Buku Pelan Strategik

Embed Size (px)

Citation preview

  • KANDUNGAN2

    4

    6

    8

    9

    11

    14

    15

    16

    18

    19

    21

    23

    35

    36

    38

    39

    Amanat YAB Timbalan Perdana Menteri

    Perutusan Naib Pengerusi Lembaga Pengelola

    Perutusan Ketua Pengarah

    Sejarah Penubuhan DBP

    Falsafah, Wawasan, Misi dan Moto

    Nilai-nilai Teras

    Sumber Kuasa

    Peranan

    Ringkasan Eksekutif

    Tujuan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015

    Cabaran

    Tumpuan Strategik

    Strategi dan Pelan Tindakan

    Impak Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015

    Faktor Kritikal Kejayaan

    Senarai Perkhidmatan Dalam Talian DBP

    Penutup

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    3

    Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berjaya menyediakan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015: Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu sebagai landasan dan hala tuju untuk meningkatkan kemantapan bahasa dan persuratan Melayu sebagai salah satu komponen penting dalam proses pembinaan negara bangsa.

    Pembinaan negara Malaysia dirancang dan dilaksanakan secara bersepadu atau holistik, dengan menitikberatkan kedua-dua aspek utama, iaitu aspek fi zikal dan aspek dalaman. Pembangunan negara bukan sahaja tertumpu pada aspek prasarana dan ekonomi, bahkan tetap memberikan perhatian kepada aspek falsafah, pemikiran, bahasa dan persuratan serta pendidikan, yang kesemuanya mewakili aspek dalaman atau kerohanian penduduk negara ini.

    Asas pelaksanaan amanah dan tanggungjawab DBP sebagai badan bahasa dan persuratan ialah Dasar Bahasa Kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. DBP pula mempunyai akta yang diluluskan oleh Parlimen untuk merealisasikan Dasar Bahasa Kebangsaan itu, dengan penegasan pembakuan dan pemantapan sistem bahasa, peluasan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ketamadunan, pengeluaran bahan ilmu dan maklumat untuk kepentingan rakyat serta pemupukan dan peningkatan persuratan Melayu.

    Saya mengikuti perkembangan DBP dari awal hingga kini dan mendapati bahawa amanah untuk memantapkan sistem bahasa Melayu ragam rasmi dan meluaskan penggunaannya dalam pelbagai sektor telah dilaksanakan dengan berkesan, meskipun pasti terus-menerus perlu melalui proses penambahbaikan. Demikian juga halnya dengan penyuburan bakat dan karya persuratan kreatif serta penghasilan persuratan ilmu, baik kepada golongan pelajar mahupun masyarakat umum dan golongan profesional.

    AMANAT YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    4

    Saya berharap pelan ini akan dijadikan asas oleh semua warga kerja DBP dalam melaksanakan tugas kebahasaan, persuratan dan penerbitan yang merupakan tiga tugas teras DBP. Kepada pihak-pihak di luar DBP, pelan tindakan strategik ini diharapkan dapat menjadi panduan untuk mereka membantu melaksanakan program yang berkaitan dengan pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor masing-masing. Tanpa penglibatan semua pihak dan sektor, Dasar Bahasa Kebangsaan yang menjadi salah satu dasar penting negara kita tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa;Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.

    Bahasa Jiwa Bangsa

    TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN13 Julai 2012

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    5

    Tugas memartabatkan bahasa Melayu merupakan tugas murni yang digalas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak 56 tahun yang lalu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan agar bahasa ini dapat memainkan peranannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa perpaduan rakyat dan memberikan sumbangan penting dalam pembinaan negara bangsa.

    Dalam era digital dan globalisasi tanpa sempadan, tugas memartabatkan bahasa Melayu menjadi semakin mencabar. Bagi memastikan tugas ini dapat terus dilaksanakan dengan cemerlang, DBP perlu bertindak secara strategik dan mewujudkan rangkaian rakan strategik serta rakan bestari. Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 ialah pelan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan DBP untuk mencapai kecemerlangan yang diharapkan oleh rakyat dan pemegang kepentingan. Pelan ini menjadi panduan kepada pihak Pengurusan DBP tentang tindakan yang perlu diambil dalam tempoh lima tahun ini untuk menjulang nama DBP sebagai organisasi berprestasi tinggi yang menyumbang kepada pembangunan negara.

    Dengan adanya Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015, Lembaga Pengelola DBP sebagai badan pengawal kepada organisasi ini dapat memantau dengan lebih rapi kemajuan program bahasa dan persuratan Melayu yang dilaksanakan serta menilai pencapaiannya berdasarkan petunjuk prestasi utama yang ditetapkan. Lembaga Pengelola akan memastikan pelan ini dinilai dari semasa ke semasa dan disesuaikan dengan perubahan persekitaran, keperluan rakyat dan kehendak pemegang kepentingan.

    Kejayaan pelaksanaan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 ini pastinya memerlukan kerjasama serta komitmen yang menyeluruh daripada semua warga kerja DBP. Lembaga Pengelola berharap Pengurusan DBP dan seluruh warga kerja berpadu tenaga untuk menjayakan agenda transformasi ini bagi menggemilangkan dan mengangkat bahasa Melayu ke persada dunia. Lembaga Pengelola juga berharap

    PERUTUSAN NAIB PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    6

    rakan strategik dan rakan bestari DBP dapat memberikan sokongan padu kepada organisasi ini agar bahasa Melayu dimartabatkan dan memainkan peranan sebenarnya sebagai bahasa kebangsaan.

    Bagi pihak Lembaga Pengelola, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengurusan DBP yang telah menghasilkan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 dan semoga tugas murni yang kita lakukan ini mendapat rahmat daripada Allah SWT.

    Bahasa Jiwa Bangsa

    PROFESOR DATO DR. MD. SALLEH BIN YAAPAR13 Julai 2012

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    7

    Segala puji dan syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015: Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu ini dapat dihasilkan.

    Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015: Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan pernyataan tentang wawasan, gagasan dan pelan strategik untuk memenuhi salah satu dasar negara, iaitu Dasar Bahasa Kebangsaan. Bersama-sama dengan dasar negara yang lain, seperti dasar ekonomi, dasar pendidikan, dasar kebudayaan, dasar luar dan yang lain, Dasar Bahasa Kebangsaan memainkan peranan penting sebagai salah satu tonggak pembinaan negara bangsa. Peranan itu secara khusus berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu yang diperuntukkan dalam undang-undang negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) dan beberapa akta, khususnya Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan negara bangsa berasaskan tiga kedudukan utama yang diperuntukkan, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi salah satu asas jati diri rakyat dan negara, dan menjadi unsur perpaduan rakyat berbilang keturunan. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu menjadi alat perhubungan yang menggerakkan jentera pentadbiran negara. Sebagai bahasa ilmu pula, bahasa Melayu berperanan menjadi wasilah penyampaian ilmu kepada rakyat, khususnya generasi muda, dalam rangka membentuk modal insan untuk membangunkan negara dalam segenap bidang.

    DBP yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan negara, merupakan badan berkanun yang diberikan amanah memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa negara dalam semua bidang tamadun negara, baik dalam bidang pentadbiran, undang-undang, pendidikan, media am mahupun ekonomi. Fungsi utama DBP terangkum dalam empat bidang, iaitu pembinaan bahasa dan sastera, pengembangan bahasa dan sastera, penerbitan, dan dasar dan penyelidikan.

