10
Diterbitkan oleh Biro Penerangan AMK Parti Keadilan Rakyat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. BUKU BIRU MUDA

Buku Biru Muda2 - amkmalaysia.com · Ahmad Boestamam.)",--%7/,-%,.....)89:)26. Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen , dan mendukung hak serta

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buku Biru Muda2 - amkmalaysia.com · Ahmad Boestamam.)",--%7/,-%,.....)89:)26. Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen , dan mendukung hak serta

Diterbitkan oleh Biro Penerangan AMK Parti Keadilan RakyatA-1-09, Merchant Square,Jalan Tropicana Selatan 1,47410 Petaling Jaya,Selangor, Malaysia.

BUKUBIRUMUDA

Page 2: Buku Biru Muda2 - amkmalaysia.com · Ahmad Boestamam.)",--%7/,-%,.....)89:)26. Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen , dan mendukung hak serta
Page 3: Buku Biru Muda2 - amkmalaysia.com · Ahmad Boestamam.)",--%7/,-%,.....)89:)26. Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen , dan mendukung hak serta

Keadilan!Keadilan rakyat kita

Jana arus!Kami arus perjuangan bangsa

Keluhuran perlembagaanPerpaduan Negara

Masa depan anak Malaysia

Kebebasan!Kebebasan rakyat kita

Diberkati Tuhan, memperkasakan rakyatnya

Membujur lalu, melintang patahPerjuangan rakyat Malaysia

Membujur lalu, melintang patahDemokrasi rakyat Malaysia

Membujur lalu, melintang patahKEADILAN rakyat Malaysia

DeklarasiPermatang Pauh

12 September 1998

Page 4: Buku Biru Muda2 - amkmalaysia.com · Ahmad Boestamam.)",--%7/,-%,.....)89:)26. Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen , dan mendukung hak serta

Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud “tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami”

Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula; Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:

Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani, dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri

manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram dibelenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang

miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu

kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

Lagu dan senikata parti dicipta oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa beliau dalam tahanan. Lagu ini pertama kali diperdengarkan kepada umum oleh koir 120 orang pemuda semasa pelancaran Parti Keadilan

Rakyat pada 3 Ogos 2003 di Kuala Lumpur.

LaguRasmi Parti

Arus Perjuangan Bangsa

Page 5: Buku Biru Muda2 - amkmalaysia.com · Ahmad Boestamam.)",--%7/,-%,.....)89:)26. Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen , dan mendukung hak serta

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, menjana pertumbuhan dan pengagihan

yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;

Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran

oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa

yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana

kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prin-sip pemerintahan undang-undang.

Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.

Permatang Pauh12 September 1998

ANWAR IBRAHIM

PRM kemudian berjaya menjadi pemain politik utama Negara dan pada tahun-tahun 60an dan 70an

mempunyai angota dalam Parlimen dan beberapa DUN. Pilihanraya Majlis Perbandaran juga dimenangi oleh PRM

di Pulau Pinang, Melaka dan Serdang.

Selepas Pilihanraya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap

Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 3 Ogos 2003, Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.

Tahun 2003

Page 6: Buku Biru Muda2 - amkmalaysia.com · Ahmad Boestamam.)",--%7/,-%,.....)89:)26. Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen , dan mendukung hak serta

Tujuan danMatlamat

Parti Keadilan RakyatPerjuangan

Jika PKN menjadi peserta baru politik Malaysia, PRM pula peserta yang sudah berpengalaman dalam selok-belok

politik Negara. PRM ditubuhkan berikutan semangat kemerdekaan yang membuak-buak pada dekad-dekad 40an dan pengharaman suara progresif dalam politik Negara pada waktu itu, iaitu AMCJA-PUTERA. Pada 11

November 1955, PRM dilancarkan dengan dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Penggabungan PKN-PRM

Page 7: Buku Biru Muda2 - amkmalaysia.com · Ahmad Boestamam.)",--%7/,-%,.....)89:)26. Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen , dan mendukung hak serta

Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen, dan mendukung hak serta kuasa rakyat, dan berusaha untuk memantapkan sistem politik Negara yang sesuai dengan kehendak serta kepentingan rakyat.

Menegakkan kedaulatan undang-undang yang adil, media massa serta kehakiman yang bebas, dan pasukan keselamatan yang mendukung prinsip-prinsip profesionalisme.

Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua.

Mewujudkan masyarakat adil dan negara demokratik yang progresif serta bersatu.

Menghayati Islam sebagai agama Persekutuan

sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam

mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing

terus terjamin dan menggalak-kan peranan agama serta

nilai-nilai sejagat untuk menega-kkan kebenaran, keadilan,

ketinggian akhlak, pembangu-nan insan dan martabat

manusia.

Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, di samping menjamin hak rakyat mengguna, mempelajari dan mendapat pendidikan dalam bahasa-bahasa lain; dan menggalak perkembangan kebudayaan serta kesenian Malaysia, berasaskan unsur-unsur unggul daripada semua warisan peradaban yang wujud di negara ini.

Pelancaran Parti Keadilan Nasional (PKN) diadakan pada 4 April 1999.

PKN kemudiannya membentuk Barisan Alternatif (BA), gabungan Parti Pembangkang yang merangkumi Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Islam Se-Malaysia(PAS), dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada piliharaya sulung tahun 1999 (PRU 10), PKN berjaya memenangi 5 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu serta 4 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor,

Pahang, Pulau Pinang dan Perak.

Tahun 1999

Page 8: Buku Biru Muda2 - amkmalaysia.com · Ahmad Boestamam.)",--%7/,-%,.....)89:)26. Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen , dan mendukung hak serta

Mengukuhkan sistem pemerintahan Persekutuan yang adil, bertanggungjawab serta demokratik dalam mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kekuasaan kerajaan Pusat.

Mempertingkatkan kemuliaan insan, nilai keehsanan serta budaya ikram, menegakkan hak asasi manusia, dan berpegang teguh kepada prinsip intergriti dan akauntabiliti dalam bidang ekonomi, politik dan pentadbiran.

Menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan,

perumahan, pengangku-tan awam yang bermutu

dengan bayaran yang berpatutan sebagai

tanggungjawab social pemerintah, terutama sekali bagi golongan

berpendapatanrendah dan sederhana.

Melaksanakan ekonomi yang adil serta dinamik, yang mengutamakan pertumbuhan serta pengagihan yang adil, dan bebas daripada penindasan, kecurangan serta pembaziran, di samping mengatasi kemiskinan dan mencegah penumpuan kekayaan.

Berasaskan prinsip keadilan, mempastikan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak digunakan khusus untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terbiar, serta pembelaan yang adil bagi golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputra yang miskin dan terbiar, demi mencapai kesaksamaan untuk perpaduan nasional.

Memperjuangkan serta menjamin hak

bekerja, upahan yang adil, keselamatan di

tempat kerja dan mutu kehidupan yang baik

untuk setiap orang.

10

11 12

Ketika gelombang Reformasi 1998 memuncak sekumpulan NGO dan Parti Pembangkang menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) dan Pedokong Reformasi menubuhkan juga Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada

perjuangan mereka.

Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu oleh Pendaftar Pertubuhan maka gerakan reformasi mengambil keputusan untuk mengambil-alih sebuah parti sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam

Malaysia (IKATAN) yang ditubuhkan pada 1990.

Tahun 1998

Page 9: Buku Biru Muda2 - amkmalaysia.com · Ahmad Boestamam.)",--%7/,-%,.....)89:)26. Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen , dan mendukung hak serta

Mempertingkatkan martabat dan peranan wanita dalam kehidupan masyarakat,

menjaga hak serta kepentingan mereka dan memastikan mereka mencapai taraf

yang saksama serta tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi.

Memperjuangkan hak dan pengembangan potensi belia dan remaja serta menjamin peranan yang bermakna bagi mereka dalam semua bidang kehidupan.

Meningkatkan mutu hidup Orang Asal di samping menghormati Adat mereka, menyediakan rancangan pembangunan yang sesuai setelah berunding dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat.

Melindungi alam semulajadi daripada pemusnahan;

mencegah perosakan serta meningkatkan mutu alam

sekitar dan memastikan pembangunan

yang mapan.

Menegakkan sistem antarabangsa baru yang adil serta demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas serta beretika, menyediakan persekitaran

yang sesuai untuk melahirkan masyarakat berilmu yang dapat menghadapi cabaran globalisasi yang mengancam kepentingan

negara, rakyat dan manusia sejagat dan seterusnya melindungi ekonomi, politik

serta keselamatan negara daripada kuasa-kuasa besar dunia.

1314

151617

Sejarah PartiParti Keadilan Rakyat

Page 10: Buku Biru Muda2 - amkmalaysia.com · Ahmad Boestamam.)",--%7/,-%,.....)89:)26. Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen , dan mendukung hak serta

AgendaEkonomiMalaysia

Parti Keadilan Rakyat

Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya memanfaatkan elit politik tertentu perlu digantikan dengan dasar ekonomi yang baru - Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).

KEADILAN berjanji akan meneruskan AEM yang mempunyai lima matlamat besar:

melaksanakan kaedah pengagihan semula kekayaan secara adil, seimbang dan sama rata,

memerangi rasuah, kronisme dan nepotisme,

dasar afirmatif yang memihak kepada kumpulan miskin dan,

menyalurkan kekayaan negara untuk pendidikan, kesihatan dan perumahan yang lebih baik.

meningkatkan daya saing ekonomi negara.