Bml 3043 Fonetik Jamilah

Embed Size (px)

Citation preview

RISSEMESTER 1 SESI 2010/201

PPG-PJJ SEMESTER 1 SESI 2013/ 2014B M L 3 0 4 3 : F O N E T I K & F O N O L O G I B A H A S A M E L A Y U

TUGASAN :KERJA KURSUS

GROUP UPSI05 ( A131PJJ )DISEDIAKAN OLEH :NAMANO. IDNO. TELEFON

JAMILAH BINTI MD.SOMD201120527020173764012

NAMA PENSYARAH : DR. NORUL HAIDA BINTI HJ.REDUZANTARIKH SERAH : 24 NOVEMBER 2013

ISI KANDUNGANHalaman

1.0Bincangkan perkara berikut dengan jelas dan sertakan contoh-contoh yang sesuai:

1.1Pengenalan

3

1.2a. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu 3 - 7

1.3b. Bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu 7 - 45

1.4c. Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu 45 - 55

1.5Kesimpulan 55

1.6 Rujukan56

PENGENALAN

Fonetik sebagai bidang ilmu fonologi, berperanan mengkaji keadaan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia dalam membentuk bahasa verbal sebagai alat komunikasi penting dalam kehidupan manusia.[footnoteRef:2]Fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.Manakala, [footnoteRef:3]fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages.[footnoteRef:4] Fonetik merupakan the study of speech sounds and their production.[footnoteRef:5]Fonetik sebagai the science dealing with sounds made in speech and the art ofpronunciation.concerned with the production of these speech sounds by thearticulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, and the auditory effect they produce on the hearer. [2: Kamus Dewan edisi empat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.] [3: Merriam WebstersCollengiate Dictionary tenth edition (1996:873)] [4: Kamus OxfordAdvanced Learners Dictionanry of current English (1992:671)] [5: MengikutkamusTheWorldBookofDictionanry (1981:1566)]

Penjelasan yang akan diberikan inidiharapkan dapat membantu kita dalam menghasilkan kajian ilmu fonetik dan fonologi dalam melahirkan ilmu bahasa yang sempurna dalam kehidupan manusia. Ini memberikan gambaran kepada kita tentang corak komunikasi yang dilakukan dalam menterjemahkan sesuatu bahasa yang dituturkan. Dalam ilmu fonologi ini , mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi.

a. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu.

Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik. Berikut diberikan beberapa definisi atau pengertian serta pendapat tentang fonetik:(i)[footnoteRef:6]Fonetik dikatakan the body of speech sounds of any one language, and their relation to one another. [6: The World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart,1981:1566)]

(ii) [footnoteRef:7]Fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. [7: Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51)]

(iii)[footnoteRef:8] fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeda makna dalam sesuatu bahasa. [8: Marsono , Fonetik (1986:1)]

(iv)[footnoteRef:9]Fonetik sebagai the study of the physical characteristics of human speech sounds. [9: W. Bright (1992:194) dalam International Encyclopedia of Linguistics]

(v)[footnoteRef:10]Fonetik sebagai fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi. [10: Abdullah Hassan (1993:40)]

(vi)[footnoteRef:11] Fonetik sebagai the study and classification of speech sounds. [11: The Penguin Dictionary (2004:1046)]

(vii)[footnoteRef:12]Fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. [12: Kamus Dewan (2005:354)]

Selaindefinisi-definisiyangdiberikandalamkamusdanensiklopedia beberapa pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang sarjana bahasa,disertakan juga disinibagi penjelasan tentang konsepfonetik tersebut. Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Lingustik Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in General Linguisticsmenyatakanfonetikmerupakanbahagianyangasasdalam ilmu bahasa,manakalafonologihanya satudisiplinbantu dan terangkum ke dalam pertuturan (1993:37).

MengikutAdrianAkmajianet.Al.dalam buku Linguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik An Introduction to Language and Communication, menyatakan: Fonetik ialah bidang yang memperkatakan bagaimanabunyibahasadihasilkan(dituturkan)dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali sebagai fonetik artikulasi,dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkanolehsaluran suara (bidang yang dikenali sebagai fonetik akustik).

Sementara istilah fonetik biasanya bermasud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi.(1995:61).Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikandefinisifonetik adalah seperti yang berikut: Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpamelihat fungsi itusebagai pembeda maknadalam suatu bahasa (1986:1).J.W.M Verhaar dalam bukunya PengantarLinguistik memberikan pengertian fonetik seperti berikut: Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole (1983:8).ManakalaAbdullahHassandalambukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya .Fonetikpada maksud amnya amnyaialahpengkajianterhadapunsur-unsurbahasadalam bentuk bunyi. (1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi: Suatu Tinjuan menyatakan : Fonetik ialah kajian saintifikmengenai bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.(1992:2)

Mengikut Arbak Othman menghuraikan fonetik sebagai: Fonetik merupakan bidang yangdipelajari segalabunyi bahasa iaitu bunyi-bunyi yangdihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia danmemberikansimbolfonetikuntukmasing-masingbunyiitu.Bunyi bunyi bahasa bolehdikajidaribeberapasegi .

Seseorangbolehmelakukankajianyadenganmelihatsifat-sifatfizikbunyi-bunyibahasaketika bunyi-bunyibahasa itu dipindahkan melalui udara, mengaturjumlah tenagagelombang serta bagaimana sifat-sifat ini berubah dalam proses penghasilannya.(1986:52-53).Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan maksud fonetik sebagai berikut Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik akanterdapat konsep-konsepmengenaibunyibahasa,kriteria-kriteria pengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi bahasa dan lain-lain seumpamanya. (1982:40)

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut: Menurut Kamus Dewan,fonologimerupakan kajiantentang bunyisebutan dalamsesuatu bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionanry tenth edition(1996:874),fonologi dihuraikansebagaithe scienceof speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in alanguage or in two or more related languages .

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidangdalamlinguistik yangmenyelidiki bunyi-bunyi bahasamengikut fungsinya.Kamus Oxford Advanced Learners Dictionanry of Current English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai the study of the systems ofspeech sounds,especiallyin aparticular language.Manakala Kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai the study of system of sounds in language and of the history oftheir changes.

