46
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP STRES DAN HUBUNGANNYA DENGA KOMITMEN KERJA DALAM KALANGAN GURU TAHUN ENAM DI EMPAT BUAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DI DAERAH JOHOR BAHRU SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya CAMELLIA BINTI MOHD KAMAL Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) / TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 24 JALAN JASA 61,MUTIARA RINI, 81300 SKUDAI,JOHOR BAHRU,JOHOR PROF. MADYA DR YUSOF BIN BOON Nama Penyelia 19 JANUARI 2014 Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט

JUDUL : TAHAP STRES DAN HUBUNGANNYA DENGA KOMITMEN KERJA DALAM KALANGAN GURU

TAHUN ENAM DI EMPAT BUAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DI DAERAH JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya CAMELLIA BINTI MOHD KAMAL

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

/ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 24 JALAN JASA 61,MUTIARA RINI, 81300 SKUDAI,JOHOR BAHRU,JOHOR

PROF. MADYA DR YUSOF BIN BOON Nama Penyelia

19 JANUARI 2014 Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

TAHAP STRES DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN KERJA

DALAM KALANGAN GURU TAHUN ENAM DI EMPAT BUAH

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DI DAERAH JOHOR BAHRU

CAMELLIA BINTI MOHD KAMAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

ii  

TAHAP STRES DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN KERJA

DALAM KALANGAN GURU TAHUN ENAM DI EMPAT BUAH

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DI DAERAH JOHOR BAHRU

CAMELLIA BINTI MOHD KAMAL

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOVEMBER 2013

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

iii  

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan sebahagian penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran)

Tandatangan :

Nama Penyelia : Prof Madya Dr Yusof Bin Boon

Tarikh :

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

iv  

PENGAKUAN

Saya akui karya yang bertajuk " Tahap Stres Dan Hubungannya Dengan Komitmen Kerja Dalam Kalangan Guru Tahun Enam Di Empat Buah Sekolah Berprestasi

Tinggi Di Daerah Johor Bahru " adalah hasil kerja saya sendiri kecuali cungkilan nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis : Camellia Binti Mohd Kamal

Tarikh : November 2013

 

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

v  

Istimewa kepada suami, ibu dan ayah tercinta

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

vi  

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA,

saya dapat menyiapkan Tesis Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pendidikan) iaitu

Tahap Stres Dan Hubungannya Dengan Komitmen Kerja Dalam Kalangan Guru

Tahun Enam Di Empat Buah Sekolah Berprestasi Tinggi Di Daerah Johor Bahru

dengan jayanya. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang

tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya (Norani Binti Abu Bakar dan Mohd

Kamal Bin Yunos) yang telah banyak membantu serta memberi sokongan moral dan

semangat yang jitu kepada saya dalam menyiapkan tugasan. Tanpa kekuatan dan

kata-kata semangat daripada mereka kejayaan ini mungkin tidak akan tercapai.

Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada penyelia saya (Prof. Dr.Yusof

Bin Boon) kerana sudi meluangkan masa dan tenaga bertungkus- lumus membantu

serta menabur idea-idea bernas bagi memantapkan laporan kajian saya ini. Jasa dan

pengorbanan tuan tidak mampu saya membalasnya. Selain itu juga, terima kasih

saya ucapkan kepada guru-guru Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2,

Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Sekolah Kebangsaan Infant Jesus dan

Sekolah Kebangsaan Jenis (C) Foon Yew 2 yang sudi membantu dalam

menyumbangkan maklumat, masa dan idea bagi menyiapkan laporan ini. Di

samping itu juga, terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam membantu sedikit sebanyak memberi maklumat dan

sokongan moral dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, jutaan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

vii  

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap stres dan hubungannya dengan

komitmen kerja guru tahun enam di empat buah Sekolah Berprestasi Tinggi di

daerah Johor Bahru. Seramai 129 orang guru telah dipilih untuk menjadi responden

bagi kajian ini. Data-data yang dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik

yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A (Demografi), bahagian B

(Tahap Stres) dan Bahagian C (Komitmen Kerja). Data yang dikumpul kemudian

telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (min dan peratus) dan

statistik inferensi (ujian-t, ANOVA dan korelasi-Pearson). Hasil dapatan kajian

menjelaskan tahap stres guru-guru tahun enam di empat buah Sekolah Berprestasi

Tinggi daerah Johor Bahru berapa pada tahap yang sederhana dan komitmen kerja

guru-guru juga berada di tahap yang tinggi. Nilai min dan sisihan piawai bagi tahap

stress keseluruhan adalah 2.01 dan 0.09 maka tahap stres guru adalah dalam keadaan

sederhana sebanyak 128 orang (99.2 peratus) dan tinggi hanya sebanyak seorang

(0.8 peratus). Manakala, tahap komitmen kerja dalam kalangan guru tahun enam di

empat buah Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru berdasarkan nilai min

dan sisihan piawai bagi tiga dimensi mendapati bahawa komitmen guru adalah

berada di tahap yang sederhana. Dalam kajian ini juga, rumusan dan cadangan juga

telah dikemukakan berdasarkan dapatan kajian dan untuk kajian yang akan datang

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

viii  

ABSTRACT

This study was aimed at investigating the stress and work comitmment

among year six teachers in the high performing school in Johor Bahru area.

The study involved four high performing school in Johor Bahru areas. One

hundred and twenty-nine teachers served as respondents in this study and all of

them was giving their full commitment in this regard. Data collected using

questionnaires covered three areas, namely Part A (Demography), Part B

(Stress) and Part C (Work Commitment). The collected data were analysed

using descriptive statistics (mean and percentage) and inferential statistics (t-

test, ANOVA and Pearson correlation). The study results indicated that work

stress among year six teachers in the high performing school area was

moderate, while the level of work satisfaction was high. The findings explain

the stress level of teachers in six in four High Performance Schools in Johor

Bahru how the average level of work and commitment of teachers is also on a

moderate level. The mean and standard deviation for the overall stress level is

2.01 and 0.09 then the stress level of teachers are in the middle level are 128

peoples (99.2 percent) and at the high level is only one person (0.8 percent).

However, the work commitment among teachers in four years and six high

performance schools in the district based on the mean and standard deviation of

the three-dimensional found that teacher commitment is at the medium level. In

this study, conclusions and suggestions have been made on the basis of the

findings and to study future.

