32
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN APLIKASI MULTIMEDIA PENDIDIKAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI MEMPELAJARI KONSEP ASAS PERKAKASAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya : NURUL HADYANI BINTI AHMAD _________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KAMPUNG PARIT DAUN, DR.JAMALLUDIN HARUN 86400 PARIT RAJA, Nama Penyelia BATU PAHAT, JOHOR. Tarikh : 28 APRIL 2006 Tarikh : 28 APRIL 2006 SULIT TERHAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

  • Upload
    others

  • View
    16

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN APLIKASI MULTIMEDIA

PENDIDIKAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI MEMPELAJARI KONSEP ASAS PERKAKASAN KOMPUTER

SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya : NURUL HADYANI BINTI AHMAD _________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: KAMPUNG PARIT DAUN, DR.JAMALLUDIN HARUN 86400 PARIT RAJA, Nama Penyelia BATU PAHAT, JOHOR. Tarikh : 28 APRIL 2006 Tarikh : 28 APRIL 2006

SULIT

TERHAD

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN APLIKASI MULTIMEDIA

PENDIDIKAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN

BERASASKAN MASALAH BAGI MEMPELAJARI KONSEP ASAS

PERKAKASAN KOMPUTER

NURUL HADYANI BINTI AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

“Saya/Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah

Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia I : DR. JAMALLUDIN HARUN

Tarikh : 28 APRIL 2006

* Potong yang tidak berkenaan.

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN APLIKASI MULTIMEDIA

PENDIDIKAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN

BERASASKAN MASALAH BAGI MEMPELAJARI KONSEP ASAS

PERKAKASAN KOMPUTER

NURUL HADYANI BINTI AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan

(Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : NURUL HADYANI BINTI AHMAD

Tarikh : 28 APRIL 2006

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

iii

Untuk ayahanda, Ahmad bin Abu

serta bonda, Halimah Nor Ahmad yang dikasihi

Pengorbananmu sumber kejayaanku

Untuk kekanda yang disayangi

Ashafik bin Md. Sihap

Doronganmu penguat semangatku

Untuk semua ahli keluarga, dan rakan taulan

Segala jasa, doa dan sokongan kalian

Akan kuabadikan dalam ingatan

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan keizinan

serta limpah kurnianya dapat saya menyiapkan laporan projek sarjana muda ini.

Selawat serta salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w. keluarga baginda,

para sahabat, para syuhada’, para ambia’ serta para pejuang Islam keseluruhannya.

Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas dirakamkan kepada Dr. Jamalludin Harun

selaku penyelia projek ini yang telah memberi panduan, kerjasama serta iltizam

sepenuhnya. Berkat bantuan dan sokongan daripada beliau segala kerumitan dapat

diatasi dengan mudah.

Penghargaan juga ditujukan khas buat insan tersayang yang memberi galakan

dan sokongan terutamanya kepada Ayahanda Ahmad Bin Abu, Bonda Halimah Nor

Ahmad, dan juga adik-adik tersayang serta saudara Ashafik bin Md. Sihap yang

memahami serta memberi dorongan sepanjang perlaksanaan projek ini.

Akhir kata semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat ke atas mereka yang

telah menyumbangkan kerjasama untuk menyiapkan laporan projek sarjana muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua.

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

v

ABSTRAK

Aplikasi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan masalah (PBM)

merupakan dua elemen penting yang dapat memberi sumbangan dalam

pembangunan dunia pendidikan kini. Multimedia interaktif memberi pendedahan

terhadap pelbagai pengalaman pembelajaran dan disampaikan dalam pelbagai

bentuk. Melalui pembelajaran sebegini, jika dibandingkan dengan pembelajaran

tradisional, pelajar boleh mengakses secara individu walaupun pada situasi yang

berbeza masa dan jarak yang jauh. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah

pula merupakan pendekatan pengajaran yang dapat memotivasikan pelajar melalui

suasana pembelajaran berdasarkan permasalahan autentik. Selain dari itu, ianya juga

dapat membangunkan sikap serta kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran

sepanjang hayat. Projek ini adalah berkaitan dengan rekabentuk dan pembangunan

aplikasi multimedia pendidikan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan

masalah. Aplikasi multimedia berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan

masalah telah dibangunkan bertujuan untuk membantu pelajar kursus perguruan

dalam mempelajari konsep asas perkakasan komputer serta mengaplikasikannya

secara efektif dalam amalan pengajaran sebenar. Pendekatan pembelajaran

berasaskan masalah yang disampaikan dalam konteks persekitaran persekolahan

yang sebenar memberikan pelajar satu suasana pembelajaran yang bermakna,

autentik dan relevan, seterusnya dapat menimbulkan penghargaan pelajar-pelajar

terhadap realiti amalan pengajaran sebenar.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

vi

ABSTRACT

Interactive multimedia application and problem based learning (PBL) are two

significant contributions to current developments in professional education.

