129
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KONSEP REKABENTUK MPV ( REKABENTUK LUARAN ) SESI PENGAJIAN : 2003/2004 Saya CHUN KAH CHOON (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 1527 TAMAN PERMAI 3, ENCIK IDRIS BIN ISHAK JALAN SG. UJONG, Nama Penyelia 70200 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN. Tarikh: 19 SEPTEMBER 2003 Tarikh: 19 SEPTEMBER 2003 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fkm.utm.myarahim/Projek Sarjana Muda.pdf · berpandukan komputer dan ‘scale’ model juga dihasilkan selepas lukisan kejuruteraan dibuat. Secara

  • Upload
    lytruc

  • View
    236

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KONSEP REKABENTUK MPV ( REKABENTUK LUARAN )

SESI PENGAJIAN : 2003/2004

Saya CHUN KAH CHOON

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 1527 TAMAN PERMAI 3, ENCIK IDRIS BIN ISHAK JALAN SG. UJONG, Nama Penyelia 70200 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN. Tarikh: 19 SEPTEMBER 2003 Tarikh: 19 SEPTEMBER 2003

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri”.

Tandatangan :

Nama Penyelia: Encik Idris Ishak

Tarikh : 19 September 2003

KONSEP REKABENTUK MPV ( REKABENTUK LUARAN- EXTERIOR DESIGN )

CHUN KAH CHOON

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER, 2003

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : Chun Kah Choon

Tarikh : 19 September 2003

Untuk ayah, ibu dan Sam yang tersayang

CONCEPT MPV DESIGN- EXTERIOR

CHUN KAH CHOON

A dissertation submitted as a partial fulfillment

of the requirements for the award of the

Bachelor of Science in Industrial Design

Faculty of Mechanical Engineering

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER, 2003

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, jutaan terima kasih ingin saya rakamkan kepada Encik Idris

Ishak selaku penyelia yang telah memberi dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar

sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Tidak lupa juga merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli keluarga dan

saudari Sam Jia Yuan serta rakan-rakan yang banyak memberi semangat dan

menghulurkan bantuan dalam proses menjalankan latihan praktik ini.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang

terlibat secara tidak langsung sepanjang projek penyelidikan ini.

ABSTRAK

Projek yang dijalankan adalah untuk membuat konsep rekabentuk MPV

bahagian rekabentuk luaran. MPV ( Multi-Purpose Vehicle ) merupakan kenderaan

yang menyerupai van tetapi MPV lebih mewah serta rekabentuknya yang menarik.

MPV terbahagi kepada banyak kategori termasuk ‘mini’ MPV, ‘midi’ MPV, ‘micro’

MPV dan MPV yang biasa. Disebabkan permintaan semakin tinggi terhadap

kenderaan jenis ini, maka pelbagai jenis MPV dihasilkan dalam pasaran kini. Melalui

kajian kes dan kajian ‘literature’ yang dilakukan, beberapa masalah yang berkenaan

dengan aspek penggunaan bahan, ergonomik, keselamatan serta rekabentuk dapat

diatasi. Spesifikasi rekabentuk dihasilkan berdasarkan penakrifan masalah-masalah

yang dikenalpasti. Banyak konsep rekabentuk telah dihasilkan selepas spesifikasi

ditetapkan dan rekabentuk tersebut adalah menarik dan mempunyai nilai estetika

yang tinggi. Konsep rekabentuk yang dihasilkan akan dibawa ke peringkat

pembangunan rekabentuk dan rekabentuk terperinci. Selepas rekabentuk terperinci

dihasilkan, maka pembuatan model rekabentuk akhir dilaksanakan dengan

berpandukan komputer dan ‘scale’ model juga dihasilkan selepas lukisan

kejuruteraan dibuat. Secara keseluruhan, projek ini dijalankan dengan lancar dan

berjaya sehingga melahirkan sebuah konsep MPV yang dapat menarik para

pengguna dan berharap dapat memenuhi kehendak pasaran automobil pada masa

kini.

ABSTRACT

This project is a study on designing a concept MPV specify on the exterior

design. MPV known as Multi-Purpose Vehicle, is a type of vehicle that look like a

van but MPV looks more elegant and attractive for it’s exterior design. In the

automobile market, MPV has been divided into few categories such as mini MPV,

midi MPV, micro MPV and normal MPV. There are a lot of existing MPV that have

been produced and sold in the automobile market. Through the case study and

literature review that have been done, there are a few problems that related to the

aspect of material using, ergonomic, safety and exterior design of the MPV have

been solved. Design specification is made after the analysis of the problem

definition. A number of attractive with high value of esthetical concept designs have

been generated after the design specification is fixed. The concept design will go

further into the concept development and detail design. After come out with the final

design of MPV, model making is done by using computer modeling and the scale

model is made after the mechanical drawing. Over all, this project is done

successfully and come out with a concept MPV that will attract consumer and

hopefully it can fulfill the requirement of the automobile market today.

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Penerangan Kepada Projek 1

1.2 Objektif Projek 2

1.3 Skop Projek 2

1.4 Metodologi Rekabentuk 3

1.5 Kajian Latarbelakang 4

1.5.1 Kajian Kes 4

1.6 Kajian ‘Literature’ 5

1.7 Proses Rekabentuk 5

1.8 Carta Aliran Pengendalian Projek Sarjana Muda 7

BAB II MPV ( Multi-Purpose Vehicle ) 10

2.1 Pengenalan Kepada MPV 10

2.2 Penggunaan MPV Dalam Kehidupan Harian 11

2.3 Jenis-jenis Pengguna yang Disasarkan Di Pasaran MPV 13

2.4 Jenis-jenis MPV 14

2.4.1 ‘Volkswagen Touran’ 14

2.4.2 ‘Chrysler Pacifica’ 15

2.4.3 ‘Mercury Monterey’ 16

2.4.4 ‘Fiat Doblò’ 18

2.4.5 ‘Ford C-Max’ 20

2.4.6 ‘GM Daewoo-The Flex’ 22

2.4.7 ‘Lancia Phedra’ 23

2.4.8 ‘Mercedes-Benz Vaneo’ 25

2.4.9 ‘Opel Meriva’ 27

2.4.10 ‘Renault Espace Concept’ 29

2.5 Ciri-ciri Keselamatan Dalam Rekabentuk Luaran MPV 31

2.6 Ciri-ciri Ergonomik Dalam Rekabentuk Luaran MPV 31

2.7 Penakrifan Masalah Pada MPV 32

2.8 Penggunaan Bahan Dalam Automobil 33

2.8.1 Penggunaan Bahan Dalam ‘Bumper’ dan Sistem

‘Fascia’ Automobil 34

2.8.2 Penggunaan Bahan Dalam ‘Panel’ Badan

Automobil 35

2.8.3 Penggunaan Bahan Dalam Sistem Lampu

Automobil 37

2.8.4 Penggunaan Bahan Dalam ‘Trim’ Automobil 37

2.8.5 Penggunaan Bahan Dalam Khasis Automobil 38

2.8.6 Penggunaan Bahan Dalam Struktur Automobil 39

2.8.7 Penggunaan Bahan Dalam Penyokong Automobil 40

2.9 Spesifikasi Rekabentuk 41

2.9.1 Prestasi 41

2.9.2 Rekabentuk Luaran 42

2.9.3 Keselamatan 42

2.9.4 Ergonomik 43

2.9.5 Bahan 43

2.9.6 Estetika Dan Kekemasan 44

2.9.7 Penyelenggaraan dan Hayat Produk 45

BAB III KONSEP REKABENTUK 46

3.1 Pengenalan Kepada Konsep Rekabentuk 46

3.2 Konsep Rekabentuk MPV I 47

3.3 Konsep Rekabentuk MPV II 51

3.4 Konsep Rekabentuk MPV III 55

3.5 Kriteria Penilaian 58

3.5.1 Integrasi Rekabentuk Luaran Antara Bahagian 59

3.5.2 Rekabentuk Luaran yang Menarik 59

3.5.3 Tidak Kompleks 59

3.5.4 Rekabentuk yang Relevan 59

3.5.5 Ergonomik 59

3.5.6 Keselamatan 60

3.6 Analisis Jadual Bermatrik 60

3.7 Konsep Rujukan 61

3.8 Jadual Penilaian Bermatrik 62

BAB IV PEMBANGUNAN REKABENTUK 64

4.1 Pembangunan Rekabentuk Dari Pemilihan Konsep

Rekabentuk 64

4.2 Pembangunan Rekabentuk MPV I 65

4.3 Pembangunan Rekabentuk MPV II 69

4.4 Pembangunan Rekabentuk MPV III 73

4.5 Analisis Jadual Bermatrik 77

4.6 Jadual Penilaian Bermatrik 77

BAB V REKABENTUK CADANGAN 78

5.1 Rekabentuk Akhir 78

5.2 Penerangan Kepada Rekabentuk Akhir 83

5.2.1 Bahagian Hadapan 83

5.2.2 Bahagian Atas 85

5.2.3 Bahagian Sisi 85

5.2.4 Bahagian Belakang 86

5.2.5 Cara Penggunaan Bahagian Pintu Sisi 87

5.2.6 Cara Penggunaan Bahagian Pintu Bonut 88

5.3 Pengubahan Rekabentuk Akhir 89

5.4 Rekabentuk Terperinci 91

5.4.1 Bahagian ‘Bumper’ Hadapan 91

5.4.2 Bahagian Sistem Lampu Hadapan 92

5.4.3 Bahagian Sistem Pengudaraan 92

5.4.4 Bahagian ‘Sunroof’ 93

5.4.5 Bahagian Bumper Belakang 94

5.4.6 Bahagian Lampu Belakang 95

5.4.7 Bahagian Bonut Belakang 96

5.5 3 Dimensi ‘Modeling’ yang Dihasilkan Dengan

Berpandukan Komputer 97

5.6 Pemilihan Bahan 99

BAB VI KESIMPULAN 101

6.1 Pencapaian Projek 101

6.2 Masalah Rekabentuk 101

6.3 Rekabentuk Cadangan 102

6.4 Kesimpulan 103

RUJUKAN 104

RUJUKAN HALAMAN WEB 105

LAMPIRAN 106

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Jadual Perancangan Kajian Semester 1 9

1.2 Jadual Perancangan Kajian Semester 2 10

3.1 Jadual Penilaian Bermatrik 62

4.1 Jadual Penilaian Bermatrik 78

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Metodologi Rekabentuk 3

1.2 Proses Rekabentuk 6

1.3 Carta Aliran Pengendalian Projek Sarjana Muda 7

2.1 ‘Volkswagen Touran’ 14

2.2 ‘Chrysler Pacifica’ 15

2.3 ‘Mercury Monterey’ 16

2.4 ‘Fiat Doblò’ 18

2.5 ‘Ford C-Max’ 20

2.6 ‘GM Daewoo - The Flex’ 22

2.7 ‘Lancia Phedra’ 23

2.8 ‘Mercedes Benz Vaneo’ 25

2.9 ‘Opel Meriva’ 27

2.10 ‘Renault Espace’ 29

3.1 Konsep Rekabentuk MPV I 47

3.2 Bahagian ‘Pillar’ Pada Konsep Rekabentuk MPV I 48

3.3 Konsep Rekabentuk MPV I Bahagian Hadapan 49

3.4 Konsep Rekabentuk MPV I Bahagian Belakang 50

3.5 Konsep Rekabentuk MPV II 51

3.6 Menunjukkan Garisan yang Mengelilingi Konsep Rekabentuk MPV II 52

3.7 Menunjukkan Pembahagian Garisan Pada ‘Panel’ Badan 52

3.8 Menunjukkan Pembahagian Garisan Pada ‘Panel’ Badan 53

3.9 Bentuk Lampu Hadapan yang Berbentuk Permata 53

3.10 Menunjukkan Beberapa Keunikan Pada Rekabentuk MPV II 54

3.11 Konsep Rekabentuk MPV III 55

3.12 Garisan yang Mengelilingi ‘Panel’ Badan 56

3.13 Konsep Rekabentuk MPV III Bahagian Hadapan 57

3.14 Konsep Rekabentuk MPV III Bahagian Belakang 58

3.15 Konsep Rujukan 61

4.1 Bahagian yang Berbentuk Elips dan Bahagian ‘Bumper’ yang

Dicondongkan 65

4.2 Pembangunan Rekabentuk I Pada Bahagian Hadapan 66

4.3 Pembangunan Rekabentuk I Pada Bahagian Sisi 66

4.4 Rekabentuk Bahagian Pintu 67

4.5 Rekabentuk yang Aerodinamik 67

4.6 Pembangunan Rekabentuk I Bahagian Atas 68

4.7 Pembangunan Rekabentuk I Bahagian Belakang 68

4.8 Rekabentuk Sistem Pengudaraan, Sistem Lampu dan

Rekabentuk ‘Bumper’ 69

4.9 Pembangunan Rekabentuk II Pada Bahagian Hadapan 70

4.10 Rekabentuk Pada Bahagian ‘Pillar’ dan Rekabentuk Bahagian Pintu 70

4.11 Pembangunan Rekabentuk II Pada Bahagian Sisi 71

4.12 Pembangunan Rekabentuk II Pada Bahagian Atas 71

4.13 Rekabentuk Bahagian Belakang dengan Garisan ynag Lurus Serta

Bahgian ‘Bumper’ yang Ringkas dan Bersih 72

4.14 Pembangunan Rekabentuk II Pada Bahagian Belakang 72

4.15 Rekabentuk Lampu dan Sistem Pengudaraan Serta Rekabentuk

Bahagian ‘Bumper’ 73

4.16 Pembangunan Rekabentuk III Pada Bahagian Hadapan 74

4.17 Rekabentuk Bahagian ‘Pillar’ dan Rekabentuk Bahagian Pintu 74

4.18 Pembangunan Rekabentuk III Pada Bahagian Sisi 75

4.19 Pembangunan Rekabentuk III Pada Bahagian Atas 76

4.20 Rekabentuk Bahagian Pintu Bonut 76

4.21 Pembangunan Rekabentuk III Pada Bahagian Belakang 76

5.1 Rekabentuk Akhir Pandangan Hadapan 80

5.2 Rekabentuk Akhir Pandangan Belakang 80

5.3 Rekabentuk Akhir Pandangan Sisi 81

5.4 Rekabentuk Akhir Pandangan Atas 80

5.5 Rekabentuk Akhir Pandangan 3 Dimensi ( Bahagian Hadapan ) 82

5.6 Rekabentuk Akhir Pandangan 3 Dimensi ( Bahagian Belakang ) 82

5.7 Rekabentuk Terperinci Pada Bahagian ‘Bumper’ 83

5.8 Rekabentuk Terperinci Pada Bahagian Lampu dan

Sistem Pengudaraan 84

5.9 Rekabentuk Terperinci Pada Bahagian Belakang 86

5.10 Cara Pembukaan Bahagian Pintu Sisi 87

5.11 Bahagian Pembukaan Pintu Bonut 88

5.12 Cara Pembukaan Bahagian Pintu Bonut 88

5.13 Rekabentuk Akhir yang Baru 90

5.14 Rekabentuk Bahagian ‘Bumper’ 91

5.15 Rekabentuk Bahagian Sistem Lampu Hadapan 92

5.16 Rekabentuk Sistem Pengudaraan 93

5.17 Rekabentuk Bahagian ‘Sunroof’ 94

5.18 Rekabentuk Bahagian ‘Bumper’ Belakang 95

5.19 Rekabentuk Lampu Belakang 96

5.20 Rekabentuk Bahagian Bonut Belakang 97

5.21 Pandangan 3 Dimensi yang Dihasilkan Dengan Berpandukan

Komputer 98

5.22 ‘Clay’ Model yang Dibuat Untuk Melihat Rekabentuk Dengan

Lebih Jelas 99

0

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Lukisan Kejuruteraan. 107

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Penerangan Kepada Projek

Projek ini merupakan rekabentuk konsep MPV ( Multi-Purpose Vehicle ) dari

segi rupabentuk luaran untuk memenuhi keperluan pasaran automotif kini. Pada

masa kini, terdapat ramai pengguna yang menggunakan kenderaan jenis ini atas

sebab-sebab yang tertentu. Kenderaan jenis ini mempunyai ruang yang cukup untuk

sekeluarga untuk berkunjung ke tempat-tempat tertentu. Selain itu, kenderaan ini

juga memudahkan golongan yang bekerja serta golongan pemuda-pemudi untuk

mengunjung serta mengembara ke tempat-tempat yang lebih jauh. Kenderaan jenis

ini dapat menampung penumpang yang ramai dalam lingkungan enam hingga tujuh

orang penumpang bergantung kepada saiz kenderaan tersebut. Selain itu, kenderaan

jenis ini semakin popular digunakan pada masa kini dan permintaan terhadap

kenderaan jenis ini meningkat di seluruh dunia terutamanya di negara Eropah.

