grm 2 biji kuning telur 1 paket badam hancur di panggang 5 sudu gula halus serbuk pewangi (sedikit saaja) tebung berserbuk penaik (blue key contohnya) (tiada sukatan untuk tepung angaran saja agar doh cukup lembut, bukan lembik atau keras) HIASAN : 1 paket badam hancur dipanggang kacang badam secukupnya dipanggang cooking chocolate lemak sayuran CARANYA : 1. butter + gula di pukul hingga kembang, + telur + badam hancur + tepung. uli hingga doh cukup lembut dan tidak melekat ditangan. Ambil sedikit adunan (kecik-kecik aje) masukkan kacang badam.bakar dan sejukkan. 2. cookong chocolate+ sesudu lemak sayuran (kalau tak ada guna butter) di cairan guna kaedah double boiler. Masukkan biskut dalam cup case curaah sedikit choclate cair dan taburkan badam cincang di atasnya.....siap.... Pilihan 1 : instead of kita curahkan chocolate masak ke permukaan biskut, kita boleh tenggelamkan biskut ke dlm chocolate cair (yg dah dicairkan dlm double boiler) & kaut biskut tadi menggunakan garpu dan terus masukkan ke dalam cup case yg berwarna hitam... kalau kita gunakan cup case putih sudah tentu nampak comot kalau ada choc. yg tertumpah/ terpercik kat cup case...betul tak?..Lepas tu barulah ditabur badam cincang di atasnya... Pilihan 2 resepi london almond ni kalau nak sedap lagi dan kasi lebih lembut dalam adunan biskut tu bolehlah tambah "Coffee Mate"... itu baru betul-betul lembut... dan badam tu bolehlah digantikan dengan hazelnut....lagi ngam

Biskut & Kek

Embed Size (px)

Citation preview

BISKUT ALMOND LONDON

BAHANNYA :1 buku butter 250grm2 biji kuning telur1 paket badam hancur di panggang5 sudu gula halusserbuk pewangi (sedikit saaja)tebung berserbuk penaik (blue key contohnya)(tiada sukatan untuk tepung angaran saja agar doh cukup lembut, bukan lembik atau keras)

HIASAN :1 paket badam hancur dipanggangkacang badam secukupnya dipanggangcooking chocolatelemak sayuran

CARANYA :1. butter + gula di pukul hingga kembang, + telur + badam hancur + tepung. uli hingga doh cukup lembut dan tidak melekat ditangan. Ambil sedikit adunan (kecik-kecik aje) masukkan kacang badam.bakar dan sejukkan.2. cookong chocolate+ sesudu lemak sayuran (kalau tak ada guna butter) di cairan guna kaedah double boiler. Masukkan biskut dalam cup case curaah sedikit choclate cair dan taburkan badam cincang di atasnya.....siap....

Pilihan 1 : instead of kita curahkan chocolate masak ke permukaan biskut, kita boleh tenggelamkan biskut ke dlm chocolate cair (yg dah dicairkan dlm double boiler) & kaut biskut tadi menggunakan garpu dan terus masukkan ke dalam cup case yg berwarna hitam... kalau kita gunakan cup case putih sudah tentu nampak comot kalau ada choc. yg tertumpah/ terpercik kat cup case...betul tak?..Lepas tu barulah ditabur badam cincang di atasnya...

Pilihan 2resepi london almond ni kalau nak sedap lagi dan kasi lebih lembut dalam adunan biskut tu bolehlah tambah "Coffee Mate"... itu baru betul-betul lembut... dan badam tu bolehlah digantikan dengan hazelnut....lagi ngam

ALMOND CHOCOLATE BAR

BAHANNYA :16 oz mentega14 oz brown sugar2 biji kuning telur1 sudu teh vanilla essence27 oz top flour4 oz chocolate parut3 oz badam cincang10 oz chocolate Morenglanz ( brand terpulang ) - untuk dicairkan

CARANYA : Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur, vanilla dan pukul hingga kembang. Masukkan top flour dan kacau hingga sebati. Masukkan chocolate parut . Letakkan adunan di atas loyang leper dan ratakan. Bakar dalam 25 minit sehingga kuning. Letakkan chocolate yang sudah cair di atas adunan yang sudah masak tadi. Semasa masih panas lagi, taburkan badam cincang di atas chocolate lalu potong empat persegi. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 5 minit untuk mempercepatkan chocolate cair itu menjadi keras. Dah tu, apa lagi masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Plihan :Semasa mencairkan chocolate block tu, saya masukkan SEDIKIT SAJA minyak yg kita gunakan untuk menggoreng. Mestilah yg belum digunakan. Agak2 dalam 1/2 sudu teh. Ia mengilatkan coklat tu nanti. Ada orang pulak suka menggunakan CRISCO untuk mengilatkannya. Tapi ia mahal sikit, jadi untuk menjimatkan kos, saya pakai minyak tu aje. Murah dan bila dah jadi, sedap jugak.

BISKUT BADAM/KACANG CHOCO RICE

BAHANNYA :4 tin susu pekat F&N4 cawan kelapa kering4 cawan chocolate serbuk4 sudu planta / butter.

badam/kacang (digoreng tanpa minyak).chocolate rice.

CARANYA : Masukkan semua bahan A dalam kuali serbaguna, kacau hingga masak (sehingga tidak melekat disenduk). Bila dah sejuk, bulatkan dan masukkan badam/kacang. Golekkan didalam chocolate rice. Tidak perlu dibakar.

BISKUT BADAM CORNFLAKES

BAHANNYA :1 cawan tepung naik sendiri2 cawan cornflakes di kisar halus1.1/2 cawan serbuk badam150 gam mentega100 gm gula kastor1 biji telur1/2 camt vanilla

HIASAN :Coklat putih di cairkanCoklat masakan di cairkan

CARANYA : Ayak tepung, kemudian gaulkan dengan cornflakes yang telah di kisar dan badam. Ketepikan. Pukul mentega, gula, telur dan esen vanilla. Kaup balikkan adunan tepung hingga sebati dan menjadi doh yang lembut. Canai setebal 3 mm, terap denga penerap biskut kegemaran anda. Susun di atas dulang pembakar yang telah di lenserkan. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit. Sejukkan di atas redai kuih. Sementara itu cairkan coklat masakan putih dan coklat. Sapukan coklat putih di atas permukaan biskut. Ambil lidi dan celupkan kedalam coklat cecair berwarna coklat dan corak/lukiskan di atas permukaan biskut yang telah di sapukan coklat putih. Biarkan coklat membeku dan simpan di dalam bekas kedap udara.

BAR KISMIS

BAHANNYA :50 gm oat250 gm kacang dan kismis250 gm madu170 gm mentega120 gm gula

CARANYA : Masak mentega, madu dan gula bersama diatas api perlahan. Setelah cair, masukkan kacang, kismis dan oat. Kacau sebati. Masukkan adunan kedlm dulang pembakar (jangan terlalu tebal) dan bakar selama 20 minit. Setelah masak, bolehlah dipotong-potong dlm bentuk bar.

KEK BATIK JAWA

BAHANNYA :450 gm biskut marrie (patah 2 atau 3)1 cawan milo1 cawan serbuk koko2 ct serbuk Nescaffe1 buku (250 gm) mentega1 tin kecil susu pekat4 biji telur3 cawan air mendidih1 ct esen vanilla**Boleh tambah bahan lain jika suka i.e: kacang, raisins, berry etc.

CARANYA :

Panaskan air dalam kuali hingga mendidih, padamkan api dapur. Masukkan susu, koko, milo & Nescaffe. Hidupkan api perlahan, sambil kacau.

Setelah sebati, padamkan api. Kacau telur dalam bekas lain, 1 persatu. Setelah bahan di kuali kurang panas,

masukkan bancuhan telur, mentega, & hidupkan api perlahan. Kacau hingga sebati.

Setelah betul-betul pekat, masukkan Biskut Marrie yang sudah dipatah 2 atau 3. Kacau rata & tutup api.

Alaskan acuan dengan plastik/kertas minyak/aluminium foil & tuangkan adunan sambil menekannya hingga padat.

Sejukkan ke dalam peti ais sebelum di potong.

Pilihan :Kalau nak rasa lemak² kacang, boleh tambah kacang tanah yang sudah dipanggang dan di buang kulitnya.

BISKUT ARAB

BAHANNYA :1 tin minyak sapi (ikut sukalah nak tin besar manapun)gula halus (mengikut sukatan tin minyak sapi)tepung (ikut sampai boleh diuli - tak lekat kat tangan)

CARANYA : campurkan kesemua bahan-bahan tadi, kemudian gentel ler bulat-bulat. pas tu taruk le buah ceri ker, kismis ker sebagai hiasan..

kuih ni bila dah masak mesti naik gebu cantik selamat mencuba !!!

Pilihan : Cairkan satu tin kecil minyak sapi dan sejukan. Taburkan secubit garam dan 1 atau 2 sudu besar gula pada tepong gandum, kemudian gaulkan minyak sapi tadi dengan tepung hingga menjadi satu doh yang lembut seperti adunan biskut biasa. Bulat-bulatkan dan bakar. Bila sudah masak, keluarkan dan golekkan dalam gula halus. Sejukkan dan simpan

BISKUT KURMA DAN WALNUT

BAHANNYA :¾ cawan marjerin1 cawan gula castor atau gula aising1 biji telur1 sudu teh esen vanila

DIAYAK :1 cawan tepung 1 sudu teh serbuk penaik

(B) DISEBATIKAN :½ cawan walnut (di cencang)1 cawan kurma (di potong kiub)1 cawan corn flakes (di hancurkan)

CARANYA : Pukul adunan A hingga kembang dan gebu. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul selama ½ minit. Masukkan tepung dan gaul sebati. Masukkan adunan tersebut ke dalam adunan B dan gaul sebati. Bentukkan doh satu sudu dalam bekas yang disapu marjerin atau mengikut citarasa sendiri Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga kekuningan.

BISKUT COKLAT

BAHANNYA :600gm marjerin600gm kacang tanah - digoreng dan dibuang kulit600gm biskut merry bulat - hancurkan1 tin kecil milo1 tin susu (tin biasa)

CARANYA :1. Marjerin dipanaskan dlm kuali utk dijadikan minyak2. campur susu serta milo3. apabila sebati, masuk kacang tanah4. masukkan biskut merry kacau hingga sebati5. masukkan dalam plastik utk dibentukkan6. sejukkan dlm peti sejuk pastu potong

Pilihan :Biskut merry dihancurkan n kacang tanah itu ditumbuk jgn terlampau halus...

BISKUT MAKMUR

BAHANNYA :450 gm tepung gandum125 gm minyak sapi4 biji telur (ambil putihnya sahaja)½ paun gula kisar300 gm kacang tanah digoreng2 sudu gula

CARANYA : Kacang ditumbuk dan digaulkan dengan gula. Masukkan ke dalam satu bekas untuk digunakan sebagai intinya nanti. Minyak sapi dan putih telur dipukul hingga cair dan ramas-ramaskan dengan tepung hingga lembut. Ambil sebesar ibu jari adunan dan leperkan di atas daun pisang. Masukkan 1 sudu teh inti kacang ke dalamnya dan ditutupkan balik kulitnya. Bentukkan seperti buah durian dan sepit di atasnya. Bila telah siap semuanya dibakar selama 20 minit - angkat dan sejukkan dan taburlah dengan gula kisar di atasnya.

Pilihan :selain dari resepi biskut makmur yang dihantar oleh kawan kita tuh..saya ada resepi yang lebih senang dari tuh..

BAHANNYA :mentegaminyak sapitepung gandum

sebenarnya resepi kuih makmur saya nie takder sukatan yang sebenar..semua ikut suka jer..tapi yang biasa saya buat saya guna 1 buku butter (250gm)..tepung main agak jer..kalau adunan tuh dah boleh dibentuk..minyak sapi pulak lebih kurang satu tin kecil(kalau tak salah saya 100 gm(windmill ghee blend).

CARANYA :campurkan mentega dan minyak sapi..kacau dan tambahkan tepung..

BISKUT MARIE

BAHANNYA :1 peket biskut marie dihancurkan (jangan terlalu hancur)2 biji telor }1 tin mentega }3 sudu Milo }sedikit koko (jika suka) }¼ tin susu pekat }

CARANYA :

Campurkan dan kacau dengan api yang perlahan sehingga pekat bila dah pekat tuang ke biskut. Gaulkan.

