44
Majlis Penyampaian Sijil Business Valuation dan Perasmian Premis LPPEH Sambutan Hari Inovasi dan Konvensyen KIK JPPH 2015 Pogram Sehari Bersama Kementerian Kewangan Malaysia m/s 07 m/s 09 m/s 13

BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

  • Upload
    others

  • View
    23

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

♦ Majlis Penyampaian Sijil Business Valuation dan Perasmian Premis LPPEH

♦ Sambutan Hari Inovasi dan Konvensyen KIK JPPH 2015

♦ Pogram Sehari Bersama Kementerian Kewangan Malaysia

m/s 07 m/s 09 m/s 13

BULETIN Edisi 3/2015 September - Disember 2015 JPPH

Page 2: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

2

3

Salam Sejahtera

Selamat bersua dalam Buletin JPPH siri 3/2015 yang merupakan penyajian maklumat dalam tempoh bulan September hingga Disember 2015. Penerbitan ini menjadi edisi terakhir bagi keluaran tahun 2015. Sekalung ucapan terima kasih kepada

semua pihak yang memberi bahan maklumat, kepada sidang redaksi, urus

setia buletin dan pihak pengurusan yang memberikan sokongan dalam penghasilan

Buletin ini.

Keluaran kali ini memfokuskan aktiviti empat bulan terakhir seperti program baru Business Valuation Courses, pelancaran buku Manual Valuation Standard (MVS), program KIK, penyertaan dalam pameran Sehari Bersama MOF, Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah, penganjuran pertandingan Bintang Kewangan dan lawatan hormat agensi luar ke JPPH.

Istimewa juga kali ini dibawakan satu rencana tentang buku Manual Loji dan Jentera yang menjadi panduan dalam penilaian terhadap harta khas tersebut. Ianya menceritakan sepintas lalu prosedur, terma rujukan, tujuan penilaian, proses kerja, tugas lawat periksa, kompilasi, diskripsi loji & jentera, kaedah, pendekatan, penyediaan pelan loji dan cara laporan nilaian.

Dalam bidang Business Valuation, JPPH mewakili Malaysia menjadi negara ASEAN yang pertama memperluaskan pengetahuan dan pemantapan bidang ini dengan mewujudkan modul Kursus “Certified Business Valuation Course”. Kursus ini mendapat kerjasama daripada International Association of Consultants Valuators and Analyst (IACVA), Kanada. Di mana para peserta adalah terdiri daripada pihak swasta, RISM, PEPS dan juga pegawai JPPH sendiri. Sijil pengamal penilaian dalam bidang Business Valuation ini adalah yang diiktiraf dunia.

Komitmen JPPH bukan sahaja dalam penilaian dan perkhidmatan harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran Sehari Bersama MOF. Selain itu, JPPH melalui program utama INSPEN dan NAPIC begitu giat melonjakkan promosi serta galakkan penyertaan dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh mereka.

Edisi ketiga yang menjadi penutup bagi tahun 2015, menampilkan bersama pelaksanaan aktiviti yang dikongsi di peringkat Bahagian atau Unit di Ibu Pejabat JPPH, Pejabat Penilaian Negeri dan Daerah. Adalah diharapkan paparan maklumat dan perkongsian aktiviti ini akan dapat membantu pelanggan JPPH mengenali lebih dekat lagi dengan jabatan melalui berita dan paparan yang disediakan.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dalam menghasilkan buletin ini. Sebarang aduan, komentar dan cadangan tuan/puan boleh dikemukakan ke laman web http://www.jpph.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Norhisham bin ShafiePengarah Bahagian Perancangan Korporat

Tinta Ketua Editor

PENAUNGYBhg Datuk Faizan bin Abdul Rahman

PENASIHATTuan Haji Nordin bin Daharom

KETUA EDITORNorhisham bin Shafie

EDITORAyub bin Ngah

URUSETIA DAN REKA GRAFIKNorafni Juliana binti Mahmud

SIDANG PENGARANGKartini binti Haron

Fatihah @ Fatimah binti OmarNoor Farah Mariana binti Othman

Zuraida binti Abu ZaidNur Shazwani binti BaharudinInna Mazlin binti Eng @ Ismail

JURUFOTOMohd Haziq bin Abd. Aziz

Hirman bin JamilAzizul bin Mohd Ia

Muhammad Zaid bin Hussain

DITERBITKANBahagian Perancangan Korporat

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan HartaKementerian Kewangan

PERCETAKANUnit Penerbitan dan Media

INSPEN

Sidang Editorial

Bahagian Perancangan KorporatJabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Kementerian Kewangan MalaysiaAras 8, Perbendaharaan 2No. 7 Persiaran PerdanaPresint 2, 62592 Putrajaya

Tel : (603) 8886 9000Fax : (603) 8886 9001

Portal : www.jpph.gov.my

Buletin JPPH diterbitkan 3 kali setahun. Hak cipta terpelihara. Sidang Editorial berhak melakukan penyuntingan terhadap tulisan yang diterima

untuk penyiaran selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak boleh diterbitkan

semula tanpa kebenaran Ketua Editor.

Segala informasi berkaitan JPPH boleh dihantar melalui e-mail kepada

[email protected]@jpph.gov.my

[email protected]

Page 3: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Saya melahirkan rasa sukacita dan bersyukur di atas hasil kerja kuat semua pihak dalam menerbitkan buletin baru edisi 3 2015 ini. Ianya adalah keluaran terakhir bagi tahun 2015.

Dalam mengejar arus kemajuan, JPPH terus mengorak langkah bagi mempergiatkan dan memperkemaskan tugas perkhidmatan nilaian sejajar dengan kehendak Malaysian Valuation Standards (MVS) serta panduan amalan standard penilaian JPPH yang telah ditetapkan.

Kewujudan banyak syarikat pemaju perumahan yang menjalankan aktiviti pembinaan dan penawaran rumah menjadikan peranan JPPH semakin penting dalam membuat perundingan harta dan menyediakan data transaksi harta tanah yang tepat. Banyak pihak juga kadang-kadang mempertikaikan nilaian JPPH, namun semua itu dijadikan cabaran untuk memastikan semua pihak tidak terbeban dengan faktor harga rumah yang dikatakan semakin meningkat.

Umum mengetahui banyak faktor menyebabkan kenaikkan harga rumah. Bukan sahaja permintaan tinggi oleh pembeli di sesuatu tempat, namun faktor lain serta kos pembinaan rumah itu sendiri akan membezakan harga. Di sini JPPH akan memantau dan merekodkan harga rumah mengikut kawasan, bandar dan negeri. Semua rangkuman dan liputan industri harta tanah ini akan dijadikan satu laporan pasaran harta yang akan dikeluarkan dan ia akan menjadi panduan khusus kepada pengiat industri harta tanah.

JPPH terus mengungguli dalam bidang Business Valuation yang telah diiktiraf dunia. Ini berikutan sudah wujud pegawai JPPH yang mendapat pengiktirafan dalam bidang ini dan pengetahuan yang mereka miliki boleh diguna untuk memperkembangkan profesional standart global penilaian perniagaan secara aktif. Melalui perkembangan dan peningkatan corak kerja yang semakin ke hadapan membolehkan JPPH bergerak maju setapak lagi dalam perkhidmatan penilaian. Diharapkan momentum positif yang dimiliki oleh para warga JPPH sekelian akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Datuk Faizan bin Abdul RahmanKetua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Dari Meja Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Page 4: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

4

5

Penilaian Loji dan Jentera dikategorikan sebagai penilaian harta tanah khas iaitu satu bidang penilaian yang kompleks. Sejajar dengan kepesatan pembangunan negara dan perubahan teknologi semasa, keperluan untuk menilai loji dan jentera semakin mendapat sambutan daripada pelbagai agensi samada daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri mahu pun kerajaan tempatan bagi pelbagai maksud nilaian. Harta tanah khas tersebut antaranya melibatkan penilaian ke atas lapangan terbang, stesyen janakuasa letrik, loji rawatan air, kilang, pelabuhan dan sebagainya.

Pemerhatian mendapati, terdapat pelbagai amalan dan ketidakseragaman di antara wargakerja JPPH di seluruh cawangan sewaktu menjalankan lawat periksa dan membuat nilaian ke atas loji dan jentera ini. Sehubungan itu, Jabatan merasakan sudah sampai masanya kerja-kerja nilaian ke atas loji dan jentera tersebut diseragamkan demi untuk kemudahan setiap wargakerja JPPH. Satu petugas khas (task force), telah dikenalpasti dan diberi tugasan untuk menggubal dan membukukan satu manual berkaitan loji dan jentera. Berikutan itu pada 1 Jun 2015 yang lalu bertempat di Hotel Bayview, Langkawi, Kedah, telah dilancarkan Buku Manual Loji dan Jentera yang telah disempurnakan

oleh Yang

Berusaha Haji Faizan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta bersempena sambutan Hari JPPH ke 58.

Buku yang mempunyai 10 bab ini merupakan julung kalinya diterbitkan yang akan dijadikan panduan serta asas kepada penilaian loji dan jentera. Ianya mempunyai objektifnya tersendiri iaitu untuk menerangkan dengan jelas dan teratur terhadap prosedur dan standard yang ditetapkan bagi kerja penilaian loji dan jentera dengan paparan bermula dari peringkat mengambil arahan hingga ke peringkat melaporkan nilaian. Objektif lain ialah untuk menyelaraskan prosedur kerja penilaian loji dan jentera di semua pejabat cawangan JPPH agar dengannya produk penilaian adalah sama dari segi prosedur kerja, ketepatan

masa, kualiti kerja, analisis data, maklumat dan penentuan pendapat. Manual ini dapat dijadikan buku rujukan utama yang berinformatif dan diguna pakai bagi menyelesaikan

sebarang kekeliruan mengenai prosedur kerja dan menyeragamkan penggunaan borang teknikal berkaitan penilaian loji dan jentera di semua Pejabat JPPH seluruh negara.

Perbincangan buku ini dari bab 1 hingga bab 10 disusun mengikut aturan keutamaan. Dalam bab 1, bertajuk pengenalan proses kerja loji dan jentera menerangkan secara ringkas langkah yang perlu diambil dalam mengendalikan kerja penilaian loji dan jentera.Bermula daripada menerima permohonan,

Rencana

Penilaian Loji dan Jentera

Page 5: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

menentukan maksud nilaian, mengenal pasti proses keseluruhan loji dan jentera, melawat periksa, merekod maklumat, memilih kaedah dan teknik penilaian dan seterusnya menyediakan laporan penilaian.

Bab 2 bertajuk terma rujukan yang menerangkan skop bidang kerja yang akan dijalankan meliputi tarikh nilaian, penentuan item dinilai, andaian dan batasan yang boleh digunakan.

Bab 3 bertajuk tujuan dan asas nilaian yang diperolehi secara jelas, betul dan tepat. Di mana akan menentukan tiga tujuan utama nilaian iaitu untuk nilaian pasaran, nilaian insuran dan nilaian kewangan.

Bab 4 membincangkan tentang proses kerja dan langkah yang perlu diambil dalam penilaian loji dan jentera. Tatacara proses penilaian ini melibatkan 11 perkara bermula ketika menerima permohonan sehingga kerja merekod selepas kes dilaporkan.

Bab 5 pula mengandungi tugas lawat periksa yang harus diambil semasa menjalankan lawat periksa loji dan jentera agar penilaian dapat dilakukan dengan lancar, tepat dan sempurna.Lawat periksa ini mesti selaras dengan panduan Malaysian Valuation Standards, perujukan dan pengrekodan yang baik bagi setiap loji dan jentera. Ianya perlu dijalankan mengikut langkah tertentu. Pertama persediaan sebelum lawat periksa, kedua lawat periksa awalan, ketiga prosedur semasa lawat periksa, keempat tindakan selepas lawat periksa, kelima senarai semak dan keenam aspek keselamatan.

