35
Bahasa Melayu Lisan (JBEA 2302)

BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Bahasa Melayu Lisan

(JBEA 2302)

Page 2: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Definisi Bersyarah

Bersyarah bererti berucap di hadapan umum

Merupakan suatu pengalaman yang amat menarik.

Setiap individu akan melalui pengalaman ini sama ada dalam bentuk formal mahupun tidak formal & juga sama ada dalam suasana kumpulan kecil ataupun kumpulan besar.

Page 3: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Kemahiran Bersyarah

Penyampai perlu memahami bahawa kemahiran atau bakat pengucapan awam bukanlah sesuatu yang dilahirkan bersama seseorang

Sebaliknya kemahiran & bakat pengucapan awam perlu dipelajari, diasah dan dibentuk melalui proses pembelajaran & pengalaman.

Page 4: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Penceramah atau penyampai ialah orang yang menyampaikan mesej atau maklumat kepada orang lain dengan menggunakan bahasa lisan dan bahasa bukan lisan (non-verbal).

Penceramah yang cemerlang sentiasa bersedia sebelum menyampaikan ucapannya.

Persediaan ini bukan sahaja dari segi kandungan ucapan tetapi juga persediaan mental dan emosi.

Page 5: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Menurut Rubin & Henzl (1984) terdapat 4 aspek penting yang menunjukkan sama ada seseorang penceramah itu mampu atau sebaliknya berkomunikasi dengan baik dan berkesan.

1. Mempunyai pengetahuan tentang komunikasi (teori & aplikasi)

2. Dapat mengenal pasti objektif ucapan & menyesuaikan diri dengan ucapan & majlis.

3. Memiliki kemahiran-kemahiran asas yang dapat membantunya mencapai objektif pengucapan awam yang akan disampaikan.

4. Peka dengan budaya dan sistem nilai yang pelbagai di kalangan hadirin serta tahu bagaimana menyesuaikan dirinya dengan pelbagai perbezaan itu.

Page 6: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Bagaimanapun Marzano, Hughes & Jones (1988) menyarankan lapan kategori kemahiran pemikiran kritikal yang perlu dikuasai oleh penceramah yang cemerlang.

Fokus, mengumpul maklumat, mengingat, mengurus, menganalisis, merumus & menilai.

Kemahiran berfikir secara kritikal ini perlu dimantapkan dari semasa ke semasa.

Page 7: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Etika atau moral perlu mempunyai asas atau dasar.

Asas kepada etika merangkumi agama, nilai-nilai sejagat & garis panduan yang diterima pakai dalam sesuatu profesion.

Antara ciri penceramah yang beretika ialah;

1. Bercakap tentang perkara yang difikirkan penting & dapat dimanfaatkan oleh hadirin.

2. Mempromosikan sesuatu yang positif & baik.

Page 8: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Harus memahami siapakah hadirin & latar belakang mereka bagi merancang kandungan ucapan.

Harus berusaha ke arah menawan hati hadirin dengan kebijaksanaan dan pengetahuan.

Terdapat 4 strategi yang boleh dilakukan;

1. Mengenal pasti persamaan nilai, harapan, cita-cita dan pandangan.

2. Meraikan kehadiran hadirin3. Melibatkan hadirin4. Meraikan pendapat yang berbeza

Page 9: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Beberapa perkara perlu diberi perhatian;

1. Jangan gunakan bahasa atau perkataan yang sukar difahami

2. Jangan menyampuk ketika hadirin sedang bercakap atau memberikan reaksi

3. Jangan pandang ke sesuatu sudut hadirin sahaja dan melupakan hadirin yang lain.

4. Elakkan daripada berdialog dengan hadirin kecuali apabila telah sampai masanya.

Page 10: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Maklum balas ialah mesej atau reaksi yang merangkumi lisan dan bukan lisan yang disampaikan atau ditunjukkan oleh hadirin kepada penceramah.

Maklum balas diperlukan oleh penceramah bagi memastikan bahawa apa yang diucapkan dapat menarik perhatian hadirin.

Maklum balas yang positif ialah apabila ada di kalangan hadirin yang:

- Mengangguk-angguk- Memandang tepat kepada penceramah- Tersenyum sebagai tanda puas hati dengan apa yang didengarnya

Page 11: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Pemilihan Topik

Setiap pengucapan awam memerlukan sesuatu topik yang jelas dan berfokus.

Biar apa pun, topik hendaklah dipilih berdasarkan kepada penilaian situasi semasa, kesesuaian tempat, tahap pemikiran hadirin, tahap sosio-ekonomi hadirin dan matlamat tertentu yang ingin dicapai oleh penganjur.

Page 12: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Salah satu cara bagi menjana idea untuk mengenal pasti topik adalah dengan melakukan aktiviti percambahan fikiran (brainstorming).

Apa yang perlu dilakukan ialah senaraikan apa jua topik yang terlintas di hati atau di fikiran. Kemudian, gunakan teknik bertanya soalan (apa, mengapa, bagaimana, di mana, siapa) pada peringkat ini.

Seperti contoh:Apakah fokus sebenar tajuk ceramah yang

hendak disampaikan?

