24

Bisnes online

Embed Size (px)

DESCRIPTION

10Fokus panduan perniagaan melalui laman sosial facebook - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: Bisnes online
Page 2: Bisnes online

Pengenalan

Alhamdulillah dengan limpah kurnianya E-Book 10 Fokus Bizness

Online (Facebook) ini dapat disiapkan sebagai ilmu untuk perkongsian bersama dalam usaha meningkatkan ekonomi

ummah disamping menjadikan amalan sunnah perniagaan ini sebagai salah satu amalan hidup

Sesungguhnya ALLAH S.W.T itu pemberi rezeki maka mohon dan mintak lah padaNYA.

Kita hanya berusaha dan dia Maha pemberi dan biarlah rezeki yang hadir itu walaupun sedikit tapi dari sumber yang halal dan mendapat Keberkatan. Yang banyak tapi tidak melalaikan, harta

hanya ditangan tapi tidak dihati.

Yang benar,

Hj Mohammad Faizal

Engineer Business Online

Page 3: Bisnes online

Penghargaan Penghargaan ini ditujukan Khas kepada Syarikat Xgene

Marketing atas tajaan penuh buku ini untuk diberikan secara PERCUMA

Xgene Marketing adalah syarikat pemasaran dan pengedar tunggal Produk Kesihatan Lelaki yang terbukti secara klinikal dan

Disyorkan oleh

Pakar Sakit Tuan Dr. Ismail Tambi

Satu-satunya produk penjagaan lelaki yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan menerima pengiktarafan

HALAL oleh JAKIM.

STOKIS, EJEN DAN DROPSHIP EJEN DIPERLUKAN

untuk makluman lanjut layari

https://www.facebook.com/xgenehq

www.xgene.com.my

atau hubungi

Hunting Line : 01111049699

Page 4: Bisnes online

KENALI PENGARANG :

Nama : Mohammad Faizal bin Zainon

Tarikh Lahir : 26 Jun 1987

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Awam, UiTM

Pemenang Tempat Pertama Success Story Get Malaysian Business Online (GMBO) - Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak , Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM)

Pengalaman :

• Perancang Projek Jambatan Pulau Pinang Kedua UEM Builders

• Pensyarah Sambilan Construction Management UiTM Pulau Pinang

• Pengasas dan Pengerusi Koperasi Siswa UiTM Pulau Pinang

• Ahli Lembaga Pengarah Gabungan Koperasi Siswa IPT Malaysia

• Business Coordinator EMZI REKA

• Training Director EMZI Training and Resources

Page 5: Bisnes online

10 FOKUS BIZNESS ONLINE (FACEBOOK) Anda ingin menjalankan perniagaan? Mencari pendapatan sampingan? Nak berniaga, tapi takut? Cubalah pernigaan secara online kerana ia kurang risiko, tak perlu nak ada premis, modal yang kecil, tiada had masa dan pasaran yang sangat luas dan besar. Namun, setiap perniagaan harus ada ilmu, ilmu harus didatangi dengan amal. Insha ALLAH Business anda akan berjaya. E BOOK 10 FOKUS BIZNESS ONLINE (FB) akan mendedahkan dan membincangkan kepada tuan2 dan puan2 mengenai perkara utama yang harus dititik beratkan dalam usaha untuk anda terlibat dalam perniagaan ONLINE. Diakui ramai yang telah berjaya menjadikan medium ONLINE sebagai platform untuk perniagaan terutamanya perniagaan ONLINE melalui FB. Namun, tak semua yang mencuba berjaya, ramai yang hanya kecewa di akhir cerita. Jadi dalam buku ini terdapat kupasan2 yang harus dititik beratkan berdasarkan kajian dan pengalaman saya sebagai salah seorang perniaga ONLINE. Saya menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah faham dalam usaha anda untuk memahami apa yang saya cuba sampaikan. Mari kita lihat satu persatu fokus yang harus diutamakan.

