23
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. **Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: KARAKTER PEMAIN RAGBI BAWAH 16 TAHUN BERDASARKAN KOMPONEN ANTROPOMETRI, KEMAHIRAN MOTOR DAN KEMAHIRAN SPESIFIK-SUKAN SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya: NOOR HANIZA BINTI KOSNAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) No. Kad Pengenalan Nama Penyelia: 870106-23-5772 DR.HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh: 16 MEI 20011 Tarikh: 16 MEI 2011

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. **Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KARAKTER PEMAIN RAGBI BAWAH 16 TAHUN

BERDASARKAN KOMPONEN ANTROPOMETRI,

KEMAHIRAN MOTOR DAN KEMAHIRAN SPESIFIK-SUKAN

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya: NOOR HANIZA BINTI KOSNAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

___________________________ __________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

No. Kad Pengenalan Nama Penyelia:

870106-23-5772 DR.HALIJAH BINTI IBRAHIM

Tarikh: 16 MEI 20011 Tarikh: 16 MEI 2011

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penyelia : DR HALIJAH BT IBRAHIM

Tarikh : 16 MEI 2011

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

ii

KARAKTER PEMAIN RAGBI BAWAH 16 TAHUN BERDASARKAN

KOMPONEN ANTROPOMETRI, KEMAHIRAN MOTOR DAN KEMAHIRAN

SPESIFIK-SUKAN.

NOOR HANIZA BINTI KOSNAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerjaya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penyelia : NOOR HANIZA BINTI KOSNAN

Tarikh : 16 MEI 2011

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

iv

DEDIKASI…

Teristimewa untuk mak & abah yang tercinta…..

Miskiah Binti Basir & Kosnan Bin Daim

terima kasih kerana melahirkanku dan menjadikanku insan yang berguna di

matamu.

Abang & Adik2….

Teruskan perjuanganmu sehingga berjaya. Kerana kejayaan itu milik bersama.

Kejayaan kita adalah hadiah yang sangat bermakna buat mak abah.

Untuk teman-teman seperjuangan….

Terutamanya kepada sahabat baik Aruna, Mas Murni & Shi Ling.

Terima kasih kerana merealisasikan impian kita bersama.

Teman yang menjayakan projek ini…

Firdaus, Azam, Riduan, Shahril, Azli, Azuan

Jasa kalian tak akan kulupakan….

Teman sepermainan..

Qila & Achik

Terima kasih kerana menceriakan hidupku..

Terima kasih atas segalanya..

Nasihat dan pandangan dari kalian tidak akan kulupakan…

Kenangan bersama akan kusemat dalam memori yang paling

indah dalam hidup ini..

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah…….

Dipanjangkan kesyukuran yang tidak terhingga ke atas Ilahi kerana dengan

limpah kurnia dan hidayahnya, Projek Sarjana Muda ini diselesaikan tepat pada

masanya.

Sekalung penghargaan kepada penyelia PSM, Dr.Halijah Bt Ibrahim yang

telah banyak membantu dan mencurahkan idea disamping memberikan sokongan

moral dan bimbingan yang tidak terhingga sepanjang Projek Sarjana Muda ini

dijalankan. Sesungguhnya, segala tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan amatlah

berguna dan berharga.

Tidak dilupakan juga jasa rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan

padu tanpa mengira penat lelah dan turut sama membantu dalam menyelesaikan

projek ini khususnya buat rakan seperjuangan pelajar 4-SPS 2010/2011. Seperti

peribahasa „berat sama dipikul, ringan sama dijinjing‟, begitulah tanda persahabatan

yang sangat bermakna buat saya, terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan

yang diberikan.

Di kesempatan ini juga, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua

yang turut sama mengerah keringat dan menyumbangkan tenaga sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah

memberi dorongan dan sokongan kepada saya bagi memastikan Projek Sarjana Muda

ini dapat diselesaikan dengan sempurna.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan Karakter Pemain Ragbi Bawah

16 Tahun Berdasarkan Komponen Antropometri, Kemahiran Motor, dan Kemahiran

Spesifik-Sukan mengikut dua posisi yang berbeza iaitu pertahanan dan penyerang.

