29
BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014 D20112052960 Page 1 SEMESTER 5 SESI 2013/2014 BRM 3013: TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TUGASAN : ESEI ILMIAH GROUP:  _______ DISEDIAKAN OLEH: NAME NO. ID NO. H/P ZALINA BINTI ABDULLAH D20112052960 012-720 2740 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ANIDA BINTI SARUDIN TARIKH SERAH : 25 MEI 2014 SOALAN TUGASAN INDIVIDU: Pilih satu artikel (ukuran panjangnya s ekurang-kurangnya 2 halaman A4) daripada akhbar atau majalah dan anda perlu menganalisis artikel tersebut berdasarkan salah satu aspek-aspek yang diberikan.  PEMARKAHAN 1. BAHAN PP 2. ESEI 3. FORUM JUMLAH UPSI 03 (A 132 PJJ)

BRM D20112052960 SEM5

Embed Size (px)

Citation preview

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 1/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 1

SEMESTER 5 SESI 2013/2014

BRM 3013: TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TUGASAN : ESEI ILMIAH

GROUP:

_____________________________

DISEDIAKAN OLEH:

NAME NO. ID NO. H/P

ZALINA BINTI ABDULLAH D20112052960 012-720 2740

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ANIDA BINTI SARUDIN

TARIKH SERAH : 25 MEI 2014

SOALAN TUGASAN INDIVIDU:

Pilih satu artikel (ukuran panjangnya sekurang-kurangnya 2 halaman A4) daripada akhbar atau majalah

dan anda perlu menganalisis artikel tersebut berdasarkan salah satu aspek-aspek yang diberikan.

PEMARKAHAN

1. BAHAN PP

2. ESEI

3. FORUM

JUMLAH

UPSI 03 (A 132 PJJ)

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 2/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 2

ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Mukasurat

1. 1.0 PENGENALAN 03

2. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 05

3. 3.0 PERMASALAHAN KAJIAN 06

4. 4.0 PERBANDINGAN / DAPATAN KAJIAN 08

5. 5.0 ANALISIS ARTIKEL KAJIAN TATABAHASA 09

6. 6.0 RUMUSAN 25

7. 7.0 RUJUKAN 26

8. 8.0 LAMPIRAN 27-28

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 3/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 3

1.0 PENGENALAN

Mengharungi era pascaglobalisasi pada hari ini, tidak menjadikan Bahasa Melayu sebagai

satu perkara yang boleh dilupakan darjat penarafannya. Walaupun pada hari ini, BahasaMelayu ini bukanlah lagi boleh dikatakan sebagai Bahasa Perdagangan atau ‘ Lingua Franca’

seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu, tidak bermakna generasi pada hari ini

perlu melupakan dan mengabaikan Bahasa Kebangsaan kita ini.

Kemajuan teknologi pada hari ini juga tidak dapat menggugat akan kedudukan naskah surat

khabar sebagai penyampai utama maklumat kepada seluruh penduduk di dunia ini pada hari

ini. Justeru, kepincangan dalam tatabahasa Bahasa Melayu akan menjadikan satu perkara

yang mungkin tidak mustahil untuk terjadi tetapi akan berlaku iaitu musnahnya ataulenyapnya Bahasa Melayu di dunia.

Menurut Abdullah Hassan (1996), menyatakan bahawa kedudukan Bahasa Melayu pada hari

ini jelas mencerminkan masyarakat penggunanya yang sedang mengalami pembangunan

pesat dan dalam proses perkembangan ini, pelbagai perkara baharu akan ditemui khususnya

dari segi perubahan Bahasa Melayu. Perubahan Bahasa dari satu peringkat ke satu peringkat

dalam perkembangan sejarahnya sekaligus akan memberi kesan kepada sistem tulisan atau

ujaran, sistem tatabahasa dan juga perbendaharaan kata.

Justeru, sebagai bahasa rasmi Negara atau Bahasa kebangsaan, sewajarnya tatabahasa

Bahasa Melayu tidak dipandang remeh dan kesedaran menyayangi Bahasa diserapkan ke

dalam diri dan jiwa anak bangsa sedari mereka kecil.

Di dalam Perlembagaan Malaysia ( perkara 152 ) juga memperuntukkan pernyataan bahawa

“ Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan apa -apa tulisan

sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan parlimen”. Justeru, sudah

tentunya berdasarkan perlembagaan ini jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu perlulah

digunakan dalam semua konteks untuk tujuan-tujuan tertentu berdasarkan peruntukan

undang-undang dan parlimen yang telah ditetapkan.

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 4/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 4

Bhasa Melayu yang juga sebagai Bahasa perpaduan juga digunakan dalam pelbagai bidang

penulisan bagi menyalurkan pemikiran dan penyampaian ilmu pengetahuan. Penerbitan

buku-buku, majalah-majalah, akhbar-akhbar dan berbagai hasil media cetak yang lain secara

tidak langsung telah turut juga turut menyumbang kepada perkembangan dan pemantapan

Bahasa Melayu kepada semua lapisan masyarakat.

Namun menurut salah seorang tokoh Bahasa iaitu Nik Safiah Karim ( 1968:2 ) menyatakan

bahawa “ Dalam kepesatan pembinaan Bahasa Melayu terdapat ciri-ciri kelemahan ke taraf

penguasaan yang agak rendah di kalangan pengguna bahasa. Juga, terdapat kelemahan ciri-

ciri bahasa yang memperlihatkan unsur-unsur penyalahgunaan ejaan, struktur ayat, pemilihan

kata yang sesuai dan sebagainya”.