Tentang kacang tanah tak ada pulak mungkin boleh dicampurkan sekali. Menambahkan keenakannya.

BISKUT MAZOLA

BAHANNYA :sekati kacang yang dimesin halussekati tepung1/2 kati gula yang dimesin halusMinyak mazola (or whatever)Telur kuning

CARANYA : Campurkan kacang, tepung dan gula. Masukkan minyak, agak-agak boleh sebati semua dan boleh dibentukkan (bulat atau leper). Lepas tu sapu kuning telur sikit kat atasnya or kalau suka bubuhla kacang sebijik atasnya

Pilihan :

1 cawan kacang dikisar halus3/4 cawan gula halus1 cawan minyak4 cawan tepungkuning telur utk di sapu atas biskut (boleh juga campur sedikit putih telur)

Gaulkan kacang, gula dan tepung sebati Ulikan dengan minyak sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang sedang lembut Bentukkan ikut suka, sapukan kuning telur di atasnya dan bakar hingga masak

BISKUT TROPICANABAHAN A120 gm mentega atau marjerin½ cawan gula castor atau gula aising1 biji telur½ sudu teh esen vanila1 sudu besar susu

DIAYAK :1 cawan tepung penaik¼ sudu teh baking soda

(B) DISEBATIKAN1 cawan kacang panggang (di cencang)½ cawan kelapa parut (di goreng)4 sudu besar bijan (di bakar dan di tumbuk)

UNTUK DISALUT :2 cawan Kellogg's Corn Flakes

UNTUK HIASAN :15 biji ceri merah ( Dipotong ¼ )

CARANYA :1. Pukul adunan A hingga gebu.2. Masukkan telur dan esen vanila.Pukul selama 1 minit, .masukkan tepung dan

susu .3. Masukkan adunan tersebut ke dalam adunan B dan gaul sebati.4. Bentukkan doh menjadi bebola kecil atau ikut citarasa sendiri dan salut dengan

Corn Flakes. 5. Letakkan adunan dalam paper cup. .Hias dengan ceri.6. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 15 minit atau

sehingga kekuningan.

BROWNIES

Bahan-bahan180g mentega330g coklat masakan250g gula kaster4 biji telur3/4 cawan tepung gandumkacang walnut yang dicincang kasar (boleh juga dicampurkan kacang2) CARANYA :

1. 'double boil" mentega dan coklat masakan. kacau hingga cair dan angkat2. pukul telur dan gula hingga kembang.3. masukan mentega dan coklat yang telah cair ke dalam campuran telur dan gula

tadi dan kacau rata.4. masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis kesemuanya.5. akhir sekali masukkan kacang walnut tadi dan kacau rata.6. griskan bekas pembakar dengan mentega.7. masukan adunan tadi ke dalam bekas pembakar dan ratakan.8. bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit. (cucuk adunan dengan

lidi, kalau kek tidak lekat di lidi bermakna kek itu sudah masak)9. keluarkan dan potong kek itu dengan saiz 5cm x 5cm

BRUNEI BUTTER COOKIES

BAHANNYA :1 tin mentega cap tong (Golden chern butter}1 biji merah telurTepung gandum secukupnya1 sudu teh esen vanillasedikit pewarna hijau [jika suka}Gula kastor untuk hiasan

CARANYA : Pukul mentega/merah telur/esen vanilla dan pewarna sehingga kembang & putih... selepas itu masukan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai & di terap. Bakar biskut ini dalam ketuhar & setelah masak gaulkan gula kastor secukupnya dan simpan dalam bekar kedap udara.

BUTTER COOKIES

BAHANNYA :2 cawan tepung gandum1 cawan gula caster3 cawan tepung jagung [1 1/2 cawan dipanaskan dalam kuali]2 cawan butter1/2 cawan tepung susu1 biji telur1 sudu kecil bicarbonate of soda1 sudu kecil esen vanilla

CARANYA : Pukul butter & gula hingga kembang, then masukan telur & vanilla essence. Ayak semua jenis tepung bersama & campurkan dalam adunan butter tadi then bentuk kan mengikut citarasa sendiri. Untuk mencantikan lagi biskut anda, sapukan putih telur dipemukaan biskut dan taburkan bijian manik berwarna-warni.

TIPS :Sekiranya anda mahu biskut anda lebih lazat gunakan butter cap tong (golden churn butter atau Butter SCS) pasti mengancam.

CANDY KELAPA

BAHANYA :Kelapa yg dah diparut (pilih kelapa tua sikit pasal byk santan, ambil putih shj)Gula (depends berapa manis you all nak)susu pekat 1 tin (ini pun depends berapa manis you all nak)2 sd teh pewarnaair secawan

CARANYA : Masak gula sampai cair (campurle dgn air sikit) masukkan kelapa yg dah diparut tadi gaulkan (jgn lupa api kecil aje) agak2 dah sebati gula dgn kelapa tu campurkan pula susu pekat tadi, masak sampai sebati. Lastly baru masukkan pewarna. masa nie kena berhati-hati pasal takut warna berbelak-belak. gaullah benda2 nie dlam kuali sampai semua dah cukup sebati dan agak2 keras sikit baru salinkan kat loyang. Simpan dlm fridge. bila dah betul-betul keras barule potong dan di hidangkan. Jgn lupa api mesti sentiasa kecil dan masa masukkan air utk cairkan gula, air jgn banyak sgt dan buat benda nie memang macam senang tapi definitely time consuming so bersabar jelah ...

KEK – MARBLE CHEESE CAKE

BAHAN A :185 gm. Mentega¼ cawan serbuk koko1 cawan gula castor1 cawan tepung halus (superfine flour)2 biji telur

BAHAN B250 gm. Cream cheese½ cawan gula½ cawan air1 sudu kecil esen vanila½ sudu kecil serbuk penaik1 biji telur

CARANYA :

Cairkan mentega dan serbuk koko. Biarkan ia sejuk sebentar. Pukul mentega + serbuk koko tadi dengan gula dan masukkan telur satu persatu , next masukkan tepung gaul sampai sebati kemudian tuang adunan ke dalam loyang.

Pukul cream cheese dengan gula dan esen vanila sampai kembang kemudian masukkan telur dan pukul lagi. Selepas itu tuangkan keatas adunan no. 1 tadi buat seperti marble, kemudian bakar sampai masak (lebih kurang 40 min).

BISKUT CHIP COKELAT

BAHAN A180 gram mentegasecubit garam120 gram gulasedikit esen vanila

BAHAN B240 gram tepung protin sederhana3 sudu besar tepung Hun Kwee1/2 sudu teh sodium bikarbonat160 keping mangkuk kertas coklat220 gram kacang gajuscoklat masak yg telah dicairkan tanpa minyak

CARANYA :1. Pukul Bahan (A) sehingga ringan dan kembang2. Ayak bahan (B)3. Campurkan (A) and (B) sehingga menjadi adunan lembut4. Isikan adunan ke dalam mangkuk kertas. Letakkan gajus di tengah-tengahnya5. Bakar sehingga kuning emas pada suhu 180 darjah C selama 25 minit. Biarkan sejuk6. Akhir sekali picikan coklat cair ke atas biskut dgn menggunakan nozel no.22

CHOCOLATE COOKIES

BAHAN A4 oz butter4 oz caster sugar1/2 oz serbuk koko1/2 sudu kecil baking powder8 oz tepung gandum1 oz tepung jagung1 oz cooking chocolate [dicairkan]1 biji kuning telurSedikit esen vanilla1 biji putih telur [untuk disapu]Chocolate rice untuk hiasan

CARANYA :Masukan semua bahan kering dalam mangkuk adunan. Then masukkan butter, gula, telur & vanilla serta coklat cair. Gaulkan hingga sebati. Ketepikan adunan selama ½ jam sebelum diterap.

TIPS :Sekiranya nya adunan biskut anda terkeras untuk dicanai, sila tambahkan sedikit butter dan uli hingga sebati. Biskut ini memang benar2 sedap kalau tak caya cubalah. Sure tetamu anda akaan tanya resipinya.

CHOCOLATE CAKE MOIST

BAHAN A340g icing sugar170g butter225g plain flour50g cocoa powder (preferably Vouchelle or Van Houten)3/4 cup tab water3 eggs1 tsp baking powder1 tsp soda bikarbonate1/2 tsp salt

CARANYA : Pukul telur hingga kembang. Pukul butter & sugar dalam bekas berasingan hingga kembang. Masukkan telur yg telah dipukul dalam adunan butter tadi. Pukul sekali lagi hingga sebati. Ayak tepung, cocoa powder, soda, garam, baking powder. Masukkan bhn. yg diayak dalam adunan telur & butter tadi berselang-seli dgn air sambil dikacau hingga sebati. Bakar dalam tin cake yg telah di grease dgn butter/margerine & dialas dgn kertas (oven tu elok le kalau di panaskan dahulu)

Pilihan :Air putih biasa boleh, air paip pun boleh, tapi kalau nak ganti dgn susu tak tau le saya, belum try lagi, kalau you dah try & ok, boleh le bagitau kami. Satu lagi, plain flour tu boleh guna tepung gandum biasa, kalau nak guna tepung halus (superfine) yang dalam kotak tu pun ok, tapi tak perlu le guna tepung naik sendiri (self raising flour) pasal dah taruk soda & baking powder.

KEK – CHOCOLATE CAKE 1

BAHANNYA :3oz coklat masakan (dicairkan guna cara double boiler)½ cawan butter atau margerin2 1/4 cawan gula perang3 biji telur1 1/2 sudu teh esen vanilla2 sudu teh soda bicarbonate½ sudu teh garam2 1/4 cawan tepung kek (diayak)1 cawan dairy sour cream1 cawan air masak putih

CARANYA :1. Pukul butter hingga kembang.2. Masukkan gula perang dan telur. Pukul hingga lembut dan kembang selama 5 minit.3. Perlahankan kelajuan mesin dan masukkan vanilla dan coklat masakan yang telah dicairkan tadi, masukkan soda bicarbonate dan garam.4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan dairy sour cream.5. Masukkan air masak dan kacau dengan sudu hingga sebati. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar hingga masak.

KEK – CHOCOLATE CAKE 2

BAHANNYA :*1 3/4cawan tepung (tak kisah la tepung gandum ker tepung kek, tapi kalau letak tepung gandum jgn lupa letak satu camca kecil baking powder)*1/4 cawan serbuk koko*2 cawan gula halus*2 cawan marjerin*1/2 cawan air susu*1 sudu ising vanila*4 bili telur.....

CARANYA :1. mesin gula + marjerin sampai sebati,2. masukan telur sebiji -sebiji,3. masukkan ising vanilla,4. masukkan tepung(yg telah diayak bersama koko) sedikit demi sedikit,5. kemudian masukkan air(agak2 la jgn sampai tercair adunan)6. pas tu bakat selama 45 minit

KEK – CHOCOLATE CAKE 3

BAHANNYA :1 3/4 cawan tepung naik sendiri1 cawan tepung gandum1 3/4 cawan gula halus1 ketul butter 1 sudu ising vanila4 bili telur1/2 cawan serbuk koko1/2 cawan air suam

CARANYA :1. mesin gula + butter sampai sebati,2. masukan telur sebiji-sebiji,3. masukan ising vanilla,4. bancuhkan koko dengan air suam dan tuang kedalam adunan5. masukkan tepung sedikit demi sedikit6. mesin hingga sebati

bakar selama 45 minit

MOIST CHOCOLATE CAKE

BAHANNYA :A. Untuk Keknya :170g butter ( I use Buttercup) - suhu bilik340g gula halus3 biji telur (yang sedang ) - suhu bilik1 camca teh esen vanila225g tepung gandum biasa(atau high protein flour, jika ada) )60g serbuk koko Van Houten ayak bersama semua bahan kering1 1/2 sudu teh (rata) serbuk penaik1 sudu teh (rata) soda bikarbonat1/2 sudu teh (rata) garam halus170ml air - suhu bilik

CARANYA :1.Loyang pembakar berukuran 10"x10"x2" or anything near the size!!!2.Sapukan the base with sedikit butter dan kemudian alaskan dengan grease proof paper

B. Untuk Toppingnya : 3/4 keping coklat masakan jenis Van Houten di cairkan dengan 80g butter (balance dari yang 170g untuk buat kek!!!) Cairkan diatas air yang panas (didih) kerana coklat akan hangus jika kena direct dengan api. Bila sudah cair kesemuanya, ianya should be in fine texture.

