30
http://islamdaniman.blogspot.com/2012/03/detik-detik-ketika-buku- amalan-kita.htm DETIK-DETIK KETIKA BUKU AMALAN KITA DIBUKA Salah satu peristiwa besar yang akan terjadi pada saat upacara hisab ialah penyerahan buku catatan amal manusia di dunia. Allah S.W.T. menjelaskan proses penyerahan buku itu adalah berbeza-beza sesuai dengan amal perbuatan manusia di dunia. Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud): "Adapun orang yang diberikan kepadanya kitab dari sebelah kanannya, maka dia berkata: 'Ambillah, bacalah kitab amalanmu (ini). Sesungguhnya aku yakin bahawa aku akan menenui hisab terhadap diriku.' "Adapun orang yang diberikan kepadanya kitab dari sebelah kirinya, maka dia berkata: 'Aduhai,alangkah baik jika aku tidak diberikan kepadaku kitab. Alangkah baiknya kiranya kematian itu suatu penamat. Harta kekayaanku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Malah telah hilang dariku kuasa pemilikannya." (Suruh al-Haqqah) Malaikat Pencatat Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud): 'Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada berdekatannya malaikat pengawas yang selalu hadir." (Suruh Qaf 50:18) Al-Quran menamakan kedua-dua malaikat ini dengan sebutan al-Hafazah

Buku Amalan

Embed Size (px)

Citation preview

http://islamdaniman.blogspot.com/2012/03/detik-detik-ketika-buku-amalan-kita.htm

DETIK-DETIK KETIKA BUKU AMALAN KITA DIBUKA

Salah satu peristiwa besar yang akan terjadi pada saat upacara hisab ialah penyerahan

buku catatan amal manusia di dunia. Allah S.W.T. menjelaskan proses penyerahan buku

itu adalah berbeza-beza sesuai dengan amal perbuatan manusia di dunia.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud): 

"Adapun orang yang diberikan kepadanya kitab dari sebelah kanannya, maka dia

berkata: 'Ambillah, bacalah kitab amalanmu (ini). Sesungguhnya aku yakin bahawa aku

akan menenui hisab terhadap diriku.' 

"Adapun orang yang diberikan kepadanya kitab dari sebelah kirinya, maka dia berkata:

'Aduhai,alangkah baik jika aku tidak diberikan kepadaku kitab. Alangkah baiknya kiranya

kematian itu suatu penamat. Harta kekayaanku sekali-kali tidak memberi manfaat

kepadaku. Malah telah hilang dariku kuasa pemilikannya." (Suruh al-Haqqah) 

Malaikat Pencatat

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):

'Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada berdekatannya malaikat

pengawas yang selalu hadir." (Suruh Qaf 50:18)

Al-Quran menamakan kedua-dua malaikat ini dengan sebutan al-Hafazah (penjaga amal

perbuatan manusia).

Riwayat al-Bukhari dan Muslim daridapa Ibn Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda

yang bermaksud:

" Sesungguhnya Allah s.w.t. mencatat amalan baik dan buruk manusia. Maka sesiapa

yang berkeinginan (hamma) untuk melakukan kebaikan namun tidak jadi melakukannya,

akan ditulis untuk kebaikan sempurna. Dan sesiapa yang berkeinginan untuk

melakukannya lalu ia benar-benar melakukannya, maka ditulis untuknya sepuluh

kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda bahkan hingga tidak terbatas. Dan sesiapa

yang berkeinginan untuk melakukan keburukan namun ia tidak jadi melakukannya, maka

ditulis untuknya satu kebaikan. Namun jika ia keinginannya lalu benar-benar

melakukannya, maka akan ditulis untuknya satu kejahatan."

Buku Amalan

Kedua-dua malaikat ini tidak pernah penat atau bosan mencatat amalan manusia, hingga

tiba saat kematian orang tersebut lalu ditutuplah buku amalannya. Dan buku itu akan

sekali lagi dibuka apabila orang tersebut dibangkitkan kembali untuk menjalani

hisab. Imam ahli tefsir Muqatil bin Sulaiman berkata, "Apabila seseorang mati, maka

lembaran amalannya tertutup. Lalu apabila ia dibangkitkan, lembaran-lembaran itu akan

dibuka kembali." 

Ucapan ini sebagaimana firman Allah S.W.T. (yang bermaksud): 

"Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) kembali dibuka". (Suruh al-

Takwir 81:10)

Diriwayatkan bahawa buku-buku itu akan turun dari arah langit, lalu berterbangan

mencari para pemiliknya yang ketika itu sedang berdiri di padang Mahsyar. Sebahagian

ulama membayangkan pemandangan waktu itu bagaikan hujan salji yang sangat lebat.

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam al-Zuhd al-Kabir daripada Rabi'ah al-'Adawiah ia

berkata, "Setiap kali melihat hujan salji, aku teringat buku-buku amalan yang

berterbangan."