    PERUTUSANKETUA PENGARAH

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    8

    Sejak awal penubuhannya, DBP telah melaksanakan tugas melengkapkan dan memantapkan sistem bahasa (ejaan, sebutan, tatabahasa, kosa kata dan laras bahasa) sebagai prasarana untuk mengisi tamadun negara dengan ilmu dalam pelbagai bidang, di samping untuk menjadi bahasa rasmi dalam pentadbiran negara dan menjadi bahasa penyampaian ilmu dalam sistem pendidikan negara. Usaha melengkapkan sistem bahasa Melayu terpancar daripada penyusunan dan penerbitan kamus pelbagai peringkat dan kategori, peristilahan untuk pelbagai bidang ilmu yang telah melebihi satu juta istilah, penyusunan buku tatabahasa, penyusunan pelbagai bahan pedoman bahasa dan sistem sebutan untuk bahasa Melayu rasmi.

    Usaha mengisi kekayaan khazanah persuratan dalam bahasa Melayu diupayakan oleh DBP melalui penghasilan dan penerbitan karya persuratan dalam dua bidang utama, iaitu karya persuratan ilmu dan karya persuratan kreatif. Pelbagai bidang ilmu dari peringkat kegunaan di sekolah sehingga bidang ilmu untuk kegunaan di pusat pengajian tinggi menjadi tumpuan khusus DBP dalam bidang penerbitannya. Selain buku, karya ilmu dizahirkan dalam bentuk ensiklopedia, jurnal dan majalah. Daripada segi bentuknya pula, selaras dengan perkembangan teknologi dan kaedah pemerolehan ilmu terkini, bahan terbitan DBP turut dikeluarkan dalam bentuk elektronik, selain dalam bentuk cetakan. Pengayaan khazanah persuratan ilmu diimbangi dengan pengayaan khazanah persuratan kreatif (novel, cerpen, puisi dan drama) untuk mencapai keseimbangan dalam pembangunan tamadun bangsa dan negara.

    Pelan Tindakan Strategik ini turut memberikan fokus kepada cabaran-cabaran semasa dan yang diduga berlaku pada waktu muka serta strategi menghadapi dan mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Pemaparan empat komponen utama dalam pelan merangkumi Program/Tindakan, Indikator, Indikator Sasaran dan Tahun Sasaran mudah-mudahan dapat menjadi rujukan semua karyawan DBP dalam perancangan dan pelaksanaan projek dan kegiatan, dan pada waktu yang sama dapat menjadi asas melakukan penilaian keberkesanan sesuatu program.

    Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada semua warga kerja DBP yang terlibat dalam penyediaan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 ini, khususnya Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Pengarah-pengarah Jabatan serta Ketua Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik.

    Bahasa Jiwa Bangsa

    DR. HAJI AWANG BIN SARIYAN13 Julai 2012

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    9

    SEJARAH PENUBUHAN DBP

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka setahun sesudah itu.

    Hasil daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru dari 16 hingga 21 September 1956, Kerajaan telah menerima cadangan kongres tersebut yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun yang sama, DBP dinaikkan tarafnya sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

    Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan pejabatnya ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal negara. Pada tahun 1959, DBP dinaikkan tarafnya menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberikan kuasa autonomi, iaitu :

    Menggubal dasarnya yang khusus; Menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan Menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

    Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Sabah dan ke Sarawak dengan membuka dua cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak (melalui pengambilalihan Biro Kesusasteraan Borneo). Ini diikuti pula oleh pembukaan tiga pejabat wilayah, iaitu DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999), dan DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru, Johor (2000). Pada tahun 2011, DBP Wilayah Tengah telah ditubuhkan dan menjalankan operasinya di DBP Ibu Pejabat.

    Dengan tujuan untuk memperluas Akta tersebut ke negeri Sabah dan Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan, pada 20 Oktober 1995, Parlimen telah meluluskan Akta A930 Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995.

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    10

    FALSAFAH, WAWASAN, MISI DAN MOTO

    FALSAFAH: Pembinaan Negara Bangsa Melalui Bahasa Melayu

    Konsep pembinaan negara timbul dalam kalangan negara yang baru bebas daripada belenggu penjajahan yang bertujuan membentuk jati diri dan citra sendiri yang berlainan daripada ciri-ciri yang ditinggalkan oleh penjajah. Oleh itu, pembinaan negara Malaysia diasaskan pada beberapa dasar negara dalam bidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, dasar luar dan bidang yang lain, tidak terkecuali bidang bahasa.

    Pembinaan negara melalui bahasa Melayu berasaskan Dasar Bahasa Kebangsaan, iaitu salah satu dasar negara yang penting, di samping Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan dasar-dasar lain. Bahasa Melayu menjadi wasilah pembinaan negara yang penting melalui kedudukan dan peranannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

    Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menjadi asas jati diri negara dan rakyat yang terdiri daripada pelbagai keturunan. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan yang merentas keturunan, persefahaman dan perpaduan akan dapat dipupuk. Perpaduan kebangsaan ini merupakan salah satu asas pembinaan negara yang amat penting. Sebagai bahasa rasmi pula, bahasa Melayu menjadi wahana komunikasi yang penting dalam menggerakkan jentera pentadbiran negara pada semua peringkat, baik pada peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri mahupun pihak berkuasa tempatan. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu yang menyumbang ke arah penyebaran dan pengembangan ilmu dalam kalangan rakyat.

    WAWASAN: Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia

    Bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang benar-benar berwibawa, kedudukan dan peranannya tidak seharusnya terbatas pada peringkat negara semata-mata. Bahasa Melayu perlu diangkat menjadi bahasa serantau dan antarabangsa yang diiktiraf sebagai salah satu bahasa penting di dunia. Sejarah lampau bahasa Melayu, terutama pada zaman bahasa Melayu klasik pada sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19 Masihi, yang merentas semua bidang tamadun, bidang ilmu, agama, undang-undang, perdagangan, ketatanegaraan, susastera, mahupun hubungan diplomatik membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa dunia yang dihormati oleh warga dunia. Sebagaimana yang diungkapkan oleh sarjana Belanda, Francois Valentijn, bahasa Melayu pada abad ke-16 telah menyamai taraf dan peranan bahasa Latin dan bahasa Perancis di benua Eropah dan menjadi bahasa perhubungan antarabangsa.

    DBP berusaha mencapai wawasan untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia, berasaskan potensi seperti kedudukannya sebagai bahasa kelima terbesar di dunia, kewujudan lebih 100 buah institusi sedunia di semua benua yang mempunyai program bahasa dan persuratan Melayu atau pengajian Melayu/Indonesia, di samping potensi Malaysia sebagai pusat pendidikan antarabangsa, pusat pelancongan dan pusat kerjaya yang menarik minat warga asing.

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    11

    Prasarana yang telah sedia ada dan berfungsi dengan baik, seperti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) sejak tahun 1972 dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) sejak tahun 1997, dapat dijadikan landasan yang utuh untuk program pengantarabangsaan bahasa Melayu.

    Selain itu, kerajaan Malaysia sendiri telah menubuhkan beberapa Kursi Pengajian Melayu di beberapa bahagian dunia seperti di Leiden, Belanda (untuk kawasan Eropah), di Wellington, New Zealand, di Beijing, Republik Rakyat China, dan di Seoul, Korea Selatan. Semua Kursi itu dapat menjadi asas pengantarabangsaan bahasa dan persuratan Melayu jua.

    MISI: Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu

    Misi DBP untuk meningkatkan dan meluaskan penggunaan bahasa Melayu adalah berkaitan dengan peranannya sebagai badan kerajaan yang ditubuhkan khas untuk memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu dalam semua bidang. Misi ini menjadi landasan DBP menggerakkan usaha meningkatkan dan meluaskan penggunaan bahasa dalam semua sektor awam dan swasta, juga dalam semua bidang tamadun, seperti pentadbiran, undang-undang, pendidikan, perdagangan dan media massa (media cetak dan elektronik). Dengan meluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam semua bidang kehidupan dan ketamadunan negara, bahasa Melayu berperanan sebagai salah satu tonggak pembinaan atau pembangunan negara.