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

ix  

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGESAHAN ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xix

SENARAI LAMPIRAN xx

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Hipotesis Kajian 9

1.6 Persoalan Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Skop dan Batasan Kajian 12

1.9 Definisi Konsep Dan Operasional 14

1.10 Kerangka Konsep 14

1.10.1 Stres 17

1.10.2 Komitmen Kerja 20

1.10.3 Guru 21

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

x  

1.10.4 Sekolah Berprestasi Tinggi 21

1.11 Kesimpulan 23

2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 24

2.2 Konsep Stres 25

2.3 Faktor Stres 29

2.3.1 Tugas Pengurusan 30

2.3.2 Peranan Pekerja 30

2.3.3 Struktur Organisasi 31

2.3.4 Hubungan Interpersonal 31

2.3.5 Masalah Peribadi 32

2.3.6 Peluang Kerjaya 32

2.4 Teori –teori Stres 32

2.4.1 Teori Psikodinamik,Kognitif,Tingkah Laku

Dan Biologikal 33

2.4.1.1 Teori Kognitif 33

2.4.1.2 Teori Tingkah Laku dan

Biologikal 34

2.4.1.3 Teori Psikodinamik 37

2.4.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow dan

Teori Dua Faktor Herzberg 37

2.5 Model-model Stres 38

2.5.1 Model Stres Kerja Palmer & Cooper 38

2.5.2 Model Stres Guru 41

2.5.3 Model Punca Tekanan Kerja 43

2.5.3.1 Faktor Persekitaran 45

2.5.3.2 Faktor Organisasi 47

2.5.3.3 Faktor Personal 47

2.6 Komitmen Kerja 49

2.6.1 Model-model Komitmen Kerja 50

2.6.1.1 Model Komitmen Kerja oleh Steers

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

xi  

dan Porter 51

2.6.1.2 Model Tiga Komponen oleh Meyer

dan Allen 52

2.7 Kajian Lepas Dalam Negara 53

2.8 Kajian Lepas Luar Negara 57

2.9 Kesimpulan 61

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 62

3.2 Reka Bentuk Kajian 63

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 63

3.4 Instrumen Kajian 65

3.4.1 Skala Pemeringkatan 67

3.5 Kajian Rintis 68

3.6 Penganalisisan Data 69

3.7 Kesimpulan 73

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 74

4.2 Profil Guru 75

4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam

di Sekolah Berprestasi Tinggi

di daerah Johor Bahru 80

4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

di Sekolah Berprestasi Tinggi

di daerah Johor Bahru 94

4.5 Perbezaan stres di kalangan guru tahun enam

di Sekolah Berprestasi Tinggi

di daerah Johor Bahru

berdasarkan faktor jantina, pengkhususan

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

xii  

dan pengalaman mengajar 101

4.6 Perbezaan komitmen kerja di kalangan guru tahun

enam di Sekolah Berprestasi Tinggi

di daerah Johor Bahru berdasarkan faktor jantina,

pengkhususan dan pengalaman mengajar 104

4.7 Hubungan antara stres dan komitmen kerja

di kalangan guru tahun enam di Sekolah

Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru 106

4.8 Kesimpulan 107

5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 140

5.2 Rumusan 141

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 142

5.3.1 Mengkaji tahap stres dalam bekerja

dalam kalangan guru tahun enam di

empat buah Sekolah Berprestasi Tinggi

di daerah Johor Bahru 144

5.3.2 Mengkaji tahap komitmen kerja dalam

kalangan guru tahun enam di empat

buah Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru 148

5.3.3 Mengenalpasti perbezaan stres dalam

kalangan guru tahun enam di Sekolah

Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru

berdasarkan faktor jantina,

pengkhususan dan pengalaman mengajar. 150

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

xiii  

5.3.4 Mengenalpasti perbezaan komitmen kerja

dalam kalangan guru tahun enam di empat

buah Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru berdasarkan faktor jantina,

pengkhususan dan pengalaman mengajar 153

5.3.5 Mengenalpasti hubungan antara stres dan

komitmen kerja dalam kalangan guru tahun

enam di empat buah Sekolah Berprestasi

Tinggi di daerah Johor Bahru 156

5.4 Perbincangan Kajian 157

5.5 Kesimpulan 158

RUJUKAN 161

LAMPIRAN 170

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

xiv  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi

di Daerah Johor Bahru dan

Taburan Responden 65

Jadual 3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel

Daripada Populasi Yang Diberi 66

Jadual 3.3 Perincian Item Soal Selidik 68

Jadual 3.4 Skala Likert Lima Pilihan 70

Jadual 3.5 Taburan Item Soal Selidik 71

Jadual 3.6 Nilai Indeks Kebolehpercayaan

Alpha Cronbach kajian rintis 73

Jadual 3.7 Jadual Analisis Cara Pengukuran

Setiap Objektif Kajian 74

Jadual 3.8 Penilaian Tahap Berasaskan Min 3 Skor 76

Jadual 4.1 Taburan responden mengikut jantina 75

Jadual 4.2 Taburan responden mengikut bangsa 76

Jadual 4.3 Taburan responden mengikut status perkahwinan 76

Jadual 4.4 Taburan responden mengikut pengkhususan 77

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

xv  

Jadual 4.5 Taburan responden mengikut kelulusan akademik tertinggi 78 Jadual 4.6 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar 79 Jadual 4.7 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru berdasarkan nilai min dan sisihan piawai 80 Jadual 4.8 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru terhadap keperluan penghargaan 81 Jadual 4.9 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru terhadap salah laku pelajar 82 Jadual 4.10 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru terhadap bebanan tugas 83 Jadual 4.11 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru

tahun enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di

daerah Johor Bahru terhadap hubungan

interpersonal 83

Jadual 4.12 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun

enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru terhadap kekangan masa dan sumber 84

Jadual 4.13 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun

enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru terhadap keperluan penghargaan

berdasarkan nilai min dan sisihan piawaian

bagi setiap item. 85

Jadual 4.14 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru

tahun enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di

daerah Johor Bahru terhadap salah laku pelajar

berdasarkan nilai min dan sisihan piawai 87

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

xvi  

Jadual 4.12 Tahap stres dalam bekerja di kalangan

guru tahun enam di Sekolah Berprestasi Tinggi

di daerah Johor Bahru terhadap

kekangan masa dan sumber 84

Jadual 4.13 Tahap stres dalam bekerja di kalangan

guru tahun enam di Sekolah Berprestasi Tinggi

di daerah Johor Bahru terhadap keperluan

penghargaan berdasarkan nilai min dan

sisihan piawai bagi setiap item 85

Jadual 4.14 Tahap stres dalam bekerja di kalangan

guru tahun enam di Sekolah Berprestasi Tinggi

di daerah Johor Bahru terhadap salah laku pelajar

berdasarkan nilai min dan sisihan piawai bagi

setiap item 87

Jadual 4.15 Tahap stres dalam bekerja dalam kalangan guru

terhadap bebanan tugas berdasarkan nilai min dan

sisihan piawai bagi setiap item 89

Jadual 4.16 Tahap stres dalam bekerja dalam kalangan guru

terhadap hubungan interpersonal berdasarkan

nilai min dan sisihan piawai bagi setiap item 91

Jadual 4.17 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun

enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru berdasarkan nilai min dan

sisihan piawai 94

Jadual 4.18 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun

enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru terhadap dimensi identifikasi 95

