Upload
aguiree-pilop
View
200
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
BUDAYA KOLABORASI DAN KOPERATIF
Definisi Budaya
Definisi budaya• budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia.
• Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok.
• Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud ” budi + daya “; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.
• Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak.
• Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.
Ciri-ciri Budaya
• Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat
• Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa.
• Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.
KOPERATIF
• Koperatif melibatkan guru bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya
• Mengikut Panitz (1996), cooperation is a structure of interaction designed to facilitate the accomplishment of an end product or goal’.
Ciri-ciri
• kumpulan boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.
• penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut
• Dalam koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan ahli
• Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat
• Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai
• Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial
dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli guru lain mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif
Budaya Koperatif
• Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai satu set proses untuk membantu interaksi manusia agar mencapai matlamat tertentu atau membangunkan produk yang spesifik.
• Mementingkan hasil @ produk
• Roger dan David Johnson mengatakan bahawa tidak semua kerja kelompok boleh dianggap cooperative learning. Untuk mencapai hasil yang lebih baik, lima unsur kerjasama harus diterapkan :
• Saling ketergantungan positif• Tanggungjawab perseorangan • Bersemuka• Komunikasi antara anggota• Evaluasi proses kelompok (Anita Lie,
1999 : 30)
Kolaboratif
• memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan
• Mengikut Panitz (1996), ‘Collabortion is a philosophy of interaction and personal lifestyle
Ciri-ciri
• Semasa kolaboratif, guru akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama
Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif
• kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi
• perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan membuat refleksi
• saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi yang baik
Pengurusan kolaboratif para pengurus dan aktiviti-aktiviti kerja seharusnya meningkatkan harga diri dan kepentingan diri setiap anggota individu, menggunakan pendekatan
• membuat keputusan secara pasukan yang bersesuaian,
• menetapkan matlamat prestasi yang tinggi.
• menggerakkan semua guru untuk merasakan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam membangunkan pembelajaran dan sahsiah murid.
• Guru tidak akan merasa mereka bekerja secara sendirian.
• Aplikasi membantu guru-guru baru yang masih mencari formula bagaimana menyelesaikan masalah di sekolah & p&P
• Wujud bimbingan dari guru-guru lain
Budaya Kolaboratif• Budaya kolaboratif merupakan suatu falsafah
peribadi.
• Dalam semua situasi kolaboratif, orang berinteraksi dalam kumpulan dan memerlukan penghormatan tentang kebolehan dan sumbangan ahli kumpulan.
• Terdapatnya perkongsian autoriti dan penerimaan tanggungjawab di antara ahli kumpulan terhadap tindakan kumpulan.
• Premis asas pembelajaran kolaboratif ialah pembinaan konsensus melalui koperasi ahli kumpulan.
• Ini bertentangan dengan persaingan di mana setiap ahli cuba mengatasi orang lain.
• Pengamal pembelajaran kolaboratif menggunakan falsafah ini dalam bilik darjah, mesyuarat jawatankuasa, kumpulan komuniti, keluarga dan secara amnya apabila berhubung dengan orang lain.
• Mementingkan proses kerja
• Budaya kolaboratif bermaksud suatu corak pemikiran, perasaan, dan reaksi yang didapati dan disebarkan melalui simbol yang berkaitan dengan kejayaannya.
• Intipati asas kepada budaya adalah idea asas dan nilai yang diamalkan.
• Budaya kolaboratif berkait rapat dengan sikap, tingkah laku, kognitif, dan kefahaman serta komitmen guru terhadap kerja.
• Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang kukuh menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan ideologi, penyertaan bersama, dan kepimpinan berkarisma.
• Selain itu, budaya kolaboratif juga dapat
meningkatkan keakraban hubungan antara guru
• guru mengalami kepuasan bekerja yang tinggi
• peningkatan produktiviti
• Budaya organisasi yang jelas dan kuat perlu dikembangkan dan dikongsi
• bersedia untuk berkongsi
• tanggungjawab dan terlibat sepenuhnya dalam kerja sekolah untuk mencapai idea-idea yang dikongsi bersama.
• Budaya kolaboratif ini akan membantu sekolah untuk menghadapi sebarang cabaran dan kesulitan bersama untuk mencapai matlamat mereka (Deal & Kennedy 1982; Schein 1992).
• guru sepatutnya didedahkan dengan budaya kolaboratif yang kuat supaya mereka akan dapat menjalankan tugas dengan cemerlangdan seterusnya menghasilkan motivasi yang tinggi.
Faktor yang mempengaruhi budaya kolaboratif
• Komunikasi• Hubungan• Pengurusan kolaboratif
Kesan Budaya Kerja Secara Kolaborasi dan Koperatif Kepada Guru
• Semua guru dapat mengamalkan kepemimpinan secara kreatif dan bertanggungjawab untuk membantu pembelajaran murid secara bersama-sama. (Kohm & Nance, 2009)
• Semua guru merasakan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam membangunkan pembelajaran dan sahsiah murid.
• Guru tidak akan merasa mereka bekerja secara sendirian
• Sebarang permasalahan yang timbul dalam menangani masalah pembelajaran murid akan dibantu dan dibimbing oleh rakan guru yang lain.
• Aplikasi ini amat membantu guru-guru baru yang masih mencari formula bagaimana untuk menangani masalah mengawal disiplin murid di dalam bilik darjah dan memastikan murid memahami apa yang diajar
• Bimbingan dari guru-guru yang lebih senior secara kolaboratif akan membantu guru-guru baru untuk menjadi lebih profesional.
• Budaya kerja secara kolaboratif juga akan membantu membuat keputusan yang lebih baik yang berasaskan data-data yang ada berkaitan dengan pencapaian murid.
• Semasa proses membuat keputusan setiap ahli panitia atau unit akan mengeluarkan pandangan masing-masing dan memilih cadangan yang paling baik secara bersama.
• Ini menjadikan keputusan yang dibuat adalah merupakan keputusan bersama.
• Keputusan yang dihasilkan secara bersama akan meningkatkan tanggungjawab yang lebih tinggi dalam kalangan guru.