Anehnya, buku yang berterbangan itu jatuh pada tangan pemiliknya. Jika ia jatuh ke

tangan pemiliknya melalui arah kanan, maka disambut dengan kegembiraan yang tidak

terkira. Sebab "kanan" (bahasa Arab al-yamin) berasal daripada kata "al-yumn" yang

mengandungi makna "beruntung" sehingga menandakan keselamatan. Orang ini akan

melompat kegirangan lalu menunjukkan bukunya itu kepada semua orang yang berada

berdekatannya. Ia berkata, " Mari lihatlah kitabku ini! Sesungguhnya sejak dulu aku yakin

bahawa aku akan menemui hisab terhadap diriku." Demikian sebagaimana yang

diceritakan dalam suruh al-Haqqah di atas.

Sebahagian buku yang lain jatuh ke tangan pemiliknya melalui arah tangan kiri, maka dia

akan melahirkan rasa ketakutan yang tidak terbayang. Sebab "kiri" ( bahasa Arab al-

syimal atau masy'amah) mengandungi makna "syu'm" yang bererti "sial" atau "tidak

beruntung". Ketakutan orang ini semakin besar pada waktu dia membaca isi buku

tersebut dan melihat semua perincian perbuatannya tertulis dengan jelas. Mereka

berkata: "Aduhai celaka kami, kitab ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak

(pula) yang besar, melainkan ia tercatat semuanya." (Suruh al-Kahfi 18:49)

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah

s.a.w. bersabda yang bermaksud,"Sering kali sebuah kata-kata yang diucapkan

seseorang, ia menganggapkan ringan sahaja, namun dapat membuatnya melayang-

layang di neraka selama tujuh tahun lamanya."

الرحيم الرحمن الله بسم

Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan

salam tertujunya kepada manusia yang telah menyinari kehidupan kita Nabi Muhammad

SAW serta juga keluarga, sahabat dan orang-orang yang mengikut jejaknya sehingga

hari kiamat.

Ketahuilah wahai temanku sekalian bahawa kita adalah penulis kepada buku amalan kita.

Apabila setiap dari kita dibangkitkan kelak di Padang Masyar buku ini akan diserahkan

kembali kepada kita setelah disemak oleh Allah SWT dan cara penyerahannya pasti

berbeza dari apa yang telah kita alami di dunia. Tiada orang kenamaan sebagai

penyampainya kerana mereka pun menjadi penerimanya. Tiada buku aturan majlis

apatah lagi pengacara majlisnya. Semuanya sebagai penerima kitab amal.

Pastilah kita tidak ingat apa yang pernah kita catat. Apa pun semua catatan itu

berdasarkan segala tindak tanduk dan perbuatan kita. Dari sekecil-kecilnya sehinggalah

sebesar-besarnya baik ianya merupakan amalan soleh ataupun di sebaliknya. Semuanya

dapat kita baca kelak. Kedua-dua malaikat yang Allah lantikkan sebagai setiausaha kita

tidak pernah lalai dan leka, mencatat apa yang kita suruh. Mereka taat kepada perintah

Allah dan tetap menjalankan tugas mereka setiap masa dan ketika.

Bagaimana pula kita menerima buku amal tersebut? Buku amal itu ada yang diberi ke

tangan kanan tuannya dan ada yang diberi ke tangan kirinya. Orang yang diberikan buku

amalnya ke tangan kanannya merasa besar hati dan berbangga dengan yang demikian

sehingga ia menyeru orang-orang lain supaya membacanya.

Allah S.W.T berfirman, "Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan

tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada

di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!" [QS Al-Haqqah : 19]

Firman Allah S.W.T lagi, "(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia

dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka

mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala

amal-amalnya yang baik) sedikitpun." [QS Al-Israa : 71]

Sebaliknya orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kirinya merasa runsing hati

dan merungut-rungut kerana keburukan nasibnya.

Allah S.W.T berfirman, "Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan

tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku

tidak diberikan Kitab amalku." [QS Al-Haqqah : 25]

Ingatlah wahai temanku yang dikasihi sekalian, bahawa setiap apa yang kita lakukan dari

pandangan mata, sebutan dari mulut, yang didengari telinga, bisikan hati, dan lain-

lainnya menghasilkan tugas kepada malaikat yang ada di samping, akan tercatat pada

buku amalan kita.

“Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan

hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada

Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu

(tercatat semuanya). Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan

tangan kanannya; Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, Dan dia

akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi

menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, Maka dia akan

meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang

marak menjulang.” [QS Al-Insyiqaaq : 6-12]

Sahabat yang dikasihi, marilah kita sama-sama meningkatkan amal soleh, amal ibadah

dan amal kebajikan dalam rangka mencari keredaan Allah S.W.T. di dunia dan akhirat.

Malaikat yang diutuskan oleh Allah S.W.T. dimuka bumi ini akan menjadi saksi di hari

akhirat dan akan mencatat amal kebaikan dan keburukan kita begitu juga malaikat

rahmat akan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kita dan memberikan rezeki

dengan izin Allah S.W.T. Oleh itu perlulah kita berwaspada setiap detik dan saat supaya

sentiasa melakukan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. dan menjauhi

larangan~Nya.

Buat teman-teman yang bergelar guru, doaku untuk kalian moga keikhlasanmu selama

ini mendatangkan pahala dari Allah S.W.T. yang mengalir deras sehingga hari kiamat

serta dicukupkan~Nya rezeki kalian dengan penuh berkah...aamiin

SELAMAT HARI GURU...

