88
Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Buku Informasi PBS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PBS

Citation preview

  • Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah

  • PENGENALAN KOMPONEN PBS Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Pusat PAJSK PPsi SPPBS PENJAMINAN KUALITI Pementoran Pemantauan Penyelarasan Pengesanan PELAPORAN PBS (Pendidikan Khas)

  • PENGENALAN

  • PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik

    Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah

  • PBS mewakili perkataan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam satu lingkungan membawa maksud persekitaran sistem PBS.

    melambangkan bahawa setiap murid yang termasuk dalam sistem PBS ini mestilah tahu pencapaian prestasi masing-masing melalui guru yang mendidik. Semua yang terlibat dengan murid itu juga akan tahu prestasi murid berkenaan untuk tindakan masing-masing .

  • 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020

    Akses

    Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun

    Kualiti

    50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender menjelang tahun 2020)

    Ekuiti

    Perpaduan

    Kecekapan

    Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

    Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada

  • Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan (professional judgement) tentang produk sesuatu program pendidikan (prestasi murid)

    Guru membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui pelbagai teknik dan bentuk pentaksiran

  • 2009 - 2010

    Mesyuarat dan perbincangan

    meja bulat

    17 Dis 2010

    Kelulusan pelaksanaan

    PBS oleh Kabinet

    Pelaksanaan

    PBS mulai Tahun 1 dan Tingkatan 1 mulai 2012

    Januari 2011

    2005 2007

    Seminar & konferens yang

    melibatkan pakar

    pentaksiran pendidikan dari dalam dan luar

    negara

    2008

    Kajian Rintis (550

    sekolah rendah)

    Reformasi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia perlu kepada sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang sesuai Kurangkan penekanan terhadap prestasi pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan (LP, 2006, 2007 & 2010)

    Pentaksiran pendidikan perlu menumpukan perhatian kepada PBS dan peperiksaan perlu kekal dalam sistem pada lower stake di sekolah rendah dan menengah rendah (Lembaga Peperiksaan, 2005, 2006 & 2010; Mokhtar et al., 2006)

    Pentadbir sekolah dan guru-guru bersetuju PBS dilaksanakan Bimbingan dan sokongan harus diberikan kepada guru-guru ICT perlu dinaik taraf (Lembaga Peperiksaan, 2009)

  • PBS terdiri daripada dua bidang iaitu akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) Bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

  • Pentaksiran Sekolah ialah komponen utama dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.

    Dilaksanakan sepenuhnya oleh guru dan pihak sekolah

  • Pentaksiran Sekolah merangkumi;

    1. Pentaksiran Rujukan Standard

    Melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran tidak membandingkan pencapaian murid

    2. Pentaksiran Formatif dan Sumatif

    Assessment for learning (Pentaksiran untuk pembelajaran)

    Assessment of learning (Pentaksiran tentang pembelajaran)

    Dilaksanakan sepanjang masa Pengajaran dan Pembelajaran

    3. Diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru

    4. Dirancang, dibina, ditadbir di sekolah

  • Ciri-ciri Pentaksiran Sekolah;

    1. Holistik

    2. Berterusan

    3. Fleksibel

    4. Merujuk standard prestasi

  • Pentaksiran Sekolah terbahagi kepada 2 peringkat;

    1. Sekolah Rendah;

    Tahun 1 - 6

    melihat perkembangan (Development)

    melibatkan semua mata pelajaran

    2. Sekolah Menengah Rendah

    Tingkatan 1 - 3

    melihat perkembangan (Development)

    melibatkan semua mata pelajaran

  • Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu Disusun secara hierarki Digunakan untuk tujuan pelaporan Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5, Band 6

    STANDARD PRESTASI

    (Performance Standard)

  • Tahu,faham, boleh buat dengan beradab misali 6

    Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji 5

    Tahu,faham dan boleh buat dengan beradab 4

    Tahu, faham dan boleh buat 3

    Tahu dan faham 2

    Tahu 1

    Standard Prestasi

  • BAND STANDARD

    6

    Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

    5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

    3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

    2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

    Kerangka Pernyataan Standard

  • Hubungkait Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens

    BAND PERNYATAAN

    STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    6 5 4 3 2 1

    Penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran

    APA yang murid tahu dan boleh buat

    BAGAIMANA murid menunjukkan apa yang mereka tahu dan boleh buat

  • BAND PERNYATAAN

    STANDARD

    DESKRIPTOR EVIDEN

    1

    Tahu

    B1

    Mengetahui

    asas menengur,

    berutur,

    membaca dan

    menulis

    B1DL1

    Mengecam,

    mengajuk dan

    mengesan bunyi

    yang didengar

    B1DB1

    Membunyikan

    huruf, mengeja

    suku kata dan

    membaca

    perkataan

    B1DT1

    Menulis huruf, suku

    kata dan perkataan

    B1DL1E1

    Mengajuk bunyi yang

    didengar

    B1DL1E2

    Menentukan arah bunyi yang

    didengar

    B1DB1E1

    Membunyikan huruf vokal

    dan menamakan konsonan

    B1DB1E2

    Mengeja dan membatang

    suka kata terbuka dan

    tertutup

    B1DB1E3

    Membaca perkataan yang

    terdiri daripada kata nama

    B1DT1E1

    Menulis huruf, suku kata dan

    perkataan

  • Memperbaiki kelemahan/

    masalah murid dalam

    pembelajaran

    Mengubahsuai strategi

    pengajaran

    Meningkatkan keyakinan

    kepada murid untuk belajar

    1 2 3 4

  • BAND STANDARD

    6 Memahami, menaakul dan menilai sesuatu perkara daripada pelbagai sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila.

    5 Memahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca/ditulis dalam pelbagai situasi dengan tepat

    4 Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul

    3 Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis

    2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis

    1 Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis

  • Pentaksiran Pusat (PP) merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

  • Prinsip Pentaksiran Pusat;

    1. Format dan tugasan disediakan oleh LP

    2. Tugasan berbeza setiap tahun

    3. Tempoh pelaksanaan ditentukan oleh LP

    4. Dilaksanakan di sekolah

    5. Ditaksir oleh guru mata pelajaran

    6. Penskoran berdasarkan tugasan yang diberi

    7. Pelaporan ditentukan oleh LP

    8. Penjaminan kualiti dan standard

  • Instrumen pentaksiran yang digunakan dalam PP bagi sesuatu mata pelajaran adalah mengikut kesesuaian dan kebolehlaksanaan. Instrumen pentaksiran yang digunakan ialah;

    1. Tugasan bertulis

    2. Kerja amali

    3. Projek

    4. Pemerhatian

    5. Persembahan

    6. Demonstrasi

    7. Kajian lapangan

    8. Kajian kes

    9. Ujian bertulis

    10. Ujian lisan

    11. Kuiz

  • Pelaksanaan Pentaksiran Pusat

    Guru menerima arahan tugasan daripada LP.

    Guru menyediakan bahan mengikut garis panduan

    MERANCANG

    Murid melaksanakan tugasan berdasarkan jadual pelaksanaan yang ditetapkan

    MELAKSANA

    Guru mentaksir pencapaian murid berdasarkan peraturan penskoran yang dibekalkan oleh LP.

    Guru merekod prestasi murid dan hantar skor ke LP

    MENSKOR

  • PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid. PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN & KOKURIKULUM (PAJSK)

    KOKURIKULUM

    BMI

    SUKAN /PERMAINAN

    SEGAK

    Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Sukan dan Permainan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa

    Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Kelab dan Persatuan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa

    Body Mass Index (BMI) Merekodkan tentang

    ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan.

    Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

    Mengukur tahap kecergasan

    Penyertaan dan penglibatan secara sukarela di sekolah /di luar sekolah/ Luar Negara/ Dalam Negara

    EKSTRA KURIKULUM

    KELAB/ PERSATUAN

    BADAN UNIFORM

    Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Unit Uniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa

  • SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan.

    Ujian Jangkauan Melunjur

    Ujian Ringkuk Tubi Separa Ujian Tekan Tubi

    Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit

  • Indeks Jisim Badan (BMI) dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran BMI. Objektif Pentaksiran BMI adalah: mengukur BMI murid menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan

    ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid

    Pelaksanaan pentaksiran BMI dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan semasa

  • Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM yang bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid. Konstruk dan pelaksanaan pentaksiran sukan dan pentaksiran kokurikulum dalam PAJSK adalah serupa. Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, daerah/zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah/zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

  • Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid. Konstruk yang diukur ialah: i. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. ii. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

    Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum

  • Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum.

  • Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. PPsi suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid.

  • KOMPONEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

    UJIAN APTITUD Aptitud Umum Aptitud Khusus

    PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

    INVENTORI PERSONALITI

    Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability)

    Tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran pembelajaran

    Tidak berjadual, Dicadangkan

    kepada semuamurid

    Tidak berjadual Tidak diwajibkan untuk

    semua murid

    Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan

    Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu untuk membimbing murid membentuk personaliti yang seimbang dan membantu guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

    LP sediakan item / instrumen dan manual yang komprehensif

    Penskoran secaradikotomus, polikotomus, kadaranpilihan

    Pelaporan secaradeskriptif dan individu

    PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

    Komponen PPsi yang diuji di peringkat menengah rendah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

  • Fungsi Pentaksiran Psikometrik

    1. Mengumpul data boleh menyumbang kepada maklumat Profil Murid.

    2. Profil murid dijadikan sebagai satu perkara /aspek yang ditaksir.

    3. Profil murid berperanan sebagai sumber maklumat dalam membantu pembelajaran murid dan proses pengajaran & pembelajaran guru.

    Tujuan Ujian Psikometrik

    1. Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai diri individu atau kumpulan.

    2. Membantu membuat keputusan yang praktikal /realistik.

    3. Memahami secara lebih mendalam; keadaan semula jadi dan perbezaan individu.

    4. Memberi pendedahan maklumat kerjaya yang lebih luas dan tepat (meluaskan aspirasi kerjaya)

  • Psikometrik

    Aptitud

    Aptitud Am

    Aptitud Khusus

    Personaliti

    Inventori Tret Personaliti

    Inventori Minat Kerjaya

    KEGUNAAN UJIAN PSIKOMETRIK

    Tiga sebab utama kesukaran pelajar membuat pemilihan kerjaya (Amir Awang,1983) 1. Tidak boleh membuat keputusan kerana minat di dalam

    pelbagai bidang, minat tidak jelas dan tiada minat langsung 2. Pelajar tidak dapat mengagak dengan baik minat, potensi

    dan personalitinya 3. Kurang pengetahuan dan maklumat

  • 1. Aptitud adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat.

    2. Berkaitan dengan kebolehan atau bakat dalaman yang diwarisi.

    Ujian Aptitud Am

    1. Mengukur prestasi keseluruhan murid melangkaui pelbagai jenis kebolehan mental.

    2. Mengukur kebolehan yang lebih khusus seperti kemahiran dan verbal yang boleh meramal prestasi pendidikan murid pada masa hadapan.

    Ujian Aptitud

    Ujian Aptitud Khusus

    1. Mengenal pasti atau menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya.

    2. Memberi gambaran jenis bidang atau aliran yang sesuai dipelajari murid.

    3. Menjadi rujukan guru dalam merancang strategi P&P yang sesuai mengikut kebolehan murid.

  • Mengukur Kecerdasan: i. Verbal Linguistik (Pintar Perkataan) ii. Visual Spatial (Pintar Visual dan Ruang) iii. Logik Matematik (Pintar Nombor) iv. Muzik (Pintar Muzik) v. Naturalis (Pintar Alam Semulajadi) vi. Kinestatik (Pintar Jasmani) vii. Interpersonal (Pintar Sosial) viii. Intrapersonal (Pintar Kendiri) ix. Existential (Pintar Kewujudan)

    Ujian Aptitud

  • Inventori Personaliti

    Membantu murid menyedari potensi /

    kekuatan dan kelemahan diri

    Membantu murid dan ibu bapa

    Mengenal pasti personaliti murid

    Membantu guru merancang

    pengajaran dan pembelajaran

    Inventori

    Personaliti

    Membantu murid merancang

    hala tuju kerjaya

    Ujian Psikometrik Personaliti

    Autonomi

    Kreatif

    Agresif

    Ekstrovert

    Pencapaian

    Kepelbagaian

    Intelektual

    Kepemimpinan

    Struktur

    Resilien

    Menolong

    Analitikal

    Kritik diri

    Wawasan

    Ketelusan

    Tret

    Personaliti

    Realistik

    Investigatif

    Artistik

    Sosial

    Enterprising

    Konvensional

    Minat

    Kerjaya

  • Inventori Tret Personaliti

    Teori PerkembanganKerjaya

    Teori Personaliti

    Teori Tret danFaktor (Frank Parson 1909)

    TeoriPerkembanganKerjaya Super

    (1909)

    Teori PersonalitiBig Five (Costa &

    McCrea 1992)

    Teori PersonalitiNarrow (2004)

  • Ujian Minat Kerjaya

    Teori Tipologi Kerjaya Holland. Asas yang digunakan dalam teori ini ialah: 1. pemilihan kerjaya adalah berdasarkan

    ekspresi personaliti individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan.

