24
JENIS-JENIS AYAT LEZAWATI BINTI AHMAD YUSOP PITO-BAHASA MELAYU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2011

Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jenis-jenis ayat

Citation preview

Page 1: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

JENIS-JENIS AYATLEZAWATI BINTI AHMAD YUSOP

PITO-BAHASA MELAYUUNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2011

Page 2: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

JENIS-JENIS AYAT

AYAT PENYATA

AYAT PERINTAH

AYAT TANYA

AYAT SERUAN

Page 3: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

AYAT PENYATA

Ayat Penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.

Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.

Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Page 4: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

Contoh Ayat Penyata

1. Nadiah seorang jurugambar.

2. Penjual sayur itu sentiasa tersenyum.

3. Abdullah sedang tidur.

4. Bunga ros itu harum baunya.

5. Dewan Bahasa dan Pustaka terlibat dengan pembinaaan dan pengembangan bahasa.

Page 5: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

AYAT SERUAN

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seru untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya.

Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan

tanda seru (!) yang diletakkan di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata-kata seru yang biasa digunakan antaranya, ialah oh, amboi, wah, cis,eh, aduh, syabas, dan sebagainya.

Page 6: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

Contoh Ayat Seruan

1) Amboi, garangnya kakak kamu itu!

2) Wah, besarnya rumah kamu!

3) Syabas, kamu berjaya menewaskan saingan

kamu itu!

4) Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut!

Page 7: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

AYAT TANYA

Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.

Ayat tanya dengan kata

tanya

Ayat tanya tanpa kata

tanya

Page 8: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

Contoh Ayat Tanya

Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.

Contoh : 

Apa yang kamu buat di sini?

Kamu hendak pergi ke mana?

Page 9: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

Ayat Tanya tanpa kata tanya

Contoh :

1)Dia tersenyum ?

2)Adik masih menangis ?

Ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat.

Page 10: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

Ayat Tanya tanpa kata tanya

Contoh :

1)Dia ke sekolahkah ?

2)Mereka berlepas pagi tadikah ?

Ayat yang lazimnya diakhiri dengan partikel –kah?

Page 11: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

Ayat Tanya dengan kata tanya

Ayat Tanya dengan kata ganti

nama tanya

Ayat yang menggunakan kata tanya. Kata tanya: Apa, Siapa, Berapa, mengapa, dan Bagaimana.

Ayat Tanya dengan frasa

sendi nama tanya

Page 12: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

Ayat Tanya dengan kata tanya

Ayat Tanya dengan kata ganti

nama tanya

Contoh ayat

1)Benda itu apa?2)Gurunya siapa?3)Adik awak mana?

Kata ganti nama tanya:1)Apa?2)Siapa?3)Mana?

Page 13: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

Ayat Tanya dengan kata tanya

Ayat Tanya dengan frasa

sendi nama tanya

Contoh ayat

1)Tuan tinggal di mana?2)Mereka datang dari mana?3)Penyakit ini merebak sejak bila?

Frasa sendi nama tanya:1)Di mana ?2)Dari mana?3)Sejak bila?4)Bagaimana?5)Dengan Siapa

Page 14: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

AYAT PERINTAH

Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap pendengar.

Ayat ini diujarkan bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya digugurkan.

Ayat ini terdiri dari ayat yang bertujuan untuk menyuruh, melarang, mempelawa dan meminta

Page 15: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

AYAT PERINTAH

Ayat perintah diujarkan dengan intonasi rendah dan menurun dengan nada keras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya bertujuan untuk mendapat respon pendengar. 

Ayat perintah boleh disertakan dengan partikel –lah. Dengan adanya partikel –lah, maka nada suara pada akhir ayat menjadi rendah untuk melembutkan perintah.

Contoh:“Duduklah di tempat masing-masing”

Page 16: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

AYAT PERINTAH

Ayat perintah ditandai dengan penggunaan kata khusus seperti jangan, usah, sila, jemput, tolong, minta dan sebagainya.

Contoh Ayat Perintah:

1) Anda semua hendaklah hadir untuk menduduki peperiksaan.

2) Jangan tunjuk sikap buruk kamu itu.3) Silalah ke pentas utama.4) Tolong jaga kebersihan kawasan 

rumah masing-masing”

Page 17: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

JENIS-JENIS AYAT PERINTAH

AYAT SURUHAN

AYAT SILAAN

AYAT LARANGAN

AYAT PERMINTAAN

Page 18: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

AYAT SURUHANAyat yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan arahan kepada pendengar.

Secara umumnya ayat ini mempunyai susunan yang terdiri daripada subjek iaitu kata ganti nama diri orang kedua diikuti oleh predikat. Namun demikian, subjek kebiasaannya digugurkan, contoh:“Tutup pintu itu.”

Ayat yang sama boleh dilengkapi oleh subjek seperti berikut:“Awak tutup pintu itu.”

Partikel –lah turut boleh digunakan dibahagian predikat ayat suruhan, contohnya:“Tutuplah pintu itu.”

Page 19: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

AYAT SILAAN

Ayat yang diucapkan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang.

Lazimnya digunakan pada permulaan ayat.

Menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.

Boleh dilembutkan dengan menambah kata penegas “-lah”.

Contoh ayat:

1. Silalah lapangkan masa untuk menghadiri majlis kesyukuran tersebut.

2. Jemputlah dudu kdibangku yang disediakan diruang tamu.

Page 20: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

AYAT PERMINTAAN

Ayat permintaan ialah yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Contoh-contoh ayat permintaan:

1)Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.2)Minta tuan benarkan kami masuk.3)Minta kamu semua bertenang.4)Tolong tutup pintu depan itu.5)Tolong selesaikan pergaduhan ini.6)Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad.

Page 21: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

AYAT PERMINTAAN

Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. 

Oleh sebab itu, contoh-contoh ayat berikut tidak dianggap betul.

*Sila jangan merokok.*Tolong jangan bising.*Minta jangan berludah.

Tanda (*) bermaksud ayat yang tidak betul dalam bahasa Melayu. 

Page 22: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

AYAT LARANGANAyat larangan ertinya ayat yang menggunakan kata larangan .

Contoh kata larangan :-

JanganUsahUsahlahTidak usahJanganlah

Contoh ayat larangan :-

1)Jangan duduk di sini2)Janganlah menangis3)Usahkau pedulikan dia.4)Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.

Page 23: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

AYAT LARANGANContoh ayat larangan yang tidak menggunakan kata larangan :-

1)Dilarang merokok

2)Ditegah membuang sampah di kawasan ini.

Page 24: Bmp 101 Jenis-jenis Ayat

PERBEZAAN

Ayat Suruhan: memberi arahan kepada orang

Ayat Larangan: melarang orang dari melakukan sesuatu

Ayat Silaan: mempersilakan atau menjemput seseorang

Ayat Permintaan: memohon permintaan dan pertolongan