Bml 3063 Tugasan Sintaksis

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    1/39

    1

    BML 3063SINTAKSIS BAHASA MELAYU

    GROUP: UPSI 02

    JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU

    PENSYARAH : PROF DR SANAT BIN MD NASIR

    TUGASAN : ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU

    NAMA:

    ROZIHAN BT ISMAIL FATHI

    650403045014

    NO. MATRIK:

    D20111049501

    TARIKH HANTAR : 16 NOVEMBER 2013

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    2/39

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    3/39

    3

    TAJUK : JENIS BINAAN DAN PERATUSAN AYAT TUNGGAL DAN AYAT

    MAJMUK

    1.0 PENDAHULUAN

    Tugasan kali ini adalah merujuk kepada kajian dan analisis binaan ayat yang terdapat dalam

    artikel yang diterbitkan pada bulan September tahun 2013. Untuk tugasan ini saya telah

    memilih artikel berbentuk cerpen yang bertajuk Anatomi Sekeping Hati IV yangditulis

    oleh Rebecca Ilham.. Artikel ini telah diterbitkan di Utusan on Line pada 6 Oktober 2013.

    Saya memilih artikel ini kerana terdapat beberapa jenis ayat di dalam cerpen ini yang saya

    boleh analisa.

    2.0 TUJUAN

    i. Menganalisis jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk.

    ii. Membuat perbandingan antara ayat tunggal dengan ayat majmuk dan subjenis

    masing-masing

    3.0 BIDANG

    Kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis iaitu jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk

    dan subjenis masing masing.

    4.0 BAHAN

    Bahan ini diambil daripada Utusan Online, ARKIB : 06 OKTOBER 2013 dengan tajuk

    Anatomi Sekeping Hati IV. Hasil nukilan Rebecca Ilham

    Alamat artikel penuh : http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131006/sa_01/Anatomi-

    Sekeping-Hati-IV#ixzz2hzftsFy4

    Utusan Melayu (M) Bhd

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    4/39

    4

    5.0 KAEDAH

    Ayat dianalisis sepenuhnya dapat dilihat di lampiran 1. Analisis yang dibuat melibatkan tiga

    jadual iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Ayat Tunggal dan Jadual Ayat

    Majmuk. Perincian jenis dan subjenis serta peratusan masing-masing dilakukan.

    6.0 KONSEP

    6.1 Sintaksis

    Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat, bagaimana sesuatu

    ayat dibina secara berstruktur. Sesuatu ayat terbina daripada rentetan kata yang digabungkan

    dan disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa. Hal ini bermakna, sintaksis dapat juga

    diertikan sebagai bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk

    membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Sintaksis dapatlah diertikan sebagai menempatkan

    kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Sintaksis merupakan

    istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi

    unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

    6.2 Ayat

    Ayat ialah unit pengucapan yang paling tingga letaknya dalam susunan tatabahasa dan

    mengandungi makna yang lengkap. Ciri-ciri ayat kebiasannya didahului dan diakhiri dengan

    kesenyapan.

    6.3 Ayat dasar

    Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk daripada unsur-

    unsur utama yang wajib, iaitu yang tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya.

    Dengan demikian, ayat dasar ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa

    subjek atau frasa predikat . Ini bermakna ayat dasar berfungsi untuk menerbitkan ayat-ayat

    lain, maka binaan ayat dasar paling ringkas. Konsituen subjek dan predikatnya diisi oleh frasa

    inti, dengan erti kata tidak disertai penerang (bagi frasa nama), tidak disertai pelengkap ( bagi

    frasa adjektif dan bagi frasa kerja yang terbentuk daripada kata kerja intransitif).

    Contoh ayat dasar

    1. Anuar berdiri.

    2. Anuar berdiri di batas.

    Ayat 1 lebih dasar berbanding ayat 2 kerana wujud tanpa unsur tambahan.

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    5/39

    5

    Contoh ayat dasar.

    1. Nora belajar.

    2. Salmah pelajar universiti.

    3. Adik sedang tidur.

    4. Perempuan itu jahat.

    5. Ibu ke pasar.

    6.4 Ayat tunggal

    Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat

    tunggal mengandungi satu klausa. Berikut ialah contoh ayat tunggal.

    1. Adik membaca buku.

    2. Ibu saya seorang guru.

    Ayat tunggal mengandungi satu subjek dan satu predikat. Subjek ialah bahagian yang

    diterangkan manakala predikat ialah bahagian yang menerangkan. Binaan ayat tunggal

    menyamai ayat dasar. Kebanyakkan ayat tunggal terdiri daripada ayat penyata.

    Contoh ayat tunggal

    1. Amir ialah seorang guru.

    2. Buah rambutan sangat sedap.

    3. Gadis itu sangat cerdik.

    4. Rumahnya sangat besar.

    6.5 Ayat majmuk

    Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua klausa atau lebih yang saling

    berhubungan. Ayat majmuk terbina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan

    percantuman ayat-ayat disusun mengikut cara-cara tertentu sehingga menjadikannya ayat

    yang baharu.Salah satu penanda ayat majmuk ialah kehadiran kata hubung kerana klausa-

    klausa itu dihubungkan dengan kata hubung pada awal salah satu klausa.

    Ayat majmuk yang di dalamnya terdapat penggunaan kata hubung disebut konstruksi

    hipotaksis, sedangkan yang tidak menggunakan kata hubung disebut konstruksi parataksis.

    Ayat majmuk terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

    1. Ayat Majmuk Gabungan

    2. Ayat Majmuk Pancangan

    3. Ayat Majmuk Campuran

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    6/39

    6

    Ayat Majmuk Gabungan terbahagi kepada 2 iaitu :

    1. Ayat Majmuk Gabungan Berurutan

    2. Ayat Majmuk Gabungan Pertentangan

    Ayat Majmuk Pancangan pula terbahagi kepada 3 iaitu :

    1. Ayat Majmuk Pancangan Relatif

    2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

    3. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

    Ayat Majmuk Gabungan

    Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih klausa bebas yang

    dijadikan satu. Hal ini bermakna bahawa ayat majmuk gabungan adalah ayat majmuk hasil

    daripada penggabungan dua klausa atau lebih, sehingga ayat yang baharu itu mengandungi

    dua klausa atau lebih. Selain itu , dua klausa atau lebih itu masing-masing mempunyai

    kedudukan yang setara dan klausa yang satu lagi bukan merupakan bahagian daripada klausa

    lain, atau tidak menduduki fungsi tertentu bagi klausa yang lain.

    Kabiasaanya ayat majmuk gabungan dapat dikenalpasti dengan kehadiran kata hubung

    seperti dan, atau, tetapi, ataupun, lagi, serta, lalu, maka, namun, kemudian, kecuali, tetapi,

    sedangkan, sambil, seraya, melainkan, padahal, bahkan, sebaliknya, malah, lantas, justeru dan

    sebagainya.

    Contoh Ayat Majmuk Gabungan:

    1. Mereka melompat-lompat sambil menjerit dengan kuat.

    2. Dia bercakap dengan kuat sambil menepuk-nepuk dadanya.

    3. Ali berdiri sambil memerhatikan gerak-geri mereka.

    4. Anis terus bercakap tetapi Salmah hanya diam sahaja.

    Ayat majmuk pancangan

    Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau

    beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan atau menjadi sebahagian daripada ayat induk

    .Ayat pancangan terjadi daripada dua ayat bentuk klausa atau frasa pada ayat tunggal yang

    satu lagi. Ayat jenis ini mengandungi klausa-klausa yang tidak setara dan salah satu daripada

    klausa dalam ayat majmuk pancangan itu merupakan klausa tak bebas. Oleh sebab itu, ayat

    majmuk pancangan ini di sebut sebagai ayat majmuk bertingkat . Contohnya :

    1. Pak Mat mengunjungi rumah kami ketika kami pulang ke kampung.

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    7/39

    7

    2. Kamariah menyatakan bahawa Hafizah sudah pulang.

    Ayat Majmuk Pancangan Relatif

    Ayat majmuk pancangan relatif ditandai dengan kata yang`. Dari segi makna, kata `yang`

    menerangkan salah satu unsur yang terdapat dalam klausa bebas. Contohnya :

    1. Ani terpaksa menjawab soalan yang jumlahnya amat banyak.

    2. Salmah yang anaknya sedang tidur itu sedang bercakap-cakap dengan jirannya.

    3. Lelaki yang memukul adik saya datang meminta maaf.

    4. Yang paling menggembirakan ialah dia sudah berkahwin..

    Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

    Ayat majmuk pancangan komplemen ditandai oleh kata hubung bahawa, untuk, agar dan

    supaya. Ayat majmuk komplemen merupakan bahagian dalam binaan ayat majmuk yang

    berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. Contoh ayat :

    1. Saya tahu bahawa nenek sedang sakit.

    2. Ismail bertekad untuk pulang ke kampung.

    3. Pekerja menuntut agar gaji mereka dinaikkan.

    4. Kerajaan berharap supaya rakyat bersatu padu.

    Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

    Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu

    atau lebih ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kapada predikat. Ayat ketengan

    berfungsi memberikan huraian lanjut atau mempertegas makna kata kerja ayat induk. Contoh

    ayat :

    1. Aiman datang walaupun dia sakit.

    2.

