Upload
leanh
View
220
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16(Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦♦
JUDUL: KOMPETENSI GURU BESAR DAN MASALAH PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH MUAR
SESI PENGAJIAN : 2011/2013
Saya ZAHARAH BINTI MD TOP No Matriks : MP111266 Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (� )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah SULIT keselamatan atau kepentingan Malaysia
seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh oraganisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: N0.24 JALAN PUTERA 3, DR M AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN TAMAN PUTERA BAKRI, Nama Penyelia 84200 JALAN BAKRI, MUAR, JOHOR. Tarikh : Tarikh : CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan Penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
�
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”
Tandatangan : ……………………………………………. Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN Tarikh :
KOMPETENSI GURU BESAR DAN MASALAH PELAKSANAAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH MUAR
ZAHARAH BINTI MD TOP
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
OGOS 2013
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………………. Nama Penuh : ZAHARAH BINTI MD TOP Tarikh : OGOS 2013
iii
DEDIKASI
Istimewa buat
Ibu Bapa, ahli keluarga dan insan-insan yang tersayang,
Yang sentiasa mendoakan kejayaanku
Doa kalian telah memberiku keberkatan
Allah juga pemberi ganjarannya….
Khas Buat
Dr. M. AL-Muz-zammil Bin Yasin
Yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar
Terima kasih di atas segala-galanya…
Buat
Rakan-rakan dan guru-guru di bawah tadbiranku
Yang sentiasa memberi galakan, dorongan dan kerjasama
Jasa dan kenangan bersamamu tidak akan ku lupakan
Anda Sekalian
Sangat memahami keadaan diriku
Yang terlalu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab
Sebagai pentadbir dan sekali gus sebagai pelajar
Dalam mengejar cita-cita
Mencari kejayaan memenuhi impian ….
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah swt kerana limpah kurnia dan dengan
keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya
menyiapkan laporan penyelidikan yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini yang
mana ianya telah memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan (Pengurusan
dan Pentadbiran).
Disempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Dr M. Al-Muz-zammil Bin Yasin selaku penyelia Projek
Sarjana di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sehingga
akhirnya saya telah berjaya menyiapkan Kertas Projek Sarjana ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat ibu dan adik-beradik saya yang telah
menjadi tulang belakang dan pemberi semangat sehingga terhasillah Kertas Projek
Sarjana ini.
Tidak ketinggalan juga, terima kasih dan sekalung penghargaan kepada rakan-rakan
Guru Besar Daerah Muar, yang telah memberikan kerjasama terbaik sehingga
terhasilnya Laporan Kertas Projek Sarjana ini.
Buat
Guru-Guru di SK Temiang dan SK Seri Jong
Saya mohon maaf yang mana terkadang-kadang tidak dapat bersama anda sekalian di
dalam beberapa aktiviti yang dijalankan, walau bagaimana pun sekalung Tahniah!
Anda berjaya melaksanakan yang terbaik.
Tidak dilupakan juga, buat rakan-rakan seperjuangan Kursus Pengurusan dan
Pentadbiran Persisir Muar ambilan 2-2011/2013 yang telah memberikan kerjasama
yang amat baik. Semoga anda sekalian berjaya mengejar impian masing-masing.
Akhir sekali terima kasih juga kepada mana-mana pihak yang terlibat secara lansung
atau secara tidak langsung dalam penghasilan Laporan Kertas Projek Sarjana ini.
Terima Kasih Semua!
v
ABSTRAK
Kajian ‘mixed-method’ ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi yang
diperlukan oleh Guru Besar bagi membolehkan mereka memantau pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan masalah-masalah pelaksanaannya di
Sekolah Kebangsaan di Daerah Muar. Kajian kuantitatif secara tinjauan soal selidik
dijalankan ke atas 90 orang Guru Besar dan kajian kualitatif pula dijalankan melalui
temubual ke atas 3 orang Guru Besar dan 3 orang guru KSSR. Dapatan
menunjukkan keperluan Guru Besar terhadap kompetensi pengetahuan tentang
konsep asas KSSR berada pada aras tinggi, iaitu nilai minnya 4.59. Kompetensi
pengetahuan tentang pengurusan KSSR juga menunjukkan min yang tinggi iaitu
4.55 dan kompetensi pengetahuan tentang pengajaran KSSR juga berada pada aras
yang tinggi iaitu nilai minnya 4.54. Dapatan temubual menunjukkan masalah yang
dialami oleh Guru Besar ialah kurang mahir untuk melaksanakan pencerapan mata
pelajaran KSSR. Dapatan juga menunjukkan semasa dicerap, guru merasa
bimbang akan salah tanggapan Guru Besar terhadap mereka, gagal mengawal kelas
kerana murid berada dalam keadaan bising semasa menjalankan aktiviti
pembelajaran. Guru bimbang, Guru Besar mencerap tanpa memaklumkan terlebih
dahulu dan penjelasan mengenai pengajarannya tidak dapat diperjelaskan. Kajian
mendapati proses pencerapan yang terbaik adalah melalui proses pencerapan secara
klinikal. Dapatan juga menunjukkan guru menghadapi masalah merekod
pencapaian murid secara ‘online’, beban tugas dalam menyediakan bahan bantu
belajar dan penyediaan bahan eviden untuk Pentaksiran. Guru pula perlukan banyak
kertas untuk melaksanakan pentaksiran dan kemudahan ICT untuk melaksanakan
modul Dunia Sains dan Teknologi.
