Click here to load reader

Bmm sem4 kk

  • View
    448

  • Download
    4

Embed Size (px)

Text of Bmm sem4 kk

  • 1. Tugasan Kerja Kursus Projek Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bermula dengan satu perancangan yang berkualiti. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti memerlukan kemahiran guru untuk mengaplikasikan teori-teori pemerolehan bahasa yang boleh digunakan sebagai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk memupuk dan memperkembang potensi murid. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Bahagian A: Penghasilan Esei Pendek (20%) 1. Teori Huraian Bahasa Teori huraian bahasa ialah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa. Oleh yang demikian,kita dapat memahami teori huraian bahasa sebagai pendapat yang memerihalkan teori dalam bahasa;iaitu pandangan atau pemikiran tokoh-tokoh tentang huraian bahasa. Teori huraian bahasa juga menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang diajarkan boleh dihurai. Penerangan ini penting bagi menentukan butir-butir yang hendak dijadikan bahan pengajaran dan prosedur-prosedur mengajar. Bahan dan prosedur pengajaran inilah yang digunakan untuk menyampaikan isi pengajaran.a. Nahu Tradisional Teori Tradisional (Panini) Teori Tradisional oleh Panini (ahli tokoh fonetik India) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Di samping itu, semua penutur diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.

2. Oleh hal demikian, kajian-kajian mereka dibuat berasaskan falsafah. Selain itu, bahasa juga merupakan satu bidang yang dapat membantu mereka menyelidik tabii alam. Kajian orang Yunani meliputi aspek-aspek tatabahasa yang ada pada masa itu, contohnya penggolongan kata kerja, kata sendi, kata seru dan kata partikel. Kajian bahasa ini dilanjutkan oleh orang Romawi, Arab dan India. Orang Romawi mengkaji bahasa Latin, sarjana-sarjana Arab menjalankan kajian terhadap bahasa Arab dan pendeta-pendeta India seperti Panini pula menghuraikan bahasa Sanskrit.b. Tatabahasa Struktural Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Saussure dan Otto Jespersen. Mereka telah memfokuskan aspek penghuraian struktur bahasa di dalam pengkajian mereka dimana mereka berpendapat bahawa bahasa ialah sistematis, mempunyai tatabahasa yang tersendiri, hidup dan berubah. Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara fonem sebagai unit tatabahasa , dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen terdekat. Dalam kajian nahu pula mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai sistem yang mempunyai ciri peraturan, sistem, arbitari untuk perhubungan. Mereka menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Golongan struktural juga berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka juga berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran.c. Tatabahasa Transformasi Generatif Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky ini bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang baharu. Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan 3. bahasa pertama terlebih dahulu. Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami stuktur luaran dan stuktur dalaman. Teori tradisional dan struktural mempunyai beberapa kekurangan, oleh hal demikian, wujudlah teori generatif ini. Generatif membawa maksud menerbitkan iaitu bermula dengan unsur-unsur yang terhad kemudian akan bertambah dan berkembang untuk menerbitkan unsur lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu. Manakala transformasi pula bermaksud menukar atau mengubah, iaitu menulis semula. Kesimpulannya, ia membawa makna menuliskan semula bentuk struktur ayat asas atau ayat asal kepada bentuk struktur yang lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asalnya.d. Teori Fungsional Halliday dan Wilkins mempelopori teori fungsional. Teori ini berkembang pada tahun 1960- an dan 1970-an. Penteori ini mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Di samping itu, mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat pertuturan. Oleh hal yang demikian, dapatan mereka ini mementingkan aspek semantik. Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa tidak boleh dinafikan. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Golongan ini beranggapan bahawa pengukuhan bahasa adalah secara verbal dan non-verbal. Aliran dan golongan ini bukan sahaja mengkaji bahasa daripada segi struktur tetapi memberi perhatian juga kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.2. Teori Pemerolehan Bahasa 4. a. Teori Behavioris Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan bahasa. Ia dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan dalam teori ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola ( bermula daripada senang kepada yang lebih susah ) . Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran. Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan. Kemudiannya pembelajaran bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa. Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa turut diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada polapola yang senang kepada yang lebih susah. Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran yang merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa, pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan lain-lain bertindak sebagai pengukuh. Mengikut prinsip ini, sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguhkan oleh guru dengan cara memberi pengukuhan seperti yang disebutkan di atas. 5. Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Hal ini merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan.Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu : Latihan yang dikukuhkan -> pembelajaran -> perubahan tingkah laku Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah. Bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh murid-murid. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu. Keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar. Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan.Cara Mempelbagaikan Situasi Pembelajaran: 6. 1. Pelbagaikan tingkah laku. 2. Pelbagaikan pengalihan saluran deria. 3. Pelbagaikan pola interaksi guru dan murid. 4. Pelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan, strategi dan alat-alat bantu mengajar. 5. Menggunakan pendekatan induktif (contoh diberi terlebih dahulu sebelum dijelaskan)b. Teori Kognitif Teori Kognitif telah dikembangkan oleh seorang psikologis Swiss pada sekitar tahun 1896-1980, iaitu Jean Piaget. Menurut Abd Aziz Talib (2000), teori kognitif ini berkait rapat dengan perkembangan mental. Teori ini memandang pembelajaran bahasa sebagai satu kebolehan khas manusia secara semulajadi. Teori ini menekankan kefahaman struktur bahasa yang dipelajari kerana dipercayai bahawa pengetahuan tentang pemahaman struktur bahasa itu yang memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa tersebut. Teori ini turut menekankan pentingnya proses pemikiran dalam pembelajaran dan memberi perhatian kepada pengaruh faktor dalaman dalam pembelajaran. Antara ahli psikologi kognitif yang terkenal termasuklah Jerome Brunner, David Ausubel dan Jean Piaget. Kerja mereka mempunyai hubungan langsung dengan pembelajaran di bilik darjah. Teori dan penyelidikan mereka bertumpu kepada kajian terhadap bagaimana maklumat di proses dalam otak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Jean Piaget : Perkembangan Kognitif 7. Teori Piaget telah mengemukakan bahawa terdapat empat peringkat perkembangan pemikiran;1)Kesedaran deria motor Tahap kesedaran deria motor ini melibatkan kanak-kanak yang berusia satu hari sehinggalah umurnya mencecah dua tahun. Dalam tahap ini, kanak-kanak mampu untuk membentuk skema bahasa dan struktur kognitif mereka sendiri. Mereka turut membentuk simbolik bahasa mereka yang tersendiri.2)Pemikiran praoperasionalPemikiran praoperasional ini pula berlaku pada tahap umur mereka dua tahun sehinggalah menceceah tujuh tahun. Pada tahap ini, penguasaan bahasa mereka semakin berkembang dan berlakunya pertambahan kosa kata dalam pembelajaran bahasa seiring dengan perkembangan bahasa mereka.3)Pemikiran konkritPada usia mereka mencecah tujuh tahun sehinggalah dua belas tahun, kanak-kanak ini sudah mampu untuk menguasai kemahiran hukum pengekalan, konsep perhubungan, pengkategorian dan juga persirian dalam pembelajaran mereka. Pada usia ini, pembelajaran mereka menjadi semakin berkembang.4)Pemikiran formalPemikiran formal ini terjadi pada usia dua belas tahun keatas. Mereka menjadi lebih matang dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Ini seiring dengan kebolehan mereka 8. untuk menyelesaikan masalah yang lebih abstrak berikutan dengan perkembangan mental dan kematangan akal fikiran.c. Teori Mentalis Teori mentalis pula menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan. Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut: Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan. Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa muridmurid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti. 9. Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama dalam kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru itu, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan. Keempat, penyampaian bermakna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan murid-murid menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik. Seterusnya yang kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya. (bahasa Inggeris diterjemahkan kepada bahasa Melayu) Manakala yang keenam pula adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif (penerangan dahulu,kemudian disusuli dengan contoh) dan tatabahasa disampaikan secara formal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.d. Teori Interaksionalisme Teori Interaksionalis telah dipelopori oleh Halliday. Perkembangan teori ini telah berlaku sekitar tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Antara ahli-ahli bahasa yang turut menunjangi teori ini adalah seperti Bloom (1979), Bowennan (1973-1976) dan juga Grommer (1976). Mereka bersependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak itu. Ini berikutan dengan kemahiran kognitif kanak-kanak yang hanya membolehkan mereka mentafsir makna 10. tetapi tidak menjamin tafsiran tersebut boleh dinyatakan atau dilahirkan dalam bentuk bahasa. Menurut pandangan ahli-ahli interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Mereka juga menganggap bahawa penyampaian semantik (makna) adalah penting, dan harus berjalan seiringan dengan struktur bahasa agar para pelajar dapat menggunakan sistem bahasa dengan betul. Teori Interaksionalis memandang pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan proses ini melibatkan mental dan liguistik. Teori ini turut menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan struktur-struktur bahasa dengan betul terutamanya dari segi tatabahasa dan makna. Ini adalah penting bagi membolehkan mereka berkomunikasi dalam masyarakat dengan baik dan berkesan. Guru-guru disarankan supaya memberi banyak latihan kepada murid-murid. Prinsip-Prinsip Aliran Interaksionalis Prinsip Pertama, makna adalah lebih diutamakan dalam setiap komunikasi bahasa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya secara strukturalnya sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk berinteraksi. Dalam prinsip kedua, Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan mempunyai hubungan yang rapat. Teori Interaksionalis ini mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan juga struktur bahasa. Seterusnya, prinsip ketiga menyatakan bahawa teori ini menekankan penumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk-bentuk aktiviti yang bermakna, maka para pelajar akan dapat menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih. 11. 2.Strategik Didik Hibur dalam P d P Bahasa Melayu KSSR Bercerita dan Menyanyikan Lagu(Muzik) Saya memilih strategik Didik Hibur bercerita dan menyanyikan lagu di dalam pengajaran dan pembelajaran kerana beberapa sebab yang saya rasa memang member banyak manfaat dan kebaikan kepada murid-murid semasa pembelajaran di jalankan. Pengenalan. Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Definisi Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran danpembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.Latar Belakang Didik Hibur Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran ber mula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam 12. Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Je nis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.Contoh-contoh didik hibur ialah bercerita, menyanyi, boneka, simulasi, lakonan dan banyak lagi. Semasa pembelajaran yang dibuat saya telah memilih teknik didik hibur bercerita dan menyanyi lagu semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. A/ Teknik bercerita Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene, 1976) manakala Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaan boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal. Melalui bercerita pengajaran dan pembelajaran menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasi sambil berhibur disamping mengingati fakta-fakta penting. Selain dari itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan pengajaran, pengetahuan serta perkongsian pengalaman. Kaedah bercerita ini juga sesuai untuk murid-murid terutamanya dikelas pertengahan ke hujung kerana kaedah ini dapat menarik perhatian murid-murid yang kurang berminat untuk belajar. Oleh itu mereka boleh belajar sambil berhibur. Hal ini kerana, sedikit sebanyak guru-guru