42
BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK NUR AMMARAH BINTI MOHD ZAIN D20101037108 TEE TING TING D20101037163 Tajuk: Ilmu Firasat, Perdukunan, Jampi dan Pengasih (Hikayat Hang Tuah) Pensyarah: Dr. Hj. Mohd Rashid Bin Hj. Md Idris

Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU

NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK

NUR AMMARAH BINTI MOHD ZAIN

D20101037108

TEE TING TING D20101037163

Tajuk: Ilmu Firasat, Perdukunan, Jampi dan Pengasih (Hikayat Hang Tuah)

Pensyarah: Dr. Hj. Mohd Rashid Bin Hj. Md Idris

Page 2: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

PENGENALAN

Penelitian sesebuah teks dalam karya agung Melayu dapat membantu kita menjejaki cara hidup nenek moyang kita pada waktu dahulu. Contohnya seperti ilmu firasat, perdukunan, jampi, dan pengasih yang sememangnya merupakan suatu amalan bagi masyarakat terdahulu.

Hikayat Hang Tuah telah dipilih untuk mengkaji penggunaan keempat-empat ilmu tersebut.

Page 3: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

LATAR BELAKANG PENGKAJI TEKS

Hikayat Hang Tuah ini diterbitkan semula dalam edisi Karya Agung Melayu berdasarkan edisi Dewan Bahasa dan Pustaka 1964. Hikayat Hang Tuah ini dikaji dan diperkenalkan oleh Kassim Ahmad dengan pengenalan tambahan oleh Noriah Mohamed.

Kassim Ahmad merupakan sarjana Melayu yang pertama melakukan kajian teks Hikayat Hang Tuah secara ilmiah.

Noriah Mohamed telah menulis beberapa banyak rencana dan kertas kerja, di samping menyunting dan menulis beberapa buah buku khususnya tentang kesusasteraan Jawa dan pengaruhnya dalam kesusasteraan Melayu tradisional.

Page 4: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

SINOPSIS HIKAYAT HANG TUAH

Kisah awal Menceritakan kisah Hang Tuah semasa kecil yang dikaitkan dengan zaman awal kerajaan Melayu Melaka.

Zaman Kegemilangan Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dikaitkan dengan ketokohan dan kepahlawanan Hang Tuah.

Zaman Kemerosotan Kemunduran kerajaan Melayu Melaka.

Page 5: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

ILMU FIRASAT

Ilmu firasat ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, iaitu anggota badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.

(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 412))

Page 6: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Menurut Sulastin Sutrisno, ilmu firasat merupakan seseorang yang mempunyai ilmu yang dapat merasa, melihat atau mengetahui lebih dahulu segala sesuatu yang akan berlaku. Melalui ilmu firasat juga seseorang itu dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan orang lain, antaranya berdasarkan nama, hari atau ketika.

(Sumber: buku Penghayatan Karya Agung Melayu: 125)

Firasat

Firasat Terhadap Binatang

Firasat Mimpi

Firasat Tilik Nasib

Page 7: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Firasat Mimpi

Maka pada malam itu Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit; maka cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang Mahmud pun terkejut lalu bangun daripada tidur, lalu diriba anaknya Hang Tuah dan diangkatnya, maka diciumnya seluruh tubuh. Setelah sudah, hari pun sianglah, maka segala mimpinya itu semuanya dikatakannya pada anaknya dan isterinya.

(Hikayat Hang Tuah: 23)

Berdasarkan petikan di atas, mimpi yang dialami oleh Hang Mahmud iaitu bulan turun dari langit dan cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah menunjukkan bahawa Hang Tuah akan menjadi seorang yang terkenal apabila dewasa kelak dan tokoh yang bertuah kerana bakal mendukung kedaulatan negeri Melaka.