    MOTO: Bahasa Jiwa Bangsa

    Moto DBP berasaskan hakikat bahawa bahasa merupakan salah satu unsur dalaman yang penting bagi pembentukan sahsiah, jati diri dan citra bangsa Malaysia. Selaras dengan gagasan 1Malaysia, maka bahasa Melayu sebagai bahasa negara dapat menjadi asas jati diri dan citra bangsa atau rakyat Malaysia.

    Selain itu, moto ini mengungkapkan bahawa bangsa yang besar dan berwibawa ialah bangsa yang memiliki bahasanya sendiri untuk membangun dan maju setara dengan bangsa-bangsa besar lain. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dijadikan bahasa utama untuk membangunkan rakyat dan negara.

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    12

    NILAI-NILAI TERAS

    Semangat DBP lahir daripada sejarah perjuangan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Semangat perjuangan ini melahirkan nilai-nilai teras yang didukung oleh semua warga kerja DBP dan kemudiannya berkembang dan membentuk sikap pekerja yang bertanggungjawab terhadap kerjanya. Nilai-nilai teras DBP dimanifestasikan dalam Rukun Budaya Korporat DBP.

    Memahami dan menghayati wawasan DBP Setiap warga kerja DBP perlu memahami dan menghayati wawasan DBP untuk menjadikan bahasa Melayu salah satu bahasa utama dunia. Wawasan ini merupakan harapan tentang masa hadapan bahasa Melayu yang menjadi asas kewujudan DBP. Setiap warga kerja DBP perlu menjadi pendukung utama program pemartabatan bahasa Melayu sama ada yang dilaksanakan oleh DBP ataupun yang diusahakan oleh pihak luar.

    Memelihara dan meningkatkan imej DBP di khalayak ramai Imej DBP sebagai institusi bahasa dan persuratan Melayu yang berwibawa dipelihara melalui amalan perkhidmatan yang berintegriti, cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan rakyat dan negara.

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    13

    Mementingkan hasil dan mutu keluaran Budaya kecemerlangan yang mengutamakan kesegeraan dan pencapaian menjadi pegangan warga kerja DBP. Hasil dan mutu produk dan perkhidmatan DBP perlu ditingkatkan sepanjang masa supaya menjadi tanda aras bagi organisasi lain.

    Mengamalkan kerja secara bermusyawarah dan berkumpulan Warga kerja DBP perlu mengamalkan musyawarah dan bermuafakat dalam perancangan dan pelaksanaan program demi mencapai kesepakatan bersama. Keputusan yang dicapai secara bermusyawarah dihormati oleh semua pihak dan dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab.

    Mementingkan integriti, kecekapan dan keberkesanan Warga kerja DBP dituntut supaya melaksanakan amanah jawatan yang disandang dan kuasa yang dipertanggungjawabkan serta tidak melibatkan diri dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa. Amalan budaya kesegeraan dan kepersisan pula akan memastikan produk dan perkhidmatan DBP sampai kepada pelanggan dengan cepat dan berkesan.

    Mengamalkan sifat-sifat bijaksana, adil, amanah, jujur dan ikhlas Sifat bijaksana, adil, amanah, jujur dan ikhlas merupakan kualiti unggul yang perlu ada pada setiap warga kerja DBP. Sifat ini terbentuk daripada amalan nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam pelbagai kod etika dan kod tatakelakuan penjawat awam. Sifat-sifat ini akan terpancar dalam perilaku seseorang pekerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

    Ketua memimpin pekerja bawahannya Setiap ketua tidak kira pada peringkat jabatan, bahagian, unit atau kumpulan kerja bertanggungjawab memimpin pekerja bawahannya. Ketua mesti mempunyai ilmu dalam bidang kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya, bijaksana dalam menguruskan sumber di bawah kawalannya dan sentiasa mempamerkan nilai akhlak yang tinggi.

    Pekerja memimpin dirinya sendiri Pekerja perlu membangunkan potensi diri sendiri demi kemajuan kerjaya tanpa bergantung pada pihak lain. Pekerja hendaklah memotivasikan diri ke arah sikap yang lebih baik dan positif, mentransformasikan diri menjadi pekerja berilmu dan berketerampilan serta menjadi penyumbang kepada keberhasilan organisasi.

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    14

    Berusaha menambah ilmu Pekerja berilmu atau pekerja yang berpengetahuan amat penting dalam mengisi agenda pembangunan modal insan DBP. Pekerja berilmu menggunakan pengetahuannya untuk mempercepat pelaksanaan program dan meningkatkan produktiviti organisasi agar terus kukuh dan berkembang. Warga kerja DBP dituntut supaya menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran dalam semua bidang kerja DBP.

    Bekerja ialah ibadah Warga kerja DBP dituntut supaya mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan bertunjangkan iman dan akhlak, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti serta meletakkan kepentingan organisasi melebihi kepentingan peribadi. Bekerja dengan cemerlang bukan sekadar memenuhi amanah jawatan yang dipegang, malah merupakan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara, dan yang paling penting ialah amanah Tuhan.

    14

    Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka(Pindaan dan Perluasan) 1995

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    15

    SUMBER KUASA

    AKTA LAIN YANG BERKAITAN : Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Perluasan)1983 Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002)

    Perlembagaan Persekutuan(Perkara 152)

    Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka(Pindaan dan Perluasan) 1995

    Akta 213 Akta Dewan Bahasa dan

    Pustaka, 1959(Disemak-1978)SUMBER

    KUASA

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    16

    PERANAN

    Peranan DBP dapat dilihat dalam matlamat penubuhannya yang termaktub dalam Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995 seperti yang berikut:

    1. Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi

    2. Untuk memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan

    3. Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan bentuk lain kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain

    4. Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan

    5. Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul

    6. Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    17

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    Pelan Tindakan Strategik DBP menetapkan hala tuju DBP dalam tempoh 2011-2015 ke arah pencapaian matlamatnya sebagaimana yang termaktub dalam Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995. Pelan Tindakan Strategik yang dikemaskinikan daripada dokumen asal Sasaran Kerja Utama 2011-2015 meletakkan tumpuan utama, strategi teras dan sokongan dan program utama serta sokongan di atas landasan hala tuju yang lebih jelas bagi mempercepat pencapaian matlamat memartabatkan bahasa Melayu. Pelan Tindakan Strategik ini mengandungi program dan projek yang akan dilaksanakan dengan strategi dan pendekatan baharu untuk menegaskan semula peranan dan tanggungjawab DBP sebagai sebuah institusi pembinaan dan pengembangan bahasa dan persuratan Melayu yang unggul di negara ini. Selain itu, Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 turut mengambil kira keperluan untuk menyumbang kepada pencapaian bidang keberhasilan utama Kementerian Pelajaran Malaysia (MKRA) dan bidang keberhasilan utama negara (NKRA) dalam rangka Pelan Transformasi Kerajaan.

    Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 menggariskan program yang dapat memberikan impak tinggi kepada pencapaian matlamat DBP. Strategi dan pendekatan pelaksanaan program yang lebih strategik disusun bagi memastikan program utama bahasa dan persuratan Melayu dibuat secara bersepadu dan bersinergi. Strategi utama dalam tempoh 2011-2015 ialah ketersediaan dan kebolehcapaian. Ketersediaan bermaksud DBP akan menyediakan dan menerbitkan pelbagai bahan ilmu untuk bacaan dan rujukan semua lapisan pengguna bahasa Melayu bagi memastikan ilmu pengetahuan sampai kepada rakyat. Daripada aspek perkhidmatan pula, DBP akan menyediakan pelbagai perkhidmatan bahasa, sastera dan penerbitan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan pemegang berkepentingan. Kebolehcapaian bermaksud semua produk keluaran DBP sama ada buku, majalah, jurnal, hasil penyelidikan atau bahan rujukan lain mesti dapat diperoleh dengan mudah oleh pengguna sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik. Pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Khidmat Nasihat DBP (KNDBP), pengesahan bahasa, pertanyaan bahasa dan khidmat-khidmat yang lain mesti dapat dicapai oleh pengguna pada bila-bila masa (24 jam sehari, 365 hari setahun). Strategi ketersediaan dan kebolehcapaian ini selaras dengan matlamat Pelan Transformasi Kerajaan, iaitu menyampaikan keberhasilan dengan cepat kepada rakyat.

