52
1 BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS) DISEMBER 2017

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

1

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)

DISEMBER 2017

Page 2: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

2

ISI KANDUNGAN Ucapan Timabalan Pengarah Akademik ..................................................................................4

Proses Mendaftar......................................................................................................................5

BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM

Latar belakang POLIMAS .......................................................................................................6

Bagaimana ke POLIMAS ?......................................................................................................7

Apakah program pengajian yang ditawarkan di POLIMAS? ..................................................8

BAHAGIAN B : ATURAN PENDAFTARAN PELAJAR

Tarikh Pengesahan Hadir Daftar Pelajar Lepasan SPM ..........................................................9

Tarikh Pengesahan Hadir Daftar Pelajar Lepasan SIJIL .......................................................10

Bayaran yuran kemasukan .....................................................................................................11

B-3 Cara bayaran yuran .........................................................................................................11

B-4 Pendaftaran atas talian (online) ................................................................................. 12-15

Senarai semak sebelum pendaftaran ................................................................................ 16-17

Proses pendaftaran (sah hadir daftar pelajar) .........................................................................18

Rupa diri pelajar semasa mendaftar .......................................................................................19

Maklumat lain berkaitan ........................................................................................................20

Minggu Suai Kenal (MSK) ....................................................................................................20

BAHAGIAN C : BORANG PENDAFTARAN PELAJAR

C-1 Panduan mengisi Borang HEP .................................................................................. 21-22

BAHAGIAN D : PENDAFTARAN ASRAMA (KAMSIS)

D-1 Pendaftaran KAMSIS ............................................................................................... 23-24

Borang Pendaftaran KAMSIS .........................................................................................25

Borang Pengesahan Pendapatan ......................................................................................26

Borang Perjanjian Tatatertib (Salinan KAMSIS) ...........................................................27

Borang Perjanjian Tatatertib (Salinan Pelajar) ...............................................................28

Borang Akuan Penerimaan / Penyerahan Bilik ........................................................29-30

Borang Aku Janji Tatatertib Asrama..............................................................................31

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LULUSAN SPM, SIJIL POLITEKNIK DAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI

Page 3: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

3

Butir Diri Pelajar ............................................................................................................32

Borang Rayuan Asrama ..................................................................................................33

Peraturan KAMSIS ................................................................................................... 34-37

BAHAGIAN E : PENDAFTARAN KOKURIKULUM

E-1 Pendaftaran Kokurikulum............................................................................................... 38

BAHAGIAN F : MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR

F-1 Senarai Bantuan Kewangan ........................................................................................... 39

Syarat PTPTN ........................................................................................................... .....39

Kaedah Permohonan PTPTN .................................................................................... 40-43

Permohonan Biasiswa .................................................................................................... 44

BAHAGIAN G : LAMPIRAN

Borang Permohonan Kad Pelajar ................................................................................... 45

Kad Pelajar Sementara ................................................................................................... 46

Borang Aku Janji pelajar POLIMAS .........................................................................47-49

Borang Soal Selidik Minggu MSK ................................................................................50

Peta Kawasan Berhampiran POLIMAS..........................................................................51

Page 4: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

4

Assalamualaikum w.r.t dan salam sejahtera,

Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara/i dari warga

POLIMAS kerana telah berjaya ditawarkan tempat pengajian di

politeknik bagi sesi ini. Kami warga POLIMAS berharap agar

saudara/i akan menghargai peluang ini untuk menempa

kecemerlangan yang berterusan. Kami berharap saudara/i akan

sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi

kecemerlangan dalam kursus masing-masing bertetapan dengan misi

politeknik menghasilkan tenaga kerja separa professional berkualiti bagi menampung

keperluan industri.

Saudara, saudari sekalian,

Tahniah sekali lagi kerana terpilih daripada puluhan ribu pemohon yang lain untuk memasuki

politeknik. Kesyukuran dan keazaman perlulah berterusan jika saudara/i inginkan kejayaan

yang pasti menjaminkan kesejahteraan masa depan. Harapan ayah bonda, keluarga dan juga

harapan kami di POLIMAS adalah untuk melihat saudara/i memperolehi pengetahuan dan

keputusan cemerlang di akhir pengajian sebagai tanda kejayaan. Ingatlah wajah ayah bonda

yang tanpa jemu memastikan anaknya menjadi insan berguna. Oleh itu, jadikanlah jasa baik,

kasih sayang dan budi yang dicurahkan sebagai pendorong untuk saudara/i terus cemerlang.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan saudara/i agar membaca dengan

teliti dan patuhilah segala arahan dalam buku panduan ini. Pastikan semua persediaan

disediakan dengan sempurna. Pastikan semua dokumen yang diperlukan seperti dokumen asal

dan salinan dokumen yang disahkan, gambar berukuran passport, begitu juga dengan

pembayaran yuran pengajian dan bayaran pendaftaran. Lakukanlah tindakan awal bagi

memastikan kehendak berkenaan dipenuhi. Kerjasama dan jasa baik saudara/i mematuhi

arahan akan membantu kelancaran sistem pendaftaran.

Untuk pengetahuan bakal pelajar sekalian, POLIMAS telah pun dianugerahkan dengan Sijil

Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 : 2008 dan pensijilan semula daripada SIRIM QAS

International. Seiring dengan penjenamaan semula POLITEKNIK jelas menunjukkan

pendidikan yang ada di politeknik adalah pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, berusahalah

menggapai kecemerlangan bersama POLITEKNIK.

Wahai pewaris ilmu buktikan kata-kata ini,

“Imej membentuk personaliti, personaliti mencerminkan disiplin, disiplin menentukan akal,

akal mempengaruhi tingkah laku, tingkah laku cemerlang menentukan akal yang cemerlang”

Sekian, selamat mendaftar.

Lt. Kol. Bersekutu (PA) Bakri Bin Baharom

b.p: Pengarah POLIMAS

UCAPAN TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Page 5: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

5

Perhatian: Sila lakukan semakan dan bayaran sebelum hadir mendaftar. Kegagalan anda mendaftar online seperti yang

diarahkan boleh dianggap sebagai menolak tawaran.

PROSES DAFTAR DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

(POLIMAS) JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

SEMAK STATUS PENDAFTARAN DI LAMAN WEB PENDAFTARAN ONLINE PELAJAR

http://spmp.polimas.edu.my/daftar/ a) Semak Status Pendaftaran anda Layak Mendaftar b) Semak Jumlah Bayaran yang perlu dijelaskan. Bayaran hendaklah dilakukan

segera sebelum pendaftaran online.

PEMBAYARAN YURAN DI BANK ISLAM. Sila ikut kaedah bayaran yang ditetapkan.

SILA LAKUKAN BAYARAN SEBELUM DAFTAR ONLINE. AMARAN: BAYAR JUMLAH YANG TERTERA DI SLIP JUMLAH BAYARAN

SAHAJA.

DAFTAR ONLINE Selepas 24 jam Bayaran dilakukan. Sila lakukan pendaftaran online di

laman http://spmp.polimas.edu.my/daftar/

SELESAI ONLINE

Cetak Slip Pengesahan Pendaftaran

Bersedia untuk Sah Hadir Daftar Cetak & Lengkapkan Borang HEP 1-HEP 6.

Rujuk Senarai Semak Pendaftaran di Buku Panduan Pendaftaran

Page 6: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

6

Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar proses pendaftaran anda sebagai pelajar di politeknik ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Latar Belakang Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

(POLIMAS)

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah (POLIMAS) merupakan salah satu daripada politeknik yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah program pendidikan teknik dan vokasional. Ia bertujuan untuk melatih para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi memenuhi permintaan tenaga kerja profesional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. Kini semua politeknik yang sedang dan akan beroperasi diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Logo pertama

Logo kedua

Politeknik ke 4 di Malaysia ini telah ditubuhkan pada bulan Februari 1984. Pada masa itu ia dikenali sebagai Politeknik Alor Setar (POAR) yang menggunakan kemudahan-kemudahan di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional di Alor Setar. Operasi pengurusan kemudiannya dipindahkan ke kampus tetap di Bandar Baru Darulaman, Jitra dan dirasmikan pada 23 Mac 1989 oleh KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah

Darulaman.

Pada peringkat awal penubuhannya, POLIMAS mengambil 120 orang pelajar sahaja. Kini POLIMAS menawarkan lebih 29 kursus pada peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, perdagangan dan teknologi maklumat untuk lulusan SPM, lulusan sijil politeknik dan lulusan sijil Kolej Komuniti. Sejak penubuhannya, POLIMAS telah berjaya mengeluarkan lebih 20,000 orang graduan. Mulai 1989, sistem semester mula diperkenalkan di POLIMAS dengan pengambilan dua kali setahun.

Visi POLIMAS

Logo sekarang

Menjadi institusi kecemerlangan TVET yang sejajar dengan keperluan industri

Misi POLIMAS

Menyediakan akses kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf bagi melahirkan modal insan yang holistik,berdaya keusahawanan serta berdaya saing sejajar keperluan industri di peringkat glokal

BAHAGIAN A MAKLUMAT AM

Page 7: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

7

Bagaimana ke Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) ?

Anda boleh menuju dengan mudah ke POLIMAS dengan berpandukan kepada pelan lokasi di bawah :

Rajah A-1 :Pelan lokasi POLIMAS

Page 8: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

8

Apakah program pengajian yang ditawarkan Politeknik

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) ?

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah atau singkatannya POLIMAS, merupakan politeknik ketiga yang dibangunkan. POLIMAS merupakan institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian ke peringat diploma bagi pelajar-pelajar lepasan SPM, pelajar lepasan Sijil Politeknik dan pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti.