vi
ABSTRACT
This mixed-method study aims to identify the competencies needed by the
headmasters to allow them to monitor the implementation of the Primary School
Standard Curriculum and the problems faced in the execution of it in primary
schools in Muar District. Quantitative research through questionnaire survey
conducted on 90 headmasters and qualitative research through interviews had been
conducted over 3 headmasters and 3 teachers of KSSR. The findings indicated that
the headmasters needed to have knowledge competency of the basic concepts of
KSSR at a high level with its mean value of 4.59. The knowledge competency of
KSSR management also showed a high mean value which was 4.55 and the mean
value of the knowledge competency in teaching KSSR was 4.54. The interview
findings showed that the problem faced by the headmasters was their lack of
competency in performing observation on KSSR subjects. The findings also
indicated that during observations, teachers were concerned about the
misconception of their headmaster for their failure in classroom control during
classroom activities. The teachers worried that they would be observed without
prior notice and the explanation of the lesson could not be done. Based on the
findings, the best observation process was through clinical observation. The
findings also showed that teachers were having problems recording the students’
achievements online, heavy workload in preparing teaching aids and materials as
evidence for the assessments. Teachers were also required to use a lot of papers for
the assessments and ICT facilities to implement the World of Science and
Technology modules.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 4
1.3 Pernyataan masalah 12
1.4 Objektif kajian 15
1.5 Persoalan kajian 15
1.6 Kepentingan kajian 16
1.6.1 Kepada Guru Besar 16
1.6.2 Kepada Pejabat Pelajaran Daerah Dan
viii
Jabatan Pelajaran Negeri 16
1.6.3 Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia 17
1.7 Batasan Kajian 17
1.8 Definisi istilah 18
1.8.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah 18
1.8.2 Dokumen Standard Kurikulum 18
1.8.3 Dokumen Standard Prestasi 18
1.8.4 Standard Kandungan 19
1.8.5 Standard Pembelajaran 19
1.8.6 Didik hibur 19
1.8.7 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 19
1.8.8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20
1.8.9 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 20
1.8.10 Pemimpin Sekolah 20
1.8.11 Kompetensi 21
1.8.12 Pengetahuan 22
1.8.13 Kemahiran 22
1.9 Kesimpulan 22
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 23
2.2 Perkembangan kurikulum pendidikan di Malaysia 23
2.3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah 25
2.4 Hasrat Kurikulum Standard Sekolah Rendah 26
2.5 Kurikulum berasaskan standard 27
2.6 Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah 28
2.7 Bentuk kurikulum 29
2.8 Disiplin ilmu 31
2.9 Peruntukan masa 34
2.10 Perbezaan KBSR Dan KSSR 35
2.11 Pencerapan dalam KSSR 36
2.12 Proses pencerapan dalam KSSR 37
2.13 Masalah-masalah dalam pencerapan 38
ix
2.14 Penulisan rancangan pengajaran harian 39
2.15 Isu-isu KSSR 40
2.16 Kajian dalam negara 41
2.17 Kajian luar negara 43
2.18 Kesimpulan 43
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 45
3.2 Reka bentuk kajian 45
3.3 Populasi, sampel dan tempat 46
3.4 Instrumen kajian 47
3.4.1 Soal selidik 47
3.4.2 Temubual 50
3.5 Pengumpulan data 51
3.6 Kajian rintis 51
3.7 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen 54
3.7.1 Kesahan instrumen kajian 54
3.7.2 Kebolehpercayaan instrumen kajian 55
3.8 Penganalisisan data 55
3.8.1 Tatacara analisis data kajian 56
3.8.2 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
kualitatif 57
3.9 Kesimpulan 58
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 59
4.2 Analisis maklumat latar belakang 60
4.2.1 Jantina 60
4.2.2 Gred sekolah 61
4.2.3 Lokasi sekolah 61
4.2.4 Kelulusan akademik tertinggi 62
4.2.5 Gred jawatan 63
x
4.2.6 Pengalaman menjadi Guru Besar 63
4.2.7 Umur 64
4.3 Analisis persoalan kajian satu: Apakah
kompetensi yang diperlukan oleh Guru
Besar bagi membolehkan mereka memantau
pelaksanaan KSSR dengan berkesan 65
4.3.1 Dimensi satu: Konsep asas KSSR 65
4.3.2 Dimensi dua: Pengurusan KSSR 69
4.3.3 Dimensi tiga: Pengajaran KSSR 72
4.4 Analisis persoalan kajian dua: Apakah dokumen
senarai semak yang boleh dihasilkan bagi
kegunaan Guru Besar memastikan kejayaan
pelaksanaan KSSR di sekolah 79
4.4.1 Persoalan kajian dua: Apakah dokumen
Senarai semak yang boleh dihasilkan
bagi kegunaan Guru Besar memastikan
kejayaan pelaksanaan KSSR di sekolah? 85
4.5 Analisis persoalan kajian tiga: Apakah
masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru
Besar dalam melaksanakan dan semasa
pencerapana mata pelajaran KSSR? 89
4.5.1 Persoalan kajian tiga: Apakah masalah
yang dihadapi oleh Guru Besar dalam
melaksanakan pencerapan mata pelajaran
KSSR? 90
4.5.2 Persoalan kajian tiga: Apakah masalah
yang dihadapi oleh guru semasa
melaksanakan pencerapan mata pelajaran
KSSR? 95
4.6 Analisis persoalan kajian empat: Bagaimanakah proses
Pencerpan mata pelajaran KSSR boleh ditambah baik? 100
4.7 Analisis persoalan kajian lima: Apakah masalah-masalah
dan keperluan guru dalam melaksanakan KSSR? 107
4.7.1 Persoalan kajian lima: Apakah masalah guru
xi
dalam melaksanakan KSSR dari sudut
pandangan Guru Besar 108
4.7.2 Persoalan kajian lima: Apakah keperluan guru
dalam melaksanakan KSSR dari sudut
pandangan Guru Besar 112
4.7.3 Persoalan kajian lima: Apakah masalah guru
dalam melaksanakan KSSR dari sudut
pandangan guru KSSR 113
4.7.4 Persoalan kajian lima: Apakah keperluan guru
dalam melaksanakan KSSR dari sudut
pandangan guru KSSR 117
4.8 Rumusan analisis data 120
4.9 Kesimpulan 126
5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 127
5.2 Maklumat latar belakang responden 128
5.3 Persoalan kajian 1: Apakah kompetensi yang
diperlukan oleh Guru Besar bagi membolehkan
mereka memantau pelaksanaan KSSR dengan
berkesan? 130
5.3.1 Dimensi 1: Pengetahuan tentang Konsep
asas KSSR 131
5.3.2 Dimensi dua: Pengetahuan tentang
Pengurusan KSSR 132
5.3.3 Dimensi tiga: Pengetahuan tentang
Pengajaran KSSR 133
5.4 Persoalan kajian 2: Apakah dokumen senarai
semak yang boleh dihasilkan bagi kegunaan
Guru Besar dalam memastikan kejayaan
pelaksanaan KSSR di sekolah? 135
5.5 Persoalan kajian 3: Apakah masalah-masalah
yang dihadapi oleh Guru Besar dan guru dalam
xii
melaksanakan atau semasa pencerapan mata
pelajaran KSSR? 137
5.5.1 Masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru
Besar dalam melaksanakan pencerapan
mata pelajaran KSSR 137
5.5.2 Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru
semasa pencerapan Mata pelajaran KSSR 139
5.6 Persoalan kajian 4: Bagaimana proses pencerapan
mata pelajaran KSSR boleh ditambah baik 140
5.7 Persoalan kajian 5: Masalah-masalah dan keperluan
guru dalam melaksanakan KSSR 142
5.7.1 Masalah dan keperluan guru mengikut
Kenyataam Guru Besar 142
5.7.2 Masalah dan keperluan guru mengikut
Kenyataam guru 144
5.8 Cadangan untuk meningkatkan pengetahuan
Guru Besar tentang KSSR dan proses pencerapan
pengajaran dan pembelajaran KSSR serta cadangan
untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi 146
5.9 Cadangan kajian lanjutan 148
5.10 Kesimpulan 149
RUJUKAN 151
LAMPIRAN 156
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT 3.1 Pembinaan item hasil perbincangan dengan
Pensyarah Pembimbing. 48
3.2 Skala Likert yang digunakan dalam kajian 50
3.3 Analisis pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach
mengikut item soal selidik bagi kajian rintis
(Alpha if item Deleted) mengikut dimensi 52
3.4 Analisis pekali kebolehpercayaan mengikut item soal selidik
yang lebih tinggi daripada Alpha Cronbach mengikut
dimensi ( Alpha If Item Deleted) 53
3.5 Penambahbaikan item soalan berdasarkan Alpha Cronbach
if item deleted 53
3.6 Kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian 55
3.7 Tahap pemeringkatan min 57
3.8 Proses penganalisisan data kualitatif 57
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 61
4.2 Taburan Responden Mengikut Gred Sekolah 61
4.3 Taburan Responden Mengikut Mengikut Lokasi Sekolah 62
4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi 62
4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Jawatan 63
4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Menjadi Guru Besar 64
4.7 Taburan Responden Mengikut Umur 64
4.8 Analisis item dimensi satu: Konsep asas KSSR 67
4.9 Analisis item dimensi dua: Pengurusan KSSR 71
4.10 Analisis item dimensi tiga: Pengajaran KSSR 76
xiii
4.11 Rumusan analisis mengikut dimensi 78
4.12 Dokumen senarai semak yang dihasilkan bagi kegunaan
