22
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: KESAN PENGGUNAAN BOLA GETAH DAN BOLA PERTANDINGAN TERHADAP PRESTASI MENYANGGA BOLA TAMPAR DI KALANGAN ATLET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI. JOHOR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya: HABIBALLAH BIN YUSOFF (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 891 KG TANJUNG KUALA, DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN 16200 TUMPAT. KELANTAN DARUL NAIM Tarikh : 13 NOVEMBER 2008 Tarikh : 13 NOVEMBER 2008

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KESAN PENGGUNAAN BOLA GETAH DAN BOLA PERTANDINGAN TERHADAP PRESTASI MENYANGGA BOLA TAMPAR DI KALANGAN ATLET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI. JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: HABIBALLAH BIN YUSOFF

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 891 KG TANJUNG KUALA, DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN 16200 TUMPAT. KELANTAN DARUL NAIM Tarikh : 13 NOVEMBER 2008 Tarikh : 13 NOVEMBER 2008

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )

Tandatangan : ................................................................

Nama Penyelia : DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN

Tarikh : 13 NOVEMBER 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

KESAN PENGGUNAAN BOLA GETAH DAN BOLA PERTANDINGAN

TERHADAP PRESTASI MENYANGGA BOLA TAMPAR DI KALANGAN

ATLET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI. JOHOR

HABIBALLAH BIN YUSOFF

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ................................................................

Nama Penyelidik : HABIBALLAH BIN YUSOFF

Tarikh : 13 NOVEMBER 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bersyukur saya ke hadrat-Nya kerana telah memberi saya kesihatan yang baik dan

kecekalan untuk menyempurnakan kajian ini.

Buat ibu dan bapa yang dikasihi dan dihormati:

Yusoff bin Hussin

Allayarham Khadijah binti Mat Isa

Juga kepada insan yang banyak membantu dan prihatin pada diri ini:

Mohd Syazimee bin Che Hashim

Koh Boon Luck

Teman-teman seperjuangan dan seluruh warga SPS

Rakan pasukan bola tampar UTM yang dikasihi

Terima kasih di atas segala bantuan, dorongan, kesabaran dan sokongan yang

diberikan. Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, dapat juga saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

kepada pensyarah pembimbing yang saya kasihi Dr. Zainal Abidin Bin Zainuddin

di atas segala bimbingan, nasihat, tunjuk ajar yang diberikan dengan penuh semangat

sepanjang saya menyiapkan projek ini.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada teman istimewa, Redzuanna

Binti Tukimin yang banyak membantu dan peserta kajian yang memberikan

kerjasama dengan baik dalam menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada

semua yang terlibat, segala jasa yang diberi amat dihargai.

Terima kasih semua

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk menyelidik kesan penggunaan bola getah

dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar dikalangan atlet

UTM. Subjek terdiri daripada 12 orang (umur 19-25 ± 1.68) dan dipilih secara

rawak. Ujian dijalankan dengan melakukan tiga jenis aktiviti iaitu ujian ketepatan,

ujian kelajuan dan ujian tahap kesakitan. Alat Newtest Powertimer Testing System

digunakan untuk menguji tahap kelajuan bola dan Russel-Lange Volleyball Test

digunakan untuk menguji tahap ketepatan bola. Manakala tahap kesakitan pula diuji

dengan menggunakan kad skor Visual Analog Scale (VAS). Data yang diperoleh

dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science version 10 (SPSS).

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan

penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola

tampar dikalangan atlet dan hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan

yang signifikan pada aras p < 0.05 diterima. Secara kesimpulannya, tidak terdapat

perbezaan yang ketara terhadap prestasi lakuan menyangga menggunakan bola getah

dan bola pertandingan dikalangan atlet Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Johor.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine the effect of using rubber ball and

tournament ball in digging performance among volleyball players from Universiti

Teknologi Malaysia. The test was conducted on 12 subjects aged (19-25 ± 1.68) and

randomly selected. The test includes three activities which are accuracy test, speed

test and soreness level test. Newtest Powertimer Testing System was used for the

speed test, Russel-Lange Volleyball Test for the accuracy test and Visual Analog

Scale (VAS) for the soreness level test. The data collected was analyzed using the