POLIMAS menawarkan pelbagai program pengajian sepenuh masa mengikut jabatan

akademik masing-masing. Berikut adalah jabatan akademik yang terdapat di POLIMAS berserta program pengajian yang ditawarkan. POLIMAS mempunyai lima jabatan akademik iaitu (i) Jabatan Kejuruteraan Awam, (ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, (iii) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, (iv) Jabatan Perdagangan dan (v) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Jabatan Kejuruteraan Awam menawarkan lima program pengajian diploma sepenuh masa

termasuk ; (i) Diploma Kejuruteraan Awam (ii) Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (iii) Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah (iv) Diploma Seni Bina (v) Diploma Ukur Bahan

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menawarkan lima program pengajian diploma sepenuh

masa: (i) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (ii) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) (iii) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) (iv) Diploma Kejuruteraan Mekatronik

Jabatan Kejuruteraan Elektrik menawarkan dua program pengajian diploma sepenuh

masa: (i) Diploma Kejuruteraan Elektronik (ii) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (iii) Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Jabatan Perdagangan menawarkan dua program pengajian diploma sepenuh masa: (i) Diploma Akauntansi (ii) Diploma Pemasaran

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi menawarkan satu program pengajian

diploma sepenuh masa: (i) Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

Page 9: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

9

B. 1. TARIKH PENGESAHAN HADIR DAFTAR PELAJAR LEPASAN SPM

Tahniah diucapkan kepada semua bakal pelajar program diploma Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah (POLIMAS).

Anda dinasihatkan membaca maklumat dan arahan di lampiran ini dengan teliti supaya semua urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar.

TARIKH PENGESAHAN HADIR DAFTAR PELAJAR LEPASAN SPM

Kepada semua pelajar yang ditawarkan asrama atau tanpa asrama, anda dikehendaki hadir mendaftar secara rasmi pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh Daftar : 20 NOVEMBER 2017 (ISNIN) Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Sri Mas, POLIMAS

Sebelum hadir mendaftar, anda perlu melakukan pendaftaran online di halaman

pendaftaran online POLIMAS seperti berikut http://spmp.polimas.edu.my/daftar/

Semua pelajar diwajibkan mengikuti Minggu Suai Kenal (MSK) yang akan bermula

20 - 23 NOVEMBER 2017.

Untuk perhatian semua calon dan ibubapa, semua jenis bayaran yang telah dibayar, tidak dibenarkan dituntut.

BAHAGIAN B ATURAN PENDAFTARAN PELAJAR

Page 10: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

10

B. 2. TARIKH PENGESAHAN HADIR DAFTAR PELAJAR LEPASAN SIJIL

Kepada semua pelajar lepasan Sijil Politeknik dan lepasan Sijil Kolej Komuniti yang ditawarkan asrama atau tanpa asrama, anda dikehendaki hadir mendaftar secara rasmi pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh Daftar : 20 NOVEMBER 2017 (ISNIN) Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Sri Mas, POLIMAS

Sebelum hadir mendaftar, anda perlu melakukan pendaftaran online di halaman

pendaftaran online POLIMAS seperti berikut http://spmp.polimas.edu.my/daftar/

Untuk perhatian semua calon dan ibubapa, semua jenis bayaran yang telah dibayar, tidak dibenarkan dituntut.

Page 11: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

11

B.3. BAYARAN YURAN KEMASUKAN

Sila semak di http://spmp.polimas.edu.my/daftar/ untuk mengetahui jumlah bayaran yang perlu dibayar.

Untuk perhatian semua calon dan ibubapa, semua jenis bayaran yang telah dibayar, tidak dibenarkan dituntut.

B - 3.1 Cara Bayaran Yuran

(i) Bayaran hendaklah dilakukan di BANK ISLAM sahaja.

(ii) YURAN PENGAJIAN hanya dibayar melalui Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine).

Pilih Menu YURAN IPT, Bayaran kepada POLITEKNIK KPT dan Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar.

(iii) YURAN ASRAMA hanya perlu dibayar sekiranya telah

ditawarkan sahaja. Bayar yuran Asrama menggunakan slip berasingan melalui Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine) .

Pilih Menu YURAN IPT, Bayaran kepada POLITEKNIK KPT dan Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar.

(iv) BAYARAN PENDAFTARAN hanya boleh dibayar melalui kaunter Bank Islam. Bayaran atas nama KOPERASI POLIMAS KEDAH BERHAD.

(v) PERHATIAN PENTING SILA PASTIKAN SLIP PEMBAYARAN

ANDA DIBUAT SALINAN SEBAGAI SIMPANAN. PIHAK POLIMAS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KECUAIAN KEHILANGAN SLIP PEMBAYARAN YURAN.

Page 12: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

12

B.4. PENDAFTARAN ONLINE

B-4.1 Cara Pendaftaran Online 1) Layari halaman http://spmp.polimas.edu.my/daftar

2) Seterusnya ikuti langkah yang ditunjukkan di bawah;

Page 13: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

13

1. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar. Pastikan anda telah menghantar Borang Jawapan Setuju Terima Tawaran ke POLIMAS.

2. Klik Maklumat AM untuk cetak BUKU PANDUAN MENDAFTAR.

3. Klik Maklumat Bayaran untuk semak jumlah bayaran yang perlu dibayar. Slip ini juga perlu disimpan untuk tujuan pengeluaran KWSP oleh waris atau pelajar.

4. Setalah anda lakukan bayaran di Bank Islam, selepas 24 jam dari tempoh bayaran tersebut, anda boleh semak bayaran yang dilakukan . Klik SEMAK STATUS BAYARAN untuk semak.

Page 14: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

14

5. Klik SEMAK SEMULA DAN CETAK SLIP dan pastikan Nama, No. Kad Pengenalan dan No. Pendaftaran anda betul.

6. Klik CETAK SLIP. Sila bawa Slip Pengesahan Pendaftaran Pelajar Baru semasa mendaftar di POLIMAS. Bawa bersama Dokumen Asal seperti Sijil SPM, Kad Pengenalan dan Surat Tawaran yang diperlukan.

Maklumat no. pendaftaran

pelajar

Klik Cetak Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar Baru

Secara Atas Talian (Online)

Sila hadir untuk melapor diri mengikut tarikh dan masa

seperti yang ditetapkan.

Maklumat no bilik asrama (dipaparkan hanya untuk pelajar yang ditawarkan

asrama sahaja)

Sila gunting bahagian ini untuk diserahkan kepada Koperasi semasa mengambil barang Minggu Suai Kenal

(MSK).

Page 15: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

15

Nota : 1. Bagi pelajar yang telah mendapat bantuan kewangan dari mana-mana penaja seperti

Majlis Agama Islam Negeri, Pusat Pungutan Zakat, Angkatan Tentera Malaysia, atau

seumpamanya, sila sertakan surat tajaan dari Pusat Bantuan. Jika tiada surat tajaan,

anda perlu membuat bayaran yuran seperti arahan tersebut.

2. Jika pembayaran tidak dilakukan, pendaftaran online tidak boleh diproses.

3. Bantuan kewangan hendaklah dituntut selepas 1 Disember. Bayaran Bantuan akan

dibayar semula melalui cek atas nama pelajar.

4. Surat Pengesahan bagi tujuan Tuntutan KWSP hendaklah dituntut selepas 5

HARI BEKERJA. Borang hendaklah diambil di Pejabat KWSP. Lengkapkan

Borang dengan jelas dan sempurna. Makluman semua , Tuntutan KWSP boleh

dibuat sepanjang tahun semasa pengajian.

5. Semasa membuat tuntutan bantuan kewangan anda, sila sertakan salinan berikut:

a. Salinan Surat bantuan kewangan

b. Salinan slip bayaran yuran yang telah dijelaskan

c. Salinan kad pengenalan

Page 16: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

16

SENARAI SEMAK SEBELUM HARI PENDAFTARAN

Sebagai panduan kepada anda, sila semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya

perkara- perkara berikut telah disediakan sebelum hadir mendaftar di POLIMAS : Sila susun semua dokumen mengikut turutan yang disediakan.

DOKUMEN ASAL YANG PERLU DITUNJUKKAN DI KAUNTER SAH HADIR DAFTAR PADA 20 NOVEMBER 2017

1. Kad Pengenalan

2. Surat Tawaran ke Politeknik

3. Sijil SPM (Bagi Lulusan SPM sahaja)

4. Sijil berhenti sekolah ( Bagi Lulusan SPM sahaja)

5. Transkrip Peperiksaan Politeknik ( bagi lulusan Sijil Politeknik sahaja)

6. Transkrip Peperiksaan Kolej Komuniti (bagi lulusan Kolej Komuniti sahaja)

7. Transkrip Peperiksaan Matrikulasi (bagi lulusan Kolej Komuniti sahaja)

8. Slip Pendaftaran online dicetak 9. Kad Pelajar Sementara (siap dipakai)

DOKUMEN DISERAHKAN SEMASA SLOT TAKLIMAT BERSAMA JABATAN AKADEMIK

BORANG HEP 1-6

Borang yang lengkap diisi dan susun dokumen mengikut turutan. Serahan dokumen ini akan dilakukan secara berkumpulan mengikut jabatan akademik masing-masing di Dewan Kuliah yang ditetapkan semasa Minggu Suai Kenal (MSK).