    Mastura masih tidur ketika Salim pergi ke Bandar.3. Mereka bertemu semula setelah lima tahun berpisah.

    4. Dia tidak menghadiri majlis itu walaupun kelapangan.

    Ayat Majmuk Campuran

    Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu

    ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-

    bagai jenis ayat majmuk. Ayat majmuk campuran merupakan ayat yang biasanya panjang

    kerana di dalamnya terkandung beberapa jenis ayat. Contoh ayat :

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    8/39

    8

    1. Orang tua itu segera dibawa ke rumah sakit kerana dia menghidap penyakit yang

    disebabkan oleh makanan beracun.

    Anis meminta pertolongan daripada Muaz tetapi Muaz tidak dapat menolongnya kerana Muaz

    sibuk ketika itu.

    7.0 ANALISIS

    Analisis sepenuhnya terdapat dalam lampiran 1. Daripada analisis tersebut didapati ayat

    majmuk berjumlah 45(60%) berbanding dengan ayat tunggal 30(40%). Ini jelas menunjukkan

    Artikel yang dikaji 60% atau 45 daripada 75 ayat dalam artikel ialah ayat majmuk. Daripada

    analisis juga didapati terdapat 11 ayat majmuk gabungan, 7 ayat majmuk pancangan relatif, 1

    ayat majmuk pancangan komplemen, 14 ayat majmuk pancangan keterangan dan 12 ayat

    majmuk campuran. Berikut ialah pecahan ayat majmuk yang terdapat dalam artikel yang

    dikaji.

    Ayat Majmuk Gabungan

    1. Dia mencapai cawan putih laluditadah ke bawah mesin espresso.

    2. Najwa menyisip piring, lantasmenyua cawan ke birai kaunter..

    3. Buku-buku peribadinya, dandedar nan reda kembali menggoncang rongga dada.

    4. Darah dari jaringan pembuluh tidak sempat tiba di dada, lantas mengirim longlai ke

    seluruh tubuh.

    5. Tangan ligat menuang susu segar ke dalam jag keluli lalu disuguh wap panas.

    6. Matanya kemas di muka wijil,sambilbenak berputar mencongak-congak.

    7. Terlalu cair, pahit danmasam.

    8. Dia memaksa diri menghabiskan tetapibelum sampai tegukan terakhir, pengumuman

    genting bergema melalui system siaraya jabatan kardiologi.

    9. Dia menarik kerusi lantasmenghenyak duduk.

    10. Hujan rintik-rintik tetapidia sengaja tidak mahu mengambil ruang di bawah teduhan.

    11.Matahari terik , menggigit danangin kering tidak kunjung hadir.

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    9/39

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    10/39

    10

    6. Dia mencapai paket gula di sudut kabinet, hamper mengoyaknya namun sempat

    menukar fikiran.

    7. Seluruh tubuhnya berkeringat, namun dia tidak sanggup berlama-lama didakap

    hawa sederhana di tempat bertugas itu.

    8. Suhu tubuhnya sudah turun, namunpedih di dalam dadanya tidak juga berkurang.

    9. Najwa menghela nafas, cuba mengawal namunjantung bergoncang terlalu hebat.

    10.Justeru, tatkala dia terduduk pada qiyam rakaat kedua solat tadi pagi dia tahu, dia

    terpaksa menghadap pakar pemegang portfolio rawatan di hospital terlebih dahulu.

    11.Seingatnya ketika dia melangkah rusuh daripada bangunan hospital tadi.langir

    belum berawan.

    12.Biar dia bergaul dengankhalayak.

    13.Telinga menangkap geselan rel denganroda besi trem.

    14.Suhu tubuhnya sudah turun, namunpedih di dalam dadanya tidak juga berkurang.

    Ayat Majmuk Campuran

    1. Pesakit itu, jejaka cilik empat tahun usia yang keletah dan petah asal sahaja

    nafasnya tidak lekas mengah, tenat sepanjang malam.

    2. Adrian ripuh; berjaga, berjaga-jaga menstabilkan keributan degupan jantung

    yangbaru ditampal tiga lubang seni di ventrikel kiri, juga menenangkan ibu danbapa, pasangan muda yangdahulunya teruja menyambut kelahiran anak pertama,

    kini lebih letih daripada sedih.

    3. Najwa menyatakan bahawa segera meminum air itu dan mengingatkan agar

    minuman itu tidak dibubuh gula.

    4. Semenjakbekerja di kafe kecil itu dengan sukarela dia mengambil tugas sebagai

    kurator tidak rasmi.

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    11/39

    11

    5. Dia telah lama menunggu, beberapa bulan setia di balik kaunter di kafe kecil,

    dengandedaryangtidak pernah meninggalkan dada.

    6. Hatinya kuat mengatakan lelaki itu, pelanggan yang ditunggu-tunggu akan

    berkunjung hari ini, sebagaimana dia mengerapi kafe ini hampir setiap hari sejak

    dua minggu yang lalu.

    7. Buku itu bukanlah genre kelazimannya, namun entah mengapa , entah apa yang

    mendorongnya membeli, membawa pulang sebelum menyisipnya ke rak di

    penjuru kafe.

    8.

    Sepatutnya dia masuk awal pagi, tetapidada bergoncang hebat ketikadia tersedarsebelum fajar; dedarnya merebaksehinggapijar,pedih seluruh.

    9. Kedua belah tangan mencepung gelas kertas direhatkan di birai meja yang

    mendominasi sebahagian pantri khusus untuk kegunaan para petugas jabatan

    pembedahan jantung itu.

    10.Sisa kopi hitam ditenung, bagai menagih sesuatu yang memantulkan semula

    wajahnya itu.

    11.Tidak cukup dengan analisa senyap di dalam benak peribadi, dia mengulang

    semuanya di hadapan ketua jabatan , bersaksikan dua jururawat dan doktor

    bertugasyangturut membantu.

    12.Habayangmengalir dari dalam pasca pertemuan empat mata denganketua jabatan

    itu perlu diredakan ,jika puntidak mampu dipadam.

    Dari segi perincian jenis ayat majmuk di dapati penulis lebih banyak menggunakan ayat

    majmuk pancangan keterangan iaitu sebanyak 14 ayat atau 31%, manakala ayat majmuk

    campuran adalah sebanyak 12 ayat atau 27%, ayat majmuk gabungan sebanyak 11 ayat atau

    24%, ayat majmuk pancangan relatif 7 ayat atau 16% dan ayat majmuk pancangan

    komplemen 1 sahaja atau 2%.Berikut adalah pecahan penggunaan jenis ayat majmuk dalam

    bentuk carta pai.

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    12/39

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    13/39

    13

    5. Lokasi itu kegemaran Najwa jua.

    6. Mata Najwa mengekori jari-jemari lelaki pelanggan baru mengaitkan kuras sebuah

    buku tipis.

    7. Buku itu ditemui di pasar buku, hujung minggu lalu.

    8. Najwa memanjangkan leher dari balik kaunter.

    9. Memang dia lewat hari ini.

    10.Adrian menuang kopi panas ke dalam gelas kertas.

    11.Kopi panas diteguk tanpa perisa tambahan.

    12.Kod biru.

    13.Adrian tidak jadi melangsaikan tegukan kopi pahit-masam.

    14.Adrian berhenti menggulir gelas kertas.

    15.Dia telah muak-jelak mengingati semula kegetiran di unit rawatan rapi.

    16.Trem datang.

    17.Khalayak turun.

    18.Maka dia berjalan tanpa arah khusus, bermula dari daerah kecil, medical precinct,

    menuju ke selatan.

    19.Adrian pegun di sisi teduhan tempat menunggu.

    20. Ke pusat bandar.

    21. Biar terpencar marahnya.

    22.Biar lega sakit hatinya

    23.Adrian memejam mata.

    24.Titis-titis hujan serasa menghunjam pelupuk mata.

    25.Pelanggan baru tergamam

    26.Anak mata mereka berlaga.

    27.Hijau-biru, dingin-dalam anak mata lelaki itu.

    28.Najwa terduduk.

    29.Dia mengerling jam besar di dinding kafe.

    30.Masih berbaki dua jam sebelum dos ubat seterusnya.

    PENUTUP

    Tugasan ini hanya mempunyai dua tujuan, iaitu menganalisis dan membuat perbandingan.

    Didapati kebanyakan ayat ialah ayat majmuk pancangan keterangan. Terdapat juga ayat

    majmuk jenis gabungan, ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk campuran dan ayatmajmuk komplemen.

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    14/39

    14

    RUJUKAN

    Abdul Hamid Mahmood (2012) . Gunakan Bahasa Melayu Yang Betul. Kuala Lumpur. Aslita

    Sdn. Bhd.