Bab 6 ialah mengandungi deskripsi loji dan jentera yang menerangkan prosedur seharusnya dibuat apabila mendapatkan maklumat yang terperinci

ke atas setiap loji

dan jentera ketika menjalankan lawat periksa.

Proses ini dibuat melalui kaedah makro, mikro serta pengumpulan dan pengesahan data. Bab 7 berkenaan kompilasi, pengkelasan dan penstoran data serta penggunaannya dalam penilaian loji dan jentera.

Bab 8 pula ialah penyediaan pelan loji dan jentera yang merupakan rujukan penting dalam laporan penilaian. Ianya disediakan dalam bentuk lukisan teknikal atau ilustrasi bergambar yang dibuat secara manual atau perisian komputer. Penilaian akan dapat memastikan jenis dan kandungan pelan yang perlu ada dalam laporan penilaian serta memastikan pelukis pelan mengikut pelan yang disediakan mengikut ketetapan manual ini.

Bab 9 menceritakan pendekatan dan kaedah penilaian yang digunakan iaitu pendekatan pasaran, kos dan pendapatan semasa menjalankan penilaian loji dan jentera. Dalam pendekatan tersebut berbagai kaedah diguna pakai untuk memastikan nilaian dibuat dengan betul dan tepat.

Dan buku manual ini berakhir dengan bab 10 iaitu cara melapor nilaian berkaitan format pelaporan nilaian. Ini merupakan langkah terakhir antara penilai dan pemohon untuk mendapatkan pendapat nilaian yang tepat, konsistan dan profesional. Dua cara pelaporan dibuat iaitu melalui surat nilaian atau laporan nilaian atau kedua-duanya sekali bergantung kepada jenis kes yang dinilai.

Kesimpulannya nilaian loji dan jentera mengambil kira semua faktor, rujukan, terma, perundangan dan juga mematuhi panduan daripada Buku Amalan Standard Penilaian serta mengikut Malaysian Valuation Standards.

Page 6: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

6

7

MAKSUD NILAIAN(UNIT)

TEMPOH (%) (%)

Bahagian Perancangan Korporat

Page 7: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

Majlis Penyampaian Sijil Business Valuation dan Perasmian Premis LPPEH

Pada 8 September 2015, JPPH telah memberikan pengiktirafan kepada peserta kursus Certified Business Valuation Course dengan penyampaian sijil oleh YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia bertempat di Pejabat Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia di Bangsar Kuala Lumpur. Dalam majlis ini juga dilakukan perasmian pejabat baru Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH) serta pelancaran buku Manual Malaysian Valuation Standards (MVS).

Seramai 40 orang peserta Kursus Certified

Business Valuation Course telah dianugerahkan sijil masing-masing yang diketuai oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Haji Faizan bin Abdul Rahman. Mereka ini adalah kumpulan pertama yang diwakili oleh 16 orang pegawai daripada JPPH dan 24 orang lagi daripada sektor swasta yang telah berjaya lulus dalam kursus ini yang bermula pada 17 hingga 28 Ogos 2015. Business Valuation menjadi satu bidang baru bagi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang berkait rapat dengan penilaian harta tanah, penilaian loji jentera dan penilaian harta Intelek. Sehubungan dengan itu, JPPH dan INSPEN

mengambil tanggungjawab untuk mengadakan kursus Certified Business Valuation Course sebagai langkah awal bagi mewujudkan kumpulan penilai yang diiktiraf dalam bidang ini. Usaha ini telah menjadikan Malaysia adalah negara pertama di rantau ASEAN yang mengendalikan kursus Certified Business Valuation Course yang diiktiraf antarabangsa.

Page 8: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

8

9

Fokus

Page 9: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

Hari Inovasi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) disambut setiap tahun bermula bulan Mei dengan mengetengahkan 6 kategori Anugerah Inovasi yang akan diberikan kepada individu dan Pejabat JPPH yang memenuhi kriteria pertandingan ini dengan bertemakan “Sehati Berkualiti”. Tema ini menepati kehendak dan tugas yang dilaksanakan oleh Jabatan yang sentiasa mengutamakan pencapaian kualiti yang tepat, benar, boleh dipercayai dan profesional. Tanpa mengenepikan tuntutan pematuhan kepada integriti yang harus diperkukuh, dipelihara dan dikekalkan di semua peringkat secara kolektif. Sambutan Hari Inovasi JPPH ini menyaksikan sebanyak 6 anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Khas Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Anugerah Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (peringkat Pejabat Pengarah Penilaian Negeri dan Pejabat Penilai Daerah), Anugerah Inovasi JPPH, Anugerah Pengarah NAPIC, Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Anugerah Pengarah INSPEN.

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Jabatan bagi tahun 2015 telah diadakan

di Dewan Jubli, INSPEN pada 13 Oktober 2015 iaitu serentak dengan perasmian Sambutan Hari Inovasi JPPH. Ianya merupakan salah satu program inovasi jabatan yang menampilkan sebanyak tujuh (7) pasukan telah menyertai pertandingan Konvensyen tersebut dalam dua kategori iaitu teknikal dan pengurusan. Bagi kategori teknikal disertai oleh pasukan JPPH Taiping, Kuching, Segamat dan Melaka. Kategori pengurusan pula diwakili oleh JPPH Teluk Intan, Seremban dan Muar. Majlis sehari ini telah dirasmikan oleh Haji Faizan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Dalam ucapan perasmian, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah menyentuh kepentingan penghasilan idea yang hendak ditonjolkan perlu memenuhi kriteria dan prasyaratnya yang telah ditetapkan. Antaranya ialah kreativiti yang dicipta dapat memenuhi ciri-ciri keaslian dan adaptasi kepada penambahbaikan idea atau sistem yang sedia ada. Juga mengambil kira hasil pelaksanaan inovasi terhadap Jabatan dan organisasi. Seterusnya kesan inovasi yang dilihat dari segi berupaya memenuhi ciri-ciri kecekapan menyumbang kepada penjimatan

Sambutan Hari Inovasi DAN KONVENSYEN KIK JPPH 2015

Page 10: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

10

11

Fokus

kos, masa, peningkatan produktiviti dan inovasi yang mudah digunakan. Ini memberi signifikan kepada keberkesanan dan kecekapan kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam jabatan kerajaan kepada pelanggan mereka. Ianya juga menuntut komitmen padu daripada pihak pengurusan atasan dalam memberi sokongan dari segi kewangan, sumber manusia, insentif, penghargaan dan keperluan lain.

Dalam konvensyen ini, semua hadiah telah disampaikan oleh Haji Faizan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Bagi Kategori teknikal, tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan Gift dari JPPH Taiping yang membawa pulang wang tunai RM2000, sijil dan trofi. Kedua dimenangi oleh kumpulan Strike dari JPPH Kuching dengan mendapat

wang tunai RM1500 dan sijil penyertaan. Ketiga ialah kumpulan Evolusi dari JPPH Melaka dengan wang tunai RM1250 berserta sijil. Sementara itu pemenang kategori pengurusan juga mendapat hadiah yang sama seperti kategori teknikal. Tempat pertama disandang oleh kumpulan e-mas dari JPPH Teluk Intan, kedua ialah kumpulan Prodigy dari JPPH Seremban dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Intelligent Crew dari JPPH Muar. Pemenang persembahan terbaik dinobatkan kepada kumpulan e-mas dari JPPH Teluk Intan yang menerima sijil mereka. Semua persembahan telah diadili oleh Datuk Zakaria bin Ahmad Pengarah Quality Manegement Consaltant Sdn Bhd, Encik Syazwan bin Nordin daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Encik Ab Razak bin Omar daripada Innovation Business Excellent.

Page 11: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

Pada 7 hingga 10 Disember 2015, telah berlangsung Persidangan Pengarah Penilaian dan Penilai Daerah kali ke-70 di Bilik Persidangan Aras 2 INSPEN. Persidangan ini telah melengkapkan pelaksanaan mengikut perancangan sebanyak dua kali setahun yang sebelum ini berlangsung di Pulau Langkawi pada bulan Jun 2015.

Persidangan ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Teknikal), Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan), Pengarah Bahagian Ibu Pejabat, Pengarah Penilaian Negeri, Pengarah INSPEN, Penilai Daerah dan juga pegawai Kader JPPH di Jabatan Insovensi seramai 69 orang. Sebanyak 34 kertas kerja berjaya dibentang dan dibincangkan bersama. Pecahan kertas kerja seperti berikut; Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta sebanyak 8 kertas kerja, Bahagian Khidmat Pengurusan 14 kertas kerja, Bahagian Teknologi Maklumat 3 kertas, Bahagian Integriti dan Audit Teknikal satu kertas, Bahagian Perancangan Korporat dan INSPEN masing-masing 4 kertas kerja.

Sepanjang persidangan, ini beberapa aktiviti lain juga turut diatur seperti Mesyuarat Keselamatan, Mesyuarat Teknikal, aktiviti riadah keluarga, lawatan, majlis penyampaian anugerah inovasi Jabatan dan jamuan keluarga ahli persidangan.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bilangan 3 telah berjalan pada 9 Disember (Rabu) dan Mesyuarat Jawatankuasa keselamatan pula diadakan pada 10 Disember 2015. Dalam persidangan ini juga, JPPH telah melancarkan Sistem Permohonan Lawatan ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian (My Trip) dan Penyampaian Anugerah Sijil Certified Trainer JPPH.

Antara aktiviti menarik yang lain iaitu, pada sebelah malam 7 Disember diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi JPPH yang menyaksikan 6 kategori anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Persidangan ini juga diserikan dengan acara riadah iaitu pertandingan memancing keluarga yang berlangsung di kolam memancing INSPEN dan juga melawat sekitar

Persidangan Pengarah Penilaian dan Penilai DaerahKALI KE -70

Page 12: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

12

13

Kuala Lumpur. Satu lawatan khas ke Maktab Polis DiRaja Malaysia Cheras turut diadakan pada 10 Disember 2015 untuk semua ahli persidangan sebagai menambah pengetahuan dan berkongsi maklumat keselamatan secara umum melalui sesi taklimat yang diaturkan oleh PDRM. Di samping itu penjelasan tentang fungsi dan peranan Maktab

Polis Diraja Malaysia telah dapat dikongsi dengan semua ahli persidangan secara lancar dalam sesi soal jawab yang diaturkan.

Fokus

Page 13: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

Pada 15 Disember 2015 (Selasa), JPPH telah menyertai pameran hari terbuka MOF yang bertemakan Sehari Bersama MOF bertempat di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia. Sebanyak 65 gerai pameran oleh pelbagai agensi dan Jabatan kerajaan telah menyertai majlis ini yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Husni bin Hanadzlah, Menteri Kewangan II. Semasa acara perasmian, juga disampaikan pingat gangsa sempena anugerah inovasi peringkat dunia kepada Pengarah Eksekutif LHDNM sebagai menghargai penyertaan agensi MOF dalam pertandingan tersebut.

Persembahan kebudayaan dan tarian turut disajikan. Acara penting yang lain ialah Pelancaran Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang akan menjadi badan berkanun berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 menggantikan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Sementara itu Unit Strategi Nasional (NSU) telah melancarkan 5 buah buku di bawah inisiatif Kerjasama Strategik Lautan Biro (NBOS). Buku ini menggambarkan kejayaan yang dicapai oleh Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Bergerak (CTC), Volunteering International Professional (VIP), Hubungan Strategik Mini RTC-RTC-UTC dan Program Keusahawanan 1Malaysia

Entrepreneurs (1MET).