Page 6: Bisnes online

FOKUS 1 --> KENALI POTENSI PELANGGAN ONLINE, SIAPA YANG INGIN MEMBELI?

Tahukah anda, kajian menunjukan rata-rata mereka yang berani membeli dan yakin dengan pembelian secara online adalah mereka yang berumur antara lingkungan 15 tahun hingga 40 tahun. Jadi, untuk memastikan BISNESS ANDA TAK MENANG TANGAN jual lah produk yang bersesuaian dengan mereka yang berada dalam lingkungan umur tersebut.

Cuba anda bayangkan, berapa ramai akan membeli di FB jika anda menjual Pelekat gigi palsu Polident di FB, adakah makcik2 dan pakcik2 nak beli di FB, Produk untuk jualan online mestilah yang ada sentuhan emosi dan sesuai untuk lingkungan usia pembeli yang difokus anda sahaja.

p/s : Data ini hanya sesuai untuk masa sekarang dan bergantung tahap pengetahuan dan kebergantungan IT rakyat Malaysia kini dan akan berubah apabila Generasi Y kini menjadi generasi tua.

Dari sudut jantina pula, kedua-dua antara lelaki dan perempuan merupakan potensi pelanggan anda, namun setiap dari mereka mempunyai kehendak dan keperluan masing-masing dan bergantung kepada jenis produk.

Lelaki : Lebih mementingkan bab keperluan dan kehendak, harga menjadi elemen kedua dan pembelian hanya akan berlaku apabila keyakinan terhadap produk yang tinggi dan memenuhi kehendak mereka. Produk kegemaran adalah produk yang merupakan produk kesihatan dan kecantikan yang dapat menunjukan mereka hebat dan bergaya pada mata perempuan, lelaki punyai ego yang tinggi, jadi jual lah produk yang dapat mereka buktikan dan mengekalkan ego mereka.

Page 7: Bisnes online

Perempun : Element paling penting adalah harga, harga yang dipasarkan hendaklah lebih rendah dari harga pasaran yang dijual secara offline. Ini kerana perempuan jenis yang ingat harga barang dipasaran. Pembelian boleh terjadi apabila hati mereka tertambat dengan produk yang dijual dengan tawaran harga yang menarik. Produk kegemaran mereka adalah produk jenis kecantikan, keperluan rumah dan pakaian dimana harga yang dijual adalah rendah dari pasaran. Namun dari segi penelitian dan keyakinan terhadap produk, peniaga online harus meletakan lebih banyak testimoni dan details mengenai produk contohnya seperti manfaat dan khasiat kerana perempuan lebih teliti jika nak dibandingkan dengan lelaki. Ini banyak mempengaruhi pelanggan perempuan yang ingin kelihatan cantik dan mendapat perhatian dikalayak ramai. Jadi jualah produk yang dapat memenuhi kriteria-kriteria tersebut.

Page 8: Bisnes online

FOKUS 2 --> KETAHUI PRODUK, PRODUK APA NAK JUAL?

Anda sedia maklum terdapat pelbagai jenis produk dipasaran online dan offline samada produk berbentuk perkhidmatan dan produk berbentuk fizikal. Disini saya lampirkan antara peratusan produk yang terdapat dipasaran online.

Dari data yang kita lihat, jelas menunjukan kebanyakan produk yang dijual dipasaran online adalah jenis produk fizikal. Ini dimana produk yang dijual adalah produk berbentuk on off yang tiada after sales service atau perkhidmatan selepas jualan. Contohnya jualan pakaian, penjual hanya menjual produk dan selepas pelanggan menerima produk maka jualan tamat. Penjual tidak terikat dengan pelanggan lagi atau dalam bahasa mudahnya jualan tamat. Jadi produk apa yang anda hendak jual?