Guru Besar Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR
di sekolah: Aspek pengurusan 86
4.13 Dokumen senarai semak yang dihasilkan bagi kegunaan
Guru Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR
di sekolah: Aspek guru 87
4.14 Dokumen senarai semak yang dihasilkan bagi kegunaan
Guru Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR
di sekolah: Aspek murid 88
4.15 Rumusan analisis kajian berdasarkan persoalan kajian 120
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT Rajah 2.1 Transformasi dalam KSSR 26
Rajah 2.2 Hasrat pendidikan di Malaysia 27
Rajah 2.3 Contoh Standard Kandungan &
Standard Pembelajaran 28
Rajah 2.4 Prinsip KSSR 29
Rajah 2.5 Bentuk kurikulum KSSR 31
Rajah 2.6 Disiplin ilmu Tahap 1 32
Rajah 2.7 Disiplin ilmu Tahap 11 33
Rajah 2.8 Peruntukan masa bagi Tahap 1 34
Rajah 2.9 Perbezaan KBSR dan KSSR 35
xv
SENARAI SINGKATAN
KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah
SPI - Surat Pekeliling Ikhtisas
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
PPPD - Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
GB - Guru Besar
RPH - Rancangan Pengajaran Harian
BBB - Bahan Bantu Belajar
PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah
EMK - Elemen Merentas Kurikulum
P & P - Pembelajaran dan Pengajaran
BI - Bahasa Inggeris
GPK - Guru Penolong Kanan
LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan
LCD - Liquid Crystal Display
PPSMI - Pembelajaran Pengajaran Sains Matematik Inggeris
ICT - Information and Communication Technologies
TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
MBMMBI - Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasa
Bahasa Inggeris
SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Protokol Temubual:
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,
Guru Besar dan Guru 156
B Soal selidik 158
C Surat Pengesahan Status Pelajar 162
D Surat Kepada JPNJ :Mohon Kebenaran Menjalankan
Kajian rintis 163
E Surat Kepada PPD Batu Pahat : Mohon Kebenaran
Menjalankan Kajian rintis 164
F Surat Kepada EPRD: Mohon Kebenaran Menjalankan
Kajian 165
G Surat Daripada JPNJ: Kebenaran Menjalankan Kajian 166
H Suat Daripada EPRD: Kebenaran Menjalan Kajian 167
I Surat Kepada JPNJ: Mohon Kebenaran Menjalankan
Kajian Sebenar 168
J Surat Kepada PPD Muar : Mohon Kebenaran
Menjalankan Kajian Ke Atas Guru-Guru Besar
Sekolah Kebangsaan 169
K Surat Kepada Guru-Guru Besar Sekolah Kebangsaan 170
L Surat Daripada EPRD: Kebenaran Khas Menjalankan
Kajian 171
M Transkripsi Temubual Dengan Guru Besar A 173
N Transkripsi Temubual Dengan Guru Besar B 181
O Transkripsi Temubual Dengan Guru Besar C 186
P Transkripsi Temubual Dengan Guru A 197
xiv
Q Transkripsi Temubual Dengan Guru B 200
R Transkripsi Temubual Dengan Guru C 204
S Transkripsi Temubual Dengan PPPD A 208
T Transkripsi Temubual Dengan PPPD B 211
U Transkripsi Temubual Dengan PPPD C 213
V Analisis Data Kajian 217
W Ujian Rintis Kesahan 225
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha
menyusun semula dan menambahbaik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan
keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21 (Bahagian Pembangunan
Kurikulum KPM, 2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah sebenarnya telah
bermula daripada Kurikulum Standard Prasekolah yang telah mula diperkenalkan
pada tahun 2010 kepada Sistem Pendidikan Awal Kanak-Kanak Prasekolah.
Kemudian pada tahun 2011 dan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11
Tahun 2010-Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu
Murid Tahun Satu 2011, bertarikh 14 Oktober 2010, maka Kurikulum Standard
Sekolah Rendah pun bermulalah di semua sekolah di Malaysia. Pelaksanaannya
adalah secara berperingkat bermula daripada murid Tahun Satu 2011 (Pejabat Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, 2010).
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2010, Pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Murid Tahun Satu 2011,
bertarikh 14 Oktober 2010, maka pada penghujung Tahun 2010, guru-guru sekolah
rendah dikehendaki mengikuti Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah
Rendah bagi setiap Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.
Modul Teras Asas adalah seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam
2
dan Moral. Modul Teras Tema adalah seperti Dunia Seni Visual, Dunia Muzik dan
Dunia Sains dan Teknologi. Manakala Modul Elektif pula adalah Bahasa Arab,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah dibangun dengan kekal
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan prinsip-
prinsip yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Prinsip-prinsip
yang dikekalkan dalam KSSR ialah mengekalkan pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua
murid dan pendidikan seumur hidup (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).
KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, dan
inovasi melalui 6 tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika,
kemanusiaan, ketrampilan diri, sains dan teknologi, dan kerohanian sikap serta nilai.
Keenam-enam tunjang yang mendasari kurikulum standard ini adalah selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KSSR juga mengalami perubahan
dan penambahbaikan dari segi rekabentuk, organisasi, pedagogi, penegasan
kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. KSSR juga digubal
dengan mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk
mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup dan belajar untuk
membentuk peribadi (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).
KSSR juga telah menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan
pembelajaran dan pengajaran guru lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.
Pada Tahap 1, kurikulum adalah diorganisasikan dalam bentuk Modul Teras Asas,
Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Manakala pada Tahap 11, kurikulum adalah
diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan elektif. Mata pelajaran ini
dilaksanakan secara modular (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011). KSSR
adalah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard
pembelajaran. Standard kandungan merupakan pernyataan secara terperinci
mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala,
standard pembelajaran pula adalah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan
(_____ ,2010).
3
KSSR juga memperkenalkan tiga elemen nilai tambah, iaitu elemen
kreativitif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi. Ia
bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan
yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi,
berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Ia turut memberi fokus kepada
penguasaan kemahiran membaca, menulis, mengira dan ditambah dengan
kemahiran menaakul. KSSR menekankan penggunaan pelbagai pendekatan
pengajaran dan pembelajaran. Penekanan adalah kepada ‘hands-on learning’
seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara
konstruktivisme, pembelajaran secara kontektual, pembelajaran masteri dan
pembelajaran luar bilik darjah agar murid-murid menjalani proses pembelajaran dan
pengajaran yang lebih menarik. Pendekatan yang digunakan juga mestilah memberi
peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian
kecergasan murid-murid (_____ ,2010).
Kesimpulannya pelaksanaan dan kejayaan KSSR adalah terletak sepenuhnya
dibahu pemimpin sekolah. Pemimpin sekolah sebagai peneraju utama dan sebagai
pemimpin instruksional adalah terlibat secara langsung dengan unsur-unsur
perubahan dan perkembangan kurikulum terkini iaitu perubahan dan
perkembangan yang terdapat dalam KSSR. Sebagai Kepimpinan sekolah, Guru
Besar turut terlibat dengan proses penyampaian ilmu dalam pembelajaran dan
pengajaran guru di bilik darjah. Begitu juga dengan pengoperasian dan pelaksanaan
KSSR dan pentaksirannya, program-program pembangunan staf, proses pencerapan
dan penyeliaan serta pembangunan kurikulum itu sendiri seharusnya difahami dan
menjadi amalan oleh semua guru di semua peringkat di bawah kepimpinannya.
Pengurusan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada
semua pihak khususnya kepimpinan sekolah dan barisan guru-gurunya sebagai
kumpulan pelaksana. Pengurusan KSSR oleh kepimpinan sekolah turut memerlukan
bantuan daripada pihak-pihak yang berkepentingan dengannya seperti jemaah
nazir, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Begitu juga, untuk merealisasaikan kejayaan KSSR ini
memerlukan kerjasama dan pemahaman tentang kurikulum itu oleh ibu bapa dan
4
masyarakat Malaysia seluruhnya supaya proses pelaksanaannya mencapai matlamat
yang telah ditetapkan dan dihasratkan.