MPV merupakan sejenis kenderaan yang serba guna. Rupabentuk luarannya

amat penting kerana aspek tersebut akan memberikan impressi yang mendalam

kepada para pengguna. Dalam pasaran kini, terdapat pelbagai rekabentuk MPV dan

setiap jenis rekabentuk tersebut adalah lebih kurang sama dan pengeluar inginkan

2

rekabentuk yang lebih unik untuk menarik perhatian para pengguna di mana

keunikkan tersebut tidak mengabaikan identiti yang terdapat pada MPV, iaitu

mempunyai ruangan yang cukup untuk tujuan tertentu serta dapat menampung

bilangan penumpang yang ramai dalam lingkungan enam hingga tujuh. Oleh itu,

rekabentuk luaran menjadi aspek yang perlu dikaji kepada penulis dalam projek ini.

1.2 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah untuk merekabentuk sebuah konsep MPV

( Concept Multi-Purpose Vehicle ) dari segi rekabentuk luaran di mana rekabentuk

luaran tersebut harus memenuhi aspek-aspek seperti aerodinamik dan keselamatan

serta nilai estetik yang tinggi dan menarik untuk memenuhi keperluan para pengguna

serta pasaran automotif masa kini.

1.3 Skop Projek

Skop projek adalah seperti berikut:-

1.3.1 Kajian latarbelakang dan kajian ‘literature’.

1.3.2 Mengenalpasti masalah dan menganalisis data.

1.3.3 Lakaran

i. Lakaran ‘thumbnail’

ii. Lakaran Konsep

iii. Lakaran terperinci

1.3.4 Pembangunan konsep-konsep rekabentuk MPV.

1.3.5 Rekabentuk akhir.

1.3.6 Lukisan kejuruteraan.

1.3.7 Pembinaan ‘model’.

3

1.4 Metodologi Rekabentuk

Metadologi rekabentuk merupakan kaedah melakukan kajian atau

mendapatkan maklumat. Setiap maklumat yang diperoloehi adalah dari sumber yang

berbeza bergantung kepada jenis maklumat berkenaan. Metodologi kajian terbahagi

kepada dua iaitu kajian ‘literature’ dan kajian latarbelakang. Carta metodologi dan

sumbernya ditunjukkan di bawah. Carta tersebut menggambarkan kaitan maklumat

yang akan diperolehi berdasarkan kajian yang berbeza.

Rajah 1.1: Metodologi Rekabentuk

METODOLOGI

KAJIAN LITERATURE

KAJIAN LATARBELAKANG

MAKLUMAT BIASA

MAKLUMAT ELEKTRONIK

KAJIAN KES

• BUKU RUJUKAN

• PROJEK SARJANA MUDA

• LAPORAN REKABENTUK

• LAMAN WEB • MEL

ELEKTRONIK • TELEVISYEN

• PRODUK SEDIA

4

1.5 Kajian Latarbelakang

Pendekatan kajian terhadap projek ini terdiri daripada kajian kes dan kajian

lapangan. Kajian kes adalah kajian terhadap produk yang sedia ada yang dipilih

berdasarkan sebab-sebab tertentu. Kajian lapangan pula adalah kajian terhadap lokasi

di mana kajian kes dilaksanakan. Kedua-dua kajian ini memerlukan tinjauan untuk

mendapatkan dan merasai keadaan sebenar tentang apa yang dikaji.

1.5.1 Kajian Kes

Kajian kes dibuat terhadap jenis kenderaan yang dipilih pada peringkat awal.

Kenderaan yang dipilih untuk tujuan berkenaan mempunyai prospek yang cerah

untuk dibuat pembangunan terhadapnya. Dalam kajian kes, aspek yang perlu dikaji

terhadap projek ini ialah jenis-jenis MPV yang terdapat dalam pasaran kini, ciri-ciri

rekabentuk MPV, konsep yang digunakan, masalah yang terdapat pada rekabentuk

tersebut, ciri-ciri ergonomik dan ciri-ciri keselamatan. Penggunaan bahan yang

sesuai juga akan dikaji untuk mengoptimumkan ‘performance’ MPV. Aspek-aspek

yang perlu dikaji termasuk:

• Definisi MPV

• Kegunaan MPV dalam kehidupan harian.

• Jenis pengguna.

• Konsep rekabentuk MPV dalam pasaran kini.

• Ciri-ciri keselamatan dari segi rekabentuk luaran.

• Ciri-ciri ergonomik dari segi rekabentuk luaran.

• Penggunaan bahan yang sesuai pada setiap bahagian luaran MPV.

5

1.6 Kajian ‘Literature’

Kajian ‘literature’ adalah kajian untuk mendapatkan maklumat menyeluruh

projek yang dijalankan. Sumber maklumat diperolehi dari bahan bacaan atau teks

samada buku atau dari elektronik seperti ‘internet’. Maklumat daripada kajian kes

dan kajian lapangan berkemungkinan boleh diperolehi atau ditambah melalui kajian

‘literature’. Hasil kajian yang diperolehi dikelaskan kepada dua bahagian iaitu

maklumat yang menyempurnakan kajian latarbelakang dan maklumat kajian

tambahan.

1.7 Proses Rekabentuk

Proses rekabentuk adalah prosedur bagaimana produk dihasilkan. Prosedur

yang bersistematik akan menghasilkan keputusan ( produk ) yang memuaskan.

Proses ini dimulai dengan mengenali keperluan rekabentuk atau kesedaran mengenai

sesuatu permasalahan. Proses kedua ialah penakrifan masalah. Proses ini merupakan

penyelidikan atau kajian untuk memahami dengan lebih terperinci mengenai masalah

yang dihadapi. Proses seterusnya merupakan penghasilan konsep. Konsep atau idea

dihasilkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Proses berikutnya ialah

pembangunan konsep. Pembangunan dibuat terhadap konsep yang telah dipilih

daripada proses sebelum ini. Selepas pembangunan konsep dibuat, rekabentuk

terperinci dihasilkan. Daripada rekabentuk terperinci, pembuatan boleh dimulakan

dengan menghasilkan ‘mock-up’, prototaip dan produk sebenar. Proses terakhir ialah

pemasaran setelah analisa dan ujian terhadap produk dijalankan. Carta berikut

menunjukkan proses rekabentuk.

6

Rajah 1.2: Proses Rekabentuk

KEPERLUAN REKABENTUK

ANALISA & PENAKRIFAN

MASALAH REKABENTUK

REKABENTUK KONSEP

KAJIAN MAKLUMAT SPESIFIKASI REKABENTUK

PENGHASILAN KONSEP, PENILAIAN & PEMILIHAN KONSEP

REKABENTUK TERPERINCI

REKABENTUK OPTIMUM, LUKISAN TERPERINCI & BAHAN

PEMBUATAN

PEMBINAAN MOCK-UP, MODEL & PROTOTAIP

PRODUK

UJIAN PRESTASI, ANALISIS & PEMBAIKAN TERAKHIR

7

1.8 Carta Aliran Pengendalian Projek Sarjana Muda

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk Projek Sarjana Muda ini.

Kajian

Latarbelakang

Mengenalpasti Objektif

Penakrifan Masalah

Spesifikasi Rekabentuk

Rekabentuk Konsep

Persembahan PSM 1

Pembangunan Konsep

Rekabentuk Terperinci

Lukisan Kejuruteraan

Model

Penyediaan Akhir

Rajah 1.3: Carta Aliran Pengendalian Projek Sarjana Muda

8

Jadual 1.1: Perancangan Kajian Semester 1 PERANCANGAN KAJIAN SEMESTER 1 PERANCANGAN KAJIAN / TEMPOH ( MINGGU ) M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 M16 M17 M18 M19 PERBINCANGAN TAJUK SKOP PROJEK PENGENALAN PROJEK KAJIAN LITERATURE KAJIAN KES PENAKRIFAN MASALAH SPESIFIKASI REKABENTUK KONSEP REKABENTUK PEMBINAAN MOCK-UP PERSIAPAN

9

Jadual 1.2: Perancangan Kajian Semester 2

PERANCANGAN KAJIAN SEMESTER 2 PERANCANGAN KAJIAN / TEMPOH ( MINGGU ) M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 M16 M17 M18 M19 KAJIAN TAMBAHAN REKABENTUK BUTIRAN LUKISAN KEJURUTERAAN ANALISIS REKABENTUK PEMBINAAN MODEL PEMBENTANGAN

1

BAB II

MPV ( MULTI - PURPOSE VEHICLE )

2.1 Pengenalan Kepada MPV ( Multi-Purpose Vehicle )

MPV, ‘Multi-Purpose Vehicle’ merupakan kenderaan yang mempunyai kuasa

motif kecuali ‘trailer’ direkabentuk untuk membawa 10 orang atau kurang

daripadanya di mananya dibina berdasarkan khasis trak atau dengan sifat-sifat yang

unik untuk operasi ‘off road’, tetapi ia tidak merangkumi kenderaan ‘air cushion’ ,

kenderaan ‘terrain’, ‘golf-cart’, kenderaan biasa atau trak serta mempunyai pelbagai

jenis penggunaan atau digunakan untuk pelbagai tujuan. Kenderaan ini menyerupai

van tetapi MPV lebih mewah, mempunyai ruang yang lebih besar, rekabentuk yang

lebih menarik serta dapat menampung sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang.

Dalam pasaran automotif kini, MPV semakin mendapat sambutan yang amat baik

terutamanya di negara-negara seperti Eropah, Amerika, Jepun dan Korea.

Sasaran MPV dalam pasaran kini lebih tertumpu kepada golongan yang

berkeluarga dan pemuda-pemudi. Ini adalah kerana terdapat ramai pengguna dari

negara asing suka melancong dari suatu tempat ke tempat yang lain. Dengan ahli

keluarga yang

11

ramai, MPV dapat menampung bilangan penumpang yang ramai serta mempunyai

ruangan lebihan untuk meletakkan beg dan muatan yang banyak. Selain itu,

kenderaan jenis ini juga amat sesuai digunakan oleh pemuda-pemudi pada masa kini

yang suka mengembara.

Permintaan yang tinggi terhadap kenderaan jenis ini telah membuka pasaran

yang luas kepada semua pengeluar MPV termasuk ‘Honda’, ‘Toyato’, ‘Kia’, ‘Opel’,

‘Mercedes-Benz’, ‘Mazda’, ‘Ford’, ‘Daewoo’, ‘Volkswagen’, ‘Peugeot’ dan lain-lain

lagi. Untuk mengeluarkan MPV masing-masing, pengeluar-pengeluar tersebut

bersaing antara satu sama lain bertujuan untuk memenuhi kehendak pengguna dan

pasaran serta ingin merekabentuk sebuah kenderaan yang benar-benar membawa erti

MPV iaitu ‘multi-purpose vehicle’.

Walaubagaimanapun, dalam pasaran kini telah wujud beberapa jenis MPV

termasuk MPV biasa, ‘midi’ MPV, ‘mini’ MPV dan ‘micro’ MPV. Kewujudan

pelbagai jenis MPV tersebut nenunjukkan permintaan semakin tinggi dalam pasaran

dan pelbagai rekabentuk diperlukan untuk memenuhi kehendak dan menarik

perhatian para pengguna.

2.2 Penggunaan MPV Dalam Kehidupan Harian

Dalam kehidupan harian, banyak aktiviti yang boleh dikaitkan dengan

penggunaan MPV. Dari aktiviti yang berkenaan dengan keluarga hingga ke aktiviti

yang berkenaan dengan pekerjaan dan hobi, MPV memberikan manfaat yang banyak

kepada para pengguna dari segi keselamatan, keselesaan dan kecekapan.

Dalam aspek keluarga, MPV paling sesuai digunakan untuk aktiviti keluarga

seperti berkemah dan melancong, MPV dapat menampung bilangan penumpang

12

yang ramai sehingga enam atau tujuh orang. Selain itu, ruangan yang besar dapat

membawa muatan yang banyak. MPV dapat memberi keselesaan dari segi ‘interior’

dan juga ‘exterior’. ‘Interior’ lebih kepada keselesaan fizikal dan mental manakala

‘exterior’ adalah lebih kepada keselesaan mental dan emosi ( perasaan ).

Dalam aspek pekerjaan, disebabkan MPV merupakan kenderaan yang

mewah, harganya juga dalam lingkungan yang tinggi. Para pekerja dapat

menjalankan pekerjaan dari semasa ke semasa, dari suatu tempat ke tempat yang lain

dengan adanya sebuah MPV. Ia memudahkan golongan tersebut terutamanya dalam

urusniaga yang memerlukan mesyuarat pada bila-bila masa di lokasi yang berlainan.

Selain itu, ia juga dapat menampung sebilangan pekerja yang mempunyai tujuan

yang sama, MPV adalah sesuai digunakan dalam aspek ini.

Dalam aspek hobi ( leisure ), MPV digunakan untuk sukan, mengembara dan

aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Ruangan yang luas boleh

membawa peralatan-peralatan sukan seperti basikal, peralatan ‘golf’ dan lain-lain.

Untuk tujuan mengembara pula, MPV merupakan teman yang paling sesuai

disebabkan ia dapat memenuhi kehendak para penggembara yang mempunyai

muatan serta peralatan-peralatan yang banyak. Dengan ruangan yang luas, seperti

yang dinyatakan di atas, MPV dapat memberikan keselesaan dari segi fizikal, mental

dan emosi di mana bagi para pengembara, selepas mengembara ke sesuatu tempat,

mereka akan merasai keletihan dari segi mental dan fizikal, MPV amat sesuai kepada

mereka kerana mempunyai ruangan yang cukup untuk mereka berehat.

Manusia akan mengalami keletihan selepas melaksanakan aktiviti-aktiviti

tertentu seperti selepas dari kunjungan satu tempat ke tempat yang lain, selepas dari

bekerja, selepas dari mengembara atau selepas dari bersukan, MPV dapat

memberikan keselesaan kepada golongan tersebut untuk berehat dari segi fizikal

mahupun mental atau emosi. Oleh itu, pengenalan kepada MPV dalam pasaran

automotif telah banyak membawa manfaat kepada sebahagian golongan yang

menggunakannya dalam kehidupan harian.

13

2.3 Jenis-jenis Pengguna Yang Disasarkan Di Pasaran MPV

Berikut merupakan beberapa jenis pengguna yang disasarkan dalam pasaran

MPV mengikut kajian produk yang sedia ada.

• Golongan yang berkeluarga dengan bilangan anak yang ramai. Contoh:-

‘Mercedes-Benz Vaneo’, ‘Renault Espace’.

• Golongan pemuda yang telah bekerja. Contoh:- ‘Fiat Doblò’.

• Golongan atasan yang selalu dikena menghadiri mesyuarat dari satu tempat ke

tempat yang lain pada bila-bila masa. Contoh:- ‘Mercury Monterey’.

• Golongan yang mempunyai pendapatan yang tinggi. Contoh:- ‘Renault Espace’.

