Upload
lydiep
View
224
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PERBEZAAN TAHAP KESUKARAN ANTARA LARIAN TREADMILL DAN LARIAN DI TREK MENGGUNAKAN PARAMETER ASID LAKTIK DALAM DARAH DAN SKALA RATINGS OF PERCEIVED EXERTION
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya: YEOH MEI YAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO. 7468, JLN 2, TMN SELAYANG BARU, DR. HALIJAH BT. IBRAHIM 68100 BATU CAVES, SELANGOR. Tarikh : 19/ 4/ 2010 Tarikh : 19/ 4/ 2010
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : Dr. Halijah bt. Ibrahim
Tarikh : APRIL 2010
PERBEZAAN TAHAP KESUKARAN ANTARA LARIAN DI TREADMILL DAN LARIAN DI TREK MENGGUNAKAN PARAMETER ASID LAKTIK DALAM
DARAH DAN SKALA RATINGS OF PERCEIVED EXERTION
YEOH MEI YAN
Tesis ini dikemukakan sebagai
Memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Pelajar : YEOH MEI YAN
Tarikh : APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Buat ayah dan ibu yang tersayang, kejayaan ini ditujukan khas untukmu.
Pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan kepada saya tidak dapat saya lupakan.
Perit jerihmu dalam meredah kepayahan dan menyusun langkah serta ketabahan
kalian dalam mendidikku, akhirnya anakmu berjaya menempuh dugaan dan cabaran
bagi mengatur langkah kehidupan yang lebih sempurna sepanjang ‘perjalanan’ ini.
Aku sungguh bertuah kerana memilikimu berdua. Selagi hayat ini masih ada, akan
saya abadikan buat ayah dan ibu tersayang. Sekali lagi saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih .
Tidak lupa kepada rakan- rakan pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) di Universiti teknologi Malaysia juga saya
sampaikan terima kasih di atas perbincangan yang selama ini dilakukan.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi- tinggi pengahargaan dan terima kasih kepada Dr. Halijah Bt.
Ibrahim sebagai penyelia yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, idea,
bantuan dan keperihatianan sepanjang masa untuk menyempurnakan Projek Sarjana
Muda ini. Bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar yang dihulurkan oleh penyelia
saya banyak membantu kepada kerjayaan projek ini. Saya amat menghargai sifat-
sifat Dr. Halijah Bt. Ibrahim seorang penyabar, pembacaan yang teliti, memberi
maklumbalas terhadap kajian yang saya lakukan dan sering menyelesaikan masalah
bersama dengan saya.
Tidak lupa juga En. Syahrul Ridhwan Bin Morazuki selaku pensyarah Sains
Sukan Universiti Teknologi Malaysia yang sedia memberi bantuan, pandangan dan
maklumat kepada saya untuk menyempurnakan projek saya. Selain itu, saya juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ke enam-enam atlet selaku sampel
kajian atas kerjasama yang diberikan dan meluangkan masa mereka untuk
berjayakan kajian ini. Saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang sering
memberi nasihat, semangat dan pandangan sepanjangan projek ini agar projek ini
dapat disiapkan.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
dan adik-beradik yang saya dikasihi untuk memberi dorongan dan mengiringi saya
mengharungi segala cabaran sepanjang tempoh pengajian ini.
v
ABSTRAK
Larian adalah satu aktiviti yang diminati dan sering dilakukan oleh orang
ramai termasuk atlet- atlet. Kajian ini dilakukan untuk melihat perbezaan tahap
kesukaran antara larian di treadmill dan larian di trek. Subjek kajian terdiri daripada
atlet lelaki (n= 4) dan wanita (n= 2) berumur antara 21- 26 tahun yang pernah
mewakili universiti ke sukan MASUM atau peringkat kejohanan yang lebih tinggi.