1.2 Latar belakang masalah
Masalah yang dihadapi oleh Guru Besar dalam merealisasikan KSSR ialah
Guru Besar kurang mendapat pendedahan mendalam dan menyeluruh tentang
KSSR, walaupun mereka telah didedahkan tentang dasar tersebut melalui taklimat-
taklimat yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri. Kurangnya pendedahan menyebabkan Guru Besar kurang pengetahuan
tentang KSSR, khususnya tentang isi kandungan bahan kurikulum iaitu Dokumen
Standard Kurikulum, Dokumen Standard Prestasi, Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran bagi setiap modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan
Modul Elektif (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).
Kurangnya pendedahan menyebabkan Guru Besar tidak jelas tentang isi
kandungan yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen
Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dan ini
menyukarkan Guru Besar untuk memastikan bahawa pembelajaran dan pengajaran
guru adalah mengikut kehendak KSSR yang digunapakai waktu kini (Kamariah Mat
Rawi, komunikasi peribadi, 25 Januari 2013). Ketidak jelasan tentang bahan
kurikulum yang digunakan, menyebabkan Guru Besar tidak berkeyakinan untuk
memberi bimbingan khususnya kepada guru-guru yang tidak menghadiri kursus
KSSR secara ‘hands-on’ tetapi diminta untuk mengajar kelas KSSR atas dasar
keperluan sekolah .
Guru Besar tidak jelas tentang Dokumen Standard Kurikulum bagi setiap
mata pelajaran sebab dalam setiap isi kandungan bahan kurikulum standard itu
berbeza. Ini adalah kerana bahan kurikulum standard yang digunakan adalah tidak
sama di antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain (Kamariah Mat
Rawi, komunikasi peribadi, 25 Januari 2013). Ianya berbeza dari segi matlamat,
objektif, fokus organisasi, kandungan kurikulum, elemen merentas kurikulum,
pendekatan, strategi pembelajaran dan pengajaran. Contohnya, bagi mata pelajaran
5
Bahasa Malaysia, kandungan Dokumen Standard merangkumi tunjang kurikulum
standard sekolah rendah, matlamat, objektif dan fokus.
Manakala susunan kandungan kurikulumnya terdiri daripada standard
kurikulum, kem bahasa, pendekatan modular, sistem bahasa, elemen merentas
kurikulum, strategi pembelajaran dan pengajaran, standard kandungan dan standard
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, aspek seni
bahasa dan aspek tatabahasa (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010).
Manakala, bagi mata pelajaran Matematik pula, ia melibatkan, kemahiran
matematik iaitu menganalisis, menyelesaikan masalah, menaakul, membuat kaitan,
membuat perwakilan, elemen nilai tambah, amalan keusahawanan, teknologi
maklumat dan komunikasi dan penilaian (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2011). Bagaimanakah pencerapan dan penyeliaan berkesan terhadap pembelajaran
dan pengajaran guru di dalam bilik darjah dapat dijalankan dan bagaimanakah
bimbingan terhadap guru dapat diberikan jika aspek-aspek tersebut tiada dalam
pengetahuan Guru Besar.
Guru Besar kurang memahami mengenai Elemen Merentas Kurikulum
(EMK) iaitu, elemen kreativiti dan inovatif, elemen keusahawanan dan elemen
teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan mereka tidak dapat memastikan
elemen-elemen tersebut diterapkan oleh guru semasa melaksanakan pengajaran di
bilik darjah. Guru Besar selaku pemimpin insrtuksional perlu ketahui apa yang
dimaksudkan dengan elemen merentas kurikulum. Bagaimana, bila dan dalam
disiplin ilmu yang mana guru perlu menerapkan dan memasukkan elemen-elemen
tersebut sewaktu pengajaran di bilik darjah (Feroz Mahpop, komunikasi peribadi,
29 November 2012). Sebagai pemimpin profesional di sekolah, adalah menjadi
tanggungjawab utama Guru Besar untuk memastikan pembelajaran murid dan
pengajaran guru adalah menepati kehendak KSSR yang telah disediakan.
Beban tugas Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran telah
menjejaskan salah satu daripada tugasnya sebagai pemimpin instruksional iaitu
melaksanakan pencerapan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah . Sedangkan
Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987,
penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas oleh Pengetua dan Guru
6
Besar sekolah, dan ia terpakai sehingga kini walaupun kurikulum telah mengalami
perubahan. Kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas tersebut jelas menyatakan, sebagai
pemimpin profesionalisme di sekolah, tanggungjawab utama seorang Pengetua dan
Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum lama (KBSR)
begitu jugalah kepada KSSR yang digunapakai sekarang ini. Tugas dan fungsi
Guru Besar masih tetap sebagai pemimpin profesionalisme (Bahagian Sekolah,
1987). Oleh yang demikian pelaksanaan kurikulum, tidak kira KBSR atau KSSR
ianya tetap dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh
guru. Keberkesanan pelaksanaan KSSR adalah sangat memerlukan penyeliaan
yang rapi dan sistematik daripada Guru Besar.
Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai
pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran yang berkesan (Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006). Kepimpinan sekolah
kurang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran turut akan berlaku walaupun
perubahan berlaku terhadap kurikulum sekolah. Tugas pentadbiran kini telah
bertambah berat berbanding dengan tugas pengajaran, malahan ada Guru Besar
tidak mengajar langsung dan hampir seratus peratus masa kerja mereka adalah
untuk hal-hal pengurusan sekolah (AL. Ramaiah, 2009).
Terdapat juga pemimpin sekolah tidak menjalankan penyeliaan
pembelajaran dan pengajaran kerana kesibukan mengurus dan mentadbir sekolah
sama ada semasa KBSR, apa tah lagi semasa KSSR. Pemimpin sekolah
beranggapan berjalan di sekeliling blok bangunan bilik darjah bagi memastikan
guru dan murid berada di kelas sebagai sebahagian daripada penyeliaan. Pemimpin
sekolah berpendapat bahawa penyeliaan adalah berada di kelas selama 10 minit atau
kurang bagi mendapatkan gambaran status pembelajaran murid dan pengajaran guru
(James Ang & Balasandran, 2009).
Wujud juga isu pemimpin sekolah yang hanya menggunakan instrumen
penyeliaan sebagai senarai semak tanpa membuat penilaian secara kualitatif, dan
beranggapan pembelajaran dan pengajaran yang memenuhi ciri-ciri yang
disenaraikan sebagai pembelajaran dan pengajaran yang cemerlang. Pemimpin
sekolah tidak bersifat professional semasa penyeliaan pembelajaran dan pengajaran
7
kerana kurang memiliki kemahiran pedagogi, bimbingan dan mentoring (James
Ang et al., 2009). Perkara yang sama berlaku semasa Guru Besar melaksanakan
penyeliaan terhadap kelas dan guru KSSR.