Interactive multimedia offers the opportunity to present rich, multifaceted learning

experiences that can be accessed by individual students who are separated by time or

geography from more traditional learning opportunities. PBL offers instructional

approaches that motivate students to engage with authentic problems of practice and

to develop the attitudes and skills required for lifelong independent learning. This

project is about the design and development of an interactive multimedia learning

application using a problem based learning design framework. An interactive

multimedia problem based learning application has been developed to assist students

teacher in learning about basic concepts of computer hardware and how it can be

used effectively in teaching practice. The problem based approach set within a real

school context gave students a meaningful, authentic and relevant learning

experience thereby heightening students' appreciation of the realities of teaching

practice.

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK

HALAMAN

BORANG PENGESAHAN

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Rasional Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 13

1.7 Batasan Kajian 14

1.8 Definisi Istilah 15

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

viii

BAB TAJUK

HALAMAN

1.9 Penutup 15

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Perkembangan Penggunaan Komputer Dalam P&P 16

2.3 Kepentingan PBK Dalam P&P 18

2.4 Kajian Keberkesanan PBK Dalam P&P 19

2.5 Teori Pembelajaran 20

2.5.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme 20

2.5.2 Teori Pembelajaran Kognitif 21

2.5.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 22

2.6 Pembelajaran Aktif 24

2.7 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) 25

2.7.1 Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Masalah 26

2.7.2 Kajian Kelebihan Pembelajaran Berasaskan

Masalah

30

2.7.3 Kelemahan Pembelajaran Berasaskan Masalah 31

2.7.4 Pengaplikasian Pembelajaran Berasaskan

Masalah Secara Elektronik

32

2.7.5 Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam

Program Pendidikan Perguruan/IT

34

2.8 Kajian-Kajian Masalah Yang Dihadapi Dalam

Pengusaan Guru Dalam Bidang Perkakasan

Komputer

35

2.9 Proses Pembangunan Perisian Berunsurkan

Pendidikan

36

2.10 Penutup 41

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ix

BAB TAJUK

HALAMAN

3 REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 42

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran Yang Digunakan

Dalam Pembangunan Perisian

42

3.2.1 Fasa Analisis 43

3.2.2 Fasa Rekabentuk 44

3.2.3 Fasa Pembangunan 45

3.2.4 Fasa Perlaksanaan 46

3.2.5 Fasa Penilaian 46

3.3 Carta Alir Perisian 47

3.4 Reka Bentuk Aplikasi Yang Dibangunkan 50

3.4.1 Reka bentuk Informasi/Strategi Pembelajaran 50

3.4.2 Reka bentuk Interaksi 53

3.4.3 Reka Bentuk Antaramuka 54

3.5 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan Aplikasi 55

3.5.1 Grafik 56

3.5.2 Animasi 56

3.6 Penyebaran Perisian Yang Dihasilkan 57

3.7 Penutup 57

4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 58

4.2 Objektif Pembelajaran Dan Isi Pelajaran Dalam

Perisian

58

4.3 Aliran Sistem Pembelajaran 59

4.3.1 LOGIN 60

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

x

BAB TAJUK

HALAMAN

4.3.2 Menu Utama dan Isi Pelajaran 62

4.3.3 Keluar 67

4.4 Rekabentuk Antaramuka dan Interaksi 68

4.5 Strategi Penyampaian Maklumat 70

4.5.1 Bahan Rujukan Elektronik 71

4.5.2 Simulasi 71

4.5.3 Laman Web Sokongan 72

4.6 Rekabentuk Informasi 72

4.7 Penutup 88

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 89

5.2 Perbincangan 89

5.2.1 Persepsi Responden Terhadap Strategi

Pembelajaran

91

5.2.2 Persepsi Responden Terhadap Rekabentuk

Antara Muka

92

5.2.3 Persepsi Responden Terhadap Reka bentuk

Interaksi

5.2.4 Kelebihan dan Kelemahan Aplikasi

Multimedia Yang dibina

93

94

5.3 Rumusan 96

5.4 Cadangan Kajian Susulan 98

5.5 Penutup 99

RUJUKAN

100

LAMPIRAN

105

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

xi

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK

HALAMAN

4.1 Fungsi Setiap Imej Di Menu Utama 63

4.2 Fasa dan Fungsi Kerja 64

5.1 Skala Likert Yang Digunakan Dalam Borang Soal Selidik 90

5.2 Analisis Purata Responden Mengikut Persepsi Terhadap

Strategi Pembelajaran

91

5.3 Analisis Purata Responden Mengikut Persepsi Terhadap

Rekabentuk Antara Muka

93

