24
BORANG PENGESAHANSTATUSTESIS I JUDUL: VIDEO STMULASIEKSPERIMEN PENAPAIAN DAN PENYULINGAN ETANOL TULEN DARIPADA GLUKOSA KIMIA TINGKATAN LIMA Saya Sf,SI PENGAJIAN: 2010/20I I NOOR ASHIKIN BINTI IBRAHIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSMiSarjan#Del*o+Salsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti TeknologiMalaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilikUniversiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti TeknologiMalaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesisini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ({ ) I tf E SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysiaseperti yangtermaktub di dalam (AKTA RAHSTA RASMr 19?2) (Mengandungi maklumat TERHAD yangtelah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TERHAD TIDAKTERHAD Disahkan Oleh, Alamat Tetap: W3/63KAMPUNG LEMAL., I7OOO. PASIRMAS KELANTAN. (NAMA PENYELIA) Tarikh: ll MEI20l I Tarikh: l l MEI 20l l ANGAN PENULIS) (TAI{DATANGAN PENYELIA) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATA){: * Potong yangtidakberkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. sila lampirkansuratdaripada pihak berkuasa,/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekalisebab dan tempohtesisini perlu dikelaskan sebagai SULIT atauTERHAD. r Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, ataudisertasi bagi pengajian secara kerja kursusdan penyelidikan, atau LaporanProjek Sarjana \{uda tPSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

  • Upload
    vanminh

  • View
    235

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS IJUDUL: VIDEO STMULASI EKSPERIMEN PENAPAIAN DAN PENYULINGAN ETANOL TULEN

DARIPADA GLUKOSA KIMIA TINGKATAN LIMA

Saya

Sf,SI PENGAJIAN: 2010/20I I

NOOR ASHIKIN BINTI IBRAHIM

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSMiSarjan#Del*o+Salsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ({ )

ItfE

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSTA RASMr 19?2)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD

Disahkan Oleh,

Alamat Tetap:

W3/63 KAMPUNG LEMAL.,I7OOO. PASIR MASKELANTAN.

(NAMA PENYELIA)

Ta r i kh : l l ME I20 l I Tarikh: l l MEI 20l l

ANGAN PENULIS) (TAI{DATANGAN PENYELIA)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATA){: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa,/organisasi berkenaan

dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.r Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana\{uda tPSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

PENGESAHAN PENYELIA

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya iniadalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan pengamrgerahanljazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan ( Kimia)"

Tandatansan :

Nama Penyelia : Dr. Noraffandy Bin Yahaya

Tarikh : l1 MEl2Ol I

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

VIDEO SIMULASI EKSPERIMEN PENAPAIAN DAN PENYULINGAN

ETANOL TULEN DARIPADA GLUKOSA KIMIA TINGKATAN LIMA

NOOR ASHIKIN BINTI IBRAHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer

Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya'"

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

NOOR ASHIKIN BINTI IBRAHIM

1 1 M E I 2 0 1 l

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat insan yang ku sayangi dan kasihi…..

Untuk Ma & Abah….

Siti Esah@Hasanah Binti Che Ismail & Ibrahim Bin Mohamad

Tanpa kamu berdua tidak mungkin ku berada di puncak menara gading

ini..

Terima kasih kerana membesarkan ku dengan penuh kasih sayang

Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan dari segi mental dan

fizikal…

Hanya doa dan ucapan terima kasih yang mampu ku balas..kerna wang

ringgit belum tentu mampu menebus segala pengorbanan yang kamu

lakukan.

Buat kekanda-kekandaku yang dikasihi dan dihargai …..

Terima kasih atas sokongan,bantuan wang ringgit dan nasihat yang tidak

pernah jemu diberikan…

Segala nasihat dan dorongan kalian akan ku ingat dan semat di dada…

Dan buat teman-teman seperjuanganku…..terutama teman baik ku…..

Terima kasih kerana turut memberi sokongan,bantuan dan idea-idea dalam

menjayakan projek ini. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir

hayat…

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat, taufik dan

hidayah serta inayahNya, kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Selawat

dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang

amat dikasihi. .

