66
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR TUGASAN KERJA KURSUS PROGRAM: PROGRAM PENSISWAZAN GURU IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN / SEMESTER 6, 2014 NAMA GURU : ROSLAH BINTI ISHAK NOMBOR KP: 670819-06-5084 ANGKA GILIRAN: 2012111360080 NAMA GURU : SABARIAH BINTI BAHRUM NOMBOR KP: 750318-10-566 ANGKA GILIRAN: 2012111360082 KURSUS: BMM 3033 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH KUMPULAN/UNIT: PSV AMBILAN FEBRUARI 2012 TARIKH MULA: 10.08.2014 TARIKH HANTAR: 27.09.2014

BMM MAJID.doc

Embed Size (px)

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN,

27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

TUGASAN KERJA KURSUS

B. ISI KANDUNGANBILPERKARAMUKA SURAT

i).Borang Maklum Balas Kerja KursusA

ii).Isi KandunganB

iii).Biodata GuruC

iv).PenghargaanD

v)Soalan TugasanE

1.0Pendahuluan5

1.1Pengenalan5

1.2Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian11

2.2Analisis Soalan17

3Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl20

3.1Taksonomi Bloom21

3.2Domain Krathwohl22

4Jadual Spesifikasi Ujian (JSU24

5JSU Soalan Bahasa Melayu Tahun 525

JSU Soalan Bahasa Melayu Tahun 6

Refleksi

Rujukan

C. BIODATA GURU

NAMA

: ROSLAH BINTI ISHAK

NO. KP

: 670819-06-5084

NAMA SEKOLAH: SK FELDA LURAH BILUT, BENTONG PAHANG

NO. TEL. SEKOLAH: 09 2377355

NO. TEL PERIBADI: 0I7 950 3445

OPSYEN : PPG AMBILAN FEBRUARI 2012

SEMESTER 5, 2014

UNIT

: PSV

SUAMI / WARIS: ROSLAN BIN ENDOT

ALAMAT :NO.5, RUMAH KEDAI,

JALAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH,

28800 LURAH BILUT, BENTONG PAHANG.BIODATA DIRI

NAMA

:SABARIAH BINTI BAHRUM

NO.I/C

:750318-10-5666

UNIT

:PSV1

AMBILAN

:FEBRUARI 2012

ALAMAT SEKOLAH:SK. FELDA LURAH BILUT, 28800 BENTONG, PAHANG.

NO.TEL SEKOLAH:09-2377355

ALAMAT RUMAH:NO:983, JALAN DESA DAMAI 37,TAMAN DESA DAMAI,

28700 BENTONG, PAHANG.

NO. H/P

:012-9013120

E-mail

:[email protected]

D. PENGHARGAAN

Assalamualaikum wrt.

Syukur alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana, dengan limpah dan kurnia-Nya maka kami telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan sebaiknya. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah yang dihormati, Encik Abdul Majid bin Min di atas bantuan, bimbingan dan nasihat yang sentiasa diberikandari masa ke semasai. Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau, kerana bimbingannya yang telah banyak membantu kami di dalam menyempurnakan tugasan ini. Juga ingin kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah memberikan peluang kepada kami untuk menyambung pelajaran di sini.Seterusnya sekalung budi dan ucapan terima kasih ditujukan khas kepada ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan dorongan dan bantuan di sepanjang tempoh pengajian ini. Tidak ketinggalan juga diucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja kerana sangat memahami dan turut meluangkan masa bagi menjadi rujukan kepada kami menyiapkan tugasan ini.

Sesungguhnya tanpa jasa anda semua, tidak mungkin kami dapat menyempurnakan tugasan ini tanpa sebarang kesulitan. Semoga Allah S. W. T memberkati segala kerjasama dan bantuan yang telah diberikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.Roslah binti IshakSabariah binti Bahrum1.0 PENDAHULUAN

Tugasan ini dibuat bagi menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Pentaksiran ialah proses mendapatkan maklumat dan membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pengujian pula ialah satu kaedah pengukuran dan ianya dijalankan dengan sistematik.Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas. Penilaian pula merupakan satu proses akhir bagi mengetahui dan memperolehi maklumat kuantitatif bagi guru menentukan dan membuat pertimbangan dalam menilai kendiri seorang pelajar. Soalan yang di analisis ialah soalan peperiksaan penilaian P3 bagi Tahun 5 dan Tahun 6 bagi Ogos 2014 yang baru berlalu. Soalan ini di analisis mengikut aras Taksonomi Bloom. Konsep Taksonomi Bloom ialah konsep soalan yang bertujuan untuk pendidikan.Ianya disusun pertama kali nya oleh Benjamin S.Bloom pada tahun 1956 dan nama Bloom itu di ambil sempena nama beliau. Jadual Spesifikasi Ujian dan Ujian Soalan Bahasa Melayu bagi Tahun 5 dan Tahun 6 juga perlu dibuat bagi melengkapkan lagi tugasan ini. Dalam tugasan ini, kami dikehendaki menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem Bahasa Melayu dan melaksanaka pemarkahan Ujian Bahasa Melayu.Aras Taksonomi Bloom adalah pilihan terbaik bagi semua guru dalam membuat pentaksiran, pengujian dan penilaian bagi pelajar mereka. Penanda aras yang digunakan juga meliputi keseluruhan pelajar dan amat sesuai digunapakai dalam sistem pembelajaran masa kini. 1.1 PENGENALANPentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan subjek yang memperjelas dan memfokuskan teknik-teknik dalam mengaplikasikan pengertian dan konsep pentaksiran, pengujianan dan penilaian. Disamping itu, pembelajaran subjek ini juga menekankan tentang taksonomi Bloom dan juga domain Krathwohl dalam pembinaan jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu secara khusus.Selain itu, cara penilaian dan pemilihan jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem Bahasa Melayu dalam melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayuturut ditekankan secara terperinci. Penjelasan konsep dan prinsip pengujianan, penilaian dan pengukuran serta teori-teori kognitif, afektif dan psikomotor turut terkandung sebagai agenda utama dalam pembelajaran subjek ini.

