26
9 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH LUAR BANDAR SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya : NORHASNIDA BINTI MOHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan (9 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : LOT 1118, PROF. DR NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI KG. PADANG CINA, 16300 BACHOK, KELANTAN. Tarikh : 22 APRIL 2009 Tarikh : CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD (NAMA PENYELIA)

borang pengesahan tesis - fp.utm.my · 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA

INGGERIS DI SEKOLAH LUAR BANDAR

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : NORHASNIDA BINTI MOHAMAD

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : LOT 1118, PROF. DR NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI KG. PADANG CINA,

16300 BACHOK, KELANTAN.

Tarikh : 22 APRIL 2009 Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

(NAMA PENYELIA)

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan ( Matematik / Fizik )

Tanda tangan : …………………………………

Nama Penyelia : PROF. DR. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI

Tarikh : …………………………………

 

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

LUAR BANDAR.

NORHASNIDA BINTI MOHAMAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik / Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

ii  

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tanda tangan : …………………………………

Nama Penulis : NORHASNIDA BINTI MOHAMAD

Tarikh : …………………………………

iii  

DEDIKASI

Buat Suamiku Yang Tercinta

SYED SHUKURULNIZAM SYED KHAIRUDDIN

Yang sentiasa memberikan dorongan dalam semua situasi. Segala pertolongan dan

pengorbananmu amat ku hargai..

Ayahanda dan Bonda yang amat disayangi

MOHAMAD MUSTAPA dan RAHIMAH MAT AMIN

Segala nasihat dan dorongan yang diberikan takkan dapat kulupakan. Semoga kalian

sentiasa dilimpahkan rahmatNya..

Kekanda dan Adinda yang disayangi

NORFAIZAN, NORNADILAH, NORFAZLINI dan MOHAMAD FAZLIN HAKIMI

Teruskan perjuangan… Semoga kalian berjaya dalam hidup..

Buat Para Pendidik

Terima kasih di atas segala dorongan dan sokongan yang diberikan selama ini. Semoga

jasa kalian diberkati Allah..

Rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu. Terima kasih di atas segalanya.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

iv  

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpahan kurniaNya, dapat saya

siapkan projek penyelidikan ini bagi memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Matematik), Universiti Teknologi Malaysia.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih kepada penyelia projek sarjana muda saya iaitu Prof.Dr Noor Azlan Ahmad

Zanzali di atas segala perhatian, bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan sokongan yang telah

diberikan sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Tidak lupa juga buat para penilai di

atas teguran dan cadangan bagi menyempurnakan lagi laporan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pengetua sekolah, guru-guru dan

pelajar yang terlibat di atas kerjasama yang telah diberikan.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung ataupun tidak langsung dalam membantu menyiapkan laporan ini. Semoga

Allah melimpahkan Rahmatnya ke atas kita semua. Amin.

Sekian, terima kasih.

v  

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai keberkesanan

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah

luar bandar. Kajian ini memfokuskan kepada 3 objektif kajian iaitu mengenalpasti

penggunaan bahasa Inggeris murid, mengenalpasti penggunaan bahasa Inggeris guru

Matematik dan mengenalpasti penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh

pihak sekolah dalam membantu meningkatkan kefahaman Matematik di dalam bahasa

Inggeris. Pengumpulan data melibatkan temuabual dan soal selidik. Temubual

mengandungi soalan bagi menguji penggunaan bahasa Inggeris guru dan penggunaan

bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah membantu meningkatkan

kefahaman Matematik di dalam bahasa Inggeris. Soal selidik mengandungi soalan

mengenai penggunaan bahasa Inggeris murid dan penggunaan bahan dan kemudahan

yang disediakan oleh pihak sekolah membantu meningkatkan kefahaman Matematik di

dalam bahasa Inggeris. Seramai 2 orang guru Matematik ditemubual dan 129 orang

murid tingkatan 4 sekolah luar bandar dijadikan responden untuk soal selidik. Data yang

diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science

(SPSS) Version 10 untuk mendapatkan maklumat statistik deskriptif iaitu kekerapan,

peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan bahasa Inggeris murid

berada pada tahap sederhana dengan min 2.90. Dapatan kajian juga menunjukkan guru

menggunakan bahasa Inggeris semasa mengajar Matematik bergantung kepada kelas

yang diajar. Walaubagaimanapun, penggunaan kemudahan yang disediakan oleh pihak

sekolah tidak begitu digunakan oleh guru dan murid. Beberapa cadangan dan kajian

lanjutan diberikan agar dapat meningkatkan lagi pencapaian Matematik dalam bahasa

Inggeris.

vi  

ABSTRACT

The research conducted was done to gain feedback on the effectiveness of the

implementation of teaching and learning Mathematics in English in some rural schools.

