BUKU PANDUAN FESTIVAL NASYID DAN … PANDUAN KHAT JAWI 2014.pdf · Terbuka kepada semua pelajar Islam yang sedang mengikuti kursus di Institut Pengajian ... bentuk badan.. 4.2. Baju

  • Upload
    vantruc

  • View
    242

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 1

    BUKU PANDUAN

    FESTIVAL NASYID DAN PERTANDINGAN SENI KHAT

    ANTARA IPTA, IPTS DAN IPG

    SEMPENA FESTIVAL KESENIAN ISLAM PERINGKAT

    ANTARABANGSA

    1435H/2014M

    PADA

    26-29 SEPTEMBER 2014

    TEMPAT

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS BATU LINTANG

    KUCHING, SARAWAK, MALAYSIA

    DISEDIAKAN OLEH

    JAWATANKUASA PENGELOLA FESTIVAL KESENIAN ISLAM

    PERINGKAT ANTARABANGSA 2014

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 2

    Tema:

    KESENIAN ISLAM ITU DAKWAH BIL HIKMAH

    FESTIVAL NASYID DAN PERTANDINGAN SENI KHAT (FNPSK)

    ANTARA IPTA/S DAN IPG

    PERINGKAT ANTARABANGSA 1435H/2014M

    PERATURAN UMUM

    1. Syarat Penyertaan

    1.1. Terbuka kepada semua pelajar Islam yang sedang mengikuti kursus di Institut Pengajian Tinggi

    Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Institut Pendidikan Guru di Malaysia, Brunei

    Darul Salam, Kalimantan Barat, Indonesia dan Singapura.

    1.2. Peserta dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam satu acara sahaja.

    1.3. Peserta hendaklah berumur dalam lingkungan 18-35 tahun sahaja.

    2. Bilangan Peserta

    2.1. Bahagian Pertandingan Seni Khat diwakili oleh seorang peserta sahaja samada lelaki atau

    perempuan.

    2.2. Bahagian Festival Nasyid diwakili oleh sekumpulan peserta lelaki atau sekumpulan peserta

    perempuan yang terdiri daripada tidak melebihi 9 orang.

    3. Pengundian

    3.1. Urusetia kehakiman bertanggungjawab menjalankan undian peserta bagi setiap acara yang

    dipertandingkan.

    3.2. Undian giliran peserta dibuat semasa taklimat oleh urusetia di tempat acara.

    3.3. Cabutan undian dilakukan oleh peserta atau wakil.

    3.4. Nombor giliran peserta yang diperolehi tidak boleh ditukar.

    3.5. Undian peserta yang lewat akan dibuat oleh urusetia.

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 3

    4. Pakaian dan Penampilan Peserta

    4.1. Pakaian yang sesuai dengan nilai-nilai Islam seperti menutup aurat, labuh dan tidak ketat

    sehingga menampakkan bentuk badan..

    4.2. Baju kebaya, jeans, sandal, selipar dan seumpama dengannya adalah dilarang sama sekali.

    4.3. Peserta dikehendaki untuk memakai stokin dan kasut (berwarna hitam). Bagi peserta perempuan

    pula hendaklah memakai sarung kaki dan kasut bertumit (court shoes).

    4.4. Rambut bagi peserta lelaki hendaklah kemas, rapi dan pendek.

    5. Kehakiman

    5.1. Jawatankuasa Kehakiman diketuai oleh seorang Pengerusi Jemaah Hakim.

    5.2. Setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Hakim dan dibantu oleh panel hakim mengikut

    bidang yang ditetapkan.

    6. Tugas-tugas Jemaah Hakim

    6.1. Pengerusi Jemaah Hakim

    6.1.1. Mempengerusikan mesyuarat Jemaah Hakim.

    6.1.2. Memantau perjalanan penghakiman FNPSK.

    6.1.3. Mempengerusikan mesyuarat pengesahan keputusan FNPSK.

    6.1.4. Memberi ulasan keseluruhan penghakiman dan prestasi para peserta.

    6.1.5. Mengumumkan keputusan FNPSK.

    6.2. Ketua Hakim

    6.2.1. Memberi taklimat penghakiman (peraturan am dan peraturan kehakiman) kepada peserta

    dan pengiring sebelum majlis bermula.