    Bersesuaian dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi, DBP juga mengusahakan pelbagai jenis kamus untuk pelbagai peringkat pengguna sasaran, termasuk kanak-kanak, pelajar, pelajar asing, orang dewasa, pakar bidang bagi menyokong usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Semua maklumat/kamus ini akan diterbitkan dalam bentuk bercetak dan dalam bentuk elektronik untuk capaian dalam talian melalui laman sesawang serta melalui aplikasi (apps) untuk sistem operasian iOS (iPhone/iPad) dan Android. Selain itu, beberapa judul majalah DBP dan buku cerita kanak-kanak (dalam Siri Bacaan Awal, Tidurlah Intan, Ceritalah Lagi) akan diolah menjadi bentuk interaktif dan multimedia bagi tujuan penyebaran melalui laman sesawang serta melalui aplikasi iOS dan Android. Penerbitan buku dan bahan rujukan lain dalam bentuk elektronik menambah kandungan ilmiah berbahasa Melayu dalam Internet.

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    18

    Bagi memastikan program yang dirancang merangkumi keperluan semua sektor, masyarakat, etnik dan lokasi, DBP menggunakan pendekatan keterlibatan masyarakat (citizens engagement) dalam merangka sesuatu dasar baharu atau meluaskan skop dasar sedia ada. Keterlibatan masyarakat ini dilakukan melalui muzakarah dan pertemuan dengan pelbagai golongan berkepentingan seperti pendidik, penulis, penyelidik, editor, karyawan, sasterawan dan golongan profesional. DBP juga memanfaatkan media sosial untuk menguar-uarkan sebarang perubahan dasar dan peraturan, pelaksanaan program baharu dan sedia ada atau untuk menjelaskan isu-isu bahasa atau isu-isu berkaitan yang berbangkit. Penggunaan pelbagai media ini membolehkan maklumat terkini disebarkan dengan lebih meluas.

    Sepuluh program baharu yang merupakan peluasan kepada dasar sedia ada akan diberikan tumpuan khusus dalam tempoh lima tahun ini. Program-program tersebut adalah seperti yang berikut:

    Audit Bahasa Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) dalam talian e-Buana dan e-Pendeta (e-Buana: pusat sehenti persuratan ilmu dan kreatif negara. e-Pendeta: portal tokoh bahasa dan persuratan Melayu). Khidmat Nasihat DBP dan Pengesahan Bahasa dalam talian Akademi DBP Muzium Bahasa dan Persuratan Melayu Dana Pembudayaan Bahasa dan Sastera Dana Penerbitan Ilmiah Rakan Strategik dan Rakan Bestari (Ziarah Bahasa) Pengantarabangsaan Bahasa dan Persuratan Melayu

    Maklumat rinci tentang program baharu ini boleh dirujuk dalam strategi dan pelan tindakan yang berkenaan.

    Program dasar sedia ada yang lain diteruskan dengan strategi dan pendekatan baharu yang disesuaikan dengan keperluan dan perubahan yang dijangka dalam tempoh lima tahun akan datang. Bagi memastikan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 mencapai matlamatnya, proses kawalan dan pemantauan serta pengurusan perubahan akan dilaksanakan secara terancang. Kawalan dan pemantauan serta pengurusan perubahan akan dilaksanakan melalui pengukuran dan penilaian prestasi serta tindakan pembetulan atau penambahbaikan yang berterusan. Tindakan ini penting bagi memastikan strategi dan pendekatan yang dilaksanakan bagi setiap program dan projek memberikan impak yang maksimum.

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    19

    TUJUAN PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015

    Bagi mencapai matlamat memartabatkan bahasa Melayu, DBP merangka Pelan Tindakan Strategik yang menetapkan hala tuju organisasi ini dalam tempoh lima tahun 2011-2015. Pelan ini ialah sebahagian daripada pelan strategik jangka panjang DBP bagi mencapai wawasan menjadikan bahasa Melayu salah satu bahasa utama dunia. Pelan Tindakan Strategik ini disediakan untuk:

    1. Menyediakan hala tuju DBP yang jelas bagi tempoh lima tahun 2011-2015

    3. Menggariskan strategi dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan berdasarkan amalan berkesan

    2. Menggariskan tumpuan utama dan cabaran yang dihadapi

    4. Mewujudkan sinergi dalam pelaksanaan program teras dan sokongan yang memberikan impak tinggi dalam pencapaian matlamat memartabatkan bahasa Melayu

    5. Menentukan bidang keberhasilan utama DBP yang menyokong pencapaian bidang keberhasilan utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    20

    CABARAN

    Dalam melaksanakan tugas bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu lebih cemerlang, DBP mengenal pasti lapan cabaran utama yang perlu diuruskan dengan strategik dan bijaksana.

    CABARAN 1: Meningkatkan imej DBP sebagai institusi bahasa dan persuratan Melayu yang berwibawa

    Imej DBP sebagai institusi bahasa dan persuratan Melayu yang berwibawa perlu ditingkatkan supaya rakyat yakin bahawa amanah yang diberikan kepada DBP untuk memartabatkan bahasa Melayu akan dilaksanakan dengan berkesan. Keyakinan ini akan memudahkan DBP mendapatkan sokongan semua pihak dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang. DBP mesti diletakkan dalam landskap pembangunan negara sebagai agensi kerajaan yang turut memainkan peranan penting dalam membina negara bangsa yang maju dan bertamadun tinggi.

    CABARAN 2: Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

    Bahasa Melayu mampu berkembang maju sebagai bahasa ilmu seperti bahasa-bahasa besar dunia yang lain sekiranya Dasar Bahasa Kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya dalam semua sektor, khususnya sebagai medium utama dalam sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu yang bermutu dan digunakan dengan meluas oleh rakyat Malaysia akan berkembang menjadi sistem budaya dan pemikiran rakyat dan dengan demikian akan maju ke peringkat yang lebih tinggi.

    CABARAN 3: Meningkatkan khazanah persuratan ilmu dalam bahasa Melayu

    Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu perlu ditingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai bahasa budaya tinggi. Usaha memperkaya khazanah persuratan dalam semua bidang melalui penerbitan bahan ilmiah dan rujukan umum dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan dalam pelbagai media mesti dijadikan salah satu agenda utama memartabatkan bahasa Melayu dan dimasukkan dalam agenda pembangunan negara melalui Belanjawan Negara.

    CABARAN 4: Meluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor swasta

    Pada masa ini, penggunaan bahasa Melayu dalam sektor swasta belum menyerlah dan menyeluruh kerana masih ada pihak yang beranggapan bahawa bahasa Melayu tiada nilai komersial dalam perniagaan. Sikap sedemikian menjadi penghalang kepada perkembangan bahasa Melayu kerana seolah-olah wujud persepsi bahawa bahasa Melayu hanya sesuai digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan. CABARAN 5: Membina sikap bangga bahasa Melayu dalam kalangan rakyat

    Perasaan bangga bahasa dalam kalangan rakyat merupakan salah satu prasyarat penting bagi bahasa Melayu digunakan dengan meluas dan dengan demikian dapat memainkan peranannya sebagai bahasa

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    21

    kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa perhubungan rakyat berbilang kaum dan bahasa perdagangan. Oleh itu, sikap bangga bahasa perlu dipupuk dalam kalangan rakyat, terutama generasi muda supaya mereka boleh menyerlahkan jati diri melalui bahasa Melayu dan berbangga menjadi penutur bahasa Melayu.

