Upload
truongdang
View
225
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP
PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya NORAIN BINTI IDRIS _____________(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_____________________ ____________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: NO.1509 Blok 18 DR. HEE JEE MEIFelda Tunggal,81900Kota Tinggi, Johor (NAMA PENYELIA)
Tarikh: 23.04.2010 Tarikh: 23.04.2010
√
BORANG PENGESAHAN
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : DR. HEE JEE MEI
Tarikh : 23 APRIL 2010
i
TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP
PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM
NORAIN BINTI IDRIS
Laporan projek ini dikemukakan sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti pendidikanUniversity teknologi Malaysia
2010
ii
“saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : -----------------------------
Nama penulis : NORAIN BINTI IDRIS
Tarikh : 23 April 2010
iii
DEDIKASI
Teristimewa untuk AYAH (Idris Bin Ismail) dan EMAK (Fatimah Hji Makpol)
yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan,
Kepada adik beradik Nor Idayu, Nor azam, Nor Affandi, Muhamad Faiz,
‘Aisyah, Arif Fakhruddin yang memberikan semangat,
Buat tersayang yang selalu memberi sokongan dan memahami,
Dan
Untuk sahabat yang banyak membantu
Kalian tidak akan kulupakan san semoga diberkati ALLAH SWT
Dan bahagia selalu.
Wassalam.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya maka saya beroleh kekuatan
dalam menyediakan penulisan ini.
Saya dengan seikhlas hati ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
khususnya kepada penyelia projek, Dr. Hee Jee Mei di atas segala bimbingan,
teguran, tunjuk ajar, nasihat dan panduan yang telah dihulurkan sepanjang tempoh
penyelidikan projek ini dijalankan. Ribuan terima kasih kerana terus memberi
nasihat, teguran dan bimbingan tampa jemu-jemu sehingga projek ini sempurna
dilaksanakan.
Sekalung penghargaan juga kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Pusat
Pelajar Antarabangsa yang memberikan kerjasama sepanjang perjalanan
menyempurnakan projek sarjana ini.
Akhir sekali kepada Norazah Binti Ali yang banyak meluangkan masa untuk
menemani, membantu, dan mengajar saya sepanjang tempoh menyiapkan projek
sarjana ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sentiasa membantu
menyiapkan projek ini.
Terima Kasih. Semoga diberkati ALLAH S.W.T .
Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji tahap kepuasan pelajar antarabangsa terhadap
perkhidmatan sokongan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seramai 163
orang responden dalam kajian ini dengan 66 orang responden prasiswazah dan 97
siswazah. Data-data dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Hasil kajian
menunjukkan majoriti responden berpuas hati terhadap perkhidmatan sokongan di
UTM. Kepuasan pelajar paling tinggi ialah kepuasan terhadap interaksi dengan
pensyarah, diikuti dengan penilaian keatas kandungan kursus dan penilaian tugasan.
Kepuasan paling rendah ialah kepuasan terhadap interaksi dengan rakan sekelas.
Hasil kajian menunjukkan pelajar menghadapi masalah komunikasi dengan rakan
dan pensyarah, kandungan kursus, budaya, bahasa, kos hidup dan kewangan. Bagi
aspek keperluan pelajar pula, perkhidmatan yang paling diperlukan ialah
perkhidmatan perpustakaan diikuti dengan perkhidmatan selepas belajar dan
perkhidmatan komunikasi. Perkhidmatan yang kurang diperlukan ialah
perkhidmatan pentadbiran.
vi
ABSTRACT
This research is to investigate the level of satisfaction of student support
services in UTM among the international student. The total number of respondents
of the study was 163 which consisted by 66 undergraduate and 97 post graduate.
The instrument of this study was a set of questionnaire. The findings of the study
show that the respondents satisfied with student support services in UTM. The
students show the highest satisfaction with their lecturer, followed by evaluation
course assessment. The students show the lowers satisfaction with their classmate.
