52
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH MODUL BAHASA MELAYU BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU MELAYU SEKOLAH RENDAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

MODUL BAHASA MELAYU

BMM 3117

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU MELAYUSEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Page 2: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidakada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapamengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dandengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian PelajaranMalaysia.

Page 3: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

ii

Cetakan Jun 2011Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJARYANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAMPENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDAPERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru ii

Kata-Alu-aluan iii

Kandungan v

Panduan Pembelajaran vi - vii

Pengenalan viii

Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul) xi - xi

Teori Huraian Bahasa 1

Teori Pemerolehan Bahasa 7

Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik 9

Pengaplikasi Pendekatan Pengajaran Bahasa 13

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa 20

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa 25

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara

konstruktivisme dan kontekstual 28

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Secara Masteri 34

Rujukan 40

Panel Penulis Modul 41

Panel Pemurni Modul 42

Ikon Modul 42

KANDUNGAN Muka Surat

MUKA

S

U

R

A

T

Page 5: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

ii

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda bolehbelajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formalselepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan modpembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskancorak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajarananda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jikaanda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan carabegini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabiladiperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan iabukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantungkepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihandisediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telahpelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antaralatihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadanganjawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan andaatau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekaliimbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh danmasa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akandilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tips untuk membantu anda melalui kursus ini.

PANDUAN PELAJAR

Page 6: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

iii

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri andauntuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajarananda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskanmembaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaranpembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaananda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Telitimaklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahanyang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

Page 7: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

ii

Pengenalan

Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah

Rendah (PPG) bagi mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memahami tentang kursus Kaedah

Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Modul ini memperkenalkan kepada anda, teori

huraian dan pemerolehan bahasa. Terdapat juga maklumat berkaitan strategi, pendekatan,

kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu secara umum. Ia juga memberi pendedahan

kepada anda tentang pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa melalui Pendekatan

Induktif, Deduktif, Eklektik dan Komunikatif. Ia turut dilengkapi dengan pengaplikasian

pendekatan pembelajaran bahasa yang merangkumi pemusatan murid dan bahan.

Pembelajaran berasaskan projek, masalah, aktiviti, situasional/senario dan permainan juga

dimasukkan.

Modul ini dibahagikan kepada enam Tajuk Pembelajaran seperti yang berikut:

Tajuk Pembelajaran 1: Teori Huraian Bahasa

Tajuk Pembelajaran 2: Teori Pemerolehan Bahasa

Tajuk Pembelajaran 3: Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Tajuk Pembelajaran 4: Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa

Tajuk Pembelajaran 5: Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Tajuk Pembelajaran 6: Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Latihan berbentuk latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman anda. Modul ini diharap

dapat membantu para pelajar menerangkan tentang teori huraian dan pemerolehan bahasa dan

konsep asas pedagogi bahasa. Para pelajar juga diharapkan akan lebih jelas dengan konsep

pengaplikasian pendekatan pengajaran mahupun pembelajaran bahasa.

Page 8: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

ii

AGIHAN TAJUKPanduan kepada pengguna

Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul.

Bil Kandungan

Modul (Jam

)

Jumlah (Jam

)

1 Komponen Pengajaran- Kemahiran Induksi- Penerangan- Penyoalan- Variasi Rangsangan

2

2 Komponen Pengajaran- Penggunaan papan Tulis- Penggunaan Bilik Darjah- Penutupan dan Membuat Kesimpulan

2

3 Teori Huraian Bahasa- Nahu Tradisional- Struktural- Transfomasi Generatif- Teori Fungsional

2

4 Teori Pemerolehan Bahasa- Behaviorisme- Kognitif- Mentalis- Intraksionalisme

2

5 Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik- Definisi- Membanding beza strategi/pendekatan/kaedah/teknik- Membuat Rumusan

2

Page 9: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

iii

6 Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa- Induktif- Deduktif- Eklektik- KomunikatifPengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa- Berpusatkan Murid- Berdasarkan Bahan- Pembelajaran Berasaskan Projek- Pembelajaran Berasaskan Masalah

2

7 Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa- Pembelajaran Berasaskan Aktiviti- Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario- Pembelajaran Berasaskan Permainan