    CABARAN 6: Persepsi kurang positif sebilangan golongan rakyat terhadap bahasa Melayu

    Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap kerana adanya tanggapan bahawa bahasa Melayu tidak berkorelasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

    Golongan ini beranggapan bahasa Melayu tidak penting sebagai alat dalam mengejar kemajuan dalam era globalisasi yang didominasi oleh bahasa Inggeris. Keprihatinan serta kesedaran golongan ini terhadap isu kedaulatan bahasa kebangsaan adalah sesuatu yang membimbangkan dan perlu ditangani segera secara bijaksana dan berhemah.

    CABARAN 7: Mendapatkan kuasa penegasan pelaksanaan dan penguatkuasaan bahasa

    Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995 hanya memberikan DBP kuasa untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa. Berbekalkan peruntukan undang-undang ini, DBP hanya boleh memberikan nasihat kepada pihak-pihak yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul atau tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi mereka. DBP perlu mempunyai kuasa penegasan pelaksanaan dan penguatkuasaan bahasa bagi memastikan panduan dan tegurannya dihormati oleh semua pihak.

    CABARAN 8: Menarik minat penulis untuk menerbitkan karya dengan DBP

    Industri penerbitan negara yang berkembang pesat memerlukan DBP mentransformasikan semua aspek penerbitannya yang meliputi sistem penerbitan yang lebih berdaya maju dengan penggunaan teknologi terkini, promosi dan pemasaran penerbitan yang lebih berkesan. DBP perlu memberikan jaminan karya penulis yang menepati piawaian akan diterbitkan dalam tempoh penerbitan yang lebih kompetitif disertai dengan insentif yang menarik.

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    22

    TUMPUAN STRATEGIK

    Dalam menangani cabaran yang dikenal pasti, DBP akan memberikan tumpuan kepada enam perkara yang berikut:

    TUMPUAN 1: Memperkaya dan memperhebat khazanah penyelidikan bahasa dan persuratan Melayu serta meningkatkan kepakaran ilmuwan bahasa dan persuratan Melayu

    Prasarana penyelidikan bahasa dan persuratan Melayu yang lebih lengkap yang boleh dijadikan pusat rujukan sehenti oleh penyelidik dalam dan luar negara akan disediakan. Selain itu, kerjasama strategik dan sinergi dengan pelbagai pusat penyelidikan dan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara akan ditingkatkan bagi memperkaya khazanah persuratan Melayu meliputi semua disiplin ilmu.

    TUMPUAN 2: Membina dan memperkaya sumber leksikal dan sumber ilmu pengetahuan

    Prasarana korpus bahasa akan diperkasakan melalui penggunaan teknologi bahasa terkini dan dapat dicapai oleh semua pengguna, dalam dan luar negara. Media sosial akan digunakan secara optimum untuk mendapatkan input bahasa untuk kajian, selain digunakan untuk menyebarkan maklumat bahasa dan persuratan Melayu. Sinergi dan kolaborasi dengan pelbagai pihak luar akan diperkukuh agar segala hasil pembinaan bahasa dan sastera dapat dimanfaatkan bersama demi mengangkat taraf bahasa Melayu menjadi bahasa tamadun tinggi.

    TUMPUAN 3: Mengembangkan, memasyarakatkan serta membudayakan bahasa Melayu

    Usaha pengembangan, pemasyarakatan dan pembudayaan bahasa Melayu akan dibuat melalui pelbagai program bahasa, antaranya termasuklah ziarah bahasa, kembara bahasa, Bulan Bahasa Kebangsaan, program bahasa di media (cetak dan elektronik) serta program penataran bahasa. Kerjasama dan sinergi dengan pelbagai pihak dalam pelbagai program akan ditingkatkan. Golongan belia yang merupakan pewaris negara akan dijadikan kumpulan sasaran utama tanpa mengabaikan keperluan golongan lain. Media sosial akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyebarkan semangat kecintaan dan menanam keyakinan rakyat terhadap bahasa Melayu.

    TUMPUAN 4: Memperluas khalayak bahasa dan persuratan Melayu

    Khalayak bahasa dan persuratan Melayu merupakan komponen paling penting dalam agenda pemasyarakatan bahasa dan persuratan Melayu. DBP merancang lebih banyak program serta kegiatan bahasa dan persuratan Melayu yang berkualiti dan menarik dalam usaha untuk memperluas khalayak.

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    23

    TUMPUAN 5: Meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan berbahasa Melayu dalam pelbagai bidang

    Pemetaan ilmu mengikut bidang akan dibuat bagi memastikan penerbitan dapat dihasilkan secara bertema dan bersiri bagi memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat, khususnya golongan remaja dan kanak-kanak yang merupakan pelapis kepemimpinan negara pada masa hadapan. Penterjemahan karya sastera kebangsaan akan ditingkatkan dengan kerjasama pelbagai pihak di dalam dan di luar negara untuk mengangkat persuratan Melayu ke persada dunia. Penterjemahan karya-karya besar dunia ke dalam bahasa Melayu akan diusahakan dengan lebih aktif bagi memperluas apresiasi rakyat Malaysia terhadap sastera dunia dan menambah bahan bacaan berbahasa Melayu.

    TUMPUAN 6: Menyediakan sumber manusia dan prasarana yang berkualiti

    Sumber manusia merupakan salah satu faktor kritikal dalam kejayaan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015. Aspek yang diberikan perhatian ialah peningkatan ilmu dan kompetensi dalam bidang kerja utama dan sokongan, integriti, daya kreativiti dan inovasi, semangat kerja berpasukan yang tinggi dan ketekalan dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang. Pembangunan nilai-nilai teras sumber manusia ini akan dibuat melalui program pembangunan sumber manusia yang lebih dinamik. Bagi memberikan kemudahan kepada staf supaya mereka lebih produktif, prasarana fi zikal dan teknologi maklumat dan komunikasi disediakan secukupnya dan sebaiknya.

    23

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    24

    STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

    Strategi utama yang dilaksanakan untuk menangani cabaran dan tumpuan di atas ialah ketersediaan dan kebolehcapaian. Ketersediaan bermaksud produk dan perkhidmatan bahasa dan persuratan Melayu akan diperbanyakkan untuk memenuhi keperluan semua golongan pengguna, manakala kebolehcapaian bermaksud produk dan perkhidmatan DBP sampai kepada pengguna dengan cepat. Dua strategi utama ini diperkukuh melalui sepuluh strategi yang berikut:

    STRATEGI 1: Peluasan dan peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam, swasta serta masyarakat

    Kegiatan penataran bahasa, pemupukan bahasa, pemantauan bahasa, pengukuhan dasar bahasa, perkhidmatan bahasa, dan penyebaran maklumat bahasa melalui bahan edaran bercetak dan secara elektronik dilaksanakan dengan lebih banyak dan secara lebih terancang. Kegiatan yang menyokong pelaksanaan strategi memartabatkan bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia juga ditingkatkan.