Jadual 4.19 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun

enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru terhadap dimensi penglibatan 96

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

xvii  

Jadual 4.20 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun

enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru terhadap dimensi kesetiaan 96

Jadual 4.21 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun

enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru terhadap dimensi identifikasi

berdasarkan nilai min dan sisihan piawai bagi

setiap item 97

Jadual 4.22 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun

enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru terhadap dimensi penglibatan

berdasarkan nilai min dan sisihan piawai 99

Jadual 4.23 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun

enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru terhadap dimensi kesetiaan

berdasarkan nilai min dan sisihan piawai bagi

setiap item 100

Jadual 4.24 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan

diantara stres di kalangan guru tahun enam di

Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru

berdasarkan faktor jantina 102

Jadual 4.25 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan

diantara stres di kalangan guru tahun enam di

Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru

berdasarkan faktor pengkhususan 103

Jadual 4.26 Perbezaan stres di kalangan guru tahun enam

di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru

berdasarkan faktor pengalaman mengajar 103

Jadual 4.27 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan

diantara komitmen kerja di kalangan guru

tahun enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di

daerah Johor Bahru berdasarkan faktor jantina 104

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

xviii  

Jadual 4.28 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan

diantara komitmen kerja di kalangan guru tahun

enam di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru berdasarkan faktor pengkhususan 105

Jadual 4.29 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan diantara

komitmen kerja di kalangan guru tahun enam di

Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru

berdasarkan faktor pengalaman mengajar 106

Jadual 4.30 Hubungan antara stres terhadap komitmen kerja

di kalangan guru tahun enam di Sekolah Berprestasi

Tinggi di daerah Johor Bahru 107

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

xix  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1.1 Kerangka Model Kajian 12

Rajah 2.1 Model Tindak Balas Sindrom

Penyesuaian Umum 34

Rajah 2.2 Model General Adaptation Syndrome

(G.A.S) 36

Rajah 2.3 Model Stres Stephen Palmer (2003) 39

Rajah 2.4 Model Tekanan Guru Kyriacou dan

Sutchlife 41

Rajah 2.5 Model Punca Tekanan Kerja

(Jaafar Muhamad, 2003) 43

Rajah 2.6 Topologi Komitmen Pekerja 50

Rajah 2.7 Komitmen terhadap organisasi 51

Rajah 2.8 Topologi Komitmen Organisasi 52

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

xx  

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Borang Soal Selidik 170

 

 

 

 

  

  

 

 

 

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

xxi  

    

      

  

  

 

 

 

 

  

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

xxii  

 

 

 

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan Malaysia pada masa kini tidak hanya tertumpu kepada

pembangunan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan malah ia juga

menuntut kepada penghasilan sebuah komuniti pendidik yang mempunyai kualiti

pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang di dalam bilik darjah. Selaras

dalam usaha untuk merealisasikan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara dalam

meningkatkan keberhasilan pelajar, warga pendidik juga dituntut menjadi

pemacu utama dalam menjunjung aspirasi negara di samping memberi

keutamaan kepada aspek profesionalisme guru itu sendiri dari segi

perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani atau dengan erti kata yang lain

pembangunan modal insan guru. Komponen tersebut adalah diantara agenda

penting dalam mentransformasikan sistem pendidikan yang bertaraf dunia selaras

dengan gelombang transformasi pendidikan yang diperkenalkan dibawah pelan

pembangunan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang menzahirkan

perubahan dalam sistem pendidikan secara mampan dan pantas sehingga tahun

2025. Sehubungan itu dalam memenuhi keperluan tersebut, pembangunan modal

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

2  

insan dilihat sebagai pembangunan diri individu ini sendiri kerana mereka yang

berkerja tidak boleh dipisahkan daripada kesihatan dan peningkatan nilai diri.

Pembentukan nilai yang sempurna akan mengambarkan kehidupan yang baik

sekaligus dapat memberi kesejahteraan kepada kehidupan seseorang.

Antara pembentukan nilai diri adalah terdiri daripada; (i) komponen

intelek yang dilihat sebagai usaha guru dalam menghayati dan menguasai

pengajaran dan pembelajaran, kebolehan mengenalpasti keperluan dan masalah

yang timbul, mampu memikirkan tindakan susulan, berpengetahuan dan

berkemahiran, berfikiran kreatif dan berpandangan jauh; (ii) komponen emosi

pula adalah merujuk kepada kecerdasan emosi yang terdiri daripada kompetensi

personel dan kompetensi sosial. Komponen personel terdiri daripada elemen

kesedaran dari pengurusan diri sendiri manakala kompentensi sosial pula terdiri

daripada elemen kesedaran sosial. Ia ditakrifkan sebagai satu keadaan yang

melibatkan proses pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta berupaya

untuk memotivasikan diri sendiri dalam menghadapi sebarang halangan dan

cabaran yang wujud. Ia didefinisikan juga sebagai ekspresi perasaan seperti

gembira, sayang, sedih, malu dan takut. Emosi yang stabil umumnya akan

mempengaruhi tindakbalas luaran dan ianya akan ditonjolkan melalui tingkah

laku dan secara tidak langsung dapat menggambarkan seorang guru yang tenang,

berfikiran waras atau sebaliknya; (iii) komponen jasmani dan rohani pula adalah

merujuk kepada kecergasan tubuh badan yang ditonjolkan daripada keperibadian

yang positif serta amalan cara hidup yang sihat. Ia secara automatik akan

menjadi pelengkap kepada komponen intelek dan emosi.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

3  

1.2 Latar Belakang Masalah

Komuniti pendidik yang komited serta mempunyai matlamat yang tinggi

adalah amat diperlukan ketika bidang pendidikan kini menjadi semakin

mencabar dan berdaya saing. Kelangsungan daripada perkara ini, pendidik

yang cemerlang mampu untuk menyumbang kepada perubahan yang

bermakna kepada kualiti kehidupan murid. Tugas pendidik menjadi semakin

meluas berbanding pengajaran tradisional ‘chalk and talk’ dan mereka kini

menjadi akses utama dalam menyalurkan kualiti pendidikan yang terbaik

kepada murid sebagai pelapis negara di masa akan datang. Peruntukkan

besar yang dilaburkan oleh kerajaan pada setiap kali belanjawan

mempamerkan usaha kerajaan dalam membentuk sistem pendidikan bertaraf

dunia. Apatah lagi kemenjadian murid kini tidak lagi dikira daripada

kehebatan intelektualnya sahaja tetapi juga dari segi perkembangan diri,

emosi dan sahsiah. Begitu juga dengan warga pendidik yang mana mereka

harus mempunyai pertimbangan emosi serta sahsiah yang selari dengan

prestasi yang dipamerkan.