Di samping itujuga definisi danmaksud fonologi jugadipetik daripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi terjemahan olehAishah Mahdidan AzizahHussienmemberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: Fonologi adalah merupakan subbidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemulaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatubahasa tertentudan rumus yangmengawalpenyebaran bunyi tersebut.Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal sistembunyisemulajadi(1995:112)ManakalaFrankParkerdalam Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: Fonologi merupakansuatu bidangyang mengkaji sesuatubahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. (1974:112).Manakala menurutJ.W.M. Verhaar ,Fonologi (phonology) sebagai bidang khusus dalam linguistikitu mengamati bunyi-bunyisesuatubahasa tertentumenurut fungsinya untukmembedakanmaknaleksikal dalam bahasa.(1983:86)[footnoteRef:13]Fonologimengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. [13: Abdullah Hassan ,Linguistik Am untukGuruBahasaMalaysia.(1993:40)]

Berdasarkan pelbagai definisi dan pengertian daripada beberapa buah kamus dan ensiklopedia serta berdasarkan pandangan dan pendapat yang diberikan oleh beberapa orang sarjana bahasa tentang fonetik dan fonologi, dapat dirumuskan bahawa fonetik merupakan satu pengkajian bahasa tentang bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

Dalam bidang fonetik, terdapat tiga aspek kajian yang dilakukan, iaitu:(i) fonetik artikulasi(ii) fonetik akustik(iii) fonetik auditori

Fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi. Fonetik akustik pula mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya (lihat rajah 1 bentuk gelombang akustik).

s i

Rajah 1: Bentuk gelombang akustik bagi perkataan bahasa Inggeris see /si:/ (Sumber: P. Roach, 2001:40)

Fonetik auditori pula merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat. Fonologi pula dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyibahasa. Maksudnya bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.

b. Bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu.

Secara umum, bunyi bahasa dibahagikan kepada dua golongan iaitu vokal, konsonan dan semi-konsonan (D. Jones, 1958:12). Perbezaan ini didasarkan pada ada tidaknya halangan atau gangguan (proses artikulasi) pada alat artikulasi. Bunyi disebut vokal apabila tiada halangan pada alat artikulasi. Arus udara keluar terus-menerus tanpa sekatan. Halangan untuk bunyi vokal hanya pada pita suara sahaja. Halangan yang hanya terjadi pada pita suara tidak lazim disebut artikulasi (J.W.M. Verhaar, 1977:17) kerana vokal dihasilkan dengan halangan pita suara, maka pita suara bergetar. Pita suara dalam keadaan tertutup, tetapi tidak rapat sekali. Dengan demikian, semua vokal ialah bunyi bersuara.

Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui ronga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Vokal dalam bahasa Inggeris terdiri daripada lapan jenis, iaitu [i], [e], [], [a], [u], [o], [] dan [].

Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis utama, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada vokal [i], [e], [a], [u], [o] dan []. [footnoteRef:14]Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal itu ialah lidah, sama ada bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah. Sekiranya bahagian depan lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal depan; sekiranya bahagian tengah lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal tengah. [14: Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri, Fonologi Melayu,2012]

Seterusnya jika bahagian belakang lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu, maka bunyi vokal tersebut ialah vokal belakang.

Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu dapat dirumuskan sepertiyang berikut:(a) Bahagian lidah yang berperanan, sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah.(b) Ketinggian lidah yang dinaikkan, sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah dan separuh rendah.

(c) Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan.(d) Pembukaan rahang, sama ada luas atau sempit.

Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis, iaitu vokal depan [i],[e], [a], vokal tengah [] serta vokal belakang [u] dan [o] seperti dalam rajah 2.1yang berikut:

Hadapan Tengah Belakang Sempit i u Tinggi

Separuh sempit e o Separuh luas Luas a Rendah

Rajah 2.1: Kedudukan Vokal Bahasa Melayu

Rajah kedudukan vokal bahasa Melayu di atas menunjukkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah dan di bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah yang dinaikkan. Bagi membunyikan bunyi vokal [i] dan vokal [u] misalnya, lidah dinaikkan setinggi mungkin sementara bagi membunyikan vokal [a], kedudukan lidah letaknya rendah sekali. Rajah 2.2 menunjukkan keadaan turun-naik bunyi ketika vokal [a] dan [i] disebutkan pada tona yang sama.

Rajah 2.2: Vokal [a] seperti dalam perkataan bahasa Inggeris father dan vokal [i] seperti dalam perkataan see menunjukkan turun-naik bunyi apabila vokal- vokal berkenaan diujarkan pada tona yang sama (Sumber: P. Ladefoged, 2005:33)

Berdasarkan rajah kedudukan vokal bahasa Melayu pada rajah 2.1, maka vokal bahasa Melayu dapat dirumuskan seperti yang berikut:Vokal Hadapan[ i ] Vokal depan sempitContoh dalam perkataan: [ibu], [ikan], [ite], [biru], [sila], [kita], [ubi], [bli], [pti].

Rajah 2.3: Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [i](Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47)

[ e] Vokal depan separuh sempitContoh dalam perkataan: [ekor], [ela], [elo], [belo], [sero], [herot], [sate].

Rajah 2.4: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [e](Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)

[a] Vokal depan luasContoh dalam perkataan: [ayu], [aku], [aba], [batu], [lari], [bola], [baa], [kaja].

Rajah 2.5: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [a](Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)

Vokal Tengah[ ] Vokal tengah pendekContoh dalam perkataan: [ma], [mas], [kau], [lmas], [lma], [bsar].

Rajah 2.6: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [](Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)

Vokal Belakang[ u ] Vokal belakang sempitContoh dalam perkataan: [ular], [unta], [ukor], [kuda], [buro], [huan], [adu],[amu], [satu].

