7
Nama Calon : _______________________________________ Nombor Surat Beranak : ________________ 012 Bahasa Melayu Set 5 2010 1 jam ¼ 012 Angka Giliran PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL – SET LIMA MODUL FOLUS : 2010 012 BAHASA MELAYU Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu BAHAGIAN A, BAHAGIAN B, dan BAHAGIAN C. 2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. 3. Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. 4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapan tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku soalan. Kod Pemeriksa: Bahagian No. Soalan Markah A B C JUMLAH MARKAH 60

BM012_Set5.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BM012_Set5.doc

Nama Calon : _______________________________________ Nombor Surat Beranak : ________________

012Bahasa MelayuSet 520101¼ jam

012

Angka Giliran

PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL – SET LIMA

MODUL FOLUS : 2010

012 – BAHASA MELAYU

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu BAHAGIAN A, BAHAGIAN B, dan BAHAGIAN C.

2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.

3. Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3.

4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapan tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku soalan.

KodPemeriksa:

Bahagian No. Soalan Markah

A

B

C

JUMLAH MARKAH 60

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman yang bercetak

Page 2: BM012_Set5.doc

Modul Fokus Lulus (FOLUS) 2 012 – KLON UPSR

012 Modul FOLUS Bahasa Melayu 2010 – Set 5

Bahagian A[10 markah]

[Masa yang dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah ialah buah-buahan tempatan yang terdapat di negara kita.Tulis lima ayat yang lengkap tentang buah-buahan tempatan tersebut.

Bahagian B[30 markah]

[Masa yang dicadangkan : 40 minit]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kawasan tempat tinggal anda sering mengalami gangguan bekalan air. Anda hendak membuat aduan tentang masalah tersebut. Tulis sepucuk surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang masalah gangguan bekalan air itu.

ATAU

PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2010 – SET 5DISEDIAKAN OLEH : HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN (GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)

Page 3: BM012_Set5.doc

Modul Fokus Lulus (FOLUS) 3 012 – KLON UPSR

2. Kamu telah terpilih memasuki pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi ialah “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”.

Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.

ATAU

3. Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna”.

Tulislah cerita tentang peribahasa itu selengkapnya.

Bahagian C[Masa yang dicadangkan : 20 minit]

[20 markah]

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Negeri Melaka tempat Cik Nyonya,Cik Nyonya berasal keluarga berada;

Kecemerlangan akademik banyak gunanya,Meletak bangsaku tinggi di pesada.

Manis tersenyum tiada terkata,Tarikan Si Dara dahulu kala;

Motivasi diri mula diwarta,Kecemerlangan minda turut terbela.

Nasib murid tidak dilupakan,Majlis disambut penuh gemilang;

Hari anugerah perlu diadakan,Penghargaan buat murid cemerlang.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2010 – SET 5DISEDIAKAN OLEH : HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN (GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)

Page 4: BM012_Set5.doc

Modul Fokus Lulus (FOLUS) 4 012 – KLON UPSR

PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL - SET LIMAJAWABAN BAHASA MELAYU PENULISAN

BAHAGIAN A - PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT

1. Buah durian dikenali juga sebagai Raja Buah-buahan negara Malaysia.

2. Buah manggis kulitnya berwarna hitam sementara isinya pula berwarna putih.

3. Buah tembikai bulat seperti bola dan buah tembikai boleh dibuat jus minuman.

4. Buah pisang ialah antara buah-buahan yang sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut.

5. Buah betik banyak terdapat di negara kita, betik yang sudah masak berwarna kuning.

BAHAGIAN B(1) - MENULIS KARANGAN / MENJANA IDEA PENULISAN

305, Blok Persiaran Damai,Jalan Cenderawasih 6/8A,Kota Damansara,47810 Petaling Jaya.

Pengurus Syarikat Air Bersih Selangor,Cawangan Petaling Jaya,Jalan Tuanku Abdul Rahman,46050 Petaling Jaya. 5 Januari 2008.

Tuan,

Aduan Gangguan Bekalan Air Bersih di Kawasan Pangsapuri Seri Perdana

Saya mewakili penduduk pangsapuri Seri Perdana, Kota Damansara ingin membuat pengaduan tentang masalah gangguan bekalan air bersih dan tekanan air yang rendah.2. Masalah ketiadaan bekalan air bersih sering berlaku di sini sejak tiga minggu yang lalu. Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran kepada para penduduk untuk melakukan aktiviti seharian seperti mandi, membasuh, dan memasak. 3. Tekanan air yang sangat rendah juga menyebabkan penghuni di tingkat atas pangsapuri ini sukar untuk mendapatkan air. Pada masa-masa tertentu air langsung tidak mengalir, terutamanya ketika air digunakan secara puncak waktu pagi.4. Selain itu, setiap kali selepas berlakunya gangguan bekalan air, kami mendapati bahawa air yang disalurkan tidak bersih, keruh, dan berkeladak. Justeru itu, kami berasa bimbang penggunaan air tersebut akan menjejaskan kesihatan penduduk di sini.5. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini. Kami berharap agar masalah ini segera berakhir.