CARANYA : Mula-mula panaskan oven. Then pukul bahan 1 & 2 hingga kembang Pukul telur selama 1 - 2 minit dan masukkan kedalam aduan a tadi. Pukul biar sebati. Masukkan asen vanila. Kacau rata. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang telah diayak. Kaup dan balik serta kacau rata. Masukkan air dan kacau untuk pastikan semuanya sebati. (note – Adunan kek adalah lebih cair dari biasa!!) Masukkan dalam loyang yang telah disediakan dan bakar selama kira-kira 35 - 45 minit atau sehingga kek mula lekang dari tepi loyang pembakar. Suhu oven 160-170C. Kalau oven terlalu panas, boleh kurangkan suhu. Test dengan kayu pencucuk atau lidi untuk pastikan kek betul-betul masak. Cucuk di tengah kek dan jika kayu/lidi bersih bila ditarik keluar, itu tandanya kek dah masak. Keluarkan kek dari oen dan biarkan selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Apply the topping bila kek sejuk dengan mengunakan spatula atau pisau yang sederhana lebar. Sapukan coklat pada keseluruhan permukaan cake.

KE COKLAT

BAHANNYA :*1 Cawan Koko Van Houtan / Vochelle*1 Cawan Gula*1 Cawan Air*Dimasak kemudian sejukkan1 ketul buttercup1 Cawan Gula Castor5 biji telur2 Cawan tepung naik sendiri

CARANYA : Pukul butter dgn gula hingga kembang. masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis... kemudian masukkan koko yang telah dimasak tadi... Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis... kemudian bakar selama 40 minit..

CHOCOLATE CHIP COOKIES

BAHANNYA :150 gm Tepung naik sendiri½ sudu kecil B aking powder80 gm Unsalted butter 70 gm Gula 1 biji Telur Esen vanila70 gm Choc chip

CARANYA :1. pukul butter sampai naik, campur gula sedikit sampai putih.2. Masukkan telur sedikit-sedikit, vanila, masukkan A beberapa kali. Campurkan choc chip.

BISKUT CORNFLAKES

BAHANNYA :175g Unsalted butter(kalau salted butter/ margerine masin sikit tapi kalau unsalted butter lemak susu)50g gula icing1 sudu esen vanila175g tepung naik sendiri

CARANYA :1. Pukul butter & gula sampai kembang2. Bubuh esen vanila, kacau hingga rata3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai jadi doh4. Bulat2kan doh & gelek kat cornflakes*5. Bakar api sederhana* Cornflakes - kalau terlalu hancur dia akan keraskan biskut. Jadi ramas sikit2 je agar di pecah besar2 sebelum digelek kat doh tu...Aku rasa bahan yg buatkan dia sedap tu unsalted butter tu, sebab sebelum ni kita guna margerin… kurang mengancam... yg resepi ni memang rasa macam ada rasa susu sikit... seeeeddddaaaap....

CREAM PUFF

BAHAN PATRY :330 gm air190 gm mentegasecubit garam240 gm tepung gandum9 biji telur

CARANYA : 1 tin pembakar kuih dialas dasarnya dengan kertas alas kuih Tuangkan air, mentega dan garam kedalam mangkuk dan jerangkan diatas dapur hingga mendidih. Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung kedalam dan kacau dgn segera. Masak hingga adunan menjadi satu 'dough' yg besar dan tak melekat ditepi periuk. Turunkan dari dapur dan salinkan ini kedalam mangkuk pemukul dan biarkan adunan sejuk sebentar. Sesudah itu, pukul adunan sambil menuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis.(Sehingga boleh jatuh dari sudu). Masukkan adunan kedalam piping bag dan dgn menggunakan nozzle bintang, terapkan bulatan kecil-kecil. Bakar diketuhar selama 25 min dgn suhu 200 darjah. Bila sejuk, belahkan dua (tapi jgn putus) dan isikan dgn custard cream.

CUSTARD CREAM55 gm custard powder2 biji telur1 tin susu cair - dibahagikan dua 225 ml air160 gm gula1/2 sudu makan mentegasedikit esen vanilla

CARANYA : Bancuh custard powder dgn telur dan setengah tin susu cair. Tapis dan ketepikan. Air, setengah tin lagi susu cair dan gula dimasak diatas dapur hingga hampir mendidih. Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan telur dan custard powder tadi. Kacau adunan ini senantiasa hingga adunan agak pekat. Apabila sudah pekat, masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan krim ini sebelum diisikan kedalam pastry tadi.

GHOST & GOBLIN CRUMBLE BARS

BAHANNYA :1/2 cwn mentegaSecwn tepung serbaguna3/4 cwn oat segera1/3 cwn brown sugar1/2 sd teh baking soda1/2 sd teh esen vanila4 keping coklat Snickers, potong kpd 8 bhg

CARANYA : Panaskan oven kpd suhu 350 F. Minyakkan loyang berukuran 8 x 8 x 2 inci, ketepikan. Cairkan mentega didlm periuk besar. Angkat drpd api dan masukkan tepung, oat, brown sugar, baking soda dan esen vanila. Kacau segera sehingga ia berketul. Tekankan 2/3 bhg adunan kedlm loyang pembakar tadi. Susunkan coklat Snickers dipermukaannya. Tutupkan dgn lebihan adunan tadi. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sehingga sekeliling biskut menjadi keemasan. Potong kpd bentuk bar atau segiempat sebelum dihidangkan.

BISKUT ENJUT-ENJUT SIPUT

BAHANNYA :120 g tepung gandum + ¼ camt garam1 cams rata marjerin1 camb telur yg dipukul1 cams gula hangus1 cams pati santan1 cams pati lemuju¾ camt biji lemuju (direndam dgn sedikit air panas)4 biji lada hitam ) Basuh, keringkan dan¼ camt jintanputih) tumbuk hingga lumat

CARANYA :1. Ayak tepung dan garam dan ramas marjerin supaya menjadidoh2. Masukkan santan dan uli hingga menjadi doh3. Bentukkan menjadibebola kecil. Tekan bebola di atas acuan siput yg bergerigi hingga menjadikulit2 siput yg kecil Goreng sampai kekuningan

NOTA :cam = camca , cams maknanya camca sederhana, camt=camca teh,camb=camca besar.. ok ....

KEK GULA HANGUS 1

BAHANNYA :5 biji telur1/2 cawan magerin (dicairkan)1 cawan gula (½ dihanguskan + 1 cawan air, ½ lagi dipukul dgn. telur)1 cawan tepung gandum1 sudu/t soda bikarbonate

CARANYA : Hanguskan gula sehingga keperangan, apabila gula dah hancur campurkan air Telur dipukul bersama dgn. ½ cawan gula sehingga kembang Masukan majerin yang dah dicairkan kedalam gula yang dihanguskan tadi, selepas itu dicampurkan kedalam telur yang dipukul tadi akhir sekali masukan tepung bersama soda bikarbonate kedalam adunan–gaul rata Boleh lerr dikukus sehingga masak.(Biasanye ia mengambil masa yang lama untk. masak)

KEK GULA HANGUS 2

BAHANNYA :5 biji telur1/2 cawan magerin (dicairkan)1 cawan gula (1/2 dihanguskan + 1 cawan air, 1/2 lagi dipukul dgn. telur)1 cawan tepung gandum1 sudu/t soda bikarbonate

CARANYA : Hanguskan gula sehingga keperangan, apabila gula dah hancur campurkan air. Telur dipukul bersama dgn. ½ cawan gula hingga kembang. Masukan majerin yang dah dicairkan kedalam gula yang dihanguskan tadi, selepas itu dicampurkan kedalam telur yang dipukul tadi. akhir sekali masukan tepung bersama soda bikarbonate kedalam adunan –gaul rata. Boleh lerr dikukus sehingga masak. (Biasanye ia mengambil masa yang lama untk. masak).

KEK GULA HANGUS 3

BAHANNYA :300 ml Air2 cawan gula6 biji telur5 sudu besar planta2 sudu teh bikarbonat260 gram tepung gandum1 tin susu cair carnation

CARANYA : Untuk buatkan gula hangus. Ambil 1 cawan gula di goreng hingga perang. Kemudian masukkan air kedalam gula yang digoreng hingga perang tadi dan biarkan mendidih seketika. Sejukkan Mesin telur dan gula hingga kembang. Campurkan susu cair dan planta dan dimesin lagi. Semasa mesin sedang berputar masukkan bikarbonat dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga sebati. Apabila sudah sebati tuangkan kedalam loyang yang telah disapukan planta kemudian perap selama 4 jam. Kukus atau bakar selama lebih kurang 45 minit - 1 jam.

PILIHAN 1Jika tidak diperap selama 4 jam, apabila dikukus atau dibakar kek tersebut tidak akan naik dengan cantik dan gebu serta bersarang.

PILIHAN 2kalau ikutkan resipi saya, last sekali baru masukkan gula hangus tersebut dan kacaukan semula hingga rata.

KEK – PELBAGAI ICING

BAHANNYA :220 gm - Gula Icing30 gm - Cocoa3 tbsp

CARANYA :Masuk air, sesudu demi sesudu ke dalam bahan diatas sampai likat Then boleh laa, tabur kat atas kek.. Emmm sedop nye

CREAM MOUSE ICING

BAHANNYA :2 putih telur200 gm - icing sugar1 sp vanilla essence masukkan semua ke dalam blender kering dan blend sampai putih telur kental dan keras. Pasal tuu boleh guna mixer kering kerane bahan ni tak tumpah Coatkan kek anda dengan muose coating.. Sedap tak terhingga noh.. Low calorie jugak

CHOCOLATE – GLAZE ICING

BAHANNYA :220gm - Gula Icing30 gram cocoa powder3 sudu air Masuk bahan dia atas ke dalam magkuk dan tuang air sesudu demi sesudu, sampai cukup thick icing yang anda ingini .

FONDAN COAT

BAHANNYA :300gm - badam (Kisar sampai tepung)2sp - air270gm - icing sugar20gm - tepung jagung uli bahan diatas semacam doh dan canai untuk dicoverkan ke atas kek anda..Yummy!!!

MILKY ICING

BAHANNYA :4sp- Susu tepung230 gm - Icing sugar4tblesp - air mix all, lagi thick lagi bagus, then cover kek

MOCHA SUPER DUPER COAT

BAHANNYA :7gm - Coffee powder230gm - Icing sugar5 gm - tepung jagungair mix all and coat ur cake ..Hias dengan nuts hancur.

BISKUT – JAPANESE CRISP COOKIES

BAHAN A :200gm butter150gm icing sugar1 biji kuning telur125gm quaker oats20gm tepung jagung50gm tepung susu50gm black current50 gm cherry merah & hijau dihiris1/2 sudu teh vanilla35gm badam cincang [dibakar terlebih dahulu]80gm tepung gandum100gm cornflakes [brand kellogs - dihancurkan terlebih dahulu]Merah telur untuk disapu

CARANYA : Semua bahan2 kering hendaklah dicampurkan dan digaul terlebih dahulu. Pukul butter & gula icing sebentar lalu masukan telur, vanilla dan masukan semua bahan2 kering ke dalam adunan. Kemudian dicanai dan di potong2 mengikut citarasa anda sendiri. Selepas itu sapukan merah telur sebelum dibakar. Untuk perhatian anda semua ketika biskut ini dibakar, baunya amat menyelerakan.

PILIHAN : Biskut ini boleh juga ditekan dalam acuan buah kana. Sekiranya adunan anda agak lembik untuk ditekan dalam acauan atau dipotong2, sila tambahkan tepung jagung & tepung gandum.

* Black current tu boleh digantikan dgn kismis hitam, buah bukan jem.Then tepung susu tu lebih baik yg dibeli di kedai menjual bahan2 kuih, yg pakai timbang tu tak kira brand apa2, gurantee biskut nie memang sedap. Especially masa tengah bakar baunya mengancam... rasa lagi lah sedappppp......