Untuk merealisasikan hasil pembelajaran subjek ini, satu tugasan berkaitan pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dilaksanakan dengan berpandukan pada soalan kefahaman dan penulisan Bahasa Melayu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah,Lembaga Peperiksaan Malaysia. Oleh yang demikian, kefahaman mengenai definisi dan konsep pembinaan JSU ini dapat diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi. Di samping itu, huraian ciri-ciri JSU yang berkualiti dan sejauh mana keberkesanan JSU yang dibina turut ditekankan dalam penghasilan tugasan ini bagi membantu meningkatkan prestasi pengajaran Bahasa Melayu di sekolah.Semoga, hasil tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang berkenaan dalam menjayakan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dalam pengajaran kepad aseorang pendidik.1.2KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIANPengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan.Menurut Sumini (2002), penilaian dan pengujian amat penting dalam bidang pendidikan kerana maklumat yang terhasil daripada langkah mengadakan penilaian dan pengujian dapat memberi maklum balas setakat manakah pencapaian pelajar telah ditunjukkan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan.Namun, sesetengah guru masih berpendapat apabila mengedarkan kertasujian, maka mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan.Khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untukmemerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Ini dikukuhkan lagi oleh Milagros (1981) dipetik dalam Raminah (1991), ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan dan maklumat yang diperolehi daripadanyaakandijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

Pengukuran membaw amaksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu (Mohd Isha,2007). Ini bersamaan dengan Najib (2011), tujuan utama pengukuran adalah untukmendapatkan data (status) yang boleh dijadikan landasan penilaian. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapatmembantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.Ini bertepatan dengan kenyataanRaminah (1991), untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat meninggalkan kesan yang menggalakkan, maka penilaian dan pengujian yang dijalankan mestilah terancang dan sistematik supaya tindakan susulan dapat diputuskan.Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.Kini istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran, yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.Sistem pendidikan di Malaysia berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK)termaktub ke arah usaha berterusan melahirkan warganegara yang mempunyai imbangan pengetahuan dan kemahiran, sains dan teknologi, nilai-nilai rohani dan moral yang positif, bertanggungjawab , berdaya cipta, inovatif, kreatif, fleksibel dan berupaya memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara yang berharmoni, makmur dan bersatu.Maka proses penilaian hendaklah dijalankan secara berterusan sama ada secara formal atau tidak formal. Kronologi perkembangan sistem pendidikan negara dapat dilihat pada langkah utama yang dilakukan Kerajaan Perikatan selepas negara Merdeka pada 31 Ogos 1957 iaitumembetulkan dan menyusun kembali sistem pendidikan yang diwarisi daripada penjajah Inggeris dengan mengadakan dasar-dasar pendidikan yang diperkukuhkan oleh perlembagaan dan undang-undang. Bermula dengan cadangan dasar yang dikemukakan oleh Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) telah termaktubnya Akta Pelajaran 1961 (Sufean, 1996).Antaranya adalah Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggariskan 3 asas utama bagi mencapai matlamat pelajaran negara. Pertama mewujudkan sistem persekolahan yang sama bagi semua kanak-kanak; kedua menggunakan Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kecuali peringkat rendah dan ketiga menggunakan kurikulum serta peperiksaan yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan bagi semua sekolah dan struktur persekolahan yang lebih kemas dan rasional (Hussein, 1993). Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berperanan dalam merancang, membina dan mengeluarkan semua bentuk pengujian dan pengukuran berlandaskan FalsafahPendidikan Kebangsaan (FPK) .Ia juga bertindak memberikan khidmat nasihat, khidmat bantu dan khidmat rundingan kepada pihak sekolah atau pengurusan berkaitan denganpengujian pendidikan (LPM, 2000). Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menetapkan peperiksaan merupakan satu aktiviti untuk menilai keberkesanan proses pengajarandan pembelajaran (Hussein, 1993). Aktiviti ini tidak dapat dipisahkan daripada sistem pendidikan di mana sekalipun. Kenyataan ini disokong oleh Abdullah (1989) yang menyatakan bahawa cara utama untuk mengetahui sama ada pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah ialah menggunakan ujian dan penilaian. Menurut Ee Ah Meng (1996), ujian adalah penting untuk menilai kemajuan pelajar dan kejayaan guru. Selain itu, ia juga dapat mengesan kebolehan dan kelemahanpelajar. Kenyataan ini bersamaan denganGronlund (1982) dipetik dalam Miller et. al (1998) di mana aspek pengujian dan penilaian dalam pengajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran guru di dalam bilik darjah. Menurut Raminah (1991), pengujian dan penilaian dapat memberikan maklumat setepat mungkin tentang prestasi pencapaian seseorang pelajar. Justeru itu, untuk mendapatkan hasil yang terbaik ianya mestilah dirancang, digubal, ditadbirkan dan diintepretasikan mengikut prinsip-prinsip berikut: kesahan, kebolehpercayaan dan keobjektifan.

Rajah 1: Kaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian1.3ANALISIS SOALAN

SET 1 : SOALAN BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 5

NAMA KELAS

: 5 SATRIA

JUMLAH MURID: 30 ORANGNO. SOALANJUMLAH MURID YANG MENJAWAB SALAHNO. SOALANJUMLAH MURID YANG MENJAWAB SALAH

182110

25228

35239

42247

50258

60267

70276

83285

94294

100308

119314

123320

130332

140340

153355

169363

172374

180380

192398

200404

SET 2 : SOALAN BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 6

NAMA KELAS

: 6 SATRIA

JUMLAH MURID: 33 ORANG

NO. SOALANJUMLAH MURID YANG MENJAWAB SALAHNO. SOALANJUMLAH MURID YANG MENJAWAB SALAH

15219

24227

34238

41246

50257

60266

70275

82284

93293

100307

118313

122320

130331

140340

152354

168362

171373

180380

191397

200403

2TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

2.1TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)Peringkat-peringkat bidang kognitif :

1. PengetahuanMengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas.Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

Peringkat PengetahuanTujuan:Mengingat semula pelajaran yang telah dipelajari tanpa berlaku perubahan.

Objektif umum:Supaya pelajar tahu fakta / pengetahuan

Objektif khusus:Menyatakan , melabelkan, menuliskan.

Ciri soalan:Memerlukan calon mengingat semula.Jawapan calon adalah menggunakan bahasa asal.

Contoh kata kerja:

Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan, dll.

Contoh soalan:

Apakah maksud perkataan leka ? A. Malas B. Pandai C. Sakit D. Cuai

2. KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

Peringkat KefahamanArasnya tinggi sedikit daripada aras pengetahuanPerkara penting:Menterjemahkan, memberikan tafsiran, ekstrapolasi.

Tujuan:Memahami sesuatu bahan, menjelaskan dan menterjemahkan

Objektif umum:Supaya memahami, menjelaskan, menterjemah, mentelaah

Objektif khusus:Menjelaskan, menerangkan, menulis semula, merumus

Jenis :Jelaskan , Bacakan, Bandingkan, Ringkaskan

Ciri soalan :Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilusitrasi dalam bahasanya sendiri.

Contoh kata kerja:Terangkan, jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah, dll.