Atas kerjasama daripada pihak tuan, kami ucapkan terima kasih. Sekian.

Saya yang benar,

Samsuri Kamaruddin(SHAMSURI BIN KAMARUDDIN)Wakil Penduduk Pangsapuri Seri Perdana,Kota Damansara, Petaling Jaya.

PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2010 – SET 5DISEDIAKAN OLEH : HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN (GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)

Page 5: BM012_Set5.doc

Modul Fokus Lulus (FOLUS) 5 012 – KLON UPSR

BAHAGIAN B(2) - MENULIS KARANGAN / MENJANA IDEA PENULISAN

Yang Dihormati Sudara Pengacara Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, panel hakim yang arif dengan panji keadilannya, serta rakan-rakan yang dihormati. Salam sejahtera, saya ucapkan. Tajuk syarahan saya berbunyi “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”.

Hadirin yang dihormati,

Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Sampah sarap dan sisa-sisa minyak dibuang ke laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang dengan mudah dialirkan ke sungai dan ke laut. Perkara ini mengakibatkan pencemaran air yang berterusan. Kita terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air.

Manusia menggunakan air untuk kegunaan harian, pertanian dan perindustrian. Jika air tercemar, maka semua aktiviti tersebut akan terganggu. Air yang tercemar berbahaya untuk kesihatan manusia. Air yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit dan cirit-birit.

Selain itu, pencemaran air juga boleh mengakibatkan hidupan air, seperti rumpair, ikan, dan sebagainya akan pupus. Ini memberi kesan yang negatif kepada kehidupan nelayan. Pendapatan para nelayan juga turut terjejas.

Sebelum mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebih banyak merugikan kita. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN B(3) - MENULIS KARANGAN / MENJANA IDEA PENULISAN

PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2010 – SET 5DISEDIAKAN OLEH : HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN (GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)

Page 6: BM012_Set5.doc

Modul Fokus Lulus (FOLUS) 6 012 – KLON UPSR

Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik. Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk menyuntik nasihat, membimbing, dan menyindir. Peribahasa juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik.

Antara beribu-ribu peribahasa yang dicipta ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Peribahasa ini membawa maksud jika kita ingin melakukan sesuatu, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan buruknya supaya kita tidak menyesal jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada hari kemudian.

Sebagai contoh, Ali sangat malas belajar, semua kerja sekolahnya tidak selesai. Setiap hari, dia bermain permainan video dan menonton cerita kartun. Semasa ujian, dia tidak dapat menjawab soalan. Dia tidak mengetahui jawapan yang tepat.

Ali gagal dalam peperiksaan. Dia berasa malu pada kawan-kawannya. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanya telah terjadi, nasi sudah menjadi bubur. Ali tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Benarlah kata peribahasa Melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Kita mesti berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Terlajak perahu boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya.

Kesimpulannya, peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu bijak membandingkan sesuatu yang ada di alam fana ini dengan diri manusia.

BAHAGIAN C - MEMBUAT RUMUSAN / MEMBUAT ULASAN

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. Oleh sebab itu, ilmu pengetahuan adalah lambang ketamadunan dan ketinggian mertabat bangsa. Tambahan pula, kesedaran dan motivasi diri perlu diserapkan kepada seluruh anggota masyarakat agar mereka mempunyai wawasan dan hala tuju yang jelas lagi nyata. Di samping itu, motivasi juga dapat menyedarkan anggota masyarakat akan pentingnya ilmu pengetahuan dalam dunia yang serba canggih ini. Selain itu, penghargaan perlu diberi kepada pendukung ilmu akademik di peringkat sekolah semasa Hari Anugerah Cemerlang. Lebih-lebih lagi, hari Anugerah Cemerlang ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan budaya saing yang sihat dalam kalangan murid-murid. Yang bijak dihargai, yang lemah dibimbing dan diasuh.

- MD. RAMLI BIN SABRAN -

PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2010 – SET 5DISEDIAKAN OLEH : HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN (GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)