KEK – JELLY LAYERED CAKE

BAHANNYA :250gm - Butter220gm - Sugar (Halus)450gm - Tepung Naik Sendiri }20gm - Cocoa Powder } Ayak bersamasecubit garam }6 Egg1sp Vanilla essence

FILLING :1 pek - agar agar5 gm -cocoa powder3 sp - susu cair1 sudu- Gula

CARA MEMBUAT KEK : Pukul mentega ,gula dan vanila sampai warnanye light yellow (anggaran 7 minit Pecahkan telur 6 biji tu ke dalam satu mangkuk dan pukul dengan garpu selama 2 minit Masukkan telur ke dalam adunan butter dan pukul selama 1 minit Masukkan tepung yang di ayak bersame dengan cocoa powder dan garam ke dalam adunan tadi Adunan menjadi kental dan buleh lah tuang ke dalam tin pembakar Tip: Lapik kan tin dengan grease proff paper so tepi kek cantikBakar kek , Suhu 170c dan timing 45 minit Selepas kek jadi sejuk, potong dua, bahagian bawah masih seperti biase tapi angkat bahagian atas. Tuangkan cocoa jelly kedalam loyang yang mengandungi lapisan bawah kek. Tunggu, at least 1 minit then masukkan balik lapisan atas Lepas kek dah set, bolehlah tuangkan chocolate glaze icing

CARA MEMBUAT COCOA JELLY/FILLING Potong kepingan agar agar dan masak dengan gula sampai separuh hancur then masukkan gula dan cocoa dan susu cair. sejukkan 1 minit then tuangkan keatas lapisan bawah kek tadi seperti arahan (8)

KAYA BALL

BAHANNYA :1 liter susu kotak (tak kira lah yg low fat ker full krim ker)6 biji telur1kg paket tepung (sampai dia jadi macam batter)

CARANYA :1. mula-mula masukkan susu dalam satu bekas, then masukkan tepung sedikit demi sedikit. 2. lepas tu masukkan telur dan pukul sampai kembang (sampai banyak keluar buih). tapi jgn pekat sgt nanti keras pulak .

MOIST CARROT CAKE

BAHANNYA :1 cawan minyak kacang1 cawan gula perang3 biji telurSatu setengah cawan tepung naik sendiri1 sudu kecil tepung bikarbonate2 sudu kecil serbuk bunga cengkihgaram2 biji lobak merah (diparut)3/4 cawan walnuts cincang

BAHAN UNTUK KRIM250 gm krim keju2 cawan gula icing2 suduteh jus lemon

CARANYA : Panaskan oven sehingga 180°C Pukul minyak, gula perang, telur hingga sebati Masukkan tepung, soda bicarbonate, serbuk bunga cengkih & garam Campurkan lobak & walnuts dan tuangkan kedalam loyang saiz 22cm Masak selama 22 - 26 minit dan sejukkan sebelum dibubuh icing

UNTUK ICING Pukul krim cheese sehingga kembang dan campurkan gula icing & jus lemon dan pukul lagi hingga sebati

CHEESE CAKE

BAHANNYA :1 cawan biskut (krim kreker pun boleh)3 sudu besar mentega3 sudu besar gula Lenyek biskut ngan mentega & gula. Masuk dlm acuan kek. Then bake for 10 minute kepanasan 350 4 ketul cheese Philadelphia (small pack)4 biji telur ayam3 sudu besar tepung gandum1 cawan gula1 sudu besar esen vanila2 tin creame Nestle1 biji lemon (di ambil perahan air limau)1 tin Blueberry Pie Filling

CARANYA : Semua bahan tadi diblend kecuali 1 biji lemon, bila dah blend masukan perahan limau. Kacau sikit biar sebati ngan lemon. (kalau nak masam lagi taruk 10 biji cikgu tak marah). Lepas tu tuangkan perlahan2 dlm acuan (acuan biskut yang dibakar tadi). Bakar kek dengan kepanasan sederhana 1 jam, atau 350 degree selama 30 minit atau sampai masak Bila masak kek tadi colour light yellow. Jangan panik bila kek dah nak sejuk selalunya terbelah sikit (crack). Paham-paham lah no, cheese kena bakar Bila dah sejuk, ambik blueberry pie filling tadi tuang atas kek perlahan-lahan biaq dia meleleh kat tepi-tepi kek tu, baru selera nengok. Kalau nak cantik lagi, cikgu suggest make-upkan kek nie, taruklah hirisan buah kiwi ka apricort ka, strawberry ka, whatever yang U suka

P/s: CHEESE CAKE NIE TAHAN LEBIH SEMINGGU, COVER CAKE NGAN ALUMINUIM FOIL, KEEP IN FREEZER

KEK KEJU

BAHANNYA :2 cawan biskut manis yang sudah dihancurkan100 gm mentega cairKedua dua bahan ini dicampurkan bersama sambil digaulkan hingga rata dan ditekankan adunan ini ke dalam acuan dan sejukkan sehingga keras didalam peti sejuk.

BAHAN UNTUK ISINYA :200 gm Philadelphia Cream Cheese1 bungkus Jelly Lemon1 sudu besar gelatin1 tin susu pekat1 tin besar Nestle's Cream1 cawan air panas2 sudu besar air lemon

CARANYA : Kacau Cream Cheese hingga cukup lembut. Cairkan Jelly Lemon dengan gelatin serta 1 cawan air panas. Campurkan susu pekat ke dalam adunan Cream Cheese dan adunan Jelly Lemon sambil dipukul hingga rata. Campurkan air lemon ke dalam Nestle's Cream sambil dipukul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan Cream Cheese. Tuangkan adunan ini ke dalam acuan yang berisi campuran biskut manis tadi. Setelah itu sejukkan kembali ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau sehari semalam. Setelah itu bolehlah dibakar hingga masak.

KEK COKLAT 1

BAHAN A :200 g tepung naik sendiri250 g soft brown sugar2 big spoon ovalette10 biji telur ayam2 sudu susu pekat4 sudu air sejuk /ais50 gram serbuk koko

BAHAN B :1 buku (250 g) mentega, cair dan sejukkan sedikit

TOPPING :Cooking chocolate (use double boiled method untuk mencairkannya) sedikit mentega badam hiris (untuk hiasan)

CARANYA :Semua bahan A dicampurkan sekali dan pukul dengan alat pemukul electric selama lebih kurang 10 ~15 minutes or sampai kembang. Selepas itu masukkan mentega yang dicairkan dan pukul lagi for a few minutes Selepas tu bolehlah dibaker selama 45 minutes atau sampai masak. Biarkan sejuk

UNTUK TOPPING campurkan sedikit mentega dan cooking chocolate. Cairkan guna double boiled method dan salutkan kek tadi. Apabila hampir keras topping nya, taburkan hirisan badam or hias sesuka hati

SOALAN :mentega tu nak kena panaskan(cair) dan sejukkan ke?. Kalau guna brown sugar yg biasa tu boleh ke? bukan soft brown sugar.

JAWAPAN :Mentega tu panaskan hingga cair & kemudian sejukkan sikit (mentega tu still cair) sebelum dicampurkan kedalam adunan kek yang dipukul. Kena guna soft brown sugar untuk tekstur yang lembut

KEK COKLAT II

BAHANNYA :1/2 cawan marjerin/butter1 1/2 cawan gula2 biji telur1 sudu teh esen almond1/2 cawan serbuk koko tanpa pemanis1 3/4 cawan tepung kek 1 1/4 sudu teh baking soda }satukan1 sudu teh garam

CARANYA : Panaskan oven 175°C Pukul butter dan gula sampai ringan dan kembang. Campurkan telur dan esen almond dan pukul rata. Campurkan serbuk koko dan adun sebati. Masukkan adunan tepung ke dalambancuhan butter dan kacau sebati Masukkan dalam bekas yg berukuran 9'' X 13''

KEK COKLAT III

BAHANNYA :2 cawan putih telur1/4 sudu teh garam1 1/4 sudu tehkrim of tartar1 1/4 cawan gula1 1/4 cawan confectioner sugar1 1/4cawan tepung kek1 1/4 cawan serbuk koko1 1/4 sudu teh esen vanila

CARANYA : Panaskan oven 165°C Adunkan confectioner sugar, tepung kek dan serbuk koko Pukul putih telur, garam dan krim of tartar sampai kembang. Masukkan 2 sudu gula ke dlm adunan telur dan pukul lagi. Buat sehingga gula habis. Pukul adunan tersebut. Campurkan campuran telur ke dalam tepung dan pukul/gaul sebati dan masukkanesen vanila Bakar selama 1 jam di dalam bekas berukuran 10''.

CHOCOLATE CAKE IV

BAHANNYA :150gm butter150gm brown sugar125gm tepung naiksendiri25 gm serbuk koko1 sudu makan ovalette - untuk melembutkankek3 biji telur - gred B3 sudu makan susu segaresen vanilla

CARANYA : Ayak tepung bersama serbuk koko Pukul butter dan brown sugar sampai kembang Masukkan telur satu per satu Masukkan ovalette dan esen vanilla Masukkan tepung - kacau rata Masukkan susu segar dan kacau rata Bakar dalam suhu 180C sampai masak

TOPPING :1 cawan serbuk koko - hendaklah diayak1/2 tin kecil susupekat3 sudu makan minyak masak

CARA MEMBUAT DOUBLE-BOILER Panaskan minyak dan susu - kacau rata Masukkan serbuk koko - masak hingga mix well Sejukkan sekejap baru sapu atas kek.

KEK DURIAN

BAHANNYA :250 gm butter225 gm gula kastor5 biji telor100 gm isi durian dan dihancurkan3 sudu makan susu tepung250 gm tepung naik sendiri1 sudu teh soda bikarbonate½ sudu teh garam

CARANYA :1.Panaskan oven ke 170 c dan griskan acuan kek.2.Ayak tepung naik sendiri dan soda bikarbonate. Gaulkan garam ke alam tepung.3.Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul rata setiap kali telur dimasukkan.4.Masukkan isi durian dan masukkan tepung berselang-seli dengan susu.5.Tuang ke dalam acuan dan bakar selama 1 - 1 ¼ jam atau hingga kek masak.

KEK KUKUS

BAHANNYA :3 cawan tepung gandum1 ½ cawan aiskrim soda1 sudu teh bikarbonat } diayak kedalam 1 sudu teh krim of tartar } tepung gandum1 cawan gula hangus 1 kotak buah buahan campuran1 cawan gula halus1 biji (biji buah pala) diparut1 sudu besar esen vanila6 biji telurSedikit parutan kulit limau

CARANYA : pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau rata. Masukkan serbuk biji buah pala,parutan kulit limau dan esen vanila. Kacau hingga sebati. Masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan bikarbonat dan krim of tartar tadi (kacau sebati) Kemudian masukkan gula hangus dan aikrim soda sambil dikacau hingga rata. Akhir sekali masukkan buah buahan campuran . Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 1/2jam atau cucuk dengan lidi jika tidak melekat itu tandanya sudah masak.

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN

BAHANNYA :4 biji telur1 ½ cawan gula [½ cawan dimasak tanpa air]203.5 gm tepung gandum 6 oz butter [dipukul kembang terlebih dahulu]1 kotak mixed fruitSedikit krim tartar & Bicarbonate of Soda

CARANYA : Putih telur dipukul hingga kembang [jadi buih] then masukkan merah telur dan pukul lagi. Masukan gula pasir dan pukul lagi. Then masukan butter yg telah dipukul dan pukul lagi. Tepung diayak bersama tartar & soda dan gaulkan dgn mixed fruit ini bagi mengelakan buah2 kering ini mendap. Kemudian masukan campuran tepung ini kedalam adunan butter tadi. Kacau sebati. Kaup dan balikan. Last sekali masukan gula hangus dan kacau lah dgn cepat bagi mengelakkan gula tersebut beku. Kukuslah selama 2 jam. Pastikan keliling acuan disapukan sedikit butter dan ditaburkan tepung bagi mengelakan kek melekat pada acuan.

TIPS :Sekiranya nya anda hendak membuat kek yg lebih besar, gandakan bahan2 tersebut dan kukuslah selama 4 jam.