2

8 Pelaksanaan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayusecara- Konstruktivisme- Kontekstual- Masteri

2

9 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu- Kaedah Natural- Kaedah Tatabahasa Terjemahan- Kaedah Terus- Kaedah Ajuk Hafaz- Kaedah Linguistik- Kaedah Kod-Kognitif- Kaedah Bahasa Komuniti- Kaedah Oral – Aural

2

10 Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa- Teknik Drama (mimos, arca, improvisasi, main peranan, simulasi,

teater bercerita, pentomin, mestamu, dikon)- Teknik Permainan Bahasa- Teknik Latih Tubi- Teknik Bercerita

2

11 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran danPembelajaran Bahasa Melayu- Kemahiran Belajar- Kemahiran Kajian Masa Depan- Kemahiran Berfikir

2

Page 10: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

iv

12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran danPembelajaran Bahasa Melayu- Kemahiran TMK- Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

2

13 Pengaplikasian Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalamPengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu- Huraian Garis Panduan PKJR - Kemahiran- Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

14 Penyediaan Rancangan Pelajaran Semester dan Harian Meneliti spesifikasi kurikulum Membuat pemetaan Hasil Pembelajaran Membina aktiviti dan bahan sokongan

2

15 Penyediaan Rancangan Pengajaran dan pembelajaran Harian (RPH)

2

Jumlah 30

Page 11: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1

Tajuk 1 Teori Huraian Bahasa Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang Teori Huraian Bahasa. Terdapat

empat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini:

Teori Tatabahasa Tradisional

Teori Struktural

Teori Transformasi Generatif

Teori Fungsional

Teori Tatabahasa Tradisional ini menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian

berkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan,

bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorang

pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang

rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula

merupakan pegangan Teori Fungsional.

Hasil Pembelajaran

1.1 Menjelaskan dan membandingkan konsep, pendekatan, kaedah dan teknik

3.4 Mengaplikasi kemahiran set induksi dalam aktiviti pengajaran mikro

Page 12: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan TeknikPengajaran dan Pembelajaran

BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Page 13: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3

Fikirkan:

Fahami situasi hubungan yang saling berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasadengan proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa di sekolah rendah.

Teori Huraian Bahasa

Umumnya terdapat empat Teori Huraian Bahasa, iaitu :

Teori Tatabahasa Tradisional.

Teori Struktural

Teori Tranformasi Generatif

Teori Fungsional

Mengapa Teori Huraian Bahasa penting? BagaimanaTeori Huraian Bahasa ini dapat difahami? Apa hubunganteori ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah?

Paling penting Teori Huraian Bahasa menghuraikanpersepsi ahli bahasa mengenai konsep bahasa, sifat,bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembangdalam kalangan masyarakat.

Pemahaman guru bahasa mengenainya membolehkanseseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi,pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran danpembelajaran bahasa di sekolah.

Page 14: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

4

1.1 Teori Tatabahasa Tradisional (Panini)

Teori paling tua

Antara Ahli Linguistik membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah Plato

dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendita Za’ba dan Prof.

Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran

Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum

Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik

Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap

1.2 Teori Struktural (Bloomfield)

Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfen dan ayat.

Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari dan untuk perhubungan

Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan

fakta-fakta yang boleh diperhati

Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat.

1.3 Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky)

Bahasa ialah satu sistem mengenai rumus bahasa.

Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran.

Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena mental.

Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa.

Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

1.4 Teori Fungsional (Haliday)

Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa.

Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika

berkomunikasi dan mementingkan semantik.

Kajian menekan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi.

Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi

interpersonal dan fungsi tekstual.

Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan

sistem bahasa.

Page 15: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

5

Arahan:

Sila baca dan fahami tentang teori-teori Huraian Bahasa.

Setelah anda menguasai ketiga-tiga Teori Huraian Bahasa, sila senaraikan

perbezaan antara teori Nahu Tradisional dengan Teori Transformasi Generatif

Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang

teori ini.

Tajuk 2 Teori Pemerolehan Bahasa Behaviorisme Kognitif Mentalis Intraksionalisme

Sinopsis

Tajuk ini mengemukakan empat teori yang membantu guru mengetahui bagaimana kanak-

kanak mempelajari bahasa. Ia penting bagi membantu anda memilih kaedah pengajaran yang

selaras dengan teori pemerolehan bahasa.