    Abdul Hamid Mahmood (2012).Menguasai Bahasa Melayu Tinggi. Kuala Lumpur.Percetakandn. Bhd.

    Ahmad Khair Mohd Nor ( 2008).Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.Utusan

    Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Mohd Rashid Md Idris ( 2007 ). Monograf Bahasa Melayu.Kuala Lumpur.ACH

    Comunication Sdn. Bhd.

    Mahzan Arshad (2008).Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan

    Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Nik Safiah Karim et al (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Kuala Lumpur. Dewan

    Bahasa dan Pustaka

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    15/39

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    16/39

    16

    13. Baru tak berapa jam lalu alat keluinya digegarkan kod

    biru juga. 1 0

    14. Satu-satunya pesakit di bawah pengawasannya masih di

    unit rawatan rapi meski sudah seminggu menjalani

    pembedahan sukar.

    0 1

    15. Pesakit itu, jejaka cilik empat tahun usia yang keletah

    dan petah asal sahaja nafasnya tidak lekas mengah, tenat

    sepanjang malam.

    0 1

    16. Adrian ripuh; berjaga, berjaga-jaga - menstabilkan

    keributan degupan jantung yang baru ditampal tiga

    lubang seni di ventrikel kiri, juga menenangkan ibu dan

    bapa, pasangan muda yang dahulunya teruja menyambut

    kelahiran anak pertama, kini lebih letih daripada sedih.

    0 1

    17. Najwa menyatakan bahawa dia ingin menengok tangan

    itu. 0 1

    18. Najwa menyatakan bahawa segera meminum air itu dan

    mengingatkan agarminuman itu tidak dibubuh gula. 0 1

    19 Pelanggan baru bagaikan terpantak daripada anganan

    panjang. 0 1

    20. Mata yang tadinya terpersil, tertancap penuh pada barista. 0 1

    21. Najwa senyum lagi, menggesa tanpa suara. 1 0

    22. Dia tahu, dia tahu semua kegusaran itu. 1 0

    23. Dia telah lama menunggu, beberapa bulan setia di balik

    kaunter di kafe kecil, dengan dedar yang tidak pernah

    meninggalkan dada.

    0 1

    24. Matanya tidak melepaskan tampang pelanggan baru,

    lelaki lampai yang pernah hadir dalam bayangan cuma. 0 1

    25. Lelaki itu memilih meja bulat di penjuru kafe, paling

    dekat dengan rak buku. 0 1

    26. Lokasi itu kegemaran Najwa jua. 1 0

    27. Kebanggaannya, malahan. 1 0

    28. Hatinya kuat mengatakan lelaki itu, pelanggan yang

    ditunggu-tunggu akan berkunjung hari ini, sebagaimana

    dia mengerapi kafe ini hampir setiap hari sejak dua

    minggu lalu.

    0 1

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    17/39

    17

    29. Semenjak bekerja di kafe kecil itu, dengan sukarela dia

    mengambil tugas sebagai kurator tidak rasmi. 0 1

    30. Meski seleksi bahan bacaan sengaja tidak diperbanyak,

    dia cuba mempelbagaikan. 0 1

    31. Buku-buku peribadinya, dan - dedar nan reda kembali

    menggoncang rongga dada. 0 1

    32. Mata Najwa mengekori jari jemari lelaki pelanggan baru

    mengait kuras sebuah buku tipis. 0 1

    33. Buku itu ditemuinya di pasar buku hujung minggu lalu. 1 0

    34. Buku itu bukanlah genre kelazimannya, namun entah

    mengapa, entah apa yang mendorongnya membeli,

    membawa pulang sebelum menyisipnya ke rak di penjurukafe.

    0 1

    35. Najwa menghela nafas, cuba mengawal namun jantung

    bergoncang terlalu hebat. 0 1

    36. Darah dari jaringan pembuluh tidak sempat tiba di dada,

    lantas mengirim longlai ke seluruh tubuh. 0 1

    37. Najwa terduduk. 1 0

    38. Dia mengerling jam besar di dinding kafe. 1 0

    39. Masih berbaki dua jam sebelum dos ubat seterusnya.

    1 0

    40. Najwa memanjang leher dari balik kaunter. 1 0

    41. Tangan ligat menuang susu segar ke dalam jag keluli lalu

    disuguh wap panas. 0 1

    42. Matanya kemas di muka wijil, sambil benak berputar

    mencongak-congak. 0 1

    43. Memang dia lewat hari ini. 1 0

    44. Sepatutnya dia masuk awal pagi, tetapi dada bergoncang

    hebat ketika dia tersedar sebelum fajar; dedarnya merebak

    sehingga pijar, pedih seluruh.

    0 1

    45. Justeru, tatkala dia terduduk pada qiyam rakaat kedua

    solat tadi pagi dia tahu, dia terpaksa menghadap pakar

    pemegang portfolio rawatan di hospital terlebih dahulu.

    0 1

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    18/39

    18

    46. Adrian menuang kopi panas ke dalam gelas kertas. 1 0

    47. Dia mencapai paket gula di sudut kabinet, hampir

    mengoyaknya namun sempat menukar fikiran. 0 1

    48. Kopi panas diteguk tanpa perisa tambahan. 1 0

    49. Terlalu cair, pahit dan masam. 1 0

    50. Dia memaksa diri menghabiskan tetapi belum sampai

    tegukan terakhir, pengumuman genting bergema melalui

    sistem siaraya jabatan kardiologi.

    0 1

    51. Kod biru. 1 0

    52. Adrian tidak jadi melangsaikan tegukan kopi pahit-

    masam. 1 0

    53. Dia menarik kerusi, lantas menghenyak duduk . 0 1

    54. Kedua belah tangan mencepung gelas kertas direhatkan di

    birai meja yang mendominasi sebahagian pantri khusus

    untuk kegunaan para petugas jabatan pembedahan

    jantung itu.

    0 1

    55. Gelas kertas yang terlalu ringan itu digulir-gulir dalam

    pegangan.

    0 1

    56. Adrian berhenti menggulir gelas kertas. 1 0

    57. Sisa kopi hitam ditenung, bagai menagih sesuatu daripada

    permukaan kopi sejuk yang memantulkan semula

    wajahnya itu.

    0 1

    58. Dia telah muak-jelak mengingati semula kegetiran di unit

    rawatan rapi. 1 0

    59. Tidak cukup dengan analisis senyap di dalam benakperibadi, dia telah mengulang semuanya di hadapan ketua

    jabatan, bersaksikan dua jururawat dan doktor bertugas

    yang turut membantu.

    0 1

    60. Trem datang. 1 0

    61. Khalayak turun. 1 0

    62. Adrian pegun di sisi teduhan tempat menunggu. 1 0

    63. Hujan rintik-rintik tetapi dia sengaja tidak mahu

    mengambil ruang di bawah teduhan.

    0 1

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    19/39

    19

    64. Seingatnya ketika dia melangkah rusuh daripada

    bangunan hospital tadi, langit belum berawan. 0 1

    65. Matahari terik, menggigit dan angin kering tidak kunjung

    hadir.

    0 1

    66. Sekujur tubuhnya berkeringat namun dia tidak sanggup

    berlama-lama didakap hawa sederhana di tempat bertugas

    itu.

    0 1

    67. Haba yang mengalir dari dalam pascapertemuan empat

    mata dengan ketua jabatan itu perlu diredakan, jika pun

    tidak mampu dipadamkan.

    0 1

    68. Maka dia berjalan tanpa arah khusus, bermula dari daerah

    kecil, medical precinct, menuju ke selatan. 1 0

    69. Ke pusat bandar. 1 0

    70. Biar dia bergaul dengan khalayak. 0 1

    71. Biar terpencar marahnya. 1 0

    72. Biar lega sakit hatinya. 1 0

    73. Telinga menangkap geselan rel dengan roda besi trem. 0 1

    74. Titis-titis hujan serasa menghunjam pelupuk mata. 1 0

    75. Suhu tubuhnya sudah turun, namun pedih di dalam

    dadanya tidak juga berkurang.

    0 1

    JUMLAH AYAT AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK AT + AM

    75 30 (40%) 45(60%) 30 + 45 = 75(100%)

    JADUAL ANALISIS AYAT TUNGGAL

    BIL. SENARAI AYAT DALAM ARTIKEL

    AYAT TUNGGAL

    1 2 3 4

    1. Ketika genta kecil di atas puncak wijil kafe bergemerincing,kuakan wijil membawa sebatang susuk lampai-sasa memasuki 0 0 0 0

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    20/39

    20

    ruang.