Contoh soalan:Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah. Ali seorang murid yang nakal dan pemalas. Ibu bapa dan gurunya selalu menasihatinya tetapi usaha ibu bapa dan gurunya sia-sia. A. Ada ubi ada batas B. Bagai mencurah air di daun keladi C. Ada undang di sebalik batu D. Banyak udang banyak ragam3. AplikasiMenggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.

Peringkat AplikasiMenggunakan pengetahuan / maklumat mujarat (abstrak ) untuk menyelesaikan masalah yang berbentuk maujud (konkrit) Objektif umum : Menggunakan

Objektif khusus : Menggunakan, menyelesaikan, mengira

Jenis :

Bagaimanakah , berikan Menekankan penggunaan kaedah, hukum, prinsip dan teori.

Ciri soalan :Memerlukan calon menyelesaikan masalah non routine atau masalah baru. Ciri soalan adalah problem- solving. Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.

Contoh kata kerja :

Selesaikan, Binakan, Carikan, Tunjukkan, Kirakan,Demonstrasikan, dan lain-lainContoh soalan peringkat aplikasi:1.Cara baik untuk meminjam pensel dari rakan .

" Lya, pinjam pensil kau. Pensil kau mana? Aku nak guna". "Lya,boleh saya pinjam pensel kamu?". Mengambil tanpa meminta kebenaran.

2. Pilih jawapan yang betul bagi soalan yang bergaris.

Adakah sekolah kita memenangi pertandingan itu? . Sekolah kita memenangi pertandingan itu. Ya, sekolah kita memenangi pertandingan itu Ya, sekolah itu memenangi pertandingan itu Sekolah kamu memenangi pertandingan itu.

4. Analisis

Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.

Peringkat AnalisisMerujuk kepada kebolehan menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian. Tujuan :Menaakul sebab dan musabab (akibat) Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahgian

Objektif umum : Mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevanan fakta

Objektif khusus : Mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan menjelaskan struktur dan organisasi.

Contoh soalan :Yang manakah antara berikut tidak menjelaskan kriteria dengan betul? Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja ? Kosa kata yang digunakan Bezakan, Bandingkan , Asingkan, Tafsirkan, Klasfikasikan Sebab. Mengapa? Huraikan. Menaakul Mencerakinkan.5. SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

Peringkat SintesisMenguji kebolehan calon mencantumkan , menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta/ idea-idea yang berkaitan. Tujuan :Membentuk sesuatu yang baharu.

Objektif umum : Menulis karangan , mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya.

Objektif khusus : Menggabungkan, Mengubah, Mereka Cipta, Merancang, Menulis, Mencipta Kosa kata yang popular digunakan : Gabungkan, Mereka Bentuk, Kumpulkan, Susunkan, Gubahkan, Karangkan

Contoh :Mencadangkan, senaraikan beberapa cara anda boleh mengatasi masalah itu. Mencipta, Huraikan satu perncangan yang boleh membuktikan.

Contoh Soalan Peringkat Sintesis :Sabrina lahir pada 28 Febuari 1989. Tahun bilakah dia menduduki peperiksaan awam SPM? 1999 2002 2003 2006 Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi pantun yang lengkap. Budi yang baik dikenang juga, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Pulau Pandan jauh ke tengah. ______________________________, ______________________________ , ______________________________ , ______________________________ .

6. Penilaian

Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

Peringkat PenilaianMenguji kebolehan calon, membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, memberikan pendapat sesuatu pernyataan dan sebagainya. Tujuan :Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu Objektif umum : menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data. Objektif khusus : menilai, membuat pertimbangan

Jenis : Sejauh mana, menilaikan, apa pendapat anda

Contoh :Beri pendapat anda mengenai cerita tersebut. Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah?

Contoh Soalan peringkat Penilaian :Pada pendapat anda mengapakah setiap kumpulan mestilah menghantar nama ahli kumpulan mereka awal? Supaya mereka dapat hadiah. Menunjukkan mereka sangat berminat. Setiausaha sibuk pada bulan April nanti. Kerana hanya 80 nama pertama akan diterima.

Rajah 2 : Hierarki Taksonomi Bloom2.2DOMAIN KRATHWOHLTaksonomi Krathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

TAKSONOMI DOMAIN AFEKTIF (KRATHWOHL)Bidang ini ialah mengenai perasaan, emosi, dan perkara yang kurang nyata dalam sesuatu mata pelajaran. Perasaan murid yang suka atau benci akan sesuatu mata pelajaran amat penting dalam pengajaran guru. Perasaan afektif adalah lebih kekal dan mendalam kesannya daripada kebolehan kognitif. Disusun oleh David R. Krathwohl, Benjamin S. Blom dan Bertam B. Masia.Hierarki Kontinum afektif :i. Penerimaan (pemerhatian) Merupakan kesedaran, kesanggupan menerima dan perhatian yang terkawal atau terpilih.Di peringkat ini, murid diberi rasa kesedaran mengenai adanya sesuatu fenomena dan rangsangan; agar sanggup menerima dan memberi perhatiannya kepada fenonema, atau rangsangan itu. Sesuatu pembelajaran murid mengenai perkara-perkara afektif yang membawa kepada satu sistem nilai.

Kategori ini terbahagi kepada tiga, iaitu ; Kesedaran, Kesanggupan Menerima dan Perhatian Yang Terkawal, atau terpilih satu kontinum dari yang pasif, hinggalah ke peringkat kesanggupan menerima fenomena, atau rangsangan itu, hingggakan murid dapat mengarahkan perhatiannya kepada rangsangan yang dipilihnya.

ii. Membalas Merupakan persetujuan pasif ketika membalas, kesanggupan membalas dan kepuasan membalas Apabila murid memberi nilai, atau menilai sesuatu benda, fenomena, atau tingkah, ia menghargai perkara-perkara. Di peringkat ini, tingkahlaku murid sudah stabil dan telah membentuk ciri-ciri kepercayaan, atau sikap. Di sini yang dipentingkan bukan perhubungan nilai-nilai yang dihargai, tetapi perihal menyebatikan nilai-nilai, atau ideal tertentu dalam diri.iii. Menghargai Menghargai merupakan penerimaan sesuatu nilai, lebih suka akan sesuatu nilai dan komitmen (kepercayaan). Tingkahlaku menghargai, atau memberi nilai di peringkat ini adalah atas dorongan dirinya sendiri dan komitmen kepada nilai yang dihargainya. iv.Organisasi Organisasi merupakan mengkonsepi sesuatu nilai dan mengorganisasi sesuatu nilai.Ia dinilaikan oleh kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku. Ianya juga berdasarkan penghayatan atau nilai estetik. Terdapat tiga kategori iaituPenerimaan dimana murid menginginkan sesuatu yang baik. Kedua ialah Pemilihan iaitu usaha memperolehi sesuatu nilai yang telah dipilih dan ketiga ialah Penglibatan.v.Perwatakan oleh sesuatu nilai atau kompleks nilaiPerwatakan Perubahan tingkah laku pelajar selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Kategori perwatakan Set am- kebolehan mengekalkan nilai-nilai. Perwatakan disiplin diri, dapat menyelesaikan masalah-masalah.