Menurut Daniel Goleman (1995) pengarang buku “The Emotional

Intelligence”, penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada

kecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih

penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya. Ini membawa

maksud bahawa kecerdasan emosi akan meninggalkan kesan yang mendalam

dalam keseluruhan aspek kehidupan termasuk kesihatan dan sosial. Tanpa

kecerdasan emosi yang baik, guru tidak akan menjadi tenang dan seronok

ketika mengajar.

Cabaran yang utama di dalam sesebuah sekolah adalah apabila tibanya

peperiksaaan awam yang diadakan pada setiap tahun. Peperiksaan awam

yang diadakan ini adalah sejajar dengan hasrat di dalam Penyata Razak

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

4  

(1956) yang ingin mempunyai sistem peperiksaan sendiri dalam menilai

pencapaian individu apabila tamat pembelajaran. Penyata ini juga berjaya

mewujudkan Dasar Pendidikan Negara yang ulung dalam penambahbaikkan

sistem peperiksaan melalui Perlaksanaan Laporan Rahman Talib (1960) dan

Perlaksaan Laporan Kabinet (1979).

Sejak bertahun lalu, peperiksaan awam telah menjadi kayu pengukur

kepada keberkesanan pengajaran bagi setiap guru yang terlibat. Didalam

peperiksaan UPSR, guru mata pelajaran teras yang mengajar subjek Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik perlu membuat persediaan

daripada awal tahun untuk menghadapi peperiksaan yang dijalankan pada

setiap bulan September. Peratusan kelulusan dan ramainya pelajar mendapat

5A telah dijadikan pengiktirafan kepada sekolah di atas kejayaan yang

dicapai atau jika berlaku kegagalan pemantauan bersepadu akan dilakukan.

Di tangan warga pendidik akan tergalas keberhasilan murid diatas penat jerih

yang mereka laburkan.

Sesungguhnya kejayaan murid mencapai kecemerlangan didalam

peperiksaan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, barisan pentadbir

dan kakitangan sokongan yang menjadi teras kekuatan sekolah dari dahulu

hingga kini. Bakti yang telah dicurahkan oleh mereka sememangnya tidak

dapat disangkal oleh mana-mana pihak. Paduan tenaga dan saling

kebergantungan yang tinggi di antara satu sama lain amat didambakan

terutamanya bagi warga pendidik yang mencurahkan bakti di Sekolah

Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru. Sebagai sekolah pilihan utama,

mereka perlu menyerlah dalam segala aspek terutamanya peperiksaan UPSR.

Maka, stres yang dihadapi oleh mereka ketika sesi pengajaran adalah berlipat

ganda kerana ia mesti dijelmakan kepada kejayaan melangkaui prestasi

sekolah kebangsaan yang lain.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

5  

Stres guru juga dapat dirasai apabila jumlah masa mengajar yang banyak

pada setiap hari, guru perlu membuat persediaan mengajar, menyemak setiap

buku latihan murid untuk setiap matapelajaran yang diajar, membuat bahan

bantu mengajar dan kerja-kerja lain yangn berkaitan dengan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula mereka perlu melakukan tugas

pengkeranian seperti menyediakan laporan program, menaip surat,

menyediakan minit mesyuarat, mengutip yuran pelajar perancang program

sekolah, merancang aktiviti pelajar pada setiap program yang akan

dilaksanakan serta menjadi penasihat persatuan,permainan dan unit uniform.

Guru juga terpaksa untuk menghadiri kursus, ceramah, bengkel serta

perjumpaan professional pada hari minggu yang sepatutnya menjadi hari

percutian bersama keluarga. Bebanan tugas ini yang menyebabkan guru

menjadi stres dan boleh mengubah komitmen kerja mereka di sekolah.

Tambahan pula dalam menjalankan tugas seharian, guru sering

berhadapan pelbagai masalah penganggu seperti masalah tingkah laku

pelajar, masalah perhubungan dengan rakan sekerja, karenah pentadbir,

masalah peribadi suami isteri, masalah kewangan dan sebagainya yang boleh

juga menyumbang kepada masalah gangguan jiwa dan stres. Kesannya, guru

tersebut tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang

paling utama yang dipertanggungjawabkan untuk mencurahkan ilmu

pengetahuan kepada anak bangsa.

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa seseorang itu memerlukan sedikit

tekanan yang bertujuan untuk merangsang seseorang itu supaya dapat bekerja

dengan lebih bersungguh-sungguh, namun jika ianya terlalu berat malah ia

akan meninggalkan kesan yang negatif dan seterusnya mengganggu prestasi

kerja yang cemerlang.

Hasil daripada dapatan kajian yang terdahulu, menunjukkan betapa

pentingnya pemerhatian yang sewajarnya dibuat di kalangan guru-guru

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

6  

Sekolah Berprestasi Tinggi agar punca-punca dominan stres dapat

dikenalpasti dan dibendung daripada terus menular. Tahap stres yang dialami

oleh mereka dalam menghadapi cabaran tersebut perlu ditangani dengan

berkesan, guru-guru juga perlu memastikan bahawa mereka bukan sahaja

mempunyai bekalan pengetahuan yang banyak tetapi perlu disertakan dengan

kestabilan emosi yang tinggi. Tuntutan modal insan yang seimbang perlu

dipenuhi dengan pendekatan yang bijak dalam mengurus emosi diri serta

menyalurkannya kearah yang positif supaya pengajaran menjadi lebih

berkesan dan guru dapat memberi komitmen kerja yang tinggi.

Kecemerlangan yang dihasilkan kelak adalah tuaian yang dijelmakan oleh

mereka tanpa disedari sekaligus dapat mengekalkan sekolah sebagai Sekolah

Berprestasi Tinggi.

1.3 Penyataan Masalah

Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar dan gelombang arus

globalisasi, profesion perguruan turut tidak terlepas daripada menghadapi

beberapa masalah. Antara masalah yang melanda sejak kebelakangan ini

ialah stres di kalangan guru. Meskipun ramai guru yang mempunyai tahap

kecerdasan intelek yang tinggi ketika membuat sesuatu pekerjaan tetapi demi

untuk menonjolkan kebolehan masing-masing dan adakalanya mereka tidak

mengendahkan stres yang dihadapi.

Stres dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan komitmen kerja

sesorang guru. Ini juga dianggap sebagai faktor yang membawa implikasi

yang besar terhadap pencapaian komitmen kerja mereka. Secara umumnya,

komitmen kerja yang rendah adalah dikaitkan dengan tahap ketidakpuasan

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

7  

tugas yang tinggi di dalam sesuatu organisasi. Menurut Needle, Griffin,

Svendsen dan Barney (1980), bidang keguruan adalah salah satu cabang

bidang yang berisiko tinggi menghadapi tekanan.

