20
Nama : Noor Aini bt Alwee Matrix Kad : EH/DP/11-2/003 Tajuk : Laporan ke Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Bukit Tagar (BTSL) Tarikh : 19 Julai 2012 Tempat : Bukit Tagar Subjek : Solid Waste Managament Pensyarah : Pn Nilam

Bukit Tagar Sanitary Landfill

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bukit Tagar Sanitary Landfill

Nama : Noor Aini bt Alwee

Matrix Kad : EH/DP/11-2/003

Tajuk : Laporan ke Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Bukit Tagar (BTSL)

Tarikh : 19 Julai 2012

Tempat : Bukit Tagar

Subjek : Solid Waste Managament

Pensyarah : Pn Nilam

Page 2: Bukit Tagar Sanitary Landfill

Tentang Bukit Tagar Sanitari Landfill (BTSL)

Objektif :

Penubuhan BTSL merupakan pengiktirafan komitmen Kerajaan Malaysia terhadap kecemerlangan pengurusan sisa pepejal yang terkini dan perlindungan alam sekitar yang optima.Sejajar dengan aspirasi Kerajaan, KBE membangunkan BTSL untuk mencapai piawai operasi dan penyelenggaraan yang bertaraf dunia. Seiring dengan objektif :

Untuk menampilkan BTSL sebagai pusat pelupusan sisa pepejal sanitari yang terulung di rantau.

Memasarkan kepakaran pembinaan dan pengendalian pusat pelupusan sisa pepejal sanitari di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Page 3: Bukit Tagar Sanitary Landfill

Kawasan tanah :

BTSL dimajukan di atas sebidang tanah seluas 700 ekar yang dikelilingi zon penampan seluas 1,000 ekar. Ia terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah di daerah Hulu Selangor.

Kapasiti buangan :

Dengan kapasiti 120 juta tan metrik, BTSL berupaya menampung keperluan pelupusan sisa pepejal dari kawasan Selangor dan Kuala Lumpur untuk tempoh lebih daripada 40 tahun. BSTL direka untuk mengendalikan sisa pepejal perbandaran dan buangan bukan toksin.

Akses :

BTSL terletak lebih kurang 50 kilometer dari Kuala Lumpur dan dihubungkan oleh Lebuh Raya Utara Selatan melalui persimpangan Bukit Tagar yang dibina khas oleh KBE untuk membolehkan akses langsung dan mudah ke tapak pelupusan dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Rekaan Tapak Pelupusan :

BTSL direka sebagai sebuah tapak pelupusan Tahap IV, dengan pelapik membran HDPE, pengumpulan dan sistem rawatan leachate. Tapak pelupusan akan dimajukan dalam 17 fasa sepanjang tempoh 40 tahun. Ia dilengkapi sistem pemantauan air permukaan tanah yang komprehensif untuk mengawai sebarang pencemaran.

Page 4: Bukit Tagar Sanitary Landfill

Operasi Pusat Pelupusan

BTSL diurus dan diselenggarakan oleh tenaga kerja yang berpengalaman dan dilengkapi dengan pelbagai jenis trak, jentera pemampat dan jentolak. Pasukan ini bekerja bergilir-gilir dalam 3 syif, tujuh hari seminggu.

Operasi BTSL dikawal dan dironda 24 jam. Semua trak sisa pepejal yang memasuki kawasan ini diperiksa oleh pegawai keselamatan. Ia juga dilengkapi dengan sistem kad pintar untuk pengenalan kenderaan dan rakaman data di jambatan timbang.

Kawasan untuk menimbun sisa pepejal dirancang dan ditentukan setiap hari.

Jentera pemampat dan jentolak digunakan setiap hari untuk memampat sampah dan menutup sisa pepejal bagi mengekalkan kebersihan, mencegah bau busuk dan mencapai kapasiti maksimum.

Program latihan komprehensif sentiasa dijalankan untuk melatih pasukan bagi memastikan piawai optimum dicapai sepanjang masa. Ini termasuk taklimat dan ujian percubaan terhadap prosedur keselamatan dan kecemasan. Satu pasukan yang berdedikasi dan terlatih bertugas di loji rawatan leachate yang beroperasi sepanjang masa.

Page 5: Bukit Tagar Sanitary Landfill

Pengurusan Pusat Pelupusan Sisa :

A) Pelan Pemeliharaan Alam Sekitar

BTSL mempunyai sistem perlindungan alam sekitar yang lengkap dengan implementasi komponen-komponen pemeliharaan berikut:

Pelan pengurusan air permukaanPelan pengurusan leachatePengawasan alam sekitarSistem amaran awal dan benteng kecemasan

Page 6: Bukit Tagar Sanitary Landfill

B) Loji Rawatan Leachate

Sebuah loji rawatan leachate yang berteknologi tinggi telah dibina untuk merawat sisa buangan yang terhasil dari tapak pelupusan. Kaedah rawatan loji adalah berdasarkan tindakbalas biologi dengan bahan kimia untuk mencapai tahap rawatan yang ditetapkan. Loji ini dilengkapi dengan 4 lagun rawatan (SBR), 24 kipas pengudaraan, sistem takungan dan suntikan bahan kimia, tangki pengimbang, loji pemekat mendapan dan sebuah loji pengapungan udara terlarut. Sistem SCADA mengawal semua pam dan injap, membolehkan loji beroperasi secara automatik. Loji ini berkapasiti mengendalikan lebih daripada 1,000 meter padu leachate sehari.

Leachate terawat disalurkan ke tapak rumpaian untuk rawatan akhir. Tapak rumpaian terdiri daripada tumbuhan spesis Phragmites yang berupaya menyerap sisa-sisa leachate yang telah dirawat untuk meningkatkan lagi kualiti rawatan. BTSL adalah tapak pelupusan pertama dan satu-satunya tapak pelupusan di rantau ini yang menggunakan proses ini dalam rawatan leachate.

4 buah kolam takungan di tapak ini menyediakan kapasiti takungan sebanyak 180,000 meter padu untuk menampung aliran leachate yang tinggi semasa musim tengkujuh. Kolam-kolam takungan ini juga mampu menakung leachate apabila loji rawatan leachate diselenggarakan.

Page 7: Bukit Tagar Sanitary Landfill

Kolam rawatan leachate berperingkat :

Page 8: Bukit Tagar Sanitary Landfill

C) Sistem Pengurusan Air Permukaan

Lebihan air permukaan dan air hujan dilencongkan daripada fasa-fasa aktif tapak pelupusan dan dialirkan melalui parit-parit permukaan ke alur air terbuka, perangkap mendapan dan kolam takungan. 

Litupan tanah diturapkan setiap hari ke atas sampah yang dipadatkan untuk mencegah air hujan daripada meresapi sistem pengumpulan leachate dan mencegah pembentukan leachate lesap yang berlebihan.

Perangkap mendapan sentiasa diselenggarakan untuk mengekalkan kualiti air permukaan.

Page 9: Bukit Tagar Sanitary Landfill

D) Pelan Rawatan Leachate

Pengurusan leachate yang efektif memainkan peranan penting dalam operasi tapak pelupusan di kawasan beriklim tropika. BTSL memantau pengeluaran, takungan dan kadar rawatan leachate secara terperinci untuk mengenalpasti keperluan takungan dan rawatan semasa dan masa depan. 

BTSL mengendalikan 4 kolam takungan untuk menakung leachate yang belum dirawat. Kapasiti kolam-kolam ini mencecah 180,000 meter padu, menjadikannya sistem takungan yang terbesar di rantau ini. Kapasiti takungan yang besar memastikan sistem keselamatan yang boleh menampung lebihan leachate semasa musim tengkujuh apabila penghasilan leachate melebihi kadar rawatannya. 

Sistem pengurusan leachate memberikan amaran awal dan membolehkan tindakan awal diambil untuk menangani keperluan takungan. Ia juga membantu pengendali menentukan masa untuk menaiktaraf loji rawatan pada masa akan datang.

Page 10: Bukit Tagar Sanitary Landfill

E) Pengurusan Kumbahan Terawat

BTSL mengamalkan polisi pelepasan sifar untuk air kumbahan yang telah dirawat. Air kumbahan terawat yang memenuhi piawai tidak dialirkan ke alur air terbuka tetapi disalir dan disiramkan di sebidang tanah lapang seluas 120 ekar.

Ini membolehkan air kumbahan terawat diserap melalui proses sejat transpirasi dan lembapan tanah bagi menggalakkan perlindungan alam sekitar yang optima.

Page 11: Bukit Tagar Sanitary Landfill

F) Ujian Kualiti Leachate

Ujian harian, mingguan dan dwimingguan dijalankan untuk mendapatkan parameter leachate yang belum dan telah dirawat. Ini membolehkan penilaian dijalankan terhadap ciri-ciri leachate yang belum dirawat dan perubahan kualiti air kumbahan dari masa ke semasa.

Ujian Harian Kumbahan TerawatUjian harian terhadap leachate yang terawat dijalankan di lagun SBR bagi memastikan rawatan yang efektif. Berdasarkan ujian-ujian ini, kadar rawatan boleh diselaraskan untuk kitaran rawatan yang seterusnya. Ujian harian dijalankan untuk mendapatkan bacaan berikut: pH, Nitrogen ammonia, Nitrat, Nitrit, Oksigen terlarut. 

Ujian Mingguan Leachate Terawat di Lagun SBR dan Batas Rumpaian Ujian mingguan leachate terawat dijalankan di tangki pengimbangan leachate terawat (TLBT) dan ruang buangan pengaliran (IDC) untuk menilai keberkesanan jangka panjang lagun-lagun SBR dan batas rumpaian.