akan dapat membantu murid menguasai kemahiran bahasa di samping membantu mereka dalam penguasaan 3M. 13. Kelebihan Teknik Bercerita Pertama, melalui penyampaian cerita, saya dapat membina satu suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian kerana cerita merupakan bentuk seni sastera yang memiliki keindahan dan kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan mempunyai hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid. Jika saya berjaya membina suasana penceritaan yang menyenangkan dan mengasyikkan, mereka juga akan lebih menumpukan perhatian sepenuhnya dan akan memudahkan mereka memahami cerita yang disampaikan. Pemahaman murid terhadap cerita boleh diuji menerusi soal jawab antara guru dan murid mengenai pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang disampaikan serta murid mampu untuk merumuskan isi-isi penting dalam cerita. Hal ini seterusnya dapat mencerna minda dan daya imiginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kedua, cerita yang penuh dengan nilai-nilai murni mampu menanamkan sikap jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif lain yang berguna dalam pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid. Mereka akan menjadikan nilai dan tauladan yang diperoleh menerusi sesebuah cerita sebagai panduan untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Sebagai contoh, guru meminta murid melakonkan watak dalam cerita. Hal ini bukan sahaja dapat disematkan dalam fikiran dan jiwa murid, malah dapat memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri serta sikap positif dalam pembelajaran. Hal ini selaras dengan objektif utama program pemulihan dalam KBSR. Ketiga, melalui teknik bercerita, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif mereka. Kebiasaannya, cerita-cerita yang dipilih dan diceritakan oleh guru, mempunyai perkaitan dengan persekitaran murid. Selain itu, murid juga dapat dipupuk dengan rasa peka serta prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Jadi, sedikit sebanyak guru dapat membantu dalam meluaskan ilmu pengetahuan murid dan kesedaran diri serta tanggungjawab mereka dalam masyarakat. Perkembangan kognitif mereka juga akan bertambah berikutan pengalaman dan pengetahuan yang baru diperoleh. 14. Keempat, terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca yang berlaku ketika murid-murid mendengar atau membaca cerita dapat membantu mereka menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat. Jika dikaitkan dengan pendidikan pemulihan sama ada pemulihan khas atau biasa, guru boleh menggunakan teknik ini dalam usaha membantu penguasaan kemahiran membaca dan menulis. Guru harus memastikan aktiviti pengajaran saling berkait rapat dan berjalan dengan lancar.B/ Teknik Menyanyi Lagu Muzik merupakan satu elemen yang boleh diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penyerapan elemen muzik, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai untuk pelbagai subjek. Contohnya subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, dan sebagainya. Setiap unsur muzik yang diserapkan perlu mempunyai hubungkait dengan subjek yang diajar. Selain itu, terdapat juga sesetengah lagu yang mempunyai unsur-unsur pendidikan seperti lagu Anak Ayam dan Sepuluh Budak Hitam yang berunsurkan Matematik dan lagu Bangau Oh Bangau yang mengandungi unsur-unsur Sains. Selain itu, guru juga boleh menggubah lirik yang berunsurkan subjek yang diajar dan dipadankan dengan melodi yang sesuai untuk proses pengajaran dan pmbelajaran. Hal ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik. Penerapan unsur muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu langkah yang baik dan wajar dilakukan oleh guru untuk mewujudkan satu kaedah mendidik yang lebih menyeronokkan. Langkah ini dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik. 15. Prinsip Nyanyian( i ) Elak memilih lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang betul dan salah dari segi tatabahasa. Ia juga tidak seharusnya mengandungi bahasa pasar, ( ii ) Pilihlah lagu yang mempunyai melodi yang senang dipelajari dan diingati.Sebaik-baiknya murid sudah mampu melagukan melodinya sebelummempelajari lirik lagu tersebut. ( iii ) Lagu yang dipilih mempunyai kelajuan yang sederhana, iaitu tidak terlalu lambatdan tidak terlalu cepat. Lagu yang melodinya biasa didengar serta mudah dansenang diingat perlulah diberikan keutamaan. ( iv ) Pilih lagu yang mempunyai banyak pengulangan seperti pengulangan melodi,perkataan dan sebagainya. Pengulangan memudahkan murid menguasai bahasa yang hendak dipelajari. Ini kerana pembelajaran bukan sahaja berlaku melalui penyampaian yang baik tetapi juga melalui pengulangan bahan pembelajaran .