26
PSZ 19:16(Pin.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: PERSEPSI GURU-GURU TERHADAP KEPIMPINAN PENGAJARAN GPK PENTADBIRAN SEMASA GURU BESAR MENGIKUTI PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) DI SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH JOHOR BAHRU SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MOHAMED NOOR BIN BASIRON No. Matriks BP060088 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 50, JLN. SUTERA HIJAU, TAMAN SUTERA , PUAN KHADIJAH BINTI DAUD 81200 JOHOR BAHRU , NAMA PENYELIA JOHOR . Tarikh: ___________________ Tarikh: ________________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

PSZ 19:16(Pin.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: PERSEPSI GURU-GURU TERHADAP KEPIMPINAN

PENGAJARAN GPK PENTADBIRAN SEMASA GURU BESAR MENGIKUTI PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) DI SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MOHAMED NOOR BIN BASIRON No. Matriks BP060088 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 50, JLN. SUTERA HIJAU, TAMAN SUTERA, PUAN KHADIJAH BINTI DAUD 81200 JOHOR BAHRU, NAMA PENYELIA JOHOR. Tarikh: ___________________ Tarikh: ________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan

dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

PERSEPSI GURU-GURU TERHADAP KEPIMPINAN PENGAJARAN

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

SEMASA GURU BESAR MENGIKUTI PROGRAM KHAS

PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB)

DI SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH JOHOR BAHRU

MOHAMED NOOR BIN BASIRON

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

ii

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pengurusan Pendidikan)

Tandatangan : ...………………...…………….

Nama Penyelia : Puan Khadijah Binti Daud

Tarikh : 07 November 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

iii

PENGAKUAN PENGKAJI

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ...………………...…………….

Nama Penulis : Mohamed Noor Bin Basiron

Tarikh : 07 November 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

iv

DEDIKASI

Setulus Kasih Sejati

Isteri tercinta, Noridah Binti Haji Ahmad

yang memahami dan menghayati perjuangan ini.

Pengorbanan, dorongan dan kerjasamamu adalah

kejayaan dan kebahagiaan kita bersama.

Setinggi Harapan

Anakku yang tersayang, Mohamed Fahmy Bin Mohamed Noor.

Tempuhilah cabaran dan dugaan hidup ini

dengan keperkasaan jiwa dan minda yang suci

demi kegemilanganmu di hari mendatang.

Sekalung Penghargaan

Kepada saudara maraku yang sentiasa mendoakan kejayaanku.

Juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu-jemu

meniupkan obor semangat mencari kecemerlangan.

Semoga Allah SWT membalas segala pengorbanan kalian.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

v

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis iaitu

Puan Khadijah Binti Daud atas bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan

sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia serta pihak pentadbir sekolah serta pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan

Taman Perling dan Sekolah Kebangsaan Mutiara Rini, Johor Bahru di atas kerjasama

yang telah diberikan.

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih ini ditujukan buat rakan-rakan

seperjuangan yang sedia membantu dari segi perkongsian idea dan maklumat serta

pihak-pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan

kajian ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru terhadap kepimpinan

pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sebuah sekolah kebangsaan di

daerah Johor Bahru semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan

Guru Besar (PKPGB). Soal selidik ‘Principal Instruction Management Rating Scale’

(PIMRS) digunakan untuk meninjau tahap kepimpinan Guru Penolong Kanan

Pentadbiran dalam melakukan fungsi kawal selia dan penetapan kualiti pengajaran

(Dimensi 1), menjalinkan hubungan baik dengan staf (Dimensi 2) dan penyediaan

sumber sokongan pengajaran dan pembelajaran (Dimensi 3). Seramai 61 orang guru

telah dipilih sebagai responden kajian. Penganalisisan data dilakukan melalui kaedah

deskriptif dengan menggunakan program SPSS 15.0 for Windows berdasarkan nilai

min, frekuansi dan peratus. Kajian rintis bagi tujuan ini telah dilakukan di SK.

Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor untuk mengenalpasti kebolehpercayaan

item. Bagi instrumen ‘Principal Instruction Management Rating Scale,’ nilai pekali

Alpha Cronbach α = 0.97. Hasil kajian ini mendapati bahawa Guru Penolong Kanan

Pentadbiran telah melakukan fungsi Dimensi 1 pada tahap Tinggi (nilai min 3.11),

Dimensi 2 pada tahap Sederhana (nilai min 2.99) dan Dimensi 3 juga pada tahap

Sederhana (nilai min 2.97). Berdasarkan kepada rumusan kajian, beberapa cadangan

telah dikemukakan bagi membantu pihak berkaitan untuk meningkatkan kemampuan

serta keupayaan kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran semasa

Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Kajian

lanjutan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan Guru Penolong Kanan

Pentadbiran melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan pengajaran adalah perlu supaya

ianya dapat membantu dalam pengurusan sekolah semasa Guru Besar mengikuti

Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB).

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

vii

ABSTRACT

This study seeks to explore the perception of teachers on the Administrative

Senior Assistance’s instructional leadership in one primary school in the district of

Johor Bahru while the headmaster was attending the ‘Program Khas Pensiswazahan

Guru Besar (PKPGB)’ course. The Principal Instruction Management Rating Scale

(PIMRS) was used to examine the degree of leadership of the Administrative Senior

Assistance in conducting the function of supervising and quality teaching assurance

(Dimension 1), in building rapport with the staff (Dimension 2) and in providing

supporting teaching and learning resources (Dimension 3). Sixty-one teachers were

selected as respondents. The descriptive method was used, using the SPSS 15.0 for

Windows programme according to mean, frequencies and percentage. A pilot study

was carried out at SK. Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor to identify the

instruments reliability. The reliability value for The Principal Instruction

Management Rating Scale (PIMRS) is α = 0.97. Finding of this study shows that the

degree of leadership of the Administrative Senior Assistance in conducting the

function in Dimension 1 is high (mean score 3.11), Dimension 2 is moderate (mean

score 2.99) and Dimension 3 is also at a moderate level (mean score 2.97). Hence, a

few suggestion are given to improve the lacking aspects. Further studies to improve

the quality of the Administrative Senior Assistance’s instructional leadership is

necessary to help in the school’s management while the headmaster was attending

the ‘Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)’ course.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

viii

JADUAL KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

TAJUK TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN PENGKAJI iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

JADUAL KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI LAMPIRAN

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

ix

BAB PERKARA HALAMAN

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis 9

1.7 Rasional Kajian 10

1.8 Kepentingan Kajian

1.8.1 Kepentingan Kepada Individu

1.8.2 Kepentingan Terhadap Organisasi

Pendidikan

1.8.3 Kepentingan Terhadap Masyarakat Dan

Negara

11

11

12

13

1.9 Model Kajian

1.9.1 Model Teori Kepimpinan Pengajaran

Leithwood dan Montgomery

1.9.1.1 Strategi Bertujuan Umum

1.9.1.2 Strategi Bertujuan Khusus

1.9.2 Model Teori Kepimpinan Pengajaran

Firestone dan Wilson

13

13

15

15

15

1.10 Batasan Kajian

1.10.1 Pemilihan Sampel

1.10.2 Batasan-Batasan Yang Lain

18

18

19

1.11 Kerangka Kajian 19

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

x

BAB PERKARA HALAMAN

1.12 Definisi Istilah

1.12.1 Kepimpinan

1.12.2 Pengajaran

1.12.3 Kepimpinan Pengajaran

1.12.4 Guru Penolong Kanan Pentadbiran/

GPK 1

1.12.5 Guru

1.12.6 Guru Besar

1.12.7 Program Khas Pensiswazahan Guru

Besar (PKPGB)

21

21

22

22

23

23

23

24

1.13 Kesimpulan 25

2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 28

2.2 Konsep Kepimpinan 28

2.3 Tanggungjawab, Tugas dan Fungsi Guru Penolong

Kanan Pentadbiran Semasa Guru Besar Mengikuti

Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

(PKPGB)