Rajah 2.7: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [u](Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49)

[ o ] Vokal belakang separuh sempitContoh dalam perkataan: [oleh], [obor], [olah], [boleh], [kota], [tola], [solo],[foto], [soto]

Rajah 2.8: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [o](Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49)

Terdapat dua lagi bunyi vokal, iaitu [] dan [] yang tidak digunakan dalam penulisan tetapi terdapat dalam dialek-dialek tempatan seperti dialek Kelantan, contohnya dalam perkataan [mak], [mal], [r], [kit]. Dalam bahasa Melayu, bunyi [] dan [e] dilambangkan dengan huruf e, manakala bunyi [] dan [o] dilambangkan dengan huruf o.

Rajah 2.9: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [](Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006: 48)

Rajah 2.10: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [](Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006: 48)

Alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam pembahagian jenis vokal. Bahagian hadapan lidah, misalnya berperanan menghasilkan bunyi vocal hadapan, iaitu vokal [i], [e] dan [a]. Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah. Begitu juga dengan bahagian belakang lidah menghasilkan bunyibunyi vokal belakang, iaitu [u], [o] dan []. Perbezaan bunyi antara vokal-vokal tersebut yang dihasilkan adalah terletak pada tinggi rendahnya bahagian lidah itu diangkat atau diturunkan. Bahagian lidah itu boleh diangkat setinggi mungkin untuk menghasilkan vokal tinggi [i] dan [u], kemudian jika diturunkan separuh tinggi terhasil pula bunyi vokal separuh tinggi, iaitu vokal [e] dan [o]. Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu diturunkan separuh rendah akan menghasilkan vocal separuh rendah [] dan [].

Vokal tengah pula dihasilkan apabila bahagian tengah lidah berperanan menghasilkan bunyi dengan cara tengah lidah dinaikkan separuh tinggi. Untuk lebih jelas lagi, berikut diturunkan gambar rajah yang menunjukkan kedudukan tinggi rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

eiouai

Rajah 2.11: Kedudukan Lidah semasa Menghasilkan Bunyi-bunyi Vokal

Berikut dihuraikan secara terperinci cara bunyi vokal kardinal [i], [e], [], [a], u], [o], [] dan [] dihasilkan oleh alat artikulasi.

Vokal Depan Sempit (Tinggi) [i]Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit [i], proses yang berikut turut berlaku:(i) Bibir dihamparkan.(ii) Depan lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah gusi.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [i] (lihat rajah 2.12).

Berikut diberikan contoh kehadiran bunyi [i] dalam perkataan. di awal perkataan:[ikan], [ikut], [ipar], [ibu], [itu].

di tengah perkataan:[biru], [bila], [kita], [sila], [silap]

di akhir perkataan:[tali], [bli], [bri], [bsi] [guli].

[ i ]

Rajah 2.12 : Penghasilan Vokal [i]

Vokal Depan Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [e]Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit [e], perkara yang berikut turut berlaku:(i) Bibir dihamparkan separuh sempit.(ii) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.

(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e] (lihat rajah 2.13). Contoh kehadiran bunyi vokal ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:di awal perkataan:[ekor], [ela] , [elo], [ edah], [ela].di tengah perkataan:[katel], [bera], [heret], [sepet], [leper].di akhir perkataan:[sate].

[e]

Rajah 2.13 : Penghasilan Vokal [e]

Vokal Depan Separuh Luas (Separuh Rendah) []Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, proses yang berikut turut berlaku:(i) Bibir dihampar separuh luas.(ii) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [] (lihat rajah 2.14).

Berikut diberikan contoh perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan:di awal perkataan:[so], [lo], [doh], [].di tengah perkataan:[bso], [gt], [gl], [pl].di akhir perkataan:[god], [bul], [ud], [tul].

[]

Rajah 2.14 : Penghasilan Vokal []

Vokal Depan Luas (Rendah) [a]Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:(i) Bibir dalam keadaan hampar.(ii) Depan lidah diturunkan serendah mungkin.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas hampar seperti yang terdapat dalam perkataan yang berikut:

di awal perkataan:[ara], [aar], [alah], [amal], [asap].di tengah perkataan:[dadu], [paku], [bukan], [lampu], [bahu].di akhir perkataan:[pita], [rasa], [tiba], [kuda], [klapa].

[a]

[a]

Rajah 2.15 : Penghasilan Vokal [a]

Vokal BelakangSewaktu penghasilan vokal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian belakang lidah. Keadaan bibir adalah bundar.

Vokal Belakang Sempit (Tinggi) [u]Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang sempit, proses yang berikut harus dilakukan:(i) Bibir dibundarkan.(ii) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar [u]. (lihat rajah 2.16). Kehadiran bunyi ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:di awal perkataan:[uli], [usap], [usu], [undur], [unto].di tengah perkataan:[buka], [bubur], [subur], [gandum], [kabur].di akhir perkataan:[bau], [labu], [pasu], [kelambu], [batu].

[u]

Rajah 2.16 : Penghasilan Vokal [u]

Vokal Belakang Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [o]Vokal ini boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:(i) Bibir dibundarkan.(ii) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] (lihat rajah 2.17). Kehadiran bunyi vokal ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:di awal perkataan:[oleh], [ota], [obor], [oren].di tengah perkataan:[boleh], [soto], [koko], [tolo].di akhir perkataan:[solo], [soto], [foto]

[o]

Rajah 2.17 : Pengasilan Vokal [o]

Vokal Belakang Separuh Luas (Separuh Rendah) []Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang separuh luas, proses berikut berlaku:(i) Bibir dibundarkan.(ii) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah ke arah lelangit lembut.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [] (lihat rajah 2.18). Bunyi ini terdapat dalam dialek Kelantan seperti yang berikut:di awal perkataan:[bat], [ta], [r], [peh].di tengah perkataan:[pk], [sudh], [ph], [brh].

[]di akhir perkataan:[kit], [bil], [blak], [guan].

Rajah 2.18 : Penghasilan Vokal []

Vokal TengahAlat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vokal tengah ialah bahagian tengah lidah. Keadaan bibir adalah hampar.

Vokal Tengah []Untuk menghasilkan bunyi vokal tengah ini, proses yang berikut turut berlaku:(i) Keadaan bibir hampar.(ii) Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [] (lihat rajah 2.19). Bunyi ini hadir dalam perkataan seperti dalam contoh yang berikut:di awal perkataan:[ma], [mbun], [mpat], [nam].di tengah perkataan:[pnat], [brat], [rgas], [kmas].