Arpan Shahbudin Latip ( 1998 ) ,” Kesilapan juga akan berguna kepada pelajar atau

masyarakat untuk memahami dengan lebih mendalam situasi bahasa tersebut”. Ini adalah

kerana, kesilapan atau kesalahan yang berlaku boleh memberi kesedaran kepada seseorang

individu bahawa Bahasa Melayu sentiasa mengalami proses perkembangan dan perubahan

dan sewajarnya seluruh masyarakat perlu peka dengan perubahan-perubahan terkini yang

berlaku dalam sejarah perkembangannya.

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 5/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 5

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pada hari ini apabila berhadapan dengan situasi yang mana Bahasa Melayu sudah tidak

dipandang penting oleh segelintir masyarakat memerlukan sesuatu tindakan yang tepat dan pantas diambil bagi mencegah berlakunya Bahasa ini dilupakan. Gejala kesalahan Bahasa

seperti yang terdapat dalam media cetak terutamanya surat khabar , boleh dianggap sebagai

sesuatu perkara yang serius dan tidak boleh kita sebagai pejuang Bahasa memandang tanpa

mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya.

Walaupun pada hari ini, kemajuan teknologi melangkaui rutin kebiasaan iaitu menerima

maklumat bukan hanya dari surat khabar tetapi juga melalui laman sesawang. Perkara ini

juga tidak mengurangkan pembaca surat khabar yang terdiri dari segenap lapisan masyarakatdan usia mereka. Dengan pengaruh pembacaan surat khabar yang ramai ini akan

mengakibatkan meteka akan menggunakan Bahasa yang salah di segi penguasaan ejaan dan

tatabahasa yang tepat. Ini sudah pasti akan menjejaskan mutu Bahasa Melayu itu sendiri.

Justeru, jika dilihat pada hari ini, ramai tokoh-tokoh atau pakar-pakar Bahasa yang telah

menjalankan kajian ke atas kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam bahan media cetak.

Inisiatif yang diambil oleh pengkaji-pengkaji ini bagi meneliti kesalahan Bahasa yang sering

dilakukan oleh media cetak akan dapat membuka mata semua pihak bahawa perkara ini

sememangnya sesuatu yang serius dan terlalu penting.

Perkara ini juga akan menjadikan semua pihak mengambil berat dan memandang serius serta

membuka mata terhadap perkembangan, pemantapan serta penguasaan Bahasa Melayu yang

betul adalah tanggungjawab semua individu. Kesalahan yang ada dalam penggunaan Bahasa

Melayu akan mendatangkan kesan yang kurang baik kepada pembaca terutamanya dari segi

pemantapan Bahasa Melayu.

Oleh itu, kajian akan membincangkan tentang penggunaan bahasa khususnya kesalahan

frasa.

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 6/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 6

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian yang mana tujuannya memberi kesedaran kepada pembaca mengenai kesalahan-

kesalahan yang wujud dalam hasil cetakan penulisan mereka. Justeru , agar kesalahan-kesalahan ini tidak menjadi ikutan atau mempengaruhi pembaca dalam penguasaan Bahasa.

Selain itu, ianya juga untuk memartabatkan Bahasa Melayu agar tidak disalahgunakan

dengan sewenang-wenangnya oleh media-media cetak yang mana boleh memberikan kesan

atau impak negatif yang besar ke atas penguasaan bahasa seseorang.

Nik Safiah Karim ( 1986:132) dan Awang Sariyan (1984:50) mendefinisikan kesalahan

Bahasa sebagai penggunaan Bahasa yang menyimpang daripada system Bahasa atau

peraturan-peraturan Bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihankata atau susunan frasa dan ayat. Za’ba ( 1965 ) dan Arbak Othm an (1981) pula menyatakan

bahawa kesalahan tatabahasa adalah penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaan

bahasa yang baku.

Permasalahan kesalahan yang berlaku ini bukanla disebabkan oleh seseorang penutur atau

individu itu tidak cekap dan tidak berpengetahuan dalam Bahasa semata-mata tetapi adalah

disebabkan oleh dialek dan pengaruh Bahasa kedua. Ini disokong oleh pernyataan yang

dikeluarkan oleh Awang Sariyan ( 1979:9) yang mana menegaskan bahawa punca

kemerosotan dan kesilapan Bahasa antaranya iaah faktor gangguan dialek dan pengaruh

Bahasa kedua ( Arpan Shahbudin Latip :1998).

Permasalahan yang didapati dari beberapa kajian yang terdahulu iaitu tiga kajian yang

dilakukan awal juga mempunyai kesalahan tatabahasa yang sama iaitu bentuk kata. Ellis

(1987:296) mengatakan bahawa terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk

membuat kajian kesalahan tatabahasa. Kesalahan yang dapat dihuraikan oleh saya ialah

dalam bentuk huraian kekerapan dan juga peratusan.

Kajian ini juga dapat dilihat dengan lebih jelas dengan paparan dalam bentuk jadual. Justeru,

maklumat yang diperolehi senang dibaca dan difahami dengan paparan maklumat yang

terdapat di dalam jadual.

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 7/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 7

Kebaikan yang didapati dari kajian yang lalu ialah beberapa maklumat atau hasil tulisan yang

dikaji dapat menambahkan lagi pemahaman mengenai sesuatu tajuk atau topik tatabahasa

yang dikaji. Pengkajian ini dapat menjelaskan lagi dengan tepat maklumat yang dikaji itu

dari berbagai sudut.