Page 8: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Firasat Tilik Nasib

Syahadan maka Laksamana pun menurunkan segala perahunya dan mengerahkan segala orangnya berlengkap. Setelah sudah mustaid maka datanglah kepada tujuh harinya. Maka bendahara dan Laksamana pun masuk mengadap berdatang sembah, “Daulat tuanku, patik dititahkan berlengkap itu sudahlah patik lengkapi seperti titah Duli Yang Dipertuan itu. Maka titah patik junjung, tetapi pada bicara patik, baiklah Duli Syah Alam berangkat pada tengah naik matahari ini, alamat geroda alah oleh ular.” Maka baginda pun berangkat masuk mendapatkan isterinya keduanya, seraya bertitah, “Marilah adinda kita turun, kerana hari sudah tinggi.

(Hikayat Hang Tuah: 476)

Page 9: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Berdasarkan petikan, Laksamana dapat mengetahui sekiranya melakukan perjalanan matahari sedang naik akan mendatangkan sesuatu peristiwa yang buruk. Ketika dalam perjalanan ke Singapura, iaitu di Selat Melaka, baginda telah ternampak seekor ikan emas yang sangat cantik. Kemudian baginda memandang ke bawah perahu sehingga mahkotanya terjatuh ke dalam air. Lalu Hang Tuah terjun untuk mendapatkannya. Ketika hampir sampai ke perahu, tiba-tiba seekor buaya putih datang menyambar kerisnya, lalu Hang Tuah terkejut dan menyebabkan mahkota terjatuh kembali. Kemudian , Hang Tuah menarik ekor buaya tersebut sehingga lemas dan akhirnya timbul kembali tanpa mahkota dan keris. Setelah Hang Tuah kehilangan keris dan baginda kehilangan mahkota, kedua-duanya menjadi sakit kepala dan demam.

Page 10: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Firasat Terhadap Binatang

Maka titah baginda, “Hai mamak bendahara, hai segala menteri yang tua-tua, adakah pernah melihat pelanduk putih seekor, seperti kambing besarnya, menerajangkan anjing ke dalam sungai? Apa gerang padahnya?” Maka sembah Bendahara Paduka Raja dan segala menteri yang tua-tua itu. Ya Tuanku Syah Alam, ada patik dengar kata orang tua-tua patik, jika ada pelanduk putih pada hutan atau barang tempat sekalipun, baiklah tempat, patut diperbuat negeri; berdaulat negeri, tuanku.” Setelah baginda menengar sembah bendahara dan segala menteri tua-tua demikian itu maka baginda pun terlalu sukacita serta bertitah, “Jika demikian, baiklah pulau ini kita berbuat negeri.”

(Hikayat Hang Tuah: 64)

Berdasarkan petikan di atas, jelas menggambarkan peranan binatang seperti pelanduk dikatakan dapat menjelaskan kesaktian tempat tersebut sehingga jika dijadikan negeri, maka negeri tersebut akan maju dan makmur.

Page 11: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

ILMU PERDUKUNAN

Dukun merupakan orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan membaca jampi serapah dan sebagainya.

Perdukunan pula didefinisikan sebagai sesuatu yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional yang berkaitan dengan ilmu dukun.

(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 369))

Page 12: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Terdapat beberapa istilah untuk orang yang mengamalkan ilmu perdukunan ini seperti kahin, ‘arraf, rammal, munajjim atau ahli nujum, sahir atau tukang sihir dan lain-lain.

Bassam Salmah (2004: 301) mengatakan bahawa al-kahin merupakan seseorang yang mengkhabarkan sesuatu yang akan terjadi pada masa akan datang. Namun demikian, ada juga yang mengatakan al-kahin adalah individu yang memberitahu apa yang tersirat di dalam hati seseorang.

Istilah yang kedua yang berkaitan dengan perdukunan ialah ‘arraf. ‘Arraf dikatakan oleh Al-Baghawi dalam Bassam Salmah (2004:302) sebagai orang yang mengaku tahu akan urusan-urusan tertentu melalui cara yang tertentu dan mungkin juga mengetahui tempat sesuatu barang yang hilang itu disorokkan.