Empat Teori Pemerolehan Bahasa yang dibincang dalam tajuk ini ialah:

Teori Behaviorisme Teori Kognitif Teori Mentalis Teori Interaksionalisme

Teori Behaviorisme yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan proses pembelajaran bahasa

memerlukan penekanan kepada latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk

kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana ia cuba

menghubungkan realiti mental dengan laku bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis pula

merujuk kepada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. Teori

Interaksionalis melihat aktiviti komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhi

pemerolehan bahasa kanak-kanak.

Page 16: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

6

Hasil Pembelajaran

1.1 Menjelaskan ciri-ciri penulisan langkah pengajaran

3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan contoh dalam aktiviti pengajaran mikro

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan TeknikPengajaran dan Pembelajaran

BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Page 17: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

7

Teori Pemerolehan Bahasa

Nota ringkas:

2.1 Teori Behaviorisme

Dipelopori oleh oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas dan Brooks.

Proses pembelajaran bahasa menekan latihan dan pengulangan yang banyak

untuk membentuk kebiasaan.

Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta.

Latih tubi amat digalakkan

Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta

suasana dalam bilik darjah.

2.2 Teori Kognitif

Sebagai guru bahasa yang berkesan, andaperlu tahu bagaimana kanak-kanakmempelajari bahasa. Anda perlu memilihdan menentukan strategi, pendekatan,kaedah dan teknik yang sesuai dengantatacara kanak-kanak memperoleh danmempelajari sesuai bahasa.

Saya Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada9 Ogos 1896. Saya yakin bahawa proses pembelajaranmerupakan proses mental (bukan mekanis semata-mata),melaluinya murid-murid menyerap pengetahuan sedia adadalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripadaalam sekitarnya. Pemerolehan bahasa berkait rapat denganperkembangan deria motor dan seterusnya berkembangmengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.Dengan demikian, pengajaran bahasa semestinyamengambil kira tahap perkembangan mental (kognitif) danderia kanak-kanak.

Page 18: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

8

2.3 Teori Mentalis

Dipelopori oleh Chomsky

Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran

Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis

Pengajaran tatabahasa diajar secara formal

2.3 Teori Interaksionalis

Mementingkan aktiviti komunikasi.

Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.

Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa.

Arahan:

Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami teori-teori pemerolehan

bahasa.

Setelah itu anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

Tugasan

Dalam kelas KBSR, objektif pengajaran anda ialah supaya murid menguasai

pola ayat FN + FA. Cadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan Teori Behaviorisme.

Menurut Teori Mentalis pemerolehan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan

mental. Anda dikehendaki mengajar kemahiran “memberi teguran secara

bertatasusila.” Setelah selesai mengajar, senaraikan ayat-ayat yang dihasilkan

oleh murid-murid.

Sediakan rumusan berkaitan hubungan penguasaan bahasa murid dengan

perkembangan mental.

Page 19: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

9

Tajuk 3 Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Definisi Membanding beza Strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik Membuat rumusan

Sinopsis

Tajuk ini mendedahi anda dengan empat konsep penting.Strategi, pendekatan, kaedah dan

teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu.

Strategi merujuk kepada cara atau langkah yang harus dilakukan untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pula, merupakan satu set andaian yang

membentuk sifat bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Beberapa

kaedah yang diperkenalkan dalam tajuk ini (Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan,

Kaedah Terus dan lain-lain lagi) memperlihatkan perancangan secara teratur, kemas dan

sistematik bagi memastikan pencapaian objektif dalam pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu. Teknik pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk ini

melibatkan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku, misalnya teknik drama

untuk mencapai sesuatu objektif.

Hasil Pembelajaran

1.1 Menjelaskan dan membandingkan konsep, pendekatan, kaedah dan teknik

3.4 Mengaplikasi kemahiran Set Induksi dalam aktiviti pengajaran mikro

Page 20: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

10

Kerangka konsep

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik

Teori Huraian Bahasa dan TeoriPemerolehan Bahasa sudah difahamisebaik-baiknya. Sekarang bolehlahsaya memilih strategi, pendekatan,kaedah dan teknik yang sesuai untukmembantu murid-murid sayamempelajari bahasa dengan berkesan!