[]

Rajah 2.19 : Penghasilan Vokal []

Kesimpulannya di sini dapat dirumuskan bahawa jumlah vokal kardinal ialah lapan jenis, iaitu vokal [i,] [e], [], [a], [], [] , [o] dan [u]. Vokal asli dalam bahasa Melayu hanya enam jenis, iaitu vokal [i], [e], [a], [u], [o] dan []. Semua vokal adalah bersuara. kecuali vokal [] yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang, vokal-vokal lain adalah nyaring dan lantang. Sementara itu, berikut pula diberikan rajah serta nama dan lambang-lambang vokal antarabangsa.

HADAPAN TENGAH BELAKANG

Sempit

Separuh sempit

Separuh luas Luas

Apabila lambang hadir secara berpasangan, maka lambang pada sebelah kanan mewakili vokalbundarRajah 2.20: Carta Kedudukan Vokal Antarabangsa(Sumber: J.B. Martin & J. Rahilly, 1999: 226)

Bunyi Konsonan[footnoteRef:15]Kontoid ialah golongan bunyi artikulasi yang secara tradisi dikenali sebagai konsonan.Jadi , kontoid bertaraf fonetik sedangkan konsonan bertaraf fonemik. [15: Kamus Linguistik (1997:222)]

Bunyi disebut sebagai konsonan apabila terjadinya arus udara dihalang atau disekat pada sebahagian alat artikulasi. Arus udara dihalang semasa bunyi dihasilkan. Proses halangan pada arus udara ini dapat disertai dengan bergetarnya pita suara. Jika hal ini terjadi, maka yang terbentuk adalah bunyi konsonan bersuara, misalnya bunyi [b, d, g, v, z, l] dan lain-lain. Jika artikulasi itu tidak disertai bergetarnya pita suara, glotis dalam keadaan terbuka, maka bunyi yang dihasilkan adalah konsonan tak bersuara, misalnya bunyi [p, t, k, f, s] dan seumpamanya.

Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Sekiranya bunyi vokal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan udara keluar terus-menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi, maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa penghasilannya, pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paru-paru, contohnya [b], [d] dan [g].

Konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara seperti [p], [t] dan [k]. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan, iaitu:i. konsonan asli danii. konsonan pinjaman

[footnoteRef:16]Konsonan asli dalam bahasa Melayu adalah konsonan yang tersedia ada dalam bahasa Melayu dan telah digunakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa perubahan. Menurut Yunus Maris, terdapat 19 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada: [16: Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012)]

(i) 2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [p, b](ii) 2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara [t, d](iii) 2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [k, g](iv) 1 konsonan hentian glotis ()(v) 2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [, ](vi) 2 konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara [s] dan geseran glotis bersuara [h](vii) 1 konsonan getaran bersuara [r](viii) 1 konsonan sisian bersuara [l](ix) 4 konsonan sengau bersuara [m, n, , ](x) 2 konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara [w] dan 1 separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, rongga hidung dan lain-lain. Berikut diberikan carta konsonan asli bahasa Melayu dan daerah artikulasi dan cara penyebutannya sekali.

Daerah Sebutan123456

Cara SebutanDuabibirGusiGusiLelangitKerasLelangitkerasLelangitlembutPitasuara

Letupan tak bersuaraptk

Letupan bersuarabdg

Letusan takbersuara

Letusan bersuara

Sengau

mn

Geseran tak bersuara

s

Geseran bersuarah

Getaranr

Sisianl

Separuh vokal

wy / j

Rajah 2.21 : Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu

Di samping itu, terdapat juga lambang-lambang linguistik untuk melambangkan bunyi-bunyi bahasa yang terdapat dalam kalangan bahasa dunia. Lambang-lambang fonetik antarabangsa itu adalah seperti dalam rajah 2.21. Berikut diberikan nama bunyi konsonan antarabangsa tersebut:[p] Letupan dua bibir tidak beraspirat tidak bersuara(Voiceless unaspirated bilabial stop)[b] Letupan dua bibir tidak beraspirat bersuara(Voiced bilabial stop)[t] Letupan gigi-gusi tidak beraspirat tidak bersuara(Voiceless unaspirated dental-alveolar stop)[d] Letupan gigi-gusi tidak beraspirat bersuara(Voiced unaspirated dental-alveolar stop)[c] Letupan lelangit keras tidak beraspirat tidak bersuara(Voiceless unaspirated palatal stop)[] Letupan lelangit keras tidak beraspirat bersuara(Voiced unaspirated palatal stop)[k] Letupan lelangit lembut tidak beraspirat tidak bersuara(Voiceless unaspirated velar stop)[g] Letupan lelangit lembut tidak beraspirat bersuara(Voiced unaspirated velar stop)[q] Letupan anak tekak tidak beraspirat tidak bersuara(Voiceless unaspirated uvular stop)[G] Letupan anak tekak tidak beraspirat bersuara(Voiced unaspirated uvular stop)[] Letupan glotis tidak beraspirat tidak bersuara(Voiceless unaspirated glottal stop)[ph] Letupan dua bibir beraspirat tidak bersuara(Voiceless aspirated bilabial stop)[bh] Letupan dua bibir beraspirat bersuara(Voiced aspirated bilabial stop)[m] Sengau dua bibir bersuara(Voiced bilabial nasal)[] Sengau bibir-gigi bersuara(Voiced labio-dental nasal)

DuabibirGigi bibirGigiGusiPost-alveolaRetrofleksLelangitkerasLelangitlembutUvularFaringalGlotal

Letupanp bt d C k g

SengaumnN

GetaranBrR

Tap/ Flap

Geseran f v S z s x h

GeseranSisian

Malaran TakBergeserj

Malaran TakBergeserSisianlL

* Apabila lambang hadir secara berpasangan, maka lambang pada sebelah kanan mewakili konsonan bersuara.* Bahagian berwarna menandakan artikulasi mustahil berlaku.Rajah 2.22: Carta Lambang Konsonan Antarabangsa (The International Phonetic Alphabet)(Sumber: J.B. Martin & J. Rahilly, 1999:226)

