22
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENERIMAAN PROGRAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI KALANGAN PELAJAR TAHUN ENAM ; SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR. SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya : IZYAN HAZWANI BINTI ABDOL RAHAMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO.8, JALAN TIONG 3, 83500 PARIT SULONG, BATU PAHAT. Tarikh : MEI 2006 Tarikh : MEI 2006 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Nama Penyelia: DR. MOHD SHARIFF BIN MUSTAFFA

borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PENERIMAAN PROGRAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI KALANGAN PELAJAR TAHUN ENAM ; SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR.

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya : IZYAN HAZWANI BINTI ABDOL RAHAMAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO.8, JALAN TIONG 3, 83500 PARIT SULONG, BATU PAHAT.

Tarikh : MEI 2006 Tarikh : MEI 2006

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Nama Penyelia: DR. MOHD SHARIFF BIN MUSTAFFA

Page 2: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

PENERIMAAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI KALANGAN

PELAJAR TAHUN ENAM ; SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN

PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR.

IZYAN HAZWANI BINTI ABDOL RAHAMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Kimia )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 3: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

ii

“Saya akui karya adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : _____________________

Nama Penulis : IZYAN HAZWANI BINTI ABDOL RAHAMAN

Tarikh : _____________________

Page 4: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

iii

Dedikasi

Untuk ayah dan ibu yang sangat dikasihi..

Abdul Rahaman b. Ithnain dan Latifah bt. Khalid

Terima kasih atas doa, pengorbanan dan restumu…

Untuk insan dan saudara terdekat yang begitu memahami..

Pengorbanan yang tidak mungkin saya lupakan

Insya ALLAH…

Buat semua teman seperjuangan..

Persahabatan kita adalah suatu yang paling manis dan tidak akan luput dari ingatan

selagi hayat dikandung badan…

Page 5: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat

saya menyiapkan kajian ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Kimia.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia saya iaitu Dr. Mohamed Sharif bin Mustaffa yang banyak memberikan

bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima kasih

juga diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu pelajar Sekolah

Kebangsaan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama

sepanjang saya menjalankan kajian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana banyak

memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan

seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Sesungguhnya yang baik

itu datangnya daripada ALLAH dan yang serba kekurangan adalah kelemahan diri saya

sendiri.

Izyan Hazwani bt. Abd. Rahaman

Mac 2006

Page 6: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti penerimaan program perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling di Sekolah Kebangsaan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Seramai 100

orang pelajar tahun enam telah dipilih secara rawak mudah dalam kajian ini. Instrumen

kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang memfokuskan kepada tiga komponen

pendekatan perkhidmatan iaitu perkembangan, pencegahan dan pemulihan. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa pendekatan perkembangan dan pencegahan mendapat

sambutan yang positif daripada pelajar manakala pendekatan pemulihan menunjukkan

penerimaan yang sederhana. Di akhir kajian, pengkaji telah mencadangkan beberapa

langkah yang sesuai kepada pihak sekolah untuk memantapkan program perkhidmatan

pemulihan.

Page 7: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the acceptance of programme in guidance

and counseling services in Sekolah Kebangsaan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. About

100 students who in standard six were choosen randomly as samples in this study. The

instrument used is questionnaire set focused on three major approachment which are

developmental, prevention and rehabilitation. The finding shows developmental and

prevention approachment get a possitive respons from students while rehabilitation

approachment get medium level. In the end of this research, researcher gives a few

suggestion to improve rehabilitation approachment.