Kelemahan kajian yang telah dilakukan ialah memerlukan peruntukan masa yang panjang

dan rujukan-rujukan yang dari pelbagai sumber. Kajian memerlukan kaedah – kaedah yang

bersesuaian dan format-format yang bertepatan untuk mengumpul dan memaparkan hasil

kajian.

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 8/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 8

4.0 PERBANDINGAN KAJIAN

Bagi menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kajian kesalahan tatabahasa dalam artikel

yang dikeluarkan oleh media cetak beberapa artikel telah dipilih dan dilakukan kajiantatabahasanya.

Pengumpulan data mengenai kesalahan tatabahasa ini dapat dilihat dalam bentuk jadual.

Yang mana , jadual ini lebih memudahkan segala maklumat yang ingin disampaikan dapat

difahami oleh pembaca.

JADUAL KAJIAN

Pola Ayat Majmuk Ujaran Ayat Majmuk Jumlah Peratusan (%)

Ayat Majmuk Gabungan dan 1 5

Ayat Majmuk Pancangan yang, untuk 2 10

Ayat Majmuk Campuran dan, yang, untuk, buat, dalam 17 85

atau, dengan, adalah

20 100

Jadual : Pola Ayat Majmuk

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 9/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 9

5.0 ANALISIS ARTIKEL

5.1 STRUKTUR BINAAN AYAT BAHASA MELAYU

Di dalam pembentukan binaan ayat, susunan beberapa unit unit kecil rangkaian perlu

mengandungi subjek dan predikat. Struktur ayat merupakan susunan kata dalam sesebuah ayat

bagi membentuk satu binaan. Subjek merupakan konstituen dalam bentuk satu atau beberapa

perkataan yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan. Manakala predikat

merupakan satu kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang

menerangkan subjek. Predikat merupakan satu cerita mengenai subjek untuk menjelaskan sifat

dan menerangkan mengenai perkara yang dilakukan.

Selain itu, di dalam pembinaan frasa nama terdiri daripada dua jenis. Jenis pertama adalah frasa

nama yang terdiri daripada satu perkataan yang menjadi inti seluruh frasa nama manakala

perkataan perkataan yang lain merupakan penerang kepada frasa nama tersebut. Sementara jenis

kedua merupakan frasa nama yang terdiri daripada dua unsur yang mana inti mewakili unsur

yang diberi penumpuan makna mewakili seluruh frasa dari segi makna dan penerang menjadi

unsur yang menerangkan makna inti tersebut.

Bahasa merupakan satu fenomena yang amat penting di dalam kehidupan seharian yang

merupakan kebolehan semulajadi manusia bagi menghubungkan manusia. Di dalam mengkaji

bidang ilmu bahasa ini, adalah penting untuk mengambil kira mengenai bentuk, struktur dan

binaan ayat. Penggabungan dan penyusunan perkataan akan membentuk ayat. Disebabkan yang

demikian, pelbagai teknik boleh digunakan bagi memudahkan pemahaman. Pendekatan yang

kreatif membolehkan pendekatan deduktif digunakan dengan bermula dengan generalisasi yang

kemudiannya membincangkan rumus yang khusus. Oleh itu, kajian mengenai struktur ayat pada

kajian kali ini akan mengketengahkan penggunaan ayat majmuk di dalam pembinaan ayat bahasa

Melayu.

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 10/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 10

5.1.2 JENIS BINAAN AYAT DALAM ARTIKEL “SEKOLAH PERLU AMAL DASAR

LEBIH TERBUKA”

Di dalam mengkaji teks ucapan yang disediakan, binaan ayat di dalam bahasa Melayu tidaksemata- mata merupakan gabungan atau rentetan bentuk kata yang dibuat dengan sambil lewa

melainkan membentuk susunan beberapa unit kecil rangkaian kata. Rangkaian ini dikenali

sebagai unsur atau konsituten yang mempunyai subjek dan predikat. Artikel yang dikaji

diterbitkan oleh Berita Harian bertarikh 16 Mei 2014.

5.1.3 Binaan Subjek

Subjek merupakan konstituen yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang

bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan. Di dalam kebanyakan ayat yang

digunakan di dalam teks ini membentuk subjek ayat tunggal yang menggunakan salah satu unsur

seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja dan kata adjektif. Subjek tidak hanya terbatas

kepada benda hidup semata mata. Subjek juga merangkumi benda dan juga kata kerja. Contoh

tersebut akan menerangkan penggunaan subjek di dalam beberapa aspek;

i.Sistem Pendidikan Negara

(subjek)

ii.I bu bapa dan sekolah

(subjek)

5.1.4 Kata Nama

Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat terdiri daripada kata nama am, kata nama khas atau

kata nama terbitan. Di dalam artikel “Sekolah Perlu Amal Dasar Lebih Terbuka” ini, terdapat

banyak penggunaan subjek yang terdiri daripada kata nama. Misalnya pada ayat “ Tan Sri

Al imuddin Mohd Dom berkata ini dapat dijayakan melalui dasar terbuka dalam aktiviti dan

kegiatan serta program pihak sekolah dengan penglibatan ibu bapa dan

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 11/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 11

pelajar.” menggunakan subjek kata nama khas hidup manusia iaitu Tan Sri Alimuddin Mohd

Dom.