Satu tinjauan telah dijalankan oleh Nortwestern National Life Inssurance

Company (1991) yang menyatakan bahawa hampir 46 peratus pekerja di

Amerika Syarikat berasakan bahawa tugas mereka sangat tertekan, dimana

hampir 27 peratus pekerja melaporkan bahawa kerja mereka adalah satu

sumber stres yang utama dalam kehidupan mereka. Manakala, 72 peratus

hasil tinjauan mendapati bahawa stres memberi kesan masalah fizikal dan

mental kepada pekerja.

Selain itu, banyak kajian telah dilakukan untuk melihat stres dan

hubungannya dengan komitmen guru antaranya ialah Schamer dan Jackson

(1996) dan Kyriacou dan Sutcliffe (1978). Manakala, kajian yang dilakukan

terhadap guru aliran tahun enam di sekolah rendah kebangsaan masih lagi

kurang dan satu-satunya ialah Yahzanon Tahir (2001). Oleh itu, kajian ini

dilakukan untuk mengenalpasti, menjawab persoalan dan memberi

penjelasan dengan lebih mendalam mengenai stres dan hubungannya dengan

komitmen guru aliran tahun enam di empat buah sekolah rendah kebangsaan

di Sekolah Berprestasi Tinggi di Johor Bahru mengikut faktor demografi

(jantina, pengkhususan dan tempoh pengalaman mengajar) Melalui dapatan

kajian, diharap ia dapat dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru, pihak

pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri serta

para pengkaji dalam mengenalpasti faktor-faktor stres yang banyak berlaku

di kalangan guru serta mereka dapat merancang strategi dalam menghindari

stres dengan lebih berkesan. Pihak pentadbir amat diharap agar lebih

memahami dan peka terhadap perubahan dalaman dan luaran yang dihadapi

oleh warga pendidik di sekolah serta tidak mengabaikan kebajikan guru

tersebut. Jika semua faktor diambil kira dan dipantau dengan baik maka

masalah stres ini walaupun tidak dapat ditangani dengan sepenuhnya tetapi

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

8  

dapat dikurangkan kepada tahap yang paling rendah. Di kalangan guru,

adalah diharapkan kajian ini dapat membantu mereka dalam memahami

pengaruh stres di dalam tugas kerana ia boleh merencatkan perjuangan guru

serta melemahkan komitmen kerja guru dalam usaha untuk menyahut

cabaran demi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran seiring dengan

gelombang transformasi pendidikan yang sedang dilalui.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian yang akan dinyatakan, kajian ini

cuba menjawab persoalan-persoalan berikut :

1.4.1 Apakah tahap stres guru tahun enam di empat buah sekolah di

Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru?

1.4.2 Apakah komitmen kerja dalam kalangan guru tahun enam di

empat buah sekolah di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru?

1.4.3 Adakah terdapat perbezaan tahap stres dalam kalangan guru

tahun enam di empat buah sekolah di Sekolah Berprestasi

Tinggi di daerah Johor Bahru mengikut faktor demografi (jantina,

pengkhususan dan pengalaman mengajar)?

1.4.4 Adakah terdapat perbezaan komitmen kerja dalam kalangan guru

tahun enam di empat buah sekolah di Sekolah Berprestasi Tinggi

di daerah Johor Bahru mengikut faktor demografi (jantina,

pengkhususan dan pengalaman mengajar)?

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

9  

1.4.5 Apakah terdapat hubungan yang signifikan diantara tahap stres

dengan komitmen kerja dalam kalangan guru tahun enam di

empat buah sekolah di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru?

1.5 Objektif Kajian

Berdasarkan persoalan-persoalan kajian yang dinyatakan di atas, maka

kajian ini telah diusahakan dengan harapan untuk mencapai objektif- objektif

dikemukan seperti berikut :

1.5.1 Mengenal pasti tahap stres dalam bekerja dalam kalangan guru

tahun enam di empat buah Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah

Johor Bahru.

1.5.2 Mengenal pasti komitmen kerja dalam kalangan guru tahun

enam di empat buah Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor

Bahru.

1.5.3 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan stres dalam

kalangan guru tahun enam di empat buah Sekolah Berprestasi

Tinggi di daerah Johor Bahru mengikut faktor demografi (jantina,

pengkhususan dan pengalaman mengajar)?

1.5.4 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan komitmen kerja di

kalangan guru tahun enam di empat buah Sekolah Berprestasi

Tinggi di daerah Johor Bahrumengikut faktor demografi (jantina,

pengkhususan dan pengalaman mengajar)?

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

10  

1.5.5 Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan

antara stres dengan komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

di empat buah Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru.

1.6 Hipotesis Kajian

Objektif pertama dan objektif kedua akan dihuraikan secara deskriptif

dan tidak mempunyai hipotesis kajian.

H0 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap stres di

kalangan guru tahun enam di empat buah Sekolah Berprestasi

Tinggi di daerah Johor Bahru mengikut faktor jantina.

H0 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap stres di

kalangan guru tahun enam di empat buah Sekolah Berprestasi

Tinggi di daerah Johor Bahru mengikut pengkhususan.

H0 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap stres di

kalangan guru di empat buah Sekolah Berprestasi Tinggi di

daerah Johor Bahru mengikut faktor pengalaman mengajar.

H0 4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi komitmen

kerja di kalangan guru tahun enam di empat buah Sekolah

Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru mengikut faktor

jantina.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

11  

H0 5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi komitmen

kerja di kalangan guru tahun enam di empat buah Sekolah

Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru mengikut faktor

pengkhususan.

H0 6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi komitmen

kerja di kalangan guru tahun enam di empat buah Sekolah

Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru mengikut faktor

pengalaman mengajar.

H0 7 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap stres

dengan komitmen kerja di kalangan guru tahun enam di empat

buah Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru.

1.7 Kerangka Konsep

Dalam kajian ini, faktor-faktor stres adalah merupakan pembolehubah

tidak bersandar. Faktor-faktor stres yang dimaksudkan ialah jangkaan

prestasi murid, keperluan penghargaan, sikap pelajar, bebanan tugas,

hubungan interpersonal dan kekangan masa dan sumber. Perbandingan akan

dilakukan antara stres dan komitmen kerja dalam kalangan guru tahun enam

dari segi demografi. Berikut adalah Model Kerangka Konsep Kajian

berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan.