Barangsiapa mahu menjadi guru,

biarkan dia memulai mengajar dirinya sendiri

sebelum mengajar orang lain,

dan biarkan dia mengajar dengan teladan

sebelum mengajar dengan kata-kata.

Sebab mereka yang mengajar dirinya sendiri

dengan memperbetulkan perbuatan-perbuatannya sendiri

lebih berhak atas penghormatan dan kemuliaan

daripada mereka yang hanya mengajar orang lain

dan memperbetulkan perbuatan-perbuatan orang lain.

[ Khalil Gibran ]

http://insaaniyyah.blogspot.com/2012/05/penulis-buku.html

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam

bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan

dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Pengertian am Nisfu Syaaban dalambahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan

Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi  tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang

tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“ Rasulullah   telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh

lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku

mencuit ibu jari kaki Baginda   dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar

Baginda   berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa

yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku

berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti

kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda   selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a.

“Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang

kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka

yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal

makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang

yang dengki.” ”Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun

diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan

dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula

pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf

sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Isi kandungan

  [sorokkan] 

1   Dalil

o 1.1   Malam pengampunan

o 1.2   Doa dikabulkan

2   Lihat juga

3   Pautan luar

4   Rujukan

[sunting]Dalil

Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis

nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban

berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam

tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang

mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu

Syaaban."

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha'

hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam

Lailatul Qadar."

[sunting]Malam pengampunan

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah   bersabda: "Sesungguhnya Allah menilik kepada

hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua

golongan manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan)."

Musyahin menurut tafsiran Imam al-Auza'i bermakna setiap pelaku bidaah yang memisahkan diri

daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad  ).

Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani': Saya bertanya Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka

beliau berkata: Iaitu orang yang meninggalkan sunnah Nabi  , orang yang menikam umatnya dan

menumpahkan darah mereka.

Dalam riwayat lain pula Rasulullah   bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya

pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan

kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka

meninggalkannya."

Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah r.a berkata: "Pada

suatu malam, saya kehilangan Rasulullah  , maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui

Baginda   di Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda   bersabda: "Adakah

kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah r.a berkata: "Saya berkata, bukan begitu, wahai

Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain."

Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka

Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani

Kilab."

Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca: "Aku memohon

perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-

Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana

pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud a.s

"Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya."

Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: "Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang

bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka."

Daripada Abu Darda' r.a, bahawa Nabi   bersabda: "Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT

memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya.

Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang

yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan

mencukupkan keperluan orang yang bertawakal.

"Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka

dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan

orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim."

Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dari Aisyah r.a. yang menjelaskan perginya

Rasulullah   ke Baqi' dan turunnya Tuhan pada Nisfu Syaaban ke langit dunia, mengampunkan dosa-

dosa manusia sekalipun lebih banyak dari bulu kambing biri-biri Bani Kalb. Namun dikatakan sanad hadis

Aisyah ini lemah dan terputus.[1]

[sunting]Doa dikabulkan

Abu Sa'id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata, "Wahai Abu Sa'id! Ceritakanlah

kepada saya suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah  , maka saya akan

menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda  ."

Berkata Abu Sa'id r.a, "Apabila Rasulullah   keluar solat Subuh, Baginda   akan membaca: "Ya

Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan

cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan

cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu

terhadapku."

Dalam riwayat lain Rasulullah   berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan

Rasul-Nya akan menzalimimu?" Aisyah berkata, "Saya berkata, "Bukan begitu, wahai Rasulullah!" Sabda

Baginda: "Telah datang kepada saya Jibril a.s. dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam

Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan

bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga

kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya

melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak."[2]

Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda   kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda,

"Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?" Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda, "Pelajarilah

dan ajarilah ia kerana Jibril a.s. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya mengulang-

ulangnya di dalam sujud."

Tatkala Diberi Keputusan…By Shahmuzir

Tentu kalian pernah menghadapi suatu peperiksaan yang

penting bukan?

Tidak kiralah samada kalian menghadapinya semasa di bangku sekolah, kolej,

universiti ataupun semasa dalam dunia pekerjaan.  Pokoknya hampir semua kita

berpeluang menghadapinya mengikut tahap umur masing-masing.  Jika di peringkat

sekolah, tentulah UPSR, PMR, SMA dan SPM adalah yang terpenting.  Di universiti

pula ialah ujian-ujian semester.  Manakala di peringkat pekerjaan ialah ujian-ujian

kenaikan pangkat atau yang seumpama dengannya.

Apa perasaan kalian apabila menunggu keputusan peperiksaan penting tersebut?

Tentu berdebar-debar bukan?  Semua perasaan datang bertandang ke dalam hati.

Bikin sakit jiwa dibuatnya.

Tatkala Diberi Keputusan… (1)

Apabila tiba saat keluarnya keputusan, macam-macam reaksi akan kelihatan.  Ada

yang menangis gembira.  Ada yang menangis kecewa.  Ada yang ketawa suka.  Ada

yang ketawa mentertawakan diri sendiri.  Dan yang murung pun ada.  Macam-

macam…

Apa hendak buat?  Memang sudah tidak boleh buat apa-apa lagi.  Pasrah sahaja.

Keputusan diberi berdasarkan usaha masing-masing.