    6.2.2. Mengedarkan borang penghakiman kepada para hakim.

    6.2.3. Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan panel hakim bagi setiap bahagian.

    6.2.4. Menentukan tugas hakim mengikut bidang yang dihakimi.

    6.2.5. Berada di bilik hakim mengawasi penghakiman berjalan dengan lancar dan teratur.

    6.2.6. Menyemak dan mengesahkan borang-borang markah FNPSK.

    6.2.7. Menyediakan keputusan, ulasan dan rumusan keseluruhan penghakiman untuk

    diserahkan kepada Pengerusi Jemaah Hakim.

    6.2.8. Melaporkan sebarang masalah kepada Pengerusi Jemaah Hakim.

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 4

    6.3. Hakim

    6.3.1. Melapor diri kepada Ketua Hakim.

    6.3.2. Menghadiri mesyuarat dan taklimat jemaah hakim.

    6.3.3. Menghakimi bidang yang ditentukan oleh Ketua Hakim.

    6.3.4. Mencatat setiap kesalahan/bonus dalam borang Penghakiman.

    6.3.5. Mencatat dan menjumlahkan markah bidang yang dihakimi.

    6.3.6. Menandatangani setiap borang markah yang dihakimi dan menyerahkannya kepada

    Ketua Hakim.

    6.3.7. Menjaga etika profesionalisme kehakiman.

    7. Keputusan FNPSK

    7.1. Keputusan rasmi bagi setiap bahagian diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim.

    7.2. Keputusan Jemaah hakim adalah muktamad.

    7.3. Sebarang bantahan hendaklah dibuat sebelum keputusan rasmi diumumkan dengan memohon

    borang bantahan daripada pengerusi jemaah hakim.

    8. Juru Kira, Penjaga Masa dan Pengumpul Markah.

    8.1. Jemaah Hakim bagi setiap bahagian dibantu oleh juru kira, penjaga masa dan pengumpul markah

    yang dilantik oleh pihak urusetia.

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 5

    BAHAGIAN KHAT JAWI

    1. LATAR BELAKANG

    Seni khat merupakan simbol identiti masyarakat Melayu Islam dan dianggap sebagai salah satu

    kesenian tradisi serta khazanah kebesaran seni Islam yang tersohor sejak kedatangan Islam ke

    Tanah Melayu, khususnya di Kepulauan Borneo. Namun begitu, seni khat ini seolah-olah

    terpinggir dan diabaikan.

    Oleh itu pertandingan anjuran IPG Kampus Batu Lintang ini dengan bantuan serta

    diselenggarakan oleh Para Pakar dan Penggiat Khat Jawi yang ada di kawasan persekitaran,

    adalah sebagai usaha dan langkah yang diambil bagi memelihara dan mengembangkan semula

    kesenian ini agar terus diminati dan berkembang seiring dengan perkembangan Kemajuan

    Negara.

    Pertandingan Seni Khat Terbuka IPG / IPT Antarabangsa 2014 pada kali ini merupakan

    pertandingan yang julung kali diadakan secara terbuka sempena Festival Kesenian Islam

    Peringkat Antarabangsa IPG Kampus Batu Lintang dan ianya diharap dapat memberi impak

    yang besar bagi memartabatan seni khat terutamanya di kalangan Bakal Pendidik serta para belia

    yang akan kembali kepangkuan masyarakat awam suatu masa nanti.

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 6

    1. OBJEKTIF

    Untuk memashyurkan yang mana jawi dan khat merupakan identiti terbaik bagi masyarakatnya.

    Mewujudkan hubungan ukhuwah di antara IPG Kampus Batu Lintang dengan penggiat seni khat

    atau pengkarya bagi menaikkan identity IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak, di persada.