5.4 Analisis Purata Responden Mengikut Persepsi Terhadap

Reka bentuk Interaksi

94

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

xii

SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK

HALAMAN

3.1 Model Rekabentuk ADDIE 43

4.1 Skrin Pembukaan 60

4.2 Skrin Bantuan Dan Aliran Pembelajaran 61

4.3 Skrin Pendaftaran Pengguna 62

4.4 Skrin Menu Utama 63

4.5 Skrin Fasa 1 65

4.6 Skrin Fasa 2 66

4.7 Skrin Fasa 3 66

4.8 Skrin Fasa 4 67

4.9 Skrin Keluar Dari Perisian 68

4.10 Skrin Menu Bar 69

4.11 Skrin Bantuan 70

4.12 Skrin Menu Utama 73

4.13 Skrin Paparan di Awal Pembelajaran Bagi Senario 1 74

4.14 Skrin Paparan yang Menunjukkan Salah Satu Situasi

Kerja Dalam Profesion Guru

75

4.15 Skrin Paparan Pencarian Maklumat (Buku) 76

4.16 Skrin Paparan Pencarian Maklumat (iklan) 77

4.17 Skrin Paparan Pencarian Maklumat (temubual) 77

4.18 Skrin Paparan Situasi Di Kedai Komputer 78

4.19 Skrin Sebut Harga Daripada Pekedai Komputer 79

4.20 Skrin Paparan Objektif Pembelajaran 80

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

xii

NO.RAJAH TAJUK

HALAMAN

4.21 Skrin Paparan Pernyataan Masalah bagi Senario 1 81

4.22 Skrin Paparan Cara Mengatasi Masalah bagi Senario 1 82

4.23 Skrin Paparan Menghubungi Pekedai 82

4.24 Skrin Paparan Penghantaran Fax 83

4.25 Skrin Paparan Pemilihan Kedai Komputer 83

4.26 Skrin Paparan Sumber Maklumat (Pembacaan Iklan) 85

4.27 Skrin Paparan Sumber Maklumat (Penghantaran Surat

Elekronik)

85

4.28 Skrin Paparan Sumber Maklumat (Forum) 86

4.29 Skrin Paparan Catatan 87

4.30 Skrin Paparan Pembacaan Melalui Bahan Bercetak 88

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

xiii

SENARAI SINGKATAN SIMBOL TAJUK

PBM Pembelajaran Berasaskan Masalah

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

CD ROM Compact Disk Read Only Memory

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

xiv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK

HALAMAN

A Carta Alir Menu Utama 105

B Carta Alir Senario 1 106

C Contoh Borang Soal Selidik 107

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan teknologi multimedia merupakan satu cabaran dalam revolusi

pendidikan. Berdasarkan kemampuan teknologi ini, berupaya menyentuh pelbagai

modaliti pelajar dan dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap pembelajaran.

Menyedari kelebihan ini, transformasi dalam pendidikan berkonsep bestari telah

menjadi salah satu aplikasi perdana, dalam perlaksanaan Koridor Raya Multimedia.

Teknologi dijadikan sebagai pemudahcara pengajaran dan ini bermakna

pembangunan perisian multimedia bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran menjadi

agenda utama perkembangan pendidikan.

Justeru itu, bagi merealisasikan penubuhan sekolah bestari ini, amalan

pengajaran pembelajaran oleh guru dalam bilik darjah juga harus berubah dan

mencerminkan amalan pedagogi abad ke-21 yang menuntut kepada perubahan dan

anjakan paradigma guru dari pedagogi yang berkonsep tradisional dan konvensional.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

2

Peranan guru menguruskan pengajaran pembelajaran dan pengendalian bilik

darjah perlu berubah selaras dengan perkembangan pendidikan semasa dan tuntutan

perkembangan ICT. Corak pendekatan pengajaran dari pengajaran satu arah ke salah

satu pendekatan yang bersifat pembangunan ilmu.

Namun demikian, pengajaran yang berkonsep bestari tidak bermakna

pengajaran tentang teknologi tetapi yang membezakannnya ialah bagaimana

teknologi digunakan sebagai alat atau pengupaya untuk pengajaran dan pembelajaran

yang lebih berkesan, lebih menarik dan lebih bermakna. Lynne Schrum (2000)

menyatakan bahawa dalam pengajaran yang berkonsepkan bestari, pelajar tidak

didedahkan kepada teknologi tetapi teknologi digunakan sebagai alat yang bermakna

dalam penyampaian pembelajaran

Berdasarkan Forum Antarabangsa Insiatif Pemimpin Muda Hitachi ke-6,

Bangkok Thailand yang telah dihadiri oleh empat duta Malaysia yang terdiri

daripada pelajar IPTA, menegaskan bahawa pembangunan dalam bidang pendidikan

perlu diberi tumpuan kerana pendidikan memainkan peranan penting untuk menjana

pemimpin dan rakyat yang berkualiti pada masa hadapan. Lim Fung Kit, pelajar

tahun tiga Kejuruteraan Awam,Universiti Sains Malaysia, berkata sistem pendidikan

negara harus mempertingkatkan penekanan terhadap elemen inovatif, daya kreativiti

dan kemahiran tinggi, bukan berorientasikan peperiksaan semata-mata (Pusat

Perkembangan Kurikulum,2003).