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan TeknikPengajaran dan Pembelajaran

BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Page 21: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

11

Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

sebagaimana berikut:

STRATEGI

3.1 Strategi

Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan

tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran (khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa), strategi bermaksud

cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,

strategi lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.

3.2 Pendekatan

Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran

dan pengajaran yang dijalankan.

Pendekatan induktif

Pendekatan deduktif

Pendekatan eklektik

Pendekatan komunikatif

Pendekatan oral

3.3 Kaedah

Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu

pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-

Pendekatan

Kaedah

Teknik

Page 22: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

12

langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti

dengan sesuai bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang

dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti

berikut:

Kaedah natural

Kaedah tatabahasa terjemahan

Kaedah terus

Kaedah ajuk hafaz

Kaedah linguistik

Kaedah kod – kognitif

Kaedah situasional

Kaedah bahasa komuniti

Kaedah oral – Aural

3.4 Teknik

Teknik adalah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik

darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Di antara teknik yang

dicadangkan adalah seperti berikut:

Teknik drama

Teknik permainan bahasa

Teknik perbincangan

Teknik bercerita

Page 23: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

13

Tajuk 4 Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa Induktif Deduktif Eklektik Komunikatif

Sinopsis

Tajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim digunakan oleh para guru. Pendekatan

yang baik dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan

yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

Pendekatan Induktif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Eklektik

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untuk

mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dan

tanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.

Konsep Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itu

pengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan isi

kandungan.

Gabungan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik.

Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

1.2 Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan deduktif

3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan papan tulis dalam aktiviti pengajaran mikro

Page 24: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

14

Kerangka konsep

Pendekatan

Apa pulak? Pendekatan eklektik tentu lebih keranamenggabungkan segala yang baik-baik daripadapendekatan induktif dan deduktif!

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan TeknikPengajaran dan Pembelajaran

BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Mana boleh!pendekatan deduktiftentu lebih baik keranamurid digalakkan berfikiruntuk membuktikanteori/fakta tertentu!

Pendekatan induktiftentu lebih baikkerana murid tidakdiajar secaralangsung! Muriddiajar menaakul/berfikir tinggi.

Page 25: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

15

Tetapi jangan lupa, dalam semua pendekatan itu – murid bertutur sesama sendiri,mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran berbahasa menyampaikan fikiran, faktadan hujah masing-masing. Mereka menyerap idea dan menyepadukannya denganpengetahuan sedia ada mengenainya.

4.1 Pendekatan induktif

Pendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan

seseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses

penaakulan, murid tidak diajar secara langsung,bahan pengajaran bagi subjek

berkenaan tetapi mereka diberi galakan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri.

Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian

yang telah dilakukan oleh mereka.

Sehubungan dengannya, guru memungut dan mengumpul contoh-contoh tertentu

daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi

membantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai. Ringkasnya

pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau penemuan yang melibatkan

proses memerhati, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada

awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada

data-data yang dipelajari. Antara lain murid-murid dikehendaki:

a. memberi definisi kepada sesuatu konsep

b. menerangkan peraturan-peraturan

c. menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan

d. memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran

Selain itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati,

mengkaji dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusan

tertentu mengenainya.

Prosedur pengajaran induktif

Prosedurnya melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran

yang berkesan. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif.

Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut:

Page 26: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

16

Peringkat pendedahan

Pada peringkat ini, guru:

a. akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada

murid-murid secara tidak langsung;

b. menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa;

c. membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam set induksi

pada bahagian permulaan pengajaran;

d. menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran

tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan menerangkan

objektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan sebagainya;

dan

e. mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.

Peringkat pembentukan konsep

Pada peringkat ini, guru

a. membentuk konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan;

b. mendengar ayat yang dibina oleh murid;

c. mendengar ayat yang dibina oleh guru;

d. melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran;

e. memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.

Peringkat membuat generalisasi

a. Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis;

b. Murid diberikan latihan dalam kumpulan.

Peringkat penutup

a. Guru menutup pengajarannya;

b. Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya;

c. Murid diberi aktiviti-aktiviti susulan sebagai pengukuhan.