Setiap subjek harus melakukan larian di treadmill dan di trek selama 30 minit dengan
kadar denyutan jantung ± 75% daripada kadar denyutan jantung maksima (208- 0.7 x
umur). Pengukuran yang terlibat ialah bacaan laktik dalam darah, Skor RPE (Rate
Of Perceived Exertion) dan jarak sebelum dan selepas larian. Analisis dijalankan
menggunakan perisian Microsoft Excel dan Statistical Package for Social Science
version 13 (SPSS). Keputusan Paired Sample T- Test mencatat terdapat perbezaan
bacaan laktik dalam darah (t=3.807, p=0.013) yang signifikan antara larian di
treadmill dan larian di trek berdasarkan nilai signifikan p=0.05. Manakala, tidak
terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor RPE setiap 6 minit (t=0.504, p=0.636;
t=0.299, p=0.777; t=-0.121, p=0.908; t=-0.226, p=0.830 dan t=0.311, p=0.768)
antara larian di treadmill dan larian di trek. Berdasarkan analisis deskriptif jarak
yang dicapai bagi larian di trek adalah lebih jauh daripada larian di treadmill. Oleh
itu, kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara larian di
treadmill dan trek bagi laktik dalam darah dan jarak. Manakala, tidak terdapat
perbezaan skor RPE antara larian di treadmill dan larian di trek. Harapan agar
pengkaji lain dapat meneruskan kajian ini supaya pengesahan dapatan kajian dapat
dipertingkatkan.
vi
ABSTRACT
Running is a popular activity and is often done by people, including athletes.
The purpose of this study was to compare the difficulty level within running on
treadmill and running on track. Subjects in this study consisted of male athletes (n =
4) and women (n = 2) athlete aged within 21 to 26 years who has represented
University to game MASUM or higher level tournaments. Each subject should run
at the treadmill and track in duration 30 minute with heart rate ± 75% of their
maximum heart rate (208 - 0.7 x age). The measurement involved is blood lactate,
RPE score (Rate of Perceived exertion) and the distance before and after the run.
Analysis carried out using Microsoft Excel and Statistical Package for Social
Science version 13 (SPSS). Statistical analysis Paired Sample T-Test revealed there
was significant difference in blood lactate (t=3.807, p = 0,013) within the running on
treadmill and running at the track based on significant p= 0.05. Meanwhile, no
significant difference in RPE scores for every 6 minutes (t=0.504, p=0.636; t=0.299,
p=0.777; t=-0.121, p=0.908; t=-0.226, p=0.830 and t=0.311, p=0.768) within the
treadmill running and running at the track. Based on descriptive for distance
achieved, running at the track is far more than running at treadmill. Therefore, this
study shows there are significant differences within running on treadmill and running
at track for the blood lactate and distance. Meanwhile, there is no significant
difference in scores RPE within running on treadmill and run at the track. Hope that
other researchers can continue this study to confirm the study findings can be
enhanced.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 3
1.5 Hipotesis 4
1.6 Kepentingan Kajian 4
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 5
1.8 Definisi Operasional 5
1.8.1 Asid Laktik 6
1.8.2 Rating of Perceived Exertion Scale 6
1.8.3 Larian di Treadmill 6
1.8.4 Larian di Trek 6
viii
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 7
2.2 Daya Tahan Kardiovaskular 8
2.3 Maximal Oxygen Uptake 8
2.4 Kadar Denyutan Jantung Maksimal 9
2.5 Rating of Perceived Exertion Scale 9
2.6 Darah Laktik 11