• Golongan yang suka mengembara, bersukan, atau mereka yang mempunyai masa

lapangan yang banyak ( leisure ). Contoh:- ‘Fiat Doblò’, ‘Chrysler Pacifica’ dan

‘Mercedes-Benz Vaneo’.

2.4 Jenis-jenis MPV

Terdapat pelbagai jenis MPV dalam pasaran kini mengikut kesesuaian dan

kehendak para pengguna. Umumnya MPV dalam pasaran kini terbahagi kepada

MPV

( saiz paling besar ), ‘midi’ MPV, ‘mini’ MPV dan ‘micro’ MPV. Pembahagian

tersebut dibuat adalah untuk memenuhi kesesuaian dan kehendak para pengguna.

Setiap jenis MPV tersebut mempunyai satu kesamaan iaitu identiti MPV

dikekalkan iaitu mempunyai ruangan yang cukup untuk tujuan tertentu serta dapat

menambung bilangan penumpang yang ramai. Walaupun ‘midi’ MPV, ‘mini’ MPV

dan ‘micro’ MPV tidak sebesar MPV yang biasa, tetapi MPV tersebut juga dapat

menampung bilangan penumpang yang ramai iaitu enam hingga tujuh orang. Setiap

14

MPV berkenaan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dalam semua

aspek seperti aspek keselamatan, ergonomik, penggunaan bahan, kemudahan dan

sebagainya. Berikut adalah beberpa jenis MPV yang terdapat dalam pasaran kini.

2.4.1 Volkswagen Touran

Rajah 2.1: Volkswagen Touran

‘Volkswagen Touran’ merupakan sebuah MPV yang disasarkan kepada

pasaran Eropah. Ia merupakan model yang kedua bagi syarikat ‘Volkswagen’ selepas

‘Volkswagen Sharan’. Rekabentuknya yang individual dan kuat berdasarkan kepada

‘platform Volkswagen Golf’. ‘Touran’ mempunyai dimensi 4390 mm panjang, 1790

mm lebar dan 1630 mm tinggi.

15

2.4.2 Chrysler Pacifica

Rajah 2.2: Chrysler Pacifica

‘Chrysler’ telah mendedahkan kenderaannya yang terbaru aitu 2004

‘Chrysler Pacifica’ di mana ia melambangkan satu segmen yang ‘Chrysler’

menyifatkannya sebagai ‘sport tourer’.

‘Pacifica’ merupakan sebuah MPV atau ‘Wagon’ dengan muatan 6 orang

penumpang, tiga barisan tempat duduk yang kelas pertama, satu alat rangkaian

sistem navigasi ( instrument cluster navigation system ),’ hands-free

communication’, satu ‘power liftgate’, ‘car-like handling’ dan ‘low step-in height’.

Selain itu, ‘Pacifica’ dihasilkan dengan ‘platform’ yang baru dan unik serta

V6 enjin dengan kapasiti 3.5 liter.

Garisan yang jelas dari bahagian depan ( front wing ) yang selari dengan

garisan lampu depan dan hingga ke bahagian lampu belakang menambahkan

perasaan dinamik ke atas MPV tersebut. Dibandingkan dengan MPV yang lain,

rekabentuknya amat unik disebabkan rekabentuk tersebut menyerupai ‘Wagon’ dan

diklasifikasikan dalam kategori MPV atau ‘Wagon’, oleh itu, ‘Pacifica’ merupakan

sebuah MPV dan ‘Wagon’.

16

2.4.3 2004 Mercury Monterey

Rajah 2.3: Mercury Monterey

Apabila melihat kepada 2004 Mercury Monterey yang baru, lakaran di

sebelah menunjukkan permukaannya yang rapuh di mana terdapat perbezaan

bandingan dari segi sifat kelembutan yang terdapat pada Villager.

Monterey menggunakan sebuah enjin yang berkapasiti 4.2 liter dan

spesifikasi rekabentuk yang tinggi teknologinya termasuk mempunyai penunjuk

tekanan pada roda ( tyre pressure monitors ), tiga baris ‘curtain airbag’ serta

‘electrically adjustable pedals’.

Garisan yang jelas dan licin bermula dari bahagian sudut lampu signal

sehingga ke bahagian lampu belakang memberikan MPV tersebut lebih dinamik dan

pada bahagian tepi Mercury yang rata ( flat ) menambahkan daya gerakan

kepadanya.. Rekabentuk tersebut memberikan perasaan kuat dan kukuh serta anggun.

Ia disasarkan kepada golongan atas di Amerika dan ini menunjukkan bahawa

rekabentuknya adalah berkelas dan mewah.

17

2.4.4 Fiat Doblò

Rajah 2.4: Fiat Doblò

Selaras dengan ‘Fiat Auto’, ‘Fiat Doblò’ membawa maksud muda, membawa

keriangan dan senang disukai. Seperti dengan kenderaan itu sendiri, ‘Fiat Doblò’

adalah unik dengan bentuknya.

‘Fiat Doblò’ sesuai digunakan untuk mengembara atau semasa bekerja,

sebuah MPV yang dapat memenuhi keperluan para pengguna.

‘Fiat Doblò’ adalah ‘informal’, mudah dan merupakan kenderaan yang

dihasilkan dengan tuangan acuan ( mould-breaking ) dapat menyesuaikan segala

18

keperluan. Ia amat sesuai jika digunakan untuk tempat bekerja atau di bandar. Ia juga

sesuai digunakan untuk mengunjung ke seluruh dunia, persendirian atau dengan

kawan, diteman dengan peralatan sukan, muatan dan sebagainya, memberikan

kebebasan kepada kesemua di atas untuk diletakkan dalam MPV ini.

‘Fiat Doblò’ senang untuk dikawal dan selesa digunakan. Ia mempunyai

dimensi 4.16 m panjang dan 1.71 m lebar. Dalam perkataan, ia merupakan sebuah

MPV yang direkabentuk untuk fungsi dan dengan perkataan moden ialah praktikal

dan fleksibel.

‘Fiat Doblò’ dapat menampung lima orang penumpang dengan ruangan yang

luas, 750 litres dari tahap ‘parcel rack’ merupakan satu rekod dalam kategori MPV.

Bahagian yang menarik ialah bahagian pintu yang boleh digelongsor.

‘Fiat Doblò’ juga mementingkan aspek keselamatan. Badannya telah diujikaji

dan telah lulus ujikaji perlanggaran tersebut. ‘Bumper’ yang luas, jalur pada bahagian

tepi serta perlindungan yang ditambah pada lampu depan telah meningkatkan kadar

keselamatan pada kenderaan tersebut.

‘Fiat Doblò’ menawarkan:-

• Bahagian pintu belakang dengan dua kibas yang tidak bersimetri.

• Satu pintu menggelongsor dengan kelebaran 70 cm.

• Dua jenis muatan iaitu 625 kg dan 805 kg.

• 3.2 m3 ‘volume’ menaik kepada 3.8 m3 dalam ketinggian bumbung.

19

2.4.5 Ford C-Max

Rajah 2.5: Ford C-Max

‘Ford C-Max’ merupakan sebuah konsep MPV yang berdasarkan ‘Focus

platform’. Kereta ini direkabentuk dari segi ruangan, kelenturan dan keboleharapan

untuk memenuhi keperluan para pelanggan.

20

Rekabentuk luarannya yang anggun dan yakin dititikberatkan oleh satu aspek

yang penting iaitu garisannya yang licin bermula dari bumper bahagian depan

melalui lampu depan dan bahagian bumbung kereta dan berakhir di bumper bahagian

belakang.

Selain daripada itu, lampu belakang yang menegak, bumper bahagian depan

yang ‘wide-stance’, serta tingkap belakangnya yang luar biasa, iaitu saiznya sesuku

daripada saiz tingginya.

‘Ford C-Max’ juga menunjukkan beberapa bahagian yang anggun seperti

lampu depan dan belakang yang luar biasa ( neon-look front and rear lamps ) dan

pemegang pintu ‘acrylic’ yang boleh dipanjangkan jika perlu.

21

2.4.6 GM Daewoo - The Flex

Rajah 2.6: GM Daewoo - The Flex

‘Flex’ merupakan sebuah konsep MPV yang diperkenalkan oleh ‘GM

Daewoo’. Ia direkabentuk berdasarkan kepada teknologi yang tinggi dan imej

pelanggan yang baik untuk memenuhi keperluan para pengguna.

Ia merupakan sebuah MPV yang sebesar ‘Espace’ dan hampir sama saiz

dengan ‘Voyager’. Rekabentuk luarannya yang luar biasa dan mempunyai garisan

yang jelas dan licin serta dapat dibezakan sebagai sebuah MPV yang direkabentuk

oleh pereka-pereka Korea. Pada bahagian depan yang berwarna kelabu tua membawa

satu grafikal tema yang dicantumkan dalam tiga bahagian ‘grille’ pada ‘Flex’.

Bahagian yang kompleks seperti bahagian lekukan yang terletak secara

langsung di bawah DLO, bahagian yang didefinisi sebagai bahu yang mengeliling

22

Flex dan satu garisan yang rendah di bahagian tengah Flex di mana terdapat di

sepanjang pemegang pintu. Garisan tersebut bermula dari bahagian depan dan

belakang, selari dengan lengkungan roda, sebagai satu elemen yang menunjukkan

bahagian tepi badan yang rendah.

2.4.7 Lancia Phedra

Rajah 2.7: Lancia Phedra

‘Lancia Phedra’ mempunyai dimensi 4.75m panjang, 1.86m lebar dan 1.75m

tinggi. Rekabentuknya yang tegang, mempunyai garisan yang jelas dan licin serta

bentuk arkitektual yang memberi rasa ‘Italian’, telah menjadikan ‘Lancia Phedra’

terkenal dengan serta-merta dan ia dapat mempamerkan personalitinya yang

tersendiri.

23

Sifat-sifat yang terdapat pada ‘Lancia Phedra’ dapat dibezakan dengan jelas

berbanding dengan model yang dahulunya seperti ‘Lancia Dialogos’ dan ‘Lancia

Thesis’.

Pada bahagian ‘bumper’, ia telah disatukan sepenuhnya dengan permukaan

kereta. Selain itu, ‘grille’ pada kereta dapat memberikan perasaan yang bijak, lebih

tepat disifatkan ia sebagai sebuah MPV yang agresif. Rangkaian lampu kelihatan

berbentuk permata dan garis rekabentuknya yang jelas dan licin.

Garisan permukaan kereta ini yang licin dan jelas dari bahagian depan

menuju ke bahagian belakang memberikan perasaan pantas dan giat. Selain itu,

pemegang pintunya yang menarik direkabentuk ‘side by side’. Bahagian yang lain

seperti cermin tepinya telah digabungkan dengan lampu ‘signal’.

Motif Lancia sekali lagi jelas ditunjukkan pada bahagian belakang ‘Lancia

Phedra’, di mana lampu belakangnya memberikan satu ciri ‘generous’ pada

bahagian pintu but.

24

2.4.8 Mercedes-Benz Vaneo

Rajah 2.8: Mercedes Benz Vaneo

‘Mercedes-Benz Vaneo’ adalah sebuah ‘midi’ MPV yang merupakan segmen

yang baru dalam pasaran pada tahun 2001. Namanya telah jelas menyatakan watak

MPV ini iaitu kerana ia merupakan ‘minivan’ dan ia adalah baru (neo dalam istilah

25

greek adalah baru ). Hampir keseluruhannya adalah baru. Walaubagaimanapun,

‘Mercedes-Benz Vaneo’ dikategori dalam segmen ‘midi’ MPV dalam pasaran kini.

‘Mercedes-Benz Vaneo’ mempunyai dimensi 4192 mm panjang dengan

panjang dasar roda 2.9 m, 1830 mm tinggi dan 1742 mm lebar. Garis panduan untuk

merekabentuk ‘Mercedes-Benz Vaneo’ adalah seperti fungsi yang banyak menumpu

kepada pembinaan ruangan yang fleksibel dan luas, segala bentuk keselesaan untuk

para pengguna dengan menyayukan perasaan terhadap ‘Mercedes-Benz styling’.

Bahagian belakang pintu boleh dinaikkan sebanyak 170 darjah dan mempunyai pintu

tepi yang menggelonsor.

‘Mercedes-Benz’ merekabentuk ‘Vaneo’ dalam kategori kelas A. ‘Vaneo’

mempunyai permukaan yang cantik, lengkungan roda yang ‘sporty’ dan beberapa

bahagian yang terperinci serta menarik, yang paling unik ialah bahagian lampu

belakang yang sangat tinggi dan besar dengan dimensi 925 mm tinggi memerlukan

kos yang tinggi dalam pembuatan lampu tersebut.

Terdapat tiga versi ‘Mercedes-Benz Vaneo’, iaitu ‘Vaneo Family’, ‘Vaneo

Trend’ dan ‘Vaneo Ambiente’. ‘Vaneo family’ disasarkan kepada golongan yang

berkeluarga, ‘Vaneo Trend’ disasarkan kepada golongan yang mempunyai masa

lapang dan ‘Vaneo Ambiente’ disasarkan kepada golongan yang ingin mempunyai

sesuatu yang luar biasa.

26

2.4.9 Opel Meriva

Rajah 2.9: Opel Meriva

‘Opel Meriva’ merupakan sebuah ‘micro’ MPV yang baru menembusi ke

dalam pasaran kini. ‘Opel Meriva’ mempunyai dimensi 4040mm panjang dan

27

1694mm tinggi. Dimensi lebarnya di antara ‘Opel Corsa’ dan ‘Opel Astra’. Dimensi

panjangnya setengah meter lebih panjang daripada ‘Mercedes A-class’.

Rekabentuk luarannya adalah mengikut rekabentuk identiti ‘Opel’ dengan

garisan yang tajam bermula dari bahagian depan ( front wing ) dan selari dengan

garisan tepi yang terdapat pada lampu depan dan lampu belakang. Garisan yang

tajam tersebut memberikan perasaan yang bergaya dan kukuh.

Pada bahagian belakang, lampu belakang ‘Meriva’ adalah dalam posisi

menegak dan ketinggian lampu belakangnya sama dengan ketinggian ‘windscreen’

belakangnya.

Konsep ‘Meriva’ adalah kereta yang penting kepada ‘Opel’ kerana ia telah

menunjukkan betapa ‘serious’ ‘Opel’ menguruskan rekabentuk identitinya.

28

2.4.10 Renault Espace Concept

Rajah 2.10: Renault Espace

‘Espace’ yang pertama dilancarkan pada tahun 1983 dan merupakan MPV

yang pertama di Eropah. Generasi ‘Espace’ yang kedua mengekalkan identiti yang

29

terdapat pada generasi pertama di mana ruangan yang lebih luas, kehalusan yang

terdapat pada ‘Espace’ dibanding dengan pesaing-pesaing yang lain.

Konsep MPV ini direkabentuk berdasarkan kekuatan pada generasi yang

dahulu iaitu ruangan yang luas dan memberikan perasaan kehidupan yang senang

lenang kepada para pengguna. Kenderaan ini mengekalkan kabin akitektual prinsipal

dan membaiki kualiti bahan.

Bentuk ruangan kotak yang telah dikekalkan diganggu oleh garisan yang

melalui permukaan di mana ia bermula dari pintu depan ke bahagian bingkai depan

dan lampu depan serta meliputi bahagian bingkai belakang melalui bahagian ‘boot’

dan di bawah cermin belakang.

Elemen ini memisahkan ruangan pada ‘Espace’, dengan rekabentuk yang

dinamik, menunjukkan pengalaman ‘Renault’ dalam merekabentuk kenderaan yang

tinggi dan ruangan yang luas.

‘Espace’ yang baru ini adalah bersifat evolusi dan bukan bersifat revolusi,

tetapi secara logiknya dan dengan anggunnya, ‘Espace’ telah mengekalkan statusnya

dalam tiga kedudukan yang tertinggi dalam pasaran MPV.