Ujian Dwimingguan Leachate Mentah dan TerawatLeachate mentah dan terawat dihantar ke makmal-makmal bebas setiap dua minggu untuk ujian-ujian terperinci. Hasil ujian terkandung dalam Laporan Pemantauan Alam Sekitar dan dijadikan rujukan dalam kajian jangka panjang ciri-ciri perkembangan leachate. Sampel-sampel akan diambil dari semua kolam takungan dan ruang leachate terawat.

Page 12: Bukit Tagar Sanitary Landfill

G) Pengawasan Alam Sekitar

Ujian pemantauan kualiti air permukaan dan air bawah tanah dijalankan setiap bulan di BTSL. Antara parameter utama yang diuji ialah kandungan nitrit, pH, ammonia, e-coli, pepejal terampai dan logam surih.

Lain-lain Pemantauan:Kualiti udara dan tahap bunyi persekitaran dipantau setiap suku tahun untuk dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar melalui Laporan Suku Tahun Pemantauan Alam Sekitar. Laporan-laporan ini juga memaparkan parameter-parameter tersebut diatas.

Page 13: Bukit Tagar Sanitary Landfill

H) Sistem Kecemasan

BTSL dilengkapi dengan sistem tindakbalas kecemasan dan benteng pembendungan leachate untuk mencegah leachate daripada meresap masuk ke dalam alur air terbuka. Leachate ditambak oleh benteng tersebut sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan. Langkah keselamatan ini melebihi syarat yang diwajibkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Ia terdiri daripada komponen-komponen berikut:

Meter aliran berterusan di benteng pengawasanEmpangan tahanan untuk kawasan tadahanBenteng pembendungan di loji rawatan dan kolam takungan

Benteng Pengawasan:Benteng pengawasan juga merupakan empangan tahanan untuk menahan air tercemar yang telah dikesan oleh meter aliran. Air yang tercemar disalurkan semula ke kolam takungan leachate mentah.

Permatang Pembendungan:Benteng pembendungan berkapasiti 100,000 meter padu. Ia dikendalikan oleh sistem injap untuk pengasingan sekiranya berlaku penumpahan atau kebocoran leachate mentah.

Page 14: Bukit Tagar Sanitary Landfill

Menjana Tenaga Dari Gas Tapak Pelupusan :

Demi memelihara alam sekitar selain mempamirkan kedudukan BTSL sebagai tapak pelupusan bertaraf dunia, kami mengamalkan strategi pengurusan gas tapak pelupusan yang komprehensif.

Sejak 2009, BTSL telah menyediakan sistem suaran gas untuk pengurusan gas tapak pelupusan. BTSL juga kini mampu menjana 1.2 Megawatt tenaga elektrik melalui enjin janakuasa gas untuk dibekalkan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Penjanaan tenaga dari sumber yang boleh diperbaharui mengurangkan pergantungan terhadap sistem janakuasa elektrik dari sumber gas asli. Dalam usaha ini, BTSL telah memeterai perjanjian jualbeli tenaga elektrik dengan pihak TNB untuk membekalkan tenaga elektrik selama 21 tahun di bawah program Small Renewable Energy Power (SREP).

Untuk tujuan tersebut, KUB-Berjaya Energy Sdn Bhd (syarikat milik penuh KBE) telah diperbadankan dalam memajukan usaha ini untuk jangka panjang.

Sebagai sebahagian dari agenda hijau kami, BTSL juga menyertai program mekanisma pembangunan bersih (Clean Development Mechanism atau CDM) berdasarkan Kyoto Protocol. Program CDM ini di bawah kelolaan pihak Bangsa-bangsa Bersatu (UN) untuk menggalakkan pengurangan penghasilan gas rumah hijau oleh negara-negara yang terlibat.

Page 15: Bukit Tagar Sanitary Landfill

Kesimpulan :

Kesimpulannya adalah pelajar dapat mengetahui cara pelupusan dan kesan pelupusan sisa pepejal dengan lebih mendalam dan sistematik. Bukit Tagar Sanitari Landfill (BTSL) ini juga memberikan kesan positif iaitu gas metana yang dikeluarkan dari tapak pelupusan dibakar untuk menghasilkan gas karbon dioksida. Kesannya , ia dapat mengurangkan kadar penipisan lapisan ozon di muka bumi ini dan mengurangkan pemanasan global.

BTSL ini menjana kewangan dari hasil sisa pepejal yang dihantar, tiada sebarang modal digunakan antaranya ia menjana sumber kewangan daripada membakar gas metana dengan menyertai program mekanisma pembangunan bersih (Clean Development Mechanism atau CDM)

Leachate yang terhasil dari tempat pelupusan pula telah menjalani pelbagai rawatan sehingga ia ia mencapai Gred B manakala sumber air minum yang telah dirawat oleh loji rawatan air adalah Gred C.Tetapi air leachate yang telah dirawat tadi tidak dilepaskan ke anak sungai ataupun air bawah tanah malah air tersebut diguna semula antaranya untuk membasuh Roro-lorry yang datang menghantar sisa pepejal ke tapak pelupusan.

Gas yang terhasil juga dapat menjana tenaga elektrik dimana ia dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).