1. HEP1 (Borang Maklumat Peribadi Pelajar) Lengkapkan

2.. HEP2 (Laporan Pemeriksaan Doktor) Lengkapkan

3. HEP3 (Kebenaran Ibubapa/ Penjaga untuk Rawatan Pembedahan) Lengkapkan

4. HEP4 (Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung) Lengkapkan

5. HEP5 (Akuan Pelajar dan Akuan Ibubapa/Penjaga) Lengkapkan

6. HEP6 (Aku Janji Pelajar) Lengkapkan Kecuali Bahagian Saksi

7. Salinan Slip BANK ISLAM (bank-in slip) bagi bayaran (jika bermasalah bayaran); Yuran Pengajian

Yuran Pendaftaran

8. 2 keping gambar warna terbaru ukuran pasport

(sila pastikan anda menulis Nama, No. Kad Pengenalan dan No. Pendaftaran di belakang setiap gambar. Gambar mestilah mengikut saiz yang ditetapkan)

Page 17: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

17

BORANG PERMOHONAN KAD PELAJAR Borang yang lengkap diisi dan susun dokumen mengikut turutan. Dokumen perlu diserahkan bersama borang HEP. Permohonan Kad Pelajar ini perlu diserahkan setelah semua dokumen HEP anda lengkap diserahkan.

1. Borang Permohonan Kad Pelajar POLIMAS

(Isikan butiran Nama, No Kad Pengenalan dan No. Pendaftaran dengan jelas dan mudah dibaca.) 2. 1 keping gambar yang lengkap ditulis No. Kad Pengenalan dan No pendaftaran

(Gambar hendaklah diklip sahaja. Jangan gunakan stapler atau alat tajam lain yang boleh merosakkan gambar. No kad pengenalan dan No pendaftaran ditulis dibelakang gambar. )

PENDAFTARAN ASRAMA (KAMSIS) JIKA DITAWARKAN SAHAJA Serahkan di Pejabat Asrama setelah menerima kunci bilik.

1. Borang Pendaftaran KAMSIS. Lengkapkan serta gambar.

2. Borang Perjanjian Tatatertib (Salinan KAMSIS). Lengkapkan.

3. Borang Akuan Penerimaan / Penyerahan Bilik. Lengkapkan.

Page 18: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

18

Pengesahan Kehadiran Pelajar oleh Pegawai Bertugas.

Pastikan Slip Daftar Online dan Surat Tawaran anda dicop HADIR DAFTAR

PADA 20 NOVEMBER 2017

TERIMA KUNCI BILIK DAN BERGERAK KE ASRAMA (KAMSIS)

Bagi Pelajar Tidak Ditawarkan ASRAMA (KAMSIS) sila : Check in Asrama pada jam 12.00 tengahari di Pejabat Asrama

PROSES PENDAFTARAN Proses Pendaftaran akan berlangsung seperti jadual di bawah. Sila patuhi arahan supaya proses pendaftaran pelajar berlangsung dengan lancar.

Jadual 1 : Proses Pendaftaran Pelajar

KAUNTER SAH HADIR DAFTAR

Mendaftar Mengikut Nombor Blok Kediaman di Slip Pendaftaran Online Cth : A101 adalah Blok A, Paras 1, No.Bilik 01

Hanya Tunjukkan Bukti Dokumen Asal Berikut:

1- SLIP DAFTAR ONLINE 2-KAD PENGENALAN,

3-SURAT TAWARAN POLITEKNIK, 4-SLIP KEPUTUSAN SPM

5-SIJIL BERHENTI SEKOLAH

SELESAI DAFTAR

Page 19: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

19

RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR

Semua pelajar POLIMAS adalah tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta 174) dan pindaan-pindaannya serta semua kaedah, peraturan dan arahan-arahan bertulis berhubung dengan tatatertib sebagai seorang pelajar politeknik.

Oleh yang demikian, semasa mendaftar semua pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika rupa diri di hari pendaftaran sebagaimana berikut:

a. Pakaian Pelajar Lelaki

Memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah.

Bertali leher – pastikan tidak mempunyai corak atau gambar yang tidak wajar dan keterlaluan.

Berseluar panjang jenis ‘slack’ berwarna gelap – seluar jeans dan denim tidak dibenarkan.

Bertali pinggang biasa berwarna hitam – pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar.

Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju „T‟ tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

b. Kasut Pelajar Lelaki

Berwarna gelap dan bertutup penuh.

Memakai sarung kaki dengan sempurna.

Kasut sukan tidak dibenarkan.

c. Rambut Pelajar Lelaki

Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan atau mengikut potongan fesyen rambut tertentu. belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.

d. Aksesori Lelaki

Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan sama sekali.

e. Pakaian Pelajar Perempuan

Berbaju kurung pesak; Bertudung berwarna cerah dan melebihi paras bahu.

Pelajar perempuan bukan Islam bolehlah memakai baju kemeja berwarna cerah dipadankan dengan kain atau seluar slack berwarna gelap.

Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju „T‟ tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan yang sensitif adalah tidak dibenarkan sama sekali.

f. Kasut Pelajar Perempuan

Berwarna gelap dan bertutup penuh.

Memakai sarung kaki dengan sempurna.

Kasut bertumit tinggi dan kasut sukan tidak dibenarkan.

g. Rambut Pelajar Perempuan (Bukan Islam)

Kemas sama ada diikat atau dengan cara yang seumpama dengannya dan tidak diwarnakan serta tidak berfesyen sosial.

Page 20: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

20

MAKLUMAT LAIN BERKAITAN

a. Semua ibubapa / penjaga diminta mengikut semua tanda arah yang disediakan untuk melancarkan lalulintas (sekiranya membawa kenderaan).

b. Hanya pelajar yang dibenarkan berada di kawasan pendaftaran.

c. Taklimat ibubapa akan diadakan di Dewan Kuliah 1 pada jam 9.30 hingga 10.45 pagi, oleh itu

semua ibubapa/penjaga dijemput untuk menghadiri taklimat berkenaan.

d. Kenderaan hendaklah diletakkan di kawasan yang telah disediakan. Dilarang meletak kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan.

e. Semua kenderaan yang membawa pelajar tidak dibenarkan sama sekali berada atau diletakkan berdekatan dengan kawasan asrama dan hendaklah diletakkan di kawasan tempat letak kereta yang telah disediakan.

MINGGU SUAI KENAL (MSK)

Minggu Suai Kenal (MSK) akan berlangsung pada 20 - 23 NOVEMBER 2017. MSK bertujuan memberikan

segala maklumat dan penerangan tentang perkara-perkara yang sewajarnya diketahui oleh semua bakal pelajar POLIMAS sebelum meneruskan pengajian. Sehubungan itu, bagi memastikan MSK kali ini berjalan lancar, semua pelajar diminta untuk mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

(1) MSK dimestikan kepada semua pelajar baharu SPM. Tidak termasuk pelajar program diploma

lulusan Sijil Politeknik, lulusan Sijil Kolej Komuniti dan lulusan Matrikulasi.

(2) Semasa Minggu Suai Kenal, semua pelajar dimestikan tinggal di ASRAMA (KAMSIS), POLIMAS. Pelajar- pelajar yang tidak ditawarkan asrama akan ditempatkan secara sementara di KAMSIS POLIMAS sehingga selesai Minggu Suai Kenal. Pelajar-pelajar ini boleh menguruskan tempat penginapan seperti rumah sewa selepas sesi pendaftaran rasmi dan dikehendaki melapor diri di KAMSIS sebelum jam 5.30 petang. Pelajar yang mengalami masalah penempatan asrama/rumah sewa akan dibantu semasa Minggu Suai Kenal (MSK).

(3) Pelajar yang tidak ditawarkan asrama semasa Minggu Suai Kenal hendaklah membawa

peralatan tambahan seperti bantal, totto, selimut dan lain-lain keperluan asas.

(4) Sila pastikan anda membawa peralatan persendirian secukupnya semasa program MSK akan diisi dengan taklimat, ceramah dan aktiviti riadah. Pakaian sukan diperlukan semasa aktiviti riadah.

(5) Kehadiran semua pelajar akan direkodkan sepanjang program MSK berlangsung.

Page 21: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

21

Kepada semua pelajar baharu Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah (POLIMAS) hendaklah mencetak borang HEP 1 hingga HEP 6

Panduan mengisi Borang HEP 1 - Borang HEP 6

(i) BORANG HEP 1 (Maklumat Peribadi Pelajar)

Penuhkan maklumat dan no. telefon waris dengan lengkap.

(ii) BORANG HEP 2 ( Laporan Pemeriksaan Doktor) - Pemeriksaan boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta - Xray tidak perlu dibawa pada hari pendaftaran. Hanya Laporan Xray diperlukan. - Borang mestilah lengkap ditandatangi oleh pelajar dan doktor.

(iii) BORANG HEP 3 (Kebenaran Ibubapa/Penjaga Untuk Pembedahan) - Lengkapkan semua butiran - Lengkap dengan tandatangan saksi yang layak

(kakitangan Kerajaan Kumpulan A, Pengetua Sekolah Menengah, Guru Besar Sekolah Rendah, penghulu atau wakil rakyat)

(iv) BORANG HEP 4 ( Ikrar dan Pengakuan Lepas Tanggung) - Lengkapkan dengan tandatangan pelajar - Lengkap dengan pengesahan ibu/ bapa/ penjaga - Lengkap dengan tandatangan saksi yang layak

(kakitangan Kerajaan Kumpulan A, Pengetua Sekolah Menengah, Guru Besar Sekolah Rendah, penghulu atau wakil rakyat)

(v) BORANG HEP 5 ( Akuan Pelajar) - Lengkap dengan tandatangan pelajar - Lengkap dengan tandatangan saksi

(vi) BORANG HEP 6 ( Aku Janji Pelajar) - Lengkap dengan tandatangan pelajar - Lengkap dengan tandatangan saksi

BAHAGIAN c BORANG PENDAFTARAN PELAJAR

Page 22: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

22

Serahan Borang HEP 1 hingga Borang HEP 6

(i) Serahan Borang HEP 1 hingga HEP 6 akan dilakukan secara berkumpulan mengikut jabatan akademik masing-masing bersama Pegawai Hal Ehawal Pelajar yang dilantik.