2.3.1 Kurikulum

2.3.2 Pentadbiran

2.3.3 Kebersihan Dan Keindahan Sekolah

2.3.4 Keselamatan

2.3.5 Tugas-tugas Lain

30

31

32

33

33

34

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

xi

BAB PERKARA HALAMAN

2.4 Konsep Kepimpinan Pengajaran 36

2.5 Tinjauan Kajian Tentang Kepimpinan Pengajaran

Guru Besar Dalam Mempengaruhi Prestasi

Akademik Murid-Murid

42

2.6 Rumusan 47

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 48

3.2 Reka Bentuk Kajian 48

3.3 Pembolehubah 49

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 51

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Bahagian A Soal Selidik

3.5.2 Bahagian B Soal Selidik

52

53

53

3.6 Kajian Rintis

3.6.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

55

56

3.7 Prosedur Kajian 57

3.8 Analisis Data

3.8.1 Statistik Deskriptif

3.8.2 Statistik Inferensi

59

59

59

3.9 Kesimpulan

60

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 61

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

xii

BAB PERKARA HALAMAN

4.2 Sebaran dan Pulangan Soal Selidik 62

4.3 Profil Responden

4.3.1 Jantina

4.3.2 Bangsa

4.3.3 Umur

4.3.4 Status Perkahwinan

4.3.5 Pengalaman Mengajar Dan Berkhidmat

4.3.6 Jawatan Di Sekolah

4.3.7 Tempoh Berkhidmat Di Bawah GPK 1

Sekarang

4.3.8 Kelulusan Akademik Tertinggi

4.3.9 Kelulusan Ikhtisas

4.3.10 Bilangan Tahun Mengajar Di Sekolah

Sekarang

4.3.11 Bilangan Waktu Mengajar Seminggu

4.3.12 Pencerapan Pengajaran Di Sekolah

62

63

63

64

65

65

66

67

67

68

69

70

71

4.4 Analisis Deskriptif Item

4.4.1 Persoalan 1

72

72

4.5 Analisis Statistik Inferensi

4.5.1 Persoalan 2

4.5.3 Analisis Pencapaian Pelajar

78

78

83

4.6 Pengujian Hipotesis

4.6.1 Hipotesis nol 1

4.6.2 Hipotesis nol 2

83

84

85

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

xiii

BAB PERKARA HALAMAN

4.6.3 Hipotesis nol 3

4.6.4 Hipotesis nol 4

86

87

4.7 Kesimpulan 88

5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 89

5.2 Perbincangan

5.2.1 Kriteria Responden

5.2.2 Objektif 1

5.2 3 Objektif 2

89

90

91

94

5.3 Rumusan 96

5.4 Cadangan Tindakan 98

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 100

5.6 Penutup 101

RUJUKAN

LAMPIRAN A1-A14 Borang Soal Selidik

LAMPIRAN B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian- EPRD

LAMPIRAN C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian- JPNJ

LAMPIRAN D1-D6 Analisis Item

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

xiv

SENARAI JADUAL

Jadual Muka

Surat

1.1 Jadual Akademik 2006 – 2007 Program Khas Pensiswazahan

Guru Besar (PKPGB)