(Sumber: Buku Penampakan dari Dunia Lain)

Page 13: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Menurut Niknik M. Kuntarto et. al. (2010:168-172) dalam Bassam Salamah (2004), terdapat beberapa ciri-ciri pendukunan seperti:

i. Bertanya namanya, nama ayahnya dan nama ibunya untuk dimanterai.

ii. Menanyakan hari dan waktu lahirnya sama ada siang atau malam.

iii.Meminta salah satu benda (foto, kain, sapu tangan, baju) sebagai syarat ritual.

iv. Adakalanya meminta binatang dengan sifat tertentu

v. Membaca mantera-mantera yang tidak difahami.

vi. Kadang-kadang menyuruh orang yang sakit menyepi tidak terkena sinar matahari.

vii. Kadang-kadang tidak boleh menyentuh air atau mandi pada waktu tengah malam.

viii.Memberi benda-benda yang harus ditanam.

ix. Kadang-kadang sudah tahu masalah sebelum pesakit sempat memberitahu.

x. Menulis ayat al-Quran dengan songsang.

xi. Membakar kemenyan.

xii.Memberikan ramalan ghaib tentang sesuatu yang sudahsedang atau akan terjadi.

(Sumber: Buku Penampakan dari Dunia Lain)

Page 14: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Maka kata Nala Sang Guna, “Anakku tahukah berbuat ubat beranak, kerana ayahanda terlalu hasrat hendak beranak. Beberapa pula ayahanda minta kepada segala orang yang tahu, tiada juga diberi Allah Taala.” Maka kata Laksamana, “Insya-Allah Taala, adapun yang kehendak ayahanda bonda akan anak itu beroleh. Ada suatu ubat hamba tahu; akan ayahanda dianugerahkan Allah Taala anak seperti kehendak bonda itu.”… “Maka Laksamana pun berbuat suatu ubat, rupanya seperti madat. Setelah sudah maka ubat itu pun disuruh oleh Laksamana hantarkan kepada Nala Sang Guna.”

(Hikayat Hang Tuah : 394-395)

Berdasarkan petikan di atas, Nala Sang Guna telah meminta Laksamana Hang Tuah membuat ubat beranak untuk isterinya. Hang Tuah telah membuat suatu jenis ubat yang berupa seperti candu. Setelah sebulan akhirnya isteri Nala Sang Guna telah melahirkan seorang bayi lelaki. Kemudian, Hang Tuah telah diberikan ganjaran oleh Nala Sang Guna.

Page 15: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

ILMU JAMPIJampi merupakan kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit.

Jampi juga dikenali sebagai mantera.

(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 605))

Jampi Mantera (al-Ruqyah)

Perkataan al-Ruqa adalah kata jamak kepada perkataan Ruqyah, iaitu jampi mantera. Jampi mantera merujuk kepada “bacaan-bacaan yang memiliki ciri-ciri berdoa dan memohon perlindungan dan pertolongan” yang dibacakan terhadap mereka yang sakit dengan tujuan untuk merawat daripada penyakit yang menimpa mereka, seperti penyakit demam, disengat ular dan kala jengking, dirasuk jin, syaitan dan sebagainya.

(Sumber: Buku Azimat, Jampi, Sihir dan Berubat Menurut Islam: 17-18)

Page 16: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Mana Sikana (1996) dalam Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et. al (2013) menyatakan bahawa jampi merupakan jampi serapah bukan sekadar penglahiran perasaan seperti puisi. Ia ada hubungannya dengan kejiwaan dan sistem kepercayaan. Jampi dikatakan sesuatu yang dibaca untuk memberi kesaktian terutamnya perubatan. Pawang sebagai pembaca jampi adalah manusia yang luar biasa dan disifatkan sebagai manusia perantaraan makhluk dengan Khaliq atau supernatural.

Jampi

Jampi Menolak syaitan

Jampi Tawar Bisa

Jampi Pendinding

(Sumber: buku Penghayatan Karya Agung Melayu: 129-130)

Page 17: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Contoh jampi menolak syaitan:

Bismillah, ya Allah, adalah bangma bakma

Bersama-sama dunia al-akhirat

Kiraman katibin memberi aku

Tanggung hak aku siang dan malam

Aku daripada Allah

Kun Lailaha illallah.

Jampi ini sebagai azimat, surat pada kain, bubuh pada bunga tiang rumah. Bab ini azimat angka maha besar gunanya. Maka disurat pada perca putih, maka bubuh pada tiang rumah; maha baik dianugerahkan Allah Taala. Segala mara bahaya pun baik, diluputkan Allah sekaliannya. Pada yang menolakkan bala, dan syaitan iblis itu tiada hampir dengan berkat angka ini.