The findings of the study show that the students faced problems in communicating,
course content, culture, language, financial and cost of living. With respect to
student’s needs for support services, they show the highest need for library services,
followed by post services and communications services. They show the least need
for administrative services.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii - x
SENARAI JADUAL xi - xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Penutup 10
viii
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 11
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Kemahiran Akademik Pelajar 12
2.2.1 Kemahiran Asas Eglish 13
2.2.2 Kemahiran Penggunaan Perpustakaan 15
2.3 Kursus dan interaksi 16
2.3.1 Interaksi Pelajar Dengan Rakan Sekelas 17
2.3.2 Interaksi Pelajar Dengan Pensyarah 18
2.4 Perkhidmatan Sokongan 19
2.4.1 Perkhidmatan Pentadbiran 20
2.4.2 Perkhidmatan Akademik 21
2.4.3 Perkhidmatan Perpustakaan 23
2.4.4 Perkhidmatan Komunikasi 26
2.4.5 Perkhidmatan Kebajikan 27
2.4.6 Perkhidmatan Selepas Belajar 31
2.5 Isu dan Masalah Dalam Menarik Pelajar
Antarabangsa ke Malaysia 31
2.5.1 Pengiktirafan Program Pengajian
Di Malaysia 31
2.5.2 Sistem Penyampaian Di IPT Malaysia 32
2.5.3 Penyelarasan Promosi Dan Maklumat
Pengajian Di Luar Negara 32
3.5.4 Kualiti Kemudahan Sokongan Yang
Sedia Ada Yang Ditawarkan 33
2.6 Masalah Sosial Pelajar Antarabangsa
di Malaysia 34
2.6.1 Keselamatan Pelajar Antarabangsa
Di Malaysia 34
2.6.2 Masalah Sosial Pelajar Antarabangsa 36
2.6.3 Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap
Pelajar Antarabangsa 37
2.6.4 Persepsi Pelajar Antarabangsa Terhadap
Masyarakat Tempatan 38
ix
2.7 Penutup 39
BAB 3 METODOLOGI 40
3.1 Pengenalan 40
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.3 Lokasi Kajian 41
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 42
3.5 Instrumen Kajian 42
3.6 Kandungan Soal Selidik 43
3.6.1 Bahagian A 44
3.6.2 Bahagian B 44
3.6.3 Bahagian C 45
3.6.4 Bahagian D 46
3.6.5 Kesahan Kandungan Soal Selidik 47
3.7 Kajian Rintis 48
3.8 Prosedur Kajian 50
3.8.1 Prosedur Pengumpulan Data 50
3.8.2 Proses Kajian 51
3.9 Analisis Data Kajian 51
3.10 Penutup 55
BAB 4 ANALISIS DATA 56
4.1 Pengenalan 56
4.2 Latar Belakang Responden 56
4.3 Maklumbalas Responden Terhadap
Persoalan Kajian 61
4.3.1 Kemahiran Akademik Pelajar 61
4.3.2 Kepuasan Kandungan Kursus 66
x
4.3.3 Keperluan Perkhidmatan Sokongan 79
4.4 Penutup 93
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 95
5.1 Pengenalan 95
5.2 Rumusan 95
5.3 Cadangan 97
5.4 Penutup 99
RUJUKAN 100
LAMPIRAN Borang Soal selidik 119
Surat Kebenaran 120
Perangkaan Pelajar Antarabangsa 121
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Populasi Program 42
3.2 Skala 5 Pemeringkatan 45
3.3 Skala 5 Pemeringkatan 46
3.4 Skala 5 Pemeringkatan 47
3.5 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Bagi Setiap Item 49
3.6 Penggunaan statistik bagi setiap persoalan kajian 52
3.7 Perubahan Skala 5 Pemeringkatan 53
3.8 Tahap Penilaian Min 54
3.9 Perubahan Markat dan Skala 54
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 57
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Umur 57
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Kelulusan 58
4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Tempat Kediaman (Kolej) 58
4.5 Taburan Bilangan Dan Peratuan Responden
Mengikut Status 59
4.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
xii
Mengikut Bilangan Anak 59
4.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Negara Asal 60
4.8 Maklumbalas Responden Terhadap Tahap
Kemahiran Penggunaan Perpustakaan (PSZ) 61
4.9 Maklumbalas Responden Terhadap Tahap
Kemahiran English 63
4.10 Maklumbalas Kepuasan Responden Terhadap
Kandungan Kursus 66
4.11 Maklumbalas Kepuasan Responden Terhadap
Interaksi dengan Rakan sekelas 68
4.12 Maklumbalas Kepuasan Responden Terhadap
Interaksi dengan Pengajar 72
4.13 Maklumbalas Kepuasan Responden Terhadap
Penilaian Khusus 75
4.14 Maklumbalas Responden Terhadap
Perkhidmatan pra-Pendaftaran 79
4.15 Maklumbalas Responden Terhadap Perkhidmatan
Selepas Pendaftaran 81
4.16 Maklumbalas Responden Terhadap Perkhidmatan
Komunikasi 84
4.17 Maklumbalas Responden Terhadap Perkhidmatan
Lain 86
4.18 Maklumbalas Responden Terhadap Perkhidmatan
Perpustakaan (PSZ) 87
4.19 Maklumbalas Responden Terhadap Perkhidmatan
Kebajikan 90
4.20 Maklumbalas Responden Terhadap Perkidmatan
Selepas Belajar 92
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 107 – 118
B Surat Kebenaran 119
C Perangka Pelajar antarabangsa 120 – 122
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Matlamat Malaysia untuk menjadi hab pengajian tinggi serantau bukan sahaja
melibatkan usaha institusi pengajian tinggi awam (IPTA), malah institusi pengajian
tinggi swasta (IPTS). Oleh itu, keupayaan daya tarikan IPTS memainkan peranan
penting untuk memastikan sasaran bilangan pelajar antarabangsa dapat dicapai.