    2. Dedar yang bertahun-tahun merajai rongga dada semacam

    terhenti sesaat.0 0 0 0

    3. Najwa berpaling dari mesin espreso yang sedang dikerjakan. 0 0 0 0

    4. Kampit biji kopi, adunan rahsia resipi khas tuan punya kafe

    yang baru dituang separuh isinya dilipat, disepit kemas,

    diketepikan.0 0 0 0

    5. Dia melempar senyum kepada pelanggan baru di sebalik

    kaunter yang masih mendongak membaca menu di papan hitam

    tanpa mempedulikan sisa titis hujan di hujung rambut yang

    perlahan-lahan membentuk tompok-tompok gelap di bahu

    kemeja.

    0 0 0 0

    6. Najwa tidak menunggu. 0 1 0 0

    7. Dia mencapai cawan putih lalu ditadah ke bawah mesin

    espreso.0 0 0 0

    8. Pati biji kopi mendap di dasar cawan segera dicampur air

    panas.0 0 0 0

    9. Najwa menyisip piring, lantas menyua cawan ke birai kaunter. 0 0 0 0

    10. Pelanggan baru tergamam. 0 1 0 0

    11. Anak mata mereka berlaga. 0 1 0 0

    12. Hijau-biru, dingin-dalam anak mata lelaki itu. 0 0 1 0

    13. Baru tak berapa jam lalu alat keluinya digegarkan kod biru

    juga.

    0 1 0 0

    14. Satu-satunya pesakit di bawah pengawasannya masih di unit

    rawatan rapi meski sudah seminggu menjalani pembedahan

    sukar.

    0 0 0 0

    15. Pesakit itu, jejaka cilik empat tahun usia yang keletah dan

    petah asal sahaja nafasnya tidak lekas mengah, tenat sepanjang

    malam.

    0 0 0 0

    16. Adrian ripuh; berjaga, berjaga-jaga - menstabilkan keributan

    degupan jantung yang baru ditampal tiga lubang seni di

    ventrikel kiri, juga menenangkan ibu dan bapa, pasangan muda

    yang dahulunya teruja menyambut kelahiran anak pertama, kini

    lebih letih daripada sedih.

    0 0 0 0

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    21/39

    21

    17. Najwa menyatakan bahawa dia ingin menengok tangan itu. 0 0 0 0

    18. Najwa menyatakan bahawa segera meminum air itu dan

    mengingatkan agarminuman itu tidak dibubuh gula.

    0 0 0 0

    19 Pelanggan baru bagaikan terpantak daripada anganan panjang. 0 0 0 0

    20. Mata yang tadinya terpersil, tertancap penuh pada barista. 0 0 0 0

    21. Najwa senyum lagi, menggesa tanpa suara. 0 1 0 0

    22. Dia tahu, dia tahu semua kegusaran itu. 0 0 1 0

    23. Dia telah lama menunggu, beberapa bulan setia di balik kaunter

    di kafe kecil, dengan dedar yang tidak pernah meninggalkan

    dada.

    0 0 0 0

    24. Matanya tidak melepaskan tampang pelanggan baru, lelaki

    lampai yang pernah hadir dalam bayangan cuma.

    0 0 0 0

    25. Lelaki itu memilih meja bulat di penjuru kafe, paling dekat

    dengan rak buku.

    0 0 0 0

    26. Lokasi itu kegemaran Najwa jua. 0 0 1 0

    27. Kebanggaannya, malahan. 0 0 1 0

    28. Hatinya kuat mengatakan lelaki itu, pelanggan yang ditunggu-

    tunggu akan berkunjung hari ini, sebagaimana dia mengerapi

    kafe ini hampir setiap hari sejak dua minggu lalu.0 0 0 0

    29. Semenjak bekerja di kafe kecil itu, dengan sukarela dia

    mengambil tugas sebagai kurator tidak rasmi.

    0 0 0 0

    30. Meski seleksi bahan bacaan sengaja tidak diperbanyak, dia

    cuba mempelbagaikan.0 0 0 0

    31. Buku-buku peribadinya, dan - dedar nan reda kembali

    menggoncang rongga dada.0 0 0 0

    32. Mata Najwa mengekori jari jemari lelaki pelanggan barumengait kuras sebuah buku tipis.

    0 0 0 0

    33. Buku itu ditemuinya di pasar buku hujung minggu lalu. 0 0 0 1

    34. Buku itu bukanlah genre kelazimannya, namun entah mengapa,

    entah apa yang mendorongnya membeli, membawa pulang

    sebelum menyisipnya ke rak di penjuru kafe.

    0 0 0 0

    35. Najwa menghela nafas, cuba mengawal namun jantung

    bergoncang terlalu hebat.0 0 0 0

    36. Darah dari jaringan pembuluh tidak sempat tiba di dada, lantas

    mengirim longlai ke seluruh tubuh.

    0 0 0 0

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    22/39

    22

    37. Najwa terduduk. 0 1 0 0

    38. Dia mengerling jam besar di dinding kafe. 0 0 0 1

    39. Masih berbaki dua jam sebelum dos ubat seterusnya. 1 0 0 0

    40. Najwa memanjang leher dari balik kaunter. 0 1 0 0

    41. Tangan ligat menuang susu segar ke dalam jag keluli lalu

    disuguh wap panas.

    0 0 0 0

    42. Matanya kemas di muka wijil, sambil benak berputar

    mencongak-congak.0 0 0 0

    43. Memang dia lewat hari ini. 0 0 1 0

    44. Sepatutnya dia masuk awal pagi, tetapi dada bergoncang hebat

    ketika dia tersedar sebelum fajar; dedarnya merebak sehingga

    pijar, pedih seluruh.

    0 0 0 0

    45. Justeru, tatkala dia terduduk pada qiyam rakaat kedua solat tadi

    pagi dia tahu, dia terpaksa menghadap pakar pemegang

    portfolio rawatan di hospital terlebih dahulu.0 0 0 0

    46. Adrian menuang kopi panas ke dalam gelas kertas. 0 0 0 1

    47. Dia mencapai paket gula di sudut kabinet, hampir

    mengoyaknya namun sempat menukar fikiran.

    0 0 0 0

    48. Kopi panas diteguk tanpa perisa tambahan. 0 1 0 049. Terlalu cair, pahit dan masam. 0 0 1 0

    50. Dia memaksa diri menghabiskan tetapi belum sampai tegukan

    terakhir, pengumuman genting bergema melalui sistem siaraya

    jabatan kardiologi.

    0 0 0 0

    51. Kod biru. 0 0 1 0

    52. Adrian tidak jadi melangsaikan tegukan kopi pahit-masam. 0 1 0 0

    53. Dia menarik kerusi, lantas menghenyak duduk . 0 0 0 054. Kedua belah tangan mencepung gelas kertas direhatkan di birai

    meja yang mendominasi sebahagian pantri khusus untuk

    kegunaan para petugas jabatan pembedahan jantung itu.0 0 0 0

    55. Gelas kertas yang terlalu ringan itu digulir-gulir dalam

    pegangan.0 0 0 0

    56. Adrian berhenti menggulir gelas kertas. 0 1 0 0

    57. Sisa kopi hitam ditenung, bagai menagih sesuatu daripadapermukaan kopi sejuk yang memantulkan semula wajahnya itu. 0 0 0 0

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    23/39

    23

    58. Dia telah muak-jelak mengingati semula kegetiran di unit

    rawatan rapi.

    0 0 0 1

    59. Tidak cukup dengan analisis senyap di dalam benak peribadi,

    dia telah mengulang semuanya di hadapan ketua jabatan,

    bersaksikan dua jururawat dan doktor bertugas yang turutmembantu.

    0 0 0 0

    60. Trem datang. 0 1 0 0

    61. Khalayak turun. 0 1 0 0

    62. Adrian pegun di sisi teduhan tempat menunggu. 0 0 0 1

    63. Hujan rintik-rintik tetapi dia sengaja tidak mahu mengambil

    ruang di bawah teduhan.

    0 0 0 0

    64. Seingatnya ketika dia melangkah rusuh daripada bangunan

    hospital tadi, langit belum berawan.0 0 0 0

    65. Matahari terik, menggigit dan angin kering tidak kunjung hadir. 0 0 0 0

    66. Sekujur tubuhnya berkeringat namun dia tidak sanggup

    berlama-lama didakap hawa sederhana di tempat bertugas itu.0 0 0 0

    67. Haba yang mengalir dari dalam pascapertemuan empat mata

    dengan ketua jabatan itu perlu diredakan, jika pun tidak mampu

    dipadamkan.

    0 0 0 0

    68. Maka dia berjalan tanpa arah khusus, bermula dari daerah kecil,

    medical precinct, menuju ke selatan.

    0 1 0 0

    69. Ke pusat bandar. 0 0 0 1

    70. Biar dia bergaul dengan khalayak.

    71. Biar terpencar marahnya. 0 1 0 0

    72. Biar lega sakit hatinya. 0 0 1 0

    73. Telinga menangkap geselan rel dengan roda besi trem. 0 0 0 0

    74. Titis-titis hujan serasa menghunjam pelupuk mata. 0 1 0 0

    75. Suhu tubuhnya sudah turun, namun pedih di dalam dadanya

    tidak juga berkurang.