Selain itu, penggunaan kata nama am juga agak menonjol di dalam teks tersebut sebagai subjek.Contohnya seperti ayat- ayat “Sistem Pendidikan Negara” dan “Ibu bapa dan sekolah ...”. Kata

nama tidak hanya terbatas dengan kata nama khas yang mana di dalam sesebuah teks

penggunaan kata nama am adalah lebih meluas dan mudah.

5.1.5 Kata Ganti Nama

Kata ganti nama digunakan untuk mengganti kata nama khas dan kata nama am yang

dibahagikan kepada kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri terdiri

daripada kata ganti nama diri tanya yang merujuk kepada orang atau benda di dalam bentuk

tanya dengan menggunakan apa, siapa dan mana. Namun di dalam artikel ini tidak terdapat

sebarang penggunaan kata ganti diri tanya sebaliknya penulis lebih kerap menggunakan kata

ganti ketiga mereka bagi merujuk kepada ibu dan bapa. Misalnya dalam ayat berikut;

“ persefahaman antara ibu bapa dan sekolah ter jal in lebih erat ”

5.1.4Kata Kerja yang Berfungsi sebagai Kata Nama

Penggunaan kata kerja sebagai subjek menjadikan kata kerja tersebut mengambil alih tugas kata

nama. Misalnya di dalam ayat “ Tanggungjawab guru sememangnya besar. Layan anak mur id

sepert i k ita layan anak sendir i.” menggunakan kata kerja “tanggungjawab” sebagai subjek ayat

tersebut. Namun penggunaan kata kerja sebagai subjek tidak digunakan secara meluas sebaliknya

penulis lebih cenderung menggunakan kata subjek ayat.

5.1.5Kata Adjektif yang Berfungsi sebagai Kata Nama

Penggunaan bahasa Melayu tidak hanya terhad kepada penggunaan subjek seperti di atas

malahan kata adjektif juga cenderung digunakan sebagai salah satu unsur subjek di dalam teks

tersebut. Selain itu, penggunaan kata adjektif yang menerima imbuhan apitan juga sering

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 12/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 12

digunakan sebagai subjek di dalam sesebuah ayat. Namun yang demikian, penggunaan katta

adjektif ini sangat terhad dan tidak digunakan untuk merujuk kepada subjek.

5.1.6Binaan Predikat

Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong di dalam satu frasa dan menjadi unsur

untuk menerangkan subjek. Di dalam ayat tunggal, predikat dibina daripada unsur utama.

Predikat digunakan untuk menceritakan ayat mengenai sesuatu benda, orang ataupun perkara

yagn disebut dalam subjek. Predikat digunakan dengan fungsi yang tersendiri termasuklah untuk

memberitahu maklumat lanjut berkenaan dengan benda, memberitahu perkara yang dilakukan

oleh benda, memberitahu sifat benda dan memberitahu dimana, kemana, mengapa, bagaimana

dan bila. Oleh itu, predikat boleh terdiri daipada mana mana satu jenis frasa nama, frasa kerja,

frasa sifat dan frasa sendi.

5.1.7 Predikat Frasa Nama

Predikat frasa nama adalah predikat yang menjadi binaan frasa nama yang dibina daripada kata

nama am, kata nama khas dan kata nama terbitan.

5.1.8Predikat Frasa Kerja

Frasa kerja yang menjadi predikat di dalam teks ini terbentuk daripada beberapa unsur seperti

kata kerja asal, kata kerja terbitan, kata bantu dan unsur unsur keterangan. Penggunaannya dapat

dilihat di dalam ayat “ Layan anak mur id sepert i ki ta layan anak sendir i ” dengan penggunaan

perkataan layan yang merupakan kata kerja sebagai subjek.

5.1.9Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan

Kata kerja asal tidak berimbuhan merupakan kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar

sahaja dan boleh terdiri daripada kata kerja tak tansitif ataupun kata kerja transitif. Kata kerja tak

transitif merupakan kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut manakala kata kerja

transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek. Misalnya makan, tidur, naik, bangun, tidur dan

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 13/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 13

sebagainya. Misalannya dalam ayat “...lebih banyak cabarannya daripada kerja

biasa” menggunakan kata kerja tanpa imbuhan di dalam teks ini.

5.2.0Kata Kerja Asal Berimbuhan

Manakala kata kerja asal berimbuham pula merupakan kata kerja yang terdiri daripada gabungan

kata dasar dan imbuhan yang terdiri daripada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif

seperti berbaring, berjalan, menyanyi dan melayan. Misalnya dalan frasa “...mengamalkan

prinsip integriti untuk melahirkan generasi cemerlang.” menggunakan perkataan

mengamalkan untuk predikatnya.

5.2.1Kata Kerja Terbitan

Kata kerja terbitan merupakan kata kerja yang pada asalnya tidak terdiri daripada golongan kata

lain seperti kata nama atau kata adjektif. Di dalam proses pengimbuhan juga turut berlaku bagi

menerbitkan kata kerja terbitan. Proses ini berlaku apabila kata nama atau kata adjektif

memerlukan imbuhan me..kan, me..i atau memper... Contohnya di dalam perkataan yang terbit

daripada proses pengimbuha ini adalah seperti memperkuat, menamakan dan menamai. Dalam

ayat “ Tengku Azuan berkata guru perlu lebih kreatif dalam menarik minat pelajar

” menggunakan perkataan menarik untuk subjeknya. Kata kerja ini memerlukan objek

minat untuk diterangkan.

