33
Nama ahli kumpulan Khadijah binti Md Isa Rohaida binti Husain Siti Aishah binti Md Zain Siti Norma binti Azmin Disediakan untuk: Pn Rodiah Binti Ahmad

Bmp mendengar tutur

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bmp mendengar tutur

Nama ahli kumpulan

Khadijah binti Md IsaRohaida binti Husain

Siti Aishah binti Md ZainSiti Norma binti Azmin

Disediakan untuk: Pn Rodiah Binti Ahmad

Page 2: Bmp mendengar tutur

DEFINISI MENDENGAR DAN BERTUTUR

Page 3: Bmp mendengar tutur

Kemahiran bertutur dan mendengar merupakan dua kompenen dalam kemahiran lisan

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahirannyang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat.

Kebolehan mendengar dan bertutur dengan baik serta berkesan penting dalam kehidupan seharian. Seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memproses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Seorang penutur yang baik pula dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.

Page 4: Bmp mendengar tutur

Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur adalah terlibat. Walaupun kemahiran ini berhubung rapat namun, ia merupakan kemahiran yang berbeza. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama kemahiran lain. Murid-murid tidaklah diminta untuk mendengar sahaja sepanjang masa tanpa bertindak balas daripada apa yang didengar. ( Kamarudin Hj. Husin. 1999) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Tegasnya kebolehan untuk bertutur dengan lancar dapat mempengaruhi perkembangan pemikiran dan pengertian seseorang individu. Disamping itu, kemahiran tersebut juga dapat memperkembangkan kebolehan untuk membaca. Justeru itu, kemahiran mendengar dan bertutur dianggap sebagai asas untuk perkembangan kemahiran bahasa yang lain iaitu membaca.

Page 5: Bmp mendengar tutur

OBJEKTIF PENGAJARAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

• Mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam siaran am dan media massa

• Bertutur dengan fasih dan lancar serta memberikan pendapat dan hujah-hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi.

• Mendengar dan mengenal sebutan, intonasi dan gaya pengucapan yang baik dalam pelbagai situasi.

• Mendengar dan memahami bahagian ayat dan unjuran, maklumat tertentu, fakta, idea dan hujah, maksud keseluruhan dan nilai dalam prosa dan puisi.

• Menerima, memberi dan menyampaikan arahan, pesanan, panduan dan tunjuk ajar.

Page 6: Bmp mendengar tutur
Page 7: Bmp mendengar tutur

PRINSIP PENGAJARAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

• Guru perlu memahami ciri-ciri yang terangkum dalam kemahiran mendengar sebelum menentukan tujuan-tujuan pengajarannya.

• Guru perlu mengetahui faktor-faktor yang dapat mempengaruhi keberkesanan mendengar di kalangan murid-muridnya. Seseorang murid boleh menjadi pendengar yang baik, jika fikirannya tenang kerana ia dapat menumpukan perhatiannya terhadap bahan yang didengarinya. Faktor-faktor persekitaran fizikal dan sosial murid-murid, keadaan fizikal serta psikologi murid-murid dan pengalaman murid juga mempengaruhi proses mendengar.

• Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti kemahiran mendengar mestilah di pelbagaikan supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.

• Pelbagai aktiviti kemahiran mendengar perlu dirancang oleh guru bagi mendorong murid-murid menguasai kemahiran mendengar.

Page 8: Bmp mendengar tutur

• Manakala prinsip kemahiran bertutur pula ialah guru perlu mendorong murid –murid berinteraksi dengan rakan –rakan mereka. Murid-murid akan tergerak untuk berkomunikasi jika pembelajaran dalam bilik darjah mempunyai objektif untuk membolehkan mereka berkomunikasi.

• Guru perlu memperkembangkan hubungan yang positif di kalangan murid-murid serta di antara guru dengan murid. Dengan cara ini, akan terbentuk persekitaran yang sihat bagi membantu seseorang murid itu menguasai kemahiran bertutur.

• Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid-murid mempunyai pengalaman tentang perkara-perkara yang dibincangkan. Guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaaan dan bahan rakaman.