Terdapat juga Guru Besar menjalankan penyeliaan tanpa garis panduan
tertentu. dan guru juga tidak pernah mendapat maklum balas dan bimbingan yang
konstruktif bagi tujuan membimbing dan membuat penambahbaikan kepada
pembelajaran dan pengajaran murid daripada pemimpin sekolah, berkaitan dengan
status dan kualiti pengajaran mereka (James Ang et al., 2009). Penyeliaan
berbentuk klinikal yang melalui beberapa langkah iaitu dengan mengadakan
perbincangan sebelum pencerapan, semasa pencerapan dan perbincangan selepas
pencerapan kurang diaplikasikan oleh Guru Besar bagi membantu guru untuk
melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang dapat memberi impak yang
positif kepada murid-murid (Glanz, 2006). Penyeliaan klinikal adalah satu kaedah
penyeliaan yang dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru dan menggalakkan
pembelajaran murid untuk menjadi lebih efektif. Kaedah penyeliaan sebegini tidak
digunakan oleh Guru Besar untuk berkongsi maklumat, bertukar pandangan dan
ilmu pengetahuan bagi meningkatkan keilmuannya. Sebenarnya kaedah pencerapan
dan penyeliaan boleh memberi ruang dan peluang kepada Guru Besar, sebagai
seorang yang dipercayai boleh menyimpan maklumat sulit. Antara Guru Besar dan
guru boleh berkongsi amalan pengajaran mereka di samping bersikap terbuka dalam
membincang tentang masalah-masalah pembelajaran dan pengajaran.
Tambahan pula, masalah kriteria yang digunakan dalam instrumen
pencerapan dan penyeliaan pembelajaran dan pengajaran guru kelas KSSR adalah
terlalu umum. Guru Besar sukar untuk mengenal pasti beberapa aspek terbaharu
dalam KSSR seperti tiga elemen nilai tambah iaitu elemen kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi. Ini adalah kerana
instrumen yang digunakan untuk penyeliaan pembelajaran dan pengajaran guru
KSSR menggunakan instrumen yang sama untuk pencerapan dan penyeliaan mata
pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Instrumen yang
digunakan adalah instrumen yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir dalam Dokumen
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia versi 2010 (Jemaah Nazir Jaminan Kualiti,
2010). Kriteria yang dinyatakan terlalu umum dan sukar untuk mengenal pasti dan
8
menilai aspek-aspek pengajaran guru yang mengandung unsur-unsur seperti
elemen merentas kurikulum yang baharu iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan
serta teknologi maklumat dan komunikasi yang mesti diterapkan semasa
melaksanakan pengajaran guru sebagaimana kehendak Dokumen Standard bagi
mata pelajaran tertentu dalam KSSR (Kamariah Mat Rawi, komunikasi peribadi, 25
Januari 2013).
Selain daripada itu, Guru Besar kurang berkemahiran atau kurang
kompetensi dalam pedagogi pendidikan. Ini adalah kerana Guru Besar kurang
dibugarkan semula dengan pedagogi pendidikan, begitu juga dengan strategi,
kaedah dan pendekatan terkini untuk mempertingkatkan profesionalisme dan
kompetensinya berkaitan dengan bidang tugasnya sebagai pengurus kurikulum.
Banyak perubahan terkini telah berlaku dalam KSSR. Kemahiran Guru Besar
dalam pedagogi pendidikan semakin menurun dan merosot (Feroz Mahpop,
Komunikasi Peribadi, 29 November 2012). Guru Besar kurang mengajar dan lebih
banyak masanya tertumpu dalam hal-hal pengurusan dan pentadbiran di pejabat dan
kurang melaksanakan pencerapan di bilik darjah. Tugas pencerapan diagihkan
kepada barisan Guru Penolong Kanan (AL. Ramaiah, 2009).
Kelemahan Guru Besar dari sudut pedagogi pembelajaran dan pengajaran
menyebabkan Guru Besar tidak dapat membimbing guru untuk melaksanakan
pembelajaran dan pengajaran yang lebih efektif di dalam bilik darjah (Feroz
Mahpop, komunikasi peribadi, 29 November 2012). Tambahan pula Dokumen
Standard Kurikulum telah mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan
pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil bakat dan potensi diri murid.
Pengisian kurikulumnya pula memerlukan guru menggarap beberapa unsur penting
seperti ilmu, nilai-nilai murni, aspek kewarganegaraan, peraturan sosio budaya
masyarakat dan kemahiran bernilai tambah. Oleh itu adalah menjadi
tanggungjawab Guru Besar membantu guru untuk mempertingkatkan kemahiran
dalam menyusun pendekatan, strategi, kaedah dan pedagogi pengajaran guru supaya
pengajarannya menepati kehendak KSSR.
Guru Besar sebagai pengurus perubahan kurang membuat perancangan yang
serius untuk mengadakan program-program pembangunan staf, latihan-latihan
9
dalam perkhidmatan, usaha-usaha penyelarasan berkaitan dengan pelaksanaan
kurikulum, juga aktiviti-aktiviti sokongan yang berkaitan, bagi memastikan
kejayaan KSSR. Guru Besar sebagai pengurus kurikulum kurang bertindak secara
proaktif mempertingkatkan profesionalismenya. Ini menyebabkan mereka sukar
untuk memastikan pelaksanaan KSSR melalui proses pembelajaran dan pengajaran
guru berada di landasan yang betul (Kamariah Mat Rawi, komunikasi peribadi, 25
Januari 2013). Ini merupakan suatu cabaran kepada Guru Besar untuk
mempertingkatkan tahap profesionalismenya.
Terdapat juga Guru Besar yang kurang berkemahiran dalam mengurus
perubahan khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran guru bagi kelas-kelas
KSSR. Terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam KSSR (Kamariah Mat
Rawi, komunikasi peribadi, 25 Januari 2013). Contohnya dari segi penulisan
rancangan pengajaran harian guru sudah berubah bentuk formatnya. Banyak
elemen-elemen tambahan yang perlu dinyatakan semasa guru merancang
pengajaran mereka. Contohnya dalam menyediakan rancangan pengajaran harian
untuk Bahasa Melayu, guru perlu menyatakan fokus utama, fokus sampingan,
kemahiran bahasa, sistem bahasa, ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah.
Ketidakpekaan dan keprihatian Guru Besar boleh memberi kesan terhadap
pelaksanaan KSSR dalam jangka waktu panjang. KSSR boleh jadi kembali semula
seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Feroz Mahpop, komunikasi
peribadi, 29 November 2012).
Selain daripada itu, isu penyampaian dan penyebaran maklumat oleh guru-
guru yang menghadiri kursus orientasai KSSR kepada guru-guru lain di sekolah
yang dilakukan secara ‘in house training’. Terdapat juga salah faham dalam
kalangan guru mengenai perubahan dalam kurikulum menyebabkan matlamat
sebenar Kementerian Pelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya. Perkara berlaku
disebabkan kaedah penyampaian perubahan kurikulum melalui kursus yang bersifat
satu hala menyebabkan kefahaman yang dinyatakan sebenarnya tidak sama dengan
maksud sebenar oleh penyampai (Wan Hamzah, Sallina, Khadisah, Aminuddin &
Abu Hashim, 2007).
Merujuk kepada laporan nazir ke atas sebuah sekolah di Daerah Muar,
berkaitan dengan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di kelas KSSR
10
Tahun Satu Tahun 2011, terdapat perbezaan yang ketara dalam prestasi
pembelajaran dan pengajaran antara guru yang menghadiri kursus orientasi KSSR
dengan guru Tahun Satu KSSR yang hanya menerima kursus secara ‘in-house
training’. Hasil pemantuan tersebut mendapati guru yang menghadiri kursus
berada pada tahap harapan manakala prestasi guru yang hanya mendapat maklumat
secara ‘in-house training’ berada pada tahap lemah (Jemaah Nazir dan Jaminan
Kualiti Negeri Sembilan, 2011).
Guru yang mengajar kelas KSSR kebanyakannnya adalah guru-guru yang
mengajar kelas KBSR, dan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang dasar pendidikan negara, kurikulum kebangsaan, peraturan-peraturan yang
relevan dengan kurikulum serta perkembangan terkini dalam pendidikan (Institut
Aminudin Baki, 2006). KSSR, adalah hasil daripada transformasi pendidikan dan
banyak perubahan yang holistik telah dilakukan, seperti perubahan dari segi
bentuk, organisasi, isi kandungan kurikulum, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan kurikulum (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).