KEK LAPIS

BAHANNYA :3 biji telur yg besar90 g gula halus90 g tepung gandum - diayak dan dijemur supaya teksturnya ringan1 sudu teh esen vanila + 1 sudu teh air suamjem strawberry/ rasberi

CARANYA :1. Pukul telur dan gula dlm mangkuk yg diletak di atas air suam hingga adunan menjadi ringan dan kembang atau hingga bila kita lorek nampak kesannya.2. Tambahkan esen vanila.3. Masukkan 1/2 dari tepung ke dlm adunan dan kaup dan balikkan dgn perlahan2. Kemudian masukkan lagi ½ tepung kedlm adunan dan kaup balikkan perlahan2.4. Sediakan 2 loyang/tin pembakar. Alaskan setiap loyang dan taburkan tepung sedikit dan tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar dlm oven selama lebih kurang 20 minit - 190 C5. Bila dah masak sejukkan dan kemudian ratakan jem yg dipanaskan pada kedua2 bahagian bawah bahulu dan lapiskan kedua2nya sekali.

MANGO CAKE

BAHANNYA :1 cup sugar 1 tsp. cinnamon 2 tsp. baking soda 1/2 tsp. salt 3 eggs, well beaten 1 tsp. vanilla 1 8 oz. can (or fresh) crushed pineapple 1 1/2 cups chopped mango 1/2 cup chopped walnuts 1/2 cup raisins 2 cups flour

CARANYA :Step 1: Mix cinnamon, baking soda & salt.Step 2: Mix eggs, vanilla and crushed pineapple.Step 3: Mix mangos, walnuts and raisins.Step 4: Combine all ingredients together. Pour into prepared 9"x11" pan and let sit for 20 minutes. Bake at 350' for 40-45 minutes.

KEK PISANG KAYU MANIS

BAHANNYA :185g mentega230g gula kastor230g tepung)2 sudu teh serbuk penaik) diayak1/2 sudu teh bicarbonate of soda")1/2 teh serbuk kayu manis )1/4 sudu teh garam)5 kuning telur)4 putih telur) diputar3 sudu besar gula)300g pisang lenyek1/4 sudu teh esen pisang

CARANYA : Gris dan lapik bekas pembakar Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur perlahan-lahan. Masukkan tepung, esen dan pisang lenyek. Masukkan putih telur ke dalam campuran. Tuang bancuhan ke dalam bekas pembakar. Bakar selama 30-35 minit di dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke tahap 180 darjah C. Potong dan Hidang.

TIPS :Untuk menggunakan One Touch Menu: Tekan COMBINATION dan tekan berat Campuran kek. Tekan START.KEK PISANG KAYU MANIS Kek yang biasanya mengambil masa 45 minit-1 jam akan masuk di dalam masa 15-20 minit sahaja jika menggunakan model Combination.

KEK MARBLE

BAHANNYA :250gm butter250 gm tepung naik sendiri250gm gula halus6 biji telur1 sudu teh esen vanila

CARANYA :1. Panaskan oven ke suhu 170c Ayak tepung. Pukul butter dengan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila, kacau rata. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap kali telur dimasukkan kedalam adunan, pukul hingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga rata adunan setiap kali tepung dimasukkan. Bahagikan adunan kepada dua warna. Satu dibubuh serbuk koko (preferably Koko Van Houtan) Masukkan kedalam acuan berselang-seli hingga habis. Bakar selama 45 minit atau 1 jam. (cucuk dengan lidi selepas 45 minit dibakar. Jika lidi dikeluarkan basah, masukkan semula selama 15 minit lagi)

P/S : Pukul adunan dalam sehala sahaja. Jangan pusing-pusingkan arah putaran anda.

KEK COKLAT MINYAK

BAHANNYA :2 Cawan gula (ikut suka kalau tak suka manis boleh kurangkan)2 Biji Telur Ayam1 3/4 cawan Tepung Gandum }1/2 Cawan Serbuk Koko } Diayak sama1 1/2 Sudu Teh Baking Powder }1 1/2 Sudu Teh Bikarbonat }1/2 cawan Minyak Masak (apa-apa jenis pun boleh)1/2 Tin Susu Cair1 sudu Teh Vanila1 Cawan Air Panas (yg baru lepas masak)

CARANYA : Kacau gula & Telur sekadar sebati sahaja (jgn kacau lama dlm 4-5 kali kacau cukup - cuma utk buat gula & telur sebati kemudian tuangkan susu cair & vanila kacau 1-2 kali utk sebatikan lepas tu tuangkan minyak masak kacau sebati Bila dah sebati tuangkan tepung yg telah diayak bersama serbuk koko, baking powder & bikarbonat sedikit sedikit kacau sebati Bila dah sebati adunan tadi (tak ada nampak tepung lagi) tuangkan air panas (air yg betul2 lepas mendidih) kacau 2-3 kali tuang dalam acuan terus dibakar (jgn tunggu). bakar selama 45 minit ke 1jam Bila sejuk baru dipotong

PILIHAN :

Saya cuma nak kongsi pengalaman buat kek coklat nie... saya rasa kek kak Zainon tu mampat sebab adunan kek tu kurang tepung dan adunan tersebut menjadi sedikit cairCuba kak Zainon tambahkan tepung sikit biar adunan tu sedikit likat… dulu saya buat pun camtu jugak, kek mampat bahagian bawah. Alhamdulillah kek saya menjadi dan lembut sekali selepas saya tambah tepung.

Dulu kek saya asyik turun selepas sejuk, masa dah masak tu bukan main lagi naiknya... geram pulak.. lastly saya tukar tepung gandum dengan tepung naik sendiri... barulah ok.. sekarang kek coklat yg saya buat memang dapat pujian dr keluarga la... hehehe masuk bakul angkat sendiri jap...

KEK ORANGE

BAHANNYA :350g butter400g castor sugar1 teaspoon vanilla essence6 eggsGrated rind of 2 orangesGrated rind of 1 lemon350g plain flour50g cornflour2 teaspoons baking powder250ml orange juice3 tablespoons lemon juice

CARANYA : Cream the butter in a bowl, then incorporate 300g sugar, the vanilla, eggs, grated rind of 1 orange and ½ lemon. Sift the flour, cornflour and baking powder separately and add to the mixture. Turn the mixture into a fluted ring mould. Bake in preheated oven at 180 c for 1 hour. Turn out of the mould. Clean the mould, then replace the cake. Prick it in several places with a cocktail stick. Combine the orange and lemon juice with the remaining sugar and lemon rind. Pour half of the mixture over the cake, then turn the cake out of the mould. Prick the cake again with the cocktail stick, then sprinkle the rest of the mixture over it.

ORANGE BUTTER CAKE

BAHANNYA :8.5 oz Butter7 oz Castor sugar4 (A) Eggs2 Oranges - grated8 oz Self-raising flour1 tbsp ideal milk (can change to low fat, uht and etc.)1 tsp vanilla

CARANYA : Cream butter and sugar till light and fluffy. Add in orange skin then add in egg one at a time. Beat well after each addition. Sift and stir in flour half at a time. Stir in milk. Bake at 180C for 45 mins.

KEK PERMAISURI BUAH-BUAHAN

BAHANNYA :

1 tin butter yg diberi nama "Churn" made in New Zealand (tin keemasan dan biru)1 tin gula halus (untuk menyukat gula & tepung, kita MESTI GUNAKAN tin butter ini juga, jangan guna penyukat yg lain).2 tin tepung kek naik sendiri9 biji telur (yg dipukul hingga gebu segebu-gebunya)1 kotak buah-buahan campuran (kotak warna merah tu apa nama? "Sun Maid" kalau tak silap la)Jangan lupa kertas kek yg kecik-kecik tu - about 100 (satu adunan ni boleh dapat more than 100 biji)1 kotak kecil manik gula yg warna-warni tu untuk hiasan1 sudu kecil perasa vanilla½ cawan gula hangus - cara nak buat gula hangusnya ialah dengan menggunakan setengah cawan gula dan setengah cawan susu cair Ideal. (nak buat gula hangus ni memang susah tau, sebab dibuat dengan susu cair)10. Jangan lupa gunakan petitin kek untuk buat "cup cake" (kalau tak guna petitin kek macam ni, nanti macam mana kek kita nak naik dengan cantik.. kembang macam bunga kantan pulak!)

TIPS & PANTANG LARANG UNTUK MEMBUAT KEK PERMAISURI

1. Tepung kek naik sendiri tu hendaklah terlebih dahulu diayak beberapa kali setelah disukat. Ini amat penting kerana the more kita ayak tepung tu, lebih ringanlah jadinya, dan kek kita akan naik gebu macam tuan yg buat tulah (kalau tuannya kurus, tak tahulah, kan? Hehehe.. gurau sikit!)2.Buah-buahan tu kalau boleh jemur dulu untuk memastikan ia kering & ringan, kemudian taburkan sedikit tepung, agar ia tidak bercantum-cantum3. Gula hangus tu JANGAN buat awal-awal, takut ia terlalu sejuk. Gula hangus yg baik ia tak beku setelah sejuk, namun jangan pula ia terlalu panas bila hendak dicampurkan dengan adunan nanti4. Kacaubrukul mentega dengan gula tu satu hala aje... jangan kejap hala kiri, kejap hala kanan....dan lagi satu, masa nak taruh tepung dalam adunan, balik-balikkan ia agar ia jadi ringan dan bila naik nanti dia tak turun balik/kek tak jadi lesut

CARANYA :

1. Mula-mula, seperti biasa, kita pukul hingga kembang (sekarang ni kita pakai mesin aje) butter dengan gula.2. Masukkan telur satu persatu atau sedikit demi sedikit - telur tu mestilah telah digebukan (fluffy) terlebih dahulu.3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan balik-balikkan .4. Masukkan buah-buahan kering tu dan pastikan buah-buahan tu tak mendap ke bawah adunan itu.5. Masukkan vanila beserta gula hangus tadi.6. Gunakan sudu kecil untuk memasukkan adunan itu dan make sure jangan terlalu penuh, sebab kek ni kalau naik nanti tak cantiklah melempah pulak kek melebihi sarung kek tu!7. Taburkan manik-manik gula yg berwarna-wani sebagai hiasan. Manik-manik gula ni kadang-kadang akan jadi kembang dan tak berapa menonjol sangat. Tapi warnanya tetap cantik.8. Bakar dalam oven yg tidak terlalu panas. Kalau panas sangat, kek akan cepat naik tapi lesut mendadak / jadi hangus pun ya jugak!

Perlu saya ingatkan bahawa kek ni adunannya terlalu ringan dan nampak macam agak cair. Tapi, don't worry. Jangan pandai-pandai pergi tambah lagi tepung... aduh... nanti kek tu jadi berat & keras. Ia akan jadi kurang gebu.

KEK PISANG

BAHANNYA :3 bijik telur1 cawan gula2 cawan tepung gandum3 bijik pisang (kalau pisang berangan 2 bijik pon ok.. ataupun pisang tu 1 cawan dah dilenyek)1/2 cawan minyak masak (boleh dikurangkan demi kesihatan sejagat dan kecantikan kek)1 camca kecil bicarbonatesedikit vanilla

CARANYA :1) Pukul telur sampai kembang2) Masukkan vanilla3) Masukkan gula (saya selalu pukul gula ngan telur skali.. bior hancus sket gula tu)4) Masukkan pisang yg dah dilenyek dan kacau5) Masukkan tepung, kacau.6) Masukkan minyak... oops.. bicarbonate jgn lupe..7) Masukkan ke dalam acu yg disapu minyak, dan bakar. (saya selalu pakai suhu dalam 325 Fahrenheit lebih kurang 1/2 jam)8) Bolehla dimakan lepas baca Bismillah utk yg Muslims...*Kalao minyak lebih, ia akan menyebabkan kek menjadi basah, dan tak nampak gebu. So, agak2lah supaya minyak tak terlampau melakung di dalam adunan kek.

KEK SUJI (SEMOLINA)

BAHANNYA :5 biji telur50gm tepung naik sendiri (diayak)250gm butter1 cup castor sugar200gm tepung semolina (suji)sedikit badam hancur / kepingan badam (pilihan sendiri)1 camca the essen vanila

1. Pukul butter & gula castor hingga kembang.2. Masukkan telur sebiji-sebiji dan dipukul rata.3. Masukkan badam hancur @ kepingan badam.4. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung suji.5. Bakar pada suhu 180 c selama 45 min - 1 jam.