Aras taksonomi Krathwohli.Penerimaan

Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

ii.Gerak balas

Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

iii.Menilai

Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

iv.Organisasi

Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3.0JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).

Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.

Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.

Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

Kepentingan JSU Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.3.1JSU SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5Soalan Peperiksaan P3 Tahun 2014Bahasa Melayu Tahun 5BilBentuk Soalan - ObjektifAras TaksonomiJumlah Item

Topik / Aspek Bahasa123456

1Morfologi Kata kerja123

2Kata nama22

3Kata ganti diri11

4Kata adjektif123

5Kata seru11

6Kata ganda11

7Kata hubung22

8Kata pemeri11

9Kata arah22

10Penjodoh bilangan11

11Simpulan bahasa11

12Sinonim11

13Antonim11

14Kata tanya22

15Homonim Kata banyak makna22

16Sintaksis Struktur ayat11

17Pola ayat235

18Maksud perkataan11

19Memahami teks131229

Jumlah Soalan40

3.2JSU SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 6Soalan Peperiksaan P3 Tahun 2014Bahasa Melayu Tahun 6N0 SOALANMAKLUMAT

SOALAN / JENIS SOALANARAS

SOALANTABURAN

JAWAPAN

MudahSederhanaSukarA

BCD

1 Kata KerjaXX

2 Kata KerjaXX

3 Kata KerjaXX

4Kata AdjektifXX

5KATA AdjektifXX

6Kata AdjektifXX

7Kata SendiXX

8Kata SendiXX

9Kata BilanganXX

10ImbuhanXX

11ImbuhanXX

12ImbuhanXX

13Simpulan BahasaXX

14Kata GandaXX

15Kata GandaXX

16Penjodoh BilanganXX

JUMLAH SOALAN TATABAHASA

JUMLAH KESELURUHAN SOALAN

PERATUS ARAS SOALAN (%)

N0 SOALANMAKLUMAT

SOALAN / JENIS SOALANARAS

SOALANTABURAN

JAWAPAN

MudahSederhanaSukarA

BCD

17SINONIMXX

18ANTONIMXX

19POLISEMXX

20POLISEMXX

21JAWAPAN KEPADA SOALANXX

22SOALAN KEPADA JAWAPANXX

23AYAT SAMA MAKSUDXX

24AYAT SAMA MAKSUDXX

25PILIH AYAT YANG BETULXX

26PILIH AYAT YANG BETULXX

27PILIH AYAT-AYAT YANG BETULXX

28PILIH AYAT- AYAT YANG BETULXX

29SIMPULAN BAHASAXX

30PERIBAHASAXX

JUMLAH SOALAN TATABAHASA21

JUMLAH KESELURUHAN SOALAN30

PERATUS ARAS SOALAN (%)75%

REFLEKSIAlhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada keluarga suami dan anak-anak tercinta atas segala pertolongan material dan sokongan moral yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbingan atas segala tunjuk ajar yang diberi. Tidak dilupakan juga kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini. Tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk menghuraikan empat jenis penilaian bahasa dan memberi penerangan tentang Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Selain itu, saya perlu menyediakan satu JSU dan membina 20 item bagi ujian objektif aneka pilihan. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih lagi mengenai kepentingan menyediakan JSU sebagai garis panduan dalam merancang soalan. Saya juga lebih jelas mengenai hubung kait antara JSU dengan perancangan membina soalan. Sebelum ini, saya kurang memahami tentang kepentingan menyediakan JSU namun setelah melakukan tugasan ini, saya telah dapat memahaminya dan dapat menyediakan JSU berserta item soalan. Pengetahuan baru ini akan memudahkan saya untuk menyediakan set soalan kepada murid pada masa akan datang. Di samping itu, pada peringkat permulaan saya mengalami masalah mencari maklumat yang dikehendaki oleh pensyarah. Bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti, saya telah mencari maklumat dari pelbagai sumber seperti buku rujukan di perpustakaan serta membuat rujukan jurnal. Malah bagi mendapatkan maklumat yang bersifat fakta, saya perlu sentiasa membuat rujukan di buku dan juga di internet bagi memilih isi yang terbaik dan bersesuaian untuk disampaikan kepada pensyarah pembimbing. Selain itu, rakan-rakan juga saling bekerjasama untuk berkongsi sebarang maklumat tambahan yang diperolehi dan memberi cadangan yang munasabah kepada saya membantu yang seterusnya mebantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih sempurna. Saya turut meminta pandangan dan merujuk kepada guru Bahasa Melayu dalam menyediakan JSU serta membina item soalan. Tidak dinafikan semasa menyediakan tugasan ini, saya mengalami kesukaran untuk menyediakan JSU dan membina item ujian objektif aneka pilihan. Ini adalah kerana saya masih tidak jelas mengenai cara menyediakan JSU dan merancang soalan berdasarkan kepada konsep Taksonomi Bloom. Seawalnya agak sukar kerana saya tidak dapat membezakan dengan baik aras di dalam Taksonomi Bloom dan kurang berpengetahuan untuk menyediakan soalan yang bersesuaian dengan aras tersebut. Benarlah kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya mengikut tempoh yang diberi. Semua ini menjadi peransang kepada saya untuk lebih giat berusaha pada masa-masa akan datang. RUJUKAN Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor : Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. http://www.slideshare.net/aliskkt/24496040-pgsrbmnotamodulbmm3103bycikguruslee http://cikguamira.blogspot.com/2011/11/kkp-bmm-3103.html http://eprints.utm.my/32363/2/AnaHafizanDaudMFP2012CHAP1.pdf http://tehteha.blogspot.com/2012/12/1.html http://deela-bmm3103pbmsk.blogspot.com/2009_07_01_archive.htmlSOALAN BM TAHUN 6 PRINT KAT CNI http://tatabahasabm.tripod.com/bank/set7.pdfhttp://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/taksonomi-bloom-perubahan-yang.htmINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN,27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

BMM3033E( PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH ) TUGASAN INDIVIDUPENSYARAH:

ENCIK ABDUL MAJID B.MINPensyarah Bahasa MelayuJabatan Pengajian MelayuIPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

DISEDIAKAN OLEH:

SABARIAH BINTI BAHRUM (750318-10-5666 )

Program Pensiswazahan Guru ( PPG )

Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

Semester 6/ 2013 Ambilan Februari 2012

TUGASAN 2

KONSEP TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

1)Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.