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan

terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Noraffandy Bin Yahaya, selaku

penyelia projek sarjana muda ini. terima kasih atas sokongan, nasihat dan tunjuk ajar

yang diberikan. Segala yang dipelajari daripada beliau amat berguna dalam

menjayakan projek ini.

Kepada kedua ibu bapa saya, Siti Esah@Hasanah Binti Che Ismail & Ibrahim

Bin Mohamad yang tidak pernah jemu-jemu memberi sokongan dan semangat

semenjak saya melihat dunia. Terima kasih di atas dorongan, doa dan sentiasa

menjaga keperluan saya, jasa kalian amat saya hargai dan tidak mampu dibalas

dengan wang ringgit. Tidak dilupa juga, kepada adik beradik saya, yang sentiasa

memberi sokongan, dorongan,wang ringgit dan nasihat. Jasa kalian tidak mungkin ku

lupakan.

Ucapan jutaan terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan dan rakan

karib saya, Noorfadhilah Md. Amir, kerana mereka telah banyak memberikan

dorongan, idea dan bantuan kepada saya sepanjang proses merealisasikan projek ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan sokongan,

cadangan dan sebagainya. Tanpa sokongan dan dorongan dari kalian, tesis ini tidak

dapat disiapkan dengan sempurna. Terima kasih.Wassalam.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

v

ABSTRAK

Setiap pelajar yang mengambil matapelajaran kimia wajib melibatkan diri secara aktif

dalam melakukan kerja-kerja amali. Hal ini, menjadi satu masalah bagi pihak guru

apabila adanya kerja amali yang ditetapkan dalam silibus menjadi isu dalam

perlaksanaannya. Terdapat beberapa kekangan dan faktor yang menyebabkan guru

mengambil jalan mudah dengan mengabaikan eksperimen-eksperimen tersebut. Jadi

pembangunan bahan bantu mengajar bagi video simulasi ini, adalah untuk membantu

mengurangkan faktor penghalang dalam melaksanakan eksperimen. Eksperimen yang

dipilih dalam perlaksanaan video simulasi ini ialah eksperimen Penapaian dan

Penyulingan Etanol Tulen bagi Glukosa di bawah subtopik Alkohol, dalam tajuk

Sebatian Karbon untuk matapelajaran Kimia tingkatan lima. Video simulasi ini

dimasukkan beberapa elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video

dengan menggunakan perisian seperti Sony Vegas Movie Studio 4.0, Macromedia Flash

8, Adobe Photoshop CS3, Window Movie Maker 2.6 dan Sony Sound Forge 8.0. Projek

ini dibangunkan berlandaskan Teori Konstruktivisme - Inkuiri-Penemuan dan

berasaskan model ADDIE untuk pembangunan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

vi

ABSTRACT

Every student who is learns chemistry subjects, must actively involved in doing practical

work. However, this has become a problem for the teacher when there is a set of

practical work in the syllabus to be an issue, in the implementation of it. There are a

number of constraints and factors that cause teachers to take the easy way by ignoring

these experiments. So, the development of teaching aid based on video simulation will

help the student to reduce the barriers in implementing the experiments. The

experiments which is selected in this video simulation, is an experiment of pure ethanol

fermentation and distillation of sugar under subtopics of Alcohols, in the topic of

Chemical Compounds of Carbon in Form Five’s Chemistry subjects. This video

simulation are included several multimedia elements such as text, graphics, animations,

audio and video by using software like Sony Vegas Movie Studio 4.0, Macromedia

Flash 8, Adobe Photoshop CS3, Windows Movie Maker 2.6 and Sony Sound Forge 8.0.