(Kitab Tib: 122)

Page 18: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Contoh mantera tawar bisa:

Hei bisa maha bisa

Aku tahu akan asal bisa

Datang daripada setitik racun yang bisa

Nyah engakau dari sini

Jikalau engkau tidak mahu pergi

Engkau derhaka kepada Allah

Engkau derhaka kepada Muhammad

Engkau derhaka kepada gurumu

Kenerang Salleh dan Malim Kelimun

Berkat perkataanku

La illaha illa’llah, Muhammadar Rasulullah.

(Hanapiah Mat Alim: Jengka, Pahang)

(Mantera Melayu: 36)

Dalam contoh di atas, ‘bisa’ diberikan sifat orang dan digunakan ganti nama ‘engkau’. Kalau diperhatikan, ternyata pengamal seolah-olah berhadapan dengan ‘seseorang’ kerana ‘orang itu’ (bisa) boleh diseur dan diberitahu asal usulnya. Seterusnya ‘orang itu’ diperintahkan supaya keluar dari diri pesakit. Kemudian diikuti dengan amaran,jikalau engkau tidak mahu pergi, engkau derhaka kepada Allah dan lain-lain.

Page 19: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Mantera pendinding berfungsi untuk melindungi diri daripada musuh, sama ada manusia, makhluk halus, binatang atau sebagainya. Ia juga sering disebut mantera pagar diri dan penyangga. Di dalam jenis ini kebanyakan mereka membangkitkan kudrat Allah dan malaikat, namun ada juga yang menggunakan jin.

Contoh mantera pendinding (guna Allah):

Mantera Pendinding

Bismi ‘Illahi-Rahmani’l-Rahim

Allah payung aku

Jibrail kota aku

Malaikat empat puluh empat pagar aku

Aku berjalan dengan kuasa Allah

Aku berlenggang dengan lenggang Muhammad

Bukan kata aku, kata Allah

Berkat doa,

La illaha illa’llah, Muhammadar Rasulullah.

(Saadia Said: Taiping, Perak)

(Mantera Melayu: 87)

Page 20: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Setelah Tun Tuah melihat kelakuan Tun Teja itu, maka Tun Tuah pun fikir di dalam hatinya, ‘Adapun jika selaku ini juga kelakuan Tun Teja ini nescaya gilalah akan aku. Jika demikian, baiklah kuperbuat suatu hikmat pembenci.’ Setelah sudah Tun Tuah fikir demikian itu, maka Tun Tuah pun membaca pustakanya, lalu ditiupkannya ke dalam kurung itu. Maka Tun Teja pun bencilah hatinya akan Tun Tuah dan jangankan melihat rupanya, menengar suaranya pun benci serta menutup akan telinganya.

(Hikayat Hang Tuah: 234)

Berdasarkan petikan di atas, Laksamana telah menggunakan jampi supaya Tun Teja membencinya setelah dia melihat Tun Teja begitu menaruh hati kepada Laksamana. Setelah Laksamana membacakan jampi, Tun Teja tidak ingin lagi melihat rupa dan mendengar suara Laksamana.

Page 21: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Mantera pembenci digunakan untuk menimbulkan rasa benci antara dua orang yang bersahabat, pasangan yang sedang berkasih, bahkan suami dengan isteri dengan tujuan yang buruk. Pelbagai cara boleh digunakan bagi menimbulkan rasa benci seseorang antaranya ialah mantera dibacakan pada kapur, kemudian kapur dipangkah pada rumah mangsa. Selain itu, mantera juga dapat dibaca pada pasir atau limau lalu dilemparkan ke atas bumbung rumah orang berkenaan dengan tujuan penghuni membencikan rumah tersebut dan meninggalkannya.

Contoh mantera pembenci:

Hei jumpu-jumpu, nanti-nanti

Engkau duduk seperti hantu

Makan seperti syaitan

Mari helang bersama dengan ayam

Engkau tidak boleh bersama dengan laki engkau

Berpecah awan ini

Berpecahlah engkau dengan laki engkau.