2.5 Ciri-ciri Keselamatan Dalam Rekabentuk Luaran MPV

Aspek keselamatan dari segi rekabentuk luaran MPV banyak dipengaruhi

oleh penggunaan bahan. Pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai amat penting

untuk melahirkan sebuah MPV yang kukuh dan kuat dari segi struktur badan,

30

bumper dan sistem fascia, sistem lampu, penyokong dan khasis. Untuk keterangan

yang lanjut, sila rujuk kepada Bab 2.4 berkenaan dengan penggunaan bahan dalam

automobil.

2.6 Ciri-ciri Ergonomik Dalam Rekabentuk Luaran MPV

Aspek ergonomik memainkan peranan yang penting dalam bidang automotif.

Aspek ini bertujuan menghasilkan sebuah automobil yang memenuhi aerodinamik

supaya pergerakan automobil tersebut adalah lancar dan tidak mudah dipengaruhi

oleh tekanan pada angin.

Aplikasi aspek ergonomik dalam rekabentuk luaran MPV lebih kepada syarat

aerodinamik dan kedudukan pusat graviti pada automobil. ‘Stability’ amat penting

dalam automotif untuk memastikan automobil direkabentuk dalam keadaan yang

stabil dan tidak mudah terbaling apabila perlanggaran berlaku.

Selain itu, posisi untuk bahagian-bahagian seperti cermin tepi sistem lampu,

pintu, pemegang pintu dan sebagainya perlu mempunyai posisi yang dapat

mengoptimumkan kecekapan fungsi masing-masing. Keluasan cermin depan dan

belakang mestilah luas dan sesuai dalam kawasan penglihatan. Tidak boleh terlalu

kecil dan data antropometrik manusia perlu dijadikan sebagai rujukan.

31

2.7 Penakrifan Masalah Pada MPV

Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan ke atas rekabentuk luaran MPV

yang terdapat dalam pasaran kini, terdapat beberapa masalah yang timbul. Berikut

adalah masalah-masalahnya:-

1. Dalam aspek bahan, penggunaan bahan seperti aluminium dan aloi perlu

digantikan dengan plastik untuk mengurangkan jisim MPV dan meminimumkan

kos pengeluaran.

2. Bagi aspek ergonomik, bahagian-bahagian tertentu seperti pemegang pintu,

sistem lampu, cermin depan, sisi dan belakang, perlu mempunyai kedudukan

posisi yang mengoptimumkan fungsi bahagian masing-masing. Data

antropometrik manusia perlu dijadikan rujukan untuk merekabentuk bahagian-

bahagian tertentu.

3. Dari aspek keselamatan, bahagian-bahagian seperti sistem lampu depan,

belakang dan ‘signal’ boleh direkabentuk khas untuk tujuan keselamatan.

Terutamanya bagi lampu signal dan lampu belakang. Lampu depan yang besar

dapat memberikan sumber cahaya yang mencukupi serta kawasan pencahayaan

yang lebih luas supaya digunakan pada hari malam untuk tujuan keselamatan.

4. Bagi bahagian cermin depan dan belakang, ia harus mempunyai kawasan

penglihatan yang luas.

5. Rekabentuk luaran MPV perlu aerodinamik, tidak mempunyai banyak bucu yang

bersegi-segi. Lebih baik rekabentuk yang licin, mewah dan anggun dihasilkan

2.8 Penggunaan Bahan Dalam Automobil

Penggunaan bahan amat penting dalam aspek rekabentuk. Pemilihan bahan

yang sesuai akan mempengaruhi rekabentuk. Dalam bidang automotif, pelbagai jenis

32

bahan digunakan dan dikaji untuk menghasilkan produk yang lebih kukuh dan

ringan. Kajian dibuat dan dianalisis bahawa pengguna plastik untuk membuat

‘bumper’ kereta, ‘panel’ pintu kereta, ‘panel’ badan kereta, ‘trim’, lampu dan

sebagainya dapat memberikan kesan dan keputusan yang baik dalam automotif.

Dari bahagian ‘bumper’ hingga ke bahagian pintu, penggunaan plastik ringan

dapat menjimatkan perbelanjaan dari segi petrol dan memberikan jurutera dan

perekabentuk bebas untuk merekabentuk konsep yang lebih innovatif dan bentuk

yang susah dihasilkan atau tidak mungkin dihasilkan dengan penggunaan bahan yang

lain. Secara tradisional, logam aloi digunakan dalam penghasilan rekabentuk luaran

automobil. Walaubagaimanapun, aloi ini amat mudah terkena lekukan, hakisan dan

serpihan batu. Ia juga lebih berat dan mahal daripada plastik. Dengan menggunakan

plastik, pengeluar dapat meminimumkan kos pengeluaran, menambah kekuatan

dalam pengurusan, mencapai tahap yang lebih baik dalam merintangi lekukan,

hakisan dan sebagainya serta menggunakan teknik ‘styling’ yang lebih canggih untuk

rekabentuk luaran automobil yang lebih licin, kukuh dan lebih aerodinamik.

Jurutera-jurutera automobil menghadapi masalah apabila merekabentuk

dengan menggunakan logam. Contohnya seperti jerjak pada automobil adalah hampir

tidak mungkin dihasilkan apabila menggunakan logam. Plastik memberikan pelbagai

praktikal, kesan kos alternatif serta kebaikan yang banyak untuk jurutera-jurutera dan

perekabentuk-perekabentuk automobil. Plastik membolehkan jurutera-jurutera dan

perekabentuk-perekabentuk automobil kebebasan dalam ‘styling’, membina dan

menggantikan komponen serta memberikan mereka peluang untuk mencantumkan

beberapa bahagian yang kompleks menjadi satu bahagian. Plastik membolehkan hal

sedemikian menjadi kenyataan dengan kos pengeluaran yang rendah.

Proses-proses yang baru membolehkan pengeluar menggunakan semula

bahan buangan plastik. Selain itu, keberatan komponen plastik adalah lima puluh

peratus lebih ringan daripada komponen logam.

33

2.8.1 Penggunaan Bahan Dalam Bumpers dan Sistem Fascia Automobil

Pada tahun 1925, bahagian ‘bumper’ depan dan belakang automobil telah

menjadi satu peralatan yang ‘standard’ untuk semua automobil. Kebanyakan

‘bumper’ dan sistem ‘fascia’ yang diperbuat daripada plastik moden termasuk

‘thermoplastic olefins’ ( TPOs ), ‘policarbonates’, ‘polyesters’, ‘polypropylene’,

‘polyurethanes’, ‘polyamides’ atau menambahkan ‘glass fiber’ untuk kekuatan dan

ketegasan struktur automobil.

Penggunaan plastik dalam ‘bumper’ dan ‘fascia’ memberikan perekabentuk-

perekabentuk automobil kebebasan apabila ia digunakan untuk membuat prototaip

kenderaan atau memperbaiki ‘model’ yang sedia ada. Plastik boleh dibentuk untuk

estetik dan fungsi dalam pelbagai cara tanpa dihalang oleh kos produktiviti. Plastik

‘bumper’ secara amnya mengembang pada peratusan yang lebih kurang sama dengan

logam dalam keadaan cuaca yang normal apabila memandu dan tidak memerlukan

benda yang lain untuk mengukuhkan kedudukan posisinya.

Terdapat plastik yang digunakan semula untuk membuat ‘bumper’ dan

‘fascia’. Ini membolehkan pengeluar menggunakan semula sisa buangan plasik

untuk menghasilkan ‘bumper’ dan ‘fascia’ yang baru melalui program guna semula

buangan ‘thermoplastic olefins’ dan menggunakan proses semula yang terbaru bagi

menanggalkan cat daripada ‘thermoplastic olefins’ tersebut. Kajian telah dibuat ke

atas penggunaan semula buangan ‘thermoplastic olefins’ dan mendapati bahawa

penggunaan semula buangan ‘thermoplastic olefins’ untuk menghasilkan ‘bumper’

dan ‘fascia’ yang baru adalah sama dengan bahan mentahnya ‘thermoplastic olefins’

itu sendiri. Ini bermakna tiada kesan ke atas penggunaan semula buangan

‘thermoplastic olefins’ tersebut dan ini dapat mengurangkan kos pengeluaran.

34

2.8.2 Pengunaan Bahan Dalam Panel Badan Automobil

‘Panel’ badan plastik mempunyai kebaikan yang banyak dibandingkan

dengan besi dan aluminium. Diketahui ‘panel’ logam lebih mudah dipengaruhi oleh

impak yang kecil, tetapi panel plastik lebih kepada merintangi kerosakan. Terdapat

beberapa jenis sistem plastik digunakan untuk aplikasi ‘panel’ badan automobil.

Yang paling penting adalah SMC ( Sheet Molding Compound – a thermoset

polyester sheet ), RIM – ‘urethane’ ( Reaction Injection Molding – also a thermoset

system in which urethane resin is injected into the mold ) dan ‘thermoplastic systems’

( including thermoplastic olefins, among others ). Kesemua sistem ini digunakan

untuk meneguhkan plastik dengan ‘glass fiber’ untuk menambah kekuatan dan

ketegasan kepada struktur. Penggunaan plastik dalam ‘panel’ badan automobil yang

pertama ialah dalam ‘Chevrolet’s Corvette’ ( SMC ), diikuti dengan ‘Pontiac’s

Fiero’ ( RIM ). ‘General Motor’s Saturn’ adalah kereta yang pertama menggunakan

thermoplastik.

Kebanyakan ‘panel’ badan plastik bergantung kepada SMC pada masa

dahulu. Pengeluar mendapati bahawa kos kebolehdapatan SMC adalah lebih rendah

daripada besi dan aluminium. SMC juga lebih ringan berbanding dengan besi.

Tambahan pula, ‘polyester’ SMC dapat merintangi hakisan, lekukan dengan baik

berbanding dengan besi.

RIM mempunyai kelebihan yang sama dengan SMC, di mana RIM digunakan

dengan berjayanya untuk membuat ‘bumper’ dan ‘fascia’ serta ‘panel’ badan

automobil. RIM adalah lebih ringan daripada SMC ( bergantung kepada penambahan

kuantiti ‘glass fiber’ ) tetapi kurang ketegasan struktur berbanding dengan SMC.

RIM terus menjadi popular kepada pengeluar dalam aplikasinya ke dalam ‘panel’

badan automobil.

35

Daimler Chrysler juga mempunyai persetujuan untuk merekabentuk dan

membangun ‘panel’ badan plastik untuk automobil. ‘Composite Concept Vehicle’

( CCV) diperkenalkan pada tahun 1994 adalah menggunakan proses ‘injection

moulding’. Penggunaan thermoplastik telah menjimatkan 20 hingga 50 peratus dalam

keberatan serta 50 hingga 70 dalam peralatan. Selain itu, masa produktiviti juga

disingkatkan daripada lima hingga sepuluh jam kepada dua jam sahaja.

Teknologi inovasi bahan terus memberikan sistem thermoplastik lebih

popular. Thermoplastik polyester merupakan salah satu bahan guna semula yang

paling popular dalam dunia ini. Ini memberikan kebaikan dalam mempromosikan

guna semula bahan kepada pelanggan dan nenjimatkan kos bahan atas sisa buangan

plastik yang banyak boleh digunakan semula. Sistem thermoplastik juga mempunyai

kelebihan yang terdapat pada sistem SMC dan RIM.

2.8.3 Penggunaan Bahan Dalam Sistem Lampu Automobil

Lampu depan automobil yang diperbuat daripada kaca telah digantikan

dengan ‘polycarbonate’ plastik. Plastik jenis ini direkabentuk untuk merintangi suhu

yang tinggi dan merintangi kehancuran serta dapat diacukan dalam pelbagai bentuk.

Ini memberikan kebebasan kepada jurutera dan perekabentuk dalam ‘styling’ dan

penggantian lampu depan. Keserbabolehan plastik juga dapat merekabentuk lampu

depan dengan teknologi yang canggih bagi menambah aspek keselamatan di jalan

raya dan lebuh raya.

Lampu belakang, lampu signal, lampu ‘reverse’ dan sebagainya juga

diperbuat daripada ‘polycarbonates’ plastik atau dalam kes yang tertentu, ‘acrylic’

plastik digunakan. Pada masa akan datang, perubahan yang besar pada lampu depan

dan belakang akan berlaku. Penggunaan LED ( Light Emitting Diode ) yang

36

berasaskan plastik digantikan ke dalam lampu depan, lampu belakang, lampu brek

dan sistem ‘kotak lampu’ di mana satu sumber cahaya digunakan untuk sistem lampu

pada rekabentuk luaran automobil melalui ‘acrylic fiber-optic wires’. Sistem ‘kotak

lampu’ akan membekalkan keperluan untuk merintangi suhu yang tinggi pada plastik

dalam sistem lampu automobil.

2.8.4 Penggunaan Bahan Dalam Trim Automobil

‘Trim’ merupakan komponen yang penting kepada automobil. Segala benda

dari ‘mirror housing’ hingga ke pemegang pintu, ‘side trim’, pelindung roda dan

‘radiator grille’ adalah bergantung kepada pengguna plastik untuk menambah

fungsinya dan hiasan kepada rekabentuk luaran automobil. Terdapat pelbagai jenis

plastik digunakan dalam pengeluaran ‘trim’ luaran automobil. ‘Nylons’,

‘polystyrene’, ‘polycarbonates’, ‘weatherable ASA-AES’, ‘PVC’, ‘polypropylene’,

‘polyester’ dan ‘urethanes’ adalah plastik yang biasa digunakan dalam ‘trim’.

Beberapa inovasi yang important dapat membolehkan pengeluar menjimatkan

masa dan modal yang banyak apabila memproses ‘trim’. Pada masa kini, ‘mirror

housing’ boleh dicat dalam acuan ( in-mould painted ). Ini disebabkan penggunaan

sistem plastik ‘weatherable ASA-AES’, di mana ia membolehkan pengeluar

menjimatkan kos mengecat dan masa untuk mengecat. Inovasi yang seterusnya ialah

penggunaan plastik dalam perlindung roda. Dengan menggunakan plastik untuk

membuat pelindung roda, satu lapisan disalut pada plastik tersebut dan ini dapat

menghasilkan perlindungan roda plastik yang kelihatan seperti logam aloi.

Penggunaan plastik dalam rekabentuk luaran automobil mempunyai masa

depan yang cerah disebabkan ia merupakan bahan yang cemerlang dan dapat

menjimatkan kos-kos sampingan. Kebolehan plastik adalah mengurangkan keberatan

37

dan menambah kecekapan, keselamatan serta mendatang kebaikan kepada

persekitaran. Plastik mempunyai pelbagai kebaikan dalam merekabentuk struktur

automobil dan dapat membentuk persekitaran pada masa depan yang kukuh dan kuat.

2.8.5 Penggunaan Bahan Dalam Khasis Automobil

Khasis merupakan rangka penyokong kepada automobil. Ia memberikan

kekuatan dan ketegasan kepada automobil serta membantu dalam menambah

rintangan terhadap dentuman melalui penyerapan tenaga hentakan. Jika automobil

adalah manusia, maka khasis adalah tulang atau rangka manusia. Apabila seseorang

itu terjatuh, tulang yang kuat akan mengalami kecederaan yang lebih ringan

dibanding dengan tulang yang lemah. Sama dengan automobil apabila menghadapi

kemalangan. Khasis akan membantu memberikan ketegasan yang maksimum untuk

mengelakkan bahagian automobil daripada terhentak dengan teruk.

Khasis adalah sangat penting dalam menjamin tahap kebisingan, getaran dan

kekerasan ( NVH- Noise, Vibration, Harsheness ) yang rendah pada keseluruhan

automobil. Kunci yang penting dalam mengurangkan NVH adalah penyerapan

tenaga. Dengan tahap penyerapan tenaga yang tinggi, tahap NVH adalah rendah,

tetapi yang lebih penting, perlindungan penumpang dapat ditingkatkan dalam sesuatu

perlangaran.