2.7 Penutup 14
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 15
3.2 Rekabentuk Kajian 16
3.3 Lokasi 16
3.4 Subjek 16
3.5 Instrumen Kajian 17
3.6 Prosedur Kajian 17
3.6.1 Prosedur Ujian 19
3.6.1.1 Rating of Perceived Exertion Scale 19
3.6.1.2 Darah Laktik 19
3.7 Analisis Data 21
IV PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 22
4.2 Analisa Deskriptif 23
4.2.1 Latar Belakang Subjek 23
4.2.2 Laktik Dalam Darah 25
4.2.3 Jarak 27
4.2.4 RPE 28
ix
4.3 Analisis Inferensi 30
4.3.1 Perbezaan Laktik Dalam Darah Sebelum Dan 30
Selepas Larian Di Treadmill Dan Di Trek
4.3.2 Perbezaan Skor RPE Setiap 6 Minit Bagi Larian 31
Di Treadmill Dan Di Trek
4.4 Penutup 31
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 32
5.2 Ringkasan Kajian 33
5.3 Perbincangan 33
5.3.1 Perbezaan Laktik Dalam Darah Antara Larian
Di Treadmill Dan Di Trek 33
5.3.2 Perbezaan Skor RPE Antara Larian Di Treadmill
Dan Di Trek 35
5.3.3 Perbezaan Jarak Antara Larian Di Treadmill
Dan Di Trek 36
5.4 Masalah Penyelidik 36
5.4.1 Subjek 36
5.4.2 Peralatan Kajian 37
5.4.3 Tempat Kajian 37
5.4.4 Suhu 38
5.4.5 Kadar Denyutan Jantung 38
5.5 Kesimpulan 38
5.6 Cadangan 39
5.6.1 Persampelan Kajian 39
5.6.2 Pentadbiran Kajian 39
5.6.3 Instrumen Kajian 41
5.6.4 Kajian Rintis 41
5.7 Penutup 41
x
RUJUKAN 42
LAMPIRAN (A-B) 45
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
2.1 The Borg Ratings of Perceived Exertion Scale
11
2.2 Kelas intinsiti latihan berdasarkan aktiviti
ketahanan sebanyak 20 hingga 60 minit :
Perbandingan antara tiga kaedah.
11
4.1 Taburan Umur subjek
23
4.2 Jarak dan Perbezaan Jarak Larian di Treadmill
Dan Trek
27
4.3 Skor RPE Antara Lari Di Treadmill Dan Lari Di
Trek
28
4.4 Paired Samples T-Test Bagi Perbezaan Laktik
dalam Darah Sebelum Dan Selepas Lari Di
Treadmill Dan Di Trek
30
4.5 Paired Samples T-Test Bagi Perbezaan Skor
RPE Setiap 6 minit bagi Lari Di Treadmill Dan
Di Trek
31
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Prosedur Kajian
18
4.1 Peratusan Subjek Mengikut Umur
24
4.2 Bacaan Laktik Dalam Darah Sebelum Dan Selepas
Lari Di Trek
25
4.3 Bacaan Laktik Dalam Darah Sebelum Dan Selepas
Lari Di Treadmill
26
4.4 Perbezaan Jarak Antara Lari Di Treadmill Dan
Lari Di Trek
27
4.5 Perbezaan Purata Skor RPE Antara Lari Di
Treadmill Dan Di Trek
29
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Surat Perlantikan Subjek
45
B Borang Skor Markah
46
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Larian merupakan satu aktiviti yang sering dilakukan oleh orang ramai.
Setiap individu sedar bahawa aktiviti larian memberi manfaat kepada tubuh badan.
Aktiviti larian secara berterusan adalah aktiviti yang sangat baik untuk organ jantung
dan ia dapat membakar lebihan kalori dalam tubuh badan kita. Aktiviti larian dapat
meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Daya tahan kardiovaskular merujuk
kepada kemampuan jantung, paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja,
mengangkut dan menggunakan oksigen.
Saltin dan Astrand (1967); Shephard et al. (1968) menyatakan bahawa
VO2max (Maximal Oxygen Uptake) telah diterima sebagai ukuran kapasiti
ketahanan dalam acara yang mengutamakan pelepasan tenaga oksida. Setiap atlet
mempunyai peratusan VO2max yang berbeza. Kemampuan peratusan VO2max
dapat memanfaatkan, dan dipertingkatkan melalui latihan (Astrand dan Rodahl,
1977). Dengan ini, daya tahan kardiovaskular sangat penting bagi seseorang atlet,
terutamanya aktiviti sukan yang berlanjutan dalam jangka masa yang panjang.