2)Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya.

3)Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan.

Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

1. Pengetahuan (Knowledge)Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension)Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application)Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

4. Analisis (Analysis)Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.Contoh: Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis)Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6. Penilaian (Evaluation)Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan

TAKSONOMI BLOOM MENURUT ANDERSON DAN KRATHWOHL

Pada bulan November, 1996 Lorin Andersonyang merupakan bekas anak murid Bloom bersama David Krathwohl telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan Taksonomi Bloom. Usaha ini didasarkan dengan harapan agar dapat menambah baik taksonomi ini sesuai dengan peredaran masa dan abad ke-21. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pakar psikologi kognitif, pakar teori kurikulum, pemimpin pendidikan serta pakar pengujian dan pentaksiran. Usaha ini telah berlangsung selama enam tahun. Akhirnya pada tahun 2001, mereka telah menerbitkan hasil penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tiga kategori iaitu istilah, struktur dan penekanan (Forehand, 2004).Perubahan IstilahRajah 1(a) menunjukkan taksonomi yang lama dan Rajah 1(b) pula mengemukakan taksonomi bagi versi yang disemak semula. Perubahan yang paling ketara adalah terhadap istilah yang digunakan iaitu daripada kata nama (pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian) kepada kata kerja iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Perubahan ini adalah berdasarkan pendapat bahawa taksonomi ini merupakan satu proses aktif. Oleh itu kata kerja adalah lebih sesuai digunakan kerana cirinya yang menjelaskan tentang tindakan yang dibuat.Daripada segi istilah juga, perkataan pengetahuan telah diubah kepada mengingat. Pengetahuan adalah hasil atau produk daripada proses berfikir,maka istilah mengingat adalah lebih sesuai untuk menggambarkan kategori berfikir.Istilah kefahaman pula diubah kepada memahami. Sementara itu, sintesis diubah kepada mencipta. Dalam hal ini, versi yang lama meletakkan sintesis di bawah penilaian dalam hirarki taksonomi. Manakala bagi versi disemak semula, mencipta merupakan puncak bagi hirarki tersebut. Dalam hal yang berkaitan, berfikir secara kreatif (mencipta) adalah lebih kompleks daripada berfikir secara kritikal (menilai). Seseorang murid boleh berfikir secara kritikal tanpa menjadi kreatif tetapi murid yang kreatif memerlukan cara berfikir yang kritikal. Dengan itu, menilai seharusnya berada pada hirarki yang lebih bawah daripada mencipta.Istilah-istilah baru tersebut didefinisikan seperti yang terdapat dalam Jadual 1 di bawah ini.Jadual 1: Istilah dan definisi bagi Taksonomi Bloom yang disemak semulaIstilahDefinisi

MengingatMendapatkan kembali, mengeluar kembali dan mengingat semula pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang.Contoh perkataan: Kenal pasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan, ...Persoalan: Adakah murid boleh mengingat semula maklumat?

MemahamiMembina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan.Contoh perkataan: Buat interpretasi, Berikan contoh, Ringkaskan, Buat parafrasa, ...Persoalan: Adakah murid boleh menjelaskan idea atau konsep?

MengaplikasiMenggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu.Contoh perkataan: Dengan menggunakan, Laksanakan, Hitungkan, ...Persoalan: Bolehkah murid menggunakan pengetahuan baru dalam situasi biasa yang lain?

MenganalisisMemecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan, menyusun atur dan attributing.Contoh perkataan: Bandingkan, Susun atur, Susun semula, ...Persoalan: Adakah murid boleh membezakan antara bahagian-bahagian kecil?

MenilaiMembuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui semakan dan kritikan.Contoh perkataan: Berikan hujah anda, kritik, sokong, ...Persoalan: Adakah murid boleh menjustifikasikan sesuatu keputusan atau tindakan yang diambil?

MenciptaMenyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau struktur baru melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan.Contoh perkataan: Rekakan, Binakan, Rancangkan, Hasilkan, ...Persoalan: Adakah murid boleh menjanakan produk baru, idea baru atau pandangan yang baru?

Perubahan StrukturTaksonomi Bloom yang lama mempunyai hanya satu dimensi. Manakala versi yang disemak semula terdiri daripada dua dimensi iaitu Dimensi Pengetahuan dan Dimensi Proses Kognitif. Dimensi Pengetahuan memfokuskan kepada jenis pengetahuan yang dipelajari yang dibahagikan kepada empat bentuk iaitu pengetahuan fakta, konsep, prosedur dan metakognitif. Dalam hal ini, metakognitif merujuk kepada kesedaran terhadap kefahaman diri dan mampu memperbaiki kefahaman tersebut jika berlaku kesalahfahaman. Sementara Dimensi Proses Kognitif memfokuskan proses yang digunakan untuk belajar iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Jadual 2 di bawah menunjukkan hal ini.Jadual 2: Taksonomi Bloom yang disemak semulaDimensi PengetahuanDimensi Proses Kognitif

MengingatMemahamiMengaplikasiMenganalisisMenilaiMencipta

Pengetahuan faktaSenaraiListRingkaskanSummariseKlasifikasiClassifyAturanOrderSusunanRankGabungkanCombine

Pengetahuan konsepTerangkanDescribeInterpretInterpretEksperimenExperimentHuraiExplainTaksirAssessRancangkanPlan

Pengetahuan prosesBentangkanTabulateRamalkanPredictHitungkanCalculateBezakanDifferentiateSimpulkanConcludeGubahCompose

Pengetahuan meta-kognitifKegunaan sesuaiAppropriate useLaksanakanExecuteBinakanConstructRumuskanAchieveTindakanActionWujudkanActualise

Perubahan PenekananBagi versi yang lama, Bloom menyatakan bahawa taksonomitersebut telah digunakan secara tidak dijangka (unexpectedly) oleh ramai orang (Bloom, 1956). Taksonomi ini sesuai digunakan bagi murid di peringkat awal persekolahan mereka. Manakala taksonomi yang disemak semula menekankan sasaran penggunaanyakepada pengguna yang lebih ramai. Sasaran ini termasuklah murid di sekolah rendah, menengah serta pelajar di universiti atau kolej. Penekanan ini berasaskan anggapan bahawa taksonomi yang disemak semula adalah alat yang lebih tulen (authentic) untuk merancang kurikulum, penyampaian instruksional dan pentaksiran (oz-TeacherNet, 2001) (dalam Forehand, 2004).Contoh Ayat dan AktivitiJadual 3: Contoh ayat dan aktiviti bagi taksonomi yang disemak semulaKategoriContoh Permulaan AyatAktiviti dan hasil

MengingatApakah yang berlaku selepas ...?Berapakah bilangan ...?Apakah yang dimaksudkan...?Siapakah orang ...?Namakan ...?Ceritakan apakah yang berlaku...Siapakah yang bercakap ...?Manakah yang benar atau palsu...?Kenal pasti siapa...?Namakan semua bahan ...?Menyenaraikan kejadian utama.Membuat jadual waktu peristiwa.Membuat carta drpd fakta.Menulis senarai drpd maklumat yang boleh diingat.Membaca sajak/puisi.