Kajian ini memfokuskan kepada 3 skop ujian iaitu Ujian Antropometri, Ujian

Kemahiran Motor dan Ujian Kemahiran Spesifik-Sukan. Seramai 32 orang atlet yang

berusia di antara 13 hingga 16 tahun terlibat dalam kajian ini. Data diambil dan

dianalisis dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007 dan perisian SPSS

dengan menggunakan ujian-T tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan ciri-ciri

fizikal pemain di bahagian pertahanan (tinggi 168.25 ± 7.99cm, berat 69.98 ±

16.70kg, BMI 24.43 ± 4.48(kg/m-2

), jisim lemak 23.32 ± 7.30%) adalah lebih tinggi

berbanding pemain di bahagian penyerang (tinggi 163.75 ± 9.04cm, berat 53.03 ±

8.22kg, BMI 19.64 ± 1.60(kg/m-2

), jisim lemak 15.84 ± 4.82%). Aras nilai signifikan

yang ditetapkan adalah p=0.05. Analisis ujian-T tidak bersandar menunjukkan tidak

terdapat perbezaan yang signifikan pada bahagian lipatan kulit manakala terdapat

perbezaan yang signifikan pada bahagian lilitan dalam kompenan antropometri.

Dalam ujian kemahiran motor, kesemua ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan

yang signifikan antara kedua-dua kumpulan pemain ini. Dalam ujian spesifik-sukan

menunjukkan bahawa ground skill sahaja yang mencatatkan nilai yang signifikan

(t=2.077, p<0.046) berbanding dengan ujian yang lain iaitu side step (t=-0.027,

p=0.746), passing for distance (t=-0.996, p=0.372), passing for accuracy (t=-0.868,

p=0.392) dan kicking for distance (t=-0.229, p=0.821). Dapatan kajian menunjukkan

bahawa komponen antropometri menunjukkan terdapat perbezaan antara pemain

penyerang dan pertahanan manakala kemahiran motor dan kemahiran spesifik-sukan

menunjukkan tiada perbezaan diantara kedua-dua posisi ini.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

vii

ABSTRACT

This study is aimed to identify differences in Rugby Player Under 16 Characters

Based on Anthropometric Components, Motor Skill, and Sport-Specific Skill in two

different position of defense and attack. This study focuses on three tests namely

Anthropometric, motor skill and Sport-Specific Skill. About 32 athletes aged

between 13 and 16 years participated in this study. Data has been collected and

analyzed by using Microsoft Office Excel 2007 and independent t-test of SPSS

software. The findings showed that physical characteristics of the players on the

defense (168.25 ± 7.99cm height, weight 69.98 ± 16.70kg, BMI 24.43 ± 4:48 (kg/m-

2), fat mass 23:32 ± 7.30%) was higher than the players in the attacker (163.75 ±

9.04cm high, weight 53.03 ± 8.22kg, 19.64 ± 1.60 BMI (kg/m-2), fat mass of 15.84 ±

4.82%). Level of significance was set p = 0.05. Independent t-test analysis showed

no significant difference in the skinfolds while there are significant differences in the

circumference of anthropometric component. In the motor skill tests, all tests showed

no significant difference between the two groups. In sport-specific skill tests showed

that ground skill is the only significant (t = 2077, p <0046) compared with other tests

of side step (t =- 0,027, p = 0,746), passing for distance (t =- 0996, p = 0372),

passing for accuracy (t =- 0,868, p = 0392) and kicking for distance (t =- 0,229, p =

0821). The findings indicate that there is a difference between the attacker and the

defensive players on the components of anthropometry, while motor skill and sports-

specific skill showed no significant difference between these two positions.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

viii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN PENULIS iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN

viii

SENARAI LAMPIRAN xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL

xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Hipotesis Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Limitasi Kajian 7