Menurut The Star, Ahad 20 Feb 2005 yang bertajuk “Foreign Student Intake
Still Increasing” menyatakan bahawa, jika dilihat pada statistic Institusi Pengajian
Tinggi Swasta, bilangan pelajar antarabangsa bertambah dari 22,827 pelajar pada
tahun 2002 kepada 25,158 pelajar pada tahun 2003. Manakala pada tahun 2004,
seramai 25,939 pelajar antarabangsa yang diperolehi. Terdapat sedikit penurunan
dalam bilangan pelajar dari Negara China iaitu daripada 10,230 pelajar pada tahun
2003 kepada 9,075 pelajar pada tahun 2004. Walaubagaimanapun, statistik
menujukkan pertambahan pelajar dari Indonesia, Pakistan dan Negara Timur Tengah.
Dengan pertambahan pelajar antarabangsa yang sering berlaku pada setiap tahun, ia
dapat menujukkan bahawa kerajaan juga telah melakukan pelbagai usaha dalam
2
menarik lebih ramai lagi pelajar antarabangsa ke Malaysia. Kerajaan juga ingin
menjadikan Malaysia sebagai Pusat Pendidikan yang Cemerlang.
Dalam usaha menggalakkan pengambilan pelajar antarabangsa di IPT di
negara ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) perlu memberi
tumpuan terhadap kepentingan dan masalah pelajar antarabangsa. Tumpuan
sedemikian boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk meningkatkan daya tarikan
Malaysia sebagai hab pendidikan. Ekoran kemasukan pelajar antarabangsa yang
kian meningkat, Malaysia memerlukan persediaan yang mantap dari segi
infrastruktur, pendedahan budaya tempatan dan kesediaan warga institusi juga
masyarakat tempatan dalam menerima pelajar antarabangsa. Selain itu, keselamatan
sosial pelajar juga merupakan elemen yang penting dan perlu dititikberatkan.
Persediaan demikian akan diperkukuh dengan melihat kepada masalah yang dihadapi
oleh pelajar antarabangsa secara umum di negara ini.
Oleh sebab itu, Kajian Pelajar Antarabangsa di Malaysia ini dijalankan
dengan tujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti isu dan masalah semasa pelajar
antarabangsa yang datang menuntut di IPT di negara ini. Seterusnya, kerajaan akan
merangka dasar, membentuk strategi dan menentukan hala tuju pengurusan dan
pengambilan pelajar antarabangsa ke IPT di Malaysia, khususnya IPTS.
Menurut New Straits Times, Jumaat 16 Julai 2004 yang bertajuk “Foreign
Student Quarto Stay”, menyatakan bahawa kerajaan akan mengekalkan 5% kuota
untuk kemasukkan pelajar antarabangsa ke institusi pengajian tinggi tempatan.
Kemasukkan pelajar antarabangsa tidak akan memberi ancaman kepada tempat
pelajar tempatan ke Universiti, dimana pelajar antarabangsa akan diagihkan samarata
ke institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta.