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

12  

DEMOGRAFI GURU

Jantina Umur

Taraf perkahwinan Tempoh perkhidmatan

Tahap pendidikan Mata pelajaran yang diajar

Rajah 1.1 Kerangka Model Kajian

1.8 Kerangka Kajian

Kajian ini dijangka dapat mengesan kehadiran stres dan hubungannya

dengan komitmen kerja di kalangan guru tahun enam di empat buah sekolah

di Sekolah Berprestasi Tinggi di daerah Johor Bahru. Adalah diharapkan

kajian ini dapat memberi makluman dan panduan hasil daripada dapatan

kajian kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung iaitu pihak pentadbir

di empat buah Sekolah Berprestasi Tinggi didaerah Johor Bahru, Pejabat

Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB), Jabatan Pelajaran Negeri (JPNJ),

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Malaysian Association of

Psychoteraphy serta individu perseorangan yang berkaitan tentang isu stres

dan hubunganya dengan komitmen kerja guru. Ini adalah diantara dorongan

kepada pihak terbabit dalam mengambil tindakan susulan dalam memikirkan

PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR

STRES

Faktor-faktor stres guru • Jangkaan

prestasi pelajar • Keperluan

penghargaan • Sikap pelajar • Bebanan tugas • Hubungan

interpersonal • Kekangan masa

dan sumber

KOMITMEN KERJA

Identifikasi Penglibatan guru Kesetiaan kepada organisasi

HUBUNGAN

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

13  

strategi bagi membantu warga pendidik yang menghadapi stres ketika bekerja

disamping meningkatkan komitmen mereka dalam merealisasikan pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan. Penilaian mengenai stres dan hubungannya

dengan komitmen kerja juga dapat dijalankan dengan memberi fokus kepada

guru yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang rendah semasa mengajar

pelajar tahun enam.

Sesungguhnya, keprihatinan pihak pengurusan Sekolah Berprestasi

Tinggi daerah Johor Bahru, Pejabat Pendidikan Johor Bahru (PPJB), Jabatan

Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),

Malaysian Association of Psychoteraphy dalam membantu memberi

keutamaan di dalam perkembangan modal insan guru serta peningkatan

kendiri guru amat dihargai. Kerjasama yang baik seterusnya diharap dapat

melahirkan guru yang lebih stabil emosinya.

Diharap kajian ini juga dapat membantu guru dalam menilai diri sendiri

dan berusaha untuk menangani stres. Mereka juga perlu mendapat

pendedahan dengan mengetahui kesan stres di dalam tugas seharian serta

memberi komitmen didalam pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya dalam

usaha untuk meningkatkan potensi dan kecemerlangan pelajar.

Selain itu, kajian ini dapat memberi pemahaman kepada para pentadbir

sekolah khususnya dalam meningkatkan kefahaman tentang permasalahan

yang dihadapi oleh guru dan menentukan pemilihan cara penyelesaian yang

terbaik. Malah dengan bantuan latihan, sokongan serta program peningkatan

motivasi diharap dapat membantu guru tersebut dalam usaha

mempertingkatkan pencapaian sekolah ke arah kecemerlangan.

Begitu juga dengan pengkaji-pengkaji baru yang ingin membuat kajian

mengenai stres guru dan hubungannya dalam komitmen kerja mengikut iklim

dan budaya sekolah yang tertentu. Diharap kajian ini menjadi titik

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

14  

permulaan dalam memberi idea serta minat kepada para pengkaji yang

seterusnya.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini adalah bertumpu kepada guru-guru matapelajaran teras tahun

enam yang sedang berkhidmat di empat buah Sekolah Berprestasi Tinggi di

daerah Johor Bahru pada tahun 2013 yang terdiri daripada guru–guru yang

mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik sahaja. Ia

juga berfokus kepada stres dan hubungannya dengan komitmen kerja di

kalangan guru Tahun Enam di empat buah Sekolah Berprestasi Tinggi di

daerah Johor Bahru. Dapatan kajian ini hanya menggambarkan stres dan

hubungannya dengan komitmen kerja guru mengikut demografi (jantina,

pengkhususan dan penglaman mengajar). Kesahihan dapatan kajian adalah

bergantung kepada kejujuran responden dalam memberikan kerjasama di

dalam perlaksanaan kajian ini. Hasil kajian ini adalah terbatas kepada

populasi yang dikaji sahaja dan ia hanya menggambarkan tentang populasi

tersebut. Dapatan kajian ini tidak boleh digunakan dikalangan populasi yang

lain kerana perbezaan maklumat.

1.10 Definisi Operasional

Bahagian ini membincangkan definisi konsep dan definisi operational

yang digunakan di dalam kajian ini.

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

15  

1.10.1 Stres

Setiap individu akan menghadapi masalah dalam apa jua keadaan dari

masa ke semasa. Jika tiada masalah dalam kehidupan ini, ia akan menjadi

bosan dan terlalu rutin. Situasi yang boleh dijangka atau tidak terjangka ini

atau perkara yang akan sentiasa terjadi juga dikira sebagai stres. Secara

logiknya jika kita tidak menghadapi stres maka berkemungkinan besar kita

tidak mampu untuk menguruskan masalah dengan baik. Terdapat pelbagai

pendekatan yang diambil untuk menghadapi stres malah ada yang bersifat

agresif dan sebaliknya.

Fenomena stres telah dikaji seawal tahun 1970-an oleh Hans Selye, pakar

penyelidik dan pengkaji terawal yang membuat formula bagi konsep

"General Adaptation Syndrome". Pengkaji-pengkaji di Barat menyifatkan

bahawa stress digelar sebagai "illusive concept of love" yang membawa

maksud bahawa pemahaman setiap individu adalah sama tentang stres tetapi

tiap satunya tidak memberi definisi yang sama (Rice, 1999).

Selye (1979), didalam buku tulisannya yang bertajuk Handbooks on

Stress Concept mentakrifkan stres sebagai: "Stress, like relatively, is a scientific

concept which has suffered from the mixed blessing of being too well known and too

little understood" (1980, p.127).

Webster’s New Twentieth Century Dictionary memberi definisi stres

adalah tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu yang akan cenderung

untuk merubah sesuatu keadaan. Malah, stres akan membentuk pelbagai

cabang masalah dalam kehidupan seharian.

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

16  

Namun begitu wujud kekeliruaan di kalangan umum kerana adanya

pemahaman yang menganggap stres sebagai tekanan atau kesusahan. Selye

(1974), telah mengkaji bahawa kesusahan (distress) adalah stres yang tidak

baik (1974, p.31) manakala tekanan (stres) pula dikelaskan sebagai

ketakutan, kebimbangan dan pencanggahan. Maka stres dan distres adalah

membawa kepada makna dan kesan yang sama (Selye, 1975).