Oleh yang demikian, guru sebagai pengantara penyampaian pengetahuan

perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman untuk

menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara efektif dan

produktif dalam pengajaran bidang-bidang tertentu. Guru juga perlu menguasai

literasi komputer. Menurut Michael Eisenberg (1996), seseorang yang literasi

komputer bukan sahaja tahu menggunakan perisian komputer, malah tahu tentang

perkakasan komputer. Dengan pengetahuan dan kemahiran ini, adalah diharapkan

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

3

guru mampu memanfaatkan teknologi dalam proses P&P secara berkesan dan

seterusnya membentuk pembelajaran yang lebih bermakna di kalangan pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kesan daripada pembelajaran berasaskan peperiksaan telah menimbulkan

suasana pembelajaran yang hambar dan biasanya berbentuk linear. Ianya juga

menjadikan pelajar pasif seterusnya pembentukan diri yang bercirikan sikap terbuka

dan berani cuba sukar untuk dibentuk. Pelajar juga akan belajar bercorakkan

penghafalan semata-mata dengan tujuan untuk mendapat gred yang baik.

Kebanyakan pelajar mengingat dan mengunakan hanya sedikit apa yang dipelajari di

dalam situasi persekolahan. Malangnya penghafalan adalah lumrah di dalam

pembelajaran tradisional (Vernon & Blake, 1993). Didapati pelajar kurang inisiatif

untuk membaca bahan tambahan dan mencari maklumat terhadap pengetahuan

kerana menghafal untuk kecemerlangan di dalam peperiksaan.

Berdasarkan kajian Razali bin Ismail (2002), kebanyakan pendidik bersetuju

bahawa matlamat sebenar pendidikan yang liberal adalah untuk meningkatkan

pembelajaran individu ke aras yang lebih tinggi iaitu dari aras pengetahuan ke aras

analisis dan sintesis maklumat. Signifikannya jelas kerana dalam masyarakat yang

kompleks pada hari ini memerlukan seseorang yang dapat memproses maklumat

pada aras yang lebih tinggi untuk membolehkan individu itu menyumbangkan

sesuatu dan bersaing di antara satu dengan lain. Harapan pendidik adalah pelajar

yang dilahirkan dapat menggunakan ilmu, teknologi dan budaya yang diterapkan di

dalam kehidupan seharian dan alam kerjaya.

Namun, diperhatikan bahawa masyarakat negara ini kurang mempunyai

budaya membaca dan kebolehan mencari maklumat merupakan salah satu kesan

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

4

kelemahan sistem pendidikan di negara ini (Suraya Hanim Hj. Abd. Azis, 2000).

Kesannya dalam institusi pendidikan samada peringkat pra sekolah hingga peringkat

pengajian tinggi corak pembelajaran yang digemari adalah berbentuk penerimaan

sahaja. Menurut Suraya Hanim Hj. Abd Azis lagi, melalui sistem pendidikan yang

berorientasikan peperiksaan, pelajar diajar secara langsung tentang aspek menulis,

membaca, mengira, menghafal atau mengingat apa-apa yang telah dibaca untuk

dilahirkan semula dalam peperiksaan. Hasilnya, para pelajar hanya membaca dan

menghafal fakta-fakta penting untuk lulus dalam peperiksaan. Lazimnya, pelajar

yang cemerlang dalam peperiksaan akan diiktiraf sebagai pelajar cemerlang.

Institusi pengajian tinggi mempunyai 3 fungsi utama iaitu menyebarkan ilmu,

memperkembangkan ilmu dan memastikan hasilnya bermanfaat untuk negara.

