16
JUN 2018 BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU Sesi POLITEKNIK BALIK PULAU JUN 2018 HARI PENDAFTARAN versi 1.2

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

  • Upload
    vodung

  • View
    255

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

JUN 2018 BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Sesi

POLITEKNIK BALIK PULAU

JUN 2018

HARI PENDAFTARAN

versi 1.2

Page 2: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahniah diucapkan kepada semua calon pelajar baharu kerana berjaya mendapat tempat pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU), Pulau Pinang. Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu ini mengandungi arahan lengkap penyediaan dokumen, pemakaian dan persiapan untuk hari pendaftaran. Sila lengkapkan semua borang pendaftaran yang disertakan. Akhir kata, kami mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu dan mengharapkan agar perjalanan bersama keluarga ke politeknik ini nanti lancar dan selamat. Sekian, terima kasih. Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000

Page 3: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

MAKLUMAT AM PBU

Latar Belakang

1 Februari2007 Penubuhan PBU beroperasi di

Politeknik Seberang Perai

Sesi Julai 2008 Kampus berpindah ke Bangunan

Ideal Avenue, Bayan Lepas

Sesi Julai 2007 Ambilan pertama 30 pelajar, Sijil Teknologi Maklumat (SIT). November 2013 Beroperasi di kampus tetap di Balik Pulau

Jabatan Akademik

Jabatan Teknologi

Maklumat & Komunikasi

Diploma

Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

Jabatan Matematik,

Sains & Komputer

( Jabatan Sokongan )

Jabatan Pengajian Am

( Jabatan Sokongan )

PBU telah mendapat persijilan kualiti dokumen MS ISO9001:2015 dan

pengiktirafan MQA 01

Page 4: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

Pelan Lokasi

Imbas kod QR untuk panduan ke Politeknik Balik Pulau. Koordinat : 5.345616, 100.215190 Waze : Politeknik Balik Pulau

Page 5: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

Baca maklumat pendaftaran berikut dengan teliti. Sila ambil

tindakan sewajarnya agar proses pendaftaran dapat berjalan

dengan lancar. Calon pelajar tidak akan didaftarkan sekiranya

mana-mana perkara tersebut di bawah tidak dipatuhi atau

mengemukakan maklumat palsu.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga berhak menarik balik

tawaran tempat pengajian di PBU sekiranya terdapat

percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan

maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke

politeknik.

Lengkapkan semua borang pendaftaran sebelum diserahkan

kepada PBU semasa hari pendaftaran.

Page 6: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

Dokumen Pendaftaran

Borang HEP 1 hingga 6 perlu dimuat turun di laman web www.politeknik.edu.my

Borang HEP 1 Borang Maklumat Peribadi Pelajar

Borang HEP 2 Laporan Pemeriksaan Doktor (Pemeriksaan Perubatan dicop dan ditandatangani oleh Doktor Perubatan Kerajaan/Swasta yang SAH. Pihak kami TIDAK menanggung sebarang kos pemeriksaan tersebut. Filem X-Ray TIDAK PERLU disertakan)

Borang HEP 3 Kebenaran IbuBapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan

Borang HEP 4 Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung

Borang HEP 5 Akuan Pelajar / Akuan Ibubapa / Penjaga

Borang HEP 6 Aku Janji Pelajar

Dokumen-dokumen lain yang perlu dibawa di Lampiran B

Semua dokumen berikut MESTI DITANDATANGANI pelajar, ibubapa/penjaga dan saksi*.

Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional /

Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum

Page 7: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

Bayaran Pendaftaran

Semua pelajar baharu perlu menjelaskan bayaran seperti berikut:-

YURAN

PENGAJIAN

YURAN

ASRAMA

YURAN

PELBAGAI

RM 200 RM 360 RM 600

(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Nama Akaun

POLITEKNIK KPT

Kaedah Bayaran Cash Deposit Machine

(CDM) Rujuk lampiran A

(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Nama Akaun

POLITEKNIK KPT

Kaedah Bayaran Cash Deposit Machine

(CDM) Rujuk lampiran A

(CIMB BANK BERHAD)

Nama Akaun KOPERASI

POLITEKNIK BALIK PULAU BERHAD

No. Akaun

8602078318

Bayaran yuran pengajian untuk 1 semester

Bayaran penginapan asrama untuk 1 semester

Bayaran termasuk untuk baju bengkel/ blazer/baju

sukan, yuran Sukan

Politeknik, koperasi, bayaran ko-kurikulum,

peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

dan lain-lain.

Sila bawa resit asal dan 2 salinan pembayaran Yuran Pengajian (RM200.00), Yuran Asrama

(RM360.00) dan Yuran Pelbagai (RM600.00) semasa hari pendaftaran di Politeknik Balik Pulau

Penginapan

PBU MEWAJIBKAN penginapan di asrama untuk pelajar baharu. Sila berhubung dengan

penyelia asrama untuk mengetahui status bilik.

