11
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Pn Fatin Shahamah Bt Hj Samsuddin

b.melayu ting 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

power point pantun 1..tingkatan 2

Citation preview

Page 1: b.melayu ting 2

Bahasa Melayu Tingkatan 2

Pn Fatin Shahamah Bt Hj Samsuddin

Page 2: b.melayu ting 2

Set Induksi

Page 3: b.melayu ting 2

Puisi Tradisional

Puisi Modern (Sajak)

Prosa tradisional

Prosa Moderna.Cerpenb.Drama

Page 4: b.melayu ting 2

PANTUN ALAM REMAJA ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA

PANTUN ALAM REMAJA• Elok rupanya kumbang jati,

Dibawa itik pulang petang;Tidak terkatakan besar hati,Melihat ibu sudah pulang.

• Dibawa itik pulang petang,Dapat di rumput bilang-bilang;Melihat ibu sudah pulang,Hati cemas menjadi hilang.

• Ayam kinantan terbang mengekas,Hinggap di ranting bilang-bilang;Melihat bonda pulang lekas,Hatiku besar bukan kepalang.

• Kita menari keluar bilik,Sebarang tari kita tarikan;Kita menyanyi adik-beradik,

Sebarang nyanyi kita nyanyikan.• Hanyut batang berlilit kumpai,

Terdampar di ujung Tanjung Jati;Bonda pulang bapa pun sampai,Kita semua berbesar hati.

• Ramai orang bersorak-sorak,Menepuk gendang dengan rebana;Alang besarnya hati awak,Mendapat baju dengan celana.

• Mahulah kami hendak melapun,Lapun dibawa orang menjaja;Jangan marah kami berpantun,Budak kecil biasa manja.

Sumber:

Puisi Melayu Tradisi,(penyunting) Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh,Penerbit Fajar Bakti, 1996.

PANTUN ALAM REMAJA

Page 5: b.melayu ting 2

• Pantun di atas sebenarnya berasal daripada Pantun Bersukacita, yakni bertemakan perasaan anak-anak yang bergembira dan bersuka ria apabila menyambut kepulangan ibu bapa mereka. Kegembiraan mereka bukan sahaja diiringi hati yang ria, tetapi juga bersorak-sorak apabila dibelikan pakaian oleh ibu bapa yang amat memanjakan anak-anak. Dalam konteks lain, anak-anak zaman dahulu suka akan apa-apa sahaja yang dibeli oleh ibu bapa sebagai tanda kesyukuran dan kasih sayang. Ironinya, anak-anak zaman ini lebih selesa dihulurkan wang oleh ibu bapa lalu memilih pakaian dan membeli mengikut cita rasa tersendiri. Impaknya, anak-anak mudah membeli pakaian yang tidak sesuai, mencolok mata, waima tidak mengikut keperluan majlis, perayaan, atau upacara yang akan dihadiri. Selain itu, anak-anak zaman ini juga hilang perasaan syukur dan berterima kasih serta kurang berbangga akan pakaian yang dipilih dan dibeli oleh ibu bapa lantaran menganggap cita rasa orang tua mereka sudah tidak mengikut peredaran zaman. Tuntasnya, anak-anak zaman dahulu lebih bergembira daripada anak-anak sekarang yang mementingkan gaya daripada gembira.

Page 6: b.melayu ting 2

Perbincangan komsasTema: Kegembiraan anak-anak apabila ibu dan bapa pulang ke rumah

Nilai murni

• 1 Kasih sayang: anak-anak . Ibu bapa sentiasa menunggu kepulangan ibu bapa ke rumah. Ikatan kekeluargaan yang kukuh

• 2 Kemesraan: anak-anak menyambut kepulang ibu bapa dengan gembira. Ibu bapa pula membelikan pakaian baharu

• 3 Saling menghargai: Anak-anak menghargai pemberian ibu bapa. Ibu bapa pula melayan keletah / kerenah anak dengan sabar

Page 7: b.melayu ting 2

Persoalan

• 1 Kasih sayang sesama keluarga / antara anak dengan ibu bapa

• 2 Kemesraan dalam komunikasi keluarga

• 3 Saling menghargai antara anggota keluarga

Page 8: b.melayu ting 2

Pengajaran

• 1 Kita hendaklah saling menyayangi sesama keluarga / antara anak dengan ibu bapa

• 2 Kita hendaklah mengamalkan kemesraan dalam komunikasi keluarga

• 3 Kita hendaklah saling menghargai antara anggota keluarga

Page 9: b.melayu ting 2

• Persamaan rima

Hanya persamaan rima akhir antara pembayang pantun dengan maksud

• Perulangan

• 1) Rangkap1 dengan rangkap 2: baris 2 dengan baris 1; baris 4 dengan baris 3

• 2) Rangkap 4: perkataan 'sebarang' pada baris 2 dengan baris 4

Page 10: b.melayu ting 2

tugasan

1 Berdasarkan rangkap 1 hingga rangkap 3, mengapakah anak-anak berasa gembira?

2 Hubungan antara anak dengan ibu bapa perlu dipupuk sejak anak masih kecil.Jelaskan pendapat anda.

3 Huraikan dua pengajaran berdasarkan pantun di atas.

Page 11: b.melayu ting 2

Jawapan

1 Anak-anak berasa besar hati demi melihat ibu sudah pulang, lalu hilanglah rasa cemas apabila ibu pulang lekas.2. Saya bersetuju bahawa hubungan antara anak dengan ibu

bapa perlu dipupuk sejak anak masih kecil. Anak-anak kecil yang dilayan dengqn penuh kasih sayang dengan bahasa dan komunikasi mesra dalam keluarga akan membetuk perwatakan yang bakal dibawa ke alam remaja, muda dan dewasa. Anak-anak kecil masih mudah dibentuk seperti maksud peribahasa' melentur buluh biarlah dari rebungnya.

3. Gunakan huraian yang disediakan di atas, serta contoh maksud dalam pantun)