(ii) Borang HEP 1 hingga 6 hendaklah diserahkan kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar di Dewan Kuliah yang telah ditetapkan mengikut jabatan akedemik masing-masing.

(iii) Fail Peribadi Pelajar akan diedarkan kepada pelajar. (iv) Pelajar hendaklah masukkan semua dokumen HEP 1 hingga HEP 6 ke dalam Fail Peribadi Pelajar. (v) Fail Peribadi hendaklah di lengkapkan dengan maklumat Nama, No. Kad Pengenalan, No.

Pendaftaran dan gambar.

******************************** ************************************************

********************************

Page 23: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

23

PERHATIAN : Borang pendaftaran hendaklah diisi setelah ditawarkan asrama sahaja. Rujuk Jumlah Bayaran yang dikenakan semasa menyemak di http://spmp.polimas.edu.my/daftar/ . Jika bayaran ASRAMA dipamerkan RM60.00 bermakna pelajar telah ditawarkan Asrama.

Tawaran asrama adalah terhad. Pelajar yang tidak ditawarkan asrama akan ditempatkan di penempatan luar sekitar POLIMAS. Urusan penempatan luar ini akan diuruskan oleh Pegawai Penempatan Luar. Pelajar akan dibantu untuk penempatan luar semasa Minggu Suai Kenal (MSK).

Jika anda ditawarkan asrama/Kamsis POLIMAS, maka anda ditawarkan tempat untuk tinggal di asrama/Kamsis Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) bagi satu (1) semester [semester pertama]. Tawaran ini adalah tertakluk kepada kesediaan dan kesanggupan anda mematuhi syarat dan peraturan Kamsis yang berkuatkuasa. (sila rujuk Peraturan Kamsis POLIMAS).

URUSAN SEMASA PENDAFTARAN MASUK ASRAMA/KAMSIS :

1. Menyerahkan dokumen berikut kepada petugas kaunter pendaftaran masuk asrama :

(i) Surat Pengesahan Pendaftaran Asrama. (ii) Borang Pendaftaran Kamsis DISEMBER 2017 yang disempurnakan (iii) Borang Perjanjian Tatatertib Asrama yang disempurnakan

(iv) Salinan resit pembayaran Yuran Asrama dan Yuran Pelbagai

2. Mengambil kunci bilik asrama setelah semua dokumen disahkan benar oleh petugas kaunter pendaftaran masuk asrama.

3. Urusan pendaftaran masuk asrama selesai/tamat. (pelajar boleh terus masuk ke bilik asrama yang ditetapkan).

BARANG KEPERLUAN YANG PERLU DI BAWA :

Anda yang menerima tawaran untuk tinggal di asrama/Kamsis POLIMAS dipinta menyediakan barangan keperluan yang perlu di bawa sendiri seperti berikut :

1. Sebiji Bantal tidur. 2. Sehelai kain selimut. 3. Sarung Bantal dan Cadar Bujang ‘fitted’. 4. Sarung Tilam berukuran 6’6” x 3’6” x 4.6”.

5. Pakaian Sukan (kasut sukan, seluar trek dan baju-T berkolar).

BAHAGIAN D PENDAFTARAN ASRAMA (KAMSIS) (HANYA UNTUK PELAJAR YANG TELAH DITAWARKAN ASRAMA)

Page 24: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

24

6. Sepasang Baju Melayu berwarna bebas (lengkap dan bersampin) dan songkok Hitam (pelajar lelaki muslim sahaja).

7. Sepasang Baju Kurung Pesak berwarna bebas, bertudung berwarna cerah dan melebihi paras bahu (pelajar perempuan muslim sahaja).

8. Pakaian harian secukupnya untuk ke kuliah (jeans dan pakaian ketat tidak

dibenarkan – rujuk Bahagian Rupa Diri Pelajar).

9. Pakaian yang sesuai untuk solat di surau/masjid (pelajar muslim sahaja).

10. Barangan keperluan peribadi seperti baldi, tuala, sabun mandi, sabun basuh kain,

ubat gigi dan lain-lain.

*Nota : Item No. 3 dan Item No. 10 ada dijual di Kedai Koperasi POLIMAS dan

anda boleh melaksanakan urusan pembelian pada hari pendaftaran masuk asrama.

Sila ambil perhatian, barangan berikut adalah dilarang di bawa masuk ke asrama/Kamsis :

1. Alat merbahaya dan benda tajam seperti pisau, besi, panah, senjata, bahan

letupan, mercun dan seumpamanya.

2. Alatan elektrik/elektronik seperti periuk nasi, heater, televisyen, peti sejuk, peralatan audio video dan pengering rambut (hair dryer).

3. Semua alatan atau peralatan memasak.

4. Semua alatan atau peralatan muzik.

5. Rokok, arak, pil khayal, dadah dan bahan seumpamanya.

6. Bahan lucah sama ada dalam bentuk media cetak atau elektronik termasuk di dalam telefon bimbit atau komputer laptop.

Sekiranya anda mempunyai kemusykilan tentang kemudahan Kamsis, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berkenaan :

1. Pengurus Asrama (04-9146159).

2. Penyelia Kanan Kamsis (04-9146161).

3. Pejabat Unit Pengurusan Asrama/Kamsis (04-9146162).

Rujuk Lampiran Peraturan KAMSIS POLIMAS

Page 25: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

25

Lampiran 2 Borang PK-PS-15(2)

BORANG PENDAFTARAN

KAMSIS

No. Bilik

Sesi DIS 2017

MAKLUMAT PELAJAR (SILA TULIS DENGAN HURUF BESAR)

NAMA PENUH

JANTINA L P

NO. K/P UMUR

Lekatkan Gambar Terkini

bersaiz passport

NO. PEND. SEMESTER

KURSUS D I P .

BANGSA AGAMA

ALAMAT RUMAH

POSKOD BANDAR

NEGERI

NO. TEL (R) - NO.TEL (H/P) -

SEKOLAH TERAKHIR

KEPUTUSAN SPM/V

MAKLUMAT WARIS / PENJAGA (SILA TULIS DENGAN HURUF BESAR)

NAMA PENUH

HUBUNGAN

ALAMAT RUMAH

POSKOD

BANDAR NEGERI

NO. TEL (R) - NO.TEL (H/P) -

PEKERJAAN NO.TEL (Pej.)

PENDAPATAN BULANAN BIL. TANGGUNGAN

MAKLUMAT PEMBAYARAN

YURAN NO. RESIT TARIKH

TANDATANGAN PELAJAR TARIKH :

Page 26: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

26

BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN Bagi Ibu/Bapa/Penjaga yang tiada Penyata Gaji/Bekerja Sendiri

( Diisi oleh Ibu/Bapa/Penjaga )

KEPADA : KETUA UNIT KOLEJ KEDIAMAN, POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH, BANDAR DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

1. MAKLUMAT DIRI PELAJAR

NAMA PENUH :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. KAD MATRIK :

2. MAKLUMAT BAPA/PENJAGA 3. MAKLUMAT IBU/ISTERI PENJAGA

NAMA : __________________________________

__________________________________

NO. KP : _________________________________

PERTALIAN : _____________________________

PEKERJAAN : ____________________________

PENDAPATAN : RM______________ sebulan.

Dengan ini saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan di atas adalah benar menurut Akta Berkanun 1960.

__________________________

(Tandatangan Bapa/Penjaga)

Tarikh :

NAMA : __________________________________

__________________________________

NO. KP : _________________________________

PERTALIAN : _____________________________

PEKERJAAN : ____________________________

PENDAPATAN : RM______________ sebulan.

Dengan ini saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan di atas adalah benar menurut Akta Berkanun 1960.

____________________________ (Tandatangan Ibu/Isteri Penjaga)

Tarikh :

4. PENGESAHAN*

_______________________

( Tandatangan dan Cop Rasmi )

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

*PERHATIAN ; PENGESAHAN hanya boleh dibuat sama ada oleh Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A), Pengamal Undang-undang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Pengetua, Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja), Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, Imam, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim yang Bertauliah. Pengesahan daripada Pensyarah / Penasihat Akademik POLIMAS adalah tidak diterima.

Page 27: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

27

No. Bilik :

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH

Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman

BORANG PERJANJIAN TATATERTIB ASRAMA ( salinan Kamsis )

1. Saya* ___________________________________________________________________________, No. Kad Pengenalan _________________________________________ dengan ini berjanji dengan pihak berkuasa Kamsis bahawa sebagai pelajar yang berdaftar menetap di Kamsis Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah (POLIMAS), saya :

(i) Akan mematuhi semua peraturan dalam Akta 174 - Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan

semua peraturan Kamsis POLIMAS yang berkuatkuasa dan lain-lain arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kamsis POLIMAS dan pihak pengurusan POLIMAS.

(ii) Akan sentiasa bersikap dan berkelakuan baik serta berbudi pekerti tinggi pada bila-bila masa semasa saya berdaftar sebagai pelajar menetap di Kamsis POLIMAS, dan

(iii) Dengan rela hati menerima sebarang tindakan tatatertib ke atas diri saya sekiranya saya gagal memenuhi perjanjian yang saya buat seperti di (i) dan (ii) di atas dengan pihak berkuasa Kamsis.