( v ) Sebaik-baiknya lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita. Seperti kisahseseorang yang menceritakan sesuatu perasaan, pandangan atau pendapat.Contohnya lagu Balik Kampung dan Ayah dan Ibu nyanyian Sudirman Hj.Arshad, Perigi Biru nyanyian Dato M. Daud Kilau dan sebagainya. ( vi ) Bagi murid-murid yang berada ditahap rendah, lagu yang dipilih perlu mengandungi perbendaharaan kata yang terhad. Elakkan juga memilih seni kata lagu yang ada ayat yang pelbagai jenis kerana boleh menganggu pembelajaranmerekab. Kebaikan Aktiviti Nyanyian ( i ) Menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada prosespembelajaran tetapi juga pengalaman baru murid-murid sewaktu mempelajaribahasa. Ini mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika sesipengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. ( ii ) Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru murid-murid berpeluangbelajar dalam suasana yang menyeronokkan. ( iii ) Menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi kerana ia merupakan aktiviti yangtertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya. 16. ( iv ) Menyanyi memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat sepenuhnyadalam aktiviti pembelajaran dan biasanya melibatkan seluruh bilik darjah. ( v ) Menyanyi dapat membantu murid-murid mengingat kembali bahasa yangdipelajari dengan lebih baik berbanding aktiviti lain. Rentak, irama dan melodisemuanya boleh menerapkan perkataanperkataan yang dipelajari ke dalam otaksecara berkesan. ( vi ) Lagu juga membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan,intonasi, rima dan tekanan, struktur serta bentuk ayat. ( vii ) Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran guru yang menarikElemen Didik Hibur dalam Aktiviti Nyanyian ( i ) Santai Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang digemari. ( ii ) Lucu Mengubahsuai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri. ( iii ) Seronok dan gembira Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan. ( iv ) Semangat mencuba Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas daripadatema atau perkataan dalam senikata lagu berkenaan. v ) Tidak takut Guru turut menyanyi bersama-sama murid. ( vi ) Tidak stres Murid berasa usaha mereka dihargai guru dan rakan-rakan&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&& Bahagian B: Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) (60%) 1. RPH KSSR beserta mengaplikasikan teknik didik hiburRancangan Pengajaran Harian Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun: 3 Merah 17. Bil. Murid: 37 orangTarikh: 9 Ogos 2013Masa: (60 minit)TEMA : KEBUDAYAANTAJUK : Tarian TradisionalFOKUS Standard Kandungan : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.Standard Pembelajaran : 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i.bercerita dengan tepat tentang tarian tradisional yang diketahui menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.ii.bercerita dengan tepat tentang pakaian tradisional yang terdapat dalam maklumat pantun dan yang dilayari daripada pantun yang dibaca.PENGISIAN KURIKULUM /ELEMEN MERENTAS KURIKULUM: Ilmu: Sivik dan kewarganegaraan, Moral Nilai Murni: Kerjasama, hormat-menghormati Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sivik dan Kewrganegaraan 18. Kewarganegaraan: Berbangga sebagai rakyat Malaysia KBT: Kontekstual Media Pengajaran: SlaidPENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid pernah melihat beberapa tarian tradisional di Malaysia.SISTEM BAHASA: Ayat tunggal ,ayat majmuk Tatabahasa: Kata nama khas Sebutan dan intonasiBAHAN BANTU BELAJAR Slaid power point, kad gambar dan lampiran aktiviti.1. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Isi pelajaranLangkah dan aktiviti P n P Pengisian dan catatanLangkah 11. Murid menayangkanTMKBercerita dengan menyebutslaid power point tentangIlmu: Sivik danperkataan/frasa dengantarian tradisionalKewarganegaraanbetul mengenai tarianberdasarkan kad misteriNilai Murni:tradisional.