Dalam Ucapan perasmian ini juga YB Menteri kewangan II menyentuh banyak perkara berkaitan agenda transformasi nasional dan strategi dalam melakukan transformasi. Turut digambarkan pelaksanaan inisiatif Bajet 2016 yang memeri penekanan kepada meningkatkan taraf hidup isi rumah golongan B40 yang mempunyai pendapatan RM 2537 hingga RM 3855 sebulan. Juga memberi tumpuan kepada menambah pendapatan boleh guna kepada kumpulan M40 yang ditakrifkan mendapat pendapatan antara RM 3860 hingga RM 8320 sebulan.

Galeri pameran JPPH telah merekodkan kunjungan orang ramai melebihi 1000 orang dengan membuat pelbagai pertanyaan dan urusan melalui perkhidmatan kaunter.

YB Menteri Kewangan II, dan kedua-dua Timbalan Kewangan YB Datuk Chua Tee Yong dan YB Datuk Johari Abdul Ghani, Tan Sri KSP dan Bapak Fajar Harry Sampurno, Ketua Delegasi Kemutuan Badan Usaha Milik Negara Indonesia, masing-masing telah menandatangani buku pelawat JPPH.

Program Sehari Bersama KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Page 14: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

14

15

Fokus

Page 15: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

Lawatan Akademik Pelajar UTM KE IBU PEJABAT JPPH

Pada 17 Disember 2015 (Khamis) seramai 44 orang pelajar tahun satu UTM Skudai, Johor telah berkunjung ke JPPH Ibu Pejabat yang diketuai oleh Dr. Kamalahasan a/l Achu, Pensyarah Jabatan Harta Tanah, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM.

Para pelajar ini merupakan program pengajian Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah). Tujuan lawatan akademik ini ialah bagi

memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ilmu, kaedah dan amalan penilaian harta tanah di Malaysia. Juga sebagai pendedahan awal tentang pemahaman mengenai situasi sebenar dunia pekerjaan dalam bidang harta tanah. Di samping meningkatkan maklumat tambahan untuk diselaraskan dengan disiplin ilmu yang diperolehi di kampus.

Page 16: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

16

17 Peranan JPPH semakin hari semakin penting dan memerlukan persediaan strategik yang lebih kukuh serta rapi dalam bidang penilaian. Ekoran itu, JPPH telah melaksanakan suatu modul kursus “Certified Business Valuation Course”, dengan kerjasama International Association of Consultants Valuators and Analyst (IACVA), Kanada. IACVA ini akan melatih dan memberikan pengetahuan tentang Business Valuation yang penting dalam usaha memperluaskan bidang penilaian. Kursus ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada

Pertubuhan Jurukur Di Raja Malaysia (RISM) dan Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta Tanah dan Perunding Harta Swasta (PEPS) yang diadakan pada 17 Ogos hingga 28 Ogos 2015 di INSPEN.

Bagi merealisasikan kursus Businees Valuation ini, JPPH telah memilih sebuah badan pengajar di peringkat antarabangsa iaitu International of Association of Consultants Valuator and Analysts (IACVA) dari Kanada untuk melatih dan memberikan pengetahuan tentang Business Valuation. Ianya juga mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Jurukur Di Raja Malaysia (RISM) dan Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta Tanah dan Perunding Harta Swasta (PEPS). Sijil pengamal penilaian dalam

Kursus “Certified Business Valuation” DI INSPEN

Page 17: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

bidang Business Valuation ini adalah yang diiktiraf dunia.

Business Valuation menjadi satu bidang baru bagi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang berkait rapat dengan penilaian harta tanah, penilaian loji jentera dan penilaian harta intelek. Sehubungan dengan itu, JPPH dan INSPEN mengambil tanggungjawab untuk mengadakan kursus Certified Business Valuation Course sebagai langkah awal bagi mewujudkan kumpulan penilai yang diiktiraf dan berdaftar dalam bidang ini.

Kewujudan bidang Business Valuation ini menjadikan Malaysia negara pertama di rantau ASEAN mengendalikan kursus ini. Hasilnya JPPH akan dapat mempelbagaikan core business jabatan dan profession harta tanah dan akan mengukuhkan lagi kewujudan JPPH dalam meneraju bidang penilaian aset negara.

Seramai 40 orang peserta telah berjaya mendapat sijil pengamalan pengiktirafan yang diakui di peringkat dunia kepada kepakaran dalam bidang Business Valuation yang dimiliki oleh mereka. Daripada jumlah itu, seramai 16 orang pegawai daripada JPPH dan 24 orang lagi daripada Sektor Swasta (Private Sector) telah berjaya mendapat sijil masing-masing. Majlis penyampaian sijil Certified Business Valuation Course ini telah diadakan pada 8 September 2015 oleh YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, di Pejabat Baru Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia, di Bangsar Kuala Lumpur.

Fokus

Page 18: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

18

19

Lawatan Pegawai KananLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Pada 16 November 2015 (Isnin) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Ibu Pejabat telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Cyberjaya dan Cawangan Kuala Lumpur.

Rombongan ini disertai oleh 11 orang pegawai kanan dan ketuai oleh Encik Ahmad Khairuddin Abdullah, Timbalan Peguamcara Hasil Bahagian Sivil, Jabatan Sivil dan Pendakwaan. Mereka ini terdiri daripada Ibu Pejabat LHDNM Cyberjaya iaitu dari Bahagian Sivil yang diwakili oleh Jabatan Sivil dan Pendakwaan, Jabatan Pungutan Hasil mewakili Bahagian Dasar dan Operasi Pungutan, Jabatan Dasar Percukaian mewakili Bahagian Duti Setem dan Duti Harta Pesaka serta Cawangan Pembayar Cukai Besar Kuala Lumpur.

JPPH telah diketuai oleh YBrs. Dr. Rahah binti Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Teknikal) yang memberikan kata aluan mewakili

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Pengenalan kepada organisasi diperjelaskan melalui tayangan video korporat. Taklimat dan soal jawab secara dua hala turut disertakan dengan kedua-dua pihak berkongsi maklumat bagi mencari kaedah terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai secara lebih cekap. Bagi pihak LHDNM mereka yakin dengan kerjasama erat dengan JPPH ini, mampu

Page 19: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

Fokus

meningkatkan kutipan cukai yang lebih berkesan. JPPH pula turut dihadiri oleh Penolong Ketua Pengarah Penilaian Teknikal, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Penilaian, Pengarah NAPIC dan Pengarah Bahagian Perancangan Korporat.

Beberapa pendekatan dan penambahbaikan prosedur dalam kutipan hasil melalui bayaran duti setem daripada aktiviti harta tanah dapat dipermudahkan. Dibangkitkan juga penggunaan Borang PDS 49 (A) iaitu borang Pendaftaran Maklumat Sewaan/Pajakan yang sebelum ini banyak isu ketidaklengkapan semasa mengisi borang dikenal pasti. Antaranya ialah pertindihan kes dalam stamps, ketiadaan dokumen perjanjian

penyewaan, luas ruang penyewaan, tingkat disewa, jenis harta tanah, nombor lot, jenis harta tanah kediaman dan jenis bangunan. Hasil perbincangan ini borang tersebut telah dipermudahkan dan ada maklumat yang tidak perlu lagi diisi oleh mereka yang berkaitan dengan urusan harta tanah.

Perbincangan yang menghasilkan kesepakatan bersama ini telah memberikan kelebihan kedua-dua pihak menyelaras kembali penggunaan borang dan juga keupayaan mengutip hasil daripada nilaian sewaan atau pajakan harta tanah tersebut. Kunjungan ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai mengukir sejarah kerjasama erat dengan kedua-dua pihak.

Page 20: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

20

21 Pada 5 Disember 2015 (Sabtu), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan

Harta (JPPH) telah menganjurkan Pertandingan Bintang Kewangan 2015

melibatkan 11 agensi di bawah Kementerian Kewangan di Dewan Jubli INSPEN. Program ini merupakan salah satu aktiviti Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kementerian Kewangan (MKSAKK).

Antara yang menyertai pertandingan ini ialah Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia Berhad, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Perbendaharaan Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Lembaga Pembangunan Langkawi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).

Johan dan persembahan terbaik telah dimenangi oleh Puan Suliza binti Jahari daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, tempat kedua dimenangi oleh Encik Saiful Amri bin Salihudin daripada Bank Negara Malaysia dan tempat ketiga oleh

Encik Visvanathan Singh daripada Bank Simpanan Nasional (BSN). YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah hadir dan menjadi tetamu khas di malam tersebut dengan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Penganjuran Bintang Kewangan ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada kumpulan muzik Perbadanan Putrajaya yang mengiringi persembahan para peserta secara langsung dengan jayanya. Sebelum itu, beberapa siri latihan dan penyelarasan telah dibuat antara kumpulan muzik dengan para peserta telah diatur dua minggu sebelum hari pertandingan. Syarat pertandingan telah dikemaskinikan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa dan masih mengekalkan syarat asas pertandingan yang sedia ada. Persembahan para peserta telah dinilai oleh pakar seni suara tanah air yang terdiri daripada Alfa Booty Kesuma, Cikgu Fadlita binti Mohd Taib dan Yasmin Hani Richardson.

Pertandingan Bintang Kewangan ini bertujuan untuk mencari bakat baru dalam kalangan warga

Pertandingan Bintang Kewangan 2015KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Page 21: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

Fokus

Kementerian Kewangan yang berkaliber dalam bidang persembahan seni suara yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Sambutan yang diperolehi amat menggalakkan dengan berbagai rentak atau irama lagu dan persembahan telah ditunjukkan oleh para peserta yang menarik perhatian panel juri dan penonton. Setiap agensi telah membawa penyokong masing-masing sebagai pasukan pembakar semangat semasa wakil peserta mereka membuat persembahan. Persembahan iringan turut diserikan dengan nyanyian artis jemputan daripada Baggio, vokalis kumpulan Damasutra.

Sebagai penyeri dan menghidupkan majlis, ditampilkan juruacara daripada Stesen TV 3 iaitu Ahmad Fedtri Yahya yang berjaya mencuit dan menghiburkan hati penonton melalui gelagat dan kepetahan beliau mengendalikan majlis.

Page 22: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

22

23

Pengujian Pelan Pemulihan Bencana Sejak 4 Julai 2013, JPPH telah menggunakan perkhidmatan pusat pemulihan bencana atau Disaster Recorvery Center (DRC) yang diuruskan oleh MAMPU yang terletak di Petaling Jaya. Bagi memastikan pelan pemulihan bencana yang dilaksanakan dapat berfungsi dengan baik sekiranya berlaku bencana, ujian keatas DRC hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun. Selain itu tujuan ujian ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada ahli pasukan pemulihan bencana JPPH mengikuti langkah-langkah pemulihan bencana sebagaimana yang ditetapkan dalam Standard Operation Procedure (SOP).

Aktiviti pengujian bagi tahun 2015 telah berjaya dilaksanakan pada Oktober 2015 yang merangkumii. Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan pada

14 September 2015ii. Preventive Maintenance pada 6 Oktober

2015iii. Disaster Recorvery Test pada 20 Oktober

2015

Serangan Kumpulan Anonymous MalaysiaBerikutan daripada ancaman serangan siber oleh Kumpulan Anonymous Malaysia ke atas laman-laman web Malaysia, bermula 27 September 2015 kesemua ketua sektor telah diminta untuk membuat pemantauan ke atas agensi dibawah sektor masing-masing dan melaporkan kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi

mengesan sekiranya terdapat sebarang aktiviti luar biasa.