Walter Cannon (1932), pula menyatakan melalui kajian saintifik bahawa

stres mempunyai sekurang-kurangnya tiga makna yang berbeza iaitu; (i)

Stres adalah ransangan yang diperolehi daripada persekitaran atau peristiwa

yang menimbulkan ketegangan kepada diri seseorang dan adalah bersifat

luar; (ii) Stres adalah tindak balas subjektif yang meransang pemikiran

seseorang dan berlaku secara dalaman. Ia adalah sebagai proses kematangan

setiap individu yang melibatkan tekanan mental dan emosi; (iii) Stres

dikelaskan sebagai reaksi fizikal tubuh badan terhadap gangguan atau

permintaan. Gangguan yang tinggi akan menyebabkan tubuh secara fizikal

bekerja dengan lebih kuat (Baum, 1990). Cannon dan Selye juga

menyatakan ianya boleh membawa kepada kemudaratan seperti keletihan,

penyakit kronik dan kematian. Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO), pula

mendefinisikan stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan

kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini (Azizi,

2000). Mental yang sihat adalah kebolehan individu dalam mengekalkan

hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil

bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk

menyumbang khidmat kepada masyarakat (Kempen Cara Hidup Sihat,

Kementerian Malaysia, 2000). Apabila seseorang itu berhadapan dengan

stres, sudah tentu ia akan gagal untuk berfungsi dengan baik di dalam

masyarakat.

Dalam kajian ini, stres adalah merujuk kepada keupayaan dan

kemampuan individu untuk mengatasi, mengawal dan menangani emosi

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

17  

dirinya terhadap sesuatu situasi yang dihadapi sebagai satu reaksi terhadap

permasalahan yang wujud. Stres yang terjadi adalah amat memerlukan

sokongan padu daripada pihak pengurusan sekolah dan ahli warga sekolah

yang lain dalam mempertahankan organisasi supaya kekal menjadi organisasi

yang cemerlang dan mampu untuk mengekalkan kecemerlangan walaupun

pelbagai rintangan yang hadir.

1.10.2 Komitmen

Menurut Kamus Wikipedia Elektronik (2013), komitmen dinyatakan

sebagai sikap seseorang pekerja yang mempunyai pendirian dan memberi

sepenuh tenaga kepada organisasi yang diwakilinya bertujuan untuk

menujukkan sokongan kepada organisasi tersebut.

Manakala mengikut definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi

Keempat (2005) pula adalah; (i) Sikap atau pendirian atau perbuatan dengan

memberikan sepenuh tenaga dan perhatian atau menunjukkan sokongan dan

azam sepenuhnya kepada sesuatu; (ii) Perjanjian atau kata persetujuan atau

kata putus) untuk melakukan sesuatu yang menjadikan sesuatu perkara

menjadi lebih baik.

Corser & Rakoff (1971), menjelaskan komitmen sebagai kecenderungan

dalaman yang positif di mana seseorang pekerja yang komited terhadap

kerjayanya akan berasa bangga dengan kerjaya yang diceburinya serta

sentiasa mahu mempertingkatkan diri.

Robbins (2010), mentakrifkan bahawa seseorang individu yang

mempunyai penglibatan pekerjaaan yang tinggi bermakna telah memberi

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

18  

komitmen yang tinggi di dalam pekerjaannya. Didalam organisasi sekolah,

guru merupakan tenaga profesional yang mempunyai hubungan langsung

dengan pelajar, maka selain menjalankan tugasnya sebagai pendidik, guru

juga menjalankan dasar-dasar yang lain dengan tujuan-tujuan tertentu maka

beliau boleh dikelaskan sebagai pekerja yang mempunyai komitmen yang

tinggi terhadap pekerjaan beliau.

Mowday et.al (2001), pula mengemukakan definisi komitmen sebagai

kekuatan individu yang berada dalam sebuah organisasi. Curtis and Wright

(2001), menjelaskan bahawa komitmen dapat dibahagikan menjadi tiga

komponen, iaitu yang pertama keinginan memelihara keahlian dalam

organisasi, kedua adalah keyakinan dan penerimaan terhadap nilai dan tujuan

organisasi dan ketiga adalah kesediaan bekerja keras untuk menjadi

sebahagian daripada organisasi.

Cut Zurnali (2010), menyatakan bahawa beliau mempunyai pandangan

yang sama seperti yang dikemukan oleh Durkin (1999:127), bahawa

komitmen merupakan perasaan yang kuat dari seseorang terhadap tujuan dan

nilai suatu organisasi dengan peranan mereka terhadap usaha pencapaian

tujuan dan nilai-nilai tersebut.

Marshall dan Witjing (1982), mendefinisikan komitmen sebagai suatu

kehendak untuk terus bekerja walaupun tanpa sebarang alasan. Kehendak ini

tidak terhalang walaupun terdapatnya tanggungjawab kekeluargaan atau

masalah peribadi yang menyebabkan mereka sukar untuk bertugas. Selain itu

ia memperlihatkan peneguhan kerjaya pada individu tersebut yang komited

terhadap kerjaya yang diceburinya (Johari, 2005).

Allen and Meyer (1993), mengemukakan: "Commitment is identified

three types of commitment: affective commitment, continuance commitment,

and normative commitment as a psychological state" that either

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

19  

characterizes the employees relationship with the organization or has the

implications to affect whether the employee will continue with the

organization".

Cut Zurnali (2010), menyatakan bahawa pendapat Allen and Meyer

(1993) ini sering digunakan oleh para penyelidik bahawa komitmen dianggap

suatu keadaan psikologi yang menghuraikan hubungan pekerja dengan

organisasi serta faktor dalaman yang mempengaruhi pekerja dalam memberi

komitmen kepada organisasi sama ada mereka akan tetap bertahan dalam

organisasi atau tidak. Maka sebagai sebahagian daripada penyelidikan yang

dijalankan, Meyer & Allen (1991), telah membina rangka kerja yang

digunakan untuk mengukur tiga jenis komitmen organisasi menggunakan

Three-Component of Commitment Model (TCM) (Meyer & Allen, 1993:

1997).

Dalam kajian ini, komitmen merujuk kepada sikap seseorang individu

yang mempunyai hubungan atau kejelekitan yang padu terhadap matlamat

organisasi. Individu yang setia kepada matlamat organisasi bukan sahaja

akan menjalankan tugasnya dengan baik tetapi sanggup untuk mengorbankan

kepentingan diri apabila diperlukan.

Komitmen boleh diukur berdasarkan komponen identifikasi, apabila

diperlukan. Justeru, komitmen dianggap sebagai penggalak semulajadi iaitu

individu yang mempunyai perasaan patriot terhadap organisasi secara

spontan (Johari, 2005). Komitmen juga boleh diukur berdasarkan

identifikasi, penglibatan kerja dan kesetiaan dengan menggunakan

Organisational Commitment Questionaires (OCQ) yang dibangunkan oleh

Meyer & Allen (1997). Soal selidik untuk kajian ini telah diubahsuai dan

diambil dari kajian lepas Mohd Roodzi (1997).

