BUKU PANDUAN IBU BAPA - ??BUKU PANDUAN IBU BAPA 6 10 BAYARAN PERKHIDMATAN a. Kami menggalakkan bayaran yuran bulanan dan tahunan dalam bentuk cek atau pindahan online

  • View
    220

  • Download
    2

Embed Size (px)

Text of BUKU PANDUAN IBU BAPA - ??BUKU PANDUAN IBU BAPA 6 10 BAYARAN PERKHIDMATAN a. Kami menggalakkan...

  • www.tadikaabs.com

    BUKU PANDUAN

    IBU BAPA

    http://www.tadikaabs.com/

  • BUKU PANDUAN IBU BAPA

    1

    1 SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

    a. TADIKA ABS hanya menerima kanak-kanak yang berumur di antara 3 tahun

    hingga kanak-kanak berumur 6 tahun.

    b. Perkhidmatan TADIKA ABS memberi keutamaan kepada ibu bapa yang

    mempunyai anak lebih dari seorang dan berkemampuan membayar yuran

    yang telah ditetapkan.

    c. Melengkapkan borang-borang yang diperlukan oleh pihak TADIKA ABS serta

    menandatangani borang berkaitan.

    2 WAKTU OPERASI TADIKA ABS

    a. Masa : 8.00 pagi 5.00 petang.* (Bergantung kepada lokasi TADIKA ABS)

    b. Hari : Isnin hingga Jumaat.* (Bergantung kepada lokasi TADIKA ABS)

    c. Anak yang lewat 30 minit dibawa pulang selepas waktu PAKEJ YURAN yang

    diambil akan dikenakan bayaran sebanyak RM 6.00 bagi jam pertama dan

    catatan akan dilakukan oleh Pendidik yang bertanggungjawab pada waktu

    tersebut. Tuan / Puan boleh mengetahui jumlah bayaran melalui buku log

    Lebih Masa yang telah disediakan oleh pihak TADIKA ABS.

    d. Mohon dimaklumkan lebih awal jika lewat mengambil anak pulang.

    e. Pihak Tadika tidak akan membenarkan anak dibawa pulang oleh individu

    yang tidak dikenali selain ibu bapa. Mohon maklumkan nama, rupa paras dan

    nombor kenderaan individu kepada guru sekiranya anak diambil oleh

    individu lain.

  • BUKU PANDUAN IBU BAPA

    2

    f. Mohon ibu bapa tidak menunggu anak di tadika, berikan kepercayaan kepada

    pihak guru yang telah dilatih menangani anak menangis, meragam dan

    sebagainya.

    3 PENGLIBATAN IBU BAPA (BORANG-BORANG SOAL

    SELIDIK, BORANG KERJA SUKARELA, JADUAL PENGLIBATAN

    IBU BAPA, PERJUMPAAN IBU BAPA DAN LAIN-LAIN)

    a. Penglibatan ibu bapa adalah amat digalakkan.

    b. Contoh aktiviti penglibatan yang dicadangkan ialah :

    Membantu di dalam program yang telah disusun.

    Menjadi salah seorang sukarela di cawangan anak Tuan/Puan berada.

    Memberikan cadangan-cadangan yang membina dari semasa ke

    semasa.

    Membekalkan bahan-bahan peralatan yang mudah dibawa dari

    rumah.

    Menjadi pakar rujuk (resource person).

    Membuat alat bantu mengajar bersama.

    c. Menghadiri perjumpaan dan mesyuarat atau program-program keibu bapaan

    yang dianjurkan.

    d. Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

    e. Ibu bapa perlu semak Buku Komunikasi anak-anak kerana sebarang

    maklumat dimasukkan ke dalam buku ini.

  • BUKU PANDUAN IBU BAPA

    3

    f. Mohon ibu bapa isi semua maklumat di dalam Buku Komunikasi anak-anak.

    Nombor telefon guru kelas disediakan di dalam buku tersebut.