Bagi mengekang ancaman dari kumpulan Anonymus, JPPH telah mengambil langkah-langkah pengukuhan bagi menghadapi serangan berkenaan. Satu pasukan pemantauan CERT (Computer Emergency Response Team) JPPH telah ditubuhkan untuk memastikan keselamatan server-server dapat dilindungi daripada segala ancaman. Pasukan ini telah berkerjasama dengan pasaukun CERT MOF dan MKN. Laporan pemantauan (Sectoral Situational Report) telah dikemukakan kepada CERT MOF dan MKN secara berkala sebanyak 4 kali sehari dalam tempoh serangan iaitu 28 Ogos 2015 hingga 4 September 2015 pada waktu yang telah ditetapkan seperti berikut:

i. 9 pagiii. 1 petangiii. 5 petangiv. 9 malam

JPPH juga meningkatkan pengukuhan keatas firewall jabatan dengan memperkemaskan polisi firewall sedia ada bagi menyekat akses daripada pihak luar yang boleh memberikan ancaman terhadap keselamatan pusat data. Disamping itu juga, penutupan server-server yang tidak digunakan telah dilaksanakan bagi mengurangkan ancaman.

Page 23: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

Bahagian Teknologi Maklumat

Berikutan tiada sebarang ancaman yang dikesan maka operasi pemantauan oleh kesemua ketua sektor telah dihentikan pada 4 September 2015.

Penyewaan Peralatan ICT (PC dan Notebook)Penggunaan PC dan Notebook yang menggunakan sistem pengoperasiaan dan perisian MS Office yang seragam dapat memudahkan lagi perkongsian fail dan penyenggaraan peralatan. Bagi melaksanakan penyeragaman ini keseluruhan peralatan ICT telah tahun 2010 yang menggunakan sistem pengoperasian Windows 7 dan perisian MS Office 2010 telah digantikan degngan PC dan Notebook yang baru melalui agihan peralataan ICT sewaan yang melibatkan 1177 PC dan 82 Notebook. Melalui penggantian ini, hampir keseluruhan PC dan Notebook JPPH telah menggunakan sistem pengoperasian dan perisian MS Office yang sama iaitu Windows 8 dan juga perisian MS Office ProPlus (versi 2013).

Valuation Information System (VIS)Sistem VIS merupakan aplikasi utama Jabatan dalam menyokong pemberian perkhidmatan teras utama Jabatan dalam penilaian dan perkhidmatan harta tanah. Sistem ini diguna oleh semua tiga puluh sembilan (39) pejabat JPPH di seluruh negara. VIS telah mula di laksana sejak 1997 dan diperluaskan secara berperingkat kepada semua Pejabat JPPH. Walaupun berdepan dengan kekangan teknologi dan perisian yang lama, VIS masih mampu memenuhi keperluan Business Owner dan pengguna dalam melaksanakan tugas-tugas berkaitan penilaian dan perkhidmatan harta tanah. Peningkatan VIS Bil. 2/2015 telah dilaksanakan secara pilot di tiga Pejabat JPPH iaitu JPPH Seremban, JPPH Chukai dan JPPH Sungai Petani pada bulan Disember 2015 sebagai persediaan sebelum dilaksanakan ke seluruh Pejabat JPPH kelak. Antara peningkatan yang dilaksanakan bagi peningkatan ini adalah:

i. Penambahbaikan Modul Kemasukan Maklumat Harta Alih

Pewujudan medan baru Transmisi dan medan Transmisi ditambah pada laporan terlibat, Jenis Badan – ‘Bot’ ditambah, penambahbaikan Skrin Laporan dan Skrin Nilaian.

ii. Pindaan label Seksyen kepada Seksyen/ Blok pada skrin, sijil dan laporan yang berkaitan

Bertujuan supaya pengisian data butir pengenalan harta dalam VIS oleh JPPH

Sarawak selaras dengan format kod UPI dalam Sistem GIS-PP apabila kod UPI dijana dari Sistem VIS bagi membolehkan proses auto assign berlaku dalam Sistem GIS-PP di JPPH Negeri Sarawak.

iii. Paparan maklumat ‘Bilangan Kes Untuk Semakan’ pada skrin utama VIS

Pada skrin utama VIS, paparan maklumat ‘Bilangan Kes Untuk Semakan’ diwujudkan.

iv. Nilaian Kes Duti Setem Secara ‘Penilaian Cepat’

Sistem VIS ditambah baik supaya kes Duti Setem secara ‘Penilaian Cepat’ boleh dibuat dalam Sistem VIS dan memenuhi syarat seperti berikut:a. Maksud Nilaian Duti Setem yang ada

BALASAN sahaja.b. Bagi Kategori Harta Tanah – Kediaman

(A), Perdagangan (B) (Rumah Kedai/ Pejabat & Strata) dan Industri (C) di dalam skim sahaja.

c. Menggunakan Jadual Julat Harga bagi menentukan nilaian di mana balasan mestilah dalam lingkungan julat harga. Julat harga ini berdasarkan Kategori Nilaian DS NQ Fair dan NQ High sahaja.

v. Modul Penjanaan Data Julat Harga Sistem VIS menyediakan kemudahan

untuk menjana data julat harga yang akan digunakan untuk membina Jadual Julat Harga.

Sistem Pengurusan Dokumen Duti Setem (SPDDS)SPDDS telah dibangunkan secara in-house oleh BTM Ibu Pejabat untuk pengurusan dan penyelenggaraan penyimpanan dan pencarian secara elektronik semua dokumen berkaitan Duti Setem yang diterima sama ada melalui STAMPS atau diterima secara manual. Sistem ini telah dilaksanakan di semua cawangan Pejabat Penilai Daerah dan PPN Perlis pada awal 2012. Objektif utama SPDDS adalah bagi menyediakan satu sistem pengurusan dokumen strata dan landed yang cepat, mudah, sistematik dan user-friendly bagi kes penilaian Duti Setem. Peningkatan SPDDS Bil. 1/2015 telah dipersetujui oleh JK VIS dan telah dilaksanakan secara pilot di JPPH Shah Alam pada 14 Disember 2015 dan di seluruh Pejabat JPPH pada 30 Disember 2015.

Page 24: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

24

25

Antara peningkatan yang dilaksanakan adalah:i. Pengecualian dokumen mandatori bagi

Pendaftaran kes Duti Setem di bawah kod Jenis Bayaran/Sub Kod = 8 – Pengecualian DS / Waivera. Sebelum ini kes Duti Setem kod Jenis

Bayaran/Sub Kod = 8 – Pengecualian DS / Waiver tidak di daftarkan dalam SPDDS

b. Bagi membolehkan pendaftaran dan menyiapkan kes ini, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan antaranya:i. Tambahan radio button pada

Bahagian A – Maklumat SPDDS untuk daftar kes DS/Waiver

ii. Paparan kolum maklumat kes Pengecualian DS/Waiver pada skrin Carian dan Laporan Pemantauan

iii. Hanya dokumen PDF Part 1 mandatori untuk siapkan kes yang akan disemak semasa klik butang SIAP

ii. Fungsi Penyelenggaraan Kes (Modul Pentadbir Sistem)a. Kes yang telah SIAP boleh di selenggara

seperti kemaskini, upload dokumen dan sebagainya oleh Pentadbir Sistem sahaja apabila menukar status kes dari SIAP kepada TIDAK SIAP

iii. Laporan Pemantauan dipaparkan berdasarkan Tarikh Daftar dalam SPDDSa. Penjanaan Laporan Pemantauan

berdasarkan Tarikh Daftar dalam SPDDS iaitu apabila Bahagian A – Maklumat Harta diisi

Sistem myLatihanSistem ini dibangunkan berasaskan Sistem MyKursus yang telah dibangunkan oleh INSPEN. Sasaran penggunaannya merangkumi semua warga JPPH disemua Pejabat JPPH seluruh negara. Objektif myLatihan adalah untuk merekod, memantau dan menganalisa maklumat kehadiran kursus warga JPPH. Melalui myLatihan, status KPI pegawai dapat dipantau, sama ada telah mencapai KPI iaitu menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari dan melebihi 2 bilangan kursus dalam setahun.

Bagi meningkat lagi keberkesanan penggunaan myLatihan dan memudahkan pengguna, penambahbaikan ke atas Sistem myLatihan telah dilaksanakan melalui kemudahan perkongsian data kehadiran kursus warga JPPH di INSPEN melalui Sistem Pengurusan Maklumat Latihan (SPML) dengan Sistem myLatihan. Perkongsian data ini membolehkan maklumat warga JPPH yang telah menghadiri kursus di INSPEN dimasukkan terus ke dalam Sistem myLatihan. Warga JPPH tidak perlu key-in maklumat kehadiran kursus yang telah dihadiri di INSPEN ke dalam Sistem myLatihan kerana proses download data dari SPML dan upload ke MyLatihan akan dibuat setiap hari pertama bekerja setiap bulan.

Pembangunan Sistem MyTripPada November 2015 BTM telah selesai membangunkan sistem MyTrip dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) untuk kegunaan semua pegawai JPPH yang ingin membuat permohonan lawatan persendirian ke luar negara. Dengan adanya sistem ini dapat memudahkan pemohonan dan kelulusan keluar negara yang dilaksanakan secara atas talian dan mempercepatkan penghantaran permohonan insuran kesihatan ke syarikat insuran.

Sistem ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada 8 Disember 2015 bertempat INSPEN.

Geographic sInformation System (GIS) Bagi Pelukis Pelan Peningkatan Sistem GIS Pelukis Pelan telah dilaksanakan bermula 5 Disember 2014. Berdasarkan maklum balas daripada pengguna, Patches GIS PP Bil. 1/2015 akan dilaksanakan yang melibatkan perkara berikut:

• Pembaikian bugs/error dalam sistemsedia ada

• Penambahan fungsi auto assign bagiJenis Lot adalah Pejabat Tanah

• Penambahan fungsi auto assign bagisetiap kes strata yang didaftarkan

Pelaksanaan fungsi auto assign telah dilaksanakan ketika GIS PP yang ditingkatkan mula dilaksanakan, tetapi bagi Jenis Lot adalah Final Title sahaja dan harta tanah landed.

Patches GIS PP Bil. 1/2015 telah dipasang dan diuji secara pilot di JPPH Bandar Baru Bangi pada 3 Disember 2015.

Bahagian Teknologi Maklumat

Page 25: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

MAJLIS KEMUNCAK SAMBUTAN 30 TAHUN INSPEN

Taklimat ini telah dijalankan sebanyak tiga sesi di dua cawangan JPPH yang terpilih di mana sesi pertama telah dijalankan pada 30 November 2015 bertempat di JPPH Seremban. Ianya telah dihadiri oleh semua Penolong Pegawai Penilaian di cawangan tersebut.

Manakala sesi kedua dan ketiga telah dijalankan pada 1 – 2 Disember 2015 bertempat di JPPH Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sesi taklimat ini dihadiri oleh Penolong Pegawai Penilaian dan Pembantu Penilaian yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut sesi masing-masing. Taklimat ini telah dikendalikan oleh Bahagian Pasaran Harta Tanah (NAPIC).

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai mengenai kepentingan data transaksi yang diperoleh daripada data VIS di peringkat Jabatan dan Negara. Taklimat tersebut juga menjelaskan tatacara pemasukan data VIS dengan betul dan implikasi jika kesalahan pemasukan data dilakukan yang perlu dielakkan serta harus diperbetulkan segera.

TAKLIMAT PEMASUKKAN DATA VIS & PERKAITAN DENGAN EXCEPTION

REPORT

Info JPPH

Page 26: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

26

27

PENDAFTARAN PELAJAR BARU & MAJLIS KONVOKESYEN INSPEN

Page 27: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

KOLOKIUM DISERTASI PASCA SISWAZAH JPPH

Info JPPH

Page 28: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

28

29

BIL. NAMA PEGAWAI GRED JAWATAN UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN PBTC(COB)

1. En. Zulkefili b. Abdul Rahman

Pegawai Penilaian Gred W44 Ketua BahagianBahagian Pesuruhjaya BangunanMajlis Bandaraya Johor Bahru.