[n] Sengau gigi-gusi bersuara(Voiced dental-alveolar nasal)[] Sengau gelungan bersuara(Voiced retroflex nasal)[] Sengau lelangit keras bersuara(Voiced palatal nasal)[] Sengau lelangit lembut bersuara(Voiced velar nasal)[N] Sengau anak tekak bersuara(Voiced uvular nasal)[] Geseran dua bibir tidak bersuara(Voiceless bilabial fricative)[] Geseran dua bibir bersuara(Voiced bilabial fricative)[f] Geseran bibir-gigi tidak bersuara(Voiceless labio-dental fricative)[v] Geseran bibir-gigi bersuara(Voiced labio-dental fricative)[] Geseran gigi tidak bersuara(Voiceless dental fricative)[] Geseran gigi bersuara(Voiced dental fricative)[s] Geseran gigi-gusi tidak bersuara(Voiceless dental-alveolar fricative)[z] Geseran gigi-gusi bersuara(Voiced dental-alveolar fricative)[ ] Geseran gelungan tidak bersuara(Voiceless retroflex fricative)[] Geseran gelungan bersuara(Voiced retroflex fricative)[] Geseran gusi-lelangit keras tidak bersuara(Voiceless palato-alveolar fricative)[] Geseran gusi-lelangit keras bersuara(Voiced palato-alveolar fricative)[] Geseran lelangit keras tidak bersuara(Voiceless palatal fricative)[] Geseran lelangit keras bersuara(Voiced palatal fricative)[x] Geseran lelangit lembut tidak bersuara(Voiceless velar fricative)[] Geseran lelangit lembut bersuara(Voiced velar fricative)[] Geseran anak tekak tidak bersuara(Voiceless uvular fricative)[] Geseran anak tekak bersuara(Voiced uvular fricative)[] Geseran rongga tekak tidak bersuara(Voiceless pharyngeal fricative)[] Geseran rongga tekak bersuara(Voiced pharyngeal fricative)[h] Geseran pita suara tidak bersuara(Voiceless glottal fricative)[] Geseran pita suara bersuara(Voiced glottal fricative)[w] Malaran tidak bergeser bibir-lelangit lembut(Labial-velar approximant)[] Malaran tidak bergeser bibir-lelangit keras(Labial-palatal approximant)[] Malaran tidak bergeser bibir-gigi(Labial-dental approximant)[] Malaran tidak bergeser gigi-gusi(Dental-alveolar approximant)[] Malaran tidak bergeser gelungan(Retroflex approximant)[j] Malaran tidak bergeser lelangit keras(Palatal approximant)[] Malaran tidak bergeser lelangit lembut(Velar approximant)[] Sisian bergeser gigi-gusi(Dental-alveolar lateral fricative)[] Sisian bergeser lepas gusi(Post-alveolar lateral fricative)[l] Sisian tidak bergeser gigi-gusi(Dental-alveolar lateral)[] Sisian tidak bergeser gigi-gusi(Retroflex lateral)[] Sisian tidak bergeser lelangit keras(Palatal lateral)[r] Getaran gigi-gusi(Dental-alveolar trill)[R] Getaran anak tekak(Uvular trill)[] Tamparan gigi-gusi(Dental-alveolar trill)[] Tamparan gelungan(Retroflex flap)[R] Tamparan anak tekak(Uvular flap)(Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:53-58)

Cara Penghasilan Bunyi Konsonan1. Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p]Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:(i) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dibuka (direnggangkan).

(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan serta-merta.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] (lihat rajah 2.23). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:di awal perkataan:[papan], [pasu], [pukul], [putri].di tengah perkataan:[lpas], [sepa], [dapur], [dapat].di akhir perkataan:[dakap], [atap], [sdap], [santap].

[p]

Rajah 2.23 : Penghasilan Konsonan [p]2. Letupan Dua Bibir Bersuara [b]Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:(i)Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dirapatkan.(iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut, kemudian udara dilepaskan dengan serta-merta.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan dua bibir bersuara [b] (lihat rajah 2.24). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:

di awal perkataan:[buru], [buku], [buda], [batu].di tengah perkataan:[tubuh], [subuh], [tabur], [tiba].di akhir perkataan:[sbab], [karib], [kitab], [adab].

[b]

Rajah 2.24 : Penghasilan Konsonan [b]

3. Letupan Gusi Tidak Bersuara [t]Konsonan letupan gusi tidak bersuara dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:(i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dibuka (direnggangkan).(iv) Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gusi. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] (lihat rajah 2.25). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:

di awal perkataan:[taan], [tahu], [tolo], [tare].di tengah perkataan:[pta], [putus], [satu], [bantu].di akhir perkataan:[pnuntut], [patut], [sbut], [lmbut].

[t]

Rajah 2.25: Penghasilan Konsonan [t]

4. Letupan Gusi Bersuara [d]Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut perlu berlaku:(i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dirapatkan.(iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-merta.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara [d] (lihat rajah 2.26). Konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut:

di awal perkataan:[dalam], [dahulu], [duka], [dapur].di tengah perkataan:[pda], [pada], [sida], [padah].di akhir perkataan:[abad], [tekad], [masud], [hasad].

[d]

Rajah 2.26: Penghasilan Konsonan [d]

5. Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k]Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:(i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dibuka (direnggangkan).(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta-merta.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] (lihat rajah 2.27). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut:

di awal perkataan:[kawan], [kuda], [kalau], [kita].di tengah perkataan:[sukat], [bakat], [dkat], [pukat].di akhir perkataan:[buda], [pka], [teo], [ma].

[k]Rajah 2.27 : Penghasilan Konsonan [k]

6. Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]Bagi menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g], proses berikut perlu dilakukan:(i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

(iii) Pita suara dirapatkan.(iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g] (lihat rajah 2.28). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:di awal perkataan:[guru], [ganti], [gantu], [gambar].di tengah perkataan:[aga], [agar], [uga], [ragu].di akhir perkataaan:[beg], [dialog], [monolog].