Tandatangan Pelajar : ………….................…………….. Tarikh : _______________

2. Saya* ___________________________________________________________________________, No. Kad Pengenalan __________________________________________ sebagai waris/penjaga kepada pelajar yang bernama seperti di atas dengan ini memberi jaminan kepada pihak berkuasa Kamsis bahawa pelajar yang bernama seperti diatas :

(i) Akan mematuhi semua peraturan dalam Akta 174 - Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan semua peraturan Kamsis POLIMAS yang berkuatkuasa dan lain-lain arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kamsis POLIMAS dan pihak pengurusan POLIMAS.

(ii) Akan sentiasa bersikap dan berkelakuan baik serta berbudi pekerti tinggi pada bila-bila masa semasa beliau berdaftar sebagai pelajar menetap di Kamsis POLIMAS, dan

(iii) Akan menjaga bilik penginapan dan peralatan dalam bilik tersebut berkeadaan baik dan bersih semasa menghuni atau selepas meninggalkan bilik tersebut.

Saya juga membenarkan pihak berkuasa Kamsis POLIMAS dan Pengurusan POLIMAS untuk :

(i) Mengambil sebarang tindakan tatatertib ke atas pelajar yang bernama seperti di atas sekiranya beliau gagal memenuhi perjanjian yang dibuat dengan pihak berkuasa Kamsis seperti di atas.

(ii) Menjalankan ujian air kencing ke atas pelajar bernama seperti di atas pada bila-bila masa sekiranya difikirkan perlu.

(iii) Mengambil tindakan yang perlu ke atas pelajar yang bernama seperti di atas sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan.

(iv) Tidak akan mengambil sebarang tindakan mahkamah jika anak saya dihukum kerana melanggar peraturan dan tatatertib kamsis dan seumpamanya.

3. Saya juga bersetuju untuk menjelaskan sebarang bayaran atau denda kesalahan tatatertib yang dikenakan oleh pihak berkuasa Kamsis POLIMAS / Pengurusan POLIMAS semasa pelajar yang bernama seperti di atas berdaftar menetap di asrama/Kamsis POLIMAS.

Tandatangan Waris/Penjaga : ………………….…………. Tarikh : _______________

* sila tulis dalam huruf besar

Page 28: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

28

No. Pendaf.:

No. Bilik :

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH

Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman

BORANG PERJANJIAN TATATERTIB ASRAMA ( salinan Pelajar )

1. Saya* ___________________________________________________________________________, No. Kad

Pengenalan _________________________________________ dengan ini berjanji dengan pihak berkuasa Kamsis bahawa sebagai pelajar yang berdaftar menetap di Kamsis Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah (POLIMAS), saya :

(i) Akan mematuhi semua peraturan dalam Akta 174 - Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan

semua peraturan Kamsis POLIMAS yang berkuatkuasa dan lain-lain arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kamsis POLIMAS dan pihak pengurusan POLIMAS.

(ii) Akan sentiasa bersikap dan berkelakuan baik serta berbudi pekerti tinggi pada bila-bila masa semasa saya berdaftar sebagai pelajar menetap di Kamsis POLIMAS, dan

(iii) Dengan rela hati menerima sebarang tindakan tatatertib ke atas diri saya sekiranya saya gagal memenuhi perjanjian yang saya buat seperti di (i) dan (ii) di atas dengan pihak berkuasa Kamsis.

Tandatangan Pelajar : ………….................…………….. Tarikh : _______________

2. Saya* ___________________________________________________________________________, No. Kad Pengenalan __________________________________________ sebagai waris/penjaga kepada pelajar yang bernama seperti di atas dengan ini memberi jaminan kepada pihak berkuasa Kamsis bahawa pelajar yang bernama seperti diatas :

(i) Akan mematuhi semua peraturan dalam Akta 174 - Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan semua peraturan Kamsis POLIMAS yang berkuatkuasa dan lain-lain arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kamsis POLIMAS dan pihak pengurusan POLIMAS.

(ii) Akan sentiasa bersikap dan berkelakuan baik serta berbudi pekerti tinggi pada bila-bila masa semasa beliau berdaftar sebagai pelajar menetap di Kamsis POLIMAS, dan

(iii) Akan menjaga bilik penginapan dan peralatan dalam bilik tersebut berkeadaan baik dan bersih semasa menghuni atau selepas meninggalkan bilik tersebut.

Saya juga membenarkan pihak berkuasa Kamsis POLIMAS dan Pengurusan POLIMAS untuk :

(i) Mengambil sebarang tindakan tatatertib ke atas pelajar yang bernama seperti di atas sekiranya beliau gagal memenuhi perjanjian yang dibuat dengan pihak berkuasa Kamsis seperti di atas.

(ii) Menjalankan ujian air kencing ke atas pelajar bernama seperti di atas pada bila-bila masa sekiranya difikirkan perlu.

(iii) Mengambil tindakan yang perlu ke atas pelajar yang bernama seperti di atas sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan.

(iv) Tidak akan mengambil sebarang tindakan mahkamah jika anak saya dihukum kerana melanggar peraturan dan tatatertib kamsis dan seumpamanya.

3. Saya juga bersetuju untuk menjelaskan sebarang bayaran atau denda kesalahan tatatertib yang dikenakan oleh pihak berkuasa Kamsis POLIMAS / Pengurusan POLIMAS semasa pelajar yang bernama seperti di atas berdaftar menetap di asrama/Kamsis POLIMAS.

Tandatangan Waris/Penjaga : ………………….…………. Tarikh : _______________

* sila tulis dalam huruf besar

Page 29: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

29

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH

Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman

BORANG AKUAN PENERIMAAN / PENYERAHAN BILIK

NAMA PENUH :

NO. K/P : UMUR : JANTINA L P

NO. PEND. : SEMESTER : KURSUS

NO. BILIK : - - SESI AKADEMIK :

Saya mengaku bahawa telah menerima bilik dan peralatan yang berada di dalam bilik sebagaimana disenaraikan di bawah dalam keadaan seperti berikut :

Bil Peralatan dan Kelengkapan

Kuantiti (Bil. Item)

SEMASA MENDAFTAR KAMSIS

Sila Tanda (√) Pada Kotak Yang Berkenaan

SEMASA KELUAR KAMSIS

Sila Tanda (√) Pada Kotak Yang Berkenaan

BAIK ROSAK TIADA BAIK ROSAK TIADA

1. Kunci & Tag Kunci

1

2. Katil Bujang 1

3. Tilam 1

4. Kerusi Plastik 1

5. Loker & Meja Studi

1

6. Almari Pakaian 1

7. Langsir 1

8. Lampu Kalimantang

1

9. Kipas Angin Syiling

1

10. Soket Elektrik 1

Page 30: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

30

BORANG AKUAN PENERIMAAN / PENYERAHAN BILIK

(1) PENGAKUAN PENERIMAAN BILIK (semasa pendaftaran masuk asrama) Sebarang kerosakan / kecacatan / kehilangan / kekotoran yang didapati semasa penerimaan bilik asrama ini telah dicatatkan dalam ruang kualiti. Adalah menjadi tanggungjawab saya bahawa sekiranya keadaan bilik asrama ini dan peralatan di dalam bilik ini rosak, cacat atau kurang bilangannya semasa menghuni atau selepas saya meninggalkan bilik asrama ini ataupun selepas membuat pendaftaran keluar asrama, maka saya mengaku dan bersedia untuk membayar gantirugi ataupun dikenakan tindakan tatatertib ke atas sebarang kerosakan atau kecacatan yang dilakukan. Tandatangan Penghuni Bilik Asrama No. _____________ …………………………….....................................…….. Tarikh : ……………………………. (Nama Penuh : ) (No. Pend. POLIMAS : ) (2) PENGAKUAN PENYERAHAN BILIK (semasa pendaftaran keluar asrama) Saya mengaku dengan ini menyerahkan kembali bilik asrama ini beserta peralatan di dalam bilik ini dalam keadaan bersih, sempurna dan mencukupi bilangannya. Saya mengaku dan berjanji akan MEMBAYAR GANTI RUGI atau DIAMBIL TINDAKAN TATATERTIB ke atas segala kerosakan atau kecacatan yang berlaku dalam bilik asrama ini sekiranya telah dikesan oleh pihak berkuasa Kamsis akan kerosakan dan kecacatan tersebut selepas saya membuat pendaftaran keluar asrama. Tandatangan Penghuni Bilik Asrama No. _____________ …………………………….....................................…….. Tarikh : ……………………………. (Nama Penuh : ) (No. Pend. POLIMAS : ) ULASAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN BILIK Adalah disahkan bahawa bilik ini telah diperiksa dan didapati ianya dalam keadaan bersih dan kemas Disemak Oleh, Disahkan Oleh, _______________________ ________________________ (JPKK PARAS) (FELO PARAS) Tarikh : Tarikh : PENGESAHAN PENDAFTARAN KELUAR OLEH PEJABAT PENGURUSAN ASRAMA Adalah disahkan semua item/peralatan di atas dalam keadaan baik dan boleh digunakan Disemak Oleh, Disahkan Oleh, _________________________________ _________________________________ (Tandatangan dan Cop Penyelia Asrama) (Tandatangan dan Cop Pengurus Asrama ) Tarikh : Tarikh :

Page 31: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

31

ASRAMA POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

AKUJANJI TATATERTIB

Nama :_________________________________________________Jantina :__________________

Alamat surat menyurat : ____________________________________________________________

________________________________________________________________________________

Negeri Asal : ____________________________________________ Tarikh Lahir :______________

Nombor Kad Pengenalan : _________________________________ Tempat Lahir :_____________

Nama Waris Terdekat :______________________________________________

Hubungan Dengan Waris :___________________________________________

Nombor Telefon Waris : _____________________________________________

LAFAZ PERJANJIAN

Saya__________________________________________________________dengan ini mengaku dan

bersetuju akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang Asrama Politeknik Sultan Abdul

Halim Muadzam Shah (POLIMAS) termasuk semua pindaan terhadapnya dari masa ke semasa baik

secara lisan ataupun secara bertulis yang telah, sedang dan akan diberikan selama saya menjadi

penghuni di sini dan sanggup menerima hukuman tidak dibenarkan tinggal di asrama sekiranya saya

didapati melanggar mana-mana peraturan asrama yang telah ditetapkan. Persetujuan ini dibuat

atas kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan atau paksaan dari mana-mana pihak.

