borang-penyertaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

free

Citation preview

  • HARIMAU MALAYSIA

    PERADUAN MENCIPTALOGO

    PELUANG MEMENANGI WANG TUNAI

    SILA HANTAR PENYERTAAN KE:SYARAT-SYARAT:

    DAN LIKE LAMAN FACEBOOK KAMI:

    SILA LAYARI LAMAN WEB KAMI DI:

    [email protected] sertakan nama penuh, no. KP, nombor telefon, alamat e mel, dan salinan Kad Pengenalan

    Perserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan untuk peraduan ini.

    Setiap penyertaan akan dinilai oleh Panel-panel Khas sebelum disenaraipendek dan diundi oleh umum di laman web & facebook kami.

    Rekaan logo yang dihantar perlu ASLI. Sebarang unsur PLAGIAT dilarang sama sekali.

    Rekaan logo perlu unik serta kreatif yang mengambarkan semangat pasukan kebangsaan.

    Tertakluk Kepada Terma Dan Syarat

    Tarikh tutup penyertaan: 29 FEB 2016facebook.com/FAMalaysiaOfficial

    facebook.com/OfficialHarimauMalaysia

    harimaumalaysia.my

    UNTUK PERKEMBANGAN TERKINI

  • PERADUAN MENCIPTALOGO

    UNTUK DIMENANGI !!!

    HARIMAU MALAYSIA

    WANGTUNAI

    *SEMPENA PELANCARAN NAMA BARU PASUKAN BOLASEPAK KEBANGSAAN

    *CONTOH

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI WEBSITE & LAMAN FACEBOOK KAMI;

    facebook.com/FAMalaysiaOfficial

    facebook.com/OfficialHarimauMalaysia

    harimaumalaysia.my

  • PERADUAN MENCIPTA LOGOHARIMAU MALAYSIA

    BORANG PENYERTAAN

    NAMA:

    REKAAN LOGO

    NO KP:

    NO TELEFON:

    ALAMAT EMEL:

  • RATIONALLOGO&KETERANGANWARNA

  • PERADUAN MENCIPTA LOGO HARIMAU MALAYSIA-TERMA DAN SYARAT

    1. PENDAHULUAN

    I. Persatuan Bolasepak Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai FAM berhasrat untuk melaksanakan proses penjenamaan semula pasukan kebangsaan bolasepak negara dan bagi mencapai matlamat ini, FAM berhasrat untuk mewujudkan sebuah logo baru. Logo baru ini akan menggambarkan identiti dan imej baru pasukan bolasepak kebangsaan dan akan digunapakai dalam kesemua percetakan dan dalam mana-mana acara, peraduan atau majlis rasmi FAM.

    Penciptaan logo dan tema ini adalah selaras dengan mandat FAM untuk membangunkan sukan bolasepak di Malaysia.

    HARIMAU MALAYSIA adalah nama yang baru diberi kepada pasukan bolasepak kebangsaan. Peraduan ini adalah kelolaan FAM bagi mencari imej baharu kepada pasukan bolasepak Malaysia.

    2. OBJEKTIF

    I. Mewujudkan logo baharu pasukan bolasepak kebangsaan bagi

    melambangkan pasukan bolasepak kebangsaan dalam mewakili negara dan seluruh raakyat Malaysia dalam semua peraduan bolasepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

    II. Memberi peluang kepada masyarakat untuk berbangga dengan pasukan

    bolasepak kebangsaan, dan sukan bolasepak.

    III. Memberi penghargaan dan pengiktirafan secara rasmi kepada warga Malaysia untuk melahirkan idea, pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam mencipta logo pasukan bolasepak kebangsaan.

    3. SYARAT DAN TERMA PERADUAN

    I. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumuar 18 tahun ke atas.

    II. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau

    bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.

    III. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.

    IV. Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Peraduan Logo Persatuan

    Bolasepak Malaysia (FAM) akan menjadi hakmilik FAM. Melalui penyertaan peraduan ini, segala hakcipta hasil kerja diberikan kepada FAM dan peserta tidak memiliki sebarang hak tuntutan terhadap karya ataupun hasil kerja yang diserahkan kepada FAM bagi peraduan ini. Bagi logo dipilih oleh FAM, FAM akan berhak ke atas logo tersebut dan akan mempunyai kuasa untuk meminda ataupun mengubahsuai bagi maksud menggunakan ataupun mencetaknya sebagai lambang FAM.

