6
Boneka Sebarang objek yang digeraklakonkan dan disertai dialog dianggap sebagai boneka. Boneka atau pupet atau patungan merupakan salah satu daripada permainan terawal yang dikenali oleh kanak-kanak. Boneka diperbuat dalam pelbagai bentuk dan rupa seperti manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Seni boneka adalah satu genre yang sangat luas dan terbahagi kepada empat jenis boneka yang utama iaitu boneka sarung tangan, boneka batang, boneka bertali dan boneka wayang. Tiga jenis boneka yang pertama berbentuk tiga dimensi dan selinder manakala boneka wayang berbentuk dua demensi dan kepingan. (a) Boneka sarung (i) Boneka sarung tangan digeraklakonkan dengan memasukkan tangan menerusi bahagian bawah ke dalam sarung tangan. Tumpuan utama adalah pergerakan mulut atau kepala. Kepala boneka sarung tangan boleh dibuat daripada kayu, papier mache atau kain, dan tangannya daripada kayu atau kain sumbat. Kepala dan tangan dilekatkan pada badan kain yang dibentuk seperti guni, dan boneka ini disarungkan seperti sarung tangan.

Boneka dalam PAKK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

boneka kanak-kanak

Citation preview

Page 1: Boneka dalam PAKK

Boneka

Sebarang objek yang digeraklakonkan dan disertai dialog dianggap sebagai boneka. Boneka atau pupet atau patungan merupakan salah satu daripada permainan terawal yang dikenali oleh kanak-kanak. Boneka diperbuat dalam pelbagai bentuk dan rupa seperti manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Seni boneka adalah satu genre yang sangat luas dan terbahagi kepada empat jenis boneka yang utama iaitu boneka sarung tangan, boneka batang, boneka bertali dan boneka wayang. Tiga jenis boneka yang pertama berbentuk tiga dimensi dan selinder manakala boneka wayang berbentuk dua demensi dan kepingan.

(a) Boneka sarung

(i) Boneka sarung tangan digeraklakonkan dengan memasukkan tangan menerusi bahagian bawah ke dalam sarung tangan. Tumpuan utama adalah pergerakan mulut atau kepala. Kepala boneka sarung tangan boleh dibuat daripada kayu, papier mache atau kain, dan tangannya daripada kayu atau kain sumbat. Kepala dan tangan dilekatkan pada badan kain yang dibentuk seperti guni, dan boneka ini disarungkan seperti sarung tangan.

Page 2: Boneka dalam PAKK

(ii) Boneka jari tergolong dalam kategori sarung tangan. Boneka ini dimainkan dengan menggunakan jari. Biasanya boneka seperti ini kecil dan digeraklakonkan dengan jari iaitu boneka disarung ke jari atau dilukis. Bahagian ini dapat digerakkan ialah tangan dan kepala sahaja.

(b) Boneka berbatang

Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi ia berbentuk tiga dimensi. Ia berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Rod kayu, buluh atau batang yang dipegang oleh pemain boneka untuk menggeraklakonkannya sama ada di bahagian tubuh atau tangannya.

Page 3: Boneka dalam PAKK

(c) Boneka bertali

Boneka jenis ini berbentuk lembaga bersendi yang dikendalikan dengan menggunakan tali atau benang daripada bahagian atas boneka. Tali-tali diikatkan pada anak-anakan dan kayu kawalan yang biasanya bersilang dipegang oleh pemain boneka. Pemain boneka perlu menguasai kemahiran yang tinggi untuk menggeraklakonkannya. Boneka jenis ini dianggap paling sukar dikendalikan kerana ia memerlukan kemahiran dan latihan yang rapi.

(d) Boneka wayang

Boneka wayang yang juga dikenalikan sebagai wayang kulit ialah satu seni persembahan tradisional Malaysia. Boneka ini berlembaga rata dan berbentuk dua dimensi yang diperbuat daripada kulit, kadbod, kertas tebal, plastik atau berlulang yang disediakan khusus. Kain layar diperlukan untuk menayangkan wayang. Boneka wayang dimainkan di belakang layar lutsinar. Cuma bayang lembaganya yang boleh dilihat oleh penonton.

Selain empat jenis boneka utama yang diperkenalkan di atas, terdapat juga boneka jenis lain seperti boneka kosong di tengah, boneka penuh, bunraku, boneka daripada alat sebenar, Ventriloquist’s Dummy boneka jari bercat, boneka tangan bercat, muppet dan teater mainan.

Page 4: Boneka dalam PAKK

Boneka dan Perkembangan Kanak-kanakPengajaran yang menggunakan boneka sebagai alat bantu mengajar dapat memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi bahasa, sosioemosi, kognitif, fizikal dan kreativiti.

Bahasa Boneka mempunyai nilai dalam komponen bahasa. Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan meluas dan berkesan apabila mereka berdialog dalam persembahan boneka. Sepanjang persembahan, mereka akan menggunakan perkataan dan bahasa untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.

SosioemosiKanak-kanak menyampaikan perasaan masing-masing menerusi boneka serta menerima pandangan kanak-kanak lain semasa bercerita dan mempamerkan hasil kerja. Kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti boneka dengan kanak-kanak lain akan mendapat tahu bahawa setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

Kognitif Perkembangan mental kanak-kanak berlaku dengan lebih pesat apabila mereka menjalankan aktiviti permainan boneka. Aktiviti boneka memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi serta bijak membuat penilaian dan keputusan.

Fizikal Perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikuasai menerusi aktiviti boneka. Aktiviti boneka menggalakkan perkembangan psikomotor terutamanya perkembangan motor halus kanak-kanak. Penggunaan bahan dan peralatan dalam aktiviti seni boneka memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta mata untuk kanak-kanak.

Kreativiti Kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan setelah mengikuti aktiviti boneka. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti boneka membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Mereka perlu membuat pemerhatian, menganalisis, menjana idea dan seterusnya menghasilkan boneka berdasarkan imaginasi dan kreativiti masing-masing.

Page 5: Boneka dalam PAKK

Sumber teks dan foto:

Loy Chee Luen. (2011). Boneka sebagai alat pedagogi dalam pengajaran kanak-kanak prasekolah. Tesis. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Loy Chee Luen. (2007). Persepsi guru terhadap penggunaan boneka sebagai alat bantu mengajar dalam perkembangan kanak-kanak di prasekolah. Skim Dana Penyelidikan Pensyarah Muda. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Loy Chee Luen. (2004). Teater boneka sarung tangan di Perpustakaan Negara Malaysia: Unsur-unsur pendidikan dan teknik persembahan. Disertasi. Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya.

Loy Chee Luen. (2009, Julai). Xi Ou, Cao Ou Zhe, Ou Xi (Puppet, Puppeteer & Puppetry). You Er Jiao Yu (Early Childhood Education), 54-55.