Di samping menjalankan promosi bagi menarik pelajar antarabangsa, terdapat
juga beberapa langkah lain bagi menigkatkan mutu pembelajaran supaya setanding
dengan Negara lain. Menurut Utusan Malaysia, Rabu 29 Ogos 2007, yang bertajuk
3
“Pengantarabangsaan IPT di Malaysia”, kerajaan telah meluluskan cadangan untuk
melaksanakan Biasiswa Antarabangsa Malaysia iaitu sebanyak 15 jenis biasiswa
ditawarkan untuk pelajar antarabangsa meneruskan pengajian di Negara ini. Kajian
juga memperluaskan program pengajian yang ditawarkan agar sesuai untuk pelajar
antarabangsa. Oleh itu, pihak Universiti Teknologi Malaysia(UTM) juga tidak
ketinggalan dengan melakukan pelbagai usaha dan promosi bagi menarik lebih ramai
pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran ke UTM. Ini adalah penting untuk
UTM diiktiraf cemerlang. Menurut Naib Canselor (2007), dalam Amanat Tahun
Baru berkata,
“Saya berharap usaha dan promosi akan terus giat dilakukan bagi menarik lebih
ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran di UTM. Dengan
ramainya bilangan pelajar antarabangsa, tentu sekali bilangan tersebut akan dapat
mewarnai suasana antarabangsa di kampus kita. Secara tidak langsung kita juga
akan dapat memenuhi salah satu criteria atau syarat bagi menentukan ‘ranking’
university dunia oleh badan pengiktirafan seperti Times Higher Education
Supplement (THEMS) iaitu bilangan pelajar antarabangsa”.
Berdasarkan kenyataan diatas, dapatlah dilihat betapa pentingnya fungsi dan
peranan pelajar antarabangsa dalam menjadikan UTM sebagai universiti bertaraf
dunia. Perlu diingatkan bahawa pelajar antarabangsa juga secara tidak langsung
adalah duta kepada universiti dan negara yang mereka belajar. Kualiti pembelajaran
adalah penting untuk menjaga dan mengekalkan reputasi universiti di mana mereka
akan pulang ke negara asal dengan pendapat serta pengalaman semasa menuntut di
luar negara. Oleh itu, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pihak
universiti dari segi kemudahan, kebajikan, perkhidmatan sokongan terhadap pelajar
antarabangsa dan sistem akademik yang bersesuaian dengan mereka.
Banyak kajian samaada di dalam atau di luar Negara menunjukkan pelajar
antarabangsa menghadapi masalah seperti masalah di tempat kerja, masalah keluarga
dan masalah kehidupan jika tidak mempunyai daya tindak yang baik akan member
kesan mendalam kepada individu yang mengalaminya. Apa yang penting ialah
4
bagaimana pelajar antarabangsa dapat bertindak terhadap masalah-masalah yang
dihadapi di samping mempunyai sistem bantuan dan sokongan yang baik.
Selain daripada itu, keputusan mengenai pemilihan kerjaya, masalah
persahabatan serta masalah dalam institusi pedidikan itu sendiri turut menyumbang
kepada tahap permasalahan yang dihadapi oleh pelajar.
1.2 LATAR BELAKANG MASALAH
Pelajar antarabangsa memilih untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara
adalah terdiri daripada pelbagai faktor. Antara faktor yang mempengaruhi ialah
peluang kerjaya yang lebih baik di negara mereka, peluang mendapat tempat di
Universiti dan peluang untuk berhijrah ke Negara lain. Walaubagaimanapun, pelajar
antarabangsa perlu berhadapan dengan pelbagai kemungkinan atau cabaran semasa
berada di negara lain. Tekanan dan masalah yang dihadapi adalah lebih tinggi
berbanding yang dihadapi oleh pelajar tempatan terutamanya apabila berada di tahun
pertama pengajian. Ini adalah kerana mereka berada jauh dari keluarga, rumah,
kurang mendapat sokongan dan galakkan dari komuniti terdekat.
Menurut New Straits Times, Rabu 4Mei 2005 yang bertajuk, “500 Foreign
student missing”. Lebih daripada 500 pelajar luar Negara telah dilaporkan hilang.
Pelajar tersebut majoritinya berasal dari Bangladesh, Pakistan dan India telah
dilaporkan menghilangkan diri tanpa menamatkan pengajian di sebuah Kolej Swasta
di Kuala Lumpur.
Selain itu, pelajar antarabangsa ini juga sering dilihat berada dikalangan
kumpulan etnik mereka serta didapati kurang berinteraksi dengan pelajar tempatan.
Menurut Ryan (2005), pelajar tempatan tidak bersedia untuk menjadikan pelajar
antarabangsa sebagai kawan apabila mendapati kesukaran dalam berkomunikasi.
5
Pelajar antarabangsa menyatakan ia mungkin akan mengambil masa selama setahun
untuk berkawan dengan pelajar tempatan dimana mereka perlu mempelajari budaya,
bahasa dan rasa diterima. Mereka juga berasa seperti di diskriminasi dan merasakan
kehadiran mereka tidak disenangi oleh pelajar tempatan dan juga pensyarah.