This project is based on Constructivism theory - Inquiry-based discovery and the

development is based on ADDIE model.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH

SENARAI JADUAL

xi

xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

viii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif 8

1.5 Rasional Pembangunan Perisian 8

1.6 Skop Dan Batasan Kajian 9

1.7 Definisi Dan Istilah 10

1.8 Penutup 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kerja Amali Di Sekolah 13

2. 3 Bahan Bantu Mengajar 15

2.4 Teori Konstruktivisme-Inkuiri Penemuan 16

2.5 Simulasi 21

2.6 Video 23

2.7 Model-Model Pembangunan Perisian

Multimedia

24

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

ix

2.7.1 Model ADDIE

2.7.2 Model ASSURE

2.7.3 Model Hannafin & Peck

24

26

27

2.8 Penutup 29

3 METODOLOGI KAJIAN

3. 1 Pengenalan 30

3.2 Rasional Memilih Model Reka Bentuk

Perisian

31

3.3 Implikasi Model Pembangunan Perisian -

ADDIE

3.3.1 Fasa Analisis

3.3.2 Fasa Rekabentuk

3.3.3 Fasa Pembangunan

3.3.4 Fasa Perlaksanaan

3.3.5 Fasa Penilaian

33

34

35

38

38

39

3. 4 Penutup 40

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

x

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 41

4. 2 Aliran video simulasi 42

4.3 Penutup 61

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 62

5. 2 Perbincangan 63

5.3 Masalah – Masalah Yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Projek

5.3.1 Masalah masa

5.3.2 Masalah Teknikal

5.3.3 Masalah Kepakaran

64

64

65

66

5. 4 Hasil Penilaian Pembangunan Melalui Soal Selidik 66

5.5 Kelemahan Dan Kelebihan Perisian 70

5.6 Cadangan 71

5.7 Kesimpulan 72

5.8 Penutup 73

RUJUKAN 74

LAMPIRAN 80

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1 Skrip 35

5.1 Maklumat Responden 67

5.2 Penilaian sebenar eksperimen 68

5.3 Penilaian perisian : Pengajaran dan Pembelajaran 68

5.4 Penilaian perisian : Fleksibiliti 69

5.5 Penilaian perisian : Isi kandungan perisian 70

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1 Inkuiri Penemuan Dan Konstruktivisme Menuju

Kepada Pembelajaran Berfikrah

19

2.2 Model ADDIE 25

2.3 Model ASSURE 26

2.4 Model Hannafin and Peck 28

3.1 Implikasi Model ADDIE 33

4.1 Paparan Montaj 42

4.2 Paparan animasi Dunia Eksperimen 43

4.3 Paparan dua orang pengacara 43

4.4 Paparan lakonan 44

4.5 Paparan dua orang pengacara membuat ulasan 45

4.6 Paparan animasi MAKMAL DUNIA

EKSPERIMEN

46

4.7 Paparan animasi Penapaian Etanol 47

4.8 Paparan gambar yang berkaitan penapaian 48

4.9 Paparan soalan 49

4.10 Paparan definisi penapaian 50

4.11 Paparan soalan 50

4.12 Paparan bahan untuk proses penapaian 51

4.13 Paparan radas untuk proses penapaian dan

penyulingan

52

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

xv

4.14 Paparan tajuk bahan dan radas untuk proses

penapaian

52

4.15 Paparan bahan yang akan digunakan untuk

penapaian

53

4.16 Paparan tajuk prosedur 54

4.17 Paparan prosedur penapaian 54

4.18 Paparan persoalan proses penapaian 55

4.19 Paparan animasi yis menghasilkan enzim zymase 56

4.20 Paparan animasi proses pencernaan glukosa 56

4.21 Paparan secara simbol proses penapaian 57

4.22 Paparan uji karbon dioksida 58

4.23 Paparan pengujian gas karbon dioksida 58

4.24 Paparan pengujian etanol 59

4.25 Paparan tip penting 60

4.26 Paparan dua pengacara membuat kesimpulan 60

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

xvi

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

BBM - Bahan Bantu Mengajar

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

OS - Operating System

P&P - Pembelajaran Dan Pengajaran

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPBKM - Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer multimedia