5.2.3Kata Bantu

Kata bantu menjadi unsur frasa kerja merupakan perkataan yang wujud sebelum kata kerja.

Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek iaitu kata bantu yang digunakan untuk

menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa dan kata bantu ragam yang

menyatakan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.

Misalnya di dalam ayat “ Mudah untuk menjadi seorang guru. Namun un tuk menjadi guru

yang beri ntegri ti dan cemerl ang perl u ada keikhlasan, dan ini adalah sukar," katanya yang

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 14/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 14

berpengalaman 31 tahun dalam bidang pendidikan sebelum bersara wajib pada 2007.

”. Penggunaan akan menunjukkan kata bantu aspek yang menerangkan masa.

Manakala di dalam ayat “ Golongan in i patut diberi peluang untuk turut sama menyumbang

pendapat dan hendaklah memberi pandangan kepada sekolah supaya kemahiran dan

pengetahuan mereka dapat dimanfaatkan ” menggunakan kata bantu ragam hendak untuk

menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Kehadiran kata

bantu ragam ini perlulah dihadapan kata kerja seperti “...hendaklah memberi ...” untuk

menerangkan ragam perasaan kerja yang dilakukan.

5.2.4.5Unsur unsur Keterangan

Frasa kerja yang mengandungi kedua dua jenis kata kerja iaitu kata kerja transitif dan juga kata

kerja tak transitif boleh menerima frasa keterangan. Dengan menggunakan frasa keterangan,

unsur- unsur akan menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut. Frasa keterangan ini terbentuk

daripada frasa sendi nama seperti pada waktu, di rumah, dengan lambat dan sebagainya. Di

dalam teks ini, banyak penggunaan unsur- unsur keterangan dalam ayat predikatnya adalah kata

kerja. Dapat dilihat dalam beberapa ayat contoh yang berikut;

“ ...memandikan anak an ak serta memastikan mereka tidur pada waktunya...”

“...agensi pengambilan pembantu rumah tumbuh bagai cendawan pada musim hujan.”

“Adam dan Aida mungkin hanya benarkan Alisa makan ais krim pada hujung minggu.”

“ Pendidikan terbaik untuk anak anak disemai di rumah.

“...bertanggungjawab sepenuhnya dengan setiap keputusan yang diambil...”

”Kanak kanak lebih banyak belajar dengan memerhati daripada...”

“...supaya tindak tanduk kita tidak bertentangan dengan apa yang kita...”

5.2.5 Predikat Frasa Adjektif

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 15/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 15

Frasa adjektif berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif iaitu kata adjektif

selapis atau kata adjektif ganda. Penggunaan kata adjektif selapis didahului dengan kata penguat

termasuklah sangat, sungguh dan sebagainya. Ada juga kata penguat yang boleh hadir sesudah

kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan sebagainya.Selain itu, kata adjektif juga boleh

hadir bersamasama kata bandingan seperti lebih dan paling dan juga boleh disertai imbuhan ter

yang membawa maksud paling . Berdasarkan analisis yang telah dibuat,terdapat banyak

penggunaan frasa adjektif sebagai predikat dalam ayat. Antaranya adalah seperti ayat yang

berikut :

“ Tengku Azuan mencatat sejarah bidang pendidi kan pada 2004 apabila diangkat ke gred

perkhidmatan tertinggi pentadbir sekolah iai tu Pengetua Cemerl ang Jusa C bagi kohor t

pertama.”

5.2.6 Predikat Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama yang menjadi predikat dibina daripada kata sendi nama , yang diikuti oleh frasa

nama. Kata sendi nama adalah seperti di, ke, dari, daripada, kepada dan sebagainya.

Misalnya dalam konteks teks adalah seperti berikut;

“ program pihak sekolah dengan pengl ibatan dari ibu bapa dan pelajar ”

“...mengajar kanak kanak apabila sampai ke satu tahap dalam hidup mereka tiada lagi

semuanya...”

5.3 .AYAT MAJMUK

Ayat majmuk merupakan ayat yang dibina dengan mencantumkan ayat tunggal atau lebih dan

menyusun ayat tersebut dengan cara tertentu sehingga menjadikannya sebuah ayat (Tatabahasa

Dewan, 2008). Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu;

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 16/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 16

5.3.1 Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan merupakan ayat yang dibina oleh dua atau lebih yang menjadikan satu

dengan cara menggabungkan ayat ayat tersebut dengan menggunakan kata hubung seperti, dan,atau dan sebagainya. Contoh ayat majmuk gabungan ini adalah “ profesyen sepert i ju rutera,

doktor dan ahli pern iagaan “.

5.3..2Ayat Majmuk Pancangan

Manakala ayat majmuk pancangan pula merupakan satu ayat yang dibentuk oleh klausa yang

tidak setara. Di dalam ayat tersebut terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dengan satu atau

beberapa klausa tak bebas. Klausa tak bebas ini akan dipancangkan di dalam ayat utama dengan

menggunakan kata hubung seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, dan sebagainya. Terdapat

tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan.

Ayat relatif merupakan ayat yang ditandai dengan cara yang berikut:

i.Pelajar itu sungguh pandai.

ii.Pelajar itu mendapat biasiswa kerajaan.

iii.Pelajar yang sungguh pandai itu mendapat biasiswa kerajaan.