Masalah kekurangan kursus KSSR secara berterusan dari masa ke masa
menyebabkan guru tidak mencapai tahap kemahiran yang diperlukan untuk
mengimplementasikan segala unsur dan elemen yang dicadangkan dalam bahan
kurikulum semasa mengajar kelas KSSR. Justeru itu guru kurang mahir dan kurang
mantap dari segi kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mengajar kelas
KSSR. Sesi-sesi perbengkelan tidak dilaksanakan secara berterusan, bagi
memantapkan dan meningkatkan lagi kemahiran pengajaran guru. Sebenarnya
dengan hanya sekali sahaja penyampaikan ilmu tentang KSSR belum tentu dapat
diterima oleh guru dengan sepenuh dan secara mendalamnya (Kamariah Mat Rawi,
komunikasi peribadi, 25 Januari 2013). Kesannya Guru Besar terpaksa berhadapan
dengan masalah guru kurang mahir dalam pengajaran dan penguasaan isi
kandungan pelajaran yang hendak diajar.
Wujud juga senario di mana Guru Besar kurang mengambil inisiatif untuk
menyediakan segala keperluan bahan tambahan seperti kertas fotostat, kemudahan
mesin fotostat, kemudahan ICT untuk pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Pemimpin sekolah hanya memberi sokongan secara
11
lisan tanpa melakukan tindakan susulan. Sebagai contoh, pemimpin sekolah
menggalakkan guru-guru menjalankan latih tubi bagi meningkatkan kemahiran
murid tetapi pemimpin sekolah pula tidak menyediakan kemudahan bahan cetak
yang diperlukan (Wan Hamzah et al., 2007). Dalam melaksanakan KSSR, ia
memerlukan banyak kertas untuk lembaran kerja dan untuk bahan pentaksiran
murid (Feroz Mahpop, komunikasi peribadi, 29 November 2012).
Masalah kekurangan kemudahan fizikal dan penggunaan bahan bantu
mengajar, masalah prasarana yang rosak, tidak mencukupi, kurang kualiti dan tidak
terkini juga memberi kesan yang negatif terhadap pelaksanaan kurikulum
khususnya KSSR (Wan Hamzah et al., 2007). Pemimpin sekolah tidak
berkeupayaan untuk melengkapkan prasarana sekolah agar pembelajaran dan
pengajaran murid dapat dijalankan dalam suasana yang kondusif kerana ia
melibatkan kos yang tinggi. Bantuan melalui persatuan ibu bapa dan guru, orang
perseorangan, tokoh korporat, Ahli Dewan Undangan Negeri, pemimpin-pemimpin
masyarakat setempat, ahli perniagaan, peruntukan Menteri Besar, Pegawai Daerah
dan lain-lain agensi dan NGO sukar dan lambat diperoleh bagi menyediakan segala
keperluan dan kelengkapan sekolah.
Masalah ketidakhadiran guru kerana bercuti rehat khas, cuti sakit, cuti
bersalin selama 60 hari atau 90 hari, menghadiri taklimat, berkursus, terlibat dengan
acara-acara sukan daerah dan program-program lain dalam waktu pembelajaran dan
pengajaran turut menjadi masalah yang dihadapi oleh pemimpin sekolah setiap hari
(Wan Hamzah et al., 2007). Ketidakhadiran guru turut menjejaskan kelancaran dan
kelicinan pembelajaran murid KSSR. Oleh itu, samada guru kelas KSSR atau
KBSR perlu melengkapkan diri dengan keilmuan yang tinggi dan memperbaharui
pengetahuan tentang kaedah, strategi dan pendekatan terkini yang digunakan dalam
pelaksanaan KSSR contohnya penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran
untuk menjadi lebih kreatif dan berinovasi dalam penyampaian ilmu kepada murid
(Wan Hamzah et al., 2007).
Kesimpulannya, pemimpin sekolah yang berintegriti dan mempunyai
akauntibiliti memikul tanggungjawab bersama dengan barisan pemimpin
pertengahan dan guru berusaha mengurus dan mentadbir pelaksanaan KSSR
12
walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran demi untuk melahirkan modal insan
sebagai persediaan dan persiapan menghadapi pelbagai cabaran dunia abad ke 21.
Kepimpinan sekolah dan barisan guru-guru bergerak seiring dengan Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi memastikan anak-anak bangsa Malaysia mendapat
pendidikan terbaik bertaraf dunia dan mampu bersaing di pasaran samada di
peringkat glokal mahu pun global.
1.3 Pernyataan masalah
Dalam usaha kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia melakukan
transformasi pendidikan dan membuat penambahbaikan terhadap sistem pendidikan
negara, peranan pemimpin sekolah adalah sangat penting. Kepincangan yang
berlaku di pihak pelaksana boleh menjejaskan hasrat transformasi yang ingin
dicapai. Oleh itu untuk memastikan kepincangan yang berlaku diperingkat
pelaksana dapat diatasi, maka satu kajian perlu dilakukan bagi mendapatkan
beberapa resolusi untuk mengurangkan dan mengatasinya.
Salah satu masalah yang dikesan ialah Guru Besar selaku pemimpin
profesional di sekolah kurang mendapat pendedahan yang khusus mengenai
kurikulum yang digunakan dalam sistem pendidikan Malaysia sekarang ini iaitu
KSSR. Guru Besar tidak dipanggil untuk berkursus atau mendapat latihan bersama-
sama dengan guru untuk menerima dan mengetahui perubahan-perubahan yang
berlaku dalam kurikulum. Dalam KBSR, sekolah menggunakan sukatan pelajaran
tetapi dalam KSSR kini menggunakan bahan kurikulum yang terdiri daripada
Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Prestasi. Dalam Dokumen
Standard Kurikulum, ada pula Standard Kandungan dan ada Standard
Pembelajaran. Isi kandungan dalam Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran tidak diketahui oleh Guru Besar sekiranya Guru Besar tidak
mengambil inisiatif sendiri untuk meneliti Dokumen Standard Kurikulum bagi
setiap Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Guru Besar hanya
menerima kefahaman dan pengetahuan melalui guru-gurunya yang dihantar
berkusus atau melalui kursus secara dalaman di peringkat sekolah. Apa yang
berlaku ialah guru diberi kursus untuk tempoh tiga hingga lima hari tetapi guru
13
hanya mampu menyampaikannya dan menyebarkannya dalam tempoh satu hingga
dua jam sahaja kepada kepimpinan sekolah dan rakan-rakannya yang lain. Situasi
seperti ini sudah pasti akan berlaku kecairan maklumat yang disampaikannya.
Masalah yang berlaku ialah Guru Besar tidak mendapat pendedahan tentang isi
kandungan Dokumen Standard yang digunakan secara ‘hands-on’.
Seterusnya, kekurangan ilmu pengetahuan tentang kurikulum yang
digunakan menyebabkan Guru Besar tidak mengetahui apakah aspek-aspek
perubahan yang telah berlaku. Kekurangan ilmu pengetahuan ini telah menjejaskan
tugas Guru Besar selaku pemimpin instruksional terhadap pengajaran guru. Guru
Besar sekadar mencerap pengajaran guru tanpa mengetahui pedagogi pendidikan
yang mesti digunakan dan elemen-elemen yang mesti diterapkan dalam
pembelajaran dan pengajaran guru. Guru Besar sukar untuk mengenal pasti apakah
perubahan yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru, yang membezakan pengajaran
dan penerapan ilmu itu adalah berbeza antara KBSR dengan KSSR. Apa yang
dilihat oleh Guru Besar dalam pengajaran guru adalah sama dengan KBSR. Cuma
yang berbeza hanya dari segi penulisan rancangan harian mengajar guru yang agak
panjang dan terperinci serta format penulisan rancangan harian pula didapati
berbeza-beza di antara guru walaupun mengajar mata pelajaran yang sama (Feroz
Mahpop, komunikasi peribadi, 29 November 2012).