Di manakah bahan-bahan yang diperlukan boleh didapati

untuk rujukan?

Page 13: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Susunan bahan-bahan ini perlu mengikut format organisasi yang telah ditentukan sesuai dengan matlamat pengucapan. Beberapa persoalan yang perlu disemak semula ialah seperti contoh:-

Sudahkah penceramah mempunyai idea-idea penting untuk ucapan?

Sudahkah penceramah mempunyai data-data atau bahan sokongan untuk ucapan?

Adakah bahan-bahan yang digunakan dapat menarik perhatian hadirin?

Page 14: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Penyusunan bahan▪ Cara penyusunannya sama seperti menulis

sebuah karangan yang mempunyai tiga bahagian yakni pengenalan, isi atau kandungan dan kesimpulan.

▪ Jika menyampaikan ucapan manuskrip, maka perlu menulis seluruh ucapan tersebut.

▪ Daripada rangka idea, mulakan dengan

mengembangkan idea-idea penting satu per satu. Setiap hujah memerlukan huraian yang rasional atau disokong oleh data atau bukti.

Page 15: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Berlatih berucap

▪ Berlatih seorang diri atau berlatih di hadapan cermin supaya boleh melihat diri serta gaya anda berucap.

▪ Terdapat ramai orang yang berlatih di hadapan seseorang yang lain seperti rakan serumah, isteri atau majikan.

▪ Dengan berbuat demikian, penceramah akan mendapat maklumat dan kritikan serta nasihat bagaimana cara untuk memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan ucapan.

Page 16: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Analisis

Aktiviti

Lisan

Page 17: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Contoh A (i) : Syarahan Yang Baik

Page 18: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Pakaian- Pakaian yang sesuai penting bagi meningkatkan

kewibawaan penceramah

- Dengan pakaian beliau telah;

1. Menambahbaikkan daya tarikan rupa paras dan penampilan diri.

2. Menambahkan keyakinan hadirin kepada penceramah.

3. Membuatkan hadirin berasa selesa sebab beliau kelihatan seperti seorang yang profesional.

- Begitu juga dengan solekan dimana beliau telah menggunakan solekan yang sederhana supaya wajah tidak kelihatan pucat ketika membuat penyampaian.

Page 19: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Kelakuan Tangan

- Beliau banyak menggunakan pergerakan tangan & goyangan badan

- Beliau juga sering mengukuhkan hujah dengan menggerakkan tangan dari kiri ke kanan untuk menunjukkan kesemua hadirin juga terlibat sama.

- Kelakuan beliau kelihatan neutral dan bersahaja.Maka itu, beliau telah menggambarkan betapa dinamis dan yakinnya beliau apabila memberi ucapan di khalayak ramai.

Page 20: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Temuan Mata

- Temuan mata menjadi penghubung utama antara penceramah dengan hadirin & penceramah sering membuat temuan mata dengan hadirin sebanyak 40 peratus.

- Beliau yang kelihatan bersahaja sememangnya menggambarkan diri beliau yang mempunyai keyakinan diri, peka, ikhlas, minat dan komited.

Page 21: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Suara

- Manakala suara beliau pula amat jelas sekali dan mengeluarkan nada suara yang agak tinggi sedikit apabila hendak membuat penekanan mengenai sesuatu topik. Ini adalah satu aspek yang penting untuk membangkitkan semangat hadirin.

- Dari segi kelancaran suara, beliau telah dapat menghidupkan suasana ceramah itu. Syarahannya tidak terlalu laju ataupun perlahan.

- Maka itu, dari segi keseluruhannya, beliau telah berjaya menunjukkan kewibawaannya sebagai penceramah yang baik.

Page 22: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Contoh A (ii) : Syarahan Yang Baik

Page 23: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Penampilan Diri

Kelakuan Tangan

- Penceramah ini banyak menggunakan kelakuan tangan seperti penggunaan jari-jari, lengan, kedua-dua tangan, goyangan badan dan gelengan kepala yang banyak memberi makna tertentu.

- Kelakuan seperti ini boleh membantu dalam menyokong perkataan atau ucapan beliau

- Kelakuan beliau juga telah membakar semangat hadirin misalnya dengan menuding jari kpd hadirin tentang sst perkara dan mengangkat tangan dengan tinggi sedikit.

Page 24: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Kelakuan badan

- Penceramah ini menunjukkan kesediaan, kesungguhan dan keyakinan dirinya.

- Misalnya, beliau berdiri tegak dengan gaya bebas yang menunjukkan keyakinan diri beliau.

- Memek Muka

- Juga memberi kesan yang tersendiri. Air muka beliau kelihatan selari dengan perasaan dan ucapan yang disampaikan kerana salah satu peranan air muka adalah untuk mengukuhkan maksud ucapan yang hendak disampaikan.

- Misalnya apabila penceramah menekankan kadar kemalangan di Malaysia adalah yang tertinggi di dunia beliau menunjukkan reaksi muka yang marah.

Page 25: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Suara & Kelancaran

- Nada suara penceramah turun naik mengikut keperluan maksud ucapan beliau.