24

3.1 Bilangan Guru Yang Menjadi Responden Di Sekolah Yang

Dikaji

51

3.2 Analisis Keputusan UPSR 2005 – 2007 Di Sekolah Yang

Dikaji

51

3.3 Item-Item Soal Selidik Mengikut Dimensi Kajian 54

3.4 Skor 4 Mata 55

3.5 Pekali Alpha Cronbach 56

4.1 Pulangan Soal Selidik 62

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 63

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 63

4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 64

4.5 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 65

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar dan Berkhidmat

65

4.7 Taburan Responden Mengikut Jawatan Sekarang 66

4.8 Taburan Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat Di Bawah GPK 1 Sekarang

67

4.9 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 67

4.10 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Ikhtisas 68

4.11 Taburan Responden Mengikut Bilangan Tahun Mengajar 69

4.12 Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu Mengajar

Seminggu

70

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

xv

Jadual Muka

Surat

4.13 Taburan Pencerapan Yang Dijalankan 71

4.14 Penentuan Tahap dan Kekerapan Kepimpinan Pengajaran

GPK 1

72

4.15 Kekerapan GPK 1 Melakukan Fungsi Kepimpinan

Pengajaran Secara Keseluruhan

73

4.16 Skor Terhadap Tahap Persepsi Dalam Dimensi 1 75

4.17 Skor Terhadap Tahap Persepsi Dalam Dimensi 2 76

4.18 Skor Terhadap Tahap Persepsi Dalam Dimensi 3 77

4.19 Keputusan Ujian-t – Perbezaan Min Kepimpinan Pengajaran

GPK 1 Antara Responden Lelaki Dan Perempuan

79

4.20 Keputusan Anova Sehala – Perbezaan Min Kepimpinan

Pengajaran GPK 1 Berdasarkan Bangsa

80

4.21 Keputusan Ujian-t – Perbezaan Min Kepimpinan Pengajaran

GPK 1 Antara Responden Berkahwin Dan Belum Berkahwin

81

4.22 Keputusan Anova Sehala – Perbezaan Min Kepimpinan

Pengajaran GPK 1 Berdasarkan Kelulusan Akademik

Tertinggi

82

4.23 Analisis Keputusan UPSR 2005 – 2007 83

4.24 Keputusan Ujian-t – Perbezaan Min Kepimpinan Pengajaran

GPK 1 Antara Responden Lelaki Dan Perempuan Secara

Keseluruhan

84

4.25 Keputusan Anova Sehala – Perbezaan Min Kepimpinan

Pengajaran GPK 1 Berdasarkan Bangsa Secara Keseluruhan

85

4.26 Keputusan Ujian-t – Perbezaan Min Kepimpinan Pengajaran

GPK 1 Antara Responden Berkahwin Dan Belum Berkahwin

Secara Keseluruhan

86

4.27 Keputusan Anova Sehala – Perbezaan Min Kepimpinan

Pengajaran GPK 1 Berdasarkan Kelulusan Akademik

Tertinggi Secara Keseluruhan

87

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

xvi

SENARAI RAJAH

Rajah Muka

Surat

1.1 Hubungan Tingkah Laku Guru Besar Dengan Pembelajaran

Murid

14

1.2 Hubungan Pengetua Dengan Pembelajaran Melalui Hubungan

Birokratik Dan Hubungan Budaya

16

1.3 Kerangka Kajian 20

3.1 Kerangka Kajian 49

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Masyarakat masa kini sering mengaitkan kejayaan sesebuah sekolah itu

dengan pencapaian di dalam peperiksaan, khususnya UPSR bagi sekolah rendah

manakala PMR, SPM dan STPM bagi sekolah menengah. Tuntutan masyarakat

memaksa para guru khususnya pemimpin di sekolah melakukan pelbagai strategi

untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Fokus utama yang perlu

dititikberatkan ialah dari segi pengurusan kurikulum (Normah, 2006).

Sebagai pemimpin pengajaran di sekolah, guru besar seharusnya

melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan kurikulum

serta seharusnya menjadi ‘role model’ kepada guru-guru dibawahnya. Menurut

kajian yang dijalankan oleh Flath (1989) tentang kajian-kajian sekolah berkesan,

beliau mendapati bahawa guru besar merupakan tunggak utama dalam menjana

kepada keberkesanan sekolahnya (Normah, 2006).

Sebagai pemimpin, guru besar perlu sedar dan peka bahawa dia sering

menjadi perhatian anak buahnya dan yang lebih penting lagi setiap tingkah laku

mereka akan dinilai. Menyedari hal tersebut, guru besar perlu berupaya

mempengaruhi guru- gurunya untuk bersatu bagi mencapai hala tuju yang sama iaitu

mencapai kecemerlangan. Kepimpinan pengajaran amat penting bagi memastikan

kecemerlangan prestasi akademik dapat dicapai (Normah, 2006).

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

2

Beberapa kajian tokoh-tokoh pendidik dan pengurusan seperti Sergiovanni

(1987), Mortimore (1995), Cheng (1996), Scheerens dan Bosker (1997) telah

menunjukkan bahawa pemimpin telah memainkan peranan yang penting dalam

menjayakan sesebuah organisasi seperti sekolah. Gray (1990) menyatakan bahawa

tiada bukti yang menunjukkan bahawa sekolah berkesan diterajui oleh kepimpinan

yang lemah. Malah pada pendapat Wan Mohd Zahid (1993), Abdul Shukur (1995,

1996, 1998) dan Hassan (2000) bahawa sekolah yang kurang berjaya boleh bertukar

menjadi berjaya sekiranya mempunyai kepimpinan yang berkualiti (Mohd Nor,

2004).