2. En. Aminuddin b. Hussien

Pegawai Penilaian Gred W44 PengarahJabatan Pesuruhjaya BangunanMajlis Perbandaran Selayang

3. Puan Siti Rosemawar bt Mohd Sahi

Pegawai Penilaian Gred W44 Pengarah Jabatan Pesuruhjaya BangunanMajlis Perbandaran Kajang

4. En. Muhammad Noor Isman b. Ismail

Pegawai Penilaian Gred W44 Ketua BahagianBahagian Pesuruhjaya BangunanMajlis Perbandaran Ampang Jaya

5. En. Ari b. Adam Pegawai Penilaian Gred W44 PengarahJabatan Pesuruhjaya BangunanMajlis Perbandaran Klang

6. Puan Sr Satinah bt Safirol Pegawai Penilaian Gred W44 Pengarah Jabatan Pesuruhjaya BangunanMajlis Perbandaran Subang Jaya

7. Cik Nor Shabani bt Johari Pegawai Penilaian Gred W44 Ketua Unit COBUnit Pesuruhjaya BangunanMajlis Bandaraya Petaling Jaya

8. En. Nik Ariff b. Long Dir Pegawai Penilaian Gred W44 PengarahJabatan Pesuruhjaya BangunanMajlis Bandaraya Pulau Pinang

9. Puan Rismawati bt Ahmad

Pegawai Penilaian Gred W44 PengarahJabatan Pesuruhjaya BangunanMajlis Perbandaran Seberang Prai

Unit Pesuruhjaya Bangunan atau dikenali sebagai Unit COB adalah di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Seramai 18 orang Pegawai Penilaian JPPH terdiri daripada Gred W44 : 11 orang dan Gred W41 : 7 orang di tempatkan sebagai Kader di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Mesyuarat Bersama Pegawai Kader JPPH di Unit Pesuruhjaya Bangunan PBT Bil. 1/2015 telah diadakan pada 28 September 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Bandaraya Johor Bahru. Mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Tuan Haji Nordin bin Daharom, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan) dan dihadiri oleh wakil Ibu Pejabat, INSPEN dan

Pegawai Penilaian di Unit COB. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara JPPH dan Pegawai Penilaian di COB serta memaklumkan perkembangan terkini JPPH kepada Pegawai Penilaian di COB.

Sempena mesyuarat tersebut satu kunjungan hormat Tuan Haji Nordin bin Daharom, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan) telah diadakan ke atas YBhg. Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru Merangkap Pesuruhjaya Bangunan.

Berikut adalah senarai nama Pegawai Penilaian JPPH di Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) sehingga 31 Oktober 2015.

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

Info JPPH

Page 29: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

BIL. NAMA PEGAWAI GRED JAWATAN UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN PBTC(COB)

10. Puan Fazliyana bt Alias Pegawai Penilaian Gred W44 Ketua Unit COBUnit Pesuruhjaya BangunanMajlis Perbandaran Seremban

11. En. Badrul Hisham b. Hussain

Pegawai Penilaian Gred W44 Ketua BahagianBahagian Pesuruhjaya BangunanMajlis Bandaraya Shah Alam

12. En. Abd Rahman b. Md Karim

Pegawai Penilaian Gred W41 Ketua Unit COBUnit Pesuruhjaya BangunanMajlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

Page 30: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

30

31

MESYURAT KETUA NAPIC NEGERI DAN KETUA NAPIC DAERAH

Telah berlangsung pada 10 hingga 13 November 2015 bertempat di M-Suites Hotel, Johor Bahru. Mesyuarat ini meliputi Mesyuarat Teknikal dan Mesyuarat Kewangan dan Pentadbiran NAPIC. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Faizan bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penilaian, YBrs Dr. Rahah bt. Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Teknikal), Pengarah NAPIC, Timbalan NAPIC, Pegawai W44, Pegawai W41, pegawai-pegawai Bahagian Pasaran (sebagai Urusetia Mesyuarat), Bahagian Pentadbiran dan Kewangan NAPIC serta Ketua-ketua NAPIC Negeri dan Daerah disetiap cawangan.

Objektif utama mesyuarat adalah untuk membincangkan isu-isu teknikal, kewangan dan pentadbiran yang dihadapi di NAPIC. Terdapat tujuh (7) kertas kerja dibentangkan oleh Ibu Pejabat manakala daripada cawangan terdapat tiga (3) kertas kerja dan tiga kertas ulasan.

♦ Kertas kerja 1 : Peranan, Kepentingan & Cabaran NAPIC Masa Kini oleh Pengarah NAPIC ♦ Kertas kerja 2 : Menangani Dinamika Harta Tanah oleh Timbalan Pengarah Inventori ♦ Kertas kerja 3 : Permasalahan PRISM & Peringkat Penyelesaiannya oleh Sekretariat PRISM ♦ Kertas kerja 4 : PBO/SC: Pemilihan Sampel oleh Timbalan Pengarah Inventori ♦ Kertas kerja 5 : Penentuan Data Kualiti oleh Pegawai & Penolong Pegawai Bahagian Inventori ♦ Kertas kerja 6 : IHRM: Satu Pemahaman oleh Timbalan Pengarah Indeks ♦ Kertas kerja 7 : Tinjauan Pasaran Harta Tanah H1 2015 oleh Timbalan Pengarah Pasaran

Harta ♦ Kertas kerja 8 : Pengurusan Data Kumulatif oleh Cawangan Kelantan & Terengganu. Ulasan

kertas kerja oleh Cawangan Pahang & Perak ♦ Ketas kerja 9 : Isu Pungutan Data Pelancaran Sekim Baru oleh Cawangan Pulau Pinang,

Kedah dan Perlis. Ulasan kertas oleh Cawangan Sabah & Sarawak. ♦ Kertas kerja 10: Strata PBO/SC: Satu Tinjauan oleh Cawangan Selangor & Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur. Ulasan Kertas oleh Cawangan Johor, Melaka & Negeri Sembilan.

Di samping aktiviti utama iaitu bermesyuarat, terdapat juga aktiviti lain yang dilaksanakan iaitu riadah (Pembentukan Espirit De Corps Melalui Kreativiti Minda), makan malam (Malam Apresiasi Warga NAPIC) dan lawatan teknikal ke Iskandar Malaysia dan Projek Mega Negeri Johor.

Page 31: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

Info JPPH

Page 32: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

32

33

ZON UTARA(Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang)

1. Pada 26 September 2015, telah diadakan Program Ibadah Korban telah di Kampong Dato’ Ahmad Said Tambahan Dua, Ipoh. Program dengan kerjasan AJK pengurusan surau melibatkan tiga ekor lembu. Seramai lebih kurang 20 orang ahli PEKIP dan anggota keluarga hadir.

2. Sepanjang Oktober hingga Disember 2015, JPPH Ipoh mengendalikan proses Pengambilan Tanah pakej 10, Lebuhraya Pantai Barat dari Changkat Cermin, Sitiawan ke Pekan Beruas melibatkan 197 lot tanah milik di Daerah Manjung dan Perak Tengah. Permohonan penilaian diterima pada bulan Oktober 2015 manakala perbicaraan pampasan berjalan pada pertengahan Disember 2015 hingga akhir Januari 2016.

3. Sepanjang bulan Oktober 2015, telah di adakan Sukan Dalaman JPPH Ipoh bersekali JPPH Negeri Perak. Acara yang dipertandingkan ialah karom, dart, congkak, dam haji dan boling. Pertandingan diadakan secara berpasukan di mana staf dibahagikan kepada 2 kumpulan.

1 2

JPPH Langkawi

JPPH Sana Sini

JPPH Negeri Perak dan JPPH Ipoh

1

3

1. Aktiviti mengacau bubur asyura diadakan pada 28 Oktober 2015.2. Ceramah sempena Maulidul Rasul diadakan pada 22 Disember 2015, yang disampaikan oleh Ustaz Sheikh Muhammad

Usamah bin Talib.

3 3 3

1 2

Page 33: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

1. Pada 12 Oktober 2015, Konvesyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Ke-28 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan. Nama kumpulan KIK JPPH Taiping adalah GiFT. GiFT telah memperolehi kedudukan 5 terbaik daripada 11 jabatan yang terlibat bagi kategori Pengurusan.

2. Pada 13 Oktober 2015 Konvesyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Jabatan. Di peringkat Jabatan JPPH Taiping telah memperolehi kemenangan tempat pertama bagi Kategori Teknikal dan ditabalkan sebagai persembahan terbaik secara keseluruhan.

3. Aktiviti riadah mendaki Bukit Larut telah diadakan pada 5 November 2015 (Pagi)4. Pada 13 November 2015 Hari Bersama Pelanggan yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping sempena Majlis

Program Mesra Dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) yang dianjurkan oleh Biro Penganduan Awam.

1 2 3 4

JPPH Taiping

JPPH Sana Sini

1. Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Negeri Perak Mesyuarat Pegawai-Pegawai Penilaian 2015 telah diadakan pada 6 Oktober 2015 di Pejabat JPPH Teluk Intan. Perbincangan mesyuarat ini adalah diantara pejabat-pejabat JPPH di Negeri Perak Ipoh, Taiping dan Teluk Intan agar dapat melaksanakan penyeragaman dalam penilaian hartanah.

2. Hari Inovasi dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan pada 13 Oktober 2015 di Dewan Jubli, INSPEN. Kumpulan KIK e-mas mewakili JPPH Teluk Intan dan kumpulan KIK e-mas telah menjuarai bagi kategori Pengurusan dengan membolot wang tunai RM2,0000.

3. Majlis Anugerah Inovasi Jabatan 2015 telah diadakan pada 7 Disember 2015 di Dewan Jubli, INSPEN.Di majlis tersebut JPPH Teluk Intan dianugerah tempat kedua bagi kategori Pejabat Penilai Daerah Terbaik dan Anugerah Kumpulan Inovasi dan Kreatif kategori Pengurusan.

4. Perlawanan Boling JPPH VS LHDN telah diadakan pada 7 November 2015 di Ipoh Bowl, AEON Kinta City, Ipoh. Perlawanan timbal balik antara JPPH dan LHDN ini di akhiri dengan JPPH telah memenangi keseluruhan perlawanan boling.

1 2 3 4

JPPH Teluk Intan

4

4

Page 34: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

34

35

ZON SELATAN(Negeri Sembilan, Melaka dan Johor)

1. Pada 7 September 2015, satu perlawanan persahabatan antara JPPH Batu Pahat dan JPPH Melaka. Perlawanan ini telah disiarkan di dalam Sinar Harian Batu Pahat bertarikh 29/10/2015(Khamis) dengan tajuk akhbar ‘Warga JPPH Digalakkan Aktif sukan. Perlawanan diturut serta oleh Sr Tn Hj Azmi bin Abd Khalid, Penilai Daerah Batu Pahat dan En. Ishak bin Zakaria, Pengarah Penilaian Negeri Melaka.

2. Sambutan Hari Inovasi JPPH 2015 Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 9 September 2015. JPPH Kluang menjadi tuan rumah bertempat di Dewan Projek Pertanian Moden Kluang. Program Sambutan Hari Inovasi ini telah di rasmikan oleh Dato’ Zaleha bt. Baharum, Pengarah Penilaian Negeri Johor. JPPH Batu Pahat memenangi Tempat ketiga iaitu diwakili Kumpulan Infiniti dan Tempat keempat diwakili Kumpulan EZ-Fast.

3. Pada 12 November 2015 satu Lawatan Teknikal JPPH Batu Pahat 2015 telah diadakan di Melaka Bersejarah. Program Lawatan ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah termasuk menyusuri sungai Melaka.

4. Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Penilaian (Pengurusan) Sr Tuan Haji Nordin bin Daharom pada 22 Disember 2015 di Bilik Mesyuarat Sri Cahaya, JPPH Batu Pahat. Pembentangan berkaitan JPPH Batu Pahat dan soal jawab bersama warga kerja JPPH Batu Pahat.

1 3

2 3

JPPH Negeri Sembilan dan JPPH Seremban

JPPH Batu Pahat

JPPH Sana Sini

2 4

1 4

1. Pertandingan ini diadakan antara ahli KESUPEN bersempena Hari Inovasi Jpph Seremban pada 22 September 2015.

4

Page 35: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

1. Pada 29 September 2015, JPPH Segamat telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri kepada seorang pelajar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak. Sijil Tamat Latihan tersebut telah disampaikan oleh Penilai Daerah Segamat iaitu Puan Ariah Amat kepada Cik Nurul Annur Syarqiyah binti Aminuddin yang telah menjalani latihan Industri di cawangan ini mulai 7 Jun 2015 hingga 2 Oktober 2015.

2. Pada 21 Oktober 2015, PEKIP JPPH Segamat telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil . Selain sumbangan PEKIP, ahli-ahli PEKIP turut berlapang dada memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk juadah. Majlis disusuli dengan acara memotong kek beramai-ramai bagi meraikan hari ulangtahun kelahiran staf JPPH Segamat dari bulan Ogos hingga Oktober 2015. Jumlah kakitangan yang menyambut ulangtahun hari lahir pada kali ini seramai 8 orang. Dengan adanya majlis sebegini diharap dapat memberi memori indah kepada semua staf yang menyambutnya di pejabat ini.

3. Pada 21 - 23 Disember 2015, KESUPEN JPPH Segamat telah menjalankan sukan dalaman bertempat di Unit Teknikal JPPH Segamat. Permainan yang dipertandingkan adalah Dart, Karom, Dam Haji, Batu Seremban dan Congkak. Semoga aktiviti ini dapat memupuk semangat kesukanan dikalangan ahli disamping dapat mengeratkan hubungan sesama ahli. Selain itu ahli-ahli juga dapat mengurangkan tekanan semasa bekerja.

4. Pada 24 Disember 2015 yang lalu, JPPH Segamat telah menghantar satu kontinjen untuk menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Segamat Tahun 2015. Kontinjen yang terdiri dari pelbagai jabatan dan agensi ini telah sama - sama berarak dari Dataran Segamat menuju ke Masjid Jamek Segamat.

1 2 3

JPPH Segamat

JPPH Sana Sini

4

Seramai 9 kumpulan yang telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Pertandingan ini berlangsung di sekitar kawasan Seremban yang menguji minda setiap ahli.

2. Satu pasukan telah menyertai Explorace Inovasi yang diadakan pada 3 Oktober 2015 bersempena Hari Inovasi Peringkat Negeri. Explorace ini dijalankan di sekitar kawasan Seremban yang menguji ketahanan mental dan fizikal.

3. Ceramah Anjuran PEKIP Seremban telah diadakan pada 18 Disember 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 9, JPPH Seremban. Penceramah jemputan ialah Encik Mohd Nidzar bin Nor Mohamad dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Program ini diadakan bersempena Maulidur Rasul. Pengisian ceramah menjurus kepada menanamkan rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah S.A.W. Program dihadiri oleh semua ahli PEKIP Seremban.

4. Perlawanan ini telah diadakan pada 30 Oktober 2015 di Kompleks Sukan dan Belia Paroi. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan JPPH Seremban dengan kemenangan 21 - 7.

Bersambung JPPH Negeri Sembilan dan JPPH Seremban

Page 36: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

36

37

ZON TENGAH(Wilayah Persekutuan dan Selangor)

1. Potluck Bersama Puspanita telah diadakan pada 4 September 2016 di Bilik Pelan Tingkat 3, JPPH Bandar Baru Bangi Potluck bersama PUSPANITA ini telah dianjurkan oleh PUSPANITA sempena meraikan perpisahan ahli PUSPANITA yang akan bersara Puan Che Zainab bt Yaacob.

2. Latihan Kebakaran (Fire Drill) Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi anjuran bersama PKNS telah melibatkan semua penyewa di dalam bangunan PKNS pada 21 Oktober 2015 masa 9.00 pagi.

3. Volleyball 4fun Kompleks Sukan INSPEN JPPH Bandar Baru Bangi menghantar wakil 2 kumpulan iaitu 1 kumpulan wanita dan 1 kumpulan lelaki. Kumpulan wanita memenangi tempat ke-2 manakala lelaki mendapat tempat ke-6.

4. Ceramah Bestari Ilmu (Kedah Cepat Menunaikan Haji & Umrah). Bilik Mesyuarat Kenanga, Tingkat 1, JPPH Bandar Baru Bangi. Anjuran PEKIP Penceramah Ustaz Abu Hanifah Bin Mohd 4 Disember 2015 pada 9 pagi.

JPPH Bandar Baru Bangi

JPPH Sana Sini

1 2 3 4

JPPH Klang

1 21 4

1. Hari Bertemu Pelanggan peringkat Daerah Klang bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang pada 9 Oktober 2015.

2. Latihan Kebakaran bagi semua penghuni Bangunan First Tower dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Klang dan Lemabaga Hasil Dalam Negeri cawangan Klang pada 9 Oktober 2015.

3. Majlis bacaan Yassin dan tahlil anjuran PEKIP cawangan Klang yang telah disertai sebahagian besar kakitangan beragama Islam JPPH Klang. Majlis diiringi jamuan makan sumbangan staf pada 6 November 2016.

4. Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan perpisahan Encik Zulkamal bin Ruhaizat Ooi, Pegawai Penilaian Gred W41 yang telah meletak jawatan mulai November 2015 setelah berkhidmat hampir 8 bulan di JPPH Klang pada 12 November 2016.

2

Page 37: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

JPPH Chukai

1. Pada 30 September 2015, 10.00 pagi, KESUPEN JPPH Chukai telah mengadakan satu lawatan yang dikenali sebagai Lawatan Jalinan Silaturahim ke rumah salah seorang staff pejabat ini iaitu En.Sulaiman bin Bakar (W22) di kediamannya di Teluk Kalung, Kemaman bagi menziarahi isteri beliau yang sedang mengidap penyakit kanser payudara (Peringkat 4). Dalam lawatan tersebut, 9 orang staff telah turut serta termasuk Puan Maznah bt. Ngah (Penilai Daerah JPPH Chukai). Di akhir sesi lawatan, sedikit sumbangan telah disampaikan kepada isteri beliau bagi membantu meringankan beliau dalam menjalani rawatan.

2. Perlawanan persahabatan di antara JPPH Chukai dan JPPH Kuantan telah berlangsung pada 4 Oktober 2015 bertempat di Dewan Komuniti Cina Bukit Mak Dayang. Perlawanan ini memberi kemenangan kepada JPPH Chukai selaku tuan rumah iaitu 4-1. Sambutan yang diberi amatlah menggalakan.

3. Pada tahun 2015, buat julung kalinya Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Chukai menyertai Karnival Pekan Budaya Daerah Kemaman bertempat di Dataran Pantai Teluk Mok Nik kemaman di bawah anjuran Pejabat Daerah Kemaman selama satu minggu bermula 9 hingga 14 Oktober 2015. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada pengunjung-pengunjung sepanjang berlangsung karnival antaranya pameran gerai jualan, pertandingan motor cross, kelas anyaman tikar mengkuang, demontrasi membuat budu, car boot sale, persembahan artis jemputan dan banyak lagi. Sebanyak 39 buah gerai pameran yang terdiri daripada jabatan kerajaan, swasta dan NGO. Karnival ini juga disambut bersekali dengan Sambutan Hari Sukan Negara. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Chukai juga telah diberi sijil penyertaan sebagai penghargaan menyertai program tahunan ini

4. Tanggal 16 Oktober 2015 JPPH Chukai dikejutkan dengan kemasukan wad salah seorang staf iaitu Encik Sulaiman bin Bakar yang baru sahaja bertukar dari JPPH Sarawak di Hospital Kemaman kerana mengalami serangan jantung. JPPH Chukai telah membuat lawatan yang diketuai oleh Encik Zumizan Jamaludin bersama 4 orang staf pada 18 Oktober 2015 dan memberikan sedikit sumbangan kepada beliau.

JPPH Sana Sini

1 2 3 4

ZON TIMUR(Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah)

Page 38: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

38

39

1. Satu Simposium Pegawai Penilaian Ke-VIII telah diadakan di Hotel Emaslink Pacific Kota Bharu, Kelantan. Bersempena itu, YBrs. Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah mengadakan lawatan ke JPPH Negeri Kelantan, JPPH Kota Bharu dan JPPH Kuala Krai pada 26 hingga 28 Oktober 2015.

2. Pada 29 Oktober 2015, Pengarah Penilaian Negeri menerima kunjungan hormat daripada pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan yang diketuai oleh Pengarahnya sendiri, Cik Azyyati bt. Ibrahim bersama dengan tiga (3) orang pegawainya iaitu En. Yasim bin Yaacob, En. Zahari bin Ismail dan En. Che Johari bin Che Soh. Di antara lain membincangkan khusus kepada penyelesaian kes Pengambilan Balik Tanah iaitu Projek Pembinaan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Pembinaan Jalan Pasir Mas By Pass dan kes-kes Harta Pusaka Kecil.

3. PEKIP Kelantan telah mengadakan satu ceramah bulanan pada 5 November 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat JPPH Kelantan, Wisma Persekutuan, Kota Bharu. Penceramah yang dijemput merupakan Imam Masjid Besar Kubang Kerian iaitu Ustaz Sabri bin Abdullah.

1 2 3

JPPHNegeri Kelantan dan JPPH Kota Bharu

JPPH Sana Sini

2 3

1 3

JPPH Sibu

2

1. Hari Keluarga JPPH Sibu telah diadakan di Iftitah Beach Resort, Pantai Belawai pada 31 Oktober 2015. Aktiviti ini dianjurkan bagi mengisi agenda tahunan dengan objektif untuk mengeratkan silaturrahim antara kakitangan JPPH Sibu dan ahli keluarga masing-masing. Pelbagai aktiviti menarik seperti mengisi air di dalam botol, bowling kelapa, timbang biji tembikai, lari dalam guni, tarik tali, bola raga dan sebagainya telah dijalankan. Aktiviti sukaneka dan permainan rakyat ini dipertandingkan secara berkumpulan iaitu kumpulan Hang Tuah, Tun Teja dan Mat Kilau. Juara bagi sukaneka tersebut telah dimenangi oleh Kumpulan Mat Kilau. Keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar dan mencapai objektif seperti yang disasarkan. Aturcara bermula pada pukul 9.00 pagi dan telah berakhir pada pukul 4.00 petang dengan acara sesi

3

4

Page 39: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

JPPH Sana Sini

bergambar bersama seluruh ahli keluarga dan kakitangan JPPH Sibu.2. Saban tahun majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan dan usaha yang telah disumbangkan oleh semua

kakitangan JPPH Sibu di sepanjang tahun. Pada 20 November 2015 bertempat di The Paramount Hotel, Sibu telah berlangsungnya majlis makan malam ini dengan kehadiran semua kakitangan JPPH Sibu beserta ahli keluarga masing-masing. Kehadiran tetamu dengan berpakaian “warna ungu” yang juga merupakan tema pada malam tersebut telah menceriakan majlis. Pelbagai acara diadakan seperti cabutan bertuah, kerusi muzik, karaoke, teka lagu teka lirik dan persembahan ‘slide show’. Encik Fadilah Bin Masru dan Puan Samsiah Maliki terpilih sebagai ‘King and Queen of the Night’ dan turut diadakan sesi bergambar dengan semua yang hadir pada malam tersebut.