Menurut Alicia Lim (2008) dalam kajian beliau di Melbourne menyatakan
bahawa ia bukan disebabkan kedua-dua komuniti tidak berminat untuk berinteraksi
antara satu sama lain. Ia adalah kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk
melakukannya. Oleh itu, promosi dan kempen perlu dijalankan oleh kelab dan
persatuan untuk menggalakkan interaksi antara kedua-dua komuniti. Komuniti
tempatan perlu didedahkan dengan kejutan budaya yang dialami oleh pelajar
antarabangsa manakala pelajar antarabangsa pula perlu diberi peluang untuk
mempelajari budaya komuniti tempatan.
Apabila pelajar antarabangsa berhadapan dengan masalah yang banyak, maka
mereka akan berasa lebih tertekan dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian
dengan baik. Menurut B. Lorraine (2008) menyatakan bahawa, semua pelajar akan
merasakan tertekan apabila menghadapi banyak beban yang melibatkan kursus
mereka. Begitu juga yang berlaku kepada pelajar tempatan.
Pensyarah juga menghadapi masalah dalam pengajaran dan cara penyampaian
dalam kelas, terutamanya jika mendapati pelajar mereka mempunyai latar belakang
yang berbeza serta pelbagai. Secara tidak langsung objektif pengajaran tidak
tercapai. Menurut Ryan (2005),
“Teacher sometimes viewed international student (IS) as a homogeneous
group with similar learning styles and expectations as rote with a surface
approach to learning; as unwilling to participate in class discussion and as
only wanting to interact with other from similar backgrounds IS reported
that they felt under-valued and misunderstanding. They wanted to learn new
skills, to demonstrate their experiences and expertise and to speak and
participate in class, but needed help to do so”
6
Perkhidmatan sokongan ialah sesuatu kegiatan atau fungsi yang memerlukan
satu penyelesaian atau proses, program, atau projek yang berjaya. Aktiviti secara
umum dapat diertikan sebagai sesuatu perkara yang berlaku bagi tujuan persembahan
kerja dari peringkat input kepada output.
Perkhidmatan sokongan telah direka bagi mengenal pasti, tentang kekuatan
dan perkara yang dikehendaki oleh pelajar antarabangsa dan pelajar tempatan, pihak
swasta tambahan, pihak awam, antara perkara rasmi dan tidak rasmi, supaya orang
boleh melaksanakan keazaman diri. Perkhidmatan sokongan adalah bertujuan bagi
menambahbaik satu sistem sokongan supaya orang tidak menggantikan satu sistem
sokongan. Semua perbelanjaan dana-dana servis sokongan mesti adalah untuk
barangan dan perkhidmatan yang adalah "sokongan" dan "faedah sosial".
Selaras dengan keputusan kerajaan untuk meransang pertumbuhan ekonomi
negara yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 21 Mei 2003.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah diarahkan oleh Jemaah Menteri untuk
menubuhkan Pejabat Promosi Pendidikan di luar negara sebagai satu cara untuk
menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan pendidikan di Malaysia melalui
peningkatan dalam enrolmen pelajar antarabangsa selaras dengan dasar Kerajaan
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
Perkhidmatan sokongan kepada pelajar antarabangsa adalah perkhidmatan
yang diberikan kepada pelajar dari tempat di mana pelajar itu belajar. Antara
perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar antarabangsa ini adalah, lawatan
kebudayaan, malam antarabangsa, orientasi kepada pelajar antarabangsa baru dan
minggu pendidikan antarabangsa. Akan tetapi, perkhidmatan sokongan yang
diberikan ini telah mendatangkan masalah kepada pelajar antarabangsa yang belajar
di Uiversiti-universiti awam di Malaysia. Satu tinjauan di buat di Universiti awam
iaitu Uviversiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sumber: Universiti Teknologi Malaysia
7
Disamping itu, kajian dalam Negara yang berkaitan dengan pelajar
antarabangsa amat kurang dikaji. Kajian terakhir yang mengkaji mengenai pelajar
antarabangsa dilakukan oleh Nurfarahiyah Bte Mahmud (2009) dan Mohd Noh Idris
(1997). Oleh itu, kajian baru perlu dilakukan kerana masalah yang dihadapi oleh
pelajar antarabangsa sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Selain itu kajian
mengenai perkhidmatan sokongan perlu dilakukan bagi mengetahui tahap kepuasan
yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa terhadap perkhidmatan yang disediakan.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Pengambilan pelajar antarabangsa merupakan satu matlamat Negara yang
mahukan lebih ramai pelajar antarabangsa di Negara ini. Ini kerana ia akan
menyumbangkan kepada ekonomi Negara. Sehubungan dengan itu, pihak universiti
mengambil beberapa langkah bagi membolehkan pelajar antarabangsa melanjutkan
pengajian mereka di universiti Negara Malaysia. Antara langkah yang diambil ialah
menyediakan perkhidmatan sokongan bagi pelajar antarabangsa.