Seterusnya masalah kriteria yang terdapat dalam instrumen pencerapan yang
digunakan oleh Guru Besar untuk mencerap guru KSSR adalah terlalu umum
kerana masih menggunakan instrumen pencerapan guru KBSR. Terdapat beberapa
elemen penting seperti elemen merentas kurikulum tidak dimasukkan sebagai salah
satu kriteria yang dicerap. Masalah Guru Besar kurang mahir dari segi pedagogi
pendidikan kerana sudah kurang mengajar mata pelajaran tertentu menyebabkan
Guru Besar kurang memainkan peranannya sebagai pemimpin instruksional untuk
memberi bimbingan dan tunjuk ajar guru khususnya kepada guru novis yang
terpaksa mengajar kelas KSSR disebabkan kekangan yang ada di sekolah. Guru
tidak dapat meningkatkan prestasi kerja dan tidak dapat membetulkan kesilapan
yang diakukan. Kesilapan yang berlaku jika tidak diperbetulkan akan berlarutan
sehingga ia menjadi satu budaya yang tidak patut diamalkan. Kelemahan Guru
Besar untuk mempertingkatkan kemahiran dan memantapkan kompetensinya
14
menyebabkan Guru Besar tidak yakin dan kurang berminat untuk melaksanakan
kepimpinan instruksional.
Wujud juga isu Guru Besar sebagai pengurus perubahan kurang merancang
untuk aktiviti penyampaian dan penyebaran maklumat di sekolah. Guru Besar
kurang menitik beratkan tentang aktiviti profesionalisme seperti mengadakan
perbengkelan dan perbincangan bagi memantapkan pemahaman guru terhadap
KSSR. Begitu juga perkongsian ilmu antara Guru Besar dan guru tidak berlaku.
Guru dengan ilmu pengetahuannya dan Guru Besar dengan ilmu pengetahuannya
dan tidak dikongsi bersama untuk kebaikan bersama. Masalah kekurangan bahan
sokongan yang lain seperti keperluan kertas pencetak untuk aktiviti lembaran kerja
murid, kemudahan menggunakan mesin fotostat di sekolah, kemudahan ICT untuk
pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah
melemahkan semangat guru untuk menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang
efektif.
Kesimpulannya, segala permasalahan dan kepincangan yang berlaku perlu
diperbetulkan dan diatasi dan satu kajian berkaitan dengan isu-isu yang dinyatakan
perlu ada tindakan penyelesaiannya.
1.4 Objektif kajian
Berdasarkan kepada latar belakang dan pernyataan masalah, pengkaji
merumuskan bahawa objektif kajian yang hendak dicapai ialah :-
i. Mengenalpasti kompetensi yang diperlukan oleh Guru Besar bagi
membolehkan mereka memantau pelaksanaan KSSR dengan berkesan.
ii. Mengenalpasti, samada dokumen senarai semak boleh dihasilkan bagi
kegunaan Guru Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR.
iii. Mengenalpasti apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru Besar dan
guru dalam melaksanakan dan semasa pencerapan mata pelajaran KSSR.
15
iv. Mengenalpasti, bagaimana proses pencerapan mata pelajaran Kurikulum
Standard Sekolah Rendah boleh ditambahbaik.
v. Mengenalpasti apakah masalah-masalah dan keperluan guru dalam
melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan seperti di bawah :
i. Apakah kompetensi yang diperlukan oleh Guru Besar bagi membolehkan
mereka memantau pelaksanaan KSSR dengan berkesan?
ii. Apakah dokumen senarai semak yang boleh dihasilkan bagi kegunaan Guru
Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR di sekolah?
iii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru Besar dan guru dalam
melaksanakan dan semasa pencerapan mata pelajaran KSSR?
iv. Bagaimanakah proses pencerapan mata pelajaran KSSR boleh
ditambahbaik?
v. Apakah masalah-masalah dan keperluan guru dalam melaksanakan KSSR?
1.6 Kepentingan kajian
Berdasarkan objektif kajian, pengkaji percaya bahawa, hasil dapatan dan
maklumat-maklunat yang diperoleh akan dapat membantu pihak-pihak yang ada
kaitan dengan perancangan, pembangunan dan pelaksanaan pendidikan di Malaysia,
khususnya kepada Guru-guru Besar, pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah
dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian
dan membuat penambahbaikan.
16
1.6.1 Kepada Guru Besar
Kajian berkaitan dengan KSSR ini amat perlu kepada Guru-guru Besar
kerana ia dapat membuka minda para Guru Besar tentang pentingnya untuk
mereka mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang KSSR secara mendalam dan
membina serta memantap kemahiran kepimpinan instruksionalnya. Begitu juga
sangat penting bagi Guru Besar memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kajian ini juga
dipercayai akan dapat menyedarkan para Guru Besar untuk memainkan peranan
sebagai pemimpin instruksional untuk berusaha menambahkan ilmu pengetahuan
dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang mendalam dari segi pedagogi
pendidikan dan pendekatan terkini yang digunakan dalam melaksanakan KSSR.
Kajian ini juga mengingatkan para Guru Besar tentang tanggungjawabnya
untuk melakukan pencerapan dan penyeliaan terhadap pengajaran guru di dalam
bilik darjah supaya pengajaran guru lebih berkesan dan menepati kehendak KSSR.
Selain daripada itu, kajian ini akan dapat mengingatkan para Guru Besar tentang
fungsi mereka sebagai pemimpin dan pengurus Kurikulum di sekolah menyediakan
segala keperluan dan kemudahan peralatan dan bahan bantuan mengajar yang
diperlukan oleh guru dan murid supaya pembelajaran murid lebih menyeronokkan
dan menarik minat murid untuk belajar.
1.6.2 Kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
Kajian ini amat penting kepada pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan
Jabatan Pelajaran Negeri agar mereka dapat merancang dan menganjurkan siri-siri
kursus, seminar, kolokium dan perbengkelan khusus untuk Guru Besar bagi
memantapkan lagi pemahaman dan pengetahuan mereka sebagai pelaksanaan KSSR
di sekolah. Selain daripada itu, kajian ini berkemungkinan akan mencetuskan idea
pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk
merancang dan melaksanakan program-program turun padang seperti aktiviti
penyeliaan dari masa ke masa terhadap pembelajaran dan pengajaran guru di dalam
bilik darjah KSSR. Kajian ini juga akan menjadi perintis kepada pegawai di Pejabat
17
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengkaji dan menganalisis
segala keperluan dan kemudahan alat sokongan yang diperlukan oleh guru dan
murid selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini.
1.6.3 Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
Kajian ini diharapkan agar pihak kementerian pelajaran turut memberi
perhatian dan menambahkan peruntukan kewangan kepada sekolah bagi tujuan
penyediaan bahan bantuan mengajar dan bahan sokongan pembelajaran murid.