Page 8: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 3

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 6

Page 9: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

viii

1.6 Skop dan Batasan Kajian 7

1.7 Definisi/Istilah 8

1.7.1 Bimbingan

1.7.2 Kaunseling

1.7.3 Program

1.7.4 Pelajar Tahun Enam

1.7.5 Sekolah Rendah

BAHAGIAN DUA

SOROTAN PENULISAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 12

2.1 Tujuan-tujuan Perkhidmatan Bimbingan

di Sekolah Rendah 13

2.2 Perkhidmatan Kaunseling kepada Pelajar 14

2.3 Kandungan Program Bimbingan dan

Kaunseling 15

2.4 Penerimaan Pelajar Terhadap Program

Bimbingan dan Kaunseling 16

2.5 Bentuk Pendekatan Bimbingan dan

Kaunseling 18

2.5.1 Pendekatan Perkembangan

2.5.2 Pendekatan Pencegahan

2.5.3 Pendekatan Pemulihan

2.6 Kesimpulan 22

Page 10: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

ix

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI

3.0 Pengenalan 23

3.1 Rekabentuk Kajian 24

3.2 Tempat Kajian 25

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.4 Instrumen Kajian 26

3.5 Penganalisaan Data 28

3.5.1 Analisa Akhir dan Klasifikasi

Semula 29

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Tatacara Kajian 32

3.8 Kesimpulan 32

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan 33

4.1 Keputusan dan Analisis Data Bagi

Item-item Bahagian A 34

4.1.1 Jantina responden

4.1.2 Kelas

4.1.3 Bilangan adik beradik

Page 11: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

x

4.1.4 Kedudukan responden dalam keluarga

4.1.5 Bangsa

4.1.6 Penjaga kepada responden

4.1.7 Pekerjaan penjaga responden

4.1.8 Jarak ke sekolah

4.1.9 Kenderaan ke sekolah

4.2 Keputusan dan Analisis Item-item

Bahagian B 40

4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1

4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2

4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3

4.3 Penerimaan Pelajar Terhadap Program-program

Bimbingan dan Kaunseling 49

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 51

5.1 Perbincangan dan Rumusan 52

5.1.1 Penerimaan pelajar terhadap program-

program pendekatan perkembangan

Bimbingan dan Kaunseling

5.1.2 Penerimaan pelajar terhadap program-

program pendekatan pencegahan

Bimbingan dan Kaunseling

5.1.3 Penerimaan pelajar terhadap program-

program pendekatan pemulihan

Page 12: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

xi

Bimbingan dan Kaunseling

5.2 Cadangan 57

5.2.1 Cadangan dan saranan terhadap guru

kaunseling

5.2.2 Cadangan dan saranan terhadap pihak

sekolah

5.2.3 Cadangan dan saranan terhadap

Pejabat Pendidikan Daerah

5.3 Kesimpulan 61

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN

Rujukan 63

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A-C

Page 13: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Orientasi Perkhidmatan Bimbingan 18

Page 14: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Skor Bagi Pernyataan Item

Bahagian B 28

3.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan

Min Dalam Pembinaan dan Analisis : Ujian

Bilik Darjah 29

3.3 Jadual Pengkelasan Penilaian Kajian

Penerimaan Program-program Bimbingan

dan Kaunseling 30

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 34

4.2 Taburan Responden Mengikut Kelas 35

4.3 Taburan Responden Mengikut Bilangan

Adik Beradik 35

4.4 Taburan Responden Mengikut Kedudukan

dalam Keluarga 36

4.5 Taburan Responden Mengikut Bangsa 37

4.6 Taburan Responden Mengikut Penjaga 37

4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Penjaga 38

4.8 Taburan Responden Mengikut Jarak Kediaman

Dengan Sekolah 38

4.9 Taburan Responden Mengikut Jenis

Kenderaan ke Sekolah 39

4.10 Taburan Responden Menjawab Persoalan

Kajian 1 41

Page 15: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

xiv

4.11 Taburan Responden Menjawab Persoalan

Kajian 2 44

4.12 Taburan Mod Bagi Sumber Pengetahuan

Responden Mengenai Progam-program

Pencegahan 46

4.13 Taburan Responden Menjawab Persoalan

Kajian 3 47

4.14 Jadual Keputusan Penerimaan Program-program

Bimbingan dan Kaunseling Berdasarkan Purata

Min 49

Page 16: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Borang Soal Selidik 68