    4 APA YANG PERLU DIBAWA DARI RUMAH ?

    Anak-anak perlu dibekalkan dengan barang dan keperluan individu seperti :

    a. Pakaian (1 pasang untuk Pakej 2, 2 pasang untuk Pakej 3)

    b. Mandian, krim badan (losyen), minyak rambut dan sikat (mengikut

    keperluan anak).

    c. Tuala ditukar 2 hari sekali (mengikut kehendak ibu bapa).

    d. Ibu bapa diminta melabelkan nama kanak-kanak ke atas kesemua peralatan

    yang dibawa.

    e. Membawa pulang semua pakaian kotor setiap hari. Ibu bapa dikehendaki

    membawa beg pakaian kotor atau plastik untuk mengisi pakaian kotor.

    f. Mohon sediakan bantal kecil bersarung untuk digunakan (Pakej 3). Bantal

    akan dipulangkan sebulan sekali untuk dicuci.

    g. Pihak tadika tidak membenarkan susu botol digunakan di tadika. Kami

    galakkan anak minum air kosong secukupnya. Air disediakan di tadika atau

    boleh bawa botol air sendiri.

  • BUKU PANDUAN IBU BAPA

    4

    5 APA YANG TIDAK BOLEH DIBAWA DARI RUMAH?

    a. Makanan ringan / snek yang tidak berkhasiat (junk food and fast food).

    b. Barang permainan dan alat tulis dari rumah.

    c. Barang kemas (dalam apa jua bentuk).

    d. Alat-alat atau bahan permainan yang merbahaya dan boleh mencederakan.

    e. Segala jenis CD atau DVD.

    6 PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    TADIKA ABS akan mengadakan penilaian kanak-kanak secara berterusan. Oleh itu

    dari sesemasa ke semasa, TADIKA ABS akan mengadakan perjumpaan bagi

    membincangkan perkembangan anak-anak yang akan diadakan pada bulan April

    dan Oktober.

    7 PENGGUNAAN BAHASA PENGANTAR DI TADIKA ABS

    Bahasa Melayu Tinggi merupakan bahasa komunikasi utama. Manakala Bahasa

    Inggeris yang baik akan diajar oleh guru yang fasih sepenuhnya bertutur di dalam

    Bahasa Inggeris.

    8 KEMUDAHAN

    a. TADIKA ABS menyediakan kemudahan program pembelajaran yang menarik

    dan merangsang minda kanak-kanak.

    b. Alat permainan dan rangsangan bermutu.

    c. Ibu bapa boleh merujuk kepada pakar dalam bidang berkaitan kanak-kanak

    yang disarankan oleh pihak TADIKA ABS (jika perlu).

  • BUKU PANDUAN IBU BAPA

    5

    d. Perkongsian maklumat perkembangan kanak-kanak diantara Pengurus,

    Pendidik dan Ibu bapa.

    e. Majlis sambutan harijadi boleh diadakan di TADIKA ABS pada hari Jumaat

    terakhir setiap bulan (bergantung kepada lokasi TADIKA ABS), ibu bapa

    dibenarkan membawa makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan

    kek.

    f. Staff yang terlatih dan berpengalaman.

    9 PENYELIDIKAN DAN SIARAN GAMBAR

    a. Anak Tuan/Puan berkemungkinan akan dijadikan responden kajian dalam

    bidang berkaitan perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak.

    Tuan/Puan adalah dipohon untuk memberikan kebenaran kepada Pendidik

    serta Penyelidik untuk tujuan berkenaan.

    b. Dari semasa ke semasa, kemungkinan juga gambar kanak-kanak akan

    diambil dan disiarkan di dalam media sosial, media cetak dan media

    elektronik seperti Facebook, website, risalah, laporan penyelidikan, akhbar,

    televisyen dan sebagainya. Pihak TADIKA juga memerlukan kebenaran dari

    ibu bapa dalam hal demikian.