Plastik telah membangun dalam pasaran khasis automobil. Inovasi dalam

teknologi plastik telah berjaya menghasilkan khasis di mana tiada bahan lain selain

daripada plastik yang dapat menghasilkan khasis sedemikian.

38

2.8.6 Penggunaan Bahan Dalam Struktur Automobil

Kenderaan kedua dalam dunia yang menggunakan plastik dalam keseluruhan

rekabentuk, ‘Baja’ (model kenderaan) mempunyai plastik komposit khasis.

Kenderaan ini unggul di mana ‘panel’ badan dan khasis yang diperbuat daripada

komposit mempunyai rintangan terhadap pasir dan air laut. Ia dicantumkan

thermoplastik dan thermoset pada kulit dan rangka automobil untuk mendapat

manfaat daripada kekuatan plastik untuk menguruskan tenaga, membolehkan ia

melulus dalam ujikaji perlanggaran secara berkomputer di Amerika dan Eropah.

Keringanan khasis memberikan manfaat yang banyak kepada pengeluar untuk

memudahkan bahagian dihantar dengan mudah. Ia juga membekalkan kepada para

pengguna bahan api yang lebih ekonomi dan dengan penjimatan bahan api, ia dapat

memelihara sumber dan melindungi persekitaran untuk kebaikan manusia. Semenjak

plastik dan thermoplastik digunakan dalam rangka pada kebelakangan ini, ia belum

direkodkan apakah jenis plastik yang paling sesuai digunakan untuk aplikasi ini.

Eksperimen penggunaan plastik dalam rangka automobil mungkin dikuasai oleh

inovasi pada masa depan yang membolehkan plastik menggantikan logam dalam

skala yang lebih luas.

‘Crash-absorbing foam’ merupakan satu ujikaji yang baik bagi aplikasi

plastik dalam automobil. ‘Panel’ pintu dipenuhkan dengan tegas, ‘energy-absorting

polystryrene’ atau ‘urethane-based foam’ sebagai penyerap impak bahagaian tepi

dan membantu mengekalkan ketegasan pada struktur automobil. Keringanan ‘foam’

ini membekalkan kebolehan pengurusan tenaga yang cemerlang apabila berlakunya

perlanggaran.

‘Drive shaft’ membantu memindahkan kuasa dari enjin automobil kepada

‘axle’. Dengan pengunaan plastik dalam ‘drive shaft’, ia dapat mengurangkan tahap

NVH. Semenjak ‘drive shaft’ digerak di bawah badan automobil, ia juga berperanan

sebagai rusuk struktur automobil dalam membantu menyerap tenaga jika berlaku

perlanggaran.

39

2.8.7 Penggunaan Bahan Dalam Penyokong Automobil

Pembangunan terhadap percantuman plastik dan besi telah membawa

penyokong ‘radiator’ dari ‘injection moulded’ nylon yang mengandungi satu

bahagian dengan kontor nylon yang kompleks, dipenuhi dengan satu lapisan besi

pada bahagian tengahnya. Segala kekuatan dan ketegasan yang berlebihan diperlukan

dalam bahagian yang bukan besi wujud keperluan terhadap bahagian tersebut dengan

menambahkan ‘tulang rusuk’ ( rib ). Penambahan satu lapisan permukaan ‘tulang

rusuk’ tersebut dapat memberikan kekuatan pada permukaan.

2.9 Spesifikasi Rekabentuk

Spesifikasi rekabentuk MPV dihasilkan berdasarkan penakrifan masalah-

masalah yang dikenalpasti. Masalah yang dikenalpasti melibatkan aspek penggunaan

dan kajian terhadap MPV tersebut. Masalah berkenaan timbul disebabkan rekabentuk

MPV itu sendiri. Spesifikasi diperolehi dengan mengenalpasti permasalahan dan

merangkumi tiga aspek utama iaitu bentuk luaran, ciri-ciri ergonomik dan ciri-ciri

keselamatan.

2.9.1 Prestasi

MPV tersebut hendaklah mempunyai rekabentuk luaran yang unik lagi

moden dan menarik. MPV tersebut juga perlu mempunyai ciri-ciri ergonomik dan

mempunyai nilai keselamatan yang tinggi.

40

2.9.2 Rekabentuk Luaran

Rekabentuk MPV yang luar biasa dibanding dengan MPV yang sedia ada

dalam pasaran dapat menarik hati para pengguna. Selain daripada itu, rekabentuk

tersebut harus memenuhi aspek aerodinamik untuk mengurangkan tekanan dan

geseran udara.

2.9.3 Keselamatan

Ciri-ciri keselamatan mesti dipatuhi supaya memastikannya tidak

membahayakan para pengguna. Selain itu, rekabentuk sistem juga mesti mematuhi

peraturan-peraturan supaya selamat digunakan semasa dioperasikan. Rekabentuk

luaran juga harus mempertimbangkan aspek keselamatan supaya dapat memberikan

para pengguna suatu perasaan “selamat, kukuh, kuat.” Aspek ini dipengaruhi secara

langsung oleh pengunaan bahan.

• Bahagian ‘bumper’ dan ‘fascia’ haruslah dapat menahan daya yang kuat jika

berlaku perlanggaran.

• Bahagian khasis mestilah kukuh dan dapat merintangi daya hentaman yang kuat

serta dapat meminimumkan daya tersebut ke tahap yang paling rendah.

• Bahagian tepi rangka impak dan ‘panel’ badan harus mempunyai kekuatan,

mempunyai ketegasan yang tinggi dan dapat menyerap tenaga apabila berlaku

perlanggaran.

• Bahagian penyokong struktur mesti mempunyai kekuatan dan ketegasan yang

tinggi.

41

2.9.4 Ergonomik

Aspek ergonomik amat luas dan harus merujuk kepada data antropometrik

bagi menyesuaikan para pengguna. Selain itu, segala petunjuk dan kawalan serta

paparan mesti jelas dan mempunyi posisi yang paling optimum supaya sesuai kepada

para pengguna dan selesa digunakan. Yang penting para pengguna mesti tahu

bagaimana untuk menggunakan produk tersebut. Kecekapan, keselesaan dan

keselamatan amat dititikberatkan dalam aspek ergonomik.

• Posisi setiap bahagian yang terdapat pada rekabentuk luaran perlu dalam

kedudukan mengoptimumkan fungsi masing-masing.

• Bahagian lampu depan dan belakang yang mudah dilihat di mana saiznya tidak

terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

• Bahagian cermin depan dan belakang harus besar supaya dapat melihat pada

objek dengan lebih luas.

• Bentuk MPV yang aerodinamik.

2.9.5 Bahan

Pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai amat penting bagi

menghasilkan sebuah MPV yang kukuh dan berkualiti. Selain itu, pemilihan bahan

juga harus mempertimbangkan anggaran kos supaya tidak melebihi anggaran

perbelanjaan. Kajian harus dilaksanakan serta dianalisis bagi mendapat bahan yang

paling sesuai untuk sebuah MPV untuk menambahkan tahap keselamatan semasa

menggunakannya.

• Penggunaan plastik SMC, RIM atau thermoplastik dapat mengurangkan

keberatan dan mengurangkan kos pengeluaran.

• Plastik dapat memberikan kekuatan dan ketegasan pada bahagian-bahagian

automobil.

42

• Plastik juga dapat menyerap tenaga apabila perlanggaran untuk meminimumkan

daya hentaman ke tahap yang terendah.

2.9.6 Estetika dan Kekemasan

Penggunaan warna memainkan peranan yang penting bagi menarik perhatian

para pengguna supaya warna produk adalah harmoni dengan warna persekitaran.

Warna-warna yang tajam ( sharp ) seperti merah, kuning, jingga dan sebagainya

boleh digunakan kerana warna-warna tersebut memberikan impressi yang mendalam

kepada para pengguna. Selain itu, terdapat maksud-maksud yang tertentu dalam

penggunaan warna, suatu aspek yang penting dalam rekabentuk produk. Penggunaan

warna harus harmoni dengan warna persekitaran.

• Warna yang esklusif seperti warna emas, perak dan hitam amat sesuai digunakan

pada MPV untuk meningkatkan lagi nilai kemewahannya.

• Warna yang sejuk seperti biru, perang, kelabu juga boleh digunakan untuk

menunjukkan sifat MPV yang anggun dan amat harmoni dengan warna

persekitaran.

• Warna yang tajam seperti merah, kuning dan jingga lebih sesuai kepada MPV

yang ‘sporting’ yang lebih sesuai kepada golongan pemuda-pemudi.

• Imej kenderaan hendaklah melambangkan anggun dan mewah sesuai dengan

penggunaanya sebagai MPV.

43

2.9.7 Penyelenggaraan dan Hayat Produk

Keperluan penyelenggaraan hendaklah diminimumkan dan produk tersebut

hendaklah mampu digunakan untuk tempoh 15 tahun. Penggunaan bahan yang sesuai

dapat meningkatkan jangka hayat produk.

11

BAB III

KONSEP REKABENTUK

3.1 Pengenalan Kepada Konsep Rekabentuk

Penjanaan konsep rekabentuk dihasilkan selepas spesifikasi rekabentuk

ditetapkan. Beberapa konsep yang diilhamkan adalah memenuhi setiap spesifikasi

rekabentuk. Kemudian, perkembangan konsep dilakukan sehingga mendapatkan

rekabentuk terperinci. Rekabentuk terperinci dihasilkan berdasarkan analisa

rekabentuk. Tujuan analisa rekabentuk dibuat adalah untuk mendapatkan rekabentuk

yang optimum seperti penggunaan bahan, penentuan saiz dan pemasangan komponen

atau bahagian.

Pemilihan konsep dibuat melalui jadual penilaian bermatrik untuk pemilihan

konsep-konsep yang ada. Konsep yang telah terpilih akan melalui proses

perkembangan konsep sehingga menghasilkan rekabentuk terperinci. Ini bermakna

ketika pengembangan konsep dilakukan, bentuk asas kenderaan sudah diketahui.

Rekabentuk terperinci bermaksud rekabentuk akhir yang boleh dicadangkan untuk

analisa rekabentuk.

11

3.2 Konsep Rekabentuk I

Rajah 3.1: Konsep Rekabentuk MPV I

Dengan merujuk kepada konsep rekabentuk konsep MPV yang pertama,

‘Octra’, konsep pertama ini adalah berdasarkan kepada rekabentuk Ford C-Max

12

tetapi bahagian depan dan belakangnya telah direkabentuk semula. Rekabentuk

konsep MPV yang pertama ini dapat memberikan para pengguna perasaan yang

anggun dan mewah. Selain itu, terdapat satu garisan yang mengelilingi bahagian

‘panel’ badan dan garisan ini dihubungkan ke bahagian belakang MPV mengelilingi

lampu belakang dan cermin belakang. Garisan ini berakhir pada bahagian cermin tepi

dan lampu depan. Garisan yang jelas dan licin ini memberikan perasaan yang

dinamik. Diperhatikan bahawa garisan tersebut mempunyai kecerunan di mana

garisan tersebut tidak selari dengan roda, ini direkabentuk supaya rekabentuk

tersebut lebih aerodinamik dan menambahkan perasaan yang dinamik. Sila rujuk

Rajah 3.1.

Rajah 3.2: Bahagian ‘Pillar’ Pada Konsep Rekabentuk MPV I

Selain itu, diperhatikan bahagian cermin pintu, ‘pillar’ yang direkabentuk

adalah luar biasa daripada rekabentuk yang sedia ada. Bahagian ‘A-pillar’ adalah

melengkung dan bukannya lelurus. ‘A-pillar’ direkabentuk sedemikian bertujuan

untuk memberikan rekabentuk bahagian pintu yang unik dan dinamik. Disebabkan

rekabentuk ‘A-pillar’ yang melengkung itu, rekabentuk konsep MPV ini menjadi

lebih menarik dan bergaya. Selain itu, bahagian ‘A-pillar’ yang melengkung itu dapat

menambahkan perasaan yang pantas dari segi kelajuan. Bahagian ‘B-pillar’ adalah

sama dengan rekabentuk sedia ada tetapi ‘B-pillar’ tersebut juga sedikit melengkung.

Pada bahagian ‘C-pillar’, bahagian tersebut direkabentuk selari dengan penghujung

13

cermin pintu. Rekabentuk bahagian ‘A-pillar’, ‘B-pillar’ dan ‘C-pillar’ pada

keseluruhannya adalah mempunyai makna yang tersendiri iaitu rekabentuk tersebut

membawa erti ‘movement’ iaitu pergerakan. Daripada ‘A-pillar’ sehingga ke ‘C-

pillar’, jelas nyata mempunyai satu ‘flow’ iaitu pergerakan yang licin di mana

rekabentuk tersebut dapat menghasilkan perasaan yang anggun, mewah, bergaya dan

dinamik.kepada para pengguna. Sila rujuk kepada Rajah 3.2.

Rajah 3.3: Konsep Rekabentuk MPV I Bahagian Hadapan

Merujuk kepada konsep rekabentuk MPV yang pertama ini, bahagian depan

MPV mempunyai sepasang ‘mata helang’ yang tajam dan tegang memberikan

perasaan yang anggun, bergaya dan ‘confidence’. Selain itu, rekabentuk bahagian

‘bumper’ depan disatukan dengan bahagian ‘panel’ badan. Pada rekabentuk bahagian

hadapan, di atas simbol yang tiga segi, bahagian tersebut menonjol sedikit dan

membentuk satu garisan yang unik dan tajam memberikan perasaan yang agresif

seperti yang terdapat pada rekabentuk ‘Mitshubitshi’ dan juga ‘Honda’. Sila rujuk

pada Rajah 3.3.

14

Rajah 3.4: Konsep Rekabentuk MPV I Bahagian Belakang

Pada bahagian belakang pula, rekabentuk ini juga tidak mempunyai ‘bumper’

belakang di mana ‘bumper’ tersebut disatukan dengan ‘panel’ badan sama seperti

pada bahagian hadapan. Dengan merujuk kepada lampu belakang dan juga lampu

‘signal’, rekabentuk lampu tersebut adalah amat unik. Rekabentuk lampu tersebut

menyebabkan rekabentuk bahagian belakang kelihatan mempunyai dua rekaan yang

berlainan. Rekabentuk cermin belakang adalah sesuku saiz daripada ketinggian

bahagian belakang. Rekabentuk bahagian belakang yang ‘low back’ kelihatan seperti

pergerakan ombak yang memberikan perasaan yang licin, dinamik dan selesa. Sila

rujuk kepada Rajah 3.4.

15

3.3 Konsep Rekabentuk MPV II

Rajah 3.5: Konsep Rekabentuk MPV II

16

Dengan merujuk kepada konsep rekabentuk yang kedua, ‘Yager’, rekabentuk

tersebut mensasar kepada golongan pemuda-pemudi yang suka mengembara,

melancong, bersukan atau hobi-hobi yang tertentu.

Rajah 3.6: Menunjukkan Garisan yang Mengelilingi Konsep

Rekabentuk MPV II

Rajah 3.7: Menunjukkan Pembahagian Garisan Pada ‘Panel’ Badan

17

Rajah 3.8: Menunjukkan Pembahagian Garisan Pada ‘Panel’ Badan

Konsep rekabentuk kedua ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan konsep

rekabentuk yang pertama. Bahagian ‘bumper’ hadapan dan belakang adalah

disatukan dengan bahagian ‘panel’ badan. Terdapat beberapa keunikan pada

rekabentuk ini iaitu satu garisan bermula dari penghujung lampu hadapan

mengelilingi keseluruhan ‘panel’ badan. Selain itu, garisan tersebut terbahagi pada

penghujung lampu depan dan penghujung lampu belakang. Secara keseluruhan,

garisan tersebut tidak terputus dan saling berhubung antara satu sama lain

memberikan perasaan ‘unity’.Sila rujuk pada Rajah 3.5, Rajah 3.6, Rajah 3.7 dan

Rajah 3.8.