B Surat Kelulusan Kajian dari EPRD 73

C Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan

Negeri Johor 74

Page 17: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

1

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia telah bermula seawal

tahun 1930-an. Ia dilaksanakan secara tidak formal oleh guru-guru kelas dan pengetua-

pengetua asrama di dalam sistem pendidikan British. Perkhidmatan ini diperkenalkan

dalam sistem persekolahan pada tahun 1960. Namun begitu, pada awal abad yang ke-

21, bidang kaunseling dilihat sebagai satu bidang yang semakin berkembang sejajar

dengan perkembangan sosio-budaya, ekonomi dan teknologi bagi masyarakat di

sesebuah negara.

Matlamat Sistem Pendidikan Negara yang telah digariskan berdasarkan Falsafah

Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Ini akan membawa kepada kesejahteraan rakyat di

Malaysia. Untuk mencapai matlamat ini, gejala-gejala negatif yang semakin menjalar

dan kian meruncing perlu ditangani segera melalui pendekatan yang efektif. Ia perlu

Page 18: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

2

dilaksanakan sejak peringkat permulaan lagi di mana pendidikan sekolah rendah

merupakan peringkat permulaan yang paling penting dalam sistem persekolahan di

negara kita.

Oleh sebab itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan

yang penting bagi mencapai visi dan misi sekolah dan seterusnya dapat merealisasikan

Falsafah Pendidikan Negara. Terdapat empat pendekatan utama dalam melaksanakan

perkhidmatan ini di sekolah. Pendekatan tersebut adalah perkembangan, pencegahan,

pemulihan dan krisis. Harapan kepada peranan tersebut adalah untuk meningkatkan

potensi akademik, ko-kurikulum serta sahsiah para pelajar agar mereka dapat menjadi

seorang yang profesional pada masa hadapan.

Namun begitu, terdapat persoalan tentang bagaimanakah sambutan program-

program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini di sekolah serta adakah pelajar

terlibat secara aktif mengikuti program yang dijalankan. Selain itu, terdapat juga

persoalan tentang adakah program-program ini memberi kesan yang positif kepada para

pelajar. Oleh yang demikian, pengkaji ingin meneroka sejauh manakah penerimaan

pelajar terhadap program-program bimbingan dan kaunseling yang dilaksanakan di

sekolah.

Page 19: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

3

1.1 Latar Belakang Kajian

Kejadian rogol, cabul, gangsterisme, vandalisme, buli dan sebagainya oleh

pelajar-pelajar sekolah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Bekas Timbalan

Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Mohd. Khir berkata terdapat sebanyak 155 kes

kesalahan seksual dilaporkan sepanjang tahun 2000, diikuti 185 kes pada tahun 2001,

137 kes pada tahun 2002 dan 195 kes pada tahun 2003.Bagi kes salah laku berkaitan

dengan perbuatan ala samseng pula, sebanyak 75 kes dicatatkan pada tahun 2000, 48

kes pada tahun 2001, 29 kes pada tahun 2002 dan 24 kes pada tahun 2003 (Utusan

Online). Kes-kes keruntuhan moral dan akhlak serta insiden-insiden kemalangan yang

melibatkan pelajar sering diberi liputan yang meluas oleh akhbar dan majalah.

Walaupun kes-kes sebegini sudah banyak dilaporkan namun begitu, tiada tanda-tanda

yang menunjukkan ia akan berkurangan.