Ayat (i) dan (ii) telah digabungkan untuk menghasilkan ayat (iii). Ayat (iii) telah dipancangkan

kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan“pelajar itu” dan

menggunakan katan hubung yang.

Manakalah ayat komplemen dibina dengan ayat utama dipancangkan dengan ayat kecil dan

menjadi komplemen kepada ayat. Ayat komplemen ini dapat dibentuk dengan menggunakan kata

hubung bahawa atau yang. Contohnya:

i.Bahawa pemanduan yang cuai boleh menyebabkan kemalangan jalan r aya.

ii.Bahawa gejala sosial menjadi punca masalah pembuangan bayi kini .

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 17/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 17

Satu lagi ayat majmuk pancangan adalah ayat keterangan yang merupakan ayat majmuk yang

terdiri dariada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil sebagai keterangan kepada predikat.

Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai kegunaan lain dengan kata hubung tertentu

termasuklah kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga dan sebagainya. Antara contoh ayatnya adalah

seperti berikut:

i.Basikal itu dibuang kerana telah rosak.

Ayat kecil yang digunakan di dalam ayat majmuk keterangan itu menerangkan kata kerja dalam

ayat utama iaitu “basikal itu dibuang” .

3.Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran merupakan ayat yang dibina dengan lebih daripada satu jenis ayat. Ayat

ayat ini terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.

Pada kebiasaannya, struktur ayat ini lebih panjang dengan kandungan bilangan subjek dan

predikatnya atu klausanya. Misalnya dalam ayat berikut;

i.Pelajar yang sungguh pandai itu mendapat biasiswa kerajaan untuk menyambung

pelajarannya ke luar negara.

Dalam ayat di atas, terdapat satu ayat relatif “pelajar yang sungguh pandai itu mendapat

biasiswa kerajaan” dan juga satu ayat keterangan “...untuk menyambung pelajarannya ke luar

negara”. Subjek di dalam ayat majmuk itu adalah pelajar dan kata kerja adalah menyambung

pelajarannya. Ayat relatif dan ayat keterangan ini merupakan penerang kepada objek tepat

biasiswa.

5.BINAAN AYAT MAJMUK DALAM ARTIKEL

Dalam artikel “Sekolah Perlu Amal Dasar Lebih Terbuka” ini juga terdiri daripada ayat majmuk

yang mencantumkan ayat tunggal dengan penyusunan yang betul. Terdapat beberapa contoh ayat

majmuk yang digunakan termasuklah ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan juga

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 18/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 18

ayat majmuk campuran. Dengan menggabungkan dua ayat dengan kata hubung, kebanyakan ayat

majmuk telah mampu dibina di dalam teks tersebut. Antaranya adalah;

i. ibu bapa dan sekolah terj ali n lebih erat.

Ayat (i) telah dibina daripada ayat (ii) dan (iii) dengan menggunakan kata hubung dan untuk

membentuk satu ayat baru.

ii.ibu bapa ter jal in lebih erat.

iii.sekolah terj alin lebih erat.

1.Ayat Majmuk Gabungan

Manakala binaan ayat majmuk gabungan pula merupakan ayat yang dibina dengan dua atau lebih

ayat dengan menggunakan kata hubung. Di dalam teks ini banyak penggunaan ayat majmuk

gabungan boleh di dapati misalnya dalam penggunaan yang berikut;

“Elaun, belanja atau hadiah yang..“

“... menjalani pembedahan dan sebagainya.”

3.Ayat Majmuk Pancangan

1.Ayat Relatif

Penggunaan ayat majmuk pancangan yang menggunakan ayat relatif juga banyak

digunakan di dalam teks ini termasuklah yang berik ut;

“Tanggungjawab yang diberikan juga adalah lebih besar, biar mereka sendiri

merancang mengikut cara mereka membelanjakan wang dan bertanggungjawab

sepenuhnya...”

Ayat tersebut dibina daripada ayat tunggal yang berikut;

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 19/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 19

i.Tanggungjawab diberikan juga adalah lebih besar.

ii.Biar mereka sendiri merancang mengikut cara mereka membelanjakan wang.

iii.Biar mereka sendiri bertanggungjawab sepenuhnya.

“Dalam ekonomi yang mencabar sesebuah keluarga yang mana suami dan isteri

bekerja adalah sesuatu yang biasa.”

Ayat ini pula dibina berdasarkan ayat yang berikut;

i.Dalam ekonomi yang mencabar sesebuah keluarga.

ii.Suami bekerja adalah sesuatu yang biasa.

iii.I steri bekerja adalah sesuatu yang biasa.

2.Ayat Majmuk Keterangan

Ayat majmuk keterangan ini menggunakan kata hubung untuk membina ayatnya.

Contohnya adalah seperti berikut;

“ Sistem pendidikan negara akan dapat dimajukan lagi jika tahap kerjasama dan

persefahaman antara ibu bapa dan sekolah terj alin l ebih erat, kata penerima Anugerah

Tokoh Kepimpinan Kebangsaan 2014 sempena sambutan H ari Guru Kebangsaan Ke-43 har i

ini.”

5.3Ayat Majmuk Campuran

Dengan menggabungkan beberapa jenis ayat ini, maka terhasillah ayat majmuk campuran

seperti;

“ Beliau berkata ibu bapa yang berpendidikan dan berkelayakan t inggi dengan profesyen

sepert i ju ru tera, doktor dan ahli pern iagaan perl u diberi ruang memberi pendapat kepada

pihak sekolah.”