TIPS :Rasanya lain sedikit daripada kek yang diadun mengunakan tepung gandum atau tepung kek. Sementara itu pemilihan butter juga memainkan peranan kerana ia akan "menaikkan" aroma kek tersebut.

BINGKA CUCUQ UDANG BAKAR

BAHANNYA :Daun kucai dipotong halusTaugehBawang merah dihiris halusCabai dihiris halusTaukua di potong daduMasukkan isi ayam kalu suka daging pun boleh campur

CARANYA : Masukkan kesemua bahan A kedalam tepung gandum yang telah dibancuh dengan santan kelapa (50sen). Jangan terlalu pekat atau cair. Masukkan secubit garam dan pecahkan 2 biji telur. Gaulkan rata-rata. kemudian sedia untuk dibakar. Gunakan loyang untuk membakar bingka.Agak lama jugak nak masak benda ni lebih kurang 45 minit. Bila side dia dah agak kekuningan (agak garing) boleh la disejukkan dulu. Kalau panas dia agak lembut. Sedap dimakan bersama kuah kacang.

TIPS :For the weight watcher, why not try this resepi tak payah goreng cuma bakar aje macam bakar bingka ubi kayu

BISKUT CORNFLAKES MADU 1

BAHAN A :1 kotak cornflakes2 sudu besar planta3 sudu besar gula pasir1 botol madu lebah (Australia honey - dijual dikedai kek)bijan,kacang tanah,badam (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)ceri merah/hijau (untuk hiasan)paper cup

CARANYA : Cairkan planta + gula, kacau rata, masukkan cornflakes, Kemudian sira dgn madu lebah kacau perlahan, diatas api perlahan. Taburkan bijan,kacang tanah, badam (yg telah ditumbuk kasar) Masukkan didlm paper cup semasa masih panas, hias dengan ceri merah atau hijau.

PILIHAN 1Digantikan dgn madu jenis lain pun boleh, madu ni pekat, untuk 1 kotak kecil cornflakes - 250gram madu. Kalau kurang madu, cornflakes tak melekat, boleh berderai.

PILIHAN 2sesudah mencairkan planta dan gula diatas api yg sederhana, masukkan cornflakes, kemudian baru masukkan madu dan kacau rata semua sekali, tak payah dibakar. Bila dah sejuk boleh terus dimakan.

BISKUT CONFLAKES MADU 2

BAHANNYA :6 cawan corn flakes3/4 cawan gula castor1/2 cawan mentega4 sudu besar madu1 sudu teh esen vanila/ros1 cawan bijan1 cawan kacang / gajus/ almondcholocolate rice / manisan manik

CARANYA : Panaskan mentega, gula, esen & madu di atas kuali dgn api yg sederhana hingga cair & sebati. Ramaskan cornflakes tapi jangan sampai hancur. Lepas tu gaulkan semua bahan2 tadi dalam 1 mangkuk besar. Masukan kacang & bijan. Gaul rata. Bila dah rata bolehlah masuk dalam paper cup yg telah disapu sedikit majerin (nak elak dari melekat). Bolehlah tabur chocolate rice / manisan manik di atas. Bakar dalam 5-8 minit. Agak2 dah masak bolehlah angkat.

BISKUT CONFLAKES MADU 3

BAHANNYA :¼ cawan mentega¼ cawan madu1 sudu makan gula4 cawan cornflakes½ cawan kacang yg telah digoreng tanpa minyak (buang kulit)-tumbuk kasar

CARANYA : Mentega, madu dan gula dimasukkan ke dalam periuk. Masak dengan api yg kecil, kacau sehingga mentega cair. Cornflakes dan kacang dicampurkan ke dalam mangkuk. Tuangkan bancuhan mentega dan madu tadi kedalam mangkuk yg berisi cornflakes dan kacang tadi. Gaul rata dan masukkan dlm cawan kertas menggunakan sudu makan. kemudian susun dalam loyang dan bakar selama lebih kurang 10 minit.

BISKUT CONFLAKES MADU 4

BAHANNYA :1 kotak cornflakes yang saiz besar1 buku buttercup1 botol madu (size biasa)1 tin susu pekat (375 ml - yang pendek)1 tin kelapa kering1 cawan badam keping1 cawan gajus - dicincangCupcakes

CARANYA : Cairkan butter sampai betul-betul cair Masukkan madu, susu pekat - kacau rata Masukkan cornflakes, kelapa, badam dan gajus. Kacau rata dan angkat Masukkan dalam cupcakes dan bakar semula di dalam oven.

BISKUT CONFLAKES MADU 5

BAHANNYA :1 kotak cornflakes1 botol madu2-3 sudu gula pasir1 mangkuk badam keping

CARANYA : Cairkan madu dan gula Setelah betul-betul cair masukkan cornflakes dan badam Kacau rata dan angkat Masukkan dalam cupcakes dan baker

KUIH MAKMUR

BAHANNYA :tepung gandumminyak sapi - dicairkansedikit garamgula ising

INTIkacang tanah - digoreng dan di tumbuksusu pekatgulasedikt air

CARANYA :1. uli tepung + minyak sapi + garam sampai ia lembut dan dohnya tidak melekat pada jari2. Intinya : campurkan semua inti dan masak sehingga pekat dan likat. Dah masak bulat2kan kecil23. ambil adunan sedikit dan letakkan intinya ditengah dan bulatkan @ bujur terserah4. Bakar dlm ketuhar selama lebih kurang 25 minit 180 celcius.5. dah masak gaulkan biskut tu dengan gula icing. sejukkan dan simpan dlm bekas kedap udara

BISKUT MAMA CARRIES 1

BAHANNYA :300gm butter400gm flour100gm icing sugar120gm milk powder1 tsp vanilla essence

BAHAN UNTUK TOPPING1 ½ egg whites )150gm icing sugar)Mix all together using15gm cornflour) fork.Beat until well mix.½ tsp vanilla)chocolate emulco

CARANYA :1. Cream butter, sugar, and vanilla essence together. Add inflour and milk powder, mix well.2. Roll out the dough and cut into desiredshape (preferrably love shape)3. Use the index fingers to spread the topping on the dough.4. Use chocolate emulco and tooth pick to draw thedrawings.5. Bake at 180oC for 15 mins.

BISKUT MAMA CARRIES 2

BAHAN – UNTUK BISKUT300 gram mentega400 gram tepung gamdumprotin sederhana100 gram gula aising120 gram susu tepung1 sudu tehesen vanila

BAHAN UNTUK TOPPING1 1/2 biji putih telor150 gram gula aising15gram tepung jagung1/2 sudu teh vanilla

CARA MEMBUAT TOPPINGCampurkan kesemua bahan untuk topping dan kacau dengan sudu garpu.

CARA MEMBUAT BISKUT :1. Pukul mentega, gula dan esen vanila. Masukkantepung dan susu tepung dan gaul rata (tepung hendaklah diayak dahulu).2.Canai adunan dan terap dengan acuan bentuk LOVE3. Guna jari telunjuk untukmeletakkan topping di atasnya.4. Gunakan coklat emulco dan pencungkil gigiuntuk melukis corak. Lukis corak seperti sayap kupu-kupu (apa-apa corak punbolehhhhh)5. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga masak

BISKUT MAMA CARRIES 3

BAHAN A180 gram mentegasecubit garam120 gram gulasedikitsesn vanila

BAHAN B240 gram tepung protin sederhana3 sudu besar tepung HunKwee1/2 sudu teh sodium bikarbonat 160 keping mangkuk kertas coklat220gram kacang gajuscoklat masak yg telah dicairkan tanpa minyak

CARANYA :1. Pukul Bahan (A) sehingga ringan dan kembang2. Ayak bahan(B)3. Campurkan (A) and (B) sehingga menjadi adunan lembut4. Isikanadunan ke dalam mangkuk kertas. Letakkan gajus di tengah-tengahnya5. Bakarsehingga kuning emas pada suhu 180 darjah C selama 25 minit. Biarkan sejuk6.Akhir sekali picikan coklat cair ke atas biskut dgn menggunakan nozel no.22

BISKUT MAMA CARRIES 4

BAHANNYA :150gbutter60g gula icing210g tepung gandum85g tepung jagung

CARANYA : Satukan semua bahan, dan uli. Kalau kering tambah butter, kalau basah tambah tepung. Terap mengikut bentuk hati.

KRIMNYA :1/2 biji putih telur90g gula icingtepung jagungsecukupnya (anggaran 1 sudu)

CARANYA : Pukul putih telur sehingga kembang dan putih gebu. Masukkan gula icing dan kacau lagi. Masukkan tepung jagung dan sapukan atas biskut. Ambil sedikit bahan (1) dan masukkan serbuk koko untuk lakaran atas biskut.

BISKUT MARIE CHOCOLATE CAKE

BAHANNYA :1 cawan buttercup1 cawan gula4 biji telur (sederhana)2 sudu besar susu pekat manis (ikut rasa)essence vanillacocoa powder satu botol kecik (dlm 5 sudu besar) serbuk van houten pun bolehsatu packet biskut marie

CARANYA : pukul butter and gula together bila kembang masukkan telur satu-satu masukkan susu and essence vanilla masukkan chocolate powder masak semua campuran dengan api yang perlahan sampai likat biskut marie patah-patahkan dua gaulkan campuran yang dah likat tu dengan biskut marie masukkan adunan dalam bekas dan tekan-tekankan sehingga padat tekan menggunakan plastik supaya tidak melekat kat tangan dan supaya tekanan seragam

KEK COKLAT MINYAK (KUKUS)

BAHANNYA :1 cawan serbok koko (kalau nak hitam lagi tambah 1 sudu sedang serbok kopi/nescafe) tapi masih dalam 1 cawan ..maknanya bila campor dengan kopi tu masih 1 cawan).1 cawan gula pasir2 biji telur1¼ cawan tepung gandum1 cawan susu pekat1 cawan air1 cawan minyak1 sudu sedang soda bikarbonat ..

CARANYA :

Pukul telur dengan gula hingga kembang/hancur. Bila dah kembang masukkan air kemudian susu. Lepas tu masukkan tepung dan

serbuk penaik serta koko sedikit demi sedikit sambil mengacaunya.

CHOCOLATE MOUSSE 1

BAHANNYA :

250g butter, any brand will do (satu buku)400g gula halus (gula biasa yang halus pun boleh guna juga, not necessary castor sugar)6 biji telur (telur dibasuh dahulu untuk mengelakkan kek berperisa ????? ayam)3 cawan tepung gandum naik sendiri1 cawan serbuk koko1 cawan susu (kalau suka gunakan 4 sudu susu tepung dan bancuhkan di dalam 1 cawan air)1 cawan air panas1 sudu kecil garam halus1 sudu kecil soda bikarbonate1 sudu kecil baking powder1 sudu kecil esen vanila

TOPPING :250 g coklat bar kurang manis100 ml whipping cream (1/2 kotak kecil)

CARANYA : campurkan tepung, soda, baking powder dan garam campurkan serbuk koko dengan air panas, dikacau hingga larut, dan campurkan dengan susu pukul butter dengan gula, bila dah naik (warna putih) campurkan telur sebiji demi sebiji. masukkan vanilla, kacau rata, masukkan tepung dan campuran koko berselang-seli sampai habis. ratakan butter pada loyang (25 x 25 x 7 cm), taburkan tepung. Lapikkan dasar loyang dengan kertas minyak. (kertas ni amat perlu kerana kek ni sangat lembut dan gebu, kalau tak lapik ia akan melekat dan pecah) Bakar pada suhu 180oC selama 2.5 - 3 jam (suhu perlu sentiasa selaras kerana kalau suhu tinggi sangat, kek jadi padat dan tidak lembut dan jadi macam kek coklat biasa le, tak jadi lembab dah). Oven elektrik lebih baik kerana suhunya dapat dikawal dengan lebih tepat. Bila dah masak, biar sejuk dahulu, keluarkan dari loyang. Letak topping keliling dan taburkan coklat urai.