    2. minat seseorang itu lahir daripada personalitinya.

    3. individu daripada jenis pekerjaan yang sama mempunyai persamaan dari segi pola personalitinya.

    4. keselarasan antara personaliti dan persekitaran akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian, kestabilan dan kepuasan kerja.

  • Selaras dengan konsep ICT sebagai pengupaya, LP telah menyediakan sistem aplikasi SPPBS bagi tujuan merekod dan menyimpan data akademik dan bukan akademik.

    Data-data yang disimpan dapat diautomasikan dengan cekap dan berkesan bagi penghasilan pelaporan sama ada di peringkat sekolah, PPD, JPN atau KPM.

    Panduan penggunaan sistem ini boleh dimuat turun sama ada melalui laman web LP http://www.moe.gov.my/lp atau pada menu BANTUAN di dalam sistem SPPBS.

    Lembaga Peperiksaan juga telah mewujudkan Meja Bantuan peringkat pertama yang bertanggungjawab sebagai Single point of contact berkaitan aplikasi SPPBS kepada pengguna.

    Meja Bantuan SPPBS boleh dihubungi melalui: [email protected] Telefon 03-8884 3158 Faks 03-8884 3156 SPPBS

    Rekod prestasi murid

    Pelaporan deskriptif

    Pelaporan formatif/ kumulatif

    Akademik Bukan Akademik

  • Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan oleh personel di peringkat Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. Penjaminan Kualiti PBS dijalankan secara formal mengikut jadual yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan Bahagian/ JPN/PPD/ Sekolah.

    PENJAMINAN KUALITI PBS

  • Pegawai Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia i. Menyediakan Manual Penjaminan Kualiti. ii. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat

    kementerian bagi merancang penjaminan kualiti. iii. Menjalankan penataran penjaminan kualiti, iv. Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti

    penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan v. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian

    untuk dihantar kepada Menteri Pelajaran.

    SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS

  • Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri i. Memastikan pengoperasian PBS di negeri mengikut garis

    panduan yang ditetapkan oleh LP. ii. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri

    bagi merancang penjaminan kualiti. iii. Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman

    yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS. iv. Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti. v. Menjalankan penataran penjaminan kualiti. vi. Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti

    penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan ; dan vii. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat

    kementerian untuk dihantar kepada Lembaga Peperiksaan.

    SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS

  • Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah i. Memastikan pengoperasian PBS di daerah mengikut garis

    panduan yang ditetapkan oleh LP. ii. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah

    bagi merancang penjaminan kualiti. iii. Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan

    ancaman yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS.

    iv. Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti. v. Menjalankan penataran penjaminan kualiti; vi. Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti

    penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan ; dan vii. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat

    kementerian untuk dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

    SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS

  • Pentadbir Sekolah i. Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan

    ancaman yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS.

    ii. Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti. iii. Melantik personel yang menjalankan penjaminan kualiti. iv. Mengenalpasti personel yang perlu menjalani

    penjaminan kualiti. v. Menyediakan dokumen/bahanrujukan penjaminan

    kualiti. vi. Memastikan penjaminan kualiti di sekolah mengikut garis

    panduan yang ditetapkan. vii. Menganalisis laporan pelaksanaan penjaminan kualiti

    dan mengambil tindakan susulan. viii. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat sekolah

    untuk dihantar ke PPD.

    SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS

  • Kingsoft Office

    PEMENTORAN

  • PEMENTORAN

    Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang diijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

    i. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS.

    ii. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.

    iii. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.

    iv. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS. v. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara

    mentor dan guru yang dibimbing.

    Objektif Pementoran

  • JENIS-JENIS PEMENTORAN

    Formal Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru. Informal Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah tanpa jadual yang ditetapkan.

  • Pementoran dalaman dijalankan oleh: GKMP / Ketua Bidang Ketua Panitia Guru Cemerlang Jurulatih Utama Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS Pementoran luaran dijalankan oleh: Petugas yang dilantik oleh LP Petugas yang dilantik oleh JPN Petugas yang dilantik oleh PPD

    PERSONEL PEMENTORAN

  • PERANAN MENTOR

    i. Membimbing guru menggunakan dokumen standard prestasi dan aplikasi SPPBS.

    ii. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.

    iii. Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.

    iv. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan pengajaran dan pembelajaran.

    v. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.

    vi. Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.

    vii. Menyediakan laporan dapatan pemantauan.