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor merupakan sebuah universiti
yang melatih pelajar supaya mampu berdikari dan berdaya maju dalam segala bidang
kehidupan. Oleh itu, bagi setiap pelajar yang belajar di universiti ini akan disediakan
dengan program-program pembelajaran mengikut bidang pengajian masing-masing
yang berorientasikan teori dan praktikal. Ini agar dapat melengkapkan pelajar untuk
menghadapi bidang kerjaya yang lebih mencabar dan profesional (Abdul Aziz
Azimullah, 2000).
Perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar antarabangsa perlulah meliputi
lima bahagian iaitu, perkhidmatan akademik, perkhidmatan pentadbiran, kebajikan
pelajar, perpustakaan dan perkhidmatan selepas tamat pengajian. Bahagian Hal
Ehwal Pelajar (BHEP) ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan dan jasa yang
membantu para pelajar memperoleh suatu pengalaman pembelajaran yang cemerlang
8
di samping meringankan beban pelajar semasa mengejar cita-cita di UTM. BHEP
merupakan rakan para pelajar di dalam mempertingkatkan prestasi pengajian dan
potensi diri semasa di UTM
Sumber: Universiti Teknologi Malaysia
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini ialah untuk melihat masalah-masalah yang dihadapi
oleh pelajar antarabangsa yang terdapat di Universiti Teknologi Malaysia [UTM].
Objektif khusus kajian ini pula adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti kepuasan pelajar antarabangsa terhadap perkhidmatan
sokongan di UTM
1.4.2 Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa di
UTM
1.4.3 Mengenalpasti keperluan perkhidmatan sokongan yang diberikan di UTM
1.4.4 Mengenalpasti keperluan yang diperlukan oleh pelajar antarabangsa selain
yang telah ditawarkan.
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Dalam kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan yang
menjadikan asas kajian.:
1.5.1 Sejauhmanakah tahap kepuasan pelajar antarabangsa terhadap perkhidmatan
sokongan yang diberikan?
1.5.2 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa di UTM?
1.5.3 Apakah keperluan perkhidmatan sokongan yang diberikan oleh UTM?
9
1.5.4 Apakah keperluan yang diperlukan oleh pelajar antarabangsa selain yang
ditawarkan di UTM?
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dibuat kerana mempunyai beberapa kepentingannya terhadap pihak
yang terlibat. Antaranya ialah:
1.6.1 Pelajar antarabangsa dapat menyuarakan masalah yang mereka hadapi.
1.6.2 Pelajar antarabangsa dapat memenuhi kepuasan mereka terhadap
perkhidmatan sokongan yang diberikan.
1.6.3 Membantu pihak UTM dalam memperbaiki lagi perkhidmatan sokongan
yang diberikan kepada pelajar antarabagsa.
1.6.4 Membantu jabatan perkhidmatan sokongan seperti kaunselor, dan pihak yang
menawarkan perkhidmatan sokongan
1.6.5 Membantu pensyarah yang terlibat dalam pengajaran pelajar antarabangsa
bagi memperbaiki teknik pengajarannya.
1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Kajian yang akan dijalankan ini adalah terbatas kepada beberapa perkara
seperti berikut:
1.7.1 Terbatas kepada pelajar antarabangsa di UTM sahaja
10
1.7.2 Kejituan kajian adalah bergantung kepada kejujuran pelajar tersebut dalam
menjawab soalan selidik.
1.8 PENUTUP
Bab ini telah membincangkan mengenai perkara yang berkaitan dengan
perkhidmatan sokongan dimana terdapat lima bahagian dalam perkhidmatan
sokongan iaitu perkhidmatan akademik, pentadbiran, kebajikan, perpustakaan
dan perkhidmatan selepas belajar. Ia juga membincangkan mengenai
pertambahan bilangan pelajar dan masalah yang dihadapi oleh pelajar
antarabangsa di UTM.