The research focused on the 3 main objectives. First is to identify the usage of English

among students, second is to identify the usage of English among the Mathematics

teacher. Lastly is to identify the usage of facilities provided by the school in developing

students understanding in Mathematics using English as the main language. The data

collection involves qualitative and quantitative methods using interviews and

questionnaires. The interviews consisted of the questions to test on the teachers’ usage

of English and also the usage of the facilities provided by the school in helping students

to understand Mathematics better. The questionnaires consisted of questions about the

usage of English among students and also the usage of facilities provided by the school

in helping students to understand Mathematics in English. The data was analyzed using

Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 10 in order to get the descriptive

statistics information about the frequencies, percentages and means. The data shows that

the usage of English among the students is moderate with mean 2.90. Teachers use

English when teaching depending to the class taught. However, the usages of facilities

provided by the school are not widely used by the teachers and students. Some

recommendation for further research suggested in order increasing the students’

achievement in Mathematics using English as the main language.

vii  

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

i

ii

iii

iv

v

vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL

SENARAI GRAF

xii

xiii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI SINGKATAN

xiv

xv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Murid

9

9

viii  

1.6.2 Guru Matematik

1.6.3 Sekolah

10

10

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Pengajaran dan Pembelajaran

1.8.2 Keberkesanan

1.8.3 Bahasa Inggeris

1.8.4 Matematik

11

11

13

13

14

1.9 Kerangka Konsep 15

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Penggunaan Bahasa Inggeris di

Kalangan Murid

18

2.3 Penggunaan Bahasa Inggeris di

Kalangan Guru Matematik

21

2.4 Penggunaan Kemudahan Dan

Peralatan Yang Disediakan Oleh

Pihak Sekolah

26

2.5 Penutup 27

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Reka Bentuk Kajian 28

3.3 Tempat Kajian 29

3.4 Populasi Kajian 29

3.5 Sampel Kajian 30

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Temu Bual

30

31

ix  

3.6.2 Soal Selidik 32

3.7 Prosedur Kajian

3.7.1 Peringkat Pertama

3.7.2 Peringkat Kedua

3.7.3 Peringkat Ketiga

33

33

34

34

3.8 Kajian Rintis 35

3.9 Analisis Data 36

3.10 Penutup 38

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Hasil Dapatan Temubual 40

4.2.1 Responden A

4.2.1.1 Pengenalan Ringkas

Responden A

4.2.1.2 Analisis Temubual

Responden A

4.2.2 Responden B

4.2.2.1 Pengenalan Ringkas

Responden B

4.2.2.2 Analisis Temubual

Responden B

 

41

41

41

48

48

48

x  

4.3 Analisis Hasil Dapatan Soal Selidik

4.3.1 Bahagian A : Latar Belakang

Responden

4.3.1.1 Kelas

4.3.1.2 Jantina

4.3.1.3 Bangsa

4.3.1.4 Keputusan Matematik

Pada Peringkat PMR

4.3.1.5 Pendapatan Ibubapa

4.3.1.6 Tempat Tinggal

4.3.2 Bahagian B: Analisis

Penggunaan Bahasa Inggeris

Murid

4.3.3 Bahagian C: Analisis

Penggunaan Kemudahan Yang

Disediakan Oleh Pihak

Sekolah

4.4 Penutup

54

54

54

56

57

59

60

62

63

70

77

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 78

5.2 Perbincangan Kajian

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang

Responden

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian

79

79

82

xi  

5.2.2.1 Penggunaan Bahasa

Inggeris di Kalangan

Murid

5.2.2.2 Penggunaan Bahasa

Inggeris di Kalangan

Guru Matematik

5.2.2.3 Penggunaan

Kemudahan Dan

Peralatan Yang

Disediakan Oleh Pihak

Sekolah

82

88

89

5.3 Rumusan 93

5.4 Cadangan Kajian

5.4.1 Pihak Guru Matematik

94

95

5.5 Cadangan Penyelidikan Akan Datang 96

5.6 Penutup 96

RUJUKAN 98

LAMPIRAN 102

xii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Bahan-bahan pembelajaran PPSMI 6