CARA SEDIAKAN TOPPING : Cairkan coklat bar di dalam kukus air (didihkan air dalam periuk besar, masukkan periuk yang lebih kecil) Gunakan api kecil supaya coklat tidak terlalu kering. Masukkankan whipping cream, kacau sebati dan sedikit pekat. Keluarkan, dan sedia untuk topping. Bila dah complete beratnya lebih kurang 2 ++ kg. Besar dan sedap. Cubalah.

CHOCOLATE MOUSSE 2

BAHANNYA :625 gm Coklat masak225 gm Marjerin325 Tepung Naik sendiri500 ml air sejuksecubit garam250 gm gula3 biji telur.

CARANYA : Masak coklat bersama marjerin hingga cair masukkan air sejuk dan kacau sehingga rata. Biarkan ia sejuk. Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang. Masukkan garam. Selepas itu masukkan tepung naik sendiri dan coklat tadi berselang seli. Bakar pada suhu 170 darjah celsius. Anda akan dapat sebuah kek coklat yang teramatlah lazatnya.

TIPS :SOALAN :saya ingat bertanye, kalau resipi ini telah menggunakan tepung naik sendiriperlu ke kita tambahkan lagi baking powder...???

SOALAN :saya ini nak bertanya sedikit; untuk membakarnya selama 2.5 hingga 3 jam.... Tidakkah terlalu lama dengan ketinggian suhu 180 . Tak ke hangus kek tuHarap dapat tolong jawab kemusykilan saya

JAWAPAN :Insyallah tak hangus sebab resepi kek yang saya beri tempohari adalah untuk yang beratnya up to 2 Kg. Besarkan.... Jadi tempoh bakar tu memadai. Harap dapat mencubanya sebab rasanya memang sedap. Nurul Izzah Ahmad

SOALAN :Saudari Misleha boleh tak saya tanya sikit, macam mana saya nak adjust oven. sebab oven saya cuma ada control api atas/bawah je tak de suhu. saya bakar kek selalu hangus. kalau pakai api bawah aje lambat sangat pulak sampai 3/4 jam. kalau pakai atas bawah terus hangus tapi tengah tak masak. pakai atas saja lagi cepat hangus tapi bawah tak masak (cair).Harap boleh membantu. Terima kasih.

JAWAPAN :SEBENARNYA NAK BAKAR CHOCOLATE KEK INI, BEGINI CARANYA, PANASKAN OVEN SELAMA 10 - 15 MINIT, KEMUDIAN MASUKKAN KEK TADI DENGAN SUHU 170 SELAMA 1/2 JAM KEMUDIAN PELAHANKAN KEPANASANNYA KEPADA 150, BARU CANTIK JADINYA, DAN SEDAP...SELAMAT MENCUBA.

MUFFIN BERCOKLAT

BAHAN A :Kesemua bahan ini diayak sekali,1 cawan tepung gandum1/4 cawan serbuk koko2 camt serbuk penaik1/2 camt garam

BAHAN B :2/3 cawan gula pasir1/2 cawan susu1/3 cawan minyak jagung1 biji telur

BAHAN C :1/2 cawan coklat chip1/2 cawan kismis1/2 cawan kacang tanah yang dikisar kasar

CARANYA :Campurkan bahan A & B hingga rata dan sebati, masukkan bahan C dan gaul rata. Masukkan adunan ke dalam acuan kertas muffin yang berukuran 6cm. Bakar pada suhu 190'C hingga masak (20-25 minit).

MUFFIN APPLE(utk 6 biji)

BAHAN A :tepung : 175m gbaking powder : 1 sudu kecilCinamon : 1/2 sudu kecilgaram : cukup-2

BAHAN B :telor : 1 bijisusu : 140 ccgula : 80 gminyak goreng/butter : 60 gapple : 90 g

CARANYA : panaskan oven gula dipukul dengan minyak goreng kemudian masukkan telur , pukul sebentar kemudian masukkan susu , pas tu kacau kendian masukkan bahan a, dan kacau kemudian masukkan apple yang telah dipotong seperti kiub kecik-2 kendian adonan itu masukkan ke acuan yang telah dialas dengan kertas minyak bakar dalam oven 175C selama 20 minit

MUFFIN BLUBERRI

BAHANNYA :350 gm tepung gandum1 sudu makan baking powder80 gm gula kastor2 biji telur300 ml susu segar90 gm butter di cairkan1 sudu teh esen vanilla180 gm frozen bluberry (boleh di dapati di supermarket)

CARANYA : Ayak tepung bersama baking powder di dalam sebuah mangkuk. Masukkan gula kastor. Ketepikan. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur bersama susu, masukkan butter yang telah di cairkan serta vanila, pukul hingga adunan sebati. Kemudian, masukkan adunan ini kedalam mangkuk adunan kering tadi. Secara perlahan-lahan masukkan bluberri, kacau rata. Sediakan tray muffin yang telah di lenserkan. Cedukkan adunan kedalam tray muffin sehingga penuh. Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah celcius selama 20-25 minit atau sehingga muffin berwarna kuning keemasan. Apabila masak, biarkan lebih kurang 5 minit sebelum di keluarkan dan diletakkan di atas redai kuih. Hidangkan panas. Resepi ini untuk 12 biji muffin.

MUFFIN PISANG

BAHANNYA : 250 gm mentega1 cawan gula perang3 cawan pisangan berangan masak yang dilenyek½ cawan susu pekat manis2 sudu teh vanila4 biji telur4 cawan tepung serbaguna2 sudu teh baking powder2 sudu teh baking soda1 sudu teh garam1 cawan badam cincang

CARANYA : Panaskan ketuhar pada 180 darjah celsius. Griskan acuan kertas dan masuk ke dalam bekas acuan. Dalam mangkuk besar pukul mentega dan gula perang hingga gebu. Masukkan pisang, susu, vanila dan telur. Kacau rata. Masukkan tepung serbaguna, baking powder, baking soda dan garam. Gaul rata dan masukkan badam cincang. Masukkan ke dalam acuan kertas hingga separuh penuh dan bakar di antara 20 hingga 25 minit.

TID BITS

BAHAN A :bwg merahbwg putihMinced beeftomato pureebaked bean (in tomato sauce)-->>sukatan sesuka rasa :)sedikit garamsedikit cumin (jintah putih)

BAHAN B :75% mozarella cheese25% cheddar(kalau nak guna 100% mozarella pon boleh)-shredded

BASE :keropok tortilas (byk kat pasaraya)(kalau takde boleh beli nachos, prefereably natural/original flavour, kalau ader flavour rasa dier jadi lain sikit)-saya buat guna nachos cheese flavour

ACUAN :aluminium foil lipat-lipat bentuk 4 segi untuk bekas diersize dalam 3 " x 5"

CARANYA : tumis bwg merah & bwg putih yg telah ditumbuk bile bwg dah wangi masukkan tomato puree masukkan mince beef masukkan baked beans stir sampai daging masak & wangi biler air daging dah kering, masukkan sedikit garam & cumin(jintan putih) angkat dari kuali dan biarkan sejuk

ok biler semua dah siap .... ambik alluminium foil berbentuk tu taruh keropok tortilas(nachos) sebagai base, pastikan rata sikit jgn penuh sgt ambil toppin tomato& beef tadi, spread di atas chips tu then taruh cheese on top kalau guna microwave, panaskan dalam 30-50 seconds (depend on the amount of cheese) kalau guna oven sekejap jer, tgk cheese cair keluarkan (takut chips die terbakar) ok, biler siap boleh makan !!boleh cicah ngan dip, any kind of dip, but i recommend kan dip 'sour cream', sedaptapi susah betul nak jumpa ??

SKON OATS & KISMIS

BAHAN :mentega ( 250gm mentega / butter )250gm tepung naik sendiri115gm oats segera60gm kismis50gm gula kastor4-5 sudu besar susu cair2 sudu kecil serbuk penaik1/2 sudu kecil esen vanilasecubit garam100gm oats untuk hiasan

CARANYA : ayak tepung bersama serbuk penaik mentega dipotong kecil dan digaul pada tepung masukkan gula kastor, kismis, oats, esen vanila dan susu cair. uli hingga menjadi doh yang kental canai doh tu tadi setebal 1sm. potong empat persegi 5sm celup doh kedalam susu cair dan balik-balikkan atas oats. bakar hingga kekuningan.

PILIHAN :kalau ikut macam resepi Chef Wan tu, resepi nie, tak payah pukul. Potong kecik-kecik mentega tu (satu buku lah = 250gm), kemudian uli je. sambil uli tu kita angkat-angkat atau tabur-taburkan bagi angin masuklah kononnya, supaya tepung kita tu ringan. Susu cair telah menggantikan air.

ORANGE POLKA DOT CHEESE CUP CAKE (VERSI MELAYU)

BAHAN :500 gm krim keju Philladephia (suhu bilik)3 sudu besar jus oren Sunquick (jus lemon dan mangga juga boleh digunakan)¾ cawan choc. Chip250 gm butter6 oz gula100 gm tepung (tepung gandum/Superfine)4 sudu besar air3 sudu susu tepung (penuh krim)4 biji telur saiz "A"mini paper cups atau 9" tin acuan bulatshortening dan sedikit serbuk roti (bread crumbs) untuk ditabur pada dinding dalam tin acuan

CARANYA : Pukul keju dengan gula selama 5 minit. Masukkan butter dan pukul hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung dan susu tepung. Masukkan air dan oren Sunquick Pukul hingga sebati. Kalau nak buat kek keju dalam cup, susun "cup cake" dan isikan adunan dan masukkan 3 atau 4 biji chocolate chip ke dalam setiap satu "cup cake". Kalau buat sebiji kek, sediakan tin acuan dan tuangkan butter ke dalam tin acuan dan taburkan chocolate chips ke atas sapuan butter tadi. Bakar kek keju atas air (macam kukus). Suhu: 140oF atau 150oF selama antara 45 minit - 1 jam. Sejukkan kek dahulu sebelum dikeluarkan untuk dihias.

Kek juga boleh dihiaskan dengan kepingan/ gulungan coklat di sekelilingnya.

TIPS : Kalau buat dalam "cup cake", tak payah masak dalam air. Isi adunan separas ¾ cawan kertas sahaja dan dibakar selama 18 minit. Untuk menentukan sama ade kek sudah masak atau tidak: bahagian atas kek akan kelihatan kecoklat-coklatan dan gelembung sedikit di bahagian tengahnya. Jangan cucuk kek untuk menentukan sama ada ia sudah masak atau tidak. Untuk membuat serbuk roti (bread crumbs): sekeping roti dijemur dan dikisar kasar. Tin acuan hendaklah dibalut dengan kertas foil supaya air kukusan tidak masuk ke dalam tin acuan. Air digunakan adalah untuk melembabkan lagi kek keju tersebut. Kalau masak guna dapur gas, panaskan dahulu selama 30 minit dan kalau guna oven eletrik, panaskan dahulu oven selama 15 minit sebelum memasukkan tin acuan.

BISKUT CORNFLAKES OREN BERCOKLAT

BAHAN A :150 gm tepung naik sendiri100 gam tepung jagung100 gam cornflake di kisar kasar

BAHAN B :125 gm mentega/marjerin100 gam gula kastor1 biji telur1 camt parutan limau oren1 camt vanilla

CARANYA : Ayak tepung naik sendiri dan tepung jagung. Campurkan cornflakes. Gaul rata dan ketepikan. Mentega dan gula di pukul sebati, masukkan telur, esen vanilla serta kulit oren. Gaulkan mentega dengan campuran tepung dan cornflakes tadi. Gaul sehingga menjadi doh lembut dan terap mengikut acuan kegemaran anda. Lenserkan dulang pembakar dan aturkan biskut. Bakar dalam ketuhar selama lebih kurang 15 minit di dalam suhu 180 darjah celcius. Sejukkan di atas redai kuih. Apabila telah benar-benar sejuk, celup setengah bahagian biskut dalam coklat cair. Taburkan sedikit badam cincang. Simpan dalam bekas kedap udara.

KEK PISANG BAKAR

BAHANNYA :6 biji pisang dilecek (berangan/montel)1 cawan minyak masak11/2 sudu teh bikarbonate2 cawan tepung4 biji telur11/2 cawan gula

CARANYA : Gula dan telur di pukul hingga kembang. Masukkan soda bikabonate sampai berbuih sikit baru masukkan pisang yang telah di lecek tu. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Last sekali masukkan minyak masak tersebut. Kacau lebih kurang dan terus bakar.