  • V. Perserta hendaklah memberikan butir-butir diri yang berikut apabila menghantar penyertaan:

    a) Nama Penuh b) Nombor kad pengenalan c) Nombor telefon d) Alamat Emel e) Salinan kad pengenalan Malaysia

    Hak pengkarya yang terpilih adalah hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan.

    4. SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO

    I. Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen berunsur fitnah, menghasut ataupun yang boleh dianggap sebagai sensitif dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.

    II. FAM tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga atas alasan perlanggaran hakcipta. Dalam keadaan sedemikian, FAM akan berhak ataupun berkuasa untuk membawa tindakan terhadap peserta yang menghantar penyertaan yang melanggar hakcipta pihak yang lain.

    III. Setiap penyertaan mesti dihantar dengan menggunakan format EPS/PDF

    serta PNG (alpha background). Saiz logo tersebut tidak melebihi 200 mm (tinggi) x 200 mm (lebar) bersamaan 567 pixel x 567 pixel. Saiz file tersebut mesti tidak melebihi 3 MB. Borang peraduan yang dimuat turun mestilah diletakkan di bahagian bawah kanan karya rekaan logo.

    IV. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas

    reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.

    V. Logo seharusnya menggambarkan objektif, fungsi pasukan bolasepak kebangsaan.

    VI. Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna

    tetapi tidak melebihi empat (4) warna.

    VII. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

    5. CARA-CARA MENYERTAI

    Untuk menyertai peraduan ini, perserta perlu untuk:

    I. layari laman Facebook kami dan tekan like di: facebook.com/OfficialHarimauMalaysia facebook.com/FAMalaysiaOfficial

    II. Muat turun borang peraduan di laman www.harimaumalaysia.my

  • III. Mereka logo HARIMAU MALAYSIA mengikut kreativiti masing-masing dan setiap rekaan mesti mengambarkan semangat tinggi pasukan bolasepak kebangsaan.

    IV. Hantar hasil karya dan borang penyertaan ke urusetia peraduan ke

    alamat emel: [email protected]

    V. Semua penyertaan akan dinilai dan dipilih oleh Panel-panel Khas dan akan memilih TIGA rekaan logo terbaik. Logo ketiga-tiga finalis ini akan dipaparkan kepada umum di laman facebook serta laman web khas kami untuk proses pengundian oleh orang ramai. Pemenang akan dipilih melalui undian yang paling tinggi.

    6. TEMPOH PERADUAN

    I. Peraduan ini akan bermula pada 3 Februari 2016 (9.00 pagi) sehingga 29 Febuari 2016 (6.00 petang)

    II. Pihak FAM berhak untuk mengubah tempoh peraduan mengikut

    kesesuaian keadaan. Pihak penganjur akan mengemaskini jika terdapat perubahan tarikh peraduan pada laman web www.harimaumalaysia.my

    7. METODOLOGI PENILAIAN

    I. Penilaian akan fokus terhadap logo yang dapat menggambarkan pasukan bolasepak kebangsaan dengan sebaik mungkin.

    II. Penilaian akan dilakukan terhadap setiap penyertaan yang diterima

    daripada peserta sebelum 29 Febuari 2016.

    8. PANEL PENILAI

    I. Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dilantik.

    II. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai.

    III. Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana

    peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.

    IV. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang

    disertai sekiranya perlu.

    V. Logo yang terpilih akan digunapakai dan menjadi hak milik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

  • 9. HADIAH

    I. Pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM 10,000.00 berserta sijil penyertaan.

    II. Dua hadiah saguhati akan diberilan kepada pemenang tempat kedua dan

    ketiga sebanyak RM 2,500.00 setiap seorang.

    III. Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui melalui surat dan emel.

    IV. Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang akan

    dimaklumkan kemudian.

    10. SYARAT LAIN

    I. Segala maklumat berkaitan dengan peraduan ini seperti perubahan tarikh, perkembangan terkini boleh didapati di laman web dan laman facebook rasmi HARIMAU MALAYSIA dan FAM.

    II. FAM mempunyai hak untuk menolak sebarang penyertaan tanpa

    memberikan sebab dan peserta tidak dibenarkan untuk mendakwa FAM di atas tindakan FAM.

    III. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk menanggung

    rugi FAM terhadap sebarang tindakan yang dibawa terhadap FAM atas alasan bahawa logo dan tema yang digunakan oleh FAM yang telah dibekalkan oleh peserta telah melanggar hakcipta pihak ketiga.

    IV. Semua maklumat dan data peribadi mengenai peserta adalah terkawal di

    bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.