Page 9: Bmp mendengar tutur

AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Kemahiran mendengar Mengenal pasti bunyi sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan

termasuklah bunyi atau punca bunyi alam sekitar yang mungkin menghasilkan bunyi. Aktiviti jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti mendengar dan melaksanakan tugas. Contohnya, mendengar rakaman dan memadankan bunyi yang diperdengarkan itu dengan gambar-gambar yang diberi, mewarnakan gambar-gambar yang sesuai dengan bunyi yang diperdengarkan, memadankan gambar-gambar yang menunjukkan suasana yang terdapat pada bunyi yang diperdengarkan.

Mengecam berbagai jenis nada, intonasi, gaya pengucapan, serta sikap penutur daripada sesuatu perbualan, lakonan, atau drama yang diperdengarkan.

Page 10: Bmp mendengar tutur

Kemahiran Bertutur Latih tubi Dijalankan bagi melatih murid-murid menguasai bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat yang digunakan oleh guru. Latihan dimulakan dengan penyebutan guru dan kemudian murid-murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut secara beramai-ramai , dalam kumpulan besar, kemudin kumpulan kecil dan selanjutnya secara individu.

Dialong dan Nyayian Merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Teknik latih tubi dialong adalah sama dengan teknik latih tubi pola ayat. Kadang-kadang seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafal oleh murid-murid. Aktiviti nyayian dapat membantu murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.

Page 11: Bmp mendengar tutur

Latihan Pandang dan sebut Merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu kad-kad imbasan bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. Semua alat bantu ini digunakan dalam latih tubi supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang diperlukan oleh guru.

Karangan Lisan Merupakan karangan dalam bentuk lisan yang dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut adalah dalam bentuk bersoal jawab, latihan penghasilan dan karangan bebas.

Page 12: Bmp mendengar tutur

KESIMPULAN

• Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kompenan kemahiran lisan yang tidak boleh diabaikan oleh guru-guru bahasa. Mendengar dan bertutur merupakan proses yang kompleks kerana dalam proses mendengar dan bertutur seseorang individu itu bukan sahaja menggunakan mulut dan alat pendengarannya, tetapi individu tersebut juga perlu menggunakan otaknya unyuk mentafsirkan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya dan kemudian memberi gerak balas terhadap bunyi bahasa tersebut. Oleh itu, murid-murid perlu dilatih melalui beberapa aktiviti pembelajaran yang berkesan supaya mereka dapat mendengar dan bertutur dengan baik.

Page 13: Bmp mendengar tutur

KAEDAH MENDENGAR SECARA AKTIF DAN PASIF

Page 14: Bmp mendengar tutur

• Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.

• Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.

Page 15: Bmp mendengar tutur

KEPENTINGAN MENDENGAR AKTIF

Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar dengan aktif di antaranya adalah seperti yang berikut:

i) Dengan mendengar secara aktif kita akan lebih banyak belajar.ii) Lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih berpengalaman.

iii) Kita akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang yang bercakap kepada kita.iv) Dapat memberi tindak balas yang baik kepada orang yang sedang bercakap.

v) Kita akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain. Kita dapat mengikuti arahan dengan lebih baik, rapi dan hanya membuat sedikit kesilapan dan mengurangkan kecuaian dalam mendengar.

Page 16: Bmp mendengar tutur

Mengikut Barker (1971) terdapat tiga faedah daripada proses mendengar dengan aktif, iaitu:

i) Mendengar membantu anda mengembangkan

pengetahuan dan kemahiran.

ii) Dapat memperkembangkan perbendaharaan kata dan

mudah berbahasa. Mendengar merupakan asas pertama

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii) Mendengar membolahkan anda melihat mesej yang

penting dan tidak penting.

Page 17: Bmp mendengar tutur

KAEDAH MENDENGAR SECARA AKTIF

• Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif.

• Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut. Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan soalan tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula.

• Pelajar berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu.

Page 18: Bmp mendengar tutur

• wajar seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa yang diperkatakan dari segi :

Intensif.

Empati.

Membina kemahiran mendengar yang efektif.

Membina kemahiran bertindak balas.

1).Intensif.

Seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu menganalisis beribu jenis maklumat. Sebenarnya otak manusia dikatakan mampu menerima kadar pertuturan sekurang-kurangnya empat kali dari kelajuan purata pertuturan seseorang penutur. Proses ini memberi peluang kepada minda untuk berfikir semasa mendengar. Otak manusia juga dapat meringkaskan dan mengintegrasikan apa yang diperkatakan ketika proses mendengar sedang berlaku.

Page 19: Bmp mendengar tutur

2) Empati

Empati memerlukan pendengar menganggap diri mereka sebagai penutur. Pendengar yang aktif sedia untuk menerima di samping meninjau lebih jauh apa yang disampaikan oleh penutur. Cabaran kepada seseorang pendengar yang aktif ialah menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan menyimpan segala pertikaian yang timbul dalam hatinya sehinggalah penutur selesai bercakap. Pendengar juga perlu mempunyai kesanggupan untuk menerima masalah yang dihadapi di samping bersedia memberi buah fikiran dari kaca mata pendengar dan penutur.

Page 20: Bmp mendengar tutur

3) Membina Kemahiran Mendengar Yang Efektif.

Terdapat beberapa ciri penting untuk membina kemahiran

mendengar yang efektif. Antaranya ialah :

Mengadakan interaksi secara berhadapan.

Mengelakkan dari melakukan halangan dari segi gerakan badan.

Menunjukkan tanda pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala, perubahan air muka dan sebagainya.

Mengutarakan soalan yang berkaitan dengan ikhlas.

Mengelakkan diri dari mencelah kata-kata penceramah jika tidak perlu.

Tidak keterlaluan ketika berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pendengar.

Mewujudkan aliran maklumat yang sempurna antara penutur dan pendengar.

Page 21: Bmp mendengar tutur

4). Membina Kemahiran Bertindak Balas.

Tindak balas yang diperlukan dalam kemahiran mendengar ialah tindak balas yang positif bukannya tindak balas yang negatif. Untuk membina kemahiran tindak balas yang positif seseorang itu perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu dan bukannya secara umum. Contohnya memberi pujian serta- merta terhadap kerja yang baik oleh pelajar serta memberi alasan mengapa dia perlu mendapat pujian. Jika dia membuat kesalahan, maka perlulah ditegur dengan baik dan ikhlas supaya dapat diperbaiki .

Page 22: Bmp mendengar tutur

Mendengar Pasif

Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah.

Ciri-ciri mendengar Pesif Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya

menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya.

Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu.

Page 23: Bmp mendengar tutur

Sambungan …

Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.

Page 24: Bmp mendengar tutur

KOMUNIKATIF

Page 25: Bmp mendengar tutur

Definisi Komunikatif• Menurut Adena Ayob& Khairuddin Mohamad ( Kaedah Pengajaran

Bahasa Melayu), komunikatif merupakan pendekatan yang berlandaskan pemikiran bahawa kemampuan penggunaan bahasa dalam komunikasi merupakan tujuan yang harus dicapai untuk pembelajaran bahasa.

• Manakala menurut Kamarudin Haji Husin (Perkaedahan Mengajar Bahasa) pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai alat komunikasi. Matlamat pengajaran adalah untuk memperkembangkan keupayaan tersebut.

• Pendekatan komunikatif ini memberi penekanan kepada keupayaan penutur dalam berkomunikasi dengan melibatkan pengetahuan dan kebolehan bahasanya.

Page 26: Bmp mendengar tutur

• Dengan kata lain, pendekatan komunikatif ini lebih mengutamakan penguasaan kecekapan bahasa dan kecekapan komunikasi dalam sesuatau interaksi lisan.

• Oleh itu, sesuatu aktiviti lisan yang dirancang dalam pendekatan komunikatif bagi melatih kemahiran bertutur mengandungi dua aktiviti utama yakni aktiviti latihan ketepatan penggunaan unsur-unsur bunyi dan struktur bahasa serta aktiviti menggunakan unsur-unsur bahasa yang dilatih dalam sesuatu interaksi lisan.

Page 27: Bmp mendengar tutur

• Dalam pengajaran kemahiran lisan, matlamat akhir yang ingin dicapai oleh pelajar ialah supaya mereka boleh menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.