Bercakap mengenai perniagaan pasti ada untungnya, bercakap bab untung, pasti ada kosnya. Anda ada kos untuk produk, tapi anda harus tahu yang untuk jualan online anda ada kos lain iaitu kos penghantaran dimana biasanya penjual-penjual barangan online akan menghantar barang mengunakan syarikat penghantaran seperti POS LAJU, SKYNET, GDEX, NATIONALWIDE dan etc. Saya lebih gemar

Page 9: Bisnes online

menggunakan POS LAJU dan anda pula bagaiamana? terpulang. Rata2 syarikat penghantaran mempunyai sistem pendaftaran ejen dimana anda hanya perlu menghubungi dan mereka akan datang mengambil atau pick up dilokasi anda, ini bagus bagi mengurangkan kos anda seperti minyak kenderaan untuk ke pejabat syarikat penghantaran.

Sebagai contoh, saya mendaftar dengan POS LAJU dan GDEX sebagai corporate ejen mereka, kos saya adalah lebih murah kerana rate atau kadar yang diberikan lebih rendah disamping pengambilan atau pick up dijalankan ditempat saya. Kos pendaftaran bagi syarikat berpremis adalah PERCUMA, namun bagi peniaga online dirumah, pihak POS LAJU mengenakan wang cagaran berjumlah RM 500. Anda akan disediakan slip pos (terdapat tracking nombor padanya) yang mana butiran anda sebagai penghantar sudah siap dicetak dan anda juga akan menerima plastik pembungkus. (Ini sangat penting dalam usaha memudahkan dan mempercepatkan urusan penghantaran).

Tadi saya terangkan mengenai kos penghantaran dimana untuk jualan offline kos tersebut jarang hadir. Kos penghantaran untuk barangan yang beratnya kurang dari 500 gram biasanya dikenakan charge sebanyak RM 7-RM 8. Jadi jika anda menjual produk yang nilai dibawah rm 10, saya menasihatkan anda membatalkan niat anda, sebagai contoh anda menjual sikat rambut dengan kos anda RM 0.30, kos penghantaran anda bernilai RM 6 ke RM 7, berapa anda nak jual kepada pelanggan?

Page 10: Bisnes online

Disini saya sertakan antara ciri-ciri produk yang baik untuk dijual secara online :

• Saiznya Kecil (minyak wangi, krim2 kesihatan, Tudung, T-shirt)

• Harganya Tinggi dipasaran (Melebihi RM 20 sebaiknya, harga barang 3kali ganda lebih tinggi dari kos penghantaran)

• Beratnya ringan (kurang dari 500gram satu barang)

• Beremosi (Produk yang memberikan sentuhan emosi seperti ubat kurus, ubat kuat dll)

• Untung kasar anda sekurang2nya RM 5 dan keatas

• Produk yang lasak dan tidak mudah rosak (makanan basah adalah kurang sesuai)

• Produk yang tidak memerlukan anda terlibat dengan service after sales atau service selepas jualan seperti warranty dan sebagainya.

• Produk yang mudah dibungkus untuk tujuan penghantaran

Page 11: Bisnes online

FOKUS 3 --> REALITIKAN PRODUK ANDA DALAM IMEJ YANG MENARIK

Bezanya jualan di alam maya atau online ialah pelanggan tidak dapat menyentuh dan merasa produk anda, anda hanya mampu memaparkan imej kepada pelanggan anda, jika imej yang dipamerkan lemah dan tidak menarik perhatian, produk yang hebat pon akan jadi kurang hebatnya.

Anda yang menjual diFB harus menunjukkan kepada pembeli yang produk anda itu real dan benar, orang mempercayai anda berdasarkan imej yang anda paparkan. Ingat tunjukkan imej atau mock up produk anda yang real dan sebenar, jika perlu memasukkan imej manusia atau model bagi menghidupkan produk anda maka masukkan.

Jadi dalam konteks pemasaran online, anda harus memberikan sentuhan yang menarik dan memberi emosi untuk menarik bakal pelanggan anda untuk membeli.