[g]

Rajah 2.28 : Penghasilan Konsonan [g]

7. Hentian Glotis []Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis, proses berikut turut berlaku:(i) Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iii) Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan.(iv) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glotis [] yang terdapat dalam bahasa Melayu (lihat rajah 2.29). Contoh perkataan yang mengandungi bunyi konsonan ini ialah:

di awal perkataan:[ibu], [ada], [ikan], [ora].di tengah perkataan:[saat], [umaat], [kadaan], [soal].di akhir perkataan:[tida], [ana], [ka], [gala].

[]Rajah 2.29 : Penghasilan Konsonan []

8. Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara []Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut turut berlaku:(i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dibuka (direnggangkan).(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan perlahan (bukan dengan cepat atau dengan serta-merta).

Walau bagaimanapun, untuk bunyi konsonan [] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah lebih cepat sedikit berbanding dengan pelepasan udara untuk bunyi konsonan letusan (afrikat) dalambahasa Inggeris seperti dalam perkataan church. Bunyi konsonan [] yang hadir dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:di awal perkataan:[ari], [uti], [uri], [ontoh].di tengah perkataan:[sui], [bani], [bni], [kuni].di akhir perkataan: [ma], [ko].

[]Rajah 2.30 : Penghasilan Konsonan []

9. Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ ]Bunyi letusan lelangit keras-gusi dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:(i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara daripada memasuki rongga hidung.(iii) Pita suara dirapatkan(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras-gusi. Udara dilepaskan perlahan (bukan dilepaskan dengan cepat atau serta-merta). Bagi bunyi kononan [ ] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah lebih cepat daripada pelepasan udara untuk bunyi konsonan j dalam bahasa Inggeris seperti untuk perkataan judge.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [ ] (lihat rajah 2.31). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:di awal perkataan:[aan], [olo], [agut], [uga].di tengah perkataan:[taam], [trun], [bua], [huan].di akhir perkataan:[ime], [kole].

[]

Rajah 2.31 : Penghasilan Konsonan []

10. Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s], proses yang berikut turut berlaku:(i) Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dibuka (direnggangkan).(iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi tidak bersuara [s] (lihat rajah 2.32). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:

di awal perkataan:[saya], [sapu], [suguh], [sdap].di tengah perkataan:[basuh], [kasar], [dasar], [pasar].di akhir perkataan:[habis], [bilis], [hiris], [bras].

[s]

Rajah 2.32 : Penghasilan Konsonan [s]

11. Geseran Glotis Bersuara [h]Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran glotis [h], proses yang berikut turut berlaku:(i) Pita suara dibuka (direnggangkan) sedikit untuk membuat sempitan pada glotis.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.(iii) Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan.(iv) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara [h] (lihat rajah 2.33). Kehadiran bunyi ini adalah seperti yang berikut:

di awal perkataan:[habis], [hulur], [hantu], [higap].di tengah perkataan:[lihat], [tahap], [peha], [sehat].di akhir perkataan:[brseh], [lteh], [kaseh], [lbeh].

[h]Rajah 2.33 : Penghasilan Konsonan [h]

12. Getaran Gusi Bersuara [r]Bunyi getaran gusi bersuara [r] dihasilkan dengan cara yang berikut:(i) Hujung lidah dikenakan pada gusi.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dirapatkan.(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [r] (lihat rajah 2.34). Konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:

di awal perkataan:[rasa], [rabun], [runtuh], [rusuh].di tengah perkataan[bras], [kras], [laras], [karut].di akhir perkataan:[bsar], [kasar], [lebar], [edar].

[r]Rajah 2.34 : Penghasilan Konsonan [r]

13. Sisian Gusi Bersuara [l]Konsonan sisian gusi bersuara [l] dihasilkan dengan cara:(i) Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dirapatkan.(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian. Pita suara digetarkan.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sisian gusi bersuara [l] (lihat rajah 2.35). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:di awal perkataan:[lama], [lambat], [lampu], [lupa].di tengah perkataan:[slamat], [klat], [kilat], [bulat].di akhir perkataan:[tigal], [bkal], [pegal], [pukul]

[l]

Rajah 2.35 : Penghasilan Konsonan [l]

14. Sengau Dua Bibir Bersuara [m]Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] dihasilkan dengan cara:(i) Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat memasuki rongga hidung.(iii) Pita suara dirapatkan.(iv) Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi [m] dan pita suara digetarkan (lihat rajah 2.36). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:di awal perkataan:[makan], [malam], [mula], [masin].di tengah perkataan:[timun], [namun], [timur], [lima].di akhir perkataan:[salam], [silam], [dalam], [tilam].

[m]

Rajah 2.36 : Penghasilan Konsonan [m]

15. Sengau Gusi Bersuara [n]Bunyi sengau gusi bersuara [n] dihasilkan dengan cara:(i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dirapatkan.(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara [n] (lihat rajah 2.37). Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:

di awal perkataan:[nasi], [nuri], [naka], [naluri].di tengah perkataan:[knari], [binasa], [panas], [lontar].di akhir perkataan:[papan], [simpan], [lapan], [smbilan]

[n]Rajah 2.37 : Penghasilan Konsonan [n]

16. Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara []Untuk menghasilkan bunyi ini, proses yang berikut turut berlaku:(i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang rongga ke hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dirapatkan.(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara [] (lihat rajah 2.38). Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:di awal perkataan:[ai], [ata], [amo], [ao].di tengah perkataan:[baa], [mia], [taa], [sui].

[]Rajah 2.38 : Penghasilan Konsonan []

17. Sengau Lelangit Lembut Bersuara []Bunyi konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] dihasilkan melalui proses yang berikut:(i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dirapatkan.(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara [] (lihat rajah 2.39). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut:di awal perkataan:[aa], [iau].di tengah perkataan:[bua], [sia], [baga], [taga].di akhir perkataan:[tagu], [bara], [tanu], [gunu].