(Mohd. Najib Ghafar, Abu Bakar Hashim & Aziz Nordin, 1999). Namun, begitu,

walaupun IPT berfungsi untuk menyebar dan memperkembangkan ilmu didapati

senario penyampaian pengajaran tradisional ini masih wujud. Contohnya corak

penyampaian pensyarah yang berbantukan bahan pengajaran tradisional iaitu

berbantukan overhead projector (OHP) dan transparensi menjadikan pelajar hanya

dapat mendengar serta bentuk penyampaiannya adalah syarahan. Percontohan yang

diberikan juga adalah dalam bentuk grafik yang kurang jelas. Maka pelajar hanya

berimaginasi untuk membentuk pengetahuan. Walaupun penggunaan teknologi mula

diterapkan di IPT dengan menjalankan pengajaran menggunakan bahan bantu

mengajar multimedia dan juga Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK) namun

corak pembelajaran ini tidak dapat menimbulkan suasana pembelajaran bermakna

dan masih tidak memenuhi keperluan pelajar yang terdiri daripada pelbagai

keupayaan, minat dan permintaan. Merujuk piramid pembelajaran yang

diperkenalkan oleh Edgar Dale, mendapati purata kadar penerimaan bercorak

syarahan hanya 5% jika dibandingkan dengan practice by doing 75%. Pembelajaran

akan lebih mudah dikuasai jika menggunakan semua deria yang ada.

Menurut Edgar Dale (1960) lagi, kaedah pembelajaran yang efektif adalah

melalui penglibatan pelajar dan pembelajaran berasaskan pengalaman. Menurut

Chickering, A & Gamson, Z. F. (1987), pembelajaran bukan seperti menonton sukan.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

5

Pelajar tidak akan dapat memperoleh ilmu sepenuhnya dengan hanya mendengar,

mengingati tugasan-tugasan yang diberi dan menghafal bentuk jawapannya. Mereka

sebaliknya perlu mengadakan perbincangan terhadap apa yang dipelajari, menulis

dan membuat perkaitan dengan pengalaman lalu, hasil daripada pengetahuan yang

diperoleh diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Diane Starke (2005), mendapati

bahawa pelajar akan mendapat lebih banyak ilmu jika mereka diberi peluang untuk

menumpukan perhatian terhadap bahan yang dipelajari. Proses pembelajaran

merupakan satu pencarian oleh pelajar bagi membentuk pengetahuan sama ada dari

pengetahuan sedia ada mahupun berdasarkan permasalahan harian. Oleh itu, corak

pembelajaran kini perlu lebih berpusatkan pelajar serta mengambil kira tahap

pengetahuan dan membuat perkaitan dalam masalah harian. Ini merupakan cabaran

bagi guru untuk menyampaikan pengajaran yang memenuhi corak tersebut di

samping menjalankannya berkonsepkan bestari. Bagi menuju ke arah corak

pengajaran ini, kerajaan telah menyediakan kemudahan seperti membekalkan

komputer riba dan buku teks yang disertakan CD-ROM serta bahan pengajaran

berbentuk digital seperti perisian multimedia dan laman web kementerian.

Walaubagaimana canggih peralatan tersebut, penguasaan guru amat penting supaya

dapat menggunakannya dengan bijak dan sesuai dengan perkara yang ingin

disampaikan.

Menurut Hilary Mc Lellan (1991), kepentingan seseorang guru itu

mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya peringkat asas dalam mengendalikan

perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah

pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Secara asasnya, bakal pendidik perlu

menguasai perkakasan komputer dengan baik bagi melahirkan seorang guru yang

mempunyai literasi komputer.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

6

Hasil kajian (Razali Hassan, 1998) telah dapat menyenaraikan ciri-ciri

seseorang yang celik komputer: Kemahiran ini perlu dikuasai oleh bakal pendidik,

berikut adalah ciri-ciri yang dapat dikenalpasti:

• Mengenali komponen-komponen perkakasan dan memahami fungsi bagi

setiap komponen utama komputer.

• Menggunakan teknik menyelesaikan masalah secara sistematik bagi

mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi.

• Menilai peranan teknologi komputer dalam masyarakat dan memahami

kesannya terhadap kehidupan harian manusia dan masyarakat setempat

pada keadaan semasa dan kesannya pada masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, jika membincangkan mengenai perkakasan

komputer, kita akan meliputi bahagian seperti peranti storan, peranti masukan dan

peranti proses, dan didapati peranti input merupakan salah satu peranti yang penting

dalam sistem komputer kerana fungsinya sebagai alat penerima data dan arahan dari

pengguna. Peranti ini juga membenarkan pengguna memberi arahan dan memproses

sesuatu data. Contoh peranti input adalah papan kekunci, tetikus, pengimbas, kamera

digital, tablet pendigitalan, kamera video digital dan sebagainya.