1.7 Definisi Istilah 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

ix

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Antropometri 11

2.3 Kemahiran Motor 13

2.4 Kemahiran Spesifik Sukan 15

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 16

3.2 Populasi Dan Sampel Kajian 16

3.3 Tempat Kajian 16

3.4 Prosedur Kajian 17

3.4.1 Ujian Antropometri 17

3.4.2 Ujian Kemahiran Motor 19

3.4.3 Ujian Kemahiran Spesifik Permainan 20

3.5 Instrumen Ujian 20

3.6 Pengumpulan Data 22

3.7 Penganalisaan Data 22

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

x

BAB 4 PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 23

4.2 Analisis Diskriptif 24

4.3 Analisis Inferensi 26

4.3.1 Antropometri 26

4.3.2 Kemahiran Motor 29

4.3.3 Kemahiran Spesifik-Sukan 31

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 33

5.2 Perbincangan 34

5.3 Kesimpulan 36

5.4 Cadangan 37

RUJUKAN 38-41

LAMPIRAN 42-60

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Perlantikan Subjek 42

B Surat Perjanjian 43

C Surat Kebenaran Menggunakan 44

Subjek

D Instrumen Pengujian Antropometri 45

E Bahagian Pengukuran Lipatan Kulit 46

F Bahagian Pengukuran Lilitan 48

G Prosedur Kemahiran Motor 49

H Prosedur Kemahiran Spesifik-Sukan 54

I Borang Pengukuran Ujian Antropometri 58

J Borang Ujian Kemahiran Motor 59

K Borang Skor Ujian Kemahiran Spesifik- 60

Sukan

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Pengkelasan umur mengikut kumpulan 25

posisi.

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

xiii

SENARAI JADUAL

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan bilangan subjek mengikut umur, 24

tinggi, berat, BMI dan peratusan lemak

bagi kedua-dua kumpulan posisi

4.2 Min, sisihan piawai dan ujian-t ujian 26

lipatan kulit mengikut kumpulan posisi

4.3 Min, sisihan piawai dan ujian-t ujian 28

lilitan mengikut kumpulan posisi

4.4 Min, sisihan piawai dan ujian-t ujian 29

kemahiran motor mengikut kumpulan

posisi

4.5 Min, sisihan piawai dan ujian-t 31

bagi kemahiran spesifik-sukan mengikut

kumpulan posisi.

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kejayaan seseorang pemain dalam sesebuah pasukan tidak bergantung

kepada seseorang individu sahaja tetapi ia adalah hasil usaha bersama rakan

sepasukan bagi memenangi sesebuah perlawanan yang disertainya. Ini kerana

seseorang itu mempunyai peranan yang berbeza bergantung kepada posisi yang

didudukinya. Posisi atau kedudukan adalah elemen yang akan menentukan tugas

seseorang semasa bermain. Seperti dalam permainan ragbi, seseorang itu

mempunyai tugasnya yang tersendiri dan perlu membantu rakan yang lain

terutamanya apabila diserang oleh pihak lawan.

Kemenangan dalam permainan ragbi ini diukur berdasarkan pungutan

mata yang paling banyak. Seperti dalam permainan lain, hanya dua pasukan

sahaja yang akan masuk ke padang perlawanan untuk beraksi bagi memungut

mata sebanyak yang mungkin. Setiap pemain berusaha untuk memungut mata

dengan cara yang dibenarkan iaitu dengan membawa bola, menghantar dan

menyepak bola sehingga bola melepasi gol lawan atau membawanya secara

bersendirian sehingga bola menyentuh garisan belakang pihak lawan. Pihak yang

diserang akan cuba mempertahankan kawasan mereka agar tidak dapat dilepasi

oleh pihak lawan yang akan menyebabkan pungutan mata diperolehi.

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

2

Sukan ini lebih dimonopoli oleh orang lelaki berbanding wanita kerana

sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui

mata kasar. Permainan ini memerlukan daya tahan yang tinggi untuk melindungi

bola yang di bawa dari dirampas oleh pihak musuh untuk mengumpulkan mata

bagi pasukan masing-masing.

Ragbi merupakan permainan yang mempunyai banyak kemahiran asas

yang perlu dipelajari oleh setiap pemain apabila mula bermain. Kemahiran-

kemahiran ini merangkumi tiga aspek utama, iaitu kemahiran individu,

kemahiran unit dan kemahiran pasukan. Kemahiran individu ialah segala

kemahiran asas yang perlu diketahui oleh semua pemain seperti menendang,

menghantar dan menerima bola, berlari dan menjatuhkan lawan (tackling).;

kemahiran unit ialah kemahiran pemain mengikut posisi seperti forward, back

dan sayap; dan kemahiran pasukan ialah gabungan kedua-dua aspek kemahiran

individu dan unit. Oleh kerana ragbi merupakan permainan pasukan, setiap

kemahiran daripada seseorang pemain hendaklah dengan bermatlamatkan

sebagai sebuah pasukan.