Page 43: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

20  

1.10.3 Guru

Secara entimologi, perkataan guru berasal dari Bahasa Sanskrit yang

bererti orang yang mengajar sesuatu ilmu agama. Bagi masyarakat Timur

Tengah, guru digelar dengan pelbagai panggilan seperti ustaz, mua’alim,

murabbiy, mudarris dan mu’addib. Setiap bangsa mempunyai panggilan

yang berbeza tetapi masih mempunyai pengertian yang sama. Guru

didefinisikan sebagai pendidik professional yang mempunyai kelayakan

formal untuk mendidik, mengajar, membimbing, memberi arahan, melatih,

menilai dan memberi penilaian kepada anak didik mereka (Hafis Mu’addab,

2009). Guru yang menyumbang kepada pengajaran yang berkualiti dianggap

sebagai kunci bagi keberhasilan untuk kemenjadian pelajar dan kejayaan

sekolah.

Tafsiran di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan bilangan 3 Tahun 1995,

bernombor rujukan KP (PP)0046/50 Jld 1/(14) dan bertarikh 5 Mei 1995

adalah berbunyi: (Yahzanon, 2009), "Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

bermaksud semua Pegawai Pendidikan yang mengajar di sekolah, maktab,

institusi termasuk Penolong, Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Besar

dan Pengetua (tidak termasuk Pengetua, Naib Pengetua Maktab Perguruan

dan Teknik)".

Tema Hari Guru pada bulan Mei tahun 2010, "Guru Pembina Negara

Bangsa" telah dilihat sebagai moto yang mengangkat guru sebagai individu

yang memikul tanggungjawab dalam membentuk suatu masyarakat.

Kemahiran dan keupayaan yang dimiliki oleh mereka dalam menyampaikan

ilmu pengetahuan boleh membantu membentuk sebuah bangsa negara. Guru

adalah pemangkin dan sumber kepada perkembangan fizikal diri pelajar serta

menjadi pencetus minat pelajar untuk menimba ilmu secara berterusan

sepanjang hayat (Tony Buzan, 1970).

Page 44: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

21  

Guru adalah pendidik iaitu orang dewasa yang bertanggungjawab

memberi bimbingan atau bantuan kepada anak didiknya dalam

perkembangan rohani dan jasmani supaya mereka mampu untuk berdiri

sendiri serta dapat melaksanakan perintah Allah S.W.T (Jamaluddin 1978: 1).

1.10.4 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) didefinisikan sebagai sekolah yang

mempunyai etos, watak dan identiti yang unik dan mempunyai

kecemerlangan di dalam semua aspek sama ada di dalam bidang

kokurikulum dan kurikulum (KPM, 2009).

Sekolah ini diiktiraf sebagai sekolah yang mempunyai budaya kerja yang

sangat tinggi dikalangan guru-guru dan semua kakitangan sekolah tanpa

mengira peranan dan taraf pendidikan yang dimiliki. Bahkan sekolah ini

turut menyumbang kepada kecemerlangan pembinaan modal insan setiap

pelajar serta mampu berdaya saing di persada nasional dan antarabangsa.

SBT juga adalah sekolah yang mempunyai suasana pembelajaran dan

pengajaran yang sangat kondusif dan setiap warga sekolah mempunyai rasa

tanggungjawab iaitu di kalangan pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar-

pelajar dalam mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah

Pendidikan Negara.

Page 45: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

22  

1.10.5 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

UPSR dikenali sebagai Ujian Penilaian Sekolah Rendah telah dimulakan

pada tahun 1988 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima yang

diperkenalkan pada tahun 1967. Kementerian Pelajaran Malaysia telah

melakukan penambahbaikkan pada tahun tersebut dengan melaksanakan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sepenuhnya sehingga ke

hari ini. UPSR adalah peperiksaan awam yang dijalankan secara berpusat

untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di peringkat akhir sekolah rendah.

Peperiksaan ini adalah bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar dalam

kemahiran asas yang telah dipelajari berdasarkan KBSR (KPM, 2001).

Peperiksaan yang diduduki oleh pelajar di akhir tahun enam pendidikan

rendah ini adalah merangkumi sebanyak lima mata pelajaran teras iaitu

Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Sains,

Matematik dan Bahasa Inggeris. Pencapaian para pelajar dalam setiap mata

pelajaran adalah menggunakan skala lima mata; (i) A mewakili sangat baik;

(ii) B mewakili baik; (iii) C mewakili sederhana; (iv) D mewakili lemah dan

(v) E mewakili sangat lemah. Pencapaian tersebut adalah berdasarkan

penguasaan secara minimum (lulus) dan minimum (gagal).

Peperiksaan awam ini menjadi salah satu penentu kepada bidang

keberhasilan pelajar bagi SBT. Lonjakan pencapaian akademik pelajar perlu

menunjukkan trend menaik dari tahun ke tahun bermula dengan Take Off

Value (TOV) sekurang-kurangnya 80 peratus. Maka pihak pengurusan

sekolah, guru dan ibu bapa adalah pihak yang bertanggungjawab mengilap

kemenjadian para pelajar tersebut supaya mendapat keputusan yang

cemerlang. Keputusan yang diperolehi akan diperlukan untuk penempatan

pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu yang

diimpikan oleh mereka.

Page 46: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · 4.2 Profil Guru 75 4.3 Tahap stres dalam bekerja di kalangan guru tahun enam ... 4.4 Tahap komitmen kerja di kalangan guru tahun enam

23  

1.11 Kesimpulan

Dalam bab ini telah dihuraikan dan dijelaskan mengenai perkara-perkara

yang menjadi asas kepada kajian ini. Di dalam bahagian objektif kajian,

penyelidik telah menetapkan matlamat-matlamat yang hendak dicapai di

akhir kajian ini. Persoalan-persoalan kajian juga turut ditetapkan

berdasarkan kepada objektif-objektif yang telah dinyatakan terlebih dahulu.

Langkah seterusnya, beberapa hipotesis kajian turut dibentuk bersandarkan

kepada objektif dan persoalan kajian.

Kajian ini diharap dapat memberi manfaat serta alternatif tambahan

kepada kalangan guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan

Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak pentadbir sekolah dan juga diri

penyelidik sendiri dalam usaha menangani stres dan seterusnya dapat

memberi komitmen kerja yang lebih baik dalam kalangan warga pendidik.

Guru yang menghadapi stres akan sentiasa bersedia untuk menghadapi

cabaran yang hadir di sekeliling mereka tetapi stres perlu diuruskan dengan

baik supaya guru dapat bertindak dan bekerja dengan lebih produktif.