Kebanyakan kes ini adalah melibatkan pelajar-pelajar peringkat menengah di

mana pada peringkat umur belasan tahun, mereka cenderung untuk mencuba sesuatu

yang baru serta gemar bertindak secara agresif tanpa memikirkan akibat yang akan

ditanggung pada kemudian hari. Pendedahan ini dibuat oleh Kementerian Pendidikan

melalui kajian oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (EPRD) pada 28

Mac 2000 yang dilaporkan dalam “ Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah” di

mana fenomena ini amat meresahkan dan mengancam keselamatan pelajar serta guru di

sekolah. Sebanyak 459 daripada 1560 buah sekolah di seluruh negara menghadapi

risiko yang tinggi terdedah kepada perlakuan jenayah di kalangan pelajarnya seperti

mencuri, mencabul, mengugut, merogol dan membunuh. (Dewan Masyarakat, Jun

2000)

Menyedari peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam

pembangunan insan, Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah telah

Page 20: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

4

merancang program yang bersifat menyeluruh di mana ia memberi khidmat kepada

semua kelompok sasaran di sekolah. Program-program yang dirancang juga lebih

kepada pendekatan perkembangan, pencegahan dan pemulihan. Program-program ini

adalah lebih terbuka iaitu menggalakkan penyertaan aktif di kalangan pelajar,

pembimbing rakan sebaya serta guru kaunseling terlatih. Walaupun ia bersifat terbuka,

namun konsep kerahsiaan adalah penting dalam perkhidmatan ini. Selain itu, ia juga

bersifat bersepadu kerana input bimbingan dan kaunseling yang sesuai boleh disalurkan

melalui kurikulum dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan. Seterusnya,

progam yang dirancang juga memberi penekanan kepada bidang-bidang perkembangan

individu seperti moral, agama, psikologi, afektif, kognitif, fizikal, seksual, vokasional

dan kerjaya. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan bagi melaksanakan program ini

seperi konsultasi, taklimat, lawatan, pameran, drama, tayangan video dan sebagainya

bagi menarik minat para pelajar.

Namun begitu, sejauh mana penerimaan pelajar terhadap program-program

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini belum dapat dipastikan lagi. Oleh itu,

pengkaji ingin meneroka sejauh mana penerimaan pelajar terhadap program-program

ini di salah sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah Batu Pahat.

1.2 Pernyataan Masalah

Kewujudan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah

membuktikan bahawa kerajaan prihatin terhadap perkembangan pelajar dalam bidang-

bidang akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah yang mulia. Oleh itu, Guru

Bimbingan atau kaunselor sekolah perlu merancang program-program tahunan yang

sesuai dalam pelbagai bidang bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik,

Page 21: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

5

ko-kurikulum dan pembentukan sahsiah yang mulia. Kesemua program yang dirancang

itu adalah berbentuk perkembangan, pencegahan atau pemulihan. Walaupun begitu,

sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap program-program perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling ini?

1.3 Objektif Kajian

Tujuan kajian adalah untuk ;

(i) Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap program-program

perkembangan bimbingan dan kaunseling.

(ii) Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap program-program pencegahan

bimbingan dan kaunseling.

(iii) Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap program-program pemulihan

bimbingan dan kaunseling.

Page 22: borang pengesahan status - fp.utm.my · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama ... cabul,

6

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan asas yang dikemukakan bagi mencapai objektif kajian seperti yang

dinyatakan adalah seperti berikut ;

(i) Sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap program-program

perkembangan bimbingan dan kaunseling?

(ii) Sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap program-program pencegahan

bimbingan dan kaunseling?

(iii) Sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap program-program pemulihan

bimbingan dan kaunseling?

1.5 Kepentingan Kajian

Walaupun masalah-masalah yang wujud di sekolah rendah tidak meruncing

seperti di sekolah menengah, namun jika tidak dikawal ia boleh menjadi serius dan akan

mendatangkan masalah kepada pihak sekolah. Oleh itu, Guru Bimbingan atau kaunselor

serta kerjasama dari pelbagai pihak perlulah merancang program sama ada dalam

bentuk perkembangan, pencegahan atau pemulihan. Setiap program atau aktiviti yang

dirancang ini mestilah disusun dengan teliti agar matlamat dan objektifnya tercapai

serta memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang bertekad untuk melahirkan insan

yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan sahsiah.