Statistical Package for Social Science software version 10 (SPSS). The result from

this study shows that there were no significant differences effects of using rubber ball

n tournament ball in volleyball digging performance. The null hypothesis which

stated there is no significant difference at significant level p < 0.05 was accepted. In

conclusion, it shows that there were have no effect of using rubber ball and

tournament ball on the digging performance of volleyball players from Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai. Johor.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Hipotesis Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Operasional 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

viii

2 KAJIAN LITERATUR 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS) 11

2.3 Centre Of Gravity (Pusat Graviti) 12

2.4 Senaman 13

2.5 Latihan Mental 14

2.6 Penutup 15

3 METODOLOGI KAJIAN 16

3.1 Pengenalan 16

3.2 Rekabentuk Kajian 17

3.3 Lokasi 17

3.4 Subjek 17

3.5 Instrumen Kajian 18

3.6 Prosedur Kajian 18

3.6.1 Prosedur Ujian 19

3.7 Analisis Data 22

4 PENGANALISAAN DATA 23

4.1 Pengenalan 23

4.2 Penganalisaan Diskriptif 24

4.3 Penganalisaan Inferensi 35

4.4 Penutup 42

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

ix

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43

5.1 Pengenalan 43

5.2 Ringkasan Kajian 44

5.3 Perbincangan 44

5.4 Masalah Penyelidik 48

5.5 Kesimpulan 50

5.6 Cadangan 51

5.7 Kajian Rintis 53

5.8 Penutup 53

RUJUKAN 54

Lampiran A - L 58 – 72

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan Subjek Mengikut Umur 24

4.2 Taburan Subjek Mengikut Peringkat Tertinggi Yang

Pernah Diwakili Dalam Permainan Bola Tampar 25

4.3 Taburan Subjek Mengikut Pengalaman

Bermain Bola Tampar 26

4.4 Taburan Subjek Mengikut Status Pemain 27

4.5 Perbandingan Ketepatan Menyangga Diantara

Bola Getah Dan Bola Pertandingan 36

4.6 Perbandingan Kelajuan Menyangga Diantara

Bola Getah Dan Bola Pertandingan 37

4.7 Perbandingan Palpation 1 (5cm) Diantara

Penggunaan Bola Getah Dan Bola Pertandingan

Selepas Lakuan Menyangga Pada Jarak 8 Meter 38

4.8 Perbandingan Palpation 2 (9cm) Diantara

Penggunaan Bola Getah Dan Bola Pertandingan

Selepas Lakuan Menyangga Pada Jarak 8 Meter 39

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

xi

4.9 Perbandingan Palpation 3 (13cm) Diantara

Penggunaan Bola Getah Dan Bola Pertandingan

Selepas Lakuan Menyangga Pada Jarak 8 Meter 40

4.10 Perbandingan Palpation 4 (19cm) Diantara

Penggunaan Bola Getah Dan Bola Pertandingan

Selepas Lakuan Menyangga Pada Jarak 8 Meter 41

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Lakuan Menyangga 8

4.1 Peratusan Subjek Mengikut Umur 25

4.2 Peratusan Subjek Mengikut Peringkat Tertinggi Yang

Pernah Diwakili Dalam Permainan Bola Tampar 26

4.3 Peratusan Subjek Mengikut Pengalaman

Bermain Bola Tampar 27

4.4 Peratusan Subjek Mengikut Status Pemain 28

4.5 Perbandingan Ujian Ketepatan Menyangga

Bagi Setiap Subjek 28

4.6 Perbandingan Ujian Kelajuan Menyangga

Bagi Setiap Subjek 29

4.6.1 Sisihan Piawai Diantara Penggunaan Bola

Getah (1) Dan Bola Pertandingan (2) Untuk Ujian

Kelajuan Bola 29

4.7 Perbandingan Tahap Kesakitan Setiap Subjek Bagi

Palpation 1 (5cm) Selepas Lakuan Menyangga

Pada Jarak 8 Meter 30

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

xiii

4.7.1 Sisihan Piawai Diantara Penggunaan Bola

Getah (1) Dan Bola Pertandingan (2) Untuk Ujian

Tahap Kesakitan (Palpation 1) Selepas Lakuan

Menyangga Pada Jarak 8 Meter 31

4.8 Perbandingan Tahap Kesakitan Setiap Subjek Bagi

Palpation 2 (9cm) Selepas Lakuan Menyangga

Pada Jarak 8 Meter 31

4.8.1 Sisihan Piawai Diantara Penggunaan Bola

Getah (1) Dan Bola Pertandingan (2) Untuk Ujian

Tahap Kesakitan (Palpation 2) Selepas Lakuan

Menyangga Pada Jarak 8 Meter 32

4.9 Perbandingan Tahap Kesakitan Setiap Subjek Bagi

Palpation 3 (13cm) Selepas Lakuan Menyangga

Pada Jarak 8 Meter 32

4.9.1 Sisihan Piawai Diantara Penggunaan Bola

Getah (1) Dan Bola Pertandingan (2) Untuk Ujian

Tahap Kesakitan (Palpation 3) Selepas Lakuan

Menyangga Pada Jarak 8 Meter 33

4.10 Perbandingan Tahap Kesakitan Setiap Subjek Bagi

Palpation 4 (19cm) Selepas Lakuan Menyangga

Pada Jarak 8 Meter 34

4.10.1 Sisihan Piawai Diantara Penggunaan Bola

Getah (1) Dan Bola Pertandingan (2) Untuk Ujian

Tahap Kesakitan (Palpation 4) Selepas Lakuan

Menyangga Pada Jarak 8 Meter 35

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Jadual prosedur pengujian PSM II 58