(Kamis Itam : Kangar, Perlis)

(Mantera Melayu: 100)

Page 22: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

ILMU PENGASIH

Ilmu pengasih ialah pengetahuan tentang jampi, azimat, atau guna-guna untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih terhadap individu yang dikehendaki.

Ilmu ini hanya akan berkesan kepada individu yang dimaksudkan sahaja.

(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 682))

Page 23: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Menurut Maryati (1993) dalam Haron Daud (2001) menyatakan bahawa ‘asihan’ digunakan untuk menguasai jiwa orang lain yang dicintai agar orang itu mencintainya. Pengamal ‘asihan’ akan menjadi lebih menawan. Ia dapat menarik perhatian orang yang dihajatinya sehingga orang tersebut langsung datang kepadanya.

Haron Daud (2001), ada juga isi mantera, terutama jenis pengasih, yang berkaitan dengan unsur alam seperti bintang, bulan dan matahari. Unsur-unsur itu digunakan sebagai kiasan kepada anggota badan pengamal supaya kelihatan cantik. Malah penggunaan unsur alam itu memberikan keyakinan dan merupakan satu syarat yang perlu ada pada diri pengamal atau orang yang berkaitan dengannya dalam menentukan keberkesanan mantera itu.

(Sumber: Mantera Melayu: 187)

Page 24: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Contoh mantera pengasih:

Matahari empat, bulan lima

Bintang tujuh ke mata aku

Bintang berayunke dagu aku

Bulan purnama ke kening aku

Semut beriring di bibir aku

Gajah sekawan di gigi aku

Ombak beralun di lidah aku

Suara aku seperti suara Nabi Daud

Rupa aku seperti rupa Nabi Yusuf

Cahaya aku seperti cahaya Nabi Muhammad

Berkat aku memakai pemanis

Dengan berkat La ilaha illah ‘llah.

(Senawi Ahmad : Alor Setar, Kedah)

(Mantera Melayu: 187)

Page 25: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Cara membuat jampi pengasih

(http://www.harmoni-my.org/forum/index.php?topic=2889.0)

Sebelum bermula menulis azimat kamu hendaklah membaca SALAM PEMBUKA di bawah terlebih dahulu :

Assalamualaikum ya rasul Allah

Ya ashadu rasulullah

Ya hadrata halillah

Ya harahul mukadisha

Ya ibbadallah

Ya rijjah lullah

Ya hallah nau bah

Ya nik bahyi, ya nuj bahyi ya ibadahli ya autadi ya akhyi ya ashabulkahpi ya kuthfi ya ghausi ya saidina khadri yatul minni

illaikum wahha tawasilu bikum illahi bi qha dha hi hajati (baca 3 kali).

A ghi suni sari a bi ghau sillahi a I nuni bi au nillah-unzururu ila bi nazra tillah wam du ni bi mad dadillahi bijahi habibbi wa saiyidina Muhammad sallallahu ala wassalam wabirahmatil anbi yai wal

mursahi na wal malai mukarrabii na wal auliyai wassolihin- apabila sampai sini baca fatihah sekali.

Page 26: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Setelah selesai menulis azimat hendaklah dikunci. Contohnya :

1. Ayatul kursi 1 kali

2. Fatihah sekali

3. Al- ikhlas 3 kali

4. Al-falaq sekali

5. Annas sekali

Kemudian azimat dilipat di dalam lingkungan asap kemenyan sambil membaca selawat hingga terlipat dan kemudian bolehlah dipakai. Selepas selesai baca doa penutup.

Jadi jalan selamat

Ikutlah jalan wali selamat

Selamat dalam panduan wahyu Ilahi

Selamat dalam bendungan sunnah nabi

Tidak jemu dipandang berkali-kali

Cantik akhlak manis senyum dari hati yang suci

Inilah ilmu pengasih yang sejati.

Page 27: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Maka Tun Tuah pun mengambil jebat itu, maka diberinya pitis sekeping akan orang tua itu. Setelah Tun Tuah beroleh jebat itu, maka Tun Tuah pun kembalilah ke rumahnya berbuat suatu guna pengasih namanya. Setelah diperbuat guna itu, maka pada malam itu juga Tun Tuah berjaga membaca pustakanya datang siang.