(gambar tarian ) yang diberiHormat- menghormatiContoh :oleh guru. tarian zapin2. Murid bercerita tentang amelan ggambar Tarian tradisionalNilai: Kasih sayang jogetyang terdapat diTeknik Soal Jawab tarian nagaMalaysia menggunakanTeknik nyanyianfrasa yangTeknik bercerita 19. emazau ssesuai. inangContoh:BBM: tarian zapinLampiran 1 tarian nagaGambar tunggal (carta tarian kipasgambar atau slaid tarian semazaupowerpoint)KP: InterpersonalBercerita menggunakan1. Guru membentukBBM:ayat tunggak atau ayatkumpulan muridLampiran 2majmukdan setiap kumpulanBBB: Kad gambarContoh:diberikan satuKB: Klasifikasi1.Tarian kipas ditarikankad gambar tarianoleh orang Cina.tradisional2. Orang yang menarikanrakyat Malaysia.Tarian naga menggunakan topeng berwajah naga.2. Secara berkumpulan,3. Orang Melayu menarisetiap muridTarian Zapin.memilih untuk menceritakan tentang ciri, warna atau kaum kesesuaian jantina tarian tradisional bilangan orang,bangsa yang terlibat menggunakan ayat tunggal atau ayat majmuk..Bercerita daripada1. Murid diberi cadanganTMK 20. maklumat yangalamat lamandiaksesweb untuk dilayari dan mendapatkan maklumat tentang tarianNilai Murni: Tekun,kaum-kaumKerjasamadi Malaysia yang telah guru tetapkan.BBM: Lembaran Kerja 12. Murid mencatatkanBCB:maklumat yangKonstruktivismetelah diperoleh daripada internet pada lembaran kerja yang diberi.3. Murid atau wakil kumpulan bercerita tentangtarian tradisional berdasarkan maklumat yang telah dicatatkan.Membina dan menulis ayatMurid diberi lembaran kerjaBBM:1.Empat orang lelakiuntuk menulis ayat majmukLembaran kerjasedang menari.ataupun ayat tunggal yang2.Penari itu memakai bajusesuai berdasarkan gambarMelayu dan berseluardalam aktiviti 1.panjang. 3. Warna baju mereka ialah jingga.Bercerita isi 1. BerceritaMurid memadankan namaNilai Murni:yang sesuai bagi tarianSemangat 21. 2. Memadankan namatradisional.bermasyarakatMurid bercerita tentang tarian dan majlis yang sesuai untuk ditarikan.Penilaian1. Murid bercerita tentangNilai Murni:Bercerita dan menulis ayatsalah satu TarianMenghargai,yakin diri.tunggal atau ayat majmuk.tradisional kaum, di Malaysia dan menyatakanPenilaianKelebihannya menggunakan ayat tunggal atau ayat majmuk yang gramatis secara bertatasusila. Pemulihan 1. Bercerita mengenai tarian tradisional.1. Murid secaraPemulihanberpasangan berceritaKB: Mengecamtentang tarian tradisional yang mereka tahu dan pernah lihat.2. Menulis nama tarian- 2. Murid mendengar dan tarian tradisional.menulis jenis-jenis tarian tradisional yang mereka ketahui.Pengayaan 1. Bercerita1.Murid bercerita denganPengayaanrakan tentang caraKP: Interpersonalberdasarkan kadmenarikan tariangambar.tradisional, berdasarkan kad gambar. 22. 2. Membina ayat2. Murid membina ayattunggal dan ayattunggal ataumajmuk .ayat majmuk mengenai tarian tradisional berdasarkan gambar yang ditunjukkan.Penutup Penutup kognitifGuru membuat rumusan(Rumusan)apa yang telah dipelajariPenutup socialGuru memperdengarkanTeknik nyanyian - lagu .(Mendengar lagu danbeberapa lagu tarianlagu tarian tradisionalmenyanyi bersama-sama)tradisional seperti lagu zapin,inang mahupun joget. Murid dan guru menyanyiNilai murni: Menghargailagu-lagu tarian tradisionalkebudayaan di Malaysia.yang mereka tahu dan mengikut iringan lagu yang diperdengarkan. 23. 2.Penulisan Essei, kepentingan teknik didik hibur dalam RPHRancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas telah dibuat untuk murid-murid Tahun 3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Semasa RPH ini dibuat saya telah memilih beberapa teknik didik hibur seperti menyanyikan lagu dan bercerita. Teknik didik hibur ini dipilih kerana saya berpendapat teknik ini akan membantu saya menjayakan lagi dan memberi kefahaman yang lebih kepada anak murid saya dalam memahami dan mengingati apa yang dipelajari dalam jangka masa yang lebih panjang. Melalui teknik didik hibur yang dipilih pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi lebih seronok untuk diikuti oleh murid-murid. Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Manakala di peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek Kesusasteraan Melayu. Kaedahpengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami Pendekatan Teknik Didik Hibur didalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.Sepertimana yang kita tahu objektif Didik Hibur ialah semoga di akhir pengajaran dan pembelajaran nanti murid-murid akan dapat memahami kepentingan hiburan dalam hidup kanak-kanak .Penggunaan beberapa kaedah kreatif dalam seni dan penggunaannya dalam meneroka jiwa murid-murid. Mengetahui percambahan kreatif dalam seni dan kepentingannya sebagai kaedah intervensi dalam proses pendidikan. Memahami penggunaan kreativiti dalam seni dan penggunaannya sebagai suatu kaedah rawatan dalam proses kaunseling.Oleh itu kita akan memperolihi satu 24. pembejaran yang menyeronokkan dan bermakna bagi anak murid kita. Situasi pengajaran dan pembelajaran dalam didik hibur