Kajian yang dijalankan oleh Edmonds (1979), Brookover, et al. (1979), Sapore

(1983) dan Kroeze (1983) mengatakan bahawa sekolah yang berkesan dari segi

pencapaian akademik mempunyai para guru besar yang dapat memahami peranan yang

dimainkan dalam program pengajaran di sekolahnya. Mereka bukan sahaja faham, tetapi

bercita-cita tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pencapaian

akademik para murid mereka secara keseluruhan. Begitu juga Wildy dan Dimmock

(1993) mengatakan bahawa kajian-kajian mengenai kepimpinan guru besar dalam

pengajaran yang dilakukan di kebanyakan negara mendapati bahawa guru besar yang

mempunyai kemahiran dalam kepimpinan pengajaran boleh membawa perubahan dalam

pengajaran guru dan pembelajaran para muridnya (Mohd Nor, 2004).

Cuban (1988) menjelaskan bahawa pemimpin-pemimpin pengajaran adalah

guru besar-guru besar yang menetapkan matlamat, menyebarkan maklumat kepada

guru, menyelia kurikulum dan pengajaran di bilik darjah, menilai guru-guru,

membentuk jangkaan-jangkaan akademik dan tingkah laku untuk kedua-dua guru

dan pelajar ke tahap yang lebih tinggi daripada yang sedia ada. Guru besar adalah

guru kepada guru-guru di bawahnya, pakar pedagogi, membantu guru menambah

baik pengajaran dan pembelajaran, mengetahui kurikulum formal dan memastikan

kurikulum dilaksanakan seperti yang diharapkan.

Stogdill (1974) menyatakan bahawa kepimpinan ialah proses untuk mengarah

daya usaha kakitangan supaya dapat mencapai matlamat organisasi. Fulmer (1976)

menjelaskan bahawa kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan untuk

menyakinkan orang lain supaya bekerja keras ke arah mencapai sesuatu matlamat

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

3

dan kebolehan untuk membantu mereka mencapainya. Manakala Jaafar (1999) pula

mendefinasikan kepimpinan adalah sebagai satu proses mempengaruhi kegiatan

manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya mereka rela bergiat dan

berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. Sebagai ringkasan kepimpinan

merujuk kepada keupayaan dan kebijaksanaan seseorang ketua menguruskan

kakitangan di bawahnya serta sumber yang ada. Ternyata kepimpinan pengajaran

guru besar merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan matlamat

pembelajaran murid-murid di sesebuah sekolah (Ubben & Hughes, 1987).

Mohd. Salleh (2000) menyatakan bahawa untuk mempengaruhi kakitangan

biasanya seseorang pemimpin menggunakan pelbagai cara seperti memberi pujian,

semangat, sokongan, ganjaran, menunjukkan model yang baik dan menjelaskan

matlamat yang dikehendaki. Guru besar yang dapat mempengaruhi serta

meyakinkan kakitangan biasanya pada awal tahun persekolahan lagi telah

menjelaskan matlamat yang dikehendaki. Jika kebanyakkan kakitangan dapat

dipengaruhi oleh seseorang guru besar, maka senanglah sesuatu masalah dan

perancangan dapat diselesaikan. Apabila sikap penerimaan serta kepatuhan sentiasa

ada pada seseorang kakitangan maka wujudlah kepuasan dan motivasi dalam

kerjanya. Secara tidak langsung akan mendorong mereka membentuk suasana kerja

yang kondusif dan kemudiannya mengeluarkan produk yang berkualiti.

Semasa ketiadaan guru besar di sekolah, selain memikul tanggungjawab

sebagai tenaga pengajar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran/GPK 1 juga berhadapan

dengan dwiperanan iaitu disamping menjalankan tugas dan tanggungjawab guru

besar, beliau juga terpaksa berhadapan dengan masyarakat, warga guru dan pelajar

serta pada masa yang sama turut diamanahkan untuk mengajar sebilangan waktu

mata pelajaran tertentu (Abdul Ghani, Tang dan Aziah Ismail, 2006).

Ini lebih ketara lagi apabila beliau dilantik secara rasmi oleh guru besar

menjalankan tugas guru besar semasa guru besar menghadiri Program Khas

Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) anjuran IAB dan UTM selama 3 tahun. Hal ini

memerlukan kemahiran dalam kepimpinan pengajaran, komitmen dan daya

ketahanan diri dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

4

Guru Penolong Kanan Pentadbiran/GPK 1 semasa ketiadaan guru besar

hendaklah memupuk pengajaran dan pembelajaran dengan merealisasikan

peranannya sebagai pemimpin pengajaran secara memperkembangkan program-

program pengajaran, memantau pelaksanaan program-program kurikulum dan ko-

kurikulum, mengunjungi bilik-bilik darjah dan berbincang dengan guru-guru tentang

cara-cara memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing

(Anderson, 1987).

Kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana guru besar

dapat mengamalkan gaya kepimpinan yang berwibawa. Kepimpinan yang

berwibawa meliputi memiliki pengetahuan yang meluas dalam aspek pengurusan

sekolah. Ini termasuklah pengurusan pejabat, pengurusan kurikulum, perkembangan

kakitangan, motivasi kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah,

hubungan dengan luar sekolah serta berusaha meningkatkan prestasi sekolah

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam usaha untuk mencapai keberkesanan di sekolah rendah, kepimpinan guru

besar sering dilihat sebagai faktor utama. Di Amerika Syarikat, banyak cadangan telah

dikemukakan melalui laporan-laporan seperti ‘A Nation At Risk,1983’, ‘Action For

Excellence, 1983’, ‘Better Education For Michigan Citizen: A Blue Print For Action,

1984’, ‘Leader For America’s Schools, 1987’, menegaskan bahawa betapa pentingnya

kepimpinan guru besar yang berkesan untuk mewujudkan sesebuah sekolah yang

berkesan. Manakala dalam sorotan literature sekolah-sekolah berkesan, peranan utama

guru besar di sekolah-sekolah berkesan ialah memberi kepimpinan pengajaran kepada

para guru dan peranan ini telah dibuktikan membawa kejayaan kepada sekolah. Peranan

guru besar dalam konteks ini lebih sesuai kepada corak memimpin. Dia berperanan

sebagai pemimpin pengajaran dan menjadi individu yang mencetuskan perubahan-

perubahan di peringkat sekolah (Mohd Nor, 2004).

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

5

Menurut Wan Mohd Zahid (1994), pengurusan dan kepimpinan yang

berwibawa dan berkualiti adalah mustahak untuk menggerakkan sesuatu organisasi

atau kumpulan untuk melaksanakan tugas bagi mencapai objektif dan matlamat.

Beliau merumuskan bahawa kepimpinan adalah pembolehubah yang sangat penting

dalam organisasi kerana tanpa kepimpinan sesuatu organisasi itu akan menjadi satu

longgokan manusia sahaja. Dengan kata lain, kepimpinan pengajaran yang dapat

dikesan daripada guru besar dalam pengurusan pengajaran merupakan faktor yang

kritis bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, khususnya

dalam meningkatkan pencapaian akademik.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran/GPK 1 bertanggungjawab kepada guru

besar untuk mencapai matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dari itu, beliau

bertanggungjawab bagi menentukan kelicinan dalam bidang pengurusan dan

pentadbiran. Dengan itu akan dapat dipertingkatkan prestasi pengajaran guru dan

pembelajaran para pelajar. Dalam soal ini, ia menyediakan khidmat bantu

secukupnya dengan hasrat dan tujuan agar tercapai matlamat Dasar Pendidikan

Negara. Dalam bidang pengurusan, ia melaksana dan menjalankan segala tugas dan

tanggungjawab guru besar semasa ketiadaanya di sekolah. Sebagai tenaga pengajar,

ia juga perlu mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan guru besar yang

ditetapkan dari semasa ke semasa dan bertanggungjawab dalam soal-soal yang

berkaitan dengan hubungan masyarakat dan keselamatan sekolah (Omardin, 2002).

GPK 1 yang menjalankan tugas guru besar semasa ketiadaan guru besar di

sekolah merupakan pemimpin sekolah yang penting yang boleh mempengaruhi

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekiranya mereka berfungsi

sebagai pemimpin pengajaran dan pengurus yang cemerlang. Namun oleh kerana

sifat organisasi sekolah hari ini yang semakin kompleks, guru besar/GPK 1 biasanya