    Melahirkan pengkarya-pengkarya baru dalam bidang seni visual khususnya seni khat dengan

    idea-idea yang lebih baik dan terbuka dalam menghasilkan karya khat.

    Dapat menyumbang kepada kemajuan seni di IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak yang

    beridentiti tersendiri Karya terbaik dari pertandingan ini akan dijadikan khazanah himpunan

    tetap Galeri JAPIM IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak.

    2. SYARAT PERTANDINGAN

    3.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua Warga IPG/IPTA/IPTS yang berminat dengan seni

    khat dan tulisan Jawi.

    3.2. Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan pertandingan sendiri seperti berikut:

    Dakwat hutam (Indian Ink)

    Pen khat / Calligraphy Pen 3.0.

    Pembaris, pensel, getah pemadam dan liquid.

    Lain-lain alat keperluan sendiri.

    Tulisan berukuran sederhana kerana ayat panjang.

    3.3. Para peserta dikehendaki menulis ayat yang disediakan oleh penganjur pertandingan.

    i. Ayat 27 Surah Al Fathir Khat Nasahk

    ii. Ayat 255 Surah Al Baqarah - Khat Thuluth

    iii. Ayat 1-5 Surah Al Alaq - Khat Riqah

    3.4. Setiap peserta dikehendaki membawa kad pengenalan dan melaporkan diri kepada Urusetia

    Pertandingan pada jam 8.30 pagi (setengah jam sebelum pertandingan dimulakan).

    3.5. Pihak penganjur menyediakan kertas bagi pertandingan ini. Para peserta dikehendaki

    menggunakan kertas yang disediakan oleh urusetia sahaja.

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 7

    3.6. Peserta akan diberikan masa selama 3 jam untuk menyiapkan tulisan/karya masing-masing.

    3.7. Karya-karya yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hakmilik penganjur.

    3.8. Yuran Penyertaan sebanyak RM50.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH

    SAHAJA) bagi setiap peserta (penyertaan) dan pembayaran hendaklah dibuat semasa sesi

    pendaftaran.

    4. PENGHAKIMAN HASIL KARYA

    4.1 Satu panel pengadil akan mengadili pertandingan ini.

    4.2. Tulisan akan diadili dari segi ketepatan kaedah jenis khat yang muktabar mengikut jenis

    khat yang dipertandingkan.

    4.3. Setiap karya akan dinilai dari segi kemahiran, kreativiti dan kebersihan serta penyusunan

    huruf dan kalimah di antara satu dengan yang lain sehingga melahirkan seni khat yang

    indah dan menarik.

    4.4. Penggunaan zuhruf atau ukiran sebagai perhiasan tulisan adalah dialu-alukan bagi

    memperindahkan lagi karya yang dihasilkan.

    5. HADIAH PERTANDINGAN

    5.1 Hadiah yang MENARIK akan disediakan kepada Para Pemenang :-

    i- JOHAN ii- NAIB JOHAN iii- KETIGA iv- HADIAH SAGUHATI .

    5.2 Sijil penyertaan dan cenderamata akan diberikan kepada setiap penyertaan.

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 8

    Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Urusetia Jawatankuasa Pengelola :

    Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM),

    Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,

    Jalan College, 93200 Kuching,

    Sarawak.

    No. Faks : 082-252382

    Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Ogos 2014

    Keterangan lanjut :

    1. Encik Muhammad Nuaim bin Bahron (0145957954)

    2. Cik Mayasusanti binti Yosep (0145578157)

    3. Encik Mohd Ariffin bin Yusrizal (0194394124)

    4. Cik Siti Noor Fadilah bt Mustaffar (0165786700)

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 9

    Kaedah Penghakiman Pertandingan Seni Khat

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Bahagian Kaedah Khat (50 %)

    Teks yang hendak ditulis seharusnya lengkap dengan syakal Irabiah serta tidak tertinggal

    sebahagian ayat atau huruf. Syakal Tajmiliah hanya untuk jenis khat Thuluth sepenuhnya

    dan hanya sedikit penggunaannya bagi khat Nasakh. Manakala khat Riqah tidak

    memerlukan syakal Tajmili.