MemahamiTuliskan dalam ayat anda sendiri.Terangkan...Apakah yang anda rasa akan berlaku selepas ini?Siapakah yang anda fikir ...?Apakah idea utama ...?Lakarkan jalan cerita ...?Terangkan mengapa watak tersebut ...?

Menggunting atau melukis gambar untuk menunjukkan peristiwa.Melukis kartun untuk menunjukkan turutan peristiwa.Menulis dan membuat persembahan berdasarkan satu cerita.Menceritakan peristiwa dgn ayat sendiri.Menulis laporan ringkas.Menyediakan carta alir.Membuat buku mewarna.

MengaplikasiAdakah anda tahu maklumat lain tentang ...?Bolehkah anda kumpulkan mengikut ciri seperti ...?Apakah faktor yang anda akan ubah jika ...?Apakah soalan yang anda akan tanya ...?Daripada maklumat tersebut, bolehkah anda membina set arahan ...?Bina satu model untuk menunjukkan ...Buat satu diorama untuk menunjukkan ...Buat buku skrap berkaitan ...Buat model tanah liat ...Ambil koleksi gambar foto untuk menunjukkan ...Bina sebuahpuzzle game.Tuliskan buku teks berkaitan topik ...

MenganalisisPeristiwa yang manakah tidak seharusnya berlaku?Jika ... berlaku, apakah kemungkinan penamatnya?Bagaimana ... sama seperti ...?Apakah kemungkinan lain ...?Mengapakah ... perubahan berlaku?Terangkan apa yang sepatutnya berlaku ...?Bolehkan anda bezakan ...?Apakah punca di sebalik ...?Apakah masalah dihadapi ...?Mereka bentuk soal selidik untuk mendapatkan maklumat.Menulis iklan untuk menjual produk.Membuat carta alir untuk menunjukkan peringkat kritikal.Membina graf untuk menunjukkan maklumat khusus.Membuatfamily-treeuntuk menunjukkan pertalian.Membuat drama ttg apa yang dipelajari.Menulis biografi orang yang dikaji.Menyediakan laporan.

MenilaiAdakah lebih baik ...?Berikan hujah anda ...Pertahankan pernyataan ...Adakah baik atau buruk ...?Bagaimanakah anda akan mengatasi masalah ....?Apakah perubahan yang ...?Adakah anda percaya ...?Apakah yang anda rasa, sekiranya ...?Setakat manakah keberkesanan ...?Sejauh manakah anda yakin ...?

Melaksanakan debat.Menulis buku peraturan dan yakinkan pembaca.Menubuhkan panel untuk membincangkan pandangan.Menulis surat nasihat terhadap keperluan perubahan.Menulis Laporan Tahunan.Menyediakan kertas kes untuk menjelaskan pandangan.

MenciptaHasilkan satu binaan ...Cadangkan satu penyelesaian munasabah ...Apakah akan berlaku sekiranya .?Kemukakan kertas cadangan ...Berapa banyak carakah ...?

Mencipta mesin.Mereka bentuk bangunan.Mereka produk baru.Menulis tentang perasaan...Menulis cereka, lagu, sajak...Mereka bentuk kulit album

Kepentingan Taksonomi BloomTaksonomi Bloom yang terdiri daripada enam aras telah digunakan sejak lama dahulu oleh guru di merata dunia. Taksonomi ini merupakan pengelasan secara sistematik bagi proses berfikir dan belajar. Pengelasan ini membantu guru mengukur keupayaan murid mereka.Aras yang tinggi dalam hirarki, memerlukan penguasaan terhadap aras yang lebih rendah. Contohnya, jika seseorang murid itu mampu menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti menganalisis; maka mereka dianggap telah menguasai hirarki yang lebih bawah iaitu aktiviti mengingat, memahami dan mengaplikasi.Dengan perkembangan drastik dalam bidang pendidikan, taksonomi yang disemak semula menyediakan alat yang lebih sesuai untuk digunakan oleh guru-guru. Struktur yang baru memaparkan konsep yang menyeluruh dan jelas berkait denganpenyelarasan antara piawaian dan matlamat pendidikan, objektif, produk dan aktiviti (Krathwohl, 2002). Penyelarasan objektif pendidikan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan merupakan satu keperluan. Bagi Malaysia, penyelarasan ini telahpun berlaku dengan wujudnya sistem pendidikan kita yang berpusat. Oleh itu, penggunaan taksonomi yang disemak semula ini bukan merupakan masalah yang besar bagi guru-guru di Malaysia.Definisi

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) adalah jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai topik-topik dan objektif-objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan diuji.

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur yang dapat memberi panduan serta gambaran untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan yang lengkap yang mempunyai taburan pemberatan dan taburan aras kesukaran yang sesuai mengikut tahap bagi membina ujian yang tinggi nilai keesahannya.

Pembinaan JSU adalah amat penting pada peringkat awal sebelum pembinaan item-item dalam soalan ujian yang akan dilaksanakan.

Fungsi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

1. Ujian dapat dibina secara terancang dan sistematik.

2. Sebagai panduan kepada penggubal soalan agar memudahkan membina soalan.

3. Menentukan bidang atau topik-topik dan objektif pengajaran yang perlu diuji.

4. Menentukan bidang/topik-topik dan pemberatan yang akan diberi.

5. Menentukan aras soalan dan bilangannya.

6. Menyelaras aras kesukaran dan menstabilkan taraf dan mutu ujian .

7. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

8. Membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.

9. Membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain.

10. Ujian dapat dibina secara terancang dan sistematik.

11. Sebagai panduan kepada penggubal soalan agar memudahkan membina soalan.

12. Menentukan bidang atau topik-topik dan objektif pengajaran yang perlu diuji.

13. Menentukan bidang/topik-topik dan pemberatan yang akan diberi.

14. Menentukan aras soalan dan bilangannya.

15. Menyelaras aras kesukaran dan menstabilkan taraf dan mutu ujian .

16. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

17. Membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.

18. Membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain.

Kepentingan JSU

1.Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

2Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

3.Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

4.Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

5.Kertas ujian dapat digubal secara sistematik.