(Hikayat Hang Tuah : 216-217)

Berdasarkan petikan di atas, Hang Tuah telah membeli jebat iaitu sejenis bau-bauan yang harum baunya untuk membuat ubat pengasih. Setelah siap membuat ubat guna-guna tersebut, lalu Hang Tuah membaca pustaka (buku nujum untuk ilmu sihir) dari malam sehingga keesokkan paginya. Ubat guna-guna ini telah digunakan untuk menawan hati Tun Teja.

Page 28: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

KESIMPULAN

Penggunaan ilmu firasat, perdukunan, jampi dan pengasih sudah semakin dilupakan. Hal ini demikian kerana masyarakat Melayu sudah berpaut kepada ajaran agama Islam.

Ilmu firasat merupakan ilmu yang berbeza daripada ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu jampi, perdukunan dan pengasih. Ilmu jampi memberi kesan positif dan negatif kepada manusia. Kesan positif adalah dapat mengubati penyakit manakala kesan negatif merangkumi penganiayaan terhadap orang lain dengan menggunakan jampi.

Page 29: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

BIBLIOGRAFIBassam Salamah (2004). Penampakan dari Dunia Lain. Jakarta:

Penerbit Hikmah.

Haron Daud (2001). Mantera Melayu : Analisis Pemikiran. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Harun Mat Piah (2006). Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rushdi Ramli (2003). Azimat, Jampi, Sihir & Berubat Menurut Islam. Selangor: Intel Multimedia and Publication.

Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah, Mohd Rashid Md. Idris dan Naffi Mat (2013). Penghayatan Karya Agung Melayu. Perak: Pusat Pendidikan Luar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Page 30: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

SEKIAN, TERIMA KASIH…

Page 31: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

LAMPIR

AN

Page 32: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

PERKAITAN KHADAM DENGAN PENDAMPING

Khadam adalah pembantu atau suruhan yang akan membantu tuannya apabila diminta. Khadam terbahagi atas dua golongan, iaitu:

Khadam Asal Khadam Bersyarat

Khadam asal adalah terdiri dari rohani Malaikat dan Jin Islam peringkat tinggi yang nama mereka adalah nama malaikat. Ia tidak meminta syarat apapun kepada tuannya. Khadam jenis ini diharuskan oleh syarak.

Khadam jenis ini adalah terdiri dari Jin alam rendah terdiri dari Jin Islam atau Jin kafir. Golongan ini datang ke tuannya dengan perjanjian dan beberapa syarat khusus dan umum, baik yang bertepatan dengan hukum syariah atau yang diharamkan oleh syarak. Khadam jenis ini diharamkan oleh Islam.

(Sumber: http://www.islampos.com/apa-itu-jin-khadam-57230/)

Page 33: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Khadam bersyarat ini akan datang menolong melalui salah satu cara berikut:

Jin yang meresap dalam cara ini memungkinkan orang yang diresapi itu menunjukkan keajaiban dan hal-hal yang luar biasa seperti berbicara dalam bahasa Jawa, Arab, Inggris dan sebagainya, padahal sebelumnya orang tersebut tidak mengetahui sedikit pun bahasa-bahasa tersebut. [edy witanto]

(Sumber: http://www.islampos.com/apa-itu-jin-khadam-57230/)

Page 34: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

KHADAMApabila anda menuntut sesuatu ilmu maka antaranya ada 5 sumber bagaimana anda boleh mendapatkan khadam, iaitu :

Page 35: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

1. Khadam AmalanIaitu amalan itu menggunakan khadam atau memanggil khadam.

2. Khadam AlatIaitu amalan itu tak menggunakan khadam tapi ada barang pada aliran perguruan tersebut yang dijaga khadam.Contohnya, semua pengamal diberikan senjata, gelang, kalung dan sebagainya di mana barang tersebut ada khadam yang menjaganya.

3. Khadam GuruIaitu, amalan itu tak guna khadam dan tak ada barangan khadam tapi guru ada khadam yang kemudiannya diturunkan kepada muridnya samada secara sengaja atau tidak.