Satu pasukan ragbi mengandungi 15 orang pemain, dan beberapa orang

pemain gantian. Dalam sesuatu permainan, seramai 30 orang pemain bersama

seorang pengadil dan dua orang penjaga garisan harus berada di padang. Posisi

atau kedudukan pemain-pemain ragbi di dalam satu pasukan boleh dibahagikan

kepada dua bahagian. Lapan orang pemain di bahagian hadapan (forwards) dan

tujuh orang pemain di bahagian belakang (backs/three quarters). Setiap pemain

berperanan mengikut posisi masing-masing. Dalam permainan ragbi pemain-

pemain barisan hadapan biasanya bertindak sebagai pertahanan dan pemain-

pemain di barisan belakang sebagai penyerang. Tidak ada penjaga gol untuk

permainan ragbi walaupun disediakan gol untuk ditembusi lawan masing-

masing.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

3

1.2 Pernyataan masalah

Sukan ragbi adalah salah satu sukan yang lasak dan memerlukan

beberapa komponen antropometri, keupayaan fizikal dan motor serta kemahiran

spesifik-sukan yang baik bergantung kepada posisi yang dimainkan (Van der

Merwe, 1989). Dalam permainan ragbi kategori senior, dalam sesuatu

perlawanan mengambil masa selama 80 minit dimana ia memerlukan pemain

untuk bersaing dalam memenangi perlawanan tersebut dengan menggunakan

berbagai cara untuk melepasi halangan dari pihak lawan. Sepanjang perlawanan

dijalankan, pemain akan terdedah dengan perlanggaran fizikal sama ada semasa

menyerang ataupun bertahan (Gissane et al. 2001). Ini akan menyebabkan

kecederaan di bahagian otot ataupun tulang berlaku (Gabbett, 2004).

Di Malaysia kajian mengenai pemain ragbi belum dijalankan walaupun ia

adalah sangat penting bagi rujukan seoran jurulatih untuk menyusun pemain

mengikut posisi yang berbeza bergantung kepada bentuk tubuh badan,

kecergasan fizikal dan kemahiran spesifik-sukan yang mereka ada. Kajian seperti

ini perlu dijalankan kepada semua pemain mengikut sukan masing-masing untuk

mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti

kecederaan, kecacataan dan perkara yang tidak diingini adalah kematian.

Menurut Pienaar et al. (2000), dalam mengenalpasti kedudukan pemain,

ia boleh dilakukan seawal umur 10 tahun. Namun begitu saiz tubuh badan orang

Asia khususnya di Malaysia ini tidak sama seperti orang dari Negara Barat yang

mempunyai saiz yang lebih besar dari kita. Oleh itu kajian ini dijalankan dengan

memilih pemain yang berumur diantara 13 hingga 16 tahun kerana proses

tumbesaran telah berlaku dan terdapat perbezaan saiz tubuh badan antara satu

sama lain berbanding dengan pemain yang berumur antara 10 tahun.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

4

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian adalah untuk:

1.3.1 Mengukur dan membandingkan komponen antropometri pemain ragbi

mengikut posisi pertahanan dan penyerang.

1.3.2 Mengukur dan membandingkan kemahiran motor berdasarkan kumpulan

posisi iaitu pemain pertahanan dan penyerang.

1.3.3 Mengukur dan membandingkan keupayaan kemahiran spesifik-sukan

dikalangan pemain pertahanan dan pemain penyerang

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

5

1.4 Hipotesis kajian

Ho 1 Tidak terdapat perbezaan komponen antropometri di antara pemain

penyerang dan pemain pertahanan.

Ha 1 Terdapat perbezaan komponen antropometri di antara pemain penyerang

dan pemain pertahanan.

Ho 2 Tidak terdapat perbezaan kemahiran motor di antara pemain penyerang

dan pemain pertahanan.

Ha 2 Terdapat perbezaan kemahiran motor di antara pemain penyerang dan

pemain pertahanan.

Ho 3 Tidak terdapat perbezaan kemahiran spesifik-sukan di antara pemain

penyerang dan pemain pertahanan.