3. Pada 26 dan 27 November 2015, JPPH Sibu telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan bertempat di lobi LHDNM, Cawangan Sibu. Sambutan program ini amatlah menggalakkan dan ramai pelanggan berkunjung. Soalan lazim daripada pelanggan adalah mengenai Duti Setem dan minat untuk menghantar anak-anak mereka bagi menyambung pelajaran ke INSPEN. Objektif Hari Bertemu Pelanggan adalah untuk memberikan kemudahan khidmat nasihat dan menyediakan kemudahan untuk pelanggan berkomunikasi dengan warga Jabatan seterusnya mengeratkan tali silaturahim antara warga Jabatan dan orang awam.

4. JPPH Sibu telah menyertai pameran harta tanah anjuran Persatuan Pemaju Harta Tanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) yang berlangsung selama tiga (3) hari iaitu bermula dari 4 Disember 2015 hingga 6 Disember 2015 bertempat di Wisma Sanyan, Sibu. Penglibatan kali kedua ini adalah untuk memberi penerangan yang jelas kepada orang ramai tentang fungsi dan peranan JPPH dalam menjalankan tugas-tugas sebagai sebuah Jabatan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Kerjasama ini telah mendapat maklum balas positif daripada orang awam dan pelanggan yang hadir di booth JPPH Sibu. Ia juga dapat bertukar pendapat dan pandangan dari tetamu yang hadir dalam meningkatkan perkhidmatan Jabatan kepada pelanggan.

1. Pada 15 Disember 2015, satu lawatan kerja telah dijalankan oleh Timbalan Pengarah NAPIC, Puan Rosni Nawati bt.Ngah ke Pejabat NAPIC JPPH Temerloh. Objektif lawatan adalah untuk meningkatkan kualiti pengumpulan dan pemasukan data di NAPIC Cawangan.

2. Mesyuarat Pengurusan dan Kewangan JPPH Pahang Bil 1-2015 telah diadakan di Awana Hotel Resort World, Genting Highland pada 26-27 November 2015 anjuran JPPH Temerloh. Mesyuarat ini dihadiri oleh kakitangan semua cawangan JPPH Pahang iaitu JPPH Kuantan, JPPH Temerloh dan JPPH Raub.

3. Pada 10 September 2015, JPPH Temerloh telah mengadakan majlis perpisahan bagi pertukaran Encik Zaiham Husra Bin Zainudin (Juruteknik Komputer FT17) ke salah sebuah sekolah menengah di Pekan, Pahang. Majlis perpisahan sekali lagi telah diadakan pada 9 Disember 2015 bagi pertukaran Encik Mohd Suhaimi Bin Maharom (Pentadbir Tadbir Kewangan W17) ke Jabatan Pertahanan Awam, Kuantan (JPAM).

2 3

JPPH Temerloh

2

Bersambung JPPH Sibu

Page 40: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

40

41

Adakah Anda Sedar Dengan REALITI Kehidupan Anda?

Setiap hari anda rungsing memikirkan kedudukan kewangan harian anda. Perbelanjaan untuk keperluan hidup semakin bertambah. Kos hidup semakin tinggi. Harga barangan keperluan terus naik. Sedar tak sedar anda dapati perbelanjaan dan hutang anda juga turut meningkat sama!

Setiap hari anda bekerja dan berusaha dengan lebih kuat untuk menambahkan pendapatan dengan tujuan menjelaskan hutang-hutang anda, namun dalam sedar tak sedar anda dapati hutang anda tidak pernah berkurangan bahkan semakin meningkat! Anda mulai hairan dan bertanya pada diri sendiri “Kenapa Boleh Jadi Begini? Sampai Bila Aku Nak Kena Bayar Hutang Ni?”

Setiap bulan anda membuat simpanan dalam bentuk pelaburan yang terjamin dan selamat seperti akaun simpanan biasa, simpanan tetap mahu pun ASB, kata anda simpanan untuk masa depan, tapi anda lupa yang hutang anda tak pernah berkurangan. Bila dapat dividen daripada simpanan tersebut anda tak sedar sebenarnya jumlahnya jauh lebih kecil berbanding faedah hutang yang perlu anda bayar.

Setiap hari berganti bulan, kini anda mula kurangkan perbelanjaan untuk keperluan yang paling asas sahaja semata-mata untuk mengurangkan jumlah hutang anda, namun akhirnya anda dapati ianya tak mampu nak selesaikan masalah hutang anda yang melampau itu.

Kemudian, anda mula membuat pinjaman baru bagi menyelesaikan masalah hutang yang terdahulu tetapi dalam masa yang sama, tanpa anda sedari, sebenarnya anda telah menambah masalah hutang yang baru.

Anda fikir dengan membayar ansuran bulanan yang lebih rendah dalam tempoh masa yang panjang ianya menguntungkan anda, sebaliknya semakin lama anda membuat pinjaman maka semakin besarlah faedah yang perlu anda bayar!

Dan bermacam-macam perkara selain tertera

di atas yang merungsingkan dan memeningkan kepala anda dalam mencari penyelesaian ke atas masalah hutang demi meneruskan kehidupan anda dan keluarga.

Bagaimana Selesai Hutang Cara Mudah Supaya Duit Sentiasa Cukup Setiap Bulan!

Dalam sedar tak sedar, hutang merupakan salah satu masalah yang dialami hampir setiap orang di seluruh dunia. Sekiranya anda rasa anda bebas dari masalah dan bebanan hutang, mungkin anda silap!Saya pasti setidak-tidaknya anda juga menghadapi masalah ini biarpun jumlahnya di saat ini taklah sebesar manapun.... jika dibandingkan dengan orang lain disekeliling anda.

Selagi anda mempunyai keperluan dan kemahuan, mempunyai pendapatan dan pekerjaan, penggunaan dan kebergantungan ke atas pinjaman dan hutang sudah tentu menjadi satu kemestian dalam kehidupan di abad ini.

Namun begitu, sedarkah anda bahawa hutang yang anda ambil itu membantu mengukuhkan kewangan anda atau sebaliknya?

Keadaan akan menjadi bertambah parah jika sekiranya anda tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang teratur, anda pasti berhadapan dengan masalah yang besar dan kritikal.

Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di bawah kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah hutang:-

Membuat bayaran minima bagi kad kredit

Jumlah baki hutang masih tidak berkurangan

Bertanya baki kredit yang boleh digunakan pada pihak bank

Tidak tahu berapa jumlah hutang yang dimiliki

Mengeluarkan wang tunai melalui kad kredit

Tidak mempunyai simpanan

Belanja gunakan Kad kredit mencecah had yang dibenarkan

Mempunyai lebih banyak kad kredit dari tunai di dalam dompet

Kad kredit ditolak ketika membuat pembelian

Tip dan Strategi Mengurus Hutang Piutang Secara Sistematik

Page 41: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

Bil-bil lama banyak yang tertunggak dan masih belum dibayar

Kesemua pendapatan digunakan untuk membayar hutang

Gagal mendapat pinjaman daripada bank

Mula meminjam dengan Ah Long

Tidak membuka penyata kad kredit

Menerima panggilan daripada pemberi pinjaman

Dikejar penagih hutang

Menerima surat penguam

Mulai berjudi

Hilang ceria

Tidak dapat tidur dengan lena

Anda mengalami gangguan dan tekanan hidup Jangan cuba untuk menidakkannya jika anda mengalaminya, jangan memandang remeh akan petanda tersebut. Jika tidak, anda sebenarnya memberi ruang yang lebih untuk berhadapan dengan masalah hutang yang lebih serius lagi pada masa akan datang.

Jika dibiarkan berlarutan anda mungkin mengalami masalah seperti berikut;-

Hubungan kekeluargaan yang porak peranda

Tekanan jiwa dan mental

Diisytiharkan Muflis, atau mungkin;

Dirantai oleh Ah Long?

Mangsa Ah Long Dirantai Di Serdang Akibat Gagal Bayar Hutang Pinjaman.

Mungkin anda pelik dan tertanya-tanya bagaimana anda boleh menghadapi masalah hutang ini? Sebenarnya ianya berpunca dari amalan kewangan serta tabiat berbelanja yang kita sendiri tidak menyedarinya. Antaranya adalah:

Anda berbelanja dahulu dan berfikir untuk menyimpan kemudian, tetapi sebenarnya anda gagal membuat simpanan walau satu sen pun!

Anda gemar berbelanja menurut kemahuan dan bukannya mengikut keperluan sebenar...

Anda mengamalkan perbelanjaan menggunakan kad kredit untuk menampung keperluan harian...

Anda suka menukar kereta setiap 4 hingga 5 tahun sekali.

Anda suka ambil dahulu bayar kemudian, membeli secara ansuran dan bukannya tunai...

Anda lebih suka meminjam wang untuk membayar hutang pinjaman sedia ada anda, pinjam sini....untuk bayar hutang yang di sana...

Cuba anda bayangkan jika anda TIDAK LAGI mengalami masalah hutang, bukan setakat anda berada dalam keadaan ceria sentiasa, bahkan anda akan :-

Hidup tanpa sebarang tekanan dan gangguan

Kelihatan lebih yakin dan bersemangat

Dapat hidup bebas daripada beban dan masalah kewangan

Kenapa Usaha Membebaskan Diri dari Masalah Hutang Sentiasa gagal ?

1. Anda tidak betul-betul faham bagaimana hutang itu terjadiMemang tidak dinafikan, pinjaman atau hutang memainkan peranan yang penting untuk membantu kita hidup dengan lebih selesa. Masalahnya di sini, hutang juga boleh membuatkan kita merasa tidak selesa bilamana ianya tidak digunakan dan diuruskan dengan cara yang betul.

Jika kita fikir-fikirkan berapa ramai yang hidup di dunia hari ini tidak berhutang? (Hmm..maksud saya orang dewasa yang berpendapatan dan bukannya anak-anak yang sedang bersekolah).

Saya percaya sememangnya ramai yang bersemangat untuk menghapuskan hutang mereka, namun ramai juga yang tidak faham kenapa setelah membayar sebegitu banyak wang, akhirnya mereka dapati yang diri mereka masih lagi belum bebas dari masalah dan bebanan hutang.

Renungan

Page 42: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

42

43

Ini kerana apabila kita membuat pinjaman atau hutang ianya melibatkan tiga perkara berikut:-

Pertama, jumlah pinjaman pokok atau jumlah sebenar pinjaman. Sekiranya anda meminjam RM10,000, maka anda perlu bayar semula jumlah tersebut dengan nilai yang sama. Saya kira yang ini semua orang tahu kan :)

Kedua, faedah. Sudah tentulah apabila kita meminjam atau berhutang kita perlu membayar sejumlah faedah sebagaimana yang telah kita persetujui sebelum ini. Ini bermakna jika anda pinjam RM10,000 maka anda perlu bayar dengan jumlah yang lebih besar daripada jumlah pokok yang anda pinjam. Saya fikir perkara ini ramai juga yang faham atau ada yang buat-buat tak faham?

Ketiga, kadar dan jenis faedah. Saya kira yang ini mungkin kebanyakan daripada kita yang kurang faham dan kurang jelas. Bahkan ramai yang terpedaya dengan triks dari pihak pemberi pinjaman. Yang lebih teruk lagi anda di antara kita yang begitu mudah menerima pakai syor dan saranan daripada mereka yang berkenaan, kononnya pinjaman tersebut adalah yang terbaik untuk hutang kita. Namun begitu, anda jangan risau tentang triks-triks tersebut kerana semuanya akan saya jelaskan secara terperinci nanti.

2. Tidak mempunyai matlamatSetiap perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ini harus ada matlamat jika tidak usaha yang kita ambil mungkin tidak sampai kemana-mana dan akan menjadi sia-sia. Begitu juga dengan usaha untuk menghapuskan hutang piutang sedia anda.