Page 27: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

17

4.2 Pendekatan Deduktif

Antara lain, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat berikut:

Peringkat awal generalisasi

Peringkat ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan,

menegas tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasar

seluruh idea.

Peringkat mengemukakan generalisasi

Peringkat ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengan

cara memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasa

dan pengertian yang berbentuk hukum tertentu. Dalam hal ini seseorang guru boleh

menggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang difikirkan sesuai dan boleh

membantu murid-murid memahami struktur isi sesuatu mata pelajaran.

Peringkat menganalisis konsep

Sebaik-baiknya sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran

dengan memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru

perlu menggunakan teknik dan bahan bantu belajar yang sesuai untuk merancang

dan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam situasi pembelajaran tertentu bagi tujuan

meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

Pendekatan deduktif memerlukan seseorang gurumenegaskan hukum-hukum atau sesuatu teori atauperaturan tertentu di peringkat awal pengajarannyasebelum menganalisis hukum-hukum berkenaan denganmenggunakan contoh-contoh yang konkrit. Secara lebihkhusus pendekatan deduktif memerlukan seseorang muridmenaakul, mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatuhukum, mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikansesuatu pernyataan, menganalisis fakta atau isi kandunganpelajaran untuk membentuk generalisasi dan membuat satupencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik.

Page 28: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

18

Peringkat membuat generalisasi

Generalisasi mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulan

sama ada secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkan

penguasaan kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari.

Peringkat penutup

Peringkat ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan dan

hukum tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahan

sebagai aktiviti pengukuhan.

4.3 Pendekatan Eklektik

Ciri-ciri Pendekatan eklektik, antara lain:

merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, yakni tidak

terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja;

guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri;

guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya.

Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan mendengar dan

kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis;

Barulah saya faham, pendekatan eklektik itumenggabungkan pendekatan induktif danpendekatan deduktif dalam proses pengajarandan pembelajaran dalam bilik darjah. Sayayakin murid-murid yang mempunyai kebolehanyang pelbagai boleh diajar dengan mudahmenggunakan pendekatan ini. Sifat luwesnyamembolehkan seseorang guru mengubahsuaiaktivitinya dengan mudah.

Page 29: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

19

murid-murid, selain boleh menggunakan bahasa secara aktif, boleh pula berfikir

secara langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;

pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluang

mempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.

4.4 Pendekatan komunikatif

Secara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana

manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal

bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia

berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,

memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan

menyampaikan maklumat.

Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan

melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran

bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar.

Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif:

makna sangat dipentingkan;

dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan

hafalan;

konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan;

pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi;

latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan;

pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja;

bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran murid-

murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid

untuk belajar;

murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur);

terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat

daripadanya;

Page 30: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

20

kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka,

kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.

Tajuk 5 Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid Berdasarkan Bahan Pemebelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah

Sinopsis

Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran murid yang

berbeza. Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi:

Pendekatan Berpusatkan Murid

Pendekatan Berpusatkan Bahan

Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam proses

pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti

pembelajaran mereka.

Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran

menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks ini, guru

atau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu

guru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran

berasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk kecekapan berbahasa di kalangan

murid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran murid

dalam menyelesaikan masalah.

Hasil Pembelajaran

1.3 Menghuraikan berserta contoh pendekatan eklektik dan komunikatif

3.4 Mengaplikasi kemahiran pelbagai rangsangan dalam aktiviti pengajaran mikro

Page 31: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

21

Kerangka konsep

Nota Ringkas:

5.1 Pendekatan berpusatkan murid

Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid

memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.

Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan

mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan

merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan TeknikPengajaran dan Pembelajaran

BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Page 32: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

22

Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan

aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.

Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

5.2 Pendekatan berpusatkan bahan

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.

Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran

untuk mencapai objektif pelajaran.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan

kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.

Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang

abstrak dengan lebih jelas.

5.3 Pendekatan berasaskan projek

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek

boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

berkesan dan menarik.

Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih

menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi

pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Arahan:

Anda dikehendaki menjalankan pembelajaran berasaskan projek kepada murid

anda.

Anda dikehendaki memberi satu projek ( tajuk yang dicadangkan).