Pelbagai peranti input yang berjaya dicipta sehingga berlaku lambakan di

pasaran menyebabkan dapat menghasilkan sebuah komputer yang bagaikan

mempunyai deria. Penguasaan pelajar dalam perkakasan komputer umumnya boleh

melahirkan pengguna yang bijak dalam membuat pemilihan semasa proses

pembelian. Pembeli tidak lagi bergantung kepada percakapan atau promosi penjual

sahaja tetapi dapat mengaitkan secara praktikal apa yang telah dipelajari. Namun,

jika pembelajaran tersebut hanya berdasarkan peperiksaan, situasi seperti ini

mungkin tidak dapat dinikmati. Kepenggunaan komputer yang pelbagai seperti boleh

mengimport gambar digital dan imej video serta tv signal samada untuk merekod

atau sebagai tontonan adalah kesan kecanggihan pelbagai peranti input yang ada di

pasaran. Ini menyebabkan pelajar dan guru perlu dibekalkan dengan maklumat yang

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

7

terkini berkaitan komputer. Tambahan pula teknologi kini memang berkembang

dengan pesatnya. Penguasaan baik dalam topik ini dapat memberi banyak manfaat

dan boleh mengaplikasikannya dalam banyak perkara.

Bersesuaian dengan pendekatan pengajaran berdasarkan pendidikan dewasa,

beberapa konsep yang perlu dititikberatkan adalah seperti berikut (Shaffe b. Mohd

Daud, 2002):

• Kurikulum pendidikan dewasa perlu berpusatkan pelajar

• Aktiviti pembelajaran perlu dikaitkan dengan pengalaman pelajar

• Pelajar dewasa mempunyai arah kendiri

• Pelajar adalah berpusatkan masalah

• Guru perlu berfungsi sebagai fasilitator

Melihat keperluan kerajaan terhadap penguasaan komputer dan

perkembangannya di alam realiti, didapati strategi pembelajaran yang berorientasi

situasi sebenar dapat membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran yang

kini ke arah pembentukan ilmu secara analisis dan sintesis maklumat seperti yang

dinyatakan oleh Razali bin Ismail. Pendapat ini disokong oleh Barrows (2003) yang

mengatakan bahawa pembelajaran yang sebenar adalah melalui aktiviti pembelajaran

yang berpandukan situasi sebenar yang akan dialami di alam pekerjaan. Pelajar

didedahkan kepada suasana dan cabaran di tempat kerja. Pendekatan pembelajaran

ini juga disokong oleh teori kognitif dan konstruktivisme.

Melalui teori konstruktivisme pelajar didedahkan kepada pembentukan

kognitif pada aras yang lebih tinggi. Pelajar melibatkan diri secara aktif untuk

membina kefahaman dan corak pembentukan pembelajaran mereka sendiri. Maka

pembelajaran berbantukan masalah (PBM) adalah satu strategi yang mempunyai ke

semua pendekatan teori konstruktivisme ini. Menurut Prof. Dato’ Dr Anuar Zaini,

kaedah PBM menuntut pelajar supaya membina “a sense of purpose’ dan daya

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

8

komitmen yang tinggi semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Di suasana

persekolahan juga PBM semakin digunakan dalam pengajaran kerana telah mulai

sedar tentang kepentingan pendekatan pemusatan pelajar dan pembelajaran yang

bersifat kolaboratif, interaktif serta bersifat pengarahan diri.

Melalui PBM ini pelajar akan dapat meningkatkan pemahaman mereka

kerana pelajar mempelajari pengetahuan secara khusus dan situasinya menyerupai

alam yang akan ditempuhinya kelak serta memperkembangkan maklumat secara

menyeluruh (Bridges &Hallinger,1991). Perkembangan maklumat dapat membantu

meningkatkan pemikiran, pemahaman dan penghafalan dengan wujudnya perkaitan

di antara satu sama lain. Maka, ini akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar

terhadap teori dan aplikasinya kepada sesuatu yang releven.

PBM amat bergantung kepada pembinaan soalan atau masalah, ini

memerlukan pembinaan soalan yang meliputi matlamat dan objektif yang perlu

dicapai. Menurut Dolmans, Gijselaers dan Schmidt (1992) dan Mandun (1995)

pembelajaran ini berorientasikan pembelajaran kendiri (tanpa pimpinan guru) hanya

berdasarkan objektif, didapati kebanyakan pelajar tidak berpandukan arahan atau

objektif pelajaran dengan betul dan objektif yang penting juga diabaikan. Selain itu,

corak pembelajaran ini adalah baru dan mungkin asing kepada sesetengah pelajar dan

mereka mungkin menghadapi masalah untuk mengubah tabiat pembelajaran.

Peranan setiap individu telah berubah di mana peranan pengajar hanya

sebagai tutor iaitu membantu jika ada masalah, fakulti sebagai pusat rujukan dan

tanggungjawab belajar lebih tertumpu kepada pelajar. Pelajar perlu lebih bermotivasi

dan cenderung untuk menyelesaikan masalah.

