9
Ujian Sumatif 1 Kertas 1 Masa: lima puluh minit Arahan Am: tiap- tiap soalan mengandungi empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika hendak menukar jawapan, padamkan jawapan yang dibuat. Hitamkan jawapan yang baru. 1. Tolong telefon setiausaha __________ apabila __________ sampai nanti, kata Dato Arif kepada pemandunya. A. saya .kita B. awak .dia C. kita mereka D. kamu awak 2. Encik Aziz mendapat kad undangan ke majlis perkahwinan ________ sahabat lamanya ________ minggu lepas. A. daripada pada B. daripada di C. dari pada D. dari di 3. ______________ hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati ketika berada di jalan raya, nasihat Cikgu Firdaus kepada sekumpulan murid tahun enam. A. Saya B. Kami C. Kalian D. Mereka 4. Bau ______ pada daging kambing dapat dihilangkan apabila dicuci dengan tepung gandum. A. hapak B. hamis C. tengik D. hanyir 5. Ahmad berdiri ___________ memberi hormat kepada tetamu kenamaan itu. A dan B ketika C seraya D setelah 6. Jalan yang dilaluinya bukan sahaja ber _____________ tetapi mempunyai lopak yang banyak. A bolak-balik B lintang-pukang C simpang-siur D pontang-panting 7. ___________ beratur berdua-dua sebelum memasuki kelas, kata ketua darjah. A Sila C Minta B Ayuh D Semoga Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah. 8. Amin mencedok air dengan _______________ untuk membasuh kakinya. A gayung B timba C periuk D mangkuk

Bm Pemahaman Sumatif 1 tahun 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ujian pemahaman ksssr

Citation preview

Ujian Sumatif 1Kertas 1Masa: lima puluh minitArahan Am: tiap- tiap soalan mengandungi empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika hendak menukar jawapan, padamkan jawapan yang dibuat. Hitamkan jawapan yang baru.

1. Tolong telefon setiausaha __________ apabila __________ sampai nanti, kata Dato Arif kepada pemandunya.A. saya.kitaB. awak.diaC. kitamerekaD. kamuawak

2. Encik Aziz mendapat kad undangan ke majlis perkahwinan ________ sahabat lamanya ________ minggu lepas.A. daripadapadaB. daripadadiC. daripadaD. daridi

3. ______________ hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati ketika berada di jalan raya, nasihat Cikgu Firdaus kepada sekumpulan murid tahun enam.A. SayaB. KamiC. KalianD. Mereka

4. Bau ______ pada daging kambing dapat dihilangkan apabila dicucidengan tepung gandum.A. hapakB. hamisC. tengikD. hanyir5. Ahmad berdiri ___________ memberi hormat kepada tetamu kenamaan itu. A dan B ketika C seraya D setelah

6. Jalan yang dilaluinya bukan sahaja ber _____________ tetapi mempunyai lopak yang banyak. A bolak-balik B lintang-pukang C simpang-siur D pontang-panting

7. ___________ beratur berdua-dua sebelum memasuki kelas, kata ketua darjah. A Sila C Minta B Ayuh D Semoga

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.8. Amin mencedok air dengan _______________ untuk membasuh kakinya. A gayung B timba C periuk D mangkuk9. _______________ nama kucing kesayangan adik? A Bagaimanakah B Di manakah C Siapakah D Apakah

10. Kedua-dua gadis itu ___________ sopan apabila bertudung A kelihatan B melihat C dilihat D terlihat

11. Kaki abang berdarah kerana ___________ serpihan kaca. A memijak B pijakan C dipijak D terpijak

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Emak _______________ bubur nasi ke mulut adik. A menyuapkan B memberikan C menjamukan D menyediakan

13. Antara pernyataan berikut, yang manakah ayat pasif ?A Dia menyikat rambutnya.B Pakaian Ani belum berbasuh.C Wanita itu memakai baju kebaya.D Alif makan nasi di warung Wak Jamal.Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah

14. Salmah ______________ beg pada bahunya manakala Husni ____________ beg tangannya semasa pulang dari bandar.A mengandar ... menyandang B menyandang ... menjinjing C memikul ... membimbit D menjinjing ... memikul

15. ________kah kamu membahagikan masa antara belajar dan bersukan?A Bila C MengapaB Apa D Bagaimanakah

16. Adik tidak dapat menghabiskan bihun goreng yang agak _____ itu.A pedas C wangiB manis D masam

17. ______ senyap! kata pengawas perpustakaan kepada Liza dan Yati.A Tolong C JanganB Minta D Usah

18. Sebelum keluar rumah, kita perlu meminta izin daripada ibu bapa ______ bersalam dengan terlebih dahulu.A atau C apabilaB serta D dan

19. Ibu membeli dua ______ pisang di gerai Pak Abu untuk dibuat pisang goreng.A ulas C sikatB biji D ruas

20. Ibu memasukkan beberapa ______ serai dan dua ______ daun limau purut ke dalam tomyam.A kakihelaiB kuntumhelaiC helaibatangD batanghelai

Soalan 21 Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris.