Yang mendapat keputusan cemerlang, tentu berasa gembira lalu mahu dikongsi

kegembiraan itu dengan semua.  Mungkin ini antara dialog mereka:

“Ni slip keputusan aku.  Tengoklah!”

“Aku dah tunjuk keputusan aku (yang cemerlang itu).  Tengok kau punya…?”

“Mak, ayah, abang, adik, pak long, mak long, ni hah keputusan saya!”

“Saya telah berusaha keras dan yakin untuk mendapat keputusan yang cemerlang ini.”

Pendek kata, mahu dihebahkan ke seluruh dunia akan keputusan cemerlangnya itu.

Mahu sahaja difotokopi lalu ditampal di papan kenyataan untuk dilihat orang.

Gembira sungguh mereka!

Manakala bagi yang mendapat keputusan yang corot,

tentu ini antara dialog hati mereka:

“Aduh, kan bagus kalau aku tak payah tahu keputusan peperiksaan ini.”

“Menyesal aku.”

“Penat-penat sahaja aku datang nak tengok keputusan.  Betapa teruknya keputusan ni,

hish!”

“Kalau macam ni punya keputusan, tak tahu pun tak apa…!”

“Alangkah baiknya kalau peperiksaan hari tu berhenti setakat tu sahaja.  Tak payah

ada keputusan, grrr…!”

Betapa berbeza sungguh dengan situasi pertama.  Jika orang-orang yang mendapat

keputusan cemerlang mereka ingin menghebahkan kepada dunia dan semua, tetapi

bagi orang-orang yang gagal, mereka akan berasa menyesal dan kecewa.

Tatkala Diberi Keputusan… (2)

Itu tatkala diberi keputusan ujian-ujian keduniaan di dunia.

Bagaimana dengan situasi di Hari Akhirat?

Rupa-rupanya di dalam al-Qur’an, ALLAH `Azza wa Jalla telah merakamkan dialog-

dialog manusia yang hampir serupa dengan dialog-dialog di atas.  Ini bagi

menggambarkan kepada manusia betapa bahagia dan gembiranya seseorang apabila

mereka diberi keputusan yang baik di Hari Akhirat.  Manakala bagi orang-orang yang

mendapat keputusan yang teruk, maka penyesalan dan kekecewaanlah yang pasti

hinggap ke dalam dada-dada mereka.

Di dalam surah al-Haaqqah, ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

Yang maksudnya:

“Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan

kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada

di sisinya):    ’ Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!   Sesungguhnya aku telah

mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku

(pada hari yang ditentukan)!”  (Surah al-Haaqah, 69:20)

Tidakkah hampir serupa dengan dialog di atas?

Mari kita lihat bagaimana pula reaksi orang-orang yang mendapat keputusan yang

buruk di Hari Akhirat kelak:

Yang maksudnya:

“Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan

kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya):“Alangkah baiknya kalau aku

tidak diberikan Kitab amalku, dan aku tidak dapat mengetahui hitungan

amalku.   Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi

kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan

lagi)”  (Surah Al-Haaqah, 69: 25-27)

Tentu kita dapat membayangkan sedikit sebanyak akan perasaan yang bakal dihadapi

oleh kita semua pada Hari Akhirat kelak.  Biar hari ini kita segera berasa gerun dan

bersiap sedia sebelum datang penyesalan yang tidak kunjung sudah pada Hari Kiamat

nanti.  Semoga kita semua beroleh buku amalan kita dengan tangan kanan kita, amin…

amin…!

Jika di dunia, tatkala mendapat keputusan cemerlang, kita bahagia dan gembira.

Tentunya jika mendapat keputusan yang cemerlang di Hari Akhirat, perasaan bahagia

dan gembira itu berkali-kali ganda perasaannya.

Jika di dunia, tatkala mendapat keputusan buruk, kita menyesal dan kecewa.  Tentunya

jika mendapat keputusan yang buruk di Hari Akhirat kelak, perasaan menyesal dan

kecewa itu akan berlipat kali ganda perasaannya.  Semoga ALLAH melindungi kita dari

musibah ini, amin.

Dunia & Akhirat

Justeru, mengetahui hal ini, hendaklah kita sama-sama berusaha memperbaiki diri kita

seboleh mungkin.  Kita hidup di dunia ini sebenarnya masih dalam waktu peperiksaan.

Banyak soalan-soalan dan ujian-ujian yang menuntut diri kita menjawabnya dengan

betul.  Dan bertindak dengan betul.  Semua tindak-tanduk kita mempunyai markah.

Dan tentunya akan diadili pada Hari Diumumkan Keputusan nanti.  Keputusan diberi

berdasarkan amalan perbuatan kita semasa di dunia.

Ingat, keseluruhan hidup ini merupakan ujian daripada ALLAH!

Jika mendapat keputusan yang buruk di dunia, kita masih mempunyai peluang untuk

memperbaikinya samada menduduki semula peperiksaan tersebut atau mencari

peluang lain.  Selagi usaha dan tekad masih ada, selagi itu peluang masih terbuka

untuk keluar dari keadaan itu.