Rajah 3.9: Bentuk Lampu Hadapan yang Berbentuk Permata

18

Rajah 3.10: Menunjukkan Beberapa Keunikan Pada Rekabentuk MPV II

Keunikan yang lain adalah seperti lampu hadapan yang berbentuk permata,

lampu belakang yang berbentuk segi tiga, bahagian pintu bonut yang tenggelam ke

dalam dan cermin belakang yang berbentuk hemisfera. Sila rujuk Rajah 3.9 dan

Rajah 3.10.

Rekabentuk keseluruhan lebih dinamik dan ‘sporting’, memberikan perasaan

yang bergaya dan pantas dari segi kelajuan.

19

3.4 Konsep Rekabentuk MPV III

Rajah 3.11: Konsep Rekabentuk MPV III

20

Rajah 3.12: Garisan yang Mengelilingi ‘Panel’ Badan

Konsep rekabentuk ketiga pula, ‘Azure’, mempunyai ciri-ciri yang sama

dengan rekabentuk pertama dan kedua. Konsep rekabentuk ini adalah berdasarkan

kepada gabungan konsep pertama dan kedua. Dengan ini, dilahirkan konsep ketiga

yang mempunyai identiti-identititi pada rekabentuk pertama dan kedua. Daripada

bahagian hadapannya kelihatan lebih anggun dan agresif daripada rekabentuk

pertama. Selain daripada itu, identiti pada rekabentuk kedua wujud pada bahagian

cermin depan dan lampu hadapan. Garisan selari menurun dari bahagian sudut

cermin ke bahagian bumper melalui antara sistem lampu depan dan sistem

pengudaraan. Di samping itu, garisan pada ‘panel’ badan bermula dari penghujung

lampu depan mengelilingi ‘panel’ badan dan berakhir pada lampu belakang. Garisan

tersebut juga berhubung dengan garisan pada bahagian belakang sama seperti dengan

konsep rekabentuk yang pertama. Dengan erti kata, garisan-garisan yang

berhubungan antara satu sama lain ini melambangkan setiap bahagian pada konsep

rekabentuk ini mempunyai kaitan yang rapat dan memberikan suatu perasaan yang

sempurna dan berpadanan. Sila rujuk pada Rajah 3.11 dan Rajah 3.12.

21

Rajah 3.13: Konsep Rekabentuk MPV III Bahagian Hadapan

Bahagian ‘bumper’ depan dan belakang juga adalah disatukan dengan ‘panel’

badan. Merujuk kepada rekabentuk bahagian depan, rekabentuk bahagian depan

berasaskan ilham daripada seekor ikan paus. Rekabentuk bahagian depan kelihatan

seperti kepala ikan paus. Bahagian ‘bumper’ depan yang luas dan besar memberikan

perasaan yang tegang dan kuat. Diperhatikan pada bahagian lampu depan dan sistem

pengudaraan, ia kelihatan bentuk elips dengan kedua-dua penghujungnya yang tajam.

Ini memberikan rekabentuk bahagian tersebut suatu perasaan yang ganas, anggun

dan bergaya. Dilihat pada rekabentuk lampu depan, seolah-olah sepasang ‘mata ikan

paus’ dan rekabentuk sistem pengudaraan pula seolah-olah bentuk gigi, Dilihat pada

pandangan sisi, bahagian ‘bumper’ depan lebih besar dan bahagian tersebut tidak

begitu membulat berbanding dengan konsep pertama. Sila rujuk pada Rajah 3.13.

Dengan erti namanya, ‘Azure’, bermaksud warna biru langit, warna MPV ini

sangat berharmoni dengan warna persekitaran. Dengan kelabu sebagai warna

sampingannya, ia telah menambahkan lagi gayanya ‘cool’, ‘sportive’ dan ‘speedy’.

22

Rajah 3.14: Konsep Rekabentuk MPV III Bahagian Belakang

Rekabentuk pada bahagian belakang adalah sama dengan rekabentuk yang

pertama. Akan tetapi, cermin belakang tidak lagi sesuku saiz dari ketinggian

belakang malah ia adalah lebih besar daripada saiz sesuku. Selain itu, bahagian

cermin belakang adalah lebih condong untuk mengurangkan tekanan yang

disebabkan oleh angin. Ini membolehkan pandangan penglihatan yang lebih luas dan

merupakan satu aspek keselamatan dalam rekabentuk. Sila rujuk Rajah 3.14.

3.5 Kriteria Penilaian

Kriteria penilaian ditentukan berasaskan spesifikasi rekabentuk yang telah

ditentukan. Kriteria penilaian merupakan syarat yang ditentukan berdasarkan faktor-

faktor yang boleh mempengaruhi pemilihan. Kriteria pemilihan yang digunakan

adalah berdasarkan rekabentuk luaran yang menarik.

23

3.5.1 Integrasi rekabentuk luaran antara bahagian.

Terdapat kesinambungan rekabentuk antara bahagian dengan

bahagian yang lain.

3.5.2 Rekabentuk luaran yang menarik.

Rekabentuk luaran dan rekabentuk bahagian lain mempunyai ciri-ciri

istimewa yang boleh menarik minat pengguna.

3.5.3 Tidak kompleks.

Rekabentuk luaran dan bahagian yang lain tidak menumpu kepada

sesuatu ruang kompleks.

3.5.4 Rekabentuk yang relevan.

Setiap bahagian yang direkabentuk mestilah berpadanan dengan

bahagian yang lain serta mempunyai posisi yang betul dan baik.

3.5.5 Ergonomik

Rekabentuk luaran dan bahagian yang ergonomik mempunyai

kepentingan dalam penggunaan. Aspek ergonomik diaplikasikan dalam rekabentuk

bertujuan untuk mengoptimumkan fungsi bahagian-bahagian yang lain.

24

3.5.6 Keselamatan

Rekabentuk yang menumpu kepada ciri-ciri keselamatan. Aspek ini amat

penting dan dipengaruhi oleh penggunaan bahan yang sesuai dalam rekabentuk yang

dihasilkan.

3.6 Analisis Jadual Bermatrik

Jadual penilaian bermatrik adalah penilaian secara perbandingan dengan

konsep rujukan ( datum ). Pemberian markah atau mata kepada setiap konsep boleh

dilakukan dengan tepat. Semua kriteria yang ditentukan akan diletakkan pemberat

untuk menentukan kriteria yang lebih penting dan kurang penting. Skala pemberat

yang digunakan adalah 1 hingga 10 yang mana skala 10 menunjukkan kriteria

terpenting dan skala 1 menunjukkan kriteria yang kurang penting.

Pemberat bagi kriteria penilaian adalah 9 untuk rekabentuk menarik, 8 untuk

integrasi rekabentuk, 7 untuk keselamatan, 4 untuk ergonomik, 3 untuk rekabentuk

relevan dan 2 untuk tidak kompleks. Konsep rujukan digunakan sebagai datum atau

rujukan memberikan markah.

25

3.7 Konsep Rujukan

Rajah 3.15: Konsep Rujukan

Konsep rekabentuk ‘Ford C-Max’ dijadikan sebagai penilaian untuk memilih

konsep terbaik.

26

3.8 Jadual Penilaian Bermatrik

Analisis ketiga-tiga konsep diperolehi untuk dibandingkan dengan konsep

rujukan. Perbandingan berkenaan dijelaskan melalui jadual penilaian bermatrik.

Setiap konsep yang berdasarkan kriteria mempunyai kelebihan, kekurangan atau

sama dengan konsep rujukan. Berikut adalah jadual penilaian bermatrik yang

diperolehi:-

Jadual 3.1: Jadual Penilaian Bermatrik.

* Huruf ‘S’ Menunjukkan Nilai yang Sama Bagi Aspek Kriteria Penilaian

Kriteria

Penilaian

Kepentingan

Kriteria

Konsep

1

Konsep

2

Konsep

3

Konsep

Rujukan

1 Integrasi

Rekabentuk

8 + S + D

2 Rekabentuk

Menarik

4 S + + A

3 Tidak

Kompleks

2 - S S T

4 Rekabentuk

Relevan

9 + + + U

5 Ergonomik 3 - - + M

6 Keselamtan 7 + + +

Jumlah + 3 3 5 0

Jumlah - 2 1 0 0

Jumlah

Keseluruhan

1 2 5 0

Jumlah

Sebenar

19 17 31 0

27

Dalam jadual penilaian bermatrik, huruf ‘S’ bermaksud sama dari segi

kriteria penilaian. Daripada analisis kaedah penilaian bermatrik, pemilihan konsep

dapat ditentukan. Hasil kumpulan mata nilai menunjukkan konsep 3 mendahului dua

konsep lain. Ini bermakna konsep 3 akan dipilih untuk ke perinkat pembanguna

konsep. Konsep 3 mmpunyai kelebihan yang tinggi berdasarkan kriteria-kriteria

pemilihan yang ditentukan.

11

BAB IV

PEMBANGUNAN REKABENTUK

4.1 Pembangunan Rekabentuk dari Pemilihan Konsep Rekabentuk

Konsep yang telah terpilih akan melalui proses perkembangan konsep

sehingga menghasilkan rekabentuk terperinci. Ini bermakna ketika pengembangan

konsep dilakukan, bentuk asas kenderaan sudah diketahui. Daripada konsep

rekabentuk ketiga yang telah dipilih, konsep tersebut akan dibawa ke peringkat

pembangunan rekabentuk. Dalam proses ini, tiga konsep telah dihasilkan dan salah

satu konsep daripadanya akan dipilih sebagai rekabentuk akhir dan akan dibawa ke

peringkat rekabentuk terperinci.

11

4.2 Pembangunan Rekabentuk I

Merujuk kepada Rajah 4.3, bahagian hadapan pada pembangunan rekabentuk

pertama masih mengekalkan ciri-ciri yang terdapat pada konsep rekabentuk ketiga

yang dipilih. Pada pandangan hadapan, bentuknya menyerupai kepala ikan paus yang

memberikan perasaan yang anggun dan agresif. Bentuk lampu hadapan yang unik ini

menambahkan perasaan yang agresif kepada rekabentuk tersebut. Bahagian sistem

pengudaraan juga dikekalkan bentuknya yang kelihatan seperti bentuk gigi. Sila

rujuk Rajah 4.3. Diperhatikan bahawa bentuk elips muncul pada rekabentuk ini di

mana elips tersebut merangkumi bahagian lampu hadapan dan bahagian sistem

pengudaraan. Bahagian ‘bumper’ hadapan amat unik dan telah diubahsuai daripada

konsep rekabentuk yang dipilih. Bahagian yang menegak telah dicondongkan sedikit

untuk menambahkan keunikkan pada rekabentuk tersebut. Sila rujuk Rajah 4.1

Rajah 4.1: Bahagian yang Berbentuk Elips dan Bahagian ‘Bumper’ yang

Dicondongkan

12

Rajah 4.2: Pembangunan Rekabentuk I Pada Bahagian Hadapan

Pada bahagian sisi pula, garisan yang condong ditetapkan. Pada bahagian

cermin sisi, rekabentuk ketiga yang dipilih masih dikekalkan. Pada keseluruhannya,

rekabentuk pada bahagian sisi tidak banyak berubah. Pada bahagian pintu pula, pintu

pertama lebih besar daripada pintu yang kedua. Garisan yang membentuk kedua-dua

pintu adalah berpadanan dengan rekabentuk keseluruhan. Diperhatikan bahawa

rekabentuk bahagian sisi memberikan satu ‘flow’ di mana rekabentuk tersebut adalah

rekabentuk yang aerodinamik. Sila rujuk Rajah 4.3, Rajah 4.4 dan Rajah 4.5.

Rajah 4.3: Pembangunan Rekabentuk I Pada Bahagian Sisi

13

Rajah 4.4: Rekabentuk Bahagian Pintu

Rajah 4.5: Rekabentuk yang Aerodinamik

Pada bahagian atas, ‘sunroof’ ditambahkan ke dalam rekabentuk disebabkan

pada pasaran automobil kini, banyak kenderaan jenis MPV mempunyai ‘sunroof’ di

atas bumbung kereta. Dalam pembangunan rekabentuk ini, satu sahaja ‘sunroof’

digunakan. Posisi bagi ‘sunroof’ adalah terletak di tengeh-tengah antara ‘A-pillar’

dan ‘B-pillar’ Sila rujuk Rajah 4.6.

14

Rajah 4.6: Pembangunan Rekabentuk I Pada Bahagian Atas

Pada bahagian belakang pula, konsep ini mempunyai rekabentuk pada

‘bumper’ di mana bahagian ‘bumper’ direkabentuk khas untuk menambahkan

penarikan pada keseluruhan rekabentuk. Lampu belakang pada konsep ini tidak

berubah manakala lampu ‘signal’ pada konsep diubah sedikit disebabkan garisan

yang berbentuk ‘V’ pada pintu bonut. Diperhatikan pada pintu bonut, garisan yang

dibentuk adalah melengkung ke bawah. Bentuk cermin belakang dikekalkan daripada

konsep rekabentuk ketiga yang dipilih. Bentuk keseluruhan bahagian belakang

seperti seekor muka singa laut. Sila rujuk Rajah 4.7.

Rajah 4.7: Pembangunan Rekabentuk I Bahagian Belakang

15

4.3 Pembangunan Rekabentuk II

Merujuk kepada Rajah 4.9, didapati bahawa rekabentuk kedua bahagian

hadapan telah berubah dari segi bahagian ‘bumper’, rekabentuk sistem pengudaraan

dan juga sistem lampu adalah berbeza berbanding dengan konsep pertama. Untuk

rekabentuk ‘bumper’, konsep kedua telah banyak berubah terutamanya bahagian

penghujung ‘bumper’. Bahagian tersebut telah menjadi lebih bulat dan

penghujungnya telah mencondong ke dalam. Bagi sistem pengudaraan pula,

bentuknya tidak banyak berbeza tetapi menjadi lebih kecil dan lebih bulat.

Diperhatikan bahawa bentuk lampu hadapan menjadi lebih besar dan memanjang

tetapi bentuk elips masih kelihatan. Perubahan sedemikian telah menyebabkan

bentuk yang dihasilkan tidak lagi menyerupai seekor ikan paus. Akan tetapi,

beberapa ciri masih dapat dilihat dalam rekabentuk kedua ini. Sila rujuk Rajah 4.8

Rajah 4.8: Rekabentuk Sistem Pengudaraan, Sistem Lampu dan

Rekabentuk ‘Bumper’

16

Rajah 4.9: Pembangunan Rekabentuk II Pada Bahagian Hadapan

Rekabentuk pada bahagian sisi juga terdapat perbezaan yang ketara di mana

pada bahagian ‘pillar’. Didapati bahagian tersebut terutamannya bahagian ‘A-pillar’

dan ‘C-pillar’, rekabentuk telah menjadi lurus dan bukan lagi mencondong.

Rekabentuk sebegini merupakan rekabentuk yang biasa didapati pada rekabentuk

yang sedia ada. Perubahan tersebut memberikan konsep ini perasaan yang ‘simple’.

Diperhatikan bahawa rekabentuk pintu juga berubah. Bahagian pintu belakang

menjadi lebih lurus dan ringkas. Rekabentuk pada bahagian sisi memberikan

perasaan yang ringkas dan bersih. Sila rujuk Rajah 4.10 dan Rajah 4.11.

Rajah 4.10: Rekabentuk Pada bahagian ‘Pillar’ dan Rekabentuk

Bahagian Pintu

17

Rajah 4.11: Pembangunan Rekabentuk II Pada Bahagian Sisi

Pada bahagian atas, rekabentuk kedua ini lebih kurang sama dengan

rekabentuk pertama tetapi hanya perubahan bahagian ‘sunroof’ sahaja. Bilangan

‘sunroof’ dari satu direkabentuk menjadi tiga. Setiap ‘sunroof’ mempunyai saiz yang

sama dan posisi ‘sunroof’ tersebut berada pada bumbung konsep kedua dengan

susunan yang selari. Sila rujuk Rajah 4.12.