terperangkap dengan kerja-kerja biasa dan rutin seperti melayan tetamu, membaca

dan menjawab surat. Kerja-kerja ke arah mempertingkatkan proses pengajaran dan

pembelajaran hampir tidak termasuk dalam jadual kerja mereka (Mohd Hasani,

1995). Abdul Shukur (1996) menyatakan bahawa apa yang berlaku ialah guru

besar/GPK 1 sekarang lebih tertumpu kepada proses kuasa daripada proses dalaman

iaitu ramai yang terlibat dengan tugas-tugas di luar sekolah. Beliau seterusnya

mencadangkan supaya para guru besar/GPK 1 dan penggubal polisi perlu jelas

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

6

dengan arah pengurusan guru besar sekolah supaya wujud keseimbangan antara

faktor luaran dan dalaman. Tetapi, bagi beliau, yang lebih penting ialah guru

besar/GPK 1 perlu memberi tumpuan masa, tenaga dan kuasa terhadap misi utama

sekolah iaitu pedagogi. Ini bermaksud para guru besar/ GPK 1 berperanan sebagai

pemimpin pengajaran.

Semasa ketiadaan guru besar di sekolah, selain memikul tanggungjawab

sebagai tenaga pengajar, GPK 1 juga berhadapan dengan dwiperanan iaitu di

samping menjalankan tugas dan tanggunjawab guru besar, beliau juga terpaksa

berhadapan dengan masyarakat, warga guru dan pelajar serta pada masa yang sama

turut diamanahkan untuk mengajar waktu mata pelajaran tertentu. Hal ini

memerlukan kemahiran dalam kepimpinan pengajaran, komitmen dan daya

ketahanan diri dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi (Abdul Ghani, Tang dan

Aziah Ismail, 2006).

Mengikut Hussein Mahmood (1993), ‘Keberkesanan sekolah’ (school

effectiveness) lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah

dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan bekerja (job satisfaction)

dalam sesebuah sekolah itu. Sekiranya sesebuah organisasi itu menghadapi sesuatu

aspek negatif secara berterusan tanpa tindakan pemulihan, maka produk,

perkhidmatan, fungsi atau imej organisasi berkenaan mungkin juga turut terjejas.

Oleh yang demikian, segala usaha perlu digembleng untuk meningkatkan kecekapan

pengurusan pendidikan di semua peringkat (Ibrahim, 1995).

Oleh itu kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kepimpinan pengajaran

GPK 1 (dimensi kawalan selia dan penetapan kualiti pengajaran, dimensi

menjalinkan hubungan baik dengan staf dan dimensi penyediaan sumber sokongan

pengajaran dan pembelajaran) dan mengenal pasti samada terdapat perbezaan antara

persepsi responden dari aspek demografi (jantina, bangsa, status perkahwinan dan

kelulusan akademik tertinggi) dengan kepimpinan pengajaran GPK 1 di sebuah

sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru semasa guru besarnya mengikuti Program

Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Mod Intensif, IAB-UTM Ambilan

1/2006.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

7

1.3 Pernyataan Masalah

Di sekolah tidak semua guru besar/GPK 1 mengamalkan kepimpinan

pengajaran yang berkesan. Kebanyakan mereka berfungsi sebagai pentadbir.

Kurangnya peranan serta fungsi kepimpinan pengajaran daripada guru besar/GPK 1

merupakan masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan sekolah dalam jangka

masa yang panjang (Ramaiah, 1992). Kepimpinan pengajaran guru besar/GPK 1

adalah sangat penting kerana kepimpinan bercorak ini dapat menghasilkan

pengajaran dan pembelajaran berkesan di kalangan para guru dan pelajar yang dapat

menghasilkan prestasi akademik yang cemerlang (Weber, 1971; Brookover, et al.

1979; Hallinger dan Murphy 1985; Wiebes, 1991; Hallinger dan Heck, 1996;

Johnson, et al. 2000 ). Ini bermaksud sekiranya guru besar/GPK 1 memainkan

peranan yang berkesan sebagai pemimpin pengajaran ianya dapat mempengaruhi

para guru mengamalkan pengajaran berkesan di bilik darjah. Hanya dengan

pengajaran yang berkesan di bilik darjah pembelajaran di kalangan para pelajar akan

berlaku secara berkesan (Abdul Shukur, 2000; Rowe, et al.1995 dan Van der Werf,

1997). Oleh itu pertalian antara kepimpinan pengajaran guru besar/GPK 1 dan

amalan pengajaran guru yang berkesan di bilik darjah adalah sangat kuat dan

akibatnya akan mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar (Mohd Nor, 2004).