AKAN TETAPI, jika mendapat keputusan yang buruk di Hari Akhirat, tiada lagi peluang

kedua.  Tiada peluang langsung!   Kita tidak akan dipulangkan ke dunia untuk

memperbaikinya.  Jawapannya ialah samada ke Syurga yang penuh nikmat atau ke

dalam neraka yang penuh dengan seksaan.

Pastikanlah kita, pasangan kita, anak-anak kita, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat

kita buat betul-betul dalam ujian kehidupan ini.  Supaya apabila kita semua

dikumpulkan nanti pada Hari Keputusan Yang Agung, kita semua mendapat keputusan

yang baik dan cemerlang, lalu diberi ganjaran kemuliaan di sisi RABB al-`alamin, amin.

ALLAHU A`LAM.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan semua yang tersayang,

Shahmuzir Nordzahir

muzir.wordpress.com

http://muzir.wordpress.com/2012/03/31/tatkala-diberi-keputusan/

dua niat dalam satu hati

Rasulullah SAW pernah bersabda :

pada hari kiamat amalan-amalan anak adam dibentangkan di hadapan Allah yang tercatit

di dalam sebuah buku. Kemudian Allah mengatakan , campakkan yang ini dan terima

yang ini.

Para malaikat pun mengatakan : wahai tuhan kami, demi Allah kami tidak mendapati

daripadanya selain daripada kebaikan.

Allah menjawab : sesungguhnya amalan yang dilakukannya bukanlah dilakukan kerana

Aku. Di hari ini aku tidak terima apa-apa amalan kecuali yang dilakukan kerana Aku.(HR

Al-Hafiz Abu Ya'ala)

Masya’Allah...begitu sekali penghinaan yang Allah berikan kepada orang yang tidak

ikhlas kerana Allah..Allah kata  “campakkan yang ini....dan terima yang ini”..walaupun

malaikat kata aku tidak melihat daripada amalan tu amalan-amalan yang buruk pun.

Tetapi Allah maha mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati manusia. Kita ni

ciptaanNya sudah tentu dia lebih mengetahui hati kita lebih daripada kita memahami diri

kita sendiri..

Cuba kita bayangkan..amalan kita dicampak begitu sahaja..nauzubillah..Sungguh

memalukan..

 Begitulah andaiannya..penghinaan yang Allah dah sampaikan ke atas diri manusia

seperti kita yang mensyirikkan Allah dan mempunyai keinginan yang tersembunyi.

Keinginan untuk disanjung tinggi dan dipuji.

Masya’Allah..Nauzubillah..jauhi kami daripada sifat seperti itu ya Allah.

Ada sebuah kisah...Seorang lelaki datang kepada Ubadah ibn Assamit dan mengatakan :

“ jawab soalan aku ini..apakah pendapat kamu mengenai lelaki yang bersembahyang

dengan tujuan semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji, dia bersedekah semata-

mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji dan dia mengerjakan haji semata-mata kerana

Allah tetapi dia suka dipuji?. Jawab ubadah : “ dia tidak mendapat apa-apa.”.

Dalam surah al-kahfi ayat 110..Allah berfirman, barangsiapa mengharap untuk berjumpa

dengan tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah

mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya..

Dengan erti kata lain..maksud hadith dan ayat di atas..seorang manusia mengatakan

bahawa hatinya ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah..tetapi niat yang tersembunyi

iaitu ingin juga disanjung dan dipuji manusia membuatkan amalannya lantas tertolak dan

tidak beerti..orang lain tidak tahu tetapi Allah maha mengetahui.

Justeru..sama-sama perbaiki niat kita..tiada yang berhak melainkan Allah yang Haq..

(Rujukan daripada buku golongan yg tercicir dlm jln dakwah oleh Fathi yakan.)

http://www.ohsyok.com/oh-suasana-di-akhirat

I – KEADAAN-KEADAAN HARI MAHSYAR

1. Manusia semuanya berkumpul dengan berkaki ayam dan bertelanjang.

Riwayat Syaikhati daripada ‘Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Manusia pada hari mahsyar akan dikumpulkan dengan berkaki ayam dan bertelanjangan tanpa secebis pakaian (bertelanjang bulat), maka ‘Aisyah berkata: “Aku bertanya, lelaki dan perempuan semuanya dapat melihat (kemaluan) setengah mereka kepada setengah yang lain?” Sabda Rasulullah s.a.w: “Perkara yang amat dahsyat ketika itu menjadikan mereka tidak mementingkan perkara itu.”

2. Matahari menghampiri kepala-kepala makhluk.

Diriwayatkan oleh Muslim daripada al-Muqdam r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Matahari akan menghampiri makhluk pada hari kiamat sehingga jadilah mereka yang jaraknya (dengan matahari) pada kadar satu batu. Maka adalah manusia pada ketika itu di dalam peluh mengikut kadar amalan mereka, maka sebahagian daripada mereka sampai kepada buku lali, dan daripada mereka ada yang sampai kepada betis, dan ada juga sebahagian daripada mereka sampai ke pusat, dan kedapatan juga daripada mereka yang ditenggelami oleh peluh keseluruhannya, dan Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada mulutnya.

3. Bumi menjadi saksi kepada hamba di atas segala amalan yang telah dilakukannya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Hibban di dalam sahihnya daripada Abi Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w telah membaca ayat ini:

“Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.”