mempunyai:- Ada unsur kelakar,estetik,dan permainan muzik.Oleh itu ia akan mengurangkan tahap kebimbangan murid murid terutamanya bagi kelas-kelas pertengahan ke hujung dimana kita tahu bahawa tahap pemikiran mereka agak rendah dan lemah. Mereka tidak suka menjawab, tidak suka membuat latihan yang mencabar dan kurang berminat untuk belajar. Jadi, apabila teknik didik hibur diselitkan semasa pembelajaran dan pengajaran akan membuat mereka sentiasa ternanti-nanti pengajaran yang seterusnya, sentiasa menunggu guru meneruskan topic yang seterusnya tanpa bosan ataupun takut.Pembelajaran juga akan menjadi menarik kerana semua murid-murid cuba mengambil bahagian dan menyuarakan idea tanpa rasa takut atau malu.Penglibatan menyeluruh ini akan menjadikan pembelajaran berkesan, bermakna dan positif. Teknik didik hibur juga dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid saya. Usaha ini akan menjadikanmurid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti didik hibur , bercerita umpamanya, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu.Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus,haiwan dan sebagainya. Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita mahupun objektif pembelajaran sepenuhnya. Selain dari itu teknik didik hibur dapat menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa cerita mahupun menyanyikan lagu disampaikan oleh guru,murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, dibenarkan member komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak dalam pembelajaran tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan otak murid. 25. Teknik didik hibur juga menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita mahupun menyanyi mereka akan dapat menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentukbahasa kepada murid-murid Melalui bercerita dan menyanyi juga saya dapat merasakan iainya merupakan salah satu asas untuk pendidikan agama. Ada sebahagian cerita mengandungi unsur-unsur agama yang mempunyai pelajaran dan unsur pendidikan yang berharga seperti moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik untuk disampaikan kepada murid-murid. b dari itu teknik didik hibur ini juga akan membuat anak murid saya lebih memahami dan mengenali bangsa-bangsa di Malaysia.Contohnya orang cina dengan tarian naganya, orang Melayu dengan tarian inang, zamelan dan sebagainya. Teknik didik hibur juga boleh menjadi asas kepada panduan hidup. Cerita mahupun nyanyian yang disampaikan dengan cara yang menarik dan memikat hati biasanya akan lebih berfaedah kerana sedikit sebanyak ia dapat membentuk jiwa murid secara sihat. Cerita Si Tenggang umpamanya, mempunyai beberapa falsafah yang tinggi di sebalik cerita itu.Kisah-kisah yang dipaparkan di dalamnya memberi kesedaran yang amat positif kepada kehidupan kita dewasa ini supaya tiada lagi anak durhaka .[KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]Kebaikan Aktiviti Bercerita ( i ) Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikanmurid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktivitibercerita umpamanya, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alamcerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu.Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus,haiwan dan sebagainya. ( ii ) Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlakuperistiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemuikejayaan, gembira dan menderita. 26. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-muriddan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawamereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya .( iii ) Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa cerita disampaikan oleh guru,murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingintahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, dibenarkan memberikomen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watakdalam cerita tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu mengasah akal danmempertingkatkan kecerdasan otak murid. ( iv ) Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita mereka akan menambahperbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentukbahasa kepada murid-murid .( v ) Bercerita merupakan asas untuk pendidikan agama. Ada sebahagian ceritamengandungi unsurunsur agama yang mempunyai pelajaran dan unsurpendidikan yang berharga seperti moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yangbaik untuk disampaikan kepada murid-murid.