Bahagikan murid anda kepada kumpulan kecil terdiri daripada 5-6 orang satu

kumpulan.

Page 33: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

23

Setiap kumpulan bebas menghasilkan pelbagai bahan produk yang sesuai untuk

tajuk yang diberi.Contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid dalam bentuk

brosur,gambar, risalah,papan tanda,iklan dan lain-lain.

Anda dikehendaki mengumpul bahan hasilan murid dan menyimpan ke dalam

folio anda.

5.3 Pendekatan berasaskan masalah

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru

secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh

mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran

berbahasa untuk menyelesaikan masalah.

Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan

tugasan untuk menyelesaikan masalah.

a. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh

Encik Kamal?

b. Apakah puncanya?

c. Apakah kesan masalah itu kepada:

Encik Kamal?

Tugasnya?

Keluarga?

d. Bagaimanakah masalah itu dapat diatasi?

Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan

pendekatan pengajaran berasaskan masalah:

i. Kenal pasti masalah

Page 34: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

24

Murid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu

menyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supaya

murid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan.

ii. Penentuan masalah

Biasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah.

Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu

diuji, diteliti dan ditetukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan

mendorong pemikiran murid-murid ke arah menyelesaikan masalah. Guru

membantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatu

masalah.

iii. Cadangan penyelesaian

Murid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta dengan

bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai

rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi kesudahannya kelak

hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah.

iv. Penelitian penyelesaian

Penyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Penyelesaian

masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk

membantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai

proses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah.

v. Pemeriksaan kesimpulan

Setelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji

sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh. Penyelesaian masalah

tersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian

masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyesaian masalah yangbariu

hendaklah diusahakn.

Tugasan:

1. Anda diminta memberi satu kerja projek kepada murid anda mengenai

penggunaan kata panggilan yang betul dalam kalangan warga sekolah.

Page 35: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

25

2. Murid dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis bahan sebagai produk untuk

projek tersebut. Murid diminta membentang hasilan dan guru menilai

keberkesanannya.

Tajuk 6Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan Permainan

Sinopsis

Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk mempastikan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan pendekatan perlu dilakukan dengan teliti agar

pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Di antara

pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:

Pembelajaran Berasaskan Aktiviti

Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario

Pembelajaran Berasaskan Permainan

Pembelajaran berasaskan aktiviti ini amat sesuai dalam pembelajaran bahasa kerana murid

akan terlibat secara langsung iaitu belajar secara fizikal dan mental melalui aktiviti yang

dijalankan secara sistematik.

Pembelajaran berasaskan situasional memerlukan penggunaan objek secara konkrit, gambar-

gambar dan bahan-bahan maujud yang disertai aksi-aksi yang boleh membantu pengajaran

dan pembelajaran bahasa.

Pendekatan berasaskan permainan pula akan ‘menghidupkan’ proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa melalui pelbagai aktiviti permainan. Dengan demikian proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

Hasil Pembelajaran

2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa terjemahan dan terus.

Page 36: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

26

3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

dalam aktiviti pengajaran mikro.

Kerangka konsep

Nota ringkas:

6.1 Pembelajaran berasaskan aktiviti

Kita hendak buatapa ini?

Itulah, semasacikgu beri

penerangan tidakmahu dengar.

Sekarangbukankah susah!

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan TeknikPengajaran dan Pembelajaran

BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Page 37: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

27

Pembelajaran berasaskan aktiviti ini sangat sesuai dalam konteks pembelajaran

bahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui aktiviti-aktiviti yang

terancang secara sistematik.

Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi

tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian

minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung

dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

6.2 Pembelajaran berasaskan situasional

Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar

dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu

menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat

menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-

contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

6.3 Pembelajaran berasaskan permainan

Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan

permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri

aktiviti permainan yang dilaksanakan.

Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan

yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat

berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan

menggunakan bahasa dan aksi.

Tugasan:

Ketika guru merancang pendekatan yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu,

pilih satu pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran sesuatu tajuk

Bahasa Melayu. Nyatakan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru.

Page 38: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

28

Tajuk 7Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mekayusecara konstruktivisme kontekstual

Sinopsis

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama

dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan

universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan

daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina

sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil

daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah

satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses

renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara

terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.

Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur

kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira

struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan

diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru

tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang

bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk

idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada

setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea

baru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.

Page 39: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

29

Nota Ringkas:

7.1 Prinsip Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang

boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini

menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar

sepanjang hayat.

Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena

dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.

7.2 Pembelajaran dilihat sebagai:

Pengubahan idea,

Pembinaan & penerimaan idea baru,

Penstrukturan semula idea sedia ada

7.3 Pandangan konstruktivisme

Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut

dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang

dilalui.

Kamu mesti faham dan bina pengetahuan sendiri berasaskanpengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Yalah ... melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada sayaboleh membina pemahaman dan pengetahuan baru. Seronoklahcikgu, saya mudah faham, bertambah yakin dan akan belajarsecara berterusan. Terima kasih, cikgu!

Ya! Saya tahu kamu mestiseronok belajar.

Page 40: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

30

7.4 Amalan pengajaran konstruktivisme

Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif,

interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta

membina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau

menstruktur semula konsep alternatif mereka.

Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas &

meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu

murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru

atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.

Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran

seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan

perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna

kepada mereka.

Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam

sekeliling.

Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada

interaksi murid dengan alam sekeliling.

Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang

lalu & sedia ada.

Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan

melalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam

struktur mental yang sedia ada.

Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka

sendiri.

Page 41: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

31

7.5 Pendekatan Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran

dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran

kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang

melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya

Cikgu hendak bawa kamu melawatZoo Negara. Kita akan lihat pelbagaijenis binatang dan … jangan lupakamu mesti membuat catatan danbuat folio …

Semua haiwan ini asalnyatinggal dalam hutan di Malaysia.Haiwan ini dilindungi … jika tidakspesis haiwan ini mungkin akanpupus!

Ini haiwankah?Bukankah inimonyet?

Page 42: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

32

menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan

pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan

pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata

pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat

perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli

keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud

kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan

dengan kehidupan seharian mereka.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila

murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu

sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri

(memori, pengalaman dan tindak balas sendiri).

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda

akan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait

dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian

hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran

pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial,

fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea

abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti

“hands-on” (aktiviti) dan pemikiran, iaitu “minds-on” (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

(2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui

satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut;

R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks

menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.

Page 43: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

33

E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks

penerokaan, penemuan dan reka cipta.

A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks

bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi

lain.

C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks

bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.

T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks

pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada

apa yang diketahui.

Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan:

(i) pengajaran dan pembelajaran lebih menarik;

(ii) meningkatkan minat;

(iii) pembelajaran realistik, praktikal;

(iv) pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan

(v) menyuburkan pemikiran kreatif.

Kelemahan pendekatan kontekstual

(i) tahap kefahaman dan kesediaan guru

(ii) kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat

(iii) sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi itempengajaran dan pembelajaran;

(iv) kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakinkompleks;

(v) hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahappencapaian tinggi

Page 44: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

34

Tugasan

Murid dalam kelas anda sudahpun mempunyai pengalaman tentang Hari Sukan

Sekolah. Berdasarkan pendekatan Konstruktivisme atau kontekstual cadangkan

langkah-langkah pengajaran karangan tajuk “Sukan di sekolah anda.”

Tajuk 8Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran BahasaSecara Masteri

Sinopsis

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus

kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran

Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka

sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Modul ini

mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran

Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

1. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri.

2. Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi

memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit

pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses

pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap

penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil

Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran.

Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya

menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa

seseorang murid di tahap tersebut.

Page 45: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

35

Hasil Pembelajaran

i. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

ii. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan

kontekstual dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

Kerangka konsep

Nota Ringkas

Tahukah anda bahawa pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Masteri dapat memastikan

semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang telah

ditetapkan.