Page 8: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

Bantuan Kewangan

PBU TIDAK MENJAMIN sebarang bentuk bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa politeknik. Adalah menjadi tangungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alat pembelajaran, buku dan lain-lain. Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (sekiranya layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di PBU. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke politeknik untuk tujuan tersebut.

PINJAMAN PTPTN

Pelajar baharu dikehendaki melaksanakan perkara-perkara i hingga iii di bawah bagi tujuan permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). i. Membuka Akaun Bank Islam (BIMB). ii. Anda digalakkan membuka akaun Skim Simpanan

Pendidikan Nasional (SSPN). iii. Beli NO. PIN PTPTN di mana-mana cawangan Bank

Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan Permohonan On-Line PTPTN.

LAIN-LAIN PINJAMAN

1. Baitulmal Negeri

2. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

3. Biasiswa Sukan KPM 4. Dermasiswa KPM (OKU / PPK)

5. Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak

6. Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor

7. FELDA 8. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)

9. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 10. Kerajaan Negeri Perak

11. Kerajaan Negeri Pulau Pinang

12. Kerajaan Negeri Selangor 13. Kuok Foundation Berhad

14. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah

15. Lembaga Zakat Negeri 16. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu

Perak Darul Ridzuan (MAIP) 17. MARA

18. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa

Negeri Selangor 19. Yayasan Felcra

20. Yayasan Kelantan Darulnaim 21. Yayasan Negeri Melaka

22. Yayasan Negeri Sarawak 23. Yayasan Negeri Sembilan

24. Yayasan Pahang

25. Yayasan Pelajaran Johor 26. Yayasan Terengganu

Page 9: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

HARI PENDAFTARAN

Rupadiri Semasa Hari Pendaftaran

Semua pelajar PBU adalah tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta 174) dan pindaan-pindaannya serta semua kaedah, peraturan dan arahan-arahan bertulis berhubung dengan tatatertib sebagai seorang pelajar politeknik.

Oleh yang demikian, semasa mendaftar semua pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika rupa diri semasa hari pendaftaran sebagaimana berikut:-

Rambut Pelajar Lelaki Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan

atau mengikut potongan fesyen rambut tertentu. Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.

Pakaian Pelajar Lelaki Baju kemeja lengan panjang berwarna

PUTIH. Tali leher HITAM – Tidak mempunyai corak

atau gambar (Plain)

Seluar panjang jenis ‘slack’ berwarna HITAM – seluar jeans dan denim tidak dibenarkan.

Bertali pinggang biasa berwarna hitam – pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar.

Kasut Pelajar Lelaki Berwarna GELAP dan bertutup penuh. Memakai stoking dengan sempurna. Kasut sukan tidak dibenarkan.

Page 10: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

Rambut Pelajar Perempuan (Bukan Islam)

Kemas Tidak diwarnakan Tidak berfesyen

Pakaian Pelajar Perempuan Tudung HITAM (Islam) Baju kurung PUTIH (Islam & bukan

Islam) Baju kemeja PUTIH dipadankan dengan

kain atau seluar slack HITAM (Pilihan pakaian untuk bukan Islam).

Sopan dan tidak menjolok mata

Kasut Pelajar Perempuan Berwarna GELAP dan bertutup penuh. Memakai stoking dengan sempurna. Kasut bertumit tinggi dan kasut sukan

tidak dibenarkan.

Pelajar yang tidak mematuhi peraturan pakaian dan rupa diri seperti yang dinyatakan di atas TIDAK akan dibenarkan untuk mendaftar

Peraturan Lain

Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Pelajar TIDAK DIBENARKAN memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

Pelajar lelaki muslim DIWAJIBKAN membawa baju melayu lengkap (bersampin dan bersongkok) untuk majlis rasmi politeknik.

Etika pakaian hari perkuliahan biasa adalah seperti gambar di bawah :-

Page 11: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

Carta Alir Semasa Hari Pendaftaran

(di Dewan Serbaguna PBU)

SUSUNAN DOKUMEN Dokumen disusun mengikut aturan yang ditetapkan. Serahan

Fail pelajar

SERAHAN FAIL PELAJAR Serahan borang HEP 1

hingga HEP 6

SEMAKAN TAWARAN Semakan surat tawaran asal. Terima borang kaji selidik

pendaftaran.

KOPERASI DAN MSK Serahan slip bank Yuran Pelbagai. Dapatkan

barangan Minggu Suai Kenal

SEMAKAN DOKUMEN Semakan dokumen pendaftaran dan slip bayaran bank

PENDAFTARAN ASRAMA Serahan borang kaji selidik

pendaftaran.