Tandatangan Pelajar : __________________________ Tarikh : _______________

Page 32: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

32

NO. SIRI : Lampiran 1B Borang PK-PS-15(1B)

BORANG RAYUAN PERMOHONAN ASRAMA POLIMAS

Sesi Akademik Dis 2017

LEKATKAN

FOTO/GAMBAR

TERKINI UKURAN

KAD PENGENALAN

(A). BUTIR-BUTIR PERIBADI PEMOHON

NAMA PENUH :

SEMESTER: NO. BILIK SEMASA:

NO.KAD PENGENALAN: NO.PEND.Polimas

JANTINA* : Lelaki / Perempuan KETURUNAN* : M C I L AGAMA :

PERSATUAN / KELAB :

JAWATAN DISANDANG:

ALAMAT RUMAH :

POSKOD : BANDAR : NEGERI :

NO. TEL. (RUMAH) : NO. TEL. (H/PHONE) :

DALAM KELUARGA, PEMOHON ANAK KE : MASALAH KESIHATAN : ADA / TIADA

ASAS RAYUAN :

(B). BUTIR-BUTIR PENANGGUNG PEMBIAYAAN DI POLIMAS

NAMA PENUH :

HUBUNGAN :

ALAMAT TETAP (R) :

POSKOD : BANDAR : NEGERI :

NO. TEL. (RUMAH) : NO. TEL. (H/PHONE) :

PEKERJAAN :

BIL. TANGGUNGAN : PENDAPATAN BAPA (sebulan) RM

Perhatian : Sila sertakan salinan slip gaji majikan terkini yang disahkan atau pengesahan pendapatan dari Penghulu / Pengerusi JKKP bagi bekerja sendiri.

PENDAPATAN IBU (sebulan) RM

JUMLAH PENDAPATAN (sebulan) RM

(C). PENGAKUAN PEMOHON

Saya mengaku semua maklumat yang diberikan adalah benar. Saya faham sekiranya ada maklumat yang diberikan tidak benar, pihak pentadbiran POLIMAS berhak menolak permohonan ini atau menarik balik tawaran yang diberikan.

Tandatangan Pemohon :

Nama Penuh :

Tarikh :

KEPUTUSAN LEMBAGA PEMILIHAN :

Berjaya Simpanan Gagal

Tandatangan dan Cop :

Tarikh :

Page 33: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

33

UNIT PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

BUTIR DIRI PELAJAR

GAMBAR NAMA PENUH

NO PEND

SEM/SESI

NO TELEFON

BLOK /NO BILIK

Arahan kepada Pelajar :

1. Sila lengkapkan maklumat ini dan tampal pada pintu bilik anda (GUNA PEN HITAM )

2. Sila potong keratan mengikut garisan dan keratan ini adalah WAJIB ditampal di pintu bilik anda

sejurus anda mendaftar masuk sebagai Penghuni Kamsis Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam

Shah Jitra Kedah.

Page 34: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

34

PERATURAN KAMSIS POLIMAS

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman

PERATURAN KAMSIS POLIMAS

1. Dasar dan peraturan yang terkandung Peraturan Kamsis POLIMAS adalah berasaskan kepada

Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 dan Peraturan Politeknik Sultan

Abdul Halim Mu`adzam Shah.

2. Penempatan yang disediakan di Kamsis POLIMAS adalah merupakan satu kemudahan dan bukan hak tersendiri.

3. Pihak berkuasa Kamsis boleh menarik balik tawaran tempat tinggal di Kamsis POLIMAS atas

sebab-sebab kepentingan politeknik.

4. Yuran Kamsis, wang kebajikan dan lain-lain bayaran hendaklah dibuat sepenuhnya untuk

penginapan bagi satu semester pengajian pada hari pendaftaran atau pada tarikh pelajar mula

tinggal di Kamsis.

5. Pelajar yang menarik diri setelah pendaftaran Kamsis dibuat tidak akan mendapat balik yuran

Kamsisnya.

6. Hanya pelajar yang berdaftar sebagai penghuni Kamsis POLIMAS sahaja dibenarkan tinggal di

Kamsis POLIMAS.

7. Penghuni Kamsis tidak dibenarkan menarik diri dari menjadi penghuni Kamsis POLIMAS atau keluar untuk tinggal di luar tanpa kebenaran pihak ibu bapa, penjaga atau pihak berkuasa

Kamsis.

8. Pihak berkuasa Kamsis boleh mengarah seseorang penghuni mengosongkan biliknya atau

berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa sekiranya perlu.

9. Penghuni Kamsis tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada mana-mana tetamu

atau pelawat di mana-mana bilik di Kamsis POLIMAS.

10. Pertukaran bilik adalah tidak dibenarkan. Sebarang pertukaran bilik atas sebab kesihatan atau

lain-lain sebab perlu diperakukan oleh Pegawai Perubatan dan mendapat kebenaran pihak berkuasa Kamsis.

11. Penghuni bilik adalah bertanggungjawab memelihara harta-benda kerajaan yang disediakan.

Bayaran denda atau gantirugi akan dikenakan jika berlaku kerosakan, kecemaran, kekotoran

ataupun kehilangan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Kamsis.

12. Kebersihan bilik asrama hendaklah menjadi amalan dan tanggungjawab penghuni bilik

berkenaan semasa menginap di bilik asrama tersebut.

13. Dilarang menampal sebarang kertas pada dinding bilik, perabut atau pada peralatan Kamsis yang

terdapat di dalam bilik asrama dengan menggunakan gam kekal.

14. Penghuni bilik diwajibkan mematikan (switch-off) lampu, kipas dan sebarang peralatan elektrik

setiap kali meninggalkan biliknya.

15. Pelajar hendaklah berpakaian kemas dan sesuai pada setiap masa di kawasan Kamsis.

Page 35: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

35

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH

Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman

PERATURAN KAMSIS POLIMAS

16. Memakai pakaian yang dianggap kurang sopan seperti seluar pendek, baju yang tidak berlengan

atau pakaian yang kecil dan ketat atau pakaian yang bertulis kata-kata yang hina atau menghina

atau mempunyai gambar atau lukisan yang tidak bersesuaian dengan budaya ketimuran adalah

dilarang.

17. Semasa bersukan dan aktiviti ko-kurikulum, semua pelajar-pelajar muslim dimestikan

berpakaian yang menutup aurat dan bersopan bagi yang bukan muslim.

18. Bertudung kepala bagi pelajar perempuan beragama Islam adalah diwajibkan pada setiap masa.

Pemakaian stokin bagi pelajar perempuan beragama Islam adalah digalakkan sebagai salah satu

elemen pemakaian menutup aurat (tiada unsur paksaan).

19. Bagi pelajar perempuan bukan beragama Islam, rambut hendaklah sentiasa kemas. Rambut yang

mengerbang atau rambut yang beraneka fesyen adalah ditegah.

20. Semua pelajar lelaki adalah dilarang memakai apa jua bentuk rantai leher atau rantai lengan atau subang.

21. Memasak di Kamsis adalah tidak dibenarkan.

22. Hanya bahan makanan dan minuman yang halal di sisi agama Islam sahaja dibenarkan untuk

dibawa ke Kamsis.

23. Peralatan muzik atau alat muzik seperti gitar, drum, trumpet adalah dilarang dan tidak

dibenarkan.

24. Peralatan elektrik/elektronik seperti periuk nasi, heater, televisyen, peti sejuk, peralatan audio video dan pengering rambut (hair dryer) adalah dilarang dan tidak dibenarkan.

25. Segala bentuk penyambung elektrik atau pengubahsuaian sambungan elektrik di bilik atau di

mana-mana bahagian bangunan Kamsis adalah ditegah.

26. Penghuni adalah dilarang membuat bising dengan apa cara sekalipun sehingga menggangu ketenteraman di Kamsis penghuni lain.

27. Penghuni Kamsis dilarang dan ditegah menyimpan dan memelihara apa jua jenis binatang di

dalam dan di luar bilik asrama.

28. Penghuni dilarang berada di mana-mana kawasan Kamsis atau kawasan kampus POLIMAS

selepas jam 11.00 malam kecuali di bilik asrama masing-masing atau di bilik Studi/Belajar yang

disediakan oleh pihak berkuasa Kamsis.

29. Penghuni yang membawa masuk seseorang bukan penghuni Kamsis yang berdaftar ke bilik atau

ke kawasan bangunan blok Kamsis tanpa kebenaran pihak berkuasa Kamsis akan dikenakan tindakan tatatertib.

30. Penghuni Kamsis lelaki dan perempuan yang keluar dari kawasan kampus POLIMAS atas urusan

harian dikehendaki masuk semula ke kampus tidak lewat dari jam 9.00 malam pada hari yang

sama.