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa danTeori PemerolehanBahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan TeknikPengajaran dan Pembelajaran

BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, PembelajaranBerasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Page 46: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

36

8.1 Model Pembelajaran Masteri

8.2 Kriteria penentuan hasil pembelajaran:

Berdasarkan Sukatan Pelajaran

Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diukur

Secara eksplisit, jelas dan terperinci

Dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor

8.3 Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran:

Kemudahan dan keupayaan murid yang berbeza

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran

Kemudahan yang sedia ada

Masa yang diperuntukkan

8.4 Penilaian terhadap murid:

Penentuan Hasil

Pembelajaran

Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Sudahkahmurid

menguasai

Tindakan SusulanAktiviti Pengayaan

Tindakan SusulanAktiviti Pemulihan

Unit Pembelajaran 2

Page 47: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

37

Mengesan pencapaian murid

Mengenalpasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.

Mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai

Mengenalpasti sebab kelemahan murid dalam satu unit pembelajaran.

Menentukan pengayaan dan pemulihan

Menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran

8.5 Mengadakan tindakan susulan:

Pengayaan

Pemulihan

Pengukuhan

8.6 Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri

(a) Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.

(b) Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan

pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah

disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.

(c) Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:

Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;

Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran

untuk pembelajaran masteri;

Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya

mereka dapat menjadi pelajar berdikari;

Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang

diajar melalui ujian diagnostik;

Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan

Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:

(d) Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi

pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk

mengatasi masalah itu.

Page 48: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

38

(e) Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan

rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.

(f) Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.

(g) Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar

menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan

dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran

masteri dapat dipendekkan.

8.7 Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri

(a) Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsangdiri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.

(b) Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukanbertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melaluipembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.

(c) Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:

tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai

belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi

betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar

memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai

membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi

(d) Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir

supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.

Arahan:

Sila baca dan fahami konsep pembelajaran Masteri

Pastikan anda boleh mengaplikasi pembelajaran Masteri kepada murid dalam

kelas anda.

Anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

Page 49: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

39

Tugasan:

Kepentinganpembelajaran Masteri

dalam pengajaran BahasaMelayu

Pengajaran guruPembelajaran murid

Page 50: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

Bibliografi

Brown G.(1975) . Micro Teaching: A Programme of Teaching Skills. London: Metheun & Co.

Ltd

Belle Wallace(ed) 2001. Teaching Thinking Skills Across the Primary Curriculum: A Practical

Approach for Abilities. London: David Fulton

Hayes Lisa, Nikolic Vesna, Cabaj Hanna (2001). Am I Teaching Well?: Self Evaluation for

Affective Teachers. Exeter: Learning Matters

Payne Elaine, Whittaker Lesley (2000). Developing Essenyial Study Skills. Harlow: Englewood

Cliffs.

Forsyth lan, Jollife Alan, Stevens David. (1999). Delivering a Course: Practical Strategies for

Teachers, Lecturers, and Trainers (2nd ed). London: Kogan Page

Caroll Paul, Hasting Nigel. (1996). Effective Primary Teaching: Research-Based Classroom

Strategies. London: David Fulton.

Caroll Paul, Hastings Nigel. (1996). Effective Primary Teaching: Research-Based Classroom

Strategies. London: David Fulton.

Page 51: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

PANEL PENGGUBALAN MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

(PENDIDIKAN RENDAH)NAMA KELAYAKAN

PUAN AMINAH BINTI OTHMAN

Institut Pendidikan Guru MalaysiaKampus Pendidikan Ilmu KhasCherasKuala Lumpur

Kelulusan:

M.Ed

B.Ed

Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (25 Tahun)

PUAN FAIZAH BINTI ABU

Institut Pendidikan Guru MalaysiaKampus Pulau PinangGelugorPulau Pinang

Kelulusan:

M.Ed

B.Ed

Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (25 Tahun)

ENCIK NORDIN BIN SHAARI

Institut Pendidikan Guru MalaysiaKampus Dato’ Razali IsmailKuala TerengganuTerengganu

Kelulusan:

M.Ed

B.Ed

Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (25 Tahun)

Dr. ISMAIL BIN ABD. RAHMAN

Institut Pendidikan Guru MalaysiaKampus Tuanku Bainun14000 Bukit MertajamPulau Pinang

([email protected])

Kelulusan:

Ph.D (Kesusasteraan Melayu, UPSI)M.Ed (Pengajian Kurikulum, USM)Cert.Ed (Pengajian Melayu, MPSP)

Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (20 Tahun)

Page 52: BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa SR

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat