3
[Type here] Budaya Samseng di Kalangan Murid Pemidato: Nur Alya Fatihah Binti Aziz (SK Lanai) Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan para hakim yang menegakkan paksi keadilan pastinya, penjaga detik yang patuh pada waktu, seterusnya guru-guu dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Budaya Samseng di Kalangan Murid”. Menurut kamus dewan edisi ke-3, perkataan samseng diinterpretasikan sebagai penjahat, contohnya seperti, merompak, mencuri, dan menyamun. Budaya ini amat membimbangkan kerana semakin menular di kalangan murid. Hasil kajian yang dibuat membuktikan bahawa masalah ini semakin sukar diatasi sekiranya langkah-langkah pencegahan dilakukan secara sambil lewa. Antara perlakuan samseng yang berlaku di kalangan murid ialah merosakkan harta benda guru, harta benda sekolah, harta benda awam, mendera dan memeras ugut murid lain selhlain dari meminta wang perlindungan. Mereka juga terlibat dengan penjualzzzzzzzzzzzzzzzz an ubatan di sekolah serta kumpulan kongsi gelap. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Pelbagai penyebab dan pengaruh yang memyumbang kepada permasalahan ini. Antaranya ialah pengaruh persekitaran, proses kemajuan, pengaruh media cetak, dan kecanggihan media eletronik masa kini. Walaupun penyebab ini bukan penyumbang utama budaya

Budaya Samseng Di Kalangan Murid

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PIDATO

Citation preview

Page 1: Budaya Samseng Di Kalangan Murid

[Type here]

Budaya Samseng di Kalangan Murid

Pemidato: Nur Alya Fatihah Binti Aziz (SK Lanai)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi

Majlis, barisan para hakim yang menegakkan paksi keadilan pastinya,

penjaga detik yang patuh pada waktu, seterusnya guru-guu dan rakan-rakan

yang dihormati sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan

sebuah pidato yang bertajuk “Budaya Samseng di Kalangan Murid”.

Menurut kamus dewan edisi ke-3, perkataan samseng

diinterpretasikan sebagai penjahat, contohnya seperti, merompak, mencuri,

dan menyamun. Budaya ini amat membimbangkan kerana semakin menular

di kalangan murid. Hasil kajian yang dibuat membuktikan bahawa masalah

ini semakin sukar diatasi sekiranya langkah-langkah pencegahan dilakukan

secara sambil lewa. Antara perlakuan samseng yang berlaku di kalangan

murid ialah merosakkan harta benda guru, harta benda sekolah, harta benda

awam, mendera dan memeras ugut murid lain selhlain dari meminta wang

perlindungan. Mereka juga terlibat dengan penjualzzzzzzzzzzzzzzzz an

ubatan di sekolah serta kumpulan kongsi gelap.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Pelbagai penyebab dan pengaruh yang memyumbang kepada

permasalahan ini. Antaranya ialah pengaruh persekitaran, proses kemajuan,

pengaruh media cetak, dan kecanggihan media eletronik masa kini.

Walaupun penyebab ini bukan penyumbang utama budaya samseng ini,

tetapi ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Ada juga suara-suara sumbang yang menyalahkan pihak sekolah dan

guru-guru dalam perkara ini, tetapi tahukah hadirin sekalian bahawa

bahagian pendidikanlah yang menjadi tunjang utama kepada pencegahan

wujudnya masalah ini malah ia perlukan kerjasama dari semua pihak.

Page 2: Budaya Samseng Di Kalangan Murid

[Type here]

Masyarakat sekeliling, ibu bapa serta rakan sebaya haruslah memainkan

peranan masing-masing dengan duduk semeja, berbincang dan merancang

untuk menangani masalah ini. Hubungan ini biarlah ibarat kata pepatah

melayu seperti aaur dengan tebing dan bulat air kerana pembentung, bukat

kata kerana muafakat.

Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mengetahui bahawa anak-anak

mereka terlibat dengan budaya samseng. Mereka tidak menyedari bahawa

anak-anak mereka terlibat dengan gejala negatif kerana kurang pengawasan

dan kasih sayang lantaran sibuk dengan tugas seharian atau mereka lebih

mementingkan aspek material semata-mata. Impaknya, mereka akan

menyertai aktiviti rakan sebaya bagi menghilangkan rasa bosan dan

meluahkan tekanan perasaan mereka. Jika rakan yang dipilih dapat

membantu menyelesaikan masalah. Alhamdulillah, tetapi bagaimana jika

sebaliknya?

Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amatlah penting bagi

menangani situasi ini. Kita mestilah mengamalkan sikap ambil berat Antara

satu sama lain jika terlihat perlakuan-perlakuan samseng murid samaada di

luar atau di dalam kawasan sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menyediakan dasar untuk

melahirkan murid-murid,tetapi ibu bapa,guru dan masyarakatlah yang harus

memainkan peranan utama untuk melahirkan generasi yang mempunyai jati

diri serta menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek,rohani,emosi dan jasmani sebagai peneraju Negara pada masa

depan.

Hadirin hadirat sekalian,

Ayuh marilah kita sama-sama memikirkan apa yang telah saya

sampaikan tadi dan renung-renungkanlah. Akhir kalam, yang baik itu

datangnya dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

Page 3: Budaya Samseng Di Kalangan Murid

[Type here]

Sekian, Terima kasih