B Kedudukan alat pengujian 59

C Russel-Lange Volleyball Test 60

D Mengukur tahap kesakitan menggunakan

formula Visual Analog Scale (VAS) 61

E Alat Newtest Powertimer Testing System 62

F Aktiviti mengukur kelajuan bola 63

G Aktiviti mengukur ketepatan bola 64

H Aktiviti menyangga pada jarak 8 meter 65

I Surat perlantikan subjek 66

J Surat lepasan tanggungjawab 67

K1 Borang Ujian Kemahiran Bola Tampar 68

K2 Borang Ujian Kemahiran Bola Tampar 69

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

xv

K3 Borang Ujian Kemahiran Bola Tampar 70

K4 Borang Ujian Kemahiran Bola Tampar 71

L Bola Tampar 72

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Permainan bola tampar diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1985

oleh Willam G.Morgan. Ia dicipta berasaskan gabungan dua permainan iaitu tenis

dan bola keranjang. Permainan ini dimainkan dengan menggunakan jaring tenis dan

bola keranjang sebagai bolanya. Nama asal permainan ini ialah ‘Mintonette’.

Kemudian, permainan ini telah diimprovisasikan oleh Alfred Halstead dan dipanggil

‘volleyball’ kerana cara permainan ini dimainkan melibatkan ‘volley’.

Tujuan asal permainan bola tampar adalah sebagai kegiatan riadah bagi

peniaga-peniaga yang mengalami tekanan perniagaan. Walau bagaimanapun, selepas

perang dunia kedua, permainan bola tampar telah menjadi permainan yang

dipertandingkan dan bukan sebagai permainan untuk kegiatan riadah semata-mata.

Mulai dari detik itulah, permainan bola tampar bertambah popular sehingga ke hari

ini.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

2

Permainan bola tampar bertambah kepopularitiannya berasaskan kepada ciri-ciri

istimewanya, khususnya ia boleh dimainkan di dalam dan di luar dewan. Tambahan

pula, permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur,

jantina atau di mana-mana sahaja. Selain itu, permainan ini murah kosnya dan tidak

melibatkan sentuhan fizikal yang boleh memungkinkan mereka mengalami kecederaan

atau kemalangan akibat tindakan ganas atau permainan kotor seperti dalam permainan

bola sepak, bola keranjang, ice hockey dan sebagainya.

Tanggal 20 April 1947, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) telah

ditubuhkan dengan rasminya dengan Paul Libaud sebagai Presiden pertamanya.

Sehingga ke saat ini, Presiden FIVB ialah Ruben Acosta. Berdasarkan kepada

perkembangan yang menggalakkan, permainan bola tampar dengan rasminya

dipertandingkan dalam Sukan Olimpik ke-17 pada tahun 1964 di Tokyo, Jepun dengan

menawarkan pingat kepada pasukan lelaki dan wanita. Dalam pertandingan ini, pasukan

bola tampar lelaki Rusia telah muncul sebagai johan manakala pasukan wanita Jepun

pula membolot pingat emas bagi acara wanita.

Selepas itu, permainan bola tampar dipertandingkan di Sukan Olimpik hingga ke

hari ini. FIVB kini mempunyai sebanyak 210 buah negara yang menjadi anggotanya.

FIVB telah membahagikan lima zon bagi ahli-ahli gabungannya yang terdiri daripada

Afrika, Asia, Eropah, Amerika Selatan dan Norceca (Amerika Utara, Kanada, Mexico

dan Kepulauan yang berdekatan).

Sejarah permainan bola tampar di Malaysia bermula pada tahun 1930an.

Permainan ini dimainkan oleh imigran-imigran dari Hong Kong dan China yang

menetap di bandar-bandar di samping turut dimainkan oleh guru-guru yang mengajar di

sekolah Tionghua. Pada masa itu, permainan bola tampar dimainkan secara riadah

sebagai mengisi masa lapang.

Namun, permainan ini bertambah popular apabila terdapat pasukan-pasukan bola

tampar dari universiti-universiti Hong Kong dan China yang membuat lawatan untuk

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

3

mengadakan perlawanan persahabatan di bandar-bandar seperti Selangor, Singapura dan

Pulau Pinang. Senario ini menghasilkan pula kepada perlawanan-perlawanan

persahabatan di kalangan negeri-negeri jiran di Semenanjung Tanah Melayu.