Kemudian baginda bersabda:“Apakah kamu mengetahui apakah beritanya?” Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui.” Maka sabda Rasulullah s.a.w: “Maka sesungguhnya beritanya itu ialah penyaksian ke atas setiap hamba lelaki dan hamba perempuan dengan apa yang telah dikerjakannya di atas muka bumi, (iaitu daripada kebaikan dan kejahatan) ia berkata: Amalan ini begini dan begini…”

4. Tempat, di mana seseorang itu tidak akan mengingati lagi seseorang yang lain.

Riwayat Abu Daud dan Hakim daripada ‘Aisyah r.a berkata:

“Aku mengingati neraka kemudian aku menangis, maka bertanya Rasulullah s.a.w: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis?” Aku berkata: “Aku mengingati neraka lalu aku menangis, maka adakah kamu akan mengingati ahli kamu pada hari kiamat?” Maka sabda Baginda: “Adapun pada tiga tempat, maka tiada seseorang pun yang akan mengingati seseorang yang lain.

Pertama: Ketika di sisi timbangan sehinggalah diketahui apakah timbangannya itu ringan atau berat?

Keduanya: Ketika buku catatan (suhuf) itu berterbangan mencari tuannya. Sehinggalah diketahui di manakah jatuhnya buku catatan tersebut, sama ada di kanan, di kiri atau di belakangnya?

Ketiga: Di sisi titian sirat. Apabila telah diletakkan di antara dua tebing neraka jahanam, sehinggalah ia telah dapat menyeberanginya dengan selamat.

5. Penyaksian anggota terhadap apa yang telah di kerjakan oleh setiap hamba-Nya.

Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata:

Adalah kami di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian baginda ketawa lalu bersabda:

“Adakah kamu mengetahui tentang apakah yang telah berlaku aku ketawakan tadi?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Tentang perbicaraan hamba dengan Tuhan-Nya. Maka kata hamba: “Wahai Tuhan, apakah engkau tidak akan menyelamatkankudaripada kezaliman?” Allah berfirman: “Bahkan!” Maka berkata pula hamba: “Sesungguhnya aku tidak akan membiarkan pada hari ini seseorang pun menjadi saksi ke atas diriku kecuali diriku sendiri.” Maka firman Allah kepadanya: “Cukuplah dengan diri engkau pada hari ini sebagai saksi danKiraman Klatibin akan menyaksikannya.” Kemudian sabda Rasulullah

s.a.w. “Maka lalu di kuncilah mulutnya (hamba), dan dikatakanlah kepada anggota-anggotanya “Bercakaplah,” lalu anggota-anggota itupun menceritakanlah segala amalan yang dilakukan oleh tuannya, kemudian di biarkan hamba itu pula bercakap, maka katanya:

“Celakalah kamu semua (anggota), padahal aku telah berjuang untuk mempertahankan kamu (semasa hidup di dunia).”

Ini semua telah dijejaskan dalam surah Yasin:65

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan bercakaplah kepala, tangan mereka dengan kami mereka menaik saksi atas apa yang mereka lakukan.”

II – KEADAAN-KEADAAN AHLI NERAKA

1. Neraka jahanam yang hitam gelap.

Tarmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayat kan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w bersabda:

“Api neraka telah dinyalakân selama seribu tahun, sehingga merah,kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkanseribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang gelap kelam.

2. Apa yang berlaku di lembah jahanam.

Ibnu Majah, dan Tarmizi dan Tabrani me riwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a daripada Nabi s.a.w bahawasanya Baginda bersabda: “Sesungguhnya di dalam neraka jahanam itu suatu lembah yang mana neraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak 400 kali, yang disediakan untuk mereka yang sentiasa membantah daripada umat Nabi Muhammad s.a.w.”

3. Bagaimana dalamnya dasar jahanam.

Muslim meriwayatkan daripada Khalid ibnu Umair berkata: telah berkhutbah ‘Utbah bin Ghazwan r.a, maka ia berkata:

“Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami bahawasanya seketul batu telah dicampakkan dan pada tebing neraka jahanam, maka ia telah menenggelami ke dalamnya selama 70 tahun baharulah sampai kepada dasarnya, demi Allah ia akan dipenuhi Apakah kamu tidak takjub?”

4. Barang Yang ditempa oleh ahli neraka.

Ahmad, Abu Ya’Ja dan Hakim meriwayatkan daripada Nabj s.a.w bersabda:

“Kalaulah sekiranya ditempa daripada sedikit besi neraka jahanam lalu diletakkan di atas bumi, maka berkumpullah sekelian manusia dan jin untuk memindahkannya akan tetapi ianya tidak akan mampu untuk dipindahkan.”

5. Buruknya rupa ahli neraka:

Ibnu Abi Dunya meniwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru r.a. berkata:

“Kalaulah sekiranya seseorang lelaki daripada ahli neraka dikeluarkan ke dunia maka matilah penduduk dunia lantaran pemandangannya yang menggerunkan, dan baunya amat busuk.”

Kemudian Abdullah menangis dengan tangisan yang kuat sekali.

6. Minuman ahli neraka:

Ahmad, Tarmizi dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abi Umamah r.a. daripada Nabi s.a.w dalam menjelaskan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dia akan diberi minum dengan air nanah, di minumnya air nanah itu.”(Ibrahim: 16-17)

Sabda Baginda:“Akan dihampirkan kepada mulutnya, maka apabila sudah dekat kepadanya maka hanguslah mukanya, dan apabila diletakkan di hadapannya maka tanggalkan kulit kepalanya, maka apabila ia telah meminumnya maka putuslah tali perutnya sehinggalah keluar daripada duburnya.

Firman Allah:“Dan diberi air yang mendidih sehingga memotong-motong usus mereka (taliperut).” (Muhammad: 15)

dan firman-Nya“Dan jika mereka meminta minum nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk.” (al-Kahfi 29)

7. Makanan ahli neraka.

Tarmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah membaca ayat ini:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadanya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama Islam.” (Ali-Imran: 102)

Maka sabda Rasulullah s.a.w.:“Kalaulah sekiranya setitik biji zakum itu menitis ke atas permukaan bumi ini nescaya akan binasalah kehidupan penduduk dunia, maka bagai manakah pula bagi sesiapa yang menjadikannya sebagai makanan?”

8. Besarnya ahli neraka:

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa ia bersabda:

“Sesungguhnya orang kafir (di neraka itu) begitu besar sekali sehinggakan giginya pun sebagai mana besarnya Bukit Uhud dan begitulah besarnya badannya pula ke atas giginya sebagaimana besarnya tubuh seseorang kamu daripada giginya.

9. Tangisan ahli neraka:

Ibnu Majah dan Abu Ya’la meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w:

“Akan berterusanlah tangisan ahli neraka itu, maka mereka akan menangis sehingga keringlah air mata, kemudian mereka akan menangis dengan tangisan darah pula sehingga muka-muka mereka menjadi sebagaimana parit-parit, kalaulah sekiranya dilayarkan kepadanya perahuperahumaka akan hanyut.

III – KEADAAN-KEADAAN AHLI SYURGA

1. Cukuplah mereka dengan penuh kebanggaan dan kemuliaan.

Di mana Allah s.w.t telah menyediakan kepada mereka di dalam syurga daripada perkara-perkara yang mata tidak pernah memandangnya, telinga juga tidak pernah mendengar bahkan hati manusia tidak pernah terlintas (terbayangkannya).

Syaikhan dan selain keduanya meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Aku (Allah s.w.t) telah menyediakan bagi hamba-hambaku yang salih perkara-perkara yang tidak pernah dipandang oleh mata, dan tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terlintas oleh hati manusia, dan bacalah kalau kamu mahu firman Allah s.w.t”:

“Sesungguhnya tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu bermacam macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-Sajdah: 17)

2. Cukuplah mereka dengan ketinggian dan kemuliaan yang berkekalan di dalamnya selama lamanya.

Mereka tidak akan terkena penyakit, tidak juga menjadi tua dan tiada sebarang tegahan (sekatan).

Muslim dan Tarmizi meriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w

“Apabila ahli syurga masuk dalam syurga maka kedengaranlah seruan daripada penyeru: Sesungguhnya bagi kamu akan sentiasa sihat dan kamu tidak akan sakit selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa hidup maka kamu tidak akan mati selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa muda maka kamu tidak akan tua buat selama-lamanya dan bagi kamu akan sentiasa mendapat nikmat kemewahan, maka kamu tidak akan ditimpa kemiskinan (kesusahan) selama-lamanya.”

Begitulah firman Allah azza wajalla:“Dan diserukan kepada mereka, ‘itulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang kamu kerjakan dahulu.” (Al-A’raf: 43)

3. Cukuplah mereka daripada sebarang keinginan (iri hati) dan kenikmatan-kenikmatan bagi mereka.

Tiada sesuatu yang diberikan amat disukai dan dikasihi oleh mereka selain daripada memandang kepada wajah Allah yang mulia.

Muslim, Tarmizi dan Nasa’i meriwayatkan daripada Suhib r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga maka berfirmanlah Allah azza wajalla: Kamu hendak sesuatu maka aku akan tambahkan kepada karnu?” Maka mereka berkata: “Apakah tidak putih (bercahaya) muka-muka kami? Apakah kami tidak masuk syurga? Apakah kami tidak berjaya (lepas)daripada neraka?” Dikatakan: “Maka bukalah (singkaplah) hijab, maka tidak suatu perkara yang diberikan paling disukai oleh mereka selain daripada memandang kepada Tuhan mereka, kemudian bacalah firman Allah s.w.t ini.

“Bagi orang-orang yang membuat baik ada pahala yang terbaik dan tambahannya.” (Yunus: 26)

Wallahu’alam….

[ Menuju Ketakwaan – Abdullah Nasih Ulwan ]

You are the author of your own book on the Day of Judgement.

Make sure it’s well worth reading~

Itu ayat yang saya tulis pada helaian muka surat pertama dalam buku diari pemberian

seorang sahabat. Hei kamu yang dicintai di sana, saya dah guna diari pemberian kamu

untuk diisi dengan diksi jiwa. Terima kasih yang banyak dari sini.

Terjaga daripada tidur secara mengejut dengan tiba-tiba teringatkan hari kematian diri

sendiri bila, di mana dan bagaimana sangat menyeramkan jiwa. Saya akui.