[]Rajah 2.39 : Penghasilan Konsonan []

18. Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]Bunyi separuh vokal dua bibir bersuara [w] ini dihasilkan dengan cara:(i) Bibir dibundarkan.(ii) Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuh lelangit lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u]).(iii) Pita suara dirapatkan.(iv) Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk menghasilkan vokal tengah [] (lihat rajah 2.40). Kehadiran konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:di awal perkataan:[wau], [waris], [waja], [wa].di tengah perkataan:[kawan], [lawan], [kawat], [lewat].di akhir perkataan:[sepa takraw].

[w]Rajah 2.40: Penghasilan Separuh Vokal [w]

19. Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j]Bagi menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j], proses yang berikut turut berlaku:(i) Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal [i], kemudian semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah [].(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dirapatkan.(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [i], kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah [].(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal [j] (lihat rajah 2.41). Kehadiran bunyi konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut:di awal perkataan:[ja], [jakin], [jatim], [juran].di tengah perkataan:[daja], [saja], [baja], [smbahja].

[j]Rajah 2.41 : Penghasilan Separuh Vokal [j]

c. Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.

Sistem Ejaan Bahasa Melayu bermaksud sistem ejaan baharu yang dipersetujui bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Republik Indonesia berikutan dari perisytiharan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia serentak pada 16 Ogos, 1972. Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) bagi pihak Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia. Badan yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pendidikan, dan Jawatankuasa ini diletak di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka. (Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1978:v)

[footnoteRef:17]Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi Bahasa Melayu dilakukan oleh pedagang, pengembara, dan penjelajah yang datang dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Semasa di sini, mereka tertarik dengan tatabahasa bahasa Melayu dengan menggunakan huruf-huruf Rumi Latin. Huruf Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis perihal bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1522. Bermula dalam abad ke-16, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Rumi oleh pedagang, pengembara, penjelajah dan juga sarjana dari Eropah. [17: Abdul Hamid Mahmood (2010:120)]

Namun demikian, hasil usaha mereka dalam banyak hal tidak begitu sempurna, dan banyak pula terdapat kesilapan. Dalam abad ke-17 dengan kedatangan bangsa Belanda ke Timur, tulisan Rumi mula mendapat asas dalam ejaan Rumi bahasa Indonesia. Begitu juga dengan orang Inggeris yang mula berminat terhadap bahasa Melayu telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi bagi bahasa Melayu di Tanah Melayu pada abad ke- 17 hingga akhir abad ke-19. Antara sistem ejaan Rumi yang disusun oleh orangInggeris sebelum abad ke-20 termasuklah ejaan Rumi Thomas Bowrey (1701), ejaan Rumi J.Howison (1800), ejaan Rumi Swettenham (1881), dan ejaan Rumi Maxwell (1882), yang kesemuanya berpedomankan kaedah transliterasi huruf Jawi kepada Rumi. (Ismail Dahaman, 1992: 43)

Pedoman umum Ejaan Rumi BahasaMelayu ini mencakupi penggunaan abjad dan huruf vokal, diftong dan huruf konsonan lama kepada baharu, penggunaan tanda koma di atas dan huruf yang diperkenalkan.HURUFSEBUATANPERKATAAN

Aaeayam

Bbbibutang

CcSicacing

Dddidagu

Eeiemak

Feeffoto

GgGigusi

HhEchutan

Iiailada

Jjjejala

KkKekaki

Llellembu

MmEmmata

Nnennasi

Oooobor

Pppipisang

Qqkiuquran

Rrarratu

Ssessagu

Tttitali

Uuyuular

Vvvivideo

Wwdabliuwau

Xxeksx-ray

Yywaiyu

Zzzekzip

Huruf VokalTerdapat sebanyak enam vokal atau bunyi vokal standard dalam bahasa Melayu. Huruf-huruf yang melambangkan pemakaiannya adalah seperti yang berikut:Huruf vokaldi depandi tengahdi belakang

aakibatubuka

(i) pepete (ii) talingmakenaktnatmerahvandalismtauke

iikatsikatcuri

ootakbotaksoto

uudangcubitkayu

Huruf DiftongDalam bahasa Melayu terdapat tiga diftong, iaitu ai, au dan oi. Contoh pemakaiannya adalah seperti berikut:Huruf diftongdi depandi tengahdi belakang

aiaidilkhairiahcerai

auauditsaudaribakau

oioidiumboikotboroi

Huruf KonsonanDalam bahasa Melayu terdapat sebanyak 26 huruf konsonan. Daripada 26 konsonan tersebut lima daripadanya memakai huruf gabungan, iaitu gh, kh, ng, dan nya. Berikut diberikan contoh pemakaian konsonan tersebut dalam perkataan:Huruf diftongdi depandi tengahdi belakang

bbatarambutakrab

ccikubacaMac

ddaguadatabad

fferiafdalalif

ggulisangkarkacang

ghghazalmaghribtabligh

hhatibahterakalah

jjarikejusiraj

kkutudukulokek

khkhamisbakhiltarikh

llampubalutebal

mmatakamutilam

nnasisantaitelan

ngngangabingkasarang

nynyaringbanyak-

ppakusapuatap

qquranwuqufburaq

rrajamerahbakar

ssiputmasjidcemas

sysyairmasyhurQuraisy

ttenunbantucabut

vvisauniversal-

wwangbawangtakraw

yyisbayu-

Z (i) z(ii) xzipxenomRaziplafaz

Daripada 26 huruf konsonan dalam sistem ejaan Melayu terdapat tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v, x.i. Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf jawi qaf ( ) untuk mengeja kata istilah agama atau kata mengenai agama yang asal daripada bahasa Arab. Contohnya:ii. quran

qadak dan qadar

wuquf

iii. Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata. Contohnya:iv. vitaminsubversif

revolusinovel

vokaluniversiti

Huruf -ve yang hadir diakhir kata ditukar menjadi f. Contohnya:

LamaBaharu

activeaktif

passivepasif

negativenegatif

iii. Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang ditukar menjadi z. Contohnya:LamaBaharu

xeromorphxeromorf

xenonxenon

xanthatexantat

Sistem Keselarasan Huruf VokalSistem Keselarasan Huruf Vokal bererti sistem atau aturan mengikut kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal ini mengikut syarat yang berikut:i. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar.ii. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir.

