1
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB Gambar AZLAN BAHRUM KUALA TERENGGANU Syamil turun dari motosikal ayahnya dan terus berlari ke dalam rumah sambil berulang kali memanggil ibu dan tidak sabar lagi untuk menun- jukkan sesuatu yang dibawanya pulang dari sekolah. Suatu yang dia terima daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam keadaan sangat teruja ketika bersama ayah menaiki pentas dewan sekolah apabila tiba giliran- nya. Murid tahun lima itu bersama semua rakan sebaya kini memiliki komputer riba mini yang dinamakan e-Book, sebuah buku teks sekolah versi elektronik yang boleh dibaca melalui paparan monitor. Selain buku teks, di dalamnya turut dimuatkan perisian al-Quran, kamus, solat, doa harian dan sedang dipertingkatkan dengan pembela- jaran jawi serta muatan soalan-soalan peperiksaan. e-Book yang turut dilengkapi kemudahan internet, mendekatkan murid dari Marang itu dan keluarga dengan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang membuka jen- dela dunia buat mereka. Dalam era dunia tanpa sempadan, penguasaan ilmu melalui ICT akan menjadi salah satu faktor penting bagi membina kekuatan individu, masyarakat, bangsa dan negara pada masa depan. Ia dianggap mampu menjadi ben- teng mendepani pelbagai cabaran, alat yang dapat membantu menguku- hkan keupayaaan bersaing di pering- kat global dan pada masa yang sama mencorak kehidupan lebih sejahtera. Justeru dengan gelombang yang tidak lagi boleh disanggah, peruba- han juga harus berlaku dalam sistem pendidikan melalui pembudayaan ICT yang menyajikan corak pen- didikan lebih berkualiti dengan ilmu dan maklumat dan ilmu di hujung jari. Bagi mempersiapkan anak negeri agar tidak ketinggalan dalam gelom- bang perubahan itu, Terengganu melangkah lebih awal memenuhi tuntutan keperluan pendidikan pada abad ke-21 dengan membekalkan e-Book secara meluas, selain terus menggunakan guru dan buku. Kerajaan negeri menyasarkan pemberian 96,000 e-Book dengan peruntukan hampir RM96 juta un- tuk diagihkan secara percuma kepada murid tahun lima di seluruh negeri sehingga akhir tahun ini manakala 1,600 guru diagihkan komputer riba. Integrasi ICT dalam pendidikan hanya akan memberi kesan dengan penyediaan prasarana lengkap dan para pendidik memiliki pendirian positif serta tidak fobia komputer. e-Book mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan diagihkan secara ber- peringkat kerana dalam rangka mem- odenisasikan pengajaran dan pembe- lajaran (P&P) dengan penggunaan ICT, para pendidik dan pelajar lebih dahulu perlu dimesrakan dengan peralatan itu. Ia bagi membolehkan proses pen- didikan berjalan lancar dengan pen- dekatan kreatif, konstruktif inovatif agar lebih menarik tumpuan, malah menghiburkan. Pada peringkat awalnya terdapat kalangan tertentu cuba mempoli- tikkannya, malah warga pendidik sendiri yang seolah-olah memandang remeh penggunaan alat bantu itu yang mempercepatkan penguasaan ICT di kalangan rakyat pada awal usia. Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, sistem pendidikan pada zaman yang penuh persaingan hari ini memerlukan pembaharuan dan transformasi terutama dalam kaedah mengajar dan belajar termas- uk dalam penggunaan ICT secara meluas bermula di sekolah rendah. “Pelajaran pada abad ke-21 ber- asaskan kepada guru, buku dan juga ICT. Oleh itu, kerajaan Terengganu memenuhi tuntutan itu bagi memas- tikan pada era globalisasi semua masyarakat khususnya pelajar dan ibu bapa celik dan mahir IT sebagai asas sebenar pembangunan. “Guru juga harus mendalami dan mengejar ilmu dalam bidang ICT supaya dalam suasana pembelajaran hari ini mereka tidak lagi ketinggalan khususnya dalam melahirkan pelajar cemerlang,” kata beliau. Razali berkata, hasrat kerajaan neg- eri mewujudkan ‘satu murid, satu kom- puter’ di negeri ini hampir berjaya den- gan terlaksananya program pengagihan papan digital elektronik berkenaan yang dirintis oleh negeri ini. Selain itu, usaha mewujudkan masyarakat celik IT juga mampu direalisasikan sejajar dengan matla- mat `satu rumah, satu komputer’ yang mana e-Book yang dapat diguna sama oleh keluarga ke arah perkara positif, selain mengasah pengalaman dalam bidang IT. “Saya yakin peralatan ini seme- mangnya menjadi impian semua pelajar untuk memilikinya, tetapi disebabkan beberapa faktor termasuk kekangan kewangan daripada ibu bapa, mereka terpaksa melupakan- nya,” ujar Razali. Konsep Namun ia bukan lagi suatu halan- gan dengan komitmen mendalam oleh kerajaan negeri yang tekad merubah senario ini dan kini Tereng- ganu mencatatkan bilangan penggu- na internet dan pelanggan per- khidmatan jalur lebar tertinggi di Pantai Timur. Perkembangan positif ini mem- buktikan rakyat negeri ini kini mam- pu dijana bergerak seiring arus pem- bangunan apabila sebahagian besar daripada mereka celik komputer. Pada tahun ini Terengganu melangkah setapak lagi dengan mem- perkenalkan kelas maya yang diang- gap lebih baik dari segi prasarana dan pendekatan berbanding yang diprak- tikkan di beberapa negara lain. Malah negeri ini hanya memerlu- kan masa kira-kira dua bulan saja bagi mewujudkan kelas tersebut di tiga buah sekolah buat permulaan, berbanding tempoh tiga tahun yang diambil negara berkenaan. Menteri Besar yang meninjau pro- gram perintis itu berkata, berdasar- kan penelitian awal, murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga di sini yang terlibat dengan kelas maya begitu bersemangat untuk belajar secara talian. Sehubungan itu, kerajaan negeri akan terus memperluaskan konsep kelas maya, sekurang-kurangnya sebuah sekolah di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), bermula tahun depan dengan peruntukan sekitar RM30,000 basgi setiap kelas. Sebelum ini beberapa pegawai kanan dari Jabatan Pelajaran dan Top IT Sdn. Bhd. (anak syarikat kerajaan negeri) melawat Korea Selatan dan Singapura untuk meninjau per- jalanan kelas maya. Memorandum persefahaman yang dimeterai oleh Top IT Sdn. Bhd. den- gan kumpulan guru Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram) membuka satu lagi laluan baru dalam dunia pendidikan. Guru-guru Akram terbahagi kepa- da 12 bidang termasuk Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Ing- geris, Bahasa Cina, ICT dan Perkom- puteran, Pendidikan Islam, Kajian Kemasyarakatan, Teknik dan Voka- sional, Penyelidikan, e-Pantau dan Korikulum Rendah/Akram Rendah. Mereka akan menyediakan 1,000 soalan sebulan mengikut bahagian masing-masing untuk ujian pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negeri. Menurut Menteri Besar, banyak lagi yang perlu dilakukan pendidikan akan selamanya menjadi keutamaan baginya selagi menerajui negeri kera- na bagi anak penyadat kelapa itu, ia mengingatkan dari mana beliau ber- mula dan pendidikan mengubah segalanya. Buka jendela dunia anak negeri KUALA TERENGGANU –Sekolah Imtiaz, rentetan sejarahnya bermula di sini dengan sebuah rumah kayu yang diwakafkan bagi menempatkan hanya beberapa orang pelajar hasil cetusan idea pada Mei 1996. Ketika itu penubuhannya diran- cang bagi menyemarakkan perkem- bangan program Pintar al-Quran di daerah ini dan akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 1999. Kelompok kecil pelajarnya kemu- dian meneruskan pengajian dalam keadaan lebih selesa di bangunan akademik baru yang dibina pada 2001, di tapak yang sama dan keja- yaan lepasannya menjadi perhatian. Seiring dengan tuntutan perkem- bangan masa, sekolah menengah swasta itu kemudiannya diletakkan di bawah kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu bagi membole- hkannya melalui era perubahan yang pesat. Ia suatu yang di luar jangkaan. Perubahan bukan sekadar fizikalnya apabila Imtiaz turut berkembang ke daerah-daerah lain sehingga memja- di impian dan kebanggaan ibu bapa jika anak mereka berpel- uang belajar di situ. Kini Sekolah Imtiaz turut wujud di Dungun, Kemaman, Kuala Berang, Dungun dan Kuala Terengganu. Sebanyak 90 peratus tempat dikhususkan kepada anak negeri melalui tapisan terperinci, justeru begitu banyak permohonan dari negeri lain dan luar negara terpaksa ditolak. Setelah sedekad berlalu nama Imtiaz menjadi sinonim dengan kecemerlangan pendidikan, menjadi salah satu simbol ke arah proses pembinaan tamadun baru bagi negeri. Malah pendekatan sekolah yang didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam men- corakkan kurikulumnya turut dicon- tohi oleh beberapa negeri. Sekolah Imtiaz merupakan sekolah elit pertama di bawah kera- jaan negeri Terengganu berkonsep- kan asrama penuh yang menggu- nakan pendeka- tan ke arah melahirkan gen- erasi profe- sional dengan jati diri bert- eraskan al- Quran. Menyingkap rentetan sejarahnya, ia merupakan hasil cetusan idea bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh apabila memulakan usahanya untuk menubuhkan sebuah institusi den- gan menyediakan program ‘Pintar Quran’. Kemudahan Bermula dengan kesukaran dari setiap segi terutama kewangan yang menghadkan prasrana selain kawa- san persekitaran terbatas cuma 0.4 hektar, tekad pelajar-pelajar terawal ini tidak terencat. Dua blok bangunan baru didiri- kan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pem- belajaran termasuklah bilik kompu- ter, pusat sumber, pejabat pentadbi- ran, kantin dan perpus- takaan. Sekolah itu pada masa kini mem- punyai sera- mai 200 orang pela- jar serta 67 guru terus melakar sejarah kecemerlangan itu. Sejak 2001 sehingga sekarang sekolah itu mencapai tahap kelulu- san 100 peratus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan muncul sekolah terbaik pering- kat negeri dan kebangsaan. Malah ia disenaraikan dalam kelompok Sekolah Berpreswtasi Tinggi (SBT) pada tahun ini dan beberapa lagi Sekolah Imtiaz di daerah lain disasarkan akan menyu- sul kelak dengan tahap pencapaian hampir seimbang. Penubuhan Imtiaz bukan sahaja melahirkan mereka yang berjaya dalam bidang akademik malah mampu menguasai pelbagai bidang termasuk Sains, Matematik, Tekno- logi Maklumat (IT) serta kemahiran bersosial. Ia selaras dengan falsafah Imtiaz iaitu itqan (kesungguhan), mahab- bah (kasih sayang), taqwa (taat kepa- da Allah), istiqamah (berteru- san),akhlak (budi pekerti) dan za’amah (kepimpinan). Ia bagi melaksanakan objektif utama Program Ulul Albab yang bercirikan tiga komponen iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik dengan misi menjadikan al-Quran sebagai teras pembelajaran. Imtiaz turut menekankan peng- hafalan al-Quran, penguasaan bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin, Perancis serta pendedahan kepada penguasaan berfikiran keratif dan inovatif serta berteknologi tinggi. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, melalui komponen Quranik, pelajar akan mengikuti program hafazan al- Quran menggunakan Sistem Al-Huffaz dengan menghafal 30 juzuk di mana sasaran hafazan ialah 10 juzuk setahun selama tiga tahun. “Kaedah ini yang membezakan Imtiaz daripada sekolah lain di mana gabungan tiga kompenen Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik ini mem- bolehkan kekuatan jiwa para pelajar diasah untuk menjadi insan yang terbaik,” katanya. Justeru itu, tidak mustahil jika rentetan kejayaan sekolah ini dijadikan tanda aras kerajaan negeri untuk memperluaskan konsep itu sehingga kini dengan dengan penubuhan sekolah Imtiaz di setiap daerah menjelang 2015. Permintaan Tambah beliau, kerajaan negeri turut bercadang menubuhkan sebuah Sekolah Imtiaz Antarabangsa yang merupakan suatu pengemban- gan kepada rangkaian Sekolah Menengah (SM) Imtiaz sedia ada. Ujarnya, sekolah antarabangsa dikendalikan secara swasta itu kelak bagi memenuhi permintaan tinggi daripada pelajar luar negeri dan ne- gara serantau yang berminat mengi- kuti pembelajaran menerusi sistem ditawarkan sekolah berkenaan. “Setiap tahun kita terima banyak permohonan tapi hanya 400 pelajar yang diterima dan kita mengutama- kan anak tempatan di mana jumlah itu 90 peratus pelajar adalah rakyat Terengganu,” jelasnya. Rentetan itu juga, sebuah Kom- pleks Imtiaz Besut yang terletak di Bukit Keluang, dengan seluas 16 hek- tar telah siap 100 peratus dibina bakal beroperasi akhir tahun ini. Kompleks yang melibatkan kos bernilai kira-kira RM100 juta itu dicadangkan bagi menempatkan Sekolah Imtiaz Besut bersesuaian dengan pengiktirafan yang diberikan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Menurut Ahmad Razif, kemuda- han kompleks bercirikan seni bina Islam itu juga mungkin bakal dikongsi dengan sebuah lagi Kolej Antarabangsa Imtiaz jika perancan- gan penubuhan pada tahun 2012 dilaksanakan. Jelasnya, ia merupakan kesinam- bungan bagi pelajar-pelajar Imtiaz untuk meneruskan pengajian mere- ka ke peringkat seterusnya. “Kompleks yang dilengkapi kemu- dahan dewan makan, perpustakaan, pusat pelajar, pavilion, kediaman kakitangan, bengkel avionik dan robotik, surau dan pusat pentadbiran serta asrama itu mampu memuatkan kira-kira 1,000 pelajar pada satu-satu masa,” ujarnya. Namun terdapat juga cadangan agar kompleks ini dapat dijadikan kampus cawangan universiti terna- ma dunia dalam konteks pendidikan Islam bagi menyediakan laluan lebih luas khususnya kepada lepasan Imtiaz dan menjimatkan pem- biayaan pengajian di luar negara. Imtiaz simbol kecemerlangan akademik Pelajaran pada abad ke-21 berasaskan kepada guru, buku dan juga ICT. Oleh itu, kerajaan Terengganu memenuhi tuntutan itu bagi memastikan pada era globalisasi semua masyarakat khususnya pelajar dan ibu bapa celik dan mahir IT sebagai asas sebenar pembangunan MURID tahun 5 SK Sultan Sulaiman 1, Pavetra a/p Ravi (tengah) bersama rakan-rakannya, Nur Diyana Sirajuddin (kiri) dan Andria Tan Jing Hong (kanan) melihat e-Book yang baru diterima pada majlis penyampaian e-Book bagi kawasan DUN Ladang oleh Ahmad Said. AHMAD Said bersama penerima e-Book pelbagai kaum di Majlis Penyampaian e-Book bagi kawasan DUN Ladang di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. AHMAD Razif Abdul Rahman (dua dari kiri) melihat seni bina Kompleks Imtiaz yang baru dibina di Besut. PELAJAR lelaki SM Imtiaz, Kuala Terengganu. MUKA 28 UTUSAN MALAYSIA KHAMIS 10 MAC 2011

Buka jendela dunia anak negeri - utusan.com.my · turut dimuatkan perisian al-Quran, kamus, solat, doa harian dan sedang dipertingkatkan dengan pembela-jaran jawi serta muatan soalan-soalan

Embed Size (px)

Citation preview

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOBGambar AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU – Syamil turun dari motosikal ayahnya dan terus berlari ke dalam rumah sambil berulang kali memanggil ibu dan tidak sabar lagi untuk menun-jukkan sesuatu yang dibawanya pulang dari sekolah.

Suatu yang dia terima daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam keadaan sangat teruja ketika bersama ayah menaiki pentas dewan sekolah apabila tiba giliran-nya.

Murid tahun lima itu bersama semua rakan sebaya kini memiliki komputer riba mini yang dinamakan e-Book, sebuah buku teks sekolah versi elektronik yang boleh dibaca melalui paparan monitor.

Selain buku teks, di dalamnya turut dimuatkan perisian al-Quran, kamus, solat, doa harian dan sedang dipertingkatkan dengan pembela-jaran jawi serta muatan soalan-soalan peperiksaan.

e-Book yang turut dilengkapi kemudahan internet, mendekatkan murid dari Marang itu dan keluarga dengan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang membuka jen-dela dunia buat mereka.

Dalam era dunia tanpa sempadan, penguasaan ilmu melalui ICT akan menjadi salah satu faktor penting

bagi membina kekuatan individu, masyarakat, bangsa dan negara pada masa depan.

Ia dianggap mampu menjadi ben-teng mendepani pelbagai cabaran, alat yang dapat membantu menguku-hkan keupayaaan bersaing di pering-kat global dan pada masa yang sama mencorak kehidupan lebih sejahtera.

Justeru dengan gelombang yang tidak lagi boleh disanggah, peruba-han juga harus berlaku dalam sistem pendidikan melalui pembudayaan ICT yang menyajikan corak pen-didikan lebih berkualiti dengan ilmu dan maklumat dan ilmu di hujung jari.

Bagi mempersiapkan anak negeri agar tidak ketinggalan dalam gelom-bang perubahan itu, Terengganu melangkah lebih awal memenuhi tuntutan keperluan pendidikan pada abad ke-21 dengan membekalkan e-Book secara meluas, selain terus menggunakan guru dan buku.

Kerajaan negeri menyasarkan pemberian 96,000 e-Book dengan peruntukan hampir RM96 juta un -tuk diagihkan secara percuma kepada murid tahun lima di seluruh negeri sehingga akhir tahun ini manakala 1,600 guru diagihkan komputer riba.

Integrasi ICT dalam pendidikan hanya akan memberi kesan dengan penyediaan prasarana lengkap dan para pendidik memiliki pendirian positif serta tidak fobia komputer.

e-Book mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan diagihkan secara ber-peringkat kerana dalam rangka mem-odenisasikan pengajaran dan pembe-lajaran (P&P) dengan penggunaan ICT, para pendidik dan pelajar lebih dahulu perlu dimesrakan dengan peralatan itu.

Ia bagi membolehkan proses pen-didikan berjalan lancar dengan pen-dekatan kreatif, konstruktif inovatif agar lebih menarik tumpuan, malah menghiburkan.

Pada peringkat awalnya terdapat kalangan tertentu cuba mempoli-tikkannya, malah warga pendidik sendiri yang seolah-olah memandang remeh penggunaan alat bantu itu yang mempercepatkan penguasaan ICT di kalangan rakyat pada awal usia.

Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, sistem pendidikan pada zaman yang penuh persaingan hari ini memerlukan pembaharuan dan transformasi terutama dalam kaedah mengajar dan belajar termas-uk dalam penggunaan ICT secara me luas bermula di sekolah rendah.

“Pelajaran pada abad ke-21 ber-asaskan kepada guru, buku dan juga ICT. Oleh itu, kerajaan Terengganu memenuhi tuntutan itu bagi memas-tikan pada era globalisasi semua masyarakat khususnya pelajar dan ibu bapa celik dan mahir IT sebagai asas sebenar pembangunan.

“Guru juga harus mendalami dan mengejar ilmu dalam bidang ICT supaya dalam suasana pembelajaran hari ini mereka tidak lagi ketinggalan khususnya dalam melahirkan pelajar cemerlang,” kata beliau.

Razali berkata, hasrat kerajaan neg-eri mewujudkan ‘satu murid, satu kom-puter’ di negeri ini hampir berjaya den-

gan terlaksananya program pengagihan papan digital elektronik berkenaan yang dirintis oleh negeri ini.

Selain itu, usaha mewujudkan masyarakat celik IT juga mampu direalisasikan sejajar dengan matla-mat `satu rumah, satu komputer’ yang mana e-Book yang dapat diguna sama oleh keluarga ke arah perkara positif, selain mengasah pengalaman dalam bidang IT.

“Saya yakin peralatan ini seme-mangnya menjadi impian semua pelajar untuk memilikinya, tetapi disebabkan beberapa faktor termasuk kekangan kewangan daripada ibu bapa, mereka terpaksa melupakan-nya,” ujar Razali.

Konsep

Namun ia bukan lagi suatu halan-gan dengan komitmen mendalam oleh kerajaan negeri yang tekad me ru bah senario ini dan kini Tereng-ganu mencatatkan bilangan penggu-na internet dan pelanggan per-khidma tan jalur lebar tertinggi di Pantai Timur.

Perkembangan positif ini mem-buktikan rakyat negeri ini kini mam-pu dijana bergerak seiring arus pem-

bangunan apabila sebahagian besar daripada mereka celik kompu ter.

Pada tahun ini Terengganu melangkah setapak lagi dengan mem-perkenalkan kelas maya yang diang-gap lebih baik dari segi prasarana dan pendekatan berbanding yang diprak-tikkan di beberapa negara lain.

Malah negeri ini hanya memerlu-kan masa kira-kira dua bulan saja bagi mewujudkan kelas tersebut di tiga buah sekolah buat permulaan, berbanding tempoh tiga tahun yang diambil negara berkenaan.

Menteri Besar yang meninjau pro-gram perintis itu berkata, berdasar-kan penelitian awal, murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga di sini yang terlibat dengan kelas maya begitu bersemangat untuk belajar secara talian.

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan terus memperluaskan konsep kelas maya, sekurang-kurangnya sebuah sekolah di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), bermula tahun depan dengan peruntukan sekitar RM30,000 basgi setiap kelas.

Sebelum ini beberapa pegawai kanan dari Jabatan Pelajaran dan Top IT Sdn. Bhd. (anak syarikat kerajaan negeri) melawat Korea Selatan dan

Singapura untuk meninjau per-jalanan kelas maya.

Memorandum persefahaman yang dimeterai oleh Top IT Sdn. Bhd. den-gan kumpulan guru Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram) membuka satu lagi laluan baru dalam dunia pendidikan.

Guru-guru Akram terbahagi kepa-da 12 bidang termasuk Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Ing-geris, Bahasa Cina, ICT dan Per kom-puteran, Pendidikan Islam, Kajian Kemasyarakatan, Teknik dan Voka-sional, Penyelidikan, e-Pantau dan Korikulum Rendah/Akram Rendah.

Mereka akan menyediakan 1,000 soalan sebulan mengikut bahagian masing-masing untuk ujian pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negeri.

Menurut Menteri Besar, banyak lagi yang perlu dilakukan pendidikan akan selamanya menjadi keutamaan baginya selagi menerajui negeri kera-na bagi anak penyadat kelapa itu, ia mengingatkan dari mana beliau ber-mula dan pendidikan mengubah se galanya.

Buka jendela dunia anak negeri

KUALA TERENGGANU –Sekolah Imtiaz, rentetan sejarahnya bermula di sini dengan sebuah rumah kayu yang diwakafkan bagi menempatkan hanya beberapa orang pelajar hasil cetusan idea pada Mei 1996.

Ketika itu penubuhannya diran-cang bagi menyemarakkan perkem-bangan program Pintar al-Quran di daerah ini dan akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 1999.

Kelompok kecil pelajarnya kemu-dian meneruskan pengajian dalam keadaan lebih selesa di bangunan akademik baru yang dibina pada 2001, di tapak yang sama dan keja-yaan lepasannya menjadi perhatian.

Seiring dengan tuntutan perkem-bangan masa, sekolah menengah swasta itu kemudiannya diletakkan di bawah kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu bagi membole-hkannya melalui era perubahan yang pesat.

Ia suatu yang di luar jangkaan. Perubahan bukan sekadar fizikalnya apabila Imtiaz turut berkembang ke daerah-daerah lain sehingga memja-di impian dan kebanggaan ibu bapa

jika anak mereka berpel-uang belajar di situ.

Kini Sekolah Imtiaz turut wujud d i D u n g u n ,

K e m a m a n ,

Kuala Be rang, Dungun dan Kuala Te reng ganu.

Sebanyak 90 peratus tempat dikhu suskan kepada anak negeri melalui tapisan terperinci, justeru begitu banyak permohonan dari negeri lain dan luar negara terpaksa ditolak.

Setelah sedekad berlalu nama Imtiaz menjadi sinonim dengan kecemerlangan pendidikan, menjadi salah satu simbol ke arah proses pembinaan tamadun baru bagi ne geri.

Malah pendekatan sekolah yang didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam men-corakkan kurikulumnya turut dicon-tohi oleh beberapa negeri.

Sekolah Imtiaz merupakan sekolah elit pertama di bawah kera-jaan ne ge ri Te reng ganu berkonsep-kan asrama penuh yang menggu-nakan pendeka- tan ke arah melahirkan gen-erasi profe -sional dengan jati diri bert-eraskan a l -Quran.

Menyingkap rentetan sejarahnya, ia merupakan hasil cetusan idea bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh apabila memulakan usahanya untuk menubuhkan sebuah institusi den-gan menyediakan program ‘Pintar Quran’.

Kemudahan

Bermula dengan kesukaran dari setiap segi terutama kewangan yang menghadkan prasrana selain kawa-san persekitaran terbatas cuma 0.4 hektar, tekad pelajar-pelajar terawal ini tidak terencat.

Dua blok bangunan baru didiri-kan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pem-belajaran termasuklah bilik kompu-ter, pusat sumber, pejabat pentadbi-ran , kant in dan p e r p u s -takaan.

Sekolah itu pada masa kini mem-punyai sera-m a i 2 0 0 orang pela-jar serta 67 guru terus melakar

sejarah kecemerlangan itu. Sejak 2001 sehingga sekarang

sekolah itu mencapai tahap kelulu-san 100 peratus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan muncul sekolah terbaik pering-kat negeri dan kebangsaan.

Malah ia disenaraikan dalam ke lompok Sekolah Berpreswtasi Tinggi (SBT) pada tahun ini dan beberapa lagi Sekolah Imtiaz di da erah lain disasarkan akan menyu-sul kelak dengan tahap pencapaian hampir seimbang.

Penubuhan Imtiaz bukan sahaja melahirkan mereka yang berjaya dalam bidang akademik malah mampu menguasai pelbagai bidang termasuk Sains, Matematik, Tekno-logi Maklumat (IT) serta kemahiran bersosial.

Ia selaras dengan falsafah Imtiaz iaitu itqan (kesungguhan), mahab-bah (kasih sayang), taqwa (taat kepa-da Allah), istiqamah (berteru-san),akhlak (budi pekerti) dan za’amah (kepimpinan).

Ia bagi melaksanakan objektif utama Program Ulul Albab yang bercirikan tiga komponen iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik dengan misi menjadikan al-Quran sebagai teras pembelajaran.

Imtiaz turut menekankan peng-hafalan al-Quran, penguasaan bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin, Perancis serta pendedahan kepada penguasaan berfikiran keratif dan inovatif serta berteknologi tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, melalui komponen Quranik, pelajar akan mengikuti program hafazan al-Q uran menggunakan S i s tem Al-Huffaz dengan menghafal 30 juzuk di mana sasaran hafazan ialah 10 juzuk setahun selama tiga tahun.