Sebagai contoh anda menjual Tshirt yang dibuat tempahan secara pre-order, anda harus realitikan baju tersebut dengan gambar sebenar, jangan hanya menunjukan imaginasi grafik semata2 sebab pelanggan lebih YAKIN dan tertarik dengan barangan yang benar dan wujud. Gambar berbentuk grafik menyebabkan pelanggan merasakan yang anda tidak serius dan produk tidak wujud, tetapi gambar yang real dan hidup menunjukan anda bersedia komited dengan perniagaan anda.

Bagi meningkatkan keyakinan pelanggan, anda boleh meletakan testimoni pelanggan anda di wall yang menceritakan maklum balas mereka pada anda (jangan ditaip diwall, sebaik2nya ialah printscreen testimoni tersebut dan postkan di wall sebab pelanggan nak yang REAL, jika anda taip semula pelanggan mungkin akan berfikir yang anda mereka cerita semata2)

Page 12: Bisnes online

Jika anda tidak mempunyai kemahiran dalam mereka bentuk imej iklan, anda boleh mengupah freelance designer dan biasanya kos yang dikenakan antara RM 20 ke RM 50 untuk satu2 design. Ingat, pada gambar jangan letakan terlalu banyak perkataan, fokuskan pada gambar produk dan sedikit info menarik perhatian, biar gambar berbicara, hanya mereka yang berkeinginan dan berpotensi sahaja akan klik gambar produk anda. Details kan pada bahagian diskripsi gambar details produk anda termasuk kaedah pembelian.

Disini saya contohkan gambar iklan yang menarik perhati

Page 13: Bisnes online

FOKUS 4 --> AYAT POWER, AYAT MENARIK PERHATIAN PERTAMA

Tahukah anda yang bakal2 pelanggan hanya melihat di FB sesuatu mesej atau ayat PERTAMA dan KEDUA SAHAJA, kira2 maksimum yang mereka baca adalah kira2 5 patah perkataan.

Jadi, ayat pertama anda SANGAT PENTING dan mestilah sangat POWER. Tanya diri anda, apa yang akan menyebabkan anda berhenti pada satu mesej untuk baca bila scroll wall FB anda, mestilah headline yang menarik betul x?

Contoh ayat power pada gambar :

Sebagai contoh saya selalu gunakan perkataan AWAS, PERCUMA, PROMOSI, LIMITED EDITION, JANGAN dan sebagainya, ayat yang menimbulkan provokasi dan kontroversi yang dapat menarik perhatian orang untuk berhenti sekejap dan membaca lebih lanjut ketika scroll FB mereka.

p/s : Bila anda keluarkan ayat berupa janji maka anda harus kotakan janji, ini bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan pada anda dan mewujudkan repeating customer.

Page 14: Bisnes online

Ayat power sangat penting bagi menarik perhatian pelanggan untuk berhenti melihat promosi anda, ada beberapa kategori ayat yang dapat saya kelaskan untuk anda sebagai contoh :

• Ayat Larangan o AWAS !!!, JANGAN !!! , 18SX, BERHATI-HATI

• Ayat Perintah o SILA BACA, AMBIL PERHATIAN, WAJIB BACA, BERTINDAK

SEBELEM TERLAMBAT • Ayat Promosi

o JUALAN 2 JAM Sahaja, PROMOSI HEBAT, PROMOSI UNTUK 100 Orang terawal, BERITA BAIK

• Ayat Tanya o Anda Malu Dengan Bentuk Badan anda? , Anda NAK

hapuskan Jerawat? • Ayat Humor (indirect marketing)

o TOKEY SUDAH GILA, LELONG MURAH, JUALAN NAK BANKRUP

Jadi, anda boleh mencuba berdasarkan kelas2 ayat tersebut bagi menjadikan dan menarik perhatian pelanggan anda. Pastikan anda mempunyai ayat perintah dalam iklan untuk memaksa pelanggan bertindak dan tidak mengabaikan iklan anda.