Anda harus ada matlamat, namun matlamat anda harus realistik. Maknanya di sini, jika hutang pinjaman anda RM20,000.00 dan anda ingin menghapuskannya dalam masa 2 atau 3 bulan sedangkan dalam masa yang sama anda hanya memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM3,500.00 sebulan, maka ini sudah tentu tidak munasabah.

Ya anda perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan tambahan yang lebih besar dan bukannya sekadar berjimat!

3. Anda buat hutang baru setiap kali berjaya selesaikan hutang lamaSaya dapati terlalu ramai yang sentiasa meningkatkan gaya dan taraf hidup mereka. Ya, sememangnya ianya tidak salah, bahkan amat baik sekali. Namun sayangnya ramai di antara kita yang memperolehinya secara berhutang melalui jumlah yang besar dalam tempoh masa yang panjang.

Setiap kali anda berjaya menghapuskan hutang lama, anda mula merasakan yang anda memiliki lebih banyak wang, lalu anda buat keputusan untuk buat hutang baru lagi. Ya, hutang yang jumlahnya lebih besar dalam jangka masa yang lebih panjang dari sebelumnya.

4. Tidak tahu strategi penghapusan hutang yang betulApakah yang dimaksudkan dengan strategi yang betul di sini? Strategi yang betul adalah teknik penghapusan hutang yang mampu mencapai matlamat penghapusan hutang anda. Saya ulangi sekali lagi, yang benar-benar dapat membantu menyelesaikan masalah hutang anda.!

Saya dapati kebanyakan orang lebih gemar membuat simpanan yang hanya memberi keuntungan kurang 3% setahun tetapi lupa untuk menjelaskan hutang pinjaman yang mengenakan kadar faedah 18% setahun. Ingat! Tanpa strategi yang betul sekali lagi usaha kewangan anda akan jadi sia-sia belaka.

5. Silap mendapat khidmat nasihat kewangan Saya tahu ramai yang lebih mudah dan gemar bertemu dengan pegawai kredit yang menguruskan pinjaman di bank daripada mencari perancang kewangan yang bertauliah untuk menyelesaikan masalah hutang mereka.

Kesudahannya mereka menerima pakai pelan pengstrukturan hutang yang dicadangkan oleh pihak bank. (Hmm..yang sebenarnya pihak bank nak suruh anda pinjam dengan mereka, katanya faedah merekalah yang terendah) Tup..tup anda dapati anda masih tetap berada dalam masalah hutang yang tak berkesudahan.

6. Anda gagal mendisiplinkan diriDalam hidup ini, setiap perkara yang dilakukan dengan penuh berdisplin pasti membuahkan kejayaan. Begitu juga halnya jika anda ingin menghapuskan hutang anda. Anda perlukan tahap displin yang tinggi bahkan bukan sekadar disiplin dalam menguruskan wang anda tetapi lebih dari itu, melibatkan tabiat dan sikap anda.

Untuk itu anda perlukan satu panduan khusus untuk menguruskan hutang piutang anda, bukan setakat panduan tetapi panduan yang boleh membawa anda ke satu jalan kebebasan hutang yang benar-benar berkesan dan yang paling penting ianya realistik untuk dilakukan.

Renungan

Page 43: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

•IBUPEJABAT • Ketua Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Aras 9, Perbendaharaan 2, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2 62592 PUTRAJAYA Tel: 603 - 8886 9000 Faks: 603 - 8886 9001 Laman Web: http://www.jpph.gov.my

•PUSATMAKLUMATHARTATANAHNEGARA(NAPIC) • Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Aras 7, Perbendaharaan 2, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2 62592 PUTRAJAYA Tel: 603 - 8886 9000 Faks: 603 - 8886 9007/ 9049

•INSTITUTPENILAIANNEGARA(INSPEN) • Pengarah Institut Penilaian Negara (INSPEN) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Persiaran INSPEN, 43000 KAJANG, SELANGOR Tel: 603 - 8911 8800/ 8888 Faks: 603 - 8925 8100 Laman Web: http://www.inspen.gov.my

PERLIS • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Perlis Tingkat Mezanin, Bangunan Persekutuan Persiaran Jubli Emas, 01000 KANGAR, PERLIS Tel: 604 - 9762 978/ 977 Faks: 604 - 9761 010 Tel: 604 - 977 3008/ 3012

KEDAH • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Kedah Aras 2, Zon C, Wisma Persekutuan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, 06550 ALOR SETAR, KEDAH Tel: 604 - 700 1900/ 1901/ 1902 Faks: 604 00- 700 1904

• JPPHAlorSetar Tel: 604 - 700 1900/ 1901/ 1902 Faks: 604 - 700 1905 • JPPH Sungai Petani Tel: 604 - 4213 024/ 4210 490 Faks: 604 - 4220 264 • JPPHLangkawi Tel: 604 - 9660 478 Faks: 604 - 9668 832 • JPPH Kulim Tel: 604 - 4917 429/ 430 Faks: 604 - 4907 362

PULAUPINANG • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Pulau Pinang Tingkat 41, Bangunan KOMTAR, 10593 PULAU PINANG Tel: 604 - 2612 607/ 2612 576 Faks: 604 - 2615 990

• JPPHGeorgeTown Tel: 604 - 2612 607/ 576 Faks: 604 - 2615 990 • JPPH Seberang Perai Tel: 604 - 398 1828/ 8544 Faks: 604 - 3988 533

PERAK • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Perak Tingkat 8, Bangunan Sri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30593 IPOH, PERAK Tel: 605 - 2414 577/ 658 Faks: 605 - 2544 310

• JPPH Ipoh Tel: 605 - 2414 577/ 658 Faks: 605 - 2557 451 • JPPH Taiping Tel: 605 - 8072 344/ 464 Faks: 605 - 8064 206 • JPPH Teluk Intan Tel: 605 - 6223 711/ 712 Faks: 605 - 6227 122 SELANGOR • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor Tingkat 8, Plaza Perangsang Persiaran Perbandaran, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR Tel: 603 - 5518 4603/ 5519 7825 Faks: 603 - 5510 7397

• JPPHShahAlam Tel: 603 - 5519 4823/ 4824 Faks: 603 - 5510 8622 • JPPH Bandar Baru Bangi Tel: 603 - 8925 5467/ 5469 Faks: 603 - 8925 1041 • JPPH Klang Tel: 603 - 3344 1270/ 1272/ 1264/ 1263

Faks: 603 - 3344 1275 • JPPHGombak Tel: 603 - 6186 1719/ 1751 Faks: 603 - 6186 1832

WILAYAHPERSEKUTUAN • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Wilayah Persekutuan Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 2, 1 Sentral, Jalan Travers, Kuala Lumpur Sentral, 50470 KUALA LUMPUR Tel: 603 - 2272 1797 Faks: 603 - 2272 1795

• JPPHKualaLumpur Tel: 603 - 2272 1797 Faks: 603 - 2272 1795 • JPPH Putrajaya Tel: 603 - 8886 9060 Faks: 603 - 8886 9009 • JPPHLabuan Tel: 6087 - 416 446/ 445 Faks: 6087 - 410 337

DirektoriPejabatJPPHNEGERISEMBILAN • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sembilan Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 8 & 9, Bangunan Yayasan Negeri Jalan Yam Tuan, 70000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN Tel: 606 - 7638 600/ 602 Faks: 606 - 7639 306

• JPPH Seremban Tel: 606 - 7638 600/ 602 Faks: 606 - 7639 306 • JPPH Jempol Tel: 606 - 458 4400 Faks: 606 - 458 5402

MELAKA • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Melaka Kementerian Kewangan Malaysia Aras 7, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Ayer Keroh, 75450 MELAKA Tel: 606 - 2328 102/104 Faks: 606 - 2328 202

• JPPH Melaka Tel: 606 - 2328 102/104 Faks: 606 - 2328 103 JOHOR • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Johor Kementerian Kewangan Malaysia Bangunan JARO, No. 18, Jalan Sungai Chat 80100 JOHOR BAHRU Tel: 607 - 2239 933/ 934 Faks: 607 - 2234 266

• JPPH Johor Bahru Tel: 607 - 2239 933/ 934 Faks: 607 - 2234 266 • JPPH Batu Pahat Tel: 607 - 4343 311/ 645 Faks: 607 - 4317 026 • JPPH Kluang Tel: 607 - 7723 566/ 7769 602 Faks: 607 - 7743 810 • JPPH Segamat Tel: 607 - 9323 300/ 9321 201 Faks: 607 - 9324 322 • JPPH Muar Tel: 607 - 9542 244/ 9543 344 Faks: 607 - 9544 499

PAHANG • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Pahang Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 2, Bangunan KWSP, Bandar Indera Mahkota 25200 KUANTAN, PAHANG Tel: 609 - 5715 111 Faks: 609 - 5715 112 • JPPH Kuantan Tel: 609 - 5715 000 Faks: 609 - 5715 001 • JPPH Temerloh Tel: 609 - 2961 844/ 850 Faks: 609 - 2963 790 • JPPH Raub Tel: 609 - 3551 744/ 800/ 3556 700 Faks: 609 - 355 7743

TERENGGANU • Pengarah Penilaian Negeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Terengganu Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 10, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Tel: 609 - 6221 266/ 305 Faks: 609 - 6220 721

• JPPH Kuala Terengganu Tel: 609 - 6264 266/ 6265 266 Faks: 609 - 6221 240 • JPPHChukai Tel: 609 - 8592 166 Faks: 609 - 8598 296 • JPPH Jerteh Tel: 609 - 6903 436/ 350 Faks: 609 - 6903 920 KELANTAN • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Kelantan Kementerian Kewangan Malaysia Aras 4, Wisma Persekutuan, Jalan Bayam 15592 KOTA BHARU, KELANTAN Tel: 609 - 7481 600/ 670 Faks: 609 - 7441 500

• JPPH Kota Bharu Tel: 609 - 7481 600/ 670 Faks: 609 - 7441 500 • JPPH Kuala Krai Tel: 609 - 9666 757 Faks: 609 - 9664 728 SABAH • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sabah Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 4, Blok B, Kompleks KUWASA Jalan Karamunsing, Beg Berkunci 2043 88999 KOTA KINABALU, SABAH Tel: 6088 - 248 325/ 326/ 328 Faks: 6088 - 242 328

• JPPH Kota Kinabalu Tel: 6088 - 243 433/ 434 Faks: 6088 - 233 435 • JPPHTawau Tel: 6089 - 779 823/ 776 185 Faks: 6089 - 770 166 • JPPH Sandakan Tel: 6089 - 675 302/ 35 Faks: 6089 - 675 312

SARAWAK • PengarahPenilaianNegeri Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sarawak Kementerian Kewangan Malaysia Tingkat 3, Wisma Hong, No. 202, Batu 23/4, Jalan Rock 93200 KUCHING, SARAWAK Tel: 6082 - 255 116/ 859 Faks: 6082 - 426 226

• JPPH Kuching Tel: 6082 - 255 116/ 859 Faks: 6082 - 256 117 • JPPH Miri Tel: 6085 - 417 226/ 427 226/ 437 226 Faks: 6085 - 415 226 • JPPH Sibu Tel: 6084 - 327 407/ 063 Faks: 6084 - 327 064

Page 44: BLEI - jpph.gov.my · harta malah aktif dalam penganjuran program riadah peringkat kementerian seperti mengelolakan pertandingan Bintang Kewangan, dan penglibatan program pameran

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan HartaKementerianKewanganMalaysia

Aras8,Perbendaharaan2No.7PersiaranPerdanaPresint2,62592PutrajayaTel:(603)88869000Fax:(603)88869001

Portal:www.jpph.gov.my