Pola Keselarasan Huruf VokalDalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu, terdapat sebanyak 18 pola keselarasan huruf vokal seperti yang berikut:Pola Keselarasan Vokal

Suku kata praakhirSuku kata akhir tertutupContoh pemakaian

1. aaasap,darah,sarang, dalang

2. aiapi,kalis,manis,masin

3. auayu,kayu.ladu,baldu

4. pepetamak,bban,ktam,tmbelang

5. pepetilmbik,bras,ptik,crdik

6. pepetulmbut,blut,tnuk,mrbuk

7. e talingaerat,merah,esa,becak,lepak

8. e talinge talingnenek,cetek,seret,cerek

9. e talingoekor,benjol,cedok,centong

10. iaikan,ikat,tikam,kisar,cerita

11. iiitik,mirip,jirim,sendiri

12. iusiul,bisul,liut,siput

13. oaotak,bola,roda,pola

14. oe talingkoleh,toreh,lokek,molek

15. oosotong,lontong, sorong,obor

16. uapukat,ulat,sulam,kuda,uda

17. uiubi,budi,curi,sumbing,tulip

18. uuukur,busut,kutu,duku,cucu

Pola Kekecualian kepada Keselarasan Huruf Vokal

Selain pola-pola keselarasan huruf vokal tersebut, Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu juga menerima beberapa pola lain sebagai kekecualian kepada pola keselarasan huruf vokal. Pola kekecualian ini digunakan untuk mengeja kata-kata pinjaman seperti kata-kata daripada bahasa Nusantara atau bahasa Inggeris.Contohnya:

Pola VokalContoh Kata BahasaNusantara

Contoh Kata BahasaInggeris

1. a e talingawet, aneh, kaget, pamer, raden

kabaret, panel

2. a ocalon, lakon, lancong,lapor, keratin, perabot

atom, kontraktor

3. pepet e talinggmbleng

4. pepet ojmpol, bndokgabnor, intrkom

5. i e talingimlekparlimen, simen, tiket

6. i oijon, pilondiftong, transistor

7. u e talingtuln, ulatsubjek, dokumen

8. u obunglon, buronkupon, konduktor, lelucon

9. a pepetpakmteatr

10. e taling ihipotesis, objektif

11. e taling upetroleum, spektrum

12. pepet pepetdmdem, ppt

13. i pepetisngfilm, artikl, partikl

14. o ihipokrit, fosil

15. o ubonus, forum

16. u pepetlumrskutr

Penyesuaian Huruf Ejaan Kata PinjamanEjaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikut ejaan bahasa Melayu. Berikut diberikan contoh-contoh perkataan bahasa Inggeris dan bahasa asing yang disesuaikan ejaannya mengikut ejaan bahasa Melayu:Bahasa Inggeris(BI)

Bahasa Melayu(BM)

Perubahan huruf

BIBM

1. abstractplate

abstrakplat

aa

2. aerialaerpgraph

aerialaerograf

aeae

3. aestheticshaematite

estetikhematit

aee

4. ailerontrailer

ailerontrailer

aiai

5. automaticauditorium

automatikauditorium

auau

6. barbecuelobby

barbekulobi

b, bbb

7. cylindercent

silindersen

cs

8. carbonclassic

karbonklasik

c, cck

9. accentvaccin

aksenvaksin

ccks

10. machineachelin

mesineselin

chs

11. techniquecholera

teknikkolera

ch, chhk

12. dividenddividend, ddd

13. effectivesystem

efektifsistem

ee

14. bearingidealist

bearingidealis

eaea

15. beakergrease

bikargris

eai

16. beerjamboree

birjambori

eei

17. proteinatheist

proteinateis

eiei

18. geometrystereo

geometristereo

eoeo

19. petroleumeuropium

petroleumeuropium

eueu

20. factortraffic

faktortrafik

f,fff

21. geologyaggressive

geologiagresif

g,ggg

22. harmonyhotel

harmonihotel

hh

23. identitytextile

identitytekstil

ii

24. taxiexpress

teksiekspres

xks

25. xenonxenonxx

26. dynastydinastiyi

27. royaltyyankee

royaltiyangki

yy

28. zodiaczodiakz, zzz

Bentuk Ejaan TampakSistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu berlandaskan bentuk tampak atau bentuk visual. Maksudnya ejaan bagi perkataan asing yang dipinjam daripada bahasa asing itu dieja mengikut bentuk tampak, iaitu hampir sama dengan ejaan (dalam bahasa asalnya). Contohnya:B a h a s a I n g g e r i s

B a h a s a M e l a y u

atomJadiatomBukanatum

blokblokbelok

bonusbonusbonos

carbonkarbonkaban

cartoonkartunkatun

Kekecualian bagi Ejaan yang Sudah LamaSistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu membenarkan beberapa kekecualian daripada peraturan yang ditetapkan. Kekecualian ini diberikan kepada perkataan Inggeris atau asing yang sudah lama digunakan dalam bahasa Melayu, iaitu perkataan yang sudah sebati pemakaiannya dalam bahasa Melayu. Contohnya:

B a h a s a I n g g e r i sB a h a s a M e l a y u

classJadikelasBukanklas

clubkelabklab

costumkastamkusom

driverdrebardriver,driber

planpelanplan

KESIMPULAN

Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu.

Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, misalnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh berdasarkan agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian itu pula boleh diuji kebenarannya.

RUJUKAN

1. Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise.2. Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City Reprographic Services.3. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan fonologi siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional.4. Jones, D. (1958). An outline of English phonetics. London: Heffer.5. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.6. Abdullah Hassan (1993). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.7. Alias Mohammad Yatim (1992). Fonetik dan fonologi suatu tinjauan. Kulim: Penerbit Sarlis.8. Arbak Othman (1983). Permulaan ilmu linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.9. Harimurti Kridalaksana (1983). Kamus linguistik. Jakarta: Penerbit P.T. Gramedia Jakarta.10. Marsono (1986). Fonetik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.