  • Kingsoft Office

    PENYELARASAN

  • PENYELARASAN

    Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.

    Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

  • OBJEKTIF PENYELARASAN

    i. Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.

    ii. Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.

    iii. Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan.

    iv. Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras.

    v. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

    vi. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid.

    vii. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.

  • i. Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama..

    ii. Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.

    JENIS PENYELARASAN

  • PERSONEL PENYELARASAN Penyelarasan dalaman dijalankan oleh: GKMP / Ketua Bidang Ketua Panitia Guru Cemerlang Jurulatih Utama Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS Penyelarasan luaran dijalankan oleh: Petugas yang dilantik oleh LP Petugas yang dilantik oleh JPN Petugas yang dilantik oleh PPD

  • i. Membantu guru faham kehendak tugasan dan kriteria penskoran.

    ii. Membantu guru menyediakan tugasan pentaksiran sekolah berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.

    iii. Membantu guru menyeragamkan skor pentaksiran sekolah berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS.

    iv. Membantu guru menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS.

    v. Mengesahkan tugasan dan skor yang diberikan oleh guru adalah adil bagi semua murid.

    PERANAN PENYELARAS

  • PEMANTAUAN

  • Objektif Pemantauan

    Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

    PEMANTAUAN

    i. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi ii. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di

    sekolah. iii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh

    guru. iv. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan

    ketidakakuran. v. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan

    penambahbaikan.

  • Pemantau dalaman: Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pemantau luaran : Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM.

    JENIS PEMANTAUAN

  • PERSONEL PEMANTAUAN

    Pemantau dalaman dijalankan oleh: Pengetua / Guru Besar Guru Penolong Kanan GKMP Guru Cemerlang Ketua Panitia Jurulatih Utama Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar Pemantau luaran dijalankan oleh: Pegawai LP Pegawai JPN Pegawai PPD Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ( JNJK ) Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP

  • PERANAN PEMANTAU

    Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah i. Memantau pentaksiran yang dijalankan semasa pengajaran

    dan pembelajaran. ii. Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan

    pentaksiran sekolah . iii. Memberi maklumbalas dan membimbing guru yang

    dipantau berpandukan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan.

    iv. Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS

    v. Menyediakan laporan dapatan pemantauan PBS

    Pemantauan Pengurusan PBS i. Menyemak pengurusan Fail Induk, Fail Perkembangan Murid

    dan Fail Showcase. ii. Menyemak laporan program penjaminan kualiti. iii. Memberi maklumbalas dan membimbing pihak sekolah

    berpandukan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan.

    iv. Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pengurusan PBS.

    v. Menyediakan laporan dapatan pemantauan.

  • Kingsoft Office

    PENGESANAN

  • Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

    i. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.

    ii. Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

    iii. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran. iv. Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran.

    PENGESANAN

    Objektif Pengesanan

  • JENIS PENGESANAN

    Pengesanan Dalaman Pengesanan Dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid. Pengesanan Luaran Pengesanan Luaran dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan Pentaksiran Pusat (PP). Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan.

  • PERSONEL PENGESANAN

    Pengesanan dalaman dijalankan oleh: GKMP / Ketua Bidang Ketua Panitia Guru Cemerlang Jurulatih Utama Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS Pengesanan luaran dijalankan oleh: Petugas yang dilantik oleh LP

  • PERANAN PENGESANAN

    i. Mengesahkan kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.

    ii. Mengesahkan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

    iii. Mengenalpasti dan membuat penambahbaikan instrumen pentaksiran.

    iv. Mengenalpasti kepelbagaian instrumen pentaksiran.

  • Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS) dan PAJSK boleh dijana melalui SPPBS oleh pihak sekolah secara berkala atau apabila diperlukan. Pelaporan PS boleh dijana dalam dua bentuk iaitu pelaporan formatif dan laporan kumulatif melalui SPPBS

  • Prestasi Kumulatif

  • PBS (Pendidikan Khas)

  • PBS (Pendidikan Khas)

    Murid Pendidikan Khas

    Kategori murid pendidikan khas adalah seperti berikut:

    Bermasalah Pembelajaran (BP)

    Bermasalah Penglihatan (BL)

    Bermasalah Pendengaran (BD)

    PBS diwajibkan kepada semua murid termasuk murid pendidikan khas dan tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai. Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang diikuti oleh murid tersebut, sama ada di Aliran Perdana mahupun Pendidikan Khas dan ditaksir menggunakan DSP yang disediakan. Keperluan khas untuk murid berkenaan mesti disediakan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pelaksanaan PBS.