INGAT : CINTA PANDANG PERTAMA SANGAT PENTING!!

Page 15: Bisnes online

FOKUS 5 --> JUALAN EMOSI PELANGGAN (JUAL MANFAAT PRODUK DAN BUKAN JUAL JENAMA PRODUK)

Dalam Jualan di alam maya terutamanya di facebook terdapat banyak persaingan dan saingan ini sangat terbuka kerana persaing anda mudah membaca strategi anda.

Jualan emosi ialah pembeli membeli atas kehendak dan bukan keperluan, biasanya jika pembeli ingin membeli untuk keperluan, mereka lebih selesa untuk membeli secara offline kerana keperluan barangan tersebut adalah mendesak. Apa yang dimaksudkan sebagai keperluan adalah barangan yang WAJIB dibeli seperti contoh, makanan dan minuman.

Berbeza pula dengan KEHENDAK, kehendak ialah keperluan nafsu, didalam hati pembeli timbul perasaan berbelah bagi untuk membeli atau tidak. Sebagai contoh :

Apabila mata perempuan melihat gambar model disebelah menggayakan baju yang cantik ini, kehendak untuk kelihatan cantik dan bergaya membuak-buak, ingin kelihatan cantik seperti model tersebut.

Tiba2 melihat terdapat HARGA PROMOSI atau PROMOSI TERHAD pasti ramai yang akan mengikut kehendak hati untuk membeli.

Untuk menjual Online, HARUS diingat kebanyakan produk kita bersifat kehendak dimana pelayar2 facebook menggunakan medium ini untuk bersosial dan selingan produk anda hanya diberi perhatian apabila menyentuh emosi atau kehendak mereka, jadi strategi menjual adalah dengan menjual MANFAAT (Contoh : Cantek, Sihat, Kurus, Berisi, Mantap dan lain2), jangan menjual jenama kerana

Page 16: Bisnes online

sukar bagi produk2 baru untuk bersaing dengan produk yang berprofile tinggi dari syarikat gergasi.

Branding atau jenama boleh dilakukan sebagai selingan sebagai pemasaran jangka masa panjang, namun MANFAAT produk harus diutamakan. Jangan pamerkan terlalu banyak Manfaat pada satu2 IKLAN, Kadang2 mengurangkan perasaan kurang yakin pelanggan kepada anda kerana produk anda dilihat tidak fokus. Asingkan manfaat untuk satu2 iklan sahaja sebagai contoh, satu gambar iklan satu manfaat sahaja.

Contohnya anda menjual baju kurung, jangan tulis baju kurung jenama A, cantik dan menawan, design terkini sahaja, harus diberi perhatian dengan ayat2 yang lain dari seperti meletakan BAJU KURUNG KAIN TAK PANAS, CANTIK DAN MENAWAN, manfaat baju anda adalah memainkan peranan dalam membezakan produk anda dengan produk lain.

Ramai yang menjual ubat kuat untuk lelaki menekankan elemen kekuatan seks semata2, anda sepatutnya fokus sebagai contoh, membantu mendapatkan zuriat, membantu untuk kebahagiaan rumah tangga dan sebagainya.

Page 17: Bisnes online

FOKUS 6 --> CIPTA DAN BINA PEMINAT PRODUK ANDA

Peminat produk anda ada dimana2 sahaja, persoalannya ialah mengumpulkan peminat produk anda pada page anda. Anda boleh menggunakan FB ADS sebagai bantuan untuk mencari peminat page anda, ingat anda mencari peminat atau fans produk anda bukan anda nak tingkatkan trafik produk anda.

Menjual pada peminat atau fans adalah lebih mudah kerana anda menjual pada mereka yang BEREMOSI atas produk anda, berbeza kalau anda jual pada mereka yang tidak berminat pada produk anda, seolah2 anda menjual gincu pada lelaki.