6.Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.

7.Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

8.Memberi panduan untuk membentuk soalan.

9.Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.

10.Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.

11.Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.

12.Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

13. Menjadikan soalan-soalan Bahasa Melayu lebih menarik.

ARAS KEMAHIRAN BIDANG KOGNITIF ITEM ANEKA PILIHAN

KATEGORI TAKSONOMI BLOOM

Aras kemahiran bidang kognitif

1. Pengetahuan

Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, dan definisi.

contoh:Manakah, Apakah ,Siapakah, Berikan, Senaraikan dan Nyatakan .

2. Kefahaman

Menguji kebolehan calon memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum, teori , rumus yang dipelajari.

Contoh:Huraikan, Jelaskan, Terangkan, Tukarkan, Mengapakah.

3. Aplikasi

Menguji kebolehan calon menggunakan fakta, konsep, teori, rumus pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Contoh: Kirakan , Selesaikan Demostrasikan, Susunkan, Gunakan dan Aturkan. 4. Analisis

Menguji kebolehan calon membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. Contoh :Bezakan, Bandingkan, Asingkan ,Tafsirkan ,Bahagikan, Klasifikasikan, Kategorikan.5.Sintesis

Menguji kebolehan calon mencantumkan , menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea berkaitan.

Contoh:Gabungkan, Mereka-bentuk, Kumpulkan, Susunkan ,Gubahkan Karangkan .

6. Penilaian

Menguji kebolehan calon membuktikan, menilai, mengesah, mengkritik, merumus atau memberi pendapat tentang sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Contoh:Nilaikan ,Rumuskan ,Tafsirkan, Kritikan, Bandingkan Ulaskan,Bezakan, Huraikan dan Buktikan.

Contoh Soalan mengikut Aras

SoalanBahasa Melayu Pemahaman UPSR Tahun 2011

1. Bapa Farah seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta.______________bertugas di hospital itu sejak tiga tahun yang lalu.

A. Beliau

B. Saya

C. Dia

D. Aku

Aras: Pengetahuan

2. Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga_____________, kata dayang kepada Laksamana.

A. beta

B. patik

C. tuanku

D. baginda

Aras: Pengetahuan

31. Apakah tujuan utama Hari Kantin diadakan ?

A. Mengumpulkan wang bagi persatuan di sekolah

B.Membeli buku-buku untuk sudut bacaan

C.Menjual pelbagai jenis barang

D.Membuka gerai-gerai jualan.

Aras: Pemahaman12.Klinik Hassan terletak di___________ bank________ Restoran Muhibah.

A. sebelah.dan

B.samping. serta

C. tengah..antara

D. antaradengan

Aras: Aplikasi

Soalan Bahasa Melayu Penulisan UPSR Tahun 2011

BAHAGIAN A

Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.

Aras: Aplikasi

BAHAGIAN B

1. Cuti sekolah boleh dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.

Tuliskan karangan tentang aktiviti-aktiviti yang kamu lakukan semasa cuti sekolah.

Aras: Analisis

BAHAGIAN C

Tuliskan lima nilai murni berdasarkan petikan.

Aras: Analisis

Ciri-ciri soalan objektif aneka pilihan

1. Item / soalan dikemukan bersama-sama dengan beberapa pilihan jawapan.

2. Item jenis ini terdiri daripada satu masalah dan beberapa pilihan jawapan

yang munasabah kepada masalah tersebut.

3. Aneka Pilihan dibahagikan kepada pokok soalan dan pilihan.

4. Pokok soalan boleh mempunyai rangsangan.

5. Satu daripada pilihan adalah jawapan dan pilihan yang bukan jawapan

dinamakan pengganggu.

JENIS-JENIS ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN

*Antonim

*Sinonim

*Jawapan disenaraikan

*Interpretif

*Mencari kesilapan

*Cantuman

*Kloz

CONTOH-CONTOH ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN

Soalan atau pernyataan tidak lengkap diikuti oleh beberapa pilihan jawapan.Hanya satu jawapan sahaja yang betul. Yang lain adalah pengganggu.

Contoh:

Apakah peranan paling penting yang dimainkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam sistem prasekolah kini?

(A) Mempereratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat.

(B) Menjayakan hari penyampaian hadiah dan hari sukan sekolah.

(C) Mengutip derma untuk murid-murid yang kurang kemampuan.

(D) Mengawasi pentadbiran sekola dan pengurusan hal ehwal murid.

Jawapan Betul : A

Analogi

Soalan dalam bentuk pasangan perkataan diikuti dengan empat atau lebih pasangan perkataan sebagai pilihan jawapan.Calon memilih pasangan pilihan yang berkaitan dengan pasangan soalan.

Contoh:

periuk - nasi

(A) kuali-ikan

(B) cawan-kopi

(C) lesung-sambal

(D) keranda-mayat

Antonim (berlawanan) dan Sinonim (bersamaan)

Soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf . Besar dan diikuti dengan empat atau lebih perkataan pilihan. Pilih perkataan yang berlawanan/bersamaan dengan perkataan berhuruf besar.Contoh:

PEMARAH

(A) Peramah

(B) Penyabar

(C) Pendamai

(D) Pengampun

Item Interpretif

Soalan yang dibentuk berdasarkan sesuatu rangsangan yang mungkin berupa graf, peta, rajah, jadual atau petikan karangan. Item begini biasanya dapat mengukur peringkat kognitif yang lebih tinggi

Contoh:

Dalam satu pengajaran , guru memilihkemahiran yang berikut untuk diajar iaitu:

Kemahiran Utama

I.9 Melafazkan puisi dengan gaya pengucapan yang sesuai.

Kemahiran Sampingan

2.7 Membaca dan memahami kata dan frasa yang terdapat dalam pelbagai bahan puisi.

Apakah aktiviti yang paling sesuai dijalankan?

(A) Menulis sajak

(B) Manghayati sajak

(C) Mendeklamasikan sajak

(D) Mancari perkataan sukar Kloz (Cloze)

Soalan dibuat dengan memotong/memadankan perkataan-perkataan pada sesuatu karangancatau cerita pendek.Calon dikehendaki menulis/mengisi setiap tempat yang dikosongkan itu.Soalan kloz biasanya adalah berhubung (context) dan kadang kala merupakan satu perenggan atau lebih.