Pada zaman dulu, orang ramai hanya berlari di taman, trek dan tepi jalan
raya. Dengan peningkatan teknologi pembuatan, aktivit larian bukan sahaja boleh
dilakukan di kawasan luar rumah, bahkan di dalam rumah atau ‘gym’. Peralatan
tersebut dikenali sebagai treadmill. Treadmill pertama yang dihasilkan pada tahun
1968, larian di treadmill dianggap sebagai penyelesaiaan ketika keadaan cuaca yang
2
tidak mengizinkan untuk berlari di luar (Abramczak et al. 2005). Terdapat beberapa
kebaikkan treadmill, seperti tahap kelajuan yang boleh dilaraskan dan jangka masa
yang diingini untuk intensiti yang tertentu. Selain itu, tahap rintangan treadmill juga
boleh dilaraskan tahap ketinggiannya bagi simulasi larian naik turun bukit. Di
samping itu, bagi treadmill yang lebih sopistikated, alatan ini juga mampu memberi
maklumat berkaitan dengan kadar denyutan jantung dan jumlah kalori yang telah
dibakar (Corey, 2005).
Dengan kemudahan alatan treadmill ini, ramai orang telah menggunakan
treadmill untuk meningkatkan keupayaan kardiovaskular. Kajian ini dilaksanakan
untuk membandingkan kesukaran larian di treadmill dengan larian di trek. Dengan
ini, orang ramai boleh memilih kaedah yang sesuai untuk matlamat tertentu.
1.2 Latar Belakang Kajian
Pada zaman moden, orang ramai dan atlet bukan sahaja berlari di luar
kawasan rumah, bahkan berlari di dalam rumah atau di pusat-pusat kecergasan.
Larian di treadmill diperkenalkan pada tahun 1968, ia sebagai penyelesaian bagi
orang yang aktif dalam aktiviti larian kerana larian di treadmill boleh dilakukan
tanpa bergantung pada keadaan cuaca berbanding dengan larian di trek (Abramczak
et al. 2005).
Merujuk kepada laman web Ezine articles yang bertajuk Indoor Vs Outdoor
Workout-Pros and Cons yang ditulis oleh Ruth Taylor, terdapat beberapa masalah
yang sering dipersoalkan seperti:
a) perbezaan antara larian treadmill dan larian diluar kawasan rumah.
b) perbezaan larian treadmill berbanding dengan larian di trek.
Selain itu, terdapat pelbagai pendapat bahawa berlari di luar lebih senang daripada
berlari menggunakan treadmill kerana treadmill berlari dalam persekitaran yang
sama. Berdasarkan persoalan ini, agar kajian ini dapat memberi maklumat dan
3
pengetahuan yang lebih jelas antara perbezaan tahap kesukaran antara larian di
treadmill dan larian di trek.
1.3 Penyataan Masalah
Terdapat pelbagai aspek yang berbeza antara larian di treadmill dan larian di
trek seperti pergerakkan biomekanik dan kinematik, aktiviti otot, rintangan angin dan
sebagainya. Aspek- aspek ini yang membezakan tahap kesukaran antara larian di
treadmill dan larian di trek (Corey, 2005). Justeru itu, kajian ini membandingkan
perbezaan tahap kesukaran antara larian di treadmill dan larian di trek menggunakan
parameter asid laktik dalam darah dan skala RPE.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Membandingkan tahap kesukaran antara larian di treadmill dan larian di trek
melalui tahap kandungan asid laktik dalam darah.
1.4.2 Membandingkan tahap kesukaran antara larian di treadmill dan larian di trek
melalui skor RPE.
4
1.5 Hipotesis Ho1: Tidak terdapat perbezaan kandungan asid laktik dalam darah (mmol/l) yang
signifikan antara larian di treadmill dan larian di trek.
Ha1: Terdapat perbezaan kandungan asid laktik dalam darah yang signifikan antara
larian di treadmill dan larian di trek.