    PELAN TINDAKAN

    Program/Tindakan Indikator Indikator SasaranTahun

    Sasaran

    a. Mengadakan kunjungan kerja kepada kumpulan pembuat dasar dan pelaksana dasar

    (Ketua Menteri, Menteri Besar, Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Naib Canselor IPT, Ketua Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan, Ketua Eksekutif Media)

    Bilangan Ziarah Bahasa

    Sekurang-kurangnya 100 Ziarah Bahasa

    2011-2015

    b. Akademi DBP Bilangan kursus Sekurang-kurangnya 472 kursus melibatkan 21 900 orang peserta luar

    2012-2015

    c. Mengadakan persidangan antarabangsa bahasa Melayu

    Bilangan persidangan

    Sekurang-kurangnya 10 persidangan antarabangsa (1000 peserta)

    2011-2015

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    25

    Program/Tindakan Indikator Indikator SasaranTahun

    Sasaran

    d. Mengadakan wacana bahasa dan persuratan Melayu

    Bilangan kegiatan

    Sekurang-kurangnya 100 kegiatan (5000 peserta)

    2011-2015

    e. Memberikan perkhidmatan pertanyaan bahasa dan sastera melalui KNDBP

    Bilangan jawapan

    Sekurang-kurangnya 18 000 jawapan

    2011-2015

    f. Memberikan perkhidmatan pengesahan bahasa:

    i. Iklan

    ii. Dokumen

    Bilangan pengesahan

    Sekurang-kurangnya

    i. 100 000 pengesahan iklan

    ii. 250 pengesahan dokumen

    2011-2015

    g. Menyebarkan maklumat bahasa dan persuratan Melayu melalui bahan edaran:

    i. Lembar Bahasa

    ii. Tutor Bahasa (Utusan Malaysia)

    iii. Sisipan Lembaran (MASTERA)

    iv. Jurnal Pangsura

    Bilangan terbitan/edaran

    i. Sekurang-kurangnya 100 000 Lembar Bahasa

    ii. Sekurang-kurangnya 240 keluaran Tutor Bahasa (Utusan Malaysia)

    iii. Sekurang-kurangnya 10 Sisipan Lembaran (MASTERA)

    iv. Sekurang-kurangnya 15 Jurnal Pangsura

    2011-2015

    h. Melaksanakan program Bulan Bahasa Kebangsaan

    Bilangan kegiatan

    Sekurang-kurangnya 1500 kegiatan

    2011-2015

    i. Melaksanakan kegiatan yang menyokong strategi memartabatkan bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

    Bilangan kegiatan

    Sekurang-kurangnya 320 kegiatan (melibatkan 15 275 orang pelajar)

    2011-2015

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    26

    Strategi 2: Pemantapan korpus dan khazanah ilmu serta akses terhadap sumber tersebut

    Sumber rujukan leksikal dan rujukan ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu melalui penggubalan istilah, penyusunan kamus istilah, kamus ekabahasa dan dwibahasa, dan penyusunan ensiklopedia khusus dan umum akan diperbanyakkan. Kegiatan yang dijalankan meliputi penyelidikan, pengumpulan, pengemaskinian dan penyebaran segala khazanah ilmu pelbagai bidang dan maklumat bahasa, sastera, dan budaya alam Melayu secara berterusan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

    PELAN TINDAKAN

    Program/Tindakan Indikator Indikator Sasaran Tahun Sasaran

    a. Menggubal istilah dalam pelbagai bidang, khususnya sains dan teknologi

    Bilangan istilah Sekurang-kurangnya 25 000 istilah

    2011 -2015

    b. Menyusun kamus i. Kamus istilah ii. Kamus ekabahasa iii. Kamus dwibahasa iv. Kamus khusus

    Bilangan kamus Sekurang-kurangnyai. 25 kamus istilahii. 4 kamus ekabahasaiii. 18 kamus dwibahasaiv. 5 kamus khusus

    2011-2015

    c. Menyusun ensiklopedia i. Umum ii. Khusus

    Bilangan ensiklopedia Sekurang-kurangnyai. 2 ensiklopedia umumii. 9 ensiklopedia khusus

    2011-2015

    d. Melaksanakan penyelidikan bahasa: i. Penyelidikan sejarah bahasa Melayu ii. Penyelidikan tokoh iii. Penyelidikan MABBIM iv. Buku pedoman dan panduan bahasa v. Kajian tahap penggunaan bahasa Melayu

    Bilangan penyelidikan

    Sekurang-kurangnyai. 13 penyelidikan bahasaii. 10 buku pedoman dan panduan bahasa

    2011-2015

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    27

    Program/Tindakan Indikator Indikator Sasaran Tahun Sasaran

    e. Melaksanakan penyelidikan sastera: i. Penyelidikan tradisional ii. Penyelidikan moden iii. Penyelidikan teori iv. Penyelidikan bandingan v. Penyelidikan MASTERA vi. Penyelidikan sastera kanak-kanak dan remaja

    Bilangan penyelidikan Sekurang-kurangnyai. 10 penyelidikan tradisionalii. 8 penyelidikan modeniii. 5 penyelidikan teoriiv. 9 penyelidikan bandinganv. 7 penyelidikan MASTERA vi. 3 penyelidikan sastera kanak- kanak dan remaja

    2011-2015

    f. Muzium Bahasa dan Persuratan Melayu

    Bilangan pengguna Sekurang-kurangnya 3600 pengguna

    2014-2015

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    28

    Strategi 3: Pemerkayaan terbitan berbahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu untuk pelbagai kumpulan sasaran

    Penerbitan merupakan wahana penting bagi perkembangan ilmu serta pembinaan tamadun bangsa. DBP berusaha meningkatkan penerbitan kreatif pelbagai genre dan ilmu yang berkualiti, sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik meliputi pelbagai bidang untuk pelbagai kumpulan sasaran. Dalam usaha untuk meningkatkan jumlah dan mempercepatkan proses penerbitan, DBP melaksanakan pelbagai kaedah, terutama kaedah kerja perbengkelan panel pakar bidang dari tahap perancangan, penulisan hingga pembinaan manuskrip lengkap.

    PELAN TINDAKAN

    Program/ Tindakan Indikator Indikator SasaranTahun

    Sasaran

    a. Menerbitkan buku ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu:

    i. Bahasa

    ii. Sastera

    iii. Sains dan teknologi

    iv. Sains sosial dan kemanusiaan

    v. Agama, falsafah dan tamadun Islam

    Bilangan judul Sekurang-kurangnya i. 120 judul buku bahasa ii. 50 judul buku sastera iii. 200 judul buku sains dan teknologiiv. 200 judul buku sains sosial dan kemanusiaan v. 200 judul buku agama, falsafah dan tamadun Islam

    2012-2015

    b. Menerbitkan buku umum dewasa dalam pelbagai bidang ilmu:

    i. Bahasa

    ii. Sastera

    iii. Sains dan teknologi

    iv. Sains sosial dan kemanusiaan

    v. Agama, falsafah dan tamadun Islam

    Bilangan judul Sekurang-kurangnya i. 115 judul buku bahasa ii. 240 judul buku sastera iii. 135 judul buku sains dan teknologiiv. 135 judul buku sains sosial dan kemanusiaan v. 135 judul buku agama, falsafah dan tamadun Islam

    2011-2015

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    29

    Program/ Tindakan Indikator Indikator SasaranTahun

    Sasaran

    c. Menerbitkan buku mengenai persoalan perdana negara, karya besar dan karya malar segar dalam pelbagai bidang ilmu:

    i. Bahasa

    ii. Sastera

    iii.Sains dan teknologi

    iv. Sains sosial dan kemanusiaan

    v. Agama, falsafah dan tamadun Islam

    Bilangan judul Sekurang-kurangnya

    i. 5 judul buku bahasa

    ii. 15 judul buku sastera

    iii. 15 judul buku sains dan teknologi

    iv. 15 judul buku sains sosial dan kemanusiaan

    v. 15 judul buku agama, falsafah dan tamadun Islam

    2013-2015

    d. Menerbitkan buku remaja dan kanak-kanak dalam pelbagai bidang ilmu:

    i. Karya kreatif

    ii. Karya ilmu

    Bilangan judul Sekurang-kurangnya

    i. 500 judul karya kreatif

    ii. 400 judul karya ilmu

    2011-2015

    e Menerbitkan majalah dalam bentuk bercetak dan digital

    Bilangan keluaran majalah

    Sekurang-kurangnya 600 keluaran bagi 10 judul majalah

    2011-2015

    f. Menerbitkan jurnal dalam bentuk bercetak dan digital

    Bilangan keluaran jurnal

    Sekurang-kurangnya 30 keluaran bagi 3 judul jurnal

    2011-2015

    g. Menerbitkan buku teks untuk sekolah rendah dan sekolah menengah bagi menyokong strategi memartabatkan bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia

    Bilangan judul dan naskhah

    Sekurang-kurangnya 260 judul buku teks (40 juta naskhah)

    2011-2015

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    30

    STRATEGI 4: Penegasan pelaksanaan dan penguatkuasaan Dasar Bahasa Kebangsaan

    Peruntukan undang-undang tentang taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu dipertegas dalam pelaksanaan dan penguatkuasaannya. Penegasan ini dibuat melalui kajian peruntukan bahasa dalam undang-undang sedia ada, pemantapan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam enam sektor tumpuan utama iaitu pendidikan, kewangan, pentadbiran kerajaan, kepenggunaan, komunikasi dan penyiaran, dan tempat awam, pelaksanaan audit bahasa untuk menilai status dan mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai sektor dan pemantauan penggunaan bahasa.