Rajah 4.12: Pembangunan Rekabentuk II Pada Bahagian Atas

18

Pada rekabentuk bahagian belakang, bahagian ‘bumper’ adalah ringkas dan

bersih. Rekabentuk keseluruhan tidak berubah banyak tetapi lampu ‘signal’ telah

menjadi lurus berbanding dengan rekabentuk pertama. Selain daripada itu, garisan

yang membentuk bahagian lampu ‘signal’ juga menjadi lurus. Rekabentuk ini

memberikan perasaan yang ringkas, bersih dan licin. Bentuk seperti singa laut masih

dilihat pada rekabentuk kedua ini. Sila rujuk Rajah 4.13 dan Rajah 4.14.

Rajah 4.13: Rekabentuk Bahagian Belakang dengan Garisan yang Lurus Serta

Bahagian ‘Bumper’ yang Ringkas dan Bersih

Rajah 4.14: Pembangunan Rekabentuk II Pada Bahagian Belakang

19

4.4 Pembangunan Rekabentuk III

Pembangunan rekabentuk ketiga ini mempunyai beberapa ciri-yang

terdapat pada rekabentuk pertama dan kedua. Pada bahagian ‘bumper’, rekabentuk

tersebut mengabungkan rekabentuk yang terdapat pada rekabentuk pertama dan

kedua. Bentuk ‘bumper’ adalah lebih kurang sama dengan rekabentuk kedua dan

bahagian ‘bumper’ yang lurus mempunyai ciri yang sama dengan rekabentuk

pertama. Bentuk lampunya sama dengan rekabentuk kedua manakala bentuk sistem

pengudaraannya pula lebih kurang sama dengan rekabentuk pertama. Pada

keseluruhan rekabentuk bahagian hadapan dapat memberikan perasaan yang anggun

dan eksekutif. Sila rujuk Rajah 4.15 dan Rajah 4.16.

Rajah 4.15: Rekabentuk Lampu dan Sistem Pengudaraan Serta

Rekabentuk Bahagian ‘Bumper’

20

Rajah 4.16: Pembangunan Rekabentuk III Pada Bahagian Hadapan

Merujuk kepada rekabentuk ketiga bahagian sisi, keseluruhan rekabentuk

adalah sama dengan rekabentuk pertama. Hanya bahagian rekabentuk pintu dan

bahagian ‘C-pillar’ sahaja yang berlainan. Pada rekabentuk pintu tersebut bahagian

pintu belakang mencondong ke arah kiri. Ini memberikan perasaan yang ada pada

kereta berlumba. Ini menyebabkan keseluruhan rekabentuk menghasilkan satu

perasaan yang ‘sportive’. Bagi rekabentuk bahagian ‘C-pillar’, penghujungnya

menjadi tajam dan bulat. Ini menambahkan lagi perasaan ‘sportive’ terhadap

rekabentuk tersebut. Sila rujuk Rajah 4.17 dan Rajah 4.18.

Rajah 4.17: Rekabentuk Bahagian ‘Pillar’ dan Rekabentuk Bahagian Pintu

21

Rajah 4.18: Pembangunan Rekabentuk III Pada Bahagian Sisi

Pada rekabentuk bahagian atas pula, hanya bahagian ‘sunroof’ berubah.

Keseluruhan rekabentuk masik dikekalkan. Dalam rekabentuk ketiga ini, ‘sunroof’

telah diubah posisinya sahaja. Posisinya berubah ke bahagian tengah bumbung

kenderaan dan hanya satu ‘sunroof’ sahaja yang digunakan. Sila rujuk Rajah 4.19.

Rekabentuk bahagian belakang pula, rekabentuk bahagian ‘bumper’ adalah

sama dengan rekabentuk kedua manakala bahagian pintu bonut telah diubah dengan

bentuk melengkung. Selain itu, garisan yang membentuk lampu ‘signal’ diubah

menjadi melengkung seperti bentuk senyuman. Rekabentuk bahagian belakang amat

menarik dan menghasilkan satu perasaan yang ‘relax’.dan menyegarkan. Ciri-ciri

yang wujud pada rekabentuk pertama hingga ke rekabentuk ketiga ini masih

dikekalkan iaitu bentuknya seperti seekor singa laut. Tetapi dalam rekabentuk ini, ia

merupakan seekor singa laut yang sedang senyum. Sila rujuk Rajah 4.20 dan Rajah

4.21.

22

Rajah 4.19: Pembangunan Rekabentuk III Pada Bahagian Atas

Rajah 4.20: Rekabentuk Bahagian Pintu Bonut

Rajah 4.21: Pembangunan Rekabentuk III Pada Bahagian Belakang

23

4.5 Analisis Jadual Bermatrik

Jadual penilaian bermatrik adalah penilaian secara perbandingan dengan

konsep rujukan ( datum ). Konsep rujukan masih merujuk kepada model ‘Ford C-

Max’. Pemberian markah atau mata kepada setiap konsep boleh dilakukan dengan

tepat. Semua kriteria yang ditentukan akan diletakkan pemberat untuk menentukan

kriteria yang lebih penting dan kurang penting. Skala pemberat yang digunakan

adalah 1 hingga 10 yang mana skala 10 menunjukkan kriteria terpenting dan skala 1

menunjukkan kriteria yang kurang penting.

Pemberat bagi kriteria penilaian adalah 9 untuk rekabentuk menarik, 8 untuk

integrasi rekabentuk, 7 untuk keselamatan, 4 untuk ergonomik, 3 untuk rekabentuk

relevan dan 2 untuk tidak kompleks. Konsep rujukan digunakan sebagai datum atau

rujukan memberikan markah.

4.6 Jadual Penilaian Bermatrik

Analisis ketiga-tiga konsep diperolehi untuk dibandingkan dengan konsep

rujukan. Perbandingan berkenaan dijelaskan melalui jadual penilaian bermatrik.

Setiap konsep yang berdasarkan kriteria mempunyai kelebihan, kekurangan atau

sama dengan konsep rujukan. Berikut ( Jadual 4.1 ) adalah jadual penilaian bermatrik

yang diperolehi:-

24

Jadual 4.1: Jadual Penilaian Bermatrik.

Kriteria

Penilaian

Kepentingan

Kriteria

Konsep

1

Konsep

2

Konsep

3

Konsep

Rujukan

1 Integrasi

Rekabentuk

8 + S + D

2 Rekabentuk

Menarik

4 + + S A

3 Tidak

Kompleks

2 S S - T

4 Rekabentuk

Relevan

9 + + + U

5 Ergonomik 3 + - - M

6 Keselamtan 7 + + +

Jumlah + 5 3 3 0

Jumlah - 0 1 2 0

Jumlah

Keseluruhan

5 2 1 0

Jumlah

Sebenar

31 17 19 0

* Huruf ‘S’ Menunjukkan Nilai yang Sama Bagi Aspek Kriteria Penilaian

Dalam jadual penilaian bermitrik, huruf ‘S’ bermaksud sama dari segi kriteria

penilaian. Daripada analisis kaedah penilaian bermatrik, pemilihan konsep dapat

ditentukan. Hasil kumpulan mata nilai menunjukkan konsep 1 mendahului dua

konsep lain. Ini bermakna konsep 1 akan dipilih sebagai rekabentuk akhir.

11

BAB V

REKABENTUK CADANGAN

5.1 Rekabentuk Akhir

Selepas peringkat ‘preliminary’, rekabentuk akhir dihasilkan. Dalam perinkat

ini,

rekabentuk akhir dipilih dan dibawa ke peringkat rekabentuk terperinci. Dalam

peringkat rekabentuk terperinci, beberapa aspek telah dipilih untuk direkabentuk

secara terperinci. Rajah 5.1, Rajah 5.2, Rajah 5.3, Rajah 5.4, Rajah 5.5 dan Rajah 5.6

menunjukkan rekabentuk akhir pada pandangan yang berlaianan.

11

11

Rajah 5.1: Rekabentuk Akhir Pandangan Hadapan

Rajah 5.2: Rekabentuk Akhir Pandangan Belakang

rekabentuk akhir pandangan hadapan

rekabentuk akhir pandangan belakang

12

Rajah 5.3: Rekabentuk Akhir Pandangan Sisi

Rajah 5.4: Rekabentuk Akhir Pandangan Atas

rekabentuk akhir bahagian sisi

rekabentuk akhir pandangan atas

13

Rajah 5.5: Rekabentuk Akhir Pandangan 3 Dimensi ( Bahagian Hadapan )

Rajah 5.6: Rekabentuk Akhir Pandangan 3 Dimensi ( Bahagian Belakang )

5.2 Penerangan Kepada Rekabentuk Akhir

rekabentuk akhir pandangan 3D

rekabentuk akhir pandangan 3D

14

Merujuk kepada rekabentuk akhir yang dihasilkan, penerangan diberikan

untuk menerangkan rekabentuk keseluruhan dengan lebih lanjut.

5.2.1 Bahagian Hadapan

• Bahagian ‘Bumper’

Bahagian ‘bumper’ memainkan peranan yang penting dalam aspek

keselamatan. Selain itu, rekabentuk ‘bumper’ yang menarik akan memberikan

perasaan yang baik terhadap para pengguna. Dalam rekabentuk akhir, rekabentuk

‘bumper’ memberikan perasaan yang unik, anggun dan agresif. Keunikan ‘bumper’

ini adalah disebabkan ‘bumper’ tersebut telah ‘extrude’ dan kelihatan bahagian

tersebut lebih menonjol. Sila rujuk Rajah 5.7.

Rajah 5.7: Rekabentuk Terperinci pada Bahagian ‘Bumper’

15

• Bahagian Sistem Lampu dan Sistem Pengudaraan

Dalam rekabentuk akhir, bentuk lampu yang unik, anggun dan agresif dapat

menarik hati para pengguna. Selain itu, rekabentuk sistem pengudaraan yang teratur

dan ekskusif menyebabkan bentuk lampu menjadi lebih menarik dan

mengkagumkan. Diperhatikan bahawa garisan yang membentuk sistem lampu

diteruskan ke bahagian ‘bumper’ menambahkan keberpadanan rekabentuk sistem

lampu dan sistem pengudaraan dengan bahagian ‘bumper’. Sila rujuk Rajah 5.8.

Rajah 5.8: Rekabentuk Terperinci Pada Bahagian Lampu dan Sistem

Pengudaraan

16

5.2.2 Bahagian Atas

• Bahagian ‘Sunroof’

Rekabentuk ‘sunroof’ pada bahagian bumbung adalah ringkas. Hanya satu

‘sunroof’ sahaja yang digunakan dalam rekabentuk akhir ini. Ini adalah kerana

penggunaan satu ‘sunroof’ akan memberikan perasaan yang eksklusif kepada para

pengguna. Bentuk segi empat dengan bucunya yang membulat merupakan

rekabentuk yang ringkas tetapi berpadanan dengan rekabentuk keseluruhan. Sila

rujuk Rajah 5.4.

5.2.3 Bahagian Sisi

• Bahagian ‘Panel’ Badan

Pada bahagian ‘panel’ badan, rekabentuk akhir dikekalkan. Garisan yang

mencondong memisahkan bahagian cermin tepi dan bahagian pintu. Garisan tersebut

memberikan perasaan yang ‘sportive’. Pada rekabentuk bahagian cermin tepi pula,

bingkai pintu yang menyerong ke atas memberikan perasaan yang anggun dan

bergaya.

Selain daripada itu, garisan yang membentuk kedua-dua pintu adalah berpadanan

dengan rekabentuk keseluruhan. Sila rujuk Rajah 5.3.

17

5.2.4 Bahagian Belakang

• Bahagian ‘Bumper’ Belakang

Dengan merujuk kepada Rajah, rekabentuk ‘bumper’ pada bahagian belakang

adalah menarik. Terdapat bentuk segi empat membulat pada ‘bumper’ tersebut

sebagai satu rekabentuk untuk menambahkan perasaan yang ekseklutif. Bahagian

bawah ‘bumper’ melengkung sedikit bertujuan mengurangkan tekanan yang

disebabkan oleh angin. Selain itu, bentuknya amat unik dan memberikan perasaaan

yang agresif untuk berpadanan dengan bahagian ‘bumper’ hadapan. Sila rujuk Rajah

5.2 dan Rajah 5.9.

Rajah 5.9: Rekabentuk Terperinci Bahagian Belakang

18

• Sistem Lampu Belakang

Sistem lampu belakang adalah unik dan menarik. Bentuknya seperti bentuk

permata dapat menarik hati para pengguna. Selain itu, lampu belakang adalah sedikit

menonjol keluar memberikan perasaan 3 dimensi walaupun dilihat pada bahagian

sisi. Saiz lampu belakang lebih panjang daripada penghujung cermin sisi.

Rekabentuk lampu belakang juga memberikan perasaan yang bergaya dan anggun.

Sila rujuk Rajah 5.2.

5.2.5 Cara Penggunaan Bahagian Pintu Sisi

Bagi rekabentuk akhir yang dihasilkan, bahagian pintu sisi adalah dibuka

secara ‘horizontal’. Konsep tersebut adalah sama dengan sistem kenderaan normal.

Cara pembukaan sebegini lebih memudahkan para pengguna berbanding dengan cara

pembukaan pintu secara menggelongsor. Sila rujuk Rajah 5.10.

Rajah 5.10: Cara Pembukaan Bahagian Pintu Sisi

19

5.2.6 Cara Penggunaan Bahagian Pintu Bonut

Dalam pasaran kini, bahagian pintu bonut pada MPV biasanya dibuka ke arah

atas. Oleh itu, pada konsep rekabentuk ini, MPV yang direkabentuk juga adalah

dibuka ke arah atas bagi bahagian pintu bonut. Sila rujuk Rajah 5.11 dan Rajah 5.12

Rajah 5.11: Bahagian Pembukaan Pintu Bonut

Rajah 5.12: Cara Pembukaan Bahagian Pintu Bonut

20

5.3 Pengubahan Rekabentuk Akhir

Dalam rekabentuk akhir, terdapat beberapa bahagian iaitu bahagian ‘bumper’,

bahagian bonut depan, bahagian sistem pengudaraan, bahagian bonut belakang,

bahagian ‘bumper’ belakang dan bentuk lampu belakang yang perlu diubah

rekabentuknya untuk menambahkan nilai estetika pada keseluruhan rekabentuk akhir

tersebut. Sebab-sebab pengubahab rekabentuk akhir adalah seperti berikut:-

• Rekabentuk bahagian ‘bumper’ adalah terlalu besar.

• Bahagian bonut depan terlalu tinggi.

• Bahagian sistem pengudaraan yang rumit.

• Garisan pada bahagian bonut belakang yang berbentuk ‘V’ yang tidak

berpadanan dengan rekabentuk.

• Bahagian ‘bumper’ belakang yang mempunyai bentuk segi empat

membujur menambahkan kerumitan pada rekabentuk.

• Bentuk lampu belakang yang disebabkan oleh garisan pada bahagian

bonut.

Daripada sebab-sebab diatas, pengubahan rekabentuk akhir dilakukan untuk

memperbaiki masalah yang timbul. Masalah tersebut dapat dselesaikan dengan:-

• Mengekilkan bahagian ‘bumper’.

• Merendahkan bahagian bonut.

• Meringkaskan bahagian sistem pengudaraan.

• Mengubahkan garsan yang berbentuk ‘V’ kepada bentuk lelurus.

• Mengabaikan bahagian yang berbentuk segi empat membujur.

• Mengubah rekabentuk lampu belakang berpadanan dengan garisan

pada bahagian bonut belakang.

21

Dengan ini, masalah yang timbul dapat diselesaikan. Rekabentuk akhir yang

baru dihasilkan. Sila rujuk Rajah 5.13. Rekabentuk ini akan dibawa ke peringkat

rekabentuk terperinci. Dalam peringkat rekabentuk terperinci, beberapa aspek telah

dipilih untuk direkabentuk secara terperinci.