RAM - Random-access memory

SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

SPK - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada era kecanggihan teknologi, pelbagai perkara yang sukar selama ini dapat

dipermudahkan. Dunia telah mengalami revolusinya, di mana manusia berterusan

mencuba dan mencipta sesuatu yang baru, walhal inilah manusia kini telah hampir

menguasai keseluruhan ilmu teknologi yang bermula sejak lama dulu lagi. Hari ini

manusia sudah mengenali teknologi komputer, pelbagai aplikasi yang digunakan

dengan wujudnya teknologi pengkomputeran ini. Aplikasi ini digunakan untuk

tujuan tertentu, antaranya adalah untuk menyampaikan maklumat dan juga

meringkaskan maklumat yang terlalu diskrit ataupun abstrak.

Kewujudan kemudahan ini, telah dapat membantu meningkatkan

keberkesanan penghantaran maklumat tersebut. Elemen-elemen multimedia yang

biasa diselitkan di dalam aplikasi teknologi pengkomputeran ialah video, audio,teks,

grafik dan animasi. Elemen-elemen ini digabungkan menjadi satu bahan simulasi

ataupun medium penghantar maklumat yang amat popular pada dewasa kini.

Medium penghantar maklumat ini digunakan meluas dalam pelbagai bidang

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

2

terutamanya bidang pendidikan. Ianya telah menukarkan gaya pembelajaran dan

pengajaran (P&P) pada masa kini, terutamanya di sekolah. Sebagai contoh,

penggunaan elemen-elemen tersebut dalam penghasilan makmal maya.

Pendekatan pembelajaran melalui persekitaran makrnal maya menekankan

penggunaan pendekatan konteksual, simulasi,visual dan audio dengan konsep dua

hala yang dijangka dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan kritis

(Dillenbourg,2000). Peranan seorang guru berubah daripada seorang pengajar

tradisional kepada pengurus sistem pengajaran. Ini tidaklah bermakna tugas guru

digantikan sepenuhnya tetapi sebaliknya peranan guru akan lebih berkembang

melalui teknologi ini (Pua Yoke Ching, 2006).

Konsep pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang menggunakan metod

tradisi, telah dapat diubah menjadi lebih interaktif. Guru-guru masih cenderung

untuk menggunakan pengajaran berbentuk tradisi dan pendekatan penemuan ini

menjadikan satu bebanan kepada para pelajar kerana tujuan utama adalah untuk lulus

cemerlang dalam peperiksaan (Mohd Najib dan Mohd Yusuf, 1995). Dengan

kehadiran elemen-elemen multimedia dalam pendidikan para pelajar dapat

menikmati kemudahan aplikasi ini dengan lebih selesa terutamanya di dalam subjek-

subjek yang abstrak terutamanya dalam matapelajaran sains. Sebagai contoh, pelajar

perlu membayangkan pergerakan elektron mengelilingi orbitnya dalam atom. Zarah

atom ini terlalu diskrit, sehinggakan pelajar tidak dapat melihatnya dengan mata

kasar mereka. Jadi, guru dapat menerangkan keadaan diskrit ini dengan

menggunakan aplikasi komputer walaupun ianya sebagai gambaran sahaja.

Tanpa aplikasi komputer ini, mereka perlu membayangkan atom itu

berdasarkan idea mereka sendiri dan dibantu dengan gambaran yang dinyatakan oleh

guru mereka. Hal ini boleh menyumbang kepada miskonsepsi pelajar dimana mereka

tidak dapat gambaran sebenar tentang konsep atom yang terlalu abstrak itu. Justeru

itu, model saintifik perlu digunakan oleh guru untuk menerangkan sesuatu konsep

yang tidak dapat dilihat bagi memudahkan kefahaman pelajar. (Hodgson dalam

Treagust, 1995) dalam (Faizunniza Yahini,2008).