    PELAN TINDAKAN

    Program/Tindakan Indikator Indikator SasaranTahun

    Sasaran

    a. Melaksanakan kajian peruntukan bahasa dalam undang-undang

    Bilangan akta dan garis panduan dikaji

    Sekurang-kurangnya 800 akta dan garis panduan

    2011-2015

    b. Memantapkan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan

    Bilangan laporan Sekurang-kurangnya 70 laporan

    2011-2015

    c. Melaksanakan audit bahasa Melayu: i. Audit bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam ii. Audit bahasa Melayu dalam sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan

    Bilangan audit i. Sekurang-kurangnya 403 jabatan

    ii. Sekurang-kurangnya 67 syarikat berkaitan kerajaan

    2011-2015

    d. Melaksanakan pemantauan bahasa: i. Pemantauan bahasa dalam sektor awam ii. Pemantauan bahasa dalam sektor swasta iii. Pemantauan bahasa di tempat awam

    Bilangan aktiviti Sekurang-kurangnya 1000 aktiviti pemantauan bahasa

    2011-2015

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    31

    STRATEGI 5: Peningkatan program pembangunan karyawan ilmu dan kreatif

    Program pembangunan karyawan ilmu dan kreatif dilaksanakan melalui bengkel penataran dan pemantapan penulisan untuk karyawan baharu dan mapan supaya mereka dapat menghasilkan lebih banyak karya berkualiti yang akan menambah bahan bacaan dan rujukan dalam bahasa Melayu.

    PELAN TINDAKAN

    Program/Tindakan Indikator Indikator SasaranTahun

    Sasaran

    Mengadakan bengkel penataran penulisan untuk penulis baharu dan bengkel pemantapan penulisan untuk penulis mapan

    Bilangan bengkel Sekurang-kurangnya 48 bengkel (20 orang penulis mapan dilahirkan daripada 1440 orang peserta)

    2012-2015

    STRATEGI 6: Peningkatan usaha membina dan memperluas khalayak bahasa dan persuratan kebangsaan

    Pelbagai kegiatan diadakan untuk memperluas khalayak bahasa dan persuratan kebangsaan. Antaranya termasuklah pementasan teater dan pelbagai pertandingan untuk mengasah bakat dalam bidang bahasa dan sastera.

    PELAN TINDAKAN

    Program/Tindakan Indikator Indikator SasaranTahun

    Sasaran

    a. Mengadakan pementasan teater Bilangan pementasan

    Sekurang-kurangnya 35 pementasan

    2011-2015

    b. Mengadakan pertandingan bagi mengasah bakat dalam bidang bahasa dan sastera

    Bilangan pertandingan

    Sekurang-kurangnya 160 pertandingan

    2011-2015

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    32

    STRATEGI 7: Peningkatan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak di dalam dan di luar negara

    Kerjasama strategik dengan pihak awam dan swasta serta pihak luar negara diperkukuh melalui perjanjian persefahaman. Kerjasama dengan sukarelawan bahasa dan sastera digerakkan supaya program bahasa dan sastera dapat dilaksanakan dengan lebih mantap. Kerjasama antarabangsa melalui MABBIM, MASTERA dan MABM ditingkatkan, manakala kerjasama dengan pihak kedutaan Malaysia di luar negara akan dirintis bagi memastikan bahasa dan persuratan Melayu dapat disebarkan secara meluas ke peringkat antarabangsa.

    PELAN TINDAKAN

    Program /Tindakan Indikator Indikator SasaranTahun

    Sasaran

    a. Melaksanakan kegiatan MABBIM: i. Peristilahan ii. Penyelidikan iii.Penerbitan iv.Pemupukan

    Bilangan aktiviti Sekurang-kurangnya 34 aktiviti MABBIM

    2011-2015

    b. Melaksanakan kegiatan MASTERA: i. Penyelidikan ii. Penerbitan iii. Pemupukan iv. Pengiktirafan

    Bilangan aktiviti Sekurang-kurangnya 41 aktiviti MASTERA

    2011-2015

    c. Melaksanakan kegiatan MABM: i. Penyelidikan ii. Penerbitan iii. Pemupukan

    Bilangan aktiviti Sekurang-kurangnya 16 aktiviti MABM

    2012-2015

    d. Melaksanakan kegiatan pembudayaan bahasa dan sastera di bawah Dana Pembudayaan Bahasa dan Sastera

    Bilangan kegiatan Sekurang-kurangnya 150 kegiatan (anjuran 150 persatuan)

    2012-2015

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    33

    Strategi 8: Pemantapan program penghargaan dan pengiktirafan karya dan karyawan bahasa dan persuratan (kreatif dan ilmu) pada peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa

    Penghargaan dan pengiktirafan karya dan karyawan bahasa dan persuratan pada peringkat kebangsaan diberikan melalui pelbagai anugerah dan hadiah seperti Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Anugerah Sastera Negeri, dan beberapa anugerah buku. Pada peringkat serantau, Sasterawan Muda MASTERA dan Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) ialah dua bentuk penghargaan yang diberikan kepada karyawan dari Asia Tenggara oleh Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Thailand. Pada peringkat antarabangsa, DBP akan berusaha mengemukakan pencalonan karya untuk Hadiah Keamanan Nobel kategori Sastera (Nobel Peace Prize Literature) dan anugerah lain.

    PELAN TINDAKAN

    Program/Tindakan Indikator Indikator SasaranTahun

    Sasaran

    Mengadakan kegiatan pengiktirafan karya dan tokoh

    Bilangan pengiktirafan

    i. Sekurang-kurangnya 115 kategori pengiktirafan karya

    ii. Sekurang-kurangnya 30 kategori pengiktirafan tokoh

    2011-2015

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    34

    Strategi 9: Pembinaan kewibawaan dan kepakaran staf dalam bidang teras dan sokongan

    Pembinaan kepakaran staf dalam bidang teras dan sokongan dilaksanakan melalui program latihan jangka pendek dan jangka panjang yang digubal berdasarkan Dasar Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia DBP. Program latihan jangka pendek dijalankan untuk meningkatkan kompetensi staf DBP bagi membolehkan fungsi-fungsi DBP dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Manakala program latihan jangka panjang pula memberikan peluang kepada staf untuk memperoleh kelulusan akademik yang lebih tinggi dan sekali gus membina kepakaran mereka dalam bidang teras.