(Sumber: http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com/2011/04/khadam.html)

Page 36: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

4. Jin Saka

Amalan tak ada khadam tak ada barangan berkhadam dan guru juga tak ada khadam tapi anda ada jin saka tak kira dari keturunan, barangan berkhadam, sihir atau sebagainya. Maka jin saka itu datang kepada anda dan menyamar atau menempatkan dirinya sebagai khadam kepada anda. Itu sebabnya ada guru tak guna khadam tapi muridnya pula berkhadam.

5. Jin Ilmu Bebas

Iaitu ada kalangan jin bebas yang sentiasa mencari peluang untuk berdamping dengan manusia. Maka ia mengambil kesempatan dengan mendatangi manusia yang mahu atau mencari khadam. Jin ini mungkin bergerak sendirian atau bekas peliharaan orang yang sudah meninggal dunia atau ia jin yang berjaya dibuang oleh perawat atau oleh tuannya dan sebagainya. Dan ia mungkin juga bergerak secara berkeluarga, berkumpulan atau dalam satu pertubuhan besar yang bergerak sejak zaman berzaman dan sebagainya.

(Sumber: http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com/2011/04/khadam.html

Page 37: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

ASAL USUL KHADAM1. Malaikat

2. Dewa Dewi

3. Jin

4. Roh manusia yang sudah meninggal, terutamanya roh para nabi, wali, orang-orang soleh, roh guru, roh keluarga yang sudah meninggal dan sebagainya.

5. Rijalul ghoib

6. Khadam ayat

7. Khadam barangan antik, barang aneh, senjata, tangkal dan sebagainya.

8. Khadam yang datang dari alam ghaib atas sesuatu sebab

9. Penjaga gunung

10. Penjaga busut

11. Penjaga Laut

12. Penjaga hutan

13. Penjaga batu

14. Penjaga harta

15. Penjaga gua

16. penjaga rumah

17. Penjaga kubur dan sebagainya.

Page 38: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

PENGGUNAAN MANTERA/JAMPI

Penggunaan mantera dalam kalangan orang Melayu semakin berkurang kerana bertentangan dengan akidah Islam. Selain itu, kesan perkembangan ilmu pengetahuan moden yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris turut menjadi punca terjejasnya penggunaan mantera. (Haron Daud, 2001)

Page 39: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

MASYARAKAT CINA (TILIK NASIB)

Garisan-garisan yang ada pada tapak tangan seseorang manusia akan ditilik untuk mengetahui nasib seseorang itu. Selain itu, tarikh dan masa lahir mempengaruhi nasib seseorang.

Tukang tilik merujuk kitab-kitab tertentu untuk menilik nasib dan meramalkan kematian. Tukang tilik menggunakan kalendar Cina tua yang hanya meliputi 60 hari.

Unsur-unsur yang diambil kira untuk penilikan berdasarkan kalendar 60 hari iaitu:

Bintang seperti Jupiter, Mars, Saturn, Venus dan Merkuri Lima unsur, iaitu air, kayu, api, angin dan tanah Emosi seperti marah, gembira, suka, duka dan nafsu Lima arah, iaitu timur, barat, utara, selatan dan tengah Binatang berbisa, iaitu ular, katak, cicak, kala jengking dan lipan

Page 40: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

MELIHAT NASIB MELALUI MUKA

Diambil kira dari bentuk hidung, mulut, tulang pipi, dahi, kening, mata, pelipis, misai dan janggut.

Masa depan diramal melalui kombinasi bentuk muka dalam susunan Yin dan Yang.

Perwatakan, peribadi dan tingkah laku ditentukan melalui bentuk muka yang memberikan tafsiran berlainan.

Page 41: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

Kepercayaan Melalui 12

Zodiak Haiwan

Page 42: Bms 3022 karya agung melayu (1)1

PAKUA DAN AZIMAT

Pakua merupakan satu benda yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada diganggu oleh hantu dan roh jahat.

Azimat mempunyai fungsi yang sama dengan pakua tetapi berbeza, iaitu dari sudut fizikalnya.