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

3

Dalam jurnal Pua Yoke Ching (2006), kesukaran pembelajaran ini

kebanyakannya disebabkan oleh keabstrakkan konsep sains yang dipelajari

(Johnstone, 1974). Kaedah penyampaian yang kurang berkesan atau masalah dalam

kerangka alternatif pelajar itu sendiri (Driver dan Erickson, 1983).Menurut Sanger

dan Green Bowe (1997), penggunaan komputer dapat membantu pelajar

meningkatkan pemahaman terhadap konsep sains khususnya konsep-konsep yang

abstrak.

Menurut Zol Azlan (2000) yang menyatakan maksud sains dalam Kamus

Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) edisi 1993 ialah sebagai ilmu

pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya

dan merupakan cabang ilmu 2 pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau

kenyataan semata-mata. Menurut Zol Azlan (2000) lagi, kaedah saintifik bermula

daripada menyatakan suatu pernyataan berkenaan masalah yang ingin dikaji dan

kemudian satu penjelasan berbentuk hipotesis dibuat bagi menyatakan penerangan

dan juga ramalan atau jangkaan yang boleh diuji dan di buktikan kesahihannya

melalui eksperimen yang terancang dan bersistem.

Oleh yang demikian, ini dapat membuktikan bahawa pembelajaran sains

bukannya berlandaskan teori semata-mata tetapi mestilah diperkukuhkan lagi dengan

menjalankan eksperimen. Antara pecahan kecil ilmu sains adalah mata pelajaran

Kimia, kerana merupakan satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim

secara mikroskopik, penghasilan dan penggunaan bahan (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2001). Matapelajaran sains memberi tumpuan kepada penguasaan

kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu disiplin yang

berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Maka, kemahiran saintifik perlu

diberi penekanan sepenuhnya.

Tambahan pula, subjek kimia juga berkait rapat dengan kehidupan seharian

kita, maka para pelajar dituntut untuk memahami dan menerokai ilmu tersebut untuk

diaplikasi didalam kehidupan mereka. Hal ini, mengukuhkan lagi bahawa

eksperimen wajar dijalankan dan dimasukkan kedalam pembangunan kurikulum

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

4

sekolah. Menurut Leman Tarhan, Burcin Acar Sesen (2010), melaporkan bahawa

dengan memberikan para pelajar peluang untuk terlibat di makmal kimia, dapat

membantu mempertingkatkan kemampuan kognitif mereka.

Dalam kajian lain,Hofstein, Navon, Kipnis dan Mamlok-Naaman (2005),

menyatakan pelajar yang melakukan eksperimen kimia yang berkaitan dengan asid-

bes, stoikiometri, pengoksidaan dan penurunan, ikatan kimia, tenaga kimia,

keseimbangan kimia, dan tahap reaksi, mendapati bahawa pelajar tersebut

mempunyai pengalaman dalam mengajukan pertanyaan di makmal kimia dan mereka

berkemampuan untuk mengajukan soalan lebih banyak dan lebih baik. Namun

demikian, tidak semua eksperimen disekolah dapat dijalankan dengan lancar kerana

berdasarkan beberapa kemungkinan yang dihadapi di sekolah, samada berhubung

dengan pelajar, guru ataupun eksperimen itu sendiri.

1.2 Latar Belakang Masalah

Aktiviti makmal adalah sebagai tempat berlakunya pembelajaran aktif, yang

mengharuskan pelajar untuk terlibat dalam mengamati atau memanipulasi benda dan

bahan. Makmal mempunyai peranan khas, serta menjadi pusat untuk pembangunan

pemahaman konsep sains, disamping meningkatkan kemahiran kognitif dan

mengembangkan sikap positif (Brown, Collins, & Duguid, 1989 et al) dalam Leman

Tarhan, Burcin Acar Sesen (2010). Oleh itu, semua pelajar harus terlibat dalam

aktiviti makmal di sekolah untuk memperkukuhkan dan mengaplikasi teori yang

diajar oleh guru mereka.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

5

Namun yang demikian, tidak semua eksperimen yang dicadangkan dalam

silibus kurikulum sekolah dapat di ikuti. Hal ini kerana, terdapat beberapa kekangan

yang mungkin berlaku semasa aktiviti makmal ini di jalankan. Seperti yang

dinyatakan oleh Van Praagh (1981) dalam Syamsul Anuar Mustafa Kamal

(2008),dalam sukatan mata pelajaran sains moden, pelajar lebih banyak membuat

latihan amali berbanding dengan apa yang biasa dilakukan di masa-masa yang lalu

dan hal ini boleh menimbulkan beberapa masalah di sesetengah sekolah.