    0 0 0 0

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    24/39

    24

    AYAT TUNGGAL(AT)

    AT 1: FN + FN = 1 ( 3.3%)

    2: FN + FK = 14 (46.7%)

    3: FN + FA = 9 (30%)

    4: FN + FS = 6 (20%)

    Jumlah Jenis Pembinaan AT : 30 (100%)

    JADUAL ANALISIS AYAT MAJMUK

    AM=Ayat Majmuk

    AM1= Ayat MajmukGabungan

    AM2= Ayat Majmuk Pancangan

    AM2.1= Ayat Majmuk Pancangan Relatif

    AM2.2= Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

    AM2.3= Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

    AM3= Ayat Majmuk Campuran

    BIL SENARAI AYAT DALAM ARTIKEL

    AYAT MAJMUK

    1 2 2.1 2.2 2.3 3

    1. Ketika genta kecil di atas puncak wijil kafe

    bergemerincing, kuakan wijil membawa sebatang susuk

    lampai-sasa memasuki ruang.

    0 1 0 0 1 0

    2. Dedar yang bertahun-tahun merajai rongga dada semacam

    terhenti sesaat.

    0 1 1 0 0 0

    3. Najwa berpaling dari mesin espreso yang sedang

    dikerjakan.

    0 1 1 0 0 0

    4. Kampit biji kopi, adunan rahsia resipi khas tuan punyakafe yang baru dituang separuh isinya dilipat, disepit

    kemas, diketepikan.

    0 1 1 0 0 0

    5. Dia melempar senyum kepada pelanggan baru di sebalik

    kaunter yang masih mendongak membaca menu di papan

    hitam tanpa mempedulikan sisa titis hujan di hujung

    rambut yang perlahan-lahan membentuk tompok-tompok

    gelap di bahu kemeja.

    0 1 1 0 0 0

    6. Najwa tidak menunggu. 0 0 0 0 0 0

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    25/39

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    26/39

    26

    23. Dia telah lama menunggu, beberapa bulan setia di balik

    kaunter di kafe kecil, dengan dedar yang tidak pernah

    meninggalkan dada.

    0 0 0 0 0 1

    24. Matanya tidak melepaskan tampang pelanggan baru, lelaki

    lampai yang pernah hadir dalam bayangan cuma.

    0 1 1 0 0 0

    25. Lelaki itu memilih meja bulat di penjuru kafe, paling dekat

    dengan rak buku.

    0 1 0 0 1 0

    26. Lokasi itu kegemaran Najwa jua. 0 0 0 0 0 0

    27. Kebanggaannya, malahan. 0 0 0 0 0 0

    28. Hatinya kuat mengatakan lelaki itu, pelanggan yang

    ditunggu-tunggu akan berkunjung hari ini, sebagaimana

    dia mengerapi kafe ini hampir setiap hari sejak duaminggu lalu.

    0 0 0 0 0 1

    29. Semenjak bekerja di kafe kecil itu, dengan sukarela dia

    mengambil tugas sebagai kurator tidak rasmi.

    0 1 0 0 1 0

    30. Meski seleksi bahan bacaan sengaja tidak diperbanyak, dia

    cuba mempelbagaikan.

    0 1 0 0 1 0

    31. Buku-buku peribadinya, dan - dedar nan reda kembali

    menggoncang rongga dada.

    1 0 0 0 0 0

    32. Mata Najwa mengekori jari jemari lelaki pelanggan baru

    mengait kuras sebuah buku tipis.

    0 0 0 0 0 0

    33. Buku itu ditemuinya di pasar buku hujung minggu lalu. 0 0 0 0 0 0

    34. Buku itu bukanlah genre kelazimannya, namun entah

    mengapa, entah apa yang mendorongnya membeli,

    membawa pulang sebelum menyisipnya ke rak di penjuru

    kafe.

    0 0 0 0 0 1

    35. Najwa menghela nafas, cuba mengawal namun jantungbergoncang terlalu hebat.

    0 1 0 0 1 0

    36. Darah dari jaringan pembuluh tidak sempat tiba di dada,

    lantas mengirim longlai ke seluruh tubuh.

    1 0 0 0 0 0

    37. Najwa terduduk. 0 0 0 0 0 0

    38. Dia mengerling jam besar di dinding kafe. 0 0 0 0 0 0

    39. Masih berbaki dua jam sebelum dos ubat seterusnya. 0 0 0 0 0 0

    40. Najwa memanjang leher dari balik kaunter. 0 0 0 0 0 0

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    27/39

    27

    41. Tangan ligat menuang susu segar ke dalam jag keluli lalu

    disuguh wap panas.

    1 0 0 0 0 0

    42. Matanya kemas di muka wijil, sambil benak berputar

    mencongak-congak.

    1 0 0 0 0 0

    43. Memang dia lewat hari ini. 0 0 0 0 0 0

    44. Sepatutnya dia masuk awal pagi, tetapi dada bergoncang

    hebat ketika dia tersedar sebelum fajar; dedarnya merebak

    sehingga pijar, pedih seluruh.

    0 0 0 0 0 1

    45. Justeru, tatkala dia terduduk pada qiyam rakaat kedua

    solat tadi pagi dia tahu, dia terpaksa menghadap pakar

    pemegang portfolio rawatan di hospital terlebih dahulu.

    0 1 0 0 1 0

    46. Adrian menuang kopi panas ke dalam gelas kertas. 0 0 0 0 0 0

    47. Dia mencapai paket gula di sudut kabinet, hampir

    mengoyaknya namun sempat menukar fikiran.

    0 1 0 0 1 0

    48. Kopi panas diteguk tanpa perisa tambahan. 0 0 0 0 0 0

    49. Terlalu cair, pahit dan masam. 0 0 0 0 0 0

    50. Dia memaksa diri menghabiskan tetapi belum sampai

    tegukan terakhir, pengumuman genting bergema melaluisistem siaraya jabatan kardiologi. 1 0 0 0 0 0

    51. Kod biru. 0 0 0 0 0 0

    52. Adrian tidak jadi melangsaikan tegukan kopi pahit-

    masam.

    0 0 0 0 0 0

    53. Dia menarik kerusi, lantas menghenyak duduk . 1 0 0 0 0 0

    54. Kedua belah tangan mencepung gelas kertas direhatkan di

    birai meja yang mendominasi sebahagian pantri khususuntuk kegunaan para petugas jabatan pembedahan jantung

    itu.

    0 0 0 0 0 1

    55. Gelas kertas yang terlalu ringan itu digulir-gulir dalam

    pegangan.

    0 1 1 0 0 0

    56. Adrian berhenti menggulir gelas kertas. 0 0 0 0 0 0

    57. Sisa kopi hitam ditenung, bagai menagih sesuatu daripada

    permukaan kopi sejuk yang memantulkan semula

    wajahnya itu.

    0 0 0 0 0 0

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    28/39

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    29/39

    29

    BIL JENIS AYAT BILANGAN PERATUS

    1 Ayat Majmuk Gabungan 11 24%

    2 Ayat Majmuk Pancangan 0 0%

    3 1.1Ayat Majmuk Pancangan

    Relatif

    5 16%

    1.2Ayat Majmuk Pancangan

    Komplemen.

    1 2%

    1.3Ayat Majmuk Pancangan

    Keterangan 14 31%

    4 Ayat Majmuk Campuran 12 27%

    JUMLAH 45 100 %

    JADUAL ANALISIS JENIS AYAT

    JA = Jenis Ayat.

    JA1 = Jenis Ayat Penyata

    JA2 = Jenis Ayat Tanya

    JA3 = Jenis Ayat PerintahJA4 = Jenis Ayat Seruan

    BIL SENARAI AYAT

    JENIS AYAT

    1 2 3 4

    1. Ketika genta kecil di atas puncak wijil kafe bergemerincing,

    kuakan wijil membawa sebatang susuk lampai-sasa memasuki

    ruang.

    1 0 0 0

    2. Dedar yang bertahun-tahun merajai rongga dada semacam

    terhenti sesaat.

    1 0 0 0

    3. Najwa berpaling dari mesin espreso yang sedang dikerjakan. 1 0 0 0

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    30/39

    30

    4. Kampit biji kopi, adunan rahsia resipi khas tuan punya kafe yang

    baru dituang separuh isinya dilipat, disepit kemas, diketepikan.

    1 0 0 0

    5. Dia melempar senyum kepada pelanggan baru di sebalik kaunter

    yang masih mendongak membaca menu di papan hitam tanpamempedulikan sisa titis hujan di hujung rambut yang perlahan-

    lahan membentuk tompok-tompok gelap di bahu kemeja.