Page 36: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

36

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH

Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman

PERATURAN KAMSIS POLIMAS

31. Penghuni Kamsis yang keluar dari kawasan kampus POLIMAS atas urusan harian perlu

meninggalkan ‘Kad Keluar Kawasan’ di Pondok Pengawal dan mendapatkannya kembali pada hari

yang sama apabila memasuki kampus POLIMAS.

32. Penghuni Kamsis lelaki dan perempuan yang bermalam di luar kampus atau balik kampung pada hujung minggu, cuti umum atau cuti pendek dikehendaki masuk semula ke kampus tidak lewat

dari jam 9.00 malam pada hari terakhir cuti.

33. Penghuni Kamsis yang bercadang bermalam di luar kampus atau balik kampung pada hujung

minggu, cuti umum atau cuti pendek dikehendaki memastikan mendapat kelulusan dari Warden

Bertugas atau oleh pihak berkuasa Kamsis POLIMAS melalui permohonan dalam talian SPMP sebelum meninggalkan kawasan kampus POLIMAS.

34. Penghuni Kamsis yang tidak mengikut peraturan atau prosedur ‘Keluar-Masuk’ kawasan kampus

termasuk kawasan asrama POLIMAS, maka akan dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak

berkuasa Kamsis.

35. Penghuni Kamsis yang berkenaan adalah diwajibkan menghadiri, mengikuti dan mengambil

bahagian di dalam apa-apa perjumpaan, perhimpunan, ceramah, taklimat dan lain-lain aktiviti

yang dianjurkan oleh pihak berkuasa Kamsis.

36. Pelajar lelaki dan wanita yang berdua-duaan dalam keadaan yang kurang sopan dan mencurigakan dengan pelajar politeknik atau orang luar yang berlainan jantina di mana-mana

kawasan kampus politeknik atau di luar kampus politeknik adalah ditegah dan dilarang.

37. Kawasan blok kediaman pelajar wanita adalah menjadi kawasan larangan kepada pelajar atau

pelawat lelaki dan kawasan blok kediaman lelaki adalah menjadi kawasan larangan pelajar atau pelawat wanita.

38. Sebarang bentuk ancaman, ugutan, deraan atau ‘ragging’ adalah dilarang.

39. Tiada seorang pelajar boleh ada di dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-

apa bentuk bahan lucah (termasuk di dalam telefon bimbit atau dalam komputer), jenis dadah, bahan beracun, bahan yang memabukkan dan apa-apa jenis rokok juga apa-apa jenis senjata di

kawasan Kamsis.

40. Pelajar adalah dilarang melibatkan diri dengan najis dadah, minuman keras, berjudi, mencuri

atau kegiatan politik, kumpulan haram dan apa-apa kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara.

41. Pelajar Kamsis Semester 2, 3, 5 dan 6 dibenarkan membawa motosikal dengan syarat mendaftar

dengan Pejabat Hal Ehwal Pelajar POLIMAS dan Pejabat Pentadbiran Kamsis POLIMAS dan

motosikal yang diluluskan penggunaannya dalam kawasan Kampus POLIMAS hendaklah diparkir

di tempat parkir yang ditetapkan oleh pihak pengurusan POLIMAS serta tertakluk kepada undang-undang jalanraya yang ditetapkan. Pelajar Semester Satu tidak dibenarkan membawa

motosikal.

Page 37: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

37

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darulaman

PERATURAN KAMSIS POLIMAS

42. Basikal, motosikal dan kereta pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk dan diletakkan (parkir) ke

dalam kawasan Kamsis POLIMAS kecuali mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Kamsis.

43. Menjadi kewajipan setiap pelajar muslimin dan muslimat untuk menunaikan semua solat waktu

harian.

44. Pelajar muslimin diwajibkan untuk menunaikan solat Jumaat.

45. Penghuni Kamsis hendaklah sentiasa berkelakuan baik, berdisiplin dan berhemah tinggi serta

memelihara suasana tenteram dan harmoni di Kamsis.

46. Pelajar adalah dilarang berkelakuan sumbang seperti khalwat, zina, bohsia, bohjan dan

sebagainya di dalam dan di luar kampus politeknik.

47. Berniaga tanpa kebenaran pihak berkuasa Kamsis adalah dilarang.

48. Pelajar Kamsis POLIMAS hendaklah melekatkan pelekat Kamsis POLIMAS pada kad matrik

POLIMAS.

49. Masa lawatan Waris menemui penghuni Kamsis POLIMAS ditetapkan seperti berikut :

(i) Hari Kuliah : 5.00 petang hingga 7.00 malam

(ii) Hari Cuti : 8.00 pagi hingga 7.00 malam

50. Waris/Tetamu semasa melawat penghuni Kamsis dikehendakki menunggu dan menemui penghuni Kamsis ditempat/wakaf yang ditetapkan atau di Kafeteria POLIMAS sahaja.

Waris/Tetamu tidak dibenarkan masuk ke kawasan Kamsis POLIMAS kecuali dengan kelulusan

pihak berkuasa Kamsis.

********************************

************************************************ ********************************

Page 38: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

38

KOKURIKULUM

Semua pelajar semesti 1 diwajibkan untuk memilih antara Laluan 1 atau Laluan 2 kokurikulum

bagi memenuhi syarat-syarat penganugerahan diploma*.

Jadual Perjalanan Laluan 1 dan Laluan 2 Kokurikulum

SEMESTER LALUAN 1

(SUKAN DAN

KELAB/PERSATUAN)

LALUAN 2

(UNIT BERUNIFORM)

1 Tiada Pendaftaran & Asas-asas Badan

Beruniform

(Bagi yang mendaftar dan

terpilih sahaja)

2 Mengikuti silibus Sukan Mengikuti silibus Unit Beruniform

3 Mengikuti silibus

Kelab/Persatuan

Mengikuti silibus Unit Beruniform

4 Tiada Tiada

5 Tiada Mengikuti silibus Unit Beruniform

6 Tiada Mengikuti silibus Unit Beruniform

*Bagi semua pelajar semester 1 POLIMAS, adalah diwajibkan menyertai Unit Beruniform.

Jenis-jenis Sukan, Unit Beruniform dan Kelab/Persatuan akan ditawarkan mengikut keperluan dan

keupayaan Jabatan Sukan, Kokurikulum, Dan Kebudayaan (JSKK) POLIMAS. Senarai kursus

Sukan, Unit Beruniform dan Kelab/Persatuan yang ditawarkan boleh dirujuk di JSKK pada semester

yang berkenaan.

Penutup

Adalah menjadi harapan JSKK agar semua pelajar membuat pendaftaran dan pemilihan

kokurikulum pada masa yang telah ditetapkan oleh JSKK. Pelajar-pelajar juga hendaklah mengikuti

kursus kokurikulum yang diambil sepenuhnya kerana kegagalan berbuat demikian akan

menyebabkan para pelajar terpaksa melanjutkan pengajian ke semester tambahan.

******************************** ************************************************

********************************

BAHAGIAN E PENDAFTARAN KOKURIKULUM

Page 39: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

39

PELAJAR DIPLOMA

Pelajar Diploma Politeknik diberi kemudahan pembiayaan pendidikan berikut;

i) Pembiayaan Pendidikan PTPTN

Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan peluang

kepada pelajar- pelajar peringkat DIPLOMA untuk memohon pinjaman pendidikan. Maklumat

lanjut boleh diperolehi melalui laman web www.ptptn.gov.my.

ii) Selain Pinjaman PTPTN, pelajar juga boleh memohon biasiswa berikut mengikut syarat

kelayakan ditetapkan oleh pemberi biasiswa;

a. KUOK FOUNDATION,

b. BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA),

c. TAJAAN / PINJAMAN PENDIDIKAN NEGERI

d. ZAKAT DARI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PTPTN

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

Pemohon adalah warganegara Malaysia;

Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;

Pelajar diwajibkan membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN);

Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat

kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan

Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;

Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan

Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku

semasa permohonan dikemukakan;

Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh

Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang

mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa

kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi

daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;

Jika pelajar tidak memohon PTPTN di semester pertama, permohonan PTPTN boleh

dibuat di semester berikutnya. Dengan syarat baki tempoh pengajian semasa

permohonan dibuat, mestilah sekurang-kurangnya satu tahun sebelum tamat pengajian;

contohnya : baki tempoh pengajian 2 semester tidak termasuk semester tambahan.

Tidak mempunyai penaja lain.

BAHAGIAN F MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR

Page 40: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

40

PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN

Membuka Akaun SSPN dengan deposit minimum RM20.00 melalui mana-mana cawangan kaunter

PTPTN atau di bank-bank berikut Bank Islam, Maybank Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank

Rakyat, CIMB Bank dan Agro Bank.

Pelajar perlu membeli Nombor Pin di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM5.00.

Nombor Pin BSN ini hanya sah digunapakai untuk tujuan online selama 6 bulan dari tarikh

pembelian.

Membuka akaun simpanan (persendirian) atas nama pelajar di BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

KAEDAH PERMOHONAN PTPTN

Permohonan dan semakan kelulusan boleh dibuat melalui kaedah Online dilaman web ptptn

www.ptptn.gov.my

Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPT.

Walau bagaimanapun, pemprosesan permohonan tersebut hanya akan dilakukan pada tarikh yang

ditetapkan oleh PTPTN.

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web

Permohonan Pembiayaan Online bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup

permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN.

Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Permohonan

Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan.