Ha 3 Terdapat perbezaan kemahiran spesifik-sukan di antara pemain

penyerang dan pemain pertahanan.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

6

1.5 Kepentingan kajian

Kajian ini dapat membantu jurulatih untuk mengenal pasti bakat yang ada

pada setiap pemain mereka dengan menilai beberapa komponen yang berkaitan

sebagai pemain ragbi iaitu komponen antropometri, kecergasan fizikal dan

kemahiran spesifik-sukan. Pada peringkat awal remaja seseorang individu itu

masih tercari-cari sukan yang bersesuaian dengan diri mereka dimana mereka

memerlukan bimbingan orang lain yang pakar dalam sesuatu sukan. Ini

bermakna jurulatih ataupun guru dapat mengelaskan sukan ataupun posisi yang

bersesuaian dengan seseorang itu bergantung kepada kelebihan yang ada pada

mereka berdasarkan bentuk fizikal, kecergasan fizikal dan kemahiran sukan yang

dimilikinya.

Kajian ini juga dapat membantu para jurulatih dalam menilai keupayaan

pemain mereka berdasarkan bentuk fizikal, kecergasan fizikal, serta kemahiran

yang dimiliki oleh mereka. Ujian yang dilakukan pada peringkat awal dapat

membantu jurulatih untuk meningkatkan lagi latihan jika ada pemain yang masih

mempunyai kelemahan dalam menguasai segala keperluan sebagai seorang

pemain ragbi. Sepanjang sesi latihan dijalankan, ujian haruslah diberi penekanan

yang sangat tinggi untuk menilai sama ada seseorang pemain itu menunjukkan

peningkatan prestasi ataupun tidak dalam memenuhi kriteria sebagai seorang

pemain ragbi. Seseorang pemain yang tidak mempunyai bakat untuk bermain

walaupun telah menjalani sesi latihan yang lama tidak layak untuk disenaraikan

dalam senarai pasukan yang hendak pergi bertanding.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

7

1.6 Limitasi kajian

Kajian ini dijalankan ke atas pemain ragbi Sekolah Sukan Bandar

Penawar, Kota Tinggi, Johor dalam lingkungan umur antara 13-16 tahun.

1.7 Definisi istilah

1.7.1 Komposisi Badan

Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan dengan berat

tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih

baik berbanding berat badan.

1.7.2 Kecergasan

Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu

membolehkan ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil

bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga

yang mencukupi ketika waktu kecemasan.

1.7.3 Kemahiran motor

Kemahiran motor kasar ialah kemampuan otot-otot untuk melakukan

pergerakan tubuh.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

8

1.7.3.1 Fleksibiliti

Keupayaan otot, ligamen, dan sendi membenarkan anggota badan

bergerak dengan bebas dan licin pada julat sudut yang maksimum.

1.7.3.2 Kuasa

Keupayaan melakukan aktiviti dengan daya yang maksimum dan dalam

jangkamasa yang singkat.

1.7.3.3 Ketangkasan

Keupayaan individu mengubah arah pergerakan atau posisi badan dengan

cepat dan pantas.

1.7.3.4 Kelajuan

Keupayaan untuk melakukan sesuatu pergerakan dalam jangka masa

yang singkat. Kelajuan adalah berdasarkan kepada jarak pergerakan yang

boleh dilakukan dalam jangka masa yang paling minima.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ... sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui mata kasar

9

1.7.4 Kumpulan Posisi Pemain

Posisi atau kedudukan pemain-pemain ragbi di dalam satu-satu pasukan

dibahagikan kepada dua bahagian. Lapan orang di bahagian hadapan (forwards)

dan tujuh orang pemain di bahagian belakang (back/three quarters). Dalam

permainan ragbi pemain-pemain barisan hadapan biasanya bertindak sebagai

pertahanan dan pemain-pemain barisan belakang bertindak sebagai penyerang.

Pemain hadapan (pertahanan)

1. Loosehead Prop

2. Hooker

3. Tighthead Prop

4. Lock (second row)

5. Lock (second row)

6. Blindside Flanker (wing forward)

7. Openside Flanker (wing forward)

8. Anchor (number 8)

Pemain belakang (penyerang)

9. Scrum half

10. Fly-half (stand-off)

11. Wing three Quarter

12. Inside centre (centre two)

13. Outside centre (centre three)

14. Wing three Quarter

15. Fullback