    1 0 0 0

    6. Najwa tidak menunggu. 1 0 0 0

    7. Dia mencapai cawan putih lalu ditadah ke bawah mesin espreso. 1 0 0 0

    8. Pati biji kopi mendap di dasar cawan segera dicampur air panas. 1 0 0 0

    9. Najwa menyisip piring, lantas menyua cawan ke birai kaunter. 1 0 0 0

    10. Pelanggan baru tergamam. 1 0 0 0

    11. Anak mata mereka berlaga. 1 0 0 0

    12. Hijau-biru, dingin-dalam anak mata lelaki itu. 1 0 0 0

    13. Baru tak berapa jam lalu alat keluinya digegarkan kod biru juga. 1 0 0 0

    14. Satu-satunya pesakit di bawah pengawasannya masih di unit

    rawatan rapi meski sudah seminggu menjalani pembedahan sukar.

    1 0 0 0

    15. Pesakit itu, jejaka cilik empat tahun usia yang keletah dan petah

    asal sahaja nafasnya tidak lekas mengah, tenat sepanjang malam.

    1 0 0 0

    16. Adrian ripuh; berjaga, berjaga-jaga - menstabilkan keributan

    degupan jantung yang baru ditampal tiga lubang seni di ventrikel

    kiri, juga menenangkan ibu dan bapa, pasangan muda yang

    dahulunya teruja menyambut kelahiran anak pertama, kini lebihletih daripada sedih.

    1 0 0 0

    17. Najwa menyatakan bahawa dia ingin menengok tangan itu. 1 0 0 0

    18. Najwa menyatakan bahawa segera meminum air itu dan

    mengingatkan agarminuman itu tidak dibubuh gula.

    1 0 0 0

    19 Pelanggan baru bagaikan terpantak daripada anganan panjang. 1 0 0 0

    20. Mata yang tadinya terpersil, tertancap penuh pada barista. 1 0 0 0

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    31/39

    31

    21. Najwa senyum lagi, menggesa tanpa suara. 1 0 0 0

    22. Dia tahu, dia tahu semua kegusaran itu. 1 0 0 0

    23. Dia telah lama menunggu, beberapa bulan setia di balik kaunter di

    kafe kecil, dengan dedar yang tidak pernah meninggalkan dada.

    1 0 0 0

    24. Matanya tidak melepaskan tampang pelanggan baru, lelaki lampai

    yang pernah hadir dalam bayangan cuma.

    1 0 0 0

    25. Lelaki itu memilih meja bulat di penjuru kafe, paling dekat

    dengan rak buku.

    1 0 0 0

    26. Lokasi itu kegemaran Najwa jua. 1 0 0 0

    27. Kebanggaannya, malahan. 1 0 0 0

    28. Hatinya kuat mengatakan lelaki itu, pelanggan yang ditunggu-

    tunggu akan berkunjung hari ini, sebagaimana dia mengerapi kafe

    ini hampir setiap hari sejak dua minggu lalu.

    1 0 0 0

    29. Semenjak bekerja di kafe kecil itu, dengan sukarela dia

    mengambil tugas sebagai kurator tidak rasmi.

    1 0 0 0

    30. Meski seleksi bahan bacaan sengaja tidak diperbanyak, dia cuba

    mempelbagaikan.

    1 0 0 0

    31. Buku-buku peribadinya, dan - dedar nan reda kembalimenggoncang rongga dada.

    1 0 0 0

    32. Mata Najwa mengekori jari jemari lelaki pelanggan baru mengait

    kuras sebuah buku tipis.

    1 0 0 0

    33. Buku itu ditemuinya di pasar buku hujung minggu lalu. 1 0 0 0

    34. Buku itu bukanlah genre kelazimannya, namun entah mengapa,

    entah apa yang mendorongnya membeli, membawa pulang

    sebelum menyisipnya ke rak di penjuru kafe.

    1 0 0 0

    35. Najwa menghela nafas, cuba mengawal namun jantung

    bergoncang terlalu hebat.

    1 0 0 0

    36. Darah dari jaringan pembuluh tidak sempat tiba di dada, lantas

    mengirim longlai ke seluruh tubuh.

    1 0 0 0

    37. Najwa terduduk. 1 0 0 0

    38. Dia mengerling jam besar di dinding kafe. 1 0 0 0

    39. Masih berbaki dua jam sebelum dos ubat seterusnya. 1 0 0 0

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    32/39

    32

    40. Najwa memanjang leher dari balik kaunter. 1 0 0 0

    41. Tangan ligat menuang susu segar ke dalam jag keluli lalu disuguh

    wap panas.

    1 0 0 0

    42. Matanya kemas di muka wijil, sambil benak berputar mencongak-congak.

    1 0 0 0

    43. Memang dia lewat hari ini. 1 0 0 0

    44. Sepatutnya dia masuk awal pagi, tetapi dada bergoncang hebat

    ketika dia tersedar sebelum fajar; dedarnya merebak sehingga

    pijar, pedih seluruh.

    1 0 0 0

    45. Justeru, tatkala dia terduduk pada qiyam rakaat kedua solat tadi

    pagi dia tahu, dia terpaksa menghadap pakar pemegang portfolio

    rawatan di hospital terlebih dahulu.

    1 0 0 0

    46. Adrian menuang kopi panas ke dalam gelas kertas. 1 0 0 0

    47. Dia mencapai paket gula di sudut kabinet, hampir mengoyaknya

    namun sempat menukar fikiran.

    1 0 0 0

    48. Kopi panas diteguk tanpa perisa tambahan. 1 0 0 0

    49. Terlalu cair, pahit dan masam. 1 0 0 0

    50. Dia memaksa diri menghabiskan tetapi belum sampai tegukan

    terakhir, pengumuman genting bergema melalui sistem siaraya

    jabatan kardiologi.

    1 0 0 0

    51. Kod biru. 1 0 0 0

    52. Adrian tidak jadi melangsaikan tegukan kopi pahit-masam. 1 0 0 0

    53. Dia menarik kerusi, lantas menghenyak duduk . 1 0 0 0

    54. Kedua belah tangan mencepung gelas kertas direhatkan di biraimeja yang mendominasi sebahagian pantri khusus untuk

    kegunaan para petugas jabatan pembedahan jantung itu.

    1 0 0 0

    55. Gelas kertas yang terlalu ringan itu digulir-gulir dalam pegangan. 1 0 0 0

    56. Adrian berhenti menggulir gelas kertas. 1 0 0 0

    57. Sisa kopi hitam ditenung, bagai menagih sesuatu daripada

    permukaan kopi sejuk yang memantulkan semula wajahnya itu.

    1 0 0 0

    58. Dia telah muak-jelak mengingati semula kegetiran di unit rawatan

    rapi.

    1 0 0 0

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    33/39

    33

    59. Tidak cukup dengan analisis senyap di dalam benak peribadi, dia

    telah mengulang semuanya di hadapan ketua jabatan, bersaksikan

    dua jururawat dan doktor bertugas yang turut membantu.

    1 0 0 0

    60. Trem datang. 1 0 0 0

    61. Khalayak turun. 1 0 0 0

    62. Adrian pegun di sisi teduhan tempat menunggu. 1 0 0 0

    63. Hujan rintik-rintik tetapi dia sengaja tidak mahu mengambil ruang

    di bawah teduhan.

    1 0 0 0

    64. Seingatnya ketika dia melangkah rusuh daripada bangunan

    hospital tadi, langit belum berawan.

    1 0 0 0

    65. Matahari terik, menggigit dan angin kering tidak kunjung hadir. 1 0 0 0

    66. Sekujur tubuhnya berkeringat namun dia tidak sanggup berlama-

    lama didakap hawa sederhana di tempat bertugas itu.

    1 0 0 0

    67. Haba yang mengalir dari dalam pascapertemuan empat mata

    dengan ketua jabatan itu perlu diredakan, jika pun tidak mampu

    dipadamkan.

    1 0 0 0

    68. Maka dia berjalan tanpa arah khusus, bermula dari daerah kecil,

    medical precinct, menuju ke selatan.

    1 0 0 0

    69. Ke pusat bandar. 0 0 1 0

    70. Biar dia bergaul dengan khalayak. 1 0 0 0

    71. Biar terpencar marahnya. 1 0 0 0

    72. Biar lega sakit hatinya. 1 0 0 0

    73. Telinga menangkap geselan rel dengan roda besi trem. 1 0 0 0

    74. Titis-titis hujan serasa menghunjam pelupuk mata. 1 0 0 0

    75. Suhu tubuhnya sudah turun, namun pedih di dalam dadanya tidak

    juga berkurang.

    1 0 0 0

    JENIS AYAT =JA

    JA 1: 74 (98.7%)

    2 : 0 (0.0%)

    3 : 1 ( 1.3%)

    4 : 0 (0.0%)

    Jumlah JA : 75 (100%)

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    34/39

    34

    LAMPIRAN II

    BAHAN

    ARKIB : 06/10/2013

    Anatomi Sekeping Hati IVOleh Rebecca Ilham

    KETIKA genta kecil di atas puncak wijil kafe bergemerincing, kuakan wijilmembawa sebatang susuk lampai-sasa memasuki ruang. Dedar yang

    bertahun-tahun merajai rongga dada semacam terhenti sesaat. Najwaberpaling dari mesin espreso yang sedang dikerjakan. Kampit biji kopi, adunan

    rahsia resipi khas tuan punya kafe yang baru dituang separuh isinya dilipat,disepit kemas, diketepikan. Dia melempar senyum kepada pelanggan baru disebalik kaunter yang masih mendongak membaca menu di papan hitam tanpamempedulikan sisa titis hujan di hujung rambut yang perlahan-lahanmembentuk tompok-tompok gelap di bahu kemeja.