    PELAN TINDAKAN

    Program /Tindakan Indikator Indikator SasaranTahun

    Sasaran

    a. Memantapkan Pelan Penggantian Sumber Manusia

    Bilangan pelan Pelan Induk Penggantian Sumber Manusia (dikemas kini setiap tahun)

    2011-2015

    b. Melaksanakan program kepemimpinan

    Bilangan program Sekurang-kurangnya 8 program

    2012-2015

    c. Menawarkan biasiswa untuk latihan jangka panjang dalam bidang: i. Bahasa ii. Sastera iii. Penerbitan

    Bilangan biasiswa jangka panjang

    i. Sekurang-kurangnya 8 orang pegawai memperoleh Ijazah Kedoktoran Falsafah

    ii. Sekurang-kurangnya 15 orang pegawai memperoleh Ijazah Sarjana

    2011-2015

    d. Melaksanakan kursus jangka pendek dalam jabatan dan luar jabatan

    Bilangan kursus Sekurang-kurangnya 320 kursus dalam jabatan (12 800 orang peserta) dan 250 kursus luar jabatan ( 500 orang peserta)

    2011-2015

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    35

    Strategi 10: Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyampaian perkhidmatan

    Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam Rancangan Malaysia ke-10 memberikan tumpuan pada pembinaan sarana TMK untuk menyokong pelaksanaan fungsi utama DBP. Sokongan ini meliputi pembangunan dan penyelenggaraan pelbagai sistem kerja penyelidikan, pembinaan dan pengembangan. Antara sistem penyebaran maklumat bahasa dan persuratan Melayu yang dibangunkan termasuklah e-Buana dan e-Pendeta, manakala Portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Sistem Bahasa Melayu Bersepadu (SBMB), e-Perkhidmatan, e-Komuniti, e-Penyelidikan, e-Niaga, e-Karya dan Laman Web DBP akan ditingkatkan keupayaannya.

    PELAN TINDAKAN

    Program /Tindakan Indikator Indikator SasaranTahun

    Sasaran

    a. Penyebaran maklumat bahasa melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)

    Bilangan kenaan pengguna

    Sekurang-kurangnya360 juta kenaan

    2011-2015

    b. e-Buana dan e-Pendeta Bilangan portal Sekurang-kurangnya 8 portal e-Buana dan 7 portal e-Pendeta

    2012-2015

    c. Meningkatkan infrastruktur dan infostruktur kata leksikal bahasa daerah dan bahasa sukuan

    Bilangan entri boleh dicapai

    Sekurang-kurangnya 250 000 entri

    2011-2015

    d. Meningkatkan infrastruktur dan infostruktur ilmu pengetahuan (ensiklopedia)

    Bilangan entri ensiklopedia boleh dicapai

    Sekurang-kurangnya10 000 entri

    2011-2015

    e. Meningkatkan infrastruktur dan infostruktur korpus

    Bilangan kata Sekurang-kurangnya 25 juta kata (kumulatif 130 juta kata)

    2011-2015

  • IMPAK PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015

    Pelaksanaan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 berupaya membawa perubahan berimpak tinggi menjelang tahun 2015 seperti yang berikut:

    Peningkatan pemahaman dan kesedaran masyarakat, khususnya golongan pembuat dan pelaksana dasar tentang Dasar Bahasa Kebangsaan dan keperluan memartabatkan bahasa Melayu; Peningkatan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam semua sektor, khususnya pentadbiran, pendidikan, penyiaran dan komunikasi, kewangan, perdagangan dalam negeri, dan di tempat awam; Peningkatan jumlah penerbitan berbahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu dan profesional untuk bacaan dan rujukan pelbagai lapisan masyarakat; Peningkatan minat, penghargaan dan penghayatan bahasa dan persuratan Melayu dalam pelbagai golongan masyarakat dan perluasan khalayak bahasa dan persuratan Melayu; Penyebaran ilmu pengetahuan dalam bentuk bercetak dan elektronik yang lebih cepat dan berkesan melalui mekanisme pengedaran yang bersepadu; dan Penyebaran maklumat bahasa dan persuratan Melayu yang meluas dengan kaedah yang cekap dan berkesan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

    3636

    PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    37

    FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN

    Bagi memastikan kejayaan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015, beberapa faktor penting mempengaruhi strategi dan tindakan yang disasarkan. Faktor-faktor ini merupakan faktor penentu kejayaan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015.

    Warga Kerja Berilmu dan Berketerampilan

    Budaya Kecemerlangan dan Kepersisan

    Kesepakatan Strategik dan Perkongsian Bestari dengan Pihak Luar

    Untuk melaksanakan program-program utama dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan dengan cemerlang, warga kerja DBP mesti mempunyai ilmu dan keterampilan yang tinggi dalam bidang kerja yang berkaitan.

    Budaya kerja cemerlang dan persis dapat diwujudkan melalui tadbir urus organisasi yang baik, amalan pengurusan yang berkesan, sistem kerja yang berkualiti dan mementingkan pencapaian serta persekitaran kerja yang menggalakkan pemikiran kritis dan membina dalam kalangan warga kerjanya.

    Rakan-rakan strategik DBP amat penting dalam pelaksanaan pelbagai program yang dirancang. Ini termasuklah agensi dan institusi utama kerajaan, sama ada pada peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. Rakan-rakan bestari ialah pihak yang boleh menyokong dan membantu menjayakan pelbagai program pada peringkat setempat atau dalam bidang spesifi k. Ini termasuklah ahli-ahli komuniti setempat, para pelanggan, pihak swasta, badan bukan kerajaan, badan amal, para pelajar dan media.

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    38

    Sokongan dan Dukungan Padu Pihak Berkepentingan

    Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

    Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 sangat bergantung pada sokongan dan dukungan pihak berkepentingan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan media massa. Agenda pemartabatan bahasa Melayu dan pemerkasaan sastera kebangsaan tidak mampu dilaksanakan oleh DBP secara bersendirian. DBP amat memerlukan sokongan dan dukungan pelbagai pihak, terutamanya pihak yang mempunyai kepentingan serta mempunyai pengaruh politik.

    Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan/produk kepada rakyat dengan cepat, DBP akan memberikan penekanan kepada penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan. Penggunaan TMK akan ditingkatkan dan tumpuan akan diberikan pada peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan, mengurangkan aduan pelanggan, mempercepatkan proses kerja, memperkemas sistem serta prosedur kerja supaya lebih telus, cekap dan berkesan.

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    39

    2. e-Penerbitan Dewan Masyarakat

    Dewan Bahasa Dewan Sastera Tunas Cipta Dewan Pelajar Dewan Kosmik Dewan Siswa Dewan Ekonomi Dewan Budaya Pelita Bahasa Jurnal Kanun

    3. e-Penyelidikan Analisis Konkordans

    Korpus Sastera Analisis Kata Bahasa Melayu Korpus Teks Melayu Lama

    1. e-Perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)

    Pantau Tegur Bahasa Katalog Awam dalam Talian Tanya DBP Khidmat Nasihat DBP Pengesahan Iklan dalam Bahasa Melayu Pustaka Digital Lembar Bahasa

    SENARAI PERKHIDMATAN DALAM TALIAN DBP

    Jurnal Bahasa Malay Literature Klik Web Mutiara Pustaka TV Web Ensiklopedia Istilah Bahasa Sukuan Kamus Dunia Sains dan Teknologi (KSSR)-1/2/3

    www.dbp.gov.my

    4. e-Komuniti Portal Karyawan Portal Pihak Berkuasa Tempatan Manuskrip Penulis Portal Syarikat Portal Institusi

  • PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP 2011-2015Memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu

    40

    PENUTUP

    Penggubalan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 akan menjelaskan landasan dan menentukan hala tuju, strategi serta pendekatan kerja yang lebih dinamik dalam pelaksanaan program utama bahasa dan persuratan Melayu serta pencapaian matlamat memartabatkan bahasa Melayu.

    Pencapaian pelan ini akan diukur berdasarkan keberhasilan dan impak setiap program yang dilaksanakan berbanding impak yang disasarkan. Kajian dan semakan semula pelan ini akan dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan program yang dilaksanakan memberikan impak yang tinggi dalam pencapaian matlamat DBP dan menyumbang kepada agenda pembangunan negara.

    40