Secara umumnya, penggunaan PBM dapat meningkatkan daya motivasi

dalam diri individu. Pelajar tidak bergantung kepada persekitaran tetapi lebih

bergantung kepada diri sendiri. PBM juga kini merupakan asas kepada rekabentuk

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

9

multimedia interaktif di mana ia lebih fleksibel dan memberi kuasa sebagai langkah

permulaan dan meneruskannya dalam pendidikan yang lebih tinggi (Albion &

Gibson, 1998). Penggunaan multimedia interaktif di dalam PBM diharapkan dapat

memberi peluang dan ruang kepada pelajar membina pengetahuan dan pemahaman

dalam bentuk suasana pembelajaran yang menyeronokan, lebih menarik,

meransangkan dan lebih bermakna.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan bahan multimedia kini mendapat perhatian dan mula

dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari peringkat pra sekolah

hingga ke peringkat pengajian tinggi. Maka bakal pendidik kini perlu menguasai dan

mahir dalam menggunakan teknologi berbentuk multimedia. Kefahaman dan

penguasaan terhadap perkakasan yang diperlukan dalam multimedia ini merupakan

nadi bagi mengelakkan lahirnya pengajar yang hanya tahu menggunakan bahan yang

sedia ada.

Oleh kerana perkakasan merupakan elemen asas yang perlu dikuasai oleh

guru dalam menjayakan pengaplikasian ICT dalam proses P&P, pembelajaran topik

perkakasan dalam sistem multimedia perlu ditingkatkan dengan menggunakan

pendekatan pengajaran berbentuk realistik dan bergantung kepada keupayaan serta

minat pelajar.

Bagi mengatasi permasalahan yang telah dinyatakan dan konsep pendidikan

dewasa, pengkaji telah mendapati bahawa sesebuah pembangunan perlu

menggabungkan perkara-perkara seperti berikut:

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

10

• kecanggihan dan kecekapan teknologi

• menitik beratkan prinsip pembelajaran secara aktif

• prinsip psikologi dalam pembelajaran

• teori pembelajaran

Berdasarkan prinsip-prinsip tersebut, strategi PBM akan digunakan dalam

menyampaikan isi pelajaran atau pengetahuan yang diperlukan. Bagi memastikan

strategi PBM ini dapat dilaksanakan secara lebih realistik dan praktikal maka

teknologi multimedia akan digunakan sebagai media pembelajaran. Kombinasi

teknologi dan strategi ini diharapkan dapat membantu pengguna dalam menguasai

pengetahuan yang dikehendaki.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:

i. Merekabentuk aktiviti pembelajaran berdasarkan 9 prinsip pendekatan

PBM oleh Albion.P (2001) dan diaplikasikan dalam topik peranti input

adalah seperti berikut:

• pembelajaran bermula dengan masalah yang realistik

• masalah disampaikan dalam bentuk-bentuk kes-kes yang releven

• kes atau masalah dipersembahkan dari pelbagai perspektif

• merangsang pengaktifan dan perkembangan pengetahuan

• menyokong (scaffold) pencapaian pelajar

• menyediakan jalan cerita yang kukuh

• menyediakan capaian kepada informasi yang relevan

• menggalakkan konsep penilaian kendiri

• menyokong pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

11

ii. Membangunkan sebuah aplikasi multimedia pendidikan yang mengambil

kira strategi PBM bagi topik peranti input dalam multimedia.

iii. Melaksanakan penilaian yang bertumpu kepada kesesuaian dan tahap

penerimaan pengguna setelah menggunakan perisian multimedia

pendidikan berasaskan strategi PBM yang dibangunkan.

1.5 Rasional Kajian

Multimedia berkembang dengan sokongan dan penciptaan perkakasan

komputer yang semakin canggih. Selaras dengan sekolah bestari, perkembangan

profesionalisme guru mula dipupuk dan diperkembangkan dengan diterapkan

pembelajaran dengan persekitaran teknologi. Di dalam situasi ini, multimedia amat

memberi sumbangan. Berikut dinyatakan kebaikan pengunaan multimedia dalam

pendidikan menurut Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003):

• Komunikasi maklumat yang efektif

• Format yang interaktif dan meransang

• Memudahkan dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran

• Membolehkan pelajar belajar mengikut keperluan mereka sendiri

• Menggalakkan pembelajaran kendiri

• Memenuhi stail pembelajaran pelajar

• Meningkatkan minat dan motivasi pelajar

Keberkesanan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran pula dapat

dilihat dapat membantu membina pengetahuan pelajar. Di samping itu, pelbagai

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

12

situasi dapat dicipta boleh memperkayakan lagi pengalaman pelajar dan pengekalan

informasi yang berkesan dalam pembelajaran dapat dibentuk.

Berdasarkan kelebihan multimedia dalam pendidikan yang telah dinyatakan

pengkaji mendapati penguasaan perkakasan komputer adalah perlu bagi guru

membina suasana pembelajaran menggunakan multimedia. Dengan harapan melalui

perisian ini mampu melahirkan bakal pendidik yang mahir dalam mencipta bahan

multimedia untuk P&P dan dapat menggalakan bakal guru menyediakan bahan

pengajaran mengikut kesesuaian pengajaran. Selain itu, bakal guru adalah tergolong

di dalam generasi berkemahiran literasi komputer. Secara umumnya, guru juga dapat

membuat pemilihan perkakasan komputer mengikut keperluan dan kebijaksanaan.

Di bahagian sekolah telah diwujudkan subjek teknologi maklumat bermula

tahun 2000 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai subjek elektif.

Isi kandungan subjek tersebut salah satunya adalah topik sistem komputer yang

meliputi penguasaan perkakasan komputer (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).

Berdasarkan isi kandungan topik tersebut, didapati topik ini adalah berkenaan

perkara asas yang perlu dikuasai apabila mula menggunakan komputer. Topik ini

juga amat berguna kepada pelajar bagi menentukan peranti-peranti yang diperlukan

bagi tujuan pembangunan mahupun untuk kegunaan subjek-subjek lain contohnya

multimedia dalam pendidikan, literasi komputer ataupun individu yang berminat

mendalami alam perkakasan. Peranti input merupakan salah satu perkakasan yang

diperlukan bagi memastikan perisian komputer berjalan dengan lancar. Penguasaan

bagi peranti ini adalah perlu kerana ia merupakan salah satu daripada proses kitaran

IPOS (Input-Proses-Output-Storan). Maka sebagai persediaan sebelum menempuh

alam sebenar kerjaya yang kini menunjukkan perkembangan yang amat pesat dalam

teknologi bakal guru perlu menguasai topik ini.

Perkakasan komputer merupakan alat yang akan diaplikasikan di dalam

kehidupan seharian dan juga di alam kerjaya. Menyedari kepentingannya, pengkaji

ingin mereka bentuk aplikasi pembelajaran yang boleh memberi gambaran dan

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

13

cetusan kepada pengguna bagaimana kesinambungan topik ini dalam keadaan

kehidupan sebenar. Oleh itu pendekatan PBM adalah amat sesuai diaplikasikan

dalam pembangunan perisian ini. Bersesuaian dengan tahap usia dan pemikiran

sasaran pengguna yang gemar meneroka dan mengaitkan pembelajaran dengan alam

realiti membolehkan berlakunya peningkatan kefahaman serta dapat membina

pelbagai kemahiran. Melalui strategi ini, proses dan kemahiran belajar yang

diterapkan dapat membantu pelajar lebih berkeyakinan dan kaya dengan maklumat

dan tidak terlalu terkongkong dengan sukatan pelajaran.

Menurut (Vernon & Blake, 1993) kecenderungan pelajar untuk menghadiri

kelas dan sikap yang ditunjukkan oleh pelajar yang menggunakan pendekatan PBM

adalah lebih baik berbanding kelas tradisional. Melalui PBM ini boleh

meningkatkan motivasi dalam diri pelajar. Selain itu, kebaikan PBM adalah dapat

membina kemahiran pembelajaran secara kendiri, kemahiran kolaboratif dan

acquisition dan mengintegrasikan pengetahuan yang releven di dalam diri pelajar.

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi idea baru kepada guru dalam

mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih pelbagai di samping mewujudkan

pembelajaran bestari di sekolah. Penguasaan perkakasan dalam multimedia juga

dapat mengajak guru-guru yang berpengalaman mahupun yang baru menyediakan

bahan bantu mengajarnya secara sendiri dan tidak berharap kepada bahan sedia ada

sahaja. Ini adalah bersesuaian kerana terdapat pelbagai alatan teknologi multimedia

di sekolah dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Pembentukan keyakinan dalam diri melalui pembelajaran berdasarkan

kehidupan realiti, dapat memberikan panduan kepada pengguna untuk

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan kuabadikan dalam ingatan . iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

14

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Di samping itu sikap positif, minat

dan motivasi dalam diri dapat digilap kerana sikap-sikap ini memainkan peranan

penting dalam dunia pendidikan. Maka, corak pembelajaran ini dapat membantu

institusi pengajian tinggi melahirkan graduan-graduan yang kreatif dan boleh

memanfaatkan ilmu yang pelbagai di alam pekerjaan dan bukan hanya bijak di atas

kertas sahaja.

Kelebihan kepada bakal guru, diharapkan dapat menguasai sepenuhnya ilmu

ini agar dapat membantu dalam pengurusan di sekolah kelak. Sekaligus diharapkan

dapat menghasilkan guru-guru yang menyahut cabaran depan merealisasikan corak

pendidikan sekolah bestari.