3.1 Skala Pemeringkatan Lima Mata

Kepada Tiga Mata

37

3.2 Petunjuk Min Untuk Mengukur

Darjah Penilaian Tahap

Responden

37

4.1 Taburan Responden Mengikut

Kelas

55

4.2 Taburan Responden Mengikut

Jantina

56

4.3 Taburan Responden Mengikut

Bangsa

58

4.4 Taburan Responden Mengikut

Keputusan Matematik Peringkat

PMR

59

4.5 Taburan Responden Mengikut

Pendapatan Ibubapa

61

4.6 Taburan Responden Mengikut

Tempat Tinggal

62

4.7 Analisis Maklumbalas Responden

Terhadap Item-Item Penggunaan

Bahasa Inggeris Murid

64

4.8 Analisis Maklumbalas Responden

Terhadap Item-Item Penggunaan

Kemudahan yang terdapat di

Sekolah

71

xiii  

SENARAI GRAF

NO. GRAF TAJUK GRAF MUKA SURAT

4.1 Taburan Responden Mengikut

Bangsa

58

4.2 Taburan Responden Mengikut

Keputusan Matematik Peringkat

PMR

60

4.3 Taburan Responden Mengikut

Pendapatan Ibubapa

62

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK GRAF MUKA SURAT

1.1 Proses Perkembangan Intelek 16

4.1 Taburan Responden Mengikut

Kelas dan Aliran

56

4.2 Taburan Responden Mengikut

Jantina

57

4.3 Taburan Responden Mengikut

Tempat Tinggal

63

xiv  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Temubual guru 102

B Set borang soal selidik pelajar 105

C Analisa Temubual Responden A 109

D Analisa Temubual Responden B 113

E Keputusan Ujian Kajian Rintis 117

F Jadual Penentuan Saiz Sampel

Berdasarkan Populasi KREJCIE &

MORGAN (1970)

118

G Surat Kebenaran EPRD 119

H Surat Kebenaran JPN 121

I Surat Kebenaran Fakulti

Pendidikan, UTM

122

xv  

SENARAI SINGKATAN

% Peratus

ABM Alat Bantu Mengajar

BLA Buku Latihan dan Aktiviti

BPPP/EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

CD Compact Disc

CD-ROM Compact Disc – Read Only Memory

f Frekuensi

FP Fakulti Pendidikan

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

LCD Liquid Crystal Display

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PD Perdagangan

PPBK Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris

S Setuju

SPSS Statistical Package for Social Science

SS Sangat Setuju

xvi  

STS Sangat Tidak Setuju

TLSME Teaching and Learning Science and Mathematics in English

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

URL Universal Resource Locator

UTM Universiti Teknologi Malaysia

1  

 

BAB 1

    

PENGENALAN

    

1.1 Pendahuluan

  

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

(PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan

bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan sebagai pengantara mata pelajaran

Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu

perdebatan yang hangat sejak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin

Mohamad pada tahun 2003.

 

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil

daripada mesyuarat khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Pelaksanaan PPSMI

adalah secara berperingkat, bemula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan

perintisnya ialah semua murid tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah dan tingkatan 1

serta tingkatan 6 rendah untuk peringkat sekolah menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI

ialah pada tahun 2007 untuk peringkat sekolah menengah sementara peringkat sekolah

rendah adalah pada tahun 2008.

2  

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran

Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar

keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber manusia untuk mencapai taraf

negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era

globalisasi. Umum mengetahui bahawa Matematik adalah bidang yang menjadi asas dan

berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunaan sesebuah negara. Pelbagai

inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian

maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa

Inggeris.

 

Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar utama di dalam pendidikan pada

masa kini. bahasa Inggeris penting sebagai bahasa ilmu pengetahuan di mana

kebanyakan sumber rujukan seperti buku, jurnal, laman web dan sebagainya

dikendalikan di dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, pengajaran dan pembelajaran

Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah diperkenalkan di dalam

sistem pendidikan negara kita. PPSMI dilaksanakan pada tahun 2003 secara

berperingkat di mana pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dikendalikan di

dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama. Walaubagaimanapun,

keberkesanan penggunaan bahasa Inggeris di dalam pengajaran dan pembelajaran

Matematik sering dipersoalkan kerana kekangan bahasa menyumbang kepada

kemerosotan pencapaian pelajar terutamanya bagi sekolah-sekolah yang terletak di luar

bandar.