Duduk. Tiba-tiba terfikir. Bagaimana dengan buku amalan? Apakah buku itu adalah buku

yang akan diterima oleh tangan kanan; tanda keselamatan, atau buku amalan yang akan

diterima oleh tangan kiri; tanda kebinasaan?

Buku amalan. Penulisnya, adalah kita sendiri. Titik.

Penulis Bergerak Sejak Azali

Setiap dari kita, adalah penulis kepada buku amalan sendiri. Apabila sampai masanya, buku

itu akan disemak oleh Allah Ta’ala dan kerajaan-Nya, lalu akan ditentukan, buku itu akan

menjadi penyelemat atau akan menjadi asbab kebinasaan manusia itu sendiri. Semuanya

akan berlaku pada Hari Pengadilan.

Sama ada isi buku itu baik atau buruk, penulisnya (anda) yang menentukan!

Bila terfikirkan ini, saya jadi seram sejuk. Benar kita adalah ‘penulis’, tapi kita sentiasa

diawasi oleh Allah Ta’ala dan malaikat-malaikat di kiri dan kanan. Setiap sesuatu yang kita

lakukan, ucapkan akan dicatat oleh Malaikat Raqib dan Atid.

Mungkin kita tidak merasa kita bersama ‘sesuatu’ yang lain apabila bersendirian, sebab

malaikat itu tidak terlihat oleh mata. Saya jadi bertanya pada diri sendiri, agaknya kalau

Allah Ta’ala takdirkan malaikat itu dapat dilihat oleh manusia, agaknya tiada kejahatan yang

berlaku kerana semuanya mahu dicatat amalnya yang baik-baik sahaja.

Eh! Anda nampak tak kaitan antara keduanya?

Setiap apa yang kita lakukan dan ucapkan dihadapan manusia lain, mahupun di belakang

manusia, secara automatiknya ia akan tercatat pada buku amalan kita.

Oh snap! Saya tidak dapat bayangkan dengan dosa-dosa yang banyak selama ini..

*takdapatteruskanayat

“Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan

keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali

kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau

telah usahakan itu (tercatat semuanya). Kemudian sesiapa yang diberi menerima

surat amalnya dengan tangan kanannya; Maka dia akan dihisab dengan cara yang

mudah dan ringan, Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman)

dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan

tangan kiri), dari sebelah belakangnya, Maka dia akan meraung menyebut-nyebut

kebinasaannya, Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.”

– Insyiqaaq : 6-12

Saya jadi speechless sekejap baca surah ini.

Kita Boleh Berusaha Menjadi Penulis Yang Baik

Bila ditilik-tilik kehidupan di dunia ini, terasa seperti perjalannya sungguh panjang. Dugaan

datang bersilih ganti. Lumrah jiwa manusia; hidup terlalu senang tiada masalah, jiwanya

akan resah. Bila berhadapan dengan hidup yang selalu teruji, pun jiwanya akan menjadi

resah. Padahal, umur kita di dunia tidaklah selama mana.

Bila-bila sahaja saya, atau anda akan dijemput oleh kematian. Saat ini? Sebelum subuh?

Esok? Kita tidak tahu. Yang kita imani, kematian itu pasti datang tanpa diundang. Pasti. Dan

kita tidak tahu, keadaan yang bagaimanakah kita akan mati? Pergi dengan kebaikan? Atau

pergi dalam keaiban? *tertunduksendiri

Dan, tidak terlambat rasanya kalau kita mencuba untuk menjadi seorang penulis yang lebih

baik terhadap buku amalan sendiri; ini seruan untuk diri saya sendiri terutamanya.

Saya tidak mengajak diri saya dan anda untuk berubah secara drastik, sebab saya tahu,

inshaAllah anda sahabat pembaca blog ini lebih baik dan berilmu dari saya. Apa yang

penting, adalah perubahan yang dimulai dari sekecil-kecil perkara. Kerana dari perkara yang

kelihatan kecil itulah selalunya mencetuskan sesuatu yang besar.

Saya mahu berubah kepada yang lebih baik. Untuk Allah Ta’ala.

Dan untuk diri saya, serta orang-orang yang saya sayangi.

Anda? *menghulurkantangankepadakamu

Sudi tidak kiranya kita melakukan perubahan ini bersama-sama?

Tiada niat jahat tersembunyi. Jangan risau. Allah Ta’ala sebagai saksi.

Saya di sini, kamu di sana. Sama-sama. Kita melangkah melakukan perubahan dengan niat

yang sama; redha-Nya. Mungkin nampak remeh. Tapi terpulanglah. Bumi yang bulat ini

sentiasa berputar. Masa sedang berjalan. Dan hari ‘itu’ sedang menghampiri.

Saya cuma terbayang, alangkah bahagia bersama anda-anda semua, yang sedang

membaca ini, berada dalam satu tempat yang sama nanti; Jannah! Pengharapan melangit

tinggi? Biarlah. Tahu diri ini tidak layak. Tapi tidak salah mengemis pada Tuhan sendiri, kan.

*senyumpenuhmengharap

Semoga ALLAh merahmati.

http://cintailahi.com/tazkirah/kita-semua-adalah-penulis-buku-amalan/