“Kaedah ini yang membezakan Imtiaz daripada sekolah lain di mana gabungan tiga kompenen Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik ini mem-bolehkan kekuatan jiwa para pelajar diasah untuk menjadi insan yang terbaik,” katanya.

Justeru itu, tidak mustahil jika

rentetan kejayaan sekolah ini dijadikan tanda aras kerajaan negeri untuk memperluaskan konsep itu sehingga kini dengan dengan penubuhan sekolah Imtiaz di setiap daerah menjelang 2015.

Permintaan

Tambah beliau, kerajaan negeri turut bercadang menubuhkan sebuah Sekolah Imtiaz Antarabangsa yang merupakan suatu pengemban-gan kepada rangkaian Sekolah Menengah (SM) Imtiaz sedia ada.

Ujarnya, sekolah antarabangsa dikendalikan secara swasta itu kelak bagi memenuhi permintaan tinggi daripada pelajar luar negeri dan ne -gara serantau yang berminat mengi-kuti pembelajaran menerusi sistem ditawarkan sekolah berkenaan.

“Setiap tahun kita terima banyak permohonan tapi hanya 400 pelajar yang diterima dan kita mengutama-kan anak tempatan di mana jumlah itu 90 peratus pelajar adalah rakyat Terengganu,” jelasnya.

Rentetan itu juga, sebuah Kom -pleks Imtiaz Besut yang terletak di Bukit Keluang, dengan seluas 16 hek-tar telah siap 100 peratus dibina bakal beroperasi akhir tahun ini.

Kompleks yang melibatkan kos bernilai kira-kira RM100 juta itu dicadangkan bagi menempatkan Sekolah Imtiaz Besut bersesuaian dengan pengiktirafan yang diberikan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Menurut Ahmad Razif, kemuda-han kompleks bercirikan seni bina Islam itu juga mungkin bakal dikongsi dengan sebuah lagi Kolej Antarabangsa Imtiaz jika perancan-gan penubuhan pada tahun 2012 dilaksanakan.

Jelasnya, ia merupakan kesinam-bungan bagi pelajar-pelajar Imtiaz untuk meneruskan pengajian mere-ka ke peringkat seterusnya.

“Kompleks yang dilengkapi kemu-dahan dewan makan, perpustakaan, pusat pelajar, pavilion, ke dia man kakitangan, bengkel avionik dan robotik, surau dan pusat pentadbiran serta asrama itu mampu memuatkan kira-kira 1,000 pelajar pada satu-satu masa,” ujarnya.

Namun terdapat juga cadangan agar kompleks ini dapat dijadikan kampus cawangan universiti terna-ma dunia dalam konteks pendidi kan Islam bagi menyediakan la luan lebih luas khususnya kepada lepasan Imtiaz dan menjimatkan pem-biayaan pengajian di luar negara.

Imtiaz simbol kecemerlangan akademik

Pelajaran pada abad ke-21 ber asaskan kepada guru, buku dan juga ICT. Oleh itu, kerajaan Terengganu memenuhi tuntutan itu bagi memastikan pada era globalisasi semua masyarakat khususnya pelajar dan ibu bapa celik dan mahir IT sebagai asas sebenar pembangunan

MURID tahun 5 SK Sultan Sulaiman 1, Pavetra a/p Ravi (tengah) bersama rakan-rakannya, Nur Diyana Sirajuddin (kiri) dan Andria Tan Jing Hong (kanan) melihat e-Book yang baru diterima pada majlis penyampaian e-Book bagi kawasan DUN Ladang oleh Ahmad Said.

AHMAD Said bersama penerima e-Book pelbagai kaum di Majlis Penyampaian e-Book bagi kawasan DUN Ladang di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

AHMAD Razif Abdul Rahman (dua dari kiri) melihat seni bina Kompleks Imtiaz yang baru dibina di Besut.

PELAJAR lelaki SM Imtiaz, Kuala Terengganu.

MUKA 28 • UTUSAN MALAYSIA KHAMIS 10 MAC 2011