Pastikan komputer anda mempunyai program „Adobe Acrobat Reader' untuk tujuan cetakan

dokumen. Program tersebut boleh dimuat turun daripada laman web

http://www.adobe.com/products/acrobat/. Sila klik pada ikon „Get ADOBE READER' dan „Install'

di komputer anda.

Pemohon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak

dokumen tawaran dan perjanjian. Dokumen tersebut hendalah diserahkan kepada Pegawai

PTPTN. Tarikh serahan dokumen kepada pegawai PTPTN akan ditetapkan oleh JHEPP.

Dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna

putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk

setiap helaian (bagi satu-satu muka surat). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.

1. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Surat

Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1,

2, 3 dan 4). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **.

2. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) dokumen

Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set

dokumen berkenaan **.

Page 41: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

41

3. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Lampiran

Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Pelajar dikehendaki untuk ditandatangan ringkas di

setiap muka surat pada ruangan yang disediakan di bahagian bawah dokumen

berkenaan**;

4. Sediakan 2 keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu Dokumen Perjanjian

Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah dilekatkan dengan setem

hasil bernilai RM10.00 di sudut atas kanan pada muka depan setiap set dokumen

perjanjian. (RUJUK LAMPIRAN A PADA DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN )

Page 42: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

42

Penerima biaya juga perlu mengemukakan bersama SATU (1) SALINAN dokumen sokongan seperti

berikut:

1. Maklumat Permohonan Pembiayaan. (boleh dicetak di Butang CETAK MAKLUMAT di laman web

Permohonan Online yang didaftar oleh pelajar) – dokumen ini tidak perlu disahkan.

2. Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama ).

3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan

SPM/SPMV, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima

pakai).

4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan laman web IPT boleh diterima

tetapi hendaklah disahkan oleh pegawai di IPT terbabit sahaja).

5. Salinan Buku Akaun Bank (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Salinan Slip Deposit / Salinan

Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh PTPTN mengikut IPT

masing-masing. (Dokumen ini diperlukan sekiranya nombor akaun yang tercetak di Dokumen Tawaran

pelajar salah)

6. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA /

MATRIKULASI. (JIKA BERKAITAN)

7. Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan) / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) /

Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak

Bekerja – PENJAGA / PEMOHON / PASANGAN PEMOHON.

8. Salinan sijil kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau

tidak dapat dikesan;

9. Salinan Surat pengesahan / surat akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat / sekiranya

pemohon / ibu bapa kandung/ penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan;

10. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos atau Pejabat Hasil.

Salinan dokumen sokongan di atas hendaklah disediakan pemohon dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4

berwarna putih dan DISAHKAN oleh pegawai yang layak.

Page 43: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

43

Pegawai yang menjadi saksi PELAJAR untuk pengesahan dokumen sokongan di atas adalah seperti berikut:

a) Wakil Rakyat/Senator

b) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan profesional

c) Pengamal Undang-undang

d) Pengetua Sekolah Menengah (sekolah kerajaan sahaja)

e) Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan

ke atas.

f) Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan

Mukim/Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).

g) Untuk SABAH dan SARAWAK – Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Kapitan/Pemanca/Pegawai

Taman Sabah.

(Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai

atau saksi hendaklah lengkap mempunyai jawatan pegawai dan jabatan/alamat di mana pegawai

bertugas)

Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kaedah permohonan pembiayaan PTPTN boleh

diperolehi dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my

PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

Pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dikreditkan ke akaun Bank Islam pelajar.

Pengeluaran pinjaman kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh

PTPTN;

Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan

daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi

keputusan GPA 2.0 dan ke atas.

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN AKAN DISEKAT DI SEMESTER BERIKUTNYA. JIKA:

Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.00;

Menangguhkan pengajian; dan

Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.

PENAMATAN / PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dibuat apabila pelajar gagal /

berhenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester /

membatalkan tawaran PTPTN semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN.

Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh

pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian.

Page 44: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

44

PERMOHONAN BIASISWA

Biasiswa Kuok Foundation adalah terhad dimana hanya pelajar daripada kalangan pelajar

berpendapatan rendah dan miskin sahaja akan ditawarkan biasiswa ini.

Biasiswa JPA akan dibuka pada bulan Jun sahaja dan hanya pelajar semester pertama dan kedua layak

memohon. Permohonan boleh dibuat secara „online‟ dengan melayari www.jpa.gov.my atau

http://esilav2.jpa.gov.my

Pinjaman bagi Yayasan Negeri pula pelajar perlu mengambil borang di Wisma negeri masing-masing

atau melalui laman web rasmi negeri. Pemohon mestilah mengikut negeri pelajar lahir atau

bermastautin lebih daripada 10 tahun di negeri tersebut.

Page 45: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

45

DIS

2017

Page 46: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

46

Page 47: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

47

Bandar Darulaman, 06000 Jitra Kedah Darul Aman. Tel : 04-9146100 Fax : 04-9174232

AKU JANJI PELAJAR

NAMA PELAJAR

NO.PENDAFTARAN

NO. KAD PENGENALAN

Page 48: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

48

AKU JANJI PELAJAR

Saya

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………. ……………………………………………………………

No. Kad Pengenalan : …………………………………………………… dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji

bahawa saya akan mematuhi semua undang – undang, kaedah – kaedah, peraturan dan apa – apa arahan yang

terpakai kepada pelajar –pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah, yang kemudian disebut juga sebagai

“institusi” yang di buat dari semasa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim

Mu‟adzam Shah. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain :

Akan mematuhi subseksyen 10 (1) Akta institusi – institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], untuk tidak

munjadi ahli atau dengan mana-mana cara bersekutu dengan mana – mana persekutuan, parti politik,

kesatuan sekerja atau mana – mana jua pernubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain, sama ada atau

tidak ianya ditubuhkan di bawah mana – mana undang – undang, sama ada ianya di dalan institusi atau di

luar institusi dan sama ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang

diperuntukkan oleh atau di bawah Akta institusi – institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, atau kecuali

sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

Akan mematuhi subseksyen 10 (3) Akta institusi – institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976untuk tidak

menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau

bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan

atau simpati dengan mana – mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib sebagaimana yang dinyatakan dalam kaeda –

kaedah institusi Pelajaran (tatatertib pelajar – pelajar) 1976 termasuk :-

a. Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan – larangan am, yang antara lain

termasuk :-

1. Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan dan

nama baik institusi, mana – mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja institusi.

2. Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman atau keselamatan

awam, akhlak, kesopanan atau tatatertib.

3. Tidak akan melangar mana – mana peruntukan mana – mana undang – undang bertulis, sama

ada di dalam atau di luar kampus.

b. Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali, pakaian dan penampilan diri,

menduduki peperiksaan, sekatan mengenai penggunaan teks kuliah.

c. Peruntukan berkenaan dengan mengorganisasi perhimpunan, penggunaan pembesar suara, panji-

panji dan plakad -plakad.

d. Peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen-dokumen.

e. Peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar dalam apa –

apa pekerjaan.

f. Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minuman keras memiliki bahan lucah, memiliki dan

menggunakan dadah dan racun.

g. Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan ad pelajar.

Page 49: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

49

Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama sebagaimana yang dinyatakan dalam

kaedah-kaedah institusi Pelajar (Tatatertib pelajar - pelajar) 1976.

Akan mematuhi peraturan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalan

kaedah – kaedah institusi Pelajaran (Tatatertib pelar - pelajar) 1976.

Sesungguhnya saya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana – mana peruntukan dalam undang –

undang, kaedah – kaedah, peraturan – peraturan atau arahan tersebut, maka tindakan boleh di ambil ke atas

saya menurut peruntukan undang – undang, kaedah – kaedahm, peraturan – peraturan atau arahan berkenaan,

termasuk disingkirkan daripada institusi.

…………………………… Tandatangan Pelajar Tarikh:…………………………

Nama Pelajar :…………………………………………………………………………

No. Pendaftaran :…………………………………………………………………………

Jurusan :…………………………………………………………………………

………………………………. Tandatangan Saksi Pelajar Tarikh:………………………… Nama Saksi :………………………………………………………………………….

Jawatan Saksi :………………………………………………………………………….

Page 50: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

50

BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM MSK SESI JUN / DIS ……………………………

ARAHAN : Bagi kenyataan 1 hingga 9, sila bulatkan mengikut skala 1 hingga 5

Jantina : L / P

1.Amat Tidak Setuju 2.Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Amat Setuju

1. MSK dapat memperkenalkan saya kepada kehidupan kampus.

2. MSK dapat mengeratkan silaturahim di antara pelajar.

3. MSK dapat menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk

memulakan kehidupan sebagai warga POLIMAS.

4. MSK dapat memperkenalkan saya kepada sistem politeknik.

5 MSK dapat meningkatkan motivasi saya untuk belajar .

6. Taklimat-taklimat di bawah berkesan :-

a. Taklimat Peraturan Tatatertib Politeknik

b. Taklimat Pinjaman/Bantuan Kewangan

c. Taklimat Perkhidmatan Kaunseling

d. Taklimat Peperiksaan

e.Taklimat Ko-Kurikulum

f. Taklimat MS ISO

7. AJK MSK membantu dan memberi layanan yang baik.

8. Makanan dan minuman yang disediakan adalah baik dan

memuaskan.

9. Susunan jadual aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian.

10. Aktiviti kerohanian / moral berkesan.

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Page 51: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

51

PETA KAWASAN BERHAMPIRAN POLIMAS

Page 52: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR - …spmp.polimas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 1 buku panduan pendaftaran pelajar politeknik sultan abdul halim mu’adzam

52

BUKU PANDUAN

PENDAFTARAN PELAJAR SESI DISEMBER 2017

TAMAT