- Suara seperti ini juga dapat membuaikan perasaan hadirin. Lalu, hadirin tidak akan cepat merasa bosan. Malahan ingin terus mendengar hujah-hujah yang disampaikan.

- Kelancarannnya juga tidak terlalu laju atau pun perlahan yang mana ini semua boleh menghambarkan suasana.

- Penceramah juga sangat jelas dalam sebutannya dan ini sekaligus dapat menarik perhatian hadirin.

Page 26: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Contoh B (i) : Syarahan Yang Kurang Baik

Page 27: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Terdapat kelakuan tangan (gestures) yang senantiasa diperlakukan olehnya.Tetapi cara kelakuan tangan yang dipersembahkan adalah seperti saudari ini hendak berjoget dan tidak seformal sesebuah persembahan syarahan.

Cara pergerakan tubuh badannya adalah terlalu santai dan beliau tidak berdiri dengan tegak . Jikalau beliau boleh berdiri dengan lebih tegak lagi, ini boleh lagi menonjolkan keyakinan diri yang lebih tinggi dalam syarahan saudari ini.

Page 28: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Saudari ini telah menyampaikannya dengan nada yang monotoni (satu nada) yang agak membosankan.

Serta juga, intonasi suara saudari ini adalah seperti untuk sesi bercerita bukannya dalam memberikan syarahan.

Penyampaiannya tidaklah begitu lancar disebabkan kadang-kala beliau berhenti seketika memikirkan penyampaian yang seterusnya. Maka, ucapannya yang agak lembap ini akan membuatkan para hadirin tidak sabar untuk mendengar kesudahan ayat-ayat dalam pengucapannya. Ia juga akan membuat hadirin letih menunggu secara psikologinya.

Page 29: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Daripada segi pakaian saudari, dia berpakaian agak kemas dan sopan bebaju kurung tetapi beliau boleh menggunakan kot atau jaket sebagai baju luar bagi kelihatan lebih kemas dan profesional.

Beliau juga seharusnya menyelitkan pantun, peribahasa dan petikan kata-kata hikmat, sabda Nabi, ayat-ayat suci, peribahasa, simpulan bahasa, pepatah untuk mengukuhkan hujahnya dalam ucapan umum. Maka, ini amat penting untuk menghiburkan hadirin dan menceriakan suasana majlis.

Page 30: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Contoh B (ii) : Syarahan Yang Kurang Baik

Page 31: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Beliau boleh memberikan persembahan yang lebih baik lagi jikalau mengukuhkan hujahnya misalnya dengan mengepalkan jari menjadi penumbuk untuk menunjukkan kesatuan.

Dari segi kelakuan badan penceramah ini, beliau kelihatan seperti kaku mungkin kerana tergamam dan takut apabila berhadapan dengan ramai para hadirin. Ini sekaligus boleh mempengaruhi persepsi dan sikap hadirin terhadap penceramah ini yakni penceramah yang bersifat kurang keyakinan diri.

Page 32: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Daripada cemek muka atau air muka beliau, didapati beliau seringkali menunjukkan cemek muka yang menggambarkan ketakutan, bimbang dan tidak menentu di hadapan hadirin. Beliau berkelakuan sebegitu oleh kerana tidak pasti apa yang hendak disampaikan olehnya nanti.

Dari segi temuan mata pula (eye contact), didapati penceramah ini kurang berbuat sebegitu. Beliau didapati selalu mengelip matanya dan memandang ke sudut bawah. Temuan mata menjadi penghubung utama antara penceramah dengan hadirin. Ketiadaan atau kekurangan temuan mata menggambarkan helah, tidak minat dan tidak komited.

Page 33: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Tetapi, tiada kehadiran landskap bahasa yakni seperti pantun, peribahasa, pepatah dan sebagainya. Kegunaan landskap bahasa dapat menghiburkan hadirin serta memberikan sesuatu kelainan dalam

corak dan cara pengucapan awam.

Dari sudut alat pandang dengar, penceramah didapati tidak menggunakannya. Bahan-bahan seperti foto, slaid, poster, tulisan ataupun objek dapat membantu penceramah memberi ilustrasi dan penjelasan dengan lebih berkesan dan menarik perhatian para hadirin. Ini dapat mengelakkan kebosanan terutama sekali jikalau syarahan yang hendak disampaikan agak lama.

Page 34: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Penceramah perlu memahami bahawa kemahiran pengucapan awam adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan perlu dibentuk serta dimantapkan agar penyampaiannya memberi kesan kepada hadirin atau pendengar.

Oleh sebab masa penyampaian agak terhad, maka penceramah haruslah membuat persediaan awal dengan melaksanakan beberapa perkara yang disebutkan di atas supaya pengucapan awam itu akan meninggalkan sesuatu yang bermakna kepada sesuatu majlis.

Page 35: BM_Lisan_pwpt[1] edited Bersyarah/Berbahas

Nama Pelajar:

Ernie Bte Abdul Rahman (JEA 070003) Nuruljanah Md Said (JEA 070019)

Semester: 2009/2010

Pensyarah: Dr Ibrahim Hj Ahmad