  • BUKU PANDUAN IBU BAPA

    6

    10 BAYARAN PERKHIDMATAN

    a. Kami menggalakkan bayaran yuran bulanan dan tahunan dalam bentuk cek

    atau pindahan online.

    b. Bayaran yuran bulanan perlu dibuat sebelum atau pada tarikh 5hb setiap

    bulan.

    c. Kadar bayaran sila rujuk kepada lampiran yuran.

    11 KECEMASAN / KEMALANGAN

    a. Jika berlaku sebarang kecemasan, pihak TADIKA ABS akan mengambil

    tindakan awal iaitu dengan memberi pertolongan cemas dan jika perlu

    membawa kanak-kanak tersebut ke klinik yang berhampiran. Ibu bapa akan

    dihubungi secepat mungkin.

    b. Perbelanjaan perubatan dikira mengikut budi bicara dan perbincangan di

    antara pihak TADIKA ABS dan Ibu bapa.

    c. Pihak TADIKA ABS akan sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga supaya

    tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

    d. Jika anak sakit atau demam melebihi 38C tidak dibenarkan ke sekolah. Juga

    termasuk cirit-birit, batuk dan selsema yang keterlaluan. Juga sebarang

    penyakit berjangkit seperti sakit mata, campak, chicken pox dan lain-lain.

    e. Mohon ibu bapa untuk mengambil anak-anak jika mendapat makluman

    daripada kami tentang sebarang masalah kesihatan anak-anak. Pihak tadika

    tidak akan bertanggungjawab jika penyakit melarat.

  • BUKU PANDUAN IBU BAPA

    7

    12 HUBUNGI KAMI

    Sekiranya pihak Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan, sila

    hubungi kami sebagaimana berikut:

    Pengurus : No Tel :

    Pendidik 1 : No Tel :

    Pendidik 2 : No Tel :

  • BUKU PANDUAN IBU BAPA

    8

    13 PERSETUJUAN IBU BAPA / PENJAGA

    SAYA DENGAN INI BERSETUJU DENGAN SEGALA SYARAT-SYARAT YANG TELAH

    DITETAPKAN SEPERTI YANG DINYATAKAN DI DALAM BUKU PANDUAN IBU BAPA

    NAMA ANAK : ____________________________________________________________

    UMUR ANAK : ____________________________________________________________

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    LAMPIRAN PEJABAT

    SAYA DENGAN INI BERSETUJU DENGAN SEGALA SYARAT-SYARAT YANG TELAH

    DITETAPKAN SEPERTI YANG DINYATAKAN DI DALAM BUKU PANDUAN IBU BAPA

    NAMA ANAK : ____________________________________________________________

    UMUR ANAK : ____________________________________________________________

    BAPA IBU

    NAMA

    NO. KP

    TANDATANGAN

    TARIKH

    BAPA IBU

    NAMA

    NO. KP

    TANDATANGAN

    TARIKH

  • BUKU PANDUAN IBU BAPA

    9

    3 TIP MUDAH MENDORONG ANAK SUKA KE TADIKA

    Saya gembira apabila ibu/ayah menghantar saya pada

    awal pagi dengan lengkap berpakaian seragam. Saya

    lihat rakan-rakan memakai pakaian yang sama dan guru-

    guru juga menyambut kedatangan saya.

    Saya bimbang jika ibu/ayah meninggalkan saya di tadika

    tanpa mengetahui bila ibu/ayah akan datang semula.

    Petang nanti selepas selesai Iyman minum petang

    dengan kawan-kawan, mama datang ambil Iyman ya! Pukul 5.30

    petang.

    Saya gembira apabila mendengar pujian daripada

    ibu/ayah sebaik sahaja ibu/ayah datang mengambil saya

    di tadika.

    Cikgu beritahu tadi Syafiq jadi imam solat! Bangga ummi

    dengar. Nanti dah besar boleh jadi imam dekat surau di taman kita!