Jadi, fokus dan bina pages anda dengan pengikut anda, nama pages anda haruslah fokus dan jelas, sebaik2nya untuk satu jenis produk sahaja dan buka pages baru untuk produk yang lain. Jika anda mempunyai pages jualan T-shirt sebanyak 5000 orang pengikut tegar dan bayangkan 10% sahaja membeli dengan anda setiap bulan dengan untung untuk satu produk RM 10, anda menjana kira2 RM 5000.00 sebulan.

Dalam hal ini, kualiti produk sangatlah penting, peminat dan fans hanya akan hadir dan terus hadir apabila ada kualiti dan berpuas hati dengan produk anda. Untuk itu, peringkat awal, pastikan anda memilih produk yang betul2 berkualiti sebagai contoh produk yang mempunyai cop SIRIM, Kementerian Kesihatan Malaysia, GMP dan Halal dari Jakim untuk semua produk2 yang didagangkan di Malaysia. Ini memastikan anda tidak dihujani dengan sumpahan dan complaint dari pelanggan anda.

INGAT : KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN ANDA KEPADA PELANGGAN KUNCI KEJAYAAN ANDA

Page 18: Bisnes online

FOKUS 7 --> TARIK KEYAKINAN PELANGGAN

Berbisness secara online sama sahaja seperti berbisness secara offline. Sebagai contoh, anda melalui satu kawasan medan makan, yang menjual bermacam2 makanan, kedai mana yang anda akan tumpu? Mestilah kedai yang ramai orang kerana anda akan beranggapan kedai tersebut ramai orang mungkin kerana masakan sedap atau harga murah atau pasti ada sesuatu yang istimewa.

Sama seperti di online, anda harus mempunyai fans atau LIKERS yang ramai bagi meyakinkan pelanggan yang anda serius dalam perniagaan dan ramai yang sudah menjadi pelanggan anda, banyakkan interaksi dengan pengguna dan pelanggan seperti menjawab pertanyaan di wall dan sebagainya bagi menimbulkan keyakinan pelanggan2 baru anda.

Elakkan dari mengunakan ayat2 berulang yang dicopy paste sahaja, ini menunjukan yang anda tidak mesra dengan pelanggan anda, sebaik-baiknya berbual dan interaksi dengan mesra dengan pelanggan anda, MUNGKIN dia tak jadi membeli dengan anda pada hari ini, tapi suatu masa nanti.....

Tarik keyakinan pelanggan anda dengan meletakkan no tel, website, alamat dan sebagainya bagi menunjukkan yang anda boleh dipercayai. Tunjukkan yang ada benar2 wujud dan pelanggan boleh hubungi anda untuk sebarang pertanyaan. Ini penting kerana pelanggan dalam online adalah mereka yang hidup di dunia offline.

Jika anda mempunyai ruang pejabat atau show room, ambik gambar dan muatkan didalam pages anda, ini sangat penting. Berani kerana anda benar.

INGAT : Perniagaan adalah KEHIDUPAN dan bukan hanya sekadar KERJAYA

Page 19: Bisnes online

FOKUS 8 --> KETAHUI WAKTU MENJUAL

Tahukah anda walaupun BISNESS anda di FB berjalan selama 24 jam anda harus fokus pada waktu2 tertentu sahaja?

Jangan buat posting atau promosi pada pukul 12 malam hingga pukul 7 pagi ini kerana waktu tersebut, para pelanggan anda sedang tidur, jika anda guna FB ADS, pause sebentar ADS tersebut.

Waktu paling sesuai untuk membuat posting :

• Pukul 8 pagi (Orang baru masuk office dan ON PC dan ada yang baru bangun dan check FB di handphone)

• Pukul 10 pagi (Orang sedang berehat sekejap dari kerja, mungkin take 5 dan ada yang baru bangun dari tidur)

• Pukul 11 hingga Pukul 2 tengahari (Waktu orang menanti rehat untuk makan dan waktu rehat)

• Pukul 4-7 ptg ( Waktu orang selesai tugasan dan mood untuk pulang kerja, rehat, dan tenang)

• Pukul 8-10 malam (Waktu orang sedang bersantai dan berehat)

p/s : Ini ialah cadangan masa secara kebiasaan sahaja, keadaan berubah mengikut target audiences anda.