Rajah 5.13: Rekabentuk Akhir yang Baru

22

5.4 Rekabentuk Terperinci

Beberapa bahagian telah dipilih untuk direkabentuk secara terperinci.

Bahagian-bahagian tersebut termasuk bahagian ‘bumper’ hadapan, bahagian sistem

lampu depan, bahagian sistem pengudaraan, bahagian ‘sunroof’, bahagian ‘bumper’

belakang, bahagian lampu belakang dan bahagian bonut belakang.

5.4.1 Bahagian ‘Bumper’ Hadapan

Bahagian ‘bumper’ hadapan dikecilkan dan kelihatan lebih lembut

berbanding dengan rekabentuk akhir yang pertama. ‘Bumper’ ini mempunyai dua

baris ruang pengudaraan. Baris pertama mempunyai tiga ruang dan baris kedua

hanya mempunyai satu ruang pengudaraan. Berbanding dengan rekabentuk akhir

yang pertama, bahagian ‘bumper’ ini lebih licin dan bersih. Rekabentuknya lebih

cantik dan bergaya. Sila rujuk Rajah.5.14.

Rajah 5.14: Rekabentuk Bahagian ‘Bumper’

23

5.4.2 Bahagian Sistem Lampu Hadapan

Bahagian sistem lampu hadapan pada rekabentuk akhir yang baru ini adalah

sama dengan rekabentuk akhir yang pertama. Bentuk lampu yang bersegi tiga

memberikan perasaan yang anggun dan agresif. Rekabentuk lampu hadapan yang

agresif dan rekabentuk bahagian ‘bumper’ yang lembut menghasilkan rekabentuk

yang harmoni pada bahagian hadapan rekabentuk akhir ini. Sila rujuk Rajah 5.15.

Rajah 5.15: Rekabentuk Bahagian Sistem Lampu Hadapan

5.4.3 Bahagian Sistem Pengudaraan

Daripada sistem pengudaraan yang lelurus diubah kepada sistem

pengudaraan yang melintang memberikan perasaan yang ringkas dan bergaya.

Pengubahan rekabentuk sistem pengudaraan memberikan rekabantuk bahagian

hadapan lebih anggun dan menarik. Rekabentuk ini tidak agresif tetapi ia lebih

ringkas, menarik dan mengkagumkan berbanding dengan rekabentuk akhir yang

pertama. Sila rujuk Rajah 5.16.

24

Rajah 5.16: Rekabentuk Sistem Pengudaraan

5.4.4 Bahagian ‘Sunroof’

Rekabentuk bahagian ‘sunroof’ pada rekabentuk akhir yang baru ini adalah

sama

dengan rekabentuk akhir yang pertama. Pengunaan satu ‘sunroof’ pada bahagian

bumbung rekabentuk ini memberikan perasaan yang eksklusif kepada para

pengguna. Bahagian ‘sunroof’ adalah bersegi empat bujur dan rekabenuknya adalah

ringkas dan sesuai dengan rekabentuk keseluruhan. Sila rujuk Rajah 5.17.

25

Rajah 5.17: Rekabentuk Bahagian ‘Sunroof’

5.4.5 Bahagian ‘Bumper’ Belakang

Bahagian ‘bumper’ belakang telah diubah rekabentuknya. Pada rekabentuk

akhir yang pertama, rekabentuk ‘bumper’ belakang mempunyai bentuk segi empat

membujur padanya. Dalam rekabentuk akhir yang baru ini, bentuk segi empat

membujur telah diabaikan. Ini memberikan perasaan yang licin dan bersih seperti

yang terdapat pada bahagian ‘bumper’ hadapan. Ini memberikan kesinambungan

pada bahagian-bahagian pada rekabentuk ‘bumper’ hadapan dan ‘bumper’ belakang.

Sila rujuk Rajah 5.18.

26

Rajah 5.18: Rekabentuk Bahagian ‘Bumper’ Belakang

5.4.6 Bahagian Lampu Belakang

Lampu belakang direkabentuk semula kerana diganggu oleh pengubahan

rekabentuk pada garisan yang terdapat pada bahagian bonut belakang. Bentuk lampu

belakang yang berbentuk permata dihasilkan. Walaupun rekabentuk lampu belakang

yang terdapat pada rekabentuk akhir yang pertama juga berbentuk permata, tetapi

rekabentuk yang baru ini lebih menyerupai permata dan memberikan perasaan yang

eksklusif kepada para pengguna. Sila rujuk Rajah 5.19.

Rajah 5.19: Rekabentuk Lampu Belakang

27

5.4.7 Bahagian Bonut Belakang

Bahagian bonut belakang direkabentuk secara ringkas dimana garisan

berbentuk ‘V’ pada rekabentuk akhir yang pertama telah diubah kepada garisan yang

lurus supaya kelihatan lebih ringkas, licin dan bersih. Bentuk bonut dikekalkan dan

hanya garisan yang berbentuk ‘V’ diubah kepada bentuk lelurus. Garisan yang lurus

ini memngeliling bahagian panel badan dan berakhir pada penghujung lampu

hadapan memberikan perasaan yang sempurna dan interaksi antara garisan pada

panel badan dengan garisan memberikan erti kesempurnaan. Sila rujuk Rajah 5.20.

Rajah 5.20: Rekabentuk Bahagian Bonut Belakang

5.5 3 Dimensi ‘Modeling’ yang Dihasilkan Dengan Berpandukan Komputer

Berikut merupakan model yang dihasilkan dengan menggunakan komputer.

Penghasilan model 3 dimensi ini bertujuan untuk memberikan pandangan yang lebih

benar dan realiti kepada para pengguna untuk mengetahui bentuk sebenar rekabentuk

28

akhir yang dihasilkan. Berikut merupakan beberapa pandangan yang berkenaan

dengan rekabentuk akhir. Sila rujuk Rajah 5.21 dan Rajah 5.22.

Rajah 5.21: Pandangan 3 Dimensi yang Dihasilkan Dengan Berpandukan

Komputer

29

Rajah 5.22: ‘Clay’ Model yang Dibuat Untuk Melihat Rekabentuk Dengan

Lebih Jelas

5.6 Pemilihan Bahan

Dalam aspek penggunaan bahan, SMC (Sheet Molding Compound) dipilih

sebagai bahan utama untuk keseluruhan ‘panel’ badan. SMC dapat menghasilkan

automobil yang berkualiti dan ringan. Selain itu, SMC dapat menahan hentakan yang

kuat. Penggunaan SMC juga dapat mengurangkan kos pengeluaran.

Selain daripada itu, kebanyakan ‘bumper’ diperbuat daripada plastik moden

seperti ‘thermoplastic olefins’ ( TPOs ), ‘policarbonates’, ‘polyesters’,

‘polypropylene’, ‘polyurethanes’, ‘polyamides’ atau menambahkan ‘glass fiber’

30

untuk kekuatan dan ketegasan sturktur automobil. Penggunaan TPOs dicadangkan

pada bahagian ‘bumper’ rekabentuk. Disebabkan plastik jenis mempunyai kebaikan

yang banyak termasuk bahan tersebut boleh digunakan semula. Selain itu, bahan

tersebut dapat menyerap tenaga hentakan yang kuat dan merendahkan kesan

hentakan yang disebabkan oleh kemalangan.

Bahan yang digunakan untuk lampu adalah diperbuat daripada kaca secara

traditional. Akan tetapi, dengan perkembangan sains dan teknologi, lampu pada

automobil pada masa kini kebanyakan diperbuat daripada ‘polycarbonate’ plastik.

Plastik jenis ini direkabentuk untuk merintangi suhu yang tinggi dan merintangi

kehancuran serta dapat diacuan dalam pelbagai bentuk. Bahan ini dapat

menggantikan kaca disebabkan bahan tersebut menghasilkan sumber cahaya yang

lebih terang dan luas. Selain itu, kos pengeluaran yang lebih rendah daripada kaca.

Pada bahagian bumbung rekabentuk, penggunaan kaca gelap pada ‘sunroof’ dapat

memberikan perasaan yang ekskusif kepada para pengguna. Bagi bahagian sistem

pengudaraan, penggunaan ‘stainless steel’ kepada rekabentuk dapat menambahkan

nilai ekstetik pada rekabentuk tersebut.

11

BAB VI

KESIMPULAN

6.1 Pencapaian Projek

Sepanjang masa Projek Sarjana Muda dilaksanakan, akhirnya rekabentuk

sebuah konsep MPV telah dihasilkan. Dalam projek ini, objektif dan skop projek

telah tercapai. Penakrifan masalah yang dikenalpasti dapat diatasi. Daripada

peringkat konsep rekabentuk hingga ke peringkat rekabentuk terperinci, banyak

konsep telah dihasilkan. Dengan merujuk kepada rekabentuk akhir, sebuah model

konsep MPV telah dihasilkan dengan berpandukan komputer dan ‘scale’ model juga

dihailkan selepas lukisan kejuruteraan dibuat.

6.2 Masalah Rekabentuk

Rekabentuk konsep MPV yang dihasilkan mempunyai beberapa masalah

iaitu:

11

• Sistem lampu belakang tidak begitu memuaskan dan perlu diperbaiki lagi.

• Bahagian ‘bumper’ belakang perlu diperbaiki rekabentuknya.

• Bahagian ‘pillar’ perlu diperbaiki.

Masalah yang timbul perlu diperbaiki dan berharap dapat menghasilkan

sebuah konsep MPV yang lebih sempurna dari segi rekabentuk luaran.

6.3 Rekabentuk Cadangan

Dengan merujuk kepada masalah yang timbul pada rekabentuk akhir, maka

diharapkan para perekabentuk dapat menghasilkan sebuah MPV yang dapat

mengatasi masalah tersebut. Selain itu, diharapkan para perekabentuk MPV dapat

menghasilkan MPV yang lebih unik dan dapat mengatasi bentuk yang terdapat pada

masa kini. Berikut merupakan beberapa rekabentuk cadangan yang mungkin boleh

dihasilkan pada masa depan:-

• Rekabentuk konsep MPV yang mempunyai saiz yang rendah seperti

kenderaan biasa tetapi lebih lebar untik mengekalkan identiti MPV iaitu

ruang dalaman yang luas.

• Rekabentuk bahagian pintu yang dapat dibuka secara ‘freestyle’ (kedua-dua

pintu dibuka keluar di mana satu dbuka ke arah kiri dan satu ke arah kanan).

Pada masa kini, pembukaan pintu secara ‘freestyle’ telah wujud tetapi hanya

pada kenderaan jenis ‘4 wheel drive’ dan ‘city car’.

• Rekabentuk konsep MPV yang dapat ‘extend’ bahagian badan jika

memerlukan ruangan yang lebih dan kembali kepada saiz normalnya (saiz

sebuah kenderaan biasa) jika tidak perlu.

• Rekabentuk pintu bonut yang dapat dibuka secara ‘freestyle’ untuk

memudahkan permindahan barangan dan juga penyimpanan barangan.

12

• Rekabentuk bumbung MPV yang boleh dibuka keseluruhannya secara

automatik seperti mana yang terdapat pada ‘sport car’

6.4 Kesimpulan

Pada masa kini, terdapat ramai pengguna yang menggunakan kenderaan jenis

MPV dalam negara kita. Selain itu, pengeluar-pengeluar MPV juga bersaing antara

satu sama lain bagi menghasilkan MPV yang dapat menarik perhatian serta

memepunyai pelbagai fungsi yang dapat memenuhi kehendak para pengguna. Dalam

pasaran kini, harga kenderaan mula menurun disebabkan cukai import dibatalkan.

Oleh itu, terdapat ramai pengguna terutamaan mereka yang berumur dalam

lingkungan 30 hingga 50 lebih berminat untuk memilih kenderaan jenis MPV

disebabkan kenderaan jenis ini dapat memenuhi pelbagai kehendak pengguna.

Kenderaan jenis ini juga amat popular di kalangan mereka yang berkeluarga.

Disebabkan MPV merupakan kenderaan dengan pelbagai fungsi atau penggunaan,

maka ia telah dijadikan sasaran kepada mereka yang berkeluarga.

Diperhatikan bahawa dalam pasaran kini, terdapat pelbagai jenis MPV dan

pereka-pereka MPV juga berupaya menghasilkan rekabentuk yang menarik serta

menghasilkan beberpa kategori yang sama dengan MPV seperti ‘mini’ MPV, ‘micro’

MPV dan sebagainya untuk memberikan pemilihan yang alternatif kepada para

pengguna untuk memilih rekabentuk yang mereka minati.

Dalam projek ini, kajian yang dilakukan amat berguna kepada konsep

rekabentuk MPV. MPV yang sedia ada dalam pasaran kini dapat membantu penulis

dalam menghasilkan rekabentuk-rekabentuk yang baik. Selain daripada itu, banyak

perkara yang berkaitan dengan automobil yang penulis tidak ketahui, melalui projek

ini, penulis mengetahui pelbagai aspek dalam bidang automobil. Daripada kajian

13

yang dilakukan, tiga rekabentuk konsep MPV telah dihasilkan dengan merujuk

kepada model MPV Ford C-Max. Setiap konsep mempunyai ciri-ciri yang tersendiri

dan juga terdapat ciri-ciri yang terdapat pada konsep rujukan. Satu daripada tiga

konsep tersebut akan dipilih dan dibawa ke peringkat pembangunan konsep. Dalam

peringkat pemangunan konsep, tiga konsep lagi dihasilkan berdasarkan konsep

rekabentuk ayang dipilih daripada peringkat pertama. Satu daripada tiga konsep

tersebut dipilih dan akan dibawa ke peringkat rekabentuk terperinci. Dalam peringkat

rekabentuk terperinci, beberapa aspek direkabentuk secara terperinci dan pemilihan

bahan untuk rekabentuk tersebut dibuat bedasarkan kajian yang dilakukan.

Rekabentuk MPV yang dihasilkan oleh penulis meberikan perasaan yang

anggun dan bergaya. Selain itu, terdapat beberapa bahagian yang menarik seperti

bahagian ‘bumper’, bahagian lampu hadapan dan lampu belakang dan sebagainya

memberikan perasaan yang segar dan baru terhadap rekabentuk tersebut. Dalam hal

ini, penulis berharap rekabentuk tersebut dapat memenuhi permintaan daripada para

pengguna dan juga permintaan daripada pasaran automobil kini.

Secara kesimpulan, projek rekabentuk konsep MPV merupakan satu projek

yang mencabar dan pelbagai ilmu pengetahuan dapat dipelajari dalam projek ini.

Selain itu, teknik melukis dan mewarna juga bertambah baik. Projek ini memberikan

peluang yang baik kepada penulis untuk menambahkan lagi ilmu dan pandangan

terhadap bidang automobil pada masa kini.

11

RUJUKAN

1. “AUTOCAR”. ( 2002 ) Malaysia: KHL Printing Co Pte Ltd.

2. “CarPlus.” ( 2002 ) Hong Kong: South China Media.

3. Fulvio Cinti. (2002). “Auto & Design.” Italy

4. Kenneth Leung. (1997) “Men’s Machines” Hong Kong: One-Ton Magazine

House Ltd

5. Nor Azmin bin Md. Nor “Design of A Motor Caravan Interior Based On

Inokom Permas High Roof Van”, Universiti Teknologi Malaysia: Tesis ijazah

Sarjana Muda.

6. Tan Kuam Keng. “Membuat Rekabentuk Konsep – Styling Malaysia Mobile

Home”, Universiti Teknologi Malaysia: Tesis ijazah Sarjana Muda

12

RUJUKAN HALAMAN WEB

1. www.autonutz.com

2. www.autodesignmagazine.com

3. www.cardesignnews.com

4. www.carplushk.com

5. www.prestigious.com.my

13

LAMPIRAN A

14

15

16

17

18