Antaranya ialah berkenaan dengan para pelajar yang kekurangan pengetahuan

tentang cara pengendalian bahan dan radas dalam makmal yang boleh menyebabkan

kemalangan berlaku. Ada juga antara pelajar yang secara sengaja melanggar

peraturan ketika berada dalam makmal. Menurut (John dan Margaret, 1976) dalam

Syamsul Anuar Mustafa Kamal (2008), disebabkan kes-kes kemalangan tidak boleh

dijangka, pihak-pihak yang terlibat haruslah sentiasa mengikuti langkah-langkah

keselamatan yang ditetapkan semasa berada di dalam makmal. Disebabkan itulah,

guru sentiasa diperlukan untuk mengawal keadaan makmal ketika kerja amali sedang

dijalankan.

Menurut Hunt dan Block (1993) dalam Syamsul Anuar Mustafa Kamal

(2008), ketika menjalankan kerja amali sains, pelajar didedahkan dengan alatan yang

baru, prosedur yang baru, bahan kimia yang baru dan kemungkinan bahan kimia

tersebut berbahaya kepada kesihatan. Dalam makmal kimia terdapat pelbagai jenis

bahan kimia yang beracun, menghakis dan juga mudah meletup serta yang terlalu

reaktif. Oleh yang demikian, para pelajar terdedah kepada bahaya kerana

pengendalian bahan–bahan tersebut tanpa mengikut prosedurnya akan mendatangkan

bahaya.

Tambahan pula, terdapat eksperimen yang mempunyai prosedur terlalu

panjang dan rumit, serta memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasil. Ini

menyebabkan kebanyakan guru,mengabaikan eksperimen yang prosedurnya terlalu

panjang dan memerlukan masa yang lama dengan hanya menerangkan teori sahaja.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

6

Menurut (Garratt, 1997) dalam Maria Limniou , Nikos Papadopoulos, Christopher

Whitehead (2009), ”The limited laboratory time in traditional pre-laboratory

sessions does not allow teachers to clarify students’ misconceptions or to provide

students with the opportunity to refresh their knowledge by making the connections

between previous and new knowledge”…….

Walaupun pelajar dapat menjalankan aktiviti makmal dengan sempurna,

namun tidak semua daripada mereka yang dapat mengaplikasikan teori pembelajaran

kedalam amali (eksperimen) tersebut. Hal ini kerana, mereka gagal membayangkan

konsep- konsep kimia yang abstrak yang sedang berlaku dalam eksperimen yang

dijalankan. Rozaimi(1991) dalam jurnal Faizunniza Yahini (2008), kesukaran pelajar

memahami konsep tindak balas kimia adalah disebabkan oleh kegagalan pelajar

menggambarkan sesuatu konsep yang abstrak Menurut kajian Briggs dan Holding

dalam kajian Barker (1995), kajian terhadap pelajar berusia 15 tahun, pelajar tersebut

menerangkan bahawa tindak balas kimia wujud apabila berlaku perubahan jisim,

isipadu dan warna pada bahan. Perkara ini menunjukkan bahawa pelajar hanya dapat

menerangkan sesuatu perkara yang dapat dilihat dengan mata kasar iaitu aras

makroskopik.

Biasanya guru kimia hanya menerangkan prosedur-prosedur penting dalam

menjalankan eksperimen. Guru beranggapan bahawa pelajar sudah membaca

prosedur kerja amali yang bakal dilakukan. Oleh itu, tidak semua pelajar dapat

gambaran yang jelas tentang eksperimen yang akan mereka lakukan. Hal ini

menyebabkan pelajar tidak dapat mengikut prosedur eksperimen dengan betul dan

mereka juga gagal mendapatkan hasil eksperimen yang baik. Ini juga mendatangkan

risiko kepada pelajar, kerana mereka tidak dapat mengendalikan bahan dan radas

dengan betul. Jadi, mereka akan terdedah kepada bahaya penggunaan bahan kimia

dan juga radas tersebut.