Jarang berlaku pembelian pada jam 12 malam dan keatas bukan sahaja sebab pelanggan sedang tidur tetapi mood kebanyakkan user FB adalah dalam keadaan pasif dimana mereka dalam keadaan berbaring dan menanti waktu tidur, sungguhpun produk anda dapat memikat hati mereka, user tidak akan bertindak untuk membeli dan akan menangguhkan pembelian pada esok hari dan pada esok hari kemungkinan produk anda akan dilupakan adalah sangat tinggi.

Page 20: Bisnes online

FOKUS 9 --> JUAL DILUAR RADIUS ANDA

Kelebihan paling besar dalam jualan online adalah pasaran produk anda tidak tertumpu pada sekitar anda atau radius berdekatan anda sahaja, online membawa produk anda ke ruang yang lebih global.

Produk anda dah POWER, ayat jualan anda dah POWER dan keyakinan pelanggan terhadap anda dah KUAT tetapi itu tidak menjanjikan anda pulangan yang lumayan jika anda hanya menjual pada rakan2 atau kenalan anda sahaja.

Wujudkan fanpages untuk produk anda, tarik trafik ke page anda, makin banyak like page anda makin banyak peluang anda untuk meroleh peluang menjual. Anda perasan tak yang ada banyak pages2 diluar sana yang sentiasa update mengenai sesuatu isu, apa faedah mereka berbuat demikian? faedahnya banyak, antaranya mereka mewujudkan golongan target untuk iklan mereka.

Sebagai contoh, anda menjual ubat KUAT untuk lelaki, Jangan buat pages yang terlalu straight dengan meletakan nama pages sebagai contoh UBAT KUAT dan sebagainya kerana sesetengah orang segan atau malu untuk like pages2 seperti itu, sebaiknya anda buat pages2 yang lebih UMUM tetapi tertumpu atau TARGETED kepada golongan tertentu.

Sebagai contoh anda menjual UBAT KUAT untuk lelaki. fokus anda sudah tentu kepada pelanggan lelaki, jadi adalah lebih baik anda membuat pages yang lebih UMUM seperti nama pages KESIHATAN LELAKI, update maklumat2 atau info2 yang fokus untuk lelaki bagi menarik ramai lelaki untuk LIKE pages anda dan mereka inilah POTENTIAL CUSTOMER anda.

Jadi apabila ramai LIKE dan SUKA pages anda, masa ni anda selitkan iklan produk anda. Pasti ramai akan tertarik dengan produk anda. Kajian dan pengalaman saya menemukan pages yang berbentuk branding atau jenama produk kurang mendapat like, tetapi pages yang berbentuk makluman dan info lebih mudah mendapat pengikut setia dan interaksi anda dengan pelanggan adalah lebih dekat.

Page 21: Bisnes online

Cara lain bagi meningkatkan TRAFIK bagi menjual diluar radius anda adalah dengan menggunakan FACEBOOK ADS dimana anda membayar FB untuk iklankan produk anda. Ramai yang telah berjaya dengan menggunakan FB ADS yang mana kadar charge yang dikenakan FB adalah sangat rendah dan mampu untuk anda jalankan. Namun saya enggan mengolah banyak mengenai FB ADS pada edisi ini, Inshaallah nantikan E-BOOK saya seterusnya nanti yang akan lebih fokus pada FB ADS. Anda boleh cuba dulu mengunakan FB ADS kerananya kosnya serendah USD 1 = RM 3.50 untuk satu2 iklan sehari.