Hasil daripada keaktifan perlawanan persahabatan, ia telah merintis jalan kepada

tertubuhnya sebuah pasukan bola tampar di peringkat kebangsaan. Pada 9 Julai 1959,

dengan rasminya tertubuh Persatuan Bola Tampar Amatur Persekutuan Tanah Melayu

dengan nombor pendaftarannya “No.1002” (Pulau Pinang). Pada tahun 1962, kemajuan

bola tampar bergerak selangkah lagi apabila Persatuan Bola Tampar Amatur

Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa

(FIVB). Selepas pembentukan Malaysia, Persatuan Bola Tampar Amatur Persekutuan

Tanah Melayu bertukar menjadi Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia pada tahun

1965.

Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan mula dipertandingkan pada tahun 1960 di

Pulau Pinang dan ini diikuti oleh kejohanan di Perak pada tahun 1961, Selangor pada

tahun 1962 dan Pahang pada tahun 1963. Kejohanan pada masa itu menggunakan sistem

9 sebelah tetapi mulai tahun 1964, Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan yang diadakan

di Singapura buat pertama kalinya menggunakan sistem 6 sebelah selaras dengan sistem

yang diamalkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa. Kejohanan ini hanya

melibatkan pasukan lelaki sahaja tetapi dalam Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan

yang diadakan pada tahun 1966 di Bentong, Pahang Darul Makmur, pasukan wanita

turut dipertandingkan. Kejohanan Bola Tampar Remaja Kebangsaan mula diperkenalkan

pada tahun 1968 di Pulau Pinang.

Dalam arena bola tampar antarabangsa pula, negara kita mula mengambil

bahagian dalam Sukan Asia IV di Jakarta pada tahun 1962 dan selepas itu, negara kita

mula mengambil bahagian dalam pertandingan yang lebih banyak seperti Sukan SEAP

dan perlawanan-perlawanan serantau dan peringkat dunia.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

4

Untuk perkembangan bola tampar di dalam negara, Kejohanan Bola Tampar

Bawah 12 Tahun Kebangsaan diadakan pada tahun 1990 dan Kejohanan Bola Tampar

Bawah 15 Tahun Kebangsaan pada tahun 1991 serta Kejohanan Bola Tampar Pantai

Kebangsaan pada tahun 1992. Kejohanan Liga Bola Tampar Malaysia dimulakan pada

tahun 1993.

Hari ini, Persatuan Bola Tampar Malaysia mempunyai 17 ahli gabungan yang

terdiri daripada 13 buah negeri, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, PDRM

dan Angkatan Tentera Malaysia.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kebanyakan sekolah pada hari ini masih menggunakan bola getah untuk setiap

kali sesi latihan. Manakala bola pertandingan (tournament) hanya diguna pakai semasa

hari pertandingan sahaja. Alasannya ialah semata-mata untuk menjimatkan kos. Ini

kerana bola getah adalah jauh lebih murah berbanding bola pertandingan. Sebiji bola

getah berharga sekitar RM30 hingga RM40 manakala bola pertandingan pula sekitar

RM80 hingga RM100. Permukaan bola getah sangat kasar, keras dan lebih berat.

Sebaliknya, bola pertandingan lebih berkualiti dengan permukaan kulit yang halus,

lembut dan ringan. Ini membuktikan perbezaan yang sangat ketara. Maka, tidak

hairanlah jika faktor-faktor ini dijadiakan alasan bagi sesetengah untuk mengurangkan

perbelanjaan.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan atlet

5

1.3 Pernyataan Masalah

Pelajar sentiasa dibekalkan dengan bola getah sepanjang menjalani sesi latihan.

Tetapi bola pertandingan pula hanya diguna pakai untuk setiap kali hari kejohanan

sahaja. Senario ini sebenarnya telah lama menjadi persoalan dan tanda tanya dalam diri

setiap pelajar dan pihak sekolah masih lagi tidak mampu memberi alasan yang kukuh

dalam menyelesaikan persoalan ini. Kesannya, pelajar sering merungut bahawa mereka

sentiasa mengalami ketidakselesaan pada bahagian tangan semasa melakukan aktiviti

menyangga dan secara tidak langsung turut mengganggu meningkatkan prestasi atlet itu

sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan ialah untuk melihat kesan penggunaan

bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan

atlet.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah bertujuan :

i. Melihat perbandingan kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan

semasa sesi latihan.

ii. Mengenalpasti kesesuaian menggunakan bola getah dan bola pertandingan

dalam aktiviti menyangga.

iii. Mengetahui keberkesanan penggunaan bola getah dan bola pertandingan

dalam prestasi pemain bola tampar.