21. Murid-murid itu menggigil kesejukan kerana pakaian mereka nipis dan jarang. A tebal C lembutB keras D pendek

Soalan 22 hingga soalan 23 Pilih ayat-ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan

22. Jamali menyusun buku latihan dengan kemas dan rapi di rak buku. A Buku Jamali disusun dengan kemas dan rapi di rak buku B Buku disusun rapi di rak buku oleh Jamali. C Buku latihan disusun dengan kemas dan rapi oleh Jamali di rak buku. D Buku latihan menyusun Jamali dengan kemas dan rapi di rak buku

23. Nenek menasihati saya supaya mengenang budi ibu bapa. A Kata nenek, Kenangilah budi ibu bapa saya. B Kata nenek, Saya kenangkan budi ibu bapa saya. C Kata nenek, Kenangilah budi ibu bapa kamu. D Kata nenek, Jangan kenangi budi ibu bapa kamu.

Soalan 24 hingga soalan 25Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di atas.

24. Apakah hobi kamu? A Saya suka mengumpul pelbagai jenis mata wang. B Album setem koleksi saya hampir sepuluh buah. C Kakak saya suka menanam pokok bunga. D Hobi saya dan Salmi tidak sama.

25. Mengapakah bilik tamu tidak dibersihkan pagi tadi? AAli yang bertanggungjawab membersihkan bilik tamu. B Mereka akan membersihkan bilik tamu pagi esok. C Bilik tamu perlu dibersihkan supaya kelihatan cantik dan kemas. D Bilik tamu tidak dibersihkan sebab tiada orang di rumah pagi tadi.

Soalan 26Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.26. Atlet-atlet kita sudah bersedia di padang A Mengapakah atlet kita ke padang?B Siapakah yang membawa atlet kita ke padang? C Di manakah atlet-atlet kita? D Apakah yang dibuat oleh atlet-atlet kita di padang?

Soalan 27 hingga soalan 28

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.

27. i Simpan wang ini baik-baik. ii Cik Amira suka simpan rambut panjang. iii Rumah saya terletak berhampiran satu simpan. iv Jangan simpan perasaan dendam dalam hati. A i, ii dan iii sahaja C i, iii dan iv sahajaB i, ii dan iv sahaja D ii, iii dan iv sahaja

28. i Lim menyusun buku itu mengikut kaum . ii Kaum asli masih tinggal di hutan itu. iii Majlis kenduri itu hanya untuk kaum kerabatnya sahaja. iv Di hutan tebal itu terdapat banyak kaum gajah. A i dan ii C ii dan ivB ii dan iii D I, ii dan iii

Soalan 29Pilih ayat yang betul.29. A Encik Loh mencuci sabitnya sehingga tajam. B Rumah di tepi sawah itu adalah rumah Farhan. C Cuci pinggan dan mangkuk sehingga kemas. D Bapa menghadiahi Aiman sebuah basikal.Soalan

Soalan 30Pilih ayat-ayat yang betul.30. I Dusun durian luas itu kepunyaan Encik Leo. II Mereka yang menyertai pertandingan memancing itu pulang dengan tangan kosong. III Kami yakin amat bahawa cadangan ini akan dipanjangkan kepada pihak atasan. IV Bahawa perbuatan itu salah di sisi undang-undang telah jelas. A i dan ii C iii dan ivB ii dan iii D ii,iii dan iv

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu."Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh. Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail. Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka. Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan. Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

31. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ?A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing.32. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ?A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.B Mengadakan kawalan pada waktu malam.C Membuat jadual rondaan.D Menangkap orang yang bersalah. 33. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.B Di Kampung Kaki Bukit.C Di Kampung Paya Dalam.D Di pantai Kampung Paya Dalam.

34. Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksudA mengalahkan kuasa.B membuat keputusan.C mengalihkan pendapat.D mengalahkan kemahuan.

35. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ?A Menjalankan kegiatan menyamun.B Menjalankan kegiatan pecah rumah.C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk kampung.

Soalan PemahamanBaca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis pertandinganMasaTempatKumpulan Umur

Pertandingan mewarna8.00 pagi 12.00 tengah hariDi kantin sekolah5 7 tahun

Pertandingan bercerita8.00 pagi 10.00 pagiDi dewan sekolah8 10 tahun

Mendeklamasikan sajak10.00 pagi 12.00 tengah hariDi dewan sekolah10 12 tahun

Mencari harta karun2.00 petang 4.00 petangDi tempat perhimpunan12 tahun dan ditemani ibu bapa

Sukaneka4.00 petang 6.00 petangDi padang sekolah7 12 tahun dan para ibu bapa

36. Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang sama ?A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.

37. Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun.B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, danmendeklamasikan sajak.C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

38. Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk menyertai suatu pertandingan.Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?A Sukaneka.B Mendeklamasikan sajak.C Mencari harta karun.D Mencari harta karun dan sukaneka.

39. Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya setiap pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ?A Memendekkan masa pertandingan.B Penyertaan perlu dihadkan.C Menyediakan petugas yang lebih banyak.D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.

40. Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan tersebut diadakan ?A Untuk beradu kekuatan.B Untuk mencungkil bakat.C Untuk mengeratkan hubungan.D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.Hitamkan Jawapan pada pilihan yang betul.