  • PS DAN PP BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH

    INSTITUSI

    ALIRAN/KELAS KURIKULUM

    BERMASALAH PENDENGARAN

    SKPK KELAS KHAS KSSR

    SK (PPKI) INKLUSIF SEPARA INKLUSIF

    KSSR KSSR + KSSR

    PK

    KELAS KHAS KSSR PK

    BERMASALAH PENGLIHATAN

    SKPK KELAS KHAS KSSR

    SK (PPKI) INKLUSIF SEPARA INKLUSIF

    KSSR KSSR + KSSR

    PK

    KELAS KHAS KSSR PK

    BERMASALAH PEMBELAJARAN

    SKPK KELAS KHAS KSSR

    SK (PPKI) INKLUSIF SEPARA INKLUSIF

    KSSR KSSR + KSSR

    PK

    KELAS KHAS KSSR PK

    Nota: KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR PK : Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas SKPK: Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas PPKI : Program Pendidikan Khas Integrasi

  • PS DAN PP BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH

    INSTITUSI ALIRAN/KELAS KURIKULUM

    BERMASALAH PENDENGARAN

    SMPK KELAS KHAS KBSM

    SMK (PPKI)

    INKLUSIF KBSM

    KELAS KHAS DALAM PROSES PENYEDIAAN

    BERMASALAH PENGLIHATAN

    SMPK KELAS KHAS KBSM

    SMK (PPKI)

    INKLUSIF KBSM

    KELAS KHAS DALAM PROSES PENYEDIAAN

    BERMASALAH PEMBELAJARAN

    SMK (PPKI)

    INKLUSIF KBSM

    KELAS KHAS DALAM PROSES PENYEDIAAN

    KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SMPK: Sekolah Menengah Pendidikan Khas PPKI : Program Pendidikan Khas Integrasi

  • P.KHAS (TAHAP 1) P.KHAS (TAHAP 2)

    1 Bahasa Melayu 1 B. Melayu

    2 Bahasa Inggeris 2 B. Inggeris

    3 Matematik 3 Matematik

    4 Pendidikan Muzik 4 Pendidikan Muzik

    5 Pendidikan Seni Visual 5 Pendidikan Seni Visual

    6 Pendidikan Jasmani 6 Pendidikan Jasmani

    7 Pendidikan Islam 7 Pendidikan Islam

    8 Pendidikan Moral 8 Pendidikan Moral

    9 Pengurusan Diri 9 Pengurusan Kehidupan

    10

    Pengurusan Tingkah Laku 10 Kemahiran Hidup

    11

    Kemahiran Manipulatif 11 Pend Sains, Sosial Dan Alam Sekitar

    12 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

    MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KHAS BAGI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

  • MATA PELAJARAN PEND KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN

    TAHAP 1 TAHAP 2

    1 Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL)

    1 Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL)

    2 Seni Visual Suaian 2 Seni Visual Suaian

    3 Pendidikan Jasmani Suaian 3 Pendidikan Jasmani Suaian

    4 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

    MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KHAS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN

  • MASALAH PENDENGARAN PENDIDIKAN KHAS

    (TAHAP 1&2)

    1 BAHASA MALAYSIA (UBAH SUAI)

    2 BAHASA INGGERIS (UBAH SUAI)

    3 BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI

    4 PENDIDIKAN ISLAM (UBAH SUAI)

    MATA PELAJARAN BAGI MURID BERMASALAH PENDENGARAN

  • BIDANG BUKAN AKADEMIK

    KATEGORI PAJSK PPsi

    SEKOLAH RENDAH

    Bermasalah Pembelajaran

    Bagi 2 komponen dalam bidang bukan akademik iaitu PAJSK dan PPsi, murid pendidikan khas bagi ketiga-tiga kategori akan melalui PBS seperti mana murid yang lain. Namun begitu, bagi kekangan dalam penglibatan yang berpunca dari kecacatan, murid boleh dikecualikan daripada PBS pada komponen tersebut. Guru boleh menggunakan kaedah lain seperti Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk merekod dan melapor perkembangan murid.

    Bermasalah Penglihatan

    Bermasalah Pendengaran

    SEKOLAH MENENGAH

    Bermasalah Pembelajaran

    Bermasalah Penglihatan

    Bermasalah Pendengaran