Page 22: Bisnes online

FOKUS 10 --> JUAL ALA2 CIKGU

Fokus ini adalah yang paling penting dalam mana2 jualan, fokus ini telah banyak membantu banyak usahawan-usahawan, ramai yang telah membuktikan mereka berjaya dengan fokus ini.

Jual ala-ala cikgu adalah dengan cara menjual sambil mengajar. Umum kita sedia maklum yang cikgu merupakan seorang pendidik dalam usaha menyampaikan ilmu kepada pelajar. Begitu juga hubungan antara penjual dan pembeli :

Penjual = Cikgu

Pembeli = Pelajar

Penjual tidak boleh terlalu radikal dengan statik hanya untuk menjual produk, anda harus lebih fleksibel dan terbuka untuk pelanggan mudah untuk menghampiri anda, sebagai contoh bila kita melihat kehidupan harian kita, apabila salesman direct sale datang kepada kita ketika kita sedang makan di restoran atau kedai2 makan, kita lebih membuat keputusan untuk menjauhkan diri atau menolak mereka sebelum mereka mengeluarkan produk mereka. Tetapi berbeza dengan guru atau pendidik, kita mencari mereka dan mengharapkan mereka untuk memberi ilmu kepada kita, lagi berilmu dan popular guru itu makin ramai orang menghampiri mereka.

Kita dapat lihat sekali Ustaz Azhar Idrus datang bagi ceramah, jem jalan, 30 000 ke 40 000 orang datang semata2 nak mendapatkan

ilmu.

Jadi, penjual harus mempunyai karekter dan mejadi seorang cikgu sebelum menjual produk. Hampiri potensi pelanggan anda dengan anda sebagai seorang guru atau cikgu dan bukan sebagai peniaga. Ini penting untuk

Page 23: Bisnes online

membolehkan anda diberikan kepercayaan dan keyakinan oleh pelanggan. Didik pelanggan dengan maklumat dan ilmu2 terlebih dahulu. Sebagai contoh anda menjual UBAT KURUS, jadikan pages fb anda sebagai medium ilmiah berbentuk masalah kesihatan, ceritakan kepentingan menjaga kesihatan, senaman2 ringkas, fakta2 penting bagi menarik pengikut anda dan TRAFIK pages anda.

Setelah memberi ilmu kepada fans anda, keyakinan dan hutang budi pelanggan terhadap anda adalah sangat tinggi dan ini disusuli dengan kehadiran produk anda yang akan memberi peluang untuk jualan.

INGAT : EDUCATE CUSTOMER FIRST BEFORE SELL PRODUCT

Didik mereka dulu sebelum jual produk.

Page 24: Bisnes online

KESIMPULAN

10 Fokus untuk bizness online (facebook) alhamdulillah telah saya sampaikan, semoga yang perkongsian yang tak seberapa ini menjadi titik tolak kepada kejayaan kita di masa depan. Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan bagi memastikan kejayaan bizness online anda. Antara amalan yang boleh diamalkan ialah :

• Mulakan dengan solat hajat sebelum anda memulakan perniagaan

• Mulakan dengan bismillah sebelum anda post iklan anda • Niatkan untuk infa’kan sebahagian dari keuntungan perniagaan

ke jalan Allah • Perbetulkan niat yang berniaga ini bukan kerana mencari wang

tetapi kerana mencari rezeki, kerana Allah S.W.T

Insha ALLAH dengan izinnya rezeki yang berada dilangit diturunkan, rezeki yang berada didalam tanah dinaikan dan rezeki yang berada dilaut ditimbulkan. Semoga ALLAH mengerakan hati2 mereka untuk berurusniaga dengan kita Insha ALLAH.

"Sesungguhnya tidak akan aku merubah sesuatu kaum jika kaum itu tidak berusaha mengubahnya"

Surah Ar Raad Ayat 11

Sekian

https://www.facebook.com/faizalzainonofficial

https://www.facebook.com/xgenehq