KAD PELAJAR SEMENTARA Serahan kad pelajar sementara dan bergambar

SELESAI PENDAFTARAN Pendaftaran tamat

Tarikh Lapor Diri Rasmi

Semua calon pelajar perlu melapor diri pada :

Tarikh : 25 JUN 2018

Hari : ISNIN

Masa : 8.30 pagi

A KAUNTER

B KAUNTER

C KAUNTER

D KAUNTER

E KAUNTER

F KAUNTER

Page 12: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

LAMPIRAN A

Kaedah Bayaran Yuran

Bayaran Cash Deposit Machine BANK ISLAM :

Untuk Yuran Pengajian 1. Pilih menu Yuran IPT 2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar 3. Pilih POLITEKNIK KPT 4. Sahkan data dan masukkan wang 5. Sahkan jumlah kemasukan wang 6. Transaksi selesai dan ambil resit Untuk Yuran Asrama 1. Pilih menu Yuran IPT 2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar 3. Pilih POLITEKNIK KPT 4. Sahkan data dan masukkan wang 5. Sahkan jumlah kemasukan wang 6. Transaksi selesai dan ambil resit

Screen shot paparan mesin CDM BIMB (YURAN PENGAJIAN RM 200)

Screen shot paparan mesin CDM BIMB (YURAN ASRAMA RM 360)

Pembayaran Yuran Pelbagai RM 600 di CIMB adalah mengikut kaedah biasa (Online transfer,

CDM, kaunter, ATM Transfer dan lain-lain)

Page 13: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

LAMPIRAN B

Senarai Semak Dokumen PENGEPOSAN

Sila sediakan dokumen berikut mengikut susunan yang dinyatakan :-

BIL PERKARA

1. Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP)

2. Salinan surat tawaran yang disahkan

3.

Salinan kad pengenalan yang disahkan

4.

Salinan keputusan SPM yang disahkan (Kemukakan semua slip keputusan SPM yang pernah diduduki)

5. Salinan sijil berhenti sekolah yang disahkan

Semua dokumen salinan perlu DISAHKAN oleh pegawai berkelayakan (Rujuk Surat Tawaran)

Poskan ke alamat berikut dengan kadar segera :- PENGARAH POLITEKNIK BALIK PULAU PINANG NIRAI MUKIM E 11000 BALIK PULAU PULAU PINANG (U/P : USTAZ ABDUL SHUKOR BIN HASSAN) TEL : 04-868 9000

Page 14: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

Senarai Semak Dokumen Perlu Dibawa Pada

HARI PENDAFTARAN

Sila bawa DOKUMEN ASAL berikut :-

BIL PERKARA

1. Kad Pengenalan

2. Surat Tawaran Program Pengajian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia

3.

Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPMV ATAU Keputusan Peperiksaan Akhir - semua semester / Transkrip Peperiksaan Politeknik (lulusan Politeknik) ATAU Transkrip Peperiksaan Kolej Komuniti (lulusan Kolej)

4.

Dokumen / Sijil Ko-Kurikulum (jika berkaitan -terutamanya yang mewakili negeri dan negara) ATAU Sijil Ko-Kurikulum Peringkat Politeknik (lulusan Politeknik - jika berkaitan)

5. Sijil Berhenti Sekolah (pelajar lulusan SPM/SPMV)

6. Surat Akuan / Testimonial Sekolah (jika berkaitan)

7. Surat Majikan (jika berkaitan)

Page 15: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

Sila lengkapkan semua dokumen berikut :-

BIL PERKARA

1. HEP1 (Maklumat Peribadi Pelajar)

2. HEP2 (Laporan Pemeriksaan Doktor)

3. HEP3 (Kebenaran Ibubapa/Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan)

4. HEP4 (Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung)

5. HEP5 (Akuan Pelajar/Akuan Ibubapa/Penjaga)

6. HEP6 (Aku Janji Pelajar)

Lain-lain dokumen :-

BIL PERKARA

1. Slip Pendaftaran Online (melalui portal www.heppbu.com)

2. Gambar pasport 6 keping – tuliskan nama dan no KP di belakang

3. Slip bayaran yuran Yuran Pengajian RM 200 Yuran Asrama RM 360 Yuran Pelbagai RM 600 Bawa resit asal dan buat 2 salinan setiap jenis yuran.

Nota tambahan :

Selesai sesi pendaftaran, pelajar akan mengikuti program Minggu Suai Kenal sehingga 28 Jun

2018 (Khamis). Sila bawa segala pakaian dan keperluan peribadi secukupnya.

Aktiviti bersama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah pada 29 Jun 2018

(Jumaat)

Sesi perkuliahan bermula 2 Julai 2018 (Isnin).

Page 16: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN POLITEKNIKspmp.pbu.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · Surat Tawaran memasuki politeknik. ... peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok

SELAMAT MENDAFTAR

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

POLITEKNIK BALIK PULAU

Pinang Nirai Mukim 6

11000 Balik Pulau

Pulau Pinang

Tel : 04-868 9000

Web : www.heppbu.com