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 20/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 20

“Beban kerja yang berat dan gaya hidup penuh tekanan menyebabkan ibu bapa sering dalam

keadaan amat letih dan tidak mempunyai banyak masa untuk dihabiskan secara berfaedah

dengan anak anak.

6.0 PENILAIAN ANALISIS AYAT MAJMUK DALAM TEKS BAHASA MELAYU

Di dalam kajian yang dibuat mengenai sintaksis bahasa daripada artikel “Sekolah Perlu Amal

Dasar Lebih Terbuka” amat bermakna di dalam menganalisis dan memberi pemarkahan

kepada analisis binaan ayat dan juga binaan ayat majmuk yang telah dibuat. Artikel tersebut

boleh dikatakan sebuat artikel yang mematuhi kehendak tatabahasa bahasa Melayu yang boleh

menjadi rujukan kepada pembinaan sesebuah karangan. Dengan menggunakan kaedah dengan

melihat kepada subjek dan predikat sesebuah ayat, kita akan berpeluang untuk menghasilkan

sebuah kajian yang terperinci dengan gabungan ayat majmuk yang dibina.

Analisis yang dibuat akan berdasarkan kepada ayat majmuk yang ditemui dalam teks tersebut

menghasilkan 5% ayat majmuk gabungan, 10% ayat majmuk pancangan dan selebihnya ayat

majmuk campuran. Ayat majmuk campuran membentuk ayat majmuk terbanyak dalam artikel

tersebut.

Pola Ayat Majmuk Ujaran Ayat Majmuk Jumlah Peratusan (%)

Ayat Majmuk Gabungan dan 1 5

Ayat Majmuk Pancangan yang, untuk 2 10

Ayat Majmuk Campuran dan, yang, untuk, buat, dalam 17 85

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 21/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 21

atau, dengan, adalah

20 100

Jadual : Pola Ayat Majmuk

Di dalam menerangkan ayat di dalam artikel tersebut, penulis lebih suka menggunakan ayat

panjang yang menggunakan ayat majmuk campuran berbanding dengan ayat majmuk yang lebihmudah.

1.Analisis Berdasarkan Struktur Sintaksis

Di dalam mengkaji struktur ayat berdasarkan struktur ayat, penulis lebih gemar menggunakan

ayat yang kompleks dengan beberapa gabungan kata dan. Penulis kurang menggunakan ayat

dasar untuk membentuk ayat yang menggunakan Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama +

Frasa Kerja + Frasa Sendi+ Frasa Arah + Frasa Adjektif. Daripada analisis ayat, teks telah

membentuk 43 ayat yang kebanyakannya terdiri daripada ayat kompleks dengan penggunaan

banyak frasa sendi.

Frasa Ujaran Jumlah Peratusan (%)

Frasa Nama (FN) Guru,ibu bapa, 53 43.1

Tan Sri

Alimudin,Muhyiddin,

mereka,kita

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 22/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 22

Frasa Kerja (FK) Dimasukkan, belajar, pelajari, 33 26.8

menguruskan, disemai,

disuruh,kerja,memerhari,

menjaga, menonton

Frasa Adjektir (FA) Paling kritikal, sikap terpuji 10 8.1

pendidikan terbaik, amalan

terbaik, ibu tersayang, berasa

tersepit

Frasa Sendi (FS) Dari, di, ke, kepada, daripada 27 22.0

123 100

Jadual 2: Taburan Pola Frasa

Jadual 3 menunjukkan pola ayat yang paling kerap digunakan di dalam teks yang mana di dalam

ayat mudah penulis lebih gemar menggunakan ayat yang dibina daripada FN+ FS yang mewakili

30.2% daripada jumlah ayat. Manakala bagi ayat kompleks, penulis lebih gemar menggunakan

gabungan daripada FN+FK+FS yang membentuk 25.9% daripada keseluruhan teks.

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 23/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 23

Namun yang demikian, pada keseluruhan teksnya, penulis lebih gemar menggunakan ayat

kompleks dengan gabungan beberapa frasa yang adakalanya membentuk sebuah perenggan

pendek. Perkara ini adalah sesuatu yang biasa terjadi kepada penulis untuk menyampaikan

sesebuah maksud kerana dikhuatiri dengan menggunakan ayat ringkas tanpa FA dan FS yang

menerangkan subjek, pembaca akan kurang memahami konteks ayat dan maksud yang ingin

disampaikan.

Frasa Jumlah Peratusan (%)

FN+FS 13 30.2

FK+FS 5 11.6

FN+FK 3 6.9

FN+FA 1 2.3

FN+FK 3 6.9

FN+FK+FS 12 25.9

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 24/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 24

FN+FK+FA 1 2.3

FN+FS+FA 1 2.3

FN+FK+FS+FA 3 6.9

Tidak sempurna 2 4.7

43 100

Jadual 3: Taburan Pola Ayat

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 25/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 25

6.0 RUMUSAN

Berdasarkan kepada analisis sintaksis bahasa Melayu di dalam artikel “Sekolah Perlu Amal

Dasar Lebih Terbuka”

terbitan Berita Harian pada 16 Mei 2014, tidak diragui penulisan banyak menggunakan struktur ayat yang mengandungi subjek dan predikat. Dengan

pengaplikasian frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi sesebuah ayat di dalam

sesebuah penulisan akan mematuhi peraturan tatabahasa yang telah ditetapkan. Namun yang

demikian, setiap frasa yang dibina biasanya mempunyai konstituennya yang tersendiri. Dengan

memperluas sesuatu ayat dengan unsur frasa, sesebuah ayat boleh berubah peranan untuk

menjadi unsur pelengkap dan keterangan dengan menggunakan kata hubung pancangan atau

frasa sendi nama bagi menerbitkan satu ayat majmuk komplemen yang lebih menarik gaya

penulisannya.