HO2: Tidak terdapat perbezaan Rating of Perceived Exertion Scale (RPE) yang
signifikan antara larian di treadmill dan larian di trek.
Ha2: Terdapat perbezaan RPE yang signifikan antara larian di treadmill dan larian
di trek.
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian dapat memberi manfaat kepada orang ramai, manfaat-manfaat
seperti berikut:
a. Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pelari tentang perbezaan tahap
kesukaran antara larian treadmill dan larian di trek. Secara tidak langsung
kajian ini dapat membantu pelari untuk memilih aktiviti yang sesuai
berdasarkan matlamat mereka.
b. Berdasarkan kajian ini, jurulatih dapat mengenalpasti aktiviti yang lebih
berkesan bagi meningkatkan daya tahan kardiovaskular pemain. Kedua- dua
larian memberi tahap kesukaran yang berbeza. Dengan ini, jurulatih perlu
memilih aktiviti yang paling sesuai untuk meningkatkan daya tahan
kardiovaskular pemain.
c. Kajian ini boleh menjadi rujukan kepada pengkaji di masa depan. Pengkaji di
masa depan boleh mengubahsuai metodologi kajian untuk mendapatkan
keputusan yang lebih tepat. Pengkaji juga boleh menggunakan cadangan
yang diberi sebagai garis panduan melaksanakan kajian mereka.
5
1.7 Skop Dan Batasan Kajian
Dalam kajian ini, subjek yang digunakan memerlukan tahap daya tahan
kardiovaskular yang tinggi kerana harus berlari selama 30 minit di treadmill dan 30
minit di trek pada hari yang berbeza dan subjek perlu berlari dalam kadar denyutan
jantung yang terkawal iaitu ±75 peratus daripada kadar denyutan jantung selama 30
minit.
Selain itu, penggunaan RPE bergantung kepada perasaan setiap individu
sama ada subjek tersebut berasa intensiti yang diberi susah atau senang dan ianya
adalah sangat subjektif. Subjek yang mempunyai tahap kecergasan baik mungkin
tidak berasa susah dalam kedua-dua percubaan antara treadmill dan trek.
Skop kajian ini adalah pemain yang sihat dan aktif dalam sukan. Seramai 6
orang yang akan dipilih sebagai subjek secara sukarela yang terdiri daripada pelajar
UTM yang mengambil Ijazah Sarjana Muda. Subjek yang dipilih adalah terdiri
daripada pemain yang pernah mewakili Universiti Teknologi Malaysia atau peringkat
yang lebih tinggi kerana kajian yang dilakukan adalah amat memerlukan daya tahan
kardiovaskular yang tinggi.
1.8 Definisi Operasional
Terdapat beberapa istilah penting yang perlu didefinisikan agar dapat
memberi kefahaman yang lebih jelas.
6
1.8.1 Asid Laktik
Asid laktik dihasilkan oleh metabolism dan dibentukkan dalam pelbagai tisu
badan seperti otot rangka, usus, hati dan jantung. Ia akan dihasilkan secara
berterusan ketika berehat dan berlatih. Apabila asid laktik keluar dari otot dan
masuk ke dalam darah dikenali sebagai blood lactate atau asid laktik dalam darah
(Astin, 2008).
1.8.2 RPE (Rating of Perceived Exertion)
RPE adalah satu kaedah untuk mengukur intensiti latihan secara lisan.
Individu akan menilai kesukaran sesuatu kerja berdasarkan perasaan mereka atau
secara subjektif. Kadar untuk menilai kesukaran akan diberi dalam nombor yang
bersesuai dengan intensiti latihan yang dilakukan (Wilmore et al. 2008).
1.8.3 Larian di Treadmill
Larian di treadmill adalah satu aktiviti yang boleh dilakukan dalam rumah
atau pusat kecergasan dimana pelari akan berlari atas sebuah treadmill dengan
kelajuan tetap yang boleh ditetapkan oleh pengguna.
1.8.4 Larian di Trek
Larian di trek bermaksud berlari mengikut garisan atau tanda yang disediakan
di atas permukaan.