 

Menurut Mat Rofa (2004), pendedahan hakikat sejarah tentang pencapaian umat

ini dalam Matematik menjadi peransang dan aspirasi kepada generasi muda untuk

mengembalikan kecemerlangan silam. Sarjana pendidikan sering berhujah bahawa

antara faktor kelemahan pelajar Melayu dalam Matematik adalah berkaitan dengan tabii

Matematik yang bukan menjadi budaya masyarakat kita. Sebelum Matematik barat

berkembang di rantau ini dalam sistem pendidikan sekular, dalam tradisi pengajian

Islam, Matematik sudah menjadi satu pelajaran yang penting di kalangan pelajar.

3  

Mereka mempelajari aljabar, geometri, logik, falak dan sebagainya dalam sistem

tersebut. Mereka menggunakan Matematik untuk pelbagai tujuan agama dan harian.

Matematik sudah menjadi budaya dalam ilmu penduduk rantau ini sejak kecemerlangan

ilmu-ilmu Islam berkembang di Nusantara pada kurun ke 16 dan 17 yang silam,

khususnya di Aceh, Riau, Pattani, Banjar dan Melaka.

 

Perubahan kurikulum Matematik dibuat selaras dengan perkembangan negara.

Sekiranya bidang pendidikan tidak selari dengan kemajuan Sains dan teknologi, maka

adalah mustahil untuk sesebuah negara itu berkembang ke arah lebih maju berikutan

daripada kurangnya tenaga mahir di dalam bidang-bidang tertentu yang diperlukan.

Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia

semakin ketinggalan dalam arus globalisasi dan diharapkan agar dasar ini memberikan

kelebihan kompetitif kepada negara sebagai mencontohi kejayaan Singapura dan India

yang semakin melangkah ke hadapan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.

    

1.2 Latar Belakang Masalah

  

Menurut Mohd Hishamuddin (2007), setiap murid mempunyai potensi untuk

mencapai kejayaan yang diharapkan sekiranya mereka sanggup untuk belajar dengan

bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemahiran belajar yang betul. Menurut Sabri

Ahmad dalam Mohd Hishamuddin (2007), kebolehan diukur tidak hanya pada

keupayaan yang tinggi tetapi pencapaian akademik yang biasa juga mempunyai peluang

untuk mencapai kejayaan. Peperiksaan disediakan dengan taraf penilaian bagi

kebanyakan murid. Tetapi sekiranya kebolehan digabungkan dengan sikap kuat bekerja

dan kemahiran belajar yang betul, murid itu akan mencapai kejayaan yang cemerlang.

4  

Bagi murid yang memiliki kemahiran di dalam mata pelajaran Matematik tetapi

bermasalah untuk berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris, pelaksanaan PPSMI ternyata

membebankan mereka. Seperti yang kita tahu, tidak semua murid mampu untuk

menguasai bahasa Inggeris dengan baik terutamanya bagi murid luar bandar di mana

penggunaan bahasa Inggeris di dalam kehidupan harian amatlah kurang jika

dibandingkan dengan murid yang tinggal di kawasan bandar. Kekangan bahasa ini

menjejaskan prestasi mereka yang berminat untuk turut sama cemerlang di dalam mata

pelajaran Matematik. Masalah bahasa merupakan satu masalah yang serius kerana

penentu kepada sampainya sesuatu maklumat itu bergantung kepada kelancaran bahasa

yang digunakan oleh penyampai dan penerima.

    

1.3 Pernyataan Masalah

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini merupakan

penentu sama ada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa

Inggeris disemak semula atau sebaliknya. Ini kerana pencapaian murid kumpulan

pertama menggunakan dasar itu dalam peperiksaan berkenaan menjadi penanda aras

bagi mengukur keberkesanan pelaksanaan PPSMI di sekolah rendah sejak lebih 5 tahun

yang lalu, menurut Alimuddin dalam Norliza (2008).

 

Guru merupakan aspek penting di dalam memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran supaya berjalan dengan lancar. Di dalam pelaksanaan PPSMI juga, guru

merupakan pihak yang diberi tanggungjawab untuk menyampaikan isi pelajaran kepada

murid di samping memastikan bahawa pelaksanaan PPSMI di sekolah berjalan dengan

lancar. Namun demikian, sejauh mana penggunaan guru-guru itu sendiri di dalam bahasa

Inggeris sebelum menyampaikan isi pelajaran kepada para murid. Menurut Isahak dalam

Norliza (2008), kegagalan pelaksanaan program itu antara lain berpunca daripada

5  

penggunaan bahasa Inggeris kebanyakan guru sendiri adalah lemah untuk menerangkan

aspek terbabit dengan jelas.