Hal ini bertambah buruk lagi apabila guru yang mengendalikan eksperimen

itu tidak mahir mengendalikan bahan dan radas dalam makmal kimia. Proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bematlamatkan untuk meningkatkan

pengetahuan pelajar bergantung pada pengetahuan profesional pendidik yang berlaku

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

7

dalam pelbagai bentuk (Putnam, Heaton, Prawat, & Remillard, 1992). Pendidik tidak

berupaya mengajar sekiranya tidak tahu apa yang hendak diajar. Kenyataan ini

berkaitan dengan keyakinan diri, dan banyak kajian yang telah dijalankan mengenai

perkaitan antara apa yang pendidik tahu dan bagaimana pendidik mengajar

(Shulman, (1986); Wilson, Shulman, & Richert, 1987). Maka risiko terhadap

kemalangan serta kegagalan mendapatkan hasil daripada kerja amali amatlah besar.

1.3 Pernyataan Masalah

Kurikulum Kimia bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai

pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kimia dan mampu mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.

Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memahami

alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara

bersistem.Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Kemahiran saintifik disekolah dapat dibentuk melalui aktiviti di makmal Kimia itu

sendiri,iaitu ketika para pelajar melakukan kerja-kerja amali.

Hal ini menunjukkan para pelajar di sekolah diwajibkan mengambil bahagian

dalam kerja-kerja amali. Kimia di sekolah melainkan ianya mempunyai alasan-alasan

tertentu. Oleh itu, semua pelajar terdedah kepada risiko dalam makmal kimia,samada

dengan penggunaan bahan yang beracun dan berbahaya ataupun pengendalian alat

itu sendiri. Para pelajar merupakan tanggujawab ibu bapa yang diberikan kepada

guru-guru di sekolah pada waktu persekolahan. Lantaran itu, guru perlu

menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajar dibawah jagaan mereka. Namun,

mampukah seorang guru mengawal puluhan pelajarnya dalam masa yang sama

menjadi persoalan.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I fileborang pengesahan status tesis i judul: video stmulasi eksperimen penapaian dan penyulingan etanol tulen daripada glukosa kimia tingkatan lima

8

Oleh yang demikian, beberapa idea untuk mengatasi masalah ini dibentuk

iaitu dengan membangunkan video simulasi eksperimen kimia bagi tajuk penapaian

dan penyulingan etanol daripada glukosa. Eksperimen ini diambil dibawah tajuk

Sebatian Karbon bagi subtopik alkohol untuk silibus tingkatan lima. Pelajar tingkatan

lima merupakan pelajar yang akan menduduki SPM , jadi pada tahun ini jadual

mereka akan terlalu padat dan masa mereka sangat terhad. Guru-guru pula,

kebiasaanya akan memfokuskan teori semata-mata berbanding amali. Disebabkan

proses penapaian dan penyulingan etanol tulen mengambil masa yang lama, maka

video simulasi dapat membantu meringkaskan dan menjelaskan kandungan dan

prosedur eksperimen tersebut. Tambahan pula, eksperimen ini mempunyai konsep

abstrak yang perlu dibayangkan oleh pelajar. Jadi dengan pembangunan video

simulasi ini, pelajar dapat melihat dan mendapat gambaran konsep abstrak melalui

animasi yang dipaparkan.

1.4 Objektif

Objektif utama projek pembangunan bahan bantu mengajar video simulasi ini ialah :

a) Mereka bentuk video simulasi dengan menerapkan elemen-elemen

multimedia

b) Membangunkan bahan bantu mengajar bagi tajuk eksperimen penapaian dan

penyulingan etanol daripada glukosa