    Pembentukan huruf perlu mengikut kaedah penulisan muktabar merujuk kepada jenis- jenis

    khat tertentu.

    Kaedah susunan ayat yang seimbang. Tidak terlalu padat dan tidak terlalu jarang.

    Bahagian Gabungan Kreativiti (30 %)

    Khat Nasakh dan khat Riqah hanya sesuai ditulis memanjang dan tidak boleh secara

    bertindanan.

    Khat Thuluth boleh ditulis mengikut kesesuaian (bulat, bujur telur, segi empat, kubah dan

    sebagainya) tanpa mengabaikan kaedah pembentukan huruf.

    Bahagian Hiasan dan kekemasan (20 %)

    Di benarkan peserta untuk membuat seni kerawang mengikut motif yang bersesuaian (asas

    geometri boleh digunakan).

    Persembahan tulisan seharusnya kemas dan mempunyai kemahiran mengendalikan dakwat.

    Hal-Hal Lain

    Peserta hanya dibenarkan menulis teks yang telah di agihkan. Setiap penambahan teks tidak

    mengurangkan markah dan tidak juga membantu untuk menambah markah bagi karya yang

    telah disiapkan.

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 10

    BORANG PTKJ/IPGKBL/ANTARABANGSA14

    BORANG PERMOHONAN PENYERTAAN

    1. Nama Peserta :

    ______________________________________________

    2. No. KP/Passport :

    ______________________________________________

    3. Tarikh Lahir : ______________________

    4. Umur : _______________

    5. IPG/IPTA/IPTS/ :

    ______________________________________________

    6. No. Tel/HP :

    ______________________________________________

    7. Yuran (RM50) : ___________________

    8. No. Resit : _________________

    *** -Sertakan SALINAN Kad Pengenalan / Kad Matrik Pelajar

    -Pastikan ANDA mendapatkan SALINAN RESIT selepas PEMBAYARAN.

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 11

    PENGESAHAN / AKUAN PESERTA (MAHASISWA /MAHASISWI)

    Dengan ini adalah disahkan bahawa

    __________________________________________________

    No. KPT / No Matrik : __________________________ adalah (pelajar)

    MAHASISWA/MAHASISWI

    Yang sedang menuntut pengajian di

    __________________________________________________

    di bawah seliaan pihak kami.

    Terima kasih. COP RASMI :

    Tandatangan : __________________________

    Nama Pegawai : ____________________________________________

    Jawatan : ____________________________________________

    Tarikh : ___________________________

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 12

    BORANG KEPERLUAN PENGINAPAN

    Borang ini perlu diisi oleh SEMUA kontinjen yang ingin menyertai Festival Kesenian Islam

    Peringkat Kebangsaan IPG Kampus Batu Lintang 1435H/2014M.

    Pihak kami; Kontinjen Pertandingan dari

    seramai orang pegawai pengiring dan orang peserta,

    memerlukan/tidak memerlukan (potong mana yang tidak berkenaan)

    perkhidmatan penginapan. Pihak kami berharap agar pihak penganjur dapat

    menyediakan penginapan ahli kontinjen kami seramai :

    Muslimin Muslimah

    Pegawai Pengiring

    Peserta Pertandingan

    Tanda tangan Pengurus/Ketua Kontinjen:

    ( )

    **Seberang pertanyaan berkaitan Penginapan, Pengangkutan dan Pengurusan Peserta boleh

    menghubungi:

    En. Muhammad Adam Bin Roslan

    [+6]013-332-3447

    atau

    En. Harrish Aznu Bin Zainurin

    [+6]013-567-0076

    atau

    Cik Nor Fadzilla Binti Rahman

    [+6]014-880-1816

    atau

  • FNPSK 1435H/2014M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 13

    Cik Mayasusanti Binti Yosep