Contoh:

Pada musim cuti yang _________, saya dan keluarga

telah ________ ke Pulau Pinang untuk melawat ibu saudara

saya yang menetap______.

Semasa berada di sana, kami _______ dibawa oleh

ibu saudara saya ke beberapa ________ peranginan.

Rumusan

Dalam penilaian,ujian JSU memainkan peranan yang penting kerana dapat menguji tahap kebolehan seseorang pelajar dengan betul. Justeru itu, JSU wajar diguna pakai oleh guru bagi mengadakan ujian. Oleh itu, saya berpendapat, semua soalan yang digubal perlu berdasarkan pada JSU yang telah ditetapkan agar keputusan markah yang diperolehi adalah rasional dan mampu dijadikan nilai keesahan yang tinggi.

Selain daripada menjadikan kerja pentaksiran yang ingin dilaksanakan menjadi mudah, ia juga membantu memudahkan lagi pembinaan item-item soalan yang dikendaki mengikut ketetapan yang telah dibuat melalui pembinaan JSU.

Hal ini secara tidak langsung memudahkan kerja guru memberi markah mengikut system permarkahan standard dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah khususnya.JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

Bahagian A: Soalan Objektif

NOMBOR SOALANTAJUK/ BIDANGARAS KESUKARAN

123456

1Tatabahasa: Kata nama/

2Tatabahasa: Kata ganti nama/

3Tatabahasa: Kata sendi nama/

4Tatabahasa: Imbuhan/

5Tatabahasa: Penjodoh bilangan/

6Tatabahasa: Kata hubung/

7Nilai dan Teladan/

8Tatabahasa: Kata adjektif/

9Tatabahasa: Kata ganda/

10Peribahasa/

11Tatabahasa: Penggunaan kata/

12Tatabahasa: Penggunaan kata/

13Tatabahasa: Ayat Tanya/

14Tatabahasa: Ayat penyata/

15Tatabahasa: Ayat penyata/

16Tatabahasa: Penggunaa ayat/

17Tatabahasa: Penggunaan ayat/

18Soalan petikan 1/

19Soalan petikan 1/

20Soalan petikan 1/

ARAS KESUKARANRendah9

Sederhana5

Sukar6

JUMLAH ITEM20

Bahagian B: Soalan struktur

Nombor SoalanTajuk/ BidangAras KesukaranItem

123456

1

(A) Nilai dan Teladan/5

(B) Kata Kerja/5

2(A) Kepengggunaan/5

(B) Kata Dasar/5

3 Kata Sendi Nama/10

4(A) Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk/5

(B) Kata Hubung

/

5

Jumlah Item40

Bahagian C: Soalan Esei

NomborTajuk/ BidangAras KesukaranItem

Soalan123456

1

Tema : Alam Sekitar/1

2Tema: Kesusateraan/1

Jumlah item2

ARAS TAKSONOMI BLOOM:

1:Pengetahuan

2:Kefahaman

3:Aplikasi

4:Analisis

5:Sintesis

6:Penilaian

REFLEKSI

Nama: Sabariah binti Bahrum

No. KP: 750318-10-5666

Beberapa minggu lalu, kami telah mendapat tugasan BBM 3033: Pentaksiran dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Melalui tugasan ini, kami dikehendaki untuk membuat ujian Bahasa Melayu berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang telah digubal. Tugasan ini dilakukan secara berpasangan.

Semasa menerima tugasan ini, saya berasa sangat teruja kerana berpeluang untuk membuat soalan ujian Bahasa Melayu yang tidak pernah dilakukan selama ini. Semasa nmenyiapkan tugasan ini, saya dan rakan sekumpulan banyak melakukan rujukan melalui buku dan internet. Rujukan ini sangat penting bagi memastikan JSU dan ujian yang dibuat menepati standard tugasan yang dikehendaki. Selain itu, pensyarah telah banyak member bimbingan. Oleh kerana kam belum mempunyai pengalaman menggubal soalan, kami telah banyak bertanya. Penerangan diberikan pensyarah sangat membantu kami dalam melaksanakan tugasan ini.

Semasa menyiapkan tugasan ini, beberapa kesukaran telah kami hadapi. Antaranya ialah kurangnya pengalaman merancangan JSU. Melalui rujukan yang telah kami lakukan, JSU mempunyai pelbagai bentuk. Maka, adalah sukar bagi kami untuk menentukan mana satu yang betul. Selain itu, saya dan rakan juga menghadapai kesukaran dalam menentukan aras bagi setiap soalan. Kekeliruan dan percanggahan pendapat sering kali berlaku. Namun, berkat perbincangan dengan rakan dan bimbingan daripada pensyarah, segala kesulitan telah berjaya diatasi. Walaupun mungkin terdapat banyak kesilapan, namun saya berpuas hati kerana telah memperolehi pengalaman berharga ini.

Banyak ilmu serta pengalaman baru yang telah saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah manambahkan pengetahuan saya tentang Taksonomi Bloom. Aras kognitif taksomi tersebut perlulah difahami dengan betul bagi memudahkan penggubal soalan menyediakan soalan peperiksaan yang berkualiti.

Apa yang saya harapkan ialah segala pengalaman yang telah diperolehi ini dapat digunakan di masa hadapan. Tambahan pula, telah menjadi tugas seorang guru untuk memberi penilaian terhadap murid-muridnya. Ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid terhadap sesuat tajuk yang telah diajarkan.

Bibliografi

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009).

Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn.Bhd

Khairuddin Mohamad, (2011).Literasi Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn.Bhd.Kamaruddin Hj. Husin, (1999).Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Jabatan Pendidikan Khas (1999a).Buku panduan perlaksanaan program

pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur.

Ahmad Fazil IPTS. (2008), PISMP Literasi Bahasa. Jabatan Pengajian Melayu.

PROGRAM:

PROGRAM PENSISWAZAN GURU

IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN

KEPUJIAN / SEMESTER 6, 2014

NAMA GURU : ROSLAH BINTI ISHAK

NOMBOR KP: 670819-06-5084

ANGKA GILIRAN: 2012111360080

NAMA GURU : SABARIAH BINTI BAHRUM

NOMBOR KP: 750318-10-566

ANGKA GILIRAN: 2012111360082

KURSUS: BMM 3033

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU

SEKOLAH RENDAH

KOD KURSUS: PSV 3123

KUMPULAN/UNIT:

PSV AMBILAN FEBRUARI 2012

TARIKH MULA:

10.08.2014

TARIKH HANTAR:

27.09.2014

NAMA PENSYARAH:

ENCIK ABDUL MAJID BIN MIN

Penilaian

Pentaksiran

Pengujian

54