    Najwa tidak menunggu. Dia mencapai cawan putih lalu ditadah ke bawahmesin espreso. Pati biji kopi mendap di dasar cawan segera dicampur airpanas. Najwa menyisip piring, lantas menyua cawan ke birai kaunter.Pelanggan baru tergamam. Anak mata mereka berlaga. Hijau-biru, dingin-

    dalam anak mata lelaki itu. Tidak ubah seperti bayangan-bayangan yangpernah bertandang. Najwa mengorak senyum, memecah tangkupan kolam

    jiwa.

    Ayuh, nanti sejuk. Jangan lupa, minum tanpa gula."

    Pelanggan baru bagaikan terpantak daripada anganan panjang. Mata yangtadinya terpersil, tertancap penuh pada barista. Najwa senyum lagi, menggesatanpa suara. Dia tahu, dia tahu semua kegusaran itu. Dia telah lamamenunggu, beberapa bulan setia di balik kaunter di kafe kecil, dengan dedar

    yang tidak pernah meninggalkan dada. Matanya tidak melepaskan tampangpelanggan baru, lelaki lampai yang pernah hadir dalam bayangan cuma.

    Lelaki itu memilih meja bulat di penjuru kafe, paling dekat dengan rak buku.Lokasi itu kegemaran Najwa jua. Kebanggaannya, malahan. Semenjak bekerjadi kafe kecil itu, dengan sukarela dia mengambil tugas sebagai kurator tidakrasmi. Meski seleksi bahan bacaan sengaja tidak diperbanyak, dia cubamempelbagaikan. Buku-buku peribadinya, dan - dedar nan reda kembalimenggoncang rongga dada.

    Mata Najwa mengekori jari jemari lelaki pelanggan baru mengait kuras sebuahbuku tipis. Buku itu ditemuinya di pasar buku hujung minggu lalu. Buku itu

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    35/39

    35

    bukanlah genre kelazimannya, namun entah mengapa, entah apa yangmendorongnya membeli, membawa pulang sebelum menyisipnya ke rak dipenjuru kafe. Najwa menghela nafas, cuba mengawal namun jantung

    bergoncang terlalu hebat. Darah dari jaringan pembuluh tidak sempat tiba didada, lantas mengirim longlai ke seluruh tubuh. Najwa terduduk. Dia

    mengerling jam besar di dinding kafe. Masih berbaki dua jam sebelum dosubat seterusnya.

    Najwa mengemam bibir. Dia bertahan. Dia mesti bertahan.

    Adrian menuang kopi panas ke dalam gelas kertas. Dia mencapai paket gula disudut kabinet, hampir mengoyaknya namun sempat menukar fikiran. Kopipanas diteguk tanpa perisa tambahan. Terlalu cair, pahit dan masam. Diamemaksa diri menghabiskan tetapi belum sampai tegukan terakhir,pengumuman genting bergema melalui sistem siaraya jabatan kardiologi.

    Kod biru.

    Adrian tidak jadi melangsaikan tegukan kopi pahit-masam. Dia menarikkerusi, lantas menghenyak duduk. Kedua belah tangan mencepung gelaskertas direhatkan di birai meja yang mendominasi sebahagian pantri khususuntuk kegunaan para petugas jabatan pembedahan jantung itu. Gelas kertas

    yang terlalu ringan itu digulir-gulir dalam pegangan.

    Kod biru.

    Baru tak berapa jam lalu alat keluinya digegarkan kod biru juga. Satu-satunyapesakit di bawah pengawasannya masih di unit rawatan rapi meski sudahseminggu menjalani pembedahan sukar. Pesakit itu, jejaka cilik empat tahunusia yang keletah dan petah asal sahaja nafasnya tidak lekas mengah, tenatsepanjang malam. Adrian ripuh; berjaga, berjaga-jaga - menstabilkankeributan degupan jantung yang baru ditampal tiga lubang seni di ventrikelkiri, juga menenangkan ibu dan bapa, pasangan muda yang dahulunya terujamenyambut kelahiran anak pertama, kini lebih letih daripada sedih.

    Adrian berhenti menggulir gelas kertas. Sisa kopi hitam ditenung, bagaimenagih sesuatu daripada permukaan kopi sejuk yang memantulkan semulawajahnya itu. Dia telah muak-jelak mengingati semula kegetiran di unitrawatan rapi. Tidak cukup dengan analisis senyap di dalam benak peribadi, diatelah mengulang semuanya di hadapan ketua jabatan, bersaksikan dua

    jururawat dan doktor bertugas yang turut membantu.

    Bukan sekali Adrian menegaskan bahawa dia telah melakukan segala yangterdaya, namun jantung kecil jejaka cilik empat tahun itu kekal lesu dan tidakmahu berdegup jua. Dia masih belum mahu kalah. Namun jururawat separuh

    usia, bertahun-tahun menggeluti pelbagai episod di unit rawatan rapi

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    36/39

    36

    pembedahan jantung itu menggeleng lembut tatkala dia mengarahkan agardefibrilator dicas dengan kadar lebih tinggi.

    Adrian menghabiskan kopi sejuk. Tidak berkurang pahit dan asidnya. Gelaskertas dicampak ke arah bakul sampah di sisi kabinet. Gelas kosong berlaga

    dengan birai, lalu melantun. Masuk, Adrian mengharap sungguh-sungguh.Namun gelas kosong tergelatak di lantai, sebagaimana kecundangnya diamenyingkirkan bungkam ketua jabatan yang tersirat makna itu.

    Adrian merenung kedua belah tangan, sepuluh jemari yang ditekap di ataspermukaan datar meja. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Sepasang tangan itu,sepuluh jari yang gelincah digelar tangan emas oleh warga jabatan sepanjang-panjang dia menjawat kedudukan tetap di situ. Namun entah mengapa, sejakdua bulan ini, tidak seorang pun pesakit didiscaj keluar melainkan melaluipintu ruang sejuk kamar mayat.

    Adrian sungguh-sungguh buntu. Setiap penjuru, garis dan urat jari diteliti.

    Ke mana pergi sentuhan Midas itu?

    Ketika lelaki itu melangkah masuk ke ruang kafe buat kali kedua, Najwa sudahtahu. Bagaimana - dia sendiri tidak tahu. Tetapi sejak lama dulu, dia belajaruntuk tidak terlalu mempersoalkan hal-hal yang dia sendiri tidak fahami.

    Sekali lagi, lelaki itu gamam di hadapan kaunter. Kali ini Najwa lebih bersedia.

    Dia mengusulkan secangkir kopi hitam, masih berasap tipis, dengan pesanansama, agar dinikmati tanpa gula. Di atas dulang itu juga semangkuk sup jernih.Hirisan kentang tanpa disish kulit, batang saderi, ricihan bawang, butir-butirlada hitam dan paha ayam putih terapung-tenggelam, menyelerakan.

    Lelaki pengunjung itu seperti hendak membuka mulut, barangkali inginmembantah. Ya, dia tidak memesan semua itu. Malah hidangan tambahan itutidak ditawarkan dalam menu lazim kafe sekali pun. Namun Najwamelenyapkan bantahan yang belum terlantun dengan sekuntum senyum cuma.Dia sudah menjangka. Bukan, dia pernah mengalaminya, di ruang masa dan

    dimensi lain yang semena-mena mengirim getar dejavu ke tangkai jiwa.

    Najwa melepaskannya cermat menatang dulang ke meja bulat di penjuru kafe.Lelaki itu mencapai buku yang ditinggalkan pada hujung kunjungan pertama,menyelak ke halaman ditanda lalu tenggelam di dalamnya.

    Najwa menghela nafas, ngilu di ulu hati mencucuk. Dalam lagi tajam. Diamenggengam birai kaunter. Ekor matanya menjeling tampang Adrian dari

    balik mesin espreso. Memang dia tidak tahu, tetapi dia tidak mahu terlalumempersoalkan. Setiap bayangan yang hadir, pada daerah asing antara jaga

    dan mimpi seusai bacaan al-Fatihah, surah-surah tiga Qul, Ayat Kursi,Bismillah 21 kali, doa tidur dan syahadah itu tentunya punya maksud

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    37/39

    37

    tersendiri. Meski tidak, atau juga belum, menjawab setiap doanya pada sujudsetiap rakaat istikharah. Paling kurang, bayangan dan gerak hati telahmembawanya ke sini, ke kafe kecil di sebuah kota besar, beribu batu jarakdaripada tanah kelahirannya.