• Yakni, pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa untuk berhubung dengan pihak lain dalam berbagai-bagai situasi.

• Pendekatan komunikatif tidak mementingkan penguasaan bahasa secara pencilan tetapi pendekatan ini menitikberatkan penguasaan pelajar dalam kecekapan berkomunikasi iaitu cekap menyuarakan isi hati dan fikiran sendiri dengan menggunakan kecekapan nahu (tatabahasa), sosiobudaya dan kognitif pelajar itu sendiri.

Page 28: Bmp mendengar tutur

Ciri-Ciri Pendekatan Komunikatif• Brumfit dan Finocchiaro (1997) membicarakan 22 ciri

pendekatan komunikatif dalam pengjaran bahasa. Ciri-ciri pendekatan komunikatif dalam pengajaran komunikatif tersebut adalah seperti berikut:

• 1) Makna merupakan aspek penting• 2) Percakapan harus berpusat di sekitar fungsi komunikatif

dan tidak dihafal secara normal.• 3) Kontekstualisasi merupakan aspek penerokaan utama

dalam mencerap ilmu.• 4) Belajar bahasa membawa maksud berkomunikasi.• 5) Komunikasi efektif dianjurkan.• 6) Latih tubi dibolehkan, tetapi tidak boleh membebankan.

Page 29: Bmp mendengar tutur

• 7) Ucapan yang dapat difahami dijadikan keutamaan.• 8) Setiap alat bantu pengajaran diaplikasikan dengan

mantap.• 9) Keupayaan untuk berkomunikasi boleh didorong sejak

awal.• 10) Penggunaan bahasa yang berkesan akan diberikan

penekanan.• 11) Terjemahan digunakan dalam pengajaran jika perlu.• 12) Membaca dan menulis dimulakan lebih awal. • 13) Sistem bahasa dipelajari melalui aktiviti berkomunikasi.• 14) Komunikasi komunikatif merupakan tujuan asas.• 15) Variasi linguistik merupakan konsep utama dalam

pengajaran.

Page 30: Bmp mendengar tutur

• 16) Urutan pengajaran ditentukan berdasarkan pertimbangan isi, fungsi atau makna untuk meneguh minat murid.

• 17) Guru mendorong murid supaya bersama-sama dengannya untuk menggunakan bahasa.

• 18) Bahasa dicipta oleh murid melalui cuba jaya.• 19) Kefasihan bahasa merupakan fokus utama, selain

ketepatan yang dinilai dalam konteks bukan abstrak.• 20) Murid digalakkan berinteraksi dengan orang lain melalui

kelompok atau pasangan sama ada secara penulisan atau lisan.

• 21) Guru tidak boleh meramalkan apakah bahasa yang akan digunakan oleh murid.

• 22) Motivasi intrinstik murid akan timbul melalui minatnya terhadap hal-hal yang dikomunikasikan.

Page 31: Bmp mendengar tutur

Proses Pengajaran Komunikatif

1) Guru memberikan situasi dan soalan tugasan kepada murid.

2) Murid berbincang bersama-sama rakan tentang soalan tugasan yang diberikan oleh guru.

3) Murid bertanya dan berbincang dengan guru.4) Murid menjalankan wawancara di hadapan bilik

darjah.5) Guru memberikan pandangan dan saranan untuk

penambaikan.

Page 32: Bmp mendengar tutur

Prinsip Pendekatan KomunikatifTerdapat 3 prinsip pendekatan komunikatif:1) Murid perlu mengetahui tujuan setiap

aktiviti bahasa yang dilaksanakan.2) Pengajaran bahasa perlu dibuat dalam

konteks wawancara.3) Pengajaran bahasa perlu berpandukan

proses komunikasi yang sebenar.

Page 33: Bmp mendengar tutur

Kesimpulan Hakikatnya, prinsip komunikatif

menitikberatkan faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya untuk mempengaruhi kecekapan berbahasa dan berkomunikasi bagi seseorang penutur dalam masyarakat bahasa.

Dalam pendekatan komunikatif, struktur bahasa diajar supaya komunikasi lebih berkesan dengan kecekapan berbahasa yang sesuai dengan fungsi komunikasi.