Permasalahan yang timbul sekarang ialah mengapakah prestasi akademik

murid-murid dalam peperiksaan awam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di

sekolah yang dikaji merosot pada tahun 2006 dan 2007. Adakah GPK 1 yang guru

besarnya mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) dapat

memainkan peranan sebagai pengurus, pemimpin pengajaran serta tugas-tugas

hakikinya sebagai GPK 1 dengan berkesan semasa guru besarnya berkursus?

Penyelidik juga melihat kepada peningkatan atau penurunan peratus kelulusan UPSR

selama 3 tahun berturut-turut (2005-2007). Guru besar sekolah tersebut telah

menerima tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan Program Khas Pensiswazahan Guru

Besar (PKPGB) Mod Intensif, IAB-UTM Ambilan 1/2006 selama 3 tahun. Pada

tahun 2006 beliau telah tiada di sekolah selama 76 hari manakala pada tahun 2007

pula selama 134 hari kerana menghadiri kuliah di UTM.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

8

Mortimore (1995) menegaskan bahawa antara kriteria kepimpinan pengajaran

sekolah berkesan ialah pengalaman dan pengetahuan mengenai pengendalian bilik

darjah, perancangan dan pelaksanaan kurikulum, strategi pengajaran serta bijak dan

cekap dalam pemantauan prestasi murid-murid. Oleh itu beberapa faktor seperti

kemampuan GPK 1 menjalankan tugas guru besar semasa ketiadaan beliau dalam

menentukan kualiti pengajaran, keberkesanan mewujudkan suasana persefahaman

dan permuafakatan di kalangan staf dan keaktifan beliau dalam meningkatkan

sumber sokongan pembelajaran ke arah kecemerlangan prestasi akademik murid-

murid di sekolah perlu diberi perhatian.

Kesimpulannya, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan

pengajaran GPK 1 dan mengenal pasti samada terdapat perbezaan antara persepsi

responden dari aspek demografi (jantina, bangsa, status perkahwinan dan kelulusan

akademik tertinggi) dengan kepimpinan pengajaran GPK 1 di sebuah sekolah

kebangsaan di daerah Johor Bahru, semasa guru besarnya mengikuti Program Khas

Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Mod Intensif, IAB-UTM Ambilan 1/2006.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada permasalahan kajian yang telah dinyatakan, maka

objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :

a. mengenal pasti tahap kepimpinan pengajaran GPK 1 dimensi

kawalan selia dan penetapan kualiti pengajaran, menjalinkan

hubungan baik dengan staf dan penyediaan sumber sokongan

pengajaran dan pembelajaran.

b. mengenal pasti samada terdapat perbezaan yang signifikan antara

persepsi responden dari aspek demografi (jantina, bangsa, status

perkahwinan dan kelulusan akademik tertinggi) dengan kepimpinan

pengajaran GPK 1 (dimensi kawalan selia dan penetapan kualiti

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my€¦borang pengesahan status tesis’ judul: persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran gpk pentadbiran semasa guru besar mengikuti

9

pengajaran, menjalinkan hubungan baik dengan staf dan penyediaan

sumber sokongan pengajaran dan pembelajaran).

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah dan objektif kajian di atas, maka terdapat

beberapa persoalan kajian yang timbul iaitu :

a. Apakah tahap kepimpinan pengajaran GPK 1 dimensi kawalan selia

dan penetapan kualiti pengajaran, menjalinkan hubungan baik dengan

staf dan penyediaan sumber sokongan pengajaran dan pembelajaran?

b. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi responden

dari aspek demografi (jantina, bangsa, status perkahwinan dan

kelulusan akademik tertinggi) dengan kepimpinan pengajaran GPK 1

(dimensi kawalan selia dan penetapan kualiti pengajaran, menjalinkan

hubungan baik dengan staf dan penyediaan sumber sokongan

pengajaran dan pembelajaran)?

1.6 Hipotesis

Sesuatu hipotesis diuji berdasarkan fenomena yang dilihat dengan membuat

andaian bahawa fenomena yang berkenaan berkait rapat dengan pembolehubah-

pembolehubah atau fenomena yang lain. Dengan berpandukan kepada kajian-kajian

yang lepas, kajian ini akan menguji beberapa hipotesis bagi melihat perbezaan iaitu

Hipotesis nol 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi

responden dari aspek jantina dengan kepimpinan GPK 1

(dimensi kawalan selia dan penetapan kualiti pengajaran,