( vi ) Asas kepada panduan hidup. Cerita yang disampaikan dengan cara yangmenarik dan memikat hati biasanya akan lebih berfaedah kerana sedikitsebanyak ia dapat membentuk jiwa murid secara sihat. Cerita Si Tenggangumpamanya, mempunyai beberapa falsafah yang tinggi di sebalik cerita itu.Kisahkisah yang dipaparkan di dalamnya memberi kesedaran yang ama Prinsip Aktiviti Bercerita ( i ) Cerita yang hendak digunakan perlu mempunyai tema yang sesuai. Inibermakna, cerita itu tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh.Ceritanya mesti mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid, terutama darisegi kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak danpengalaman mereka.( ii ) Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Ini bermaksud bahasaperlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai danberkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidakmengelirukan. Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapapengertian harus juga dielakkan.( iii ) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dan adakesudahan cerita. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlumenggunakan pelbagai gaya yang pelbagai dan menarik seperti gaya isyarat,pergerakan, pertanyaan, menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwaperistiwa tertentu dan sebagainya.( iv ) Penglibatan murid hendaklah menyeluruh dan maksimum. Guru harus bijak danpandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan kadangkala 27. fizikalmurid-murid semasa sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh diikuti denganpelbagai gerak kerja lanjutan yang dirasakan sesuaiElemen Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita ( i ) Santai Murid dapat mendengar pelbagai tajuk cerita yang mereka digemari.( ii ) Kelakar dan lucu Apabila murid dibenar untuk menggunakan gaya sendiri yangkreatif semasa menyampaikan cerita supaya berkesan, maka adegan lucu sudahpastinya akan terjadi.( iii ) Seronok dan gembira Penggunaan mimik muka, suara dan bahasa badan.( iv ) Semangat mencuba Usaha murid untuk memgambil bahagian di hadapanrakan-rakan sebagai pencerita berdasarkan tajuk cerita yang digemari.( v ) Tidak takutkan guru Guru turut bercerita bersama-sama murid denganmempelbagaikan suara, mimik muka dan gerak badan supaya penyampaiancerita lebih berkesan.( vi ) Kurang stres Murid rasa sumbangan dan peranan mereka sebagai penceritaatau pendengar cerita dihargai 28. &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&& Bahagian C : Penulisan Refleksi (20%) Penulisan refleksi perlu merangkumi perkara-perkara berikut:Pengalaman dan pengetahuan baharu yang anda perolihi semasa melaksanakan tugasan Kerja Kursus Projek (KKP) untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahsa Melayu KSSR. Sepanjang saya menyediakan dan menyiapkan kerja kursus ini pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru yang saya perolihi.Ini terbukti dimana saya telah cubamembuat RPH Bahasa Malaysia tahun 3 KSSR sedangkan sebelum ini saya tidak pernah membuat RPH Bahasa Malaysia kerana saya Cuma mengajar Sains dan Matematik tahun enam iaitu melebihi 10 tahun. Jadi, bagi saya membuat RPH Bahasa Malaysia, mempelajari dan mendalami jenis-jenis ayat adalah sesuatu yang baru yang saya tak buat sebelum ini. Saya terpaksa membuka buku-buku rujukan untuk mengetahui jenis-jenis ayat, teori-teori Bahasa Malaysia dan sebagainya untuk menyiapkan kerja kursus saya.Jika disoal mengenai nama-nama ayat dan pelbagai tatabahasa lagi, saya memang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam. Bagi saya, saya Cuma dapat membuat ayat mahupun karangan tanpa mengetahuai tatabahasa, kosa kata dan sebagainya lagi. Tetapi dengan usaha dan keyakinan diri yang terpaksa saya pupuk semenjak bergelar penuntut semula, saya yakin saya boleh membuat semua kerja kursus yang diberi walaupun agak berat bagi saya yang bergelar ibu,guru mahupun penuntut. -kelebihan / keburukan kepada guru, kelebihan / keburukan kepada murid 29. Rujukan: Adenan Ayob,Khairuddin Mohamad (2012) Kaedah pengajaran bahasa melayu. Shah Alam, Oxford Fajar. Kamarudin Bin Jeon, Siti Hajar binti Abdu Aziz (2012) Bahasa Malaysia SK Buku Teks Tahun 3.Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dicatat oleh Din Senu Ruj http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2011/02/teori-huraian-bahasa.html http://encikamirhamzah.blogspot.com/2011/07/teori-huraian-bahasa-bmm-3117.htmlhttp://atiqahaiza.blogspot.com/2013/03/teori-kognitif-dalam-teori-pemerolehan.html http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/10/konsep-teknik-bercerita.html