1.7 Batasan kajian
Kajian yang akan dijalankan adalah tidak menyeluruh kepada seluruh
populasi Sekolah Rendah yang ada di Daerah Muar yang terdiri daripada Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan
Sekolah Pendidikan Khas yang berjumlah 171 buah sekolah. Pengkaji hanya
menggunakan satu perdua daripada bilangan populasi yang ada iaitu seramai 99
sampel kajian yang terdiri daripada Guru-Guru Besar Sekolah Kebangsaan
daripada 99 buah sekolah kebangsaan yang ada di Daerah Muar. Kajian ini tidak
dijalankan ke atas Guru Besar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan
Pendidikan Khas kerana pengkaji hanya berkecenderungan untuk mengkaji Guru-
guru Besar yang mempunyai latarbelakang masalah yang hampir sama dan berfokus
hanya kepada Sekolah Kebangsaan sahaja.
Fokus kajian hanyalah kepada beberapa aspek sahaja iaitu, untuk
mengetahui kompetensi yang diperlukan oleh Guru Besar sebagai persediaan dan
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan Dokumen
Standard Kurikulum, Dokumen Standard Prestasi, penerapan elemen-elemen nilai
tambah, pendekatan dan pedagogi pendidikan terbaharu dan terkini yang patut
diterapkan oleh guru dalam pembelajaran dan pengajaran kelas KSSR. Selain
daripada itu pengkaji hanya ingin mengenalpasti samada senarai semak boleh
dihasilkan bagi kegunaan Guru Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan
18
KSSR, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru Besar dan guru dalam
melaksanakan atau semasa pencerapan mata pelajaran KSSR, bagaimanakah
proses pencerapan mata pelajaran KSSR boleh ditambahbaik, bagi memastikan
pengajaran guru menepati kehendak KSSR dan apakah masalah-masalah serta
keperluan guru dalam melaksanakan KSSR.
1.8 Definisi istilah
1.8.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah kurikulum baru sekolah rendah
yang diperkenalkan pada Tahun 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi
menggunakan pendekatan yang lebih interaktif dan menggabungkan beberapa
subjek menjadi satu dan pembelajaran dan pengajaran guru menggunakan modul
bagi menggantikan buku teks (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010). Ia tetap
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan prinsip KBSR
dengan penambahbaikan dari segi reka bentuk, organisasi, pedagogi, peruntukan
masa dan pengurusan kurikulumnya.
1.8.2 Dokumen Standard Kurikulum
Dokumen Standard Kurikulum adalah bahan kurikulum bagi setiap Modul
Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Teras Elektif dan di dalamnya ada
dinyatakan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang menjadi panduan
perancangan dan pengajaran guru (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010).
1.8.3 Dokumen Standard Prestasi
Dokumen Standard Prestasi adalah suatu dokumen yang menyatakan
pendekatan pentaksiran yang dilakukan dengan merujuk kepada Rujukan Standard.
Rujukan Standard adalah proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid
19
tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap seperti yang
dihasratkan dalam dokumen kurikulum (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2010).
1.8.4 Standard Kandungan
Standard Kandungan adalah pernyataan umum tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2010).
1.8.5 Standard Pembelajaran
Standard Pembelajaran adalah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010)
1.8.6 Didik Hibur
Pendekatan Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia yang
menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai
kaedah, kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni
bahasa disulami dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan
penghasilan produk (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
1.8.7 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah suatu perancangan dalam
Rancangan Malaysia Ke 9 yang bertujuan untuk memperkemaskan pelaksanaan
program-program pendidikan ke arah pembentukan modal insan yang berupaya
memenuhi pasaran tempatan dan mampu bersaing sehingga ke peringkat
20
antarabangsa serta dapat mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia di persada
antarabangsa (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006).
1.8.8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ialah suatu pelan yang
dibangunkan untuk menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan
mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan
tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid
yang dapat memenuhi keperluan Negara pada masa hadapan dengan mencadangkan
11 anjakan strategik dan operasi di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
1.8.9 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) ialah suatu mekanisme yang
disediakan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti dan lebih bersistematik untuk
menetapkan satu standard bagi meningkatkan kualiti pendidikan di institusi
pendidikan secara berterusan untuk mencapai ke tahap yang tertinggi. SKPM
disediakan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti yang membolehkan sekolah
membuat penarafan kendiri bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sekolah
masing-masing (Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, 2010).
1.8.10 Pemimpin Sekolah
Syed Ismail (2010) Pemimpin Sekolah adalah Guru Besar di sekolah yang
mengurus sumber dan kewangan, menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa
dan masyarakat tempatan, pakar dalam segala hal kurikulum, psikologi kanak-
kanak dan tadbir urus pejabat.
21
1.8.11 Kompetensi
Kompetensi adalah kecekapan yang perlu dicapai oleh seseorang Guru
Besar dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin kurikulum di sekolah dan
keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi
membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Guru Besar sebagai
peneraju utama sekolah hendaklah bersedia untuk melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran dalam menangani pelbagai perubahan yang berlaku
dalam kurikulum terkini iaitu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Institut
Aminudin Baki, 2006)
1.8.12 Pengetahuan
Pengetahuan bermaksud seseorang Guru Besar itu perlu mempunyai
pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang konsep, bentuk, organiasai,
kandungan, pedagogi, pengurusan kurikulum dan bahan dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah. Sebagai pemimpin kurikulum, adalah menjadi
tanggungjawab Guru Besar untuk memastikan pelaksanaan KSSR sebagai program
pendidikan melalui proses pengurusan, perancangan, pengelolaan, penyeliaan,
kawalan dan penilaian itu dapat mencapai matlamat yang dihasratkan oleh
Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.
1.8.13 Kemahiran
Kemahiran bermaksud kemahiran atau kecekapan yang dimiliki oleh
seseorang pemimpin sekolah bagi membantu mereka untuk menggalakkan guru-
guru berfikir secara inovatif dan kreatif. Dengan kemahiran yang dimiliki oleh
pemimpin sekolah, maka ia dapat membantu guru-guru menyelesaikan masalah
dengan cara yang terbaik dan paling optimum di samping dapat menyusun atur
tugas dengan baik serta mempunyai satu kaedah yang terbaik dan objektif bagi
menilai prestasi guru-guru dan staf di bawah kawalannya (Zainuddin Zakaria &
Ziadatul Hidayah Zakaria, 2006).
22
1.9 Kesimpulan
Dalam menghadapi cabaran abad ke-21, Pendidikan merupakan perkara
utama yang perlu diberi perhatian agar warganegara Malaysia mampu bersaing di
persada dunia antarabangsa dan secara globalisasi. Usaha sekolah adalah ke arah
pencapaian matlamat kurikulum dan falsafah pendidikan kebangsaan dan adalah
menjadi tanggungjawab Guru Besar untuk mengetahui dan memahami secara
mendalam tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan, termasuklah matlamat KSSR.
Guru perlu disedarkan, dibimbing dan diselia ketika melaksanakan tugas mereka
untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras
dengan kehendak kurikulum yang disediakan. Guru besar sebagai pemimpin dan
pengurus sekolah harus memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin
guru-guru bertindak dan berusaha ke arah pencapaian matlamat pendidikan yang
ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat (Jemaah Nazir Sekolah
Persekutuan, 1991).
Kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah adalah amat bergantung kepada
berkesan atau tidaknya peranan yang dimainkan oleh seseorang Guru besar. Guru
Besar sebagai pengurus sekolah bertanggungjawab ke atas pelaksanaan kurikulum
melalui proses-proses pengurusan seperti penentuan objektif, perancangan,
pengelolaan, penyeliaan, kawalan dan penilaian (Jemaah Nazir Sekolah
Persekutuan, 1991). Guru Besar adalah lambang kepada segala nilai, dan
kepercayaan, semestinya mempunyai pengetahuan yang luas dalam semua hal yang
berkaitan dengan Kurikulum terbaru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan
berkeupayaan menggerakkan orang-orang di bawah kawalannya iaitu para guru
yang professional untuk melaksanakannya dengan jayanya.