 

Segala dasar baru yang ingin dilaksanakan diuji terlebih dahulu kepada

kumpulan sasaran yang terlibat. Bagi pelaksanaan PPSMI pula, murid merupakan

kumpulan yang diuji bagi menentukan sejauh manakah keberkesanannya. Bagi murid

yang mahir berbahasa Inggeris, perubahan yang dijalankan mungkin tidak

mendatangkan sebarang masalah kepada mereka. Bagi murid yang tidak mampu

menggunakan bahasa Inggeris dengan baik pula, perubahan yang berlaku mungkin boleh

membebankan mereka memandangkan segala-galanya berubah kepada bahasa

antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. Kelemahan itu menyukarkan mereka memahami dan

memikirkan konsep subjek Matematik itu sendiri.

 

Menurut Philip (2006), penggunaan peralatan PPSMI oleh para guru PPSMI

amatlah tidak menggalakkan di mana masih ramai guru yang tidak menggunakan

kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi melancarkan pelaksanaan PPSMI.

Pada tahun 2003 sahaja, Kementerian Pelajaran telah membekalkan 47,000 laptop yang

dianggarkan bernilai RM235 juta kepada guru Sains dan Matematik di seluruh negara

bagi memudahkan mereka mengajar secara PPSMI. Bagi meningkatkan keberkesanan

pengajaran pula, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan kursus kemahiran

membabitkan 33,387 guru mata pelajaran terbabit, selain membekalkan teaching

courseware.

 

PPSMI dilaksanakan kepada kemasukan murid tahun 1 dan tingkatan 1 pada

tahun persekolahan 2003; murid lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan

pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Bahan-bahan pembelajaran

PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen berikut:

6  

Jadual 1.1 : Bahan-bahan Pembelajaran PPSMI

BAHAN KEGUNAAN

Buku Teks

(Textbook)

Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber

asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan

kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

Buku Latihan dan Aktiviti

(Activity Book)

Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk

murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan

penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah

dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan

soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan

oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks

Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

Buku Panduan Guru

(Teacher's Guide)

Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai

sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan

guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga

membantu guru mengemaskini dan meningkatkan

pengetahuan sains dan matematik serta merangsang

kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah

komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik

untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik

Tahun Satu.

MyCD

(Pupil's CD-ROM)

MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan

mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep

sains dan matematik yang telah mereka pelajari

melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD

adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif,

permainan, simulasi dan e-ujian.

CD-ROM Guru CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam

7  

(Teacher's CD-ROM) merancang dan melaksanakan P&P sains dan

matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM

Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti

tambahan dan senarai URL yang relevan dengan

pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru

adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan

Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

Buku Amali Sains

(Science Practical Book):

Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata

pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya

secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti

murid dapat dikembangkan melalui amali serta

menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku

Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains

untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan

rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah

melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut

dengan lebih tepat.

Pelaksanaan PPSMI melibatkan 3 komponen sasaran utama iaitu guru, murid dan

sekolah sendiri. Setiap pihak memainkan peranan yang penting bagi memastikan

segalanya berjalan dengan lancar. Terdapat masalah yang perlu dikaji bagi memperbaiki

keberkesanannya terutamanya bagi murid yang berada di kawasan luar bandar. Segala

masalah yang timbul mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap para murid

terutamanya dari segi pencapaian dan kefahaman murid terhadap konsep Matematik

yang sepatutnya dikuasai.

8  

1.4 Objektif Kajian

  

Beberapa objektif kajian telah dikenalpasti di dalam kajian ini;

 

i) Mengenalpasti penggunaan bahasa Inggeris murid

ii) Mengenalpasti penggunaan bahasa Inggeris guru Matematik

iii) Mengenalpasti penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh

pihak sekolah membantu meningkatkan kefahaman Matematik di dalam

bahasa Inggeris.

 

Penggunaan bahasa Inggeris murid dan guru penting dalam memastikan

keberkesanan PPSMI. Penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak

sekolah juga mampu mempengaruhi kefahaman Matematik murid di dalam bahasa

Inggeris

    

1.5 Persoalan Kajian

  

Beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti di dalam kajian ini;

 

i) Sejauh manakah penggunaan bahasa Inggeris murid?

ii) Sejauh manakah penggunaan bahasa Inggeris guru Matematik?

iii) Apakah penggunaan kemudahan yang terdapat di sekolah mampu membantu

meningkatkan kefahaman murid terhadap matapelajaran Matematik di dalam

bahasa Inggeris?