    Siapalah dia untuk meragui segala aturan Allah Yang Maha Tahu?

    Trem datang. Trem pergi. Khalayak turun. Khalayak naik. Khalayak datang.Khalayak bubar. Beberapa kali. Berulang-ulang.

    Adrian pegun di sisi teduhan tempat menunggu. Hujan rintik-rintik tetapi diasengaja tidak mahu mengambil ruang di bawah teduhan. Entah berapa lamadia di situ. Seingatnya ketika dia melangkah rusuh daripada bangunan hospitaltadi, langit belum berawan. Matahari terik, menggigit dan angin kering tidakkunjung hadir. Sekujur tubuhnya berkeringat namun dia tidak sanggup

    berlama-lama didakap hawa sederhana di tempat bertugas itu. Haba yangmengalir dari dalam pascapertemuan empat mata dengan ketua jabatan ituperlu diredakan, jika pun tidak mampu dipadamkan.

    Maka dia berjalan tanpa arah khusus, bermula dari daerah kecil, medicalprecinct, menuju ke selatan. Ke pusat bandar. Biar dia bergaul dengankhalayak. Biar terpencar marahnya. Biar lega sakit hatinya. Adrian memejammata. Telinga menangkap geselan rel dengan roda besi trem. Titis-titis hujanserasa menghunjam pelupuk mata. Suhu tubuhnya sudah turun. Namun pedihdi dalam dadanya tidak juga berkurang.

    Tergamak ketua jabatan mencadangkan agar dia melepaskan tanggungjawabseketika. Pergi bercuti, doktor, dia dipujuk. Seminggu, dua minggu atau tigaminggu jika doktor mahu. Balik nanti, kita bincang tentang masa depan doktordi sini. Apabila dia enggan, ketua jabatan berubah tona suara. Barulah Adriantahu bahawa surat arahan sebetulnya sudah ditandatangani. Bujukan ituhanyalah sandiwara.

    Adrian membuka mata. Dia melepaskan sandaran pada tiang teduhan. Apajaminan rekod buruknya akan pulih dengan berehat seketika? Dia sudah lelah

    mempertahankan diri. Periksalah rekod setiap pesakitnya, soal-siasatlah staflain yang bersama-sama pada masa dan tempat setiap kecelakaan. Dia tidakpernah culas, apatah lagi cuai.

    Adrian meneguk liur. Bukan mudah untuk dia menelan semua ini. Setangkasmana pun tangannya, secekap mana pun analisanya, dia tetap bukan tuhan.

    Najwa memanjang leher dari balik kaunter. Tangan ligat menuang susu segarke dalam jag keluli lalu disuguh wap panas. Matanya kemas di muka wijil,sambil benak berputar mencongak-congak. Memang dia lewat hari ini.

    Sepatutnya dia masuk awal pagi, tetapi dada bergoncang hebat ketika diatersedar sebelum fajar; dedarnya merebak sehingga pijar, pedih seluruh.

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    38/39

    38

    Justeru, tatkala dia terduduk pada qiyam rakaat kedua solat tadi pagi dia tahu,dia terpaksa menghadap pakar pemegang portfolio rawatan di hospital terlebihdahulu.

    Dia juga tahu dia mesti berkeras tidak mahu dimasukkan ke wad, dan

    diletakkan di bawah pemerhatian sepanjang minggu. Dia mesti meyakinkandoktor yang sudah lali dengan kedegilannya bahawa pil-pil putih yang selamaini mengepung kesakitan itu mencukupi. Paling tidak sehingga dia sendiridengan rela hati mendaftar masuk ke wad kardiologi hujung minggu nanti.

    Susu menggelegak. Habanya menjalar ke jag keluli, lantas menyelar jari-jemari. Najwa terburu mengalihkan. Jag keluli separa dicampak ke sisi mesinespreso. Terlambat. Jari jemari sudah merah, bisanya menggigit kulit dandaging. Najwa menggigit bibir, menyeranah diri kerana terlalu leka. Tombolpili dipulas. Jari jemari yang pijar-pedih dibiarkan disalut aliran air.

    Najwa mengerling lagi ke arah wijil. Terkatup. Rapat.

    Hatinya kuat mengatakan lelaki itu, pelanggan yang ditunggu-tunggu akanberkunjung hari ini, sebagaimana dia mengerapi kafe ini hampir setiap harisejak dua minggu lalu. Pada setiap kunjungan itu juga, Najwa telah bersediadengan hidangan di luar menu, dipelbagaikan mengikut gerak hati jua. Lelakiitu tidak pernah menolak. Bersama secawan kopi hitam tanpa gula, dia akanmenghirup sup, bubur atau apa sahaja yang disuguhkan di meja kebiasaansambil sebelah tangan menguak buku tipis yang dibuka semenjak kunjungan

    pertama, tetapi tidak juga tamat-tamat dibaca itu.

    Najwa tidak pernah bertanya. Dia juga tidak terpanggil untuk memulakanperbualan pertama. Cukuplah tampang lelaki itu tidak lekang daripada ekormatanya beberapa jam dalam seminggu. Itu sudah seperti antidot untuk

    jantung abnormalnya.

    Mari saya tengok tangan tu."

    Najwa menoleh ke hadapan kaunter. Pengunjung yang ditunggu-tunggu sudah

    tiba. Najwa ingin melempar senyum, namun kerutan terlebih dahulu munculmenatari dahi.

    Tangan awak lecur agaknya. Saya doktor, beri saya tengok."

    Lelaki itu terlebih dahulu menghulur tangan. Najwa patuh tanpamempersoalkan. Buat pertama kali, dia melihat ada segarit kejernihan di

    wajah itu. Jantung berdetak lebih kuat, bagai mempersetujui. Najwamerasakan peluh sejuk merenik di dahinya. Kepala ringan tiba-tiba. Belumsempat jari-jemari merah-pedih dibelek-ditelek, dia sudah rebah dulu.

  • 8/12/2019 Bml 3063 Tugasan Sintaksis

    39/39

    Adrian menarik kerusi dekat ke sisi katil besi. Dia duduk, berserenjang denganNajwa. Mereka bertatapan beberapa lama, namun masing-masing berlawantidak membuka mulut. Libang-libu koridor wad kardiologi sesekali meneroboske dalam kamar kapasiti seorang pesakit itu, memenuhi sepi antara doktor-pesakit.

    Awak terlambat. Sepatutnya awak datang beberapa bulan lalu, ketika sayabelum pernah meragui keupayaan sendiri. Pada masa itu, awak tak perlumeminta. Malah sayalah yang terlebih dahulu akan berbalah, berebut dengandoktor yang merawat awak selama ini itu." Adrian beralah akhirnya.

    Najwa tidak menyahut. Anak matanya menyeluruhi air muka lelaki yangselama ini dicam di balik tabir kaunter kafe dan mesin espreso cuma. Lebam di

    bawah matanya pekat benar, manakala rambut-rambut halus telah menatarisekitar dagu. Najwa tahu, lelaki itu sudah terlalu bersusah-payah kerananya.

    Dalam lenanya panjang semenjak rebah di kafe, biar dalam kekaburan,mampir bayangan Adrian merawati, dengan cemas, cekap dan sabar sehinggadia stabil sepenuhnya. Oleh itu dia juga tahu, bahawa secara teknikal lelaki inilebih daripada mampu. Sementara secara yang lain-lain, ah -

    Tapi jika pertemuan kita beberapa bulan lalu, saya akan menjadi sebahagiandaripada statistik, kasualti dalam rekod tugasan awak."

    Najwa menjuring senyum. Mengusik sebetulnya. Adrian teragak-agakmemahami, namun tertawa kecil apabila menangkap maksud tersembunyi.

    Awak terlalu optimis."

    Saya tidak pernah meragui kuasa doa dan mimpi. Ia telah melorongkan sayake sini, kepada awak."

    Adrian mengangkat kening. Sejuta satu persoalan berkerdipan daripada sinaranak matanya. Najwa tersenyum lebih lebar. Manis dan misteri sekaligus.Ketika itu, Adrian beralah lagi. Dia memutuskan untuk belajar dan cubamengerti. Barangkali, dengan menjahit hati perempuan ini, akan mencantum

    semula hatinya jua

    Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131006/sa_01/Anatomi-

    Sekeping-Hati-IV#ixzz2jIglNQkm

    Utusan Melayu (M) Bhd

    http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131006/sa_01/Anatomi-Sekeping-Hati-IV#ixzz2jIglNQkmhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131006/sa_01/Anatomi-Sekeping-Hati-IV#ixzz2jIglNQkmhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131006/sa_01/Anatomi-Sekeping-Hati-IV#ixzz2jIglNQkmhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131006/sa_01/Anatomi-Sekeping-Hati-IV#ixzz2jIglNQkmhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131006/sa_01/Anatomi-Sekeping-Hati-IV#ixzz2jIglNQkmhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131006/sa_01/Anatomi-Sekeping-Hati-IV#ixzz2jIglNQkm