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 26/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 26

7.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kok Siong Gan. 1991. Kata Kerja Bantu dalam Sintaksis Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur.

Ahmad Khair Mohd. Nor. 2003. Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna. Edisi Baharu. Utusan

Publications. Kuala Lumpur

Boh Boon Koh. 1981. Pengajaran Bahasa Malaysia: Siri Pendidikan Bahasa Utusan. Utusan

Publications. Kuala Lumpur.

Abdul Rashid Melebak & Amat Juhari Moain. 2006. Sejarah Bahasa Melayu: Siri Pengajian

dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications. Kuala Lumpur

Sulaiman Masri. 2005. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan Esei, Proposal, Tesis: Siri

Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur.

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 27/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 27

8.0 LAMPIRAN ARTIKEL

Sekolah perlu amal dasar lebih terbuka - Alimuddin

2014/05/16 - 17:27:49 PM

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan Tokoh Guru

Kebangsaan, Tengku Azuan Tengku Mohamed dan Tokoh Kepimpinan Kebangsaan, Tan Sri Alimuddin

Mohd Dom (dua dari kanan) selepas menyampaikan pingat dan sijil penghargaan pada Majlis

Pelancaran Hari Guru peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari

ini. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara akan dapat dimajukan lagi jika tahap kerjasama dan

persefahaman antara ibu bapa dan sekolah terjalin lebih erat, kata penerima Anugerah Tokoh

Kepimpinan Kebangsaan 2014 sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-43 hari ini.

Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata ini dapat dijayakan melalui dasar terbuka dalam aktiviti dan

kegiatan serta program pihak sekolah dengan penglibatan dari ibu bapa dan pelajar.

Beliau berkata ibu bapa yang berpendidikan dan berkelayakan tinggi dengan profesyen seperti jurutera,

doktor dan ahli perniagaan perlu diberi ruang memberi pendapat kepada pihak sekolah.

"Golongan ini patut diberi peluang untuk turut sama menyumbang pendapat dan hendaklah memberi

pandangan kepada sekolah supaya kemahiran dan pengetahuan mereka dapat dimanfaatkan," katanya

kepada pemberita selepas sambutan itu, yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap

Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Alimuddin menerima anugerah itu berdasarkan kewibawaan dan kepimpinan beliau selama 35 tahun

dalam bidang pendidikan termasuk sebagai Ketua Pengarah Pelajaran dari 2007 hingga 2010.

Beliau juga pernah menjadi penasihat kajian semula Pelan Pendidikan Tinggi Negara.

Selain itu, beliau kini merupakan pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad dan pengerusi LembagaPengarah Universiti Sultan Zainal Abidin.

Alimuddin pernah menjadi pengetua Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Sekolah Tunku Abdul

Rahman, Ipoh dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Sementara itu, penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Tengku Azuan Tengku Mohamed, 63,

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 28/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 28

menekankan guru perlu berpegang dan mengamalkan prinsip integriti untuk melahirkan generasi

cemerlang.

"Mudah untuk menjadi seorang guru. Namun untuk menjadi guru yang berintegriti dan cemerlang perlu

ada keikhlasan, dan ini adalah sukar," katanya yang berpengalaman 31 tahun dalam bidang pendidikan

sebelum bersara wajib pada 2007.

Tengku Azuan berkata guru perlu lebih kreatif dalam menarik minat pelajar selain memiliki sikap tegas

dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Tanggungjawab guru sememangnya besar. Layan anak murid seperti kita layan anak sendiri. Insya-Allah

kita akan berjaya sebagai seorang warga pendidik," pesannya.

Tengku Azuan mencatat sejarah bidang pendidikan pada 2004 apabila diangkat ke gred perkhidmatan

tertinggi pentadbir sekolah iaitu Pengetua Cemerlang Jusa C bagi kohort pertama.

Beliau merupakan satu-satunya pengetua yang diberi kepercayaan menerajui tiga sekolah cemerlang

iaitu Sekolah Seri Puteri, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan Kolej Tunku Kurshiah,

kesemuanya kini merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Alimuddin dan Tengku Azuan masing-masing menerima pulang pingat emas, plak kecemerlangan, sijil

penghargaan, wang tunai RM10,000, Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM8,000

serta pakej pelancongan umrah.

Sambutan itu turut dihadiri Yusuf Karta, 80, yang juga bekas guru Muhyiddin.

Yusuf mengajar Muhyiddin mata pelajaran Matematik semasa bersekolah di Sekolah Tinggi Muar,

Johor.

Beliau berkata Muhyiddin adalah pelajar yang tajam pemikirannya selain patuh kepada ajaran guru dan

tidak pernah menimbulkan masalah.

Yusuf juga pernah menjadi guru peribadi kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

- BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahperluamaldasarlebihterbuka-

Alimuddin/Article/index_html

8/10/2019 BRM D20112052960 SEM5

http://slidepdf.com/reader/full/brm-d20112052960-sem5 29/29

BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014

D20112052960 Page 29