KEK PISANG

BAHANNYA :6 biji pisang sederhana besar (pisang apa pun tak apa)2 cawan tepung gandum1 cawan gula kasar2 sudu besar marjerin1 sudu teh soda bikarbonat2 biji telursedikit garam

CARANYA :1. Mula-mula lenyekkan pisang.Kemudian masukkan gula dan kacau.2. Kemudian masukkan telur,marjerin dan garam.Kacau sehingga semua bahan tadi sebati dengan pisang.3. Ayakkan tepung bersama soda bikarbonat.Masukkan tepung sedikit-sedikit kedalam pisang yang telah digaul sebati tadi.4. Agak-agak dah sebati masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit marjerin dan bakarlah hingga masak.

KEK PISANG KUKUS

BAHANNYA :Sukatan bahan agak2 jerPisang - recommended pisang rajaGula

CARANYA : Lecek pisang hingga hancur dan gaul dengan gula seperti buat cekodok/jemput pisang. Masukkan sedikit air kapur, secubit kapur dibancuh dengan air. kemudian bolehlah dikukus. sapukan acuan dengan minyak sedikit dan ditabur dengan tepung untuk kurangkan kek melekit.

PILIHAN : Guna tepung gandum. kalau nak naik, nampak rongga2 tu, taruklah bikarbonat ard ½ sudu teh. Agak2 banyak mana pisanglah. kalau tak propornate nanti pahit pulak kek pisang tu.

REMPEYEK KACANG TANAH DAN TUMPI

BAHANNYA :300 gm tepung beras4 sudu makan ketumbar2 sudu makan jintan manis2 sudu makan jintan putih6 biji buah keras50 gm udang kering4 ulas bawang putih1 sentimeter kunyit hidup2 biji telur (kecil)550-600 ml santan cair (dari 1 biji kelapa)garam dan serbuk perasa secukupnya500-600 gm kacang tanah kecil (jemur beberapa jam sebelum digunakan)ikan bilis kering secukupnya (buang perut dan kepalanya)(Untuk tumpi: gunakan 300 gm kacan hijau yang direndam selama 8 jam kemudian toskan airnya.

CARANYA : Cuci ketumbar dan jintan kemudian toskan dan tumbuk atau kisar bersama buah keras, udang kering, bawang putih dan kunyit hidup. Jika dikisar, tambahkan 200 ml air. Satukan tepung beras, bahan kisar, telur, santan, garam dan serbuk perasa. Untuk menggoreng rempeyek atau tumpi, panaskan minyak dalam kuali kemudian bubuh sedikit adunan kedalam senduk bersama sedikit kacang tanah dan ikan bilis (utk rempeyek) atau kacang hijau dan ikan bilis (utk tumpi) kemudian curahkan adunan di tepi kuali dan biarkan hingga masak.

BISKUT ROYAL JELLY

BAHANNYA :½ tin gula castor1 1/2 tin mentega (seketulpun boleh)2 1/2 tin tepung gandum1 biji telur (diambil kuningnya)sedikit baking powderesen vanilla

HIASAN :Jem strawberryKelapa dalam tin

CARANYA : Pukul mentega dan gula hingga kembang pastu masukkan telur dan esen pastu masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder. Uli hingga menjadi doh. Pastu terap.

P/s: Sukatan gunakan tin susu yang rendah tu.

BISKUT SAMPAN 1

BAHANNYA :3 cawan tepung gandum1 1/4cawan gula halus1 cawan planta atau mentega 3 biji kuning telur1 camca teh perisa vanila1 tin kelapa kering (Separuh sahaja)1 cawan badam cincang

CARANYA : Kacau gula dan planta hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan perisa vanila , kelapa kering, badam cincang dan tepung gandum dan kacau. (adunannya adalah lembut) Sapukan sedikit planta pada acuan sampan pada kali pertama bakar. Gunakan sudu untuk memasukkan adunan kedalam acuan sampan. Sapukan kuning telur dipermukaan biskut dan hiaskan diatasnya dengan badam hiris, ceri merah dan ceri hijau. Kemudian bakar hingga kekuningan. Semasa panas panas ketukkan biskut tadi keluar dari acuan nya.

BISKUT SAMPAN 2

BAHANNYA :170gm tepung halus140 gm gula halus135 gm mentega100 gm coklat chip100 gm oat85 gm kismis70 gm golden syrup170gm tepung halus140 gm gula halus135 gm mentega100 gm coklat chip100 gm oat85 gm kismis70 gm golden syrup55 gm gadam hirisSedikit coklat masak (dicairkan

CARANYA : Pukul mentega dan golden syrup hingga berkrim. Masukkan oat, tepung halus, badam hiris, coklat chip dan kismis. Gaulkan hingga sebati. tekankan adunan ini dalam acuan bentuk sampan. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 C selam 20 - 25 minit. Apabila biskut sejuk, hiaskan dengan coklat masakan serta taburkan oat keatasnya.....

BISKUT CHOCOLATE CHIP SPOTTIES

BAHAN A :150gm marjerin150gm gula kastor1 biji telur 1 sudu esen vanila

Bahan Diayak :1 ½ cawan tepung penaik½ camt serbuk penaik½ camt baking soda¼ sudu garam

BAHAN B :100gm coklat putih ( dicincang )1 cawan kepingan coklat chip2 cawan cornflake - dihancurkan1 cawan badam - dicincang

CARANYA : Pukul adunan A hingga gebu, masukkan telur dan esen dan pukul ½ minit. Tuangkan adunan yg diayak tadi. Masukkan kesemua adunan B, uli menjadi doh. Letakkan adunan mengikut 1 sudu di atas bekas yg telah digriskan. Bakar pada suhu 175'C selam 15 minit atau hingga kekuningan.

STRAWBERRY COKLAT

BAHANNYA :100gm coklat masak225gm strawberry (ikut suka nak banyak mana)bersihkan tapi jangan buang tangkai dan daunnyamangkuk kertas

CARANYA : cairkan coklat masak di atas air yang mendidih (double boil) celupkan bahagian atas strawberi (tangkai dan setengah daripada buah) di dalam coklat. letakkan stawberi tersebut di atas bekas kiub ais dan simpan di dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam. keluarkan. alih ke dalam mangkuk kertas dan hidangkan.

KEK – SUPER DUPER CHEESECAKE EXPRESS

BAHAN 1 :150-200g Marie biscuits100-200g butter

BAHAN 2 :220g cream cheese2 tins of Nestle cream8 tbsp sugar3-4 tsp gelatin in half cup hot water

BAHAN 3 :1 can blueberries (S&W or Goldleaf)2 tsp gelatin to one-quarter cup hot water

CARANYA : Crush biscuits and mix with butter. Pack well into base of cake tin. Freeze for half an hour. Mix Part II together and spread over Part I. Freeze for 20 minutes. Mix Part III and spread over Part II and store in fridge to chill before serving.

PILIHAN :kalau nak kelainan sikit kat cheesecake ni, cuba gantikan biskut marie tu dengan biskut ginger snaps dan tambahkan sedikit perisa lemon atau lime dalam adunan cheese tadi. haa.. boleh lah kita merasa lemon & ginger cheesecake (tak terasa muak sangat.. hehheheheh)kalau nak terangkat lagi, biskut oreos cookies or biskut coklat pun buleh.... amboi!!!!

BISKUT TART GULUNG

BAHANNYA :1 buku buttercup3 sudu gula halus2 biji kuning telurtepung gandum + sedikit serbuk penaik (1/2 sudu teh)

CARANYA : butter + gula di pukul sampai kembang masukkan kuning telur kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut dan tidak melekat dijari. masukkan sedikit adunan kedalam acuan samprit kemudian picitkan dengan keadaan bentuk gigi di bawah. Anggarkan sepanjang 2 inci masukkan jem nanas (dibulat-bulatkan terlebih dahulu) dan gulung. Sapukan sedikit kuning telur diatas kuih dan bakar.

INTINYA :1 biji nanas yang setengah masak(diparut)1 cawan gula pasirsedikit minyak sapi /mentegatepung jagunglimau nipispewarna kuning

CARANYA : toskan sedikit nanas parut tapi jangan di perah masak hingga agak kurang airnya kemudian masukkan gula. bila agak kering masukkan air limau nipis sesudu + pewarna kuning + butter. Untuk mengentalkan tabur satu sudu tepung jagung. Pastikan jangan sampai inti terlalu kering. Ianya akan menyebabkan inti tart liat.

BISKUT TART NENAS 1

BAHANNYA :250 gm tepung gandum125 gm marjerin1 biji telur(dipukul)2 sudu besar airsedikit garam

INTINYA :185 gm gula pasir1 biji nenas diparut3 kuntum bunga cengkih

CARANYA : Nenas di toskan airnya, kemudian dimasak dengan gula dan bunga cengkih, bila pekat angkat. Tepung dan marjerin digaul (diramas) sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukan telur dan air dan uli sehingga adunan menjadi lembut. Adunan dimasukkan dalam acuan (macam acuan biskut dahlia) kemudian di picit keluar ke atas dulang. Adunan yang picit keluar agak panjang maka perlu dipotong mengikut intinya (banyak atau sikit). Adunan yang dipotong diterbalikkan dan masukkan inti nenas yang telah dibulat-bulatkan. Then, tutuplah adunan tu (dengan menemukan hujung & pangkalnya), bila ditutup maka yang bergerigi tu di bhg ataslah kan. Last sekali, sapukan sedikit kuning telur diatasnya supaya nampak berkilat. Kemudian bakar dalam oven degan suhu 150 C selama 20-30 minit.

BISKUT TART NENAS 2

BAHANNYA :250g butter1 biji telur2 sudu susu pekattepung gandum secukupnya

INTINYA :1 biji nenas - diparut2 sudu air asam limau nipisgula secukupnya3 kuntum bunga cengkihsedikit pewarna kuning

CARANYA : Pukul butter hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan susu pekat. Gaul. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga sebati. (Terpulang sama ada nak canaikan dan terap mengikut bentuk yg diingini atau pun utk menggulungnya mahupun membuat bentuk buah nenas). Bubuhkan inti dan bakar selama lebih kurang 12 minit dalam suhu 180.

Masak inti sehingga airnya kering.

TIRAMISU CHEESECAKEAmount Measure Ingredient -- Preparation Method

-DOROTHY CROSS (TMPJ72B)-----CRUST-----2 tb Butter or margarine -- melted1/2 ts Instant espresso powder1 c Vanilla-wafer crumbs-----FILLING-----24 oz Cream cheese-or Neufchatel cheese Room t8 oz Mascarpone cheese1 2/3 c Sugar4 Lg eggs -- Room Temp.1 t Vanilla extract1 pn Salt2 ts Instant espresso powder1 tb Hot water2 tb Brandy1 oz Semisweet chocolate -- grated2 ts Unsweetened cocoa

CARANYA :Crust: Preheat oven to 350 degrees. Butter an 8-inch springform pan. Stir in butter and espresso powder in small bowl until combined. Stir in crumbs until crumbs are evenly moistened. Pat evenly over bottom of prepared pan. Bake 10 minutes. Cool on wire rack. Keep oven on. Tightly cover outside bottom and sides or springform pan with heavy-duty foil. Filling: Meanwhile, beat cream cheese and mascarpone in large mixer bowl at medium-high speed until light and fluffy, 2 minutes. Gradually beat in sugar, scraping down sides of bowl withrubber spatula, until completely smooth, 3 minutes. Reduce speed to medium and beat in vanilla and salt. Add eggs, one at a time, beating just until blended after each addition. Pour 4 cups filling over crust in prepared pan and place in large roasting pan. Dissolve espresso in hot water. Fold into remaining filling with brandy and grated chocolate. Spoon mixture evenly over filling in pan; smooth top with spatula. Place pan on oven rack. Pour enough hot water into roasting pan to come 1" up side of springform pan. Bake 1-1/4 hours or until center is just set. Remove cheesecake from water bath. Cool completely on wire rack. Remove foil. Cover and refrigerate overnight. Just before serving, run knife around edge of pan; remove sides. Sprinkle lightly with cocoa. Makes 12 servings.